Anda di halaman 1dari 4

3.

0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

1) Menguasai kemahiran asas jawi iaitu menulis dan membaca tulisan jawi.

2) Dapat menambah minat dan pencapaian murid dalam mata pelajaran jawi.

Pendidikan Islam adalah ilmu untuk mengenal tuhan yang membawa kepada
terpasaknya akidah,ilmu dan amal. Ketiga – tiga perkara ini merupakan teras kepada falsafah
pendidikan Islam.

3.2 Objektif Khusus

1) Pelajar dapat mengenal huruf jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung.
2) Pelajar mengetahui bagaimana bentuk huruf diawal di tengah dan diakhir apabila
disambung.
3) Mengatasi masalah pelajar dalam menyambung huruf- huruf jawi menjadi satu perkataan.
4) Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan berkesan.

4.0 Kumpulan Sasaran

Terdiri daripada 6 orang pelajar tingkatan 1. Masalah yang mereka hadapi adalah tidak
mengetahui huruf yang boleh dan tidak boleh disambung serta tidak mengetahui cara menyambung
huruf tunggal jawi menjadi satu perkataan. Mereka yang saya pilih ialah ;

5.0 Langkah Pelaksanaan Kajian

Kajian ini menumpukan kepada cara untuk mengenalpasti dan menangani masalah yang wujud
melalui pengumpulan data mengikut langkah- langkah berikut;
5.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan masalah telah saya laksanakan dengan pemerhatian semasa mengajar, temubual
dengan murid sendiri dan pandangan rakan- rakan guru yang mengajar kelas ini. Dan berdasarkan
jawapan pelajar semasa latihan diberi.

5.1.1 Pemerhatian

5.1.2 Temubual

5.1.3 Latihan

Analisis Tinjauan Masalah

6.0 Pelaksanaan/ Methodologi Kajian.

6.1 Perancangan Kajian

1. Langkah pertama saya akan pastikan pelajar benar- benar mengenal huruf- huruf jawi.
Kemudian mengetahui padanan huruf jawi dengan huruf rumi.
2. Langkah kedua, guru menyediakan 37 keping kad huruf jawi. Pelajar dalam kelas
dihahagikan kepada beberapa kumpulan.
3. Setiap kumpulan akan mendapat cabutan yang terdiri dari 5 patah perkataan yang berbeza.

6.2 Tempoh masa yang diambil bermula pertengahan Feb 2019 sehingga Mac 2019.

6.3 Aktiviti 1 (Permainan).

7.0 REFLEKSI KAJIAN DAN PENILAIAN

Hasil pemerhatian cara belajar dan sikap yang ditunjukkan oleh responden sebelum
pelaksanaan kajian ini, amat mengecewakan dan tidak membantu kea rah peningkatan diri. Namun,
apabila di pilih melibatkan diri dalam kajian ini mereka mula menunjukkan perubahan dari aspek sikap
dan penguasaan kemahiran menulis jawi. Mereka bermain dan gembira. Perubahan yang ditunjukkan
dari aspek sikap ialah:

1) Mulai rasa diberi perhatian dan berkehendak melibatkan diri.


2) Yakin diri berada disamping rakan- rakan yang lain dalam kelas.
3) Memberi kepuasan dalam semua aktiviti yang dirancang malah tidak tertekan mengikuti setiap
aktiviti.

Perubahan dari aspek pembelajaran;

1) Tidak lagi keliru dalam menulis dan membaca jawi.


2) Berjaya menyambung huruf samada diawal,tengah dan akhir.
3) Membuat latihan dengan betul.
4) Menjawab dengan betul latihan yang diberi

Di sini melampirkan jadual jawapan yang telah dijawab oleh pelajar.

Idayu
Fahmi
Anis
Fatihah

Saya tak lupa memberikan hadiah kepada kumpulan yang tertinggi

8.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Hasil penyelidikan yang dijalankan saya dapati terdapat perubahan positif dari segi
pembelajaran pelajar dan penguasaan pelajar dalam menulis jawi. Mereka merasa yakin untuk
membaca jawi dan berkerjasama.

Oleh itu, pengkaji berhasrat untuk melanjutkan kajian berkaitan kemahiran membina dan
menulis ayat mudah.

9.0 KESIMPULAN

Semoga ianya menjadi panduan perkongsian buat guru- guru lain. Ini bgi memastikan murid
minat dan dapat menguasai jawi. Saya merasakan usaha ini dapat menyumbang kepada peningkatan
tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran pendidikan Islam.

Sumber Rujukan

Anda mungkin juga menyukai