Anda di halaman 1dari 1

NAMA PENGIRIM

ALAMAT :
TEL :

NAMA PENERIMA :
ALAMAT : TARIKH

Tuan/Puan,

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR

Perkara di atas dirujuk.


Saya dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Tadbir di
organisasi tuan/puan.
1. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Arab dengan
Kepujian dan Ijazah Sarjana Kaunseling dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah (UniSHAMS). Saya telah menamatkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2016
dan Ijazah Sarjana pada tahun 2020.

2. Buat masa sekarang, saya bekerja sebagai pembantu pendidik di Taska …………... Jawatan yang
saya pegang sekarang adalah kerja sementara kerana saya dalam proses untuk mencari jawatan tetap.
Disini turut dilampirkan resume saya untuk rujukan pihak tuan/puan.

3. Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak
tuan/puan.
Keprihatinan Tuan/Puan terhadap perkara ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(………………………………..)

Anda mungkin juga menyukai