Anda di halaman 1dari 1

Ahmad Taqiyuddin Bin Alias

Tb. 14293 Lot 3 Blok 20


Taman Milenium Jalan Timur
91000 Tawau
Sabah

Pengurus
Giatmara Tawau
Taman Megah Jaya
Peti Surat 61260
91022 Tawau
Sabah 25 Februari 2019

Tuan/ Puan,

MEMOHON JAWATAN SEBAGAI GURU MPAK PKPV KOHORT 4

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya sukacitanya memohon untuk mengisi kekosongan jawatan
sebagai guru Pendidikan Islam di Pusat Latihan Giatmara Tawau.

02. Saya berminat untuk mengisi kekosongan ini atas beberapa faktor seperti jarak rumah yang
berdekatan sekaligus memudahkan saya untuk pergi dan balik bekerja sekiranya permohonan ini
diterima.

03. Saya yakin dan percaya bahawa bidang ini juga bersesuaian dengan kelayakan akademik yang
saya perolehi di universiti disamping dapat mengembangkan lagi potensi diri. Saya juga seorang yang
suka mempelajari sesuatu yang baru untuk mencari pengalaman. Malahan saya juga boleh
berkomunikasi dengan orang ramai serta boleh menyesuaikan diri di tempat baru.

04. Tujuan utama saya bekerja bukan sahaja untuk menjana pendapatan tetapi untuk
meningkatkan kualiti diri kearah yang lebih produktif. Sekiranya saya diterima untuk bekerja, saya
berusaha memastikan kehadiran saya mampu memberi manfaat kepada pusat latihan ini.

05. Disini saya sertakan resume beserta sijil-sijil dan dokumen berkaitan bagi rujukan pihak
tuan/puan. Sila hubungi saya di talian 011-26681339 untuk tindakan selanjutnya.

Saya berharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala jasa baik dari pihak
tuan/puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

(Ahmad Taqiyuddin Bin Alias)

Anda mungkin juga menyukai