Anda di halaman 1dari 31

PENGANTAR USULUDDIN

IXEX 1102

AL-SUNNAH SEBAGAI SUMBER PENGAJIAN


USULUDDIN

DR. KHADHER AHMAD


Jabatan al-Quran & al-Hadith
Akademi Pengajian Islam, UM.
KANDUNGAN PERBAHASAN

Bahagian 1 Bahagian 2
AL-SUNNAH DAN AL-SUNNAH DAN PENYELESAIAN
KEPENTINGANNYA SEBAGAI TERHADAP ISU-ISU SEMASA
SUMBER ILMU DALAM PENGAJIAN USULUDDIN

A. Pengenalan A. Pengenalan
B. Definisi al-Sunnah B. Al-Sunnah Sebagai Sumber
C. Penjelasan Terhadap Istilah Kepada Pengajian Usuluddin
Hadith dan Perbezaan C. Isu-Isu Semasa Berkaitan
Dengan Sunnah Dengan al-Sunnah
D. Kepentingan al-Sunnah D. Menolak Fahaman
E. Dalil-Dalil Kewajipan Antisunnah/Antihadith
Berpegang Dengan al-
Sunnah
F. Al-sunnah Sebagai Sumber
Ilmu Pengetahuan
BAHAGIAN 1
AL-SUNNAH DAN KEPENTINGANNYA
SEBAGAI SUMBER ILMU
PENGENALAN

Al-Sunnah merupakan sumber kedua perundangan Islam.


Nabi SAW telah diutuskan sebagai penyampai risalah Islam
dan baginda bertindak sebagai penjelas serta sumber
kepada ajaran Islam itu sendiri.
Dengan penjelasan daripada Nabi SAW sahaja,akan
membantu umat Islam memahami dengan lebih jelas tentang
ajaran Islam khususnya pemahaman terhadap al-Quran itu
sendiri.
Segala kesamaran dan kemusykilan yang timbul pada zaman
Rasulullah SAW, maka akan dirujuk kepada baginda sendiri.
DEFINISI AL-SUNNAH
Al-Sunnah dari sudut bahasa bermaksud: Jalan (cara) yang ditempuh,
samada cara itu terpuji atau tercela. (Dari sudut penggunaan bahasa ini)
menunjukkan adanya al-Sunnah al-Hasanah (Sunnah yang terpuji) dan
al-Sunnah al-Sayyi-ah (Sunnah yang tercela). Maksud dari sudut bahasa
ini bertepatan dengan maksud sunnah di dalam hadith yang diriwayatkan
oleh Muslim dan selainnya:





















Maksudnya: Sesiapa yang memulakan satu jalan yang baik di dalam Islam, maka
baginya pahala perlakuannya dan pahala sesiapa yang mencontohinya selepas
itu, tanpa dikurangi pahala orang yang mencontohinya itu sedikitpun. Dan sesiapa
yang memulakan satu jalan yang buruk di dalam Islam, untuk dia dosa
perlakuannya dan dosa sesiapa yang mencontohinya selepas itu, tanpa dikurangi
dosa orang yang mencontohinya itu sedikitpun. [HR Muslim dll)
SAMB:
Dari sudut syarak terdapat beberapa makna kepada kalimah
al-Sunnah:
1. Di sisi Fuqaha (Ulama Fekah)
2. Di sisi Usuliyyin (Ulama Usul)
3. Di sisi lain: kalimah al-Sunnah yang maksudnya
bertentangan dengan al-Bidah.
Sunnah di sisi Fuqaha (Ulama Fekah)
Di sisi Fuqaha (Ulama Fekah): Ia dimaksudkan
kepada salah satu hukum-hakam Syarak. Iaitu ia
bertentangan dengan Fardhu dan Wajib. Maka
kalimah al-Sunnah di sisi Fuqaha bermaksud
Sunat atau Digalakkan, iaitulah apa-apa yang
dituntut oleh Syarak melakukannya tanpa
kemestian, dimana akan diberi pahala sesiapa
yang melakukannya dan tidak berdosa sesiapa
yang meninggalkannya. Melainkan bagi yang
meninggalkannya dalam bentuk menentang dan
seumpamanya. Sebagai contoh, solat dua rakaat
sebelum Subuh itu adalah Sunnah, dan solat
Subuh itu pula adalah Fardhu.
Sunnah di sisi Usuliyyin (Ulama Usul)

Di sisi Usuliyyin (Ulama Usul): al-Sunnah ialah apa


yang datang dari Nabi Sallallahu alaihi wasallam
terdiri dari perkataan, perbuatan atau persetujuan.
Dan ia dikira salah satu sumber dari sumber-sumber
agama. Ia bersebelahan dengan al-Quran. Contoh
penggunaan dengan maksud ini ada pada
ungkapan: Perkara ini thabit dari al-Quran dan al-
Sunnah.
Sunnah di sisi lain:
Selain dari dua maksud di atas, terdapat maksud lain untuk kalimah al-Sunnah yang diberi
perhatian oleh ulama. Iaitulah kalimah al-Sunnah yang maksudnya bertentangan dengan al-
Bidah. Ia bermaksud apa-apa yang dicontoh dan disyariatkan oleh Nabi Sallallahu alaihi
wasallam kepada umat baginda, berlawanan dengan apa-apa yang direka oleh pereka-
pereka selepas baginda (Bidah). Inilah yang dimaksudkan oleh hadith dari al-Irbadh bin
Sariah () , yang merupakan salah satu dari hadith-hadith empat puluh yang
masyhur, disusun oleh al-Nawawi:












Maksudnya: Sesungguhnya sesiapa yang hidup (selepas dariku), dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka untuk
dia ada sunnahku dan sunnah para khulafa yang mendapat petunjuk, gigitlah ia dengan geraham, dan berhati-hatilah
kamu dari perkara-perkara rekaan, kerana setiap yang bidah itu adalah sesat.
Oleh itu, masyhur di kalangan Sahabat Nabi Sallallahu alaihi wasallam membezakan antara al-Sunah dan al-Bidah.
Mereka akan berkata:





Maksudnya: Tidak ada satu kaum yang mengadakan satu bidah melainkan mereka akan menghilangkan sunnah yang
seumpama dengannya.

Ibn Masud berkata:








Maksudnya: Bersederhana dengan al-Sunnah lebih baik dari bersungguh-sungguh di dalam al-Bidah[3
SAMB:
Para ulama Usul Fiqh pula membahagikan Sunnah kepada tiga
kategori iaitu:

1. Sunnah Qauliyah )( , iaitu hadis atau kata-kata Rasulullah


s.a.w dalam segala bentuk perkataan atau percakapan.
"Segala 'amal itu dengan niat." [Riwayat Bukhari, Muslim dan sekalian
ulama' hadith]

2. Sunnah Filiyah )( , iaitu perbuatan-perbuatan Rasulullah


s.a.w dalam segala bentuk perbuatan.
"Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku
bersembahyang. [Riwayat Bukhari dan Muslim]
SAMB:
3. Sunnah Taqrirayah )( , iaitu perakuan-perakuan Rasulullah s.a.w
terhadap kata-kata atau perbuatan para Sahabat samada secara jelas atau
hanya bersikap diam dan tidak mengingkari kata-kata atau perbuatan itu.

(a) Nabi SAW membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat
dengan tidak mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan
keredaannya;
Nabi saw membenarkan ijtihad para sahabat mengenai urusan sembahyang
'Asar di Bani Quraizah dengan Sabdanya: "Jangan bersembahyang seorang
kamu melainkan di Bani Quraizah." [Riwayat Bukhari]

(b) menerangkan kebagusan atau mengiyakan sesuatu yang diperbuat oleh


sahabat.
Khalid bin Walid pernah memakan dab (serupa binatang biawak) kemudian
dikemukakan orang kepada Nabi saw. Nabi saw sendiri enggan
memakannya, maka bertanya sebahagian sahabat: "Adakah diharamkan
makannya ya Rasulullah? Lalu ia bersabda: Tidak! Cuma binatang itu tidak
ada di negeri kaumku, kerana itu aku tidak gemar kepadanya."
Penjelasan Terhadap Istilah Hadith dan Perbezaan Dengan Sunnah
Imam Ibn Hajar al-Asqalani: Hadith ialah apa-apa yang disandarkan kepada
Rasulullah SAW. Definisi ini berbentuk umum dan mujmal. Daripada definisi inilah
ulama terkemudian telah memperincikannya lagi.
Ali al-Qari (m.1016 H): Apa-apa yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada
sabdaan, perbuatan, taqrir, gerak dan diam, sama ada semasa jaga atau tidur.
Jamal al-Din al-Qasimi: Apa-apa sahaja yang disandarkan kepada Nabi Muhammad
SAW daripada sabdaan, perbuatan, taqrir atau sifat.
Muhammad Ajaj al-Khatib: Segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi
Muhammad SAW daripada perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat, sama ada sifat fizik
atau akhlak; sirah, sama ada sebelum atau sesudah menjadi Rasul.
Menurut Dr. Mustafa al-Sibai, Hadith adalah sinonim dengan Sunnah.
Sayid Sulayman al-Nadwi menyatakan, al-Sunnah menurut mereka ialah nama bagi
perbuatan atau amalan Rasulullah SAW yang diterima secara mutawatir sedangkan
hadith ialah periwayatan secara lafdhi bagi sabdaan, laku perbuatan, dan keadaan
Rasulullah SAW.
Abdul Rahman al-Mahdiy (m.198 H) apabila ditanya mengenai Imam al-Awzaiy (m.157
H), Sufyan bin Uyaynah (m.198 H) dan Malik (m.179 H), siapakah antara ketiga-tiga itu
yang lebih alim, beliau menjawab: Sufyan imam dalam hadith dan bukan imam dalam
sunah, Awzaiy imam dalam sunah dan bukan imam dalam hadith, sedangkan Malik
ialah imam dalam hadith dan imam dalam sunah.
NABI SAW

HADITH SUNNAH
KEPENTINGAN AL-SUNNAH
1. Penyokong dan Penguat kepada al-Quran.
Cth: hadith tentang rukum Islam

2. Penghurai dan penjelas kepada kandungan al-Quran sama


ada dengan memperincikan perkara yang umum,
menjelaskan kesamaran, mengkhususkan yang am dan
menghadkan yang tiada hadnya.
Cth: Hadith Benang putih dan benang hitam

3. Penjelas kepada sesuatu hukum yang tidak dinaskan oleh


al-Quran
Cth: Air Laut, Mengharamkan bintang liar yang bertaring.

(Mohd. Muhiden Abd Rahman, h.26-28)


DALIL-DALIL KEWAJIPAN BERPEGANG DENGAN AL-SUNNAH

DALIL DARIPADA AL-QURAN


(RASULULLAH SAW WAJIB DITAATI)
1. Arahan supaya beriman kepada Rasul-rasulnya.
(al-Hadid ayat 19, Ali Imran ayat 179; al-Nisa ayat 171)
2. Perintah Beriman kepada Rasul digabungkan dengan perintah
beriman kepada Allah
(al-Nur ayat 62, al-Nisa ayat 136; al-Araf ayat 158)
3. Wajib Mentaati Rasul Bererti Wajib Mentaati Rasulullah SAW
(al-Nisa ayat 64)
4. Gabungan antara perintah mentaati Rasul dengan perintah
mentaati Allah
(Ali Imran ayat 132; al-Maidah ayat 92; al-Anfal ayat 20 dll)
SAMB:
RASULULLAH SAW ADALAH TELADAN DAN IKUTAN
;Rasulullah s.a.w sebagai uswah al-Hasanah







- ()21
RASULULLAH DIBERI KUASA PERUNDANGAN (MENGGUBAL
)UNDANG2






































-()157





()7
SAMB:
RASULLAH PENJELAS DAN PENTAFSIR KEPADA AL-QURAN
;Rasulullah s.a.w sebagai penjelas dan penerang al-Quran

)44(:

DALIL DARIPADA HADIS/SUNAH

KEWAJIPAN BERPEGANG KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH












- (




)
SAMB:
BERPEGANG PADA SUNNAH NABI S.A.W DAN SUNNAH KHALIFAH AL-
RASHIDIN APABILA BERLAKU KHILAF UMMAH






.......:



-45






)

- (


NASIB GOLONGAN YANG INKAR PERINTAH NABI SAW

:




( (6737 - / 22
))248
SAMB:
DALIL DARIPADA KETERANGAN PARA SAHABAT

AMALAN PARA SAHABAT DALAM BERPEGANG TEGUH


TERHADAP HADITH NABI SAW
Umar al-Khattab berdiri di penjuru Baitullah dan dihadapan Hajar al-Aswad
seraya berkata: Aku tahu kamu adalah batu, kalaulah aku tidak melihat
kekasihku Rasulullah SAW mengucupi dan melambaikanmu, sama sekali
saya tidak akan melambai dan mengucupmu.
SAMB:
PANDANGAN TOKOH-TOKOH ULAMA TERHADAP HADIS
Imam Abu Hanifah:
Kalaulah tidak dengan sunnah, tiada seorang daripada kita pun yang
memahami al-Quran.
Apabila pandanganku menyalahi Kitab Allah dan hadith Rasulullah
s.a.w, maka tinggalkan pandanganku itu.

Imam Malik:
Semua orang boleh diterima dan ditolak pandangannya kecuali
Rasulullah s.a.w

Imam al-Shafii:
Apabila sah hadith itu,itulah mazhabku
AL-SUNNAH SEBAGAI SUMBER ILMU PENGETAHUAN

Buktinya adalah:
1. Al-Quran dan al-Sunah adalah peninggalan Rasulullah SAW yang
menjadi sumber dan panduan utama umat Islam.









- ( )



2. Rasulullah SAW bertindak sebagai penyampai risalah dan


pengetahuan kepada semua manusia
} []4-3:


*



{








()7
Samb:
3. Para sahabat sebagai perujuk utama kerana mendapat
pentarbiahan secara langsung daripada Rasulullah termasuk para
Tabiin yang di tarbiah oleh para sahabat. Berdasarkan dalil:


Maksudnya: Sebaik-baik manusia ialah pada generasiku, kemudian generasi
berikutnya, kemudian generasi berikutnya. (Hadis sahih daripada riwayat oleh al-
Bukhari, no. 3651, dan Muslim, no. 2533)

4. Pengetahuan tentang cara pelaksanaan ibadah dan menunjukkan


ketaatan kepada Allah dan RasulNya.
Cara pelaksanaan solat, zakat, haji, puasa dll
:



:







SAMB:
5. Pengetahuan tentang perkara-perkara ghaib yang tidak diketahui
oleh manusia adalah daripada penjelasan hadis dan sunnah.
Syurga, Neraka, al-Sirat, Hari Kiamat, Makhluk Halus (Jin dll),
6. Pengetahuan tentang sejarah umat-umat terdahulu dan pengajaran
kepada manusia
Kisah Ashab al-Kahf, Kisah-Kisah Para Anbiya, Pengajaran daripada
kisah Sumayyah, Maryam,
7. Pengetahuan mengenai masa hadapan dan sesuatu perkara yang
bakal berlaku kelak.
Kisah Suraqah bin Malik bin Jaisyum yang mahu membunuh Nabi SAW
dalam perjalanan Hijrah Rasulullah. Beliau meminta jaminan keamanan
daripada Rasulullah (ditulis oleh Amir bin Fuhairah).
Rasulullah SAW berkata pada Suraqah, Wahai Suraqah, bagaimana
perasaanmu jika engkau memakai dua gelang Kisra? Kata beliau:Kisra
bin Hurmuz? Suraqah tercengang dan tidak mengerti.
Zaman Umar RA. Serah kepada Suraqah gelang raja Kisra tersebut
selepas kemenangan Islam ke atas Rom (Persia).
Samb:
Contoh::
1. Hadis yang menyebutkan tentang bintang-bintang di
langit






















Hadis ini menceritakan perihal keadaan bintang di langit iaitu menjelaskan
tentang akibat daripada kematian bintang
Maksud dari kematian bintang adalah bintang itu meredup dan sinarnya
menjadi pudar.
Maksud dari sesuatu yang mengancam langit adalah tersingkap, terpecah,
terbuka, dan perubahan langit menjadi sesuatu yang tidak terurus,
ditelantarkan, dan dipenuhi asap dan kabus.
Samb:
2. Hadis yang menceritakan peristiwa pembelahan bulan.
Hal ini juga merujuk kepada ilmu yang diberikan Allah
kepada Nabi SAW dalam usaha dakwah baginda SAW
Nabi bersabda :

Terbelahnya bulan merupakan karamah Rasulullah

Hadis riwayat al-Bukhari ini menjelaskan tentang peristiwa terbelah bulan


sebagai salah satu bukti kenabian dan mukjizat Nabi SAW.
Jadi, hadis berfungsi untuk menguatkan dan membuktikan kebenaran
Rasulullah SAW sehingga kajian semasa yan dilakukan jelas menyatakan
bahawa bulan benar-benar terbelah.
SAMB:
3. Hadis yang menyarankan agar membahagikan perut
kepada tiga bahagian



























Baginda SAW bersabda, "Setiap anak Adam tidak akan mengisi mana-mana
saluran yang lebih buruk daripada perutnya. Adalah mencukupi bagi seseorang
itu untuk makan dalam beberapa suapan, sekadar cukup baginya. Jika dia mesti
berbuat demikian (makan secara banyak untuk mengisi perut), maka hendaklah
dia mengisi dengan satu pertiga (1/3) makanan, satu pertiga lagi dengan
minuman dan satu pertiga lagi dengan udara". (Hadith riwayat al-Tirmidhi,
no.hadith 1381 dan Ibn Majah, no.hadith 3349)
Menunjukkan bahawa Rasulullah SAW mempunyai pengetahuan tentang
ilmu sains kesihatan
Kajian semasa jelas membuktikan kebenaran saranan Rasulullah SAW
tersebut dalam konteks penjagaan perut.
Samb:
4. Hadis yang menyebutkan tentang lalat.



































Rasulullah bersabda, Apabila seekor lalat masuk ke
dalam minuman salah seorang kamu, maka celupkanlah ia,
kemudian angkat dan buanglah lalatnya sebab pada salah
satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya ada
ubatnya. (HR. Bukhari, Ibn Majah, dan Ahmad)
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada perbincangan,
jelas menunjukkan pentingnya al-
Sunnah sebagai sumber kepada
pelbagai ilmu pengetahuan
Melalui al-Sunnah banyak perkara yang
dijelaskan oleh Nabi SAW yang dapat
memimpin dan memandu kita ke arah
petunjuk yang benar
Tanpa al-Sunnah, mana mungkin kita
sebagai manusia dapat memahami isu-
isu terhadap dengan baik melain melalui
pentunjuk Allah dan tunjuk ajar daripada
pemilik al-Sunnah iaitu Nabi Muhammad
SAW.
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada perbincangan, jelas menunjukkan
pentingnya al-Sunnah sebagai sumber kepada pelbagai ilmu
pengetahuan
Melalui al-Sunnah banyak perkara yang dijelaskan oleh Nabi
SAW yang dapat memimpin dan memandu kita ke arah
petunjuk yang benar
Tanpa al-Sunnah, mana mungkin kita sebagai manusia dapat
memahami isu-isu terhadap dengan baik melain melalui
pentunjuk Allah dan tunjuk ajar daripada pemilik al-Sunnah
iaitu Nabi Muhammad SAW.
Rujukan:
Faisal Ahmad Shah et.al. Manahij al-Muhadditin: Metode dan Pendekatan
Sarjana Hadith. ( Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran & al-Hadith, APIUM,
2010)
Ishak Suliaman et.al. Autoriti Hadis: Menangani Gerakan Antihadis (KL:
Penerbit Universiti Malaya. 2007)
Mohd Muhiden Abd Rahman. Ulum al-Hadith. (KL: DBP. 2010)
Syed Abdul Majid Ghouri. Pengenalan Ilmu Mustalah al-Hadith. (Kajang:
Institut Kajian Hadith (INHAD). 2011)
SEKIAN
(BAHAGIAN 1)
&
SELAMAT BELAJAR

Anda mungkin juga menyukai