Anda di halaman 1dari 13

Muktazilah

Muktazilah (bahasa Arab: ‫ المعتزلة‬al-mu`tazilah) adalah satu dari cabang pemikiran dalam Islam
yang terkenal dengan sifat rasional dan liberal. Ciri utama yang membezakan pemikiran ini dari
pemikiran teologi Islam lainnya adalah pandangannya yang lebih banyak menggunakan dalil 'aqliah
(akal) sehingga sering disebut sebagai aliran rasionalis Islam.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Etimologi
 2 Sejarah perkembangan
 3 Ajaran asas
 4 Akal dan wahyu
 5 Tokoh Muktazilah
 6 Lihat juga
 7 Rujukan
 8 Bacaan lanjut

 9 Pautan luar

[sunting] Etimologi
Perkataan Muktazilah berasal dari bahasa Arab ‫( إعتزل‬iʿtazala) yang bermaksud "meninggalkan",
"menjauhkan diri".

[sunting] Sejarah perkembangan


Pemikiran Muktazilah mula bertapak pada kurun kelapan Masehi (abad kedua hijrah) di Basrah,
Iraq, apabila Wasil ibn Ata meninggalkan kelas pembelajaran Hasan al-Basri selepas berselisih
faham mengenai isu Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn (akan diterangkan kemudian). Beliau
dan pengikutnya termasuk Amr ibn Ubayd kemudiannya dilabelkan sebagai Muktazili/Mu'tazili.
Golongan ini juga menggelar diri mereka sebagai Ahl al-Tawhid wa al-'Adl (golongan tauhid dan
keadilan Tuhan) berdasarkan ideologi yang mereka perjuangkan di antaranya mahukan sistem
Islam yang berdasarkan akal. Mereka juga dilabel sebagai golongan free will dan free act, kerana
mereka berpegang kepada prinsip kebebasan melakukan sesuatu.

Ketika pertama kali muncul, pemikiran Muktazilah tidak mendapat simpati umat Islam, terutama
di kalangan masyarakat awam kerana mereka tidak begitu memahami ajaran Muktazilah yang
bersifat rasional dan sarat dengan falsafah. Alasan lain mengapa pemikiran ini kurang mendapat
sokongan umat Islam pada saat itu adalah kerana pemikiran ini dianggap tidak selari dengan
sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat.

Muktazilah bergantung kepada beberapa aspek pemikiran dari falsafah Islam, Greek dan
Helenistik.

Aliran Muktazilah berkembang di kalangan golongan intelek semasa pemerintahan Khalifah al-
Ma'mun dari dinasti Abbasiyah (198-218 H/813-833 M). Kedudukan Muktazilah semakin kukuh
setelah Khalifah al Ma'mun menjadikannya sebagai mazhab rasmi negara. Dikatakan Khalifah al
Ma'mun sejak kecilnya sudah dididik dalam tradisi Yunani yang gemar dengan falsafah dan ilmu
pengetahuan.[1]

Dan pada zaman itulah golongan muktazilah memaksakan pemikirannya yang dikenal dalam
sejarah dengan peristiwa Mihnah (fahaman bahawa al-Quran itu makhluk Allah, jadi tidak
qadim. Jika al-Quran dikatakan qadim, maka akan timbul kesimpulan bahawa ada yang qadim
selain Allah).

[sunting] Ajaran asas


Muktazilah mempunyai lima ajaran asas iaitu:

1. Al-Tauhid ‫التوحيد‬:
o Muktazilah percaya kepada Tauhid iaitu Tuhan itu satu. Mereka berbeza dari
majoriti Muslim dalam menerangkan tentang konsep Tauhid supaya selari dengan
wahyu dan akal. Contohnya majoriti mazhab dalam Islam menghadapi kesulitan
dalam menerangkan sifat Tuhan tanpa menyamakanNya dengan perwatakan
manusia (anthropomorphic) atau tidak menerangkan langsung maksud tersebut
seperti yang tertulis dalam wahyu.[2] Muktazilah mengatakan sifat Tuhan adalah
tidak berbeza dari zatNya. Dengan kata lain, Tuhan itu Maha Mengetahui, tetapi
Tuhan itu Maha Mengetahui kerana zatNya bukannya kerana Ia mempunyai
pengetahuan yang terasing dari diriNya. Konsep Tauhid ini diterangkan dalam
hasil kerja cendekiawan Muktazilah, hakim agung Abd al-Jabbar ibn Ahmad.[3]
o al-Qur'an ialah makhluk.

o Tuhan di alam akhirat kelak tak terlihat mata manusia. Yang terjangkau mata
manusia bukanlah Ia. Mereka berdalil dengan firman Allah Ta’ala[4]:
"‫"قال رب أرنى أنظر إليك قال لن ترانى‬
yang bermaksud:
“Maka Nabi Musa berkata: Wahai Tuhan ku perlihatkanlah kepadaku zat Mu
yang Maha Suci supaya aku dapat memandang kepada Mu, Allah menjawab:
Engkau tidak sekali-kali dapat melihat Ku”
Mereka menafikan penglihatan itu berdasarkan kepada tafsiran mereka akan
perkataan “‫ ”لن‬yang menafikan masa sekarang dan akan datang.
2. Al-'Adl ‫ العدل‬- Keadilan Tuhan. Dalam menghadapi masalah kewujudan kejahatan di
dunia, Muktazilah percaya kepada free will (kebebasan manusia). Kejahatan dilihat
sebagai sesuatu yang berlaku kerana kesalahan manusia dalam melakukan sesuatu.
Muktazilah tidak menafikan kewujudan kezaliman ke atas manusia kerana ini terjadi
disebabkan manusia itu menyalah gunakan free will (kebebasan) yang diberi Tuhan.
Dalam menerangkan hal ini, Muktazilah bergantung kepada doktrin taklif - iaitu hidup ini
adalah ujian Tuhan kepada manusia yang diberikan akal fikiran untuk memilih yang baik
dan buruk.
Pada hari Kiamat nanti, mereka akan dihukum Tuhan atas segala nikmat yang mereka
perolehi dan tanggungjawab yang diamanahkan semasa mereka di dunia. Sekiranya
mereka ini menyalah gunakan akal fikiran yang diberi Tuhan, mereka akan dihukum di
neraka. Ini kerana Tuhan telah bersikap adil dalam menjelaskan jalan yang lurus dan
jalan yang sesat dalam kitab suciNya.
3. Al-Wa'd wa al-Wa'id ‫ الوعد و الوعيد‬- Janji dan amaran. Mereka berpendapat Tuhan
tidak akan mungkir janji iaitu memberi pahala pada muslimin yang baik dan memberi
azab seksa pada muslimin yang jahat pada hari Kiamat nanti.
4. Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn ‫ المنزلة بين المنزلتين‬- Posisi pertengahan. Pendapat
ini dicetuskan Wasil ibn Ata yang membuatnya berpisah dari gurunya Hasan al-Basri,
bahwa mukmin berdosa besar dan tidak bertaubat, dia bukan mukmin (beriman) tetapi
juga bukan kafir (tidak beriman), statusnya boleh dipanggil fasik. Mereka ini boleh
dikebumikan sebagai Muslim, didoakan dan mengahwini Muslim. Hanya Tuhan yang
akan menentukan di neraka mana mereka ditempatkan kerana neraka itu mempunyai
banyak tingkat untuk semua golongan.
Imam Hasan al-Basri berpendapat muslim berdosa besar masih seorang mukmin
sementara golongan Khawarij mengatakan mereka kafir.
5. Al-amr bil ma'ruf wa al-nahy 'an al munkar ‫ األمر بالمعروف و النهي عن المنكر‬- menyeru
kebaikan dan melarang kemungkaran. Menyeru kebaikan terdapat dua jenis, satu yang
wajib seperti tanggangjawab agama (al-faraid) apabila seseorang meninggalkannya
(dayya'aha) dan yang sunat (al-nafila) apabila seseorang meninggalkannya (tarakaha).
Dan bagi melarang kemungkaran, ia wajib kerana kemungkaran itu adalah salah (qabih).
Jika boleh, melarang kemungkaran itu mestilah jalan yang tidak menyusahkan atau
menjadikan kemungkaran itu tidak begitu teruk, dengan matlamat supaya kemungkaran
itu tidak berlaku langsung.
Tafsiran Muktazilah berbeza dengan tafsiran ulama’-ulama’ ahli as-sunnah wal-jamaa’h.
Di mana muktazilah berpendapat bahawa menyuruh kepada perkara yang ma’ruf dan
mencegah perkara kemungkaran mestilah dengan hati terlebih dahulu, kemudian dengan
lidah, kemudian dengan tangan dan sekiranya tidak mencukupi dengan lidah dan tangan
maka dengan menggunakan pedang. Mereka tidak membezakan antara yang berkuasa
dengan tidak berkuasa. Mereka berdalil dengan firman Allah Ta’ala[5]:
"‫ " وإن طائفان اقتلوا فأصلحوا بينهما فإن بغت احدهما على األخرى فقاتلوا التى تبغى حتى تفىء إلى أمر هللا‬yang
bermaksud:
"Dan jika dua puak dari orang yang beriman berperang maka damaikanlah di antara
keduanya dan jika salah satu di antara keduanya berlaku zalim terhadap yang satu lagi
maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah."
[sunting] Akal dan wahyu
Golongan Muktazilah mempunyai teori sendiri tentang akal, wahyu dan hubungan di antara
keduanya. Mereka menghargai kekuatan akal dan intelek manusia. Bagi golongan ini, akal
manusia membawa mereka mengenali Tuhan, sifatNya dan akhlak. Apabila pengetahuan asas ini
dan kebenaran Islam dan wahyu al-Quran dicapai, akal dan kitab suci akan menjadi sumber
utama kepada panduan dan ilmu pengetahuan orang Islam. Harun Nasution dalam Muktazilah
dan Falsafah Rasional (1997), berhujah penggunaan meluas rasionaliti oleh Muktazilah dalam
memajukan pandangan agama mereka dengan menulis: "Adalah tidak menghairankan penentang
Muktazilah seringkali menuduh Muktazilah sebagai manusia yang tidak memerlukan wahyu,
bahawa bagi mereka semuanya boleh diketahui dengan akal, dan terdapat konflik di antara akal
dan wahyu, bahawa mereka berpegang kepada akal dan meninggalkan wahyu, dan Muktazilah
tidak mempercayai wahyu. Tetapi adakah benar Muktazilah berpendapat semuanya boleh
diketahui melalui akal dan oleh itu wahyu tidak diperlukan? Tulisan-tulisan golongan
Muktazilah menunjukkan sebaliknya. Pada pendapat mereka, akal manusia tidak cukup kuat
untuk mengetahui segalanya dan kerana itu manusia memerlukan wahyu untuk sampai kepada
kesimpulan berkenaan apa yang baik dan apa yang tidak baik untuk mereka."

Posisi Muktazilah tentang peranan akal dan wahyu diterangkan dengan baik oleh Abu al-Hasan
al-Ash'ari (wafat 324 selepas hijrah/935M), seorang ahli teologi mazhab Ash'ari, dengan
mengaitkannya kepada sarjana Muktazilah Ibrahim al-Nazzam (wafat 231 selepas hijrah/845M):

“ ‫ وكل معصية كان ال يجوز أن يبيحها هللا سبحانه فهي قبيحة‬،‫كل معصية كان يجوز أن يأمر هللا سبحانه بها فهي قبيحة للنهي‬
‫ وكذلك كل ما جاز أن ال يأمر هللا سبحانه فهو حسن لألمر به وكل ما لم يجز إال أن يأمر به‬،‫لنفسها كالجهل به واالعتقاد بخالفه‬
‫” فهو حسن لنفسه‬

[sunting] Tokoh Muktazilah


Tokoh-tokoh Muktazilah yang terkenal ialah:

1. Wasil bin Ata, lahir di Madinah, pelopor ajaran ini.


2. Abu Huzail al-Allaf (751-849 M), penyusun lima ajaran asas Muktaziliyah.
3. an-Nazzam, murid Abu Huzail al-Allaf.
4. Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab al-Jubba’i (849-915 M).

Meskipun Muktazilah tiada lagi, namun pemikiran rasionalnya sering dibahas cendekiawan
muslim dan bukan muslim.

[sunting] Lihat juga


 Khawarij
[sunting] Rujukan
1. ↑ Republika Online: Ensiklopedia Islam
2. ↑ Jackson, 2005

3. ↑ Diterjemahkan oleh Martin et al. (1997)

4. ↑ Muhammad bin Haji Ismail, "Penyelewengan Tafsir dalam Masyarakat di Malaysia", Jabatan
Pengajian Al-Qur’an dan As-Sunnah, UKM, 2000

5. ↑ Muhammad bin Haji Ismail, 2000

[sunting] Bacaan lanjut


 'Abd al-Jabbar (1965). 'Abd al-Karim 'Uthman (ed.). Sharh al-Usul al-Khamsa (dalam
bahasa Arab), Cairo: Maktabat Wahba.
 Abu al-Hasan al-Ash'ari (1969). M. M. 'Abd al-Hamid (ed.). Maqalat al-Islamiyin wa
Ikhtilaf al-Musallin (dalam bahasa Arab), Cairo: Maktabat al-Nahdah al-Misriyah.
 Cooperson, Michael (2005). Al-Ma'mun (Makers of the Muslim World), Oxford, England:
Oneworld Publications. ISBN 1-85168-386-0.
 Craig, W. L. (2000). The Kalam Cosmological Argument, USA: Wipf & Stock
Publishers. ISBN 1-57910-438-X.
 Ess, J. V. (2006). The Flowering of Muslim Theology, USA: Harvard University Press.
ISBN 0-674-02208-4.
 Gimaret, D. (1979). "Les Usul al-Hamsa du Qadi 'Abd al-Jabbar et leurs commentaires".
Annales Islamologiques 15: 47 — 96.
 Jackson, S. A. (2002). On the Boundaries of Theological Tolerance in Islam: Abu Hamid
al-Ghazali’s Faysal al-Tafriqa (Studies in Islamic Philosophy, V.1), Oxford: Oxford
University Press. ISBN 0-19-579791-4.
 Jackson, S. A. (2005). Islam and the Blackamerican: Looking Toward the Third
Resurrection, New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-518081-X.
 Martin, R. C.; M. R. Woodward, D. S. Atmaja (1997). Defenders of Reason in Islam:
Mu'tazilism from Medieval School to Modern Symbol, Oxford, England: Oneworld
Publications. ISBN 1-85168-147-7.
 Nawas, J. A. (1994). "A Rexamination of Three Current Explanations for al-Ma'mun's
Introduction of the Mihna". International Journal of Middle East Studies 26 (4): 615 —
629.
 Nawas, J. A. (1996). "The Mihna of 218 A.H./833 A. D. Revisited: An Empirical Study".
Journal of the American Oriental Society 16 (4): 698 — 708.
 Walzer, R. (1967). bab: “Early Islamic Philosophy”, A. H. Armstrong (ed.). The
Cambridge History of Late Greek and Early Medieval Philosophy, UK: Cambridge
University Press. ISBN 0-521-04054-X.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Muktazilah

SEJARAH KEMUNCULAN MUKTAZILAH

Golongan ini mula muncul di zaman khilafah Umawiyyah di bawah pemerintahan Hisyam bin
Abdul malik di akhir kurun pertama hijrah.Para Ulama berselisih pendapat di dalam memberi
makna asal-usul datangnya muktazilah itu sendiri.Menurut riwayat yang masyhur di kalangan
jumhur Ulama ianya muncul ekoran daripada percanggahan pendapat wasil bin Ata? Al-Ghazzal
(80-131H) dengan gurunya Imam Al-Hasan Al-Basri r.a( 22-110H) dalam masalah dosa besar
‫) )مرتكب الكبيرة‬.Ketika Imam Al-Hasan sedang mengajar datang seorang lelaki bertanyakan
tentang hukum melakukan dosa besar adakah menjadi kufur atau sebaliknya.Belum sempat
beliau menjawab tiba-tiba bangun salah seorang anak muridnya iaitu Wasil lalu berkata: ?Tidak
aku berpendapat bahawa  mereka itu mukmin sejati dan tidak juga kafir secara mutlak bahkan
mereka itu berada di antara dua tempat(‫ ?)المنزلة بين منزلتين‬iaitu antara iman dan kufur.Lalu Imam
al-Hasan berkata kepadanya: ?asinglah diri kamu dari kami wahai Wasil?.Ekoran daripada
peristiwa itu dia dan pengikutnya dipanggil golongan muktazilah.

          Kadang kala golongan ini dipanggil puak Al- Qadariah dan kadang kala dipanggil puak
Al-Mua?ttilah.Pada asalnya golongan ini sebenarnya memang kuat mempertahankan akidah
Islam tetapi mereka lebih menggunakan mantik akal daripada dalil naqli(Al-Quran dan
Hadis).Mereka memerangi golongan batiniah(syiah),yahudi,nasrani dan kumpulan-kumpulan
yang sesat.Di ceritakan bahawa Abu Al-Huzail Al-?Allaf(135-226H) salah  seorang syeikh
muktazilah di Basrah telah mengislamkan seramai tiga ribu orang majusi dengan cara berdebat
dan berbincang.Walaupun begitu  mereka tersilap langkah dengan menghujum Ahli Sunnah Wal
Jamaah denga senjata yang sama yang pernah digunakan untuk memerangi golongan yang
menyelewang dari Islam.

          Dalam tempoh yang singkat sahaja pengaruh fahaman golongan ini berkembang  begitu
cepat dan mempunyai pengaruh yang besar sehinggakan Yazid bin Al-Walid(125 ? 126 H* tahun
memerintah) dan Marwan bin Muhammad(127 ? 132 H*) dari pemerintah kerajaan Umawiyyah
dan Al-Makmun bin Harun Ar-Rasyid(198 ? 218H*) , Al-Muktasim bin Harun Ar-Rasyid(218 ?
227 H*) dan Al-Wasiq bin Al-Mu?tasim(227 ? 232 H*) dari kerajaan Abbasiyyah telah
menjadikannya sebagai pegangan rasmi dalam negara dan kerajaan.Bahkan mereka ini
menggunakan kekerasan bagi sesiapa yang tidak sehaluan dengan mereka  seperti yang berlaku
terhadap Imam Buwaiti pengganti imam As-Syafei yang dihukum bunuh dan Imam Ahmad bin
Hanbal  disiksa dan dipenjara kerana bertegas mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah kalam
Allah dan bukannya makhluk seperti yang didakwa oleh golongan muktazilah.

 USUL LIMA MUKTAZILAH

Terdapat lima usul yang   menjadi pegangan utama golongan muktazilah iaitu

1-tauhid,

2-keadilan Allah S.W.T.  ( ‫)العدل‬,

3-janji baik dan janji buruk,

4-manzilah baina manzilataini(‫ )المنزلة بين المنزلتين‬dan

5- amar maaruf nahi mungkar (‫)األمر بالمعروف والنهى عن المنكر‬.

Usul lima ini mestilah dihimpun dan digabungkan semua sekali dan sesiapa yang tidak
mengiktiraf dan berpegang antara salah satunya maka dia sebenarnya bukanlah dianggap
pengikut muktazilah yang  sebenar.Sebagaimana yang disebut oleh Abu Al-Hasan Al-
Khayyat(meninggal pada 300H) salah seorang pemimpin muktazilah di kurun ke 3 hijrah dengan
katanya: ?Dan tidak berhak salah seorang dari mereka(pengikut muktazilah) dinamakan
muktazilah sehinggalah dia menghimpunkan kesemua pegangan usul lima iaitu tauhid,keadilan,
janji baik dan buruk, manzilah baina manzilataini dan amar ma?ruf dan nahi mungkar.Apabila
telah lengkap kelima-lima usul ini maka layak baginya digelar pengikut muktazilah?.

Dalam usul yang pertama iaitu tauhid , antara kandungan pegangan mereka ialah mustahil
melihat Allah S.W.T. di akhirat (‫)رؤية اللة‬,tiada sifat bagi Allah S.W.T. melainkan zatNya sahaja
dan al-Quran adalah makhluk.

Antara iktikad mereka dalam usul yang kedua iaitu al-adl  pula antaranya Allah S.W.T. tidak
menjadikan perbuatan hambaNya samada baik mahupun buruk bahkan hambaNya sendiri yang
melakukannya dengan ikhtiar dan kehendak masing-masing.

Manakala dalam usul yang ketiga iaitu  janji baik dan buruk Allah S.W.T.  antaranya mereka
berpegang bahawa Allah S.W.T.  memberi balasan baik kepada sesiapa yang melakukan
kebaikan dan sebaliknya , orang yang melakukan dosa besar tidak akan diampun ,akan kekal
dalam neraka serta tidak akan mendapat syafaat  kecualilah  dia sempat  bertaubat sebelum
mati.Mereka juga beriktiqad bahawa  Allah S.W.T.  wajib memberi balasan pahala kepada
hamba yang taat dan wajib mengazab kepada hamba yang melakukan dosa besar.

Di dalam usul yang keempat iaitu manzilah baina manzilataini  mereka mengatakan bahawa
orang yang melakukan dosa besar bukanlah mukmin mahupun kafir bahkan kedudukannya
adalah di antara dua tempat, antara iman dan kufur.
Manakala di  dalam usul yang terakhir iaitu amar ma?ruf nahi mungkar , mereka berpegang
bahawa wajib ke atas setiap orang yang beriman  menyebarkan dakwah Islamiah dan
menunjukkan jalan hidayah kepada mereka yang sesat.

Mereka berkata: ?Memadai amar ma?aruf nahi mungkar  hanya dengan hati,dan dengan lisan 
jika tidak  mampu dengan hati dan memadai dengan tangan jika tidak  mampu dengan
keduanya(hati dan lisan) dan jika tidak mampu juga dengan tangan hendaklah menggunakan
pedang kerana firman Allah S.W.T.

  ‫فان بغت احداهما على األخرى فقاتلوا التى تبغى حتى تفئ الى أمر هللا‬،‫?وان طا ئفتان من المؤمنين اقتتلوا فأصلحوا بينهما‬

al-Hujurat : 9.

Kewajipan ini tiada  bezanya  antara orang yang mempunyai kuasa(pemerintah) ataupun orang
yang tidak mempunyai kuasa.Mereka juga berpendapat kewajipan ini bukan bermula dengan
perintah syarak tetapi datangnya adalah dari kehendak akal manusia , syarak hanyalah penguat
kepada  pendapat akal tersebut sebagaimana yang disebut oleh Al-Jubaie  ( (‫الجبائى‬salah seorang
syeikh Muktazilah   yang meninggal pada 295H  .

Kesemua usul ini bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan kepada dalil nas
al-Quran dan hadith Nabi s.a.w.Sebenarnya masih ada lagi prinsip dan pegangan yang  lain yang
tidak disebut di sini  bahkan ada pegangan-pegangan khusus bagi setiap pecahan pengikut-
pengikut muktazilah ini sehinggakan melebihi 20 pegangan dan prinsip.

MAUQIF MUKTAZILAH DALAM PENAFSIRAN AL-QURAN

Secara umumnya penafsiran golongan muktazilah berdasarkan kepada Usul Lima.Mereka


menggunakan hujjah al-Quran untuk menguatkan pegangan mereka tetapi penafsiran mereka itu
berdasarkan pandangan yang bertepatan dengan akidah mereka.Golongan ini lebih banyak
menggunakan logik akal  daripada nas  al-Quran dan hadith sehinggakan mereka mampu
memperdayakan orang ramai.

Contoh penyelewengan penafsiran mereka terhadap al-Quran.

1) Dalam masalah mereka menjadikan ayat-ayat yang zahirnya menyokong mazhab mereka
sebagai ayat muhkamat(tanpa takwilan) dan menjadikan ayat muhkamat kepada ayat
mutasyabih(mempunyai beberapa makna ).Manakala ayat(muhkamat dan mutasyabih) yang
bertepatan dengan pegangan mereka, tidak akan diubah statusnya.  (sila rujuk al-Kasyaf 1/ 337
dan nota kakinya,tafsiran surah ali-?Imran :7)

Contoh :

Status ayat yang diubah daripada muhkamat kepada mutasyabih.Firman Allah S.W.T   .   ‫الى ربها‬
‫? ))ناظرة‬al-Qiamah:23 .Melalui ayat ini mereka mentafsirkan an-nazhar(‫) النظر‬  itu maknanya
ialah pengharapan    (‫ )الرجاء‬,penantian terhadap nikmat(‫ ) التوقع للنعمة‬dan karamah(‫الكرامة‬ 
).Mereka mengatakan bahawa ayat ini bukannya dari nas yang jelas iaitu boleh  melihat  Allah
S.W.T.  sebagaimana iktiqad Ahli Sunnah.   (sila rujuk al-kasyaf 1/ 337-338  , 4 / 662 )        

Status ayat yang ditukar daripada mutasyabih  kepada muhkamat.Firman Allah S.W.T. (‫ال تدركه‬
‫ ? ) األبصار‬al ?An?am :103.

Mereka menafsirkan ayat ini bahawa mustahil melihat Allah S.W.T. di akhirat kelak tanpa
takwilan dengan makna yang lain.Penafsiran ini bercanggah dengan Ahli Sunnah yang
mengatakan bahawa ayat ini  perlu diihtimal dengan makna yang lain. (sila rujuk al-Kasyaf 1/
337-338  , 2 /  54 )     

Status ayat yang tidak diubah yang bertepatan dengan iktiqad mereka.Firman Allah swt.(‫ان هللا ال‬
‫? ) يأمر بالفحشاء‬al-A?araf :28  dan ayat ( ‫? )أمرنا مترفيها ففسقوا فيها‬al-Isra?: 16                              (sila
rujuk al-Kasyaf 1 / 337-338  , 2 /  98- 99 , 653 - 654 )           

2) Dalam masalah usul al-adl.      

Contoh dalam ayat.

(‫) أهم يقسمون رحمة ربّك نحن قسمنا بينهم معيشتهم فى الحياة الدنيا‬

al-Zukhruf:32.

Melalui ayat ini mereka mengatakan bahawa Allah S.W.T. hanyalah mengurniakan rezeki yang
halal sahaja kepada hambaNya dan tidak rezeki yang haram bahkan manusialah yang berusaha
dengan diri mereka sendiri. sebagaimana yang disebut oleh Az-Zamakhsyari dalam tafsirnya al-
kasyaf.Ini kerana mereka berpendapat Allah S.W.T. tidak menciptakan perkara yang buruk dan
keji.Pendapat ini bersalahan dengan Ahli Sunnah yang berpegang bahawa semua makhluk dan
benda adalah diciptakan oleh Allah S.W.T.  (sila rujuk al-Kasyaf, 4 / 248 ? 249 ).

3) Dalam masalah manzilah baina manzilataini .

Contohnya dalam surah Al-Isra?:9-10

 ‫) وأن الذين ال يؤمنون‬9(‫أن لهم أجرًا كبيرًا‬ ّ ‫ان هذا القرآن يهدى للتى هى اقوم ويشر المؤمنون الذين يعملون الصالحات‬
)10(‫باألخرة أعتدنا لهم عذابًا الي ًما‬                                                                                                                    

Az- Zamakhsyari mengatakan: ?Jika kamu berkata : kenapa disebut orang-orang mukmin yang
baik dan orang-orang kafir sahaja tidak disebut orang-orang fasiq ?Maka aku berpendapat :
Adalah manusia itu adakalanya mukmin bertakwa dan adakalanya musyrik(kufur) dan
sesungguhnya  ada sesuatu yang wujud  yang berada di antara dua tempat selepas itu(antara iman
dan kufur)? .(sila rujuk al-kasyaf  2 / 650 ? 651 ).

Ini adalah antara contoh ?contoh penafsiran golongan muktazilah yang dapat disebut dan masih
banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh dirujuk di dalam buku-buku yang berkaitan.

HASIL KARANGAN GOLONGAN  MUKTAZILAH DI DALAM BIDANG


PENAFSIRAN AL-QURAN

Banyak kitab tafsir al-Quran yang dikarang dan dihasilkan oleh ulama-ulama muktazilah tetapi
tafsiran mereka itu berdasarkan kepada usul mazhab mereka.Hasil karangan mereka ini tidaklah
begitu banyak memberi manfaat jika dibandingkan dengan kitab-kitab tafsir yang
lain.Kebanyakkan kitab tafsir mereka ini telah luput ditelan zaman tetapi ianya ada disebut oleh
ulama  Ahli Sunnah yang terdahulu seperti yang disebut oleh Imam As-Suyuti di dalam tabaqat
al-Mufassirin dan tabaqat al-mufassirn oleh Ad-Dawadi  anak murid kepada As-Suyuti.Tidak
banyak kitab mereka ini  sampai kepada kita kecuali hanya tiga buah sahaja yang masih kekal
hingga sekarang.                                                                                                                    Di
antara ulama muktazilah yang masyhur dalam menghasilkan kitab tafsir ialah :

1-  ‫ ?معاىن القرأن‬   )‫ ه‬131  -80(‫"و اصل بن عطاء‬

2- ‫" وجماز القرآن‬، "‫ و" الرد على امللحدين ىف متشابه القرأن‬،"‫ و"اعراب القرأن‬،"‫ " معاىن القرأن‬- )‫ ه‬206 :‫"قطرب (ت‬.

3- ) ‫ ه‬240 :‫أ بو بكر عبد الرمحن بن كيسان األصم (ت‬

4- ‫ و" املسائل ىف القرآن‬،"‫ " نظام القرأن‬-  ) ‫ ه‬255:‫"عمرو بن حبر أىب عثمان اجلاحظ (ت‬

5- ‫ و" تفسري القرآن‬،"‫ القرأن‬ ‫" متشابه‬- ) ‫ ه‬295:‫ ابنه أىب هاشم عبدالسالم (ت‬-‫ بن عبد الوهاب اجلبائى‬O‫"حممد‬.

6- ‫جملدا‬
ً ‫ ىف التفسري ىف اثىن عشر‬ ‫ كتاب‬- ) ‫ ه‬319 :‫املعروف بالكعىب املعتزىل (ت‬، ‫أبو القاسم عبد اهلل بن أمحد البلخى احلنفى‬

7- )‫ ه‬321 :‫على اجلبائى (ت‬


ّ ‫أبو هاشم عبد السالم بن أىب‬

8- -  ‫جملدا‬
ً ‫جملدا وقيل عشرين‬
ً ‫ كتاب " جامع التأويل حملكم التنزيل" ىف أربعة عشر‬- ) ‫ ه‬322 :‫ حبر األصفهاىن ( ت‬O‫أبو مسلم حمممد‬

9- ‫ كتاب تفسري القرآن اجمليد‬ ) ‫ ه‬384 : ‫على بن عسى الرماىن ( ت‬


ّ ‫أبو احلسن‬

10- ) ‫ ه‬387 : ‫عبيد اهلل بن حممد جرو األسدى أبو القاسم النحوى العروضى املعتزىل (ت‬

11- ‫جملدا وقيل مخسمائة جملد كما نقل عن ابن النجار‬


ً ‫يقع ىف ثالمثائة‬:‫ السيوطى‬ ‫ قال‬- ) ‫ ه‬483 : ‫ بن يوسف القزويىن ( ت‬O‫عبد السالم بن حممد‬
Antara kitab tafsir  mazhab  muktazilah yang masih kekal hingga kini:

1- ‫ كتاب" تنزيه القرآن عن املطاعن‬- ) ‫ ه‬415 : ‫"القاضى عبد اجلبار بن امحد اهلمداىن األسدباىن الشافعى ( ت‬

 2- ‫ و ُد َرر القالئد‬ ‫غرر الفوائد‬


َ ‫ كتاب" أماىل الشريف املرتضى أو‬-) ‫ ه‬436 -355( ‫"الشريف املرتضى العامل الشيعى العلوى‬

3- ‫ كتاب" الكشاف عن حقائق غوامض التنزيل وعيون األقاويل ىف وجوه التأويل‬-)‫ ه‬538 -467 ( ‫"أبو القاسم حممود بن عمر الزخمشرى‬

KRITIKAN PARA ULAMA TERHADAP GOLONGAN MUKTAZILAH

Kritikan yang dapat difahami daripada kalam Al- Imam Abu Al-Hasan Al- Asy?ari (260 ? 330
H/ 873 ? 941 M)  :

? Maka sesungguhnya orang yang menyeleweng dan sesat  ialah mereka yang mentakwil isi
kandungan al-Quran berpandukan pandangan dan pendapat sendiri ,dan mereka yang mentafsir
al-Quran mengikut hawa nafsu,suatu tafsiran yang tiada bukti dan dalil ianya datang dari Allah
S.W.T.   dan bukan juga datangnya dari riwayat Rasulullah s.a.w. dan  ahli keluarganya,dan
bukan juga datangnya dari orang-orang terdahulu(as-salaf) yang terdiri daripada kalangan
sahabat dan tabien r.ahm.Ini merupakan suatu pembohongan terhadap Allah S.W.T.
Sesungguhnya mereka telah tersesat dan bukan terdiri daripada kalangan mereka yang mendapat
petunjuk?.

Begitu juga kritikan yang dinaqalkan daripada syeikhul Islam Ibn Taimiyyah(662 ? 792 H / 1263
? 1328 M) daripada buku muqaddimah Ibn Taimiyyah ? Usul at ? Tafsir  katanya :

?  Contohnya   mereka berpegang terhadap sesuatu pendapat kemudian  dikuatkan dengan lafaz-
lafaz dari al-Quran(sebagai hujjah) dan ( dengan itu) mereka bukanlah  dari kalangan salaf yang
terdiri dari kalangan para sahabat dan tabien r.ahm,tidak juga dari kalangan para imam umat
Islam ,pendapat mereka tidak boleh diterima dan begitu juga tafsiran mereka terhadap al-Quran
tidak boleh diterima.Dan bukanlah mana-mana tafsiran mereka itu batil melainkan kebatilannya
itu muncul  dengan pelbagai bentuk rupa yang berbeza.Yang demikian itu dapat ditinjau dari dua
sudut. Pertamanya , kadang kala ianya dapat diketahui melalui kerosakan yang terdapat pada
pendapat atau pegangan mereka. Keduanya kadang kala dapat ia dapat diketahui melalui
kerosakan yang terdapat pada penafsiran mereka terhadap al-Quran samada ketika mereka
mengemukan pendapat atau pegangan mereka ataupun ketika jawapan-jawapan yang
dikemukakan terhadap orang yang bercanggah dengan (pendapat) mereka.Ada dikalangan
mereka yang menggunakan ibarat kalam yang indah dan fasih sedangkan penipuan berlaku pada
kalam tersebut.Kebanyakan manusia tidak menyedari dan mengetahuinya umpamanya seperti
pengarang kitab al-Kasyaf (Az- Zamakhsyari)  dan selain darinya sehinggakan kalamnya itu ?
laris? dikalangan  orang ramai yang membuatkan mereka (orang ramai) tidak percaya wujud 
kebatilan di dalam penafsiran mereka(muktazilah) yang batil itu-masya-Allah- Dan aku benar-
benar lihat(yakin) dari kalangan ulama tafsir dan selain dari mereka melalui apa yang disebut di
dalam kitabnya dan  melalui kalamnya terhadap tafsiran mereka ,tidak terdapat sesuatupun yang
selari dengan usul mereka(muktazilah) yang diketahui dan dipercayai ada berlaku kefasadan
pada usul itu dan perkara itu(usul yang fasad) tidak akan diberi petunjuk?.

Anak murid kepada  Ibn Taimiyyah iaitu Al-?Allamah Ibn Qayyim Al-Jauzi (691 ? 751 H / 1292
? 1350 M ) juga turut mengkritik golongan muktazilah yang menafsirkan al-Quran mengikut
hawa nafsu dan akal fikiran sebagaimana yang disebut di dalam bukunya ( ‫ )أعالم الموقّعين‬dengan
katanya :

? Itu adalah sampah pemikiran, hampas buah fikiran  , habuk kepada pandangan  dan was-was
kepada keteguhan .Maka  apabila  mereka memenuhinya dihelaian kertas-kertas  lalu kertas
bertukar  menjadi hitam ,diisinya di dalam hati ?hati lalu hati akan dipenuhi dengan keraguan
dan dibentangkan di alam buana lalu alam  akan musnah. Setiap individu yang mempunyai akal
yang waras mengetahui bahawa kemusnahan alam hanyasanya berpunca daripada mendahulukan
pandangan akal daripada wahyu dan mendahulukan hawa nafsu daripada akal fikiran?.

 Ha za  Wabillahi At- taufiq ,wallahu ta?ala ?a?lam

   Rujukan :

 1 ) At- Tafsir wal muffasirun , Dr. Mohd Hussin Az ? Zahabi                                                                                 

2) Al ? Milal wa An- Nihal , As-Syeikh As-


Syahrastani                                                                                                                               

3) Ad-Dakhil Fi At- Tafsir ,juzuk pertama , Dr.Abdul Fattah Muhammad Ahmad Khudhor ,
kitab   kuliah Shibin El- Kom                                                                                                                      

4) Dirasat fi Al-Milal wa An-Nihal,prof.Dr Mubarak Hasan Husin Ismail ,kitab kuliah Shibin
El-kom.  

  5) Al ? Kasyaf , Az ? Zamakhsyari ,cetakan maktabah Darul Ar-Rayan li At- turath.              

http://islamic.xtgem.com/ibnuisafiles/list/nov08/buku/muktazilah_mauqif_quran.htm

Anda mungkin juga menyukai