Anda di halaman 1dari 22

SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN II

(PEMIKIR II)
Al-Asha`irah dan Cabaran Mutakhir

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIFAT DUA PULUH DALAM PENDIDIKAN AQIDAH ISLAM DI MALAYSIA

Prof Madya Dr Mudasir Rosder Dr Ahmad Munawar Ismail

20-22 Julai 2010 Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIFAT DUA PULUH DALAM PENDIDIKAN AQIDAH ISLAM DI MALAYSIA Oleh: Prof Madya Dr Mudasir Rosder Dr Ahmad Munawar Ismail PENDAHULUAN Pendidikan dalam Islam sangat luas dan bersepadu, merangkumi seluruh cara hidup manusia. Kurikulumnya datang daripada Allah s.w.t. Paksinya adalah akidah. Kandungannya merangkumi aspek-aspek seperti syariah (undang-undang) ibadah (pekerjaan), akhlak (tingkahlaku), sains, teknologi, sosiologi, politik, ekonomi dan lainlain. Ia merangkumi kehidupan di dunia dan akhirat dalam satu disiplin yang lengkap (Syed Qutb 1992). S.S. Hussain dan Syed Ali Ashraf (1989) menjelaskan, pendidikan dalam Islam memiliki keupayaan yang tidak terbatas dalam membangunkan jatidiri dan mengangkat darjat manusia ke tahap yang paling tinggi antara makhluk ciptaan Tuhan dan bagi Al-Attas (1987) pula, istilah yang paling tepat bagi mengambarkan konsep pendidikan dalam Islam adalah tadib kerana adab jelasnya merangkumi maksud ilmu dan amal sekaligus dan akhlak pula adalah tujuan pengetahuan. Ia melibatkan tindakan untuk mendisiplinkan jiwa dan fikiran daripada melakukan sebarang bentuk penyelewengan yang boleh membawa kepada kehilangan kehormatan. Jelasnya, pendidikan akidah Islam adalah satu proses mendidik dan melatih seluruh potensi yang wujud dalam diri manusia Islam dengan kerangka Islam yang bersepadu berasaskan prinsip-prinsip wahyu. Oleh kerana sifat pendidikan Islam ialah menyatukan semua ilmu pengetahuan di bawah autoriti dan pengendalian al-Quran dan al-Sunnah, maka hujah-hujah rasional seperti keutamaan sains dan kecanggihan teknologi atau apa sahaja yang diistilahkan sebagai suasana semasa seperti masyarakat bermaklumat, globalisasi atau pemurnian isme-isme yang lama atau yang baru, wajib disesuaikan dan direncanakan mengikut prinsip-prinsip pendidikan Islam yang asasnya adalah akidah Islam. Oleh kerana itu, objektif pendidikan akidah seharusnya

Kertas kerja ini dibentangkan di dalam Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II, anjuran Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 2022hb. Julai 2010. Pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Email: mudasir@ukm.my Pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Email: dhamir10@gmail.com

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

adalah membentuk manusia yang baik dalam ertikata memiliki akhlak yang terpuji, yang secara material dan spirituilnya insaf terhadap tanggungjawab dirinya kepada Tuhan Yang Hak, yang memiliki kekuasaan yang mutlak. Objektif ini sewajarnya menjadi objektif hidup manusia kerana pendidikan akidah adalah alat untuk manusia memelihara kelanjutan hidupnya dan membentuk manusia memahami dan menyelanggarakan penunaian keadilan terhadap dirinya dan diri-diri lain dalam masyarakatnya, yang terus berupaya meningkatkan setiap aspek dalam dirinya menuju kesempurnaan sebagai insan adabi, iaitu insan yang sentiasa berusaha menanamkan kualiti kebaikan yang diterima dalam seluruh aspek kehidupan. Pernyataan-pernyataan ini adalah berasaskan perjanjian ruhaniah yang telah dibuat secara kolektif antara manusia dengan Tuhan-Nya sebelum individu dilengkapkan dengan bentuk jasmaniah, iaitu pengakuan manusia pada pertanyaan Allah dalam firman Allah, dalam surah al-cAraf ayat 172 yang bermaksud, Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan Kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. KONSEP AKIDAH DALAM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA Secara umumnya, umat Islam di Malaysia adalah pengganut fahaman akidah aliran Ahli Sunnah wa al-Jamacah (Said Ibrahim 1997), dan pendidikan Islam di Malaysia juga adalah berdasarkan aliran ahli Sunnah wa al-Jamacah ini atau disebut sebagai mazhab alAshacirah (Mudasir Rosder 1998). Ahli Sunnah wa al-Jamacah bermaksud mereka yang berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah serta melazimkan kedua-duanya dalam perkataan dan perbuatan mereka. Menurut Abdul Shukor (1998), aspek penting dalam ahli Sunnah wa al-Jamaah ialah penerimaan dan keyakinan penuh mereka kepada Nabi s.a.w. dalam menyampaikan ajaran Islam dan mendidik pengganutnya. Mereka yakin dan percaya, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah memperhalusi ajaran kepada umatnya khususnya aspek-aspek berkaitan akidah. Akidah ahli al-Sunnah wa al-Jamacah adalah berasaskan dalil-dalil naqli (al-Quran dan al-hadith) sekalian para sahabat, para tabicin, pendapatpendapat salaf al-Soleh dan dalil-dalil aqli (logik dan rasional pemikiran manusia) (alSabiq 1976; Haron Din 1988; Muhammad Nucaim 1991; Said Ibrahim 1996). Contoh 2

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

dalil-dalil naqli yang menjadi asas kepada pemikiran akidah Islam adalah firman-firman Allah seperti dalam surah Toha ayat 14 yang bermaksud, Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan, melainkan Aku. Oleh itu sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. dan Firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 22 yang bermaksud, Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. serta Hadis Nabi s.a.w. mengenai iman, Islam dan Ihsan1 yang bermaksud, Telah diriwayatkan oleh Muslim r.a., daripada Umar bin al-Khattab r.a., dia berkata: Suatu hari saat kami duduk dekat Rasulullah s.a.w. tiba-tiba muncul dihadapan kami seorang lelaki yang pakaiannya putih bersih, rambutnya hitam yang pada dirinya tidak terlihat bekas perjalanan jauh dan tak seorang pun di antara kami yang mengenalnya hinga dia duduk dekat Nabi s.a.w., lalu dia menyandarkan lututnya pada lutut beliau, meletakkan telapak tangannya di atas kedua peha beliau seraya berkata; Wahai Muhammad, beritahukanlah kepadaku tentang Islam, Maka Nabi s.a.w. menjawab: Islam ialah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah, engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, puasa ramadhan dan menunaikan haji jika berkemampuan, orang itu berkata, engkau benar. Kami menjadi hairan kepada orang itu, kerana dia bertanya dan dia juga membenarkannya, lalu dia berkata lagi Beritahuku tentang iman, beliau (Nabi s.a.w. menjawab iman ialah Engkau beriman kepada Allah, Malaikat-malaikat, Kitab-kitab, Rasul-RasulNya, hari Akhirat dan beriman dengan qadak dan qadar Allah yang baik dan yang buruk, Orang itu berkata engkau benar. Menekuni dari aspek definisi, sebagaimana maklum, akidah dalam Islam merujuk kepada kepercayaan atau keimanan yang teguh dan kukuh dalam jiwa kepada hakikathakikat dan nilai-nilai yang mutlak, yang tetap, yang kekal, yang pasti dan yang suci, atau kepercayaan dan keyakinan yang pasti dan tidak berbelah bagi serta tanpa keraguan dan syak wasangka kepada Allah dan segala sifat-sifatNya (al-Sabiq 2000; Mahmud Syaltut 1966; Sulaiman Yasin 1985). Muhammad cAbduh (1994) menjelaskan akidah adalah keyakinan kepada kewujudan dan keesaan Allah s.w.t dan keyakinan kepada sifat-sifat
1

al-Bukhari, Abi Abdillah bin Muhammad bin Ismail, 1997, hlmn 14. Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab Sul Jibril can al-Imn wa al-Islm wa al-Ihsn wa-cilm al-Sacah. (hadis no. 50). al-Riyadh: Dar al-Salam.

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

serta perbuatan-perbuatan yang sabit denganNya kerana sesungguhnya Allah adalah tempat kembali dan matlamat akhir segala makhluk di cakerawala ini. Bagi ahli sunnah wa al-Jamaah sendiri, terminologi akidah terdiri dari tiga tahap perkembangan makna. Pertama akidah yang memberi maksud al-cazm al-muakad (kebulatan tekad), al-jamcu (mengumpulkan), al-niyah (niat) al-tauthiq li al-cuqud (menguatkan perjanjian) dan ma yadiinu bihi al-insn sawaun kana haqqan au btilan (sesuatu yang diyakini dan dianut oleh manusia sama ada benar atau salah), kedua, akidah yang membawa maksud lebih khusus iaitu, perbuatan hati atau keimanan mutlak, yang suci dari sifat-sifatnya yang seperti keraguan, waham, ketidaktahuan, kesalahan, lupa dan yang seumpama dengannya; dan ketiga, disebut sebagai tahap pengertian akidah yang matang yang merangkumi akidah sebagai satu disiplin ilmu yang lengkap iaitu suatu ilmu tentang hukum-hukum syariat dalam bidang akidah yang diambil daripada dalil-dalil yaqiniyyah (mutlak) dan menolak syubhat dan dalil-dalil khilafiyyah yang cacat (Al-Buraykan 2001). Abdul Shukor (1987) berpendapat, aspek penting dalam ahli Sunnah wa al-Jamaah ialah keyakinan dan penerimaan penuh mereka kepada Nabi s.a.w. dalam menyampaikan ajaran Islam dan mendidik pengganutnya. Mereka yakin dan percaya, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah memperhalusi ajaran kepada umatnya khususnya aspek-aspek berkaitan akidah. Kepercayaan dan keyakinan dalam akidah sama seperti seorang manusia itu yakin terhadap segala jawhar dan acarad yang wujud di alam ini, atau seperti seorang manusia yakin dan percaya pada zat dan sifat-sifat yang mereka miliki. Kepercayaan yang sebati dan keyakinan yang tanpa syak dan ragu terhadap zat dan sifat yang dimiliki menyebabkan tidak ada manusia lain mampu mempengaruhi kepercayaan dan keyakinan berkenaan, kerana zat dan sifat yang wujud itu adalah di bawah penguasaan dan lingkungan ilmu serta pengetahuan manusia yang sangat jelas (Al-Maidani 1997). Abdul Ghani dan Umar Yusuf (1956) berpendapat, perkataan akidah bagi ahli al-Sunnah wa alJamacah adalah merujuk kepada orang-orang yang mengikut perjalanan Nabi dan perjalanan iaitu orang yang beriktikad bahawa segala perbuatan hamba sama ada baik atau buruk tidak sedikitpun memberi kesan atau menjejaskan atau menambah atau mengurangkan apa-apa yang dimiliki oleh Allah. PENDIDIKAN AKIDAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA Aqidah adalah aspek paling utama dalam kehidupan seseorang Islam. Ia berfungsi sebagai dasar dan nadi terpenting bagi pembinaan Islam secara keseluruhan. Al-Qardhawi (2001) dalam membahaskan masalah Fiqh al-Aulawiyat meletakkan agama (aqidah) sebagai 4

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

perkara utama dalam perkara-perkara al-dharuriyyat (sesuatu yang kita tidak berupaya untuk hidup kecuali dengan kewujudannya) dan perlu didahulukan berbanding dengan perkara-perkara al-hajjiyyat (kehidupan yang boleh berlaku tanpa perkara tersebut walaupun menghadapi kesukaran) apatah lagi kepada perkara-perkara yang bersifat altahsinat (pelengkap kehidupan). Dalam usaha mencari penyelesaian kepada permasalahan akhlak, keutamaan memahami akidah dikenal pasti dengan mengambil kira kaedah mendahulukan kepentingan yang sudah pasti dengan kepentingan yang baru dikenal pasti kewujudannya. Ertinya, Islam telah menyediakan langkah-langkah yang terbaik dalam menyelesaikan masalah akhlak, iaitu melalui pemupukan nilai-nilai akidah, justeru adalah sangat tidak relevan mengenepikan kaedah ini apabila membahaskan isu-isu mengenai pembangunan akhlak manusia apatah lagi mengutamakan pendapat-pendapat ahli-ahli psikologi Barat dalam aspek pembangunan kemanusiaan masyarakat Islam. Al-Zuhaily (2000) menyatakan, perkara pertama yang perlu ditanam ke dalam diri dan jiwa orang Islam semasa kanak-kanak ialah mengisbatkan kewujudan Allah dan mengesakannya. Diikuti dengan kasihkan Allah dan mensyukuri segala kurniaanNya kepada manusia. Kanak-kanak mesti dididik untuk memahami dan mempraktikkan kepercayaan bahawa Allah sahajalah yang berkuasa menjadikan segala yang ada di alam ini dan Dialah juga yang berkuasa terhadap persoalan-persoalan hisab dan balasan terhadap segala amalan yang telah dilakukan oleh makhluknya. Kepastian keutamaan memahami akidah disebut di dalam al-Quran dan al-Hadis, antaranya, firman Allah dalam surah al-Taubah ayat 19-20 yang bermaksud, Apakah mereka yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan menguruskan Masjid al-Haram, kamu samakan dengan mereka yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sudut Allah; dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum muslimin yang zalim. Mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sudut Allah; dan itulah orangorang yang mendapat kemenangan. dan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim2 yang bermaksud, Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: Amal bagaimana yang paling utama? Jawab Nabi s.a.w. Iman dengan Allah. Tanyanya pula, Kemudian apa lagi?
2

Muslim, Imam Abi al-Husayn bin al-Hajjaj. 2000. Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Bab Bayan Kaun al-Iman bi Allah Taala Afdal al-cAmal (hadis no. 248). al-Riyadh: Dar al-Salam.

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

Jihad fi Sabi lillah. Tanyanya pula, Kemudian apa lagi? Jawab Rasulullah s.a.w. Haji yang Mabrur. Abdullah Nasih Ulwan (1995) berpendapat, pendidikan akidah dalam Islam adalah pendidikan yang berterusan dan harus bermula daripada usia tamyiz. Kaedahnya, adalah mengenalkan kanak-kanak itu kepada kuasa Allah yang luar biasa dalam penciptaan Alam dengan penuh khusyuk dan taqwa. Selain itu, anak-anak hendaklah secara konsisten dididik mengingati Allah dalam apa jua suasana dan keadaan. Tajul Ariffin (1996) menyatakan, untuk menjana kekuatan sesebuah bangsa dan negara, kekuatan agama hendaklah dibina dan dikembangkan di semua peringkat pendidikan. Manakala untuk mencapai matlamat memiliki warganegara yang baik, asas-asas pembinaan manusia haruslah bersepadu dan bermula dengan pembinaan akidah yang benar dan kukuh. Pendapat ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Araf ayat 172 yang bermaksud, Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun temurun) dari (tulang) belakang mereka dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi, Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid ini). dan surah Luqman ayat 13 hingga 15. Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima pembalasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau -dengan fikiran sihatmu- tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang ruju kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal salih). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

Pendidikan akidah Islam di Malaysia meskipun merupakan penganut fahaman dan akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah namun terdapat beberapa situasi semasa menunjukkan ada di antara umat Islam di Malaysia yang telah mula dipengaruhi dengan fahamanfahaman yang bertentangan dengan fahaman dan akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah seperti Syiah dan Muktazilah, Akidah Ibn Taymiyah dan lain-lain lagi (Said Ibrahim 1997). Secara khusus, pendidikan akidah aliran ahli Sunnah wa al-Jamaah menjadi teras kepada pendidikan Islam di peringkat KBSR dan KBSM (Mudasir Rosder 1998; Kementerian Pendidikan Malaysia 1988, 1997) atau dalam dalam sistem pendidikan kebangsaan dan di institusi pengajian Islam (Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Agama) negeri dan swasta. Objektif pengajaran dan pembelajaran akidah secara umumnya adalah untuk memantapkan keyakinan pegangan akidah Islamiah di kalangan pelajar serta menghidupkan konsep tauhid secara sedar dalam keseluruhan amalan pelajar di samping mewujudkan benteng keagamaan kepada diri pelajar (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997). Rajah 1 di bawah menunjukkan agama, akidah dan akhlak dijadikan teras kepada aliran agama dan diterapkan secara sistematik ke dalam bidang mata pelajaran lain di Malaysia sebagai pelengkap iaitu aliran sains, vokasional dan kemanusiaan (Tajul Ariffin dan Nor Aini 2002). Perincian objektif pengajaran dan pembelajaran akidah sebagaimana digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2002) adalah seperti berikut: Mempertingkatkan lagi kesedaran pelajar tentang keperluan beragama dan menjelaskan dasar-dasar akidah yang berasaskan rukun-rukun iman serta memupuk semangat tauhid kepada Allah. Mendekatkan pelajar-pelajar kepada Allah melalui sifat-sifat pengasih, penyayang dan bijaksana serta kesan-kesannya kepada kehidupan seharian. Meneguhkan kepercayaan kepada para malaikat, para Rasul dan kitab serta merasai kesannya dalam kehidupan seharian. Mendekatkan pelajar kepada Allah melalui sifat-sifat Allah Maha Mengetahui, maha Berkuasa dan Maha Adil. Memperkukuhkan keyakinan para pelajar terhadap Rasul, hari akhirat, qada dan qadar, serta merasai kesannya dalam kehidupan seharian.

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

Memahami Islam sebagai al-Din dan menikmati ketenangan serta kekuatan jiwa melalui keimanan. Memahami perkara-perkara yang merosakkan akidah dan dosa-dosa besar serta berusaha mengelakkan diri daripadanya.

ILMU TERAS

(Aliran Agama)

CATATAN Mengikut konsep pendidikan sepadu Aliran Agama bersifat teras dan mesti disepadukan ke dalam aliran-aliran lain.
ILMU PELENGKAP (Aliran Sains, Vokasional dan Kemanusiaan)

Rajah 1: Model Kesepaduan Agama Sebagai Teras Kepada Aliran-Aliran Lain (Tajul Ariffin dan Nor Aini 2002)

SIFAT DUA PULUH DALAM PENDIDIKAN AQIDAH ISLAM Sifat 20 adalah sebahagian daripada sifat yang wajib bagi Allah. Ia terdiri dari empat bahagian iaitu nafsiyyah, salbiyyah, maani dan manawiyyah. 1. Nafsiyyah bermaksud sesuatu yang menunjukkan kepada zat Allah dan bukan menunjukkan kepada perkara yang zaid ke atas zat Allah (al-Nahrawi 1954:37). Sifatnya ialah wujud. Makna wujud ialah al-tahqquq wa al-thubut iaitu benarbenar wujud. 2. Salbiyyah bermaksud menafikan perkara-pekara yang tidak layak bagi Allah (alSanusi t.t.:76). Sifat-sifatnya ialah : a. Qidam. Maknanya ialah tiada permulaan. Makna Allah bersifat qidam ialah tiada permulaan bagi wujud-Nya. b. Baqa. Maknanya ialah menafikan berlakunya tiada / kesudahan bagi Zat Allah. c. Mukhalafatuhu Ta`ala li al-Khawadith. Maknanya Allah tidak menyerupai sesuatu secara mutlak sama ada pada zat, sifat dan perbuatan. (al-Sanusi. 83)

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

d. Qiyamuhu Ta`ala binafsih. Maknanya ialah Allah tidak berhajat kepada yang menjadikan dan tidak berhajat kepada zat untuk berada. (al-Bayjuri. 58) Ada juga yang mentakrifkan dengan makna terkaya Allah daripada mahal dan yang menentukan ( al-Fadali. 39) e. Wahdaniyyah. Maknanya ialah menafikan berbilang-bilang pada zat, sifat dan perbuatan. (al-Sanusi. 96) Makna Allah wahid pada Zat ialah tidak ada zat yang serupa dangan zatnya dan zat Allah tidak tersusun. (al-Nahrawi. 16). Makna wahid pada sifat ialah tidak ada sifat yang menyerupai sifat-Nya. Dan tidak ada dua bagi setiap sifat Allah. (al-Nahrawi. 17) 3. Maani bermaksud sifat azali yang zaid ke atas zat Allah (al-Sanusi t.t:93), atau ibarat dari setiap yang ada pada zat dan wajib baginya, atau, makna-makna mewajibkan adanya hal (al-Sanusi t.t:213). Sifat-sifatnya ialah : a. Qudrah, maknanya ialah sifat azali yang ada pada zat Allah, dengannya mengadakan setiap yang mumkin dan mentiadakannya bersesuaian dengan iradah-Nya. (al-Bayjuri. 64) b. Iradah, maknanya ialah sifat azali yang ada pada zat Allah yang menentukan setiap mumkin terhadap apa yang harus padanya. (al-Bayjuri. 64) c. Ilmu, maknanya ialah sifat azali yang ada pada zat Allah berta`alluq dengan semua yang wajib, mustahil dan harus secara keseuruhan yang tidak didahului dengan apa-apa kesunyian. (al-Bayjuri : 68) d. Hayah, maknanya ialah sifat yang mewajibkan sahnya bersifat dengan sifat ilmu, qudrah dan sifat yang lain yang. (al-Jurjani. 129). e. Sam`, maknanya ialah sifat azali yang ada pada zat Allah yang berta`alluq dengan semua yang maujud seperti suara dan yang lainnya. (al-Bayjuri. 73) Ini berarti Allah mendengar suara dan juga zat dengan cara pendngaran Allah. f. Basar, maknanya ialah sifat azali yang ada pada zat Allah yang berta`alluq dengan semua yang maujud sama ada zat dan yang lainnya. (al-Bayjuri. 73) Ini berarti Allah melihat semua yang maujud termasuk juga suara. g. kalam, maknanya ialah sifat azali ada pada zat Allah tidak huruf dan suara, tidak terdahulu dan terkemudian, i`rab dan bina, dan tidak melakukan dalam

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

diri-Nya percakapan,dan bersih daripada apa-apa kecacatan. (al-Bayjuri. 7, alSanusi. 113) 4. Manawiyyah pula adalah cabang dari pada sifat maani, atau juga disebut sebagai ma lul kepada illah (maani). Sebagai contoh, sesuatu yang bersifat dengan alim tidak boleh bersifat dengan sifat tersebut melainkan setelah ada ilmu (al-Sanusi t.t:96-118). Sifat-sifat ma`nawiyyah ialah Kadaan Allah Qadir, Kadaan Allah Murid, Kadaan Allah Alim, Kadaan Allah Hay, Kadaan Allah Sami`, Kadaan Allah Basir, dan Kadaan Allah Mutakallim. Keempat-empat bahagian dalam sifat dua puluh ini pula memiliki perincianperincian tertentu melalui perbahasan-perbahasan yang telah disusun secara kemas dan sitematik. Pendekatan ini dilaksanakan mengikut suasana semasa bertujuan memandu dan mempermudahkan masyarakat Islam menerima pengajaran dan pembelajaran akidah secara benar sebagaimana yang difahami al-Salaf al-soleh dan pada masa yang sama membersihkan pengajaran dan pembelajaran akidah dari unsur-unsur falsafah dan unsurunsur lain yang boleh mendatangkan kekeliruan. Secara asas, pengajaran dan pembelajaran sifat dua puluh ini bukanlah suatu yang diwarisi secara langsung dari Rasulullah s.a.w.. Ia wujud kesan dari perkembangan pemikiran dan keintelektualan manusia dalam membahaskankan isu-isu berkaitan ketuhanan terutama dalam masalah sifat Allah. Tujuannya adalah untuk menjernihkan pemikiran masyarakat Islam yang pernah pada satu ketika dikelirukan dengan perbahasanperbahasan yang bercampur aduk, melampau dan tidak berasaskan keperluan pendidikan akidah yang sebenar. Pendekatan pengajaran akidah berasaskan sifat dua puluh ini dikatakan dipelopori oleh al-Sanusi dalam kitabnya Um al-Barahin. Dalam hal ini, Abu Hassan telah membawa metode yang paling signifikan antara dua aliran perbahasan, iaitu golongan yang mengisbatkan sifat Allah dengan cara yang keterlaluan (menyerupakan sifat-sifat Allah dengan makhluk) seperti golongan sifatiyyah dan golongan yang menafikan sifat Allah seperti golongan muktazilah. Beliau menampilkan kaedah-kaedah tertentu berasaskan kefahaman beliau terhadap dalil-dalil mengenai sifat-sifat Allah yang terdapat dalam al-Quran. Umpamanya, kaedah kias, iaitu mengkiaskan yang wujud dilihat dengan wujud yang tidak dilihat, atau mengumpamakan kewujudan alam dengan menjelaskan sifat-sifat Penciptanya dari sudut Alim (Maha Mengetahui), Qadir (Maha

10

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

Berkuasa) dan Murid (Maha Berkehendak) (al-Sharastani 1977:94). Metode beliau ini dari semasa ke semasa disusun dan diperkemaskan olah tokoh-tokoh aliran Ashairah selepasnya khususnya al-Baqillani (al-Subhi 1978:499). Secara khusus, pendekatan sifat 20 ini disusun dan diajar secara sistematik pada kurun yang kesembilan oleh Muhammad Yusuf al-Sanusi (895H). Sebagaimana Abu Hassan al-Ashaari, al-Sanusi juga berhadapan dengan masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran ilmu akidah yang bercampur aduk dengan ilmu falsafah sehingga mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat. Justeru, beliau memperkemaskan pengajaran dan pembelajaran akidah khususnya dalam masalah sifat Allah kepada suatu yang lebih relevan sesuai dengan yang difahami oleh al-Salaf al-Salih. Dari sinilah lahirnya metode sifat 20, iaitu menentukan bahawa sifat Allah yang wajib bagi manusia mengetahuinya adalah sebanyak 20 sifat. Namun, penentuan ini bukan bermaksud menghadkan sifat-sifat Allah yang tidak terhingga banyaknya itu kepada 20 tetapi memudahkan untuk masyarakat memperincikan pengetahuan mengenai sifat Allah hanya berdasarkan 20 sifat yang secara jelas disebut melalui dalil-dalil al-Quran. Tujuannya adalah untuk membersihkan unsur-unsur falsafah dalam pengajaran dan pembelajaran akidah khususnya dalam perbahasan mengenai sifat-sifat Allah (al-Sanusi t.t : 72). SIFAT DUA PULUH SEBAGAIMANA YANG DIISYARATKAN DALAM ALQURAN AL-SUNNAH Kesemua Sifat dua puluh boleh didapati dalam al-Quran dan al-Sunnah. Ada yang secara jelas dan ada yang secara mafhum daripada ayat-ayat al-Quran. 1. Sifat Wujud. Dalam al-Quran banyak ayat yang menunjukan adalah wujud seperti ayat : 2. Sifat Qidam. Perkataan Qidam dalam al-Quran tidak merujuk kepada sifat Allah, malah ia merujuk kepada makhluk. Ayat yang terdapat dalam al-Quran yang menunjukan bahawa Allah adalah bersifat Qidam ialah ayat : (
)3:75

bahawa Allah

Menekala dalam Hadith yang menunjukan sifat Qidam ialah Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah berhubung dengan nama Allah al-Husna yang 99. Iaitu ... , , menekala Hadith yang menunjukan kepada sifat Qidam ialah
... ...(al-Bukhari, dlm Fath al-bari, 7:97.

11

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

3. Sifat al-Baqa. Perkataan al-baqa dengan lafaz ini tidak terdapat dalam al-Quran. Yang terdapat dalam al-Qur an yang merujuk kepada Allah ialah dengan kata kerja yabqa.
)3278: (. Terdapat juga dalam al-Quran ayat yang

memberi arti dengan sifat al-Baqa iaitu ayat )3:75 ( 4. Sifat Mukhalafatuhu Ta`ala li al-Khawadith. Secara zahirnya tidak ada ayat alQuran dan Hadith yang sama dengan sifat ini. Ayat al-Quran yang memberi maksud ayat ini ialah )18744 ( 5. Qiyamuhu Ta`ala bi Nafsih. Secara zahirnya nas yang sedemikian itu tidak ada dalam al-Quran dan Hadith. Ada ayat al-Quran yang boleh difahamkan kepada sifat ini iaitu
)87833 . (dan )878:: . ((Dalam Hadith

(371:5 ( 6. Wahdaniyyah. Dalam al-Quran dan al-Hadith terdapat dua bentuk ayat yang berkaitan dengan Wahdaniyyah. Pertama yang menunjukan Allah itu Esa seperti ayat )44874 (. Kedua ayat yang menjelaskan penafian ada Tuhan selain Allah. )84788 (Ayat ini menunjukan bahawa sekiranya ada tuhan selain Allah maka keduanya iaitu langit dan bumi akan binasa, kerana kedua-dua tuhan itu masing-masing akan menunjukan kekuasaannya. Dengan keadaan sedemikian maka ala mini akan binasa. Dalam Hadith antaranya :
: )37341 (

7. Qudrah.Sifat Qudrah dalam al-Quran banyak boleh didapati melalui nama Allah iaitu al-Qadir dan al-Qadir ( , (...

Dalam Hadith terdapat penggunaan perkataan al-Qudrah iaitu :


)4:741: (....

8. Iradah. Sifat ini terdapat dalam al-Qurn dengan menggunakan kata kerja seperti yurid ayatnya : )3714 (... kata kerja arada ayatnya :
)878: (...

9. Ilmu. Perkataan Ilmu terdapat dalam al-Quran. Ayatnya : ( .... ...


)44741

12

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

)87883 (...

10. Sifat Hayat. Sifat Hayat dalam al-Quran menggunakan nama dan kata kerja, seperti )87833 . (dan )4:7:3 (dan
)87832 (

Dalam hadith juga menggunakan nama seperti


)371:5 (...

11. Sifat Sam` dan Basar. Dalam al-Quran sifat ini ditunjukan dengan menggunakan kata kerja dan nama. Seperti )1;=5 ( dan ayat : )5:=5 ( Dalam Hadith antaranya : )37331 ( ... ... 12. Sifat Kalam. Terdapat dalam al-Quran ayat yang menggunakan perkataan Kalam disamping kata kerja. Antaranya : )<=9 ( dan )2=212 ( Dalil bagi sifat ma`nawiyyah adalah sama dengan sifat ma`ani. SIFAT DUA PULUH DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA Metode pengajaran dan pembelajaran akidah menggunakan sifat dua puluh adalah pemandangan biasa di Malaysia terutama di sekolah-sekolah aliran agama. Pendekatan ini diterapkan seawal tahun pertama persekolahan sehingga menjangkau persekolahan di peringkat menengah mengikut kedalaman dan kesesuaian pelajar. Pendekatan sebegini sangat sesuai dalam memenuhi tuntutan agama kerana beriman kepada Allah dan sifatsifat Allah adalah asas kepada pembentukan akidah Islam. Ia merupakan laluan utama bagi seseorang mukmin untuk sampai kepada maksud iman yang sebenar. Menurut Mustafa dan Mahyuddin (2003), ulama akidah bersependapat bahawa wajib bagi setiap muslim yang mukallaf mempelajari sifat-sifat Allah berdasarkan dalil-dalil yang sahih mengikut kemampuan mereka. Sifat-sifat yang dimaksudkan dibahagikan kepada enam bahagian, iaitu sifat al-Nafsiah, sifat al-Salbiah, sifat al-Macani, Sifat al-Macknawiyah, Sifat al-Afccl dan Sifat al-Jmicah atau empat bahagian yang juga dikenali sebagai sifat 20 iaitu 20 sifat-sifat Allah yang wajib diketahui secara tafsil (satu persatu) (Abdul Ghani dan Umar 1956; Mudasir 1998) Bahagian-bahagian tersebut adalah:

13

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

i.

Sifat al-Nafsiah, iaitu sifat wujud. Sifat ini dinamakan al-Nafsiah kerana ia merupakan sesuatu yang menunjukkan kepada zat Allah dan bukan menunjukkan kepada perkara yang zid ke atas zatNya.

ii.

Sifat al-Salbiah, iaitu qidam, baqa, mukhalafatuhu taala li al-hawadith, qiamuhu taala bi nafsi dan wahdaniyyah. Sifat ini dinamakan al-Salbiah kerana ia menafikan perkara yang tidak layak bagi Allah.

iii.

Sifat al-Macni, iaitu qudrah, irdah, al- ilm, al-hayah, al-samc, al-basar dan alkalm. Sifat ini dinamakan al-Macani kerana ia merujuk kepada segala sifat azali yang zid ke atas zat Nya.

iv.

Sifat al-Macknawiyah, iaitu cabang dari sifat al-Macni bermaksud sesuatu yang bersifat dengan qdir mesti sabit padanya dengan dengan sifat qudrah dan begitulah seterusnya kepada enam sifat-sifat al-Macani yang lain.

v.

Sifat al-Afcal iaitu sifat-sifat yang dinyatakan oleh al-Quran mengenai sifat-sifat Khliq seperti al-rizq, al-camal, al-talim al-inb dan al-iit. (sifat ini hanya terdapat pada kumpulan yang membahagikan sifat-sifat Allah kepada enam bahagian seperti pendapat yang dikemukakan oleh Mustafa dan Mahyuddin (2003).

vi.

Sifat al-Jmicah iaitu sifat al-culwi, al-cizami, al-kibari, al-mulk, al-takabbur, alJabarut, alcizzah dan al-quwwah. (sifat ini hanya terdapat pada kumpulan yang membahagikan sifat-sifat Allah kepada enam bahagian seperti pendapat yang dikemukakan oleh Mustafa dan Mahyuddin (2003). Di sekolah-sekolah rendah agama di negeri Selangor, sifat 20 diletakkan dalam

sukatan pelajaran ilmu Tauhid dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Ia diajar di tahun satu dan tahun kedua. Sukatannya merangkumi perkara-perkara asas mengenai sifat Allah seperti sifat wajib bagi Allah, sifat mustahil bagi Allah, sifat harus bagi Allah dan perkaraperkara asas berkenaan sifat-sifat Rasul. Pengajian sifat 20 ini kemudiannya diperincikan dalam pengajaran dan pembelajaran tauhid sukatan al-Azhar di sekolah-sekolah menengah agama bantuan kerajaan (SABK) yang dikendalikan oleh kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukatannya merangkumi perincian kepada sifat 20 sebagai kesinambungan dari apa yang telah dipelajari di sekolah-sekolah rendah agama (Lajnah al-Kutb al-Madrasiyyah bi idarah al-Syuun al-Islamiah bi Wilayah Selangor 2002). 14

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

Di negeri Johor, terdapat dua pengajian agama di peringkat rendah iaitu, pertama yang dikendalikan oleh kerajaan negeri yang dinamakan sekolah agama dan yang kedua, sekolah Arab rendah yang merupakan sekolah-sekolah persendirian dengan bantuan dari kerajaan persekutuan. Seperti di negeri Selangor, pendekatan sifat 20 ini juga telah diterapkan pada peringkat pertengahan persekolahan iaitu bermula semasa darjah tiga hingga ke darjah enam mengikut kesesuaian dan kedalamannya. Sukatannya merangkumi perkara-perkara asas mengenai sifat-sifat Allah seperti sifat-sifat nafsiyyah, salbiyyah, maani dan manawiyyah. Perbezaannya dengan negeri Selangor adalah dari sudut perinciannya. Di Johor, sifat 20 diajar lebih terperinci dan meluas. Perbahasan mengenai sifat 20 ini dibincangkan secara teliti bermula dari sejarah penubuhan, perkembangan dan sumbangannya pada pemahaman akidah orang-orang Islam. Pendekatan ini kemudiannya dilanjutkan perbahasannya ke sekolah menengah agama Johor (Maahad Johor). Di sini perbahasannya lebih mendalam. Huraiannya bermula dari pengisbatan sifat dua puluh, pembahagian sifat 20 hingga kepada rujukan-rujukan yang digunakan bagi membahas pendekatan ini (Salam 1983). Bagi Aliran pendidikan kebangsaan. Pengajaran dan pembelajaran sifat dua puluh tidak dibincangkan dalam buku teks utama pendidikan Islam. Namun pendekatan ini disenaraikan dalam sukatan pelajaran pendidikan Islam bagi sukatan tambahan. Kandungannya merangkumi penerangan terhadap sifat-sifat Allah dan dalil-dalil bagi sifat Allah seperti wujud, wahdaniyyah, qudrah, iradah dan ilmu. Perincian sifat 20 ini kemudian diperbahaskan lagi dengan lebih mendalam di tingkatan enam dengan memasukkan di dalamnya topik-topik perbincangan yang wujud dalam ilmu Kalam seperti nafs al-dhat, masalah mawjud, maadum, al-hal dan lain-lain lagi (Nik Mohd Mohyideen : 1979) Secara keseluruhannya, apa pun pendekatan yang digunakan, pendekatan mengenali sifat-sifat Allah dalam pengajaran dan pembelajaran akidah khususnya di peringkat awal kanak-kanak adalah suatu yang menjadi keutamaan dalam pendidikan Islam. Said (1996) berpendapat, manusia adalah makhluk yang paling mulia di muka bumi ini, dan semulia-mulia benda yang ada dalam diri manusia adalah hati dan semulia-mulia sifat yang ada alam hati adalah iman dan sebanar-benar iman adalah beriman dengan sifatsifat Allah merangkumi beriman kepada kewujudan dan keesaan Allah kerana beriman dengan kewujudan Allah merupakan hubungan kuat dan pertalian yang kukuh di antara

15

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

khaliq dengan makhluk (Allah dengan manusia) sebagaimana yang disebut dalam firman Allah dalam surah al-Acaraf ayat 54 yang bermaksud, Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah, yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Ia bersemayam di atas Arasy. Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti), dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah, yang mencipta dan mentadbirkan sekalian Alam. dan hadis Nabi s.a.w. antaranya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Abi Hurairah3, bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermakud, Sesungguhnya bagi Allah itu ada sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang memerhatikan maknanya (memikirkan tujuan maknanya dan beramal dengan tuntutan maknanya itu) mereka akan masuk syurga. Jelasnya, beriman kepada Allah adalah keyakinan yang bersunguh-sungguh terhadap kewujudan Allah, keEsaan Allah dan segala sifat-sifat Allah serta sanggup dalam apa jua keadaan sekalipun mengenepikan segala kepentingan diri dalam melaksanakan perintah dan larangan Allah yang di bawa melalui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. demi kerana kasih dan cinta yang tidak berbelah bagi kepada Allah. Menurut Said (1996) lagi, keyakinan kepada segala sifat-sifat Allah dapat menghindar manusia daripada pergantungan sesama makhluk sama ada ketika senang atau ditimpa kesusahan. Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa-dosa mereka yang mempersekutukanNya dengan sesuatu apapun dan apa jua bentuk sekalipun dan Allah mengampunkan dosa selain daripada dosa mempersekutukanNya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Bijaksana. SIFAT 20 DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIANNYA Sebagaimana telah disebutkan pada awal penulisan kertas ini, masyarakat Islam di

Malaysia semenjak kemasukan Islam ke Tanah Melayu lagi telah menggunakan fahaman akidah aliran Ahli Sunnah wa al-Jamacah atau mazhab al-Ashacirah yang diformulasikan

Muslim, Imam Abial-Husayn bin al-Hajjaj. 2000. Sahih Muslim, Kitab al-Zikr wa al-Dua wa al-Taubah wa al-Istighfar, bab fi Asma Allah Taala wa Fadhl man Ahsoha (hadis no. 6809). al-Riyadh: Dar al-Salam.

16

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

oleh Abu Hassan al-Ashaari sebagai usaha memahami ilmu akidah khususnya dalam memahami permasalahan ketuhanan. Pendekatan ini berlaku dan pernah digunakan di semua peringkat pengajian, dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi, dari aliran madrasah mahupun pada aliran kebangsaan. Bezanya hanya pada kedalaman dan perinciannyanya sahaja tetapi pendekatan yang digunakan, motif dan tujuannya tetap sama iaitu, menerapkan nilai-nilai akidah melalui pemahaman sifat-sifat Allah melalui pendekatan sifat 20 (Said Ibrahim 1997; Mudasir Rosder 1998). Pendekatan ini mewujudkan nikmat penyelarasan dan keseragaman dalam berakidah. Ia memberikan keamanan beragama dan ketenangan dalam bertamadun pada masyarakat Islam di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain yang memiliki fahaman berbeza syiah, muktazilah, musyabbihah dan lain-lain. Hari ini, nikmat-nikmat keharmonian berakidah yang pernah dinikmati oleh masyarakat Islam di Malaysia sejak sekian lama seperti disentak dengan kemasukan ideaidea baru yang dikatakan lebih tulen atau lebih ahli sunnah wa al-Jamaah berbanding dengan idea dan doktrin sifat 20. Doktrin sifat 20 dikatakan bukan pendekatan memahami akidah yang sebenar, pincang dan bercanggah dengan akidah ahli sunnah wa al-Jamaah, diciplak dari falsafah Greek bahkan lebih melampau apabila doktrin ini disifatkan sebagai sesat dan menyesatkan. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran akidah baru telah diperkenalkan dan meresap masuk pantas ke suluruh sistem pendidikan negara termasuk yang bertaraf nasional. Pendekatan ini dikatakan diformulakan oleh imam ibn Taimiyyah dan disifatkan lebih tepat dengan maksud pemahaman akidah yang Rasulullah s.a.w. ingin sampaikan. Metode pemahaman akidah ini membahagikan akidah kepada tiga bahagian iaitu, Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rububiyyah, dan Tauhid Asma wa Al-Sifat. Secara ringkas, Tauhid Uluhiyyah bermaksud menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang mutlak dan yang sentiasa dipatuhi. Tauhid Rububiyyah pula adalah akar kata yang dinisbahkan kepada salah satu nama Allah, iaitu Rabb yang bermaksud percaya bahawa hanya Allah satu-satunya Pencipta, Pemilik, Pengendali alam raya yang dengan takdirnya Ia menghidupkan dan mematikan serta mengendalikan alam ini dengan sunnahsunnahnya. Manakala, Tauhid Asma wa al-Sifat bermaksud, pengakuan dan kesaksian yang tegas atas semua nama dan sifat Allah yang sempurna yang termaktub dalam ayatayat al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. (al-Buraykan 2001:141-149). Dalam hal yang berkaitan, sesungguhnya tidak hanya doktrin sifat 20 dilihat pincang, pendekatan ini juga tidak pernah sunyi daripada kritikan. Pendekatan ini dikatakan telah direka cipta oleh 17

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

golongan yang keliru dengan maksud al-Quran dan al-Hadith dan bukan dari al-Salaf alSaleh. Majalah Nur Islam (1993), terbitan al-Azhar pernah mengeluarkan kenyataan mengenai percanggahan dan penolakan terhadap pengunaan pendekatan Uluhiyyah dan Rububiyyah dalam menghuraikan sifat-sifat Allah. Antara yang dikatakan menolak pendekatan ini termasuklah Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim, Sheikh Salamah alQudhaei, Prof. Dr. Sheikh Ali Jumuah, dan Prof. Dr. Muhammad Said Ramadhan alButi. Justeru, perhatikan dengan jiwa yang tenang dan rasa hati yang jujur terhadap kedua-dua pendekatan ini. Jika kekurangan yang kita cari nescaya kekurangan yang kita ketemui. Tetapi jika kebaikan yang kita usahakan nescaya kedua-dua pendekatan ini akan dilihat menyumbang antara satu sama lain. Tidak ada yang tidak ahli Sunnah wa alJamaah dan tidak ada yang tidak ahli sunnah wa al-Jamaah. Kedua-duanya membawa amanah Allah dan melaksanakan tugas yang diserahkan Rasulullah s.a.w. dengan baik mengikut suasana, zaman dan pemikiran masing-masing. Jadikan perbezaan suatu yang mengindahkan bukan merosakkan umat Islam. Adalah sangat mustahil, ulama-ulama dahulu bagi kedua-dua pendekatan ini melakukan sesuatu yang ingin merosakkan akidah umat Islam. Kita seharusnya menerima secara terbuka kedua-dua pendekatan ini dalam usaha memahami Tauhid dan memahamkan Tauhid mengikut suasana dan pedekatan yang sesuai mengikut keperluan masing-masing. Jangan bunuh ijtihad hanya kerana mempertahankan keegoan yang sementara. Selesaikan permasalahan akidah ini secara jelas, berasas, tertib, bersopan dan dalam keadaan melaksanakan tuntutan dan amanah agama, amanah Allah dan amanah Rasulullah s.a.w. KESIMPULAN Sama ada Abu Hassan al-Ashaari, ataupun Imam ibn Taimiyyah, segala pegangan dan kritikan terhadap kedua-duanya seharusnya mengambil kira semua aspek dan harus dibuat secara berhati-hati. Mereka bukan tokoh sembarangan. Segala gerak kerja, penulisan, idea, doktrin dan apa sahaja yang mereka bawa adalah datang daripada kerja keras mereka dalam penyebaran ilmu. Aspek politik, zaman, cabaran dan masalah-masalah yang mereka lalui mesti difikirkan sebelum mengeluarkan sebarang ulasan. Penulis-penulis dan pengkritik-pengkritik kedua-dua tokoh ini juga harus dilihat secara dekat dari aspek latarbelakang penulis, latarbelakang politik, conflict on interest, metode penyelidikan yang diguna pakai dan isu-isu semasa yang sedang dihadapi serta segala sudut yang difikirkan

18

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

berkaitan. Tujuannya, supaya kita berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat. Hujah-hujah yang digunakan bukan sahaja mesti berasaskan prinsip-prinsip akidah dari al-Quran dan al-Sunnah bahkan mesti dilihat secara telus dan disampaikan dalam keadaan yang penuh berhikmah dan secara bijaksana ibarat menyusur ular di dalam belukar. RUJUKAN Al-Attas, Syed Muhammad al-Naquib. 1987. The concept of education in Islam: A framework for an Islamic philosophy of education. Kuala Lumpur: Muslim Youth Management of Malaysia (ABIM). Al-cAqil, Muhammad AW.. 1998. Manhaj al-Imam al-Syafie fi isbat al-cakidah. AlRiyadh: Maktabah Adhwa al-Salaf. Ali Ibn Asakir. 1926/1347H. Tabyin Kadhb al-Muftari. Dimashqi: Matbaah al-Tawfiq. Abdul Ghani & Umar Yusuf. 1956. Risalah al-Tauhid. Johor Baharu : t.pt. Abdul Shukor Husin. 1998. Ahli Sunnah Waljamaah: Pemahaman semula. Bangi: Penerbit UKM. Abdul Shukor Husin dan Ibrahim Bakar. 1999. Akidah II. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdullah Basmeih. 2001. Tafsir pimpinan ar-Rahman kepada pengertian al-Quran. Kuala Lumpur: Darul Fikir. Abdullah Nasih Ulwan. 1995. Pendidikan kanak-kanak dalam Islam. Terj. Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional. Al-Bukhari, Abi Abdillah bin Muhammad bin Ismail. 1997. Sahih al-Bukhari. Al-Riyadh: Dar al-Salam. Al-Buraykan, Ibrahim Muhammad bin Abdullah. 2001. Al-Madkhal lidirasah al-Aqidah al-Islamiyah ala mazhab ahl al-Sunnah wa al-Jama ah. Terj. Muhammad Anis Matta. Selangor: Pustaka Dini Sdn. Bhd. Haron Din, Sulaiman Yasin, Hassan Salleh & Sidi Gazalba. 1988. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd. Idarah al-Syuun al-Islamiyyah bi ilayah Selangor. 2003. muzakkirat al-tauhid hasb almanhaj lil maahad al-Azhariyah. Selangor: Lajnah al-Kutb al-Madrasah bi Idarah al-Islamiah. Mahmud Syaltut.1966. al-Islam, cAkidatun wa Syaricatun. Al-Qahirah, Misr: Dar alQalam. Al-Maidani, cAbd al-Rahman Hanbakah. 1997. al-cAqidah al-Islamiyyah wa ususuha. Dimasq: Dar al-Qalam.

19

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

Mohd Sulaiman Yasin. 1985. Islam dan aqidah. Kuala Lumpur : Persatuan Mahasiswa Timur Tengah. Mudasir Rosder. 1998. Persoalan sifat dua puluh. Dlm. Zakaria Stapa & Mohamed Asin Dollah. 1988. Islam, akidah dan kerohanian. Bangi: Penerbit UKM. Mudasir Rosder. 1993. Masalah Uluhiyyah dalam aliran Ashairah dan kesannya dalam pengajian akidah di Johor. Tesis PhD. Fakulti Usuluddin Universiti Malaya. Muhammad cAbduh. 1994. Risalah al-Tauhid. Bayrut : Dar al-Syuruq. Muhammad Ashraf. 1954. Iqbals educational philosophy. Lahore, Pakistan: Kashmiri Bazar Al-Munceim, cAbd Soleh. 1987. Usul al-caqidah al-Islamiyyah. Bayrut: Muassasah alRisalah. Muslim, Imam Abi al-Husayn bin al-Hajjaj. 2000. Sahih Muslim. al-Riyadh: Dar alSalam. Al-Nahrawi, Ahmad ibn al-Sayyid Abd al-Rahman. 1954. Al-Dur al-Faraid fi aqaid altawhid. Pulau Pinang: t.tpt. Salam Abdul Rahman. 1983. Muqarrar lil al-madaris al-ibtidaeiyah bi wilayah Johor Malazia. Johor: Maahad Johor. Sabiq Al-Sayyid. 1976. Akidah Islam: Pola hidup manusia beriman. Terj. M. Abdai Rathomy. Singapura:Pustaka Nasional. Sabiq Al-Sayyid. 1991. Akidah Islam: Pola hidup manusia beriman. Terj. M. Abdai Rathomy. Singapura:Pustaka Nasional. Sabiq Al-Sayyid. 2000. al-cAqid al-Islamiyyah. Al-Qahirah: al-Fath lil cilam al-cArabi. Said Ibrahim. 1996. Akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah. JAKIM: Kuala Lumpur. Said Ibrahim. 1997. Perbandingan akidah dan fahaman umat Islam. Kuala Lumpur : Dar al-Makrifah. Sektor Kurikulum Bahagian Pendidikan Islam JAIS. 2004. Sukatan pelajaran pendidikan islam. Selangor: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Al-Sharastani, Muhammad Abd al-Karim ibn Abi Bakar Ahmad w.. 1968. Al-Milal alNihal. Tahqiq Abdul Aziz al-Wakil. Qahirah: Muassasah al-Halabi. Al-Sanusi, Ali Abdullah Muhammad Yusuf. t.t.. Um al-Barahin dan syarh um alBarahin. Qahirah: Dar Ihya al-Kutub al-Arabiyyah. Al-Subhi, Ahmad Mahmud. 1978. Fi ilm al-Kalam. Misr: Muassasah al-Thaqafah alJamiiyyah

20

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

Syed Muhammad Qutb. 1992. Peranan agama dalam pendidikan. Dlm. Syed Muhammad al-Naquib al-Attas.1992. Tujuan dan objektif pendidikan Islam. (Terj.) Samsudin Jaapar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. S.S Hussain. & S.A Ashraf. 1998. Krisis Dalam Pendidikan Islam. (Terj.) Masod Abdul Rashid. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajul Ariffin Noordin. 1996. Strategi pembinaan generasi muda abad ke-21 perspektif pendidikan. Dlm. prosiding seminar kebangsaan, pendidikan negara abad ke-21. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM. Tajul Ariffin Noordin & NorAini Dan. 2002. Paradigma pendidikan bersepadu: perkembangan dua dekad. Dlm. Pendidikan dan pembangunan manusia. Bangi:Fakulti Pendidikan, UKM. Al-Qardhawi, Yusuf. 2001. Fi Fiqh al-Aulawiyat dirasah jadidah fi dhaui al-Quran wa alSunnah. Bayrut: Muassasah al-Risalah. Yasin, Muhammad Nucaim. 1991. al-Iman. Al-Qahirah: Maktabah al-Sunnah.

21

Anda mungkin juga menyukai