Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM BINA INSAN

GURU FASA 6
Bismillahirahmannirrahim. Alhamdulillahirabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala asyrafil
anbiyai walmursalin wa ala alihi wasohbihi ajmain.

Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.
1. Yang Berusaha,
Encik Seminar Bin Sunari, Ketua Unit Kokurikulum
2. Cik Naima Binti Kadir, ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
3. Encik Arshad Bin Ismail, Penyelaras Bina Insan Guru
4. Penceramah jemputan, para tutor serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT

kerana dengan izin-NYA kita dapat bersama-sama

berhimpun pada hari yang penuh bermakna ini bersempena dengan penutupan Program
Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 bagi tahun 2014 yang telah dilaksanakan selama 2 jam,
bermula dari jam 9 pagi hingga jam 11 pagi. Program Bina Insan Guru pada kali ini ialah
berkaitan dengan ceramah yang bertajuk Guru Cemerlang dan merupakan Program Bina
Insan Guru yang terakhir bagi guru pelatih PISMP ambilan Januari 2012.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada unit PISMP
ambilan Januari 2012 kerana telah berjaya merancang dan melaksanakan program BIG
pada kali ini dengan jayanya.

Tidak lupa juga kepada para pensyarah, terutamanya

pensyarah yang terlibat secara langsung dalam program BIG ini. Semoga penglibatan
pensyarah dalam program ini dapat memberikan tunjuk ajar dan bimbingan yang amat
berguna kepada para guru pelatih. Sebagai guru pelatih yang baik, sepatutnya anda perlu
menunjukkan penglibatan yang aktif sama ada dalam proses perancangan suatu program
mahupun pelaksanaan program tersebut.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Melalui pelaksanaan program BIG pada kali ini iaitu ceramah yang bertajuk Guru
Cemerlang, para pelajar berpeluang untuk menimba ilmu pengetahuan dan berkongsi
pengalaman dengan penceramah tentang ciri-ciri guru yang cemerlang.

Program Bina

Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka khas bagi memenuhi keperluan
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Pelaksanaannya adalah mempunyai
beberapa objektif atau tujuan yang dapat memberi manfaat kepada semua guru pelatih
selaras dengan matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan
beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru cemerlang. Melalui
ceramah seperti ini, semoga guru-guru yang dilahirkan oleh IPG Malaysia memiliki peribadi
dan jati diri yang baik yang akan menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya
dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran dalam era globalisasi. .
Selain itu, program BIG pada kali ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memahami
dan mengenalpasti ciri-ciri guru cemerlang dan cara perlaksanaan tugasnya setiap hari.
Kita berharap melalui pelaksanaan program BIG, para guru pelatih akan dapat memahami
dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikannya dalam pengurusan
pendidikan seharian bagi tujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan kualiti
pendidikan di negara kita. Justeru itu, saya berharap semoga penglibatan anda semua
dalam program BIG, akan membantu meningkatkan potensi anda pada tahap yang
cemerlang dan membanggakan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada
murid-murid kalian yang merupakan tunggak negara pada masa akan datang.

Hadirin dan hadirat yang sekalian,


Saya berharap semoga dengan penutupan Program Bina Insan Guru Fasa 6 yang
akan saya rasmikan sebentar lagi, ia akan dapat memberi input-input yang bermakna dan
penting kepada kita semua khususnya kepada guru pelatih IPG Kampus Tawau yang akan
bergelar sebagai pendidik bangsa. Ingatlah bahawa tugas sebagai seorang guru bukan
satu perkara yang mudah untuk kita laksanakan jika kita tidak ada komitmen dan ciri-ciri dan
nilai-nilai keguruan dalam diri.

Oleh sebab itulah, para pelajar hendaklah mengambil

peluang dan mengasah bakat anda ketika menuntut ilmu di IPG agar anda boleh menjadi
seorang guru yang kompeten dan mampu berdaya saing.
Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan
majlis penutupan Program Bina Insan Guru Fasa 6 IPG Kampus Tawau bagi tahun 2014.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai