Anda di halaman 1dari 10

UFL1008 PEMIKIRAN ISLAM DAN FALSAFAH

Semester 3 Sesi : 2020 / 2021

Tajuk Perbincangan :

SOALAN PENILAIAN BERTERUSAN

Pensyarah :

Dr. Wan Adli

Pelajar :

KHAIRUL NIZAM (UFL 190056)

Program:

DIPLOMA EKSEKUTIF USULUDDIN

1
Soalan peperiksaan penilaian berterusan

Bahagian A : Analisis teks

1. Calon dikehendaki mengemukakan analisis perbandingan antara teks oleh al-


Ghazali dengan teks oleh Ibn Khaldun mengenai pembahagian falsafah.

Jawapan :

Pengenalan

Sebelum saya memulakan analisis perbandingan teks diantara Al-Ghazali dan


Ibnu Khaldun, disini saya akan menceritakan serba ringkas akan latarbelakang
kedua-dua nama besar ini.

Ai-Ghazali atau nama penuh beliau adalah Muhammad ibn Muhammad ibn
Muhammad Ibn Ahmad. Beliau di gelar dengan nama gelaran nisbahnya al-
ghazali at-tusi dan panggilan kunyahnya adalah Abu Hamid. Lahir pada tahun
450H di perkampungan Ghazalah, timur laut Iran. Berasal dari sebuah keluarga
yang miskin tetapi sangat taat didalam keagamaan.Menjadi anak yatim diusia
yang kecil tetapi menjadi seorang yang hebat di akhir usianya. Beliau banyak
menghasilkan karya-karya yang mengkagumkan dan diiktiraf oleh ulama sebagai
mujaddin di kurunnya. Contoh karya-karya nya yang terkenal adalah Ihya ulum
al-din. Wafat pada tahun 1111.

Seorang lagi tokoh pemikir islam yang tidak kurang hebatnya adalah Ibn
Khaldun. Nama sebenar beliau adalah Abd Al-rahman ibn Muhammad Ibn
Khaldun. Lahir di Tunisia pada 1332 dan wafat di Mesir pada 1406. Beliau
berasal dari sebuah keluarga yang berada tetapi sangat mementingkan kepada
Pendidikan. Beliau adalah seorang pemikir dan ahli sejarawan yang sangat
terkenal. Diantara karyanya yang terkenal adalah “Muqaddimah”, setelah
berhijrah ke Alexandria dan menjadi seorang pensyarah di Al-Azhar dan akhirnya
wafat di Kaherah,Mesir pada usia 73 tahun.

Menurut ahli falsafah terdahulu, baik imam Al-Ghazali mahu pun Ibnu Khaldun,
kita dapati bahawa mereka menrangkumkan falsafah sebagai sebuah rangkaian

2
ilmu-ilmu yang datang hasil daripada pemikiran manusia dan keupayaan
pencerapan akal mereka sendiri.

Disini kita akan membuat satu analisa ringkas mengenai pandangan kedua-dua
tokoh besar ini keatas pembahagian falsafah. Saya tegaskan semula,
pembahagian ini adalah kerana seperti yang dinyatakan diatas bahawa falsafah
adalah rangkaian ilmu-ilmu.

Pandangan Imam Al-Ghazali

Menurut pandangan Al-ghazali, pemahaman dan penguasaan didalam bidang


ilmu falsafah adalah sangat penting bagi menyelusuri selok-belok pendekatan
ilmu tersebut didalam perspektif islam. Ini kerana jika seseorang itu gagal untuk
memahaminya dengan baik kelak ia mampu memesongkan pegangan akidah
seseorang keluar daripada landasan islam.

Beliau membahagikan ahli falsafah kepada tiga kelompok asas iaitu 1) Ad-
Dhriyyun – iaitu golongan falsafah terdahulu yang menolak adanya Tuhan yang
Maha Mengetahui yang mencipta alam ini malah mendakwa bahawa alam ini
wujud secara sendiri tanpa adanya pencipta. 2) At-Tabi’iyyun – iaitu golongan
yang mendakwa bahawa keseimbangan alam yang mendorong akan kewujudan
makhluk yang pelbagai dan disebabkan keseimbangan tersebut maka makhluk
itu wujud dan sesuatu yang ma’dum tidak boleh mengeluarkan sesuatu yang
maujud. 3) Al-Ilahiyyun – iaitu golongan yang mendokong pemikiran aristotles
yang menolak pendakwaan daripada kedua golongan tersebut walaupun
akhirnya mereka tidak dapat tidak terlekat dengan unsur-unsur pengaruh
daipada mereka.

Imam al-ghazali membahagikan ilmu falsafah kepada enam. Iaitu 1) Matematik –


ia berkenaan dengan ilmu pengiraan, geometri dan kosmologi. Ia merupakan
ilmu yang berdasarkan Burhan dan bukti. Pemahaman dan pengetahuannya
tidak dapat ditolak melainkan diterima oleh akal. Walaupun begitu keburukan
daripada ilmu ini yang patut diawasi ialah ia boleh menjuruskan seseorang
kepada sifat tinggi diri, taqlid dan kemungkinan untuk mengoncangan iman
seseorang dalah tinggi jika tidak memahaminya dengan baik. Walaupun begitu
Al-ghazali tidak menafikan akan ilmu matematik dan sains seperti mana kisah

3
gerhana matahari yang terjadi selepas salah seorang daripada anak Nabi
Muhammad saw meninggal dunia. Beliau Cuma menasihati orang islam agar
menjauhkan diri daripada ilmu matematik kerana ia telah diolah penghasilannya
kepada bentuk falsafah yang mengelirukan masyarakat atau mereka yang tidak
mempunyai ilmu yang matang akan mudah terpesong akidah mereka. 2) Logik –
ia adalah ilmu yang tiada kaitan dengan agama. Ia membincangkan cara-cara
sesuatu pendalilan, teknik penyusunan dan syarat-syarat pentakrifannya. Ia
terbahagi kepada dua bahagian iaitu tasawwur dan tasdik. Iaitu pentakrifan
sesuatu perkara melalui pengenalan melalui Burhan atau dalil. Permasaalahan
kepada ilmu logik ini ialah mereka berpendapat bahawa apabila setiap dalil
(Burhan) itu telah mencapai cukup syarat-syaratnya, ia telah mencapai
keyakinan yang tidak dapat diragui lagi. Apabila ia bertembung dengan isu-isu
didalam agama yang menjurus kepada hal akhirat maka disini ilmu logik sampai
kepada batasnya. Mereka akan memperlekehkan agama dan boleh menjuruskan
kekufuran. 3) Fizik – ia adalah ilmu yang mengkaji tentang keberadaan langit
semesta serta apa yang terkandung didalamnya. Sifat-sifatnya dan makhluk
didalamnya termasuk haiwan,tumbuhan dan logam. Beliau menegaskan bahawa
syariat islam tidak menolak akan perlunya ilmu ini akan tetapi penilaian manusia
daripada falsafah telah menyebabkan ia terpesong dari landasan yang
sepatutnya. 4) Metafizik – beliau menjelaskan akan tiga perkara besar yang
menyalahi akidah didalam islam iaitu pertamanya penolakkan mereka tentang
kebangkitan manusia dalam bentuk fizikal dan ganjaran pahala dan dosa keatas
fizikal manusia. Kedua mengenai pengetahuan tuhan keatas perkara yang umum
dan tidak keatas peperinciannya dan ketiga mereka berpendapat bahawa ala
mini adalah Qadim dan azali. Ini telah menyebabkan mereka menolak sifat-sifat
Allah. 5) Politik – beliau mendakwa falsafah politik mereka adalah berasal dari
pengambilan dari kitab-kitab yang diturunkan para-para nabi. 6) Etika – ialah
perihal sifat-sifat yang perlu ada bagi seorang manusia dan cara-cara untuk
mengubati dan menangani hawa nafsu. Beliau mendakwa bahawa para falasifah
telah mencampur aduk kan ilmu ini dengan akal fikiran mereka.

4
Pandangan ibnu Khaldun

Ibnu Khaldun mengatakan akan sifat manusia yang semulajadinya adalah


manusia yang menggunakan akal fikiran. Maka lahirlah pelbagai jenis ilmu yang
berdasarkan kepada akal fikiran yang boleh dipelajari oleh sesiapapun. Iimu
yang menggunakan pendekatan akal fikiran ini dikenali sebagai ilmu-ilmu intelek
dan disebut sebagai ilmu falsafah dan kebijaksanaan.

Beliau menketogarikan ilmu-ilmu tersebut kepada empat bahagian iaitu: 1)


Logika – iaitu ilmu penyusunan fakta-fakta kepadanya manusia boleh
membezakan yang mana benar atau salah. Beliau menyenaraikan sembilan
cabang ilmu logik iaitu al-maqulat, al-ibarah, al-qiyas, al-burhan, al-jadl, as-
safsathah, al-khthabah, al-syilr dan kulliyah. Kesemua ini adalah berasal dari ahli
falsafah Yunani. Ahli-ahli falsafah islam seperti ibnu sina dan al-farabi telah
meringkaskan ilmu-ilmu ini. Kebanyakkan daipada ilmu-ilmu ini telah
ditinggalkan. 2) Fizik – ia adalah kajian mengenai alam termasuk bintang-
bintang, haiwan, tumbuhan, manusia dan lain-lainnya. 3) Metafizik – ia
berkenaan dengan hal roh dan perkara ghaib. Ibnu Khaldun menegaskan
bahawa kita tidak harus berusaha untuk membuktikan kebenaran tangapan-
tangapan Nabi Muhammad saw secara rasional kerana ia menerimanya dari
Allah swt walaupun dari segi hukum logik akal menentangnya dan menjauhkan
akal daripada mempersoalkannya. 4) Metamatik - ia adalah pembelajaran
mengenai ilmu sukat dan ukur. Termasuk didalam bidang ilmu ini ialah geometri,
pengiraan, musik dan astronomi.

Dengan segala kemungkinan dan kecemaran terhadap mereka yang


mempelajari falsafah, beliau menasihati mereka yang ingin mempelajari nya
hendaklah memahami syariat dan al-quran yang mantap kerana didalamnya
terkandung “telunjuk lurus” iaitu kebenaran dan “kelinking berkait” iaitu
kebenaran yang sudah bercampur baur dan pengeliruan.

Manakala imam Al-ghazali jelas melarang mereka yang tidak mempunyai


pengetahuan yang tinggi daripada mendekati ilmu falsafah ini.

Jika dilihat dari segi kandungan pembahagian ilmu falsafah diantara ibnu
Khaldun dan imam al-ghazali tidak jauh berbeza melainkan sedikit penambahan

5
dari ibnu Khaldun mengenai ilmu puisi dan musik. Secara am nya mereka
melarang umat islam dari menceburi mempelajari ilmu falsafah tanpa adanya
ilmu syariat dan agama yang kukuh kerana ilmu falsafah banyak memerlukan
kemampuan akal berfikir dimana ia dapat mengoyangkan iman ataupun
mengkafirkan seseorang jika ia gagal untuk memahami ilmu agamanya sendiri.

6
Bahagian B : ULASAN BUKU

2. Calon dikehendaki mengemukakan ulasan mengenai sekularisme berdasarkan


buku oleh al-Attas bertajuk Risalah untuk Kaum Muslimin

Pengenalan

Buku yang bertajuk Risalah untuk Kaum Muslimin dikarang oleh Syed Muhammad
Naquib Al-Attas ialah matan Professor universiti dalam Pemikiran dan Tamadun Islam
di Universiti kebangsaan Malaysia. Buku ini dikarang sekitar tahun 1974 dan ditujukan
kepada permasaalahan kaum muslimin dimana kemasukkan idea-idea dan fahaman
daripada barat telah mula bertapak mencengkam minda dan pemikiran kaum muslimin.

Dengan kesadaran akan bahayanya idea-idea dan isme-isme yang sememangnya telah
berkembang di dunia barat sejak dari era kebangkitan mereka. Beliau telah berusaha
merungkaikannya didalam penulisan beliau agar kaum muslimin dapat
memanfaatkannya. Fahaman ini mula diterapkan kedalam dunia islam melalui politik
dan sosio-ekonomi. Diantara banyak isme yang diterapkan didalam dunia barat, isme
sekular adalah yang paling bahaya dan berkembang dengan suburnya didunia barat.

Sekular

Perkataan sekular berasal dari Perkataan Latin saeculum, yang bermaksud masa dan
keadaan dunia iaitu ia merujuk kepada keadaan dan kenyataan yang berlaku pada
masakini.oleh yang demikian fahaman sekular itu merujuk kepada makna
kedisinikinian. Jika ia dikembalikan kepada ruangan kefahaman manusia, ia akan
membawa makna kefahaman manusia tersebut di zaman atau era masa diwaktunya
dan tidak kepada sebelumnya. Ini memberi makna bahawa fahaman tersebut menuntut
kepada satu pembaharuan yang dikaca mata mereka sesuai dengan keadaan
perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Beliau menegaskan bahawa
pensekularan akan membawa kepada perubahan nilai, kepercayaan dan ilmu yang
akan terus berevolusi mengikut arus masa. Ia tiada satu ketatapan yang khusus malah
akan terus berubah dimana di dunia barat, mereka menganggap ia adalah satu
kematangan didalam pemikiran.

7
Beliau merungkapkan bahawa sekular dapat dirincikan kepada tiga kenyataan yang
saling bersangkutan. 1) Pengosongan alam tabii (segala sesuatu yang bersangkutan
dengan alam maya ini seperti manusia, haiwan, alam semesta dan segala yang
terkandung didalamnya) dari nilai-nilai ketuhanan, nyawa, jiwa atau sebarang makna
yang membawa kepada pengertian ruhani. Dengan lain Perkataan ia membawa kepada
makna bahawa semua yang ada adalah cuma benda atau material. 2) Menafikan
kepimpinan manusia perlu berdasarkan kepada perkara ruhani. Manusia bebas untuk
memegang tugas kepimpinan tanpa tuntunan dari alam ruhani. 3) Penafian akan nilai-
nilai kesucian dan kekekalan nilai-nilai hidup. Mereka berfahaman bahawa nilai-nilai
tersebut perlu dirombak dan dinilai kaji semula mengikut perubahan zaman.

Menurut beliau pensekularan bermakna satu peralihan daripada pandangan alam


keruhanian kepada alam tabii yang menuntut pengikutnya agar menghapuskan segala
sesuatu perumpamaan dan kefahaman manusia mengenai alam ghaib kepada
kebebasan manusia menggunakan akal dalam menilai dan penkajian semula nilai-nilai
tersebut untuk disesuaikan dengan peredaran masa. Bagi mereka ini adalah peralihan
pemikiran manusia dari “kebudak-budakkan” kea lam “kewarasan fikiran”.

Dengan lain Perkataan, pensekularan menuntut pengikutnya agar meninggalkan


kefahaman ketuhanan dan nilai-nilai ruhani yang dianggap mereka telah membelenggu
manusia daripada terus maju kehadapan didalam kehidupan.

Ringkasan asal sekular

Beliau mengatakan bahawa sekular dan prosess pensekularan masyarakat dunia barat
telah bermula hasil daripada pertembungan antara falsafah dan agama. Pertembungan
diantara pandangan akal manusia dengan pandangan berdasarkan wahyu ilahi terhasil
sejak dari zaman Yunani kuno lagi. Jauh daripada zaman nabi isa alaihissalam,
bermula dari zaman milesia hingga ke zaman Socrates, para failasuf megara ke zaman
aristotles dan plato hingga ke kepada golongan stoa dan epicoria kepada neo-
platonisme dan akhirnya pertembungan dengan agama Kristian.

Sekular dan agama

8
Apabila agama Kristian muncul dengan nabi isa alaihissalam datang dengan membawa
perkhabaran baru apabila dikala itu kehidupan masyarakat dunia barat sudah berada
jauh dari norma-norma nilai kehidupan kemanusiaan, masyarakat manusia Ketika itu
bangsa Romawi yang sudah terpahat dijiwa mereka dengan falsafah yang disemai oleh
falsafah pemikiran Aristotles dan mereka yang sebelumnya telah dan sesungguhnya
adalah unsur utama yang memulakan gerakkan kearah pensekularan agama Kristian
dan dunia barat. Pertembungan diantara dua pandangan ini telah mengakibatkan
penguatan pandangan dualism yang telah wujud sebelum agama Kristian itu bertambah
kukuh. Fahaman dualisme ini adalah pemahaman akan pengosongan alam tabii ini
daripada unsur-unsur ruhani. Dimana dua pandangan ini telah dipisahkan secara
mutlak oleh mereka. Dengan meningkat kemajuan sains, telah menyemarakkan
perkembangan falsafah barat yang mensekularkan semua pandangan.

Walaupun pada abad ketujubelas dan lapanbelas, para failasuf Kristian masih
memperjuangkan keruhanian manusiawi tetapi akhirnya gagal menangani fahaman
sekular yang telah sebati didalam diri mereka. Sesungguhnya ini terbukti dengan
tercetusnya zaman Renaissance pada kurun kelimabelas di dunia barat. Disini mereka
benar-benar meninggalkan agama dan mula mengejar ilmu pengetahuan dan
menghidupkan semula tamaddun Yunani dan rumawi. Pandangan alam menurut
agama Kristian sudah tidak diminati lagi dan ditukar dengan falsafah sains yang lebih
maju menurut mereka. Dengan perkembangan dunia sains dan ilmu pengetahuan,
dunia barat merasakan bahawa mereka telah dilahirkan semula kedalam dunia baru.

Disini kita lihat para failasuf dunia barat gigih menulis mencari pentafsiran dan fahaman
mereka tentang alam tabii menurut kaca mata mereka. Pelbagai teori dan isme ditulis
dan diiktiraf sebagai penemuan besar seperti darwinisme dan sebagainya. Ini lah yang
mana dunia barat kenali sebagai pemikiran yang mencirikan “kedewasaan”. Mereka
yang berpegang kepada pandangan agama adalah dianggap berfikiran “kebudak-
budakkan”.

Apatah lagi munculnya Immanuel kant seorang failasuf barat di abad kelapan belas
yang telah menuduh bahawa metafizik itu tidak lain hanyalah sesuatu yang
memperdayakan hakikat dan kebenaran dan harus ditinggalkan oleh manusia kerana
tiada suatu pun pandangan metafizik itu dapat diketahui dan dibuktikan maka
kewujudannya tidak dapat dipastikan. Dimasa kini sekularisasi telah hampir-hampir

9
mengambil alih tempat agama Kristian. Agama hanya tinggal untuk acara yang rasmi
seperti pernikahan walhal sudah terjadi banyak dikalangan dunia barat tidak
memerlukan pernikahan.

Ringkasnya pengosongan alam tabii dari sebarang makna ruhani telah


memperbendakan tabiat semesta dan menganggapkannya hanya sebagai benda yang
makna serta nilainya terletak pada guna dan perbunaannya bagi sains dan teknologi
dan bagi insan. Dan pengosongan alam insan dari sebarang makna ruhani telah
memperduniakan insan dan memutuskannya dari sifat asalnya dimana yang
diutamakan hanyalah kemanusian serta kejasmaniannya, keilmuan yang sekular,
kekuasaan serta kebebasannya

Sekular dan islam

Menurut beliau dari segi pandangan islam sudah tentulah fahaman dan pemikiran
sekular ini bercanggah dengan islam. Islam, melalui kenyataan dari al-quran
menjelaskan bahawa seluruh ala mini seakan-akan kitab agung yang terbuka yang
perlu ditafsirkan dan di takwilkan. Tetapi hanya mereka yang mempunyai kefahaman
akal yang luhur sahaja yang mampu mengetahui akan makna ayat-ayat dari kitab
agung tersebut.

Jika sekular menuntut kepada “pengosongan “ insani daripada unsur-unsur ruhani


maka sesungguhnya al-quran juga telah melakukan Tindakan “pengosongan” terhadap
alam tabii pada mula ia diturunkan. Akan tetapi yang dikosongkan dari alam tabii itu
bukanlah dari sebarang unsur ruhani tetapi pengosongan daripada unsur-unsur
keruhanian yang palsu seperti dewa-dewa dan pelbagai jiwa atau ruh-ruh yang dipuja
seperti yang dianuti oleh pengamal animism dan pandangan kurafat. Yang tinggal
hanyalah unsur ruhani yang tulen iaitu tuhan yang mencipta segalanya.

Islam telah terbukti didalam sejarah mampu membawa kepada kemajuan didalam
sejarah peradaban dan tamadun dunia ini. Ia adalah pengosongan yang sewajarnya
terhadap alam tabii dari unsur-unsur tahyul

10

Anda mungkin juga menyukai