Anda di halaman 1dari 3

USN 6033: PENGAJIAN FALSAFAH G1

RESPONSE PAPER (PENGANTAR FILSAFAT

UMUM – NUR FADHIL LUBIS)

NUR ATIQAH FARZANA BINTI ZAILEY AKMAR

I21105088

TUGASAN INI DIBUAT UNTUK MEMENUHI MATA KULIAH BAGI SUBJEK

PENGAJIAN FALSAFAH YANG DIKELOLA OLEH DR. ROSLAN ABDUL-RAHIM


Response Paper

Buku Pengantar Filsafat Umum ini dikarang oleh Prof. Dr. Nur A. Fadhil Lubis. Buku

ini diterbitkan oleh Perdana Publishing pada bulan Jun tahun 2015.

Karya ini menerangkan dan mengulas mengenai falsafah serta teori-teori falsafah.

Terdapat 174 halaman dan 10 bab di dalam karya ini. Susunan bab di dalam karya ini juga

disusun dengan sistematik bermula dengan bab Filsafat dan Berfilsafat Dan diakhiri dengan

bab Filsafat Islam.

Pada pandangan saya, karya ini merupakan penulisan yang sangat baik kerana setiap bab

mempunyai kesinambungan. Karya ini juga menggunakan gaya bahasa dan cara penulisan

yang mudah untuk difahami terutamanya bagi pelajar-pelajar yang ingin menggunakan karya

ini sebagai sumber rujukan bagi memahami falsafah dengan lebih baik. Selain itu, karya ini

juga telah mempresentasikan falsafah dan mekanisme falsafah dengan lebih jelas dan

terperinci.

Di dalam bab 2 yang bertajuk Metode Filsafat ada petikan yang menarik minat saya iaitu

“masing-masing obyek formal diteliti dan dikaji menurut metode berbeda” daripada Aristotle

di bawah tajuk metode ilmiah. Hal ini adalah kerana, Aristotle berpandangan bahawa setiap

objek atau ilmu mempunyai cara kajian dan memahami yang berbeza asbab setiap ilmu tidak

sama. Makanya objek dan metode mempunyai hubungan yang erat seperti teori dan logik.

Pembahagian metode-metode ilmu pada setiap bidang telah diperkecil mengikut bidang ilmu

masing-masing secara sistenatik akan tetapi masih terdapat segelintir metode umum yang

berlaku bagi semua ilmu tanpa sebarang pengecualian. Contohnya, beberapa unsur umum

dalam subjek . Yang kedua, ialah beberapa unsur metode umum. Seterusnya, apabila ada

situasi ilmu yang berbeza. Yang keempat ialah apabila adanya dua pendekatan fundamental.

Akhir sekali terdapat dua pengarahan penelitian yang fundamental.

Anda mungkin juga menyukai