Anda di halaman 1dari 4

iKEMANTAPAN AKIDAH MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG

Terima kasih saudara/saudari , pengerusi majlis, Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang amanah lagi setia, rakan-rakan seperjuangan yang berwawasan seterusnya hadirin-hadirat yang saya muliakan. Berdirinya saya di dalam majlis yang penuh keberkatan ini adalah untuk menyampaikan syarahan di bawah lembayung kata, Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang Sebelum lidah petah berbicara, sebelum tangan menghayunkan gayanya, izinkan saya mendefinisikan maksud syarahan saya pada hari ini. Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa, kemantapan membawa erti kekukuhan dan keteguhan, ketabahan hati, ketetapan hati, manakala akidah bermaksud kepercayaan dan keyakinan. Melahirkan membawa maksud membentuk atau membina modal insan pula bermaksud sumber manusia dan perkataan cemerlang membawa erti elok atau pun gemilang.. Gabungan daripada frasa tersebut maka terbentuklah satu tajuk yang boleh didefinisikan, keteguhan kepercayaan kepada Allah dapat membina manusia yang gemilang. Hadirin-hadirat yang saya muliakan, Meneliti hujah saya yang pertama , di bawah kata kunci Kepercayaan yang mantap berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah. Ia merangkumi penghayatan dan pelaksanaan terhadap kesemua rukunrukun iman yang dapat menghalang kita daripada terjebak ke dalam ajaran sesat. Kemunculan beberapa kumpulan ajaran sesat di Malaysia adalah disebabkan kegoyahan akidah manusia. Sabda Rasulullah S.A.W :

: , :
()
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah R.A daripada Nabi S.A.W bersabda : Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan Sunnah NabiNya. Kegiatan dan ajaran yang disebarkan oleh Rasul Melayu sebagai contoh ajaran sesat yang boleh menghalang penghasilan modal insan yang cemerlang, jika tiada kepercayaan yang mantap berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, dengan akidah yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah, akan memantapkan akidah seseorang individu seterusnya mampu menyumbang modal insan yang cemerlang. Hadirin yang dimuliakan,

Hujah yang kedua di bawah kata kunci Kepentingan penguasaan ilmu. Dalam hal ini tidak dapat dinafikan ilmu adalah asas yang penting untuk melaksanakan konsep pengabdian dan penyerahan. Fenomena seperti penyalahgunaan dadah, ancaman AIDS, seks bebas dan segala permasalahan hidup adalah berpunca dari kejahilan manusia mengenai kemudaratnnya. Ayat al: Quran dalam Surah Az-Zumar menyatakan


(Az-Zumar :9) Maksudnya :Katakanlah :Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-oarang yang tidak mengetahui

Justeru itu Islam menolak konsep jahil, kerana kejahilan membawa kemusnahan umat seterusnya menggagalkan usaha untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. Hadirin hadirat yang dihormati, Kita menyusuri isi saya yang ketiga di bawah kata kunci Zikrullah Membentuk Jati Diri Insan . Zikrullah merupakan ubat penawar yang paling mujarab dan senjata paling ampuh untuk menghadapi serangan jiwa seperti stress, dengki, menabur fitnah dan lalai.Tanpa disedari serangan jiwa ini mempengaruhi kesihatan tubuh badan seseorang yang akan mengakibatkan pelbagai penyakit. Imam Al-Ghazali sebagai contoh insan yang berjaya membentuk jati diri melalui amalan zikrullah yang berterusan. Hal ini bertepatan dengan Firman Allah dalam surah al-Raad ayat 28 :


(Ar-Ra'd :28) Maka, zikrullah mampu mengembalikan perasaan aman dan tenteram ke dalam jiwa kita seterusnya dapat membentuk jati diri yang cemerlang. Hadirin dan hadirat sekelian, Hujah saya yang keempat berpandukan kata kunci, Usaha dan Tawakkal asas kejayaan. Meninggalkan usaha dengan hanya bertawakal adalah sebuah kekeliruan dalam syariat, manakala meninggalkan tawakal dalam usaha menyebabkan kekeliruan dalam akidah. Sejarah Islam membuktikan kemenangan yang cemerlang oleh pahlawan-pahlawan Islam di zaman dahulu seperti Khalid ibnu Walid dan Tariq b. Ziad adalah hasil dari sikap usaha dan tawakkal kepada Allah. Ini bertepatan dengan firman Allah :

(Al-i-'Imran 159) Maksudnya : Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.

Oleh itu sifat tawakal inilah yang akan membangkitkan kekuatan zahir dan batin dalam jiwa dan merungkai segala permasalahan serta menerima ketentuan qada dan qadar Allah.
Hadirin hadirat yang dihormati, Hujah saya yang kelima, di bawah lembayung kata kecintaan kepada Allah Pendorong Kebaikan. Keimanan dan kecintaan kepada Allah akan mendorong kita melakukan amalan kebaikan, berkorban, berjihad dan melawan godaan hawa nafsu. Hal ini akan menyelamatkan manusia daripada terpengaruh dengan kemewahan dunia dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seperti rasuah, pecah amanah dan penindasan. Peristiwa hijrah ke Madinah, kesanggupan para sahabat meningglkan keluarga, harta benda dan tanah lading adalah kerana kecintaan yang mendalam terhadap Allah. Sehingga akhirnya berjaya membentuk sebuah Negara Islam Madinah yang berdaulat. Surah Ali Imran ayat 31 ada menyatakan :


(Al-i-'Imran :31) Maksudnya : Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu. Oleh yang demikian, insan yang cemerlang dapat dibentuk melalui kecintaan kepada Allah.

Hadirin hadirat yang dihormati. Hujjah saya yang keenam kekuatan aqidah melahirkan sikap positif . Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menyatakan bahawa aqidah yang mantap akan mewujudkan sikap bekerjasama untuk mendapatkan keredhaan Allah di akhirat. Program Bersamamu yang disiarkan pada setiap hari Rabu di TV3 merupakan slot yang berjaya menarik keperihatinan rakyat Malaysia umumnya dan umat Islam khasnya untuk menghulurkan bantuan bagi membuktikan wujudnya sikap positif dalam diri setiap individu yang berpaksikan kepada penyatuan aqidah yang utuh.Ini diperkukuhkan lagi dalam firman Allah SWT melalui lisan nabinya :

Maksudnya: dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebaikan dan bertakwa dan janganlah bertolong-tolongan pada melakukan dosa maksiat dan pencerobohan. Surah Al-Maidah ayat 2. Program Viva Palestina yang dilaksanakan baru-baru ini adalah antara nilai positif yang terbentuk kesan daripada kemantapan akidah. Justeru, sikap positif ini perlu ada dalam diri setiap individu bagi memastikan kewujudan modal insan cemerlang dan berkualiti dapat direalisasi.

Berdasarkan kenam-enam hujah yang telah saya utarakan sebentar tadi, jelaslah kepada kita bahawa insan yang cemerlang dapat dilahirkan melalui kemantapan akidah. Saya akhiri syarahan ini dengan lafaz wabillah taufiq wal-Hidayah wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Disusun dan diolah bersama oleh : 1. Ustaz Azhar b. Osman ( SMK Dato Penggawa Timur) 2. Ustaz Mohd. Shukri b. Mat Husin (SMK Kota Masai) 3. Ustaz Zaieme b. Mohamad ( SMK Seri Kota Puteri 2)

Anda mungkin juga menyukai