Anda di halaman 1dari 14

SEKOLAH BERASRAMA PENUH

PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 1
BIDANG SIRAH
RIWAYAT HIDUP NABI
MUHAMMAD SAW

NAMA : SOFY ZUNNUR AIN BINTI


MOHAMMAD ZAKARIA
KELAS : 1 JANNATUL NA’IM
GURU SUBJEK : PN FARAH HUSNA BINTI
AHMAD
PENDAHULUAN
 
 
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kita
dapat menyelusuri sirah nabi dalam penjelajahan
riwayat hidup Nabi Muhammad SAW. Nabi
Muhammad adalah rasul yang terakhir diutuskan
Allah SWT kepada umat Islam dan syariat yang
dibawa oleh baginda merupakan penutup segala
syariat. Nabi Muhammad merupakan contoh
teladan yang sempurna dan model kepada sesiapa
sahaja yang ingin memiliki kehidupan yang baik
dan bahagia sama ada di dunia dan di akhirat.
Semoga kita sebagai umat nabi menjadikan
baginda sebagai idola dalam hidup kita.
 
 
ISI KANDUNGAN

 Riwayat hidup Nabi Muhammad SAW | 1

 Salasilah keturunan sebelah bapa dan ibu Nabi


Muhammad SAW | 2

 Peristiwa penting dalam kehidupan Nabi


Muhammad SAW
- Sebelum kerasulan | 3

 Peristiwa peletakan Hajarul Aswad | 5

 Selepas kerasulan | 6
- menerima wahyu pertama

 Isra’ dan mikraj | 7

 Hijrah ke Madinah dan pembentukan


Negara Islam | 8

 Kewafatan Rasulullah SAW | 9

 Senarai rujukan | 10
RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW
BIODATA NABI MUHAMMAD SAW
NAMA MUHAMMAD BIN ‘ABDULLAH BIN ‘ABDUL MUTALLIB BIN
HASHIM

NAMA LAIN 1. AHMAD


2. AL-MAHI
3. AL-HASHIR
4. AL-‘AQIB

GELARAN AL-AMIN

TARIKH DAN TEMPAT 12 RABI’UL ‘AWAL, TAHUN GAJAH DIMEKAH


LAHIR

KUNIAH ABU AL-QASIM

NAMA IBU AMINAH BINTI WAHAB

NAMA PENGASUH ASHAIMAH, UMMU AIMAN

ISTERI 1. KHADIJAH BINTI KHUWAILID


2. SAUDAH BINTI ZAM’AH
3. ‘AISHAH BINTI ABU BAKAR
4. HAFSAH BINTI ‘OMAR
5. ZAINAB BINTI AL-HARIS
6. ZAINAB BINTI JAHSHI
7. UMMU SALAMAH BINTI ABU UMMAYYAH
8. SOFIYYAH BINTI HUYA
9. UMMU HABIBAH BINTI ABU SUFIAN
10. MAIMUNAH BINTI AL-HARIS
11. MARIATUL QIBTIYYAH
ANAK 1. AL-QASIM
2. ‘ABDULLAH
3. IBRAHIM
4. ZAINAB
5. RUQAYYAH
6. UMMU KALSUM

7. FATIMAH
TARIKH DAN TEMPAT 12 RABI’UL ‘AWAL TAHUN 11 HIJRAH DI MADINAH
WAFAT

1
SALASILAH KETURUNAN SEBELAH BAPA DAN IBU NABI MUHAMMAD SAW
BIODATA NABI MUHAMMAD SAW

KILAB

ZUHRAH QUSAI

‘ABDU MANAF ‘ABDU MANAF

WAHAB HASHIM

AMINAH ‘ABDUL MUTTALIB

‘ABDULLAH

NABI MUHAMMAD

2
PERISTIWA PENTING DALAM KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW

SEBELUM KERASULAN
 SELEPAS KELAHIRAN
Baginda dipelihara oleh Halimatus Sa’diah di perkampungan Bani Sa’ad yang jauh
daripada unsur negatif dalam tempoh 2 tahun.

 2-4 TAHUN
Ketika nabi berumur 2 hingga 4 tahun, dada baginda dibedah oleh Malaikat Jibril.

 4-6 TAHUN
Ketika nabi berumur 4 hingga 6 tahun, Nabi Muhammad SAW tinggal bersama-sama
dengan ibu baginda. Ketika berumur 6 tahun, baginda dibawa melawat kubur bapa
baginda di Madinah. Ibu baginda meninggal di Abwa’ dalam perjalanan pulang ke Mekah.

 6-8 TAHUN
Ketika nabi berumur 4 hingga 8 tahun, Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh datuk
baginda, ‘Abdul Muttalib, hingga datuk baginda meninggal dunia. Selepas itu,
Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh bapa saudara baginda, Abu Talib.

 12 TAHUN
Ketika nabi berumur 12 tahun, Nabi Muhammad SAW mengikut Abu Talib,
ke Syam. Dipertengahan jalan Abu Talib mendapat nasihat daripada Buhairo Rohib
ketika di bandar Busro, sempadan Sham supaya membawa pulang Nabi Muhammad SAW
ke Mekah kerana bimbang dibunuh oleh orang yahudi.

 20 TAHUN
Baginda bersama-sama dengan bapa-bapa saudara baginda menyaksikan Hilfu Fuduli,
iaitu perjanjian untuk membela orang teraniaya dalam perniagaan. Baginda
juga menggembala kambing bersama-sama dengan saudara susuan di perkampungan
Bani Sa’ad kemudian di Mekah.

IKTIBAR
Nabi Muhammad SAW dididik oleh Allah S.W.T dengan kehidupan yang
mencabar sebagai persediaan untuk dilantik menjadi rasul yang agung.

 25 TAHUN
 BERDAGANG KE SYAM
Ketika berumur 25 tahun, Nabi Muhammad SAW berkecimpung dalam perniagaan di luar kota
Mekah Al-Mukarramah. Baginda berurus niaga dengan Saidatina Khadijah RHA, seorang
wanita Quraish yang sangat berharta dan berhati mulia. Rasul Allah SAW membawa barang
dagangan Saidatina Khadijah RHA ke Syam dengan dibantu oleh Maisarah, seorang pekerja
lelaki Saidatina Khadijah RHA. Semasa berada di Syam, Nabi Muhammad menjalankan
perniagaan dengan penuh jujur dan amanah. Akhirnya Nabi Muhammad SAW membawa pulang
keuntungan yang lumayan berkat ketekunan dan kemahiran baginda.

IKTIBAR
Sifat kemuliaan yang perlu dicontohi daripada peristiwa ini ialah Nabi
 BERKAHWINMuhammad
DENGAN SAW SAIDATINA
: KHADIJAH RHA
 Menunaikan amanah
Sekembalinya Nabi Muhammad SAW pada kali kedua dari Syam, Saidatina Khadijah
 Mempunyai kerjaya
RHA mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW.
 Mendapat kepercayaan masyarakat
Pengalaman beliau berurusan dengan Nabi Muhammad dan kemuliaan akhlak yang
diceritakan olehMenjalankan kerja dengan
cukup mahir dan bijaksana
Maisarah sudah menjadikan hatinya terpikat dengan Nabi
Muhammad SAW. Saidatina Khadijah RHA menghantar salah seorang kawan rapatnya,
Nafisah binti Munabbih untuk menyatakan hasrat mulia tersebut kepada nabi. Nabi
Muhammad SAW menerima hasrat tersebut dan lmeminang Saidatina Khadijah melalui
bapa saudaranya ‘Amru bin Asad. Hasil perkahwinan dengan Saidatina Khadijah RHA
Nabi Muhammad SAW dikurniakan enam orang anak.

IKTIBAR
Antara akhlak mulia Nabi Muhammad SAW yang menarik perhatian Saidatina Khadijah RHA :

 Jujur
 Menghormati keluarga
 Menjaga adab dan batas pergaulan

 35 TAHUN
PERISTIWA PELETAKAAN HAJARUL ASWAD

Ketika Nabi Muhammad SAW berumur 35 tahun,


HAJARUL ASWAD
Mekah dilanda banjir besar sehingga meruntuhkan
IKTIBAR
Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhammad SAW :
 Bersifat tawadu’
 Turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan
 Menerima amanah dengan penuh tanggungjawab
 Menyelesaikan masalah masyarakat dengan bijaksana
 Mendamaikan kehidupan masyarakat dengan cara baik

SELEPAS KERASULAN
 40 TAHUN
MENERIMA WAHYU PERTAMA

Era kerasulan Nabi Muhammad SAW


bermula ketika baginda berumur 40 tahun. GUA HIRA’
Ketika itu baginda suka bersendirian di gua
Hira’ untuk beribadah dan memikirkan cara
menyelamatkan umat daripada kesesatan
jahiliah. Pada suatu hari dalam bulan
Ramadan, baginda didatangi malaikat Jibril.
Jibril memeluk erat Nabi Muhammad SAW
tiga kali dan menyuruh baginda membaca.
Setiap kali Jibril menyuruh baginda
membaca, baginda menjawab, “saya tidak
tahu membaca”. Akhirnya Jibril mengajar
Nabi Muhammad SAW wahyu pertama
dengan membaca surah Al-‘Alaq ayat 1
hingga 5. Setelah Nabi Muhammad SAW
menerima perintah Allah S.W.T untuk
menyampaikan dakwah, baginda
menjalankan tugas dakwah dengan gigih dan
sabar. Dakwah yang disampaikan oleh
baginda mendapat sambutan daripada
masyarakat arab terutama hamba abdi dan
golongan yang lemah. Namun begitu, ada
juga yang menentang dakwah Nabi
Muhammad SAW.

IKTIBAR
Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhammad SAW :
 Tdak suka dengan kesesatan masyarakat
 Beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T untuk memohon petunjuk
 Brrsabar dan istiqomah menyampaikan dakwah

6
 51 TAHUN
ISRA’ DAN MI’RAJ

.
Saidatina Khadijah RHA sentiasa setia mempertahankan dakwah Nabi Muhammad SAW. Di
samping itu, bapa saudara nabi, Abu Talib membela Nabi Muhammad SAW walaupun beliau tidak
memeluk Islam. Kematian mereka berdua menyebabkan.Nabi Muhammad SAW berdukacita.
Kedukaan Nabi Muhammad SAW ini terubat apabila baginda dibawa mengembara menyaksikan .
tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj
Baginda turun ke Mekah Baginda dibawa mi’raj
sebelum Subuh dan Baginda menghadap Allah merentasi tujuh lapisan
menceritakan pengalaman dan menerima kefardhuan langit sehingga ke Sidratul
baginda kepada pendorong solat lima waktu. Muntaha.
Mekah.

PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ NABI MUHAMMAD SAW

7
IKTIBAR
Peristiwa Isra’ dan Mi’raj memberikan iktibar bahawa Nabi Muhammad SAW :

 Menjalani Isra’ dan Mi’raj dengan roh dan jasad..


 Rasul terakhir yang membawa ajaran tauhid seperti ajaran para rasul sebelum baginda..
 Menerima kafardhuan solat secara terus daripada Allah SWT sebagai ibadah yang paling utama dalam
Islam
 Mendapat pertolongan Allah SWT ketika menyampaikan kebenaran.

 53 TAHUN
HIJRAH KE MADINAH DAN PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM.

Tindakan pemuka Quraisy bermesyuarat di Darul Nadwah untuk membunuh Baginda. Allah memerintahkan
kepada baginda untuk berhijrah ke Madinah (Yathrib) selepas 13 tshun kerasulan baginda. Rasulullah SAW
berhijrah ke Madinah bersama dengan Sayidina Abu Bakar As Siddiq. Mereka bermalam di Gua Thur
selama 3 malam sebelum meneruskan hijrah. Selepas itu, mereka singgah di Quba dan Nabi Muhammad
SAW membina masjid yang merupakan masjid pertama dalam sejarah Islam yang dinamakan Masjid Quba’.
Kemudian, baginda meneruskan hijrah dan tiba di Madinah dengan selamat. Mereka disambut baik oleh
penduduk Madinah dengan penuh kemeriahan.

Di Madinah Nabi Muhammad SAW membina pemerintahan berteraskan wahyu, membina Masjid Quba’
dan mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar, menggubal piagam Madinah sebagai asas pembentukan
negara.

Nabi Muhammad SAW bersama-sama kaum Muhajirin dan Ansar mempertahankan Madinah daripada
serangan musuh. Antara peperangan yang dipimpin baginda termasuklah peperangan Badar, Uhud, Khaibar,
pembukaan Mekah dan Hunain.

MASJID QUBA’ MASJID NABAWI

IKTIBAR
Pengajaran yang dapat diambil darioada peristiwa hijrah dan kepimpinan Nabi Muhammad
SAW termasuklah:
 63 TAHUN
KEWAFATAN RASUL ALLAH SWT

Setelah sempurna menjalankan tugas sebagai rasul, pada waktu dhuha hari Isnin 12 Rabi’ul Awal,
tahun 11 hijrah, dirumah Saidatina Aisyah RA, Nabi Muhammad SAW diambil nyawa oleh
malaikat Izrail untuk kembali menemui penciptanya. Berita duka kewafatan Nabi Muhammad
SAW kekasih Allah SWT telah membuatkan ramai orang sedih dan menangis. Jasad Nabi
Muhammad SAW yang mulia dimakamkan dirumah Saidatina Aisyah RHA.

IKTIBAR

 Nabi Muhammad SAW diutuskan


oleh Allah SWT untuk memimpin
manusia ke jalan yang benar.
 Kehidupan baginda dipenuhi
MAQAM NABI MUHAMMAD SAW dengan perjuangan dan
pengorbanan demi ketinggian
agama Islam.
 Baginda membentuk tamadun yang
seimbang dan sempurna yang
menjadi asa kecemerlangan
tamadun hari ini.
 Umat manusia amat terhutang budi
dengan jasa Nabi Muhammad SAW
yang tidak ada tolok banding.
RUJUKAN
 Buku Teks Pendidikan Islam tingkatan 1 (2016)

 Kitab Sirah Nabawiyyah (2015)

 Perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW


 https://www.kuipsas.edu.my/wp-content/uploads/2020/05/Perjalanan-hidup-Nabi-
Muhammad-‫ﷺ‬-siri-1.pdf

 Riwayat hidup Rasulullah SAW


 https://www.slideshare.net/nurulfarhanibrahim/riwayat-hidup-rasulullah-saw

 Biodata Nabi Muhammad SAW


 https://www.mywilayah.com/2020/10/biodata-nabi-muhammad-saw.html

 Gua Hira’
 https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2019/05/22/gua-hira

 Gambar perjalanan Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad


 https://www.mywilayah.com/2021/03/salam-israk-mikraj.html?m=1

 Hajarul Aswad
 https://omiw.com.my/Web/2020/09/26/hajar-aswad/

 Hajarul Aswad
 https://ramadan.tempo.co/read/1460361/doa-saat-melihat-dan-mencium-hajar-aswadAre

 Masjid Quba’
 https://www.anugerahkubah.com/masjid-quba-madinah/

 Masjid Nabawi
 https://lifeinmadinah.wordpress.com/masjid-nabawi/

 Detik kewafatan Rasulullah SAW


 https://www.slideshare.net/ela_zulaeha123/detik-kewafatan-rasulullah-saw

 Maqam Nabi
 https://m.liputan6.com/news/read/448689/demi-perluas-masjid-nabawi-makam-nabi-
muhammad-akan-dibongkar

10

Anda mungkin juga menyukai