Anda di halaman 1dari 8

Celik Tafsir

Memahami Al-Quran, pedoman sepanjang zaman…

PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 1
Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 155-156
P8- SABAR MENGHADAPI DUGAAN
Celik Tafsir
Memahami Al-Quran, pedoman sepanjang zaman…

Tafsir Surah Baqarah Ayat 155 – 156 (Ujian Sabar)


Ayat 155: Ini pula adalah sabar peringkat biasa.

ٰ َ‫ص ِّم َن األ‬


‫مو ِل‬ ٍ ‫الجوع َونَق‬
ِ ‫وف َو‬ ِ ‫الخ‬ َ ‫شي ٍء ِّم َن‬ َ ِ‫َولَنَبلُ َونَّ ُكم ب‬
‫رين‬
َ ِ‫صب‬ ّ ٰ ‫ش ِر ال‬ِّ َ‫ت ۗ َوب‬ ِ ُ‫َواألَنف‬
ِ ‫س َوالثَّ َم ٰر‬
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta
benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang
sabar:

‫َولَنَ ْبلُ َونَّ ُك ْم‬


Dan Kami akan menguji kamu

Pasti Allah ‫ ﷻ‬akan beri ujian. Inilah kehidupan dunia. Maka jangan hairan apabila ujian
datang kerana ia adalah pasti. Allah ‫ ﷻ‬sudah janjikan siap-siap kerana dunia ini
memang tempat ujian. Jadi tidak perlu hendak mengadu sangat kepada orang lain kalau ada
banyak dugaan kerana memang dunia ini adalah tempat ujian.

‫ش ْي ٍء‬
َ ِ‫ب‬
dengan segala sesuatu;

Allah ‫ ﷻ‬akan uji kita dengan apa sahaja cara untuk membezakan mana hamba yang ada
sifat sabar dan tidak. Begitulah, macam-macam ujian akan Allah ‫ ﷻ‬berikan kepada
manusia. Sebagai contoh, ada niat sahaja hendak mengikut sunnah, hendak dakwah kepada
orang lain, maka akan terus diberikan ujian.

Macam-macam lagi cara manusia diuji. Ada yang ringan sahaja, dan ada yang agak teruk. Ini
adalah rezeki masing-masing. Kalau kita bersabar dengan ujian itu, kita akan mendapat
pahala.

Sebelum ini, Allah ‫ ﷻ‬sebut tentang ujian kematian. Kali ini, ujian yang kurang sedikit.
Namun masih lagi banyak dan ada yang terkandas dengan ujian ini. Maka berbagai cara
Allah ‫ ﷻ‬akan beri ujian kepada kita, antaranya adalah seperti di bawah ini.

 
Celik Tafsir
Memahami Al-Quran, pedoman sepanjang zaman…

ِ ‫ِّم َن ا ْل َخ ْو‬
‫ف‬
dari jenis ketakutan;

Antaranya dengan situasi takut. Seperti pejuang agama yang diuji bertembung dengan musuh
yang boleh menyebabkan kematian. Kalau sedang jihad perang itu, mereka takut dengan
musuh yang ramai.

Dalam situasi kita yang tidak berperang ini, ia boleh bermaksud takut hendak memberitahu
kepada orang tentang tauhid ini. Takut orang kata kita gila, kata kita sesat, tidak mahu terima
dan sebagainya. Padahal, bukan boleh menyebabkan kematian pun.

Kadangkala orang gelar kita Wahabi pun sudah kelam kabut, padahal itu kata-kata manusia
sahaja. Buat apa hendak kisahkan dengan kata-kata orang jahil? Namun begitulah, hendak
cerita dan tegur amalan bid’ah orang pun susah dan berat sangat mulut. Macam rasa hendak
mati pun ada.

dan kelaparan;
ِ ‫َوا ْل ُج‬
‫وع‬
Keduanya, ujian dengan lapar. Kadang-kadang kita takut tidak cukup makan. Kalau duduk
kampung tempat kita tinggal, memang jarang lapar sebab makanan sentiasa ada. Namun
kalau dalam musafir akan selalu bertemu dengan kelaparan. Lebih-lebih kepada para pejuang
dan penyebar dakwah.

Kita zaman sekarang takut hendak sebut tentang kesalahan yang masyarakat lakukan. Kalau
ustaz yang mengajar, takut sungguh hendak beritahu amalan salah anak murid. Takut anak
murid tidak panggil mengajar lagi, hilang punca pendapat (sampul putih). Maka kesilapan
dan amalan bid’ah anak murid masyarakat, disenyapkan sahaja.

‫ص ِّم َن اأْل َ ْم ٰو ِل‬


ٍ ‫َونَ ْق‬
dan kekurangan dari harta benda;

Kalau hendak berjihad zaman dahulu para sahabat kena mengeluarkan duit sendiri. Bukan
kerajaan Islam bagi duit untuk mereka berjihad. Mereka bukan kena cari duit untuk pergi
berjihad sahaja, tetapi mereka juga kena tinggalkan sedikit duit untuk anak isteri sebagai
bekalan. Maka ini memang memerlukan pengorbanan yang tinggi.

Apabila sudah mula pergi berjihad, hendak berniaga pun sudah tidak boleh. Kalau yang
bercucuk tanam, sudah tidak boleh menjaga hasil tanaman lagi sebab kena tumpukan kepada
peperangan. Ingatlah betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh para sahabat
‫ رضي هللا عنهم‬dahulu.
Celik Tafsir
Memahami Al-Quran, pedoman sepanjang zaman…

Bagaimana dengan kita? Kadang-kadang kita diuji dengan ujian infak harta. Infak harta
memang dituntut dalam agama. Hendak bina masjid, berdakwah, jihad, musafir, tolong orang
lain dan macam-macam lagi memerlukan infak.

Tentu berlaku kekurangan harta sekali sekala. Tapi infak perlu juga tetap dijalankan kerana
ramai yang memerlukan, dakwah juga perlu terus dijalankan. Namun kerana ujian ini, ramai
yang gagal dan simpan duit kerana syaitan akan menakut-nakutkan kita dengan ancaman
jatuh miskin kalau infak.

ِ ُ‫َواأْل َ ْنف‬
‫س‬
dan jiwa-jiwa;

Maksudnya adalah kematian. Ada sahabat yang mati terbunuh dalam jihad. Saudara mara ada
yang mati terbunuh dan macam-macam lagi. Ini adalah biasa apabila berlaku kematian.

Maknanya, para sahabat ‫ رضي هللا عنهم‬dahulu berhadapan dengan ancaman mati dalam
menegakkan agama Islam ini. Amat malu kalau kita pula takut hendak sebut kesalahan
masyarakat hanya kerana takut dikata macam-macam. Padahal, bukan boleh mengancam
nyawa pun.

Ayat ini juga boleh juga merujuk kepada mereka yang lari daripada peperangan.
Meninggalkan medan pertempuran. Ada yang takut semasa bertempur sampai ada yang lari
daripada medan peperangan.

ِ ‫َوالثَّ َم ٰر‬
‫ت‬
dan buah-buahan;

Ia bermaksud penyakit. Sebagai contoh, penyakit hama kepada pokok-pokok. Mereka takut


pokok yang mereka tanam itu akan sakit dan musnah apabila mereka tidak ada
dalam berjihad. Madinah waktu itu adalah umat yang berasaskan pertanian.

Pernah semasa Perang Tabuk, mereka diduga dengan buah-buahan yang sudah hampir boleh
dituai apabila panggilan peperangan sampai. Mereka telah menerima arahan untuk perang
dan ia adalah wajib kepada mereka kecuali orang tua, anak kecil dan wanita.

Ia amat menduga kepada mereka kerana kalau mereka keluar berperang, sudah tentu apabila
mereka pulang nanti, buah-buahan itu sudah jadi busuk kerana tidak dipetik. Kalau diharap
kepada anak isteri pun tidak boleh kerana hanya lelaki sahaja yang boleh menuainya kerana
ia adalah kerja berat.
Celik Tafsir
Memahami Al-Quran, pedoman sepanjang zaman…

Boleh jadi juga ia bermaksud ‘anak-anak‘ – kerana ada yang akan kehilangan anak. Anak-
anak yang telah dibela sejak kecil dan menjadi pengarang jantung terpaksa dilepaskan untuk
menyertai peperangan jihad. Ini bukan keputusan yang senang.

Kalau zaman sekarang, ini bermaksud melepaskan anak-anak untuk belajar agama. Ada yang
takut kalau anak belajar agama kerana tidak tahu nanti hendak kerja apa. Kalau lepas untuk
belajar ilmu keduniaan, ada kemungkinan akan dapat kerja, bukan? Maka kena berkorban
anak juga supaya ada kalangan kita yang pandai agama dan dapat teruskan usaha mendidik
masyarakat.

Kemungkinan juga buah-buahan itu adalah isyarat kepada hasil daripada pelaburan mereka.


Ini adalah dugaan dari sudut ekonomi. Ini bagi orang yang berniaga. Mereka sibuk menjaga
perniagaan dan harta sampai tidak kisahkan agama dan dakwah.
 

‫ين‬ Yّّٰ ‫ش ِر ال‬


َ ‫ٰصبِ ِر‬ ِّ َ‫َوب‬
Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar itu.

Ucapan tahniah daripada Allah ‫ ﷻ‬kepada mereka yang dapat melepasi ujian-ujian yang
telah disebut di atas. Telah disebut ujian yang berat-berat di atas kerana Allah ‫ ﷻ‬hendak
kita bersedia.

Semua itu besar kemungkinan memang akan berlaku maka Allah ‫ ﷻ‬berikan motivasi
dan ucapan tahniah kalau sanggup melepasi ujian-ujian itu. Ini adalah ucapan daripada Allah
‫ ﷻ‬sendiri. Tidakkah kita suka kalau dapat pujian dari Allah ‫?ﷻ‬

Ayat 156: Siapakah yang akan mendapat ucapan tahniah dari Allah ‫ ?ﷻ‬Disebut dalam
ayat ini yang mereka itu adalah orang-orang yang sabar. Maka ini adalah ciri-ciri orang yang
sabar.

‫عون‬ ٰ َ‫ذين إِذا أ‬


َ ‫صبَت ُهم ُّمصيبَةٌ قالوا إِنّا هَّلِل ِ َوإِنّا إِلَي ِه ٰر ِج‬ َ َّ‫ال‬
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

ٌ‫صيبَة‬ ٰ َ‫ين إِ َذا أ‬


ِ ‫صبَ ْت ُه ْم ُّم‬ َ ‫الَّ ِذ‬
Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah cubaan,
Celik Tafsir
Memahami Al-Quran, pedoman sepanjang zaman…

Perkataan ‫اب‬ َ َ‫ أ‬asalnya bermakna dipanah dengan anak panah. Dari kalimah itu, ia jadi
َ (‫ص‬
‘musibah’ yang dikenakan kepada manusia (macam anak panah tepat kepadanya). Maknanya,
memang apa-apa musibah itu memang telah ditakdirkan untuk kita, tidak boleh
mengelakkannya lagi.

Kalimah ‫ُص (ي َب ٌة‬


ِ ‫ م‬bermaksud kesusahan yang diberikan oleh Allah ‫ ﷻ‬dan kena tepat
kepada kita. Memang tidak dapat dielakkan lagi kerana memang Allah ‫ ﷻ‬telah tentukan
(takdir) untuk kita. Maka kalau kita kena musibah, yang kita kena lakukan adalah redha
dengan apa yang Allah ‫ ﷻ‬tentukan untuk kita.

Sekarang kita akan belajar satu lafaz yang kita biasa sebut. Nama lafaz ini adalah istirja’.
 

ِ ‫قَالُوا إِنَّا هَّلِل‬


mereka berkata: Sesungguhnya kami ini sendiri adalah milik Allah

Alamat orang yang sabar adalah dia tidak merungut apabila ditimpa apa-apa musibah dan
tidak keluar kata yang tidak elok daripada mulutnya. Ataupun tidak ternampak rasa tidak
puas hati daripada rupa parasnya. Semua yang buruk akan keluar daripada orang yang tidak
dilatih dengan sifat sabar.

Orang sabar akan kata kita ini adalah milik Allah ‫ ﷻ‬sebenarnya. Allah ‫ ﷻ‬boleh
berikan nikmat dan Allah ‫ ﷻ‬boleh ambil balik. Baik nyawa, harta, kesihatan dan
segalanya adalah milik Allah ‫ ﷻ‬dan Dia boleh ambil balik.

Ingatlah bahawa semua yang kita ada di dunia ini sekarang bukanlah hak kita. Kalau kita
faham kata-kata ini, maka senang untuk kita jadi sabar. Inilah kunci kesabaran kerana
kebanyakan masalah dalam dunia ini akan mengalami pelbagai jenis kehilangan. Kehilangan
nyawa, harta benda, ahli keluarga, kenalan kita, dan berbagai-bagai lagi.

Namun ingatlah bahawa semua itu bukan hak kita dan diri kita sendiri ini pun adalah hak
Allah ‫ﷻ‬. Jangan kata benda yang rosak dan hilang itu bukan hak kita, diri kita sendiri
ini pun bukan hak kita, tetapi hak Allah ‫ !ﷻ‬Maka Allah ‫ ﷻ‬boleh berbuat apa-apa
sahaja kepada kita.

Jadi, kalau ada musibah apa sahaja yang terjadi, inilah lafaz zikir yang kita kena sebut. Ada
satu hadith di mana pernah pelita dalam bilik Nabi ‫ ﷺ‬terpadam dan Nabi
‫ ﷺ‬mengucapkan perkataan yang disuruh kita ucapkan ini.
Celik Tafsir
Memahami Al-Quran, pedoman sepanjang zaman…

 Aisyah ‫ رضي هللا عنها‬kehairanan kerana yang terjadi hanya perkara kecil sahaja. Nabi
‫ ﷺ‬menjawab bahawa apa sahaja yang mengecewakan manusia adalah
musibah.

Diberitakan bahawa pada suatu ketika lampu Nabi ‫ ﷺ‬padam, maka baginda pun
mengucapkan istirja`, lalu kata Aisyah ‫رضي هللا عنها‬, “Bukankah ini hanya sebuah
lampu!”  Jawabnya,  “Setiap yang mengecewakan (hati) orang mukmin itu bererti
musibah.” Diriwayatkan oleh Abu Daud.
Maka ini mengajar kita yang kalimah istirja’ ini bukanlah untuk kematian sahaja. Ia adalah
untuk apa-apa sahaja musibah yang menimpa kita. Ramai yang tidak faham hal ini. Kerana
itu kalau kita dapat tahu berita kemalangan (tidak mati) dan kita istirja’, ada yang kehairanan
dan berkata: “Eh, dia tak mati lagi….”. Memanglah kita tahu dia tidak mati lagi, tapi itulah
ucapan yang terbaik untuk diucapkan.

َ ‫َوإِنَّا إِلَ ْي ِه ٰر ِج ُع‬


‫ون‬
dan sesungguhnya kepada Dialah juga kami akan kembali;

Kita semua akan kembali kepada-Nya. Kita semua akan kembali kepada-Nya untuk Allah
‫ ﷻ‬buat penilaian sama ada kita hamba yang sabar atau tidak. Ini kita semua sudah tahu.
Sekarang hendak disematkan di dalam hati sahaja.

 Ujian sabar adalah dalam tiga hari pertama. Bila mula-mula kena musibah itu, kita
sudah kena sabar kerana selalunya apabila sudah lama, manusia senang untuk sabar,
jadi itu sudah tidak dikira. Namun mula-mula bila ia terjadi yang susah untuk sabar.
Dalam satu riwayat, seorang wanita mengalami kematian dalam keluarganya. Nabi
‫ ﷺ‬nampak keadaan wanita itu dan memberi nasihat kepada wanita itu untuk
bersabar. Wanita itu sedang menangis dan tidak perasan yang memberi nasihat itu adalah
Nabi ‫ﷺ‬. Wanita itu kata bolehlah Nabi ‫ ﷺ‬minta dia sabar sebab
benda itu tidak jadi pada baginda. Ada yang nampak kejadian itu dan telah menegur wanita
itu kerana cakap begitu dengan Nabi ‫ﷺ‬. Maka selang beberapa hari, wanita itu
telah pergi kepada Nabi ‫ ﷺ‬dan beritahu baginda yang dia sudah bersabar dengan
apa yang terjadi. Nabi ‫ ﷺ‬kata sabar itu kena ada semasa berlakunya perkara itu.
Sabar selepas lama kejadian itu tidak dikira lagi.

Selalu kita dengar apabila terdengar sahaja ada sesiapa yang mati, kita akan cakap begini.
Kita bukan kata tentang si mati sangat sebenarnya, tetapi kita mengaku kita juga milik Allah
‫ﷻ‬. Ingat bahawa kita juga akan mati, cuma dia yang mati itu sahaja yang perlu dahulu.
Kita akan menyusul tidak lama lagi.

Ini sepatutnya mengingatkan kita, yang kita akhirnya akan kembali bertemu Allah ‫ﷻ‬
juga. Oleh itu, segala masalah yang kita hadapi, tidak kira betapa besarnya, ia tidak akan
berkekalan kerana ia akan berakhir juga.
Celik Tafsir
Memahami Al-Quran, pedoman sepanjang zaman…

Maka kalau kita ingatkan diri kita yang hidup di dunia ini sekejap sahaja, kuranglah sedikit
kesan di hati kerana dalam hati kita akan sedar (sekejap sahaja musibah ini, nanti sudah mati,
hilanglah….).

Sumber Rujukan

https://celiktafsir.net/2013/03/30/baqarah-ayat-154-157/

Anda mungkin juga menyukai