Anda di halaman 1dari 3

PERANAN KAUNSELOR PSIKODRAMA

Kaunselor dalam psikodarama berperanan sebagai pengarah yang memiliki banyak peranan.
Pengarah berperanan sebagai produser, fasilitator,, pengamatan dan penganalisis. Seorang
pengarah seharusnya membangunkan keterampilannya dalam tiga bidang yang saling
bergantung, iaitu:

1. Pengetahuan tentang metod-metod, prinsip-prinsip, dan teknik-teknik.

2. Pemahaman tentang teori keperibadian dan hubungannya dengan pengembangan


pembentukan filosofi hidup.

3. Kematangan dan perkembangan keperibadiannya sendiri.

TEKNIK-TEKNIK PSIKODRAMA

I. Protagonis

Watak protagonis merupakan watak utama dalam kelompok Psikodrama. Seorang protagonis
boleh memainkan banyak watak. Contohnya Azlin, seorang protagonis boleh berubah daripada
seorang berwatak jahat kemudiannya memegang watak baik. Adakalanya, watak protagonis
keluar daripada watak tersebut dan hanya menjadi pemerhati. Tujuan utama watak protagonis
ialah melahirkan perasaannya secara bebas.

II. Pelakon

Watak pelakon penting dalam Psikodrama. Watak pelakon juga memainkan peranan yang
penting dalam lakonan selain daripada watak protagnis.

III. Pengarah

Pengarah merupakan individu yang membimbing watak protagonis dan pelakon-pelakon


dalam membantu meneroka perasaan atau masalah mereka (Blanner, 1996). Peranan pengarah
adalah hampir sama dengan peranan ketua kelompok dalam kelompok kaunseling.

IV. Penonton

Penonton ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan individu yang menyaksikan lakonan
Psikodrama. Tujuan utama penonton ialah memberi tindak balas kepada perkara yang telah
mereka lihat, dengar, dan rasa semasa lakonan dijalankan.
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TERAPI PSIKODRAMA

Kelebihan
a. Mengembangkan kreativiti siswa (dengan peranan yang dimainkan siswa dapat
berfantasi)
b. Memupuk kerjasama antara siswa.
c. Menumbuhkan bakat siswa dalam seni drama.
d. Siswa lebih memperhatikan pelajaran kerana menghayati sendiri.
e. Memupuk keberanian berpendapat di hadapan kelas.
f. Melatih siswa untuk menganalisa masalah dan mengambil kesimpulan dalam
waktu singkat.

Kekuatan
a. Kurang kesungguhan para pemain menyebabkan tujuan tidak tercapai.
b. Pendengar (siswa yang tak berperanan) sering mentertawakan tingkah laku pemain
sehingga merosakan suasana.

KAJIAN KES

Pengembangan Model Bimbingan Kelompok Melalui Teknik Psikodrama Untuk


Mengembangkan Konsep Diri Positif oleh Affiyani Pramono Subjek dua orang ahli pakar dan
guru BK seorang. Subjek penelitian adalah seramai 10 orang siswa kelompok kawalan dan
searamai 10 orang siswa kelompok eksperimen yang ditentukan secara purposive sampling
atau sampel bertujuan. Instrumen yang digunakan adalah wawancara, pemerhatian dan skala
psikologi konsep diri.

Kaedah Psikodrama Diaplikasikan di dalam kelompok. Pertimbangan manfaat teknik


psikodrama dalam bimbingan kelompok adalah psikodrama memberikan kesempatan orang
untuk melihat kehidupan peribadi dengan cara pandang berbeza setelah kehidupan peribadi itu
didramakan dan dimainkan oleh orang yang tak dikenali yang berada dalam kelompok
bersamanya. Dengan berlakon dalam sebuah drama yang sudah disenariokan dengan topik
tentang konsep diri, maka diharapkan hal ini akan dapat menyedarkan seseorang (insight) dan
juga mencari (to explore) permasalahan yang sedang dihadapinya.

Hasil kajian dapat dilihat dari hasil analisis data dengan uji t menunjukkan bahawa tujuan dari
model bimbingan kelompok dengan teknik psikodrama untuk mengembangkan konsep diri
positif telah tercapai, yakni dengan adanya perubahan dari hasil pretest dan posttest pada
konsep diri yang dimiliki oleh siswa.

Anda mungkin juga menyukai