Anda di halaman 1dari 15

FASA PERKEMBANGAN SEMASA PERINGKAT PRENATAL

Dalam teori perkembangan Desmita (2009) dalam fasa prenatal terdapat 3 tahap

perkembangan yang begitu penting iaitu tahap germinal, tahap embrionik dan tahap janin.

Pada tahap ini proses pembahagian sel, pembentukan organ-organ dalaman dan fizikal

berlaku dengan amat aktif. Kelakuan ataupun amalan ibu semasa mengandungkan bayi akan

memberi kesan kepada pembentukan bayi sama ada dari segi emosi, fizikal dan juga

psikologikal. Selepas proses persenyawaan zigot yang terbentuk hasil daripada gabungan sel

ovum dan sperma akan membahagi dan berganda.

1. FASA GERMINAL

Fasa germinal juga dikenali sebagai peringkat pembentukan zigot dan proses ini berlaku

dalam masa dua minggu. Pada fasa ini zigot membahagi berulang-ulang kali sewaktu dalam

perjalanan (tiga hingga empat hari) ke uterus. Zigot yang berbentuk bola kecil ini berlegar-

legar di sekitar uterus selama lebih kurang tiga hingga empat hari sehingga blastosis melekat

di dinding rahim. Semasa proses pembenaman, blastosis dipenuhi cecair yang memisahkan

kepada dua lapisan sel iaitu lapisan luar yang bertanggungjawab bagi proses pembenaman

yang terdiri daripada amnion,korion,plasenta,kord umbilicus yang bakal melindungi embrio

dan lapisan dalam akan membentuk embrio. Proses perjalanan blastosis ke dinding rahim

mengambil masa lima hingga enam hari. Menjelang hari ke dua belas, blastosis telah

terbenam sepenuhnya didalam dinding rahim dan sel-sel dibahagikan mengikut fungsi

masing-masing.

1
2. TAHAP EMBRIO

Tahap yang kedua dalam prenatal adalah tahap embrio, manakala dalam psikologi

Islam menyebutnya sebagai tahap ‘alaqah, iaitu segumpalan darah yang semakin

membeku. Tahap embrio ini bermula dari 2 minggu hingga 8 minggu setelah terjadinya

banyak perubahan pada semua organ utama dan sistem-sistem fisiologis. Struktur badan

embrio dan organ dalaman mula berkembang.

Terdapat 3 lapisan yang mula terbentuk dalam embrio. Antaranya lapisan luar iaitu

ectoderm, lapisan tengah atau mesoderm dan lapisan dalam juga dikenali sebagai

endoderm. Lapisan luar iaitu ectoderm akan menjadi menjadi rambut, lapisan luaran bagi

kulit dan sistem saraf. Lapisan tengah atau mesoderm pula akan membentuk membentut

otot, tulang dan sistem peredaran darah. Lapisan yang terakhir adalah lapisan dalam atau

dikenali sebagai endoderm akan membentuk membentuk paru-paru dan sistem

pencernaan.

Rajah 1 :

Kedudukan saluran darah

dalam tali pusat yang

menghubungkan embrio

kepada placenta.

Embrio terletak dalam kantung yang dipanggil amnion, yang dipenuhi dengan cairan

amniotik yang mengapung embrio dan berfungsi mengekalkan suhu yang sesuai bagi

embrio. Cairan amniotik ini juga dikenali sebagai air ketuban. Embrio dihubungkan

kepada ibu melalui dua struktur iaitu tali pusat dan placenta.

2
Tali pusat dalam bahasa saintifiknya adalah umbilical cord. Tali pusat menempatkan

saluran darah yang menghubungkan embrio kepada placenta. Di mana saluran darah dalam

placenta daripada tali pusat embrio dengan saluran darah ibu, terletak berhampiran dan tidak

bersambung antara satu sama lain. Disebabkan jarak salur darah yang dekat membolehkan

nutrien, oksigen, vitamin dan bahan buangan untuk ditukar antara ibu dan embrio.

Perkembangan dalam tahap embrio mempunyai dua prinsip penting iaitu prinsip

cephalocaudal dan prinsip proximodistal. Prinsip cephalocaudal adalah di mana kepala akan

berkembang terlebih dahulu sebelum seluruh tubuh embrio. Pertumbuhan juga bermula dari

kepala hingga ke pangkal tulang belakang. Manakala prinsip proximodistal pula lengan dan

kaki berkembang sebelum tapak tangan dan tapak kaki. Pertumbuhan juga berlaku pada

bahagian berhampiran dengan pusat badan embrio terlebih dahulu sebelum yang lebih jauh

daripada pusat badan tersebut.

Embrio berusia 3 minggu dengan embrio berusia 8 minggu mempunyai beberapa

perbezaan yang ketara. Antaranya panjang embrio yang berusia 3 minggu adalah 2 mm.

Manakala panjang embrio berusia 8 minggu pula adalah 1 inci. Selain itu, pengkhususan sel

embrio berusia 3 minggu masih dalam proses dan bagi embrio berusia 8 minggu pula

pengkhususan selnya berkembang dengan pantas.

3
Rajah 2 : Embrio berusia 3 minggu Rajah 3 : Embrio berusia 8 minggu

Figure embrio berusia 3 minggu kelihatan seperti salamander. Embrio 8 minggu pula

kelihatan berbeza daripada 3 minggu kerana sudah kelihatan mata, rahang, lengan dan kaki.

Otak dan sistem saraf embrio 8 minggu ini juga berkembang dengan pesat dan jantung telah

berdegup selama hampir sebulan.

4
2. TAHAP FETUS / JANIN.

Tahap ketiga dalam perkembangan pranatal adalah tahap janin. Dalam psikologi Islam

peringakat janin disebut sebagai mudhghah. Tahap ini bermula pada minggu ke 8 sehinggalah

kelahiran berlaku. Selepas 8 minggu kehamilan, embrio berkembang menjadi sel tulang.

Sepanjang tempoh ini, bayi menjadi lebih besar dan sistem tubuh mula berfungsi. Pada

permulaan tempoh ini, berat janin kurang daripada 1 ons. Pada 4 bulan, berat janin kira-kira 4

hingga 8 ons, yang cukup besar untuk ibu merasakan pergerakannya. Dalam 5 bulan terakhir

kehamilan, janin akan mendapat tambahan 7 atau 8 ons sebelum dilahirkan. Semasa tahap

janin, perkadaran perubahan badan sangat dramatik. Rajah di bawah menggambarkan

perubahan saiz janin.

Perubahan saiz janin

Pada 2 bulan selepas persenyawaan berlaku, kepala janin bersaiz separuh daripada saiz

tubuhnya. Kemudian, pada bulan kelima saiz kepala janin mula mengecil dan pada saat

kelahiran tubuh janin berubah kepada saiz normal iaitu suku daripada saiz badannya. Berikut

merupakan tahap perkembangan janin mengikut bulan.

5
I. Bulan kedua (8 hingga 12 minggu)

Pada minggu ke 8, embrio boleh dipanggil janin kerana ia sudah mempunyai bentuk

dan wajah manusia. Kelopak mata dan hidung mula terbentuk pada minggu ini. Pada

peringkat ini, plasenta berkembang dan janin dikelilingi oleh air amniotik yang terbentuk

daripada saluran darah ibu. Fungsi air amniotic untuk menjaga suhu janin normal, membantu

bergerak janin, dan membantu dalam perkembangan jantung janin. Saiz janin mencapai 3 cm

atau saiz plum pada minggu ke-8.

Pada minggu ke 9, wajah janin lebih jelas terbentuk. Mata lebih besar dan berwarna,

mengikut pigmen yang setiap janin mempunyai. Janin mampu membuka mulut dan suara

vokal dan kelenjar air liur mula terbentuk. Janin berusia 9 minggu adalah kira-kira saiz limau

atau kira-kira 5.5 cm.

Janin berusia 10 minggu berukuran 7.5 cm, mempunyai kepala yang lebih besar daripada

saiznya. Hati bekerja dengan sempurna. Jantung pada janin berdegup 180 kali per minit, dua

atau tiga kali lebih cepat daripada kadar jantung normal pada orang dewasa. Sel-sel tulang

pertama terbentuk, menggantikan rawan yang terbentuk sebelum ini.

Kemudian, janin berusia 11 minggu, sudah mempunyai tulang wajah mulai terbentuk,

kelopak mata masih tertutup dan tidak akan terbuka hingga beberapa minggu ke depan. Kuku

juga sudah mulai dibentuk. Pada minggu ini, ternyata janin sudah boleh menelan dan

mengeluarkan urin, yang dikeluarkan di dalam air ketuban.

Selepas 12 minggu terakhir, semua organ dan sistem badan yang terdapat pada orang

dewasa semuanya telah berada di dalam janin. Organ-organ, otot, kelenjar, dan tulang,

sempurna dibentuk dan mula berfungsi. Bermula dari minggu ini, akan ada perkembangan

dan pematangan pelbagai organ yang telah terbentuk sebelum ini. Tulang janin yang

terbentuk dari tulang rawan, pada minggu ke-12 akan berubah menjadi tulang keras.

6
II. Bulan ketiga (13 hingga 16 minggu)

Apabila memasuki umur 13 hingga 16 minggu, berat janin ialah 57-113 gram dan

panjangnya kira-kira 10-13 cm. Janin mengalami mimpi pada tahap ini, ia boleh bangun dan

kemudian tidur. Di samping itu, mulut janin juga boleh dipindahkan, seperti dibuka atau

ditutup. Pada minggu ke-16, janin boleh dilihat seks, sama ada lelaki atau perempuan boleh

dibantu melihat dengan melakukan ultrasound. Rambut halus muncul di kepala, dipanggil

lanugo. Janin juga mula boleh berpusing tubuhnya dan ibu mula boleh merasai

pergerakannya. Janin mula menendang, mengenggam tangan dan kaki, gerakkan ibu jari dan

akan gerakbalas pada rangsangan luar.

III. Bulan keempat (17 hingga 20 minggu)

Menurut psikologi Islam, pada bulan keempat Allah SWT telah meiupkan roh ke

dalam janin. Saiz janin telah mencapai 25 hingga 28 cm dan berat 227 hingga 454 gram. Pada

peringkat ini, tulang yang ada dan keras telah menggantikan tulang rawan di dalam janin.

Janin dapat mendengar dan merespon pergerakan. Oleh itu, ibu boleh merasakan tendangan,

pukulan dan pelbagai pergerakan janin. Kelenjar minyak pada kulit mula berfungsi. Denyutan

jantung yang kuat dan ketara. Aktiviti-aktiviti refleks seperti menelan dan menghisap jari

muncul. Perkembangan deria janin mula memuncak. Sel-sel saraf yang berkerja untuk setiap

deria- rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh sedang berkembang di ruang-ruang khusus dalam

otak. Pengambilan makanan, oksigen dan air meningkat.

7
IV. Minggu kelima (21 hingga 24 minggu)

Pankreas janin mulai bekerja secara efektif dan paru-paru semakin matang pada

tahap ini. Bayi yang lahir ketika memasuki minggu ke 21-24 memiliki lebih besar peluang

untuk bertahan hidup, dibandingkan dengan minggu-minggu sebelumnya. Bulu mata dan alis

pun mulai terlihat. Bulu kening dan kelopak mata telah tumbuh tetapi janin masih

tertutup.Kuku jari tangan sudah menutupi hujung jari. Ibu boleh mendengar denyutan jantung

janin jika diletakkan telinga di perut ibu. Janin dapat mendengar perbualan orang sekeliling

dan bunyi kuat seperti bunyi vakum dan anjing menyalak dari dalam rahim. Paru-paru

bersedia untuk bernafas dan janin mempunyai bentuk badan sempurna.

V. Minggu keenam (25 hingga 29 minggu)

Dianggarkan 91% janin yang dilahirkan pada minggu 25-29 dapat bertahan

meskipun terdapat risiko komplikasi seperti cacat lahir dan berat lahir rendah. Pada asasnya,

semua organ dan sistem badan lebih matang pada usia ini dan akan terus berkembang

sehingga kelahiran berlaku. Pada bulan ini, janin mula memberi respon terhadap sentuhan.

Kelopak mata terpisah dan janin boleh membuka dan menutup mata.

8
VI. Bulan ketujuh (30 hingga 33 minggu)

Pergerakan dan tendangan yang dilakukan oleh janin semakin kuat dan lebih ketara.

Pada masa ini, kulit janin berwarna merah jambu dan sangat licin. Fetus pada usia ini

mempunyai berat 1,814 hingga 2,268 gram dan panjang kira-kira 41-43 cm. Lengan dan kaki

terus membesar hingga sepadan dengan saiz kepala. Bayi siap sedia untuk dilahirkan dengan

menterbalikkan badannya iaitu kepala dibawah.

Bulan kelapan (34 hingga 38 minggu) & bulan kesembilan (39 hingga kelahiran)

Minggu ini adalah minggu kehamilan yang terakhir. Pada masa ini berat badan

janin telah mencapai 2,722 hingga 3,639 gram dan panjang badannya adalah sekitar 46 cm.

Dalam bayi lelaki, buah zakar sempurna dibentuk dan dilapisi dengan skrotum. Pendengaran

janin sudah terbentuk dengan sempurna. Rambut tumbuh dengan lebat. Sistem organ sudah

terbentuk dengan sempurna. Janin mengalami pembesaran yang pesat dan beratnya

bertambah. Apabila memasuki minggu ke-40, janin sudah bersedia untuk dilahirkan dan

semua organ terbentuk dan berfungsi dengan baik.

9
4. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEKITARAN PRENATAL.

Persekitaran yang sihat untuk janin akan terhasil apabila ibu mengambil makanan

seimbang, bebas dari penyakit dan mematuhi arahan doktor tetapi sukar untuk ditentukan

apakah yang telah menyumbang dan membentuk persekitaran pralahir yang baik. Misalnya

kesan dadah terhadap pembesaran janin hanya dapat dijalankan terhadap haiwan

Namun begitu,telah dipastikan terdapat enam faktor yang dapat mempengaruhi persekitaran

prenatal.iaitu umur bapa, pemakanan ibu,merokok,dada dan arak,emosi ibu dan agen-agen

teratogenik.

I. Umur Ibu Bapa

Umur ibu semasa mengandung mempunyai hubungan dengan risiko kematian janin

dimana ibu yang terlalu muda berisiko untuk mendapat bayi pramatang dan keguguran. Hal

ini disebabkan oleh sistem peranakan ibu yang masih tidak kuat. Seterusnya ibu yang

berumur dalam lingkungan 40 tahun keatas pula, mungkin wujud keabnormalan kromosom

ianya boleh membawa kepada bayi syndrome down dan risiko keguguran tinggi.

Walaubagaimanapun, umur bukanlah faktor penyebab utama kepada segala kecacatan dan

keabnormalan tetapi sebenarnya apa yang penting ialah ibu yang terlalu muda atau sudah

berumur mungkin tahap kesihatannya tidak begitu baik sekaligus membawa risiko kepada

anaknya.

Umur bapa juga boleh menjadi faktor kepada kesihatan janin.Ini disebabkan semakin

meningkat umur bapa semakin, semakin tinggi risiko berlakunya mutasi pada sperma. Selain

itu, syndrome down juga boleh terjadi akibat dari genetik bapa dengan nisbah 1:5 dan satu

lagi bentuk kecelaruan genetik yang berkaitan dengan umur bapa ialah achondroplasia iaitu

sejenis mutasi yang dominan yang menyebabkan tulang kanak-kanak cacat.contohnya, jadi

kerdil, kepala besar, dan dahi besar.

10
II. Pemakanan ibu.

Pemakanan ibu yang tidak baik memberi kesan kepada bayi dengan cara menyalurkan

makanan yang tidak berzat dan sekaligus ianya akan melemahkan sistem antibody ibu. Ibu

yng kekurangan vitamin, garam galian dan protin akan memberi kesan terhadap bayi dalam

kandungan sebagai contoh kurang vitamin akan mempengaruhi mata dan organ-organ

dalaman bayi dan anak mungkin menjadi cacat manakala kekurangan protin akan

menyebabkan bayi mengalami kecacatan akal,rendah daya tahan kepada penyakit dan anak

redah berat badan.

Keluarga yang kurang berkemanpuan biasanya menjadi sebab utama ibu tidak mengambil

makanan yang berzat dan tidak mendapat rawatan yang sempurna. Menurut Bratic, kualiti

makana yang diambil adalah lebih penting dari kuantiti bermaksud ibu harus memastikan

makanan yang diambil seimbang dari segi nutrisi .

Dalam sesetengah kes terdapat bayi yang mengalami kerencatan akal kekal ianya berlaku

terutama jika ibu kurang zat makanan pada akhir waktu hamil tatkala janin membesar dengan

cepat dan sel otak terbentuk.

11
III. Merokok.

Perokok aktif dan pasif juga mempengaruhi persekitaran prenatal. Ianya menyebakan

terjadinya kehadiran bayi lebih awal (premature),sudden infant death syndrome (SIDS), janin

tidak berkembang dan kegagalan janin serta kelainan jantung dan pernafasan bayi. selain itu

kajian menyatakan ibu yang merokok melebihi 10 batang rokok sehari mengalami 50% risiko

anak menghidap barah pada zaman kanak-kanak. Manakala ibu yang merokok 5 batang

sehari mengakibatkan kerencatan akal.

Hal ini disebabkan ibu yang merokok telah menyalurkan oksigen yang bercampur dengan

gas, nikotin dan tar kepada janin manakala ibu yang tidak merokok menyalurkan 100%

oksigen sahaja.

IV. Dadah dan Arak.

Kajian tentang kesan dadah dan arak kepada ibu hamil hanya terhad kepada haiwan.

Kesan dadah bergantung kepada kuantiti diambil, jenis dadah dan waktu tempoh dadah

diambil. Kajian telah dilakukan kepada haiwan dengan memberikan suntikan ubat pelali

(dadah) kepada haiwan sewaktu ingin melahirkan dan didapati aktiviti bayi menurun atau

menjadi perlahan selepas lahir jika memberikan pelali pada kadar yang tinggi

berkemungkinan akan mengalami kerosakan otak adalah tinggi.

Bagi peminum arak pula, anak yang lahir akan mengalami fetal alcohol syndrome iaitu

jarak mata bayi lebar, kepala kecil, jantung dan sendi tidak dapat berfungsi dengan baik,

hiperaktif sawan dan lain-lain.saiz badan menjadi kecil ringan IQ rendah dan gangguan

sistem saraf.

12
Contoh gambarajah fetal alcohol syndrome:

V. Keadaan Emosi Ibu

Tekanan yang kronik dialami oleh ibu semasa hamil mengganggu pembesaran janin

kajian terhadap haiwan menunjukkan ibu yang mengalami tekanan aktiviti akan

menyebabkan kalenjar adrenal meningkat, kelenjar ini menghasilkan hormon dan hormon

tersebut akan menyerap kedalam salur darah dan disalurkan pada bayi yang menyebabkan

pembesaran bayi terjejas. kajian juga menyatakan ibu yang tertekan melahirkan anak yang

beremosi, mempunyai masalah pemakanan dan penghadaman.

Terdapat juga sesetengah kes dimana peristiwa-peristiwa yang menekan sebelum dan

semasa mengandung akan menyebabkan kesukaran semasa mengandung dan bersalin seperti

lahir tidak cukup bulan dan bayi rendah berat badan. Tahap kebimbangan yang tinggi juga

dapat dikaitkan dengan masalah-masalah seperti peningkatan aktiviti janin dan bayi menjadi

cacat.

13
VI. Agen-agen Teratogenik.

Teratogenik adalah bahan-bahan persekitaran yang menyebabkan kod-kod genetik

berubah dan kemudian menyebabkan keabnnormalan. Contoh Rubella yang boleh

menyebabkan buta,pekak dan kerencatan mental pada bayi

Kesan dari bahan teratogenik mengakibatkan perkembangan bayi terganggu dan

terjadinya bayi cacat fisik atau cacat lahir. Contoh cacat fisik ialah kecerdasan mental

merosok, penurunan IQ manakala cacat lahir pula ialah seperti bibir sumbing, kepala besar

masalah jantung dan sebagainya.

Pencegahan yang boleh diambil ialah melakukan suntikan vaksin Rubella pada lapan

minggu pertama kehamilan kerana ia merupakan satu tempoh yang paling kritikal bagi bayi

dalam kandungan .

14
RUJUKAN.

1. Robert V. Kail, John C. Cavanaugh (2007). Human Development : A life-span view

(4th ed.) Belmont, USA: Thomson Wadsworth

2. Kamarulzaman Kamaruddin (2014). Psikologi Perkembangan: Panduan Untuk Guru.

Perak Darul Ridzuan, Malaysia : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

3. Robert M.Liebert, Rita Wicks Poulos,Gloria D.Strauss (1974). Developmental

Psychology. USA : Prentice-Hall, Inc.

4. Robert I watson, Henry C.Lindgren (1979). Psychology of the Child and the

Adolescent. USA : Macmillan Publishing Co

5. Jas Laile Suzana Jaafar (1996). Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa Dan Pustaka

6. Mahmood Nazar Mohamed (2010).Pengantar Psikologi .Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

15

Anda mungkin juga menyukai