Anda di halaman 1dari 1

Parafrasa

Situasi 1
Klien : “Saya keliru tentang membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar
negara… saya tidak mahu menyusahkan ibu bapa saya tetapi saya bercita-cita untuk
melanjutkan pelajaran ke luar negara.”
Kaunselor : “Nampaknya anda dalam dilema untuk membuat keutusan, anda berimpian
menyambung pelajaran ke luar negara tetapi takut jika menyusahkan ibu bapa anda.”

Situasi 2
Klien : “Saya merasakan orang sekeliling saya tidak sukakan saya… setiap kali mereka
bercakap saya merasakan mereka bercakap buruk tentang saya.”
Kaunselor : “Anda merasakan orang sekeliling tidak sukakan awak dan bercakap buruk
tentang awak”

Situasi 3
Klien: “ Apabila saya berada di khayalak ramai…saya menjadi risau seperti mahu tercabut
jantung saya walaupun kawan-kawan saya bersama saya ketika itu.”
Kaunselor: “Walaupun anda tidak berseorangan, anda tetap gelisah ketika anda berhadapan
dengan ramai orang.”

Situasi 4
Klien: “Saya tidak senang hati ketika berjalan di kawasan kelas saya kerana pelajar lelaki
sering gelak ketawa ketika melihat saya dan membuatkan saya berfikiran yang bukan-bukan
tentang diri saya.”
Kaunselor: “Pelajar lelaki yang sering melihat dan ketawa ketika melihat anda membuatkan
anda tidak senang hati dan berfikiran negatif.”

Situasi 5
Klien: “Saya tidak mempunyai ramai kawan di tempat kerja… saya merasakan kerana saya
memiliki tubuh badan yang gempal dan rupa yang buruk. Saya berasa sangat malu.”
Kaunselor: “Anda malu dengan saiz tubuh dan rupa anda yang menjadi penyebab anda tidak
mempunyai rakan di tempat kerja.”

Anda mungkin juga menyukai