Anda di halaman 1dari 6

RINGKASAN JURNAL ; TINGKAH LAKU EMOSI KANAK-KANAK DAN

EKSPRESI EMOSI IBU BAPA

Jurnal yang dipilih adalah bertajuk “Tingkah laku emosi kanak-kanak dan ekspresi
emosi ibu bapa” oleh Nornayli bin Jamil. Kajian yang telah dibuat oleh penyelidik ini
bertujuan untuk menentukan hubungan tingkah laku emosi kanak-kanak dengan ekspresi
emosi ibu bapa. Melalui pemahaman saya terhadap kajian penyelidik ini adalah untuk melihat
hubungan tingkah laku kana-kanak terhadap emosi dan ekspresi ibu bapa sama ada dari sudut
positif ataupun negatif. Metadologi kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah berbentuk
kualitatif. Penyelidik telah melakukan kajian di sebuah Tadika KEMAS dengan melibatkan
101 sampel yang terdiri daripada ibu bapa dan kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 6
tahun.

Melalui hasil kajian yang diperolehi oleh penyelidik ialah umur juga telah menjadi faktor
yang dapat membezakan kemahiran kanak-kanak dalam menunjukkan tingkah laku emosi
mereka. Oleh itu, dapat saya fahami bahawa bagaimana ibu bapa itu meluahkan dan
mempamerkan emosi akan memberi kesan hubungan terhadap tingkah laku emosi anak
masing-masing. Menurut teori Albert Bandura, ada menyatakan pembelajaran tingkah laku
seseorang itu adalah melalui pemerhatian yang dibuat ataupun peniruan. Hal ini kerana
seseorang itu akan mudah untuk mengikuti atau mempelajari sesuatau terutamanya di dalam
lingkungan ahli keluarganya. Melalui hasil dapatan yang telah diperolehi oleh pengkaji
adalah kompleks iaitu menunjukkan ibu bapa yang menunjukkan model ekspresi negatif
memberi kesan hubungan terhadap kemahiran tingkah laku emosi kanak-kanak, manakalah
model ekspresi positif tidak memberikan kesan lansung.

Pada pendapat saya, setelah melihat kepada kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji
menunjukkan bahawa ekspresi emosi yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan memberi kesan
terhadap tingkah laku emosi anak-anak. Tetapi terdapat sudut positif dan negatif yang dapat
ditunjukkan, antaranya ialah jika ibu bapa menunjukkan ekspresi emosi negatif terhadap
tingkah laku anak-anak, mereka akan lebih menyerap ekspresi negatif tersebut dan memberi
kesan terhadap tingkah laku mereka sebagai contoh, ibu bapa yang sentiasa menghukum
anak-anaknya akan menyebabkan anak-anaknya akan menjadi lebih memberontak.
Sebaliknya jika ibu bapa menggunakan pendekatan yang lebih positif hal ini akan dapat
membentuk tingkah laku anak-anak untuk menjadi seorang yang sentiasa berfikir setiap kali
hendak melakukan sesuatu perkara dengan memikirkan kesan yang bakal dihadapinya
RINGKASAN JURNAL ; PERKEMBANGAN DAN PEMBENTUKAN REMAJA
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Jurnal yang dipilih adalah bertajuk “Perkembangan dan pembentukan remaja menurut
perspektif Islam” satu kajian penulisan oleh Anuar bin Puteh yang bertarikh pada Disember
2001. Tujuan penulisan ini adalah untuk melihatperkembangan remaja menurut pandangan
dan perspektif Islam, kerana remaja adalah pemimpin bagi masa depan yang berpotensi, oleh
itu Islam menekankan bahawa perkembangan remaja ini haruslah bersifat holistik.
Metadologi kajian yang digunakan adalah kajian berbentuk kuantitatif. Pengkaji
menggunakan sumber-sumber bahan ilmiah dalam penulisannya.

Imam Al Ghazali mendefinisikan remaja ini sebagai golongan yang mencapai


peringkat baligh iaitu ketika manusia telah dianggap mempunyai akal yang sempurna. Baligh
ini merujuk kepada perkembangan individu tersebut dan telah termasuk di dalam golongan
mukallaf iaitu yang bermaksud yang telah cukup umur dan mesti mematuhi hukum hakam
Islam dan mereka wajib melaksanakan tanggungjawab tersebut. Perspektif Islam meletakkan
perkembangan remaja melalui beberapa aspek iaitu melalui perkembangan fizikal,
perkembangan emosi, perkembangan mental, dan perkembangan moral. Perkembangan
fizikal berlaku selepas seseorang itu datang baligh iaitu berlaku pada perubahan fizikal
badan. Seterusnya perkembangan emosi merujuk kepada rasa hati atau dalam perkataan lain
ialah perasaan yang sering dirujukkan seperti sifat marah, takut, bimbang, suka,duka, kecewa
dan sebagainya. Perkembangan mental pula merujuk kepada, pembicaraan seseorang remaja
itu sekaligus dapat mempamerkan cara berfikir remaja tersebut. Seterusnya, perkembangan
moraladalah lebih berkaitan tentang akhlak seseorang tersebut.

Kesimpulannya, Islam amat menitikberatkan kepada usaha dalam memelihara dan


menjaga perkembangan remaja terutamanya dari aspekmoral, mental , fizikal dan emosi.
Disebabkan hal itu, Islam telah menekankan bahawa peranan institusi keluarga adalah
penting terutamanya ibu dan bapa yang merupakan pendidik awal terhadap anak-anak. Selain
itu, institusi Pendidikan juga memainkan perana yang penting dalam melahirkan golongan
remaja yang berintelektual. Pentarbiahan menurut Islam telah banyak ditunjukkan oleh
Rasulullag SAW, sewajarnya bagi kita untuk mencontohi sifat-sifat dan keperibadianbaginda
semenjak baginda kecil hingga remaja dan sehingga dewasa. Selain itu, kisah-kisah
Luqmanul Hakim terhadap pesanan nya yang tercatat di dalam Al Quran juga wajar dijadikan
panduan buat remaja, jelaslah bahawa Islam itu sendiri telah mempunyai garis panduan
terhadap setiap aspek

RINGKASAN JURNAL; PEMBENTUKAN EMOSI KANAK-KANAK MELALUI


BAHAN BACAAN SASTERA

Jurnal yang dipilih adalah bertajuk “Pembentukan emosi kanak-kanak melalui bahan
bacaan sastera” satu kajian penulisan oleh Arba’ie Sujud dan Nik Rafidah Nik Muhammad
Affendi. Melalui kajian yang dilakukan ini, dapat kita lihat bahawa kehidupan manusia
sedikit sebanyaktelah dipengaruhi oleh pembentukan emosi. Wujud perbezaan antara
golongan kanak-kanak dan juga orang dewasa di dalam pentukan emosi. Kajian ini dibuat
terhadap ppelajar berumur antara 7-12 tahun dijadikan sebagai sampel dan 30 orang kanak-
kanak dari 3 buah sekolah rendah di setiap zon di Malaysia.

Kesusateraan kanak-kanak ialah bahan bacaan yang sesuai untuk setiap kanak-kanak,
ha ini kerana ia mengandungi unsur hiburan dan juga pengajaran. Buku sastera ini akan dapat
menarik minat bagi kanak-kanak kerana mereka mempunyai kecenderungan semula jadi
terhadap unsur kreati dan imaginatif. Hal ini kerana, bahan bacaan dapat meransang minda
anak-anak dan mampu mempengaruhi corak pemikiran, pembentukan personality dan emosi
mereka. Oleh itu, pengkaji melihat bagaimana bahan sastera ini secara tidak lansung dapat
meransang emosi kanak-kanak dari segi gela tawa, kesedihan, kegembiraan, kemarahan,
geram, benci dan pelbagai bentuk emosi yang lain.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bagi kanak-kanak yang suka membaca buku
bergambar yang berumur 7 sehingga 8 tahun menunjukkan bahawa mereka sangat berminat
hasil dari pada temubual menunjukkan bahawa buku cerita bergambar meransang perasaan
mereka dan mempunyai unsur hiburan.Selain itu hasil dapatan kajian terhadap buku cerita
binatang, iaitu merupakan salah satu cabang cerita rakyat iaitu tradisi lisan yang diturunkan
turun temurun. Kanak-kanak yang berusia 9 sehingga 10 tahun sangat berminat dan berminat
terhadap buku tersebut kerana mereka mengetahui reality berbincang, berfikir,melihat
bagaiamana manusia tamak, berani, cerdik gigih, garang dan sebagainya. Terdapat juga
kanak-kanak yang kurang berminat terutamanya bagi bahan buku yang berunsurkan cerita
rakyat. Kanak-kanak tidak menunjukkan kesungguhan dan perasaan ingin tahu ketika
membaca.

Jadi sudah jelas disini menunjukkan bahawa, bahan bacaan sastera memberi kesan
terhadap emosi kanak-kanak. Melalui pembacaan kanak-kanak memgetahu dan dapat
mempelajari reality sesuatu perkara. Selain itu, dapat membentuk personality dan kendiri
kanak-kanak tersebut. Membaca akan dapat mengemabangkan minda kanak-kanak.

RINGKASAN JURNAL; FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI REMAJA


TERLIBAT DALAM MASALAH SOSIAL DI SEKOLAH TUNAS BAKTI, MELAKA

Jurnal yang dipilih adalah bertajuk “Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terlibat
dalam masalah sosial di sekolah tunas bakti, Sungai Lereh, Melaka” satukajian oleh Othman
Md Johan dan Norazmah Mohamad Roslan. Kajian yang digunakan adalah berbentuk
kuantitatif iaitu melalui soal selidik. Terdapt 4persoalan yang diajukan di dalam kajian ini
iaitu, faktor diri sendiri, latar belakang keluarga, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran
sekolah. Kajian ini dilakukan terhadap 86 orang responden di sekolah Tunas Bakti melalui
soal selidik.

Antara masalah sosial yang dapat dilihat seperti merompak, penyalahgunaan


dadah,pergaulan bebas, video lucah, bergaduh dan sebagainya. Berdasarkan ujian rintis yang
dilakukan oleh pengkaji mendapati bahawa faktor utama responden terlibat dalam masalah
sosial adalah disebabkan keinginan mereka untuk mencuba dan melakukannya sendiri. Selain
itu aspek keinginan kebebasan yang menjadi punca masalah ini berlaku kerana lumrah sifat
remaja tersebut ingin hidup bebas dan tidak dikongkong.

Selain itu, hasil daripada kajian yang diperolehi, adalah disebabkan perasaan dalaman
diri iaitu seringkali marah dan tidak puas hati apabila setiap kehendak mereka itu dihalang.
Seterusnya adalah kerana remaja itu terlibat dalam gangguan emosi yang teruk sehinggakan
mendorong diri mereka untuk melaukan perkara-perkara tersebut. Akhir sekali, pengkaji
dapat melihat bahawa penglibatan remaja dalam masalah sosial adalah disebabkan kurangnya
amalan kerohanian di dalam diri mereka.

Rumusan dan hasil dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa masalah
sosial responden di Sekolah Tunas Bakti ini berada pada tahap yang sederhana. Berdasarkan
analisis yang diperolehi faktor utama masalah ini adalah diri sendiri berbanding faktor
keluarga, pengaruh rakan sebaya dan faktor persekitaran. Tetapi walaupun bukan faktor
utama keluarga masalah sosial dalam kalangan remaja antaraaspek nya adalah kerana
kurangnya komunikasi ibu bapa dan anak-anak di rumah selain memberikan hukuman yang
tegas terhadap anak-anak. Separuh daripada responden juga bersetuju bahawa masalah sosial
remaja ini berpunca daripada persekitaran sekolah yang bermasalah. Oleh itu, kita seharusnya
bersama-sama dalam membentuk masyarakat yabg berakhlak. Semua pihak haruslah
memainkan peranan yang sama supaya permasalahan ini dapat dibendung. Kerana remaja
inilah bakal menjadi tonggak kepimpinan negara suatu hari nanti.

RINGKASAN JURNAL ; PENGARUH FAKTOR INDIVIDU, KELUARGA DAN


PERSEKITARAN SOSIAL TERHADAP TINGKAH LAKU PENYALAHGUNAAN
BAHAN DALAM KALANGAN REMAJA.

Jurnal yang dipilih adalah “Pengaruh faktor individu, keluarga dan persekitaran sosial
terhadap tingkah laku dan penyalahgunaan bahan dalam kalangan remaja” suatu kajian yang
dilaukan oleh Rozmi Ismail, Nor Azri Ahmad, Fauziah Ibrahim dan Salina Nen. Tujuan
kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan sejauh mana faktor-faktor berikut iaitu
individu, keluarga dan persekitaran sosial di sekolah dan komuniti memberi pengaruh
terhadap tingkah laku dan salah guna bahan. Metod yang digunakan adalah berbentuk
kuantitatif iaitu melalui survei dn pengedaran soal selidik. Seramai 480 orang responden dari
kalangan remaja yang tekah dipilih antara 13-17 tahun yang majoritinya adalah lelaki.

Penyalahgunaan bahan ini bermaksud satu penggunaan atau aktiviti terlarang seperti
dadah, alkohol dan pelbagai jenis bahan lain yang boleh membahayakan individu. Kanak-
kanak yang membesar dalam persekitaran yang berisiko lebih mudah terdedah kepada aktiviti
jenayah, Kajian ini juga mendapati bahawa kadar pengambilan bahan terlarang terhasil akibat
tekanan atau kesengsaraan dalam persekitaran rumah mereka sehingga mendorong
menggunakan bahan untuk mengawal perlakunya.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran sosial adalah fktor
yang memberi kesan dan pengaruh yang besar dalam penggunaan salah guna bahan dalam
kalangan remaja. Hal ini kerana, untuk memiliki bahan tersebut adalah mudah terutamanya di
dalam komuniti dan persekitaran yang mereka diami. Oleh itu, faktor berisiko merujuk
kepada faktor-faktor yang berada di persekitaran merangkumi sekolah dan komuniti. Oleh itu
kajian ini merumuskan bahawa domain faktor persekitaran sosial amat penting dalam
memahami keterlibatan remaja dalam penyalahgunaan dadah dan perlu diberi perhatian
dalam merangka dan membina program pencegahan. Pihak sekolah dan pihak komuniti juga
haruslah bersama berganding bahu dalam membanteras gejala ini dengan bersama-sama
pihak yang berkuasa supaya perkara ini dapat dibendung sebaik mungkin sekaligus dapat
menurunkan kadar peritus salah laku bahan dalam kalangan remaja.

RUJUKAN

1. Anuar bin Puteh (2001), Perkembangan dan Pembentukan Remaja Menurut Perspektif
Islam Kajian Malaysia, Jld XIX, No.2

2. Norly binti Jamil (2010), Tingkah Laku Emosi Kanak-kanakdan Ekspresi Emosi Ibu bapa

3. Othman Md Johan & Norazmah Mohamad Roslan , Faktor-faktor yang Mempengaruhi


Remaja terlibat dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh Melaka

4. Rozmi Ismail, Nor Azri Ahmad, Fauziah Ibrahim & Salina Nen (2017), Pengaruh Faktor
Individu, Keluarga dan Persekitaran Sosial Terhadap Tingkah laku Penyalahgunaan Bahan
dalam Kalangan Remaja, Akademika 87(1), April 2017; 7-16

5. Arba’ie Sujud & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi(2011), Pembentukan Emosi Kanak-
kanak Melalui Bahan Bacaan Satera, Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 22, 2011

Anda mungkin juga menyukai