Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkembangan ialah suatu proses menjadi maju
atau tersebar, membiak dan meluas. Newman. PR (1997) mengatakan bahawa
perkembangan yang dilalui oleh setiap manusia biasanya bermula sejak dari pra-lahir
sehingga ke mati. Sebagai seorang guru, perkembangan kanak-kanak adalah peringkat
yang paling penting dalam perkembangan manusia dan perlu diambil perhatian. Dengan ini,
terdapat dua faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, iaitu faktor baka
dan faktor persekitaran. Kita dapat lihat bahawa pengaruh baka semakin berkurangan
berbanding faktor persekitaran apabila anak-anak sudah meningkat dewasa. Hal ini
demikian kerana faktor persekitaran memainkan peranan yang lebih besar dan lebih
berpengaruh dalam proses perkembangan. Anak-anak yang sudah dewasa juga akan
mempunyai personaliti tersendiri apabila mereka berjaya mencari identiti mereka sendiri
(Riese,1990).

Dengan ini, Arnold Lucas Gesell (1880) percaya bahawa perkembangan berlaku
secara dalaman. Ciri-ciri yang tertentu akan muncul dalam diri seseorang mengikut tahap
kematangan individu tersebut. Jika otot, saraf otak dan tulang tidak bersedia atau tidak
matang, peluang-peluang yang diberikan kepada kanak-kanak untuk belajar sesuatu
kemahiran tidak akan mempunyai hasil yang positif. Oleh itu, guru pada masa kini perlu
mempelajari dan mengetahui perkembangan psikolgi kanak-kanak agar mudah untuk
mengenal pasti perkembangan murid yang diajar kerana setiap murid mempunyai emosi,
tahap intelektual dan minat yang berbeza.

Memang tidak dinafikan bahawa aspek emosi adalah salah satu aspek dalam diri
kanak-kanak yang turut mengalami pembentukan dan perkembangan. Emosi merupakan
aspek yang mampu mewarnakan kehidupan kanak-kanak. Emosi ialah perasaan jiwa yang
kuat seperti sedih, gembira dan takut. Kanak-kanak adalah golongan manusia yang masih
kecil. Pendek kata, perkembangan emosi kanak-kanak ialah proses di mana anak-anak
yang masih kecil dapat mencapai kematangan, pengukuhan dan kestabilan dalam
mengenali, mengekspresi serta mengendalikan perasaan. Perkembangan emosi ini
cenderung dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Oleh itu, guru memainkan peranan yang
penting dalam meningkatkan kemahiran emosi melalui pendekatan dan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang diamalkan.

1
2.0 Analisis artikel

Berdasarkan kajian Pembentukan emosi kanak-kanak melalui bahan bacaan sastera ini,
saya berpendapat bahawa bahan sastera dapat mempengaruhi perkembangan emosi
kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12. Bahan sastera yang dapat mempengaruhi
perkembangan emosi kanak-kanak ialah buku cerita besar bergambar, cerita binatang dan
cerita rakyat.

Bahan sastera yang pertama ialah buku cerita besar bergambar. Kanak-kanak
berminat untuk membaca buku-buku cerita besar bergamber. Secara ringkas, buku cerita
bergambar ialah buke cerita yang dipenuhi dengan gambar yang menarik lebih besar
daripada perkataan. Kanak-kanak tertarik dengan gambar-gambar dan lukisan yang
terdapat dalam buku cerita itu. Kanak-kanak akan mempelajari dan mendapati sesuatu yang
terdapat dalam cerita melalui gambar seperti gambaran watak, latar, aksi serta plot cerita.
Pendek kata, buku cerita besar bergambar sangat digemari oleh kanak-kanak yang berumur
7 hingga 8 tahun kerana mereka merasa girang, bersungguh-sungguh dan ingin tahu untuk
membaca buku cerita tersebut.

Bahan sastera yang kedua ialah cerita binatang. Cerita binatang merupakan salah
satu cabang cerita rakyat, iaitu tradisi lisan yang diturunkan dari generasi ke generasi dan
merupakan milik masyarakat. Cerita binatang ini diceritakan oleh masarakat melayu tradisi
kepada kanak-kanak apabila mereka mempunyai kelapangan atau semasa kanak-kanak
hendak tidur. Cerita binatang ini disampaikan secara halus, menggunakan ayat-ayat yang
bersahaja, diselit dengan unsur-unsur humor, tidak terlalu informatif atau mengarah.
Gambaran kehidupan yang diperlihatkan dalam cerita binatang tersebut dapat dilihat dalam
dunia realiti dengan sejelasnya. Cerita binatang sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 9
hingga 10 tahun. Cerita binatang ini dapat menarik kanak-kanak kerana mereka mudah
dapat membayangkan diri mereka dalam situasi yang dikhayalkan.

Bahan sastera yang kemudian ialah cerita rakyat. Sastera rakyat kanak-kanak
bermaksud cerita rakyat yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian untuk kanak-kanak.
Kisah-kisah yang terdapat dalam cerita rakyat bukanlah untuk menyalahkan mana-mana
pihak tetapi untuk meninggalkan sebagai cermin dan membina sebuah pengalaman hidup,
mengharapkan dapat menjadi khazanah hikmah. Cerita rakyat ini sangat sesuai untuk
kanak-kanak yang berusia 11 hingga 12 tahun. Mereka perlu bimbingan masyarakat
sekeliling untuk mempelajari, mengetahui dan mengenali dunia di sekeliling mereka seperti
ilmu yang terdapat dalam cerita rakyat. Pendek kata, bahan bacaan yang sesuai dapat
dijadikan arah pedoman mereka.

2
3.0 Penulisan Akademik

Teori yang terdapat dalam article ini ialah Teori Perkembangan Sosioemosi yang
diperkenalkan oleh Erik Erikson. Teori ini memberi penekanan terhadap hubungan sosial
kanak-kanak dengan masyarakat yang berada di persekitaran mereka. Erik Erikson
berpendapat bahawa personaliti sesorang terbentuk melalui satu siri peringkat. Kanak-kanak
yang berusia 7 hingga 12 tahun mampu menguasai kemahiran fizikal, sosial dan bahasa
seperti dinyatakan dalam peringkat yang keempat iaitu kecekapan lawan rasa rendah diri.
Dengan ini, bahan bacaan sastera amat diperlukan sebagai satu medium yang digunakan
untuk meningkatkan tahap kemahiran sosial mereka. Menurut F.J. Harvey Darton (1982),
beliau mendefinisikan buku kanak-kanak ialah karya untuk memberi mereka kesoronokan
dan memberikan informasi tanpa dipaksa. Dalam teori ini, kanak-kanak mempunyai
ketekunan yang amat tinggi dalam melakukan sesuatu yang berfaedah.

Dengan ini, buku yang mereka baca sama ada cerita rakyat, cerita binatang, buku
bergambar adalah bertujuan untuk mereka berseronok dan bukannya paksaan. Kanak-
kanak yang dapat menghayati dan memahami cerita tersebut harus diberikan pujian
sebaliknya kanak-kanak yang gagal perlu diberi semangat dan dorongan supaya perasaan
rendah diri dan tidak yakin tidak menyelubungi diri mereka. Kanak-kanak dapat dibentuk
sifat, emosi dan sikap melalui pendedahan awal kanak-kanak terhadap cerita rakyat yang
sarat dengan pengolahan nilai murni di dalamnya. Pendek kata, ciri bahan bacaan yang
perlu dalam setiap buku cerita kanak-kanak adalah berpositf dan penuh dengan pengajaran.

Dalam Teori Pemerolehan Bahasa, Noam Chomsky menyatakan bahawa manusia


mempunyai susunan saraf dan otak untuk belajar bahasa pada waktu tertentu dan dengan
cara tertentu (Sanstock, 2009). Ahli-ahli bahasa berpendapat dan bersetuju bahawa adanya
kebolehan luar biasa dalam cara kanak-kanak menyerap bahasa dan salah satunya dengan
bacaan sastera. Kanak-kanak akan mengalami pelbagai jenis emosi dengan bahasa yang
dipelajari dan pengalaman yang dilalui. Hal ini demikian kerana mereka memberikan reaksi
terhadap bahan bacaan yang dibacanya sama ada positif atau negatif. Berdasarkan kajian
yang dilaksanakan, kanak-kanak yang berusia 7 hingga 8 tahun berminat untuk membaca
buku-buku cerita besar bergambar seperti Tiga Ekor Beruang, Jejaka Biskut Halia, Jack
dengan Pokok Kacang Ajaib dan sebagainya. Perasaan ketawa, marah, ingin tahu, geram
ditunjukkan dengan jelas ketika mereka membaca buku tersebut. Sebenarnya gaya bahawa
yang terdapat dalam buku tersebut memainkan peranan yang penting dalam merangsang
emosi mereka iaitu unsur suspen, unsur marah, unsur sedih dan sebagainya. Gambar-
gambar yang terdapat dalam buku cerita juga menarik perhatian kanak-kanak untuk

3
membaca sampai habis. Dengan ini, kita dapati bahawa pemerolehan bahasa berlaku dalam
suasana belajar yang menarik, minat yang timbul dalam diri mereka dan bukan paksaan.

Memang tidak dinafikan bahawa perkembangan moral melibatkan perubahan dari


segi pemikiran dan tingkah laku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan. Ia melibatkan
pengaturan dalam seseorang individu dan pergaulan dengan individu lain di persekitaran
mereka. Dengan ini, kita dapat mengaitkan artikel ini dengan teori perkembangan moral
Kohlberg. Lawrence Kohlberg menyatakan bahawa individu menyelesaikan konflik dan
memberikan justifikasi terhadap tindakan penyelesaian yang diambil. Kanak-kanak mampu
memahami makna tersirat yang terdapat dalam cerita dan seterusnya dapat melahirkan
pelbagai emosi apabila mereka mencapai umur 11 hingga 12 tahun. Menurut Kohlberg, cara
individu memberikan justifikasi terhadap tindakan yang diambil yang akan menentukan
kematangan moral.

Penaakulan moral sememangnya berkait rapat dengan perkembangan emosi.


Dengan ini, kanak-kanak dapat meningkatkan tahap daya fikiran mereka melalui bacaan di
samping menambahkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa sekaligus melibatkan
perkembangan kognitif seseorang indivdu tersebut. Penaakulan moral adalah berkait rapat
dengan perkembangan kognitif. Namun kadangkala tahap pemikiran kognitif seseorang
tidak menjamin peningkatan dalam tahap tentang penaakulan moral. Dalam hal ini, kanak-
kanak perlu memilih bahan bacaan yang sesuai dengan tahap dan minda mereka iaitu buku
cerita yang dapat memberikan faedah dan merangsang perkembangan emosi mereka
dengan baik dan terkawal pada peringkat umur 7 hingga 12 tahun. Kohlberg menyatakan
bahawa kanak-kanak mempraktikan kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan dan pelbagai
jenis aspek moral yang lain walaupun dia tidak mengetahui erti maksud moral yang
sebenarnya. Dengan ini jelaslah bahawa bahan bacaan yang berunsurkan pengajaran dan
teladan terutamanya cerita rakyat mudah difahami dan diserap oleh kanak-kanak pada
peringkat umur 7 hingga 12 tahun dan ia juga dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Andrews, Scharff & Mosses (2002) menyatakan bahawa kanak-kanak lebih meminat bahan
bacaan yang bergambar warna-warni.

Kesimpulannya, keupayaan sastera amat penting dalam meninggalkan emosi kanak-


kanak. Semua pihak berperanan penting dalam membantu kanak-kanak dalam membentuk
perkembangan emosi kanak-kanak yang stabil. Teori-teori yang telah dinyatakan di atas
amat berkait rapat dengan perkembangan emosi kanak-kanak dan merupakan perkara yang
perlu diaplikasikan konsep-konsep tersebut dalam kehidupan mereka. Pendedahan awal
kanak-kanak terhadap sastera perlu dititikberatkan kerana pembentukan awal emosi kanak-
kanak penting untuk membentuk individu masyarakat dan negara.

4
4.0 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak amat penting dalam proses pengajaran


dan pembelajaran untu perancangan kurikulum dan mecipta teknik mengajar kepada semua
pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Guru boleh memahami perkembangan
konsep yang dicapai oleh kanak-kanak di pelbagai umur dengan menguasai pengetahuan
mengenai psikologi perkembangan. Hal ini dapat membantu guru merancang serta memilih
bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai untuk kanak-kanak pada
peringkat umur tertentu. Guru perlu mengetahui jenis minat yang akan berlaku pada kanak-
kanak di pelbagai peringkat umur untuk memberi dorongan agar penyertaan pelajar yang
proaktif dapat dijayakan di dalam bilik darjah. Guru boleh melaksanakan beberapa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan ialah aktiviti
main peranan. Aktiviti ini ialah aktiviti yang boleh memberi peluang kepada murid untuk
membayangkan diri sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi tertentu dan aktiviti ini
akan mendapatkan penglibatan aktif daripada pelajar pada pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Pelajar diberikan satu situasi atau sesuatu masalah dan pelajar
berpeluang untuk berbincang, berkomunikasi secara dua hala untuk memberi pandangan,
pendapat masing-masing berkenaan perkara yang dibincangkan. Setiap pelajar perlu
memainkan peranannya seperti yang telah diarahkan. Aktiviti main peranan ini dapat
memberi penekanan kepada kualiti dan mutu aksi yang ditunjukkan oleh setiap pelajar dan
kepekaan pelajar itu pada keperluan peranannya. Daripada itu, pelajar akan dapat
mengetahui emosi orang lain dengan melaksanakan aktiviti main peranan ini. Mereka akan
berasa prihatin dan memahami perasaan orang lain kerana mereka dapat berfikir dari
semua aspek di pelbagai situasi. Dengan ini, fikiran pelajar akan menjadi matang dan
mereka dapat mengawal perasaan dan emosi mereka dengan baik dalam pelbagai situasi.

Selain itu, aktiviti yang boleh diselitkan sewaktu pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas ialah aktiviti bermain. Mengikut Piaget (1962), kanak-kanak memerlukan aktiviti
bermain kerana main memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan idea,
perasaan dan emosi. Main juga dapat membantu kanak-kanak dalam pembentukan jati diri,
ketrampilan diri, pemupukan nilai murni seperti motivasi intrisik, penglibatan, ketahanan,
kemahiran interpersonal, keyakinan diri dan berani bertindak. Menurut Almy (1984, Fagen),
kanak-kanak bermain dengan diarah diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan
bermain dan mereka bebas dari segala peraturan apabila mereka bermain. Contoh
permainan yang boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah ialah teka-teki, teka silang kata,

5
kad-kad bergambar, catur dan sebagainya. Secara umum, bermain boleh membantu kanak-
kanak dalam perkembangan sosioemosi.

Dalam pada itu, kanak-kanak diberikan peluang untuk belajar berinteraksi dengan
orang lain secara positif, mengajak kanak-kanak keluar daripada pola egosentrik,
mengambil pandangan rakan, menghormati hak orang lain, bersabar dan bertolak ansur
semasa mereka bermain. Mereka dapat belajar untuk menangguh kehendak semerta diri
untuk mencapai matlamat jangka panjang. Pembinaan konsep kendiri yang positif,
keyakinan diri dan kestabilan emosi dapat diaplikasikan dalam kalangan kanak-kanak
melalui aktiviti bermain. Sebagai contoh, guru boleh melakukan aktiviti lakonan seperti
menyuruh kanak-kanak berpura-pura menjadi doktor dan pesakit atau menaiki bus olok-olok
memberi latihan kepada kanak-kanak untuk menguasai pengetahuan dari persekitaran serta
membantu perkembangan kemahiran bersosialisasi. Permainan imaginatif seperti ini
memberi latihan kepada kanak-kanak mengenali alam dewasa di samping melatih mereka
belajar bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan.

Kesimpulannya, begitu pentingnya peranan guru pada masa kini untuk memikirkan
lebih banyak aktiviti yang boleh membantu dalam perkembangan emosi kanak-kanak. Guru
harus bersifat kreatif dan inovatif kerana kanak-kanak tertarik dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah supaya guru dapat mengetahui perkembangan emosi kanak-kanak.
Dengan ini, guru dapat melahirkan kanak-kanak yang stabil dalam perkembangan kanak-
kanak.

6
Rujukan

Mok Soon Sang. (2011). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor: Penerbit Multimedia SDN
BHD.

Ismail Hamid. (1987). Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur:


Longman.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2002). Psikologi Kanak-kanak & Remaja. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mahmood Nazar Mohamed. (2001). Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas Kepada
Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Scarlett, W.G, Naudeau, S.c., Salonius-Pastemak, D. & Ponte, C. P. (2005). Children's play.

Thousand Oaks, CA: SAGE Publications.

Rohani Abdullah (2001). Perkembangan kanak-kanak: penilaian secara portfolio. Serdang:

Universiti Putra Malaysia.

7
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai