Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Isi

Situasi 1
Klien: Saya berasakan seperti seseorang memerhati saya ketika saya berjalan seorang diri…
membuatkan saya berfikir bukan bukan.
Kaunselor: Jadi, awak merasa gelisah dan tak tenang ketika berjalan seorang diri?

Situasi 2
Klien: Saya malu berhadapan di khalayak ramai kerana tubuh badan yang besar dan rupa saya
yang buruk ini…saya tidak boleh berhadapan di depan ramai orang.
Kaunselor: Bermakna anda tidak yakin berhadapan dengan ramai orang kerana rupa paras
anda?

Situasi 3
Klien: Masa saya banyak dihabiskan dengan kerjaya saya sehinggakan saya tak berpeluang
meluangkan masa bersama keluarga saya.
Kaunselor: Jadi anda merasakan kerjaya anda membuatkan anda tiada masa untuk keluarga?
Refleksi Perasaan

Situasi 1
Klien: Saya dah cuba sedaya upaya saya untuk mengulangkaji pelajaran dengan sebaik
mungkin dan mengikuti tips tips yang diberikan oleh penceramah untuk dapatkan keputusan
peperiksaan yang cemerlang tapi masih sahaja gagal….saya rasakan semua sia sia dan mahu
menangis sekuat hati kerana saya sudah penat.
Kaunselor: Anda merasa sangat marah dan putus asa kerana usaha yang anda lakukan tidak
membuahkan hasil yang cemerlang. Begitu?

Situasi 2
Klien: apabila saya berada di khalayak ramai…saya menjadi risau seperti mahu tercabut
jantung saya walaupun kawan-kawan saya bersama saya ketika itu.
Kaunselor: Walaupun anda tidak berseorangan, anda tetap gelisah ketika anda berhadapan
dengan ramai orang.

Situasi 3
Klien: Saya tidak mempunyai ramai kawan di tempat kerja…saya merasa segan kerana saya
memiliki tubuh badan yang gempal dan rupa yang buruk.
Kaunselor: Jadi, anda malu dengan rupa paras anda yang menjadi penyebab anda tidak
mempunyai rakan-rakan.
Refleksi Pengalaman

Situasi 1
Klien: Baru-baru ini saya ada beli kereta baru dan pulang ke kampong halaman dengan
menaiki kereta baru itu..saudara mara saya datang lihat kereta baru saya tapi mereka kata
saya tunjuk lagaklah sombonglah.
Kaunselor: Anda dituduh berlagak dan sombong kerana kereta baru anda oleh saudara mara
anda.

Situasi 2
Klien: Saya ni bukan sengaja nak marah dia tetapi kalau dah hal peribadi saya nak dikutuk-
kutuk tanpa usul periksa,.. saya memang tak boleh sabar dah.
Kaunselor: Anda sangat marah bila ada orang yang camur tangan dalam hal peribadi anda.

Situasi 3
Klien: Sejak kejadian tu kawan-kawan saya mula pulaukan saya..tdak bertegur langsung
apatah pula nak bercakap lagilah tidak..saya sangat sedih.
Kaunselor: Anda berasa sangat sedih kerana apabila kawan-kawan anda menyisihkan anda
dan tidak bertegur sapa.

Anda mungkin juga menyukai