Anda di halaman 1dari 8

TAHAP 1 : PERMULAAN SESI RAPO (BINA HUBUNGAN) / STRUKTUR KEMAHIRAN Soalan terbuka Maklumat, parafrasa Soalan tertutup Parafrasa,

, refleksi perasaan. Kebenaran termaklum PERBUALAN KAUNSELOR DAN KLIEN Kaunselor : Assalamualaikum Siti. Apa khabar kamu hari ini? Klien : Waalaikumsalam. Sihat hari ini, Encik Mahazi pula bagaimana pula? Kaunselor : Baik, sihat sahaja. Gembira bertemu dengan Siti semula. Saya mendapati dalam data kamu, kamu amat aktif bermain badminton. Klien : Oh, saya memang meminati sukan badminton. Itu yang menyebabkan saya aktif dalam sukan tersebut. Kaunselor : Adakah sukan badminton ini memberi kepuasan kepada diri anda? Klien : Ya...... Kaunselor : Saya juga melihat kamu sering menyertai pertandingan badminton dan sering menggondol hadiah. Mesti kamu rasa seronok apabila berjaya dalam pertandingan badminton kan? Klien : Ya. Saya rasa sangat seronok. Kaunselor : Sebelum kita memulakan sesi kaunseling, ingin saya memaklum kepada kamu bahawa apa yang kita perbincangkan pada hari ini adalah sulit dan rahsia. Perbincangan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak kecuali apa yang kamu sampaikan kepada saya ini mungkin akan membahayakan diri kamu, diri saya atau pun diri orang lain. Kerahsiaan ini juga boleh dipecahkan sekiranya kamu apa yang kamu sampaikan pada hari ini mungkin berkaitan penderaan kanakkanak atau warga tua, jenayah, diarahkan oleh mahkamah atau perbincangan dengan pakar profesional lain bagi tujuan perundingan. Adakah kamu setuju dengan syarat kerahsian ini? Jika kamu setuju, kamu boleh menandatangi borang persetujuan mengikuti kaunseling ini. Klien : Saya setuju. Kaunselor : Saya melihat ada perkara penting yang ingin kamu bincangkan. Kita ada 1 jam dalam pertemuan ini dan kemudian kita boleh merancang tindakan bersama. Hari ini saya ingin mengetahui dengan mendalam mengenai kamu dan saya cuba untuk fokus kepada mendengar kembimbangan yang kamu sedang KOMEN PROSES Kaunselor mengalualukan kehadiran klien.

Memberi maklumat

alami. Dalam masa yang sama, dari fail kamu, saya mendapati isu kamu adalah berkaitan dengan isu wanita. Ternyata saya adalah lelaki dan kadangkala perempuan tidak semestinya selesa berbincang dengan lelaki tentang sesuatu perkara. Saya rasa ia amat penting untuk dimaklumkan kepada kamu supaya rasa lebih selesa dan lebih terbuka sekiranya saya melihat kemungkinan salah faham mengenai sesuatu. Klien : Saya rasa selesa dengan Encik Mahazi sebenarnya. Saya merasakan bahawa Encik Mahazi boleh menolong saya dengan kepakaran kaunseling yang ada. TAHAP 2 : PENGUMPULAN DATA MERUNGKAI CERITA, KEBIMBANGAN, MASALAH ATAU ISU KEMAHIRAN Soalan terbuka PERBUALAN KAUNSELOR DAN KLIEN Kaunselor : Boleh kamu beritahu saya apa yang kamu ingin kongsikan dengan saya pada hari ini? Klien : saya ada masalah dengan kawan rapat.tapi sekarang ni bergaduh. perkara kecil dibesar-besarkan.tadi saya dengar kawan lain kata yang kawan saya itu menyalahkan diri saya atas apa yang berlaku. padahal saya rasa bukannya salah saya. sekarang saya rasa terpinggir di dalam kelas. semua orang mahu jaga hati kawan saya itu. saya rasa tiada orang pedulikan saya di dalam kelas. Kaunselor : mmmm......kamu kata tadi kamu dipulaukan... Klien : kiranya macam itulah. sebab semua orang awal pagi mahu tegur dia, saya tidak ditegur. tapi masa saya kawan dia dulu, semua orang akan tegur saya juga. Kaunselor : Tadi kamu ada sebut orang salahkan kamu, kamu dipulaukan oleh semua orang. saya ingin tahu berapa orang yang pulaukan kamu dan berapa orang pula yang tidak pulaukan kamu? Klien : er.....Cuma saya dipulaukan oleh kawan saya dan kumpulannya. taklah ramai, Cuma dua tiga orang saja. orang lain masih lagi berkawan dengan saya. Kaunselor : mmmm......maksudnya bukan semua orang pulaukan kamu kan? Klien : ya.... Kaunselor : maksudnya di sini kamu ada masalah perhubungan kan. boleh tak saya KOMEN PROSES

Refleksi makna Refleksi isi

Soalan tertutup Parafrasa,

soalan terbuka

Soalan terbuka

Rumusan kecil

Refleksi makna Soalan terbuka

tahu bagai mana perkara ini boleh berlaku sebenarnya? Klien : perkara kecil saja sebenarnya. Cuma sifatnya yang semua orang boleh mendengar cakapnya. apa dia cakap saya ikut, apa dia suruh saya ikut. jadi hari itu saya ada pinjam bukunya. lepas tu saya ada conteng-conteng sikit. dia suruh saya padam, saya padam. sekali hari itu di kelas, dia main-main, dia conteng buku saya. saya Cuma cakap minta dia padam balik apa yang dia conteng tu. dia kata tak mahu padam. dia conteng-conteng lagi. lepas tu saya kecil hati lah. akhirnya saya sendiri yang kena padam. tak lama tu baru dia minta buku tu untuk dipadam. tapi saya sudah padam. yang tak sedapnya dia kata pada saya pandai pulak kau padam sendiri. tu yang saya rasa kecil hati. lepas itu dia marah-marah saya lagi dan tak mahu layan saya lagi. Kaunselor : tadi kamu ada cakap sifatnya. boleh tak terangkan dengan lebih lanjut macam mana sifatnya itu? Klien : dia ni suka cakap lepas.ikut cakap dia sahaja. dia tak jaga hati orang. saya dah cakap dengan dia, tak baik cakap macam begitu. Kaunselor : mmm.....yang saya nampak di sini perkara kecil sudah menjadi perkara besar. kamu mengatakan kawan kamu ini mempunyai tarikan kepada orang lain.kamu melihat diri kamu tidak disukai oleh orang lain dan kamu dipinggirkan. Klien : ya..... Kaunselor : ada tak orang lain yang mempercayai dan tidak meminggirkan kamu? Klien : ada juga kawan-kawan yang masih mempercayai saya dan tidak meminggirkan saya. mereka bagi semangat, suruh saya bersabar dan tabah. Kaunselor : maksudnya masih ada kawan yang mempercayai kamu kan. Klien : ya..... Kaunselor : bila kamu ceritakan masalah ini, saya melihat hubungan kamu sebelum ini dengan dia terlalu rapat. Klien : ya... Kaunselor : tadi kamu setuju hubungan kamu memang rapat. serapat mana hubungan kamu itu? Klien : rapat....kiranya di mana dia ada, di situ saya ada. kami banyak berkongsi

Soalan tertutup Refleksi perasaan

Refleksi makna

konfrantasi

Refleksi isi Rumusan kecil

benda dan sebagainya. kami banyak berkongsi masalah. kiranya kalau dia ada masalah, saya akan mendengar masalah. saya bagi nasihat. tapi kalau saya yang ada masalah, dia macam tak mau dengar masalah saya. tu yang menyebabkan saya sakit hati dengan dia. dia bukan pendengar yang baik. Kaunselor : tadi mau ada sebut dia bukan pendengar yang baik. maksudnya apa yang kamu cerita dia buat-buat tak dengar. Klien : ya... Kaunselor : ini membuatkan kamu rasa marah dan sakit hati timbul dalam diri kamu. Klien : ya...sebab kita ada masalah kan. kalau dia ada masalah saya dengarlah. kalau dia rasa lega dan selesa, baru saya beri nasihat dengan dia. tapi kalau saya, dia langsung tidak mahu dengar. dia rasa macam sudah bosan. Kaunselor : nampaknya di sini, kamu memberi pada dia dan kamu mengharapkan dia memberi benda yang sama kepada kamu. Klien : ya. kalau boleh biarlah begitu. sebab, kita hormat dia, dia kena lah hormat kita juga. kalau boleh lah. Kaunselor : itu kamu kata kalau boleh. kalau tak boleh macam mana? Klien : tak tau lah macam mana. Kaunselor : tapi melihat dari reaksi kamu, kamu tidak marah kepada dia sebenarnya. Cuma kamu tak suka dengan apa yang dia buat. Klien : sebenarnya, saya mahu juga minta maaf dengan dia. tapi saya berat hati mahu minta maaf dengan dia. sebab saya rasa macam banyak kali saya berlembut dan baik hati dengan dia. Kaunselor : persoalannya, kenapa kamu mahu minta maaf? Klien : sebab saya rasa macam tiada kawan. Kaunselor : maksudnya kamu terpaksa minta maaf pada seseorang sebab kamu tiada kawan. Klien : ya..... Kaunselor : Daripada cerita kamu tadi bolehlah saya rumuskan bahawa kamu mempunyai masalah perhubungan dengan seorang rakan di mana kamu menghormati dia tetapi dia tidak menghormati kamu. kamu mahu apa yang kamu

buat dengan dia akan dapat balasan yang sama kan. dan kamu juga ada keinginan untuk meminta maaf pada dia dan memafkan dia walaupun kamu berat hati untuk memafkan dia serta dapat memperbaiki hubungan antara kamu dengan dia Klien : ya. TAHAP 3 : PENETAPAN MATLAMAT KEMAHIRAN Soalan terbuka PERBUALAN KAUNSELOR DAN KLIEN Kaunselor : apa yang kamu mahu sebenarnya dalam sesi ini? Klien : saya kalau boleh mahu berbaik semula dengan kawan saya itu. saya mahu perhubungan saya dengan dia berjalan dengan baik semula. tidak mahu ada pergaduhan dan perselisihan faham lagi. saya juga mahu kembali rapat. saya rasa sedih bila jadi macam ini. Kaunselor : maksudnya kamu mahu perhubungan ini menjadi jernih semula kan Klien : ya..... Kaunselor : Adalah amat penting bagi kamu perhubungan ini seperti dulu kan. gembira dan bahagia Klien : ya.... Kaunselor : oleh yang demikian, apakah matlamat yang ingin kamu capai sekarang? Klien : saya ingin berbaik-baik semula dengan dia. mungkin saya akan minta maaf dengan dia. Kaunselor : adakah dengan meminta maaf itu dia akan menyelesaikan semua masalah yang dihadapi? Klien : tak lah juga. tapi sekurang-kurangnya kami tak bermusuhkan seperti sekarang ini. tak bergaduh dan tak bermasam muka. Kaunselor : maksudnya sekarang kamu bersungguh-sungguh untuk meminta maaf. Klien : ya. saya harap dengan meminta maaf suasana kembali biasa seperti sediakala. KOMEN PROSES

Soalan tertutup

Soalan terbuka Soalan terbuka

TAHAP 4 : PELAKSANAAN MENEROKA ALTERNATIF, KONFRANTASI TERHADAP KEJANGGALAN DAN KONFLIK KEMAHIRAN Soalan terbuka Soalan terbuka PERBUALAN KAUNSELOR DAN KLIEN Kaunselor : kamu kata mahu minta maaf. ini dalam bentuk perbuatan. apakah perbuatan yang sesuai dengan minta maaf? Klien : maaf dan salam.... Kaunselor : ada tak jalan atau cara lain yang kamu senang buat dan kamu rasa puas hati bila kamu buat? Klien : saya mahu macam dulu lah. jalan sama-sama, ke mana pun sama-sama. apa kami buat sama-sama Kaunselor : baiklah. kamu mahu semua nak sama-sama. oleh yang demikian, apakah perkara yang perlu dilakukan untuk ke arah bersama-sama itu? Klien : saya mula menegur dia. Kaunselor : ada cara lain lagi yang kamu rasa mampu buat selain 2 perkara yang kamu sebutkan tadi? Klien : tiada lagi.... Kaunselor : baiklah....antara 2 cara itu, yang mana kamu rasa kamu buat dahulu? Klien : saya rasa saya perlu menegur dia dulu. tapi saya perlukan keberanian dan kekuatan. sebab ini adalah sukar untuk saya lakukan. Kaunselor : keberanian dan kekuatan yang macam mana yang kamu perlukan? Klien : keberanian untuk berhadapan dengan dia. untuk memulakan perbualan. sebab saya risau dia tidak akan melayan saya. Kaunselor : oh...maksudnya kamu takut dia akan tidak mengendahkan kamu apabila kamu menegur dia. Klien : ya..... Kaunselor : Tapi kamu belum cuba lagikan, sudah terbayang apa yang akan berlaku. Klien : tidak juga lah, tapi saya risau dia tidak menerima saya. Kaunselor : ada kemungkinan. tapi sekurang-kurangnya kamu mencuba dan berusaha untuk memperbaiki perhubungan ini. lebih baik mencuba dari tidak buat apa-apa langsung. KOMEN PROSES

Parafrasa, soalan terbuka

Soalan terbuka Soalan terbuka Refleksi isi parfrasa Konfrantasi

Soalan terbuka Mentafsir makna,

Rumusan kecil

Klien : ya...saya setuju dengan itu. Klien : tapi bagaimana kalau betul-betul dia tidak menerima teguran saya? saya mungkin akan rasa malu. Kaunselor : adakah kamu rasa jika perkara itu positif dan baik tapi tak diterima menyebabkan kamu malu? Klien : tidak lah juga. sekurang-kurangnya saya telah mencuba dan melaluinya. Kaunselor: ya betul begitu. sekurang-kurangnya kamu merasai hasil percubaan kamu itu. kalau ia memberi kesan positif anggap ia satu kekuatan kamu. tetapi kalau kamu menerima kesan negatif anggap ia satu pengalaman yang berharga dalam hidup kamu Klien : ya...saya setuju dengan itu. Kaunselor: Baiklah. sekarang ini kita sudah jumpa jalan atau cara yang kamu rasa sesuai untuk kamu lakukan. perkara tersebut ialah cuba mula menegur kawan kamu tadi. mungkin jika kamu mendapat maklumbalas yang positif ini akan membantu kamu untuk menjernihkan dan memperbaiki hubungan kamu ini. klien : ya. saya akan cuba alternatif yang telah saya persetujui untuk saya buat.

TAHAP 5 : PENAMATAN KEMAHIRAN Pengluahan kendiri, soalan terbuka Refleksi isi, soalan terbuka PERBUALAN KAUNSELOR DAN KLIEN Kaunselor : saya rasa alternetif yang akan kamu cuba lakukan itu amat berguna untuk permulaan yang baik dalam hubungan kamu dengan kawan kamu itu. adakah ia akan benarbenar membantu kamu? Klien : saya rasa ia akan membantu saya. bukan mudah untuk melakukannya kerana saya terpaksa berdepan kemungkinan yang saya tidak suka seperti tidak diterima. Kaunselor : tapi sekurang-kurangnya kamu berusaha untuk membuat kebaikan dan ia berguna buat kamu. tidak kamu melihat ia sebagai satu tanggungjawab buat kamu? Klien : ya. saya melihat ia sebagai satu tanggungjawab yang perlu saya pikul. sebab tidak rugi juga kalau saya memulakan teguran. bukan rugi apa-apa pun. mungkin saya akan rasa lega selepas menegur dia dan sekurang-kurangnya saya tidak lagi rasa bersalah pada diri saya. KOMEN PROSES

Pengluahan kendiri

Refleksi pengalaman Refleksi perasaan Soalan terbuka

Rumusan besar

Pendedahan kendiri

Kaunselor : kamu adalah orang yang mempunyai kekuatan dan keberanian. saya yakin dengan kemampuan diri kamu untuk melakukannya. bilakah agaknya kamu akan melakukannya? Klien : terima kasih. mungkin saya akan cuba melakukannya pada esok hari. tapi yang pastinya perkara ini mesti selesai dalam minggu ini juga. Kaunselor : baiklah. ini adalah sesuatu yang baik buat kamu. secara keseluruhannya apa yang kamu dapat dari sesi kaunseling ini? Klien : saya rasa berterima kasih kepada kaunselor kerana membuka jalan untuk saya. jujur saya katakan saya rasa lega sekarang Kaunselor : ooo....nampaknya kamu sudah ada kelegaan ya Klien : ya Kaunselor : ada kamu belajar sesuatu dari sesi kita ini? Klien : ada. saya belajar menjadi berani untuk berhadapan dengan sesuatu, yakin dengan kebolehan diri sendiri, jangan terlalu mengharap dengan orang lain dan berfikiran positif. fikirkan dahulu tentang diri sendiri dan beri keutamaan pada diri sendiri. Kaunselor : kalau dirumuskan sepanjang sesi ini, kamu telah mempelajari sesuatu. mungkin pada awal sesi kamu tidak tahu apa yang mahu dilakukan. tapi pada peringkat penerokaan, baru kamu boleh melihat apa masalah yang sebenarnya berlaku, kamu tahu matlamat utama yang kamu ingin fokuskan. dan akhirnya baru kamu dapat jalan yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. Klien : ya. saya setuju tentang itu. Kaunselor : oleh yang demikian, saya akan tamatkan sesi kaunseling kita di sini. saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada siti kerana membuka diri kamu untuk dibantu dan memberi peluang kepada saya untuk membantu kamu. assalamualaikum. Klien : waalaikumsalam

Anda mungkin juga menyukai