Anda di halaman 1dari 24

SARJANA PENDIDIKAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KKH60203
PRAKTIKUM KAUNSELING

TUGASAN INDIVIDU :

KONSEPTUALISASI KES MENGGUNAKAN MODEL 8P

DISEDIAKAN OLEH :
MAHFUZAH BT MAHMUD [M20202001257]

PENSYARAH:
DR NORAZANI BINTI AHMAD
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

ISI KANDUNGAN

1.0 DEMOGRAFI KLIEN


1.1 Profil Klien
1.2 Sejarah keluarga
1.3 Peristiwa yang signifikan
1.4 Perkembangan Fizikal
1.5 Perkembangan Seksual
1.6 Perkembangan Kognitif
1.7 Perkembangan Sosial
1.8 Status Mental terkini
1.9 Skor ujian Psikologi
2.0 ISU YANG DIKONGSIKAN OLEH KLIEN
3.0 DIAGNOSIS PADA SESI KEMASUKAN
4.0 MATLAMAT KLIEN
5.0 KEKUATAN KLIEN
6.0 RAWATAN LEPAS YANG DITERIMA
7.0 KONSEPTUALISASI KES
8.0 PERANCANGAN INTERVENSI
9.0 APLIKASI TEORI
10.0 RUMUSAN SETIAP SESI
11.0 HASIL UJIAN PENILAIAN SETIAP SESI
12.0 PERTIMBANGAN ASPEK PELBAGAI BUDAYA
13.0 PENAMATAN
14.0 REFLEKSI SESI
15.0 RUMUSAN

LAMPIRAN

KAJIAN KES| 1
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

1.0 DEMOGRAFI KLIEN

1.1 Profil Klien

Klien adalah seorang pelajar perempuan Tingkatan Enam Semester 3 berusia


20 tahun dan akan menduduki peperiksaan STPM Kohort 2022 pada bulan
Mac dan April nanti. Klien merupakan pelajar aliran Ekonomi Sejarah dan
juga seorang pelajar yang sangat berpotensi untuk berjaya dengan cemerlang
kerana latar belakang pencapaian akademiknya sangat memberangsangkan
sejak di sekolah menengah lagi. Klien tinggal di sebuah taman perumahan di
tengah bandar Alor Setar bersama ibu dan 2 orang adik perempuannya. Klien
adalah anak sulung daripada 3 orang adik beradik.

1.2 Sejarah keluarga

Ibu bapanya berkonflik dan sering bergaduh sejak klien kecil. Klien sejak kecil
sering menyaksikan pergaduan dan ibunya dipukul oleh ayahnya apabila
berlaku pergaduhan. Ibunya sudah bercerai dengan ayah kandungnya sejak
klien di tahun 5 sekolah rendah. Kini ibunya sudah berkahwin lain dan
menjadi isteri kedua kepada ayah tirinya. Ayah tirinya adalah rakan sekerja
ibunya di sebuah bank di bandar Alor setar. Ayah tirinya tidak tinggal bersama
dan hanya balik ke rumah seminggu sekali sahaja. Tindakan ibunya berhenti
kerja sebagai Pegawai Bank yang berkedudukan mula mencetuskan masalah
kewangan yang teruk kepada keluarganya sehingga lah ke hari ini.

Berasal daripada latarbelakang ekonomi keluarga yang baik namun berubah


drastik apabila ibu berhenti kerja sebagai pegawai bank kerana ingin berniaga
bersama suami barunya. Tindakan ini menjadi sebahagian isu utama konflik
yang timbul dalam keluarga klien melibatkan seluruh ahli keluarga ibunya
termasuk nenek dan adik beradik. Bapa tiri klien mempengaruhi tindakan
ibunya untuk berhenti kerja dan menimbulkan konflik ibu dengan anak-anak.

KAJIAN KES| 2
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

1.3 Peristiwa yang signifikan

Menyaksikan pergaduhan ibu bapanya sejak kecil malahan sering melihat


ibunya dipukul oleh ayahnya. Akhirnya ibu bapanya bercerai. Kehidupan agak
tenang seketika. Konflik kembali muncul apabila ibunya berkahwin lain,
menjadi isteri kedua dan tidak lama selepas itu mengambil keputusan berhenti
kerja untuk berniaga bersama ayah tirinya yang juga berhenti kerja. Tanpa
sebarang ilmu pengetahuan dan kemahiran berniaga, perniagaan akhirnya
tersadai dank lien sekeluarga mula hidup susah. Apa yang lebih menyakitkan
klien adalah ayah tirinya langsung tidak peduli dan hanya balik seminggu
sekali menjenguk ibunya. Masanya hanya dihabiskan di sebelah keluarga isteri
pertamanya. Tekanan hidup membuatkan ibunya menjadi seorang yang
pemarah dan di istilahkan oleh klien ibunya menjadi ‘mood swing’ dan klien
sering menjadi mangsa untuk ibunya melepaskan kemarahan. Adakalanya,
perkara-perkara kecil akan membuatkan ibunya marah-marah.

1.4 Perkembangan Fizikal

Klien melalui pertumbuhan dan perkembangan normal dari sudut fizikal.


Malahan klien mempunyai rupa paras yang sangat cantik dan mempunyai
penampilan fizikal yang menawan. Walaupun berpakaian sederhana namun
klien mempunyai tarikan tersendiri.

1.5 Perkembangan Seksual

Klien mempunyai orientasi seksual normal seperti anak gadis lain tetapi
menjadi anti lelaki atau Hilang kepercayaan dan keyakinan kepada lelaki
kerana sejarah keluarga yang dilaluinya di mana ayah kandungnya seorang
kaki pukul dan mengabaikan keluarga. Ayah tirinya pula tidak pernah
bertanggungjawab terhadap keluarga terutamanya kepada isteri sendiri
malahan menjadikan keluarga porak peranda. Pengalaman ini membuatkan
klien enggan rapat atau berkawan dengan lelaki malahan tidak mahu
berkahwin.

KAJIAN KES| 3
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

1.6 Perkembangan Kognitif

Klien dilihat mempunyai perkembangan dan kematangan kognitif yang baik.


Walaupun melalui cabran kehidupan sejak kecil namun klien mampu untuk
membuat satu perancagan kehidupan yang berfokuskan kepada kebajikan ibu
dan jug adik-adiknya. Klien ingin melupakan semua kemarahan, kesedihan
dan kekecewaan dengan memperbaiki kehidupannya menjadi lebih baik,
menjadi eorang manusia yang baik juga menjadi seorang anak yang berbakti
kepada ibu dan keluarga.

1.7 Perkembangan Sosial

Perkembangan sosial klien agak terganggu. Pengalaman kehidupannya


menjadikan klien takut untuk bersosial dengan rakan-rakan seusianya malahan
juga dengan jiran tetangga. Pengalaman klien ‘tersalah pilih kawan’ ketika di
tingkatan 3 sehingga menyebabkan dikenakan hukuman gantung sekolah dan
menjadi mangsa sindiran dan hinaan warga sekolah sehingga ke tingkatan 5
menjadikan klien takut untuk berkawan. Klien lebih suka menyendiri dan
menghabiskan masanya dengan membaca buku-buka agama. Pengalaman 2
lelaki yang tidak bertanggungjawab dalam keluarganya menyebabkan klien
juga enggan rapat dan berkawan dengan pelajar-pelajar lelaki lain malahan
menyatakan keengganannya untuk berkahwin terutamanya dengan lelaki
melayu.

1.8 Status Mental terkini

Klien kelihatan bersedih dan bermuram. Klien menyatakan bahawa selera


makan dan juga tidurnya terganggu dalam 2 tahun ini. Pelbagai perkara
difikirkan dank lien tidak mampu memikirkan penyelesaian kepada masalah
kehidupannya. Klien hanya akan makan apabila lapar dalam kuantiti yang
sedikit sehinggakan klien turun berat badan dengan banyak sejak berada di
tingkatan enam ini. Klien juga hanya tidur setengah jam hingga sejam sahaja 1

KAJIAN KES| 4
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

hari. Fikirannya sering runsing dan sering rasa takut untuk menghadapi masa
hadapan.

1.9 Skor ujian Psikologi

Klien dijemput untuk menghadiri sesi kaunseling disebabkan Skor saringan


Minda Sihat yang merah dan ditandakan sebagai memerlukan intervensi
khusus dengan Skor 19/27 untuk PHQ9 dan 13/21 untuk GAD7. Klien
mengambil masa hampir sebulah daripada tarikh dipanggil untuk menghadiri
sesi kaunseling. Hadirnya klien ke bilik kaunseling dengan ditemani sahabat
baik iaitu rakan sekelasnya setelah dipujuk oleh seorang rakan sekelas yang
lain yang telah menghadiri sesi kaunseling atas sebab yang sama.

2.0 ISU YANG DIKONGSIKAN OLEH KLIEN

Keseluruhan penerokaan mendapati bahawa konflik antara ibu dan bapa kandung
klien sehingga membawa kepada penceraian memberikan implikasi kepada semua
aspek kehidupan klien termasuklah aspek pemikiran, tingkahlaku dan juga emosi.
Selain konflik ibu bapanya, perkahwinan semula ibunya serta tindakan ibunya
berhenti kerja turut menambahkan masalah yang dihadapi dalam keluarganya. Klien
menceritakan semua pengalaman buruk dalam keluarganya dengan jelas
1. Konflik ibu bapa kandunganya sehingga menyebabkan penceraian. Sejak di
tadika sering menyaksikan pertengkaran ibu bapa dan melihat ibu dipukul oleh
ayah kandungnya. Merasa sedih dan takut malahan hilang kepercayaan kepada
lelaki.
2. Perkahwinan kedua ibu dengan rakan sekerjanya pada usia klien 14 tahun. Baru
beberapa bulan berkahwin ayah tirinya mengajak ibunya sama-sama berhentu
kerja untuk menjalankan perniagaan sendiri. Namun perniagaan yang
dirancangkan gagal kerana tiada pengetahuan dan kemahiran dalam perniagaan.
Bapa tirinya tinggalkan ibu nya begitu sahaja untuk survival dalam kehidupan
bersama anak-anaknya. Bapa tirinya hanya pulang menjenguk seminggu sekali
tanpa nafkah kewangan untuk keluarganya. Ibunya terpaksa melakukan pelbagai

KAJIAN KES| 5
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

usaha berniaga kecil-kecilan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.


Nenek yang tinggal berhampiran sering memarahi ibunya kerana tindakan itu.
Klien merasa sedih dan kecewa dengan manusia yang bergelar lelaki.
3. Ibunya yang tertekan dengan pelbagai masalah kehidupan sering marah-marah
dan dilabelkan sebagai mempunyai ‘mood swing’ oleh klien. Rasa sayang dan
juga kasihan klien kepada ibunya, klien mengambil langkah untuk mengelakkan
dari bercakap dengan ibunya sejak dahulu lagi kerana bimbang percakapannya
akan menimbulkan kemarahan ibunya. Klien akan melakukan semua yang
disuruh teramsuklah melakukan semua kerja rumah tanpa sebarang kata.
4. Adik perempuan keduanya merupakan seorang yang kuat memberontak dan
suka melawan. Adik keduanya ini sangat rapat dan menjadi ‘geng’ dengan
neneknya. Adiknya tidak pernah membantunya untuk menguruskan rumah dan
adik bongsunya. Sikap kuat melawan adiknya menyebabkan klien lebih suka
menyiapkan semua kerja rumah sendiri bagi mengelakkan pertengkaran dan
menaikkan kemarahan ibunya.
5. Pada usia klien 15 tahun, klien terlibat dengan ‘geng’ di sekolah dan asramanya.
Geng ini telah terlibat dengan satu kes disiplin yang serius yang hampir
melibatkan kematian rakan yang lain. Selepas menjani hukuman gantung
sekolah, klien dan rakan-rakan yang terlibat dirujuk kepada kaunselor. Namun
klien merasa sedih dan kecewa kerana kaunselor itu sentiasa menyindirnya dan
situasi itu berlangsung selama 2 tahun sehinggalah klien berada di tingkatan 5
dan menduduki SPMnya. Diebabkan situasi insiden ini, klien lebih suka
menyendiri dan mengelakkan diri daripada rapat dengan rakan-rakan samada di
sekolah mahupun di asrama. Klien bimbang tersalah pilih kawan buat kali ke
dua. Klien juga enggan rapat dengan mana-mana guru kerana rasa malu sering
disindir kerana peristiwa semasa dia di tingkatan 3 dahulu.
6. Klien selesa dengan dunianya sendiri dan hanya fokus kepada pembelajarannya.
Sehinggalah klien menyambung pelajaran di Tingkatan Enam, di semester 2
iaitu ketika usianya genap 20 tahun klien mula kembali rasa tertekan kerana
perancangan hidupnya. Klien mempunyai satu set perancangan kehidupan iaitu
i. Sehingga umur 20 tahun – mesti tamatkan belajar
ii. 20 hingga 30 tahun – mendekatkan diri dengan Allah dan agama

KAJIAN KES| 6
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

iii. 30 hingga 40 tahun – bekerja untuk meringankan bebanan ibunya dan


menyara adik-adiknya
iv. 40 tahun adalah usia untuk mati.

Justeru klien mula gelisah kerana pada usia ini dia masih belum tamatkan
pengajiannya untuk mencari kerja bagi membantu meringankan bebanan ibunya.
Klien mula abaikan buku dan tugasan pelajarannya dan fokus kepada buku-buku
agama dan serta mendaftarkan dirinya ke kelas mengaji. Akibatnya pencapaian
semester 2 nya telah merosot. Klien rasa tertekan kerana takut ini akan
menimbulkan kemarahan ibunya. Klien mula tidak berselera makan dan
tidurnya juga terganggu. Klien menggunakan masanya untuk menyiapkan semua
kerja- kerja rumah dan hanya membaca buku-buku agama. Klien hanya tidur
selama setengah jam atau sejam sahaja sehari. Klien juga tidak mampu untuk
fokus kepada pelajarannya bagi menghabiskan pengajiannya di semester 3.

7. Klien hanya berkawan dengan 3 orang pelajar sekelasnya. Klien tidak berani
untuk berkawan rapat dengan semua rakan sekelasnya kerana takut peristiwa di
tingkatan 3 berulang lagi. Klien juga tidak pernah bercakap dengan mana-mana
pelajar lelaki apatah lagi hendak berbaik dengan mereka. Klien seorang yang
sangat pendiam dan tidak pernah menyertai sebarang aktiviti sosial bersama
rakan-rakannya walaupun mereka sering mengajaknya bersama tetapi ditolak
secara baik bagi menjaga hubungan. Dunia klien hanya sekolah, rumah dan
kelas mengajinya.

Dariapada penerokaan masalah yang dibuat juga klien menyatakan bahawa dia sedih,
marah dan kecewa dengan apa yang berlaku dalam keluarganya;

1. Ayah kandung – tidak bertanggungjawab, kaki pukul, panas baran

2. Ibu kandung – mengambil keputusan berhenti kerja dan sentiasa marah-marah


kepada anak-anak akibat tekanan kehidupan

3. Ayah tiri – tidak bertanggungjawab, ambil kesempatan terhadap ibunya

4. Nenek – pemarah, pilih kasih dan tidak menyokong ibunya

5. Adik ke 2 – suka melawan, tidak membantu, ‘geng’ nenek

KAJIAN KES| 7
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

6. Saudara mara ibu – saling mengutuk menghina, tidak menyokong ibunya

Namun begitu, klien memilih untuk lupakan kisah silamnya kerana baginya tiada apa yang
mampu diubahnya lagi dan mahukan bantuan untuk mengurus hidupnya menjadi lebih baik.
Malahan klien inginkan bantuan untuk menjayakan perancangan kehidupan yang telah
dibuatnya sehingga usia 40 tahun itu dan dengan itu klien akan mampu menanggung
keluarganya.

3.0 DIAGNOSIS PADA SESI KEMASUKAN

Kali pertama klien datang berjumpa kaunselor, klien terlebih dahulu diminta mengisi
Borang Biopsikososial dan secara tidak langsung kaunselor menebual secara santai
bagi mendapatkan gambaran keseluruhan isu yang menyebabkan skor merah semasa
Saringan Minda sihat dijalankan. Pra Sesi dan Intake Interview dijalankan dan
mengambil masa melebihi 2 jam untuk kaunselor memahami budaya kehidupan dan
isu yang timbul dan memberikan implikasi kepada emosi, pemikiran dan juga tingkah
laku klien. Walaupun pada awalnya klien seperti enggan berkongsi namun mengalah
apabila dipujuk sahabat baiknya dan meyakinkan bahawa kaunselor mungkin boleh
membantunya. Semua maklumat yang diperolehi daripada Intake Interview yang
dijalankan berpandukan kepada Model RESPECTFUL dan dikumpulkan secara dalam
jadual bagi memudahkan kaunselor memahami budaya kehidupan klien secara
keseluruhan.
untuk
R Sangat berpegang kuat kepada ajaran Islam, ikuti kelas pengajian agama

E Latarbelakang ekonomi M40 kepada B40 selepas ibu berhenti kerja sebagai
Pegawai Bank untuk menjalankan perniagaan sendiri

S Orientasi seksual normal dengan ciri feminisme tetapi anti lelaki disebabkan
pengalaman ayah kandung dan ayah tiri yang tidak bertanggungjawab

P Kelihatan matang dengan satu set perancangan kehidupan sehingga usia 40


tahunwalaupun masih perlu dibantu

KAJIAN KES| 8
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

E Berbangsa Melayu dengan satu pegangan dalam keluarga – anak sulung


mesti menjadi contoh ikutan

C Konflik ibu bapa menyebabkan klien membuat kesimpulan – semua lelaki


tidak berguna dan tidak bertanggungjawab. Putuskan tidak akan berkahwin
kecuali jika berjodoh dengan lelaki bukan Melayu, Korea misalnya

T Trauma dengan pergaduhan ibu bapa yang disaksikan sejak kecil


Trauma dengan pengalaman pahit di sekolah menengah yang hampir
membunuh rakan sekelas

F Penceraian ibu bapa dan kesusahan hidup selepas ibu berhenti kerja. Jadi
harapan keluarga untuk mengubah kehidupan dan menjadi contoh kepada
adik-adik

U Seorang pelajar yang mempunyai penampilan menawan dengan rupa paras


yang sangat cantik namun sentiasa rasa serba kekurangan berbanding orang
lain

L Tinggal dalam sebuah taman perumahan di tengah Bandaraya Alor Setar.


Tidak mempunyai hubungan social yang baik dengan jiran tetangga kerana
malu dengan pelbagai konflik dalam keluarga yang diketahui jiran

4.0 MATLAMAT KLIEN

Kata klien, “saya tak mampu ubah apa yang dah berlaku juga ubah orang lain tapi
saya yakin saya boleh ubah diri saya jadi lebih baik pada masa hadapan”

Klien hanya mahu tumpukan kepada kehidupannya, mencapai kejayaan dan menjadi
orang dan anak yang bermanfaat buat ibu dan adik-adiknya. Namun begitu klien sedar
bahawa dia perlukan bimbingan dan panduan untuk menyusun atur semua kehidupan
menjadi lebih baik seperti yang diharapkan kerana dia merasakan seperti apa yang
diusahakan tidak menjadi dan semakin menambahkan tekanan kepadanya. Klien
sangat yakin bahawa kehidupan yang lebih baik akan mengubat rasa sedih, marah dan
ke cewa dengan kehidupan yang dilaluinya selama ini. Klien sangat berpegang
bahawa sebagai anak sulung, dia bertanggungjawab terhadap kehidupan ibu dan
adik-adiknya. Selain

KAJIAN KES| 9
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

mesti menunjukkan contoh ikutan yang baik, dia juga mempunyai tanggungjawab
untuk menjadikan kehidupan keluarganya lebih baik.

5.0 KEKUATAN KLIEN

Seorang anak dan pelajar yang baik dan taat, bersopan santun dan sangat menghormati
orang lain serta rajin dang ringan tulang. Klien dilihat mampu menguruskan
kehidupan dengan lebih baik kerana klien sangat komited terhadap perbincangan dan
melaksanakan alternatif tindakan yang dipersetujui. Mempunyai pegangan agama
yang kuat dan tekad serta kesungguhan. Klien sangat mengambil berat tentang orang-
orang yang disayangi dan mempunyai matlamat dan perancangan kehidupan
walaupun masih perlu dibantu memperbaiki perancangan itu

6.0 RAWATAN LEPAS YANG DITERIMA

Semasa terlibat dengan kes disiplin di sekolah menengah dahulu, klien telah dirujuk
untuk menjalani sesi kaunseling. Namun sesi kaunseling yang dijalankan itu tidak
memberikan suatu pengalaman yang baik kepada klien. Kaunselor sekolahnya
menjadi salah seorang guru yang sering menyindirnya malahan melabelkan dia
sebagai seorang pelajar bermasalah. Kata-kata kaunselor berkenaan yang tidak boleh
dilupakan oleh klien sehingga kini, “Harap muka sahaja cantik tapi perangai
macam syaitan….”. Klien hilang kepercayaan kepada semua guru termasuklah
kaunselor yang sepatutnya membantu.

Disebabkan klien mempunyai isu kepercayaan dan keyakinan kepada kaunselor


sekolah menengahnya dahulu, maka hubungan yang baik perlu dibina terlebih dahulu.
Sesi dimulakan dengan membina hubungan teraputik dan bertanya khabar agar klien
merasa selesa dengan sesi yang dijalankan. Klien diyakinkan dengan elemen
kerahsiaan mengikut etika kaunseling dan klien memberikan kebenaran untuk
merakamkan sesi walaupun bukan pada semua sesi. Peranan kaunselor dan klien juga
diterangkan dengan jelas pada permulaan sesi. Setiap kali sesi dijalankan, elemen
kerahsiaan dimaklumkan secara berulang kali begitu juga tempoh masa setiap kali sesi
dijalankan ditetapkan antara 40 hingga 60 minit.

KAJIAN KES|
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

7.0 KONSEPTUALISASI KES DENGAN MODEL 8P DARIPADA SPERRY AND


SPERRY (2020)

1 Presentation /  Mempunyai rupa paras yang cantik dan penampilan


Presenting fizikal yang menawan
Issues  Tahap kesihatan dan fizikal yang baik
 Wajah sedih dan tidak ceria dengan air mata sentiasa
bergenang di kelopak mata
 Menyatakan keinginan mengubat rasa marah dan kecewa
dengan mengubah diri menjadi seorang yang lebih baik
dan hamba yang beriman dan bertakwa
 Melupakan semua kisah kehidupan dan kesusahan yang
menyakitkan
Simptom
 Marah, Kecewa, Bimbang, Takut, Risau – sentiasa
diungkapkan juga terpapar di wajah
 Skor Saringan Minda Sihat Tinggi – PHQ9 dan GAD7 –
19/27 dan 13/21
Isu / Personal Concern
 Kecewa dengan keputusan ibu berhenti kerja sehingga
menyebabkan kehidupan menjadi sangat susah
 Marah dengan bapa kandung dan bapa tiri
 Bimbang dengan masa hadapan keluarga
 Bimbang dengan masa hadapan sendiri yang mahukan
kejayaan untuk membantu mengubah nasib keluarganya
Keperluan Kaunseling
 Klian menyatakan perlukan sokongan dan bimbingan
bagi dapatkan ketenangan dan berfikir dengan baik
untuk
mengurus kehidupan
2 Predisposition Biologi
 Tiada sejarah atau masalah kesihatan yang mengganggu
kefungsian hidup

KAJIAN KES|
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

Psikologi
 Emosi sering terganggu dengan rasa marah dan kecewa
yang dipendam sejak kecil
 Turut alami tekanan kewangan akibat isu yang dihadapi
 Bimbang dengan prestasi akademik dan peluang untuk
melanjutkan pelajaran
 Mahu hidup hanya ehingga usia 40 tahun
Sosial
 Mempunyai sejarah hubungan dengan adik ke 2 yang
kurang harmoni
 Sejarah hubungan sosial bersama rakan sekolah yang
buruk
Budaya
 Yakin dan percaya bahawa sebagai anak sulung mesti
berjaya dan bekerja untuk kesenangan ibu juga adik-adik
3 Precipitants Psikologi
 Sentiasa gelisah, bimbang dan tidak dapat memberikan
tumpuan kepada pembelajaran
 Sentiasa bimbang secara tidak sengaja menimbulkan
kemarahan ibunya
 Tidur terganggu – hanya 1 atau 2 jam sehari
 Selera makan sering terjejas
 Takut gagal dalam pelajaran
Sosial
 Enggan sertai aktiviti sosial bersama rakan-rakan sekelas
 Hanya ada 3 orang rakan sekelas yang rapat dan
dipercayai
 Takut untuk mempunyai ramai kawan
 Kurang berkomunikasi dengan orang sekeliling
4 Protective  Mempunyai 3 orang rakan baik yang sentiasa menyokong
Factors /  Seorang anak dan pelajar yang baik dan taat
Strength  Dilihat mampu menguruskan kehidupan dengan lebih baik

KAJIAN KES|
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

 Komited terhadap perbincangan dan melaksanakan


alternatif tindakan yang dipersetujui
 Mempunyai pegangan agama yang kuat
 Mempunyai tekad dan kesungguhan
 Rajin dan ringan tulang
 Sangat mengambil berat tentang orang-orang yang
disayangi
 Mempunyai matlamat dan perancangan kehidupan
walaupun masih perlu dibantu memperbaiki perancangan
itu
 Umur 10 hingga 20 tahun – belajar
 Umur 20 hingga 30 tahun – dalami bidang agama
 Umur 30 hingga 40 tahun – kerja dan senangkanibu dan
adik-adik
 Umur 40 tahun – dijemput ‘kembali’ – doa setiap hari
 Penampilan dan tingkahlaku baik dan menyenangkan
 Personaliti berdikari yang tinggi
 Mempunyai kekuatan untuk mengharungi cabaran dalam
kehidupan
 Walaupun tidak berani rapat dengan rakan sekelas atau
orang sekeliling namun tetap sentiasa menjaga hubungan
baik
5 Pattern  Takut bersosial kerana pengalaman lalu
 Kebimbangan tidak dapat tunaikan tanggungjawab
terhadap keluarga
 Rutin tidur yang mempengaruhi kesihatan fizikal dan
mental klien – tidur 1 atau 2 jam sehari
 Makan hanya bila rasa hendak makan
 Hanya percaya pada diri sendiri
6 Perpetuants Harapan Klien
 Klien hendak berjaya dan berikan kesenangan kepada ibu
dan adik-adiknya

KAJIAN KES|
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

 Hendak menjadi contoh yang baik kepada adik-adik


 Elakkan konflik keluarga berpanjangan – terus berdiam
Penguat Kepada Tingkah Laku
 Elakkan komunikasi dengan ibu untuk elakkan
kemarahan ibu
 Elakkan rapat dengan rakan-rakan sekelas – bimbang
sejarah lama berulang kerana salah pilih kawan
 Sentiasa rasa tidak tenang walaupun sentiasa dekatkan
diri dengan tuntutan agama
 Habiskan banyak masa untuk ulangkaji namun masih
gagal dalam beberapa subjek
 Tidak mampu fokus semasa dalam kelas kerana banyak
berfikir
 Hendak mati di usia 40 tahun – elak banyak dosa dan
tanggungjawab yang lebih berat
7 Plan  Klien didapati mempunyai isu untuk mencapai quality
Treatment world (kehendak) dengan real world nya (kehidupan
hidup sebenar) di mana klien gagal memilih tingkah laku
yang berkesan untuk mengubah dirinya
 Klien juga dilihat mempunyai isu bagi memenuhi hampir
semua elemen BASIC NEED nya
Kaunselor akan
 Membantu klien mencapai kebebasan dan autonomi
dalam menentukan matlamat hidup
 Membantu klien menerima reality dan berusaha
merancang strategi untuk mencapai matlamat secara
realistik
 Membantu klien bertingkah laku penuh tanggungjawab
 Membantu klien kenalpasti BASIC NEEDS yang perlu
dipenuhi – Love and Belonging, Power, Fun, Freedom,
Survival
Matlamat Kaunseling

KAJIAN KES|
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

 Membantu klien membuat pilihan-pilihan yang berkesan


dalam hidupnya dengan berfokus kepada masa kini (here
and now)
 Membantu klien bertingkahlaku secara wajar
 Membantu klien menilai kesan dan akibat kepada setiap
tindakan
Teknik
 Membentuk hubungan teraputik, membina kepercayaan
dan penerimaan agar proses membantu dengan prosedur
WDEP berjalan lancar
 Teroka ‘wants’, ‘needs and perceptions’
 Fokus kepada tingkahlaku semasa – nilaikan kesan
kepada tindakan
 Bantu klien bentuk plan tindakan yang realistik ikut
kemampuan dan kesesuaian dengan matlamat
 Bantu klien jadualkan semula (reschedule) rutin harian
termasuklah masa tidur, rehat dan riadah yang berkualiti
 Susulan kepada tindakan untuk pastikan komitmen klien
 Diselangselikan dengan sesi-sesi bimbingan
Pilihan Teori dan Teknik - Choice Theory Reality
Theraphy (CTRT)
 WANTS – Klien mahu memperbaiki diri menjadi
manusia yang lebih baik pada masa hadapan dengan
tindakan yang lebih baik dan berkesan.
 DIRECTION & DOING – Untuk mengubah diri
menjadi lebih baik, klien menghabiskan banyak masa
membaca buku-buku agama, mendaftar dan mengikuti
kelas pengajian agama dan mengelakkan aktiviti social
bersama kawan-kawan seusianya
 EVALUATE – Klien merasakan tindakannya masih tidak
memenuhi apa yang diharapkan. Masih rasa tidak tenang
dan tidak dapat fokus kepada pembelajarannya.

KAJIAN KES|
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

 PLAN – setelah menyenaraikan beberapa alternatif


tindakan, klien bersetuju untuk;
 Menyusun semula rutin hariannya dengan mengambil
kira masa tidur dan rehat, riadah, ulang kaji dan juga
menyiapkan kerja rumah
 Menyertai aktiviti social bersama rakan termasuklah
study group dan perbincangan kerja kursus malahan juga
sesekali bersama berkumpul minum dan bersembang
 Membuat penetapan hala tuju selepas STPM –
permohonan ke universiti
 Klien menyertai sesi-sesi bimbingan psikopendidikan –
intervensi minda sihat
 Teruskan kelas pengajian agama dan ibadah-Ibadan lain
mengikut masa yang ditetapkan
8 Prognosis Ramalan Risiko
 Klien memberikan komitmen yang baik untuk
menjayakan pelan tindakan yang dirancang
 Klien yakin dan positif dengan perancangan masa
hadapannya
Kekuatan dan Tahap Kesediaan Klien
 Klien seorang yang berani dan mempunyai kekuatan
dalaman yang luar biasa
 Klien bersedia untuk melakukan perubahan demi masa
depan diri dan keluarga
 Klien bersemangat untuk melupakan masa lalu dan focus
kepada masa kini demi masa depan yang lebih baik

Pengalaman Intervensi Lalu


 Persepsi terhadap kaunselor sekolah terdahulu mula
berubah dan menerima peranan kaunselor yang akan
membantunya – hubungan teraputik dapat dibina

KAJIAN KES|
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

 Kaedah pembelajaran di sekolah terdahulu akan


diaplikasikan semula untuk memperbaiki pencapaian

8.0 PERANCANGAN INTERVENSI

Klien didapati mempunyai isu untuk mencapai quality world (kehendak) dengan real
world nya (kehidupan hidup sebenar) di mana klien gagal memilih tingkah laku yang
berkesan untuk mengubah dirinya. Klien juga dilihat mempunyai isu bagi memenuhi
hampir semua elemen BASIC NEED nya iatu Love and Belongings (Kasih sayang
daripad ahli keluarganya), Power (Kuasa untuk menjadi lebih kompeten), Freedom
(kebebasan untuk melakukan semua kemahuan tanpa larangan), Fun (Keseronokan
untuk menikmati kehidupan seperti orang lain) dan juga Survival (meneruskan
kelangsungan hidup dengan sihat dan selamat)

Kaunselor akan membantu klien mencapai kebebasan dan autonomi dalam


menentukan matlamat hidup, menerima reality dan berusaha merancang strategi untuk
mencapai matlamat secara realistic. Kaunselor juga akan membantu klien bertingkah
laku penuh tanggungjawab serta membantu mengenalpasti BASIC NEEDS yang perlu
dipenuhi – Love and Belonging, Power, Fun, Freedom, Survival

Matlamat Kaunseling adalah membantu klien membuat pilihan-pilihan yang berkesan


dalam hidupnya dengan berfokus kepada masa kini (here and now), membantu klien
bertingkahlaku secara wajar serta membantu klien menilai kesan dan akibat kepada
setiap tindakannya.

Kaunselor menggunakan teknik

 Membentuk hubungan teraputik, membina kepercayaan dan penerimaan agar


proses membantu dengan prosedur WDEP berjalan lancar

 Teroka ‘wants’, ‘needs and perceptions’

 Fokus kepada tingkahlaku semasa – nilaikan kesan kepada tindakan

KAJIAN KES|
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

 Bantu klien bentuk plan tindakan yang realistik ikut kemampuan dan
kesesuaian dengan matlamat

 Bantu klien jadualkan semula (reschedule) rutin harian termasuklah masa


tidur, rehat dan riadah yang berkualiti

 Susulan kepada tindakan untuk pastikan komitmen klien

 Diselangselikan dengan sesi-sesi bimbingan. Salah satu slot bimbingan


psikopendidikan yang memberi implikasi kognitif kepada klien adalah intervensi
minda sihat – let’s talk di mana kaunselor menjalankan perbincangan berdasarkan
bahan ransangan;

Ingat MATI itu SUNAT


Usahakan bekal untuk dibawa MATI itu WAJIB Duduk saja tunggu
Saja-saja cari MATI itu HARAM

9.0 APLIKASI TEORI

Klien didapati mempunyai isu untuk mencapai quality world (kehendak) dengan real
world nya (kehidupan hidup sebenar) di mana klien gagal memilih tingkah laku yang
berkesan untuk mengubah dirinya. Klien juga dilihat mempunyai isu bagi memenuhi
hampir semua elemen BASIC NEED nya. Justeru kaunselor memilih teori CTRT
sebagai asas kepada proses intervensi yang akan dijalankan. Ini juga disokong dengan
salah satu kata kunci dalam CTRT yang mengatakan bahawa tingkahlaku yang boleh
kita kawal adalah diri kita sendiri.

KAJIAN KES|
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

10.0 RUMUSAN SETIAP SESI

Pada sesi pertama klien hanya menceritakan kembali sedikit sebanyak isu yang
mehggangu fikirannya sehingga menyebabkan memperolehi skor merah dalam
saringan Minda Sihatnya. Namun klien kelihatan sedikit tenang berbanding semasa
pra sesi dijalankan di mana klien tidak dapat menahan perasaan dan menangis
semahunya. Klien menceritakan tekanan perasaan yang dialaminya sepanjang
kehidupannya termasuklah masalah disiplin yang dilalui semasa di tingkatan 3 yang
hampir menyebabkan dia dibuang sekolah. Keseluruhan 10 aspek daripada Model
RESPECTFUL diperolehi semasa pra sesi di jalankan. Jadi pada sesi pertama
dijalankan klien hanya menyenaraikan kembali isu yang menggangu fikirannya
selama ini.

Pada sesi yang kedua pula, klien enggan dirakamkan kerana sangat tertekan dengan
sikap ayah tirinya yang hanya pulang menjenguk ibunya seminggu sekali dan
mengabaikan nafkah ibunya. Ibunya seolah terpaksa berjuang seorang meneruskan
kelangsungan hidup. Rasa simpati dan kasihan terhadap nasib ibunya membuatkan
klien tekad untuk berusaha mengubah hidup mereka agar ibunya akan kembali hidup
senang seperti sebelum ibunya berhenti daripada kerja di bank. Klien sangat bertekad
untuk mengubah kehidupannya. Pengalaman lalu menjadikan klien lebih kuat dan
matang untuk menyusun atur hidupnya dengan lebih baik.

Pada sesi ke 3 dan 4 klien mula menyenaraikan alternatif tindakan yang mungkin
boleh dilakukan setelah sama-sama berbincang dengan kaunselor. Alternative
tindakan yang disenaraikan oleh klien adalah;
i. Menyusun semula jadual harian agar lebih teratur dan sistematik serta
memberikan kesan yang baik kepada kesihatan fizikal dan mental dengan
mengambil kira masa rehat dan tidur, masa beriadah, mengulangkaji dan kerja
kursus serta menyiapkan kerja-kerja rumah dan juga masa untuk pengisian
aktiviti kerohanian
ii. Cuba untuk melakukan aktiviti yang lebih banyak keluarkan peluh agar boleh
tidur keletihan di sebelah malam

KAJIAN KES|
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

iii. Cuba menyertai perbincangan kumpulan yang dijalankan oleh rakan-rakan


sekelasnya terutamanya pelajar-pelajar cemerlang dengan pencapaian PNGK
4.00 setiap semester
iv. Menyertai beberapa aktiviti sosial rakan-rakan baiknya agar elemen FUN dapat
diperolehi sebagai seorang remaja malahan boleh dijadikan aktiviti terapi
tekanannya.
v. Memulakan komunikasi dengan ibunya sedikit demi sedikit agar hubungan baik
dan kasih sayang dapat dipupuk. Mungkin juga membantu ibunya merawat
tekanan yang dialaminya dengan menjadi teman berbual dan bersembang
vi. Mengubahsuai perancangan kehidupan menjadi lebih realistic dan mudah dicapai
vii. Mengubahsuai doa harian daripada mohon dimatikan pada usia 40 kepada
mohon dikurniakan yang terbaik dan dimatikan apabila bersedia dengan semua
persediaan ke alam sana

Klien menunjukkan kesungguhan untuk memperbaiki kehidupannya dan memutuskan


untuk melakukan semua alternative tindakan yang telah disenaraikan secara
berperingkat-peringkat. Setiap kali sesi selepasnya klien akan membentangkan setiap
tindakan yang telah dilakukan dan kesan yang dialaminya hasil tindakan tersebut.
Namun tindakan untuk memulakan komunikasi bersama ibunya masih dalam proses
percubaan dan akan diusahakan sebaik mungkin. Klien bertekad untuk berusaha
bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dan melangkah ke university agar pada masa
hadapan klien akan berupaya mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan mampu
menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak.

11.0 HASIL UJIAN PENILAIAN SETIAP SESI

Pada setiap sesi perubahan pemikiran, tingkahlaku dan perasaan klien dapat dilihat.
Selepas meluahkan dan berkongsi segala kekusutan, klien kelihatan lebih tenang
untuk berfikir dengan lebih rasional. Klien kelihatan semakin bersemangat untuk
melakukan perubahan. Kaunselor hanya memandu arah sahaja. Klien dapat melihat
dan berfikir dengan jelas terutamanya selepas mengikuti beberapa sesi bimbingan
psikopendidikan dan melakukan pelbagai intervensi yang terkandung dalam Modul
Intervensi Minda Sihat yang digunakan oleh kaunselor.

KAJIAN KES|
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

12.0 PERTIMBANGAN ASPEK PELBAGAI BUDAYA

Sebagai refleksi kepada keseluruhan kes yang dikaji berdasarkan sudut pandang
kepelbagaian budaya, saya secara peribadinya merasakan masih perlu memahami
pelbagai budaya dan sub budaya yang wujud dalam keluarga ataupun masyarakat kita.
Adakalanya, klien daripada bangsa dan agama yang sama juga mempunyai satu
pegangan dan nilai yang berbeza hasil penerapan keluarga dari generasi ke generasi
berikutnya. Budaya dan nilai yang dipegang oleh sesebuah keluarga harus difahami
dan dihormati. Kompetensi kaunselor mengendalikan kaunseling dalam kepelbagaian
budaya adalah satu cabaran besar. Dinamiknya sesebuah keluarga dan masyarakat
harus memberikan kesedaran kepada saya sebagai kaunselor untuk sentiasa berusaha
meningkatkan kompetensi dan latihan professional agar mampu mengendalikan
kepelbagaian yang memberikan implikasi kepada klien perkhidmatan kaunseling.

Penerimaan tanpa syarat dan empati yang tinggi sangat bermanfaat untuk membantu
kaunselor memahami klien yang pelbagai dari sudut nilai dan budaya yang dibawa
dalam kehidupan mereka. Nilai dan budaya kaunselor juga menjadi elemen yang ada
kalanya mempengaruhi sesi kaunseling yang dijalankan. Nilai personal dan
profesiobnal kaunselor pula menjadi teras kepada pegangan kaunselor dalam
membantu klien. “Self disclosure’ kaunselor boleh digunakan jika bersesuaian dengan
klien dan isu yang diketengahkan sebagai contoh yang mungkin boleh dilihat oleh
klien sebagai satu panduan.

13.0 PENAMATAN

Penamatan dilakukan pada sesi ke 5 apabila klien telah bersedia untuk dilepaskan.
Namun klien memohon agar kehadirannya di masa lain untuk sebarang bantuan dan
bimbingan akan diterima oleh kaunselor. Permohonan klien amat dialu-alukan oleh
kaunselor. Klien membuat refleksi terhadap pengalamannya sepanjang menjalani sesi
kaunseling dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada kaunselor terhadap
bantuan yang telah diperolehi. Dalam proses penamatan ini juga kaunselor tetap
menegaskan tentang etika kerahsiaan yang dipegang oleh kaunselor.

KAJIAN KES|
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

Kaunselor juga membuat rumusan keseluruhan sesi-sesi yang telah dijalankan dan
juga menyebut kembali semua tindakan yang telah dilakukan oleh klien dan kesan
yang diperolehinya. Kaunselor juga mengingatkan klien walaupun sesi telah
ditamatkan, klien tetap dialu-alukan untuk kembali mendapatkan perkhidmatan
kaunseling pada masa akan dating.

14.0 REFLEKSI SESI

i. Klien
 Menyatakan rasa syukur kerana dapat panduan dan bimbingan untuk dia
mengubah diri menjadi lebih baik.
 Menyatakan kegembiraannya kerana dapat menyusun atur jadual
kehidupan harian nya menjadi lebih teratur dan memberikan impak yang
baik terhadap rutin harian, fokus pembelajaran dan juga pengisian
kerohaniannya
 Sesi kaunseling telah mengubah persepsinya terhadap 3 perkara penting
i. Perspektif baru tentang kehidupan dan masa depanu
ii. Perspektif baru tentang tugas seorang kaunselor dalam proses
menolong pelajar
iii. Perspektif tentang lelaki, bahawa masih terdapat ramai lelaki baik
dalam dunia ini dan boleh diharapkan

ii. Kaunselor
 Saya banyak belajar tentang kehidupan sepanjang mengendalikan kes
klien ini terutamanya aspek pelbagai cabaran kehidupan yang dialami
akhirnya membina kekuatan dalaman serta kematangan hidup klien
 Saya juga kagum dengan usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh
klien untuk mengubah diri menjadi seorang yang lebih baik

KAJIAN KES|
KKS60203 KAUNSELING KEPELBAGAIAN

15.0 RUMUSAN

Penggunaan Model RESPECTFUL dalam intake interview atau semasa pra sesi
dijalankan sangat membantu untuk meningkatkan kesedaran kaunselor terhadap
budaya, nilai dan juga pegangan yang mempengaruhi kehidupan klien. Setiap
peristiwa, trauma dan ancaman yang wujud dalam kehidupan seseorang akan turut
membentuk pemikiran, tingkah laku dan juga perasaan seseorang individu.
Kepelbagai insividu yang unik kejadiannya ditambah dengan kepelbagaian budaya,
nilai dan pegangan menjadikan setiap klien dalam kaunseling itu sangat berbeza
antara satu sama lain. Penerimaan tanpa syarat kaunselor terhadap siapa pun kliennya
akan menjadikan proses kaunseling dapat dijalankan secara teraputik dan memberikan
kesan yang positif.

KAJIAN KES|

Anda mungkin juga menyukai