Anda di halaman 1dari 23

TEKNIK REBT

Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT) secara umumnya bermula dengan sistem kepercayaan dalam diri klien yang memberi kesan ke atas emosi dan tingkahlaku klien yang pada kebiasaannya bersifat negatif. Amir Awang (1997) menyatakan, klien (manusia) berfikir, berperasaan dan bertindak secara serentak. Perkaitan yang begitu signifikan menyebabkan jika salah satu sahaja menerima gangguan maka yang lain akan terlibat sama.

Kaunselor perlu bijak dalam mengintegrasikan teknik-teknik REBT dengan permasalahan klien, terutamanya dalam proses D (disputing intervention). Pengamal REBT perlu menggunakan modaliti yang berbeza, seharusnya fleksibel dan kreatif dalam penggunaan kaedah dan melakukan penyesuaian teknik terhadap keperluan unik bagi setiap klien (Dryden, 2002). Teknik-teknik REBT boleh dibahagikan kepada tiga cabang utama iaitu Teknik Kognitif, Teknik Emotif dan Teknik Tingkah Laku, setiap cabang mempunyai teknik yang lebih khusus untuk dipraktikkan.

PECAHAN TEKNIK REBT

Teknik Emotif

Rational Emotive Imagery Humor Role Playing Shame-attacking Force and Vigor Menyingkirkan Kepercayaan Tidak Rasional Tugasan Kognitif Changing One's Langguage Kaedah Psikopendidikan Teknik Peneguhan Desintisasi Bersistematik Teknik Modelling Teknik Releksasi

Teknik Kognitif

Teknik Tingkah Laku

TEKNIK KOGNITIF
Kaunselor mengajar klien bagaimana berhadapan dengan penyataan tidak rasional mereka supaya tidak mempercayainya. REBT amat menitikberatkan pada pemikiran, menyingkirkan, mendebatkan, mencabar, mengintepretasikan, menerangkan dan mengajar. Kesemua ini merupakan cara yang kaedah yang berkesan dalam memastikan klien melihat pemikiran tidak rasional mereka.

Dryden (2002), menjelaskan bahawa cara yang berkesan dalam membawa perubahan emosi dan tingkahlaku adalah melalui perubahan cara berfikir klien.

Membuat Tugasan Kognitif

Mengubah Penggunaan Bahasa

Menyingkirkan Kepercayaan Tidak Rasional

Kaedah Psikopendidikan

TEKNIK KOGNITIF

Menyingkirkan Kepercayaan Tidak Rasional


Kaunselor bertindak secara aktif - menyingkirkan kepercayaan tidak rasional dan mengajar klien bagaimana melakukan. Meneroka keterangan mesti, harus, atau sepatutnya sehingga klien tidak lagi berpegang kepada kepercayaan tersebut. Mengarahkan klien membuktikan mengapa klien harus berasa teruk jika sesuatu yang dilakukannya tidak berjaya. Persoalan tidak rasional klien perlu dicabar dan digantikan dengan pemikiran baru yang lebih rasional. Konfrontasi yang baik mampu menyerang pemikiran tidak rasional klien dan membuat klien menyedari keadaan tersebut.

Membuat Tugasan Kognitif


Klien melakukan tugasan kognitif yang membina terhadap permasalahan dan isu kepercayaan tidak rasional klien. Tugasan kognitif ini adalah satu cara untuk membantu klien melihat penyataan mesti dan harus yang dipegangnya dan kemudiannya mengubah penyataan tersebut menjadi lebih positif, serta disusuli dengan tugasan praktikal yang perlu dilakukan oleh klien. Klien mempunyai pemikiran yang tidak rasional, klien sering meletakkan sifat negatif itu ke dalam situasi kehidupannya. Kaunselor memberikan tugasan kepada klien untuk cuba melakukan tindakan tertentu dalam situasi nyata bagi mengukuhkan sifat positif klien.

Changing Ones Langguage


Penggunaan bahasa yang tidak tepat merupakan salah satu penyebab berlakunya perubahan proses pemikiran, termasuklah pemikiran tidak rasional. Penyataan seperti mesti, harus, atau sepatutnya boleh diubah oleh klien dengan pilihan yang lebih baik Klien yang menggunakan bahasa yang menggambarkan keadaan yang tidak berdaya atau menjatuhkan diri sendiri boleh belajar menggunakan penyataan baru yang mana dapat membantu klien berubah tingkahlaku dan sekali gus mengubah perasaan lebih baik dan tenang.

Kaedah Psikopendidikan
Kaedah berunsurkan pendidikan merupakan kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran kepada klien. Terapis mengajar klien tentang keadaan masalah klien dan bagaimana rawatan yang boleh dilakukan. Klien mungkin perlu bekerjasama dengan program rawatan sekiranya mereka memahami bagaimana proses berjalan dan memahami kenapa teknik-teknik tertentu digunakan (Ledly, Marx, & Heimberg, 2005). Kaunselor mengambil peranan lebih aktif, kaunselor boleh berbincang serta menunjukkan sesuatu kepada klien, seperti ketidaklogikan dan cara praktis tertentu.

TEKNIK EMOTIF
Teknik-teknik emotif yang terkandung ini merupakan teknik yang bertujuan mengubah emosi klien. Kesemua teknik emotif tersebut boleh dikatakan sebagai medium untuk menguatkan dan memberi semangat kepada klien, namun tujuan utamanya adalah diharap dapat membawa klien melihat semula kerosakan yang dilakukan terhadap diri sendiri disebabkan kepercayaan tidak rasionalnya.

Role Playing Humor Shameattacking

Rational Emotive Imagery

TEKNIK EMOTIF

Force and Vigor

Rational Emotive Imagery


Teknik ini merupakan satu bentuk latihan mental teknik yang direkabentuk untuk membina corak emosi yang baru (Ellis, 2001). Klien membayangkan sendiri berfikir, merasakan dan berkelakuan sama seperti dengan cara yang mereka inginkan dalam dunia realiti (Maultsby, 1984). Klien juga boleh ditunjukkan bagaimana membayangkan salah satu perkara yang teruk yang mungkin berlaku kepada diri mereka, bagaimana merasa kecewa dengan situasi tersebut, bagaimana menjiwai perasaan pada situasi tersebut, dan seterusnya bagaimana mengubah pengalaman tersebut kepada perkara negatif yang sihat (Ellis, 1999, 2000).

Eliis (2001a, 2008) menegaskan bahawa sekiranya individu mempraktis teknik ini beberapa kali seminggu untuk beberapa minggu, individu boleh mencapai satu tahap yang membantu untuk tidak merasa kecewa terhadap situasi negatif yang difikirkan. Oleh itu, melalui teknik ini, klien boleh membuat imiginasi terhadap sesuatu yang mungkin berlaku terhadap dirinya sekiranya dia mengambil tindakan tertentu, seperti tindakan semasa berfikiran tidak rasional.

Humor
REBT berpendapat bahawa gangguan emosi sering diakibatkan oleh memikirkan sesuatu kesalahan diri dengan terlalu serius. Wolfe (2007) mengatakan bahawa REBT mempunyai satu aspek menarik di mana ia menggalakkan klien dalam membangunkan unsur humor dan membantu dalam meletakkan diri ke dalam perspektif tersebut. Unsur humor secara jelasnya dapat memberi kesan yang baik terhadap perubahan kognitif dan emosi. Kaunselor perlu bijak dalam menggunakan teknik humor dengan berjenaka secara halus untuk memperolokkan kepercayaan tidak rasional klien.

Role Playing
Melibatkan tindakan emosi dan tingkahlaku klien. Klien perlu menunjukkan atau memainkan keadaan di mana klien mempunyai keadaan kebimbangan, tekanan ataupun kemurungan. Kemudian, kaunselor mengambil bahagian dengan memainkan peranan klien ataupun reverse roleplay sehinggalah klien menyedari dan dapat menerangkan semula bagaimana pemikiran tidak rasional itu berlaku. Teknik role-play boleh juga digunakan dengan klien supaya menjadi lebih asertif apabila dia mendapati dirinya sukar bertindakbalas dengan keadaan yang dibimbanginya. Role-play memberi peluang kepada individu ini untuk mencuba mengeluarkan satu tingkahlaku baru dalam situasi yang lebih selamat sebelum digunakan di luar atau di tempat-tempat yang signifikan dengan klien.

Shame-Attacking
Ellis (1999, 2000, 2001a, 2001b) membangunkan latihan ini untuk membantu individu mengurangkan rasa malu terhadap sesetengah tingkahlaku yang dilakukan. Beliau mengatakan kita boleh menolak untuk berasa malu dengan mengatakan kepada diri sendiri bahawa ia bukanlah suatu bencana besar sekiranya seseorang mengandaikan kita kurang bijak. Kaunselor memberikan tugasan melakukan sesuatu yang sebelum ini takut untuk dilakukan oleh klien atas faktor malu dan rendah diri, ataupun perkara baru yang mungkin tidak terfikir untuk dilakukan di khalayak ramai.

Latihan ini akan mampu membantu klien melihat persekitaran dan orang ramai yang mungkin tidak berminat atau tidak mengambil perhatian terhadap tingkahlaku dan tindakan klien tersebut. Latihan berterusan mampu membantu klien mengurangkan perasaan malu dan kerisauan terhadap tingkahlaku mereka. Namun, perlu diingatkan bahawa latihan adalah berdasarkan sesuatu yang tidak melanggar undang-undang atau mendatangkan kerosakan kepada diri sendiri dan orang lain.

Force and Vigor


Ellis mencadangkan teknik ini sebagai satu usaha untuk membantu klien daripada proses intelektual kepada kefahaman emosi. Kaunselor akan membantu klien bagaimana untuk berdialog dengan diri sendiri dan meluahkan segala kepercayaan tidak rasional, kemudiannya menyangkal kepercayaan tersebut secara tegas.

TEKNIK TINGKAH LAKU


Pengamal REBT menggunakan teknik tingkahlaku yang lebih kurang sama dengan prosuder terapi tingkahlaku, antaranya pelaziman operan, prinsip pengurusan kendiri, desintesasi bersistematik, teknik releksasi dan modelling. Kesemua teknik tersebut adalah bertujuan untuk mengubah tingkahlaku yang tidak diingini pada diri klien. Teknik tingkahlaku memerlukan klien memberikan komitmen di luar sesi, ianya mungkin boleh diandaikan dengan pembelajaran secara teori adalah di dalam sesi, manakala praktikal pula dilakukan di luar sesi. Ledly (2005), mengatakan tugasan kepada klien memberikan mereka peluang untuk praktis kemahiran baru di luar sesi terapi, di mana ianya mungkin lebih bernilai untuk klien berbanding semasa sesi terapi.

Desintisasi Bersistematik Teknik Peneguhan Teknik Modelling

TEKNIK TINGKAH LAKU

Teknik Peneguhan
Digunakan dalam proses untuk menggalakkan perkara yang positif dan menghindari perkara yang negatif daripada berlaku berterusan. Konsep peneguhan boleh diaplikasikan di dalam sesi REBT bagi membantu klien menyingkirkan kepercayaan tidak rasional dan membuat peneguhan kepada pemikiran yang lebih positif agar klien tidak merosakkan dirinya dengan kepercayaan lama. Galakkan seperti pujian atas perubahan yang dilakukan oleh klien ataupun mengendahkan tingkahlaku yang cenderung kepada pemikiran tidak rasional dapat membantu klien untuk melakukan perubahan.

Desintisasi Bersistematik
Teknik ini adalah terapi yang berasaskan kepada proses counterconditioning (Martin & Pear, 2003). Pengertian mudah bagi teknik ini ialah respon yang tidak diingini digantikan dengan tingkahlaku yang diinginkan sebagai hasil latihan yang berulang dan berperingkat oleh klien. Berdasarkan proses REBT, latihan tersebut merupakan komitmen daripada klien yang ingin melakukan perubahan dan menyingkirkan kepercayaan tidak rasional klien. Teknik ini boleh diaplikasikan kepada klien yang mempunyai perasaan risau, malu, takut dan tidak yakin.

Modelling
Teknik ini digunakan dalam membantu klien melihat keadaan yang lebih baik berbanding keadaannya pada masa sekarang ataupun permasalahan yang dihadapinya. Melalui teori REBT, kaunselor boleh memandu klien untuk melihat situasi yang dihadapinya dan memberikan model yang positif agar klien dapat meniru atau menjadikannya sebagai panduan dalam melihat dirinya. Kaunselor turut boleh memperlihatkan dua model atau situasi berbeza antara positif dan negatif untuk membantu klien melihat sendiri di mana kedudukan sebenar klien, dengan itu klien mampu memilih keputusan yang lebih baik berbanding keadaan yang dihadapi.

Anda mungkin juga menyukai