Anda di halaman 1dari 5

KAUNSELING DARI SUDUT PANDANGAN PELBAGAI AGAMA (ISLAM)

Peranan agama dan spiritual dalam kaunseling dan psikoterapi sudah lama
diperdebatkan dalam kalangan sarjana barat. Pada peringkat awalnya, sebahagian
besar daripada mereka menolak kehadiran unsur ini dalam lapangan kaunseling. Hal ini
telah diperkukuhkan lagi apabila American Psychiatric Association telah memberikan
pengiktirafan terhadap aspek spiritual dan agama dengan memasukkan kategori
spiritual dan agama dalam Diagnostic and Statistic Manual of Mental Disorders (DSM
IV) (La Torre 2002); dalam Nurul Ain (2006). Tindakan ini telah memberi impak
berganda terhadap perkembangan kaunseling agama khususnya islam untuk
berkembang seluas-luasnya.
Kini, manusia dilanda pelbagai masalah psikologi yang merangkumi aspek
jasmani (jasad), rohani (spiritual), emosi dan fikiran. Oleh yang demikian, terciptalah
ruang pendorong kepada manusia untuk bertindak melampaui had pemikiran yang
rasional sehingga menyebabkan kecederaan kepada diri sendiri dan orang lain.
Sehubungan itu, pelbagai pendekatan psikologi kaunseling untuk menangani masalah
ini.

Kaunseling

pendekatan

islam

menekankan

empat

perkara

penting

iaitu

pembangunan roh, akal, hati dan pengimbangan nafsu.


Perkembangan roh ini merupakan satu aspek yang paling penting dalam
kaunseling islam. Bilamana roh itu sudah mula mengenali Allah, mencintai Allah, mula
takut pada Allah, yakin pada Allah dan akur pada segala suruhan dan larangan Allah,
maka manusia mula mengetahui apa tujuan hidupnya.

Pembangunan akal atau dalam erti kata lain celik akal dapat membimbing
manusia kepada kemuliaan dan ketinggian darjat sebgai hamba disisi Allah swt. Akal
fikiran adalah amanah dan tanggungjawab daripada Allah dan tidak dilibatkan kepada
makhluk lain di muka bumi Allah. Akal fikiran dapat membezakan kebenaran dan
kebatilan, juga antara petunjuk hidayah dan kesesatan.
Pembangunan hati bukan sahaja sekadar menumpukan zikir pembaikan hati dan
sebagainya, tetapi yang lebih utama adalah membuang dahulu segala kekotoran yang
lahir dari dosa dan maksiat yang dilakukan. Hati manusia ini ibarat bebola kaca yang
jernih dan bersinar. Andainya ia dikilau dengan cahaya yang benar-benar terang, maka
pancarannya akan menjadi semakin menyerlah dan menarik orang lain untuk
melihatanya. Hati yang elok berupaya untuk memberi ilham kepada manusia tentang
hakikat dirinya dan juga penciptanya iaitu Allah swt.
Mengapa pengimbangan nafsu tidak disebut sebagai pelupusan nafsu? Hal ini
kerana, manusia juga memerlukan nafsu dalam kehidupannya. Nafsu yang diimang
dengan hati yang jernih, roh yang dibangunkan dan akal yang terpimpin akan mampu
membawa manusia ke arah kesejahteraan lahiriah dan batiniah. Sebagai contohnya,
makan merupakan satu aktiviti dalam kehidupan.andai nafsu jahat yang menguasai
nafsu makan, maka

kita akan makan secara berlebihan sehingga lahiriah menjadi

malas, dan impak yang lebih buruk akan menimpa batiniah sehingga menyebabkan
rosaknya hati dan jiwa.
Kaunselor dianggap sebagai seorang individu yang professional sekiranya
mereka mendapat latihan dari segi teori dan praktis dalam bidang kaunseling. Sifat-sifat

seorang kauselor islam itu merujuk kepada sifat-sifat kenabian. Kaunselor itu boleh
memainkan peranannya dengan sempurna sekiranya mereka menguasai sifat-sifat
kenabian seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatanah. Sifat-saifat dan konsep utama
yang harus dijadikan pedoman dalam menjalankan tugas sebagai seorang kauseor
islam ialah beriman dan bertaqwa kepada allah, jujur dan ikhlas, benar(siddiq), berani,
adil, perabar dan tenang serta berakhlak.
Beriman dan bertaqwa kepada Allah asas peribadi yang mulia bagi seseorang
manusia. Dengan iman dan taqwa seseorang kaunselor itu mempunyai keyakinan yang
teguh dalam menjalankan tugasnya. Sifat kedua iaitu jujur dan ikhlas membawa maksu
bertutur atau memberitahu atau membuat sesuau dengan sebenarnya. Hal ini
bermaksud kauselor perlu jujur dengan klien dan juga dirinya sendiri. Sifat siddiq pula
menjadikan seseorang itu akan bercakap benar, berterus terang dan tidak menokok
tambah apa yang didengarinya. Sifat siddiq ini bukan sahaja dari segi tutur bahkan
daripada segi perbuatan dan niat. Kaunselor juga perlu berani kerana Allah dan berani
kerana hak. Kaunselor itu juga perlu berani menghadapiapa sahaja risiko dan rintangan
meskipun mengancam nyawanya sendiri semata-mata kerana Allah swt. Kaunselor
perlu berlaku adil dalam bericara, mengambil tindakan dan membuat keputusan. Sikap
adil seseorang kaunselor itu akan menjadikan klien rasa berpuas hati, dihargai dan
dihormati. Ketika membantu individu yang memerlukan banuan, kaunselor seharusnya
bersifat ramah. Tutur kata yang sopan dan ramah serta air muka yang manis akan
membuat klient rasa dihargai. Sifat penyabar peting bagi mengawal emosi dan keadaan
jika timbul sebarang masalah, konflik dan ketegangan. Seorang kaunselor juga perlu

mempunyai akhlak yang baik iaitu tidak berdendam, memaafkan kesalahan dan
menghormati orang lain. Jangan sesekali memalingkan muka ketika bercakap.
Selain daripada peribadi yang baik kauselor juga harus menguasai pelbagai
kemahiran dan teknik dalam pengendalian kaunseling. Hal ini penting supaya dapat
memberi keyakinan kepada dirinya dan juga klien. Al-quran menyatakan bahawa teknik
yang baik mengajak manusia melaui tiga cara iaitu cara hikmah, cara kata nasihat yang
baik dan cara perbincangan yang lebih baik. Hikmah ini terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu hikmah yang berkaitan dengan sifat kauselor, hikmah yang berkaitan dengan isi
kandungan kaunseling dan hikmah yang berkaitan dengan strategi dan alat kauseling.
Kata nasihat yang baik ialah kata nasihat yang memalingkan dari keburukan dengan
cara memberi perangsang untuk meninggalkannya serta mewujudkan rasa tidak mahu
melakukannya. Seterusnya, kata nasihat yang baik memberi rasa kepada pendengar
yang masuk kedalam hati dan perasaan jiwa dengan lembut. Perbincangan yang baik
pula tidak mengambil masa yang lama, meletakkan tangan pada klien (sentuhan),
bertanya khabar dan perasaannya, menunjukan kasih sayang dan mendoakannya.
Cara

bagi

kaunselor

islam

membantu

menangani

maalah

klien

ialah

menggalakan klien melakukan amalan seperti solat, puasa, zikir, doa dan istighfar ,
tafakur dan menjadikan Al-quran sebagai panduan hidup.
Kaunseling islam ini menyediakan alternatif kepada klien yang tidak berjaya
dirawat menerusi pendekatan kauseling yang sedia ada. Oleh itu, tanggungjawab dan
beban yang terpikul dibahu para kaunselor islam yang menjalankan amalan kaunseling
islam adalah sangat berat . justeru, mereka perlu manangani cabaran ini dengan

meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kaunseling dan agama islam itu sendiri.
Harus difahami, bahawa kaunselor merupakan manusia biasa yang juga mempunyai
kelemahan dan kelebihan tersendiri. Oleh itu, kaunselor perlu mngenepikan egonya
sebagai kaunselor serba tahu dan merujuk kes kepada kaunselor yang lain yang boleh
membantu klien tersebut.

Anda mungkin juga menyukai