Anda di halaman 1dari 68

WIRA YANG TIDAK

DIDENDANGKAN
(TUGASAN KUMPULAN)

Disediakan Untuk:
DR YUSAIMAN JUSOH @ YUSOFF
SGDJ3013 SEJARAH MALAYSIA II

Disediakan Oleh:
SUHANA BINTI MAD BSAR (232473)
NUR AZIRA BINTI ZAIDI (232481)
NOOR AMIRA BINTI HASIN (232576)

ISI KANDUNGAN
BIL
1
2

TAJUK
Pengenalan
Dr. Burhanuddin Al-Helmy
I.
II.
III.
IV.
V.

HALAMAN

CATATAN

HALAMAN

CATATAN

Latar Belakang
Keperibadian
Pendidikan
Penglibatan dalam
Bidang Politik
Idealisme dalam

Perjuangan
Ahmad Boestamam
I.
II.
III.

Sejarah Hidup
Laungan Radikalisme
Melayu
Perjuangan Sebagai
Tokoh Radikalisme

IV.

Melayu
Pejuang Berhaluan Kiri
Tanah Air

BIL
4

TAJUK
Ishak Haji Muhammad (Pak
Sako)
I.
II.
III.

Latar Belakang
Semangat Nasionalisme
Aliran Pemikiran
sebelum Pendudukan

IV.

Jepun (1936-1941)
Aliran Pemikiran
Semasa Pendudukan

V.

Jepun (1941-1945)
Aliran Pemikiran
Selepas Pendudukan

VI.

Jepun (1945-1948)
Falsafah Ishak sehingga

VII.

Tahun 1948
Ishak sebagai Seorang

VIII.

Penulis
Ishak Sebagai Seorang
Ahli Politik

5
Penutup
6
Rujukan
PENGENALAN
Setelah negara mencapai kemerdekaan selama 59 tahun masih ada lagi pertikaian,
siapakah pejuang sebenar yang membawa negara ini mencapai kemerdekaan. Bagi
generasi muda yang lahir selepas merdeka tentunya akan timbul kekeliruan
tentang sejarah kemerdekaan negara. Masih lagi ruang dan peluang untuk rakyat
menyelongkar peristiwa-peristiwa atau tokoh-tokoh yang terbabit dalam
perjuangan menuntut kemerdekaan. Contohnya, buku-buku masih banyak ditulis
tentang sejarah negara malah bekas-bekas ahli PKM masih boleh membina blog
masing-masing yang masih jelas penulisnya teguh dengan prinsip perjuangan
mereka. Gerakan nasionalisme seperti ini bertunjangkan misi pembentukan negara

bangsa yang merdeka, bebas dari penjajah dan mentadbir sistem pemerintahan
negara sendiri dengan acuan kepimpinan sendiri.
Dalam menghayati atau pun menghargai kemerdekaan negara, ia
nampaknya tertumpu kepada dua aspek. Pertamanya, penonjolan selalu dibuat
kepada tokoh-tokoh dan parti-parti yang bersifat kanan. Ini tentulah tidak adil
apabila tokoh-tokoh seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam,
Ishak Haji Mohammed dan ramai lagi, yang telah merengkok dalam penjara bagi
tempoh yang lama, demi menuntut kemerdekaan negara dari penjajah, dibiarkan
hilang ditelan masa. Mereka terpaksa hidup bersusah payah, membuang tenaga
dan wang ringgit demi untuk perjuangan itu. Walaupun mereka bersifat radikal
dan pembangkang, namun dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, perjuangan
seperti ini sangat bermakna dalam memberi satu perjuangan yang kental dan tidak
bersifat 'pak turut'. Tentangan mereka kepada golongan yang bekerjasama dengan
British untuk membuat desakan-desakan yang lebih menguntungkan kemerdekaan
negara.
Pada dasarnya juga, penentangan dan kerjasama di antara golongan pro
dan anti penjajah ini sebenarnya adalah satu penyempurnaan kepada proses
mencapai kemerdekaan itu. Malah, dalam perbezaan pendekatan politik itu,
mereka tetap penting dan seiringan kerana kedua-duanya bergerak untuk
mendapatkan kemerdekaan itu sendiri. Malah, dengan mengambil kira perjuangan
golongan penentang yang selalunya terpinggir ini, generasi hari ini disajikan
sebuah penghayatan sejarah kemerdekaan negara yang sempurna dan objektif.
Sikap yang objektif ini juga dapat membantu generasi hari ini bersikap lebih

terbuka dalam membuat penilaian mereka terhadap bentuk dan pendekatan politik
mereka pada masa hadapan.
DR. BURHANUDDIN AL-HELMY
Latar Belakang
Catatan sejarah telah merakamkan ramai tokoh yang berjuang dalam
memerdekakan Tanah Melayu. Salah seorang pejuang kemerdekaan ialah Dr.
Burhanuddin al-Helmy yang kurang didendangkan. Kehidupan Dr .Burhanuddin
penuh berliku. Penjara sentiasa menanti kedatangannya. British dan parti
pemerintah sentiasa mengintip langkahnya. Namun kehidupannya diteruskan
tanpa mengubah nada dan temponya. Hanya satu sahaja matlamatnya iaitu
menegakkan kebenaran, ideologi dan falsafah hidup yang diyakininya. Dengan
itu, penglibatannya dalam gerakan nasionalisme dan politik Tanah Melayu adalah
satu kesungguhan yang tidak boleh dinafikan.
Menurut Ramlah Adam (2003), Dr. Burhanuddin al-Helmy merupakan
anak Perak kelahiran Kampung Cangkat Tualang, Kota Bharu, Taiping, Perak.
Beliau telah dilahirkan pada 29 Ogos 1911 dan telah meninggal dunia pada
tanggal 25 Oktober 1969. Bapanya ialah Haji Muhammad Nor berasal daripada
keluarga bangsawan Sungai Jambu, Bayu Sangkar, Sumatera Barat, Indonesia.
Manakala, ibunya bernama Syarifah Zaharah binti Habib Osman yang berasal dari
kampung kelahiran beliau, Melaka.
Menurut Saliha (1972), Dr. Burhanuddin merupakan anak pertama
daripada lapan orang adik-beradik dan mempunyai keturunan darah campuran

Minangkabau-Arab. Bapa Dr. Burhanuddin merupakan perantau dari Indonesia


yang telah datang ke Tanah Melayu pada tahun 1908 ketika berusia 18 tahun.
Beliau berada di Makkah beberapa tahun untuk menuntut ilmu agama seperti
mempelajari al-Quran dan hukum-hukum Islam. Antara guru bapanya di Makkah
ialah Sheikh Mohammad Khatib Minangkabau. Perpindahan bapanya ke Makkah
ialah untuk mengelakkan daripada tekanan pihak Belanda yang memeras rakyat
untuk memberi cukai kepala dan menjadi buruh paksa. Ini membuktikan bahawa
ideologi untuk membebaskan diri daripada penjajah sudah terbina dalam diri
ayahnya yang berkemungkinan juga merupakan antara faktor penyumbang kepada
pemikiran Dr. Burhanuddin dalam menentang penjajah.
Ibu Dr. Burhanuddin pula berketurunan Arab. Beliau telah berhijrah ke
Perak dari Melaka untuk mencari rezeki dan tempat yang lebih tenteram.
Akhirnya, Haji Mohamad Noor dan Sharifah Zahrah bertemu jodoh. Perkahwinan
mereka telah diuruskan oleh keluarga masing-masing. Melalui darah campuran ini
telah membuatkan Dr. Burhanuddin cukup istimewa sehingga melahirkan seorang
individu yang berwibawa dan tajam pemikirannya (Suzy & Khairulnizam, 2013).
Keperibadian
Berdasarkan tulisan Ahmad Boestamam (1972), Dr. Burhanuddin merupakan
seorang pembela Islam yang tenang. Sebagai contohnya, apabila Mokhtaruddin
Lasso bertanyakan kepada Dr. Burhanuddin mengenai soalan berasaskan
ketuhanan seperti bukti kewujudan tuhan dan pelbagai lagi persoalan berkenaan
Islam. Dengan jawapan yang diberikan Dr. Burhanuddin dalam keadaan yang

tenang dan berdasarkan logik akal menyebabkan Mokhtaruddin tidak dapat


memutarbelitkan soalannya lagi.
Hal ini amat mengagumkan Ahmad Boestamam yang turut memerhatikan
gelagat mereka. Oleh yang demikian, sikap beliau yang tidak mudah melatah
membolehkan beliau mampu berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam
memperjuangkan matlamatnya dengan tenang. Oleh kerana itu, beliau mampu
berhadapan dengan pemimpin-pemimpin yang lain dan berinteraksi tanpa ada
pertelingkahan dan perselisihan secara serius. Ahmad Boestamam juga melihat Dr.
Burhanuddin sebagai seorang tokoh yang paling demokratis. Beliau mempunyai
hati yang keras dalam perwatakan yang lemah-lembut.
Saliha (1972) menyatakan bahawa gelarannya iaitu al-Helmy berasal
daripada perkataan Al-Hulaimi. Istilah berkenaan diambil sempena gelaran
bapanya Abi Halim kerana ayahnya tidak mementingkan kebendaan, kesenangan
dunia, seorang yang tidak mudah marah serta sentiasa tersenyum. Begitu juga
dengan Dr. Burhanuddin yang turut mewarisi sifatnya lemah-lembut, sopansantun, tenang, sabar dan pendiam. Perkataan al-Helmy itu muncul dan
dipopularkan dari perkataan Al-Hulaimi.
Ramlah Adam (2003) berkata bahawa Dr. Burhanuddin disenangi oleh
kawan mahupun lawannya. Sebagai contohnya, British telah menggelar Dr.
Burhanuddin sebagai Ghandi of Malaya iaitu seorang aktivis politik yang
menuntut keadilan dan layanan yang baik serta menuntut kemerdekaan melalui

cara perundangan. Disebabkan pernah melanjutkan pelajarannya di India, beliau


terbawa-bawa cara tokoh-tokoh politik di sana.
Dr. Burhanuddin juga terkenal dalam kalangan rakyat biasa dan orang
kampung sebagai seorang individu yang jujur dan tidak berprasangka jahat
terhadap rakan-rakan seperjuangannya mahupun lawan politiknya. Menurut Insun
Sony Mustapha (1999) dalam Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Pembangunan
Ekonomi Politik Islam di Malaysia, perkara berkenaan telah dijelaskan oleh
Mustapha Hussain, rakan seperjuangannya dalam PKMM iaitu:
Dalam perdampingan saya dengan Dr. Burhanuddin. Saya dapati
bahawa beliau seorang yang rajin, amat berjiwa rakyat, tulus dan
ikhlas. Ilmu agama yang dipelajarinya di Sumatera dan India telah
digunakan sepenuhnya untuk perjuangan rakyat. Tetapi beliau ada
satu kelemahan. Orang-orang yang dicurigai oleh puak kiri sebagai
musang berbulu ayam telah diterima dan dilayan seperti adik
kandungnya sendiri sehinggakan banyak rahsia parti yang diketahui
oleh puak penentang.

Burhanuddin merupakan seorang yang lurus dan jujur. Hal ini


disebabkan beliau tidak gemar berprasangka buruk terhadap kawan
mahupun lawannya. Beliau juga merupakan pemimpin yang tidak bersifat
angkuh dan sukar tersinggung oleh cabaran rakannya (Ahmad Boestamam,
1972).
Pendidikan
Sejak kecil lagi Dr. Burhanuddin telah mendapat asuhan dan bimbingan daripada
ibu bapanya daripada segi didikan agama. Pendidikan awal yang diterimanya
adalah sama seperti anak Melayu yang lain. Beliau di ajar oleh bapanya mengaji

al-Quran dan ilmu tajwid. Dr. Burhanuddin (1971) dalam Dr. Burhanuddin AHelmy dan Pembangunan Ekonomi Politik Islam di Malaysia pernah
mengungkapkan keterangan mengenai bapanya:
Ayahanda saya adalah seorang tasawuf dan bertariqat
Naqsyabandi dan waraknya. Maka saya pun dari kecil dilatihnya
warak dan mesti kuat beribadat mengikut-ikut dia sembahyang
berjemaah, membaca Quran dan berzanji...

Menurut Kamarudin (1980), pendidikan Dr. Burhanuddin secara formal


bermula di Sekolah Melayu Behrang Ulu, Tanjung Malim dan kemudian di
Sekolah Melayu Bakap sehingga darjah tiga. Beliau kemudiannya menyambung
persekolahan di Kota Bharu, Perak. Pada waktu yang sama dia mula
menceburkan diri ke dalam bidang penulisan dengan menerbitkan sejenis akhbar
Berita Minggu.
Nabir (1976) menyatakan bahawa sebaik sahaja tamat sekolah Melayu
pada tahun 1924, beliau dan adiknya, Abdul Halim telah dihantar oleh bapanya
ke Sungai Jambu, Padang Panjang, Sumatera, Indonesia untuk mempelajari ilmu
agama berikutan bapanya sangat berminat menghantar beliau mempelajari
bidang pendidikan agama Islam secara sepenuh masa. Di sinilah beliau telah
berguru dengan ulama-ulama dari Kaum Muda yang berfahaman progresif
tentang Islam. Berikutan pendampingannya dengan ulama-ulama ini, maka
pemikiran Dr. Burhanuddin juga sealiran dengan guru-gurunya. Ketika berada di
Indonesia selama dua tahun, beliau juga telah mempelajari bahasa Belanda.

Pada tahun 1926, sekembalinya beliau ke tanah air, bapanya telah


menghantar Dr. Burhanuddin ke Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Beliau tidak
lama belajar di institusi terbabit kerana pada pandangannya sukatan pelajarannya
agak rendah dan tidak sesuai dengannya. Hal ini demikian kerana, beliau lebih
menyukai pendidikan yang bersifat dua hala. Oleh itu, pada tahun 1927, beliau
telah meminta bapanya mendaftarkannya ke Madrasah Al-Masyhoor AlIslamiyyah, Pulau Pinang. Di sini, beliau begitu selesa sekali kerana sistem
pengajarannya yang moden dengan penggunaan bahasa Arab, Inggeris dan
Melayu dan perbincangan serta soal jawabnya yang terbuka serta sangat berbeza
dengan Sistem Tadah yang menjadi pendekatan pengajaran di sekolah pondok
selama ini. Di sini juga, beliau didedahkan dengan majalah-majalah dari Timur
Tengah yang mengandungi pendapat-pendapat baru tentang Islam. Gerakan
reformasi Islam yang memberi satu interpretasi progresif tentang ajaran Islam. Di
madrasah inilah beliau telah belajar sehingga tamat tingkatan menengah atas
(Thanawi) dan berjaya menguasai bahasa Arab (Saliha, 1972).
Dr. Burhanuddin (1980) dalam Dr. Burhanuddin A-Helmy dan
Pembangunan Ekonomi Politik Islam di Malaysia menyatakan bahawa selepas
mendapat biasiswa pada tahun 1928 daripada saudagar-saudagar Islam India
untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Aligarh, New Delhi, India pada tahun
1943. Bidang pengkhususannya ialah falsafah. Dalam masa yang sama, beliau
terdedah dengan gerakan kebangsaan India yang menuntut kebebasan politik
daripada British, di samping menyaksikan pertelingkahan antara orang Hindu
dan Islam yang berlaku dalam kalangan penduduk di India. Rapat-rapat umum

yang dianjurkan oleh tokoh-tokoh gerakan kebangsaan India seperti Mahatma


Gandhi dan Pandit Nehru kerap diikutinya.
Pendedahan seperti ini tentunya mencetuskan perasaan kebangsaan dalam
sanubari Dr. Burhanuddin. Idea untuk membebaskan Semenanjung Tanah
Melayu yang juga dijajah oleh British mudah sekali berputik dan membara
dihatinya, beliau telah pergi mengembara dan menuntut ilmu di negara India.
Disana Dr. Burhanuddin banyak menimba pengalaman dan gerakan kemerdekaan
daripada Mahatma Ghandi selain pernah berkenalan dengan Mohd Ali Jinnah
iaitu pengasas negara Islam Pakistan dan Pandit Nehru di samping beberapa
tokoh kemerdekaan India yang lain.
Di India ini, beliau telah mempelajari bahasa Inggeris dan Perancis.
Beliau kemudiannya mempelajari ilmu-ilmu homeopati seterusnya meneruskan
pengajiannya dalam bidang perguruan psikologi-metafizik iaitu ilmu rohani yang
berkaitan dengan falsafah dan perbezaan-perbezaan agama besar di dunia ini.
Menurut Dr. Burhanuddin (1966) dalam Dr. Burhanuddin A-Helmy dan
Pembangunan Ekonomi Politik Islam di Malaysia, apabila kita halusi inti sari
alam metafizik dan pengertian alam nyata yang diterangkan ulama tasawuf
berdasarkan perbahasan ilmiah hari ini, nampaklah di mana ilmu tasawuf dan
tariqat-tariqatnya.
Menurut Mohd Syakir (2010), Beliau juga penah dijemput berucap di
Persidangan Pembukaan Kongres Ahli-ahli Tariqat As-Sufiah seluruh Malaya
pada 20 Oktober 1960, di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Begitu juga dengan

Sidang Mesyuarat Agung Persatuan Tariqat As-Sufiah yang pertama pada 3 Jun
1962. Beliau menyeru:
Janganlah lemah ahli-ahli Tariqat Sufiah menerusakn jihad di
tengah-tengah masyarakat kebendaan yang perlu disiram dengan
siraman jiwa tauhid dan sufiah, dan awas, dan jauhkanlah diri
daripada tasawuf yang maghrur, tasawuf yang dirasuk oleh tipu
daya musuh-musuh Islam.

Beliau turut menyarankan kepada para pencinta tasawuf tariqat dengan


ucapannya:

Dalam meneruskan jihad Tariqat Sufia ini, susunlah lebih kemas


lagi perpaduan dan siarkanlah pelajarn-pelajaran tasawuf itu
mengikut adab dan akhlak ahli-ahli tasawuf. Jangan tiru-tiru ahli
Fiqah. Biarlah ahli Fiqah dengan gelanggangnya! Tetapi ahli
tasawuf ajnganlah tak bergelanggang, mestlah ada bergerak dalam
gelanggangnya. Adakan yayasan dan perguruan tasawuf secara
zaman ini, jangan jadi pak turut sahaja. Islam membenci pakturut
dan taklik buta. Semua ahli tasawuf, mestilah betul-betul menjadi
al-tabiinal-arifinal-shodiqin.

Demikianlah seorang tokoh Islam yang begitu komited dalam


membangunkan bangsa dan negara dengan roh agama dan bersendikan
pengamalan tasawuf tariqat yang benar. Menurut kajiannya mengenai kedatangan
Islam ke Nusantara ini, beliau mendapati bahawa nenek moyang kita memeluk
agama Islam yang hanif adalah kesan daripada dakwah ulama syiah dan ulama
tasawuf. Mereka bukannya memeluk Islam melalui ulama fiqh. Islam memasuki
Nusantara kita ini dan berkembang bukan melalui kekerasan atau paksaan tetapi
dengan kemahuan hati dan pilihan mereka sendiri sehinggakan dapat mengatasi
agama Hindu dan Buddha, sebagaimana yang telah diperjuangkan oleh wali
songo di Jawa dan di kepulauan lain (Mohd Syakir, 2010).

Penglibatan dalam Bidang Politik


Dr. Burhanuddin melihat penindasan British bukan sahaja dalam bidang politik,
tetapi juga terhadap agama Islam dan para penganutnya. Penindasan British
terhadap rakyat Palestin telah menjadi tumpuannya. Semasa melawat Palestin,
Dr. Burhanuddin telah menjadi ahli sebuah pertubuhan sukarela yang cuba
membela nasib orang Palestin yang dihalau oleh Israel dengan bantuan British.
Beliau tinggal disana selama beberapa bulan sebelum kembali ke Singapura
(Suzy & Khairulnizam, 2013).
Menurut Kamarudin (1980), Dr. Burhanuddin pulang ke tanah air pada
tahun 1935 dan terus menjadi guru bahasa Arab Al-Juned, Singapura. Di samping
itu, beliau juga aktif di dalam pergerakan Islam di pulau itu. Misalnya dengan
menyertai Jamaatul Islamiah. Pada tahun 1937, beliau menerbitkan sebuah
majalah bernama Taman Bahagia yang secara terang-terangan anti-British. Salah
satu daripada tulisannya yang tersiar adalah tentang nasib rakyat Palestin yang
teraniaya kerana imperialisme British. Beliau telah ditangkap beberapa jam
selepas majalah itu diterbitkan. Tulisannya itu dikatakan mengancam kedudukan
politik British. Beliau telah diikat jamin oleh saudagar Arab di Singapura.
Namun, beliau terpaksa meringkuk di dalam penjara selama enam bulan. Semasa
itu, beliau mula mengenal erti jeriji besi kerana kepercayaan politiknya itu.
Namun, pengalamannya itu menjadi satu mangkin kepada keyakinannya tentang
kebenaran, yang akhirnya telah melahirkan sikap antipenjajahan yang kental di
dalam dirinya.

10

Ramlah Adam (1999) menyatakan bahawa pada tahun 1939, Dr.


Burhanuddin telah diperkenalkan kepada Kesatuan Melayu Muda (KMM) oleh
Mustapha Hussin iaitu pemimpin KMM. Burhanuddin dianggap tidak bahaya
dalam KMM kerana tidak begitu aktif berbanding pemimpin-pemimpin KMM
yang lain seperti Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Mohammad, Ahmad Boestamam
dan Sultan Djenain. Oleh yang demikian, beliau terlepas daripada menjadi
mangsa tangkapan British pada tahun 1940 iaitu menjelang Perang Dunia ke-2.
Kebijakan strategi politik Dr. Burhanuddin dilihat berjaya berbanding pemimpin
kiri yang lain.
Walaubagaimanapun, dasar menentang penjajahan British kadang-kala
timbul dan kadang-kala tenggelam dalam strategi politiknya yang sukar
difahami, sehingga keadaan itu menjadi satu pertentangan antara tindakan dan
ideologi politiknya yang sukar difahami. Misalnya, Dr. Burhanuddin menerima
kedatangan Jepun sebagai kuasa yang membebaskan Tanah Melayu daripada
penjajahan British. Kedatangan Jepun dilihatnya sebagai satu cara untuk
merubah status politik orang Melayu dan Tanah Melayu. Beliau, seperti juga
kawan-kawan seangkatannya percaya dengan slogan-slogan Jepun untuk
membebaskan Asia dan Tanah Melayu khususnya daripada cengkaman dan
penindasan British (Ramlah Adam, 1999).
Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya yang menjadi dasar
penjajahan Jepun terhadap Asia, dipercayainya sebagai satu niat Jepun yang
ikhlas untuk membangunkan dan memerdekakan Tanah Melayu. Namun begitu,
Dr. Burhanuddin telah terpedaya. Berdasarkan Kamarudin (1980), semasa

11

pendudukan Jepun Dr. Burhanuddin telah diberikan jawatan tertinggi bagi orang
Melayu iaitu Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu (Advisor on Malay
Custom and Culture) dan berpejabat di Markas Pentadbiran Tentera Jepun di
Taiping. Menerusi jawatan ini, beliau menyediakan wadah pembebasan Tanah
Melayu daripada sebarang bentuk penjajahan.
Kesatuan Melayu Muda (KMM), yang menjadi tunjang dan simbol
gerakan politik menentang penjajahan British telah diharamkan hanya selepas
enam bulan Jepun menduduki Tanah Melayu. Pihak Jepun menjadi marah
berikutan desakan segolongan pimpinan KMM yang mendesak kemerdekaan
diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu seperti yang dijanjikan. Jepun
hanya menyokong pertubuhan-pertubuhan yang menyokongnya, terutama
pertubuhan tentera sukarela seperti Giyu-gun dan Giyu-tai. Akhbar-akhbar
tempatan juga dijadikan milik pemerintah atau diletakkan di bawah kawalan
pentadbiran Jepun. Rencana-rencana yang memuji keberanian Jepun dalam
peperangan, keikhlasan Jepun membangunkan negara-negara di dalam Kawasan
Kemakmuran Asia Timur Raya, penyerapan bahasa dan kebudayaan Jepun di
samping melahirkan perasaan kekitaan dalam kalangan penduduk negara-negara
yang dijajah oleh Jepun, menjadi isi kandungan akhbar-akhbar dan majalah
seperti Malai Shinbun, Fajar Asia dan Semangat Asia. Ibrahim Haji Yaakob,
Ishak Haji Muhammad dan tokoh-tokoh nasionalis Melayu yang lain tidak dapat
berbuat apa-apa dengan penguasaan Jepun itu (Ramlah Adam, 1999).
Menurut Mohd Syakir (2010), Dr. Burhanuddin hanya bekerja makan gaji
dengan pihak tentera Jepun sebagai Penasihat Hal Ehwal Adat Agama Islam di

12

Taiping, Perak. Beliau berjaya menganjurkan satu Persidangan Islam di antara


Semenanjung dan Sumatera pada tahun 1943. Namun begitu, pihak Jepun telah
menghalang persidangan kali kedua, kerana ditakuti ia akan menjadi satu
landasan gerakan kebangsaan dalam kalangan orang Islam.
Mohd Syakir (2010) juga menyatakan bahawa Dr. Burhanuddin tidak
dapat berbuat apa-apa dengan tindakan Jepun itu. Dalam bidang pentadbiran
misalnya, usaha pihak Jepun memecahkan Semenanjung kepada beberapa unit
sekaligus memecahkan kesatuan politik Semenanjung sebagai sebuah negara
serta penyerahan empat buah negeri Melayu utara kepada Siam sebagai tanda
terima kasih Jepun kerana bantuan yang telah diberikan oleh Siam dalam Perang
Dunia Kedua. Siam telah memberi laluan kepada tentera Jepun untuk menyerang
Tanah Melayu hanya dilihat begitu sahaja.
Penderitaan hidup, kekurangan makanan, penindasan dan kekejaman
tentera Jepun tidak dapat dilunakkan. Di dalam memorinya, beliau menceritakan
keadaan itu. Sebaliknya, akhbar dan majalah menyiarkan berita yang baik yang
menggambarkan Semenanjung sangat makmur di bawah pemerintahan Jepun.
Bagaimanapun dalam pengakuan kawannya, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Dr.
Burhanuddin telah menggunakan kedudukannya sebagai pegawai kerajaan Jepun
untuk memberi perlindungan kepada Madrasah Gunung Semanggol dan
penduduk Gunung Semanggol daripada kekejaman tentera Jepun dan para
pentadbirnya (Ramlah Adam, 1999).

13

Menurut Nabir (1976) pula, beliau turut mengambil peluang daripada


jawatannya untuk mendampingi, melindungi dan membantu pusat pendidikan
Islam yang terkemuka dari segi sosial dan politik di Gunung Semanggol, Taiping
yang bernama Maahad II Ihya As-Syarif. Perhatian beliau terhadap Maahad ini
begitu tinggi kerana sebelum pendudukan Jepun, institusi ini telah banyak
melahirkan guru-guru yang berpendidikan agama. Perkara ini membuktikan satu
lagi sumbangan Burhanuddin dalam mempertahankan sosiopolitik orang Melayu
dari segi pendidikan.
Menurut Kamarudin (1980), dalam tahun 1945, Dr. Burhanuddin bersamasama Onan Siradj, Ibrahim Yaacob dan lain-lain pemimpin KMM menubuhkan
Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) yang dirancang dengan
sokongan Jepun untuk menguruskan kemerdekaan Malaya dalam konsep Melayu
Raya.
Saliha (1997) menyatakan pada 12 Ogos 1945, Dr. Burhanuddin dan
Ibrahim Yaacob mewakili KRIS mengadakan pertemuan dengan Ir. Sukarno dan
Dr. Hatta di Taiping bagi membincangkan pengisytiharan kemerdekaan Tanah
Melayu (Malaya) dan Indonesia secara serentak pada 17 Ogos 1945. Rancangan
ini gagal kerana tiga hari sebelum tarikh pengisytiharan kemerdekaan akan
diumumkan iaitu pada 14 Ogos 1945, Jepun secara tiba-tiba terpaksa menyerah
kalah kepada kuasa Berikat setelah Nagasaki dan Hiroshima dimusnahkan oleh
serangan dua butir bom atom Amerika Syarikat pada 6 dan 9 Ogos 1945. Akibat
penyerahan Jepun ini telah memberi peluang kepada British menduduki Malaya
semula.

14

Walaupun

Sukarno

meneruskan

rancangan

kemerdekaannya,

Dr.

Burhanuddin tidak dapat berbuat demikian untuk Tanah Melayu kerana


kumpulan-kumpulan yang menentang Jepun telah pun menguasai keadaan.
Bayangkanlah sekiranya rancangan ini tidak gagal, kedudukan Dr. Burhanuddin
dalam politik dan pemerintahan tidak syak lagi menjadi amat penting sekali.
Maka, ia akan memudahkan Dr. Burhanuddin melaksanakan matlamatnya. Namun
begitu, kegagalan ini tidak mematahkan semangat Dr. Burhanuddin untuk
membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah (Ramlah Adam, 2003).
Menurut Kamarudin (1980), beliau menganggotai PKMM setelah ia
ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 dalam satu kongres Melayu di Ipoh. PKMM
merupakan pertubuhan politik Melayu yang pertama selepas British kembali
semula mencengkam Tanah Melayu. Mokhtaruddin ialah presiden yang pertama
dan Burhanuddin sebagai naib presiden. Kemudian, menurut Nabir (1976),
semasa

menjadi

Yang

Dipertua

Agung

PKMM,

Burhanuddin

berjaya

menganjurkan Persidangan Ekonomi-Ugama Se Malaya pada 22-24 Mac 1947


di Maahad II Ihya As-Syarif, Gunung Semanggol, Perak. Persidangan ini telah
mencetuskan penubuhan Pusat Perekonomian Melayu se Malaya (PEPERMAS)
dan Majlis Agama Tertinggi Se Malaya (MATA). Penglibatan beliau tersebut telah
membuktikan

pelaksanaan

beliau

dalam

membangunkan

sosioekonomi

masyarakat.
Pada penghujung tahun 1947, berdasarkan karya Kamarudin (1980),
Burhanuddin mengetuai perwakilan Malaya ke Inter-Asian Relations Conference
di New Delhi. Persidangan ini membuka peluang baginya berkenalan dan

15

berbincang tentang gerakan-gerakan menentang penjajahan bersama-sama


pemimpin kemerdekaan negara-negara Asia. Ia membuka ruang yang luas dalam
mengatur strategi menentang penjajah sepertimana prinsip perjuangan beliau.
Pada 14 Mac 1948, Dr. Burhanuddin terlibat menubuhkan Parti Hizbul
Muslimin di Maahad II-Ihya As-Syarif Gunung Semanggol. Menurut Nabir
(1976) pula, peranannya dalam parti baru ini tidak menyerlah kerana pada bulan
Jun 1948 undang-undang darurat telah diisytiharkan oleh British. Lantaran itu,
PKMM telah diharamkan dan beberapa pemimpinnya telah ditangkap termasuk
tokoh-tokoh Hizbul Muslimin seperti Abu Bakar Baqir dan Ustaz Abrab Tamimi.
Penglibatan beliau dalam penubuhan parti Hizbul Muslimin menunjukkan
bahawa, dari sejak awal perjuangannya, beliau tidak pernah meninggalkan
hasratnya dalam perjuangan Islam, dalam menegakkan perjuangan nasionalisnya
(Mohd Syakir, 2010).
Menurut Kamarudin (1980), ketika PKMM di bawah pimpinan Dr.
Burhanuddin, PKMM menyertai pakatan 39 pertubuhan Melayu seluruh tanah air
untuk menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PEKEMBAR) atau
UMNO pada 11 Mei 1946 kerana menentang gagasan Malayan Union tajaan
British. Setelah Malayan Union dibatalkan, PKMM keluar daripada bergabung
dengan UMNO. Dr. Burhanuddin mempunyai beberapa sebab mengapa
perpisahan terpaksa dilakukan. Antaranya ialah Dr. Burhanuddin (1946) berkata:
Setelah kita rasa dan ukur perasaan jiwa perjuangan kita dan rasa
jiwa perjuangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu berlainan rail
(landasan). Ada lebih baik buat sementara untuk melapang dan

16

memudahkan masing-masing menuju dan berjuang membela hak


dan keadilan putera Melayu.

Mohd Syakir (2010) menyatakan bahawa Dr. Burhanuddin agak radikal


dalam sebarang tindakan demi memperjuangkan prinsip politiknya. Hal ini kerana
ia merupakan pengaruh daripada pengajiannya yang telah dijelaskan sebelum ini.
Perkara ini jelas terbukti pada bulan Februari 1947, PKMM, Angkatan Pemuda
Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan beberapa pergerakan lain
bergabung dalam satu pertubuhan bernama Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)
untuk menentang UMNO dalam menentukan corak dan landskap politik Malaya.
Kemudian PUTERA bersekutu pula dengan All Malaya Council for Joint Action
(AMCJA) bergabung tenaga untuk menentang UMNO dan British. Gabungan ini
dipengerusikan oleh Dr. Burhanuddin pada tahun 1955 dengan menegaskan
pendiriannya iaitu:
Tetapi kita terpaksa berpisah kembali kerana perbezaan anggaran
dasar perjuangan, kita akan kecewa selagi kita berada dalam
PEKEMBAR (UMNO) iaitu kita akan menjadi alat penjajah maka
terpaksalah kita keluar.

Selepas berlaku penangkapan besar-besaran itu, Dr. Burhanuddin


berpindah ke Singapura. Namun begitu, pada tahun 1950, Dr. Burhanuddin telah
ditahan oleh British akibat Peristiwa Natrah. Beliau dituduh terlibat dalam
demonstrasi

menentang

keputusan

Mahkamah

Tinggi

Singapura

yang

membenarkan Natrah (Maria Hertogh) dipulangkan kepada keluarga asalnya di


Belanda. Beliau telah dipenjarakan selama satu tahun. Namun, terdapat juga
catatan yang menyatakan beliau dipenjarakan selama tiga tahun di Singapura

17

ekoran peristiwa tersebut, iaitu dari tahun 1950 hingga 1952. Terdapat catatan
yang peristiwa Natrah itu hanya sebagai alasan bagi pihak British menahan Dr.
Burhanuddin (Ramlah Adam, 1999).
Sebenarnya Dr. Burhanuddin ditahan oleh British kerana semasa Darurat
pada 1948, beliau menyeru secara terbuka orang Melayu jangan menyerang kaum
gerila Cina yang berjuang melawan British di dalam hutan. Peristiwa Natrah
hanya dijadikan alasan oleh pihak British. British tidak boleh menahan Dr.
Burhanuddin yang bergiat masa itu di Singapura kerana pulau tersebut tidak
tertakluk kepada undang-undang Darurat yang hanya dikuatkuasakan di
Semenanjung Tanah Melayu.
Menurut Suzy & Khairulnizam (2013), pada April 1955, Dr. Burhanuddin
dijemput menghadiri Kongres Pemuda Melayu Se Malaya di Kuala Lumpur.
Beliau, kemudian dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu dan sekali
gus diberi mandat mewakili Malaya ke Persidangan Afro-Asia yang diadakan di
Bandung.
Menurut

Kamarudin

(1980),

Sekembalinya

dari

Bandung,

Dr.

Burhanuddin berkempen dalam pilihan raya kebangsaan pada bulan Julai 1955
atas platform Barisan Kebangsaan Melayu yang telah ditubuhkan oleh Kongres
Pemuda Melayu Se-Malaya. Pada pilihan raya pertama itu, Dr. Burhanuddin
dikatakan mengkritik UMNO dan Parti Negara (pemimpin Dato Onn Jaafar) dan
menyatakan keraguan terhadap pilihan raya tersebut. Mungkin, pilihanraya
tersebut dilihat sudah dirancang untuk memenangkan UMNO. Hal ini kerana

18

UMNO pada ketika itu menyokong British dalam melaksanakan perlembagaan


menurut

British

seterusnya

memberikan

kemerdekaan.

Sebaliknya,

Dr.

Burhanuddin dan parti-parti fahaman kiri yang lain menentang British.


Menurut Boestamam (1972), selepas pilihan raya itu, Burhanuddin turut
bersama merancang menubuhkan Parti Rakyat Malaya (PRM). Namun, setelah
PRM dilancarkan pada 11 November 1955 atas persetujuannya, Ahmad
Boestamam dilantik menjadi Ketua Umum parti itu. Sebaliknya, beliau menjadi
ahli Parti Islam Se-Tanah Melayu iaitu pada bulan Disember 1956.
Kemudian pada 25 Disember 1956 dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS
yang ke-5, beliau terpilih sebagai Yang Dipertua Agung parti itu. Semasa pilihan
raya tahun 1959 Dr. Burhanuddin memenangi kerusi Parlimen Besut, Terengganu,
atas tiket PAS. Namun, pada pilihan raya 1964, menurut K.J Ratham dan R.S
Milne (1967) dalam Dr. Burhanuddin A-Helmy dan Pembangunan Ekonomi
Politik Islam di Malaysia, beliau didapati tidak layak bertanding kerana sebuah
mahkamah mendendanya sebanyak $25,360 bersabit satu kesalahan teknikal
dalam sebuah syarikat perniagaan.
Pada Januari 1965, Dr. Burhanuddin ditahan di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa terbabit menyokong Indonesia dalam
konfrontasi Malaysia-Indonesia. Dr. Burhanuddin jatuh sakit semasa di dalam
tahanan dan penyakitnya semakin buruk setelah dibebaskan pada bulan Mac 1966.
Pembebasan beliau bersyarat iaitu tidak boleh melibatkan diri dalam politik tetapi
pada 22 September 1969 syarat tersebut ditarik balik. Namun, pada 25 Oktober

19

1969 Dr. Burhanuddin meninggal dunia kerana keuzuran ketika masih lagi
menjadi Yang Dipertua PAS. Sejarah sumbangan beliau membangunkan ekonomi
politik di Tanah Melayu memang tidak dapat dinafikan. Namun, beliau tidak
pernah diiktiraf sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan. Mungkin hanya
kerana beliau berfahaman kiri (Ramlah Adam, 1999).
Idealisme dalam Perjuangan
Menurut Mohd Syakir (2010), Biografi hidupnya menggambarkan bahawa Dr.
Burhanuddin seorang yang warak dan begitu aktif dalam arena politik. Hasil
daripada pembacaan yang banyak tentang politik, gerakan Islam, pendidikan dan
sebagainya, beliau mempunyai kesedaran yang mendalam tentang agama, bangsa
dan negara. Baginya politik ialah alat kepada agama, kerana politik boleh
berubah-ubah tetapi agama adalah tetap. Beliau mengesahkan dalam karyanya
Agama dan Politik pada tahun 1954:
Politik itu berubah-ubah tetapi agama tetap. Agama tidak boleh
disesuaikan dengan politik, tetapi politik itulah yang mesti
disesuaikan dengan agama. Agama dengan sendirinya berisi
berbagai-bagai ragam politik tetapi politik itu bukan agama.

Dalam tempoh melebihi tiga dekad itu, didapati bahawa Dr. Burhanuddin
mempunyai idealisme politik yang tersendiri yang terpancar daripada tindakan,
ucapan serta tulisan beliau. Kamarudin Jaafar (1980), merumuskan Dr.
Burhanuddin mempunyai tiga ciri utama iaitu merdeka, kebangsaan Melayu dan
Islam. Kenyataan tersebut diperjelaskan lagi oleh W. Mohd Azam (1997), yang
merumuskan idealisme politik Dr. Burhanuddin menjurus kepada tiga dasar yang

20

utama iaitu semangat keislaman, semangat kebangsaan yang luas dan penentangan
terhadap penjajah.
Menurut Saliha (1974), idealisme-idealisme politiknya diperjuangkan
menurut kesesuaian dengan perkembangan politik mengikut tahap perjuangan.
Misalnya, bermula dengan proses membangkitkan kesedaran umat Melayu untuk
merdeka dan memerintah sendiri. Ini diikuti dengan menyatupadukan jiwa-jiwa
yang telah disedarkan dan bermaruah ini ke dalam satu pergerakan yang berkesan
dan mampu untuk menentukan rupa bangsa dan asas-asas pemerintahannya
sendiri. Dalam perjuangan, Dr. Burhanuddin tidak terkeluar dari tiga dasar di atas.
Perjuangannya yang berasaskan Islam, tanah kebangsaan yang asal dan juga
kemerdekaan bangsa daripada penjajahan terbukti sukar ditandingi apabila diberi
mandat

memimpin

satu

pergerakan

atau

pertubuhan.

Kepimpinannya

menggerakkan KMM (1945), Presiden KRIS (1945), Presiden PKMM (1946),


Pengerusi PUTERA (1947), Penasihat PKMM (1947) dan Presiden PAS (1956)
tetap unggul dan karismatik. Implikasi daripada keunggulan ini, Dr. Burhanuddin
telah digelar dengan pelbagai gelaran seperti Pejuang Islam, Sayap Islam, Radikal
Melayu, Sayap Kiri dan tidak kurang juga dengan tuduhan bahawa beliau
terpengaruh dengan komunis dan sosialis. Namun begitu, beliau tetap berjuang
atas idealisme yang berlandaskan tiga dasar yang dibincangkan di atas, tanpa
menghiraukan gelaran-gelaran tersebut, walaupun ada sesetengahnya berbentuk
sinis, kecaman dan provokasi.
Selepas kematiannya, tertutuplah tirai hidup seorang pejuang yang sangat
gigih menegakkan ideologinya. Tidak ada penghormatan negara untuknya dan

21

jenazahnya hanya dilawati oleh rakan-rakan seperjuangannya dan para penyokong


yang menyanjung jasanya. Namun, namanya tetap abadi dalam lipatan sejarah
perjuangan kebangsaan dan politik negara ini.
AHMAD BOESTAMAM
Setiap negara di dunia tidak kiralah apa jua bentuk kerajaan itu sendiri sama ada
Sosialis, Demokrasi mahupun Monarki masing-masing mempunyai haluan politik
dalam kerajaannya yang tersendiri. Hal politik ini lazimnya dikaitkan dengan parti
politik dalam sesebuah negara yang mewakili sebahagian suara dan pandangan
rakyat terhadap pemerintahan juga keadaan negara. Parti politik ini biasanya
terbahagi kepada dua parti iaitu parti berhaluan kanan dan parti berhaluan kiri
yang sering disebut sebagai anti-kerajaan. Oleh itu, gerakan parti berhaluan kiri
ini lebih dikenali dengan panggilan radikal yang memilih cara dengan tidak
berkompromi dengan penjajah. Walaupun golongan berhaluan kiri ini ditakrifkan
sebagai satu golongan yang tidak menerima kerajaan, akan tetapi golongan seperti
inilah yang banyak membangkitkan semangat nasiaonalisme dalam diri penduduk
di Tanah Melayu pada saat pra dan pasca kemerdekaan. Hal ini kerana, golongan
ini sanggup berjuang dengan sedaya upayauntuk membebaskan Tanah Melayu
dari terus dijajah sekaligus menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah.
Sehubungan dengan itu, golongan berhaluan kiri ini telah menyebabkan
tumbuhnya idea atau pendapat yang berbeza dalam pentadbiran sesebuah negara.
Hal ini kerana, pendapat yang berbeza dari pelbagai pihak sangat diperlukan
dalam menjadikan sebuah negara itu kekal aman dan teratur pentadbirannya. Di

22

Tanah Melayu, gerakan radikal seperti Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan
Ahmad Boestamam, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr.
Burhanuddin Al Helmy, dan beberapa lagi parti berhaluan kiri yang aktif sebelum
kemerdekaan Tanah Melayu. Selain daripada tokoh-tokoh yang disebutkan tadi,
terdapat juga beberapa tokoh berhaluan kiri yang terkenal selepas Perang Dunia
Kedua adalah seperti Ishak Haji Muhammad, Mustapha Hussein, Khatijah Sidek,
Tan Cheng Lock, Musa Ahmad, Rashid Maidin, Abdullah CD dan juga Ibrahim
Karim.
Oleh itu, saya memilih Ahmad Boestamam sebagai pejuang yang tidak
didendangkan kerana ketokohan beliau dalam parti radikal membawa kepada
penyisihan beliau dalam perjuangan menuntut kemerdekaan yang didukung oleh
parti-parti kerajaan seperti UMNO. Ahmad Boestamam merupakan seorang
pejuang yang melibatkan diri di dalam politik berhaluan kiri sehingga ke akhir
hayatnya. Usahanya untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia Raya
tetap menjadi idamannya kerana kebanggaannya dengan negara jiran itu yang
mencapai kemerdekaan yang lebih awal daripada Tanah Melayu telah
menyebabkan Ahmad Boestamam dekenang sebagai tokoh berhaluan kiri yang
masyhur di zamannya.
Sejarah Hidup Ahmad Boestamam
Pejuang radikal Melayu yang popular di Tanah Melayu semasa era pra dan pasca
merdeka ini dilahirkan pada 30 November 1920 di Kampung Behrang Ulu,
Tanjung Malim, Perak. Nama sebenar beliau bukanlah Ahmad Boestamam, tetapi

23

Abdullah Thani Bin Raja Kechil. Beliau menggunakan nama Ahmad Boestamam
kerana minatnya terhadap seorang pemimpin India yang bernama Subhas Chadra
Bose. Kehidupan Ahmad Boestamam sewaktu kecilnya tidaklah semewah orang
lain kerana bapa beliau bekerja sebagai petani dengan menanam padi dan menjadi
penoreh getah. Menurut Rustam (1998) Ahmad Boestamam mempunyai dua
orang kakak iaitu Rasunin dan Ramlah. Pada zaman pesekolahannya pula, Ahmad
Boestamam bersekolah di sekolah Melayu dan juga Anderson School Ipoh di
Perak. Beliau juga merupakan seorang pelajar yang pintar dan sering mendapat
keputusan yang baik dalam peperiksaan di sekolahnya.
Ahmad Boestamam sangat meminati bidang penulisan dan kewartawanan.
Minatnya dalam bidang penulisan lahir sejak dari bangku sekolah lagi. Beliau
sangat suka membaca dan berfikir daripada keluar bermain di luar bersama rakan
sebayanya yang lain. Beliau amat menggemari bahan bacaan daripada Indonesia
kerana pengaruh daripada abang iparnya yang merupakan bekas pelajar Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang banyak menggunakan buku-buku rujukan
daripada negara itu. Selain itu, Ahmad Boestamam juga gemar membaca makalah
dan majalah Cenderamata, akhbar Majlis dan juga Warta Malaya. Hal ini kerana
kandungan naskah ini mengandungi perjuangan-perjuangan politik Melayu dan
juga kritikan tentang dasar yang dijalankan oleh pihak British. Pada saat itulah
bermulanya kebangkitan semangat nasionalisme dalam diri Ahmad Boestamam
dan telah menyedarkan katanya dalam tulisan beliau yang bertajuk Dari
Nasionalis ke Sosialis iaitu:

24

semua rencana-rencana itu saya baca belaka, saya fahami dan


kemudian saya telan bulat-bulat. Kata orang jika dibelakang parang diasah akan
tajam juga sudahnya. Demikianlah saya dengan pembacaan saya ini. Lamakelamaan semangat kebangsaan yang ditiup itu telah tertancap dalam hati sanubari
saya, subur dan menyubur,

Bakat Ahmad Boestamam dalam bidang kewartawanan telah diakui oleh


beberapa buah majalah seperti majalah Saudara, Warta Perak, Majlis dan Utusan
Melayu. Majalah Saudara mengakui bakat Ahmad Boestamam sebagai penulis
apabila menyiarkan rencananya dengan nama samara RAMU (Abd. Rahma Md
Yusuf, 1967). Walaupun tidak mendapat bayaran, Ahmad Boestamam berasa
cukup bangga dengan kejayaannya itu. Sejak di bangku sekolah lagi beliau sudah
mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Karier beliau sebagai wartawan telah
menyebabkan beliau mengenali tokoh-tokoh politik tanah air seperti Ishak Hj.
Muhammad dan A. Samad Ahmad. Oleh itu, semangat beliau untuk menceburkan
diri ke dalam bidang politik semakin membuak-buak dan akhirnya nama Ahmad
Boestamam terukir didalam sejarah politik tanah air. Dalam arena politik, Ahmad
Boestamam terlibat dalam beberapa buah parti politik seperti Parti Kebangsaan
Melayu Malaya. (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti Tenaga Rakyat
(PUTERA), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Socialist Front. Parti Marhaen dan
juga Part Keadilan Masyarakat (PEKEMAS). Hal ini, telah menyebabkan beliau
dihormati oleh rakan-rakan seangkatan dengannya walaupun beliau merupakan
tokoh politik yang radikal.
Oleh kerana beliau tokoh politik berhaluan kiri di tanah air, Ahmad
Boestamam pernah dipenjarakan selama kira-kira 12 tahun dan sebanyak 3 kali

25

iaitu pada 1941-1942 pada pertama kalinya, kali kedua pula pada tahun 19481955 dan yang terakhir dari tahun 1963-1967. Beliau dipenjarakan atas beberapa
sebab. Sebagai contohnya, beliau telah membabitkan diri di dalam kegiatan antiBritish atas jawatannya di dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang
bekerjasama dengan pihak Jepun. Penangkapan Ahmad Boestamam kali kedua
kerana beliau terlibat di dalam hartal yang merupakan satu pemogokkan oleh
peniaga dengan penutupan perniagaan mereka untuk tujuan menyusahkan orang
ramai mendapatkan barangan. Hartal dilakukan kerana berdasarkan penentangan
beliau terhadap British dan juga UMNO. Bukan itu sahaja, penangkapan Ahmad
Boestamam untuk kali yang ketiga pula adalah disebabkan laporan oleh Parti
Perikatan yang mengatakan beliau merupakan seorang ahli politik yang
menentang pembentukan Malaysia kerana selama ini beliau amat berharap Tanah
Melayu akan menjadi sebuah gagasan Melayu Raya atau Indonesia Raya.
Selepas dibebaskan daripada penangkapannya kali yang ketiga, pada tahun
1970 Ahmad Boestamam telah ditawarkan bekerja di Sarawak oleh Datuk
Patinggi Abdul Rahman Yaakub yang merupakan bekas Menteri Pelajaran
Malaysia. Tujuan penawaran kerja ini adalah untuk memberi ruang dan peluang
kepada Ahmad Boestamam daripada terus hidup melarat dan mensia-siakan
bakatnya. Beliau ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu politik peribadi Datuk
Patinggi Abdul Rahman Yaakub dan berkempen di dalam Parti Brisan Rakyat Jati
Sarawak (BERJASA). Pada tahun 1978, Ahmad Boestamam telah bersara dari
bidang politik kerana sudah berada dikemuncak kariernya. Beliau meninggal
dunia pada usia 63 tahun kerana menghidap penyakit barah paru-paru. Dengan itu,

26

maka berakhirlah perjuangan Ahmad Boestamam di dalam bidang politik yang


telah banyak memberikannya pengalaman dan halangan hidup, suka mahu pun
duka. Jasa Ahmad Boestamam dalam bidang politik yang berhakuan kiri tidak
dapat dilupakan oleh negara.
Laungan Radikalisme Melayu
Pada peringkat permulaan, perjuangan Ahmad Boestamam hanya pada dada-dada
akhbar di mana beliau ketika itu menjadi seorang penulis dibeberapa buah akhbar
seperti Suara Rakyat, Majlis, Saudara dan Warta Kinta. Beliau menggunakan
saluran media cetak untuk menyebarkan maklumat berkenaan penjajahan British
yang telah memonopoli hasill bumi milik Tanah Melayu pada ketika itu. Akhbarakhbar ini merupakan medium pengantara antara ahli politik seperti Ahmad
Boestamam dengan para pengikutnya. Di samping itu, akhbar juga berperanan
sebagai wadah dan runag untuk menyampaikan informasi kepada orang ramai
berkenaan dasar British yang lebih mengutamakan kaum-kaum laikn berbanding
kaum Melayu pada masa itu. Akhbar-akhbar yang diterbitkan ini telah banyak
membawa kepada kesedaran bangsa Melayu bahawasanya mereka harus bangkit
menentang British bagi membela nasib mereka di tanah air mereka sendiri.
Sewktu Perang Dunia Kedua, pihak British telah mengalami kekalahan
yang teruk dan tumpas ke tangan Jepun. Kemenangan pihak Jepun telah
memberikan semangat baru kepada semua penduduk di Tanah Melayu. Hal ini
kerana, Jepun merupakan negara yang terletak di Asia Timur dan merupakan
negara yang terletak di Asia. Oleh hal yang demikian, pihak Jepun telah menyeru

27

dan memperkenalkan slogan Asia untuk Asia bagi membantu dan mengambil
kuasa pentadbiran daripada pihak British. Slogan ini juga telah menyedarkan
orang Melayu bahawa orang Timur mampu bangun mempertahankan diri sendiri
tanpa perlu bergantung kepada kuasa-kuasa Barat. Dengan kesedaran ini, pada
Ogos 1945, Ahmad Boestamam dengan beberapa tokoh nasionalisme yang lain
telah merampas dan mengambil alih Pejabat Percetakan Perak Shimbun untuk
menerbitkan akhbar sendiri. Hal ini berlaku semasa peralihan pemerintahan Jepun
MPAJA dan British. Akhbar yang diterbitkan berjudul Suara Rakyat dan
diterbitkan di Ipoh, perak.
Melalui penerbitan akhbar Suara Rakyat ini, segala hal yang tidak
memuaskan hati pemimin berhaluan kiri ini disampaikan dan ditulis di dalam
akhbar. Segala idea dan pandangan berkenaan bangsa Melayu tentang
kemunduran kaum majoriti di Tanah Melayu. Menurut Ishak Saat (2007) promosi
melalui akhbar Suara Rakyat ini telah membuka mata masyarakat Melayu betapa
pentingnya penubuhan sebuah parti Melayu untuk menyuarakan segala tuntutan.
Ahmad Boestamam dalam penulisannya telah dapat membangkitkan semangat
nasionalisme dalam kalangan orang Melayu untuk bangun bersama menentang
penjajahan British. Hal ini kerana, beliau banyak mengemukakan idea dan
pandangan yang bernas serta bijak menyinggung perasaan pihak British kerana
boleh dikatakan semua penulisan beliau ini berbaur pedas dan berbisa dalam
mengkritik tindakan British.
Akhbar Suara Rakyat ini juga ini juga turut diterbitkan dalam Bahasa
Inggeris iaitu Voice of The People. Penerbitan akhbar ini ini dalam Bahasa

28

Inggeris adalah untuk menggalakkan bangsa asing dan golongan elit Melayu
untuk membacanya. Isi kandungan akhbar ini adalah sama iaitu untuk
menyedarkan orang Melayu dalam menentang penjajah. Melalui penerbitan
Akhbar Voive of The People, maka Parti Kebangsaan Melayu (PKMM) telah
ditubuhkan pada 20 Oktober 1945. Parti ini ditubuhkan bertujuan untuk menjamin
hak-hak kaum Melayu kerana pada waktu itu sudah ada pertubuhan-pertubuhan
kaum lain yang berbaur politik. Oleh itu, PKMM telah menjadi salah satu parti
yang penting dan khusus untuk kaum Melayu pada masa itu.
Perjuangan Ahmad Boestamam Sebagai Tokoh Radikalisme Melayu
Penglibatan Ahmad Boestamam di Dalam PKMM
Ahmad Boestamam adalah merupakan seorang yang berjiwa radikal. Sikap
radikalnya ini mula terserlah sejak diwaktu prsekolahannay lagi dimana ketika itu
beliau terbabit si dalam bidang kewartawanan dengan menjadi penulis dibeberapa
akhbar. Beliau bijak mengutarakan pandangannya dengan disokong oleh hujahhujah yang bernas dan kukuh. Oleh itu, tidak hairanlah jika nama Ahmad
Boestamam ini tesenarai didalam kategori perancang utama gerakan radikal
menentang British.
Penglibatan Ahmad Boestamam di arena politik jelas dilihat di dalam
PKM dan juga API dimana beliau melibatkan diri dalam penubuhan kedua-dua
parti ini. Menurut Ho Hui Ling (2014) PKMM telah ditubuhkan pada 17 Oktober
1945 di Ipoh, Perak. Penubuhan PKMM ini turut melibatkan PKM sebagai
penaungnya. Dalam PKMM, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pemuda PKMM

29

oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Walaupun PKMM dibawah naugan PKM,
namun Ahmad Boestamam tetap bersama dengan PKMM. Antara sebabnya
adalah, PKMM merupakan sebuah parti yang mahu mengatasi pengaruh golongan
kanan iaitu para pembesar Melayu yang bersifat konservatif dan feudal. Selain itu,
penguasaan PKM di Tanah Melayu kekalahan Jepun juga antara sebabnya.
Melalui kerjasama dengan PKM, beliau dan rakannya akan dapat memperluaskan
pengaruh PKMM dalam kalangan semua bangsa. Hal ini akan menjadikan PKMM
sebuah parti yang kuat dan kukuh di Tanah Melayu.
Melalui PKMM ini, Ahmad Boestamam dan golongannya telah
meletakkan dasar Melayu Raya bagi menyeimbangkan pengaruh PKM di Tanah
Melayu di dalam PKMM. Hal ini telah dinyatakan di dalam kongres PKMM yang
pertama dan telah mencapai persetujuan bahawa dasar yang ini adalah untuk
mencapai kemerdekaan bangsa dan tanah air dengan mengabungkan Tanah
Melayu dengan Indonesia lalu mendirikan sebuah Republik Malaya sebagai satu
anggota daripada anggota daripada Republik Indonesia Raya. Hal ini bermaksud,
Tanah Melayu tidak akan merdeka sebagai satu negara yang berdaulat, tetapi
menjadi sebahagian daripada Indonesia Raya. Hal ini merupakan matlamat dan
cita-cita Ahmad Boestamam kerana ramai dalam kalangan orang Indonesia yang
berada di Tanah Melayu menyokong pergerakan PKMM.
Pada pertengahan tahun 1946, Ahmad Boestamam telah dilantik sebagai
Setiausaha Agung PKMM. Menurut Tan Sri A. Samat Ismail (2004) pendekatan,
kritikan dan kepimpinan Ahmad Boestamam lebih terserlah melalui perjuangan
politik berhaluan kiri atau lebih dikenali sebagai pemikiran radikalisme. Ini

30

menjadikan beliau memegang jawatan yang mengukuhkan kedudukannya didalam


PKMM yang merupakan sebuah parti radikal yang dikenali di Tanah Melayu.
Beliau juga merancang satu perubahan dimana ia telah membawa kepada satu
kesan baik iaitu telah menyelamatkan PKMM daripada diterajui oleh komunis.
Hal ini kerana, Ahmad Boestamam tidak berpuas hati dengan sikap lembut dan
jujur pemimpin PKMM iaitu Dr. Burhanuddin. Contohnya, ramai ahli komunis
Melayu yang telah menyertai PKMM. Selain itu, sifat Dr. Burhanuddin juga
mengecewakan PKM kerana PKMM tidak Berjaya untuk menjatuhkan UMNO.
Oleh hal yang demikian, Ahmad Boestamam telah memujuk Dr. Burnhanuddin
untuk menerima jawatan Penasihat Agung PKMM agar beliau boleh memilih
pemimpin baru yang lebih aktif dan berjiwa radikal yang tinggi.
Pada tahun 1946, British telah memperkenalkan Malayan Union (MU)
dengan bertujuan untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah jajahan takluk
British. Penubuhan MU ini mendapat sokongan dari PKMM kerana PKMM
mempunyai motif yang tersendiri terutamanya untuk menghapuskan kuasa RajaRaja Melayu. Selain itu, dasar kerakyatan Jus soli yang diperkenalkan oleh MU
juga telah menarik minat PKMM untuk menyokong penubuhan MU. Hal ini
kerana, dengan adanya dasar Jus Soli, akan menjadikan pengikut PKMM semakin
ramai kerana ramai orang Indonesia akan mendapat taraf kerakyatan sama seperti
bumiputera di Tanah Melayu. Walaupun pada peringkat pertengahan Ahmad
Boestamam dan juga PKMM berpihak kepada UMNO, tetapi itu hanyalah
sementara kerana perbezaan ideologi diantara kedua-dua buah parti tersebut. Hal
ini kerana, UMNO merupakan sebuah parti berhaluan kanan dan PKMM pula

31

parti radikal yang berhaluan kiri. PKMM mengambil keputusan keluar dari
UMNO kerana PKMM tidak diterima oleh British sebagai wakil Orang Melayu
walaupun menyokong penubuhan MU.
Pada 27 Jun 1946, Ahmad Boestamam dan PKMM telah menarik diri
daripada UMNO. Pihak British tidak memihak kepada PKMM kerana
menganggap PKMM lebih berbahaya daripada UMNO. Hal ini kerana, PKMM
dipengaruhi oleh PKM dan pendekatan politik yang dijalankannya juga sangat
radikal. Penglibatan Ahmad Boestamam di dalam PKMM hanya bertahan
sehingga pada akhir tahun 1946 sahaja. Ini disebabkan beliau diminta menarik
diridaripada kepimpinan PKMM kerana ahli yang lain merasakan kepimpinan
Ahmad Bostamam ini lebih menonjol didalam Angkatan Pemuda Insaf (API).
Penglibatan Ahmad Boestamam Di Dalam Angkatan Pemuda Insaf (API).
Menurut Testimen Politik A.P.I (1946) Ahmad Boestamam menubuhkan API pada
tahun 1946 di Ipoh, Perak. Tujuan beliau menubuhkan API adalah untuk mencapai
cita-citanya menjadi seorang pemimpin parti politik berhaluan kiri. API yang
ditubuhkan ini juga merupakan badan politik yang paling radikal dan ekstrem
dengan dianggotai oleh barisan pemuda yang bersemangat tinggi. API membawa
maksud seperti api yang sedang marak membakar semangat para belia Melayu
pada ketika itu. Parti ini juga merupakan sebahagian daripada PKMM pada masa
dulu dan kemudiannya dipisahkan kerana terlalu radikal. Hal ini kerana, Ahmad
Boestamam merupakan pemimpin API yang sangat tegas dan aktif didalam
kepimpinannya.

32

Parti politik yang telah diketuai oleh Ahmad Boestamam ini telah
menakutkan pihak Inggeris kerana berpendapat parti ini lebih radikal dan
berbahaya berbanding dengan parti orang Melayu yang lain seperti UMNO.
Menurut Ramlah Adam (1994) kepimpinan dan peranan Ahmad Boestamam
dalam API amat menonjol sehinggakan API telah dilabelkan oleh penjajah British
sebagai gerakan radikal yang sanggup menentang penjajah walaupun terpaksa
menumpahkan darah. Hal ini kerana, API berorentasikan seperti tentetra dimana ia
dilengkapkan dengan pakaian seragam serba putih dengan berlilitkan kain merah
tertera perkataan API di lengan. Selain itu, API juga menggunakan slogan yang
telah membakar semangat anak-anak muda Melayu seperti Merdeka dan
Merdeka Dengan Darah selain mencipta beberapa buah lagu yang menaikkan
semangat seperti Darah Rakyat dan Dari Barat Sampai Ke Timur. Kedua-dua
buah lagu ini sering dimainkan ketika memulakan perjumpaan ataupun setiap kali
latihan ketenteraan API dijalankan. Oleh itu, boleh dikatakan lagu-lagu ini juga
telah menjadi symbol kepada semangat dan perjuangan mereka.
Penglibatan Ahmad Boestamam di dalam API juga tidak begitu lama
kerana beliau ditanggkap dan dipenjarakan selaras dengan pengisytiharaan
Darurat pada 16 Jun 1948. Pengisytiharan Darurat ini telah menyebabkan ramai
tokoh-tokoh radikal Melayu yang dipenjarakan termasuklah Ahmad Boestamam
juga. Hal ini menyebabkan ahli API telah kehilangan pemimpinnya. Sehubungan
dengan itu, API juga telah diharamkan oleh British dengan alasan API telah
bekerjasama dengan Indonesia dan menjadi penghubung bagi negara itu untuk
menakluk Tanah Melayu. Pengharaman Api telah mengecewakan Ahmad

33

Boestamam kerana perkara itu berlaku ketika API sedang mencapai dikemuncak
dan segala cita-cita serta harapan beliau untuk menyatukan Tanah Melayu dan
Indonesia terkubur begitu sahaja.
Walaupun pengharaman API membuatkan kehidupan Ahmad Boestamam
kembali susah dan menderita sehingga memaksa beliau untuk pulang ke
kampungnya, namun beliau tetap aktif berpolitik dengan menjadikan Pusat Tenaga
Rakyat (PUTERA) sebagai landasan politiknya. Beliau bekerjasama dengan
AMCJA untuk menentang Perjanjian Persekutuan 1948. Hal ini juga telah
menunjukkan sifat kepimpinan dan jiwa politiknya tidak pernah luntur walaupun
dengan pengaharaman API. Walaupun begitu, pengharaman API telah
menyebabkan ramai pengikut API telah menyertai Pemuda UMNO. Hal ini telah
menimbulkan kesan baik dimana ia telah mengubah matlamat perjuangan UMNO
yang selama ini hanya memperjuangkan hidup Melayu tetapi lebih jauh lagi
dengan memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Hal ini juga memberikan
faedah yang besar kepada UMNO walaupun Ahmad Boestamam terpaksa
dipenjarakan dan inilah merupakan sumbangan beliau kepada arena politik di
Tanah Melayu.
Ahmad Boestamam sebagai Perjuangan Berhaluan Kiri Tanah Air
Ahmad Boestamam merupakan seorang tokoh yang berhaluan kiri kerana
keterlibatannya di dalam beberapa buah parti yang berhaluan kiri. Hal ini dapat
dilihat ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu di mana beliau ini menjadi
penyokong Jepun dengan menerima jawatan daripada pihak itu sebagai pegawai

34

penapis filem, akhbar dan bangsawan serta sebagai pegawai propaganda yang
menyebarkan kebaikan dan kekuatan Jepun kepada orang awam. Pada ketika itu,
kehidupan beliau amat baik kerana menerima gaji sebanyak RM 15.00 sebulan
disertai dengan bahan-bahan keperluan harian yang lain sedangkan pada ketika itu
orang awam sukar mendapatkan bekalan makanan.
Pada ketika ini Ahmad Boestamam menganggotai KMM yang telah
menyokong Jepun dengan harapan Jepun akan membantu mereka untuk
memerdekakan Tanah Melayu dengan slogan Asia untuk Asia. Walau
bagaimanapun hal ini tidak menjadi kenyataan kerana Jepun menjajah Tanah
Melayu hanya untuk mewujudkan satu kawasan Kesemakmuran Asia Timur Raya
dan meletakkan Tanah Melayu sebagai salah satu kawasan jajahannya. Hal ini
sama sekali seperti Komanwel British yang menjadikan negara lain yang pernah
dijajah sebagai tanah jajahannya. Oleh itu, Ahmad Boestamam tidak mengubah
slogan aristocrat Melayu pada ketika itu yang menyokong dasar British sematamata untuk menjaga kedudukan mereka di Tanah Melayu. Beliau takut kehilangan
kuasa dan kesenangan hidupnya selain tidak mahu dianiaya dan ditekan oleh
pihak Jepun. Hal ini juga telah menjadikan Ahmad Boestamam sebagai nasionalis
yang prgmatik iaitu seperti lalang ditiup angin kerana tidak mempunyai pendirian
yang tetap. Pada dasarnya, beliau boleh memilih pelbagai cara untuk tidak
bekerjasama dengan Jepun, contohnya beliau boleh memilih menjadi seorang
petani seperti Ishak Haji Muhammad yang tidak terus bekerjasama dengan pihak
Jepun. Sebaliknya beliau berterusan bekerjasama dengan Jepun kerana tidak mahu
hidup susah dan menderita.

35

Berdasarkan rentetan beberapa peristiwa tersebut, maka secara nyata


Ahmad Boestamam merupakan seorang pemimpin yang berhaluan kiri kerana
menurut British, mereka yang menentang British dan tidak mengikut undangundang yang dilaksanakan oleh penjajah Tanah Melayu. Mereka juga
menyenaraihitamkan beberapa tokoh yang dikatakan berhaluan kiri yang lain.
Jelas kelihatan bahawa Ahmad Boestamam seorang pemimpin yang beraliran kiri
dimana beliau dengan beraninya menubuhkan API bagi memperjuangkan keadilan
anak bangsanya secara radikal. Beliau juga terlalu terpengaruh dengan bahan
bacaan yang diperolehi beliau daripada negara luar seperti Indonesia. Pendedahan
yang luas dalam konteks pembacaan menjadikan beliau sebagai seorang yang
berani menyuarakan pendapat.
Walaupun Ahmad Boestamam dikatakan sebagai pemimpin berhaluan kiri
namun beliau tetap berperanan dalam mewarnai dunia politik tempatan semasa
hayatnya. Semangat dan sentiment anti penjajah tetap bersemarak dalam diri
walaupun perjuangannya telah mendapat pelbagai halangan yang memerlukan
seribu pengorbanan dan pengertian. Namun begitu, masyarakat cenderung
memilih gerakan berhaluan kanan dan mengenepikan golongan kiri. Hal ini dapat
dilihat kini dimana dalam silibus pendidikan Sejarah di sekolah, gerakan yang
berhaluan kiri jarang dibahaskan dan hanya gerakan berhaluan kanan sahaja yang
sering diperkatakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Rumusannya, walaupun Ahmad Boerstamam ini dikenali dengan pejuang
politik berhaluan kiri, namun beliau juga banyak memberi sumbangan kepada
Tanah Melayu kerana idea-ideanya sering bermain di dada akhbar pada ketika itu.

36

Pandangan dan ideanya yang luas telah menaikkan semangat kebangsaan kepada
orang Melayu untuk bangun bersama menentang penjajah seperti British dan
seterusnya menuntut kemerdekaan. Selain itu, kehidupannya sebagai seorang ahli
politik lebih menonjol daripada atau semasa beliau menjadi seorang penulis dan
wartawan. Hal ini dapat dilihat dengan penglibatannya dalam beberapa buah parti
politik seperti PKMM, API, PUTERA, SOCIALIST Front, dan juga Parti
Marhaen serta beberapa lagi parti yang lain. Penglibatan Beliau di dalam bidang
politik ini juga telah mencelikkan mata masyarakat berkenaan negara daripada
terus dijajah.
ISHAK HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO)
Semenjak 1930an lagi, nama Ishak Haji Muhammad dikenali umum, terutama
sekali di kalangan mereka yang berminat dalam sastera Melayu dan mereka yang
bergiat aktif dalam politik di Tanah Melayu. Selepas Tanah Melayu merdeka,
keterlibatan Ishak Haji Muhammad dalam politik negara ini tetap bersambung,
begitu juga dengan kegiatan beliau dalam bidang Sastera Kebangsaan. Melihat
daripada kerjaya politiknya jelas sekali beliau lebih banyak gagal daripada berjaya
dan jika dilihat dari sudut pandang kerjayanya sebagai seorang penulis, mungkin
ada yang tertanya-tanya apakah relevennya seorang sasterawan kepada sejarah
negara. Mengenai perkaitan di antara sastera dengan sejarah, adalah sastera
mencerminkan pelbagai aspek masyarakat manakala sejarah pula tertumpu kepada
masyarakat. Maka dapat dilihat terdapat titik pertembungan di antara sastera dan
sejarah.

37

Latar Belakang
Ishak Bin Haji Muhammad telah dilahirkan pada bulan September 1909 di
Kampung Segentang, Pahang. Ayah Ishak bernama Haji Muhammad bin Haji
Maasum iaitu keturunan Acheh. Datuk beliau, iaitu Haji Maasum telah datang ke
Terengganu untuk menuntut ilmu agama. Di Terengganu beliau telah berkahwin
dan memperolehi tiga orang anak iaitu Muhammad, Esah dan Abdul Rahman.
Datuk Ishak sebelah ibu iaitu Abdul Jamal berasal daripada Palembang. Dari
Palembang beliau telah pergi ke Teluk Belanga, Singapura untuk ke Kota Tinggi,
Johor dan berpindah ke Pahang. Datuk beliau berkahwin dan dikurniakan anak
yang bernama Fatimah iaitu ibu kepada beliau. Haji Muhammad dan Fatimah
telah berkahwin pada tahun 1903. Dalam perkongsian hidupnya, keluarga ini telah
dikurniakan 16 orang anak.
Pendidikan
Semasa kecil, Ishak menghidap penyakit Buboi (Yaws) iaitu kudis di tapak
kaki, oleh sebab itu, beliau agak lewat sedikit masuk ke Sekolah Melayu. Ketika
berusia 10 tahun Ishak telah masuk Sekolah Melayu Kampung Tengah, Termeloh.
Beliau seorang yang cerdas dan pandai. Ini dapat dibuktikan apabila tiap-tiap
peperiksaan beliau mendapat tempat yang pertama. Ketika Ishak dalam darjah 4
tahun 1923, beliau telah berhenti dari Sekolah Melayu kerana ia dapat
melanjutkan pelajarannya di Sekolah Inggeris Kuala Lipis. Ishak telah
melanjutkan pelajarannya di Sekolah Inggeris Kuala Lipis (1924-1929). Oleh
kerana Ishak telah membuktikan kepandainya di Sekolah Melayu dan sesuai

38

dengan dasar kerajaan penjajahan Inggeris, membanyakkan jumlah anak Melayu


mendapatkan pendidikan Sekolah Inggeris. Ishak melanjutkan pelajaran di
Sekolah Inggeris Kuala Lipis yang bernama G.E.S (Government English School)
yang kemudiannya bertukar nama kepada Clifford School. Ishak telah lulus
Senior Cambridge dengan mendapat credit dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan Inggeris. Pada tahun 1929 Ishak telah
mula berminat dengan karang mengarang. Pada mulanya beliau telah menjadi
ejen surat khabar mingguan Warta Negeri. Ishak memulakan bakatnya dengan
menulis satu rencana di dalam surat khabar Warta Negeri dalam tahun 1929 di
bawah tajuk Membesarkan Angan-angan.
Ishak telah memohon melanjutkan pelajarannya di Raffles College tetapi
tidak berjaya. Kemudian ia telah dinasihati oleh saudara maranya supaya
memohon pekerjaan sebagai guru dan sepatutnya mula mengajar sebagai Student
Teacher di sekolah Inggeris, Kuantan, Pahang. Tetapi beliau tidak melaporkan
diri, sebaliknya mendapat galakkan dari cikgu dan rakan-rakannya supaya
memasuki peperiksaan pemilihan Pegawai-Pegawai Tadbir Melayu (M.A.S).
Ishak telah memasuki peperiksaan Competitive Exam di mana 43 calon
berebutkan tiga jawatan kosong tersebut. Di antara tiga orang yang berjaya
mengisi jawatan kosong tersebut ialah Ishak Haji Muhammad, Baharudin Bin
Alang Abdul Shukor (anak seorang pembesar Perak) dan Encik Mohammad Baba
berasal daripada Selangor. Pada bulan Jun 1930, ketika Ishak berumur 21 tahun, ia
telah menjejakkan tangga ke Malay College, Kuala Kangsar (MCKK). pada tahun
1931 ketika di MCKK, beliau telah cuba menterjemahkan suatu rencana

39

berkenaan Tawarikh Malaya daripada majalah Journal of the Royal Asiatic


Society, cawangan Malaya dengan kebenaran pihak society atau persekutuan itu.
Percubaannya tidak berjaya kerana tidak habis diterjemahkan, tetapi sebahagian
daripadanya dapat disiarkan didalam surat khabar Bahtera yang diterbitkan di
Pulau Pinang.
Pegawai Pentadbiran Melayu
Setelah Ishak berlatih dan tamat sebagai Pegawai Pelatih Melayu (probationary)
di Kuala Kangsar selama setahun maka pertengahan tahun 1931, beliau telah di
tempatkan di Pejabat Daerah Termeloh sebagai Pegawai Dalam Latihan
(Probationary Malay Officer). Banyak pengalaman yang telah di alami oleh
beliau. Pada pertengahan tahun 1932, Ishak telah cukup latihannya bekerja
sebagai Pegawai M.A.S maka ia ditukarkan ke Pejabat Daerah Bentong dan diberi
tugas sebagai D.A.D.O (Deputy Assistant Distric Officer, digazetkan sebagai
Majestret Kelas Tiga dan Pemugut Hasil Tanah). Kemudian beliau telah
ditukarkan pula ke daerah kecil di Rembau, Negeri Sembilan. Beliau telah
berkahwin dengan saudara sepupu iaitu Cik Hapsah Binti Adam (isteri pertama).
Ishak telah digazetkan menjadi Majestret Kelas Ke Tiga di Kuala Lumpur. Selama
18 bulan bekerja di Kuala lumpur. Akhirnya awal tahun 1935 hampir-hampir
empat tahun beliau berkhidmat sebagai Pegawai M.A.S, Ishak telah meletakkan
jawatannya.
Penulis Warta Malaya

40

Beliau bosan dengan kerjanya kerana menghadapi pelbagai masalah masyarakat


akibat ketidak cekapan pemerintahan Inggeris. Beliau telah berhijrah ke Muar,
Johor dan telah menjadi Guru Bahasa Inggeris di Madrasah Haji Taib dan menjadi
Pembantu Pengarang majalah Masa dengan nama samarannya Ahmad Baharuddin
Kasby. Lebih kurang setahun di Muar, Ishak telah menulis beberapa rencana yang
disiarkan di dalam Warta Ahad. Oktober 1936, Ishak telah menerima surat dari
penguasa Syarikat Warta Malaya yang meminta pandangan beliau dan meminta
beliau menulis bagi Warta Ahad dan Warta Jenaka. Pada 14 Februari 1937, beliau
telah mengarang novel sulungnya yang bernama Hilang Di Mata tetapi
kemudiannya ditukar kepada Putera Gunung Tahan yang diterbitkan oleh
Jamilah Press. Ishak telah dinasihati supaya bekerja di Warta Malaya di Singapura
sebagai pengarang dan penterjemah. Tahun 1937, pihak Warta Malaya telah
menerima Ishak bekerja dimana tugas beliau ialah menterjemah dua tiga muka
majalah Inggeris ke Bahasa Melayu, sambal menulis cerita pendek yang
mengandungi tauladan. Ishak telah menjadi ahli Kesatuan Melayu Muda yang
telah ditubuhkan oleh Ibrahim Yaakub bersama kawan-kawannya dari maktab
Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Kesatuan Melayu Muda ini telah
ditubuhkan pada pertengahan tahun 1937. Pada 1 April 1939, Ishak telah
membuat keputusan berhenti daripada Warta Malaya. Pada 29 Mei 1939, Utusan
Melayu telah ditubuhkan dan disambut dengan baik oleh pembaca-pembaca di
seluruh Malaya. Ishak telah menjadi ahli sidang pengarang dan selalu menerbitkan
cerpen-cerpen yang bersiri dalam Utusan Zaman iaitu cabang dalam Utusan
Melayu. Segala Karya beliau diminati orang ramai terutama di kalangan guru dan

41

orang-orang muda. Pada tahun 1941, Ishak telah menerbitkan novel keduanya
yang bernama Anak Mat Lela Gila yang menggambarkan keadaan masyarakat
Melayu, dimana beliau mengemukakan sindiran terhadap sikap tidak adil penjajah
dan pembesar-pembesar terhadap masyarakat Melayu.
Semangat Nasionalisme
Nasionalisma telah menarik perhatian yang luas. James P. Ongkili telah
menyimpulkan bahawa nasionalisma adalah suatu hasrat sentimen atau perasaan
dikalangan sesuatu wilayah yang tertentu. Pada abad ke 20 nasionalisma menjadi
suatu soal serius di Asia Tenggara manakala patriotism ialah perasaan kesetiaan
kepada negara dan raja adalah suatu unsur penting nasionalisma dan ianya telah
lama wujud sejak ketibaan penjajah dan kuasa-kuasa Barat. Sikap nasionalisma
orang Melayu melalui peringkat pertama iaitu peringkat keagamaan kerana
keagamaan merupakan satu sistem politik kepada orang-orang Muslim Melayu
memberi kesedaran mengenai soal-soal politik. Sikap orang Melayu maju setapak
ke dalam peringkat kedua iaitu peringkat ekonomi dan sosial pada tahun 1926.
Penubuhan Kesatuan Melayu Singapura dan Kesatuan Melayu Muda membuka
jalan kepada penubuhan parti-parti politik Melayu. Agama masih menjadi motif
penting, tetapi alasan yang lebih penting ialah orang-orang Melayu menghadapi
masalahmasalah ekonomi yang bertambah berat dan dengan bangkitnya
kesedaran, mereka cuba sedaya upaya mengatasi masalah yang ada dan mereka
mula menganalisis kedudukan ekonomi mereka dengan lebih bijak. Golongan
nasionalisma Melayu telah melangkah ke peringkat yang ketiga iaitu peringkat
politik. Pergolakan politik pada tahun 1945 menyebabkan perjuangan politik lebih

42

serius dimana parti-parti politik sayap kiri seperti PKMM dan gabungan
PUTERA-AMCJA mempunyai ideologi menentang penjajah dengan sikap noncooperation kepada British dan meminta Merdeka Seratus Peratus untuk rakyat
Malaya.
Ishak telah menanamkan semangat kepahlawanannya apabila datukneneknya menceritakan tentang kehandalan pahlawan-pahlawan Melayu Pahang
semasa menentang British. Nenek beliau telah menggambarkan tentang Datuk
Bahaman sebagai seorang pahlawan yang gagah dan berani ketika ia menentang
dengan kerasnya. Kesemua cerita-cerita silam ini telah menaikkan semangat
Ishak. Ketika Ishak menuntut di sekolah Inggeris, beliau mula berfikir dan
mengerti akan masalah hidup dan dapat menganalisi apakah keadaan yang sebenar
dan di sebaliknya. Tambahan pula, beliau gemar membaca buku-buku, majalahmajalah, surat khabar dan lain- lain bacaan. Antara buku- buku yang pernah
dibaca Ishak yang ialah buku karangan Shakespeare dalam bentuk drama dan
buku-buku hikayat Melayu. Cerita-cerita Shakespeare ini telah memberi
kesedaran dimana orang-orang Melayu tidak mengambil berat tentang orangorang Melayu. Semangat nasionalisma Ishak dilihat melalui pengalamannya,
mengetahui tingkah laku serta kehidupan anak-anak raja dan pembesar Melayu
ketika menuntut sebagai Pegawai Pelatih di Maktab Melayu Kuala Kangsar yang
sentiasa bersuka ria, pengalamanya lebih nyata apabila beliau menjadi Pegawai
Pentadbiran Melayu selama 4 tahun. Dimana beliau melihat sikap penjajah yang
bersifat diskriminasi dalam menjalankan pentadbiran. Ishak telah berkenalan
dengan Ibrahim Yaakub, Mustafa Husain, Karim rashid, Isa Muhammad dan

43

pemuda-pemuda Melayu yang lain yang mempunyai kesedaran politik dan


semangat Nationalists. Pada tahun 1937, Ishak telah menyatukan dan menyusun
perasaan dengan menubuhkan sebuah kesatuan yang diberi nama Kesatuan
Melayu Muda (KMM) yang diketuai oleh Ibrahim Yaakub. Ishak menjadi
wartawan dan menjadi pengarang dalam menyampaikan segala pandangan beliau
sehingga beliau berjaya menerbitkan novel sulungnya yang berjudul Hilang Di
mata kemudiannya diubah kepada Putera Gunung Tahan yang mengkritik dan
menentang penjajah dan raja-raja Melayu secara sinis. Beliau turut menghasilkan
beberapa cerpen seperti cerpen Anak Luar dengan menyelitkan ungkapanungkapan yang bernas dan tajam yang menyindir penjajah Inggeris, pembesarpembesar Melayu, kaum feudal dan kelalaian orang-orang Melayu. Sehingga
terbitnya novel beliau yang kedua berjudul Anak Mat Lela Gila pada tahun 1941.
Melalui karya-karya beliau seperti novel-novel dan cerpen-cerpen Ishak
menyampaikan tujuan yang terentu untuk mengemukakan ideologi dan aliran
pemikiran serta falsafahnya bagi memberi kesedaran dan menaikkan semangat
nasionalisma orang Melayu.
ALIRAN PEMIKIRAN SEBELUM PENDUDUKAN JEPUN (1936-1941)
Aliran pemikiran terhadap penjajah Inggeris
Sistem pentadbiran Inggeris
Aliran pemikiran Ishak terhadap penjajah Inggeris terutama terhadap sistem
pentadbirannya yang berat sebelah, hanya menjaga kepentingan diri sendiri tanpa

44

mengambil berat akan keadaan orang-orang Melayu supaya membolehkan


tercapainya satu masyarakat sama rata sama rasa yang menjadi idealisme Ishak.
Pandangan terhadap ekonomi, sosial dan politik
Pandangan beliau terhadap ekonomi pula, bagi memesatkan perjalanan ekonomi,
ramaai orang asing seperti Cina dan India digalakkan masuk ke Tanah Melayu
oleh pihak Inggeris. Untuk menjaga kepentingan ekonominya, pemerintah
Inggeris hanya menitikberatkan sebelah pihak sahaja seperti kaum-kaum pemodal
yang banyak mendatangkan hasil yang lumayan, manakala hal-hal kemunduran
orang Melayu di lapangan ekonomi tidak diambilberat langsung.
Pandangan terhadap sosial pula, sikap penjajah yang hanya mengambil
berat tentang perkembangan ekonomi Tanah Melayu bagi kepentingan mereka
sahaja akhirnya membawa akibat sosial yang buruk. Kemasukan orang-orang
asing terutamanya orang Cina telah membawa akibat buruk kerana kerap berlaku
rusuhan antara kongsi gelap Cina ini. Penjajah Inggeris juga menggalakkan
kemasukan kebudayaan Barat yang sangat asing dengan kebudayaan Melayu dan
kebudayaan ini lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikkan.
Perjuangan Ishak dalam mengemukakan ideologi politiknya dengan berani
melalui kesusasteraan terutama melalui cerpen-cerpen dan novel-novelnya.
Ideologi politiknya yang cintakan tanah air telah tertanam di dalam jiwa beliau
dan ia tidak rela Tanah Melayu diambil alih oleh bangsa asing seperti katanya
yang dipetik oleh Abdul Latiff:

45

Lagipun kami sangat sayang akan negeri kami sehingga tidak rela sekalisekali negeri kami diambil atau diperintah oleh bangsa-bangsa asing. Apatah lagi
bangsa itu berlainan ugama dan berlainan serba-serbinya.
Beliau sangat tidak berpuas hati kepada penjajah Inggeris yang masyhur dan hebat
dalam dunia ketika itu, tetapi mempunyai sikap merampas kemewahan negerinegeri lain. Pemerintahan Inggeris dalam menjalankan pentadbirannya bersikap
tidak adil dimana ia tidak memberikan kebebasan terhadap orang-orang Melayu
untuk bergerak di dalam lapangan politik. Apa yang diagung-agungkan oleh
Inggeris ialah pemerintahan dan pentadbirannya seperti kata Ishak dalam warta
Ahad yang dipetik oleh Abdul Latiff:
Suratkhabar bukan Melayu- pergereakan kebangsaan Melayu
dibangkang, digeleng, disekat, dikhianat, difitnah dan dipesonakan. Kalua kisah
bangsanya, diperbesar-besarkan dan dipermulia-muliakan.

Aliran pemikiran Ishak terhadap orang-orang asing


Kedatangan orang-orang Cina
Kedatangan orang Cina ke tanah Melayu bertujuan untuk menjalankan aktiviti
perdagangan, perniagaan, perlombongan, menanam sayur dan sebagainya. Bagi
Ishak mereka inilah juga yang membolot segala ekonomi Tanah Melayu
disamping penjajah Inggeris manakala orang-orang Melayu tertinggal di
belakang. Mereka datang secara beramai-ramai, kadang kala dengan jalan
penipuan seperti menggunakan surat beranak dan surat sumpah palsu atau secara
memberi rasuah kepada penjajah Inggeris. Tujuan penting orang-orang Cina
adalah untuk mendapatkan wang yang banyak, keuntungan harta benda dan
kekayaan di Tanah Melayu. Bagi Ishak, setelah orang-orang Cina menetap lama di

46

Tanah Melayu, mereka telah melupakan niat mereka dan merubah tujuan asal
iaitu mencari kekayaan dan mula bergiat dalam bidang politik dengan menakluki
Tanah Melayu secara perlahan-perlahan dengan cara berdiplomasi dan
mengelakkan dari berperang dengan menggunakan peralatan senjata seperti
mendirikan Sekolah Cina agar orang Melayu boleh belajar dan mengetahui
kelebihan bangsa Cina, mengambil hati orang Melayu dengan membantu
kesusahan mereka, menggalakkan hutang, perkahwinan dengan orang Melayu dan
rapat dengan raja bagi mengukuhkan kedudukan mereka di Tanah Melayu.
Aliran pemikiran Ishak terhadap orang-orang bukan Islam
Peranan orang India Muslim (Darah keturunan Keling) dan orang Arab
(Darah keturunan Arab)
Ishak mendapati orangorang Islam yang bukan berketurunan Melayu ini suka
mendahulukan pujian dan pangkat daripada pekerjaan yang dibuatnya untuk
mencari nama dari jasa orang Melayu. Sikap ini tidak sesuai lebih-lebih lagi
mereka berpura-pura dalam kehidupan dengan menggunakan nama Melayu dan
Islam sebagai satu cara untuk mereka menetap di Tanah Melayu dan Singapura.
Bagi beliau, orangorang India sangat suka berpura-pura dengan mengamalkan
kebudayaaan dan adat resam orang Melayu demi untuk menyamakan dan
mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu. Mereka tidak betul-betul
mempunyai semangat ikhlas terhadap tanah Melayu. Sebenarnya jiwa dan
perasaan mereka masih setia mengingati tanah air mereka (India). Bagi Ishak,
orang-orang Arab juga selalu berpura-pura dalam hidupnya untuk mendapatkan

47

pujian dan pangkat terhadap pekerjaan yang dilakukan. Sehingga berita tidak
benar diputar belitkan seperti kononnya mereka inilah yang membuat jasa kepada
masyarakat. Ishak mensifatkan kebanyakan orang-orang Arab ini adalah satu
golongan yang suka menipu dan mengaburkan mata-mata orang Melayu supaya
mereka dapat hidup senang di Tanah Melayu dan Singapura.
Aliran pemikiran Ishak terhadap kaum Feudal dan Pembesar-Pembesar
Melayu
Mengikut telunjuk Pemerintahan Inggeris
Walaupun pemerintah Inggeris yang berkuasa, tetapi raja-raja Melayu masih boleh
bertindak membela nasib bangsa dan mengambilberat terhadap nasib bangsa dan
keadaan Tanah Melayu. Namun sebaliknya, apa yang dipentingkan oleh kaumkaum feudal ini ialah berjoli dan bersuka ria, berjudi dan mengikut telunjuk
Inggeris. Menurut Ishak, kaum feudal ini tidak dapat diharapkan untuk
membentuk satu masyarakat yang berasaskan konsep Sama Rata, Sama Rasa
yang dipegang kuat olehnya. Golongan ini dikritik hebat oleh beliau didalam
penulisan artikal, cerpen-cerpen dan novel-novelnya. Bagi beliau, sikap Raja-raja
Melayu ini juga memainkan peranan penting dalam menyebabkan kelemahan
orang-orang Mealyu dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Aliran pemikiran Ishak terhadap masyarakat Melayu
Sikap terhadap pelajaran
Tentang pelajaran dan pengajian di sekolah-sekolah rendah Melayu di kritik oleh
Ishak. Sekolah-sekolah Melayu pada masa itu menggunakan buku-buku bacaan

48

seperti Hikayat Sang Kancil, Cerita Pak Pandir, Lebai Malang, pak Kaduk dan
Pak Belalang. Bagi Ishak buku-buku tersebut hanyak layak dibaca oleh orang
dewasa yang dapat memahami akan maksud sebenar isi kandungan buku-buku
tersebut tetapi bukan di baca oleh kanak-kanak. Beliau juga berani memberi
komen terhadap sesetengah guru dan pelajar Maktab Perguruan tanjung Malim
yang menyangka pantun boleh direka begitu sahaja dan pantun ini tidak
mempunyai tujuan dan maksud dan hanya untuk suka-suka
Pengaruh budaya Barat
Kedatangan pengaruh kebudayaan Barat seperti pakaian, nyayian, pergaulan
bebas antara lelaki dan perempuan dan sebagainya telah mempengaruhi orangorang Melayu terutama golongan muda sehingga kebudayaan Timur seperti lagu
Melayu Asli, Keroncong dan lain-lain tidak menjadi kegemaran mereka walaupun
ini sesuatu dari Seni Kebudayaan kebangsaan Melayu yang perlu dibanggakan.
Sikap terhadap perkembangan ekonomi dan politik
Bagi Ishak, untuk mengembang dan meningkatkan taraf kedudukan orang-orang
Melayu terpaksalah mereka memainkan peranan penting dalam menceburi diri ke
dalam lapangan ekonomi seluas-luasnya. Tetapi malangnya, sikap-sikap malas
orang Melayu seperti didalam mengusahakan pekerjaan pertanian atau berkebun,
mereka tidak mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh berbanding dengan
orang-orang asing. Di dalam bidang politik pula, beliau mendapati orang-orang
Melayu tidak mengambil daya usaha yang baik dalam pergerakan persatuan
Melayu. Pergerakan-pergerakan persatuan Melayu ini kebanyakkannya tidak

49

mempunyai rumah persatuan sendiri untuk kesenangan dalam melakukan


perbincangan dan bermesyuarat berbanding dengan bangsa lain yang mempunyai
rumah persatuan yang memudahkan mereka menjalankan aktiviti mereka. Beliau
tidak berpuas hati atas sikap sesetengah orang-orang Melayu yang mengeji,
menghasut orang-orang lain supaya jangan campur tangan dan menjadi ahli
persatuan Melayu kerana kononnya tujuan persatuan-persatuan Melayu ini adalah
untuk menderhaka kepada kerajaan dan hendak menjatuhkan raja. Melayu.
ALIRAN PEMIKIRAN ISHAK SEMASA PENDUDUKAN JEPUN (19411945)
Semasa pemerintahan Jepun, Ishak berharap agar masyarakat Melayu mempunyai
semangat yang kukuh dalam mewujudkan satu Masyarakat baru sebagaimana
yang digalakkan oleh pemerintah Jepun yang memberi peluang kepada rakyat
Tanah Melayu terutama orang Melayu menceburkan diri dalam berbagai lapangan
terutama sekali dalam bidang ekonomi. Galakan dan dorongan pemerintah Jepun
disambut baik oleh Ishak dan ia sebagai seorang yang ingin memenuhi hasrat
ideologi Jepun iaitu Sama Rata Sama Rasanya merasakan kewajipan untuk
memberi kesedaran dan mengkritik sesetengah sikap orang Melayu yang
merugikan. Diantara punca yang menyebabkan kelemahan orang Melayu menurut
Ishak ialah kerana mereka tidak bersatu padu dan selalu berselisihan faham
sesama mereka akibat dari memperjuangkan kepentingan diri sendiri. Selain itu,
Ishak mengkritik orangorang Melayu mempunyai sikap suka membuang masa,
suka berbelanja dan suka menyembunyikan kesusahan dari pengetahuan
masyarakat lain. Bagi menjayakan matlamat Masyarakat Baru, Ishak merasa

50

kesal terhadap sesetengah masyarakat Melayu yang sampai tidak dapat


membezakan apa yang boleh mendatangkan manfaat dan apa yang boleh
mendatangkan kemudaratan. Di zaman pemerintahan Jepun, beliau masih
mempunyai semangat anti kepada Inggeris. Ini sesuai dengan propaganda Jepun
dan Ishak pula menceritakan kish-kisah keburukan penjajah Inggeris sebelum
kedatangan Jepun serta keadaan orang-orang Inggeris yang ganas semasa
pemerintahan Jepun bagi menanam perasaan benci masyarakat Tanah Melayu
kepada orang-orang Inggeris.
ALIRAN PEMIKIRAN ISHAK SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN (19451948)
Ideologi politik lebih serius diperjuangankan melalui penulisan-penulisannya.
Beliau begitu berani menentang penjajah Inggeris. Pada waktu ini, Ishak sangat
berani menyatakan hasratnya untuk menjadikan Tanah Melayu sebahagia sebuah
negara yang merdeka. Aliran pemikiran Ishak tertumpu kepada sikap penentangan
terhadap pemerintahan Inggeris, badan-badan politik yang berlainan dengan
ideologinya.
Aliran pemikiran terhadap politik
Aliran

pemikiran

Ishak

tertumpu

kepada

sikap

penentangan

terhadap

pemerintahan Inggeris, badan-badan politik yang berlainan dengan ideologinya


(bertentangan dengan UMNO) serta mengkritik semangat negetif orang Melayu
terhadap politik. Antara tahun 1945-1948, beliau telah berani memperjuangkan
ideologinya secara mengkritik penjajah Inggeris secara terang-terangan.

51

Penentangan bermula apabila rancangan Inggeris membentuk Malayan Union


pada tahun 1945 dan mengisytiharkannya pada 1 April 1946. Beliau mensifatkan
bahawa pemerintahan demokrasi seolah-olah tidak wujud di Tanah Melayu. Ishak
tidak suka dengan dasar pemerintahan Inggeris terhadap Malayan Union yang
memberi hak kerakyatan kepada orang-orang asing dan erbuatan raja-raja yang
memeterai perjanjian-perjanjian tanpa berunding terlebih dahulu dengan rakyat.
Ishak menentang pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang-orang asing
terutama orang Cina dan India. Konsep Malayan Union bertentangan dengan
amalan-amalan demokrasi. Oleh kerana Malayan Union mendapat tentangan hebat
dari pergerakkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu (UMNO) maka
kerajaan Inggeris telah membubarkan Malayan union dan mengantikan kepada
Persekutuan. Tetapi, Ishak sebagai pejuang parti politik bersayap kiri didalam
gabungan PUTERA-AMCJA tidak berpuashati terhadap Perjanjian Persekutuan
yang masih meletakkan Tanah Melayu dibawah kekuasaan pemerintah Inggeris.
Tambahan pula, Perjanjian Pesekutuan tidak terdapat perwakilan dari berbagai
golongan rakyat terutama dari PKMM yang dianggotai oleh Ishak sendiri.
Menentang Parti bersayap Kanan (UMNO)
Pada mulanya Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bergabung dengan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang dipimpin oleh Dato Onn
bin Jaafar. Oleh kerana, kedua-dua persatuan ini mempunyai pertentangan idelogi,
dimana parti bersayap kiri iaitu PKMM tidak mahu tolak ansur dengan
pemerintahan. Akhirnya PKMM telah menarik diri dari bergabung bersama
UMNO pada tahun 1946. Ishak sebagai orang kuat PKMM selalu mengkritik

52

UMNO dan pemimpinnya Dato Onn bin Jaafar. Sebagai tokoh PKMM yang aktif,
Ishak sentiasa mengkritik pemimpin-pemimpin UMNO terutama Dato Onn bin
Jaafar yang dikatakan Tokoh Perjuangan Bangsa Melayu kerana gelaran itu
tidak sesuai dan bukan kena pada tempatnya.
Menentang kaum Feudal
Ishak menentang dengan mengkritik dasar perjuangan UMNO yang ingin
mengekalkan status quo Raja-raja Melayu. Ishak tidak berpuas hati kerana
hanya golongan feudal dan pembesar-pembesar Melayu sahaja yang dapat hidup
mewah manakala rakyat jelata hidup menderita di dalam segala lapangan.
Menurut Ishak, kaum feudal ini tidak dapat diharapkan untuk membentuk satu
masyarakat yang berasaskan konsep Sama Rata, Sama Rasa yang dipegang kuat
olehnya.
Aliran pemikiran terhadap ekonomi
Walaupun

kerajaan

Inggeris

dikuasai

oleh

Parti

Buruh

tetapi

segala

pemerintahannya secara birokrasi. Kerajaan Parti Buruh British sangat bersifat


kapitalisma dengan berharap akan memperolehi keuntungan dengan cara apa
sekalipun. Jikalau sesuatu usaha itu memberi faedah dan keuntungan, penjajah
Inggeris akan segera melaksanakan. Kebanyakan hasil Tanah Melayu telah
diambil oleh kerajaan Inggeris untuk dijual di pasaran dunia terutama Eropah
semata-mata mencari kepentingan dan faedah ekonomi mereka sendiri tanpa
memberi kebajikan kepada orang-orang Melayu. Oleh kerana pemerintahan
Inggeris mengamalkan dasar ekonomi yang bercorak kapitalis, jadi mereka hanya

53

mengambil berat tentang kaum-kaum pemodal baik orang-orang Inggeris atau


orang-orang asing seperti Cina. Golongan ini mempunyai hubungan yang erat
dengan penjajah Inggeris. Golongan ini sangat meyokong penubuhan Malayan
Union dengan harapan akan dapat menambahkan kekayaan mereka.
Aliran pemikiran terhadap sosial
Di dalam memperjuangkan ideologi sosialnya, Ishak tidak berpuashati tentang
keadaan hidup orang-orang Melayu yang tidak diambil berat oleh penjajah
Inggeris tentang kehidupan harian, pelajaran, penghapusan kemiskinan serta tiada
lansung langkah-langkah yang diambil untuk memajukan orang-orang Melayu. Ini
kerana, usaha-usaha yang tidak mendatangkan kepentingan kepada pemerintahan
Inggeris akan dipandang sepi sahaja. Bagi Ishak, semua ini tidak memberi faedah
dan kebajikan serta kesenangan kepada orang Melayu dengan memberi kesakitan,
kepapaan dan kemiskinan. Bersesuai dengan ideologi beliau, Ishak kurang senang
dengan dasar pemerintah Inggeris yang hanya memberi pelajaran-pelajaran
tertentu sahaja. Sikap ini menyebabkan orang-orang Melayu berpecah belah dan
menghapuskan zaman kegemilangan orang-orang Melayu di tanah Melayu
sendiri.
Menentang sikap masyarakat Melayu
Ishak tidak lupa mengkritik sikap sesetengah orang Melayu yang kurang
bersemangat, sukakan status, tidak bersatu padu, sikap sesetengah alim ulama dan
sebagainya. Dalam mewujudkan satu masyarakat Sama Rata, Sama Rasa, sikapsikap tersebut tidak sesuai langsung. Diantara sikap-sikap orang Melayu ialah

54

suka berpegang kepada konsep cintakan kepada tanah air dan bangsa, tetapi
semangat mereka hanya pada kata-kata sahaja dan kadang-kadang berlainan
dengan hati mereka sendiri. Di dalam pergerakkan Kebangsaan Melayu, beliau
tidak berapa suka dengan sikap segolongan masyarakat Melayu yang tidak
menyokong dan memberikan semangat kepada pergerakkan tersebut. Hal ini
terjadi kerana masing-masing mementingkan kepentingan diri sendiri.
FALSAFAH ISHAK SEHINGGA TAHUN 1948
Falsafah Ishak Sebelum kependudukan Jepun
Ishak yakin bahawa orang Melayu tidak mungkin menerima kedatangan orangorang asing yang tidak terhad jumlahnya dan berpendapat bahawa orang Melayu
mestilah bimbang terhadap kedatangan orang-orang asing yang digalakkan oleh
pemerintah Inggeris. Dengan sebab itu tidak hairanlah ada beberapa orang Melayu
menyuruh pemerintah supaya menutup pintu masuk Tanah Melayu. Ini ditegaskan
oleh beliau bahawa:
1. Tanah Melayu bukannya sebuah negeri Cina.
2. Buat baik mesti berpada-pada.
3. Kedatangan orang-orang cina seperti penjahat, pelombong, pembunuh,
penyamun, komunis dan sebagainya mestilah dijauhkan supaya keamanan
yang ada sekarang di Tanah Melayu tidak tergugat.
4. Jika dibenarkan orang Cina masuk lagi nescaya Tanah melayu akan
mendapat bermacam-macam kesusahan.
Oleh itu, orang Melayu janganlah berpecah belah, kerana jika ini berlaku
masyarakat Melayu akan berpuak-puak. Bagi memajukan ekonomi pula, orang

55

melayu sendiri tolong menjayakan perniagaan dengan bersungguh-sungguh dan


Ishak juga mengkritik sikap sesetengah golongan orang Melayu yang tidak
mengambil berat terhadap pelajaran.
Falsafah Ishak semasa pendudukan Jepun 1941-1945
Di zaman Jepun masyarakat Melayu hendaklah bersatu, jika tidak masyarakat
Melayu akan kecewa. Di zaman sebelum kedatangan Jepun, masyarakat berpecah
belah dan berpuak-puak. Oleh itu, masyarakat melayu perlu sedar akan keadaan
orang melayu yang menderita, lemah dan hina akibat perpecahan antara mereka.
Dengan datangnya orang Jepun yang membawa aturan hidup baharu di Asia ini,
orang-orang Melayu perlu berunding dan berusaha agar masyarakat Melayu dapat
bersatu. Di dalam menyusun masyarakat baru orang-orang Melayu harus berusaha
mengatur barisan untuk maju dalam mendirikan masyarakat Melayu yang baru.
Masyarakat perlu sedar bahawa persaudaraan dengan bangsa timur adalah satu
syarat penting bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia. Di zaman Asia Raya
ini, persaudaraan menjadi tambah luas dan kuat.
Falsafah Ishak selepas pendudukan Jepun
Oleh kerana dunia sentiasa bergolak dan berubah, Tanah Melayu perlu sama
mengikut arus perubahan ini. Orang-orang Melayu perlu memberi sokongan
kepada pergerakkan yang berparti untuk menghapuskan sistem pemerintahan
Inggeris yang tidak memberi manfaat kepada rakyat terutama orang melayu
sendiri demi mencapai kemakmuran dan kemajuan. Bagi membuka fikiran orang

56

ramai terhadap tanah air, beliau mengemukakan falsafahnya bagi orang Melayu
menuntut kepada kerajaan Inggeris, disamping menentang Malayan union iaitu:
1. Satukan Negeri-negeri melayu termasuk Pulau Pinang, Melaka dan
Patanni di bawah satu pemerintahan.
2. Sultan-sultan Melayu hendaklah seperti biasa tetapi kuasa mereka
hendaklah digunakan mengikut cara demokrasi. Mereka boleh bergabung
menjadi Majlis Tinggi atau Majlis Pertuanan.
3. Pemerintahan di Negeri-negeri melayu Bersekutu itu hendaklah dijalankan
mengikut cara demokrasi. Segala perkara seperti pilihan wakil-wakil
rakyat, pegawai tinggi dan sebagainya hendaklah dibuat berdasarkan suara
orang ramai yakni yang diputuskan oleh Majlis Rakyat dan dipersetujui
oleh Majlis Pertuanan.
4. Tanah Melayu hendaklah diletakkan dibawah jagaan Bangsa-bangsa
Bersatu.
5. Berkenaan dengan hal-hal dalam negeri seperti memberi hak kerakyatan
dan persamaan taraf kepada bangsa-bangsa asing hendaklah diserahkan
kepada Majlis Rakyat dan Majlis Pertuanan.
6. Bahasa rasmi adalah Bahasa Melayu.
7. Malaya hendaklah berbaik-baik dan bersahabat serta berhubung dengan
semua negeri dan semua bangsa dalam dunia.
8. Sesuatu undang-undang Tubuh Malaya Bersatu hendaklah diadakan.
9. Bangsa-bangsa lain boleh juga diterima menjadi rakyat negeri ini tetapi
dengan syarat yang ketat. Antara syarat-syaratnya yang diperlukan ialah
sudah tinggal di sini sekurang-kurangnya satu keturunan., berkeluarga, dan
bersekolah disisni dan ada rumah-tangga dan hartanya disini, tahu Bahasa
Melayu-sekurang-kurangnya bercakap, jika tidak tahu menulis sekalipun

57

hendaklah mengangkat sumpah dengan membayar sejumlah wang serta


menurunkan tandatangan.
Ishak sebagai pejuang

parti

bersayap

kiri

mengeluarkan

falsafahnya, khas untuk pengikutnnya dan orang ramai agar terus


berjuang, melawan dan menentang Perlembagaan Persekutuan tanah
Melayu.
ISHAK SEBAGAI SEORANG PENULIS
Sasterawan Kesusasteraan Melayu Moden dan wartawan
Ishak adalah seorang sasterawan Melayu yang popular sejak tahun 1930 -an lagi.
Ia dikenali dan diminati oleh orang ramai terutama orang Melayu kerana hasil
penulisannya dalam surat khabar Warta Malaya serta cawangannya Warta Ahad
dan Warta Jenaka dan juga Utusan Melayu serta cawangannya Utusan Zaman.
Oleh kerana majoriti penlisan karya-karyanya yang berbentuk cerpen disiarkan
didalam surat khabar (wartawan) maka boleh dikatakan ia seorang WartawanSasterawan. Ishak juga seorang pelapor cerpen Melayu sebelum perang dunia
kedua. Kebanyakan cerpen-cerpen Ishak berbentuk teguran dan sindiran yang
mendalam terhadap pemerintah British, orang-orang asing, golongan feudal dan
pembesar tempatan serta orang-orang Melayu sendiri. Mengikut Hashim Awang
bahawa tema-tema cerpen tahun 1930-an pada umumnya masih berlanjutan
dengan tema-tema sebelumnya tetapi apa yang berubah dengan pesat ialah
persoalan-persoalan kesedaran kebangsaan dan nasionalisma dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial. Mengikut Drs. Li chuan siu pula cerpen-cerpen Ishak
bersifat didaktik yang meniupkan fahaman kebangsaan. Menurut Abdul Latiff di

58

dalam bukunya menyatakan bahawa Professor Taib Osman berpendapat dimana


Ishak telah memainkan peranan penting dalam perkembangan sejarah
kesusasteraan apabila beliau mengarang dua buah novelnya iaitu Putera Tahan dan
Anak Mat Lela Gila. Ini ditegaskan lagi oleh Adi Mas bahawa tidak ada penulis
penulis novel Melayu seperti Pak Sako dalam tahun empat puluhan segagah dan
seberani beliau mencipta karya sastera berbau politik. Novel ciptaan beliau telah
memainkan peranan penting sebagai rakyat hidup berbakti kepada rakyat dan
bangsa Melayu dalam semangat kebangsaan yang ditiupkan.
Sebagai seorang wartawan, Ishak telah banyak membuat jasa dalam
perkembangan persuratkhabaran di Malaysia. Ia telah memainkan peranan penting
seperti mengambil berita, menterjemah rencana-rencana Bahasa Inggeris ke dalam
Bahasa Melayu, membuat rencana-rencana, cerpen-cerpen dan kadang-kadang
mengeluarkan tajuk recana akhbar. Beliau mempunyai pengalaman yang luas
dalam bidang persuratkhabaran dan tidak hairan lah kalau ia pernah mengajar hal
kewartawanan kepada wartawan-wartawan muda seperti A. samad Ismail pada
tahun 1940. Karya-karya beliau lebih diminati golongan muda dan guru-guru
kerana karya-karyanya selalu terbaharu dan susunan ayatnya pendek-pendek.
Ishak boleh disifatkan sebagai a best writer dengan wartawan-wartawan
sezamannya.

ISHAK SEBAGAI SEORANG AHLI POLITIK

59

Pergerakan politik sebelum kependudukan Jepun.


Ishak disifatkan sebagai seorang penulis dan ahli politik. Beliau diminati
golongan muda kerana karya-karyanya yang berbau politik dan bercorak
nasionalisma Melayu. Ibrahim yaakub telah mengajak Ishak menjadi ahli
Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan pelawaan itu diterima beliau. Namun begitu
segala aktiviti KMM tidak dapat bergerak dengan bebas kerana tidak mempunyai
ideologi hitam putih kerana pergerakan sayap kiri seperti KMM ini di halang dan
di sekat oleh penjajah Inggeris. Walaupun beliau masih menjadi ahli KMM tetapi
semangatnya terhadap pergerakan politik tanah air berkobar-kobar juga di
Singapura. Ini menyebabkan beliau menjadi ahli Kesatuan Melayu Singapura
(KMS) pada tahun 1938. Tahun 1939 beliau memainkan peranan penting dalam
pergerakan KMS di samping menjadi ahli KMM dan wartawan.
Pergerakan Ishak selepas pendudukan Jepun
Semangat Ishak yang anti penjajah Inggeris meluap-luap semula selepas Inggeris
kembali ke Tanah melayu selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945. Awal
tahun 1946, Ishak telah berjuang dengan seriusnya dalam pergerakan politik
berparti. Beliau telah menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
dan telah memainkan peranan penting juga dalam PKMM. Semangat Ishak
bertambah serius apabila Malayan Union dicadangkan. Rancangan Malayan
Union ini tidak disetujui kerana kelonggaran dalam memberi hak kerakyatan dan
persamaan hak kepada orang-orang asing, serta mengasingkan Singapura dari
Tanah Melayu. Ishak telah dilantik menjadi Naib Yang Dipertua PKMM manakala

60

Dr, Burhanuddin Al-Helmy menjadi Yang Dipertua PKMM pada awal tahun 1946.
Pada tahun 1948, Ishak dilantik menjadi Yang Dipertua PKMM. Penarikan
PKMM dari bergabung dengan UMNO adalah kerana mereka mempunyai
fahaman ideologi yang.

Ishak juga telah di lantik menjadi ketua Bahagian

Politik PKMM. Dengan jawatan tersebut, beliau selalu mewakili PKMM di dalam
perbincangan dengan gabungan partiparti bersayap kiri iaitu All-Malayan
Council of Joint Action (AMCJA) yang ditubuhkan di Singapura pada 14
disember 1946 oleh dato Tan Cheng Lock. Pada mulanya PKMM telah menjadi
ahli gabungan AMCJA bersama-sama dengan Malayan Democratic Union
(MDU). Malayan Indian Congress (MIC), Pan-Malayan Federation of Trade
Union (PMFTU), sebuah gabungan kesatuan-kesatuan buruh. Dato Tan Cheng
Lock telah menjadi pengerusinya AMCJA, maka ramai orang-orang Melayu
keluar daripada PKMM. AMCJA telah membuat rundingan bersama Ishak untuk
mencari jalan keluar supaya orang-orang Melayu meyokong AMCJA.
Ishak telah dilantik menjadi Yang Dipertua Pusat Tenaga Rakyat
(PUTERA), pada 11 Februari 1947. Gabungan PUTERA terdiri daripada Angatan
Wanita Sedar (AWAS), Barisan tani SeMalaya (BATAS). Majlis Islam Tertinggi
(MATA) dan Gerakan Angkatan Muda Singapura (GERAM). PUTERA telah
membuat perhubungan rapat dengan AMCJA dalam pergerakan parti bersayap kiri
di Tanah Melayu. Dalam bulan April, 1947 diadakan beberapa rundingan antara
AMCJA_PUTERA akan menubuhkan Jawatankuasa Kerja untuk mengeluarkan
perlembagaan baru bagi mengantikan Jawatankuasa Kerja Perlembagaan Malayan
Union. Dalam perjumpaan kali kedua pada bulan ogos 1947, mengikut Ahmad

61

Boestamam ia merupakan perjumpaan yang penting dalam sejarah perjuangan


parti bersayap kiri Tanah Melayu kerana semua pemimpinpemimpin gabungan
AMCJA-PUTERA telah hadir sama seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy (PKMM),
Tan Cheng Lock, Jon Eber, Lin Kean Chyedan Gerald de Cruz (MDU). Cheng
Loo (PMFTU), dan Ishak Hj. Muhammad (PUTERA) dan gabungan-gabungan
lain. Majlis sebulat suara memilih Ishak Hj. Muhammad sebagai Pengerusi
persidangan dan Gerald de Cruz sebagai setiausaha.
Di dalam persidangan ini, AMCJA-PUTERA telah mencadangkan
Perlembagan Rakyat. Akhirnya tercapai 10 perlembagaan rakyat Malaya iaitu 6
dari prinsip perjuangan AMCJA dan 4 dari prinsip perjuangan PUTERA.
Malangnay tuntutan AMCJA-PUTERA tidak Berjaya dan menyebabkan mereka
mengadakan Hartal pada 20 Oktober 1947. Selepas hartal dilancarkan dengan
jayanya, pergerakan AMCJA-PUTERA telah tidak aktif lg disebabkan parti
masing-masing mementingkan dan mengutamakan jalannya sendiri. Beliau
diperhatikan oleh ejen-ejen Inggeris yang mempercayai bahawa Ishak menerima
bantuan daripada Parti Komunis Malaya. Ishak telah ditangkap setelah darurat
diisytiharkan oleh kerajaan Inggeris. Ishak ditangkap sebagai seorang tahanan
politik sehingga ia dibebaskan pada pertengahan tahun 1953.
PENUTUP
Walaupun terdapat perbezaan pendekatan politik, namun sumbangan mereka dan
matlamat perjuangan untuk bangsa Melayu dan negara Malaysia, sepatutnya
cukup untuk memberi ruang tertentu dalam fikiran dan penghargaan kita dan

62

generasi hari ini. Perayaan kemerdekaan negara sepatutnya menjadi sebab untuk
menghargai sumbangan mereka sebagai perintis kemerdekaan itu. Bagi generasi
hari ini, penghayatan kemerdekaan tidak hanya cukup dengan mengibarkan
bendera atau menyanyikan lagu Merdeka oleh Sudirman. Mereka harus
mengetahui pergolakan politik untuk mendapatkan kemerdekaan, dengan itu,
penghayatan generasi muda akan lebih bermakna. Mereka seharusnya sedar
bagaimana tolak ansur politik telah dilakukan demi untuk mencapai kemerdekaan
itu.
Masalah perkauman, yang mendasari politik negara, walaupun tidak dapat
dihapuskan, tetapi telah dapat diatasi sehingga kemerdekaan dapat diisytiharkan.
Memang dari satu sudut, kemerdekaan kita tidak mengalami satu revolusi seperti
di Indonesia, namun pada hakikatnya, itulah gambaran kematangan ahli-ahli
politik lalu mengatasi polemik sesama mereka. Malah, ramai yang berpendapat,
itulah kehebatan negara ini kerana telah berupaya mencapai kemerdekaan tanpa
menitiskan setitik darah pun. Ini patut dipegang oleh generasi hari ini demi untuk
terus memantapkan jati diri mereka sebagai bangsa Malaysia. Sumbangan
pemimpin-pemimpin pembangkang ini bukan sahaja dapat dinilai, tetapi dapat
dijadikan panduan dan iktibar bagi pembinaan dan pengisian kemerdekaan untuk
abad baru. Sikap berfikir secara kritikal juga dapat disemai supaya generasi baru
akan terus mempunyai pendekatan politik yang matang yang sangat berguna bagi
membina jati dini mereka dan seterusnya mempertahankan kemerdekaan negara
ini.

63

Rujukan
Buku
Adam, R. (1994). Ahmad Boestamam : Satu Biografi Politik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ahmad Boestamam. (1972). Putera Setia Melayu Raya. Kuala Lumpur:
Penerbitan Pustaka Kejora.
Ahmad Boestamam. Dari Nasionalis ke Sosialis
Awas, H. (1972). Tema Cerpen-Cerpen Melayu Sebelum Perang.
Universiti Malaya.
Boestamam, A. (1946). Testimen Politik A.P.I.
Ismail, T. S. (2004). Memoir Ahmad Boestamam, Merdeka Dengan
Darah dalam API . Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamarudin Jaafar. (1980). Dr. Burhanuddin Al-Helmy: Politik Melayu dan
Islam. Kuala Lumpur: Terbitan Yayasan Anda Sdn. Bhd.
Mohd Syakir Mohd Rosdi. (2010). Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan
Pembangunan Ekonomi Politik Isam di Malaysia. Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia.
Muhammad, I. H. (1940). Tiga Tahun di Singapura. Utusan Zaman.
Nabir Haji Abdullah. (1976). Maahad II Ihya As-Syarif Gunung
Semanggol 1934-1949. Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ramlah Adam. (1999). Sumbanganmu Dikenang. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ramlah Adam. (2003). Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saat, I. (2007). Sejarah Politik Melayu Pelbagai Aliran . Shah Alam:
Karisma Publication.
Saliha Haji Hassan. (1972). Dr. Burhanuddin Al-Helmi: A Political
Biography. Latihan Ilmiah, Universiti Malaya.
Sani, R. A. (1998). Ayahku, Ahmad Boestamam.
Siu, D. L. (1966). Ishak Hj Muhammad '(1920) Ikhtiah Sejarah
Kesusasteraan Melayu Baru (1830-1945). Kuala Lumpur: Pustaka
Antara.

64

W. Mohd Azam Mohd Amin. (1997). Antara 'Asabiyyah dan


Nasionalisme: Menurut Pandangan Dr. Burhanuddin al-Helmy.
Kuala Lumpur: Kumpulan Penerbitan Baiduri.
Yusuf, A. R. (1967). Ahmad Boestamam, Ahli Politik, Wartawan dan
Saterawan, Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Jurnal
Suzy Aziziyana Saili, & Khairulnizam Mat Karim. (2013). Revisiting the Life and
Thought of Dr. Burhanuddin al-Helmy. International Journal of Islamic
Thought, III, 92-99.
ngkili, J. P. (1971/72). Perkembangan Nasionalisme. Jebat: Jurnal
Persatuan Sejarah Universiti Kebangsaan, 24-41.
Ling, H. H. (2015). Gerakan Komunis dan Parti Komunis Malaya:
Penelitian Terhadap Usaha Komunis Mempengaruhi Orang
Melayu 1920-1989. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 63-92.

Latihan Ilmiah
Saliha Haji Hassan. (1972). Dr. Burhanuddin Al-Helmi: A Political Biography.
Latihan Ilmiah, Universiti Malaya.
Musa, B. (1960). Pemandangan Terhadap Politik, Ekonomi dan Sosial,
Latihan Ilmiah (B.A. Hons), Jabatan Pengajian Melayu. Universiti
Malaya.
Yusuf, A. R. (1967). Ahmad Boestamam, Ahli Politik, Wartawan dan
Saterawan, Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

65

Anda mungkin juga menyukai