Anda di halaman 1dari 65

PERLIS : DARI JAJAHAN TAKLUK KE NEGERI BERDAULAT

Oleh:
Dato Yazid Mat
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perlis
Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis
&
Dr. Hazman Hassan, Ph.D
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perlis
hazman@uum.edu.my

1.0

Prakata
Air setitik jadikan laut, tanah sekepal jadikan gunung, alam terbentang jadikan

guru. Barangkali itulah bidalan yang paling hampir untuk mensifatkan sejarah Negeri Perlis
dari sebuah jajahan takluk menjadi Negeri Melayu yang termuda di Semenanjung. Dalam
gelombang pengkajian, penulisan dan penerbitan buku-buku sejarah negeri lain di Malaysia
khasnya dan sejarah dunia amnya, sejarah Perlis dipandang oleh segelintir pihak sebagai
tidak mustahak, bahan-bahannya dianggap terlalu sedikit dan penyelidikannya tidak
signifikan. Tidak kurang juga segolongan lagi yang amat sangat bergantung kepada spekulasi
dan bahan picisan, sehingga beberapa judul buku sejarahnya yang terpenting langsung tidak
dirujuk, lalu terbinalah persepsi negatif yang tidak benar tentang Negeri Perlis.
Sebaliknya sejarah Negeri Perlis adalah tidak lain daripada hakikat sebuah perjuangan
anak watan Melayu-Islam bagi menegakkan kedaulatan serta perjalanan yang panjang bagi
menyebarkan kemakmuran, dijalankan tanpa mengenal lelah dan putus asa sehingga kini.
Oleh yang demikian, makalah ini ditulis bagi memaparkan secara ringkas perjalanan dan
perkembangan Negeri Perlis bermula dari sebuah jajahan takluk Kedah sehingga menjadi
sebuah negeri berdaulat di bawah pemerintahan Raja-raja Jamalullail. Sumber utama kepada
penulisan ini adalah buku Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri
Berdaulat (1992) hasil tulisan Ahmad Ismail dan Yazid Mat yang banyak memberikan
penekanan kepada perspektif anak watan Negeri Perlis sendiri. Selain itu sumber-sumber lain
juga dirujuk dan dikemukakan apabila relevan.

2.0

Bumi Bernama Perlis


Penempatan pra-sejarah didapati sudah wujud di bumi Perlis sejak sekian lama. Fakta

ini dibuktikan menerusi penemuan arkeologi di Gua Bukit Tegun Lembu, Mukim Beseri.
Selain itu, penemuan arkeologi juga diperolehi di Gua Berhala dan Gua Kurong Batang yang
masing-masing terletak di Mukim Wang Bintong. Penemuan ini mengisyaratkan kepercayaan
manusia di kawasan tersebut yang dipengaruhi unsur-unsur Buddha Mahayana dan Hindu.
Asal bermula nama Negeri Perlis banyak dikaitkan dengan tujuh hipotesis. Antaranya
hipotesis bahawa nama Perlis dikatakan berasal daripada perkataan Siam prow-lowy yang
bererti kelapa hanyut, daripada perkataan dialek Melayu Utara perelus iaitu kaki
termasuk ke dalam atau ke celah sesuatu, atau daripada nama Peran Leh yang dikatakan
seorang peran atau pelawak mahsyur bernama Saleh. Selain itu, nama Perlis dikatakan juga
bermula daripada perkataan peroleh yang bermakna mendapat, sempena nama pembesar
bergelar Tok Perlis dan dikaitkan dengan perlit yang bererti batu.
Hipotesis ketujuh dikemukakan oleh Ahmad dan Yazid (1992). Mereka membawakan
dua belas sebab mengapa nama Perlis lebih kukuh dikaitkan dengan nama sejenis pokok yang
mungkin sudah pupus bernama Pokok Perlis. Oleh yang demikian daripada nama pokok ini
telah diberi nama Sungai Perlis, Kuala Sungai Perlis, Kuala Perlis, Jajahan Perlis dan
akhirnya Negeri Perlis. Perlis juga biasa disebut Kayang. Nama Kayang ini dipendekkan
bersempena nama Kota Indera Kayangan yang diasaskan oleh Sultan Dhiauddin AlMukarram Shah I berhampiran Kuala Sungai Perlis. Baginda adalah Sultan Kedah yang
kelima belas dan memerintah dari tahun 1661 sehingga 1687.

3.0

Perlis Sebagai Jajahan Takluk Kesultanan Kedah


Perlis akhirnya muncul sebagai daerah atau jajahan takluk di bawah Kerajaan Kedah

Tua dan kemudiannya Kesultanan Kedah. Seperti mana Kedah, daerah Perlis turut
menghadapi pasang-surut antara puncak kekuasaan Kesultanan Kedah dengan cabaran kuasakuasa asing seperti Melaka, Acheh, Portugis, Belanda, Siam, Burma, Bugis, British dan
Jepun.
Perlis mula menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Kedah apabila Sultan Kedah
keempat belas membina Kota Sena. Sultan tersebut adalah Sultan Muhyiddin Mansur Syah
Ibni Sultan Rijaluddin Muhammad Shah yang memerintah dari tahun 1653 sehingga 1661.
Kota Sena yang menjadi asas kewujudan Bandar Kangar mula dibina oleh baginda pada
tahun 1653 dan dikatakan siap pembinaannya dalam masa dua tahun. Sultan Muhyiddin
2

Mansur Syah dikenali sebagai penduduk tempatan Perlis sebagai Marhum Sena dan
makamnya kini berada di Tanah Perkuburan Tok Paduka, Kangar.
Anakanda Sultan Muhyiddin Mansur Syah bergelar Sultan Dhiauddin Al-Mukarram
Shah I. Sultan Kedah kelima belas ini memerintah dari tahun 1661 sehingga 1687. Sultan ini
turut memilih Perlis sebagai pusat pemerintahan Kesultanan Kedah apabila baginda
mendirikan Kota Indera Kayangan di sebelah hilir Sungai Perlis. Penduduk setempat
menggelar baginda sebagai Marhum Kayang I, sedangkan di Kedah baginda disebut juga
sebagai Marhum Di Hilir atau Marhum Di Balai. Makam baginda kini berada di sekitar tapak
kompleks Muzium Kota Kayang yang berhampiran dengan Kuala Perlis.
Pada era pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Syah, adinda baginda Tengku
Dhiauddin Mukarram Shah telah memerintah Perlis sebagai Raja Muda Kayang. Ketika ini
Raja Muda Kayang dan para pembesarnya membangunkan semula Kota Indera Kayangan.
Kota Indera Kayangan II ini berlokasi di sekitar Kampung Langgar Kayang yang juga
berhampiran dengan Kuala Perlis. Apabila Sultan Abdullah mangkat, anakandanya Tunku
Pengeran dianggap terlalu muda untuk menjadi sultan. Dengan itu, para pembesar Kedah
telah mengangkat Raja Muda Kayang sebagai Pemangku Sultan Kedah yang kedua puluh
satu dengan gelaran Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II. Baginda memerintah Kesultanan
Kedah dengan Kota Indera Kayangan II menjadi pusat pemerintahan dari tahun 1798
sehingga 1803. Pada tahun 1803, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II turun takhta untuk
memberikan laluan kepada Tunku Pangeran yang kemudiannya bergelar Sultan Ahmad
Tajuddin II. Baginda kembali menjadi Raja Muda Kayang sehingga mangkat pada tahun
1813. Penduduk tempatan Perlis menggelarnya sebagai Marhum Kayang II dan makamnya
berada di Kampung Langgar Kayang.
Semasa bertakhtanya Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II, baginda telah
menandatangani perjanjian dengan George Leith, Gabenor British di Pulau Pinang di mana
Seberang Perai diserahkan kepada Kompeni Hindia Timur Inggeris. Dalam perjanjian ini,
Sultan Dhiauddin disebut sebagai Raja Muda Perlis dan Kedah. Perjanjian yang serupa
menyebutkan nama Perlis dahulu daripada Kedah seperti Duli Raja Muda Perlis dan Kedah,
di Perlis dan Kedah, ke Perlis dan Kedah dan Negeri Perlis dan Kedah. Justeru
pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II menjadikan Perlis sebagai negeri
tersendiri dan istimewa bagaikan a state within state (negeri lain dalam sebuah negeri).

4.0

Tuan Syed Harun Jamalullail (1798-1825) Menjadi Penghulu Arau Pertama


Hazman dan Mohd Radzi (2013) menyebutkan:
dalam aspek dinasti atau wangsa jurai keturunan raja-raja yang memerintah,
wangsa Jamalullail Kerajaan Perlis bukanlah yang paling muda. Ini disebabkan
wangsa Kesultanan Pahang pada hari ini adalah berketurunan Bendahara Wan
Ahmad yang diisytiharkan sebagai Sultan Ahmad al-Muazzam Shah pada tahun
1884. Merujuk kepada wangsa Kesultanan Johor masa kini pula, jurai
keturunannya dianggap bermula pada tahun 1885 apabila Temenggung Seri
Maharaja Abu Bakar memasyhurkan diri baginda sebagai Sultan Johor
Kewujudan wangsa Jamalullail khususnya dimulakan semenjak abad ke-15 Masehi

oleh Muhammad Bin Hasan al-Muallim Bin Muhammad Asadillah Bin Hasan al-Turabi
kelahiran Tarim. Tarim adalah sebuah bandar di Hadramaut yang kini berlokasi di Yaman.
Walau bagaimanapun apabila nasab kabilah Jamalullail bersambung sehingga Fatimah Binti
Muhammad iaitu puteri Rasulullah s.a.w, maka umur wangsa Jamalullail dapat disandarkan
secara umumnya sebagai bermula semenjak keputeraan baginda Rasulullah s.a.w kira-kira
1488 tahun yang lampau.
Destini kabilah ini mula berubah apabila salah seorang keturunan Muhammad Bin
Hasan al-Muallim yang bernama Syed Ahmad Jamalullail berhijrah ke Kedah pada tahun
1735. Pada tahun 1751, anakanda Syed Ahmad yang bernama Syed Harun Jamalullail telah
berhijrah ke Cenak (Chana) yang kini termasuk dalam wilayah Singgora (Songkhla),
Thailand. Akibat ancaman daripada Raja Singgora, Syed Harun Jamalullail dan para
pengikutnya telah berpindah dari Cenak ke Kedah atau lebih tepat lagi ke daerah Perlis.
Beliau telah mengasaskan Mukim Arau. Para pengikutnya pula membuka kampung di
kawasan Padang Siding.
Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II yang memerintah Perlis dan Kedah pada masa
itu tertarik dengan keperibadian Syed Harun Jamalullail. Lalu baginda mengahwinkan puteri
baginda bernama Tengku Sofiah dengan Syed Harun. Sebagai hadiah perkahwinan tersebut,
baginda telah menganugerahkan Mukim Arau untuk ditadbir oleh Syed Harun dan
keturunannya sebagai penghulu. Perkahwinan Penghulu Syed Harun Jamalullail dengan
Tengku Sofiah tidak menghasilkan zuriat. Syed Harun berkahwin lagi dengan Wan Fatimah
Binti Wan Abdul Rahman yang juga cucu kepada Dato Johan Lela Perkasa. Dato Johan
Lela Perkasa adalah salah seorang pembesar yang berkhidmat di istana Sultan Dhiauddin
Mukarram Shah II.

Hasil perkongsian hidup Penghulu Syed Harun Jamalullail dengan Wan Fatimah,
mereka telah dikurniakan seorang anak yang dinamakan Syed Hussein pada tahun 1805. Syed
Hussein ini turut dijaga dan dididik dengan adat-istiadat istana oleh bonda tirinya, Tengku
Sofiah Binti Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II. Demikian juga Sultan Dhiauddin
Mukarram Shah II yang menganggap Syed Hussein bagaikan cucunda baginda sendiri.
Dalam tempoh Peperangan Kedah-Siam, Penghulu Syed Harun telah meninggal dunia pada
tahun 1825. Anakandanya Syed Hussein menggantikan beliau sebagai Penghulu yang kedua
bagi Mukim Arau.

5.0

Jajahan Perlis Dinaik Taraf Kepada Negeri Bergabenor (1839-1843)


Perang Kedah-Siam yang berlaku antara tahun 1821 sehingga 1838 telah membuka

jalan kepada tertubuhnya Kerajaan Perlis. Dalam suasana berkecamuknya perang inilah Syed
Hussein dilantik menjadi Penghulu Mukim Arau yang kedua sebagai warisan daripada
ayahandanya Penghulu Syed Harun Jamalullail. Penghulu Mukim Arau ini telah bersamasama dengan seorang Kerabat DiRaja Kedah yakni Tunku Anum Paduka Jambangan dan
pembesar lain mula merintis jalan penyelesaian kepada peperangan yang memakan ribuan
korban tersebut. Mereka mengaplikasikan pendekatan diplomasi dan berkerjasama dengan
Kerajaan Siam untuk menghentikan pertumpahan darah.
Di Bangkok, hasil cadangan Chao Phya Yommarat dan Phya Siphiphat, Raja Rama III
merombak dan menyusun semula pentadbiran Kesultanan Kedah. Kerajaan Siam berhasrat
supaya Negeri Melayu yang sedang bergolak itu dapat ditadbir oleh Kerabat DiRaja Kedah
sendiri dan Pembesar Melayu yang dianggap lebih pro-Siam. Oleh itu Kesultanan Kedah
dibahagikan kepada empat muang atau negeri yang baru. Empat muang tersebut adalah
Muang Saiburi (Kedah), Muang Kubang Pasu (Kubang Pasu), Muang Satun (Setul) dan
Muang Polit (Perlis) yang ditadbir oleh gabenor-gabenor yang berasingan.
Oleh itu pada tahun 1839, selain menjadi Penghulu Mukim Arau, Syed Hussein
dilantik menjadi Timbalan Gabenor kepada Raja Long Krok. Raja Long Krok atau Paduka
Seri Maharaja Lela adalah Gabenor Perlis yang dilantik oleh Raja Rama III. Selepas Raja
Long Krok meninggal dunia, Syed Hussein pula yang dilantik sebagai Gabenor Perlis. Justeru
tahun 1839 dianggap sebagai tahun bersejarah di mana Daerah Perlis dinaik taraf sebagai
Negeri Perlis. Orang-orang Melayu khususnya di Arau telah memperakui Syed Hussein
sebagai penghulu dan penaung mereka yang diiktiraf bertaraf gabenor oleh Raja Siam.

6.0

Raja Syed Hussein Jamalullail (1843-1873) Sebagai Raja Perlis Pertama


Pada tahun 1843, Raja Syed Hussein Jamalullail telah ditabal secara rasmi sebagai

Phya Polit dalam bahasa Siam atau Raja Perlis dalam bahasa Melayu. Kepada baginda, Raja
Rama III telah mengurniakan gelaran Phya Songkram Ramu Wichit Wilis Asmara Phya Polit
atau boleh disingkatkan sebagai Phya Polit. Seterusnya kesemua Raja-raja Perlis yang
ditabalkan oleh Raja Siam di Bangkok akan dikurniakan dengan gelaran ini. Raja Syed
Hussein Jamalullail turut memulakan tradisi untuk Kerajaan Perlis menghantar ufti Bunga
Emas, Bunga Perak serta persembahan-persembahan lain kepada Raja-raja Siam. Ufti ini
dihantar setiap tiga tahun sekali bermula dari tahun 1845.
Pemerintahan Raja Syed Hussein Jamalullail dibantu oleh Raja Muda Syed Abdullah
Ibni Syed Harun Jamalullail yang juga adinda baginda. Dato Arau dilantik sebagai Perdana
Menteri dengan gelaran Dato Belat Seri Paduka Perdana Menteri. Di samping itu, pembesarpembesar lainnya adalah Dato Seri Lela Pahlawan Alang Kechik, Dato Seri Indera Dewa
Lahim, empat orang anak Dato Arau dan Kadi Besar Syed Muhammad Ibni Syed Abdullah
al-Haddad.
Raja Syed Hussein Jamalullail memahsyurkan semula nama Indera Kayangan sebagai
gelaran kepada Negeri Perlis. Nama ini diambil bersempena nama Kota Indera Kayangan
Kedua di mana baginda telah dididik dan dibesarkan oleh Tengku Sofiah Binti Sultan
Dhiauddin Mukarram Shah II. Di bawah pemerintahan baginda, Negeri Perlis telah
dibahagikan kepada dua puluh dua mukim yang ditadbir oleh penghulu lantikan baginda. Dua
puluh dua mukim tersebut adalah mukim Titi Tinggi, Beseri, Chuping, Paya, Padang Siding,
Abi, Padang Pauh, Ngulang, Oran, Kurong Batang, Arau, Kechor, Sena, Sungai Adam,
Kurong Anai, Jejawi, Kuala Perlis, Wang Bintong, Seriab, Kayang, Utan Aji dan Sanglang.
Pada tahun 1844, Negeri Perlis di bawah pemerintahan baginda berjaya mengharungi
satu lagi kemelut. Kemelut yang dimaksudkan adalah pertikaian sempadan Perlis dengan
Setul yang dipimpin oleh rajanya Tunku Muhammad Akib. Pada tahun 1859 pula, Negeri
Kubang Pasu yang sama lahirnya dengan Negeri Perlis telah diturunkan statusnya kembali
menjadi daerah dalam Kesultanan Kedah.
Hal ini terjadi apabila mangkatnya Raja Kubang Pasu, Tunku Anum Paduka
Jambangan diikuti perpecahan yang berlaku dalam kalangan pewaris takhta dan pembesar
negeri. Apabila Kesultanan Kedah menuntut Kerajaan Siam mengembalikan Kubang Pasu
kepada Kedah, permintaan ini telah ditunaikan oleh Raja Mongkut. Raja Syed Hussein
mengambil iktibar daripada kejadian ini lalu baginda memperkuatkan lagi perpaduan dalam
6

kalangan Kerabat DiRaja dan pembesar Perlis. Raja Syed Hussein mangkat pada tahun 1873
lalu digantikan oleh anakandanya Raja Syed Ahmad Jamalullail.

7.0

Raja Syed Ahmad Jamalullail (1873-1897) Sebagai Raja Perlis Kedua


Baginda adalah anakanda Raja Syed Hussein melalui perkongsian hidup dengan Che

Sofiah Binti Dato Arau. Raja Syed Ahmad telah berhasil mengatasi masalah pewaris takhta
daripada jurai keturunan baginda. Hal ini terjadi apabila putera tunggal baginda yang
dinamakan Syed Alwi telah meninggal dunia di Kuala Kedah pada tahun 1863. Sebagai ganti
Raja Syed Ahmad dengan bijaksana telah menyusun strategi supaya cucunda baginda Syed
Safi Ibni Syed Alwi diangkat sebagai pewaris takhta apabila baginda mangkat kelak.
Untuk mempersiapkan cucunda baginda sebagai Raja Perlis, Raja Syed Ahmad telah
menghantar Syed Safi Ibni Syed Alwi untuk mendapat pendidikan di Kota Bangkok. Syed
Safi turut berkesempatan bertugas sebagai Mahat Let atau Budak Raja di Istana Bangkok.
Hasilnya Syed Safi mahir bertutur dan menulis dalam bahasa Siam, arif berkenaan urusan
pentadbiran serta lebih akrab dengan Kerajaan DiRaja Siam.
Pemerintahan Raja Syed Ahmad dibantu oleh pembesar-pembesar khasnya Kerabat
DiRaja dan keturunan Dato Arau. Syed Alwi Ibni Syed Hussein Jamalullail iaitu adinda
baginda yang berlainan bonda dilantik sebagai Raja Muda. Tiga anak Dato Arau yang
menyerlah sebagai pembesar negeri adalah Dato Seri Lela Indera Dewa Wan Din, Dato Seri
Lela Perkasa Che Lanang dan Dato Seri Lela Mahkota Wan Mat Saman. Selain itu baginda
dibantu oleh Dato Seri Lela Pahlawan Che Mat Saman Bin Dato Seri Lela Pahlawan Alang
Kechik serta Dato Indera Jaya Wan Daud Bin Wan Muhammad Said. Di samping itu Raja
Syed Ahmad dibantu oleh Che Muhammad Saad Bin Haji Musa sebagai Penghulu
Bendahari dan Haji Muhammad Bin Haji Abdul Latif sebagai Kadi Besar.
Pada tahun 1888, dengan daya usaha cucunda baginda Syed Safi, Sekolah Melayu
Arau telah didirikan sebagai sekolah pertama di Negeri Perlis. Dalam tahun 1890-an, berlaku
pertikaian sempadan antara Negeri Perlis dengan Negeri Kedah. Hal ini bermula apabila
seorang Inggeris bernama Dunlop telah diperkenankan oleh Raja Syed Ahmad untuk
membuka lombong arang batu di Bukit Arang. Walau bagaimanapun Tunku Yaakob putera
Sultan Ahmad Tajuddin III melarang Dunlop mengerjakan lombong tersebut dengan alasan
Bukit Arang adalah wilayah Kedah. Pertikaian ini diselesaikan dengan keputusan Raja
Chulalongkorn yang berpihak kepada Kerajaan Perlis. Pada tahun 1897 Raja Syed Ahmad
kembali ke rahmatullah. Cucunda baginda iaitu Syed Safi menaiki takhta Kerajaan Perlis.
7

8.0

Raja Syed Safi Jamalullail (1897-1904) Sebagai Raja Perlis Ketiga


Baginda adalah cucunda Raja Syed Ahmad. Ayahandanya Syed Alwi adalah hasil

perkongsian hidup antara Raja Syed Ahmad dengan Syarifah Seha Binti Syed Muhammad alHaddad. Bonda Raja Syed Safi adalah Wan Tam Binti Wan Ismail merupakan anakanda
Dato Paduka Laksamana Kedah Wan Ismail. Maka Wan Tam adalah bersaudara dengan
Dato Wan Mat Saman (Dato Perdana Menteri Kedah) dan Sultanah Wan Hajar (bonda
Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah).
Pemerintahan Raja Syed Safi diperkuat dengan perlantikan adindanya yang sebonda
iaitu Syed Salim Ibni Syed Muhammad al-Jafri sebagai menteri kanan bergelar Luang Sakda.
Selain itu baginda memperkenankan Syed Hassan Ibni Syed Alwi Jamalullail dilantik sebagai
Hakim Mahkamah Besar, Dato Wan Teh Bin Dato Arau sebagai Ketua Rakyat, Tengku
Abdullah Bin Tengku Mat Saman sebagai Hakim Mahkamah Kecil, Syed Abdullah Ibni Syed
Alwi Jamalullail sebagai Pemegang Khazanah dan Wang Negeri, Syed Abdullah Ibni Syed
Ismail Jamalullail sebagai Penghulu Bunga Emas, Haji Kassim Bin Haji Ali sebagai Ketua
Rakyat Di Tepi Laut dan Wan Ishak Bin Dato Wan Daud sebagai Ketua Pejabat Tanah.
Pada tahun 1897, Kesultanan Kedah dengan inisiatif Dato Perdana Menteri Wan Mat
Saman dan Sultanah Wan Hajar cuba mengembalikan Negeri Perlis sebagai daerah dalam
Kesultanan Kedah. Percubaan ini berlaku sebaik sahaja mangkatnya Raja Syed Ahmad
Jamalullail. Meskipun disokong oleh Phya Tipkosa iaitu Pesuruhjaya Negeri-negeri Naungan
Siam Sebelah Barat, tuntutan ini telah ditolak oleh Raja Chulalongkorn.
Seterusnya tanpa berputus asa, pihak Kesultanan Kedah mencuba lagi untuk
menghilangkan identiti Perlis sebagai negeri yang tersendiri. Asas tuntutan ini didasarkan
kepada perlaksanaan Sistem Thesaphiban oleh Kerajaan Siam. Melalui sistem ini, Sultan
Abdul Hamid Halim Shah telah dilantik oleh Raja Chulalongkorn sebagai Pesuruhjaya
Monthon Saiburi yang bertanggungjawab kepada Negeri Kedah, Negeri Perlis dan Negeri
Setul mulai 17 Mei 1897. Justeru menerusi sistem ini, Kesultanan Kedah menganggap Perlis
sudah dipulangkan kepada Kedah dan statusnya sebagai sebuah negeri dimansuhkan.
Untuk melancarkan pengembalian Negeri Perlis, pihak Kesultanan Kedah telah
menghantar Syed Mansur al-Jafri ke Arau untuk menyelaraskan pentadbiran Perlis dengan
Kedah. Untuk menghadapi situasi ini, Raja Syed Safi dan pembesar-pembesar Perlis telah
mengambil tindakan memulaukan kerja-kerja pentadbiran yang dikemukakan oleh Syed
Mansur. Dato Perdana Menteri Wan Mat Saman turut datang sendiri ke Arau untuk
mengemukakan tuntutan beliau. Meskipun begitu, tuntutan Kesultanan Kedah ini ditentang
hebat oleh Raja Syed Safi Jamalullail yang bertegas menunjukkan Surat Tera dan alat
8

kebesaran DiRaja yang dikurniakan kepada baginda oleh Raja Chulalongkorn. Walaupun
tidak berlaku tindakan kekerasan atau pertumpahan darah, tuntutan ini sempat menimbulkan
perang dingin antara Kerajaan Perlis dengan Kesultanan Kedah.
Sebagai tindakbalas, Raja Syed Safi telah mengutuskan menterinya Syed Salim Ibni
Syed Muhammad al-Jafri ke Bangkok untuk melaporkan tindak-tanduk pihak Kesultanan
Kedah terhadap Kerajaan Perlis. Tidak cukup dengan itu, Raja Syed Safi turut
membentangkan sendiri situasi yang berlaku ketika baginda menghadap Raja Chulalongkorn,
iaitu semasa Maharaja Siam ini singgah di Pulau Pinang sekembalinya dari lawatan ke
Eropah.
Sebagai penyelesaian kepada isu tuntutan Kesultanan Kedah terhadap Negeri Perlis
ini, Raja Chulalongkorn telah mengeluarkan sepucuk surat yang mengesahkan hak Raja Syed
Safi dan Wangsa Jamalullail kepada Takhta Kerajaan Perlis. Peristiwa ini berlaku pada awal
tahun 1898. Kemudian pada awal tahun 1899, Raja Syed Safi telah menerima cap mohor
yang baru daripada Raja Chulalongkorn. Pengurniaan cap mohor ini disokong kuat oleh
Putera Damrong Rajanuphab selaku Pesuruhjaya Negeri-negeri Naungan Siam ketika itu.
Oleh yang demikian pengurniaan cap mohor ini telah menamatkan episod tuntutan
Kesultanan Kedah terhadap Negeri Perlis.
Pada awal zaman pemerintahan baginda, telah berlaku pertikaian sempadan antara
Negeri Perlis dengan Setul yang ditadbir oleh Ku Din Bin Ku Meh. Pertikaian sempadan ini
diselesaikan oleh Kerajaan Siam menerusi pembinaan tembok tanah berhampiran Puju, di
utara Kampung Wai, Kuala Perlis. Tembok ini berfungsi sebagai pembatas antara kedua-dua
negeri ini.
Raja Syed Safi Jamalullail memang berjasa besar kepada pembangunan prasarana
Negeri Perlis. Menerusi sistem kerah, baginda telah menggembleng tenaga rakyat Perlis
untuk membina jalan raya dan terusan di negeri ini. Antara jalan yang berjaya dibina dengan
pendekatan ini ialah Jalan Perlis-Kedah melalui Kodiang, Jalan Arau-Kangar, Jalan KangarTebing Tinggi dan Jalan Kangar-Sanglang melalui Simpang Empat. Baginda turut berjasa
membina tali air bernama Terusan Arau atau disebut juga Sungai Raja yang bermula dari
Guar Sanji, melalui Tambun Tulang, Simpang Empat sehingga ke Sungai Baru.
Wawasan dan pandangan jauh Raja Syed Safi adalah supaya penempatan rakyat dan
kawasan pertanian baru dapat diwujudkan di kanan-kiri jalan raya dan terusan yang baginda
bangunkan. Sumbangan baginda mendapat pengiktirafan daripada Penasihat British Perlis
yang melaporkan:

The late Raja was a great road builder and all the existing roads were due to his
energy in that direction[Raja terdahulu (iaitu Raja Syed Safi) adalah seorang
pembina jalan raya yang hebat dan sehubungan dengan ini semua jalan yang wujud
adalah hasil usaha baginda].
Baginda turut menaik taraf cara berniaga dan meningkatkan ekonomi orang Melayu
Perlis. Hal ini dilakukan dengan pembinaan sebuah pasar tetap yang dinamakan Pekan Baru
di Kangar dan lebih terkenal dengan sebutan Market Kangar. Sebelum pembinaan pasar ini,
orang Melayu hanya berniaga di pekan-pekan sehari yang dipanggil Nat.
Dalam sektor pendidikan, Raja Syed Safi telah meningkatkan usaha-usaha yang
dimulakan semasa baginda menjadi Pemangku Raja kepada nendanya dahulu. Dengan titah
baginda, Haji Kassim Bin Haji Ali dan Haji Salleh Bin Hassan telah mendirikan sekolah di
Kangar pada tahun 1898. Pada tahun 1903 pula, sebuah sekolah di Kuala Perlis telah
diasaskan oleh Penghulu Mohd. Said Bin Haji Awang. Berbeza dengan diri baginda sendiri
yang mendapat pendidikan melalui sistem Siam, Raja Syed Safi menghantar putera-puteranya
belajar di Sekolah Inggeris. Oleh itu putera-putera baginda seperti Syed Alwi dan Syed
Hamzah dihantar belajar di Pulau Pinang khasnya di Penang Free School.
Dalam aspek busana dan pemakaian, Raja Syed Safi Jamalullail mempopularkan
pakaian ala Barat di Perlis. Raja Syed Safi dan para pembesar Perlis memadankan seluar dan
baju kot ala Barat dengan pemakaian songkok. Di bidang hiburan dan kesenian tradisional,
Raja Syed Safi telah menitahkan pembukaan sebuah pekan baru di Kampung Paya. Pekan ini
dijadikan taman hiburan yang dibuka setahun sekali iaitu selepas selesai rakyat menuai padi.
Untuk menghiburkan rakyat Perlis, banyak persembahan kebudayaan telah dipertunjukkan di
sini. Sebuah istana yang dinamakan Tandiap turut didirikan untuk baginda bersemayam
sementara baginda berhenti rehat di pekan baru ini. Raja Syed Safi mangkat pada tahun 1904.
Baginda digantikan oleh anakandanya Syed Alwi.

9.0

Raja Syed Alwi Jamalullail (1905-1943) Sebagai Raja Perlis Keempat


Raja Syed Alwi Jamalullail adalah putera Raja Syed Safi dengan Che Wan Saadiah.

Nama asal Che Wan Saadiah adalah Michu yang merupakan anak keluarga Perdana Menteri
Kerajaan Siam yang digelar Kelahom. Awal pemerintahan Raja Syed Alwi menyaksikan
baginda masih mengekalkan perkhidmatan pembesar-pembesar lantikan ayahanda baginda
seperti Syed Salim al-Jafri, Syed Hassan Ibni Syed Alwi, Dato Wan Teh Bin Dato Arau,
Tengku Abdullah Bin Tengku Mat Saman, Syed Abdullah Ibni Syed Alwi, Syed Abdullah
Ibni Syed Ismail, Haji Kassim Bin Haji Ali dan Wan Ishak Bin Dato Wan Daud. Baginda
10

telah melantik adinda baginda yang berlainan bonda, Syed Mahmud Ibni Syed Safi
Jamalullail sebagai Raja Muda Perlis.
Awal pemerintahan baginda menyaksikan Kerajaan Perlis mengalami kemerosotan
sumber kewangan. Raja Syed Alwi memutuskan untuk meminjam wang berjumlah
230,000.00 ringgit daripada Kerajaan Siam. Hasrat ini dimeterai menerusi Perjanjian Hutang
Perlis-Siam pada 4 Oktober 1905. Antara syarat-syarat perjanjian ini ialah Kerajaan Perlis
mesti menerima seorang Penasihat Kewangan untuk ditempatkan di Perlis. Oleh itu, seorang
pegawai British bernama A.H. Duke telah dihantar oleh Kerajaan Siam sebagai Penasihat
Kewangan kepada Kerajaan Perlis. Krisis kewangan negeri nampaknya belum berakhir
walaupun Kerajaan Perlis telah meminjam wang daripada Kerajaan Siam. Pinjaman
tambahan sejumlah 150,000.00 ringgit lagi telah dimohon oleh Kerajaan Perlis dan
diluluskan oleh Kerajaan Siam. Maka Perjanjian Hutang Perlis-Siam Kedua telah
ditandatangani pada 25 Februari 1907.
Pada zaman pemerintahan Raja Syed Alwi juga menyaksikan Perlis State Council
atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis ditubuhkan, di mana baginda sendiri menjadi
pengerusi. Penasihat Kewangan British menjadi setiausaha majlis. Beberapa orang pembesar
negeri turut dilantik menganggotainya. Mesyuarat kali pertama Majlis Mesyuarat Kerajaan
Perlis telah diadakan pada 18 November 1905. Walau bagaimanapun keahlian majlis ini
seterusnya silih berganti selaras dengan perubahan masa dan keperluan.
Pada 10 Mac 1909, Perjanjian Bangkok telah ditandatangani secara dua pihak antara
Kerajaan British dengan Kerajaan Siam. Melalui perjanjian ini, Negeri Perlis bersama-sama
Kedah, Kelantan dan Terengganu telah diserahkan oleh Kerajaan Siam kepada Kerajaan
British. Semenjak itu Kerajaan Perlis mula dinaungi secara tidak rasmi oleh British dan tidak
lagi berada di bawah naungan Siam.
Selepas Perjanjian Bangkok 1909, baki hutang Kerajaan Perlis kepada Kerajaan Siam
telah ditanggung oleh Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Negeri
Sembilan dan Selangor). Sementara itu, secara ansuran Kerajaan Perlis membayar balik wang
yang ditampung oleh Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu sehingga selesai pada tahun
1929. Setelah selesai urusan pembayaran hutang, baharulah Kerajaan British bersetuju
menaungi Negeri Perlis secara rasmi. Justeru pada 28 April 1930 suatu Perjanjian PerlisBritish telah ditandatangani bagi menzahirkan tujuan ini.
Perjanjian Bangkok 1909 memberi kuasa kepada British untuk menghantar Pegawai
Penasihat untuk menasihat Raja Syed Alwi dalam semua urusan kecuali berkenaan Agama
Islam dan adat-istiadat Melayu. Penasihat British pertama yang dihantar ke Perlis adalah
11

Meadow Frost yang mula berkhidmat pada 15 Julai 1909. Penasihat-penasihat British lain
yang pernah berkhidmat di Negeri Perlis adalah J.G Richey, H.C Eckhardt, E.W.N Wyatt,
T.W Clayton, J.W.W Hughes, P.S Williams, L.A Allen, M.C Hay, O.E Venables, C.R
Howitt, C.W Dawson dan E.V.G Day. Cavendish dan C.M Laidlaw pula pernah memegang
jawatan Pemangku Penasihat British Perlis.
Semasa zaman pemerintahan Raja Syed Alwi ini, garis sempadan Negeri Perlis yang
terpakai hingga ke hari ini telah dimuktamadkan. Hasil proses penyukatan dan penandaan
sempadan Perlis dengan Setul, Kerajaan Perlis telah kehilangan kawasan Puju yang
dimasukkan ke dalam wilayah Setul, Thailand. Sebelumnya Puju ditadbir oleh Kerajaan
Perlis melalui Penghulu Kuala Perlis. Selain itu, sempadan baru Perlis-Kedah pula
dimuktamadkan dengan kerja-kerja pengukuran sempadan pada tahun 1913.
Raja Syed Alwi telah menambahkan usaha permodenan pentadbiran Negeri Perlis
yang dimulakan oleh Raja Syed Safi sebelumnya. Antara agensi Kerajaan Perlis yang ditubuh
dan dinaik taraf pada zaman pemerintahan baginda adalah Pejabat Raja dan Penasihat,
Pejabat Audit, Pejabat Hasil dan Cukai, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah
Rendah, Mahkamah Kadi, Balai Polis, Perbendaharaan Negeri, Pejabat Tanah, Pejabat
Pelajaran, Penjara dan lain-lain.
Raja Syed Alwi melanjutkan lagi usaha membangunkan Negeri Perlis. Pada zaman
pemerintahan baginda, Jalan Kangar-Arau dan Jalan Kangar-Tasoh telah diturap.
Perkhidmatan keretapi yang menghubungkan Perlis dengan Siam dan juga dengan negerinegeri lain di Tanah Melayu telah dimulakan pada tahun 1916 dengan perkenan baginda.
Demikian juga permulaan bekalan air paip sekitar Bandar Kangar, Jawatankuasa Pelajaran,
Syarikat Kerjasama atau Koperasi, Sanitary Board atau Lembaga Kebersihan, Sistem
Pungutan Zakat dan Fitrah, Pameran Pertanian Negeri, Pasukan Pengakap serta Perlis
Volunteer Force diwujudkan pada zaman pemerintahan baginda. Mercu tanda bersejarah
Negeri Perlis yang masih kekal sehingga hari ini antaranya Masjid Alwi, Ibu Pejabat
Kerajaan Negeri Perlis (bangunan menara jam), al-Madrasah al-Alawiyyah al-Diniyyah dan
Istana Arau juga dibina di zaman Raja Syed Alwi.
Molek juga dinyatakan bahawa Raja Syed Alwi merupakan Raja Perlis yang terakhir
mempersembahkan ufti Bunga Emas kepada Raja Siam. Selain itu,baginda juga merupakan
satu-satunya Raja Perlis yang mempersembahkan ufti Bunga Emas kepada Raja England.
Beberapa pingat kebesaran seperi C.B.E, C.M.G dan K.B.E telah dianugerahkan oleh
Kerajaan British kepada baginda.

12

Disebabkan Raja Syed Alwi tidak memiliki zuriat, Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis
yang bersidang pada 6 Disember 1934 membincangkan berkenaan Bakal Raja yang akan
menggantikan Raja Syed Alwi kelak. Keputusannya Majlis bersetuju mengangkat anakanda
saudara Raja Syed Alwi iaitu Syed Hassan Ibni Raja Muda Syed Mahmud Jamalullail sebagai
Bakal Raja Perlis. Apabila Syed Hassan mangkat pada 18 Ogos 1935, Perlis telah kehilangan
Bakal Rajanya. Oleh yang demikian Majlis yang bersidang pada 30 April 1938 telah
bermuafakat untuk mengangkat anakanda Syed Hassan yang bernama Syed Putra sebagai
Bakal Raja Perlis.
Dalam suasana kekalutan Negeri Perlis akibat Perang Dunia Kedua atau biasa disebut
juga Perang Jepun, Raja Syed Alwi mangkat pada 2 Februari 1943. Tidak seperti yang
diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis, adinda seayahanda Raja Syed Alwi iaitu
Syed Hamzah pula yang diangkat menjadi Raja Perlis oleh pihak berkuasa Jepun.

10.0

Raja Syed Hamzah Jamalullail (1943-1945) Sebagai Raja Perlis Kelima


Baginda adalah putera Raja Syed Safi dengan Che Shamsiah Binti Lebai Mat Amin.

Ini bermakna baginda adalah saudara seayahanda dengan Raja Syed Alwi. Selepas
kemangkatan Raja Muda Syed Mahmud Ibni Syed Safi Jamalullail, baginda mula aktif
membantu urusan pentadbiran Negeri Perlis dengan menjadi Naib Presiden Majlis Mesyuarat
Kerajaan Perlis. Syed Hamzah juga bertindak sebagai pengerusi kepada beberapa
jawatankuasa di bawah Kerajaan Perlis, antaranya Jawatankuasa Pelajaran Negeri Perlis.
Pada 12 Disember 1941, tentera Jepun telah memasuki Negeri Perlis diketuai oleh
Kapten E. Hirota. Memandangkan ketika itu Raja Syed Alwi berada di luar Negeri Perlis,
Kapten E. Hirota telah mengarahkan Syed Hamzah menubuhkan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Perlis yang dinaungi oleh Kerajaan Militari Jepun. Dalam majlis ini Syed Hamzah
sendiri yang bertindak sebagai presidennya, seolah-olah baginda benar-benar menjadi Raja
Perlis yang baru.
Apabila Raja Syed Alwi berangkat balik ke Perlis, baginda mengambil kembali
jawatan Presiden Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis. Syed Hamzah pula kembali ke
kedudukan Naib Presiden. Walaupun demikian, dengan sokongan Kerajaan Jepun, pada 11
Januari 1942 telah dikeluarkan perisytiharan yang melucutkan kedudukan Syed Putra Ibni
Syed Hassan sebagai Bakal Raja Perlis.
Serentak dengan itu perisytiharan yang sama memahsyurkan Syed Hamzah sebagai
Bakal Raja Perlis yang baru. Semenjak April 1943, Kerajaan Jepun mula mengamalkan dasar

13

pengiktirafan rasmi kepada kuasa Raja-raja Melayu. Dengan kemangkatan Raja Syed Alwi,
Syed Hamzah diangkat sebagai Raja Perlis oleh pihak berkuasa Jepun.
Zaman pemerintahan Raja Syed Hamzah adalah sinonim dengan zaman Jepun di
mana penderitaan bermaharajalela. Kebuluran merebak, harga barang-barang melambung
tinggi dan hasil padi dirampas oleh Tentera Jepun. Perusahaan getah dan perlombongan bijih
timah tergendala. Pendidikan yang diteruskan di sekolah-sekolah diubah orientasinya kepada
pengagungan Jepun sebagai Pelindung Bangsa Asia, Pemimpin Bangsa Asia dan Cahaya
Asia.
Sebagai balasan kepada Kerajaan Siam di bawah pimpinan Perdana Menteri Phibul
Songkhram yang memberikan kerjasama penuh sehingga penaklukan Jepun ke atas Tanah
Melayu mendapat kejayaan besar, Negeri-negeri Melayu Utara Semenanjung dikembalikan
kepada pentadbiran Kerajaan Siam. Tanpa sedikit pun persetujuan diminta daripada Majlis
Mesyuarat Kerajaan Perlis, negeri ini bersama-sama Kedah, Kelantan dan Terengganu telah
diserahkan semula oleh Kerajaan Jepun kepada Kerajaan Siam untuk ditadbir sebagai
caretaker government.
Kesemua negeri-negeri ini diletakkan di bawah pentadbiran seorang Pesuruhjaya
Tinggi Tentera Siam yang bertanggungjawab kepada semua urusan kecuali Agama Islam dan
adat-istiadat Melayu. Beliau digelar Khaluang Tahan Besar dan beribu pejabat di Alor Setar.
Di Perlis, ditempatkan seorang pembantu Khaluang Tahan Besar dengan gelaran Khaluang
Tahan Phra Chamrat.
Kerajaan Siam memanggil Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis sebagai Muntri Spa
Perlis. Raja Syed Hamzah menjadi Pengerusi Muntri Spa Perlis manakala pembesarpembesar Perlis yang lain menjadi ahlinya. Baginda bertanggungjawab kepada Khaluang
Tahan Besar dan Khaluang Tahan Phra Chamrat. Pegawai-pegawai Siam yang ditempatkan
di Perlis kebanyakannya kurang mahir, kurang berdisiplin dan buruk perangai. Ada pula
askar-askar Siam yang merayau di kampung-kampung dengan menjalankan kegiatan
mencuri, menceroboh dan mengganas bagi membiayai aktiviti berjudi dan minum arak
mereka. Walaupun ditadbir oleh Kerajaan Siam, Tentera Jepun masih terus ditempatkan di
beberapa kawasan strategik sekitar Negeri Perlis.
Apabila Jepun menyerah kalah pada 15 September 1945, satu lagi malapetaka
menimpa Negeri Perlis sebelum British benar-benar kembali berkuasa. Malapetaka yang
dimaksudkan adalah bermaharajalelanya Bintang Tiga selama seminggu di Perlis. Bintang
Tiga atau nama penuhnya Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) dianggotai oleh
majoriti ahli-ahli yang terdiri daripada etnik Cina. Kumpulan ini mengganas dengan
14

membunuh dan membalas dendam terhadap orang-orang Melayu yang dituduh sebagai talibarut Jepun.
Akhirnya pentadbiran Tentera British atau British Military Administration (BMA)
mula dilaksanakan di Perlis dengan pimpinan Mejar D. Burr. Sesudah itu barulah Penasihat
British iaitu E.V.G Day sampai ke negeri ini. Walau bagaimanapun BMA yang diketuai oleh
Lord Mountbatten enggan mengiktiraf status Syed Hamzah sebagai Raja Perlis. Sebaliknya
British berusaha memulihkan kembali kedudukan Syed Putra yang dilantik sebagai Bakal
Raja Perlis pada 30 April 1938.
Dengan itu, Raja Syed Hamzah dikehendaki turun takhta. Baginda meninggalkan
Istana Arau untuk berpindah ke Setul dan kemudiannya beralih ke Alor Setar sehingga akhir
hayatnya. Pada tahun 1958, Syed Hamzah Ibni Syed Safi kembali ke Rahmatullah.

11.0

DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail (1945-2000) Sebagai Raja Perlis


Keenam
Baginda adalah putera kepada Syed Hassan Ibni Syed Mahmud Jamalullail dengan

isterinya Puan Wan Teh Binti Endut. Di sebelah ayahandanya, baginda adalah cucunda
saudara kepada Raja Syed Alwi (Raja Perlis keempat) dan cicit kepada Raja Syed Safi (Raja
Perlis ketiga). Dalam zaman pemerintahan Raja Syed Alwi, baginda dilantik sebagai Bakal
Raja Perlis pada 30 April 1938.
Baginda pernah diketepikan oleh Syed Hamzah Ibni Syed Safi Jamalullail daripada
mewarisi takhta Kerajaan Perlis. Walaupun begitu, kedatangan semula British selepas
berakhirnya Perang Dunia Kedua telah menyaksikan baginda diangkat semula sebagai Raja
Perlis keenam, pada 4 Disember 1945. Meskipun demikian DYMM Tuanku Syed Putra
hanya dapat ditabalkan secara rasmi pada 12 Mac 1949. Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya
Tinggi British bagi Persekutuan Tanah Melayu, turut hadir sebagai wakil kepada Raja
England.
Sebaik sahaja baginda diperakukan sebagai Raja Perlis yang sah, baginda terus
dihadapkan dengan dugaan yang sangat besar. Hal ini berlaku apabila baginda dipaksa
menandatangani Perjanjian Malayan Union oleh Sir Harold Mac Michael, wakil Kerajaan
British. Baginda didesak untuk menyerahkan kedaulatan Kerajaan Perlis, namun baginda
menolak. Tambahan pula kandungan Perjanjian Malayan Union amat bertentangan dengan
Perjanjian Perlis-British 1930 yang telah dimeterai terlebih dahulu oleh Raja Syed Alwi.
Dalam situasi ini, baginda didampingi oleh para pembesar negeri seperti Haji Ahmad
Mohamad, Wan Ahmad Wan Daud dan Syeikh Ahmad Mohd. Hashim yang turut memprotes
15

tindakan Mac Michael. Akhirnya baginda diugut oleh Mac Michael mengatakan British
masih boleh mendapatkan tandatangan daripada individu lain dengan cara menurunkan
baginda daripada takhta Kerajaan Perlis. Dengan berat hati, DYMM Tuanku Syed Putra
menurunkan juga tandatangan ke atas Perjanjian Malayan Union. Walaupun begitu, baginda
dengan serta-merta mengirimkan bantahan kepada Kerajaan British di London oleh sebab
baginda dipaksa menurunkan tandatangan oleh Mac Michael. Bersama-sama dengan Rajaraja Melayu yang lain, baginda telah memulaukan upacara perlantikan Sir Edward Gent
sebagai Gabenor Malayan Union sebagai tanda protes.
DYMM Tuanku Syed Putra diberikan sokongan padu oleh orang Melayu Perlis dalam
penentangan terhadap Malayan Union. Kesedaran politik orang Melayu Perlis bertambah
marak dan digembleng secara sistematik menerusi penubuhan Kelab Indera Kayangan.
Nasionalisme Melayu Perlis mencapai kemuncaknya apabila Persatuan Melayu Perlis
ditubuhkan untuk membela kepentingan sosio-ekonomi dan politik orang Melayu.
Persatuan Melayu Perlis telah bergabung bersama dengan pertubuhan-pertubuhan
Melayu yang lain dari seluruh Semenanjung sehingga tertubuhnya UMNO. Justeru menerusi
UMNO Pusat dan juga UMNO Perlis, anak-anak watan Perlis menentang gagasan Malayan
Union untuk mengembalikan kedaulatan Raja mereka. Matlamat ini tercapai apabila
Perlembagaan Malayan Union digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
pada 1 Februari 1948.
Dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, kedaulatan baginda diserahkan
kembali oleh Kerajaan British. Pemerintahan baginda mendapat seorang pegawai Melayu
daripada Perkhidmatan Awam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang digelar Menteri
Besar untuk mengetuai pentadbiran negeri bagi pihak baginda. Penasihat British Perlis pun
diturunkan tarafnya di bawah Menteri Besar Perlis.
Maka mulai 1 Februari 1948, Raja Haji Ahmad Bin Raja Endut dilantik sebagai
Menteri Besar Perlis yang pertama. Pada 31 Januari 1957, Perlis mendapat Menteri Besar
kedua iaitu Dato Laksamana Mohd. Razali Bin Mohd. Ali Wasi. Dato Laksamana Mohd.
Razali berkhidmat sehingga 30 April 1959 sebagai Menteri Besar Perlis.
Dengan kemenangan Perikatan UMNO-MCA-MIC Perlis dalam Pilihanraya Kedua
pada Julai 1959, pemerintahan baginda mendapat Menteri Besar ketiga iaitu Tan Sri Syeikh
Ahmad Bin Mohd. Hashim. Beliau bukan seperti dua Menteri Besar Perlis sebelumnya yang
merupakan pegawai perkhidmatan awam. Sebaliknya Tan Sri Syeikh Ahmad merupakan
Menteri Besar Perlis pertama yang dilantik dalam kalangan tokoh politik yang bertanding
dalam pilihanraya. Tan Sri Syeikh Ahmad berkhidmat sehingga 31 Disember 1971.
16

Seterusnya pemerintahan baginda telah dibantu oleh Menteri Besar Perlis keempat
iaitu Dato Jaafar Hassan (yang berkhidmat dari 1972 sehingga 1981), Menteri Besar kelima
iaitu Dato Ali Ahmad (1981-1986), Menteri Besar keenam iaitu Tan Sri Dr. Abdul Hamid
Pawanteh (1986-1995) dan Menteri besar ketujuh yakni Dato Seri Dr. Shahidan Kassim
(1995-2008).
Raja Perlis keenam ini turut mengasaskan perlembagaan Negeri Perlis yang pertama
disebut sebagai Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis pada 1 Februari 1948. Inilah
dokumen yang dianggap sebagai Perlembagaan Bertulis bagi Kerajaan Perlis buat julungjulung kalinya. Di dalamnya terkandung 78 perkara, yang antara terpentingnya adalah garis
panduan pemerintahan baginda sebagai Raja Berperlembagaan. Undang-undang Tubuh
Kerajaan Perlis ini selesai disempurnakan pada 26 Mac 1959. Upacara pengurniaan dan
penetapan undang-undang tubuh ini turut disaksi dan ditandatangani oleh lima orang
pembesar Perlis iaitu Syed Hussein Ibni Syed Zain Jamalullail (Wakil Raja), Dato
Laksamana Mohd. Razali Bin Mohd. Ali Wasi (Menteri Besar), Haji Ahmad Muhammad,
Wan Ahmad Bin Wan Daud dan Syeikh Ahmad Mohd. Hashim.
DYMM Tuanku Syed Putra turut berjasa besar mengkanunkan dan mengembangkan
lagi Agama Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai agama bagi Negeri Perlis. Ini telah
ditegaskan dalam Perkara 5 Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis yang dikurniakan oleh
baginda. Justeru pada zaman pemerintahan baginda, segala perkara berkaitan Agama Islam
dan adat istiadat Melayu di Negeri Perlis telah diselaraskan menurut tuntutan manhaj Ahli
Sunnah Wal Jamaah dalam Perkara 5 ini.
Pada bulan April 1960, DYMM Tuanku Syed Putra dilantik sebagai Timbalan Yang
di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-raja Melayu. Apabila Yang di-Pertuan Agong iaitu Sultan
Hishamuddin Alam Shah dari Selangor sedang gering, baginda dilantik sebagai Pemangku
Yang di-Pertuan Agong. Tugas ini dijalankan oleh baginda dari bulan Julai sehingga Ogos
1960. Untuk menjalankan pemerintahan Kerajaan Perlis, baginda telah memperkenankan
sebuah Jemaah Pemangku Raja dilantik menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis.
Pada 7 Ogos 1960, jemaah ini dilantik dengan dianggotai oleh Dr. Syed Mahmood Ibni Syed
Hussain Jamalullail (Yang Dipertua Jemaah Pemangku Raja), Haji Ahmad Bin Muhammad
dan Syed Hussain Ibni Syed Zain Jamalullail.
Ekoran kemangkatan Yang di-Pertuan Agong pada 21 September 1960, DYMM
Tuanku Syed Putra telah dipilih oleh Majlis Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan
Agong yang ketiga. Oleh yang demikian, sebuah lagi Jemaah Pemangku Raja dilantik pada
tarikh yang sama. Kali ini Jemaah Pemangku Raja Perlis dianggotai oleh Dr. Syed Mahmood
17

Ibni Syed Hussain Jamalullail (Yang Dipertua Jemaah Pemangku Raja), Haji Ahmad Bin
Muhammad, Syed Hussain Ibni Syed Zain Jamalullail dan Syed Abu Bakar Ibni Syed
Hussain al-Jafri. Selepas dua tahun Jemaah Pemangku Raja ini menjalankan tugas, DYMM
Tuanku Syed Putra melanjutkan perkhidmatan mereka mulai 21 September 1962 sehingga 31
Disember 1962. Perisytiharan ini dikeluarkan pada 21 September 1962.
Serentak dengan tarikh 31 Disember 1962, baginda melantik pula YTM Tengku
Sulaiman ibni Tengku Bendahara Abu Bakar sebagai Pemangku Raja Perlis yang baru. YTM
Tengku Sulaiman adalah Kerabat DiRaja Johor yang mengahwini puteri sulung baginda,
YTM Syarifah Salwa Binti Tuanku Syed Putra. YTM Tengku Sulaiman menjalankan tugastugas Pemangku Raja sehingga baginda menamatkan perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan
Agong pada 20 September 1965.
DYMM Tuanku Syed Putra merupakan Raja Perlis yang menandatangani Perjanjian
Persekutuan 1948 dan sekaligus mengesahkan kemasukan Perlis ke dalam Persekutuan Tanah
Melayu. Secara teknikal, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong terakhir kepada Malaya.
Apabila tertubuhnya Persekutuan Malaysia dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan
Singapura pada 16 September 1963, baginda juga menjadi Yang di-Pertuan Agong pertama
bagi Malaysia. Ini juga bermakna baginda juga satu-satunya raja kepada Singapura dalam
sejarah modennya yakni semasa Singapura masih berada dalam Persekutuan Malaysia.
DYMM Tuanku Syed Putra turut menjadi tonggak kekuatan kepada seluruh Malaysia
apabila negara berada dalam Konfrontasi dengan Republik Indonesia pada tahun 1965.
Banyak daripada mercu tanda kemegahan negara seperti Bangunan Parlimen, Masjid Negara,
Stadium Negara, Muzium Negara dan Lapangan Terbang Subang telah dirasmikan oleh
baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ketiga.
Baginda turut diberikan penghormatan menjadi Kolonel Yang Dipertua Pasukan
Renjer Malaysia serta Canselor Universiti Sains Malaysia (USM). Pada tahun 1986, baginda
memperkenankan penubuhan Yayasan Tuanku Syed Putra bagi membantu rakyat Perlis
melanjutkan pelajaran. Baginda juga merupakan Raja Perlis pertama yang berangkat melawat
pelbagai destinasi di seluruh dunia.
DYMM Tuanku Syed Putra mangkat pada 16 April 2000. Pemerintahan baginda
selama 55 tahun mencatatkan nama baginda sebagai salah seorang raja berdaulat yang paling
lama bertakhta di seluruh dunia pada zamannya. Baginda digantikan oleh anakandanya,
Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

18

12.0

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (2000-kini) Sebagai Raja Perlis


Ketujuh
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin adalah putera DYMM Tuanku Syed Putra dengan

DYMM Raja Perempuan Perlis, Tengku Budriah Binti Tengku Ismail. Baginda diputerakan
pada 17 Mei 1943. DYMM Tuanku Syed Sirajuddin adalah Raja Perlis pertama yang
mendapat latihan ketenteraan secara formal. Malah baginda sendiri pernah berkhidmat
kepada negara sebagai pegawai tentera.
Baginda dilatih sebagai prajurit menerusi Kursus Pegawai Kadet Tentera Darat di
Akademi Tentera DiRaja Sandhurst, Britain. Tamat latihan di Sandhurst, baginda memulakan
kerjaya ketenteraan dalam Angkatan Tentera Malaysia. Justeru pada 12 Disember 1965
baginda ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Kor Peninjau DiRaja yang kini dikenali
sebagai Kor Armor DiRaja. Bermula di Rejimen Kedua Peninjau di Kem Sungala Port
Dickson Negeri Sembilan, baginda seterusnya berkhidmat di Sabah pada tahun 1966 dan di
Sarawak pada tahun 1967.
Pada Disember 1967, baginda dinaikkan ke pangkat Leftenan. DYMM Tuanku Syed
Sirajuddin menamatkan perkhidmatan ketenteraan baginda di Pahang pada 31 Disember
1969, dengan pangkat Kapten. Hal ini dilakukan oleh baginda demi untuk menunaikan
tanggungjawab sebagai Raja Muda Perlis dan mendalami selok-belok urusan pemerintahan.
Baginda dilantik menjadi Raja Muda Perlis pada 30 Oktober 1960 semasa berusia 17
tahun. Ketika ini ayahanda baginda DYMM Tuanku Syed Putra sedang menjalankan tugas
sebagai Yang di-Pertuan Agong ketiga bagi Malaysia. Baginda turut menjadi Pemangku Raja
Perlis selama beberapa kali. Kali pertama baginda menjadi Pemangku Raja Perlis adalah dari
23 Jun sehingga 24 Oktober 1967. Dengan kemangkatan ayahanda baginda, DYMM Tuanku
Syed Sirajuddin dimahsyurkan sebagai Raja Perlis ketujuh pada 17 April 2000. Istiadat
pertabalan baginda pula dilaksanakan dengan penuh gilang-gemilang pada 7 Mei 2000.
Tidak lama selepas pertabalan sebagai Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin
telah dipilih oleh Majlis Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kedua belas
bagi Malaysia. Dengan ini baginda merupakan Raja Perlis yang buat kali kedua diamanahkan
menduduki takhta Yang di-Pertuan Agong. DYMM Tuanku Syed Sirajuddin menggantikan
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor yang mangkat pada 21 November 2001.
Amanah sebagai Ketua Negara Malaysia ini baginda tunaikan bermula dari 13
Disember 2001 sehingga 12 Disember 2006. Oleh yang demikian semasa pemerintahan
baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong, dua orang Perdana Menteri telah berkhidmat
kepada baginda iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
19

Dalam urusan perlantikan Menteri Besar Perlis pada tahun 2008, DYMM Tuanku
Syed Sirajuddin menolak pencalonan Dato Seri Dr. Shahidan Kassim untuk dilantik semula
sebagai Menteri Besar yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana
Menteri Malaysia ketika itu. Sebaliknya baginda memperkenankan Dato Seri Dr. Md. Isa
Sabu menjadi Menteri Besar Perlis kelapan pada tahun 2008 (Mahathir Mohamad, 2011:806).
Asas ketegasan pendirian baginda dalam hal ini adalah berpandukan bidang kuasa
baginda sebagai Raja Negeri Perlis dan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam
Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis. Ketegasan yang serupa juga telah dizahirkan dalam
titah baginda sempena upacara mengangkat sumpah jawatan YAB Dato Seri Azlan Man
sebagai Menteri Besar Perlis kesembilan pada tahun 2013 yang lalu.
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin menjadi ketua pelindung tertinggi kepada Agama
Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah yang termaktub dalam Perkara 5, Undang-undang Tubuh
Kerajaan Perlis. Baginda sentiasa mengambil berat akan hal-ehwal Islam dalam Negeri Perlis
supaya selaras dengan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, baginda
berdamping rapat dengan beberapa tokoh agama. Sebagaimana baginda pernah diamanahkan
oleh ayahandanya sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Perlis (MAIPs), baginda telah melantik DYTM Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra
sebagai Yang Dipertua MAIPs pada 14 Disember 2001 sehingga kini.
Naluri ketenteraan yang sebati dengan jiwa baginda menjadikan DYMM Tuanku
Syed Sirajuddin menyertai pasukan simpanan tentera darat yang dikenali sebagai Rejimen
Askar Wataniah. Oleh yang demikian, mulai November 1970, baginda telah ditauliahkan
sebagai Kapten dalam rejimen ini. Baginda seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Kolonel
dan akhirnya menjadi Komander Rejimen 504 Askar Wataniah yang memerintah pasukan
yang meliputi Perlis dan Kedah. Penubuhan Rejimen 513 di Kedah menjadikan Rejimen 504
di bawah perintah baginda bermarkas di Kem Bukit Keteri. Selanjutnya sebagai Raja Perlis,
baginda turut dilantik sebagai Kolonel Yang Dipertua Kor Renjer Diraja pada 19 September
2000.
Selain memperhebatkan kegiatan Yayasan Tuanku Syed Putra, DYMM Tuanku Syed
Sirajuddin turut memperkenankan penubuhan Yayasan-yayasan DiRaja yang baru. Yayasan
yang dimaksudkan adalah Yayasan Tuanku Syed Sirajuddin dan Yayasan Tuanku Fauziah
yang memiliki skop dan fokus berbeza dalam berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat
Perlis dalam pelbagai aspek. DYMM Tuanku Syed Sirajuddin adalah juga Canselor Kedua
bagi Universiti Sains Malaysia (USM) menggantikan ayahanda baginda DYMM Tuanku

20

Syed Putra. Baginda amat berminat dengan sukan golf serta menjadi Yang Dipertua Kelab
Golf Putra, Perlis.
Zaman pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin sesungguhnya menyaksikan
kemajuan Negeri Perlis mencapai suatu tahap kehebatan yang tidak pernah dimimpikan
sebelumnya. Berkat daulat baginda, Negeri Perlis terus menerus mencipta kemajuan,
kemakmuran dan keamanan dalam pelbagai sektor.

13.0

Rumusan
Merenung masa hadapan Negeri Perlis yang berdaulat, DYTM Raja Muda Tuanku

Syed Faizuddin Putra bagaikan permata yang bersinar. Di samping menjadi Raja Muda,
baginda memikul amanah ayahandanya sebagai Tuanku Yang Dipertua Majlis Agama Islam
dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Komander Rejimen 504 Askar Wataniah dan
Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra. Tanpa mengenal penat lelah, DYTM Raja Muda
Tuanku Syed Faizuddin Putra berdamping rapat dengan segenap lapisan rakyat khususnya
dengan pendekatan unik turun padang yang baginda amalkan.
Dengan izin Allah, DYTM Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra akan menjadi
Raja Perlis kelapan. Kesinambungan Institusi Raja Perlis umumnya dan jurai Raja Perlis
daripada keturunan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin khususnya terus diberkati dan dirahmati
Allah. Hal ini terjadi dengan keputeraan YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Ibni Tuanku
Syed Faizuddin Putra pada 12 April 2009. Dengan izin Allah, kelak YAM Syed Sirajuddin
Areeb Putra bakal menjadi Raja Perlis kesembilan.
Antara kesinambungan dan perubahan, Negeri Perlis akan terus berdaulat di bawah
pemerintahan Raja-raja Jamalullail, Insya-Allah. Dengan keimanan dan ketaqwaan kepada
Allah, di samping berpegang teguh kepada al-Quran dan al-Sunnah di atas jalan Ahli Sunnah
Wal Jamaah, keteguhan Negeri Perlis diperkuat dan akan terus dicemerlangkan tidak lain
dengan kedaulatan Raja-raja Jamalullail Negeri Perlis, kebijaksanaan Pembesar Negeri Perlis
dan kesetiaan rakyat-jelata Negeri Perlis.

21

Bibliografi
Ahmad Ismail dan Yazid Mat (1992), Perlis Indera Kayangan : Sejarah Pembentukan
Sebuah Negeri Berdaulat. Kangar: Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.
Hazman Hassan & Mohd. Radzi Othman (2013), Raja Sebagai Uil Amri Dan Tradisinya Di
Negeri Perlis: Perspektif Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. dalam Prosiding Seminar
Institusi Raja (SIRaj). Kangar: Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti
Malaysia Perlis (UNIMAP).
Laman web rasmi Raja Perlis di www.perlisroyalty.gov.my , seperti yang diakses pada 1 Jun
2014
Mahathir Mohamad (2011), A Doctor In The House : The Memoirs Of Tun Dr. Mahathir
Mohamad. Petaling Jaya: MPH Group Publishing.

22

ZAMAN PRASEJARAH DAN PROTOSEJARAH DI NEGERI PERLIS DALAM


KONTEKS ARKEOLOGI
Oleh:
Prof. Madya Dr. Zuliskandar Bin Ramli
&
Prof. Emeritus Dato Dr. Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGENALAN
Negeri Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang paling kecil di Malaysia di mana
keluasannya adalah 795 km2 iaitu kira-kira 0.2% daripada keluasan Malaysia. Bancian penduduk
dan perumahan Malaysia pada tahun 2010 mencatatkan bahawa jumlah penduduk di Perlis adalah
seramai 2,416,700 orang (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010). Perlis secara geografinya terletak
di Utara Semenanjung Malaysia bersempadan dengan provinsi Satun dan Songkla di utara;
Kedah di sebelah selatan manakala Selat Melaka di sebelah barat.
Nama negeri Perlis dipercayai berasal daripada nama sejenis pokok iaitu pokok Perlis
(Ahmad Ismail & Yazid Mat 1992). Pokok ini dikatakan tumbuh dengan banyak terutamanya di
tebing sungai tetapi kini pokok Perlis telahpun pupus. Seorang lagi Sejarawan Malaysia iaitu
Haji Buyung Adil menyatakan bahawa negeri Perlis ini mendapat nama daripada perkataan Siam
iaitu Phrau Loi (Maphrau Loi) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut dipercayai
dipelat dan dipendekkan oleh orang Melayu menjadi pereleh atau Perlis (Buyung Adil 1981).
walau bagaimanapun kebanyakan sarjana berpendapat Perlis mendapat namanya daripada pohon
Perlis.
Dalam konteks zaman sejarah, negeri Perlis diwujudkan atau diasaskan sebagai sebuah
negeri pada tahun 1834, apabila kerajaan Siam dan Kedah mempersetujui penubuhan sebuah
kerajaan yang berasingan. Sebelum ini negeri Perlis dikenali sebagai Jajahan Kayang di bawah
pemerintahan negeri Kedah. Ketika itu juga Kedah tertakluk di bawah naungan kerajaan Siam.
Merujuk kepada buku Sejarah Perlis yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun
1981 yang dikarang oleh Haji Buyung Adil menyatakan
Pada 10 Muharam Tahun Hijrah 1250, bersamaan dengan 20 Mei tahun 1834,
wujudlah sebuah negeri baharu di utara Semenanjung Tanah Melayu bernama
PERLIS. Rajanya yang pertama ialah Syed Husain Jamalullail ibni Almarhum
Syed Harun Jamalullail, bergelar Tuan Syed Sharif Hussain Jamalullail. Baginda
dilantik dan ditabalkan menjadi Raja Perlis oleh Raja Siam di balairong seri
kerajaan Siam di Bangkok dengan disokong dan dipersetujui oleh Raja Ligor
Nakhon Sri Thammarat hlm. 20
Gelaran Indera Kayangan telah diberikan oleh Tuanku Sultan Dhaiuddin Mukarram
Shah 1 yang memerintah Jajahan Kayang pada tahun 1797-1813. Diceritakan bahawa pada suatu
malam, baginda sedang bersiar-siar di dalam taman yang terletak di puncak bukit dalam kawasan
istana kayang, di mana baginda merasakan seperti berada di kayangan, di tempat yang tinggi,
1

melihat bintang-bintang bertaburan di langit. Ketika itulah baginda menggelar jajahannya Indera
Kayangan (Rejab 2006: 12-13). menurut Haji Buyong Adil (1981:20), Raja Perlis yang pertama
telah memberi gelaran Indera Kayangan sempena perhubungan rapat di antara Perlis dengan
Kota Indera Kayangan. Manakala Ahmad Ismail dan Yazid Mat (1992) menyatakan bahawa
Raja Syed Hussin juga memasyhurkan semula nama Indera Kayangan untuk diberi gelaran @
nama timang-timangan bagi negeri Perlis. Gelaran tersebut diambil sempena Indera Kayangan,
iaitu Kota Indera Kayangan Yang Kedua (1797-1813) di mana baginda dididik dan dibesarkan
oleh Sultan Dhiauddin Makarram Syah.
Dalam konteks zaman prasejarah dan protosejarah, negeri Perlis juga telah menghasilkan
data dalam bentuk artifak dan ekofak yang secara tidak langsung menunjukkan kepentingan
Perlis dalam aktiviti perdagangan dan jalur utama pergerakan manusia di zaman awal. Bukti
terawal yang telah ditemui di Perlis adalah alat-alat batu yang dikategorikan sebagai alat batu
Hoabinh yang dipercayai wujud kira-kira 5000 hingga 10,000 tahun yang lalu. Kemudian
jumpaan artifak mendedahkan kewujudan kebudayaan Neolitik atau Zaman Batu Baru yang
bermula sejak 5,000 hingga 3,000 tahun yang lalu. Artifak zaman protosejarah boleh dilihat pada
jumpaan di Gua Berhala, Bintong yang mana ditemukan kalam semah (votive tablet) berimej
Bodhisatva dan Avalokiteshvara yang sinonim dengan amalan penganut Buddha Mahayana.
PENYELIDIKAN ARKEOLOGI DI PERLIS
Penyelidikan yang berkaitan dengan arkeologi di negeri Perlis bermula sejak tahun 1920-an oleh
I.H.N. Evans dan berterusan sehingga tahun 1930-an. Antara artifak yang ditemui adalah
serpihan tembikar tanah yang digolongkan dalam zaman Neolitik dan zaman Logam, serta alatalat batu dan sisa makanan (Evans 1931). H.D.Collings juga telah menjalankan penyelidikan
prasejarah Perlis pada tahun 1930-an di mana tumpuan beliau lebih terarah kepada kajian di Gua
Bintong, Bukit Chuping yang mana jumpaan tersebut berupa alat batu zaman Hoabinhian. Alat
batu yang juga dikenali sebagai sumatralith ini dicirikan oleh batu pebel yang direpeh pada
sebelah permukaan atau kedua-dua belah permukaan pebel tersebut. Selain daripada itu, Collings
juga telah menemukan beberapa artifak dan ekofak lain seperti tulang, manik tulang dan manik
karnelian serta serpihan tembikar tanah. Selain itu terdapat juga jumpaan ekofak berupa sisa
makanan yang terdiri daripada tulang haiwan, cengkerang siput sungai dan juga laut. Kawasan
ini berkemungkinan juga digunakan sebagai kawasan tapak pengebumian dengan terjumpanya
tinggalan gigi manusia (Collings, 1937).
Collings berpendapat bahawa Gua Bintong, Bukit Chuping ini terletak tidak jauh daripada
laut kira-kira 5000 tahun yang lalu dan kenyataan ini telah disokong oleh H. B. Tjia, seorang
pakar geologi yang banyak mengkaji turun-naik aras laut di Malaysia dan Indonesia (Adi, 1990).
Di Bukit Chuping juga ditemukan beberapa serpihan tembikar yang dikenali sebagai black ware
yang menjadi polemik di mana asal usul tembikar tersebut. Menurut pendapat beberapa orang
penyelidik, tembikar black ware ini dipercayai berasal dari Attic Greek (William-Hunt, 1952),
Lung Shan (Peacock, 1959), India Utara (Sieveking 1962) dan buatan tempatan (Chia 1997).
Pada tahun 1951, P.D.R. William-Hunt yang merupakan Pengarah Muzium Negeri-negeri
Melayu Bersekutu pada waktu itu telah menjalankan survei ke atas Gua Bukit Tungku Lembu
selepas mendapat laporan daripada orang kampung berkenaan jumpaan artifak di kawasan
tersebut. Walau bagaimanapun, penyelidikan secara sistematik tidak dapat dijalankan kerana
tapak tersebut telah terganggu akibat daripada kerja-kerja mengambil baja. William-Hunt telah
2

menyelamatkan beberapa artifak seperti tembikar tanah dan alat-alat batu zaman Neolitik yang
dijumpai di atas permukaan tanah yang telah terganggu tersebut. Yang menarik berkenaan
jumpaan di tapak ini adalah jumpaan tembikar tanah yang mempunyai pelbagai bentuk dan ragam
hias dan tembikar jenis ini belum pernah ditemui di tapak-tapak prasejarah di Semenanjung
Malaysia, kecuali di Gua Cha, Hulu Kelantan. William-Hunt telah merekodkan kenyataan
daripada P.E. Corbett dari British Museum yang menyatakan bahawa tembikar black ware
bergilap tersebut berasal dari Attic Greek dan dianggarkan berusia abad ke-4 hingga abad ke-5
SM (William-Hunt 1952).
Manakala Peacock (1959) menganggap bahawa tembikar bergilap (polished black ware)
tersebut adalah tembikar daripada kebudayaan Longsan yang berasal dari China. Sieveking
(1962) pula mencadangkan bahawa tembikar tersebut bukan berasal daripada Attic Greek atau
China, tetapi tembikar tersebut datang dari India Utara. Pendekatan saintifik yang dilakukan oleh
Chia (1997) yang menganalisis tembikar polished black ware ini secara morfologi dan
komposisi mencadangkan bahawa tembikar tersebut adalah hasil kearifan tempatan atau secara
tidak langsung membuktikan peranan masyarakat tempatan dalam menghasilkan tembikar yang
berkualiti tinggi tersebut. Walau bagaimanapun, berdasarkan tipologi tembikar tersebut jelas
menunjukkan bahawa tembikar tersebut dihasilkan oleh mereka yang amat mahir dalam
pembuatan tembikar terutama dalam aspek motif hiasan, bentuk yang unik dan tekstur bahan
yang lebih halus. Jika dilihat daripada konteks fungsi pula, tembikar di Gua Bukit Tengku
Lembu digunakan sebagai alat bekalan kubur. Boleh dicadangkan bahawa tembikar ini
merupakan barang dagangan yang diperoleh daripada masyarakat pesisir yang mempunyai
pengetahuan berkenaan pembuatan tembikar ini. Adi Taha (1990) mencadangkan bahawa
tembikar yang ditemui di Bukit Tengku Lembu ini berusia antara 2000-3000 tahun yang lalu. Ini
berdasarkan kepada tipologi tembikar tersebut. Gua Bukit Tungku Lembu juga menemukan
pelbagai alat batu zaman Neolitik seperti beliung batu, gelang batu yang digunakan sebagai alat
perhiasan diri dan lain-lain lagi. Sebanyak 7 biji beliung batu, satu gelang batu yang baik
buatannya dan tembikar tanah. Ini jelas menunjukkan bahawa artifak ini milik masyarakat yang
mengamalkan kebudayaan Neolitik. Tembikar yang ditemui ialah tembikar berkaki tiga yang
juga ditemui di selatan Thailand, Kodiang, Jenderam Hilir dan terbaru dijumpai di Kg. Kubang
Pak Amin, Pasir Mas, Kelantan.
Pada tahun 1981 sehingga tahun 1982, Jabatan Muzium telah menjalankan survei yang agak
menyeluruh terhadap gua-gua di Perlis. Semasa survei dijalankan, pasukan dari Jabatan Muzium
telah menemui satu alat seperti penggali berbahu. Alat batu ini dipercayai digunakan untuk
aktiviti pertanian di kawasan sekitar Bukit Tengku Lembu (Adi 1990). Sebanyak 14 buah gua
telah dilawati oleh pasukan dari Jabatan Muzium dan setiap satu gua tersebut mempunyai potensi
arkeologi. Antara gua yang menarik ialah Gua Kelawar, Bukit Changkul. Survei yang dilakukan
oleh Jabatan Muzium pada tahun 1981 sehingga tahun 1892 telah menemukan pelbagai jenis
artifak seperti alat batu dan serpihan tembikar tanah. Antaranya ialah jumpaan di Guan Bintong,
Bukit Cuping yang telah menemukan alat batu zaman Hoabinhian, alat batu label yang
mempunyai kesan digunakan, serpihan tembikar tanah dan ekofak berupa sisa makanan (Adi
Taha 1990). Jumpaan di Gua Berangin Bukit Chuping adalah berupa sisa makanan manakala
jumpaan di Gua Bukit Tok Jawa, Bukit Chuping adalah berupa patahan alat batu pebel dan sisa
makanan yang terdiri daripada siput air tawar dan tulang haiwan. Gua Tok Belat, Bukit Chuping
hanya menemukan sisa makanan manakala survei di Gua Tengku Lembu di Bukit Batu Lembu
3

telah menemukan patahan alat batu, kapak batu yang sempurna, alat-alat repehan, serpihan
tembikar tanah bercap tali dan tidak berhias serta sisa makanan.

Rajah 1. Beliung dan kapak batu Neolitik bersaiz kecil di Gua Tengku Lembu.
104, 120, 125 124 mm. Skala 5/11
(Sumber: Sieveking 1962)
4

Rajah 2. Beliung Batu Berparuh di Gua Tengku Lembu. Panjang 345, 217 mm.
Skala 5/11.
(Sumber: Sieveking 1962)

Rajah 3. Gelang Batu. Diameter bahagian dalam 70 mm. Kapak batu kecil dan beliung batu
berparuh. Panjang 96, 223 mm. Skala 5/11. Jumpaan di Gua Tengku Lembu
(Sumber: Sieveking 1962)
Survei di Bukit Batu Hampar telah menemukan empat biji alat batu pebel dan satunya
ditajamkan di hujungnya, serpihak tembikar tanah yang mempunyai corak tali dan tanpa hias
serta jumpaan sisa makanan. Jumpaan di Gua Bukit Lintas berupa 2 biji alat batu pebel, serpihan
tembikar tanah berhias dan tidak berhias dan sisa makanan. Gua Bukit Kechil, Mata Ayer pula
menemui jumpaan seperti alat batu Hoabinhian yang direpeh kedua-dua belah permukaan,
patahan alat batu pebel, serpihan tembikar tanah yang kebanyakan tidak berhias, kekaki tembikar
tanah yang mempunyai ketinggian 8.7 cm dan sisa makanan (Adi Taha, 1983). Di Gua
Berembang, Bukit Nguking hanya menemukan serpihan tembikar tanah, manakala Gua Merang
di Bukit Nguking telah menemukan serpihan tembikar tanah bercap tali dan sisa makanan. Alat
batu pebel dengan hujung ditajamkan, serpihan tembikar tanah dan sisa makanan adalah jumpaan
yang ditemui di Gua Kelomboi, Bukit Ngulang. Jumpaan di Gua Tok Kong, Bukit Kerengga
pula adalah berupa 2 biji alat batu Hoabinhian dan sebiji batu teras serta sisa makanan manakala
jumpaan di Gua Bukit Kerengga berupa patahan alat batu pebel (Hammer Stone), serpihan
tembikar tanah, mangkuk tembikar tanah yang dijumpai oleh penduduk kampung. Jumpaan di
6

Gua Tahi Kelawar, Bukit Changkul pula adalah hasil jumpaan orang kampung yang menggali
baja tahi kelawar di gua tersebut. Antara jumpaan adalah serpihan tembikar tanah, kaki tripod
daripada tembikar berkaki tiga, periuk tanah, dua biji beliung batu berparuh, satu beliung batu
trapezoidal, beliung batu berbentuk bulat, 3 biji kapak batu, gelang batu dan sisa makanan (Adi,
1990).
Pada tahun 1985, jumpaan berupa beliung batu dan tembikar berkaki tiga telah ditemui di
Gua Gergasi, Bukit Besi Hangit oleh murid-murid sekolah menengah Putra. Juga ditemui
bersama artifak tersebut, tulang yang dipercayai sebahagian dagu manusia. Ini menunjukkan
bahawa Gua Gergasi ini telah digunakan oleh masyarakat Neolitik sebagai tapak pengebumian
manusia. Tembikar tanah berkaki tiga bersama dengan alat batu yang lain telah digunakan
sebagai alat bekalan kubur, praktis yang sama diamalkan oleh masyarakat di Bukit Tengku
Lembu. Pada tahun yang sama, di kampung Wang Kelian yang berdekatan dengan sempadan
Thailand telah menemukan lima beliung Neolitik yang mempunyai permukaan yang tidak sekata.
Penemuan ini telah dilaporkan oleh Encik Yusof Ali yang pada masa itu sedang menyelia tpaak
menyedut pasir. Menurut Encik Yusof, artifak tersebut dijumpai pada kedalaman 10 meter di
bawah permuakan tanah. Beberapa keping serpihan tanah juga telah dijumpai bersama-sama
dengan alat batu tersebut. Beliung yang dijumpai mempunyai saiz yang berbeza antaranya
berukuran 24cm x 10cm x 4.1cm, 15cm x 7.2cm x 4.1cm, 13.5cm x 4.9cm x 3.4cm, 10.3cm x
4.4cm x 2cm, 35cm x 6.2cm x 2.4cm (Adi Taha 1991). Penemuan ini menunjukkan bahawa
artifak yang diperoleh dari tapak tersebut dimiliki oleh masyarakat Neolitik yang menetap di
kawasan tapak terbuka. Sebelum ini kebanyakan artifak hanya ditemui di tapak-tapak gua batu
kukup sahaja.
Selain daripada jumpaan artifak dan ekofak zaman prasejarah, Perlis juga mempunyai
data arkeologi yang membuktikan kewujudan zaman proto-sejarah di Malaysia. 15 biji kalam
semah (votive tablet) telah dikumpul oleh Vaughan Stevens untuk Muzium Raffles. Pada tahun
1929, Evans telah mengumpul beberapa biji lagi kalam semah dari Perlis dan seterusnya oleh
Collings pada tahun 1936. Kalam semah yang dikumpul oleh Vaugham Stevens, Evans dan
Colling sini didapati diperoleh dari kawasan yang sama iaitu di Gua Berhala berkedudukan tinggi
dalam masyarakat yang diamalkan oleh penganut agama Buddha. Ini secara tidak langsung
menunjukkan kesinambungan masyarakat dalam menggunakan gua sebagai tapak yang ada
kaitan dengan kematian.
KEPELBAGAIAN JENIS TEMBIKAR TANAH DI PERLIS
Data arkeologi di negeri Perlis banyak menemukan artifak berupa tembikar tanah sama ada dalam
bentuk serpihan kecil, serpihan besar ataupun yang lengkap. Apa yang menariknya, jumpaan
tembikar tanah ini telah menjadi polemik di kalangan penyelidik arkeologi terutamanya yang
melibatkan jumpaan black ware bergilap yang dijumpai di Gua Tengku Lembu dan serpihan
daripada jenis yang sama di Gua Bintong. Chia (1997) yang menjalankan analisis saintifik ke atas
artifak yang dipercayai tembikar black ware mencadangkan bahawa tembikar tersebut adalah
produk tempatan berdasarkan kepada komposisi bahan tembikar tersebut. Terdahulu WilliamHunt meminta pandangan daripada P.E. Corbett dari British Museum, menyatakan bahawa
tembikar black ware bergilap tersebut berasal dari Attic Greek dan dianggarkan berusia abad
ke-4 hingga abad ke-5 SM (William-Hunt, 1952). Manakala Peacock (1959) menganggap
bahawa tembikar bergilap (polished black ware) tersebut adalah tembikar daripada kebudayaan
7

Longsan yang berasal dari China. Sieveking (1962) pula mencadangkan bahawa tembikar
tersebut bukan berasal daripada Attic Greek atau China, tetapi tembikar tersebut datang dari
India Utara. Peacock juga ada menunjukkan gambar tembikar hitam yang secara tipologi hampir
sama dengan yang ditemui di Gua Bukit Tengku Lembu.
Terdapat banyak bentuk tembikar yang ditemui di Perlis. Koleksi terbanyak ialah
jumpaan di Gua Bukit Tengku Lembu di samping gua lain seperti di Bukit Wang Pisang. Gua
Tengku Lembu merupakan tapak yang kedua dengan jumpaan tembikar tanah paling banyak
yang mana sebelumnya jumpaan paling banyak adalah di Gua Cha apabila Noone pertama kali
membuat kajian di tapak tersebut pada tahun 1935 (Noone 1939). Walau bagaimanapun, tapak
Gua Tengku Lembu adalah dalam keadaan yang amat terganggu akibat daripada aktiviti
menggali baja tahi kelawar dan penyelidikan arkeologi yang sistematik tidak dapat dijalankan.
Lebih daripada 10 bentuk atau jenis tembikar telah ditemui di kawasan ini dan fungsinya adalah
sebagai alat bekalan kubur sama seperti yang diamalkan oleh masyarakat Neolitik di Gua Cha
(Sieveking 1956) (Lihat Rajah 4 dan Rajah 5). Kebanyakan tembikar tanah ini berwarna coklat
gelap sehingga kelabu kehitaman dan warna ini adalah berdasarkan kepada kadar pembakaran
tembikar tersebut.
Berdasarkan kepada pengelasan yang dibuat oleh Sieveking (1962), tembikar di negeri
Perlis boleh dibahagikan kepada 2 kelas. Kelas yang pertama ialah Kelas Tembikar Tanah
Prasejarah Jenis Biasa manakala yang kedua ialah Kelas Tembikar Tanah Prasejarah Terevolusi.
Kelas 1. Tembikar Tanah Biasa
Jenis 1. Mangkuk hemisperikal dengan bahagian mulut tegak ke atas .
Terdapat lapan biji tembikar tanah yang ditemui secara lengkap di Gua Tengku Lembu
dengan ukuran tembikar tersebut adalah antara 51 dan 76 mm tinggi dan diameternya antara 178254 mm.
Jenis 2. Mangkuk Hemisperikal dengan bahagian mulut berbibir gulung.
Terdapat tiga contoh tembikar jenis ini dan bahagian badan berbentuk silinder. Tinggi
tembikar ini adalah antara 64 hingga 152 mm. Terdapat corak di bahagian mulut tembikar ini dan
bahagian badan bercap tali.
Jenis 3. Balang dengan bahagian mulut dibakar.
Terdapat sembilan contoh tembikar jenis ini dan jumpaan menunjukkan tembikar tersebut
adalah buatan masyarakat Neolitik awal dan masyarakat yang telah maju dalam pembuatan
tembikar. Hiasan cap tali kadangkala terdapat hingga ke bahagian leher tembikar tetapi selalunya
bahagian leher dibiarkan kosong tanpa hiasan, Bahagian dasar berbentuk bulat.

Jenis 4. Balang bulat dengan leher sempit


Terdapat empat contoh tembikar jenis ini dan berdasarkan buatannya boleh dikatakan tembikar
jenis ini adalah sederhana buatannya. Bahagian badan selalunya dihiasi dengan motif cap tali dan
bahagian leher kosong tanpa hiasan.

Rajah 4. Jenis Tembikar yang ditemui di Gua Bukit Tengku Lembu


(Skala 1/6 Saiz Asal)
(Sumber: Peacock 1959)

Rajah 5. Jenis Tembikar Tanah yang ditemui di Bukit Tengku Lembu


(Skala 1/6.5 Saiz Asal)
(Sumber: Peacock 1959)

10

Kelas 2. Tembikar Tanah Bersejarah Terevolusi


Jenis 5. Mangkuk Berkarinasi.
Dalam koleksi yang dinyatakan oleh Sieveking, terdapat dua belas tembikar tanah jenis
ini berada dalam koleksi. Bahagian dasar berbentuk hemispherical manakala bahagian badan
berkarinasi dengan bahagian leher yang tinggi. Bahagian hemisphrikal mempunyai corak cap tali
manakala bahagian karinasi dengan leher selalu kosong tanpa hiasan motif (Rujuk Rajah 8).
Bentuk jenis ini sama seperti tembikar yang terdapat di Sa-Huynh di Annam (Parmenteir 1924)
dan di Bukit Chuping, Perlis (Collings 1937).

Rajah 6. Tembikar Kelas 1, Jenis 1


(Sumber: Sieveking 1962)

11

Rajah 7. Tembikar Tanah Kelas 1 Jenis 2, 3, 4. Diameter 160, 191, 171 mm.
Tinggi 51, 132 157 mm. Skala 5/11
(Sumber: Sieveking 1962)

12

Rajah 8. Tembikar Tanah Kelas 2, Jenis 5. Diameter 110, 168, 176 mm.
Tinggi 67, 125, 129 mm. Skala 5/11
(Sumber: Sieveking 1962)

13

Jenis 6. Bikar Berkaki


Sepuluh tembikar tanah jenis ini telah ditemui di Bukit Tengku Lembu. Reka bentuk bikar
berkaki ini semacam sama dengan kombinasi mangkuk berkarinasi dengan behel yang lebar di
bawahnya. Saiz tembikar ini adalah seragam di mana tinggi adalah antara 190 dan 203 mm dan
diameter bukaan mulut adalah antara 165 dan 178 mm (Rujuk Rajah 9 & Rajah 10).

Rajah 9. Tembikar Tanah Kelas 2, Jenis 6, Bikar Berkaki atau tembikar berbentuk piala.
Diameter 198, 173 mm. Tinggi 174, 196 mm. Skala 5/11
(Sumber: Sieveking 1962)

14

Rajah 10. Tembikar Tanah Kelas 2, Jenis 6, Bikar Berkaki atau tembikar berbentuk piala.
Diameter 176, 166 mm. Tinggi 190, 192 mm. Skala 5/11
(Sumber: Sieveking 1962)

15

Jenis 7. Behel Tembikar Berdasar Lebar


Tujuh belas behel tembikar ini telah dijumpai di Gua Tengku Lembu dan kebanyakan
bentuk bekel tembikar ini tidak pernah dijumpai di mana-mana tapak Neolitik. Walau
bagaimanapun, satu bentuk behel tembikar ini dijumpai di Gua Cha, Kelantan (Sieveking 1956)
dan reka bentuk tembikar ini juga mungkin sama dengan tembikar yang ditemui di tapak zaman
logam Dongson di Vietnam (Goloubew 1929). Bukaan genta di bahagian dasar lebih lebar
berbanding bahagian bukaan genta atas. Bahagian leher sehingga ke mulut selalunya dihiasi
dengan corak tali dan bergarisan yang antara tujuannya adalah sebagai pemagang. Bahagian
dalam selalu kosong (Rujuk Rajah 11 dan Rajah 12).

Rajah 11. Kelas 2. Jenis 7. Behel Tembikar Berdasar Lebar.


Tinggi 85, 84, 80 mm. Skala 5/11.
(Sumber: Sieveking 1962)

16

Rajah 12. Kelas 2. Jenis 7. Behel Tembikar Berdasar Lebar.


Tinggi 86, 94 mm. Skala 5/11.
(Sumber: Sieveking 1962)

17

Jenis 8. Balang Bukaan Genta Dengan Badan Berrusuk


Enam belas buah balang atau tempayan besar dan tiga baling kecil telah ditemui di Gua
Tengku Lembu. Berbentuk Rusuk adalah apabila bertemunya dua titik pertemuan dan bahagian
ini adalah bahagian bawah baling tersebut. Bahagian ini selalunya dihiasi dengan hiasan motif
contohnya cap tali. Bukaan mulut baling ini adalah lebar seperti bukaan Genta. Balang yang
besar mempunyai tinggi 203 dan 228 mm manakala yang kecil mempunyai tinggi 152 mm.
Diameter bukaan genta adalah antara 254 hingg 305 mm (Rujuk Rajah 13) .

Rajah 13. Kelas 2. Jenis 6 dan Jenis 8. Diameter 183, 257 mm.
Tinggi 177, 160 mm. Skala 5/11
(Sumber: Sieveking 1962)
18

Jenis 8.Balang Bukaan Genta Dengan Badan Berbentuk Silinder


Terdapat empat baling atau tempayan besar dan dua baling yang kecil ditemui di Gua
Tengku Lembu. Balang yang besar mempunyai ketingian 241 mm dan diameter maksimum
adalah 254-279 mm, manakala baling yang kecil mempunyai ketinggian114 hingga 165 mm
manakala diameter antara 203 hingga 228 mm. Pada badan yang berbentuk silinder, dihiasi
dengan motif cap tali tetapi motif cap tali tersebut hanya dihasilkan separuh atau tiga per empat
daripada keseluruhan badan baling tersebu. Tembikar ini dari segi tipologi hamper sama dengan
baling tembikar Jenis 8 (Rujuk Rajah 14).
Balang atau tempayan yang lebih kecil, dari segi bentuk lebih kurang sama dengan
mangkuk berkarinasi (Jenis 5) dengan hiasan cap tali pada bahagian atas karinasi.

Rajah 14. Balang Bukaan Genta dengan badan berbentuk silinder


(Sumber: Peacock 1959)

Rajah 15. Balang Bukaan Genta dengan badan berbentuk rusuk


(Sumber: Peacock 1959)

19

Penutup
Sumbangan Perlis terhadap perkembangan arkeologi amatlah besar terutamanya data yang
melibatkan zaman prasejarah dan protosejarah. Walaupun Perlis sebuah kerajaan bermula pada
tahun 1834 dengan pertabalan Syed Hussain Jamalullail Ibni Syed Harun Jamalulail sebagai raja
yang pertama, sejarah Perlis sebenarnya lebih lama daripada tarikh tersebut di mana data
arkeologi membuktikan bahawa Perlis sudahpun diduduki sejak 5000 hingga 10,000 tahun lalu.
Data arkeologi mendedahkan jumpaan alat batu sumatralith yang dimiliki oleh mereka yang
mengamalkan kebudayaan Hoabinhian. Bukti masyarakat yang mengamalkan kebudayaan
Neolitik juga banyak ditemui di gua-gua di sekitar Perlis dengan jumpaan artifak seperti tembikar
tanah dan beliung kapak batu bergilap di samping jumpaan gelang batu. Gua-gua di Perlis
terutamanya di kawasan bukit Chuping, Bukit Tengku Lembu, Bukit Ngulang, Bukit Kerengga
dan Bukit Changkul telah digunakan sebagai tapak pengebumian masyarakat Neolitik
berdasarkan jumpaan artifak yang selalunya berasosiasi dengan perkuburan masyarakat tersebut.
Penemuan kalam semah Votive tablet di Gua Berhala dan Gua Kurong Batang yang
mempunyai imej Avaloketiswara dan Boddisatva serta ayat-ayat suci Buddha menunjukkan
bahawa Perlis juga menyumbang kepada perkembangan era proto-sejarah di Malaysia. Data
arkeologi yang banyak di Perlis menunjukkan bahawa negeri Perlis suatu ketika dahulu
merupakan laluan perdagangan dan jalan utama yang digunakan oleh masyarakat prasejarah yang
kemudiannya berevolusi dan berkembang sehingga zaman proto-sejarah. Data arkeologi
membuktikan bahawa perkembangan kerajaan atau politi awal di sumbang oleh kemajuan yang
dicapai oleh masyarakat sebelumnya terutama dalam aspek perdagangan.

20

Bibliografi
Adi Taha. 1983. Recent Archaeological Discoveries in Peninsular Malaysia 1976-1982. JMBRAS
56(1): 27-44
Adi Taha. 1987. Recent Archaeological Discoveries in Peninsular Malaysia (1983-85). JMBRAS
60(1): 27-44
Adi Taha. 1990. Penemuan Artifek Arkeologi dan Bersejarah di Negeri Perlis Indera Kayangan.
Jurnal Warisan Indera Kayangan 2: 4-11
Adi Taha. 1991. Archaeological Discoveries in Peninsular Malaysia (1987-1990). JMBRAS
64(1): 75
Ahmad Ismail & Yazid Mat. 1992. Perlis Inderan Kayangan: Sejarah pembentukan negeri
berdaulat. Kangar: Perpustakaan Negeri Perlis.
Buyong Adil. 1981. Sejarah Perlis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Stephen Chia. 1997. Prehistoric Pottery Sources and Technology in Peninsular Malaysia based on
Compositional and Morphological Studies, Monograph of Malaysia Museums Journal,
Vol. 33 New Series. Department of Museums and Antiquity Malaysia, Kuala Lumpur.
Collings, H.D. 1937. An Excavation at Bukit Chuping, Perlis. BRM (Series B) 1(2): 94-119
Evans, I.H.N. 1931. A search for Antiquities in Kedah and Perlis. JFMSM 15(2): 43-50
Goloubew, V. 1929. LAge du Bronze ua Tonkin BEFEO 25
Jabatan Perangkaan Negara. 2010.
Noone, H.D. 1939. Report on A New Neolithic Site in Ulu Kelantan. JFMSM 15(4): 170-174
Peacock, B.A.V. 1959. A Short Description of Malayan Prehistoric Pottery. Asian Perspectives 3:
121-156.
Rejab, F.I. 2006. Sejarah Asal Usul, Penciptaan Gelaran, Lambang, Bendera dan Lagu Negeri
Perlis. Jurnal Warisan Indera Kayangan 18: 12-15.
Sieveking, G. De G. 1956. Excavations at Gua Cha, Kelantan (1954). Federated Museum Journal
1 & 2: 75-138
Sieveking, G. De G. 1962. The Prehistoric Cemetery at Bukit Tengku Lembu, Perlis. Federated
Museum Journal 8: 25-50
William-Hunt, P.D.R. 1952. Recent Archaeological Discoveries in Malaya, 1951. JMBRAS
25(1): 181-190

21

SEJARAH AWAL NEGERI PERLIS:


DAPATAN BERDASARKAN DATA ARKEOLOGI DAN NUMISMATIK
Oleh:
Mohd Supian bin Sabtu
Jabatan Sejarah
Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya
(emel: abhaya@um.edu.my)

Pengenalan
Salah satu dari kajian awal negeri Perlis yang masih belum dikaji dengan meluas adalah
berhubung dengan sejarah perkembangan numismatik. Berdasarkan kepada data ini
menunjukkan hubungan Perlis dengan dunia luar telah bermula sekitar abad ke-16
berdasarkan temuan mata wang Acheh. Secara tidak langsung ia menjadi penanda
hubungan antara kewilayahan Nusantara telah wujud dengan meluas. Sehubungan itu,
dalam kertas kerja ini perbincangan berhubung dengan data mata wang yang pernah
ditemui di negeri Perlis akan dibahagikan kepada lima kategori iaitu pertama, jumpaan
mata wang perdagangan asing, kedua, numismatik negeri Perlis, ketiga, numismatik
negeri Perlis berdasarkan jumpaan arkeologi, keempat, mata wang Perlis berbentuk
pokok dan kelima, perbandingan antara bentuk mata wang duit pokok negeri Perlis
dengan negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu.

Jumpaan Mata Wang Perdagangan Asing Di Negeri Perlis.


Pada tahun 1994, di Sungai Perlis sekitar 2 km dari tapak Muzium Arkeologi Kayang,
Perlis telah ditemui dua keping mata wang asing di dalam bekas stoneware. Ia
merupakan syiling Acheh. Jumpaan ini ditemui secara tidak sengaja semasa kerja
mendalamkan Sungai Perlis. Di dalam bekas stoneware ini turut ditemui rantai emas.
Jumpaan ini menjadi petunjuk bahawa perdagangan dengan dunia luar pernah terjalin di
antara Perlis dan Kedah dengan Acheh. Dua syiling ini mewakili dua zaman
pemerintahan sultan Acheh, iaitu Sultan Hussein Sultan Ali Riayat Shah (1571-1579)
dan Sultan Alaaddin Ahmad (1579-1586).
Syiling Sultan Hussein Sultan Ali Riayat Shah menggunakan nama yang
berlainan pada syiling baginda. Permukaan hadapan ditulis dengan nama baginda yang
berlainan daripada nama sebenar iaitu Ali bin Ala al-Din alZahir, yang ditulis dalam empat baris.1 Bahagian permukaan belakang tercatat gelaran
yang diguna iaitu Al-Sultan al- Adil, yang ditulis dalam dua baris.2
1

Lihat foto 1 (a).


Lihat foto 1(b). Untuk mendapatkan perbandingan bentuk-bentuk syiling Kesultanan Acheh yang pernah
dikeluarkan termasuk syiling Sultan Hussein Sultan Ali Riaayat Shah dapat dirujuk pada tulisan Teuku
Ibrahim Alfian, Nilai-nilai Dalam Mata Wang Raja-raja Di Dunia Melayu, dalam Ismail Hussein (et
2

Mata wang ini mempunyai ukuran diameter sekitar 10 mm dan berat sekitar 0.5 gm.
Syiling ini mempunyai bentuk bulat dengan dikelilingi titik disekelilingnya pada keduadua bahagian. Data ini menarik kerana penggunaan perkataan mempunyai persamaan
dengan gelaran yang diguna pakai oleh sultan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Sehubungan itu, ia menjadi satu bukti hubungan antara kewilayahan di Alam Melayu
berteraskan kepada persamaan agama, budaya dan bahasa. Jumpaan mata wang ini di
dalam bekas stoneware dapat dianggap sebagai bekas untuk tujuan penyimpanan atau
memudahkannya untuk dibawa.

(a)

(b)

Foto 1: (a) Permukaan hadapan syiling dengan perkataan


Ali bin Ala al-Din al- Zahir. (b) Merupakan permukaan belakang dengan perkataan
Al-Sultan al- Adil .
(Foto oleh penulis)

Syiling emas dirham kedua yang ditemui merupakan zaman pemerintahan


Sultan Ala al-Din Mansur Shah (1579-1586). Syiling baginda masih mempunyai bentuk
bulat dengan titik mengelilingi bahagian tepi pada kedua-dua permukaan. Pada
bahagian permukaan hadapan ditulis dengan perkataan Alaaddin
ibnu Ahmad, yang disusun dalam tiga baris.3 Pada bahagian permukaan belakang
terdapat perkataan Al-Sultan al- Adil, yang disusun dalam dua baris.4
Berdasarkan kepada catatan sejarah, baginda merupakan sultan Acheh yang turut
dikenali sebagai Sultan Alaaddin Mansur Shah. Syiling baginda mempunyai ukuran
diameter sekitar 10 mm dengan berat 0.5 gm.

al.), Tamadun Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, hlm. 1336-1349. Mata wang
Sultan Hussein Sultan Ali Riayat Shah dapat dirujuk pada halaman 1343 dan foto 11 dan 12.
3
Lihat foto 2 (a).
4
Lihat foto 2 (b).

(b)

(a)

Foto 2: (a) Permukaan hadapan syiling dengan perkataan Alaaddin


ibnu Ahmad . (b) Permukaan belakang dengan perkataan
Al-Sultan al- Adil.
(Foto oleh penulis)

Numismatik Negeri Perlis


Pada Kesultanan Melayu Perlis, syiling yang diperbuat dengan bentuk tumbuhan
dikesan semasa pemerintahan Raja Syed Hussein Jamalullail (1843-1873). Syiling ini
diperbuat daripada timah dengan menggunakan nilaian tra. Pada bahagian permukaan
hadapan syiling ini mempunyai ciri hiasan teratai yang sedang berkembang (dilihat dari
pandangan atas) dengan lima kelopak teratai.5 Kelopak teratai ini agak menarik kerana
digambarkan seperti bahagian kubah. Pada bahagian dalam kelopak teratai ini diberikan
garis berjumlah lima dengan posisi dua garis pertama dan akhir adalah rendah
berbanding dengan garis di bahagian tengah yang lebih tinggi. Pada bahagian tengah
pula diberikan lubang berbentuk bulat. Berdasarkan kepada bentuk syiling ini pada
bahagian tepi dirapikan dengan menggunakan kaedah pemotongan. Pada bahagian
permukaan belakang pula terdapat tulisan Belanja Balad AlPerlis Sanat 1262.6

Warisan Mata Wang Kedah dan Perlis, hlm. 56 : Saran Singh, The Encyclopaedia of The Coins, hlm.
259 dan lihat juga Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 3, hlm. 1482.

Lihat foto 3.

(a)

(b)

Foto 3 : Mata wang Kesultanan Perlis. (a) merupakan bahagian permukaan


hadapan dengan hiasan kelopak teratai dengan berbentuk kubah.
Pada bahagian permukaan belakang (b) terdapat tulisan
Belanja Balad Al-Perlis Sanat 1262.
(Sumber: Warisan Mata Wang Kadah dan Perlis, Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia, 1996, hlm. 56.)

Numismatik Negeri Perlis Berdasarkan Jumpaan Arkeologi


Jumpaan mata wang yang pernah ditemui di Perlis,7 secara umumnya dapat dibahagikan
kepada tiga kategori utama, iaitu pertama, mata wang berbentuk bulat,8 kedua, mata
wang berbentuk bulat dan berlubang tengah9 dan ketiga, mata wang berbentuk separuh
bulat dan berlubang.10 Data menarik berhubung dengan mata wang Kesultanan Perlis
adalah penggunaan nama Kedah dan jumpaannya yang berada di negeri Perlis dan
Kedah. Secara tidak langsung menunjukkan hubungan antara Kedah-Perlis telah
diperkukuhkan menerusi data mata wang.11
7

Jumpaan mata wang di Perlis dalam perbincangan ini melibatkan data temuan di tapak penyelidikan dan
kajian arkeologi Al-Marhum Kayang yang telah dilakukan pada tahun 1997 hingga 2000. Di samping
data temuan tahun 2007 di tapak yang sama dan perbandingan dengan temuan acuan mata wang di Sungai
Pemandi, Sungai Damar, Kesultanan Melayu Terengganu dan Kesultanan Melayu Kelantan.
8
Syiling pertama, mempunyai ukuran diameter sekitar 17 mm dan berat sekitar 3 gm, sementara syiling
kedua mempunyai ukuran diameter sekitar 20 mm dengan berat sekitar 4 gm. Berdasarkan kepada
pentarikhan yang terdapat pada salah satu syiling ini menunjukkan ia dikeluarkan pada zaman
pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah II (1710-1773). Syiling ini diperbuat
daripada material perak dengan nilaian satu real. Sila rujuk foto 4 dan 5.
9
Syiling ketiga, diperbuat daripada timah dan nilaiannya adalah tra. Berdasarkan kepada bentuk fizikal,
ia mempunyai persamaan dengan mata wang yang pernah dikeluarkan sama ada di Kedah atau Perlis.
Mempunyai bentuk bulat dengan bulatan pada bahagian tengah, tulisan pada kedua-dua bahagian syiling
ini tidak dapat dibaca akibat kesan pengaratan. Syiling ini mempunyai ukuran diameter sekitar 18 mm
dengan berat sekitar 2 gm. Sementara syiling keempat mempunyai ukuran diameter 21 mm dengan berat
sekitar 2 gm. Sila rujuk foto 6 dan 7. Secara umum, sultan Kedah yang pernah mengeluarkan mata wang
yang mempunyai lubang di babagian tengah adalah Sultan Abdullah Al-Muadzam Shah (1698-1706)
dan Sultan Rashid Al-Muadzam Shah 1 (1843-1854).
10
Syiling ini mempunyai ukuran diameter sekitar 13 mm dan berat sekitar 1 gm. Diperkira diperbuat
daripada timah dengan nilaian tra. Sila rujuk foto 8.
11
Untuk keterangan lanjut sila rujuk data Mata Wang Perlis Berbentuk Pokok Jumpaan Acuan Pokok
Pitis (1) dan Mata Wang Perlis Berbentuk Pokok Jumpaan Acuan Pokok Pitis (2) dalam penulisan ini.

Mata Wang Perlis Berbentuk Bulat

(a)

(b)

Foto 4: a) Bahagian permukaan hadapan dengan perkataan


Al-Sultan Muhammad Jiwa Khalifatul Rahman. (b) Bahagian permukaan belakang
terdapat perkataan Balad Kedah Darul Aman 1142 H.

(Foto oleh penulis dengan izin Muzium Arkeologi Kayang, Perlis).

(b)

(a)

Foto 5: a) Pada bahagian hadapan terdapat kesan tulisan yang tidak dapat ditafsir. (b) Bahagian belakang
terdapat kesan huruf Darul iaitu kemungkinan bersambung dengan maksud Aman.

(Foto oleh penulis dengan izin Muzium Arkeologi Kayang, Perlis).

Mata Wang Perlis Berbentuk Bulat dan Berlubang Tengah

(a)

(b)

Foto 6: Syiling dengan kedua-dua bahagian permukaan tidak dapat dibaca kerana kesan karat.
(Foto oleh penulis dengan izin Muzium Arkeologi Kayang, Perlis).

(a)

(b)

Foto 7: Kedua-dua bahagian permukaan tidak dapat dibaca kerana kesan karat.

(Foto oleh penulis dengan izin Muzium Arkeologi Kayang, Perlis).

Mata Wang Perlis Berbentuk Separuh Bulat dan Berlubang Tengah

(a)

(b)

Foto 8: Syiling dengan kedua-dua bahagian permukaan tidak dapat dibaca kerana kesan karat.
(Foto oleh penulis dengan izin Muzium Arkeologi Kayang, Perlis).

Mata Wang Perlis Berbentuk Pokok - Jumpaan Acuan Pokok Pitis (1)
Data mata wang di Perlis yang paling menarik adalah temuan acuan membuat duit
pokok pitis.12 Sejumlah dua acuan telah ditemui dan kedua-duanya diperbuat dari batu
lumpur. Pertama, pada tahun 1997, di tapak penyelidikan arkeologi Kota Al-Marhum
Kayang telah ditemui acuan mata wang pokok pitis dengan ukuran sekitar 18 cm
panjang, 6.5 cm lebar, 2.1 cm tebal dengan berat 578 gm. 13 Di bahagian permukaan
acuan ini terdapat hiasan kelopak bunga yang lengkap dengan ranting. Ranting dan
bunga bahagian kanan dinaikkan sedikit berbanding dengan ranting dan bunga pada
bahagian kiri. Kedua-dua bahagian ini dipisahkan dengan batang pokok. Secara
keseluruhan setiap bahagian mempunyai enam ranting dan bunga, menjadikan jumlah
keseluruhannya dua belas.
Pada acuan ini dapat diperhatikan ia menyerupai kepada pengeluaran duit tera
yang sememangnya dihasilkan dengan menggunakan material dari timah. Pada waktu
yang sama, ia juga turut mempunyai hiasan suluran bunga, yang sama dengan ciri duit
tera Perlis. Bahkan bentuk fizikal syiling tera turut mempunyai lubang pada bahagian
12

Semasa penyelidikan dan gali cari arkeologi dilaksanakan di Kota Al-Marhum Kayang, kajian survei
turut diperluaskan sekitar 1 km daripada tapak kajian. Pendekatan ini diambil setelah mendapat maklumat
daripada masyarakat tempatan, pernah ditemui ukiran kayu berhampiran dengan tapak kajian. Justeru,
pasukan survei telah melakukan pengamatan permukaan di Kampung Tuk Kuning dengan tumpuan
berhampiran dengan Sungai Perlis. Jumpaan dari survei telah menemukan serpihan tembikar tanah
berglasair, tanpa berglasair, pecahan porselin dan pecahan seladon. Walau bagaimanapun, tapak ini tidak
berpotensi untuk dilakukan gali cari kerana data stratigrafi tidak lengkap disebabkan terganggu akibat dari
kerja-kerja mendalamkan Sungai Perlis yang telah dilaksanakan sekitar dua tahun sebelumnya.
13
Lihat foto 9 dan 10.

tengah. Perbezaannya pada acuan pokok pitis ini, suluran bunga mempunyai lapan
kelopak bunga dengan bahagian dalam mempunyai enam ukiran kelopak bunga yang
diberikan hiasan geometris garis berkembar dan lebih rendah berbanding dengan garis
pada bahagian luar. Kelopak bunga yang mempunyai garis dilengkapi dengan hiasan
kelopak bunga secara melintang berjumlah enam di bahagian paling luar. Walau
bagaimanapun hanya pada bahagian tengah acuan ini sahaja yang mempunyai kesan
tulisan dan hiasan bunga pada kiri dan kanan, sementara bahagian lain masih kosong.14

Foto 9: Bahagian permukaan hadapan acuan pokok pitis yang pernah ditemui berhampiran dengan Sungai
Perlis pada tahun 1997.
(Foto oleh penulis dengan izin Muzium Arkeologi Kayang, Perlis).

Foto 10: Bahagian belakang acuan acuan pokok pitis jumpaan di Sungai Perlis pada tahun 1997.
Terdapat kesan tekapan duit sebagai percubaan atau penanda.
(Foto oleh penulis dengan izin Muzium Arkeologi Kayang, Perlis).

14

Artifak ini merupakan koleksi Muzium Arkeologi Al-Marhum Kayang, Perlis. Artifak ini tidak
mempunyai nombor pendaftaran. Sebagai perbandingan hiasan ini boleh dianalogikan dengan data
numismatik oleh sultan Kedah, Sultan Rashid Al-Muadzam Shah 1 (1843-1854). Untuk keterangan
lanjut sila rujuk Warisan Mata Wang Kedah dan Perlis, Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia, 1996,
hlm. 53.

(a)

(b)

Gambar rajah 1: Salinan tulisan pada bahagian acuan pokok pitis yang
ditemui di Sungai Perlis pada tahun 1997. (a) adalah bahagian permukaan hadapan
dan (b) bahagian permukaan belakang dengan hiasan corak suluran bunga.

(Disurih oleh penulis).

Pada satu lagi bahagian acuan ini mengandungi tulisan yang ditulis secara
terbalik. Tulisan ini mempunyai gaya tulisan khat yang menggunakan tulisan Jawi,
sementara bahasa menggunakan campuran Melayu dan Arab. Pada bahagian luar
permukaan syiling ini masih sama dengan bahagian yang mempunyai hiasan. Justeru,
dapat ditafsirkan acuan yang ditemui merupakan bahagian belakang, sementara acuan
pasangannya yang merupakan bahagian hadapan tidak ditemui.
Tafsiran yang diperkirakan pada bahagian permukaan acuan syiling ini diduga
bermaksud,
Balad Perlis, Kedah Darul Aman.15 Bentuk
tulisan, agak terputus dan tafsiran dilakukan dengan menggunakan istilah perkataan
yang menghampiri persamaan dengan perkataan yang pernah ditemui di Perlis. Pada
huruf pertama, sebenarnya berkemungkinan merupakan untuk maksud Balad.16
Perkataan Kedah, berkemungkinan dieja dengan huruf
) ( sementara Darul
Aman dieja dengan ( ) , dengan huruf terputus atau telah haus.17 Tulisan
untuk tulisan Perlis agak stylized iaitu, .18 Berdasarkan kepada bentuk acuan
dan lurah aliran pada permukaan acuan, diduga ia turut menggunakan material timah
yang akan dialirkan masuk melalui bahagian pangkal yang mempunyai bahagian lubang
yang besar selepas ditangkup dengan pasangannya. )
15

Lihat foto 9 dan gambar rajah 1 (a). Berdasarkan tafsiran yang dilakukan oleh Dr. Ibrahim Bakar
Langkawi, perkataan awalan ditambah dengan Fi Bilad. Walau bagaimanapun antara ruangan
perkataan Perlis dan Balad tiada ruang untuk perkataan Fi. Lihat Ibrahim Bakar Langkawi, Sejarah
Mata Wang Negeri Kedah dan Perlis, Kedah: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, 2006, hlm.
209. Artifak ini merupakan koleksi Muzium Arkeologi Al-Marhum Kayang, Perlis. Artifak ini tidak
mempunyai nombor pendaftaran.
16
Lihat gambar rajah 1 (a).
17
Lihat gambar rajah 1 (a).
18
Lihat gambar rajah 1 (a).

Kegunaan acuan pokok pitis ini untuk memudahkan pengguna membawa dalam
jumlah yang banyak kerana berdasarkan kepada ciri fizikal, syiling akan dipatahkan
daripada ranting dan batang.19 Justeru, bahagian yang lain daripada syiling akan dikitar
semula untuk menghasilkan duit pokok yang baru. Jika dilihat dari bentuk acuan yang
ditemui, amat jelas ia masih belum disiapkan dengan sepenuhnya dan masih dalam
proses pembuatan. Hal ini dapat diperhatikan berdasarkan kepada lima pasang bentuk
tekapan bentuk mata wang yang masih kosong berbanding dengan acuan tekapan di
bahagian tengah.
Pada bahagian belakang acuan ini juga terdapat satu tanda bekas bentuk mata
wang syiling yang ditekap untuk mendapatkan bentuknya. 20 Kemungkinan ia dilakukan
sebagai percubaan atau penanda kepada acuan yang masih dalam proses pembuatan.
Berdasarkan kepada acuan pokok pitis ini juga dapat dikesan bagaimana bentuk tulisan
dan hiasan bunga dilakukan. Terbukti bahawa tulisan dan hiasan bunga dibuat secara
serentak pada setiap pasangan terlebih dahulu (tulisan pada bahagian kiri dan hiasan
bunga pada bahagian kanan). Hal ini dapat diperhatikan pada pola tulisan yang terdapat
pada tekapan ketiga di bahagian tengah acuan sementara bahagian lain adalah kosong.
Walau bagaimanapun bentuk bulatan yang timbul pada bahagian tengah mata wang
telah dipersiapkan terlebih dahulu.

Mata Wang Perlis Berbentuk Pokok - Jumpaan Acuan Pokok Pitis (2)
Bentuk acuan pokok pitis kedua di kawasan yang sama telah dilaporkan pada tahun
2007. Acuan ini amat jelas tidak siap dan pecah (kemungkinan berlaku kesilapan
semasa proses pembuatan). Acuan ini juga diperbuat daripada batu lumpur, mempunyai
ukuran panjang sekitar 15 cm, tebal sekitar 3.3 cm dengan berat 521 gm. Secara fizikal,
acuan ini mempunyai lima ranting dengan bentuk mata wang di bahagian hujung. Mata
wang ini mempunyai bentuk bulat tanpa sebarang hiasan tambahan seperti kelopak
bunga, melainkan tulisan Jawi sahaja. Pada bahagian tengah pula disediakan titik
sebagai penanda untuk menghasilkan bentuk bulat. 21

19

Bentuk lubang pada syiling dapat diperhatikan pada bahagian tengah setiap acuan syiling berbentuk
pokok. Tujuan lubang ini selain mendapatkan bentuk untuk memudahkannya dibawa dalam jumlah yang
banyak, juga adalah untuk memantap acuan apabila ditangkup dengan pasangannya.
20
Lihat foto 10. Artifak ini merupakan koleksi Muzium Arkeologi Al-Marhum Kayang, Perlis. Artifak ini
tidak mempunyai nombor pendaftaran.
21
Lihat foto 11 dan 12. Artifak ini merupakan koleksi Muzium Arkeologi Al-Marhum Kayang, Perlis.
Artifak ini tidak mempunyai nombor pendaftaran.

10

(a)

(b)

(c)

(d)

Foto 11: Bahagian tulisan pada acuan pokok pitis yang ditemui di Perlis
(Foto oleh penulis dengan izin Muzium Arkeologi Kayang, Perlis).

Foto 12 : Acuan pokok pitis kedua yang juga ditemui di Sungai Perlis pada tahun 2007.
(Foto oleh penulis dengan izin Muzium Arkeologi Kayang, Perlis).

11

Acuan ini amat jelas telah tidak dipakai untuk tujuan cetakan kerana terdapat
beberapa kesilapan yang dapat dikesan. Pertama, pada bahagian hujung terdapat kesan
lubang besar yang biasa digunakan untuk mengalirkan cairan timah masuk ke dalam
acuan yang berada pada kedudukan yang tidak sepatutnya. Kedua, pada bahagian
tengah terdapat kesan patahan, yang merupakan pasangan kepada acuan tekapan yang
mempunyai bentuk tulisan (diduga mempunyai hiasan bunga teratai). Ketiga, pada
bahagian hujung terdapat kesan patahan sehingga pola hiasan acuan tekapan mata wang
hanya tinggal separuh. Empat tulisan pada bahagian permukaan acuan tekapan ini
mempunyai pola yang sama dan secara tidak langsung mempunyai maksud yang sama.
Berdasarkan kepada pembacaan yang dilakukan kembali pada tulisan Jawi yang
terdapat di acuan mata wang ini adalah Belanja Balad Perlis sanat
(tahun).22

Perkara yang amat menarik, bentuk tulisan ini menunjukkan perkembangan gaya
tulisan bermula dari kanan ke kiri. Tulisan pada bahagian paling kanan menunjukkan
bentuk tulisan ... ,23 pada acuan kedua, gaya tulisan yang wujud jelas
terdiri daripada huruf .24 Pada acuan ketiga, adalah .... .25
Tulisan pada acuan keempat jika dibandingkan dengan gaya tulisan yang terdapat pada
acuan pertama, kedua dan ketiga, keseluruhan ditafsirkan sebagai
Belanja Balad Perlis sanat (tahun). .26 Perkara ini amat menarik kerana menunjukkan
kepelbagaian dalam penggunaan nama negeri untuk Perlis, kerana pada acuan
sebelumnya menggunakan nama Kedah dihujung perkataan Perlis.

(a)

(b)

22

Lihat foto 11. Pada waktu yang sama rujuk gambar rajah 2 (a), 2 (b), 2 (c) dan 2 (d), yang merupakan
salinan tulisan pada acuan berkenaan sebelum dan selepas diterbalikkan. Artifak ini merupakan koleksi
Muzium Arkeologi Al-Marhum Kayang, Perlis. Artifak ini tidak mempunyai nombor pendaftaran.
23
Lihat gambar rajah 2 (a).
24
Lihat gambar rajah 2 (b).
25
Lihat gambar rajah 2 (c).
26
Lihat gambar rajah 2 (d).

12

(c )

(d)

Gambar rajah 2 : Bentuk tulisan yang telah disurih kembali berdasarkan kepada
kepada gaya tulisan pada acuan pokok pitis yang ditemui pada tahun 2007.
(Disurih oleh penulis).

Perbandingan Dengan Acuan Duit Pokok Di Kesultanan Melayu Johor


Perbandingan acuan pembuatan mata wang yang mempunyai persamaan dengan di
Perlis adalah jumpaan di Sungai Pemandi dan jumpaan acuan di Sungai Damar.
Berdasarkan kepada bentuk dan acuan, ia merujuk kepada mata wang nilaian katun.27
Acuan ini diperbuat dari batu lumpur dan amat jelas terdapat bahagian titik tunggal di
bahagian tengah, titik lima, titik yang mengelilingi bahagian tepi 28 dan tulisan yang
diperkira adalah Malik Al-Adil.29 Menariknya acuan ini berbanding dengan
bentuk acuan pokok adalah jumlah antara setiap cabang tidak sama, iaitu pada bahagian
atas berjumlah sekitar lapan sementara bahagian bawah berjumlah tujuh dengan satu
pada bahagian tengah. Keseluruhannya terdapat enam belas kepingan syiling.
Jumpaan acuan ini turut membuktikan bahawa bentuk mata wang katun yang
mempunyai tandaan tangkai pada salah satu sisi merupakan hasil daripada acuan yang
berbentuk pokok. Bahkan terdapatnya bentuk titik pada bahagian acuan ini juga
mempunyai persamaan dengan mata wang nilaian katun yang sememangnya terdapat
tandaan titik kecil pada bahagian permukaan. Acuan ini mempunyai ukuran panjang 308
mm, lebar sekitar 152 mm, tebal sekitar 48 mm dan berat 3,292 gm. Secara umum,
penggunaan acuan untuk menghasilkan mata wang mempunyai persamaan antara
Kesultanan Johor dan Perlis. Bahkan ia juga melibatkan persamaan dari aspek
memilihan batuan sebagai asas acuan (batu lumpur).

27

Lihat foto 13. Acuan ini sekarang berada dalam simpanan koleksi Encik Ahmad Nasiruddin Ismail, Alor
Star, Kedah.
28
Lihat foto 13.
29
Lihat foto 13. Gaya tulisan ini diperolehi setelah dilakukan tekapan plastik di bahagian atas permukaan.

13

Foto 13: Acuan asal untuk menghasilkan mata wang katun, jumpaan di sungai Pemandi pada tahun
1980-an.
(Foto oleh penulis dengan izin En. Ahmad Nasiruddin Ismail)

Pada tahun 2008, di telah ditemui sejumlah artifak yang berkaitan dengan mata
wang Kesultanan Melayu Johor. Lokasi temuan adalah sekitar Sungai Damar yang
merupakan cawangan kepada Sungai Johor. Temuan dapat dibahagikan kepada dua
kategori iaitu, pokok pitis dan juga mata wang katun. Pokok pitis yang ditemui
merupakan data terpenting kerana ia menjadi intipati kepada andaian awal bagaimana
mata wang katun dibuat, berdasarkan bentuk fizikal yang mempunyai ranting pada
bahagian hujung. Keseluruhannya ia mempunyai sekitar 17 ranting dengan 8 ranting
pada setiap bahagian dan satu pada bahagian tengah.30 Bentuk fizikal menunjukkan ia
mempunyai bentuk enam segi, sementara pada bahagian tengah mempunyai tandaan
titik bulat.31 Berdasarkan kepada bentuk juga ia berkeadaan bengkok. Diduga ia diguna
dengan mematahkan pada setiap bahagian keping pada bahagian ranting dan sisanya
dilebur kembali untuk mendapatkan bentuk pokok yang baru.

Foto 14: Keseluruhan bentuk mata wang berbentuk pokok yang pernah ditemui di Sungai Damar.
(Foto oleh penulis dengan izin En. Nasrul)

30
31

Lihat foto 14.


Lihat foto 14.

14

Perbandingan Dengan Acuan Duit Pokok Di Kesultanan Melayu


Terengganu
Kesultanan Melayu Terengganu juga dikesan pernah mengeluarkan mata wang yang
dapat dikategorikan sebagai berunsur tumbuhan. Mata wang yang dihasilkan dibentuk
seperti pokok yang lengkap dengan ranting dan batang. Nilaian yang digunakan sebagai
mata wang terdapat pada bahagian hujung yang berbentuk bulat. Data numismatik
menunjukkan ia diperbuat daripada bahan timah dan tiada sebarang tafsiran yang
diberikan berhubung dengan kadar nilaiannya. Berdasarkan kepada bentuk fizikal
memperlihatkan ia diperbuat dengan menggunakan acuan. Terdapat dua kategori mata
wang unsur tumbuhan di Kesultanan Melayu Terengganu iaitu pertama, berupa pokok
dan kedua, ranting bercabang empat.
Kategori pertama, bentuk pokok. Berdasarkan kepada data numismatik, mata
wang pokok ini mempunyai ukuran ketinggian sekitar 174 cm dan diameter sekitar 18
mm. Mata wang ini mempunyai ciri-ciri khusus antaranya, pertama, bahagian ranting
yang pernah dikesan berjumlah tiga belas (enam pada bahagian kiri dan kanan)
sementara satu terdapat pada bahagian tengah (puncak). Kedua, pada bahagian
permukaan hadapan terdapat cetakan dengan tulisan Malik al-Adil dan
Kali al-Adil yang disusun dalam dua baris sementara bahagian permukaan
belakang kosong. Syiling atau mata wang ini (berbentuk bulat di bahagian hujung
ranting) akan dipatahkan untuk tujuan pertukaran nilaian sementara pokok yang ranting
yang tinggal akan diproses kembali untuk mendapatkan bentuk duit pokok yang baru.
Justeru, mata wang pokok yang terdapat di Terengganu bukan sesuatu yang
asing dalam perkembangan mata wang berbentuk tumbuhan di Semenanjung Tanah
Melayu kerana ia pernah dihasilkan di Kesultanan Kelantan dan Kesultanan Kedah /
Perlis. Perbezaan hanya terdapat pada jumlah ranting.32 Dari aspek bentuk pula, jelas
menunjukkan bahawa duit pokok Terengganu ini mempunyai bentuk fizikal yang agak
kasar berbanding dengan duit pokok yang pernah ditemui di Kelantan dan Perlis.
Sehubungan itu, penghasilan duit pokok ini juga memungkinkan sebagai perlambangan
status sosial kerana cara penghasilannya yang rumit serta material timah yang amat
dikawal oleh pemerintah sebagai sumber pendapatan. Bahkan perkembangan duit pokok
ini juga hanya terdapat di kalangan negeri-negeri Melayu yang pernah terlibat dalam
penghantaran bunga emas ke Siam sebagai tanda persahabatan. Perkembangan ini
membawa kepada kegunaan tempatan dalam bentuk mata wang dan nilaian
pertukaran.33

32

Jumlah ranting pada duit pokok pitis yang terdapat di Kesultanan Melayu Kelantan adalah sekitar tiga
belas (13) dan lima belas (15) dengan satu ranting di bahagian tengah. Sementara ranting pokok pitis yang
terdapat di Kesultanan Melayu Perlis berjumlah dua belas (12) tanpa ranting di bahagian tengah. Temuan
di Perlis hasil daripada penyelidikan gali cari di tapak Al-Marhum Kayang yang telah dilakukan pada
tahun 1999 hingga 2000.
33
Terengganu Currency Heritage, Kuala Lumpur : Bank Negara Malaysia, 1995, hlm. 46-47.

15

(a)

(b)

Foto 15: Mata wang kategori 1 : (a) dan (b) merupakan antara bentuk pokok yang pernah
dikeluarkan oleh Kesultanan Melayu Terengganu. Mata wang terdapat pada bahagian
hujung yang berbentuk bulat.
(Sumber: Terengganu Currency Heritage, Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia,
1995, hlm. 46-47).

Perbandingan Dengan Acuan Duit Pokok Di Kesultanan Melayu Kelantan.

I.H.N Evans sewaktu kunjungannya ke Kelantan sekitar 1921, telah memperjelaskan


bahawa penggunaan pitis (dari pokok pitis)34 digunakan secara meluas di pasar. Mata
wang pitis ini juga dibelanja untuk barangan yang mempunyai nilaian kecil dan
mempunyai nilaian dagangan dalam jumlah yang kecil atau rendah.
I myself visited Kota Bahru, Kelantan, early in 1921 and found pitis still
freely current in the local market for the purchase of fish, chillies, sireh and
other articles of small value35

Kategori kedua, mata wang berunsur pokok. Bentuk mata wang ini amat
menarik kerana ia diperbuat dengan menggunakan acuan berbentuk pokok.
Penggunaannya melalui cara mematahkan bentuk bulat (syiling) sebelum diguna pakai
sebagai kadar tukaran dan nilaian. Antara ciri mata wang ini, pertama, pada bahagian
permukaan hadapan dan belakang mempunyai tulisan dan maksud tafsiran yang sama

34

Pokok pitis bermaksud duit yang dihasilkan dalam bentuk pokok yang lengkap dengan batang, ranting
dan daun (duit) pada bahagian hujung ranting. Sementara duit pitis merupakan duit (daun) yang telah
dipatahkan daripada pokok pitis.
35
Keterangan berhubung dengan penggunaan duit pitis ini dapat dilihat dalam catatan oleh I.H.N Evans,
On a Coin Mould from Kelantan, JFMS, Vol. XII, Part 1, 1924, hlm. 7-8. Artikel yang sama juga telah
diterbitkan kembali dalam Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (ed.), Kelantan in Archaeological
Perspectives a Collection of Essays, Kelantan : Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1999.

16

(diukir dengan menggunakan hiasan khat).36 Kedua, pada bahagian tengah mata wang
yang berbentuk bulat terdapat bulatan. Ketiga, nilaian yang diambil kira sebagai kadar
tukaran hanya pada bentuk bulat yang dilambangkan sebagai daun. Mata wang
berbentuk pokok atau dikenali juga dengan nama pokok pitis di Kelantan terdapat dalam
pelbagai jumlah, antaranya tiga belas dan lima belas. Bentuk daun ini juga terdapat di
bahagian tengah atas dengan jumlah satu. Justeru, pada bahagian kiri dan kanan akan
mempunyai enam bentuk daun dan satu di bahagian tengah (puncak) menjadikan
jumlahnya tiga belas37 sementara daun yang berjumlah lima belas akan mempunyai
tujuh bentuk daun pada bahagian kiri dan kanan dan satu di bahagian tengah.38
Acuan untuk membuat mata wang pokok ini menggunakan cetakan 39 dengan
mengalirkan cairan logam menggunakan kaedah setangkup. Kaedah ini dibuktikan
berdasarkan kepada bukti temuan acuan setangkup yang mempunyai kesan seakan-akan
pasak antara pasangan yang berperanan sebagai pelekat antara satu acuan dengan
pasangannya. Pada waktu yang sama salah satu dari bahagian acuan ini akan
mempunyai tonjolan pada penjuru keempat-empat sisi sementara pasangannya akan
mempunyai lubang kecil pada keempat-empat penjuru. Bahagian acuan dalam yang
akan menghasilkan pokok pitis atau duit pitis juga terdapat kesan penggunaan pasak
kerana pada salah satu acuan akan terdapat tonjolan (sama ada dari kayu atau logam)
pada bahagian tengah (berbentuk bulatan) dan pada acuan pasangannya akan terdapat
lubang (berperanan sebagai pasak).40
Tujuan kaedah ini selain berperanan untuk memperkuatkan ikatan antara acuan,
turut bertujuan untuk menggelakkan cairan logam daripada memasuki acuan yang akan
menghasilkan pitis. Berdasarkan kepada bentuk mata wang pokok pitis ini menunjukkan
ia dapat dibawa sama ada dengan pokok dalam satu unit dan kemudiannya dipatah
apabila melibatkan pertukaran atau dipatah terlebih dahulu dan diikat dalam bentuk
untaian atau uncangan.
Graham pada tahun 1907, telah menghuraikan peranan pokok pitis ini dari sudut
numismatik dan fungsinya. Pada tahun tersebut mata wang ini masih digunakan secara
meluas di pasar yang disebut oleh beliau sebagai mata wang yang diperbuat dari
campuran timah dan tembaga. Nilaian tukarannya pada waktu tersebut, sekiranya berada
dalam satu ikatan atau uncangan dan berjumlah sekitar lima belas keping dikenali
dengan keneri. Jika berjumlah sekitar enam puluh akan dikenali dengan kupang dan satu
ratus lapan puluh pitis adalah bersamaan dengan Satu Dollar (Sepanyol).41 Graham
36

Khat bermaksud menulis sesuatu (tulisan Jawi atau ayat al-Quran) dengan tangan. Hal ini amat jelas
kerana walaupun menggunakan cetakan atau acuan dalam menghasilkan syiling atau mata wang, tulisan
pada permukaan acuan dihasilkan dengan menggunakan tangan. Dalam perkembangan khat pada syiling
dunia Islam kebanyakannya berasaskan kepada khat kufi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Fakta
Tamadun Islam, Utusan Malaysia, (Sabtu), 7 Oktober 2006 / 14 Ramadan 1427 H : Hajah Noresah bt.
Baharom (Ketua ed.,), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994,
hlm. 672 : Muhammad Bukhari Lubis, Seni Khat Dalam Syiling dan Wang Kertas, Pesona Seni Khat,
Bil.1, 1998, hlm. 41.
37
Lihat foto 16 ( c) dan 16 (d).
38
Lihat foto 16 (a) dan 16 (b).
39
Antara cetakan yang telah ditemui adalah diperbuat daripada red soft brick-stone, black slate-stone dan
grey stone. Linehan, Coins of Kelantan, hlm. 68 dan lihat juga I.H.N Evans, On a Coin Mould from
Kelantan, hlm. 8 dan lihat pada plate IV gambar (a) dan (b).
40
Lihat foto 16 (a).
41
I.H.N Evans, On a Coin Mould from Kelantan, hlm. 7.

17

berpendapat salah satu sebab mengapa mata wang ini dihentikan pengeluarannya,
disebabkan campuran logam untuk menghasilkan duit ini mudah mengalami pengaratan
dan penghausan., tidak mudah untuk kekal dalam jangka masa panjang dan mudah
untuk dilakukan peniruan.42 Ranting dan batang dari pokok pitis tidak mempunyai
sebarang nilaian tukaran dan ia dilebur kembali sebagai material mentah untuk
menghasilkan pokok pitis yang baru.43

(a)

(b)

(c)

(d)

Foto 16 : (a)
Acuan untuk menghasilkan pokok pitis. (b) Merupakan pokok pitis yang
mempunyai daun berjumlah lima belas. ( c) Pokok pitis yang mempunyai tiga belas
ranting. (d) Merupakan pokok pitis beranting tiga belas tanpa mempunyai lubang di
bahagian tengahnya.
(Sumber: Saran Singh, The Encyclopedia of Coins of Malaysia, Singapoe and Brunei 1400-1986, Kuala
Lumpur : Malaysia Numismatic Society Publication, 1986, hlm. 221-226).

Antara lokasi jumpaan acuan pokok duit di Kelantan adalah di tapak Sungai
Kelantan yang meliputi Kota Lama dan Kubang Labu pada tahun sekitar 1934-1935,
telah ditemui syiling Kesultanan Kelantan dan acuan membuat pokok pitis. Keempatempat acuan ini menunjukkan peningkatan secara berperingkat pembuatan mata wang
Kesultanan Kelantan, kerana dua daripadanya belum siap sementara dua telah siap.44
Material pembuatannya terdiri daripada batu-bata merah lembut, batu slate hitam dan
batu kelabu lembut. Perkataan yang terdapat melibatkan Malik Al-Adil dan
Khalifatul Mukmin.

I.H.N Evans, On a Coin Mould from Kelantan, hlm. 7.


I.H.N Evans, On a Coin Mould from Kelantan, hlm. 7
44
Untuk keterangan lanjut sila rujuk foto 17 dan 18.
42
43

18

Foto 17: Acuan pokok pitis yang pernah ditemui di Kelantan.


(Sumber: W. Linehan, Coins of Kelantan, JMBRAS, Vol. XII, Part II, 1934, hlm. 67).

Foto 18: Antara acuan pokok pitis yang pernah ditemui di Kelantan.
(Sumber: W. Linehan, Coins of Kelantan, JMBRAS, Vol. XII, Part II, 1934, hlm. 68).

Kesimpulan
Perkembangan mata wang di Perlis berdasarkan kepada jumpaan arkeologi,
menunjukkan persamaan dengan data numismatik. Pertama, mempunyai bentuk yang
sama dengan perkembangan mata wang di Kesultanan Kedah, iaitu berbentuk bulat dan
lubang di tengah. Kedua, mempunyai pola hiasan berbentuk bunga dan geometris.
Ketiga, menggunakan nama Kedah/Perlis merujuk kepada nama negeri seperti yang
tercatat pada acuan mata wang. Keempat, sesuai dengan tujuannya sebagai mata wang,
mudah untuk dibawa dalam jumlah yang banyak (uncangan). Sehubungan itu, bentuk
mata wang ini turut dibuat lubang pada bahagian tengah. Persamaan ini secara tidak
langsung memperjelaskan peranan geobudaya dalam perkembangan numismatik di
Semenanjung Tanah Melayu. Sehubungan dengan hal tersebut, data negeri atau
19

kesultanan yang pernah menghasilkan mata wang dengan menggunakan acuan (duit
pokok) sehingga kini melibatkan empat kesultanan iaitu Kesultanan Melayu Johor,
Kesultanan Melayu Terengganu, Kesultanan Melayu Kelantan dan data terkini
berdasarkan jumpaan arkeologi, menjadikan Perlis adalah kesultanan keempat yang
menghasilkan mata wang pokok di Semenanjung Tanah Melayu.

20

Bibliografi
Bucknill, John A.S., Observation Upon Some Coins in Malaya and Particularly From
Terengganu, Kelantan and Southern Siam, Journal Malayan and Malaysian Branch of
the Royal Asiatic Society, No.87, Vol.1, Part 1, April, 1923, hlm. 194-217.
Cottrell, Leonard (ed.), The Concise Encyclopedia of Archaeology, London :
Hutchinson and Co., 1960.
Cribb, Joe (ed.al), The Coin Atlas a Comprehensive View of the Coins of the World
Throughout History, Singapore : A Time Warner Book, 1999.
Cribb, Joe, (et al.), The Coin Atlas, USA : A Time Warner, 2004.
Evans, I.H.N., Notes on Old Malay Tin Coins and Coin-Moulds, Journal Malayan
Branch Royal Asiatic Society, Vol.XII, Part IV, 1927, hlm. 83-86.
Gardner, G.B., Notes on Some Ancient Gold Coins, From Johore River, JMBRAS,
Vol. XI, part II, 1933, hlm. 171-176.
Ibrahim Bakar Langkawi, Sejarah Mata Wang Negeri Kedah dan Perlis, Kedah:
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, 2006.
Linehan, W., Coins of Kelantan, Journal Malayan and Malaysian Branch of the
Royal Asiatic Society, No.119, Vol.XII, Part II, August, 1934, hlm. 63-69.
Mohd Kassim b. Haji Ali, Sejarah Ringkas Mata Wang Negeri Terengganu, Abdullah
Zakaria Ghazali (Penyunting), Terengganu Dahulu dan Sekarang, Kuala Lumpur :
Persatuan Sejarah Malaysia, 1984, hlm. 29-37.
Kassim Hj. Ali, Matawang Malaysia Pada Abad ke-15 Hingga ke-19, Mohd Yusoff
Hashim,(Peny.), Kapal dan Harta Karam, Kuala Lumpur : Persatuan Muzium
Malaysia, 1986, hlm. 119-132.
Mohd Supian bin Sabtu, Laporan Survei Arkeologi Al-Marhum Kayang, Perlis, FASA 1,
Muzium Arkeologi Lembah Bujang, 1997 (tidak diterbitkan).
Mohd Supian bin Sabtu, Laporan Penyelidikan dan Gali Cari Arkeologi Tapak AlMarhum Kayang, Perlis FASA II dan FASA III, Jabatan Muzium dan Antikuiti,19981999. (tidak diterbitkan).
Mohd Supian bin Sabtu, Laporan Penyelidikan Arkeologi Al-Marhum Kayang, Perlis,
FASA 4, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, 1999, (tidak diterbitkan).
Mohd Supian bin Sabtu, Mata Wang, Numismatik dan Arkeologi : Satu
Kesinambungan Budaya, PURBA, Bil.25, 2006, hlm. 1-37.
Ng, Major David, The Eastern Influence on Coinage, Currency Through the Ages,
Kuala Lumpur : Muzium Negara Malaysia, 1983.
21

Pridmore, F. The Native Coinages of the Malay Peninsula, SNC, Vol.77 (1969),
No.12, hlm. 417-420.
Pridmore, F. The Native Coinages of the Malay Peninsula, SNC, Vol.78 (1970), No.1,
hlm. 8-11.
Pridmore, F. The Native Coinages of the Malay Peninsula, SNC, Vol.78 (1970), No.2,
hlm. 50-51.
Pridmore, F. The Native Coinages of the Malay Peninsula, SNC, Vol.78 (1970), No.3,
hlm. 94-96.
Rentse, Anker, A Note on Kelantan Gold Coins, Journal Malayan and Malaysian
Branch of the Royal Asiatic Society,No.126, Vol. XIV, Part 3, December, 1936, hlm.
305.
Rentse, Anker, Gold Coins of the North-Eastern Malay States, JMBRAS, Vol. XVII,
part 1, 1939, hlm. 88-97.
Rentse, Anker, Some Further Notes on Coins from the Northeastern Malay States,
Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society, Vol. XX, part I, 1947, hlm. 66-22.
Rentse, Anker, Majapahit Amulets in Kelantan, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul
Rahman, Kelantan Dalam Perspektif Arkeologi, Kuala Lumpur : United Selangor Press,
1999.
Saran Singh, The Encyclopedia of the Coins of Malaysia, Singapore and Brunei14001986, Kuala Lumpur : Malaysia Numismatic Society Publication, 1986.
Shaw, William dan Md. Kassim Hj. Ali, Coins of North Malaya, Kuala Lumpur :
Muzium Negara Malaysia, 1971.
Sigfrid Wicks, Robert, A Survey of Native Souteast Asian Coinage Circa 450-1850:
Documentation and Tipology, Desertasi PhD, University Cornell (tidak diterbitkan),
1983.
Terengganu Currency Heritage, Kuala Lumpur : Bank Negara Malaysia, 1995.
The Currency Legacy, Kuala Lumpur : Bank Negara Malaysia, 1989.
The Legendary Kijang, Kuala Lumpur : Bank Negara Malaysia, (t.t).
Warisan Matawang Buku Panduan Koleksi Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur :
Bank Negara Malaysia, 1989.
Warisan Mata Wang Kedah dan Perlis, Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia, 1996.

22

Anda mungkin juga menyukai