Anda di halaman 1dari 4

RAJA CULAN (PERANANNYA SEBAGAI

PENGARANG MISA MELAYU)

Misa Melayu ditulis di istana oleh seorang pujangga istana


yang bernama Raja Culan. Nama penuhnya ialah Raja Culan ibni
Raja Abdul Hamid ibni Yang diPertuan Muda Sultan Mansur Syah
Bergelar Marhum Pulau Juar, Kampung Gajah, Perak. Walaupun
Misa

Melayu

ini

mempunyai

banyak

versi,

tetapi

para

pengkajiMisa Melayu bersepakat menyatakan bahawa Raja Culan


merupakan

pengarang

mengarang Misa

asal Misa

Melayu ini

Melayu ini.

semasa

Raja

pemerintahan

Culan
Sultan

Iskandar Zulkarnain (1752-1765), iaitu sultan Perak yang ke-15.


Oleh

sebab

itu,

sebahagian

besar

kisah

yang

diceritakan

dalamMisa Melayu berkaitan kisah pemerintahan baginda.


Raja Culan dinyatakan menjadi pengarang Misa Melayu ini
disebabkan pada masa itu ramai mengatakan Raja Culan sebagai
seorang yang bijak dalam mengarang hikayat dan bijak memilih
kata yang sesuai. Seperti dalam penulisan hikayat-hikayat dahulu,
pengarang

akan

memperbesarkan

kehebatan

dan

kekuasaan

sultan yang memerintah. Begitu juga dengan Misa Melayu, pada


keseluruhannya, Raja Culan berperanan untuk memberi tumpuan
kepada Sultan Iskandar Zulkarnain yang disanjung dan dipuji
sebagai

raja

yang

agak

luar

biasa

kepahlawanannya

dan

kebijaksanaanya. Contohnya Sultan Iskandar menjadi perunding


semula negeri Perak yang berpecah dua iaitu di hulu dan hilir.
Setelah Perak bercantum, Raja Iskandar amat berkuasa.
Selain itu, peranan Raja Culan sebagai pengarang Misa
Melayu adalah sebagai perakam apa yang berlaku dalam masa
tersebut
termasuk

sama

ada

istiadat

dari

segi

perkahwinan,

adat-istiadat
upacara

yang

dilakukan

melenggang

perut,

istiadat membayar kaul dan lain-lain lagi. Kesemua ini dicatatkan


dalam

Misa

Melayu

di

mana

pengkaji

pada

hari

ini

dapat

mengetahui apa adat-istiadat yang digunakan pada masa tersebut


sehinggakan ada yang masih diamalkan oleh masyarakat pada
hari ini dan pengkaji juga dapat membongkar segala peristiwa
yang berlaku pada masa tersebut. Apa yang tercatat dalam Misa
Melayu ini menurut pengkaji adalah berdasarkan sejarah yang
benar berlaku dan tiada unsur mitos yang diselitkan dalam
manuskrip ini.
Raja Culan memainkan peranan penting dalam hal ehwal
adat-istiadat dan protokol kerajaan Perak. Sebagai contoh, Raja
Culan pernah diminta oleh Raja Iskandar untuk merisik dan
meminang Raja Budak Rasul. Raja Culan membawa sekati emas
semasa meminang Raja Budak Rasul. Sebagai seorang yang
mempunyai darah keturunan raja, semestinya beliau terlibat
dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan negeri Perak. Pada
tahun 1750, Raja Culan dipercayai telah pun remaja . Beliau telah
diangkat sebagai waris takhta kerajaan Perak dan dikurniakan
gelaran Raja Kecil Besar, iaitu suatu jawatan anak raja yang
bergelar yang kanan. Perlantikan ini membuktikan ketokohan
Raja Culan pada abad itu.
Raja Culan telah berkhidmat dengan beberapa orang sultan
Perak

dipercayai

sebanyak

orang

sultan.

Beliau

dilantik

menjadiRaja Kecil Besar pada tahun 1750 semasa pemerintahan


Sultan Muzaffar Syah (1728-1752), iaitu ayahanda saudaranya.
Beliau lama berkhidmat pada masa pemerintahan sepupunya
Sultan Iskandar Zulkarnain (1752-1765). Apabila Raja Muda (Raja
Kimas) menjadi Sultan Perak yang ke-16 (1765-1773), Raja Culan
diangkat menjadi Raja Bendahara Perak. Terdapat dua versi
riwayat pengakhiran hidup Raja Chulan. Maxwell menyatakan:
penyair yang ulung ini, pada akhirnya menerima nasib yang
menyedihkan, beliau mati ditikam oleh seorang suami yang menuntut

bela, dan dengan kematiannya itu terjadilah huru-hara dalam negeri


perak sehingga keris tiga lok iaitu senjata yang membunuh raja chulan
itu, dilarang menggunakannya di seluruh negeri perak. beliau digelar
marhum pulau juar.

Walau

bagaimanapun.

R.O.

Winstedt

telah

membuat

pembetulan semasa penerbitan sulung Misa Melayu. Winstedt


dapat menerima pembetulan daripada Raja Chulan ibni Sultan
Abdullah,

salah

satunya

ialah

Raja

Culan

pengarang Misa

Melayuitu bukanlah terbunuh, sebaliknya mangkat cara biasa


semasa memegang jawatan Raja Muda. Kemungkinan baginda
mangkat semasa memegang gelaran Raja Muda ini ternyata ada
kebenarannya kerana ketika baginda Raja Culan begitu tua pada
masa itu. Semasa Sultan Alauddin Mansur Syah, Sultan Perak ke17 menaiki takhta pada tahun 1773, Raja Culan telah diangkat
menjadi waris takhta terkanan, iaitu selaku Duli Yang Teramat
Mulia Raja Muda Perak.
Namun begitu tarikh kemangkatan Raja Culan ini tidak
diketahui. Berdasarkan pendapat pengkaji, Raja Culan dipercayai
mangkat sebelum tahun 1786, kerana pada tahun itu Sultan Perak
yang ke-18 ialah Sultan Ahmadin Syah (1786-1806). Terdapat
kekeliruan sama ada Raja Culan pernah menjadi Sultan Perak
ataupun sekadar Raja Muda sahaja. Masalah ini timbul disebabkan
kelemahan
pertarikhan

utama
yang

yang

terdapat

berbeza

dalam Misa

dengan

sumber

Melayuadalah
lain

seperti

buku History Of Perak di mana terdapat banyak perbezaan tarikh


dan tempoh tahun pemerintahan Sultan Perak yang pernah ada.
Contohnya Misa Melayu menyebut Sultan Alauddin Riayat Syah
memerintah

selama

20

tahun

sedangkan History

Of

Perakmenyatakan 8 tahun sahaja (1720-1728). Malahan ada juga


Sultan Perak yang pernah memerintah tetapi tidak tercatat
namanya dalam Misa Melayu ini.

Secara ringkasnya, Raja Culan telah meninggalkan sesuatu


yang

amat

berharga

untuk

masyarakat

Melayu

khususnya

masyarakat di Perak untuk kita terokai dan mengkaji apa yang


ada dalam Misa Melayu ini. Peranan yang dimainkan oleh Raja
Culan sebagai pengarang yang mencatatkan segala pentadbiran
negeri dan adat-istiadat membolehkan Misa Melayu diangkat
sebagai sumber sejarah yang boleh dikaji sebagai salah satu
bahan dalam membuktikan ketokohan bangsa Melayu pada masa
dahulu.

Anda mungkin juga menyukai