Anda di halaman 1dari 1

Karya Agung 

Misa Melayu  mengisahkan kehidupan Raja-raja Melayu yang memerintah negeri Perak
antara tahun 1700 sehingga tahun 1780. Sebahagian daripada peristiwa yang dicatat dalam Misa
Melayu adalah merupakan peristiwa yang berlaku pada zaman kehidupan Raja Chulan sendiri. Misa
Melayu menceritakan perihal kesultanan negeri Perak yang berasal daripada keturunan yang agung,
iaitu Raja Iskandar Zulakarnain dan jurai keturunannya sehingga Raja Nursyirwan Adil dan anak cucu
Raja Chulan yang memerintah sehingga ke selatan Tanah Melayu.

      Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Perak, dikatakan orang Belanda telah mendirikan
gudang atau loji untuk perniagaan bijih timah di Pengkalan Halban, yang berhampiran dengan muara
Sungai Kinta dan Sungai Perak setelah mendapat kebenaran daripada Sultan Muzaffar Syah. Penceritaan
mengenai kisah Sultan Iskandar Zulkarnain yang menyusur pantai negeri Perak bersama Raja Chulan
turut dicatatkan dalam karya ini. Raja Iskandar juga dikatakan telah menuba ikan di sungai budiman
yang berhampiran dengan Pulau Besar dan Pulau Juar yang terletak di Kampung Gajah.

        Seterusnya, Misa Melayu turut menceritakan kisah Sultan Muhammad yang merupakan waris muda
telah menyelesaikan masalah perebutan kuasa dengan Sultan Muzaffar Syah yang merupakan waris tua
untuk takhta kerajaan negeri Perak ketika itu. Peristiwa seterusnya yang dimuatkan di dalam Misa
Melayu adalah kisah mengenai Sultan Muzaffar Syah yang menginginkan seorang Raja Muda untuk
menjadi menantunya. Sultan Muzaffar dikisahkan telah meminta Raja Chulan untuk menyatakan
hasratnya kepada Raja Muda dan akhirnya, puteri Sultan Muzaffar Syah yang bernama Raja Budak Rasul
pun dikahwinkan dengan Raja Muda. Selain itu, Misa Melayu turut memuatkan kisah Sultan Muhammad
Syah (1744 – 1750) yang telah mengorbankan kedudukannya sendiri sebagai sultan Perak ketika itu,
supaya negeri Perak dapat dicantumkan semula di bawah pemerintahan seorang sultan sahaja, iaitu
kekandanya yang bernama Sultan  Muzaffar Syah.

            Secara keseluruhannya, Misa Melayu memberi tumpuan kepada pemerintahan Sultan Iskandar


Zulkarnain yang disanjung dan dipuji sebagai raja yang luar biasa kepahlawanannya dan
kebijaksanaannya ketika zamannya. Hal ini dapat dibuktikan semasa menjadi Raja Muda, Raja Iskandar
menjadi perunding dalam mencantumkan semula negeri Perak yang berpecah dua. Setelah bercantum,
Raja Iskandar sangat berkuasa dalam kerajaan negeri Perak. Dalam Misa Melayu, terdapat 134 halaman
atau 77% yang menceritakan kisah Sultan Iskandar Zulkarnain. Tujuh orang sultan yang lain hanya
dikisahkan dalam 40 halaman atau 23% sahaja. Daripada 40 halaman tersebut, sebanyak 30 halaman
tertumpu kepada kisah semasa zaman Sultan Muzaffar Syah, iaitu sultan yang memerintah negeri Perak
sebelum Sultan Iskandar Zulkarnain.

Anda mungkin juga menyukai