Anda di halaman 1dari 9

Sejarah

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Negeri Perak

[sunting] Zaman Kesultanan Melayu

Negeri Perak telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi, iaitu manusia telah menduduki negeri
Perak semenjak 40,000 hingga 8,000 tahun Sebelum Masihi.

Sejarah Kesultanan Perak bermula pada 1528 dengan kemahkotaan Sultan Muzaffar Shah I,
keturunan Sultan Mahmud Shah dari Melaka. Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah
keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melaka.

Walaupun wangsa itu bermula dengan nasib yang baik, nasib itu tidak dapat dikekalkan
kerana ia menjadi mangsa pihak Aceh, Bugis, Portugis, Belanda, Thailand dan kemudiannya
British. Pihak Aceh telah dua kali melarikan Sultan berserta keluarganya ke Aceh, Sumatera.

[sunting] Zaman Penaklukan British

Penemuan lapisan timah yang terkaya di dunia pada 1824 menarik pemasukan pendatang
secara besar-besaran, terutamanya orang Cina. Dikaitkan dengan peraturan yang merumitkan
tentang pewarisan serta orang bangsawan yang amat berkuasa, kerusuhan sosial dan politik
yang dialami tidak dapat dielakkan. Campur tangan pihak British pada 1874 menyebabkan
penyelesaian yang sekurang-kurangnya memperlihatkan tolak ansur, iaitu Sultan dipujuk
turun takhta dengan pembayaran pencen supaya waris yang sah boleh dimahkotakan. Seorang
Residen British tiba untuk menasihatkan Sultan dan sepasukan polis tentera India diasaskan.
Walaubagaimanapun, Residen yang baru itu tidak menerima sambutan yang popular dan
beliau terbunuh pada 1877. Alangnya, Sultan yang baru telah terbabit dalam peristiwa ini dan
dibuang negeri ke Seychelles. Seorang pemangku raja mengambil alih tempatnya dan sepuluh
tahun kemudian diizin menjadi Sultan. Baginda mangkat tidak sampai sebulan selepas
baginda menjadi raja.

Warisnya, Sultan Idris, terbukti menjadi salah seorang Melayu yang bijaksana. Negeri Perak
menjadi makmur dan maju di bawah pemerintahannya. Keadaan kewangan dikawal dan
langkah-langkah pertama untuk membentukkan negeri-negeri bersekutu diambil. Perak
menjadi salah satu daripada negeri-negeri pertama yang membentukkan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu (NNMB) pada 1897.

Pendapatan negeri Perak merosot apabila harga getah merosot selepas Perang Dunia I.
Walaupun Sultan Idris mangkat pada 1916, waris-warisnya terbukti bijak dari segi
pandangan. Sultan Alang Iskandar Shah berkhidmat dengan polis NNMB dan memainkan
peranan yang penting dalam pengasasan Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 1930-an. Perak
diserang dan ditewas oleh pihak Jepun pada Hari Raya Tahun Baru 1942.
Walaubagaimanapun, Sultan Abdulazziz, bukan seorang raja yang senang digulingkan.

Negeri Perak memasuki Malayan Union pada 1 Februari 1948. Ia juga ikut serta negeri-
negeri lain untuk membentukkan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, dan
menjadi salah satu daripada negeri-negeri Malaysia pada 16 September 1963.
Prasejarah
Penemuan arkeologi di Kota Tampan di Lenggong membuktikan terdapatnya penempatan
manusia Zaman Batu Lama Tanah Melayu.

Malah satu rangka fosil telah dijumpai yang digelar Perak Man. Jumpaan dari carigali
menunjukkan negeri Perak diduduki secara terus menerus sepanjang Zaman Hoabinhian
seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam.

Selepas itu Perak juga dijangkakan mengalami zaman Hindu/Buddha, yang tersebar secara
menyeluruh semua kawasan di Tanah Melayu.

[sunting] Asal Usul Nama


Berbagai-bagai tafsiran telah dibuat mengenai pengambilan nama "PERAK" sebagai sebuah
negeri yang besar.

 Menurut satu cerita yang menarik sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh
Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A'fifullah Shah (Sultan Perak ke-33) mengatakan
di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK,
Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin (Hulu
Perak di bawah pemerintahan Tun Saban). Manjung dan Beruas dibawah takluk
Melaka. Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka. Dikatakan ketiga-tiga
Ketua Daerah telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi
satu negeri dengan memakai nama yang khusus. Mereka bercadang untuk menamakan
MELAKA tetapi didapati tidak begitu sesuai kerana Negeri Melaka masih wujud
walaupun dibawah kekuasaan Portugis. Lantas mereka teringatkan pula bahawa salah
satu punca utama yang membawa kepada keunggulan, kebesaran dan keharuman
nama Melaka ialah peranan dan tanggung jawab Bendahara Tun Perak. Maka ketiga-
tiga Ketua Daerah tersebut bersetuju untuk menamakan negeri baru ini sebagai Negeri
Perak. Oleh sebab pada ketika itu Negeri Perak belum mempunyai Raja lalu Tok
Mahsuka berkehendakkan supaya Negeri baru ini mempunyai Raja yang berdaulat.

 Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada
kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah
pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai
sebuah sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi tiga atau empat buah
pulau. Putera tersebut telah berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri...",
lalu baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang
diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila anak panah
tersebut jatuh terjunam ke atas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka
dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri
Perak.

 Dalam cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti : seekor ikan Haruan
besar mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat saperti
perak.
 Warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah cahaya matahari dan berbagai-
bagai cerita lagi.
Adunan daripada fakta sejarah dan unsur lagenda hingga terciptanya nama 'Negeri Perak' itu
menggambarkan bahawa pemilihan nama "PERAK" itu sangat bertetapan dengan kekayaan
khazanah yang dikandungi oleh bumi Perak itu sendiri. Justeru kekayaan ini lah pergolakan
sejarah Negeri Perak semakin bergelora satelah empayar Kerajaan Melayu Melaka berpecah
pada tahun 1511 dan munculnya kuasa-kuasa Portugis, Acheh, Bugis, Siam, Minangkabau,
Belanda dan akhir sekali Inggeris yang berkeliaran di merata perairan Nusantara ini.

[sunting] Kerajaan Purba


Menoleh kembali ke zaman silam Negeri Perak akan terjelmalah berbagai-bagai gambaran
cetusan sejarahnya yang menjadi mutiara pusaka bumi Perak yang tiada ternilai harganya.
Sebagai salah sebuah Negeri Melayu yang tertua, Negeri Perak telah melalui liku-liku
zamannya sejak sebelum menjelangnya tahun masehi lagi.

Sebelum munculnya nama "Negeri Perak" Kitab "Sejarah Melayu" ada menceritakan nama-
nama kerajaan atau negeri seperti Gangga Negara yang sekarangnya terletak di jajahan
Dinding, Beruas dan Manjung yang masih kekal namanya hingga sekarang. Penemuan
monumen-monumen bersejarah peninggalan zaman tersebut telah menggambarkan
kegemilangan sejarahnya tersendiri yang masih tersembunyi dari penglihatan dan
pengamatan generasi di zaman moden ini.

[sunting] Lanjutan Kesultanan Melaka


Gambaran sejarah Negeri Perak bertambah jelas lagi apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis
dalam tahun 1511 dan Sultan Mahmud Shah melarikan diri dan akhirnya menetap di Kampar
(Sumatera) dan ditabalkan sebagai Sultan Kampar.

Kewibawaan Raja-Raja Melayu Melaka serta struktur pentadbiran Kesultanan Melayu


Melaka yang begitu sesuai dan berpengaruh di kalangan Negeri-negeri Melayu ketika itu
telah mendorongkan orang-orang Perak untuk mengutuskan Tun Saban yang memerintah
kawasan Hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Temong, bersama-sama Nakhoda Kassim pergi
mengadap Sultan Mahmud Shah di negeri Kampar untuk memohonkan agar seorang daripada
putera baginda menjadi Sultan Perak. Permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan
Mahmud Shah dan baginda telah menitahkan putera baginda, Raja Muzzafar supaya
berangkat ke Perak dengan di kurniakan segala alat kebesaran warisan kerajaan Negeri
Melaka untuk menjadi Raja di Perak.

Maka belayar lah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila sampai di
Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama 'Beting Beras Basah', bahtera Raja Muzzafar
Shah telah terdampar di atas sebuah beting dan tidak dapat di mudik. Tiba-tiba angin ribut
datang dengan laut yang bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak
berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata :-

Selilit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilengkung ular Saktimuna,


Sebenarnya Aku keturunan Raja, Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat
Melaka....'

Sebaik sahaja baginda habis melafazkan kata-kata itu, tiba-tiba muncul 'JIN' yang sangat
besar sahingga mencecah awan yang tinggi. Jin tersebut telah berkata kepada baginda....
Sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah
Tuanku buangkan Mahkota Tuanku kedalam laut......

Maka Raja Muzzaffar pun mengambil mahkota baginda dan dibuangkan kedalam laut. Secara
tiba-tiba laut yang bergelora menjadi tenang dan beting yang timbul hilang dari pandangan.
Satelah itu barulah bahtera baginda boleh belayar semula dan mudik ke Air Mati. Disana lah
baginda di tabalkan dan tempat baginda bersemayam itu dinamakan Tanah Abang.

Daripada keturunan Sultan Muzzaffar Shah inilah wujudnya jurai keturunan Kesultanan
Negeri Perak yang terus menerus memerintah hingga ke zaman sekarang. Pusat-pusat
pemerintahan Sultan-Sultan Negeri Perak tidak menetap di suatu tempat sahaja bahkan sering
bertukar dari suatu tempat ke suatu tempat jika keadaan memaksa atau ada tempat-tempat
lain yang lebih sesuai.

[sunting] Pusat pemerintahan


Pusat pemerintahan Sultan Perak adalah juga istana Sultan Perak. Istana sultan berubah-ubah
dari Hilir Perak hingga ke Kuala Kangsar. Kebanyakan tempat-tempat ini terletak di tebing
sebelah kanan Sungai Perak. Di sekitar Kampung Gajah memang banyak sekali makam-
makam Sultan Perak.

Di antara pusat-pusat pemerintahan yang ada tercatat di dalam sejarah ialah :-

1. Tanah Abang - iaitu ditepi Sungai Perak yang sekarang di panggil Air Mati ,di dalam
Mukim Bota, Makam Sultan Muzzaffar Shah 1 (Sultan Perak Pertama)
2. Kota Lama Kanan
3. Geronggong dalam Mukim Pulau Tiga,Kampung Gajah
4. Semat dalam Mukim Senggang,
5. Bota Kanan atau disebut juga sebagai Brahman Indera
6. Pulau Tiga, Kampung Gajah
7. Pulau Cempaka Sari di Parit
8. Pulau Indera Sakti di kuala Sungai Kinta , Kampung Gajah
9. Pasir Pulai Indera Mulia , Kampung Gajah
10. Bandar Baharu , Kampung Gajah - pejabat JWW Birch , British
11. Pasir Panjang, Kampung Gajah
12. Durian Sebatang, Teluk Intan - Sultan Abdullah Muhamad Shah 1874
13. Sayong, Kuala Kangsar
14. Batak Rabit, Teluk Intan

dan akhir sekali di Bukit Chandan, Kuala Kangsar iaitu semasa zaman Sultan Idris Murshidul
Adzam Shah di tabalkan menjadi Sultan Perak yang ke 28.

Sultan Perak dari pertama hingga sekarang..

1. Sultan Mudzaffar Shah 1 2. Sultan Mansur Shah 3. Sultan Ahmad Tajuddin 4. Sultan Tajul
Ariffin 5. Sultan Alauddin Shah 6. Sultan Mahmud Shah 7. Sultan Mudzaffar Shah 2 8.
Sultan Mahmud Iskandar Shah 9. Sultan Alauddin Mughayat Shah 10. Sultan Mudzaffar
Shah 3 11. Sultan Muhammad Shah 12. Sultan Iskandar Dzulkarnain 13. Sultan Mahmud
Shah 14. Sultan Alauddin Mansor Shah 15. Sultan Ahmadin Shah 16. Sultan Abdul Malek
Mansor Shah 17. Sultan Muda Raja Ahmad 18. Sultan Abdullah Muazzam Shah 19. Sultan
Shahabuddin Riayat Shah 20. Sultan Abdullah Muhammad Shah 21. Sultan Jaafar Mua’zzam
Shah 22. Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah 23. Sultan Abdullah Muhammad 2 24. Sultan
Yussuf Sharifuddin Mudzaffar Shah 25. Sultan Idris Murshidul’azam Shah 26. Sultan Abdul
JalilKaramatullah Shah 27. Sultan Iskandar Shah 28. Sultan Abdul Aziz Al-Mustasim Billal
Shah 29. Sultan Yussuf Izzuddin Shah 30. Sultan Idris Iskandar Shah 2 31. Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah

[sunting] Istana Sultan Perak

Istana Kayangan

Pada peringkat awal ,tidak ada istana kukuh daripada batu yang dibina untuk Sultan Perak
bersemayam. Istana Sultan Perak cuma rumah yang dibina daripada kayu yang bermutu
tinggi sahaja yang dibina di tepi Sungai Perak. Kawasan tepi sungai Perak terutama di Hilir
Perak ,kmemang tidak ada kawasan berbukit-bukau.

Apabila Raja Idris ditabalkan menjadi Sultan dalam tahun 1877, baginda telah membuat
istana di atas sebuah bukit berhampiran dengan Batang Hari kerana Sayong selalu sahaja di
tenggelami air apabila Sungai Perak bah. Akhirnya bukit tersebut dinamakan Baginda dengan
sebutan Bukit Chandan, gelarannya Seri Andalan.

Menurut ceritanya nama ini adalah mengambil sempena nama seekor gajah Sultan Yusuf
yang bernama Kulup Chandan. Kononnya pada suatu hari gajah Kulub Chandan ini telah lari
lalu Raja Idris (ketika itu sebagai Raja Muda) bersama juak-juaknya keluar mengikuti jejak-
jejak gajah tersebut hingga sampai ke kaki Gunung Bubu. Setibanya disini baginda telah
bertembung dengan seorang tua berjanggut panjang yang memakai jubah putih. Dengan tidak
semena-mena orang tua tersebut datang sembah lalu berkata...

" Tuanku adalah bakal menjadi Sultan Perak dan manakala tuanku telah ditabalkan menjadi
Sultan kelak, jangan lah bersemayam di Sayong lagi tetapi hendaklah tuanku membuat istana
diatas bukit yangdi pinggir Batang Hari Perak. Maka gajah yang bernama Kulup Chandan itu
hendaklah tuanku bebaskan tujuh hari selepas daripada pertabalan tuanku itu...."

Diringkaskan cerita, maka Raja Idris pun ditabalkanlah menjadi Sultan Perak yang ke 28 dan
segala pesanan 'orang tua' tersebut telah ditunaikan oleh baginda. Mulai dari tarikh itu kekal
lah nama Bukit Chandan sebagai tempat terletaknya istana rasmi Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak.
[sunting] Sistem Pemerintahan
Di zaman pemerintahan silam, sistem pemerintahan Kesultanan Negeri Perak masih
meneruskan konsep ketradisionalan Kesultanan Melayu Melaka dengan sedikit perubahan
dan penyesuaian dengan keadaan negeri dan masyarakat. Sistem gelaran Orang-Besar-Besar
Negeri masih mewarisi Kesultanan Melaka tetapi terdapat sedikit perubahan iaitu dengan
mengwujudkan gelaran-gelaran baharu saperti Orang Besar Lapan, Enam Belas dan Tiga
Puluh Dua disamping mengekalkan konsep gelaran dan fungsi Orang Besar Empat
Kesultanan Melaka. Tetapi gelaran Orang Besar Empat ini juga telah di ubah mengikut
kesesuaian zaman dan masyarakat dan sekarang gelaran ini di kenali sebagai :-

 Tengku Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja wakil al Sultan Wazir Kabir.
 Tengku Orang Kaya Besar Maharaja Di Raja.
 Tengku Orang Kaya Temenggung Paduka Raja.
 Tengku Orang Kaya Menteri Paduka Tuan.

Di zaman pemerintahan Sultan Muzzaffar Shah jawatan Bendahara Paduka Raja telah
disandang oleh Megat Terawis. Megat Terawis dikatakan berasal dari kerabat di raja Pagar
Ruyong (Minangkabau) yang datang ke Perak bersama-sama Sultan Muzzaffar Shah dari
Kampar. Sultan Muzzaffar Shah telah melantik beliau sebagai Bendahara bagi mengantikan
Tun Muhammad setelah Megat Terawis berjaya menghapuskan Tun Saban yang bersengketa
dengan baginda.

Corak pemerintahan tradisional ini walau pun dari kacamata barat dianggap sebagai amalam
feudal yang tidak demokrasi tetapi jika diteliti dari segi pentadbirannya jelas menunjukkan
bahawa sistem pemerintahan demokrasi telah lama dipraktikkan di Negeri Perak sebelum
Inggeris menerjah masuk. Ini dapat dilihat dalam sistem perlantikan Sultan, pembesar negeri
dan strultur pemerintahan itu sendiri.

Sejak dari perlantikan tersebut keturunan Megat telah memegang jawatan Bendahara Perak
hinggalah akhir kurun ke 18 apabila Bendahara Megat Abu Kassim menyerahkan balik
jawatan tersebut kepada Sultan Iskandar Zulkarnain kerana satu perbalahan.

Di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1770) Negeri Perak menempuh


kegemilangan sejarahnya. Zaman ini lah disifatkan oleh ahli-ahli sejarah sebagai zaman
keemasan. Hakikat ini dapat dilihat daripada catatan yang terdapat didalam Hikayat Misa
Melayu yang menceritakan dengan jelas khusus mengenai zaman tersebut dan perihal
kebijaksanaan kepimpinan dan kegagahan baginda memerintah negeri. Syair "Sultan Perak
Melawat Jajahan Takluknya" sebagaimana yang terdapat didalam hikayat ini adalah satu
contoh yang begitu terkenal lagi menggambarkan keadaan pemerintahan dan masyarakat di
zaman tersebut.

[sunting] Campurtangan Inggeris di Perak

Percampuran dasar Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu di akhir kurun ke 19 telah


mendorongkan pihak British untuk mengubah sikap berdagang dan campurtangan dalam
urusan politik dan pertadbiran - iaitu penjajahan secara langsung atau tidak langsung terhadap
kesemua Negeri Melayu di Semenanjung. Saperti helang kelaparan mereka hanya menunggu
peluang dan ketika yang sesuai untuk menyambar terus kemakmuran Negeri Perak. Inggeris
yang telah lama mengkaji sistem pentadbiran, struktur, sosial, ekonomi dan politik
bumiputera di Negeri-Negeri Selat dan di negara-negara yang dijajahnya telah berjaya
menyingkap segala aspek kehidupan masyarakat Melayu dan menggunakan kelemahan-
kelemahan yang terdapat untuk menguasai terus Negeri Perak dengan memperalatkan
institusi-institusi traditional. Peluang ini tercapai apabila berlaku perselisihan merebut takhta
kerajaan semasa Sultan Ali Al-Mukamal Inayat Shah, Sultan Perak ke 24 mangkat di Sayong
pada tahun 1871. Raja Muda Abdullah yang bersemayam di batak Rabit sepatutnya mudik ke
Sayong untuk ditabalkan sebagai Sultan tetapi beliau enggan berbuat demikian. Ini telah
mengakibatkan jenazah Almarhum tidak dapat dimakamkan selama sebulan, dan bagi
menyelesaikan masaalah ini Raja Bendahara Ismail telah ditabalkan sebagai Sultan.

Maka berlakulah perselisihan yang berlarutan diantara Raja Abdullah dengan Sultan Ismail.
Di samping ini terdapat pula pergaduhan besar dan sikap bermusuhan diantara dua kongsi
gelap pelombong-pelombong Cina, Ghee Hin dan Hai San disekitar Kelian Puah dan Kelian
Baharu dan berlarutan hingga ke negeri-negeri lain. Peperangan telah berlaku disepanjang
tahun 1861- 1862 dan 1871-1874.

Pergaduhan-pergaduhan dan perselisihan merebut takhta kerajaan ini telah di pergunakan


sepenuhnya oleh pihak Inggeris untuk mencampuri urusan dalam Negeri Perak supaya
kepentingan mereka tidak terjejas dan kekayaan Negeri Perak dapat di eksplotasikan
sepenuhnya bagi menampung keperluan ekonomi negara ibunda mereka. Dengan kepintaran
siasah dan ilmu penjajahan yang telah berkurun dipelajari, Inggeris telah berjaya
memerangkap Raja Abdullah dan beberapa orang Orang Besar-Besar Perak untuk berunding
di Pulau Pangkor. Wakil-wakil kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San juga turut hadir bagi
membalas jasa Inggeris yang telah banyak berbudi kepada mereka. Maka pada 20 Februari
1874 berlakulah satu detik sejarah yang tidak akan dilupakan oleh orang-orang Melayu Perak
dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu dengan termeterinya satu perjanjian yang di
namakan Perjanjian Pangkor.

Kejayaan Inggeris dalam babak pertama dalam siri penjajahan mereka di Tanah Melayu ini
telah menjatuhkan mertabat kuasa mutlak Raja Melayu terhadap tanah air mereka sendiri
dengan hanya menjadi Sultan sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.
Urusan pentadbiran dan ekonomi dalam negeri terserah bulat-bulat kepada budibicara
Residen Inggeris yang secara langsung di pertanggung jawabkan oleh Gabenor Negeri Selat
untuk melaksanakan rancangan pembangunan raksaksa - Sistem Residen.

Perjanjian Pangkor dan perlaksanaan sistem Residen ini pada dasarnya telah dapat meredakan
seketika persengketaan di antara golongan-golongan yang bersengketa dalam Negeri Perak.
Dengan bersenjatakan Perjanjian Pangkor yang pada anggapan Inggeris akan di patuhi oleh
semua pihak dan tidak akan di tentang oleh orang-orang Melayu yang selama ini dianggap
mudah di pergaul-gaulkan, J.W.W.Birch, Residen Inggeris yang pertama telah memulakan
tugasnya tanpa menaruh sebarang buruk sangka atau perasaan curiga.

Orang Besar-Besar Perak dan Sultan Abdullah sendiri akhirnya menyedari akan kesilapan
mereka menandatangani Perjanjian Pangkor yang secara langsung mengetepikan hak tradisi
mereka dalam urusan kutipan cukai dan menguasai hasil mahsul dalam jajahan masing-
masing telah menghadapi jalan buntu bagi menghadapi kekuatan kuasa penjajah Inggeris ini.
Akhirnya mereka telah mengambil jalan singkat dengan membunuh J.W.W. Birch dan
pengiring-pengiringnya di Pasir Salak pada 2 November 1875.
Berikutan daripada peistiwa berdarah ini Inggeris telah melancarkan perang besar-besaran
terhadap orang-orang Melayu Perak dengan tujuan untuk menangkap pembunuh J.W.W.
Birch. Pasukan-pasukan polis, tentera dan tentera laut Inggeris dibawah pimpinan Kapten
Speedy telah mengepung perairan Perak. Rumah-rumah orang-orang Melayu yang di syaki
telah di bakar, kota pertahanan orang-orang Melayu di Batak Rabit telah di serang habis-
habisan dan akhirnya ditawan. Inggeris terus mara di sepanjang Sungai Perak dan membunuh
tanpa belas kasihan. Sungguh pun kekurangan senjata dan tektik peperangan oarng-orang
Melayu Perak masih mampu melawan serangan Inggeris saperti yang di lakukan di Kota
Lama. Peperangan Perak ini telah berlanjutan hingga ke tahun 1876 dan akhirnya kesemua
yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan J.W.W. birch ditangkap dan dibicarakan
peperangan ini ditamatkan.

[sunting] Nasionalisme di negeri Perak

Maka tercatatlah dalam sejarah bangsa Melayu dan Negeri Perak nama-nama saperti Dato'
Maharaja Lela, Dato' Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Che' Gondah, Ngah Ahmad,
Laksamana Tun Mohamad Amin, Syahbandar, Che' Ngah Ibrahim dan lain-lain lagi
disamping Sultan Abdullah sendiri sebagai penebus maruah bangsa Melayu dalam
mempertahankan kedaulatan tanah air dan hak mutlak Kesultanan Melayu. Ramai diantara
mereka yang dihukum gantung dan di buang negeri di asingkan di Pulau Seychelles di Lautan
Hindi tetapi perjuangan mereka akan terus menjadi aspirasi generasi kini.

Peristiwa tersebut telah memberikan pengajaran yang berguna kepada Inggeris dalam
merancanakan rancangan penjajahan mereka yang selanjutnya. Raja Yusuf telah diangkat
sebagai Sultan Perak yang ke 27 (1877-1887) bergelar Sultan Yusuf Sharifuddin Muzzaffar
Shah dan Raja Idris yang menghakimkan perbicaraan kes pembunuhan J.W.W.Birch telah
diangkat menjadi Raja Muda. Sistem pertadbiran negeri telah diperkemaskan lagi dan
dipersesuaikan dengan dasar Inggeris. Pembesar-pembesar negeri yang tidak sesuai telah di
pencenkan dan yang berkebolihan serta masih taat kepada pemerintah telah dijadikanpegawai
bergaji tetap dan mesti bekerja untuk Inggeris atas nama titah perintah Sultan.

[sunting] Ehwal Semasa Negeri Perak

Pembangunan ekonomi telah di lipatgandakan dengan pembukaan lombong-lombong baru


yang lebih moden dan ladang-ladang getah dan ini telah menyebabkan munculnya bandar-
bandar bary disekitar kawasan perekonomian. Bagi menghubungkan rangkaian bandar-
bandar baru saperti Taiping dan Ipoh, jalan-jalan raya dan perkhidmatan keretapi telah
diwujudkan. Bandar-bandar traditional Melayu telah ditinggalkan kesepian kerana segala
kepentingan ekonomi dan urusan perniagaan telah tertumpu di sekitar kawasan yang baru di
bangunkan oleh Inggeris. Maka terasinglah orang Melayu dan tinggal lah mereka kesepian
dengan corak penghidupan lama mereka di kawasan pertanian, di kuala-kuala sungai dan
bandar tradisional warisan mereka.

Penduduk-penduduk Perak telah berkembang pesat dengan penghijrahan beramai-ramai


buruh-buruh kaum Cina dan India untuk mengusahakan sektor perlombongan bijih dan
ladang getah. Maka daripada sinilah wujudnya masyarakat majmuk yang dapat dikenali
daripada identiti kegiatan ekonomi masing-masing.
Negeri Perak sungguh beruntung kerana golongan-golongan Kerabat Di Raja saperti Sultan
Idris Murshidul Aadzam Shah, Sultan Iskandar Shah dan Raja Sir Chulan masih lantang
bersuara dan memperjuangkan nasib rakyat yang di kekang penjajah.

Dalam menghadapi aliran perkembangan politik moden di pertengahan tahun 1940an


hinggalah Tanah Melayu mengalami bahana Perang Dunia ke2, seterusnya detik-detik
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sejarah Negeri Perak berkait rapat dengan sejarah Tanah
Melayu pada umumnya. Dalam hal ini negeri Perak telah melahirkan ramai tokoh-tokoh dan
pejuang kemerdekaan yang masih harum namanya menjadi kebanggaan generasi sekarang.
Sehingga kini payungan di raja Kesultanan Perak masih utuh menaungi kemakmuran negeri
dan menjadi lambang kedaulatan dan kekuatan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Anda mungkin juga menyukai