Anda di halaman 1dari 56

BAB 1 :

PENGENALAN
Setelah penaklukan Melaka, Alfonso DAlbuquerque tinggal di Melaka selama tiga bulan untuk
menyusun semula pentadbiran dan mengembalikan kedudukan perdagangan seperti yang
sediakala. Dia sedar bahawa Sultan Mahmud akan cuba merampas semula ibu kotanya, lalu
Alfonso DAlbuquerque pun membina sebuah kota yang besar dan teguh, A Famosa
bermaksud (Yang Masyhur), berbentuk segi lima dengan tembok setebal 8 kaki.1 Beliau juga
menyusun semula dari segi ekonomi dan ketenteraan di Melaka sepanjang penguasaan Portugis
di situ.
Oleh itu, dalam setiap tema menurut pembahagian sub tajuk, pertamanya, pengkaji
membincangkan mengenai sejarah kemunculan Melaka sebelum campurtangan Portugis pada
tahun 1511, dasar pemerintahan yang dijalankan oleh Melaka, kesitimewaan yang dimiliki oleh
Melaka terutamanya iaitu sehingga Melaka menjadi antara sebuah kerajaan yang masyhur dan
menarik perhatian kuasa Eropah untuk datang menjajah. Tambahan pula, bukan faktor Melaka
yang masyhur sahaja, bahkan sifat membalas dendam Albuquerque terhadap orang Islam,
malahan perkara ini dibuktikan melalui petikan ini :
Ainda que os mouros tivessem ali grande peso de gente,

todavia os nossos fizeram despejar o muro, walaupun


orang Islam telah mewujudkan angkatan yang kuat di situ
tetapi orang-orang kita telah melenyapkan mereka.2
Malahan melalui penulisan oleh anaknya sendiri, sememangnya lebih banyak
menekankan kekalahan orang Islam di Melaka ke atas Portugis. Keduanya, pengkaji
membincangkan mengenai dasar ekonomi dan ketenteraan yang dijalankan oleh Portugis
sepanjang pemerintahannya. Perkara-perkara seperti dasar yang dijalankan, jenis mata wang
yang digunakan, teknologi serta jenis senjata yang dimajukan. Kemajuan ketenteraan dan
ekonomi yang dibawa oleh Portugis turut diagung-agungkan oleh anak Albuquerque iaitu
1
2

Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1978, hlm. 42.
T.F Earle, Albuquerque Ceasar Timur : Teks-teks Pilihan Daripada Alfonso de Albuquerque dan Anaknya,
Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 1995, hlm. 65.

menurutnya, Albuquerque bukan setakat tokoh tentera yang agung malahan beliau juga
mempunyai ketaatan agama yang unggul serta disayangi dan dihormati semua.3
Bagi beliau, tidak perlu banyak bukti perlu ditonjolkan kerana menurut buku

Comentarios, menunjukkan Albuquerque sentiasa mempunyai perancangan yang teliti dan


dalam pemikirannya tidak pernah dipengaruhi oleh keinginan mengaut untung, kekeruhan
suasana peperangan atau kemeriahan kemenangan yang melambatkan atau meredakan kesan
pelaksanaan perancangan itu.4 Albuquerque digambarkan sebagai wira melalui penulisanpenulisan yang dibuat oleh anaknya tetapi, beliau juga boleh kelihatan sebagai seorang yang
kejam dan mempunyai prasangka agama yang terlalu fanatik atau sekadar seorang ahli
perniagaan yang berpandangan luas dan gigih untuk mendapatkan kuasa monopoli bagi
kepentingan kerajaan Portugis sendiri.
Oleh itu, rangkuman yang didapati di dalam mini tesis ini membincangkan mengenai
perkembangan ekonomi dan ketenteraan semasa pemerintahan Portugis yang kemudiannya
bertahan selama 100 tahun sebelum dijatuhkan oleh kuasa besar, Belanda dengan pakatan
bersama kerajaan Johor.

3
4

T.F Earle, Albuquerque Ceasar Timur : Teks-teks Pilihan Daripada Alfonso de Albuquerque dan Anaknya,
Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 1995, hlm. 70

Ibid.

BAB 2 :

KEMUNCULAN MELAKA
2.1 Sejarah Pembukaan Melaka
Persoalan tentang tarikh yang tepat terhadap pembukaan Melaka dalam kalangan ahli Sejarah
masih belum mencapai satu kata sepakat. Seorang penulis Portugis iaitu Tom Pires yang tinggal
di Melaka dari tahun 1512 hingga tahun 1515, menceritakan bahawa Melaka telah dibuka kirakira seratus tahun sebelum ditawan oleh bangsanya. Manakala de Barros memberikan tarikh
Melaka dibuka hampir 250 tahun terlebih dahulu daripada itu. Selain itu, Gasper Correa pula
telah mencatatkan dalam bukunya Lendes da India bahawa Melaka sedia ada lebih kurang
tujuh kurun lamanya sebelum ditawan oleh Portugis. Pendapat-pendapat yang berbeza tersebut
tidak dapat menjelaskan tarikh pembukaan Melaka dengan lebih tepat.5
Tambahan pula penjelajah dari eropah seperti Marco Polo yang telah melalui Selat
Melaka dalam tahun 1292 semasa pelayarannya

hendak pulang ke Negeri China tidak ada

menyebutkan negeri Melaka. Selain itu penjelajah lain yang terkenal seperti Ibnu Batutta yang
berasal dari Arab juga telah mengembara ke tempat yang jauh seperti China, India dan selatan
negeri Sepanyo. Malah turut membuat catatan tentang pengembaraannya namun beliau juga
tidak menyebut tentang Melaka sewaktu menjelajah ke China.6
Walaupun terdapat pelbagai perbezaan pendapat oleh penulis Portugis dan penulis lain,
kesemuanya bersetuju bahawa individu yang membuka Melaka ialah Parameswara. Demikian
itu, Melaka mula-mula dibuka boleh diikuti melalui jejak masa salasilah hidup Parameswara.
Parameswara merupakan putera raja Srivijaya berasal dari Dinasti Sailendra dari Palembang
dan menjumpai Melaka. Berdasarkan cerita Parameswara memberi sokongan kepada satu pihak
di dalam peperangan merebut takhta yang berlaku di Majapahit. Disebabkan tindakannya gagal
beliau terpaksa lari meninggalkan negerinya berlindung di Temasik (kini dikenali sebagai
Singapura) yang ketika itu dibawah pemerintahan Siam. Beliau akhirnya menentang dan
membunuh raja Temasik (Temagi) tersebut lalu mengambil takhta raja tersebut. Walau
bagaimanapun pemerintahan Parameswara tidak bertahan lama apabila salah seorang Raja
5
6

Joginder Singh Jessy, Op. Cit., hlm. 1

Ibid.

Patani atau Raja Pahang iaitu saudara raja yang terbunuh itu datang dengan angkatan
perangnya melanggar Temasik dan Parameswara terpaksa melarikan diri.7 Setelah berada di
Muar beberapa lama, Parameswara akhirnya datang ke Melaka dan membuka penempatan di
sana.8 Melaka pada ketika itu hanya sebuah kampung kecil yang tidak terkenal didiami oleh
perompak, lanun dan kaum nelayan Seletar.
Peristiwa pembukaan Melaka oleh Parameswara yang juga dikenali sebagai Raja Iskandar Syah
dalm kalangan penulis tempatan turut di ceritakan dalam karya Sulalatus Salatin:-

Maka Raja Iskandar Syah pun berjalan balik membaruh,


lalu terus kepada sebuah sungai, Bertam namanya; dan
kualanya berbukit. Maka baginda pun datanglah ke sana,
berhenti di bawah sepohon kayu, terlalu rarupak, maka
baginda menyuruh berburu; sekonyong-konyong terjun
anjing dihambat pelanduk. Titah baginda "Baik tempat
ini diperbuat negeri, anjing alah oleh pelanduk; jikalau
orangnya betapa lagi?" Maka sembah segala Orang
Besar-besar, "Benarlah seperti titah duli tuanku itu."
Maka disuruh baginda tebas, diperbuat negeri. Maka titah
baginda, "Apa nama kayu itu?" Maka sembah orang, "Kayu
Melaka namanya, tuanku," Maka titah Raja Iskandar Syah,
"Jika demikian, Melakalah nama negeri ini."9
2.2 Keistimewaan Melaka
Rentetan peristiwa pembukaan Melaka oleh Parameswara memaparkan keistimewaan Melaka
yang dapat dilihat seperti Geografi Melaka, hubungan awal dengan kuasa besar Asia iaitu China,
pembangunan Melaka sehingga menjadi bandar Pelabuhan, pusat perdagangan yang pesat,
menggiatkan perkembangan Bahasa Melayu sehingga menjadi lingua franca dan memiliki
empayar yang luas.

Ibid. hlm. 2.
Elvan Tong, Story of Malacca, booklet, (Tiada Penerbit), 2001, hlm.11.
9
A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2009, hlm.71
8

2.2.1 Geografi Melaka


Melaka terletak di persimpangan jalan laut antara India dan China. Malah Melaka turut
terlindung dari angin Monsun Barat Daya dan angin Monsun Timur Laut. Kedudukan semulajadi
Selat Melaka telah memberi keistimewaan kepada Melaka sehingga muncul sebagai pelabuhan
entreport pada awal kurun ke-15.
2.2.2 Hubungan Awal Yang Baik Dengan China
Semasa peringkat awal pembukaan Melaka, Parameswara telah menghadapi ancaman daripada
Siam. Ketika itu, Melaka ternyata masih belum mampu untuk berhadapan dengan Siam secara
sendirian apatah lagi beroleh kemenangan. Mengikut rekod daripada Dinasti Ming, apabila
Laksamana Yin Ching mengunjungi Melaka dalam tahun 1403, negeri Melaka dipunyai oleh
Siam dan Melaka menghantar Ufti Emas sebanyak 40 tahil kepadanya tiap-tiap tahun.10
Kebetulan rombongan dari kerajaan China melawati Melaka sejak tahun 1403 lagi dan ketika
itu, China dianggap sebagai kuasa yang kuat dan giat berdagang di rantau Asia, termasuk di
Asia Tenggara. Kesultanan Melayu Melaka melihat minat dan kegiatan China ini sebagai satu
peluang untuk menjaga keselamatannya. Seterusnya, Melaka mula membuat perhubungan
dengan China dan berkembang dengan baik sehingga Melaka dapat mempengaruhi China untuk
mengingatkan Siam supaya tidak mengganggu Melaka.11
2.2.3 Bandar Pelabuhan
Permulaan pelabuhan Melaka adalah disebabkan oleh faktor kedudukannya yang strategik.
Sepertimana yang telah dijelaskan sebelumnya tentang geografi Melaka, lokasinya yang
menjadi tempat pertemuan semula jadi angin monsun menjadikannya kawasan persinggahan
yang sering dikunjungi oleh saudagar China dan India. Lebih-lebih lagi Melaka terletak di laluan
pedagang-pedagang

China dan India. Melalui kedudukannya yang strategik,

Melaka

menguatkan lagi kekuasaan pelabuhannya dengan kebolehannya mengawal dan menarik


perhatian kapal-kapal dagang yang melaluinya sebagai tempat persinggahan. Di samping itu,
Melaka juga terletak di tengah-tengah kepulauan rempah di Asia Tenggara.

10

Winstedt, Sejarah Tanah Melayu (history of Malaya), 1938, hlm.40 dipetik dalam Joginder Singh Jessy,
Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1978, hlm. 4
11
Zainal Abidin Abdul Wahid, Kerajaan Melaka Dalam Hubungan Antarabangsa, hlm. 4.

Dari aspek keselamatan lalulintas di Selat Melaka, dapat menjamin keselamatan mereka
yang datang singgah untuk berdagang. Malah Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental juga
mengatakan:-

Barang siapa menguasai Melaka maka ia dapat menguasai Venice.12


Penyataan tersebut menggambarkan betapa utuhnya potensi Melaka sebagai bandar
Pelabuhan sehingga dapat menandingi Venice. Boleh dikatakan Parameswara bernasib baik
selepas membuka Melaka. Kerana kebetulan pada masa itu, dinasti Ming di Negeri China
sedang mengikuti dasar memperkembangkan pengaruhnya.13 China merupakan suatu kuasa
besar yang awal wujud di Asia tenggara ketika itu. Demikian itu, tindakan berbaik-baik dengan
China sehingga mendapat pengiktirafan sememangnya menjamin keselamatan para pedagang
yang datang ke Melaka dari ancaman lanun. Malah lebih penting daripada itu adalah melindungi
Melaka dari ancaman Siam.
Kewujudan Melaka sebagai bandar pelabuhan pada ketika itu juga disebabkan oleh
dasar luarnya yang bertindak menjaga kebajikan pedagang yang singgah di pelabuhannya.
Kesultanan Melayu Melaka cuba menentukan soal bekalan makanan untuk pedagang-pedagang
yang begitu ramai. Sungguhpun hampir semua pedagang ini datang ke Melaka untuk berniaga
dan tinggal di Melaka buat sementara sahaja namun bekalan makanan mereka hendaklah
disediakan bagi menjamin hubungan perdagangan antara Melaka dengan mereka. Disebabkan
kawasan disekitar Melaka itu sendiri tidak mempunyai sumber makanan yang cukup untuk
pedagang-pedagang asing tersebut, kerajaan awal Melaka mengambil alternatif lain denngan
membawa masuk makanan dari luar. Negara pengeluar beras dan juga makanan lain yang
penting pada ketika itu ialah Jawa dan Siam. Sehinggakan Sultan Muzzaffar Syah menjaga
perhubungan baik dengan Jawa sepertimana yang telah dinyatakan oleh Pires:-

He always maintained his friendship with the said king; and a


large quantity of foodstuffs came from jawa. 14

12

Tome Pires, The Suma Oriental, hlm. 287.


Moorhead, Malaya and her neighbours, hlm. 119 dipetik dalam Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah
Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1978, hlm. 5.
14
Pires, Op. Cit., hlm. 246.
13

Menyentuh soal perhubungan Melaka dengan Siam pula, hubungan antara kedua negara
tersebut agak dingin. Melaka telah berperang dengan siam sebanyak dua kali lantas
menjejaskan hubungan antara keduanya. Malah perkara ini turut mendapat perhatian oleh
Sultan Mansor Syah sepertimana dalam titah baginda;

Apa sudahnya kita berhalangan dengan Siam. Berkelahi pun


tiada berdamai pun tiada, orang kita tiada pergi ke Siam, orang
Siam pun tiada datang ke Melaka.15
Demikian itu, Sultan Mansor Syah mencadangkan satu perutusan dikirim kepada kerajaan Siam
dan hal ini mendapat persetujuan daripada pembesar-pembesar Melaka pada ketika itu. Mereka
berpendapat,

Kerana daripada banyak seteru, baik berbanyak sahabat.16


Selain daripada aspek keselamatan dan kebajikan yang dititikberatkan dalam pelabuhan
Melaka, dasar perniagaan yang agak bebas lagi adil juga turut dilaksanakan oleh Melaka.
Pelabuhan Melaka yang sangat masyur pada ketika itu tidak mengenakan cukai yang
membebankan terhadap pedagang-pedagang yang datang ke pelabuhannya. Menurut Zainal
Abidin, Kerajaan Melaka pada ketika itu telah mengamalkan satu sistem cukai yang agak moden
sepertimana istilah sistem cukai berkeutamaan (Pre-ferential tariff system.)17Pires juga turut
menyatakan bahawa pedagang-pedagang dari sebelah barat Melaka seperti India, Ceylon,
Pegu, dan dunia Arab dikenakan cukai 6% dan tempatan 3%.

These all pay six percent in Malacca... Malayans or from other


nations, who have their wives and settle in Malacca. They pay three
percent, and besides this a royal due of six percent in the case of a
foreigner and three in the case of a native.18
Para pedagang dari timur sepeti China, Jepun, Jawa dan Maluku pula tidak dikenakan cukai.
Sebaliknya mereka diminta untuk memberi hadiah sebagai pengganti cukai.19

15

Sejarah Melayu, hlm. 105.


Ibid.
17
Zainal Abidin Abdul Wahid, Op. Cit, hlm. 77.
18
Pires, Op. Cit., hlm. 273.
19
Zainal Abidin Abdul Wahid, Op. Cit., hlm. 78.
16

The presents are reasonable amount, something like dues.20


Demikian itu, pelabuhan Melaka ternyata berjaya memajukan pelabuhannya sehingga
menjadi pelabuhan entreport melalui tindakan yang diambil bagi menarik kedatangan
pedagang-pedagang asing untuk datang berdagang ke pelabuhan Melaka. Perhubungan yang
baik dengan negara-negara lain seperti China bagi tujuan keselamatan dan jawa bagi
mendapatkan bekalan berjaya membantu keberlangsungan perdagangan di pelabuhan Melaka.
2.2.4 Perdagangan yang Pesat
Keagungan empayar Melaka sebagai pusat perdagangan Antarabangsa yang terkenal di Asia
Tenggara turut dipersetujui oleh Duarte Barbosa, iaitu seorang penulis Portugis yang telah
merakamkan pendapatnya pada kurun ke-16 seperti;

...bandaraya Melaka ini adalah pelabuhan yang terkaya


dengan jumlah perdagangan borong yang terbesar
dan perkapalan serta perdagangan yang sungguh banyak
yang boleh didapati di seluruh dunia.21
Perdagangan awal Melaka berkembang pesat melalui hubungan perdagangan dengan
China, India dan Negara Asia Tenggara lain. Melalui penglibatan kuasa perdagangan yang besar
seperti China dan India yang merupakan pembekal bagi barang-barang dari Eropah dan Timur
Tengah.
Pedagang India membawa kain benang kapas daripada Kembayat, Pulikat dan
Benggala. Kemudian, mereka mengeksport semulabarang-barang dari kawasan Laut Tengah
dan Mediteranean seperti senjata, gincu, wangian, tembaga merah, raksa dan kain Arab.
Pedagang Benggala juga turut mengeksport ubat serta benda yang memabukkan, terutamanya
Candu. Bagi pedagang negara China pula, mereka membawa teh, kain sutera dan tembikar.
Beberapa kain benang emas , kain satin, tembaga kipas dan beberapa barang perhiasan juga
dibawa ke Melaka. Pedagang dari negara jiran pula membawa barangan seperti bunga cengkih
dari Pulau Maluku, buah pala dari Pulau Banda, kayu cendana dari Pulau Timur, lada hitam dan
emas dari Sumatera, serta bijih timah ,emas dan kapur barus dari Borneo. Beras pula
20
21

Pires, Op. Cit., hlm. 274.


The Book of Duarte Barbosa, (tr.), Vol II, Hakluyt Society, London, 1944, hlm. 269 dipetik dalam Zainal
Abidin Abdul Wahid, Melaka Dalam Hubungan Antarabangsa, JEBAT 18, 1990, hlm. 73.

dibekalkan ke Melaka dari Pulau Jawa dan beberapa buah bandar pelabuhan di Sumatera,
Pedir, dan Pasai. Barangan dari Pegu sebelah utara pula dibawa delima, sampang, bijih timah
dan akar-akar kayu untuk dibuat ubat.22
Demikian itu, para pedagang menjual barang dagangan mereka dan membeli apa
sahaja yag mereka inginkan melalui pertembungan barangan dagangan yang pelbagai dibawa
oleh pedagang-pedagang yang singgah di pelabuhan melaka sehingga menjadikan Melaka
sebagai sebuah pelabuhan entreport. Setelah urusan urus niaga pedagang-pedagang itu
selesai, terdapat dalam kalangan mereka yang menunggu perubahan angin monsunnyang akan
membawa mereka pulang. Pedagang-pedagang India yang telah membawa lada hitam, kain
India, Candu, bau-bauan seperti

kemenyan, dan sebagainya, akar-akar kayu untuk dibuat

ubat, bijih timah dan gincu, pulang ke negerinya dengan membawa emas, kapur barus,
rempah, bunga cengkih dan kayu Cendana dari Asia Tenggara, serta dengan kain sutera, teh,
barang perhiasan, dan lain-lain barang dagangan daripada negeri China. Setengah daripada
barang dagangan itu kemudiannya dijual di India, tetapi kebanyakkannya daripada barang
dagangan itu di bawa ke Timur Tengah dan Eropah untuk dijual dengan harga yang sangat
tinggi.23
Kemasyuran dan kepesatan perdagangan antarabangsa di Melaka ini sememangnyaa
menarik perhatian kuasa asing lain seperti Siam. Demikian itu Siam turut bertindak untuk
memiliki Melaka yang sangat kaya pada ketika itu. Namun Melaka mempunyai jaminan
keselamatan bermula ketika pemerintahan Parameswara sehingga ia dapat menjalankan aktiviti
perdagangannya dengan lancar untuk beberapa lama.
2.2.5 Perkembangan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca
Keistimewaan Melaka juga terserlah dengan penggunaan bahasa Melayu yang menjadi medium
penghantar komunikasi dalam kalangan

masyarakat tempatan Melaka dan para pedagang

asing yang singgah ke pelabuhan Melaka. Kemeriahan pelabuhan Melaka dengan kedatangan
pedagang asing dapat digambarkan seperti mana yang telah dinyatakan oleh Tome Pires;

...di pelabuhan Melaka biasanya terdapat 84 bahasa digunakan, tiap-tiap satu berlainan...24
22

Joginder Singh Jessy, Op. Cit., hlm. 7


Ibid.
24
Armando cortesao (tr.), The Suma Oriental of Tome Pires, Vol. II, Hakluyt Society, London, Second
Series, No. XLIX, 1921, hlm. 175, dipetik dalam Zainal Abidin Abdul Wahid, Melaka Dalam Hubungan
Antarabangsa, JEBAT 18, 1990, hlm. 73.
23

Malah, Pires turut menyatakan asal para pedagang yang bedagang di Melaka ketika itu;

Moors from Cairo, Mecca, Aden, Abysinnians, men of Kilwa, Malindi, Ormuz, Parses, Rumers,
Turks, Turkomans, Christians Armenians, Gujarates, men of Chaul, Dabhol, Goa, ofthe kingdom
of Deccan, Malabars and Klings, merchants from Orissa, Ceylon, Bengal, Arakan, Pegu,
Siamese,men of Kedah, Malays, men of Pahang, Patani, Cambodia, Champa, Cochin China,
Chinese, Lequeous, men of Brunei, Lucoes, men of Tamjompura, Laue, Banka, Linga (they
havea thousand other islands), Moluccas, Banda, Bima, Timor, Madura, Jaya, Sunda,
Palembang, Jambi, Tongkal, Indragiri, Kappatitta, Menangkabau, Siak Arqua (Arcat?), Aru,
Bata, country of Tomjano, Pase, Pedir, Maldives.25
Manakala, Emanuel Godinho De Eredia seorang penulis deskripsi Melaka pada tahun
1613 memberi keterangan tentang penggunaan bahasa lingua franca di wilayah-wilayah dalam
lingkungan Kepulauan Melayu dengan menyatakan;

...starting-point by the island of Pulo Catay in the district of Pattane, situated on the east coast
in 8 degrees of latitude, the pass round to the other or western coast of Ujontana, to Taranda
and Ujon Calan situated in the same latitude in the district of Queda: this stretch of territory lies
within the region of the Malayos and the same language prevail throughout.26
Pernyataan Eredia ini menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya pada abad ke-15
bahasa Melayu merupakan lingua franca lantas menjadi tali pengikat perhubungan yang
mantap bagi masyarakat yang berada di rantaunya. Mempunyai pendapat yang seakan sama,
Nicholas Tarling pula menyatakan sedemikian;

A great deal of expansion of Malay as a lingua franca around the coast of Borneo and into
eastern Indonesia has occurred since the seventh century with the development of major
trading states such as Srivijaya and Melaka.27

25

Pires, Op. Cit., hlm. 287.


Sheehan, J.J. (penterjmah),Seventh Century Visitors to the Malay Peninsula. Dlm. JMBRAS, Jilid
12 (II)., 1934, hlm. 34.
27
Nicholas Tarling, The Cambridge History of Southeast Asia Vol 1 Part 1: From Early Times to c. 1500,
United Kingdom: Cambridge University Press, 1999, hlm. 114.
26

10

2.2.6 Empayar Yang Luas


Selain dari aspek ekonomi sebagai kayu ukur keistimewaan Melaka, aspek perluasan empayar
Melaka di bawah pentadbiran pemerintah yang bijak juga perlu diambil kira. Patani menerima
taraf naungan apabila memohon nobat dari Melaka28. Kedah juga memohon nobat dari
Melaka29. Manakala beberapa buah negeri di Sumatra telah menjadi jajahan takluk Melaka.
Terdapat juga kawasan yang dianugerahkan oleh Majapahit seperti Inderagiri30 dan Siantan.31
Menerusi peperangan pula Melaka memperolehi Kampar32 dan Siak33.
Manakala di Semenanjung Tanah Melayu kekuasaan Kesultanan Melaka meliputi seluruh
Semenanjung, termasuk Singaprura. Singapura ditadbir oleh Seri Bija Diraja.34 Semasa Sultan
Mansor Syah hendak membuat istana maka Bendahara telah mengerah orang-orang dari
Ungaran, Tungkal, Buru, Suir, Panchor Serapong, Merba, Sawang, Kundor, Suntai, Malai,
Upang, Bentan dan Muar untuk membuatnya.35 Senahagian daripada tempat-tempat ini adalah
pegangan Orang-orang Besar Melaka, misalnya Suir, Merba dan Buru36 manakala Tungkal yang
mempunyai Raja sendiri disamakan dengan mereka. Pires juga ada menyatakan bahawa;

The Kingdom of Malacca from Acoala Penang to Kedah. All


these are tin lands which they call timas.37
Manakala kekuasaan Melaka di sebelah Timur Tanah Melayu boleh dilihat apabila Raja
Muhammad, anak Sultan Mansor Syah hendak ditabalkan menjadi Raja Pahang.

28

Sejarah Melayu, hlm. 245 - 246.


Ibid., hlm. 246.
30
Ibid., hlm. 124.
31
Ibid., hlm.144 - 145; Pires, Op.Cit., hlm. 263.
32
Sejarah Melayu, hlm. 146 - 147.
33
Ibid., hlm. 183.
34
Ibid., hlm. 202-203; Pires, Op.Cit., hlm. 262.
35
Sejarah Melayu, hlm. 140.
36
Ibid., hlm.147 dan 167.
37
Pires, Op. Cit., hlm. 260.
29

11

Maka Raja Muhammad di-serahkan baginda pada Seri Bija


Diraja, Di-suroh rajakan di-Pahangdan dari Sadeli
Besar datang ka-Terengganu, di-anugerahi oleh
baginda akan Raja Muahammad.38
Kelantan juga telah ditakluki oleh Melaka pada zaman Sultan Mahmud.39 Namun sukar untuk
memastikan taraf atau kedudukan negeri-negeri ini dalam konteks perhubungannya dengan
Melaka. Menurut Pires, kebanyakan negeri-negeri ini membayar ufti kepada Sultan Melaka.

Another place of timas besides this is called Klang. It pays


the same amount, in Malacca, There is another place
beyond this on another river, which is called Selangor (calamgor).
It pays six thousand Calains a year to Malacca in timas.40
Malah Beruas dan Perak juga turut membayar ufti.41
2.3 Kesultanan Melaka
Kemunculan Melaka sebagai satu empayar yang gemilang suatu masa dahulu berada di bawah
kekuasaan Kesultanan Melayu Melaka. Bermula dengan Parameswara atau Sultan Megat
Iskandar Syah yang membuka Melaka sehinggalah Sultan yang terakhir Melaka iaitu Sultan
Mahmud Syah. Terdapat enam orang Sultan yang merupakan pemerintah awal Melaka dan
masing-masing mempunyai latar belakang keturunan yang saling berkaitan.
2.3.1 Parameswara atau Sultan Megat Iskandar Syah (1402-1424)
Parameswara merupakan pemerintah pertama Melaka dan asalnya baginda beragama Hindu
dari keturunan yang mulia. Menurut Tarling,

The founder of Melaka, a Malay prince known as Parameswara, first appears as a vassal of
Majapahit at Palembang. In 1930s he sought to escape Javanese overloadship by shifting to
Tumasik (Modern Singapore)... Tumasik, however, however was too exposed to Ayutthaya, and

38

Sejarah Melayu, hlm. 150.


Ibid., hlm. 205.
40
Pires, Op. Cit., hlm. 260.
41
Ibid., hlm. 261.
39

12

Siamese pressure forced Parameswara to shifted to Melaka, where he persided over a rebirth of
Malay political authority under the protection of the Chinese.42
Setelah memeluk Islam, baginda mengambil gelaran sebagai Sultan Megat Iskandar Syah dan
telah berkahwin dengan Puteri Pasai. Bermula dari pemelukan agama Islam baginda juga telah
menyebabkan agama Islam tersebar dalam masyarakat awal Tanah Melayu.
2.3.2 Sultan Muhammad Shah (1424-1444)
Seri Maharaja yang juga dikenali sebagai Sultan Muhammad Syah merupakan Sulatan kedua
yang dilantik di Melaka setelah kemangkatan ayahanda baginda iaitu Parameswara atau Sultan
Megat Iskandar Syah dalam tahun 1424.43 Tindakan yang diambil oleh beliau bagi
mengukuhkan kedudukannya di Melaka adalah berangkat ke China bagi mendapatkan
pengakuan rasmi mengenai pangkat kebesarannya. Namun tidak ada sebarang catatan tentang
pembaharuan yang dilakukan oleh baginda sewaktu mentadbir Melaka.
Ketika menerima ancaman daripada Siam dalam tahun 1431, baginda telah
membuat rayuan dengan China untuk membantunya. Rayuan baginda berhasil apabila kerajaan
China menghantar Laksamana Cheng Ho ke Siam. Laksamana Cheng Ho memarahi Raja Siam,
dan mengingatkan supaya Raja Siam berbaik-baik dengan jiran-jirannya. Ternyata baginda
Sultan Muhammad Syah menjaga hubungan baik dengan kerajaan China sehinggakan baginda
sekali lagi pergi ke China dua tahun sebelum kemangkatan baginda dalam tahun 1444.44
2.3.3 Sultan Muzaffar Shah
Baginda merupakan pengganti kedua selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah. setelah
kemangkatan Sultan Mahmud Syah, takhta baginda jatuh kepada puteranya (dari isterinya
Puteri Rokan) iaitu Seri Parameswara Dewa Syah. Walau bagaimanapun, Sultan Muzaffar Syah
membunuh Seri Parameswara Dewa Syah kerana baginda diketepikan kerana bondanya
merupakan orang kebanyakan daripada keturunan Tamil Muslim. Ditambah pula dengan
dorongan Tun Ali yang mahukan Sultan Muzaffar Syah ditabalkan menjadi Sultan. Seri

42

Nicholas Tarling, The Cambridge History of Southeast Asia Vol 1 Part 1: From Early Times to c. 1500,
United Kingdom: Cambridge University Press, 1999, hlm. 175.
43
Joginder Singh Jessy, Op. Cit., hlm. 9.
44
Ibid.

13

Parameswara hanya berkuasa dalam tahun 1444 sehingga 1446 dan disandang oleh Sultan
Muzaffar Syah dalam tahun 1446 sehingga 1459.
Baginda mendapat ancaman Siam pada tahun 1456 dan berjaya mengalahkan Melaka
pada mulanya. Walau bagaimanapun, semasa pemerintahan baginda, bendahara baginda iaitu
Tun Perak berjaya bertahan dan menewaskan Siam dekat Batu pahat, dan menyelamatkan
Melaka tanpa mendapat bantuan dari China. Kemudiannya, baginda menyambung semula
hubungan dengan China melalui utusan yang dihantar dalam tahun 1456-1458 kerana awal
pemerintahan beliau hubungan dengan China sedikit terabai.45
2.3.4 Sultan Mansur Syah (1459-1477)
Baginda merupakan pengganti Sultan Muzaffar Syah bermula dalam tahun 1459. Semasa
pemerintahan baginda Melaka mempunyai jajahan takluk yang luas. Namun, kepimpinan beliau
tidak terserlah sepertimana bendaharanya iaitu Tun Perak. Baginda di sifatkan sebagai Sultan
yang tidak berminat untuk memerintah sebaliknya menyerahkan hal pemerintahan kepada
bendahara. Malah kemunculan Hang Tuah pahlawan Melaka juga berlaku sewaktu zaman
kekuasaan baginda.46
2.3.5 Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488)
Setelah kemangkatan Sultan Mansur Syah dalam tahun 1477 penggantinya iaitu putera kedua
baginda Sultan Alauddin Riayat Syah mengambil alih takhta sebagai pemerintah Melaka. Sultan
Alauddin Riayat Syah dikatakan sebagai seorang yang berkebolehan sekali antara sultan-sultan
Melaka. Baginda suka menjalankan pemerintahan sendiri dan meletakkan menterinya dibawah
kekuasaannya.47
2.3.6 Sultan Mahmud Shah (1488-1528)
Semasa kemangkatan Sultan Alauddin Riayat Syah pengganti baginda mengikut susunan
berada di Kampar, tetapi tidak dibawa ke Melaka untuk dinaikkan takhta. Tindakan Tun Perak
yang mengawal kuasa Sultan melantik Sultan Mahmud Syah yang masih kecil. Setelah
kemangkatan Tun Perak sehinggalah jawatan bendahara disandang oeh Tun Mutahir, Melaka
meluaskan lagi kekuasaannya di Kedah dan Patani dibawah pentadbiran Tun Mutahir. Sultan
45

Ibid., hlm. 11.


Ibid., hlm. 11 - 12.
47
Ibid., hlm. 13.
46

14

Mahmud hanyalah sultan boneka semata-mata, manakala Tun Mutahir merupakan pentadbir
Melaka yang sebenar.48 Sewaktu zaman kekuasaan Sultan Mahmud Syah tercetus konflik
dalaman sehingga mengakibatkan kestabilan politik Melaka terjejas dan semakin lemah.

48

Ibid., hlm. 14.

15

BAB 3:

KEDATANGAN KUASA PORTUGIS DI MELAKA


Ketibaan Portugis di Melaka ada dicatatkan di Sejarah Melayu , walaupun ia hanya
kemungkinan dan tidak ada sumber yang sahih. Dikatakan bahawa Portugis mugkin telah tiba
di Portugis pada 15 September 1509,49 yang mana rombongan mereka diketuai oleh Diego
Lopez De Sequire menaiki 4 buah kapal daripada Lisbon. Dalam ekspedisi untuk sampai ke
Melaka , angkatan telah singgah di Cochin , India lalu sebuah kapal dari India telah menyertai
angkatan tersebut. Selain itu , Pasai dan Pedir juga menjadi tapak persinggahan Portugis
sebelum tibanya ke Melaka.
Namun , malangnya apabila kedatangan Portugis di Melaka tidak diundang. Dapat dilihat
pada ketika kedatangan mereka , penduduk tempatan di Melaka dengan penuh hairan melihat
orang-orang Portugis yang berbeza daripada mereka dari segi fizikal , yang mana orang-orang
Portugis mempunyai bentuk tubuh badan yang besar dan tinggi malah berjanggut lebat serta
berkulit putih.50 Di samping itu Melaka adalah sebuah kerajaan yang diperintah oleh pemerintah
yang beragama islam iaitu Sultan. Apabila diketahui oleh sultan akan peristiwa kedatangan
Portugis di pelabuhan Melaka pada ketika itu , justeru sultan mengarahkan angkatan Portugis di
tangkap dan dipenjarakan. Secara tidak langsung peristiwa ini telah menyebabkan tercetusnya
permusuhan di antara Portugis dan Melaka.
Rentetan daripada bencana yang dilanda oleh angkatan Diego Lopez De Suquere di
Melaka telah menyebabkan gabenor India iaitu Afonso de Albuquerque mengambil keputusan
untuk melakakukan ekspedisi sekali lagi ke Melaka , namun kali ini ekspedisi yang dilakukan
agak agresif ke atas

Melaka iaitu

untuk tujuan menaklukinya. Ekspedisi Afonso de

Albuquerque ke Melaka pada tahun 1511, di mana angkatan tentera kira-kira seramai 1,100
hingga 1,200 orang tentera bersama 14 buah kapal. Setelah tibanya angkatan Portugis pada
June 1511 , Afonso de Albuquerque segera menyelamatkan banduan yang telah ditangkap
oleh Sultan pada ekpedisi

49
50

tahun 1509. Namun , Sultan Melaka telah mengukuhkan

I. A. Macgregor, Notes On the Portuguese In Malaya JMBRAS, Vol . 28, Pt. 2, May 1955, hlm. 5.
R. O. Winstedt , Sejarah Melayu . JMBRAS , Vol. XVI, Part III, 1938, hlm. 181 - 182.

16

pertahanannya dan yakin bahawa tentera seramai 20000 orang dan dilengkapi dengan senjata
mampu mengalahkan tentera Portugis yang mempunyai bilangan yang kecil.51
Albuquerque tidak membuang masa dan pada

25 Julai 1511 Portugis menyerang

bandar Melaka khususnya menumpukan serangan ke atas jambatan yang membahagikan


Bandar dengan penempatan luar bandar. Serangan ke atas jambatan tersebut adalah satu
strategi Portugis untuk menyerang bandar Melaka iaitu dengan memutuskan bekalan makanan
kawasan bandar Melaka daripada luar bandar. Selepas pertempuran sengit telah berlaku
akhirnya jambatan telah ditawan oleh Portugis, tetapi pada waktu malam mereka terpaksa
berundur. Walaubagaimana pun , tentera Portugis telah bersiap sedia untuk melakukan
serangan yang seterusnya pada 10 ogos 1511. Di samping itu , Albuquerque telah dibantu oleh
sesetengah orang Cina yang berlabuh di pelabuhan bandar Melaka dengan memberikan kapal
layar. Penggunaan kapal layar yang ditawarkan oleh peniaga Cina telah membantu kepada
kejayaan Portugis menawan bandar Melaka, di mana ia digunakan sebagai sebagai pangkalan.
Serangan kali kedua itu telah Berjaya dan Portugis telah menubuhkan pangkalan mereka di
bandar Melaka.52
Pada 24 Ogos 1511 Portugis sekali lagi telah menyerang hanya untuk memastikan
bahawa Sultan telah melarikan diri. Dengan Melaka kini di tangan Portugis, Albuquerque telah
mengarahkan bahawa mereka harus menghormati harta orang-orang yang berpihak dengan
mereka. BW Diffie dan GD Winius dalam buku "Foundations of the Portuguese Empire 1415-

1580" menulis : " kuasa yang telah menguasai bandar perdagangan yang terbesar di Asia
dengan hanya 900 orang Portugis dan 200 orang India harus diangkat sebagai satu peristiwa
dalam sejarah pengembangan Eropah tidak kurang menakjubkan daripada yang dikenali

Penaklukan Tenochtitlan oleh Hernando Corts ".53


Melaka adalah salah satu daripada tiga kunci utama selain Goa dan Hormuz, yang
memberikan Portugal kawalan sepenuhnya ke atas laluan perdagangan utama Asia. Selepas
penaklukan, Albuquerque segera mengarahkan pembinaan sebuah kubu di bahagian sungai

51

Macgregor I.A, et.al, Papers on Johore Lama and the Portuguese in Malaya (1511-1641), JMBRAS, Vol. 28, Pt.2, May 1955,
hlm. 21-29.
52
Ibid.
53
Bailey Wallys Diffie, Foundations of the Portuguese Empire, 1415-1580 . US : University of Minnesota
Press, 1977, hlm. 256.

17

sebelah selatan. Kubu yang dibina dipanggil sebagai "A Famosa" dan ia selesai dibina pada
November 1511.54
Rui de Brito Patalim dilantik sebagai Kapten "Fortaleza de Malacca" iaitu gabenor di
Portugis, manakala Nina Chattu sebagai Perdana Menteri dan kira-kira 500 askar Portugis telah
diarahkan untuk mengawal kubu tersebut.55 Fortaleza de Malacca adalah sistem kubu yang
merupakan menara empat sisi yang telah dibina di kaki bukit bersebelahan dengan laut.
Bahagian ke sebelah timur telah dibina dinding bulat daripada mortar dan batu dengan terdapat
kandang pada bahagian tengah. Pembinaan ini dilakukan untuk mengukuhkan kubu di bukit.
Empat pintu gerbang telah dibina untuk bandar-bandar di Melaka iaitu Porta de Santiago, pintu
masuk ke rumah teres pegawai kerajaan , Porta de Sao Domingos, dan Porta de Santo Antonio.
Antara empat pintu gerbang ini , hanya dua pintu gerbang yang sering digunakan iaitu Porta de
Santo Antonio dan pintu masuk ke rumah teres pegawai kerajaan.
Tidak lama selepas itu, Albuquerque menyediakan kapal-kapal untuk kembali ke pusat
induk dengan harta rampasan Melaka yang telah dimonopoli. Walau bagaimanapun, semasa
pelayaran kembali ke Goa, kapalnya Portugis iaitu "Flor do Mar" telah tenggelam dalam ribut
yang berlaku danke semua khazanah yang dirampas di Melaka telah lenyap bersama kapal yang
karam.56 Beberapa peniaga Florentine mengambil bahagian dalam perusahaan Portugis di Asia.
Antaranya ialah Giovanni da Empoli yang hadir di Melaka semasa pengepungan dan penaklukan
yang dilakukan oleh Portugis. Beliau menyifatkan pengalaman beliau dalam surat yang menarik
untuk bapanya.57
Selepas penaklukan Melaka, dasar Portugal di Semenanjung Tanah Melayu mempunyai
dua cara iaitu sama ada untuk menubuhkan pakatan dengan pemerintah tempatan atau untuk
meyakinkan kerajaan-kerajaan bersebelahan untuk menerima kekuasaan Portugis. Dari
pangkalan di Johor, Sultan lama Melaka iaitu Sultan Mahmud Syah berkali-kali menyerang
Melaka pada tahun 1517, 1520, 1521 dan 1525. Akhirnya, pada 1583, perjanjian damai telah

54

George Alcantra , The Malacca Malaysian Portuguese Heritage . US : G. Alcantra, 1992 , hlm. 43.
Sanjay Subrahmanyam, The Career and Legend of Vasco Da Gama . Cambridge : Cambridge University
Press, 1998, hlm. 261-262.
56
M. Kienholz , Opium Traders and Their Worlds-Volume One: A Revisionist Expos of the World's
Greatest Opium Traders, Chapter Nine, Opening of The East . US : iUniverse , 2008, hlm 109.
57
Kevin Joseph Sheehan, Iberian Asia: The Strategies of Spanish and Portuguese Empire Building,
15401700. Philippines : ProQuest , 2008, hlm. 72.
55

18

ditandatangani. Melaka telah berkali-kali di bawah kepungan antara tahun 1550, 1567, 1571
dan musuh utama Portugis adalah Johor dan Acheh (di Sumatera).
Di Melaka, Albuquerque menubuhkan pentadbiran baru. Dalam usaha untuk menjadikan
aktiviti jual beli lebih mudah, Albuquerque mengeluarkan mata wang yang baru di Melaka.
Walaupun sebahagian besar daripada perdagangan yang telah dilakukan adalah barter,
terdapat beberapa perdagangan dengan menggunakan duit syiling timah Melayu. Duit syiling
Portugis baru adalah diperbuat daripada timah atau tembaga, perak dan emas.

Selain itu,

Albuquerque membina sebuah gereja kayu dekat dengan kubu. Bersebelahan kubu , sebuah
gereja batu telah didirikan khususnya untuk Nossa Senhora da Anunciada pada tahun 1521
dan pada 4 Febuari 1558 , sebuah lagi gereja telah didirikan iaitu gereja Nossa Senhora da

Assumpcao. Gereja Nossa Senhora da Assumpcao ini diperkenalkan sebagai gereja pusat
kepada penganut agama Kristian di Melaka. Ini adalah salah satu dasar penyebaran dan
penaklukan Portugis , yang mana mereka akan membawa mubaligh-mubaligh Kristian dalam
ekspedisi mereka untuk menyebarkan agama Kristian.58
Ramai Portugis "Casados" iaitu orang Portugis yang telah berkahwin dengan penduduk
tempatan Melaka, kebanyakannya adalah tukang, pedagang atau petani dan mereka menetap
di Melaka.59 Pada 1532, institusi Confraria da Misericordia ditubuhkan60 dan hospital kayu yang
indah untuk golongan miskin juga dibina.61 Gereja juga telah mula dijadikan sekolah dan kerjakerja dakwah yang aktif bermula pada tahun 1545 dengan ketibaan St Francisco Xavier. Pada
1552 , beliau telah menubuhkan "Camara" iaitu Majlis Perbandaran di Melaka.62

58

Huck Chin Lim, Fernando Jorge , Malacca : Voices From The Street, Malaysia: Lim Huck Chin
Hardcover, 2006, hlm. 24.
59
M. D. D. Newitt , The First Portuguese Colonial Empire. UK : University of Exeter Press, 1986, hlm. 50.
60
G. B. Souza , The Survival of Empire: Portuguese Trade and Society in China and the South China Sea
1630-1754 . Cambridge : Cambridge University Press, 2004, hlm. 27.
61
Keat Gin Ooi , Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor, (Volume 1),
UK : ABC-CLIO, 2004, hlm. 269.
62
Tk Ti, Edward Sw TI , Singapore and Asia - Celebrating Globalization and an Emerging Post-Modern
Asian Civilization. US : Xlibris Corporation, 2012, hlm. 100.

19

3.1 Tujuan Utama Portugis Datang Ke Melaka


Sejak awal lagi telah banyak mengetahui dan mengumpul maklumat mengenai kepentingan dan
kebesaran perdagangan Melaka semasa berada di India sebelum ekspedisi dilakukan oleh Diego
Lopez De Sequire . Portugis telah bekerjasama dengan dua penduduk asing Melaka dalam misi
mencari maklumat tentang Melaka iaitu Gaspar da Gama iaitu seorang Yahudi yang telah
diKristiankan dan Bonajuto de Albano iaitu orang Itali yang telah menetap dan berkahwin
dengan seorang wanita Melaka. Dikatakan bahawa Gaspar da Gama adalah orang yang
bertanggungjawab memberikan banyak maklumat mengenai Negara-negara di Asia Tenggara,
sebagaimana yang terkandung dalam Roteiro da Primeira Viagem de Vasco da Gama 1497-1499
iaitu peta perjalanan pertama Vasco da Gama.63
Selain itu , gabenor Almeida juga turut melaporkan kepada Raja Portugal mengenai
pedagang-pedagang Islam yang berlayar di Lautan India dan Kepulauan Melayu dengan
membawa pulang degangan rempah daripada Melaka untuk diperdagagangkan kepada orangorang Venice. Perkara ini membuatkan pihak berkuasa Portugal merasai perlu untuk bertindak
pantas dalam melibatkan diri dalam perdagangan rempah yang menguntungkan di Timur.64 Di
sini secara ringkas jelas dapat disimpulkan bahawa Portugis memang menaruh perhatian
terhadap Melaka sejak awal lagi. Manakala minat itu dilahirkan dalam bentuk regimento atau
penaklukan oleh gabenor Almeida pada 5 March 1505 dengan menghantar utusan ke negeri
Melaka. Hal ini mungkin dapat dinyatakan dengan sokongan bahawa terdapatnya kesan-kesan
tapak peninggalan mereka kawasan tersebut. Di samping itu,perlu diketahui bahawa Portugis
telah melakukan penerokaan ke Timur adalah untuk mencari mitos tentang Prester John iaitu
pemerintah sebuah kerajaan Kristian yang kuat yang dikenali sebagai, 'Indies. Mereka percaya
bahawa dengan bantuan Prester John, mereka boleh menakluki umat Islam di bahagian Timur.
Di samping itu, kerana orang Islam telah menguasai laluan melalui darat, mereka mengambil
keputusan untuk mencari laluan baru melalui laut ke Timur.65
Namun , Regimento yang disediakan oleh gabenor Almeida untuk dihantar ke Melaka
nampaknya memerlukan cara yang terancang dan lancar. Tetapi malangnya , gabenor Almeida

63

M. J. Pintado , A Stroll Through Ancient Malacca and A Glimpse at her Historical Sites. Melaka : Loh
Printing Press,1980,hlm.11-13.
64
A. H. de O. Marques, Historia de Portugal , (Vol. I) . Lisboa : Palas Editors, 1978,hlm.323.
65
Cates Baldridge, Prisoners of Prester John: The Portuguese Mission to Ethiopia in Search of the
Mythical King, 1520-1526 , US: McFarland & Company Incorporated Pub, 2012,hlm.5.

20

hanya mampu menyediakan tiga orang wakil ke Melaka tanpa disediakan keperluan kenderaan
yang khusus, iaitu hanya menumpangi kapal dagang pedagang sahaja. Besar kemungkinan
perkara ini terjadi atas sebab-sebab kekurangan kakitangan dan kemudahan di Cochin ketika
itu. Selain itu , barang-barang dagangan Portugis di India pada awalnya mengalami masalah
dan ancaman dari pihak berkuasa tempatan.66
Oleh itu , perlu ditekankan bahawa ekspedisi Diego Lopez De Sequire merupakan satu
usaha yang berpotensi hingga dapat merentasi lautan yang luas dari barat ke bahagian timur
seperti mana yang dilakukan oleh Vasco da Gama iaitu mengelilingi Tanjung Harapan pada
tahun 1498.67 Jelas dilihat bahawa usaha yang dilakukan oleh Vasco da Gama telah
mempengaruhi sejarah kejayaan dan kecemerlangan Portugis, di samping keyakinan terhadap
keupayaan dan kemampuan pelayar-pelayar Portugis telah mempengaruhi raja untuk
membiayai pelayaran mereka ke Melaka. Ekspedisi Vasco da Gama ke Melaka pada ketika itu
dilihat adalah waktu yang tepat kerana pada masa yang sama populariti Melaka semakin
meningkat seperti khabar angin yang dikatakan oleh seorang duta berbangsa Itali bernama
Vicenzo Quirini pada tahun 1506, yang mana kemewahan Melaka dikatakan kaya dengan emas.
Pihak Portugis tidak ketinggalan daripada mengetahui berita tersebut.68
Persoalan terhadap motif disebalik utusan yang dihantar oleh gabenor Almeida ke
Melaka dapat dijawab dari aspek maksud yang tersurat iaitu keperluan Portugis mengikat
hubungan dengan Melaka yang merupakan pusat perdagangan utama di Kepulauan Melayu.
Menurut M.J Pintado , it came on a good will mission to sign a treaty of friendship and trase

with the Malacca Authorities.69 Pandangan ini nampaknya telah disokong oleh beberapa orang
penulis.70 Malah di dalam Sejarah Melayu juga tercatat motif utama Portugis terhadap Melaka.71
Motif utama Portugis dapat diperlanjutkan penjelasannya melalui Regimento pada 12 Februari
1508 dan hadiah-hadiah yang dihantar oleh pihak Portugis kepada Melaka. Antara beberapa

66

Carlos Selvagem, Portugal Militar , Portugal: Imprensa Nacional De Lisboa, 1931, hlm. 258-263.
J. V. Serrao , Historia de Portugal 1495-1580, Lisbon: Editor Verbo , 1978, hlm. 100-101.
68
Elke Timme, A Presena Portuguesa nas Ilhas das Moluccas 1511-1605 . German: GRIN
Verlag, 2005, hlm. 5-6.
69
M. J. Pintado , A Stroll Through Ancient Malacca and A Glimpse at her Historical Sites. Melaka : Loh
Printing Press,1980, hlm. 13.
70
R. O. Winstedt, A History of Malaya. Kuala Lumpur : Marican & Sons Ltd,1968,hlm.58.
71
R. O. Winstedt , Sejarah Melayu . JMBRAS , Vol. XVI, Part III, 1938, hlm. 181.
67

21

kandungan Regimento yang dihantar adalah mengikat tali persahabatan dan kontrek
perdagangan dengan Melaka , meninjau kecenderungan peribumi terhadap agama Kristian,
memberitahu kejayaan dan pencapaian Portugis di India dan banyak lagi.72
Sehubungan itu, dalam sebuah artikel Dr.Basset turut membincangkan dan menekankan
motif perdamaian melalui ekspedisi Diego Lopez De Sequire ke Melaka dengan mengemukakan
beberapa alasan.73 Pertama menurut beliau, Regimento yang dikeluarkan oleh Raja Portugal
kepada Diego Lopez De Sequire jelas merujuk kepada jalan perdamaian. Kedua , De Sequeire
tidak perlu belayar ke Melaka sekiranya ia berjaya mengumpulkan barang dagangan yang
secukupnya di Madagascar untuk dibawa ke Lisbon. Ketiga , tanpa mengetahui bencana yang
menimpa ekspedisi De Sequeire di Melaka, Raja Portugal telah menghantar satu lagi ekspedisi
perdagangan ke Melaka pada bulan March 1510 dibawah pimpinan Diego Mendes de
Vasconcellos. Malangnya ekspedisi itu dibatalkan setelah Diego Mendes mengetahui bencana
yang dihadapi oleh De Sequeire daripada Alfonso de Alburquerque pada bulan Ogos 1510 di
India. Tambahan beliau , anggota dalam ekspedisi De Sequeire terlalu sibuk dalam
mengumpulkan barang-barang dagangan sehingga tidak menyedari akan kehadiran tentera
Melaka menyerang secara mengejut. Berikutan itu , melalui hujah-hujah yang diketengahkan ,
Dr.Basset telah menolak dakwaan Professor Hall dan V. Purcell yang menyatakan bahawa
ekspedisi De Sequeire ke Melaka bertujuan untuk menyerangnya atau pun sebagai langkah
provokasi ke atas Melaka.
Maksud tersirat atau motif tersembunyi ekspedisi De Sequiere ke Melaka tidak mudah
untuk dibahaskan, tetapi adalah benar bahawa arahan bertulis atau Regimento dari Raja
Portugal jelas memperlihatkan ekspedisi itu tidak dirancang untuk menyerang atau ingin
berperang dengan Melaka. Dalam hal ini, Portugis dilihat sebagai satu kuasa yang sering
melakukan penjelajahan dan peperangan tidak pernah lari daripada berlaku kerana adanya sifat
untuk mempertahankan diri dalam keadaan yang terdesak. Akan tetapi , sensitiviti ini telah
mendapat perhatian daripada golongan pedagang khususnya pedagand-pedagang Islam India
dan Asia Barat. Oleh itu , tidak hairanlah apabila kedatangan De Sequiere di Melaka timbulnya
pelbagai spekulasi tentang motif utama Portugis ke Melaka. Apa yang mengkeruhkan keadaan

72

Richard H. Major , The life of prince Henry of Portugal surnamed the navigator and its results. UK :
Asher, 1868, hlm. 417.
73
D. K. Basset , Malacca Under Portuguese Administration, Journal of the Historical Society, Vol. I , Kuala Lumpur: University of
Malaya, 1962, hlm. 18.

22

lagi adalah apabila berita-berita yang berunsur sensitif tentang kedatangan Portugis di Melaka
telah disampaikan kepada pemerintah Melaka oleh golongan pedagang. Tom Pires ada
menyatakan perkara tersebut dalam penulisannya bahawa ,

First the Gujaratees went to the said king Mafamut with a


great present, and also the Parsees and many of the kings
reported to the said King together, that the Portuguese had
reached the port, and consequently were bound to come there
everytime, and that , besides robbing by sea and by land they
were spying in order to come back and capture it (Melaka), just as
all India was already in the power of Portuguese , whom they
called Frank ( Framges ) here..74
Melaka sebagai pusat perdagangan yang sering dikunjungi oleh pedagang-pedagang
asing khususnya pedagang-pedagang Islam dari Asia Barat dan India, tindakan permusuhan
serta usaha Portugis untuk memusnahkan penguasaan pedagang-pedagang Islam sudah tentu
tidak disenangi oleh pihak berkuasa Melaka. Tambahan pula, Melaka telah mempunyai
hubungan baik dengan pemerintah-pemerintah Islam di daerah tersebut seperti dalam zaman
pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah. Dalam era Kesultanan Melaka , Melaka muncul sebagai
pusat kegiatan pengajaran dan penyebaran Islam di Kepualauan Melayu. Pires telah
menyatakan bahawa pada ketika itu , Sultan amat disanjung tinggi oleh penduduk tempatan,

. his name became so famous that he had messages and


presents from the Kings of Aden and Ormuz and of Cambay,
and Bengel, and they sent many merchants from their regions to
live in Malacca, and he was called Sultan.75
3.2 Bandar Bandar Di Melaka Semasa Era Portugis
Bandar Tranqueira atau dikenali sebagai Tengkera adalah kawasan perumahan yang paling
penting di Melaka. Kawasan perumahan di bandar ini berbentuk segi empat tepat dengan
berdindingkan sempadan utara, Selat Melaka di selatan dan sungai Melaka serta dinding
74

A. Cortesao,(ed.), The Suma Oriental of Tome Pires And The Book of Francisco Rodrigues, London:
The Hakluyt Society, 1944, hlm. 255.
75
Ibid., hlm. 245.

23

Fortaleza di timur. Namun , ketika peperangan penghuni kawasan kediaman ini akan
dipindahkan ke dalam kubu. Bandar Tengkera telah dibahagikan kepada komuniti iaitu So

Tom dan So Estevo. Masyarakat S.Tom dipanggil Campon Chelim atau penduduk tempatan
panggil ia Kampung Keling . Ia telah diterangkan bahawa kawasan ini telah didiami oleh Chelis
daripada Choromandel . Pinggir bandar lain So Estevo juga dipanggil Campon China atau
Kampung Cina . Erdia menyifatkan rumah di bandar ini diperbuat daripada kayu tetapi
berbumbungkan jubin.76 Sebuah jambatan batu dibina di sungai Melaka untuk menyediakan
laluan untuk ke kubu Melaka melalui pintu masuk rumah teres kerajaan. Pusat perdagangan di
bandar itu juga terletak di dalam bandar berdekatan dengan pantai di muara sungai yang
dipanggil Bazaar of the Jaos iaitu Jawa.
Selain itu , Bandar Yler atau dipanggil Hilir yang dilindungi oleh Bukit Cina dan kawasan
pantai di selatan timur. Sumber air penting bagi masyarakat tempatan adalah telaga Bukit Cina.
Gereja Madre De Deus dan Convent of the Capuchins of So Francisco berada di Bukit Cina.
Tanjonpacer atau Tanjung Pasir kemudiannya dinamakan Ujong Pasir. Satu kawasan
perumahan masyarakat berketurunan Portugis terletak di bandar Yler sehingga hari ini. Pinggir
bandar Yler kini dikenali sebagai Bandar Hilir.77
Bandar Sabba mempunyai kawasan perumahan yang dibina di pinggir bandar
berdekatan dengan tepi sungai. Beberapa orang penduduk Melayu Islam yang berasal dari
Melaka tinggal di kawasan paya pokok Nypeiras, di mana mereka membuat wain Nypa
menggunakan proses penyulingan untuk perdagangan. Bandar Sabba merupakan bandar yang
berada jauh di luar bandar.78 Selain itu, ia menjadi peralihan kepada kawasan pedalaman
Melaka, di mana kayu dan arang trafik akan dibawa ke bandar. Beberapa gereja juga terletak di
luar bandar di sepanjang sungai. Dalam tempoh kedatangan Belanda, British dan Melaka hari
ini, nama Sabba telah tidak digunakan. Walau bagaimanapun, kawasan yang meliputi bahagianbahagian yang Sabba dahulunya kini adalah Bandar Kaba, Bunga Raya dan Kampung Jawa di
bandar Melaka.

76

Donald B. Freeman , Straits of Malacca: Gateway Or Gauntlet? , Canada: McGill-Queen's Press


2003, hlm. 131.
77
Ibid.
78
Ibid.

24

BAB 4:

DASAR EKONOMI DAN KETENTERAAN PORTUGIS


Pada abad ke-15, kemunculan kuasa portugis di asia adalah hasil daripada kemunculan Age of
Discovery yang diterajui oleh Infante Don Enrique atau dikenali sebagai Putera Henry (Henry

the Navigator,1394-1460). Ekspedisi ini adalah bertujuan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan
terhadap kawasan di asia jauh di samping mengembangkan aktiviti perdagangan Portugal dan
misi dalam mencari kawasan-kawasan baru ini dilakukan secara meluas hasil merkantalisme
yang mendasari penjelajahan dan penerokaan kawasan-kawasan baru di Asia. Antara salah satu
dasar merkantalisme yang dibawa oleh para penjajah portugis adalah Gospel, matlamat gospel
yang dibawa oleh portugis adalah bertujuan untuk menyebarkan agama kristian dan
mengurangkan pengaruh islam di timur.
Penaklukan Melaka oleh Portugis pada 1511 telah memberikan impak yang mendalam
terhadap perubahan Melaka sebagai pelabuhan entrepot yang terkenal, menurut D.R.Sar Desai
dalam penulisannya The Portuguese Administration In Malacca 1511-1641 menjelaskan
bahawa empayar Portugese adalah agak Lemah dalam hal-hal pentadbiran berkaitan ekonomi
disebabkan polisi merkantalisme yang dijalankan oleh empayar Portugis itu sendiri yang
membawa bersama keagamaan ke dalam dasar ekonomi.79 Dasar ini telah memberikan kesan
yang mendalam tehadap perkembangan Ekonomi di Melaka di mana Portugis telah menjalankan
dasar diskriminasi ekonomi terhadap para pedagang islam dengan mengenakan cukai yang
tinggi terhadap barang dagangan yang dibawa oleh pedagang islam. Menurut Tom Pires dalam
bukunya Suma Oriental telah menulis bahawa kedatangan Portugis ke Melaka telah mengubah
corak ekonomi perdagangan yang berlaku di Asia Tenggara di mana diskriminasi yang dilakukan
dan sistem pentadbiran yang rumit di pelabuhan Melaka telah mengubah monopoli
perdagangan oleh pelabuhan Acheh apabila kebanyakan para pedagang Islam mengubah
haluan perdagangannya dari Melaka ke Pelabuhan Acheh.80

79

S. Arasaratnam, International Trade and Politics in Southeast Asia 1500-1800 (Journal of Southeast
Asian history), Cambridge University Press : Department of History 10(3), 2003, hlm. 501-512.
80
Armando Cortesao, The Suma Oriental of Tome Pires: an account of the East, from the Red Sea to
China (written in Malacca and India in 1512-1515). New Delhi : Asian Educational Services, 1990,
hlm. 286-287.

25

Polisi

portugis

yang

mengamalkan

dasar

imperialism

berdasarkan

kekerasan

menyebabkan kerjasama di antara penduduk tempatan renggang terutamanya berlaku


terhadap penduduk islam di Melaka. Dasar diskirminasi ini berlaku disebabkan matlamat dasar
merkantalisme Portugis sendiri yang membawa bersama faktor agama ke dalam ekonomi,
perkara ini telah memberikan satu tanggapan buruk terhadap para penduduk dan kerajaan
tempatan terhadap Portugis kerana rata-rata penduduk Melaka dan beberapa wilayah yang
berada di bawah naungan Melaka adalah beragama islam. Antara keregangan yang berlaku
diantara kerajaan tempatan seperti Melaka sering menerima tentangan dari kerajaan Johor
yang berada di bawah naungan sultan Mahmud dan serangan juga berlaku dari kerajaan Acheh
untuk menakluki Melaka.81
4.1 Sistem Pentadbiran Dan Ekonomi Portugis Di Melaka
Portugis adalah sebuah negara yang agak lemah dalam mengendalikan sistem pentadbiran
kerana kuasa kerajaan pusat di Portugal adalah terhad disebabkan monopoli oleh kuasa-kuasa
Monarki.82 Selepas penaklukan Melaka pada 1511, Portugis mengekalkan beberapa jawatan
dalam kerajaan tempatan Namun, dalam hal-hal pentadbiran Portugis lebih selesa untuk
mengupah golongan penduduk yang beragama kristian dan agama-agama lain berbanding
penduduk yang beragama islam untuk memegang jawatan.83
Kunci utama dalam pentadbiran ekonomi di Melaka semasa era pemerintahan Portugis
adalah terletak di jawatan Shahbandar yang dipegang oleh golongan warga Asing terutamanya
dari India. Sistem yang diamalkan oleh kerajaan Melaka telah dikekalkan terhadap fungsi
jawatan Shahbandar iaitu menguruskan pelabuhan Melaka dan terbahagi kepada 4 orang yang
menguruskan kapal-kapal dagang dari daerah yang berbeza. Shahbandar pertama akan
menguruskan kapal-kapal dagang dari timur China, Kepulauan Liuchiu, Champa, kepulauan
Borneo,dan Thailand, Shahbandar ke-2 menguruskan kapal-kapal dari selatan jawa, Pelembang,
dan kepulauan Indonesia yang lain, Syahbandar ke-3 pula akan menguruskan kapal dari

81

D.G.E Hall, A history of South-East Asia, London : MacMillan Press, 1964, hlm. 202
I.A.Macgergor, Notes on the Portuguese in Malaya (Journal of the Malaya Branch of the Royal Asiatic
Society XVIII), 1955, hlm.16-17.
83
nd
C.R.Boxer, Four Centuries of Portugese Expansion (2 Ed) ,United States : University of California
Press, 1969, hlm.38.
82

26

kepulauan Utara Sumatera, Bengal, Malabar, dan Coromandel, India, manakala Syahbandar ke4 akan menguruskan kapal-kapal dagang dari Gujerat di Timur India.84
Walaupun jawatan Syahbandar merupakan jawatan penting dalam pentadbiran ekonomi
Portugis di Melaka, namun jawatan tertinggi terletak di tangan ketua kaptain. Sepanjang
penaklukan Melaka oleh portugis dari 1511 hingga 1641 terdapat hampir 25 kaptain. Di antara
kaptain yang wujud dalam pentadbiran di Portugis di Melaka terdapat beberapa kaptain yang
berpengaruh antaranya :
NAMA

TAHUN MENTADBIR

Rui de Brito Patalim

1512-1514

Jorge de Albuquerque (1st time)

1514-1516

Jorge de Brito

1516-1517

Nuno Vaz Pereira

1517-1518

Afonso Lopes da Costa

1518-1519

Garcia de S (1st time)

1519-1521

Jorge de Albuquerque (2nd time)

1521-1525

Pero de Mascarenhas

1525-1526

Jorge Cabral

1526-1528

Pero de Faria

1528-1529
Jadual 1: Kaptain Portugis di Melaka.

Sumber: I.A.Macgergor, Notes on the Portuguese in Malaya (Journal of the Malaya Branch of
the Royal Asiatic Society XVIII), 1955, hlm.16-17.
Kaptain-kaptain ini mengawal kekayaan Melaka seperti mengenakan cukai yang tinggi terhadap
para pedagang luar seperti 8 peratus cukai terhadap pedagang dari Pegu,Sumatera, Singapura
dan Sabah, manakala cukai 6 peratus merupakan cukai umum yang dikenakan pada setiap
barangan yang dibawa oleh pedagang lain.85 Pengiraan cukai adalah dibuat dan dilasanakan

84
85

B. Shrieke, Indonesian Sociological Studies (Part II), (tiada penerbit), 1957, hlm 238
I.A.Macgergor, op cit., hlm. 507.

27

oleh pegawai gudang yang ditugaskan bagi mengelakkan sebarang kelonggaran cukai berlaku
terhadap para pedagang.
4.2 Sistem Ekonomi Dan Matawang Semasa Pemerintahan Portugis Di Melaka
4.2.1 Mata Wang Portugis
Pada 1511, pertapakan portugis telah membawa kepada perubahan dalam sistem matawang
Melaka. Asas penggunaan besi menjadi tumpuan dalam pengasilan duit syiling pada era
pemerintahan Emmanuel (1495-1521) dan penggantinya, penggunaan perak pada era
pemerintahan King Philip II (1598-1621) dan King Philip III (1621-1640). Penggunaan mata
wang

perak

dan

emas

semasa

era

pemerintahan

Portugis

di

Melaka

sebenarnya

memperlambangkan keagungan empayar Portugal di mana duit yang telah ditempa akan
dihantar semula ke Portugal untuk memberikan raja satu perlambangan bahawa dia
mempunyai tanah jajahan crown colony di Asia. Secara asasnya terdapat beberapa
pembahagian duit semasa era awal penjajahan Portugis di Melaka di namakan sebagai
Bastardo, Soldo, Dinheiro, dan Bazaruco. Sepanjang 130 tahun pemerintahan Portugis di
Melaka, hampir 20 jenis timah telah di tempa untuk dijadikan duit syiling dan kebanyakannya
yang dihasilkan di Melaka seperti Tangas yang dipecahkan kepada beberapa bentuk. Selain
duit yang ditempa di Melaka, terdapat juga beberapa duit syiling yang ditempa dari Goa dan
kepulauan Lisbon dan semuanya agak terhad serta jarang dijumpai.86

86

C. H. Dakers, The Malay Coins Of Malacca (Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society,
Vol 1, issue 133), 1939, hlm. 1-12.

28

Berikut adalah Matawang yang dijumpai semasa Era Pemerintahan Portugis di Tanah Melayu :

29

30

31

32

Foto 1 : Jenis Mata Wang yang Digunakan


Sumber : E.E. Sim, Portuguese Occupation (1511-1641) Unlisted Tin Coins Found in Malacca.
(Tiada Penerbit), 1988.
33

4.2.2 Sistem Ekonomi Portugis


Di semua pelabuhan yang dikawal oleh Portugis, Albuquerque mengamalkan sistem Cartaz
atau perlesenan perdagangan di laut pada abad ke-16 dan undang-undang sistem ini adalah
dibawah kawalan empayar Portugis. Pada 1433, putera Henry telah memulakan sistem
perlesenan ini atas dasar atau polisi Portugis yang berpegang teguh pada Mare Clausum (Hak
untuk mendominasi laut) di mana, portugis tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk
campurtangan dalam kawasan dominasinya di lautan Atlantik. Pengenalan sistem ini telah
menyebabkan semua kapal-kapal dagang diberikan lessen serta bantuan dari segi navigasi
lautan dan perkara ini adalah sebagai langkah bagi menggalakkan pedagang melabur dan
berdagang di kawasan jajahan portugis dari aspek pertukaran barang kepertuan terutamanya
barangan rempah di Asia.87
Pada 1502, sistem cartaz ini mempunyai tujuan bagi memastikan para pedagang
membayar cukai pelabuhan yang ditakluki Portugis dan hal ini telah menjamin kedudukan
portugis sebagai pemonopoli perdagangan rempah dan bahan-bahan lain. Sistem ini
sebenarnya memberikan kesan yang baik terhadap perdagangan tempatan, di mana cukai yang
diperkenalkan dalam sistem cartaz adalah rendah dan dengan cukai yang rendah ini para
pedagang memperolehi jaminan keselamatan dari lanun dan empayar lain yang mengancam
aktiviti perdagangan. Melalui dana yang diperolehi dalam sistem cartaz ini, portugis dapat
menampung perbelanjaan pengurusan wilayahnya dan memajukan tentera laut.88 Di bawah
sistem cartaz, setiap kapal dagang akan menerima dokumen kebenaran untuk berlayar di laut
Hindi. Tanpa dokumen ini, para pedagang akan mempunyai risiko kehilangan kargo atau di
serang serta ditenggelamkan oleh Portugis dan kebanyakan yang menjadi mangsa adalah para
pedagang Muslim, Hindu, dan para pedagang Melayu. Setiap tahun, kapal-kapal peronda
Portugis akan melakukan perondaan terhadap kawasan-kawasan perairan bagi membekalkan
para pedagang dengan dokumen ini. Pada era kejatuhan portugis secara perlahan-lahan,
monopoli dalam sistem cartaz ini merupakan punca utama sumber kewangan kepada jajahan
Portugis di Eropah.89

87

Bailey Wallys Diffie et.al, Foundations of the Portuguese empire 1415-1580, United States : University of Minnesota
Press,1977, hlm.274.
88
Boxer, Charles Ralph, The Portuguese Seaborne Empire 14151825. United States : Hutchinson,
1969, hlm.48.
89
M. D. D. Newitt, A history of Portuguese overseas expansion 1400-1668, London : Routledge, 2005,
hlm.24-25.

34

4.2.3 Jenis Cukai Yang Dikenakan Oleh Portugis


Cukai-cukai yang dikenakan oleh pihak portugis di Melaka sebahagian besarnya terdiri daripada
cukai kastam dan cukai yang dikenakan ini dikatakan agak rendah. Di samping itu, bahan
makanan yang dibawa masuk ke Melaka tidak dikenakan cukai.Di dalam sistem ini, pihak
Portugis mengenakan cukai sebanyak 10% kepada barang-barang terutamanya barang-barang
dari negara China dan 8% kepada barang-barang dari Benggala.Pihak Portugis juga bertindak
mengutip tol terhadap kapal-kapal yang melalui Selat Melaka.Kapal-kapal yang melalui Selat
Melaka dikehendaki untuk mengambil cartazes (pas laut) di pelabuhan Melaka apabila belayar
ke Timur atau pun Barat.
Setelah menawan Melaka, pihak Portugis cuba menjadikan Selat Melaka sebagai lebuh
raya persendirianya.Portugis memaksa kapal-kapal dagang yang melalui selat itu supaya
singgah berdagang di Melaka.Perkara ini bukanlah suatu yang menghairankan kerana motif
utama pihak Portugis di Asia ialah untuk menguasai perdagangan rempah ratus maritim Asia
khususnya perdagangan lada hitam dan untuk memaksa aktiviti perdagangan maritim yang
sedia wujud membayar untuk memperoleh kebenaran berdagang di Lautan Hindi.90
Sungguhpun Melaka tidak lagi merupakan

sebuah pelabuhan di bawah pentadbiran

orang Melayu, akan tetapi keadaan ini tidaklah membawa makna bahawa pelabuhan Melaka
tidak lagi dikunjungi oleh pedagang asing sewaktu di bawah pemerintahan pihak Portugis.
Untuk mentadbirkan pedagang-pedagang dan penduduk tempatan di Melaka, pihak
Portugis telah melantik seorang pedagang Hindu bernama Ninacatu sebagai Bendahara.Namun
demikian, Ninacatu telah membunuh diri pada 27 Januari 1514.Selepas itu, Portugis telah
melantik Raja Kampar, Raja Audela (Raja Abdullah) sebagai Mangkubumi menggantikan
Bendahara.Pedagang Melayu terus mengunjungi pelabuhan Melaka sama ada secara paksa
mahupun secara sukarela bagi mendagangkan rempah ratus dan untuk memperoleh barangan
dari Barat.

90

Souza,G.B, The Survival Of Empire, Portugis Trade an2d Society in China and The South Sea
1630-1754.Cambridge : Cambridge University Press, 1986, hlm 12.

35

4.2.4 Perdagangan Bebas Yang Dijalankan Portugis


Keuntungan Portugis semasa pentadbiran di Melaka adalah melalui perdagangan di pelabuhan
dan perairan Selat Melaka.Kegiatan perdagangan yang dijalankan oleh Portugis semakin pesat
dan membangun pada ketika itu. Bagaimanapun hal ini sebenarnya adalah disebabkan
beberapa faktor yang bertindak sebagai agen penting dalam menjadikan pelabuhan Melaka
sebagai pelabuhan yang aktif dalam aktiviti perdagangannya. Pedagang-pedagang yang datang
berdagang ke pelabuhan Melaka sama ada secara paksaan ataupun tidak, sebenarnya
merupakan agen penting yang berperanan terhadap pelabuhan Melaka.Hal ini kerana tanpa
kedatangan mereka, Portugis tidak akan dapat menjadikan pelabuhan Melaka sebagai pusat
pelabuhan tempat mengumpul hasil barang dagangan dan rempah ratus dari merata tempat.91
Hal ini dapat dikatakan demikian melihat kepada tulisan Tom Pires yang mengatakan:

"...Many Kling merchants, some Javanese, Parsees and


Bengaless; some from pase and Pahang. Chinese and other
nationalities; Lucoes and people from Brunei. The people are
very mixed and are increasing Malacca cannot help much but
return to what it was, and become even more prosperous,
because it will have our merchandise, and they are better placed
to trade with us than with the Malays, because we show them
greather truth and justice 92
Pedagang-pedagang seperti China, Benggala, Arab dan Gujerat merupakan pedagang
yang memberikan keuntungan kepada Portugis di pelabuhan Melaka. Hal ini kerana Portugis
telah mengenakan cukai terhadap pedagang China dan pedagang Benggala. Misalnya
mengenakan sebanyak 10% terhadap barang dagangan dari China dan 8% terhadap barang
dagangan pedagang Benggala. Malah, melalui para pedagang ini juga yang membuatkan
Portugis dapat memonopoli perdagangan seperti rempah ratus dan eksport belacu serta kain
kapas dari pelabuhan Gujerat dan Koromandel.93

91

Bahasa Othman, Melaka : Sejarah Awal Negara Kita, Kuala Lumpur: Marwilis Publisher, 1989, hlm. 87
J. Kennedy, A History of Malaya( 1400-1959), London: Macmillan & Co. LTD, 1962, hlm. 117
93
Ibid.
92

36

Meskipun demikian,faktor ini juga sebenarnya merupakan sumber utama bagi


membantu kepesatan pelabuhan Melaka di perairan Selat Melaka semasa pentadbiran Portugis.
Hal ini dapat meningkatkan lagi ekonomi Portugis semasa era pemerintahannya di Melaka.
4.2.5 Hubungan Ekonomi Portugis
Selepas merampas Melaka dari Sultan Melaka, Portugis menjalinkan hubungan persahabatan
dengan orang Peru, Jawa, Hindu, China, Siam dan orang-orang di Sumatera. Tujuan Portugis
sebenarnya adalah untuk memuluhkan perdagangan antara negera-negara tersebut. Sekitar
tahun 1511 selepas memulakan pentadbiran di Melaka, Portugis telah menghantar Antonia
dAbreu serta Francisco Serrao ke Pulau Banda dan Maluku untuk menjalinkan hubungan
persahabatan. Melalui kunjungan tersebut satu surat persetiaan ditandatangani oleh Sultan
Ternate untuk bersahabat dengan Portugis.94
Pada tahun 1550 pula satu persetiaan telah ditandatangani diantara Portugis dan negara
Canton. Persetiaan tersebut membenarkan Portugis menjalinkan hubungan perdagangan
terhadap China dan Jepun. Hal ini telah membawa kepada penubuhan petempatan di Macau
oleh Portugis pada tahun 1554. Portugis juga telah berusaha mewujudkan hubungan
perdagangan dengan pelabuhan-pelabuhan penting di Sumatera, terutama sekali Pasai dan
Pedir.95 Tetapi mulaitahun 1521, mereka menghadapi tentangan yang kuat daripada Acheh.
Kejatuhan Melaka telah memberi kesempatan kepada Acheh muncul sebagai pelabuhan penting
yang menjadi tumpuan pedagang Islam.
4.2.6 Undang-Undang Perdagangan
Portugis telah memperkenalkan suatu peraturan terhadap para pedagang di sekitarnya dengan
memperkenalkan penggunaan pas pelayaran ataupun cartazes.96 Pengenalan pas tersebut telah
menyebabkan kapal-kapal yang belayar melintasi Selat Melaka wajib singgah di Melaka. Hal ini
bagi memastikan Melaka kekal sebagai sebuah pelabuhan tempat persinggahan para

94

Bahasa Othman, Melaka:Sejarah Awal Negara Kita, Kuala Lumpur: Marwilis Publisher, 1989, hlm. 96.
Zakiah Anum, Historical Origins of Malaysian States, Singapore: Times Edition, 2004, hlm 156
96
Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka Abad ke-15 Hingga Ke-18, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2006, hlm. 142.
95

37

pedagang.Selain itu, tujuan sebenarnya Portugis memperkenalkan pas pelayaran adalah


disebabkan untuk mengawal kegiatan lanun tempatan. Pengenalan pas tersebut boleh
dikatakan dapat mengurangkan masalah-masalah lanun di perairan selat Melaka. Hal ini dapat
dikuatkuasakan melalui kekuatan tentera laut Portugis bagi memastikan kegiatan perdagangan
di pelabuhan berjalan dengan lancar dan segala peraturan yang ditetapkan dapat dituruti oleh
semua pedagang-pedagang yang datang berdagang ataupun melalui perairan selat Melaka.
Selain itu, Portugis juga telah menggunakan kekuatan tenteranya dengan menyerang
kapal yang tidak mempunyai surat kebenaran daripada kapitan kota.97 Tujuan Portugis
sebenarnya adalah untuk mengekalkan kuasa monopoli mereka di selat Melaka. Malah, di
pelabuhan Gujerat dan Koromandel, Portugis juga telah mengawal perdagangan seperti
mengeksport belacu dan kain kapas. Selain belacu dan kain kapas, Portugis bertindak
memonopoli perdagangan rempah ratus di pelabuhan Melaka.98
Satu bentuk undang-undang baru telah di perkenalkan oleh Portugis semasa
pemerintahannya berkaitan dengan perdagangan di pelabuhan Melaka.Sebuah organisasi
dibentuk iaitu terdiri daripada orang-orang Portugis sendiri yang ditugaskan untuk mengawal
dan memantau kelancaran perdagangan di pelabuhan. Organisasi ini Menggantikan UndangUndang Laut Melaka serta Hukum Kanun Melaka yang telah di tubuhkan semasa pemerintahan
Sultan Melaka sebelum kedatangan Portugis. Pegawai-pegawai Portugis telah dibawa dari
Portugal untuk memantau perdagangan di pelabuhan tersebut. Hal ini bertujuan untuk
menjadikan Portugis sebagai kuasa yang berpengaruh dipelabuhan dan boleh memonopoli
perdagangan. Bagaimanapun, pembesar-pembesar melayu masih boleh mengendalikan hal-hal
berkaitan dengan penduduk melayu dan pedagang-pedagang yang berasal dari Asia.99
4.3 Ketenteraan Portugis Di Melaka
Apabila membincangkan aspek ketenteraan Portugis di Melaka ramai ahli sejarawan yang
mendebatkan mengenai sistem pertahanan kota Portugis di Melaka iaitu Fortaleza, atau A
97

Ibid.
Ibid. hlm. 144
99
Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka Abad ke-15 Hingga Ke-18, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2006, hlm. 68-69.
98

38

Famosa, kerana sistem ini terbukti berjaya mematahkan banyak serangan daripada luar dan
merupakan sesuatu yang baru di Melaka100. Fortaleza dibina di Melaka adalah salah satu dalam
strategi pertahanan dan keselamatan Kota Melaka yang sudah pun dibina di Pelabuhan Ormuz
dan Goa101. Perkara ini secara tidak lansung akan menjamin urusan perdagangan di Melaka
kerana ekonomi Melaka merupakan penampan kepada kebergantungan kekayaan pelabuhan
Portugis di Lisbon102. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru bagi negara eropah kerana
konsep kota pertahanan ini turut dibuat di Pelabuhan Venice di Itali. Hal ini ada diterangkan
oleh Frederic Lane yang memperkenalkan Venetian Model, iaitu:

The Venetians sought seapower, not territorial possessions from


which to draw tribute. Their wars were fought to effect political
arrangements which would be dis-advantageous to rival sea
powers, which would make Venices established trades more secure
in Levantine waters, and which would gain them trading privileges
permitting commercial expansion into new areas.103
Pembinaan Fortaleza ini dimulakan daripada usaha Alfonso DeAlbuquerque selepas
beliau berjaya mengalahkan pertahanan Kota Melaka daripada Sultan Mahmud. Fortaleza ini
dibina oleh beliau kerana beliau beranggapan bahawa perlunya sebuah kota yang dilengkapi
dengan kubu-kubu pertahanan disekelilingnya kerana Melaka merupakan sebuah kawasan
maritim dan sudah pasti akan menenrima ancaman dari pihak luar terutamanya daripada Sultan
Mahmud104. Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion),
dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter105. Menara-menara tersebut dikenali
sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo
Domingo, dan Baluerte de Santiago106. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar

100

Robert Norman Bland, Historical Tombstones Of Malacca, London: Cornell University, 1905, halaman
3.
101
Ibid.
102
William R. Thompson, The Military Superiority Thesis and the Ascendancy of Western Eurasia in the
World System, Journal of World History, Vol. 10, No. 1, 1999, halaman 155-156.
103
Ibid, halaman 154.
104
E. Koek, Portugues History Of Malacca, Journal Of The Straits Branch Of The Royal Asiatic Society,
No.17, Jun 1886, halaman 127.
105
Ibid.
106
Op.cit, halaman 126-127.

39

berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah107. Pembinaan A Famosa ini
berjaya mempertahankan pertahanan Melaka dari serangan luar dan seterusnya berya
menakluk Melaka sehingga tahun 1641.

Foto 2 : Fortaleza di Melaka


Sumber: Robert Norman Bland, Historical Tombstones Of Malacca, London: Cornell
University, 1905, halaman 73.
Portugis terkenal dengan strategi persenjataan meriamnya. Hal ini boleh dilihat dengan
teknik persenjataannya apabila telah adanya teknologi pemasangan meriam yang panjang di
atas kapal dan sisi kapal. Taktik ini digunakan untuk memusnahkan kapal-kapal kecil dan askar
musuh yang berada di atas kapal dan didaratan. Walaupun teknik ini diakui tidak berupaya
memusnahkan keseluruhan kapal musuh tetapi ia berupaya melemahkan pertahanan musuh108.
Teknologi ini ditambah lagi dengan saiz kapal yang besar (Naus), yang berupaya melepaskan
tembakan sebanyak 90 kali untuk sebuah meriam109. Jika serangan berlaku di Melaka angkatan
laut Portugis akan memulakan serangan meriam dan senjata berat terhadap kapal musuh
secara berterusan tanpa henti. Jadi hal ini tidak mustahil mengapa serangan daripada angkatan
Aceh, Kesultanan Johor dan Belanda pada awalnya dapat dipatahkan oleh Portugis di Melaka

107

Brian Harrison, Holding The Fort Under. Monograf 14. Kuala Lumpur: The Malaysian Branch Of The
Royal Asiatic Society, 1985, halaman 7.
108
Brian Harrison, Holding The Fort Under. Monograf 14. Kuala Lumpur: The Malaysian Branch Of The
Royal Asiatic Society, 1985, halaman 7-8.
109
Michael Honig, Portuguese Maritime Meddling In The Indian Ocean, (Tiada tahun dan penerbit),
halaman 45.

40

kerana kekuatan ketenteraan sebenar Portugis terletak di angkatan lautnya.Hal ini diakui oleh
Jack Goldstone yang menyatakan seperti berikut:-

The Portuguese entered the Indian Ocean with a clear advantage


in naval armaments over the Muslim vessels operating around
the coasts of Arabia, Africa, and India. The latter had small guns
mounted fore and aft, whereas the Portuguese ships were built to
hold larger cannon all along their sides. European naval artillery
was thus far more powerful than any ship-mounted weapons
in Muslim navies110.
Taktik ini juga turut disebut dalam karya Sejarah Melayu, dan hal ini digambarkan seperti
berikut:-

Maka berperanglah Peringgi dengan orang Melaka; dibedilnya


dari kapal, seperti hujan datangnya, bunyinya seperti guruh dari
langit; rupa kilat apinya seperti kilat di udara, dan bunyi istinggar
seperti kacang direndang111.

Foto 3: Kapal Perang Portugis.


Sumber: Michael Honig, Portuguese Maritime Meddling In The Indian Ocean,

(Tiada tahun dan penerbit), halaman 45.


110

Stanley G. Payne, A History Of Spain And Portugal, (Volume 1), (Tiada tahun, tiada penerbit, &
halaman).
111
A. Samad Ahmad, Edisi Pelajar Sulatus Salatin Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 2009, halaman 267.

41

Salah satu punca mengapa Portugis dapat bertahan begitu lama di Melaka sedangkan
beliau menerima pelbagai tentangan di Melaka adalah faktor persediaan mantap askarnya. Hal
ini boleh dibuktikan berdasarkan pengalaman askar Portugis yang luas dalam peperangan dan
mempunyai askar yang terlatih dalam menjaga Kota Melaka. Portugis sebelum menguasai
Melaka sudahpun berjaya dalam pelbagai kempen penaklukan koloni-koloni barunya seperti
penaklukan Goa dan penaklukan Teluk Ormuz di Arab pada 1509112. Kehebatan askar Portugis
ini boleh digambarkan semasa peristiwa penaklukan Melaka oleh Alfonso DAlbuquerque pada
tahun 1511 dengan dilengkapi sebanyak 1100 orang tentera dari Portugis dan 800 orang
tentera dari Malabar berjaya mengalahkan tentera Melaka yang dianggarkan sebanyak 30000
orang113. Peristiwa ini menunjukan bahawa tentera Portugis mempunyai tentera yang terlatih
ditambah pula dengan kesan daripada semangat Perang Salib, yang berlaku pada 1096 masihi
sehingga 1291 masihi membuatkan tentera Portugis sedaya upaya menghapuskan orang Islam
di bumi Melaka114.
Dalam memastikan ketenteraannya di Melaka berjalan dengan baik, Portugis di Melaka
telah menerima bantuan kelengkapan senjata daripada tanah jajahan Portugis yang lain dan
dari negara Portugis sendiri115. Hal ini adalah salah satu strategi Portugis di Melaka apabila
menerima ancaman daripada luar dan bantuan yang paling banyak diterima ialah daripada
tanah jajahan Portugis di Goa terutamanya semasa berlansungnya Perang Tiga Segi116. Hal ini
kerana persenjataan dan kelengkapan kekuatan ketenteraan Portugis adalah di Goa dan
bantuan dari Goa seperti serbuk meriam, senjata, meriam, peluru meriam dan bantuan askar
banyak membantu pertahanan Portugis di Melaka117.

112

Malyn Newit, A History Of Portuguese Overseas Expansion, 1400-1668, New York: Routledge, 2005,
halaman 58-59.
113
Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1978, halaman 17.
114
Mohd Kamal Kamaruddin, Sejarah Eropah. Petaling Jaya: Prentice Hall Pearson Malaysian Sdn. Bhd,
2009, halaman 80.
115
J. Kennedy, A History Of Malaya, New York: St Martins Press Inc, 1962, halaman 36.
116
Jose Manuel De Mascarenhas, Portuguese Overseas Gunpowder Factories, In Particular Those Of Goa
(India) And Rio De Janeiro (Brazil), (Chapter 9), (Tiada tahun & penerbit), halaman 185.
117
Ibid. Halaman 188.

42

4.3.1 Strategi Portugis


Portugis mempunyai strategi perang yang berkesan semasa menawan Kota Melaka. Melaka
terbahagi kepada dua disebabkan oleh sungai Melaka.118 Bandar Melaka tidak mempunyai kota
sama ada dari batu mahupun kayu. Bahagian yang mempunyai kota hanyalah bukit Melaka
yang dikelilingi oleh kota kayu ataupun pagar sahaja. Portugis bertindak dengan bijak dalam
menawan jambatan (tempat pertahanan utama Melaka dekat Kuala Sungai Melaka). Portugis
juga telah membedil jambatan tersebut dengan meriam yang kuat. Hal ini menyebabkan
tentera Melaka terputus komunikasi dengan pihak istana. Tentera Melaka juga tidak dapat
menyerang Portugis dari laut. Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pada 24 Ogos 1511.119
Tentera Portugis menawan setiap penjuru kota agar kebanyakan orang Melaka tidak
mempunyai peluang untuk menyerang semula.
Portugis juga amat berhati-hati sehingga membunuh sesiapa sahaja yang disyaki
menentang mereka, tidak kira lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Setelah memperoleh
kemenangan

tersebut,

orang

Portugis

telah

melakukan

keganasan

perampasan

dan

pembunuhan yang kejam terhadap orang Melaka sama ada lelaki, perempuan ataupun kanakkanak, terutamanya yang beragama Islam. Mereka juga telah merampas banyak khazanah
yang terdapat di kota Melaka khususnya yang terdapat dalam istana Sultan Ahmad dan Sultan
Mahmud, serta rumah pembesar-pembesar yang telah turut sama berundur. Harta tersebut
telah dibawa kembali ke negera asal mereka.
4.3.2 Teknologi Yang Digunakan Oleh Portugis
Tentera Portugis menggunakan senjata api seperti meriam dan senapang yang lebih berkesan.
Di samping itu, Portugis juga mempunyai kapal-kapal perang yang lebih lengkap dan terbaik
pada zaman itu. Saiz kapal perang Portugis lebih besar dan mempunyai kuasa meriam yang
lebih baik sekiranya dibandingkan dengan saiz kapal perang di Tanah Melayu.
Manakala senjata yang digunakan oleh tentera Melaka hanyalah keris, lembing, pedang,
tombak dan panah. Terdapat juga sebilangan kecil tentera Melaka yang menggunakan senjata
Abdul Latif Abu Bakar, Pertemuan Selat Melaka. Melaka: Institut Kajian Sejarah Patriotisme Malaysia (IKSEP),
1998, hlm. 45.
119 Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia :Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1996, hlm. 52
118

43

api jika dibandingkan dengan alat kelengkapan Portugis pada ketika itu. Hal ini menguatkan lagi
pertahanan Portugis. Kehebatan senjata api yang digunakan oleh Portugis itu juga telah
menyebabkan semnagat besar tentera upahan Melaka menjadi lemah. Mereka menjadi tidak
berdaya untuk berjuang bagi mempertahankan Melaka dari serangan tersebut. Oleh itu, hanya
tinggal orang Melayu sahaja yang bertungkus-lumus dalam meneruskan perjuangan
mematahkan serangan Portugis itu.120
4.3.3 Sistem Ketenteraan Portugis
Sistem ketenteraan Portugis di Melaka tidak mempunyai spesifikasi atau perubahan daripada
sistem ketenteraan yang diamalkan di India. Kekuatan tentera portugis sebenarnya terletak
pada tentera laut, di mana kekuatan tentera laut Portugis pada abad ke-15 hingga abad ke-16
boleh dikatakan terkuat dan monopoli kekuatan di lautan terletak di kekuasaan Portugis. Sistem
ketenteraan Portugis di Melaka sebaliknya hanya tertumpu kepada pembentukan kubu
pertahanan A Farmosa yang dibina bagi mengatasi ancaman kuasa dari luar dan dalaman di
Tanah Melayu dan sistem ketenteraan tetap sama dipimpin oleh captain yang ditugaskan di
Melaka.121
Melalui aspek logistik, organisasi ketenteraan armada laut Portugis secara asasnya di
ambil daripada sistem perdagangan diraja Casa da India yang diperkenalkan pada 1500 oleh
King Manuel I di Portugal. Casa ini berfungsi sebagai pemantau monopoli perdagangan di India
dan Asia bagi pengumpulan barang dagangan, memungut cukai, mengurus kapal-kapal armada,
mengurus segala dokumen kebenaran perdagangan, dan sistem perundangan. Sistem
Armazem das Indias, merupakan satu sistem yang mempunyai koordinasi yang sama dengan
sistem Casa namun perbezaanya adalah sistem Armazem bertanggungjawab untuk melatih
para nakhoda dan kru-kru kapal laut, mengurus pembaikan dan pembinaan kapal, penyediaan
dan pemerolehan alatan tentera laut seperti layar, tali, senjata, dan peta. Ketua utama armada
dalam Armazem adalah Mor dan dibantu oleh Pravedor yang. Mor bertugas untuk melatih
kru-kru kapal sehingga tahun 1548, dan Mor juga menyimpan Padrao Real (peta rahsiah
diraja yang memperlihatkan unit kartografi secara terperinci tentang segala aktiviti kaptain

120

Ismail Hussein, A. Aziz Deraman, et.al, Tamadun Melayu Jilid Satu Dan Empat, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1995, hlm. 357.
121
Khoo Kay Kim. Straits Branch of the Royal Asiatic Society (SBRAS), Portuguese History of Malacca,No. 17, Kuala
Lumpur : SBRAS, hlm.123-126.

44

kapal dan penjelajahan portugis), manakala Pravedor pula bertanggungjawab bagi menapis dan
merekrut kru-kru kapal yang baru.122
Berikut adalah komposisi kedudukan kru-kru kapal dalam sebuah Carrack (kapal armada
portugis sekitar abad ke-16 :

1 captain (capito)

1 clerk (escrivo)

1 chaplain (capelo)

2 pilots (piloto, soto-piloto)

1 master (mestre)

1 boatswain (contramestre)

1 boatswain's mate (guardio)

2 windlass operators (estrinqueiros)

45 seamen (marinheiros)

48 ship-boys (grumetes)

4 pages (pagems)

2 carpenters (carpinteiro and carpinteiro sobressalente)

2 caulkers (calafate and calafate sobressalente)

1 cooper (tanoeiro)

1 steward (despenseiro)

1 bailiff (meirinho)

1 barber-surgeon (barbeiro)

1 constable (condestvel)

11 gunners (bombardeiros)
Jadual 2: Kedudukan Kru-kru Kapal Portugis di Melaka.
Sumber: Disney, A.R ,The First Portuguese India Company 16281633 (Journal of the
Economic and Social History Vol. 30, issue 2), 1977, hlm. 242

122

Disney, A.R ,The First Portuguese India Company 16281633 (Journal of the Economic and Social
History Vol. 30, issue 2), 1977, hlm. 242.

45

4.4 Cabaran Ekonomi Portugis Di Melaka


Selepas Melaka dijajah oleh kuasa Portugis pada abad ke 15 masihi keadaan ekonomi di
Melaka berubah keseluruhannya daripada pelbagai aspek samaada daripada segi dasar, sistem,
fungsi pelabuhan dan perolehan pendapatan yang diterima Portugis semasa menjajah Melaka.
Dalam aspek ini bolehlah dikaji dari dua sudut yang berbeza iaitu kesan ekonomi di Melaka itu
sendiri dan kesan ekonomi di luar Melaka itu juga. Seperti yang telah diungkapkan oleh
pelbagai ahli sejarawan mengatakan bahawa Melaka sebelum penaklukan Portugis merupakan
sebuah empayar yang mengamalkan konsep Talasokrasi iaitu negara yang berasaskan
perdagangan dan pelabuhan maritimnya perkara ini diteruskan oleh Portugis pada ketika itu123.
Umumnya perhubungan perdagangan awal sebelum penaklukan Melaka oleh kuasa
Portugis sudah menampakkan niat Portugis di Melaka. Menurut Yahya Abu Bakar (1997)
menyatakan bahawa misi 5 buah kapal (Naus) Portugis pada 11 September 1509 yang diketuai
oleh Diego Lopez De Sequeira hanyalah semata-mata untuk mendampingi kakayaan hasil
perdagangan Melaka pada ketika itu dan membina Fortaleza124. Peristiwa ini turut dicatat dalam
karya Suma Oriental tulisan Tom Pires yang mengambarkan kekayaan pelabuhan Melaka seperti
berikut: Barang-barang daripada seluruh rantau Timur dapat diperolehi disini

(di Melaka); manakala barang-barang daripada seluruh rantau barat ada


dijual disini125.
Catatan tersebut bukanlah hendak mengambarkan keadaan di Melaka tetapi pengkaji
ingin menghubungkaitkan kedatangan Portugis ke Melaka itu sendiri adalah kesan daripada
maklumat kekayaan Melaka yang diperolehi oleh Portugis sejak menakluk pelabuhan Goa
kebanyakkan maklumat diperolehi daripada pedagang dari Malabar dan diplomat negara
asing126. Kesan ekonomi Melaka semasa Portugis menakluki Melaka mengalami kemunduran
yang drastik dan tidak konsisten berbeza semasa era kegemilangan pemerintahan Kesultanan

123

V. Matheson Hooker, A Short History Of Malaysia Linking East And West, Australia: Allen & Unwin,
2003, halaman 60.
124
Yahya Abu Bakar,Catatan Mengenai Hubungan Awal Melaka, (Tiada Penerbit), 1997, halaman 226.
125
Ismail Noor dan Muhammad Azaham, Takkan Melayu Hilang Di Dunia, Selangor: Pelanduk Publications
(M) Sdn Bhd, 2000, halaman 6.
126
Op.cit. Halaman 228.

46

Melayu di Melaka. Hal ini boleh digambarkan dalam perdagangan di Melaka semasa
pemerintahan Portugis mengendalikannya pelbagai dasar dijalankan seperti peaceful oceanic

navigation based on the principles of accepted convention, dan turut mengamalkan dasar
perbalahan atas faktor the order of the day127. Hal ini telah merugikan pelabuhan Melaka
kerana dasar ini telah memberi impak kepada penurunan daya tarikan pedagang untuk singgah
berlabuh di Melaka. Perkara ini turut dicatat oleh seorang sarjana terkenal:They (the Portuguese) had fundamentally disrupted the organization

of the Asia trade system. There was no longer a Malay state to police
the Straits of Malacca and make them safe for commercial traffic.
Instead there was a dispersal of trading community to several ports and
bitter warfare in the Straits. After a century of success, Malacca was
turned almost overnight into a name with a proud past, but little future128.

Foto 4 : Laluan perdagangan Portugis di Melaka


Sumber: Nurfazlina Mariaty, Siri Sejarah Melaka Dan Kedatangan Portugis, Selangor: Penerbit
Setiamas, 1996, halaman 7.
Kesan ini adalah hadir daripada dasar Portugis sendiri yang mengamalkan dasar antiislam yang menyebabkan ramai pedagang-pedagang islam telah beralih arah ke pelabuhan lain

127

Abdul Latiff Abu Bakar, Melaka Dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya, 1996, halaman 38.
128
Ibid, halaman 31.

47

iaitu pelabuhan Kerajaan Islam Acheh di Sumatera, Riau, Brunei, Pattani dan Pasai.129. Ramai
ahli sejarawan juga bersetuju bahawa dasar ini secara tidak lansung mewujudkan Kerajaan
Islam Aceh itu sendiri dan turut berjaya mengambil alih dominasi perdagangan di Kepulauan
Melayu daripada pelabuhan Portugis di Melaka semasa pemerintahan Portugis130. Hal ini juga
menyebabkan fungsi Melaka bertukar daripada sebuah kota perdagangan yang kaya kepada
sebuah kota pertahanan kerana akibat peralihan pedagang islam ke pelabuhan lain telah
menyebabkan berlaku perkembangan kerajaan awal yang lain seperti kerajaan Kesultanan
Johor dan Kerajaan Acheh131. Akibatnya berlakulah Perang Tiga Segi antara Melaka (Portugis),
Acheh dan Kesultanan Johor dalam bersaing untuk survival kerajaan masing-masing132.
Melaka semasa zaman era Portugis juga dikatakan mengalami kekurangan hasil yang
teruk. Perkara ini ditekankan oleh Profesor Hall (t.th), yang menyatakan bahawa kesan ekonomi
yang paling teruk dihadapi oleh Portugis di Melaka yang membawa kepada kejatuhan Portugis
ialah akibat daripada kekurangan hasil dalam negeri Melaka133. Senario ini terjadi akibat
daripada penerimaan penentangan yang dihadapi oleh Portugis dari luar dan dalam Melaka itu
sendiri dan ditambah lagi dengan kelemahan pentadbiran Portugis. Penentangan ini
menyebabkan Raja Manuel di Portugal terpaksa menghantar wang untuk membiaya kempen
ketenteraan mereka di Melaka melalui India134. Keadaan Inflasi juga giat berlaku pada ketika itu
akibat daripada kegagalan pentadbir Portugis mengawal harga barangan berbeza semasa
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka135.
Hal ini telah menyebabkan gologan Fidalgos dan askar Portugis di Melaka ditangguh dan
disekat bayaran gajinya dan ada sesetengah kes pegawai-pegawai Portugis di Melaka terpaksa
menggunakan hasil perdagangan Melaka untuk membayar gaji askar-askarnya136. Perkara ini
diburukkan lagi degan sikap gabenor selepas Alfonso DAlbuquerque yang tidak mengambil apa129

Peter Tze Ming Ng, Globalization And Religion: The Case Of Malacca And The Work Of Robert
Morrison, Jounal Of Religion, No.3, 7 November 2012, halaman 1077.
130
Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1978, halaman 55.
131
Jim Baker, Crossroads A Popular History Of Malaysia & Singapore, Singapore: Times Edition Pte Ltd,
1999, halaman 58.
132
Ibid, halaman 60-61
133
Op.cit, halaman 47.
134
Peter Tze Ming Ng, Globalization And Religion: The Case Of Malacca And The Work Of Robert
Morrison, Jounal Of Religion, No.3, 7 November 2012, halaman 1078.
135
Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada
Abad Ke-15 Dan Abad Ke-16 Dalam Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1997, halaman 257.
136
Ibid, halaman 259.

48

apa tindakan untuk menyekat pegawai mereka daripada menggunakan wang negara bagi
mencari keuntungan yang berlipat kali ganda137. Hal ini adalah kerana kebanyakkan pemerintah
Portugis di Melaka adalah daripada golongan militer bukannya golongan cerdik pandai maka
menyebabkan berlaku penyelewengan hasil perdagangan di Melaka138.
Kesan seterusnya boleh dilihat apabila penaklukan Melaka di tangan Portugis juga telah
berjaya meningkatkan kemajuan pelabuhan Lisbon di Portugal. Perkara ini boleh dilihat dalam
dasar Portugis itu sendiri menakluk Melaka adalah semata-mata ingin menjadikan pelabuhan
Melaka itu sebagai pelabuhan feederport kepada pelabuhan Lisbon dalam jenis-jenis
perdagangan timur terutamanya rempah dan gaharu yang mendapat permintaan tinggi di
eropah139. Hal ini telah berjaya merubah dominasi pelabuhan Venice di Itali dalam menjadi
pusat pembekalan barangan timur140. Kesempatan ini telah digunakan oleh Portugis untuk
meningkatkan harga jual beli barangan yang dijual di pelabuhan Lisbon berlipat kali ganda
kepada pedagang eropah lain141.
Hal ini adalah seiring dengan matlamat Portugis dalam menguasai perdagangan rempah
di Asia Tenggara kerana hasil-hasil tersebut mendapat permintaan tinggi di eropah. Hal ini
boleh dibuktikan dengan perolehan hasil jual beli perdagangan rempah tersebut yang dibeli di
Kepulaun Celebes, Ternate, Tidore dan Ambon hanya sebanyak US$45 tetapi dijual di Lisbon
dengan harga US$1,800142. Belanda merupakan sebuah negara yang menjadi pembekal kepada
barangan timur di kawasan Eropah Utara. Kenaikan harga barangan ini merugikan pihak
Belanda dan kesan ini jugalah yang mendorong Belanda tertarik mendapatkan tanah jajahan di
Kepulauan Asia Tenggara143.

137

Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1978, halaman 44.
138
Jim Baker, Crossroads A Popular History Of Malaysia & Singapore, Singapore: Times Edition Pte Ltd,
1999, halaman 58.
139
Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1978,halaman 50.
140
Ibid, halaman 49-50.
141
Op.cit, halaman 51.
142
Jim Baker, Crossroads A Popular History Of Malaysia & Singapore, Singapore: Times Edition Pte Ltd,
1999, halaman 56.
143
Ibid, halaman 59-60.

49

4.4.1 Cabaran Ketenteraan Portugis Di Melaka


Portugis menjajah dan berkuasa di Melaka hampir 130 tahun lamanya iaitu bermula 24 Ogos
1511 hingga Januari 1641 selepas itu berlakunya peralihan kuasa penjajahan di Melaka iaitu
kuasa Belanda. Hal ini menimbulkan seribu persoalan kepada ramai ahli sejarawan bagaimana
kuasa Portugis di Melaka berupaya bertahan sebegitu lamanya di Melaka walaupun menerima
penentangan yang hebat didalam Melaka dan dari luar Melaka sendiri. Menurut Brian Harrison
(1985) since the Malacca under Portuguese control then the seaport town had lived almost
constantly under the threat of attack by the successive rival maritime powers of Europe and
others144.

Dalam

membincangkan

perkara

ini

haruslah

dilihat

peringkat-peringkat

penentangan yang diterima oleh Portugis semasa menjajah Melaka dan perkara inilah
menjerumus Portugis kedalam konflik Perang Tiga Segi sepanjang menguasai Melaka145.
Selepas mengalahkan Kesultanan Melayu Melaka, Portugis menerima banyak ancaman
yang hadir di dalam dan luar Melaka. Portugis menerima ancaman di Melaka seawal kekalahan
Sultan Mahmud di Melaka dan akibat daripada pemberontakan orang Jawa di Melaka146. Selain
itu, Portugis menerima ancaman daripada kebangkitan Kerajaan Kesultanan Melayu Johor dan
Kerajaan Aceh147. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis Sultan Mahmud dan pewarisnya
sedaya upaya merampas kembali Melaka ke tangan Portugis kerana menganggap kekalahan
tersebut adalah kekalahan sementaranya. Hal ini seiring dengan adat raja dahulu bahawa
sesebuah negeri tidak akan maju selagi rajanya yang sah tidak memerintah.
4.5 Kekalahan Portugis di Melaka
Semasa pemerintahan Portugis Melaka , ramai pihak yang tidak senang dengan perkara itu dan
banyak penentangan yang berlaku terhadap Portugis . Antaranya penentangan dari Johor iaitu
pada tahun 1533 Sang Naya seorang rakyat Johor dan Melaka cuba menyerang Portugis dari
dalam Melaka semasa orang Portugis pergi ke gereja.148 Tetapi rancangannya diketahui lalu ia
dibunuh dengan cara menjatuhkannya dari bangunan menara. Perbuatan ini menyebabkan

144

Brian Harrison, Holding The Fort Under. Monograf 14. Kuala Lumpur: The Malaysian Branch Of The
Royal Asiatic Society, 1985, halaman 7.
145
Ibid.
146
Op.cit, halaman 8.
147
Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1978, halaman 50-51.
148
Cheah Boon Kheng, Malay Annals , Kuala Lumpur : JMBRAS, 1998, hlm. 279.

50

Sultan Johor pada masa itu marah. Oleh itu, Estavao Da Gama (anak Visco Da Gama) telah
menghantar wakil ke Johor untuk menjelaskan pembunuhan Sang Naya tetapi wakil itu telah
ditangkap lalu disuruh memanjat pokok yang tinggi lalu ditolak ke bawah dan mati. Oleh itu,
pada Jun 1533 Portugis dengan dua buah kapal dan 400 askar diketui Estavao telah menyerang
Johor dan memaksa sultannya berundur ke Sayung. Penyerangan ini menyebabkan orang
Melayu marah dan menyerang kapal Portugis yang lalu di perairan Johor. 1536 Portugis
menyerang sayung dan telah menang dan ini memaksa Sultan untuk berdamai.149
Pada Januari 1551, dengan bantuan Perak dan Pahang. Johor telah menyerang Portugis
dengan 200 perahu dan 5000 askar. Mereka telah mengepung Melaka selama tiga bulan tetapi
gagal setelah Portugis merancang menyerang Perak dan Pahang serta Johor dan ini mendesak
ke tiga-tiga negeri berundur dan mempertahankan negeri mereka. Sejak itu Johor tidak lagi
menghantar misi semasa Sultan Alauddin Riayat Shah II. Dan pada tahun 1564 Sultan Alauddin
Riayat Shah al-Qahhar iaitu Sultan Acheh , telah menyerang Johor dan menawan Sultan
Alauddin dan keluarganya serta dihukum bunuh dan dikenali 'Marhum Syahid Mangkat di
Acheh. Pada tahun 1570 Sultan Umar yang berasal dari negeri Pahang (Putera Raja Ahmad
dengan Puteri Puspa Dewi) dilantik menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Ali Jalla Abdul Jalil
Riayat Shah II dan baginda melantik Tun Seri Lanang menjadi Bendahara Johor. Sultan Ali
mendirikan kerajaan di Johor Lama. Semasa pemerintahan Sultan Ali terdapat beberapa siri
serangan orang Johor ke atas Melaka.150

151

Selain itu , penentangan daripada kerajaan Acheh kerana apabila Acheh diserang oleh
Portugis pada Mei 1521 maka Acheh juga telah menjalankan siri serangan ke atas Portugis di
Melaka dan Johor, oleh itu dikatakan bermulanya perang tiga segi telah berlaku antara PortugisJohor-Acheh. Namun, ada pendapat mengatakan bahawa Acheh menyerang Portugis adalah
untuk membebaskan negeri Islam dari orang-orang Kafir seperti yang dinyatakan oleh Lee Kam
Heng "Perbalahan antara orang-orang Acheh dengan orang Portugis itu hampir-hampir
merupakan peperangan agama".

149

Abdul Aziz Zakaria,Portugis Dalam Sejarah Melaka, Kuala lumpur : Dewan Bahas dan Pustaka, 1963,
hlm .35.
150
Buyong Adil, Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1983, hlm .9-76.
151
Buyong Adil , Sejarah Johor, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1971, hlm.4-71.

51

Pada tahun 1607 Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menjadi Sultan Acheh dan
telah melancarkan serangan ke atas Portugis pada Nov 1628 dengan kekuatan 236 kapal dan
20000 askar dan masa itu angkatan Portugis di bawah Diego Lopez De Francesca. Sultan
Iskandar Muda Mahkota Alam hampir menguasai apabila ia mengepung kota Melaka selama
lima bulan tetapi pada Mac 1629 Acheh terpaksa berundur setelah diserang oleh Pahang yang
membantu Portugis di bawah pimpinan Raja Bujang (Sultan Abdul Jalil ShahIII) iaitu Sultan
Johor-Pahang pada masa itu. Sejak itu Acheh tidak lagi menyerang Portugis di Melaka kerana
selepas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, ia telah diganti oleh Sultan Muda Thani yang tidak
berminat melancarkan siri serangan dan lebih menumpukan hal-hal pentadbiran negerinya
sahaja dan selepas itu pula ialah Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah telah menggantikan
suaminya Sultan Muda Thani pada tahun 1636, Sultanah merupakan seorang perempuan.152
Selain Johor dan Acheh terdapat sebuah negeri kecil yang berhampiran dengan Melaka
dan memainkan peranan dalam sejarah penentangan orang Melayu ke atas Portugis, iaitu
Naning. Apabila Portugis bermusuh dengan Johor pada tahun 1586 orang Melayu Naning tidak
lagi menghantar dagangannya terutama makanan ke Melaka dan ini menyebabkan Portugis
risau kerana tidak mendapat bekalan makanan. Ini menyebabkan pada Nov 1586 Diego De
Azambuja telah pergi ke Naning dengan membawa 500 askar dan menyerang Tabuh Naning
(kekuatan Naning pada masa itu ialah 2000 orang sahaja). Orang Naning menggunakan
senapang pemuras dan sumpitan tetapi akhirnya Naning tewas ke atas Portugis dan Naning
terpaksa akur dengan kekuasaan Portugis di Melaka.153
Akhirnya pada 17 Mei 1606 Sultan Abdullah telah membuat perjanjian dengan Belanda
antara lainnya ialah Johor hendak berkerjasama dengan Belanda menyerang Portugis dan
dengan itu Sultan Abdullah telah menghantar bantuan 50 perahu dan 3000 askar dan Belanda
pula 11 kapal. Pada 18 Mei 1606 Belanda dan Johor mengepung Portugis di Melaka sehingga
Ogos 1606. Portugis telah mendapat bantuan sebanyak 14 buah kapal perang menahan
angkatan Johor-Belanda. Pertempuran berlaku pada 17 Ogos 1606 dan pada 24 Ogos 1606,
Cornelis Matelief iaitu ketua angkatan Belanda telah berundur. Berikutan itu, pada September
1606 Belanda cuba mendapatkan pengesahan perjanjian 17 Mei dengan Sultan Alauddin III.
Pada 20 Mei 1640 Jeneral Antonio Van Diemen pergi ke Melaka dengan 4 buah kapal dan 332
152

Lee Kam Heng, Acheh dan Semenanjung Tanah Melayu, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm.42.
153
Jonathan Cave, Naning in Melaka , Kuala Lumpur : JMBRAS , 1989, hlm. 17.

52

askar dan pada Julai 1640 Sultan Abdul Jalil yang menjadi Sultan Johor-Pahang atas bantuan
Belanda pada 1638 telah menghantar bantuan sebanyak 40 perahu dan 1500 askar yang
diketui Laksamana Abdul Jamil. Angkatan ini telah berpecah tiga iaitu Jacob Cooper,William
Caertekoe dan Laksamana Tun Abdul Jamil Paduka Raja. Maka pada Ogos 1640 mereka telah
mengepung kota Melaka dan pada Januari 1641 mereka telah dapatr menembusi kota Melaka
dan Gabenor Melaka pada masa itu Manuel De Souze Cautinhi telah menyerah kalah pada 14
Januari 1641 maka berakhirlah pemerintahan Portugis di Melaka.154

154

W.G. Shellabear, Sejarah Melayu, Kuala Lumpur : Penerbit fajar Bakti, 1994, hlm.184.

53

BAB 5:

RUMUSAN
Melalui pembuktian fakta yang telah dilakukan melalui penelitian dan analisis pendapat tokoh,
dasar ekonomi dan ketenteraan yang telah diamalkan oleh Portugis di kerajaan Melaka waktu
itu adalah berdasarkan permulaan oleh Alfonso de Albuquerque sendiri. Menurut beliau dalam
penulisan Albuquerque : Caesar Timur, beliau bermula melalui mengumpul orang bangsawan
dan pegawai-pegawai untuk datang ke kapalnya setelah menyiapkan segala keperluan untuk
menyerang Melaka, setelah itu beliau menyatakan bahawa mereka semua sudah bersepakat
untuk menyerang Melaka sesungguhnya, mereka juga nekad membina sebuah kubu
pertahanan kerana ianya adalah keperluan. Bagi Albuquerque, perkara tersebut perlu sebagai
strategi ketenteraan sebagai kubu pertahanan setelah menakluki Melaka. Namun begitu,
menurut Joginder Singh Jessy dalam nukilannya, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959),
menyatakan bahawa sebenarnya, Albuquerque menganggap negeri-negeri Timur sebagai
sebuah bank yang dapat digunakan untuk membiayai kempen tentera dan angkatan lautnya di
kawasan Laut Arab.
Menurut Yahaya Abu Bakar (1996), pengiriman misi menawan kota Melaka diteliti
bahawa Portugis mendukung prinsip tiga G iaitu Gold, Glory, Gospel yang juga merupakan
penggerak kepada penguasaan Portugis ke atas ekonomi dan ketenteraan di Melaka. Punca
yang didapati menarik perhatian Portugis untuk datang ke Melaka utamanya ialah kekayaan
ekonomi terutamanya rempah-ratus yang mendapat tempat di Eropah menjelang abad ke-16.
Orang-orang Eropah pula didapati terlalu iri hati terhadap pedagang-pedagang Islam yang
memonopoli perdagangan rempah yang berpusat di Venice sejak zaman Rom lagi. Maka,
kemewahan dan kekayaan yang dialami oleh pedagang-pedagang Islam ini menjadikan orangorang Eropah terutamanya Portugis untuk merampas kuasa monopoli perdagangan Timur
dengan menakluki Melaka yang merupakan emporium perdagangan utama dan pusat
pengumpulan dagangan rempah.
Dari segi perdagangan, Portugis turut memonopoli ekonomi perdagangan dengan
memperkenalkan Monopoli Ekslusif. Sistem Laluan yang diwujudkan telah memaksa semua
kapal yang terlibat dalam perdagangan intra-Asia dan menggunakan laluan Selat Melaka untuk
54

singgah membayar duti kastam. Undang-undang yang tegas telah diperkenalkan pada tahun
1524 dengan mengenakan hukuman mati dan merampas segala barangan daripada kapal-kapal
yang tidak mempunyai pas laluan daripada pelabuhan Melaka. Perkara tersebut menyebabkan
kegagalan besar dan kesilapan Portugis yang paling jelas kerana langkah tersebut
menyebabkan pedagang-pedagang Islam beralih arah dan berdagang ke pelabuhan-pelabuhan
yang berdekatan seperti Acheh, Bantam dan Brunei.
Dari sudut ketenteraan Portugis, jika diteliti, kualiti pegawai-pegawai yang ditugaskan
untuk mengawal Melaka adalah jauh lebih rendah berbanding di Goa. Walaupun Portugis
berjaya menakluki Melaka, tetap tidak memperlihat pertuanan Portugis ke atas Melaka melalui
ketenteraan kerana Portugis sering kekurangan tenaga tentera disebabkan jarak dari Goa
adalah sangat jauh. Walaupun Portugis memperoleh teknologi ketenteraan yang lebih canggih,
tentera-tentera yang dimiliki adalah sangat tidak berkualiti, gaji yang tidak mencukupi, tiada
kenaikan pangkat dan juga gaji yang terlalu murah, malahan Portugis melaksanakan dasar
dengan hanya menempatkan pegawa-pegawai yang berkelayakan di Melaka tetapi tidak berjaya
menghasilkan kebaikan yang kekal.

55

BAB 6:

KESIMPULAN
Kesimpulannya, Melaka yang merupakan bandaraya yang dibangunkan untuk perdagangan
kerana mempunyai beberapa keutamaan yang telah dibincangkan yang menyebabkannya
menjadi pusat entrepot antarabangsa dengan cepat. Kedudukan geografinya, kemudahan
pelabuhan dan pentadbiran adalah di antara daya tarikan kepada pedagang-pedagang dari
seluruh dunia terutamanya dari Timur Tengah, Parsi, India dan China. Kegemilangan
perdagangan Melaka juga menarik perhatian Portugis untuk menakluknya seiring dengan
agenda Portugis yang ingin menguasai ekonomi perdagangan yang gemilang di Melaka.
Setelah menakluki negeri-negeri di sekitar Melaka, berdasarkan sumber-sumber Portugis
dan catatan-catatan sejarah, terdapat bukti-bukti yang menyatakan bahawa sememangnya
Portugis bersungguh-sungguh dan berminat untuk menawan Melaka. Portugis memastikan
bahawa mereka berjaya menguasai Melaka kerana bagi mereka, Melaka merupakan pusat
terpenting yang menjanjikan kejayaan penguasaan perdagangan dan ketenteraan di sebelah
Timur.
Faktor agama turut menjadi isu dalam kebangkitan Portugis di Melaka ini disebabkan
tidak mahu Islam terus tersebar melalui perdagangan, dan menghentiakn penyebaran Islam di
Melaka yang merupakan kawasan tumpuan pedagang-pedagang Islam, maka Portugis
menguatkan kuasa ketenteraan untuk menjadi benteng pertahanan mereka dan memonopoli
orang-orang Islam melalui ekonomi. Namun begitu, Portugis hanya mampu bertahan untuk
lebih kurang satu abad lamanya. Kebanyakan penulisan berpendapat bahawa kelemahan utama
Portugis ialah berpunca daripada sikap tidak mahu bertoleransi antara cita-cita ke atas monopoli
perdagangan dan sentiment keagamaan mereka.
Menurut Ibnu Khaldun, pentadbiran Melaka dari segenap aspek termasuklah ekonomi
dan ketenteraan sering dilanda pelbagai masalah seperti kekejaman, rasuah, penyalahgunaan
kuasa, pertelingkahan pegawai-pegawai dalaman dan penentangan yang pelbagai daripada
pihak luar. Disebabkan faktor-faktor inilah akhirnya yang menyumbang kepada kekalahan
Portugis ke atas Belanda.

56

Anda mungkin juga menyukai