Anda di halaman 1dari 10

Sejarah Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pergi ke pandu arahPergi ke carian

Sebahagian daripada siri tentang

Sejarah Malaysia

Buka

Prasejarah Malaysia

Buka

Kerajaan awal

Buka

Kemunculan Kesultanan Islam

Buka

Era Penjajahan Barat

Buka

Perang Dunia Kedua

Buka

Peralihan Malaysia
Buka

Malaysia Moden

Buka

Parti Politik dan Pertubuhan

Buka

Peristiwa

Buka

Mengikut topik

 Portal Malaysia

 l
 b
 s

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan


Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, pada
tahun antara 1400 hingga 1403.
Parameswara merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama
Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja
Srivijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura Lama dan berkuasa selama 48
tahun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh puteranya Paduka Sri Pekerma Wira Diraja
(1372 – 1386) yang kemudian diteruskan oleh cucunya, Paduka Seri Rana Wira
Kerma (1386 – 1399). Pada tahun 1401, Parameswara putrra dari Seri Rana Wira
Kerma, mengungsi dari Tumasik setelah mendapat penyerangan dari Majapahit.
Parameswara pada awalnya menjadi raja di Singapura pada tahun 1390-an. Negeri
ini kemudian diserang oleh Jawa dan Siam, yang memaksanya berpindah lebih ke
utara. Kronikal Dinasti Ming mencatat Parameswara telah tinggal di ibukota baru di
Melaka pada 1403, tempat armada Ming yang dikirim ke selatan menemuinya.
Sebagai balasan ufti yang diberikan Kekaisaran China menyetujui untuk
memberikan perlindungan pada kerajaan baru tersebut.
Parameswara kemudian menganut agama Islam setelah menikahi seorang puteri
dari Pasai. Laporan dari kunjungan Laksamana Cheng Ho pada 1409 melaporkan
bahawa pada saat itu Parameswara masih berkuasa, dan raja dan rakyat Melaka
sudah menjadi Muslim. Pada 1414 Parameswara digantikan puteranya, Megat
Iskandar Shah.
Megat Iskandar Shah memerintah selama 10 tahun, dan digantikan oleh Sultan
Muhammad Shah. Putera Sultan Muhammad Shah yang kemudian
menggantikannya, Raja Ibrahim, dilihat tidak menganut agama Islam, dan
mengambil gelaran Seri Parameswara Dewa Shah. Namun masa pemerintahannya
hanya 17 bulan, dan dia mangkat kerana terbunuh pada 1445, masyarakat Melaka
menggelarnya Sultan Abu Syahid. Saudara seayahnya, Raja Kasim, kemudian
menggantikannya dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah.
Di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka melakukan ekspansi di
Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera (Kampar dan Inderagiri). Ini
memancing kemarahan Siam yang menganggap Melaka sebagai bawahan Kedah,
yang pada saat itu menjadi vassal Siam. Namun serangan Siam pada 1455 dan
1456 dapat dipatahkan oleh Melaka.
Di bawah pemerintahan raja berikutnya yang naik takhta pada tahun 1459, Sultan
Mansur Shah, Melaka menyerbu Kedah dan Pahang, dan menjadikannya negara
vassal. Di bawah sultan yang sama Johor, Jambi dan Siak juga takluk. Dengan
demikian Melaka mengendalikan sepenuhnya kedua pesisir yang mengapit Selat
Malaka.
Sultan Mansur Shah berkuasa sehingga baginda mangkat pada 1477. Baginda
digantikan oleh puteranya Sultan Alauddin Riayat Shah. Sultan ini memerintah
selama 11 tahun, saat baginda meninggal dan digantikan oleh putranya Sultan
Mahmud Shah.
Sultan Mahmud Shah memerintah Melaka sehingga tahun 1511, saat ibu kota
kerajaan tersebut diserang tentera Portugis di bawah pimpinan Alfonso de
Albuquerque. Serangan dimulai pada 10 Ogos 1511 dan berjaya ditawan pada 24
Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan dan mendirikan ibukota
baru di sana. Pada tahun 1526 Portugis telah menghancurkan Bentan, dan Sultan
kemudian melarikan diri ke Kampar, Sumatera, tempat dia meninggal dunia dua
tahun kemudian. Puteranya Sultan Mudzaffar Shah I, Perak kemudian
menjadi Sultan Perak yang pertama, sedangkan puteranya yang lain Sultan
Alauddin Riayat Shah II mendirikan kerajaan baru iaitu Johor.
Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh
pihak Portugis pada tahun 1511.
Untuk rencana lanjutan, lihat Kesultanan Melaka.

Isi kandungan

 1Pemerintahan Jajahan
 2Garis masa
o 2.1Melaka diasaskan pada tahun 1262 Masihi
o 2.2Kesultanan Melaka
o 2.3Pemerintahan Portugis
o 2.4Kejatuhan Portugis ke atas Johor dan penempatan Belanda di Kota Melaka
o 2.5Pemerintahan Belanda
o 2.6Pemerintahan British
o 2.7Kemerdekaan
 3Rujukan
 4Pautan luar

Pemerintahan Jajahan
Melaka ditawan oleh Alfonso de Albuquerque, seorang Wizurai Portugis pada 24
Ogos 1511 dan menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak
Portugis di Hindia Timur. Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan
diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis
dengan serangan sekejap-sekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya, pada
tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar
oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan
Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar,
Sumatera di mana beliau mangkat dua tahun kemudian.
St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa
bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai
pusat operasinya di Timur.
Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak
Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak
berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur
dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta)
di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka.

Kubu Melaka: Perobohan oleh pihak British dihentikan oleh Sir Stamford Raffles pada 1808 sewaktu beliau
singgah di Melaka. Apa yang tinggal dipelihara sehingga hari ini.

Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian


British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah
oleh Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company), dan kemudiannya
menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan
Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada
tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi
sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia.
Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989.
Garis masa
Melaka diasaskan pada tahun 1262 Masihi
Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan bahawa permulaan Kerajaan Melayu
Melaka telah bermula atau wujud 140 tahun sebelum ketibaan Parameswara di
Melaka pada tahun 1402 Masihi.
Ini sekaligus mengiyakan penemuan artifak lama Melaka yang jarang didengar yang
menjelaskan teori penubuhan Melaka bermula pada tahun 1262 Masihi.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam telah mengesahkan
ketetapan 5 resolusi yang telah diputuskan untuk menolak pendapat penulis-penulis
terdahulu yang menyatakan Melaka diasaskan pada tahun 1400 masihi atau 1278
sebaliknya mengambil keputusan tarikh sebenarnya adalah pada 1262 masihi.
Keputusan memilih tarikh 1262 sebagai penubuhan dan pengasasan kerajaan
Melayu Melaka diputuskan hasil kesepakatan menerima pendapat kajian selama
setahun oleh sepasukan penyelidik yang dilantik oleh kerajaan negeri Melaka
menerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Keputusan
tersebut dicapai pada Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka anjuran
IKSEP bersama Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang diadakan pada 31 Mei 2010.
[1]
 Penemuan tersebut juga turut disahkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) yang
membuat kajian terhadap perkara tersebut pada 10 Oktober 2011. [2]
Ali Rustam juga menegaskan, kajian yang dilakukan itu berdasarkan daripada
sumber-sumber bertulis, artifak dan lisan serta penyelidikan yang dijalankan bukan
sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia.
Antara tempat yang dilawati oleh penyelidik di wilayah Indonesia
termasuklah Kepulauan Riau, Pulau Penyengat, Pulau Singkep, Pulau Lingga,
wilayah Sumatera Selatan iaitu di Jambi dan Palembang serta wilayah Sumatera
Barat di Padang dan Batu Sangkar.
Jawatakuasa penyelidik diketuai oleh Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali dari
Jabatan Sejarah Universiti Malaya, selain diwakili oleh Naib Canselor KUIM, Prof.
Emeritus Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hashim, Dr. Zulkarnain Abdul Rahman (Ketua
Jabatan Sejarah, Universiti Malaya) dan Prof. Dr. Mohamad Redzuan Othman
(Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya).
Penyelidik bersama ialah Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (Jabatan
Sejarah, Universiti Malaya), Prof. Dr. Nordin Husin (Pengerusi, Program Sejarah,
Politik dan Strategik), Prof. Dr. Noriah Mohamad (Institut Alam dan Tamadun
Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia), Prof. Madya Dr. Abd. Rahman Ismail
(Universiti Sains Malaysia) dan Prof. Madya Ubaidilah Muhammed (Jabatan
Pengajian Tiong Hua, Universiti Malaya).
Sebab-sebab utama penetapan tahun 1262 sebagai tahun muktamad Melaka
diasaskan adalah:

 Tarikh asal 1400 dan 1278 yang dikemukakan tidak mempunyai sandaran fakta
yang kukuh sebagai tahun sebenarnya penubuhan kerajaan Melayu Melaka
kerana tahun itu diperolehi daripada andaian dan tujuan penulisan berdasarkan
sumber-sumber yang ada.
 Seminar tersebut turut bersetuju berdasarkan tulisan Sejarah Melayu, Sulalatus
Salatin versi Raja Bongsu (MS 18 Stamford Raffles), kerajaan Melayu Melaka
telah diasaskan pada 660 hijrah bersamaan 1262 masihi.

 Rumusan penyelidik telah menolak tahun 1400 dan 1278 sebagai tahun
pengasasan Kerajaan Melayu Melaka kerana kesepakatan sarjana Barat
(Portugis) bukan berdasarkan fakta sejarah.

 Ini juga termasuk Suma Oriental yang ditulis oleh Tome Pires pada 1512-1515


hanya berdasarkan pengumpulan maklumat menggunakan kaedah dengar dan
cakap.
Cara pengiraannya adalah berdasarkan kajian terhadap tempoh pemerintahan
sultan-sultan Melaka yang dicatatkan di dalam naskhah Sulalatus Salatin versi Raja
Bongsu. Hal tersebut adalah seperti berikut:
1) Raja Seri Iskandar Syah (Parameswara) = 20 tahun pemerintahan
2) Sultan Mahkota (Raja Kecil Besar) = 2 tahun pemerintahan
3) Sultan Muhammad (Raja Tengah) = 57 tahun pemerintahan
4) Sultan Abu Syahid (Raja Ibrahim) = 1.5 tahun pemerintahan
5) Sultan Muzaffar Syah (Raja Kassim) = 40 tahun pemerintahan
6) Sultan Mansur Syah (Raja Abdul) = 73 tahun pemerintahan
7) Sultan 'Alauddin Riayat Syah (Raja Raden) = 33 tahun pemerintahan
8) Sultan Mahmud Syah (Raja Mamat) = 30 tahun pemerintahan

 Jumlah tempoh kerajaan kesultanan Melayu Melaka ialah 256.5 tahun Qamariah.

 Jumlah 256.5 Qamariah ini apabila ditukarkan kepada tahun Syamsiah menjadi
249 Masihi.

 oleh itu 1511 Masihi (tarikh muktamad kejatuhan Melaka) ditolak dengan 249
Masihi menjadi 1262 Masihi bersamaan 660 Hijrah.
Kesultanan Melaka
 1400: Parameswara, putera raja dari Palembang setelah ditumpaskan
oleh Majapahit telah menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya
membuka negeri Melaka.
 1403: Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya telah singgah di
Melaka dan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan China - Melaka.
 1409: Parameswara membayar ufti kepada negeri China untuk mendapat
perlindungan daripada serangan pihak Siam.
 1409: Laksamana Cheng Ho, ketua Armada perdagangan China dan para
pembesar tiba di Melaka bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua
negara.
 1411: Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring
sebanyak 540 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar ke
China. Baginda diterima mengadap Maharaja Yung Lo.
 1414: Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk
agama Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah (1414-1424).
 1424: Parameswara mangkat dan anakandanya, Sri Maharaja menaiki takhta
dan menukar namanya menjadi Sultan Muhammad Shah (1424-1444).
 1444: Sultan Muhammad Shah diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim.
 1445: Raja Ibrahim dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu
Syahid.
 1446: Raja Kassim menaiki takhta dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah
(1446-1458) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi
negeri.
 1447: Serangan pertama Siam ke atas Melaka. Pihak Siam ditewaskan tidak
jauh dari Muar.
 1456: Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja.
Beliau telah berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang
kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
 1458: Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Maharaja China telah
menghantar Laksamana Cheng Ho yang membawa Puteri Hang Li Po dan
dikahwinkan dengan Baginda. Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun
Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri Cina untuk mengiring
Hang Li Po.
 1477: Sultan Mansur Shah mangkat dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-
1488) menaiki takhta pada umur 15 tahun. Baginda merupakan seorang yang
tegas dalam melaksanakan tugasnya.
 1488: Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh dan diganti oleh Sultan Mahmud
Shah (1488-1511).
 1498: Tun Perak meninggal dunia.
 1500: Tun Mutahir, sepupu Tun Perak, menggantikannya sebagai Bendahara
bergelar Bendahara Seri Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa
di kalangan bendahara-bendahara.
 1509: Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan
diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang
tiba di Asia Tenggara dan digelar 'Benggali Putih' oleh orang tempatan. Atas
sebab perselisihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak
kapalnya ditahan.
 1510: Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya mati dihukum bunuh oleh Sultan
Mahmud Shah kerana difitnah oleh para pembesar bahawa beliau ingin
mengatasi kekayaan sultan. Sultan Mahmud Shah tanpa usul periksa telah
memeritahkan Tun Muthahir dan keluarganya dihukum bunuh.Kemudian Sultan
menyedari akan kesilapannya lalu mengambil Tun Fatimah sebagai isterinya dan
dimashurkan sebagai Puan Besar. Sultan Mahmud Shah memilih
anaknya, Sultan Ahmad Shah menggantikan baginda sebagai Sultan sementara.
Pemerintahan Portugis
 1511: Alfonso de Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat
permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaanya
ditolak oleh sultan. Selepas 10 hari dengan bantuan pembelot dari kalangan
pembesar dan orang dalam istana yang iri hati dan dengki diatas pemashuran
Tun Fatimah dan bimbang akan kedudukan jalur keturunannya, pihak Portugis
berjaya mengepung dan menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A
Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan penewasan Sultan Mahmud Shah,
pihak Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.

 1513: Patih Unus dari Jawa, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan


Demak di Sumatera menyerang Melaka.
 1518-1519: Sultan Mahmud Shah telah mengerah rakyatnya membina tembok
tinggi mengelilingi Melaka dalam masa tiga bulan.
 1521: Gereja St. Paul dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho
dan dinamakan "Our Lady of The Hill", tetapi kemudiannya ditukar oleh pihak
Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan "Gereja St.
Paul".
 1523: Sultan Mahmud gagal sekali lagi dalam penawanan Melaka.
 1525: Laksamana Hang Nadim telah mengepung Kota A Famosa. Pihak Portugis
membuat catuan makanan dari Goa.
 1526: Seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar
oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi
Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat
Melaka ke Kampar, Sumatra.
 1528: Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar, Sumatera.
 1537: Pihak Aceh menyerang pihak Portugis di Melaka pada kali yang pertama.
 1545: Buat pertama kalinya, Fr. Francis Xavier tiba di Melaka. Pada
keseluruhannya, beliau membuat lima lawatan ke Melaka kerana hendak
menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.
 1548: Kolej St. Paul (St. Paul's College), sekolah pertama di Melaka, dibina oleh
St. Francis Xavier untuk orang Katolik Portugis dan orang tempatan yang
memeluk agamanya.
 1551: Gabungan Johor, Japara dan Perak yang mantap telah
menawan Melaka dan mengepungnya selama tiga bulan.
 1553: St. Francis Xavier meninggal di Pulau Sancian
berdekatan Canton, China dan dibawa ke gereja St. Paul selama sembilan bulan
persemadiannya sebelum mayatnya dibawa semula ke Goa, India.
 1568: Johor membantu Portugis Melaka mematahkan serangan Acheh. Acheh
telah mengawal Selat Melaka selama enam puluh tahun.
 1582: Pihak Portugis membantu Johor daripada serangan Aceh, dan Sultan
Abdul Jalil Riayat Shah menjadi Sultan Johor pertama yang melawat Melaka.
 1587: Johor menyerang pihak Portugis secara besar-besaran melalui serangan
tanah daratan dan laut tetapi gagal sewaktu angkatan pihak Portugis sampai dari
Goa.
 1588: Pelawat Inggeris pertama, Ralph Ritch telah tiba di Melaka.
Kejatuhan Portugis ke atas Johor dan penempatan Belanda di
Kota Melaka
 1597: Pihak Belanda membuat serangan pertama Belanda ke atas Kota Portugis
Melaka.
 1606: Pihak Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge cuba untuk
menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis
mendapat bantuan dari Goa.
 1615-1616: Acheh menyerang Melaka.
 1628-1629: Acheh memerintah Melaka selama lapan bulan sebelum pihak
Portugis mengambil Melaka kembali.
 1636: Kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan.
Pemerintahan Belanda

Kota Di Melaka pada 1604.

 1641: Pihak Johor menewaskan pihak Portugis pada 14 Januari dan menakluk
Melaka dengan pembantuan Belanda. Gabenor Portugis, Manuel de Souza
Couthinho, menyerah kalah kepada Sultan Abdullah Johor.
 1645: Tokong Cheng Hoon Teng telah dibina oleh Kapten Lee Wei King dan ia
merupakan tokong Cina yang tertua di Malaysia.
 1645-1670: Perang antara Belanda - Naning.
 1650: Bangunan Stadthuys dibina sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda
dan timbalannya, dan dijadikan pusat pentadbiran Belanda di Melaka.
 1710: Gereja St. Peter, gereja Katolik tertua di Malaysia, dibina selepas pihak
Belanda memberi kebebasan kepada orang Katolik untuk mengamalkan agama
mereka.
 1753: Gereja Christ, yang melambangkan seni rekabentuk Belanda, disiap
sepenuhnya selepas pembinaan dua belas tahun.
 1756: Bugis di bawah pemerintahan Daeng Kemboja telah menyerang Melaka.
 1784: Raja Haji datang ke Melaka untuk menawannya tetapi terbunuh semasa
pertempuran di Teluk Ketapang.
 1795: Syarikat Hindia Timur menguasai Melaka buat sementara semasa Perang
Napoleon.
 1807: Pihak British di bawah William Farquar mula memusnahkan kubu Portugis
dan mengusir pengaruh Portugis dari Melaka. Kemudian Belanda merancang
untuk menukarkan pedagang-pedagang yang datang ke Melaka berpindah ke
Pulau Pinang dan berhasrat melemahkan kekuatan Melaka.Kerja-kerja
memusnahkan kota ini menelan belanja disekitar 70,000 paun sterling.
 1808: Kedatangan Sir Stamford Raffles telah menyelamatkan Melaka dari
kemusnahannya dengan persetujuan Lord Minto. Rancangan pemindahan
penduduk dibatalkan.
 1818: Melaka dipulangkan kepada pihak Belanda di bawah Perikatan Vienna
selepas Perang Napoleon.
 1819: Sultan Hussain Shah telah menyerahkan Singapura kepada Syarikat
Hindia Timur Inggeris. Makam baginda terdapat di Masjid Tengkera.
Pemerintahan British
 1824: Satu Perikatan British-Belanda (juga digelarkan Perikatan London) dibuat
yang mana pihak British memberi Bencoleen (Bengkulu) di Sumatra kepada
pihak Belanda sebagai pertukaran dengan Melaka. Perikatan ini ditandatangani
untuk mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda. British telah
menguasai kawasan utara Selat Singapura sementara Belanda di bahagian
Selatan (Kepulauan Indonesia).
 1826: Melaka, Pulau Pinang dan Singapura disatukan menjadi Negeri-negeri
Selat.
 1849: Gereja St. Francis Xavier dibina untuk memperingatinya.
 1867: Negeri-negeri Selat menjadi tanah jajahan British. Pejabat Pemerintahan
Gabenor-Jeneral yang berpusat di India berpindah ke Pusat Pemerintahan
di London.
 1895: Penanaman getah secara ladang dilakukan oleh Tan Chay Yan di Bukit
Lintang, Melaka.
 1941: Perang Dunia ke-2 berlaku. Jepun mengebom Pearl Harbour (Pengkalan
Laut yang penting di Hawai bagi Amerika Syarikat).
 1942: Melaka jatuh ke tangan Jepun.
 1945: British kembali menguasai Melaka setelah Jepun menyerah kalah kepada
British di Singapura.
 1948: Komunis menyerang dan menguasai Malaya selama 14 hari.
Pihak British mengistiharkan darurat dan situasi ini berakhir pada tahun 1960.
 1956: Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama
mengumumkan tarikh kemerdekaan (31 Ogos, 1957) setibanya dari London.
Dalam tahun yang sama, Melaka menjadi sebahagian daripada Persekutuan
Tanah Melayu sebagai negara merdeka.

Anda mungkin juga menyukai