Anda di halaman 1dari 39

Sejarah Melaka

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, pada tahun antara 1400 hingga 1403. Parameswara merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja Sriwijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura Lama dan berkuasa selama 48 tahun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh puteranya Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 1386) yang kemudian diteruskan oleh cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 1399). Pada tahun 1401, Parameswara putrra dari Seri Rana Wira Kerma, mengungsi dari Tumasik setelah mendapat penyerangan dari Majapahit. Parameswara pada awalnya menjadi raja di Singapura pada tahun 1390-an. Negeri ini kemudian diserang oleh Jawa dan Siam, yang memaksanya berpindah lebih ke utara. Kronik Dinasti Ming mencatat Parameswara telah tinggal di ibukota baru di Melaka pada 1403, tempat armada Ming yang dikirim ke selatan menemuinya. Sebagai balasan upeti yang diberikan Kekaisaran China menyetujui untuk memberikan perlindungan pada kerajaan baru tersebut. Parameswara kemudian menganut agama Islam setelah menikahi puteri Pasai. Laporan dari kunjungan Laksamana Cheng Ho pada 1409 melaporkan bahawa pada saat itu Parameswara masih berkuasa, dan raja dan rakyat Melaka sudah menjadi Muslim. Pada 1414 Parameswara digantikan puteranya, Sultan Megat Iskandar Shah. Megat Iskandar Shah memerintah selama 10 tahun, dan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah. Putera Sultan Muhammad Shah yang kemudian menggantikannya, Raja Ibrahim, dilihat tidak menganut agama Islam, dan mengambil gelaran Seri Parameswara Dewa Shah. Namun masa pemerintahannya hanya 17 bulan, dan dia mangkat kerana terbunuh pada 1445, masyarakat Melaka menggelarnya Sultan Abu Syahid. Saudara seayahnya, Raja Kasim, kemudian menggantikannya dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah. Di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka melakukan ekspansi di Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera (Kampar dan Inderagiri). Ini memancing kemarahan Siam yang menganggap Melaka sebagai bawahan Kedah, yang pada saat itu menjadi vassal Siam. Namun serangan Siam pada 1455 dan 1456 dapat dipatahkan oleh Melaka. Di bawah pemerintahan raja berikutnya yang naik takhta pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah, Melaka menyerbu Kedah dan Pahang, dan menjadikannya negara vassal. Di bawah

sultan yang sama Johor, Jambi dan Siak juga takluk. Dengan demikian Melaka mengendalikan sepenuhnya kedua pesisir yang mengapit Selat Malaka. Sultan Mansur Shah berkuasa sehingga baginda mangkat pada 1477. Baginda digantikan oleh puteranya Sultan Alauddin Riayat Shah. Sultan ini memerintah selama 11 tahun, saat baginda meninggal dan digantikan oleh putranya Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud Shah memerintah Melaka sehingga tahun 1511, saat ibu kota kerajaan tersebut diserang tentera Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Serangan dimulai pada 10 Ogos 1511 dan berjaya ditawan pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan dan mendirikan ibukota baru di sana. Pada tahun 1526 Portugis telah menghancurkan Bentan, dan Sultan kemudian melarikan diri ke Kampar, Sumatera, tempat dia meninggal dunia dua tahun kemudian. Puteranya Sultan Mudzaffar Shah I, Perak kemudian menjadi Sultan Perak yang pertama, sedangkan puteranya yang lain Sultan Alauddin Riayat Shah II mendirikan kerajaan baru iaitu Johor. Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

[sunting]Pemerintahan

Jajahan

Melaka ditawan oleh Alfonso de Albuquerque, seorang Wizurai Portugis pada 24 Ogos 1511 dan menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur. Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan serangan sekejap-sekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera di mana beliau mangkat dua tahun kemudian. St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur. Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi

mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian BritishBelanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat HindiaTimur British (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahanBritish. Ia menjadi sebahagian Petempatan Selat (Straits Settlement), bersamasama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada tahun1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia. Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989.
[sunting]Kesultanan 

Melaka

1400: Parameswara, putera raja dari Palembang setelah ditumpaskan oleh Majapahit telah menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka negeri Melaka. 1403: Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya telah singgah di Melaka dan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan China - Melaka. 1409: Parameswara membayar ufti kepada negeri China untuk mendapat perlindungan daripada serangan pihak Siam. 1409: Laksamana Cheng Ho, ketua Armada perdagangan China dan para pembesar tiba di Melaka bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara. 1411: Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar ke China. Baginda diterima mengadap Maharaja Yung Lo. 1414: Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah (1414-1424). 1424: Parameswara mangkat dan anakandanya, Sri Maharaja menaiki takhta dan menukar namanya menjadi Sultan Muhammad Shah (1424-1444). 1444: Sultan Muhammad Shah diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim. 1445: Raja Ibrahim dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu Syahid. 1446: Raja Kassim menaiki tahta dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah (14461458) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. 1447: Serangan pertama Siam ke atas Melaka. Pihak Siam ditewaskan tidak jauh dari Muar.

  

1456: Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja. Beliau telah berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu. 1458: Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Maharaja China telah menghantar Laksamana Cheng Ho yang membawa Puteri Hang Li Po dan dikahwinkan dengan Baginda. Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri Cina untuk mengiring Hang Li Po. 1477: Sultan Mansur Shah mangkat dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) menaiki takhta pada umur 15 tahun. Baginda merupakan seorang yang tegas dalam melaksanakan tugasnya. 1488: Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh dan diganti oleh Sultan Mahmud Shah (1488-1511). 1498: Tun Perak meninggal dunia. 1500: Tun Mutahir, sepupu Tun Perak, menggantikannya sebagai Bendahara bergelar Bendahara Seri Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa di kalangan bendahara-bendahara. 1509: Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar 'Benggali Putih' oleh orang tempatan. Atas sebab perselisihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan. 1510: Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya mati dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Shah kerana difitnah oleh para pembesar bahawa beliau ingin mengatasi kekayaan sultan. Sultan Mahmud Shah tanpa usul periksa telah memeritahkan Tun Muthahir dan keluarganya dihukum bunuh.Kemudian Sultan menyedari akan kesilapannya lalu mengambil Tun Fatimah sebagai isterinya dan dimashurkan sebagai Puan Besar. Sultan Mahmud Shah memilih anaknya, Sultan Ahmad Shah menggantikan baginda sebagai Sultan sementara.

 

[sunting]Pemerintahan 

Portugis

1511: Alfonso de Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaanya ditolak oleh sultan. Selepas 10 hari dengan bantuan pembelot dari kalangan pembesar dan orang dalam

istana yang iri hati dan dengki diatas pemashuran Tun Fatimah dan bimbang akan kedudukan jalur keturunannya, pihak Portugis berjaya mengepung dan menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan penewasan Sultan Mahmud Shah, pihak Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.


1513: Patih Unus dari Jawa, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan Demak di Sumatera menyerang Melaka. 1518-1519: Sultan Mahmud Shah telah mengerah rakyatnya membina tembok tinggi mengelilingi Melaka dalam masa tiga bulan. 1521: Gereja St. Paul dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho dan dinamakan "Our Lady of The Hill", tetapi kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan "Gereja St. Paul". 1523: Sultan Mahmud gagal sekali lagi dalam penawanan Melaka. 1525: Laksamana Hang Nadim telah mengepung Kota A Famosa. Pihak Portugis membuat catuan makanan dari Goa. 1526: Seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra. 1528: Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar, Sumatra. 1537: Pihak Aceh menyerang pihak Portugis di Melaka pada kali yang pertama. 1545: Buat pertama kalinya, Fr. Francis Xavier tiba di Melaka. Pada keseluruhannya, beliau membuat lima lawatan ke Melaka kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur. 1548: Kolej St. Paul (St. Paul's College), sekolah pertama di Melaka, dibina oleh St. Francis Xavier untuk orang Katolik Portugis dan orang tempatan yang memeluk agamanya. 1551: Gabungan Johor, Japara dan Perak yang mantap telah menawan Melaka dan mengepungnya selama tiga bulan. 1553: Fr. Francis Xavier meninggal di Pulau Sancian berdekatan Canton, China dan dibawa ke gereja St. Paul selama sembilan bulan persemadiannya sebelum mayatnya dibawa semula ke Goa, India. 1568: Johor membantu Portugis Melaka mematahkan serangan Acheh. Acheh telah mengawal Selat Melaka selama enam puluh tahun.

 

  

1582: Pihak Portugis membantu Johor daripada serangan Aceh, dan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah menjadi Sultan Johor pertama yang melawat Melaka. 1587: Johor menyerang pihak Portugis secara besar-besaran melalui serangan tanah daratan dan laut tetapi gagal sewaktu angkatan pihak Portugis sampai dari Goa. 1588: Pelawat Inggeris pertama, Ralph Ritch telah tiba di Melaka. 1597: Pihak Belanda membuat serangan pertama Belanda ke atas Kota Portugis Melaka. 1606: Pihak Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge bekerjasama dengan Sultan Johor untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa. 1615-1616: Acheh menyerang Melaka. 1628-1629: Acheh memerintah Melaka selama lapan bulan sebelum pihak Portugis mengambil Melaka kembali. 1636: Kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan.

 

 

[sunting]Pemerintahan 

Belanda

1641: Pihak Belanda (1641 - 1795) menewaskan pihak Portugis pada 14 Januari dan menakluk Melaka dengan pembantuan Sultan Johor. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho, menyerah kalah kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe. 1645: Tokong Cheng Hoon Teng telah dibina oleh Kapten Lee Wei King dan ia merupakan tokong Cina yang tertua di Malaysia. 1645-1670: Perang antara Belanda - Naning. 1650: Bangunan Stadthuys dibina sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya, dan dijadikan pusat pentadbiran Belanda di Melaka. 1710: Gereja St. Peter, gereja Katolik tertua di Malaysia, dibina selepas pihak Belanda memberi kebebasan kepada orang Katolik untuk mengamalkan agama mereka. 1753: Gereja Christ, yang melambangkan seni rekabentuk Belanda, disiap sepenuhnya selepas pembinaan dua belas tahun. 1756: Bugis di bawah pemerintahan Daeng Kemboja telah menyerang Melaka. 1784: Raja Haji datang ke Melaka untuk menawannya tetapi terbunuh semasa pertempuran di Teluk Ketapang. 1795: Syarikat Hindia Timur menguasai Melaka buat sementara semasa Perang Napoleon.

 

 

1807: Pihak British di bawah William Farquar mula memusnahkan kubu Portugis dan mengusir pengaruh Portugis dari Melaka. Kemudian Belanda merancang untuk menukarkan pedagang-pedagang yang datang ke Melaka berpindah ke Pulau Pinang dan berhasrat melemahkan kekuatan Melaka.Kerja-kerja memusnahkan kota ini menelan belanja disekitar 70,000 paun sterling. 1808: Kedatangan Sir Stamford Raffles telah menyelamatkan Melaka dari kemusnahannya dengan persetujuan Lord Minto. Rancangan pemindahan penduduk dibatalkan. 1818: Melaka dipulangkan kepada pihak Belanda di bawah Perikatan Vienna selepas Perang Napoleon. 1819: Sultan Husin Shah telah menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Makam baginda terdapat di Masjid Tengkera.

[sunting]Pemerintahan 

British

1824: Satu Perikatan British-Belanda (juga digelarkan Perikatan London) dibuat yang mana pihak British memberi Bencoleen (Bengkulu) di Sumatra kepada pihak Belanda sebagai pertukaran dengan Melaka. Perikatan ini ditandatangani untuk mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda. British telah menguasai kawasan utara Selat Singapurasementara Belanda di bahagian Selatan (Kepulauan Indonesia). 1826: Melaka, Pulau Pinang dan Singapura disatukan menjadi Negeri-negeri Selat. 1849: Gereja St. Francis Xavier dibina untuk memperingatkannya. 1867: Negeri-negeri Selat menjadi tanah jajahan British. Pejabat Pemerintahan Gabenor-Jeneral yang berpusat di India berpindah ke Pusat Pemerintahan di London. 1895: Penanaman getah secara ladang dilakukan oleh Tan Chay Yan di Bukit Lintang, Melaka. 1941: Perang Dunia ke-2 berlaku. Jepun mengebom Pearl Harbour (Pengkalan Laut yang penting di Hawai bagi Amerika Syarikat). 1942: Melaka jatuh ke tangan Jepun. 1945: British kembali menguasai Melaka setelah Jepun menyerah kalah kepada British di Singapura. 1948: Komunis menyerang dan menguasai Malaya selama 14 hari. Pihak British mengistiharkan darurat dan situasi ini berakhir pada tahun 1960.

  

 

1956: Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengumumkan tarikh kemerdekaan (31 Ogos, 1957) setibanya dari London. Dalam tahun yang sama, Melaka menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara merdeka.

[sunting]Kemerdekaan  

1957: Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. 1963: Pembentukan Malaysia pada 16 September. Melaka menjadi sebahagian daripada Malaysia. Singapura, Sabah dan Sarawak juga menyertainya. 1989: Melaka diisytiharkan sebagai Bandaraya Bersejarah pada 15 April.

Perang Dunia Kedua


Perang Dunia Kedua atau Perang Dunia II (PD2 atau PDII) ialah satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Rusia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh Chinadengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta. Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu(perikatan negaranegara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun). Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia Kedua medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur. Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikatkeluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.

Pengenalan
Cara layanan pihak yang menang terhadap Republik Weimar selepas Perang Dunia I, dan kemelesatan besar ekonomi ( Great Depression ) menyebabkan pergerakan pelampau nasionalis NSDAP Adolf Hitler merebut kuasa di Jerman. Disebabkan keadaan politik yang rapuh, Adolf Hitler berjaya menggunakan kuasa darurat dan memegang kuasa penuh negara Jerman. Adolf Hitler membelakangi perjanjian selepas Perang Dunia I, dia membangunkan semula tentera Jerman melalui perlembagaan demokratik yang kemudiannya diketepikan. Dia menguatkan tentera di sempadan bersebelahan dengan Perancis, memaksa persekutuan semula dengan Austria, dan dengan persetujuan Perancis-British dia menyerap sebahagian dari Czechoslovakia. Pada tahun 1922 Benito Mussolini dan parti Fascist bangkit memegang kuasa di Itali. Fascist Itali, Mussolini berkongsi sebahagian matlamat ideologi dengan sosialis Kebangsaan Jerman, dan walaupun Mussolini tidak

begitu mempercayai Hitler, kedua negara membentuk perjanjian yang dikenali sebagai "Rome-Berlin Axis" pada tahun 1936. Perang Dunia Kedua lebih banyak mengorbankan orang awam berbanding peperangan lain sebelumnya dalam sejarah. Ini disebabkan sebahagiannya pengeboman udara secara besar-besaran terhadap penduduk awam pada skala yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. (Polisi yang dimulakan olehLuftwaffe Jerman terhadap Poland, Perancis dan Inggris membantu Poland, dan kemudiannya dilakukan dengan lebih meluas oleh pihak Berikat terhadap bandar Jerman), dan penggunaan teknologi zaman perindustrian untuk membolehkan pembunuhan beramai-ramai orang awam yang tidak diperlukan di kem penghapusan. Keseluruhannya, Perang Dunia Kedua mengakibatkan 50 juta kematian (sekitar dua peratus penduduk dunia). Untuk rencana lanjutan, lihat korban Perang Dunia Kedua menurut negara

Medan Eropah
Peperangan di Eropah bermula pada 1 September 1939, apabila tentera Jerman menjajah Poland. Pakar sejarah yang lain pula menyebut pencerobohan Jepun ke negeri China pada tahun 1937 sebagai permulaan peperangan, atau pencerobohan Jepun ke Manchuria pada tahun 1931. Pada tahun 1939, Hitler menuntut sebahagian daripada wilayah Poland dan memeteraikan Perjanjian MolotovRibbentrop ( Molotov-Ribbentrop Pact ) dengan Kesatuan Soviet sebagai membalas kepada tindakan sokongan persekutuan pertahanan British dan Perancis dengan Poland pada bulan Mac 1939. Pihak Wehrmacht Jerman kemudiannya menjajah Poland dalam 'Kempen September Polish' pada 1 September. Pada 3 September 1939 pihak British dan Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman. Kerajaan Poland tumbang, dan Presiden Ignacy Moscicki melarikan diri serta menubuhkan kerajaan Polish dalam pelarian pada 18 September 1939. Dalam tempoh beberapa minggu kemudian, Tentera Merah Soviet turut menjajah Poland, dan pertempuran merebut Poland berakhir tanpa sebarang bantuan ketenteraan daripada negara Perancis dan British. Tempoh dari tamatnya penjajahan Poland pada Oktober 1939, sehingga penjajahan Jerman terhadap Benelux dan Perancis pada Mei 1940, dikenali sebagai Perang Olok-olok (Phony War). Pasukan Jerman dan Soviet dipindahkan dari menyerang Poland. Tentera Merah menumpukan ke Negara-negara Baltik dan kepada Finland, di mana Peperangan Musim Sejukmenjadi tumpuan dunia disebabkan ketiadaan pertempuran lain. Pasukan Wehrmacht bergerak ke barat, dan sementara itu Operasi Weserbung menjajah Denmark dan Norway. Perancis menggerakkan tenteranya dan mengendalikan pertahanan sempadannya yang kukuh dengan Rhine; dan pihak British pula menghantar pasukan expeditionary yang besar ke Perancis. Selain serangan ringkas oleh pasukan Perancis yang menyeberangi Rhine, tiada pertempuran lain sementara kedua pihak memperkukuhkan tentera mereka.

Pada Mei 1940 pasukan Jerman menyerang Negara Rendah (Low Countries) (Belanda, Belgium dan Luxembourg). Ketiga-tiga negara diduduki dengan pantas dan kesemua kerajaan dan pemerintahnya berundur ke British, kecuali raja Belgium Leopold III yang kekal di negaranya. Pihak Jerman kemudiannya menyerang Perancis. Taktik Blitzkrieg Jerman berjaya mengalahkan tentera Perancis dan British di Perancis. Pasukan Ekspedisi British (BEF) terpaksa diundurkan dari Dunkirk dalam Operasi Dynamo, meninggalkan kelengkapan berat mereka, sementara kerajaan Perancis berdamai, dengan pihak Jerman menguasai kawasan di Utara dan kerajaan Vichy Perancis Vichy (Vichy France Vichy) pula berkuasa di selatan. Sementara itu, tentera udara Jerman, Luftwaffe gagal mengalahkan Pasukan Udara Diraja dalam Pertempuran Britain ( Battle of Britain ) untuk menguasai ruang udara British. Sebaliknya pihak Luftwaffe memulakan kempen pengeboman strategik yang dikenali oleh pihak British sebagai Blitz, dan mengepong British agar menyerah dalam Pertempuran Atlantik. Britain tetap utuh menghadapi kedua-duanya. Pada Jun 1941 Jerman menyerang Kesatuan Soviet, walaupun mereka mempunyai pakatan tidak agresif (nonaggression pact), dalam Operasi Barbarossa, memulakan apa yang dikenali di Kesatuan Soviet sebagai Peperangan Patriotik Agung (Great Patriotic War) ( ). Pihak

Rusia dikejutkan dan Wehrmacht pada awalnya menakluk kawasan yang luas, dan menawan beratus ribu tentera. Pihak Soviet berundur, dan berjaya memindahkan kebanyakan industri berat mereka jauh daripada medan pertempuran dan membina semula dikawasan lebih terpencil. Pengorbanan pertahanan yang kental menghalang pihak Jerman menawan Moscow (Bandar Wira) sehingga musim sejuk melanda (lihatPertempuran Moscow). Hitler, menjangkakan kempen itu tamat dalam tempoh beberapa bulan, tidak melengkapkan tentera mereka untuk peperangan musim sejuk. Lima hari selepasSoviet melancarkan serangan balas mereka, pada 11 Disember 1941, Jerman mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat selepas Serangan ke atas Pearl Harbor oleh Jepun -Untuk rencana lanjutan, lihat Perang Dunia Kedua Medan Asia Pada musim bunga pihak Jerman melakukan serangan lanjut terhadap Kesatuan Soviet, tetapi tidak dapat menetapkan antara serangan langsung terhadap Moscow atau menawan padang minyak Caucasus. Moscow sekali lagi berjaya dipertahankan, dan pada akhir tahun 1942 tentera Soviet berjaya menembusi baris hadapan pihak Pusat di selatan, dan mengepong Tentera ke-6 Jerman dalam Pertempuran Stalingrad ( Bandar Wira ). Pada Februari 1943 saki-baki 300,000 tentera Jerman menyerah. Pada musim bunga, Wehrmacht berjaya memulihkan baris hadapan dan melakukan serangan balas dalam Pertempuran Kedua Kharkov (Second Battle of Kharkov), tetapi serangan mereka pada Pertempuran Kursk (Julai 1943) gagal mengakibatkan pihak Jerman tidak lagi mempunyai sumber untuk bertahan. Tentera Merah berjaya menyerang balas dan merampas kembali kawasan yang hilang. Semenjak itu, Kesatuan Soviet mempunyai kelebihan di Timur Eropah.

Kekalahan pihak Jerman di Stalingrad diikuti pula dengan kekalahan pada skala yang sama di Tunisia (lihat Perang Dunia Kedua#Medan Afrika dan Timur Tengah Medan Afrika di bawah), mengakibatkan kehilangan tapak terakhir kuasa Paksi di Afrika Utara dan penawanan suku juta tahanan perang Jerman dan Itali pada Mei 1943. Selepas itu pihak Berikat menggunakan Afrika Utara sebagai papan loncatan untuk pelanggaran Sicily melalui Operasi Husky pada Julai 1943 dan pelanggaran tanah besar Itali oleh pihak Berikat Allied (September 1943), yang digambarkan oleh Sir Winston Churchill sebagai "bahagian lembut perut Eropah". Itali menyerah, tetapi tentera Jerman bertindak untuk melucutkan senjata tentera Itali dan bergegas mempertahankan Itali bersendirian. Pihak Jerman mendirikan baris pertahanan kukuh di negara bergunung yang sesuai untuk pertahanan, dan kemajuan pihak Berikat adalah perlahan. Pihak Berikat melanggar Normandy dalam Operasi Overlord pada Jun 1944 dan membebaskan kebanyakan Perancis dan Negara Rendah ( Low Countries ) pada penghujung tahun. Pihak Jerman yang terdesak telah menyerang balas dalam Pertempuran Bulge pada Disember 1944 tetapi dapat dipatahkan. Pihak Berikat kemudian berjaya memasuki Jerman pada 1945. Ketika ini pihak Soviet telahpun sampai ke sempadan Timur Empayar Jerman ( German Reich ), dan nasib Jerman telah ditentukan. Selepas Hitler membunuh diri ketika pihak Rusia memasuki Berlin, pihak tentera Jerman menyerah tanpa syarat pada 7 Mei 1945. Peperangan di Eropah berakhir dengan penyerahan diri oleh Jerman pada 8 Mei 1945, tetapi berterusan di Asia dan Pasifik sehingga 2 September 1945, apabila Jepun menyerah kalah.

Perang Pasifik
Pihak Jepun telah berperang dengan negara China sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Eropah. Ketika Amerika Syarikat dan negara-negara lain menghentikan eksport ke Jepun, mereka telah membuat keputusan untuk menyerang Pearl Harbor pada 7 Disember 1941 serentak dengan pengistiharan perang dalam tempoh yang singkat. Disebabkan masalah teknikal, pengistiharan tersebut tidak sempat disampaikan. Angkatan Pasifik Amerika mengalami kerosakan yang teruk, walaupun kapal induknya terselamat kerana ketika serangan berlaku ia sedang belayar. Tentera Jepun turut menyerang tanah-tanah jajahan milik British di Malaya, dan Borneo, serta Filipina yang berada di bawah penguasaan Amerika secara serentak, dengan tujuan untuk menguasai telaga minyak Belanda Hindia Timur. Pulau kota Singapura kepunyaan British tewas dalam apa yang disifatkan oleh Churchill sebagai kekalahan British yang paling memalukan sepanjang zaman. Pada Mei 1942, tentera laut Jepun menyerang Port Moresby, New Guinea. Seandainya serangan tersebut berjaya, ia akan mendekatkan jarak mereka untuk menyerang Australia. Bagaimanapun, serangan tersebut digagalkan oleh Tentera Laut Berikat dalam Pertempuran Laut Karang(Coral Sea), menjadikannya operasi menentang pelan Jepun yang pertama berjaya, dan pertempuran tentera laut pertama antara kapal induk sepenuhnya. Sebulan kemudian Tentera Laut AS sekali lagi berjaya menghalang pencerobohan Kepulauan

Midway dalam Pertempuran Midway, kali ini memusnahkan empat kapal induk Tentera Laut Jepun, yang tidak mampu digantikan oleh industri persenjataan Jepun, sekali gus meletakkan pihak Imperialis Jepun dalam situasi bertahan. Bagaimanapun, pada Julai Tentera Imperialis Jepun telah melakukan serangan darat di Port Moresby, sepanjang Laluan Kokoda Kokoda Track. Pasukan simpanan Australia, ramai yang masih muda dan tidak terlatih, bertempur sebagai pengawal belakang, sehingga mereka digantikan oleh Tentera Australia biasa yang kembali daripada pertempuran di Timur Tengah. Pemimpin Pihak Berikat telah bersetuju walaupun sebelum kemasukan Amerika dalam peperangan bahawa keutamaan perlu diberikan untuk mengalahkan pihak Jerman. Bagaimanapun pasukan Australia dan Amerika dibawah pimpinan Jeneral Douglas MacArthur mula menyerang jajahan yang tertawan, bermula dengan Pulau Guadalcanal melawan tentera Jepun yang bertahan dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Pada 7 Ogos 1942 Pulau Guadalcanal diserang oleh Kor Marin Amerika Syarikat (United States Marine Corps; USMC). Pada akhir Ogos dan awal September, ketika pertempuran berlarutan di Guadalacanal, pasukan Australia dan Amerika Syarikat bertempur dengan serangan amphibious Jepun di hujung timur New Guinea dalam Milne Bay, kekalahan mutlak pertama tentera darat Jepun. Pasukan Amerika Syarikat mencapai kejayaan di Guadalcanal pada Februari 1943. Pasukan Australia dan Amerika Syarikat kemudiannya berusaha untuk menawan kembali kawasan yang ditawan Jepun di sesetengah bahagian di New Guinea dan Dutch East Indies. Pulau Solomon dirampas kembali sepenuhnya pada 1943, New Britain dan New Ireland pada tahun 1944. Filipina diserang pada akhir tahun 1944 selepas Pertempuran Teluk Leyte. Kapal selam AS dan pihak Berikat turut menyerang perkapalan perdagangan Jepun, dengan itu menafikan perindustrian Jepun dari mendapatkan bahan mentah, yang merupakan sebab utama Jepun berperang untuk mendapatkannya. Keberkesanan cerutan ini meningkat apabila Amerika menawan kawasan kepulauan yang berhampiran tanah besar Jepun. Tentera Kebangsaan Kuomintang (Nationalist Kuomintang Army) di bawah Chiang Kai-shek dan Tentera Komunis China (Communist Chinese Army) di bawah Mao Zedong kedua-duanya menentang penaklukan Jepun di China, tetapi tidak pernah bersatu menentang Jepun. Pertikaian antara kuasa Komunis dan KebangsaanNationalist berterusan walaupun perang sudah tamat. Pihak Berikat menawan kepulauan berhampiran Jepun seperti Iwo Jima dan Okinawa meletakkan Jepun dalam jarak serangan udara dan laut, Tokyo diserang dengan bom api dan kemudiannya bom nuklear menghancurkan Hiroshima. Pada 8 Ogos 1945, Kesatuan Soviet yang sekian lamanya menyimpan dendam atas kekalahannya di Pelabuhan Arthur dan Tsushima oleh Jepun pada tahun 1902 telah mengistiharkan serang balas ke atas Jepun, menyerang jajahannya di Manchuria. Pada 9 Ogos Nagasaki di

bom dengan bom atom. Pihak Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945, dan menandatangani dokumen menyerah kalah pada 2 September 1945.

Medan Afrika dan Timur Tengah


Kempen Afrika Utara bermula pada tahun 1940, apabila sepasukan kecil tentera British di Mesir menghalang kemaraan tentera Itali daripada Libya. Kemaraan ini dihentikan pada tahun 1941 ketika pasukan Jerman di bawah Erwin Rommel mendarat di Libya. Tambahan lagi, pada Jun 1941 Tentera Australia dan pasukan Berikat melanggar Syria dan Lebanon, menawan Damascus pada 17 Jun. Afrika Korps dibawah pimpinan Rommel maju dengan pantasnya ke arah timur dan terus mengepung pelabuhan strategik di Tobruk. Pasukan Australia dan British menangkis kesemua serangan sehinggalah diganti, tetapi serangan pihak Pusat yang baru menawan bandar tersebut dan menghalau Tentera ke Lapan ( Eighth Army ) kebelakang sehingga ke perbatasan di El Alamein. Pertempuran El Alamein Pertama berlaku antara 1 Julai sehingga 27 Julai 1942. Pihak Jerman telah mara ketitik pertahanan terakhir sebelum bandar Alexandria dan Terusan Suez. Bagaimanapun mereka mendahului saluran bekalan, dan pertahanan British dan Komanwel mematahkan serangan mereka. Pertempuran El Alamein Kedua berlaku antara 23 Oktober dan 3 November 1942 selepas Bernard Montgomery menggantikan Claude Auchinleck sebagai komander Tentera Kelapan ( Eighth Army ). Pasukan Komanwel Commonwealth forcesmula menyerang dan memusnahkan Afrika Korps. Rommel dipaksa berundur, dan kali ini tidak berhenti berundur sehingga sampai ke Tunisia. Mengiringi kejayaan ini, pada 8 November 1942, tentera Amerika dan British mendarat di Maghribi dan Algeria dalam Operasi Obor ( Operation Torch ). Pasukan tempatan Perancis Vichy membuat penentangan terhad sebelum menyertai pihak Berikat. Akhirnya pasukan Jerman dan Itali terkepit dari kemaraan berkembar dari Algeria dan Libya oleh pihak Berikat. Mara dari kedua-dua belah timur dan barat, pasukan Berikat mengundurkan Wehrmacht sepenuhnya dari Afrika dan pada 13 Mei 1943, baki pasukan Paksi di Afrika Utara menyerah diri. 250,000 tahanan ditahan; sama ramai seperti di Stalingrad. Afrika Utara digunakan sebagai batu loncatan untuk melanggar Sicily dan Itali pada tahun 1943.

Kepentingan Sejarah
Berbeza dengan Perang Dunia I, pihak Barat yang menang dalam Perang Dunia Kedua tidak meminta bayaran gantirugi daripada negara yang kalah. Sebaliknya, dalam satu pelan yang dirangka oleh Setiausaha Amerika Syarikat, George Marshall, "Program Pemulihan Ekonomi" ( Economic Recovery Program ), lebih terkenal dengan nama Pelan Marshall, mengkehendaki Kongres Amerika Syarikat untuk memperuntukkan berjuta dollar untuk pembinaan semula Eropah.

Oleh kerana League of Nations jelas gagal menghalang peperangan, badan dunia baru dibentuk. Pada tahun 1945 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan. Bahagian Eropah yang ditakluk atau dikuasai Soviet Union tidak mendapat untung dari Pelan Marshall. Dalam Perjanjian Perdamaian Paris ( Paris Peace Treaties ), 1947 Paris Peace Treaty , musuh Soviet Union seperti Hungary, Finland and Romania dikehendaki membayar pampasan perang sebanyak $300,000,000 setiap satu (dalam nilaian dolar 1938) kepada USSR dan negara satelitnya. Itali dikehendaki membayar $360,000,000, dikongsi kebanyakannya antara Greece, Yugoslavia dan Soviet Union. Dalam kawasan diduduki oleh Kesatuan Soviet pada penghujung perang, regim boneka diletakkan, walaupun dibantah oleh kerajaan buangan dan pihak Berikat yang lain. Jerman dibahagikan kepada empat zon jajahan, dengan zon Amerika, British, dan Perancis dikelompokkan sebagai Jerman Barat dan zon Rusia sebagai negara satelit Rusia, dikenali sebagai Jerman Timur. Austria sekali lagi dikeluarkan daripada Jerman dan ia juga dipecahkan kepada empat zon jajahan, tetapi zon Rusia akhirnya disatukan menjadi negara Austria. Dalam kata Churchill, "Tirai Besi telah turun membelah Eropah". Seterusnya ini mendorong commitment dari pihak Amerika untuk membantu melindungi Eropah Barat, pembentukan NATO danPerang Dingin. Dalam gantirugi, menurut syarat Persidangan Yalta, lebih dua juta tahanan askar Rusia yang jatuh di tangan pasukan Amerika dan British, mengakibatkan kematian sebahagian besar daripada mereka. Penyelidikan dan pembangunan yang terbabit dengan Projek Manhattan bertujuan agar dapat mereka bentuk senjata nuklear yang boleh digunakan dengan cepat memberi kesan besar kepada masyarakat saintifik, antara lain membentuk jaringan makmal kebangsaan di Amerika Syarikat. Dalam ruang ketenteraan, Perang Dunia Kedua menandakan kedatangan kuasa udara, kebanyakannya menggantikan kapal perang. Ketika bandul terus berhayun dalam persaingan tanpa akhir ini, kuasa udara menjadi rakan kongsi penuh dalam sebarang tindakan ketenteraan. Perang Dunia Kedua merupakan kemuncak kepada jumlah tentera yang ramai. Walaupun jumlah tentera yang ramai berkuali rendah muncul semula (ketika Perang Korea dan dalam beberapa pertikaian negara Afrika), selepas kemenangan ini kuasa besar bergantung kepada tentera yang kecil tetapi terlatih dan bersenjata lengkap. Selepas perang, ramai pemerintah Jerman berpangkat tinggi dibicarakan kerana jenayah perang, termasuk juga pembunuhan beramai-ramai Holokus dilaksanakan kebanyakan di bawah kawasan Kerajaan Jeneral ( General Government ), dalam perbicaraan Nuremberg. Serupa juga pemimpin Jepun dibicarakan dalam Perbicaraan Jenayah Perang Tokyo ( Tokyo War Crime Trial ). Dinegara lain, terutamanya di Finland, pihak Berikat bertegas untuk mendakwa pemimpin politik untuk dibicarakan dalam "perbicaraan tanggungjawab perang" war-responsibility trials - contohnya. bukan kerana jenayah perang.

Kekalahan Jepun, dan penjajahannya oleh tentera Amerika ( American Forces ), mendorong kepada Jepun gaya barat yang lebih menyeluruh dari apa yang mungkin berlaku jika sebaliknya. Jepun mengikut lebih dekat demokrasi cara Barat dan, disebabkan kekalahannya di tangan Amerika Syarikat, berusaha untuk meniru Amerika Syarikat. Usaha besar-besaran kebangsaan ini menghasilkan keajaiban ekonomi dan kebangkitan Jepun untuk menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia.

Askar Payung Terjun


Askar payung terjun adalah anggota tentera yang menerima latihan khas menggunakan payung terjun memasuki kawasan operasi dan biasanya bertindak sebagai sebahagian daripada pasukan yang lebih besar memasuki kawasan operasi dengan cara digugurkan dengan payung terjun bagi maksud menawan dan mempertahankan sesuatu kawasan. Kemasukan dengan cara pengguguran menggunakan payung terjun membolehkan sesuatu pasukan melangkaui sesuatu barisan pertahanan musuh dan ancaman penggunaan askar payung terjun memaksa pasukan musuh menempatkan pasukan tentera di kawasan-kawasan yang sepatutnya selamat sekiranya dilihat dari sudut geografinya. Ini memaksa musuh menyerakkan pasukan tenteranya bagi menemui ancaman penggunaan askar payung terjun. Sejarah Askar payung terjun pertama kali digunakan secara besar-besaran oleh tentera Jerman semasa Perang Dunia II. Askar di bawah perintah Jeneral Kurt Student dikenali dengan nama Fallschirmjger bertindak cemerlang semasa fasa Blitzkrieg perang di Eropah semasa penaklukan Belanda, Belgium dan Perancis. Mereka digunakan untuk menubuhkan satu tumpuan udara (airhead) di kawasan-kawasan strategik yang boleh ditawan dan dipertahankan sementara menunggu kemaraan pasukan darat. Penggunaan Fallschirmjger menimbulkan huru hara kepada pasukan tentera yang bertahan, dan membawa kepada tewasnya pasukan tentera Belanda dan Belgium dengan begitu cepat sekali. Pasukan Fallschirmjger mengalami kemalangan jiwa yang besar semasa penaklukan Crete yang membantutkan perkembangan pasukan Fallschirmjger sebagai satu pasukan yang viable untuk tentera Jerman. Pada masa ini, askar payung terjun masih menggunakan payung terjun bulat seperti yang digunakan oleh askar payung terjun semasa Perang Dunia II, dan terbuka setelah direntap oleh tali statik semasa melakukan penerjunan statik, tetapi payung terjun moden telah diubahsuai dan lebih ringan dan kuat, dan boleh dikendalikan oleh anggota payung terjun dengan cara menarik tali riser payung terjun tersebut. Askar payung terjun dilatih untuk bertindak secara automatik untuk memastikan tidak ada masa diluangkan sekiranya mereka perlu menggunakan payung terjun simpanan. Tentera Amerika Syarikat mempunyai dua divisyen askar payung terjun yang menjalankan penerjunan semasa D-Day pada 6 Jun 1944. Divisyen Ke-82 Airborne dan Divisyen 101 Airborne mengambil peranan penting mengelirukan pasukan Jerman dan mempertahankan laluan-laluan penting untuk mematahkan serangan balas tentera Jerman dan membolehkan tentera Amerika Syarikat mara keluar daripada tumpuan pantai (beachhead) mereka di Pantai Omaha dan Pantai Utah.

Operasi Askar Payung Terjun


Ops Colossus Operasi pada 10 Februari 1941 adalah operasi serangan pertama melibatkan 38 askar payung terjun British apabila X Trup dari No.2 Komando membuat penerjunan untuk menyerang dan memusnahkan akueduk di Tragano, Itali. Mereka berjaya memusnahkan tembok sambut jejambat Tragino. Mereka sepatutnya menyusup keluar ke pantai untuk diselamatkan oleh kapal selam HMS Triumph, tetapi tertangkap dalam usaha menyusup ke pantai. Kejayaan operasi ini mencetuskan penubuhan Rejimen Payung Terjun British. Serangan Bruneval Serangan ini dibuat [ (2 Para) di bawah pimpinan Mejar John Frost ke atas kemudahan radar Wuerzburg milik Jerman di Bruneval. Kelengkapan radar dibawa balik untuk penilaian pakar-pakar British supaya langkah balas dapat dicari. pasukan ini berundur melalui jalan laut dengan perlindungan pasukan dari No. 12 Komando. Ops Torch, Afrika Utara Operasi pertama melibatkan askar payung terjun Amerika Syarikat apabila 500 orang anggota Rejimen 509 Infantri Payung Terjun membuat penerjunan untuk menawan dua buah lapangan terbang. Mereka berlepas dari Britain dan terbang 1,500 batu ke sasaran. Pandu arah yang silap dan masalah komunikasi mengakibatkan kumpulan ini bertaburan dan gagal mencapai objektif operasi. Ops Husky, Sicily Empat operasi payung terjun dijalankan pada malam 9/10 Julai 1943 semasa Ops Husky melibatkan 2 pasukan British dan 2 pasukan Amerika. Pasukan Amerika dari Divisyen ke-82 Payung Terjun membuat penerjunan tempur mereka yang pertama. Angin kencang menyebabkan mereka digugurkan bertaburan dan lebih dari separuh gagal berkumpulan di tempat yang ditetapkan. Pasukan British yang menyerang dengan peluncur (glider) juga mendarat bertaburan dengan 12 daripada 144 buah peluncur sahaja yang mengenai sasaran. Walaupun demikian, mereka bertempur dengan cemerlang dan berjaya menggagalkan pergerakan Jerman ke pantai. Briged Pertama Pendaratan Udara berjaya menawan jambatan di Ponte Grande dan bertahan sehingga kemaraan tentera British daripada pantai. Selepas operasi ini, pemerintah Tentera Berikat terpaksa mengkaji semula penggunaan askar payung terjun setelah ramai daripada anggota digugurkan buak di kawasan mendarat yang ditetapkan dan insiden tertembak oleh pasukan sendiri. Masalah ini diatasi dengan Penyelarasan yang lebih baik dan latihan pengenalan yang lebih sempurna. Ops Overlord: D-Day

Peranan yang dimainkan oleh askar payung terjun untuk membantu Ops Overlord pada hari D-Day 6 June 1944 merupakan puncak kejayaan pasukan infantri payung terjun. Mereka ditugaskan untuk menawan dan seterusnya mempertahankan kedudukan strategik dan rusuk pantai-pantai yang digunakan untuk pendaratan tentera. Askar payung terjun British berjaya menawan perkubuan meriam di Melville membolehkan pasukan British mendarat dengan selamat. Divisyen Ke-82 dan Divisyen Ke-101 pula mempertahankan rusuk kanan kawasan pendaratan, walaupun mengalami kemalangan besar. Selatan Perancis Pada 15 Ogos 1944, askar payung terjun membuat penerjunan ke selatan Perancis untuk Ops Dragoon, penaklukan Perancis dari arah selatan. Mereka diberikan tugas menawan dan menghapuskan kedudukan musuh dan seterusnya mempertahankan kedudukan yang ditawan sehingga ketibaan Ketumbukan Ke-7 tentera Amerika (US 7th Army). Ops Market-Garden Rancangan Operasi payung terjun yang hebat melibatkan 35,000 anggota Divisyen Pertama Payung Terjun British dan Divisyen Ke-82 dan Divisyen Ke-101 Amerika Syarikat bersama-sama Briged Bebas Payung Terjun Poland. Objektif operasi adalah untuk menawan dan mempertahankan jambatanjambatan penting merentasi Sungai Maas, Sungai Waal dan Sungai Rhine di Belanda untuk membolehkan Tentera Berikat mengatasi rusuk kedudukan tentera Jerman untuk melancarkan serangan terus ke wilayah Jerman. Rancangan dibuat secara tergesa-gesa dan mempunyai banyak kelemahan. Penerjunan pada waktu siang membolehkan pengguguran dibuat secara berpadu dan dengan tepat, dengan tentangan yang terhad daripada pasukan Jerman. Serangan balas Jerman akhirnya mengakibatkan Divisyen Pertama Payung Terjun British dimusnahkan dan jambatan yang merentasi Sungai Rhine di Arnhem dapat ditawan semula oleh tentera Jerman daripada Bn Ke-2 Rejimen Payung Terjun British di bawah pemerintahan Lt. Kolonel John Frost. Tanpa pengawalan jambatan di Arnhem, keseluruhan operasi ini tergagal. Operation Varsity: Menyeberangi Sungai Rhine Ops Varsity juga satu penerjunan siang hari yang dilancarkan menggunakan Divisyen Ke-6 Payung Terjun British dan Divisyen Ke-17 Payung Terjun Amerika untuk membantu ketumbukan ke-21 British (British 21st Army Group). Tentera digugurkan beberapa ribu meter daripada barisan hadapan membolehkan pasukan darat mara untuk menguasai kawasan yang ditawan oleh askar payung terjun. Penentangan yang diberikan oleh tentera Jerman tidak kuat tetapi pasukan askar payung terjun menghadapi kadar kemalangan yang tinggi. Sejarawan Max Hastings memanggil operasi ini sebagai tidak perlu.

New Guinea Pada musim gugur tahun 1943, Rejimen 503 Infantri Payung Terjun membuat penerjunan di lembah Markham untuk membantu penaklukan New Guinea. Operasi ini merupakan penerjunan kombat yang pertama di Medan Operasi Pasifik. Dalam bulan Julai 1944, Rejimen ini membuat penerjunan untuk menawan Pulau Noemfoor. Burma Semasa Ops Dracula, satu batalion askar payung terjun membuat penerjunan untuk menawan perkubuan pantai tentera Jepun untuk membolehkan serangan laut dibuat untuk menawanRangoon. Perang Korea Pasukan tempur Rejimen ke-187 ("Rakkasans") membuat 2 penerjunan kombat semasa Perang Korea. Penerjunan dibuat apda 20 Oktober 1950 di Sunchon dan Sukchon, Korea Utara, untuk menawan dan memotong jalan arah utara ke negeri China untuk menyekat pemimpin Korea Utara melarikan diri daripada Pyongyang dan untuk menyelamatkan tawanan perangAmerika. Penerjunan kedua dibuat pada Easter Sunday, 1951 di Munsan-ni, Korea Selatan di bawah garisan pertahanan tentera China untuk menyekat pergerakan mereka di arah utara. Ops Musketeer Krisis Suez Britain dan Perancis melancarkan Ops Musketeer semasa Krisis Suez untuk membolehkan pihak mereka menjamin penggunaan Terus Suez terbuka tanpa ada pengehadan oleh Mesir. Pasukan British berjumlah 660 orang anggota payung terjun dan perlu mencapai kejutan menyeluruh dan mesti sedia untuk bertempur dalam masa 4.5 minit di sekitar lapangan terbang El Gamil. Batalion ke-3 Rejimen Payung Terjun (3 Para) dipilih untuk menjalankan operasi ini. Pada jam 04.15 pagi 5 November 1956, 3 Para membuat penerjunan di lapangan terbang tersebut. Mereka menerima tentangan hebat daripada tentera Mesir tetapi mengalami jumlah kemalangan jiwa yang ringan. Penerjunan ini adalah untuk persediaan serangan menggunakan helikopter oleh pasukan 45 Komando Marin Diraja yang mendarat di Pelabuhan Said daripada kapal pengangkut askar di laut. Askar payung terjun pimpinan Ariel Sharon mendarat di segenting Mitla untuk menyekat dan bertempur dengan askar Mesir. Operasi ini merupakan operasi tunggal oleh pasukan payung terjun Israel sehingga ke hari ini. Perang Indo-Pakistani 1965 (Perang Kashmir Ke-2) askar payung terjun digunakan buat pertama kali dalam perang di Asia Selatan semasa Perang Kashmir Kedua tahun 1965. Tentera Pakistan melancarkan operasi sulit untuk menyusup lapangan terbang India untuk menjalankan aktiviti sabotaj. Pasukan Gerup Gerak Khas (SSG) Pakistan berjumlah

200 orang anggota membuat penerjunan di wilayah India (India mendakwa jumlah yang lebih tinggi sekitar 800 hingga 900 orang). Oleh kerana sasaran di India (Halwara, Pathankot and Adampur) jauh di dalam wilayah India, kurang daripada 12 orang berjaya kembali ke wilayah Pakistan. 136 ditangkap oleh Tentera India dan 22 orang terbunuh. Pemimpin operasi Mejar Khalid Gulrez Butt yang membuat serangan ke atas Pathankot juga tertangkap. Perang Indo-Pakistani 1971 Dalam peperangan tahun 1971 (juga dikenali sebagai Peperangan Kemerdekaan Bangladesh), askar payung terjun India menjalankan banyak operasi tempur di bahagian barat dan di bahagian timur. Pada 11 Disember 1971, Tentera India menggugurkan Bn ke-2 Rejimen Payung Terjun India (2 Para India) untuk menawan jambatan Poongli merentasi sungai Jamuna untuk menyekat pengunduran pasukan Briged ke-93 Tentera Pakistan daripada Dacca. Pasukan 2 Para India itu juga perlu bertahan sehingga ketibaan pasukan Infantri Ringan Maratha untuk membolehkan pasukan itu mara menuju Dhaka. Pasukan Para Komando juga menjalankan serangan kilat ke atas kawasan Chachro (Sindh, Pakistan) dan Mandhol (Jammu and Kashmir). Askar payung terjun juga bertanggungjawab membantu mempertahankan Poonch daripada ditawan oleh Divisyen ke-23 Pakistan. Perang Vietnam Penggunaan helikopter untuk mengangkut dan menggerakkan pengerahan tentera sepanjang Perang Vietnam mengurangkan peluang menggunakan pengerahan dengan payung terjun oleh pasukanpasukan Tentera Amerika dan Vietnam Selatan. Sebaliknya, askar payung terjun digunakan untuk menjalankan operasi ketenteraan seperti mana askar-askar biasa. Dalam bulan Februari 1967, pasukan Tentera Amerika Syarikat melancarkan Ops Junction City sebagai satu-satunya serangan melibatkan penerjunan kombat oleh formasi besar askar payung terjun sepanjang Perang Vietnam. Semasa operasi ini, 845 orang askar dari Batalion Kedua Rejimen 503 Infantri Payung Terjun (2/503 PIR) dan Rejimen 319 Artileri berserta markas 173 Briged Payung Terjun membuat penerjunan kombat. Operation Cactus Dalam bulan November 1988, sekumpulan pejuang People's Liberation Organization of Tamil Eelan mendarat di Male, kepulauan Maldives dengan tujuan menggulingkan kerajaan Maldives. Kumpulan yang menyusup masuk terdahulu dari itu menawan Lapangan terbang di Hulele. Presiden Gayoom meminta bantuan tentera luar. India menghantar askar payung terjun dari 50 Briged Para untuk membantu. Pasukan tersebut mendarat di Maldives kurang daripada 12 jam selepas diberikan arahan oleh Rajiv Gandhi.

Status Pasukan Askar Payung Terjun Masa Kini


Dengan kelebihan yang diperolehi dengan penggunaan helikopter, bilangan pasukan askar payung terjun kini berkurangan. Tetapi kepentingan keupayaan strategik mempastikan kesinambungan pasukan askar payung terjun sebagai sebahagian daripada pasukan aturan perang (order of battle) angkatan tentera banyak negara-negara. Ketika ini, Divisyen Ke-82 Askar Payung Terjun Amerika Syarikat adalah formasi askar payung terjun yang terbesar di dunia, diikuti dengan pasukan-pasukan Rusia dan India. Askar Payung Terjun Amerika Syarikat terlibat dengan beberapa operasi dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Antaranya adalah  Dalam tahun 1983, elemen dari pasukan 75 Rejimen Renjer AS mengambil bahagian dalam Ops Urgent Fury dengan membuat penerjunan dengan maksud menawan Lapangan Terbang Salinas semasa Penaklukan Grenada.  Dalam tahun 1989, semasa Ops Just Cause, pasukan payung terjun dari 82 Divisyen Payung Terjun AS membuat penerjunan tempur pertamanya sejak 40 tahun. Batalion 2/504 Infantri Payung Terjun menawan dan mengawal keselamatan kedudukan di Lapangan terbang Torrijos, Panama.  Pada 19 Oktober 2001 semasa Ops Enduring Freedom batalion ke-3 dari 75 Rejimen Renjer AS dan elemen pengawal dari Markas 75 Rejimen Renjer membuat penerjunan waktu malam untuk menawan dan menjamin keselamatan lapangan terbangan Bagram di Afghanistan.  Pada 26 Mac 2003 173 Briged Payung Terjun membuat penerjunan kombat ke Iraq Utara untuk menawan sebuah lapangan terbang, dan menerajui Operasi Penaklukan Iraq tahun 2003.

Pasukan Payung Terjun Mengikut Negara


Angkatan Tentera Malaysia mempunyai program latihan payung terjun untuk anggota-anggota terpilih. Latihan payung terjun diberikan kepada anggota Pasukan Khas seperti anggota Gerup Gerak Khas, anggota Pasukan Khas Laut PASKAL dan juga anggota Pasukan Khas UdaraPASKAU. Malaysia juga mempunyai Pasukan Atur Cepat yang berpusat kepada 10 Briged Para yang dilatih khusus untuk digerakkan ke kawasan operasi dengan cara menjalankan penerjunan payung terjun ke kawasan operasi. Briged ini mempunyai 3 batalion tentera yang menerima latihan khusus sebagai ahli payung terjun dan dibantu oleh elemen-elemen artileri, semboyan, askar jurutera dan lain-lain pasukan bantuan tempur.Batalion tentera yang ditukar menjadi batalion payung terjun adalah:  8 Rejimen Renjer Diraja (Para),17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) dan 9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), Latihan payung terjun untuk Angkatan Tentera Malaysia dijalankan di Kem Terendak di Melaka. Pasukan Gerakan Khas (VAT 69/Unit Tindakan Khas) Polis Diraja Malaysiamengendalikan latihan payung terjun untuk anggota-anggotanya di ulu Kinta.

Pertempuran Normandy
Pertempuran Normandy berlaku pada tahun 1944 antara Jerman Nazi di Eropah Barat dan tentera Pihak Berikat yang menyerang sebagai sebahagian daripada knoflik yang lebih besar untuk Perang Dunia Kedua. Operasi Overlord merupakannama kod untuk serangan Pihak Berikat terhadap Eropah barat laut, yang bermula pada 6 Jun, 1944, dan tamat pada 19 Ogos, 1944, semasa Tentera Berikat merentasi Sungai Seine. Hingga ke enam puluh tahun selepas itu, Pertempuran Normandy ini masih berkekal sebagai penyerangan laut yang terbesar dalam sejarah, melibatkan hampir 3 juta tentera melintasi Selat Inggerisdari England ke Normandy. Operasi Neptune merupakan nama kod untuk fasa serangan permulaan untuk Operasi Overlord; matlamatnya, untuk menambah foothold pada benua itu, bermula pada 6 Jun 1944 (sering dikenali sebagai D-Day) dan tamat pada 30 Jun 1944. Pembentukan Tentera Berikat yang utama adalah dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada. Tentera Free French dan tentera Poland juga menyertai pertempuran ini selepas fasa serangan itu, dan juga ada kontijen dari Belgium, Czechoslovakia,Yunani, Belanda, dan Norway.

Dasar Ekonomi Baru


Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk: mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan

mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemenelemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.[1]

Latar belakang
Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3Teks kod rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.Bagi

masyarakat Cina yang terdiri dari golongan yang kaya, bersiap sedia untuk mengambil Tanah Melayu kerana beranggapan bahawa merekalah yang banyak memberikan sumbangan terhadap kemajuan Tanah Melayu, bukannya orang Melayu sendiri. Orang India pula tidak terlibat dengan tragedi tersebut. Hal ini tidak dinafikan kerana pada ketika itu, orang Melayu masih lagi dengan 'kampung dan bercucuk tanam', dan dilemahkan dengan dunia hiburan. Selain daripada itu, semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 19481960. Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui. Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagaiRukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama iaitu:

    

Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan

Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Majlis Perundingan Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.

Dasar Pecah dan Perintah


Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (divide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini: 1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan. 2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.

Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat integrasi nasional
1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur. 2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar). 3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

Kesan Dasar Pecah dan Perintah


1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional. 2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan. 3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.

Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melairkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.

Dasar Ekonomi Baru


Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini. Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancanganrancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970. Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti

perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya: Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;

Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.

Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;

Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.

Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Sejarah Sabah
Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888. Walaubagaimanapun hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963.Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton.

Asal usul nama Sabah


Asal-usul nama Sabah dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba iaitu sejenis buahpisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun. Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpulannya nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api. Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 selepas negeri tersebut menyertai Malaysia.[1] Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Brunei.

[sunting]Sejarah

awal

Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan system pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua babas.

[sunting]Kurun

ke-5 hingga ke-16


Brunei

[sunting]Kesultanan

Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Bruneidan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China.

Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Srivijaya di Sumatra dan kemudian Majapahit di Jawa. Bagaimanapun, pada awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kerajaan Brunei telah memperluaskan pengaruhnya ke utara sehingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Borneo.[2] Kecuali dari Eropah, pendatang asing yang berurusan dengan Sabah (Borneo Utara) tidak meninggalkan sebarang rekod bertulis tentang kegiatan mereka di kawasan ini. Penduduk tempatan juga tidak memiliki sebarang rekod bertulis kecuali sejarah dan tradisi lisan mereka. Pada 600 tahun masihi, orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan hubungan diplomatik dengan Borneo Utara. Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals) telah merakamkan tentang penempatan mereka di kawasan Kinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi iaitu seramik yang ditemui di Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada menjalankan perdagangan secara bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.

[sunting]1521-1890

Kedatangan pendatang Eropah



1521: Antonio Pigafetta, seorang penulis sejarah Ferdinand Magellan tiba di Brunei dan telah disambut secara besar-besaran

 

1526: Orang Portugis yang diketuai oleh Menezes melawat Brunei 1577: Kuasa Sepanyol telah menakluk Filipina dan juga menyerang Brunei. Kesultanan Sulu juga ditakluk oleh Sepanyol.[3]

 

1609: Belanda telah mendirikan pangkalan dagangan di Batavia (Jakarta), Jawa. 1658: Sultan Brunei telah menghadiahkan kawasan timur laut Borneo kepada Sultan Sulu sebagai penghargaan baginda terhadap Sultan Sulu dalam menyelesaikan perang saudara di antara Sultan Abdul Mubin dengan Pengeran Mohidin. Persengketaan dalaman kerajaan Brunei merupakan satu faktor yang menyebabkan kejatuhan empayar tersebut.

1665: Kapten Cowley telah melawat Borneo dan beliau merupakan orang Inggeris pertama yang melakukan lawatan ke Borneo.

Balembangan
Dalam tahun 1761, Alexander Dalrymple seorang pegawai dari Syarikat Hindia-Timur British di Madras, India telah membuat satu perjanjian dengan Sultan Sulu yang membenarkan beliau membuka satu pangkalan

perdagangan di kawasan Borneo Utara. Beliau telah memilih Pulau Balembangan kira-kira 20 batu dari utara bandar Kudat. Pada tahun 1763, Dalrymple telah mengibarkan bendera British di Balembangan dan menamakan pulau itu ' Felecia'. Kemudian seorang pegawai iaitu John Herbert dihantar untuk mendirikan penempatan di Felecia (Balembangan).Namun begitu penempatan ini menghadapi masalah sejak ia dimulakan. Kepincangan urusan pentadbiran, rompakan di laut dan kemusnahan kebakaran telah membawa kehancuran kepada pangkalan dagangan ini pada akhir 1775. Satu usaha untuk menyusun semula pangkalan ini telah dilakukan pada 1803 oleh General Gabenor India, Lord Arthur Wellesley melalui pegawainya Robert J. Farquhar, Residen di Amboina. Dalam usaha ini Felicia telah dijadikan stesen ketenteraan tetapi usaha tersebut gagal dan stesen ini ditinggalkan pada November 1805. Perhatian British kemudian beralih kepada kawasan lain di gugusan pulau Melayu. [sunting]Labuan Minat British terhadap Borneo Utara dihidupkan semula selepas tempoh 40 tahun khususnya Labuan, sebuah pulau yang terletak di sebelah barat laut Borneo. Pada 1844, James Brooke berunding dengan Sultan Brunei tentang penyerahan pulau Labuan untuk digunakan oleh British sebagai tempat melombong batu arang di samping menjadikan satu pangkalan untuk membenteras kegiatan lanun serta meningkatkan perdagangan. Pada 18 Disember 1846, satu perjanjian telah ditandatangani yang menyebabkan pulau Labuan dan pulaupulau kecil yang berhampiran diserahkan buat selamanya oleh Sultan Brunei kepada pihak British. Brooke telah menjadi Gabenor Labuan yang pertama dan Konsul Besar di Borneo. William Napier dilantik menjadi Timbalan Gabenor, Hugh Low sebagai Setiausaha Kolonial dan Spencer St. John sebagai setiausaha sulit kepada Brooke. Labuan tidak mampu berkembang seperti mini Singapura atau Pulau Pinang, seperti yang diharapkan oleh pengasasnya. Iklim yang tidak memuaskan, serangan malaria dan kekurangan kemudahan asas telah menjadi faktor penghalang kepada pembangunan pulau tersebut. Rentetan sejarah Labuan boleh dilihat daripada pelbagai perubahan pentadbirannya. Pada tahun 1890, Labuan telah diletakkan di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Pada 1907, ia diletakkan di bawah kerajaan Negeri-negeri Selat. Selepas Perang Dunia Kedua, Labuan menjadi sebahagian daripada jajahan Borneo Utara. Kemudian pada 16 April 1984, Labuan telah menjadi sebahagian daripada Wilayah Persekutuan Malaysia.

[sunting]1881-1963 [sunting]Syarikat

Perdagangan Amerika

Selepas kekecewaan British terhadap Labuan, minat British terhadap Borneo Utara pudar sehinggalah ke tahun 1881 apabila sebuah syarikat perdagangan, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British mula mentadbir Borneo Utara. Walau bagaimanapun kehadiran mereka telahpun didahului oleh pengaruh dan minat Amerika buat seketika.

Pada 1865, seorang konsul Amerika di Brunei, Claude Lee Moses telah berjaya menyewa Borneo Utara dari Sultan Brunei untuk tempoh 10 tahun. Kemudian beliau menjualnya kepada Syarikat Perdagangan Amerika (American Trading Company) yang dimiliki oleh J.W.Torrey, T.B. Harris dan beberapa orang pedagang Cina. Torrey memilih Kimanis, satu kawasan di barat daya Borneo Utara sebagai pangkalannya dan memulakan pembinaan penempatan lalu dinamakan 'Ellena'. Usaha mencari bantuan kewangan bagi membiayai pembangunan penempatan tersebut gagal lalu ditinggalkan. Dengan hampir menjelangnya tamat tempoh sewaan wilayah tersebut, Torrey berhasil menjual haknya kepada konsul Austria di Hong Kong iaitu Baron Von Overbeck. Overbeck berjaya memperbaharui tempoh sewaan tersebut untuk 10 tahun dari Tumonggong Brunei. Selain itu, Overbeck berhasil mendapatkan bantuan kewangan dari Dent bersaudara (Dent brothers Alfred and Edward) bagi menampung perbelanjaan rancangan yang dirancang untuk Borneo Utara. [sunting]Alfred Dent dan sewaan Akhirnya, Overback bersama Count Montgelas, dari Kedutaan Austro-Hungarian di London dan A.B. Mitford, seorang ahli politik kemudiannya telah bersetuju memberi hak-hak mereka kepada Alfred Dent. Maka dari situ, pada tahun 1878, tertubuhlah Syarikat Borneo Utara British (SBUB). SBUB menggelarkan Sabah sebagai "negeri di bawah bayu". Selain itu, SBUB juga berminat untuk menduduki bahagian timur laut Borneo Utara, yang mana ketika itu diperintah oleh Kesultanan Sulu. Oleh itu perjanjian bersama Sultan Sulu telah diadakan bagi mengambil wilayah tersebut. Sebagai balasan daripada pihak SBUB kepada Sultan Sulu, SBUB akan menyediakan bantuan pertahanan kepada Sultan bagi melawan golongan "spaniards" dan memberikan (RM 5,000, nilai dalam dollar Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan dengan nilai emas). Penyewaan ini berterusan sehinggalah Sabah mengecapi kemerdekaan bersama Malaysia pada tahun 1963, bersama-sama dengan Singapura, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Sehingga kini, kerajaan Malaysia masih membayar sewaan bernilai RM 5,300 (tambahan RM300) kepada Sultan Sulu untuk wilayah tersebut.[4]

[sunting]Syarikat

Berpiagam Borneo Utara British

Pada 1888, Borneo Utara telah menjadi negeri naungan British di mana kerajaan British akan melindungi Borneo Utara di bawah pengaruh British. Pemerintahan Syarikat ini terhadap Borneo Utara telah memberi banyak pembangunan di kawasan ini. Borneo Utara diperintah melalui satu sistem secara hairaki (tidak langsung). Pada amnya pentadbiran berjalan dengan aman, namun begitu terdapat juga beberapa penentangan kecil. Penentangan yang serius termasuklah Perang Mat Salleh dari tahun 1894-1900 diikuti oleh penentangan Rundum yang dilakukan oleh suku Murut dalam tahun 1915. Pihak BNBCC berupaya memerintah Borneo Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila Perang Dunia Kedua tercetus. Tentera Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan menduduki Borneo Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar dari 9th Division Australian Imperial Forces (A.I.F) pada tahun 1945. Selepas Perang

Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran Ketenteraan British (British Military Administration) sehingga 15 Julai 1946 apabila kerajaan sivil disambung semula.

[sunting]Tanah

Jajahan British

Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah jajahan British kerana BNBCC tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua. Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah menyebabkan Jesselton dipilih sebagai ibu negeri selepas era Perang Dunia Kedua dan status ini kekal ke hari ini. Sistem pentadbiran penjajahan selepas perang adalah sama dengan sistem pentadbiran pada era BNBCC. Pembinaan semula dan pembangunan negeri Borneo Utara menjadi fokus utama para pentadbir.

[sunting]Kemerdekaan
Pada amnya keadaan negeri Borneo Utara adalah aman dan tenang sehingga tahun 1960-an apabila wujudnya kesedaran politik. Keinginan kemerdekaan seperti yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara. Penyebaran semangat ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura.[5] Malaysia telah wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara telah ditukar kepada Sabah. Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara telah mencapai kemerdekaan dari British pada 31 0gos 1963. Bagaimanapun pada tahun 1965, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia. Penglibatan negeri Sabah dalam Persekutuan ini banyak membawa perubahan dari aspek pentadbiran, politik, sosial dan sebagainya. Sabah terus mengalami pembangunan yang pesat dan seterusnya memasuki era baru yang lagi mencabar sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Sejarah Sarawak
Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak . Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan.

Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni.

Sejarah purba
Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia. Ia berlaku kira-kira 40000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi.[perlu rujukan]

Kurun-10 hingga kurun 19


arawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13. Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orangorang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong. Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit.[perlu
rujukan]

Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah

berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15[perlu rujukan]. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Merujuk kepada kitab Sejarah Melayu dan manuskrip sejarah yang terdapat di Brunei, bahawa setelah Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Melayu di pesisir timur Pulau Sumatera runtuh, maka kemudian dilanjutkan dengan berdirinya Kerajaan Johor (Johor Lama) di Pulau Temasik pada akhir abad ke-13 M (tahun 1200-an) yang wilayah kekuasaannya kemudian meliputi wilayah Sungai Sarawak. Seiring dengan itu, Kerajaan Majapahit di Pulau Jawa berdiri dan berkembang dalam abad ke-14 M (tahun 1300-an) dimana kemudian Kerajaan Majapahit ini menundukkan Kerajaan Johor di Pulau Temasek ini termasuk wilayah Sungai Sarawak itu. Ketika Kerajaan Majapahit melemah pada pertengahan abad ke-14 M itu,

maka Kerajaan Johor berhasil melepaskan diri dari kekuasaan Kerajaan Majapahit. Selanjutnya masih menurut manuscript sejarah yang terdapat di Brunei, bahwa pada sekitar tahun 1370 M, Raja Brunei yaitu Awang Alak Betetar di-Islam-kan oleh Sultan Johor saat itu dan menikahnya Awang Alak Betatar dengan anak Sultan Johor itu sehingga Awang Alak Betatar pun berganti gelar menjadi Sultan Muhammad Shah dilanjutkan dalam manuscript itu bahwa dengan pernikahan ini maka wilayah Sungai Sarawak kemudian diserahkan oleh Sultan Johor kepada Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad Shah) untuk selanjutnya menjadi wilayah pentadbiran Kerajaan Brunei. Maka sejak saat itu wilayah Kerajaan Brunei membentang dari wilayah Sarawak di ujung timur hingga wilayah Sabah di ujung barat. Selanjutnya berdasarkan manuskrip sejarah yang terdapat di Brunei dan juga yang terdapat di Sambas disebutkan bahwa pada sekitar tahun 1625 M, menyusul persaingan antara Sultan Abdul Jalilul Akbar (Sultan Brunei ke-10) dengan Adindanya yaitu Pangeran Muda Tengah maka untuk menghindari perseteruan maka Sultan Abdul Jalilul Akbar membuat kebijaksanaan untuk memberikan wilayah Sarawak kepada Adindanya yaitu Pangeran Muda Tengah itu agar Pangeran Muda Tengah dapat menjadi Raja di wilayah Sarawak itu. Maka kemudian pada sekitar tahun 1627 M, Pangeran Muda Tengah dan pengikutnya kemudian mendirikan Kerajaan di wilayah Sarawak dengan Pangeran Muda Tengah menjadi Sultan pertama Sarawak dengan gelar Sultan Ibrahim Ali Omar Shah dan kemudian lebih popular dengan sebutan Sultan Tengah atau Raja Tengah. Diyakini bahwa Istana Sultan Tengah ini adalah disekitar Kota Kuching sekarang (ada yang menyebutkan di sekitar Sungai Bedil) sehingga dapat dikatakan bahwa Sultan Ibrahim Ali Omar Shah (Sultan Tengah) inilah orang yang pertama membuka Kota Kuching ini. Sultan Tengah atau Raja Tengah ini kemudian pada sekitar tahun 1629 (disebutkan setelah sekitar 2 tahun memerintah di Sarawak), dalam pelayaran dari Johor ke Sarawak, kapalnya telah dihantam badai dan terdampar di Kesultanan Sukadana (sebuah Kerajaan di bagian tengah dari pesisir barat Pulau Borneo ini). Di Sukadana ini, Sultan Tengah kemudian menikah dengan Adinda Sultan Sukadana dan memperoleh 5 orang anak. Dari Sukadana Sultan Tengah dan keluarganya kemudian berhijrah ke wilayah Sungai Sambas. Keturunan dari Sultan Tengah inilah yang kemudian menjadi Sultan-Sultan Sambas dan keturunannya hingga saat ini dimana Sultan Sambas yang pertama yaitu Sultan Muhammad Shafiuddin (Sulaiman) adalah anak Sultan Tengah dari hasil pernikahannya dengan Adik Sultan Sukadana. Kemudian pada sekitar tahun 1655 M ketika dalam perjalanan pulang dari Sambas ke Sarawak, Sultan Tengah terbunuh di daerah Batu Buaya dan dimakamkan di Santubong (makam Sultan Tengah telah dibina dengan megah dan dapat ditemui hingga sekarang di lereng Gunung Santubong, disebelah kiri jalan dari Kuching ke Pantai Damai). Setelah kewafatan Sultan Tengah ini, Kerajaan Sarawak tidak diserahkan kepada anak-anak Sultan Tengah tetapi diambil alih kembali oleh Sultan Brunei sehingga wilayah Sarawak itu kembali menjadi wilayah pentadbiran Kesultanan Brunei. Sehingga dengan demikian Sultan Ibrahim Ali Omar Shah (Sultan Tengah) merupakan Sultan Sarawak pertama dan sekaligus juga

merupakan Sultan Sarawak terakhir yang berarti pula merupakan satu-satunya Sultan Sarawak yang pernah wujud. Sebelum terdampar ke Sukadana (ketika berkunjung dari Sarawak ke Johor, Sultan Tengah telah mengangkat beberapa orangnya yang diberinya gelar Datu Petinggi dan Datu Temenggung untuk mengendalikan pemerintahan Kerajaan Sarawak sepeninggalnya ke Johor itu dan hingga kini gelarangelaran itu kemudian masih digunakan turun temurun hingga di masa James Brooke menguasai Sarawak dan gelaran-gelaran itu pun masih terkesan hingga saat ini di Sarawak dan keturunan dari 1000 orang Sakai yang dibawa oleh Sultan Tengah dari Brunei ke Sarawak ketika Baginda mendirikan Kerajaan Sarawak, hingga saat ini masih dikenal di Sarawak dengan sebutan keturunan hamba Raja Sarawak. Tampaknya bahwa golongan yang bergelar Abang diatas, datang ke Sarawak setelah masa Sultan Tengah itu. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak. [sunting]Penglibatan

Inggeris

Apa yang diketahui secara pasti, Sarawak terletak di bawah penguasaan Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Sarawak merupakan sebuah wilayah yang dikawal secara tidak rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Kemudian pada 1839, James Brooke datang untuk menghantar surat pada Gabenor Sarawak, Rajah Muda Hasim. Beliau meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan Sarawak yang kacau bilau. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba menenangkan pejuang Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi gabenor Sarawak pada 24 September 1841, dan seterusnya Rajah pada 18 Ogos tahun berikutnya. Pada asalnya, wilayah ini cuma merupakan hujung barat Sarawak yang kemudian, yakni kawasan di sekitar Kuching. Sewaktu kematiannya pada 1868, anak saudara Charles Anthoni Johnson Brooke menjadi Raja. Beliau pula diwaris oleh anakandanya, Charles Vyner Brooke. Wilayah Brooke diperluaskan dengan pantas di bawah ketiga-tiga raja itu, kebanyakannya melalui penjejasan kawasan yang pada nama sahaja di bawah kawalan Brunei. Sebenarnya, Brunei cuma mengawal kubu-kubu sungai dan pantai di kebanyakan wilayah yang telah lenyap. Oleh sebab itu, kebanyakan keuntungan yang dicapai adalah melalui penjejasan pembesar Islam dan puak tempatan yang hilang kemerdekaan de factonya.

Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai Raja Putih ("White Rajahs"), dan diberi taraf yang serupa dengan raja-raja India dalam Empayar British. Berbanding dengan banyak kawasan empayar yang lain, keluarga Brooke bermaksud pengamalan dasar paternalisme untuk melindungi penduduk tempatan daripada eksploitasi oleh empayar Brunei dan pendatang asing. Mereka memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina. [sunting]Sejarah

moden

Jepun menyerang Sarawak pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia Kedua. Pada masa kekalahan Jepun pada 1945, Sarawak ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera Australia.[1] Ia kemudian diserahkan kepada kerajaan British. Sarawak merdeka secara rasmi pada 22 Julai 1963,[2] dan menyertai Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Singapura, dalam persekutuanMalaysia,[3] yang dibentuk pada 16 September 1963, walaupun dibantah sebahagian penduduk pada mulanya.[4][5] Sarawak merupakan salah satu daripada punca utama Konfrontasi Indonesia-Malaysia antara 1962 dan 1966.[6][7]

Sejarah Singapura
Singapura memainkan peranan yang kecil di dalam perkembangan sejarah Asia Tenggara sehinggalah Sir Stamford Raffles menubuhkan sebuah pelabuhan British di situ. Di bawah pemerintahan koloni British, Singapura telah menjadi pelabuhan yang amat strategik memandangkan ia terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di antara India dan China yang akhirnya menjadi antara pelabuhan yang terpenting di dunia sehingga ke hari ini. Semasa Perang Dunia II, Singapura telah ditawan oleh tentera Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Diantara wira yang terkorban dalam mempertahankan Singapura dalam perperangan ini adalah leftenan Adnan bin Saidi. Selepas tamat peperangan, penduduk tempatan dibenarkan menjalankan pemerintahan sendiri tetapi masih belum mencapai kemerdekaan. Seterusnya pada tahun 1963 Singapura telah bergabung dengan Tanah Melayu bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia. Tetapi Singapura seterusnya telah keluar daripada Malaysia untuk menjadi sebuah republik pada 9 Ogos 1965

Pemisahan Singapura daripada Malaysia


Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau diLondon pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London. Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman. Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. [perlu
rujukan]

Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya

adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialahSyed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab. Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'. Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO

kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA. UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan. Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura. Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera. Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.

Anda mungkin juga menyukai