Anda di halaman 1dari 27

Sejarah Melaka

Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera
raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad
ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang
pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396,
beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong
sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.

Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih.
Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk
membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan
pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah
membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.

Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-
tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya
tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta
pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot
yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam
melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka
sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.

Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang dagangan yang boleh
didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India,
kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada
hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.
Kronologi Negeri Melaka

Tahun 1396

Mengikut riwayat Sejarah Melayu, Parameswara merupakan putera raja Palembang kurun ke empat-belas
yang melarikan diri dari musuhnya iaitu orang-orang Jawa. Baginda telah melarikan diri ke Temasik
(sekarang dikenali sebagai Singapura) dan menjadikan dirinya sebagai raja. Tidak lama kemudian,
baginda dihalau dari Temasik oleh penjajah dari Siam dan dengan pengikut-pengikutnya sampai ke pantai
barat Semenanjung Tanah Melayu untuk mencari tempat untuk berselindung. Pada mulanya mereka
menjadikan Muar, Johor sebagai tempat untuk bermastautin tetapi keadaannya tidak sesuai kerana
terdapat terlalu banyak biawak. Baginda kemudian memilih tempat kedua untuk membina istana tetapi
ianya tidak berkekalan.

Parameswara kemudian menjelajah ke tempat lain. Dalam satu rombongan memburu, baginda sampai ke
sebuah sungai bernama Bertam. Di sana, beliau terlihat seekor kancil yang dikejar oleh anjing-anjing
pemburu baginda telah menendang salah seekor daripada anjingnya jatuh ke dalam sungai. Baginda amat
terkejut dengan keberanian kancil tersebut dan dengan serta-merta menamakan tempat tersebut dengan
nama Melaka, sempena dengan nama pokok di mana baginda sedang berteduh.

Kesultanan Melaka memerintah negeri Melaka selama 110 tahun sehingga ditewaskan oleh pihak
Portugis pada tahun 1511.

Kurun Ke-15

1400 - Parameswara, putera raja dari Palembang, setelah ditumpaskan oleh Majapahit menuju ke Temasik
(nama asal Singapura) dan akhirnya membuka negeri Melaka.

1403 - Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya telah singgah di Melaka dan menjalinkan
hubungan diplomatik dan perdagangan China - Melaka.
1405 - Parameswara menghantar utusannya ke China bagi mengukuhkan hubungan diplomatik yang sedia
terjalin.

1409 - Laksamana Cheng Ho (Zheng He), ketua Armada perdagangan China dan para pembesar tiba di
Melaka bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

1411 - Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang serta
ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar untuk melawat Yung Lo, Maharaja Dinasti Ming di Cina.

1414 - Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk agama Islam dan memakai
gelaran Sultan Iskandar Shah (1414-1424).

1424 - Parameswara mangkat dan anakandanya, Sri Maharaja, menaiki takhta dan menukar namanya
menjadi Sultan Muhammad Shah (1424-1444). Baginda telah memerintah mengikut ajaran Islam,
mengasaskan etika istana dan menyebarkan Islam.

1444 - Raja Ibrahim, putera bongsu Sultan Muhammad Shah, menjadi pemerintah selepas kemangkatan
ayahandanya.

1445 - Raja Ibrahim dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu Syahid.

1446 - Raja Kassim, kekanda Sultan Abu Syahid, menaiki takhta dan memakai gelaran Sultan Muzaffar
Shah (1446-1458) dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.

1447 - Serangan Siam yang pertama ke atas Melaka berlaku, tetapi disekat oleh angkatan perang Melaka.
Pihak Siam ditewaskan tidak jauh dari Muar.

1456 - Tun Perak dilantik menjadi Bendahara atau Perdana Menteri dengan gelaran Bendahara Paduka
Raja. Beliau menjadi terkenal kerana pentadbiran yang baik dan bertanggungjawab dalam memajukan
Melaka. Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan
Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

1458 - Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Maharaja China menghantar Laksamana Cheng Ho yang
membawa Puteri Hang Li Po dan dikahwinkan dengan Baginda. Sultan Mansur Shah juga menghantar
Tun Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri Cina untuk mengiring Hang Li Po.

1477 - Sultan Mansur Shah mangkat dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) menaiki takhta pada
umur 15 tahun. Baginda merupakan seorang yang tegas dalam melaksanakan tugasnya.
1488 - Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh. Kemudian Sultan Mahmud Shah (1488-1511) menaiki
takhta atas jasa Tun Perak dan juga Hang Tuah.

1498 - Tun Perak meninggal dunia.

Kurun Ke-16

1500 - Tun Mutahir, sepupu Tun Perak, dilantik sebagai Bendahara bergelar Bendahara Seri Maharaja
dan menjadi bendahara yang paling berkuasa di kalangan para pembesar Kesultanan Melaka.

1509 - Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka.
Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di rantau Asia Tenggara. Atas sebab perselisihan
faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan oleh orang tempatan.

1510 - Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya dibunuh atas titah Sultan Mahmud Shah kerana beliau
enggan menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada baginda. Menyedari kesilapannya, Sultan Mahmud
Shah turun takhta untuk sementara waktu dan digantikan oleh anaknya, Sultan Ahmad Shah.

1511 - Alfonso D’Albuquerque, wizurai Portugis di Goa, tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat
permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh sultan. Selepas
10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Semenjak itu, Portugis
memerintah Melaka selama 130 tahun.

1512 - Albuquerque kembali ke Goa pada bulan Januari selepas menyiapkan “A Famosa†, kota
kubu yang mempunyai ketinggian menara 5 tingkat. Kemudian Sultan Mahmud Shah menyerang Portugis
di Melaka.

1513 - Patih Unus, seorang pahlawan Jawa yang kemudiannya menjadi Sultan Demak di Sumatera,
menyerang Portugis di Melaka.

1516 - Laksamana Hang Nadim, anak kepada Hang Tuah, menyerang Melaka.

1518/19 - Askar-askar Sultan Mahmud Shah mengepung bandar Melaka selama 3 bulan.

1523 - Sultan Mahmud Shah menyerang Melaka.

1524 - Laksamana Hang Nadim mengepung Melaka dan memotong bekalan makanannya.
1537 - Serangan orang Acheh yang pertama ke atas Portugis di Melaka.

1545 - Paderi Francis Xavier tiba di Melaka buat pertama kalinya. Selepas itu beliau telah melawat
Melaka sebanyak 5 kali.

1551 - Gabungan Johor, Japara dan Perak telah menyerang Melaka dan mengepungnya selama 3 bulan.

1553 - Paderi Francis Xavier mati di Pulau Sanction berdekatan dengan Canton, Cina dan dikebumikan di
Gereja St. Paul. Selepas 9 bulan, mayatnya telah dialih dan dikebumikan di Goa.

1567/68 - Dengan pertolongan Johor, Acheh menyerang kubu Portugis di Melaka. Namun, sekali lagi
mereka telah dikalahkan.

1571 - Acheh membuat percubaan untuk menyerang Portugis di Melaka, tetapi percubaan mereka sekali
lagi gagal kerana ribut taufan yang melanda.

1575 - Japara telah menyerang kubu Portugis di Melaka.

1585 / 86 - Johor telah menyerang Melaka.

1588 - Pelawat Inggeris yang pertama bernama Ralph Ritch telah tiba di Melaka.

1597 - Belanda menyerang Melaka.


Kurun Ke-17

1606 - Gabungan Belanda dan Johor menyerang kubu pertahanan Portugis di Melaka. Walaupun begitu,
pasukan bantuan askar Portugis yang tiba tepat pada masanya dari Goa dapat menyelamatkan Melaka.

1615 / 16 - Acheh melancarkan serangan sekali lagi ke atas Melaka.

1628 / 29 - Acheh berkuasa ke atas Melaka selama 8 bulan sebelum berundur.

1636 - Kapal Belanda memusnahkan kapal-kapal Portugis di pelabuhan Melaka.

1641 - Belanda dan orang Melayu Johor sekali lagi menyerang. Selepas pertempuran yang sengit,
Portugis diarahkan untuk menyerah kalah. Belanda kemudian memerintah Melaka selama 154 tahun.

1645 - Tokong Cheng Hoon Teng telah dibina oleh Ketua orang Cina, Lee Wei King. Ia adalah tokong
tertua yang masih wujud lagi di Malaysia.

1645 / 70 - Perang dalaman berlaku antara Belanda dengan Naning

1650 - Stadthuys atau “Rumah Negeri”, tempat tinggal bagi Gabenor Belanda yang juga menjadi
pusat pentadbiran telah dibina.

Kurun Ke-18

1710 - Gereja St. Peter, sebuah Gereja Kristian di Malaysia dibina oleh Belanda. Ia mempunyai reka
bentuk gabungan Timur dan Barat.

1753 - Gereja Christ siap dibina.

1756 - Orang Bugis yang diketuai Oleh Daing Kamboja, menyerang Melaka.

1784 - Raja Haji telah mendarat di Melaka tetapi kemudiannya dibunuh.

1795 - British mengambil alih Melaka daripada Belanda.

Kurun Ke-19
1795 1806 - British membuat rombakan terhadap segala tinggalan Portugis di Melaka. Meraka telah
merancang untuk memindahkan pusat perdagangan dan populasi ke Pulau Pinang untuk melemahkan
Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan.

1795 1808 - Ketibaan Stamford Raffles menyelamatkan Melaka daripada kejatuhan yang teruk.

1795 1818 - Dengan berakhirnya Perang Napoleon, Melaka kembali kepada pemerintahan Belanda di
bawah perjanjian Venice.

1795 1819 - Sultan Hussain Mohammad Shah dari Johor menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia
Timur Inggeris. Kemudian makam sultan diletakkan di kawasan Masjid Tengkera.

1795 1824 - Perjanjian Anglo-Belanda atau Perjanjian London meletakkan Melaka di bawah
pemerintahan British.

1795 1826 - Perjanjian Selat ditandatangani, yang mana Pulau Pinang, Singapura dan juga Melaka di
jadikan Negeri-negeri Selat yang berada dalam sistem pentadbiran yang sama.

1795 1867 - Pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan daripada Gabenor - ketua jabatan di India
kepada Pejabat Kolonial di London dan Melaka menjadi tanah jajahan British.

1795 1895 - Penanaman getah secara ladang dilakukan oleh Tan Chay Yan di Bukit Lintang, Melaka.

Kurun Ke-20

1904 - Permaisuri Victoria datang untuk memperingati Jubli Intan Seri Paduka Baginda

1942 - Jepun menjajah Melaka.

1945 - Melaka telah dikembalikan kepada pemerintahan British selepas Jepun menyerah kalah kepada
British di Singapura.

1948 - Komunis menyerang dan menguasai Malaya selama 14 hari. Pihak British mengisytiharkan darurat
dan situasi ini berakhir pada tahun 1960.
1956 - Perisytiharan Hari Kemerdekaan dibuat oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaya yang
pertama di Padang Banda Hilir (Padang Pahlawan), Melaka pada 20 Februari. Dalam tahun yang sama,
Melaka menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara merdeka.

1957 - Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Komisioner Residen British,
H.G. Hammet menyerahkan dokumen kemerdekaan kepada gabenor tempatan yang pertama.

1963 - Pembentukan Malaysia pada 16 September. Melaka menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Singapura, Sabah dan Sarawak juga menyertainya.

1989 - Melaka telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Bersejarah pada 15 April.


PEMIMPIN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Sumber: Muzium Kesultanan Melayu Melaka

PARAMESWARA / ISKANDAR SHAH (T.M1403-1424)

Parameswara adalah seorang anak raja dari Palembang iaitu jajahan takluk Majapahit yang telah
terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan pada akhir abad ke-14. Beliau telah berundur mencari
perlindungan ke Temasik yang pada masa itu di bawah kuasa Siam. Parameswara telah membunuh
Temagi, wakil Siam di Temasik dan akibatnya beliau telah dipaksa keluar dari Temasik. Parameswara
telah berundur ke Muar dan kemudiannya membuka Melaka yang pada masa itu merupakan sebuah
penempatan kecil. Sejarah Melayu ada menyatakan bahawa Parameswara telah memeluk Islam melalui
seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 dan nama baginda telah ditukar kepada Megat Iskandar Syah.
Peristiwa ini bermula pada suatu malam apabila baginda telah diajar mengucap dua kalimah syahadah.
Pada keesokan harinya serombongan pedagang dari Jeddah singgah si Melaka dan mereka inilah yang
telah mengislamkan para pembesar Melaka. Semasa pemerintahannya, baginda telah berjaya meletakkan
asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam di rantau ini.

SULTAN MUHAMMAD SYAH / SERI MAHARAJA (T.M 1424-1444)

Nama Sultan Muhammad Syah sebelum memeluk agama Islam ialah Raja Kecil Besar. Metos
pengislaman Sultan Muhammad Syah mengambarkan bagaimana baginda telah diajar mengucap dua
kalimah syahadah dan baginda dikhatankan dalam mimpinya. Baginda merupakan seorang yang alim
serta sangat patuh kepada ajaran Islam. Selain itu, Baginda juga adalah seorang yang beretika dan
berdisiplin tinggi. Ini dapat dilihat daripada pembaharuan serta adat istiadat yang telah diperkenalkan dan
cara baginda memuliakan para tetamunya yang datang dengan penuh adat istiadat kebesaran diraja.

SULTAN SRI PARAMESWARA DEWA SYAH (T.M. 1444 – 1446)

Baginda merupakan anak kepada Sultan Muhammad Syah hasil perkahwinannya dengan Puteri
Raja Rokan. Nama sebanarnya ialah Raja Ibrahim dan merupakan adik kepada Raja Kasim. Tidak banyak
yang diperkatakan tentang diri dan perwatakan baginda. Ini kerana usia kerajaannya terlalu singkat iaitu
hanya selama 1 tahun 5 bulan. Baginda menaiki takhta pada usia yang muda selepas kematian
ayahandanya. Berdasarkan fakta di dalam Sejarah Melayu, usia Baginda dianggarkan dalam lingkungan
bawah 20 tahun. Disebabkan usia yang terlalu muda, Baginda tidak dapat menguruskan takhta kerajaan
Melaka dengan sebaiknya. Oleh itu, kedudukannya sebagai sultan hanyalah sebagai boneka sahaja.
Kesultanan Melaka sebenarnya dikuasai oleh bapa saudaranya iaitu Raja Rokan yang jelas sifatnya
sebagai seorang yang gila kuasa. Raja Ibrahim jelas amat muda dan mentah berdasarkan sikapnya yang
masih dimanjakan oleh ibunya. Pemerintahan baginda tidak lama kerana telah dibunuh oleh Raja Rokan
dalam peristiwa perebutan takhta dengan Raja Kasim.

SULTAN MUZAFFAR SYAH (T.M. 1446 – 1456)

Baginda merupakan anak kepada Sultan Muhammad Syah dengan isterinya, Tun Wati. Nama
sebenarnya ialah Raja Kasim dan abang kepada Sri Parameswara Dewa Syah. Sewajarnya Bagindalah
selaku putera yang sulong yang menaiki takhta kerajaan Melaka selepas kemangkatan ayahandanya.
Namun disebabkan sikap pilih kasih ayahandanya, baginda telah disisihkan dari istana. Semasa dalam
buangan, baginda telah menjadi nelayan sehingga akhirnya telah Berjaya merampas takhta daripada Raja
Ibrahim. Sultan Muzaffar Syah digambarkan sebagai seorang yang berjiwa rakyat sehinggakan mereka
amat mengasihinya. Sejarah Melayu juga menerangkan tentang sifat Sultan Muzaffar Syah yang amat
baik perangainya, adil, pemurah dan saksama. Pada zaman pemerintahannya juga, kekuasaan politik
Melaka juga mula berkembang. Empayar Melaka tersebar sehingga ke Dinding, Selangor, Muar,
Singapura, Bertam dan Pahang. Baginda adalah pemerintah Melaka yang pertama menguasai kedua -dua
pantai Selat Melaka apabila Berjaya menawan Inderagiri, Kampar (di Sumatera) yang mengawal
pengeluaran lada hitam dan emas dari pedalaman Minangkabau. Di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar
Syah selama 10 tahun dapat dilihat keunggulan Melaka sebagai pusat perkembangan agama Islam.
Agama Islam telah disebarkan ke negeri jajahan takluk Melaka. Baginda juga menggalakkan mubaligh –
mubaligh dari Melaka berhijrah ke negeri – negeri jajahan Melaka untuk menyebarkan agama Islam.

SULTAN MANSUR SYAH / RAJA ABDULLAH (T.M. 1456 – 1477)

Sultan Mansur Syah atau nama sebenarnya, Raja Abdullah merupakan putera tunggal Sultan
Muzaffar Syah. Baginda menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya pada usia 27 tahun. Sifat
fizikalnya digambarkan sebagai seorang yang kacak sehingga tidak ada tolok bandingnya, gagah perkasa
dan mempunyai susuk badan yang menarik. Baginda amat mengambil berat dalam soal keagamaan dan
merupakan seorang yang amat berhati – hati dalam membuat sebarang keputusan. Baginda juga amat
menghormati sesiapa sahaja dan dibuktikan melalui layanan yang baik terhadap Dewa Sura yang menjadi
tawanannya. Dalam teks Sejarah Melayu, digambarkan bahawa baginda mempunyai darjat kebesaran
yang amat tinggi. Ini terbukti melalui peristiwa Raja China yang terkena penyakit kedal akibat menerima
sembah dan salam baginda. Untuk mengubati penyakit itu Raja China terpaksa meminum air basuhan
kaki Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah amat mementingkan ajaran islam hinggakan sebelum
mangkat baginda telah menasihati putranya supaya beriman, mempunyai perketi yang baik dan mentakbir
negeri dengan adil dan saksama.

SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH (T.M. 14777 – 1488)

Baginda adalah putra kepada Sultan Mansur Syah. Sejaran melayu mencatatkan bahawa Sultan Alauddin
masih muda belia sewaktu memerintah Melaka. Menurut Prof. Dato Dr. Mohd Yusoff Hashim, menerusi
bukunya “Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Alauddin merupakan seorang raja yang gagah perkasa dan
bijaksana. Di awal pemerintahannya, baginda memberi perhatian terhadap kemakmuran dalam negeri.
Baginda seorang yang amat tegas dan berani. Keberaniannya terbukti apabila satu malam baginda sendiri
bersama dua orang pengiring, Hang Isap dan Hang Siak telah keluar untuk menangkap pencuri. Duan dari
tiga orang pencuri telah Berjaya dibunuh. Tindakan itu mempunyai persamaaan dengan cara
pemerintahan yang dilakukkan oleh Saidina Umar Al Khatab, khalifah Islam yang ke dua selepas
Rasulullah wafat. Dibawah pemerintahan baginda, empayar Melaka menjadi makmur. Undang-undang
islam diamalkan di mana sehingga baginda mengeluarkan perintah barang siapa didapati mencuri,
tangannya akan dipotong. Dengan pelaksanaaan undang-undang islam ini Melaka telah menjadi aman
dan makmur.

SULTAN MAHMUD SYAH (T.M 1488 – 1511)

Baginda adalah putra kepada Sultan Alauddin Riayat Syah dengan Tun Senaja dan menaiki tahta ketika
usianya masih muda lagi. Baginda adalah sultan yang terakhir memerintah Melaka sebelum jatuh
ketangan portugis pada T.M. 1511. Semasa pemerintahan baginda, Melaka berada didalam kerajaan yang
tidak stabil. Pembesar- pembesar negeri bertelagah antara satu sama lain, kegiatan rasuah dan
penyelewengan berleluasa. Walaupun demikian, sebagai mana pemerintah terdahulu, Sultan Mahmud
juga berjaya meluaskan kuasaan Melaka ke beberapa daerah. Umpamanya baginda telah mengerahkan
Paduka Tuan menyerang dan menakluki Manjong, Kelantan dan mempertahankan Pahang daripada
serangan Raja Legor. Baginda juga telah menobatkan raja negeri asing seperti Raja Abdul Jamil dari
Pahang, Raja Abdullah dari Kampar dan seorang raja dari Kedah. Walaupun Sultan Mahmud sering
digambarkan mempunyai sifat-sifat negetif, baginda tetap mengambil berat tentang hal ehwal agama.
Baginda sanggup berjalan kaki untuk memperlajari ilmu agama dengan Maulana Sadar Johar di samping
menitik beratkan ajaran islam kepada kaum kerabatnya.
TAMAN LARANGAN

Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina bersama dengan taman botani yang dikenali sebagai Taman
Terlarang. Taman Terlarang ini mempunyai konsep permainan yang sama untuk para puteri kerajaan
semasa zaman bermain untuk puteri kerajaan semasa era Kesultanan Melaka. Walaupun tidak pernah
direkodkan dengan jelas bahawa taman itu sebenarnya ada di istana, berbanding dengan istana negara
lain, berbanding dengan istana-istana negara lain di dunia Melayu, dapat divisualisasikan bahwa kebun
semacam itu ada di Melaka juga. Seperti yang dihubungkan oleh pengembara Cina, terdapat pelbagai
jenis pokok yang bertumbuh berkembang. Di dalam taman tersebut pelbagai jenis tumbuhan tumbuh,
termasuk tumbuh-tumbuhan berbunga, seperti melati, frangipani, kenanga (bunga kuning kehijauan),
serta tumbuhan herba seperti rumput lemon, 'Tongkat Ali' dan lain-lain.
TUGAS SULTAN DAN GOLONGAN PEMESAR MELAKA

Kesultanan Melayu Melaka yang bermula pada TM 1403 diasaskan oleh Parameswara ,
merupakan sistem pemerintahan berbentuk kesultanan yang pertama di negara ini. Corak pemerintahan
dan pentadbiran yang ada dipengaruhi oleh sistem Hindu bercorak birokrasi yang mengamalkan
Pembesar Empat Lipatan dan diketuai oleh Sultan. Baginda akan dibantu oleh empat orang Majlis
Tertinggi (Majlis Orang Besar Berempat) terdiri daripada Bendahara, Laksamana, Temenggung dan
Penghulu Bendahari, Lapan Orang Pembesar dan Enam Belas Berempat. Kerajaan Melaka telah Berjaya
membentuk empayar yang luas dan kuat semasa Tun Perak menjadi Bendahara meliputi seluruh
Semenanjung Tanah Melayu, Pattani dan sebahagian Pantai Timur Sumatera. Sultan Melaka telah
melantik kerabat diraja dan pembesar tempatan yang dikenali sebagai Madulika untuk mentadbir jajahan
takluknya.

1.1 Sultan

Sultan adalah ketua kerajaan yang mempunyai kuasa mutlak. Baginda bertindak sebagai hakim
dan penggubal undang-undang serta boleh menjatuhkan hukuman mati dan buang negeri kepada sesiapa
sahaja di bawah pemerintahannya. Segala pungutan ufti dan cukai oleh para pembesar seperti cukai di
pelabuhan oleh Syahbandar akan diserahkan kepada baginda. Baginda juga bertindak selaku ketua agama
Islam yang merupakan agama rasmi di Melaka. Baginda mempunyai kuasa di dalam segala hal ehwal
negeri jajahan takluknya dan urusan luar negeri. Sultan mempunyai cop mohor yang tercetak nama
baginda dan digunakan dalam urusan rasmi yang mengesahkan bahawa sesuatu arahan adalah daripada
kerajaan dan ianya mestilah dipatuhi dan ditaati oleh sekalian rakyat.

1.2 Bendahara

Bendahara merupakan ketua pentadbir di bawah sultan dan beliau menjadi pemangku raja semasa
ketiadaan baginda di dalam negeri. Tugas dan tanggungjawab Bendahara pada ketika itu hampir sama
dengan tugas dan jawatan Perdana Menteri pada hari ini. Bendahara bertanggungjawab menjadi Ketua
Hakim dalam perbicaraan menyelesaikan kes-kes jenayah besar. Beliau juga ditugaskan sebagai ketua
adat istiadat. Oleh yang demikian, segala alat-alat kebesaran di Raja di bawah kuasa beliau dan dijaga
dengan baiknya. Sekiranya berlaku peperangan, Bendahara yang akan mengetuai angkatan perang negeri.

1.3 Penghulu Bendahari

Penghulu Bendahari bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan negeri dan pemegang segala amanah
juga harta kerajaan Melaka. Tugas Penghulu Bendahari pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka hamper
sama dengan Menteri Kewangan dalam kerajaan sekarang. Bersesuaian dengan gelarannya, beliau
sentiasa mengawasi para pegawai di bawahnya dan memastikan mereka menjalankan tugas dengan jujur
dan amanah. Selain itu, Penghulu Bendahari merupakan ketua perayaan dan menjadi Setiausaha serta
Bendahari kepada Sultan. Beliau turut bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja dan hamba sahaya
istana.

1.4 Temenggung

Temenggung adalah antara pembesar yang tertinggi kedudukannya di dalam pentadbiran Kesultanan
Melayu Melaka. Beliau mengetuai pasukan keselamatan dan tanggungjawab menjaga keselamatan negeri.
Jawatan Temenggung hampir sama dengan jawatan Ketua Polis Negara sekarang. Temenggung
bertanggungjawab menguruskan kes-kes jenayah kecil serta mengawasi dan menguruskan pembinaan
penjara. Di samping itu, Temenggung juga perlu mengelola pedagang-pedagang asing serta menentukan
sukatan dan timbangan yang betul digunakan semasa urusan pedagangan. Dalam situasi yang lain, beliau
juga menjadi ketua adat istiadat dalam jamuan di raja.

1.5 Laksamana

tugas utama Laksamana adalah untuk mengetuai pasukan angkatan laut. Bertanggungjawab menjaga
keamanan di laut dan mencegah kegiatan lanun. Benteng pertahanan Melaka daripada serangan musuh
terletak di tangan Laksamana. Selain daripada itu, beliau juga perlu mengawal keselamatan peribadi
Sultan dan Bendahara dengan duduk di belakang gajah semasa mengiringi baginda berangkat. Segala
urusan di raja ke seberang laut akan diketuai oleh Laksamana dan turut bertanggungjwab mengetuai
angkatan tentera sekiranya Bendahara tidak berada di dalam negeri.
Enam 6 Masjid Lama Di Melaka
Sumber : Islam grid 2.0

1. Masjid Kampung Hulu

Latar Belakang

Masjid ini terletak di Jalan Kg Hulu, Bandar Hilir dalam daerah Melaka Tengah. Dato’ Aroon atau Haron
yang berasal dari Negeri China telah membina masjid ini. Dato’ Aroon ialah seorang mualaf yang telah
memeluk Islam ketika berada di Melaka.

Menurut sejarah, pada tahun 1700 Masihi beliau telah diberikan sebidang tanah oleh penjajah Belanda.
Dato’ Aroon menjadi seorang yang kaya dan dikenali sebagai Kapitan Melayu I, manakala anaknya Dato’
Samsudin digelar sebagai Kapitan Melayu II.

Pada mulanya masjid ini dikatakan dibina pada tahun 1720 Masihi tetapi terdapat sesetengah pendapat
yang mengatakan ia didirikan pada tahun 1728 Masihi. Masjid ini dianggap sebagai masjid pertama yang
dibina di Melaka sewaktu zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini kemudiannya telah dibaik pulih dan
diperbaharui oleh Dato’ Samsudin, iaitu Kapitan Melayu II.

Masjid ini mempunyai beberapa buah rumah kedai yang disewakan kepada orang perseorangan. Hasil
sewaan itu menjadi sumber pendapatan masjid ini yang menjadikan ia sebagai masjid yang terkaya di
antara masjid-masjid di negeri Melaka.
2. Masjid Tengkera Melaka

Latar Belakang

Masjid ini terletak di sebelah kanan Jalan Tengkera yang bersempena dengan nama Mukim Tenqureah
yang wujudkan oleh pemerintahan Portugis di Melaka. Masjid Tengkera adalah diantara masjid yang
tertua di Melaka. Ia dibina semula pada 1821 Masihi dan siap pada tahun 1850-an di atas tapak masjid
lama yang dibina pada tahun 1750 Masihi semasa zaman pemerintahan Belanda. Ia dikatakan masjid
kedua tertua di Melaka selepas Masjid Peringgit. Masjid ini pernah dijadikan sebagai Masjid Utama atau
Masjid Negeri bagi negeri Melaka.

Binaan

Masjid yang bercirikan senibina tradisional Melaka dan campuran senibina Sumatera dan China. Masjid
ini mempunyai 3 lapisan bumbung yang terdiri daripada bumbung verandah, bumbung ruang sembahyang
dan bumbung kubah. Di bahagian hadapan masjid ini dipagari dengan tembok batu yang dihias kekisi
porselin. Pintu gerbangnya dihiasi dengan ukiran tulisan khat dan berbumbung bentuk bumbung pagoda.
Di bahagian hadapan verandah pula terdapat sebuah menara di mana di bahagian bawah menara dibuat
bumbung berkeliling.

Pelan bukaan masjid berbentuk segi empat. Seperti masjid-masjid lain di Melaka, bumbung masjid ini
direka bentuk bertingkat-tingkat sebanyak tiga lapisan. Pada asalnya bangunan masjid ini didirikan hanya
berasaskan kayu dan atap yang diperbuat daripada daun nipah. Tiangnya pula daripada kayu berlian atau
ulin yang didatangkan dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini telah diperbaiki sebanyak dua kali, iaitu
pada tahun 1890 Masihi dan 1910 Masihi.
Makam Sultan Hussein

Di dalam kawasan Masjid Tengkera ini terdapat sebuah makam, iaitu makam Sultan Hussein Muhammad
Shah, Sultan Johor yang telah menandatangani perjanjian penyerahan Singapura bersama Sir Stamford
Raffles pada tahun 1819 Masihi. Baginda telah berhijrah ke Melaka dan mangkat pada 5 September 1835
Masihi lalu dimakamkan di perkarangan masjid ini
3. Masjid Kampung Kling

Latar Belakang

Masjid ini dibina tidak jauh kebelakang dengan Masjid Kampung Hulu. Iaitu 1152 Hijrah bersamaan
1748 Masehi. Kemudian masjid ini dibaharui dalam tahun 1288 Hijrah bersamaan 1872 Masehi dengan
bangunan batu. Dalam tahun 1908 atap masjid ini ditinggikan mengikut atap Masjid Kampung
Hulu.Keseluruhannya pembinaan masjid ini adalah derma daripada hartawan-hartawan dan orang ramai.

Binaan

Konsep Reka Bentuk

Masjid ini direka bentuk mengikut seni bina masjid-masjid di kepulauan Sumatera Indonesia yang
terpengaruh dengan seni bina Hindu. Namun demikian terdapat juga pengaruh budaya Cina pada bentuk
menaranya yang seakan-akan sebuah pagoda.

Reka bentuk sebegini menjadi kelaziman pada menara masjid-masjid sekitar Melaka. Selain daripada
konsep reka bentuknya, ketiga-tiga budaya Hindu, Cina dan Melayu turut diterap pada hiasan dalaman
masjid ini.
Monumen Bersejarah

Pada asalnya Masjid Kampung Kling dibina menggunakan bahan daripada kayu tetapi ia telah
diruntuhkan dan digantikan semula dengan bahan binaan daripada batu bata pada tahun 1872 Masihi.
Pada tahun 1908 Masihi sekali lagi ia telah diubah suai.

Pada tahun 1999 Masihi, Jabatan Muzium dan Antikuiti telah menjalankan kerja-kerja pemuliharaan
Masjid Kampung Kling ini dan meletakkan ia sebagai salah satu bangunan bersejarah bagi Negeri
Melaka.

Masjid ini terletak di Jalan Tukang Emas bersebelahan Tokong Hindu Sri Payyatha Viyanagar
Moorthi dan Tokong Cheng Moon serta berdekatan Masjid Kampung Hulu. Kawasan persekitaran masjid
ini turut dikenali sebagai Jalan Harmoni kerana rumah-rumah ibadat agama Islam, Hindu dan Cina yang
berdekatan antara satu sama lain.
4. Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah Kampung Duyong

Latar Belakang
Masjid ini telah dibina secara bergotong-royong pada tahun 1850 Masihi oleh pengasas masjid ini yang
dikenali sebagai Wan Chilek. Masjid ini digunakan oleh penduduk di sekitar Kampung Duyung yang
dianggap antara perkampungan Melayu tertua di Melaka. Masjid Duyung pada asalnya adalah sebuah
surau yang kemudiannya menjadi sebuah masjid.

Binaan
Konsep Reka Bentuk Reka bentuk masjid ini mengikut seni bina tradisi tempatan. Bahan binaannya
terdiri daripada kayu dan batu merah laterite. Bumbungnya beratapkan campuran genting dari China dan
Belanda, berbentuk piramid atau turut disebut bumbung telangkup yang terdiri daripada tiga lapis, iaitu
bumbung utama, tengah dan beranda. Oleh kerana kerap kebocoran, pada tahun 1967 Masihi atap
daripada genting China dan Belanda ini telah ditukar dengan atap genting yang baru.

Puncak atau mahkota pada bumbung utama diperbuat daripada batu karang berukir. Kini kedua-duanya
telah diganti dengan besi berukir setelah batu karang itu rosak dan sukar untuk mendapat ganti.
Pertambahan penduduk di kawasan Kampung Duyung menyebabkan Masjid Duyung sebagai rumah
ibadah diperbesarkan beberapa kali. Kerja-kerja pemuliharaan sepenuhnya telah dilakukan pada tahun
2000 Masihi kerana bahagian masjid kebanyakannya telah uzur dan rosak. Menara masjid ini pula
didirikan pada tahun 1909 Masihi, iaitu terkemudian daripada pembinaan bangunan masjid. Rupa
bentuknya seakan-akan sebuah pagoda menunjukkan hasil pengaruh seni binaan kaum Cina.
5. Masjid Peringgit Melaka

Latar belakang

Peringgit mendapat namanya apabila Pemerintahan Portugis di Melaka (1511-1641) membina pos
kawalan di puncak bukit ini. Ianya bertujuan mengawal pergerakan / serangan orang-orang Naning,
daerah kecil yang merdeka. Lantas bukit ini disebut sebagai Bukit Peringgi dan kemudiannya disebut
Peringgit kekal hingga ke hari ini (Peringgi adalah gelaran orang-orang Melaka terhadap orang Portugis).

Masjid asal Peringgit yang dibina pada tahun 1414 Hijrah bersamaan 1726 masihi telah musnah. Masjid
ini pula telah dibina pada tahun 1293 Hijrah bersamaan 1868 Masihi. Ianya adalah masjid tradisional
Negeri Melaka. Berbentuk empat segi, bahan binaan terdiri daripada batu laterite dan batu bata era
Belanda sebagai asas dan dinding, Lantai masjid diperbuat daripada susunan terracotta. Loteng, perabung,
kekisi tingkap dan pintu dibuat dari kayu. Tiga lapisan bumbung adalah ciri utama masjid di Melaka.
Gentingnya terdiri daripada genting china pada bahagian verandah dan genting Belanda pada bumbung
tengah dan bumbung utama. Bahagian kubah / puncak dibuat dari batu karang berukir seperti yang dapat
dilihat.

Pada tahun 1978/1979 kerajaan Negeri Melaka telah menambah besar bahagian belakang masjid ini
dengan binaan konkrit yang melenyapkan tangga utama, perigi, kolah, susunan terracotta dan batu bata
era Belanda di bahagian lantai terracotta di verandah ditukar kepada jubin moden. Di bahagian sisi
sebelah kanan telah dibina binaan tambahan yang digunakan sebagai kelas Fardu Ain untuk kanak-kanak
setempat.
Apabila Masjid Negeri siap dibina pada tahun 1988, Masjid Peringgit tidak lagi digunakan untuk solat
Jumaat kerana kedudukannya yang berhampiran dan kariah masjid berpindah ke Masjid Negeri. Masjid
Peringgit digunakan oleh penduduk setempat untuk solat harian sahaja. Lama kelamaan banyak dari kerja
kayunya yang rosak disebabkan anai-anai dan air hujan sehingga ianya tidak lagi selamat untuk
digunakan.

Pada tahun 2002 Jabatan Muzium dan Antikuiti telah melaksanakan kerja-kerja konservasi dengan
mengembalikan bentuk asal Masji Peringgit.

Binaan
Masjid ini dibina daripada bahan binaan seperti batu laterit dan batu bata zaman penjajahan Belanda
sebagai asas, manakala dinding dan lantai masjid diperbuat daripada susunan terracotta. Selain itu kayu
digunakan untuk membina perabung, kekisi tingkap, pintu dan loteng. Tiga lapisan bumbung adalah ciri-
ciri utama yang terdapat pada masjid di Melaka.

Kerangka yang diperbuat daripada kayu menjadi asas kepada bumbung tiga lapis ini. Atap genting yang
digunakan terdiri daripada kombinasi genting daripada China dan Belanda. Sebahagian bumbungnya
menggunakan genting China manakala sebahagian lagi menggunakan genting Belanda, iaitu pada
bumbung tengah dan utama. Pada puncak bumbung, batu karang berukir diletakkan sebagai pengganti
kubah.

Monumen Peninggalan Sejarah

Apabila Masjid Negeri siap pada tahun 1988 Masihi, Masjid Peringgit tidak digunakan lagi untuk solat
Jumaat kerana kedudukannya yang sangat berhampiran. Masjid Peringgit hanya dijadikan tempat untuk
menunaikan solat fardhu sahaja. Pada tahun 2002 Masihi, Jabatan Muzium dan Antikuiti telah
melaksanakan kerja-kerja membaik pulih masjid ini ke bentuk asalnya.
6. Masjid Telok Mas Melaka

Latar belakang

Masjid ini berasal daripada surau yang dibina pada tahun 1820 di ketuai oleh Datuk Panglima Daeng
Salleh yang bergelar Panglima Sulong Raja bertempat di jalan Raja Haji, Telok Mas. Imamnya ialah Tuan
Haji Fakeh Dalili dan bilalnya pula Haji Hassan.

Pada tahun 1840, masjid baru dibina di tapak masjid sekarang. Masjid ini diasaskan oleh Ketua
Kampung, Datuk Penghulu Haji Idris dan Imam pertama adalah Haji Bia Nurudin. Menara masjid
didirikan jauh daripada tapak masjid pada tahun 1913, di bawah pimpinan Datuk Penghulu Daud bin
Hamzah. Rekabentuk menara bersamaan dengan menara yang terdapat di Masjid Tanjung Kling dan
Tengkera. Senarai imam yang bertugas bermula tahun 1820 – 1995 ialah Haji Faheh Dali (1820-1840),
Haji Bia Nurudin (1840-1860), Haji Mohd Shah (1860-1887), Haji Idris (1887-1925), Haji Yusof bin Haji
Omar (1925-1947), Haji Ghazali bin Haji Idris (1948-1958), Haji Said bin Zainal (1958-1978), Haji
Husin bin Kassim (1978-1986), Haji Bokhari bin Haji Said (1986-1992), Haji Zaini bin Haji Ghazali
(1992-1993), Haji Jalil bin Haji Idrus sebagai Imam 1 dan Haji Zaidan bin Haji Bahar sebagai Imam II.

Pengubahsuaian masjid telah dilakukan pada tahun 1951 dan pada tahun 1967 ruang tambahan di
bahagian hadapan dibina bagi kemudahan jemaah. Pada tahun 1989, ruang tambahan dirobohkan dan
dibina semula dengan membesarkan keseluruhan ruang sehingga ke pagar kawasan masjid. Namun
rekabentuk asal masjid masih dikekalkan. Manakala bumbung hanya tinggal dua tingkat sahaja kerana
bahagian bawah telah tertutup dengan tembok. Tiang seri di bahagian dalam masjid hanya tinggal 2
batang sahaja dan telah disalut dengan simen.

Kerja-kerja pengubahsuaian ini menelan belanja sebanyak RM110,000.00.


Bahan – bahan lain

Sumber : Research gate

Peta ini digunakan untuk menunjukkan kawasan kota a famosa


Pandangan Melaka dari seluruh Sungai Melaka, melihat pintu pagar bandar (D), dan di sebelah kiri
adalah Rumah Governor (B) yang kemudiannya dikenali sebagai Stadhuys. Di atas bukit adalah Gereja St.
Paul (A). Di bawah gereja ini adalah sebuah kubu kecil yang dipanggil Misericordia atau Slavenburg (C),
kerana Portugis digunakan untuk menjaga budak di sana. Semasa pemerintahan Belanda ia adalah
sebuah gudang senjata dan gudang. Benteng di sebelah kanan, di tepi pantai, adalah Punt Middelbourgh
(E), dan Frederik Hendrik (F) (Irwin 1962).

Anda mungkin juga menyukai