Anda di halaman 1dari 13

Malaya Railway

Sejarah Bangunan Ibu Pejabat Keretapi KTMB

Bangunan Ibu Pejabat - Stesen keretapi Kuala Lumpur semasa dalam pembinaan 1910

INFO BANGUNAN Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur Lokasi : Jalan Sultan Hisamuddin, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur No. Lot : 36 Hakmilik Bangunan / Tanah : Keretapi Tanah Melayu Berhad / Kerajaan Persekutuan Tahun Dibina : 1892 Bangunan Ibu Pejabat Keretapi ( Ibu Pejabat KTMB) Lokasi : Jalan Sultan Hisamuddin, Kuala Lumpur No. Lot : 13 & 32 Hakmilik Bangunan : Keretapi Tanah Melayu Berhad / Kerajaan Persekutuan Tahun Dibina : 1910 - 1917 Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu adalah merangkumi bangunan stesen, hotel dan pejabat pentadbiran baru yang terletak bersebelahan jalan adalah dua bangunan terindah dan mercu tanda Kuala Lumpur. Kedua-duanya dibina dalam zaman kemuncak ketika berlakunya pembangunan pesat dan perubahan teknologi pengangkutan keretapi di Tanah Melayu. Bangunan ini merupakan stesen ketiga di Kuala Lumpur dan kedua di tapak sama. Ini kerana stesen terawal (dirasmikan antara 15 atau 22 September 1886) yang dikenali sebagai 'Kuala Lumpur'. Ia merupakan sebuah bangunan beratap sementara menghubungkan Kuala Lumpur ke Klang (Pengkalan Batu) dengan landasan keretapi yang pertama untuk menghubungkan bandar ini dengan kawasan-kawasan lain di Semenanjung Tanah Melayu. Pembinaan bangunan dan nama stesen di Kuala Lumpur

15 September 1886 - Kuala Lumpur (Terminal sementara untuk Selangor Railway)

1891 - Stesen Residen, Kuala Lumpur. 1892- Stesen Kuala Lumpur pertama. 1 June 1893 - Stesen Sultan Street 1 March 1895 - Stesen Pudoh (Pudu). 1910 Stesen utama Kuala Lumpur ke arah selatan.

Lokasi stesen keretapi (pertama) berada di tapak Station Yard, lot tepi di antara (Market St dan Victory Avenue), yang kini dikenali Leboh Pasar dan Jalan Sultan Hisamuddin. Apabila landasan ke utara dibina ia dicawangkan (branched) dengan laluan Kuala Lumpur - Bukit Kuda di selatan bangunan stesen yang pertama di mana Stesen Residen pula dibina antara landasan yang baru ini.

Bangunan Stesen Kuala Lumpur gambar pada tahun 1892 , dikenali sebagai Stesen Residen dengan landasan tunggal. Digelar sebagai Stesen Residen kerana berdekatan dengan kediaman Residen British, ia dibina di seberang Kelab Diraja Selangor ke arah barat.

Asalnya, bangunan stesen mengandungi tiga platform. Berkonsep ringkas dan terbuka dengan ruang legar yang luas berbumbung selari dengan platform, ruang pejabat dan hotel terletak di tingkat mezanin dan tingkat satu. Kontrak pembinaan telah di tawarkan kepada Archie and Phillip Russell Company dalam tahun 1910.

Stesen Kuala Lumpur (Poskad bertarikh 1985) dengan dua platform.

Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang baru ini memulakan perkhidmatannya mulai 1 Julai 1911, manakala sebahagian Station Hotel mula di gunakan pada 11 Ogos 1911. Pada 1 November 1911, pejabat tempahan tiket yang baru di buka di platform No. 4. Kos pembinaan stesen, hotel dan beberapa bangunan tambahan kemudian, dalam tahun 1915 memakan belanja sebanyak sebanyak $1,000,669.

Stesen Kuala Lumpur (tanpa Ibu Pejabat) sekitar 1890 dengan 3 platform.

Stesen Kuala Lumpur (tanpa Ibu Pejabat) sekitar 1914 dengan 4 platform.

"The Railway Gazette", 11 November 1929. Gambar di dalam Stesen Kuala Lumpur dengan tajuk "Typical scene on No.4 platform, Kuala Lumpur Station, Federated Malay States Railway".

Bangunan Ibu Pejabat keretapi Kuala Lumpur awal 1920an

Bangunan Ibu Pejabat keretapi Kuala Lumpur dan stesen 1937

Lumpur awal 1960an (kiri)

Bangunan Ibu Pejabat keretapi Kuala

Peta awal 1895 menunjukkan lokasi Stesen Kuala Lumpur yang kedua - Sultan Street Station.

Stesen Jalan Sultan (bahasa Inggeris Sultan Street Station) pula dibuka pada 1 Jun 1893 di Foch Avenue (kini Jalan Tun Tan Cheng Lock), berhampiran dengan tapak Menara Maybank Hentian Puduraya pada masa kini. Rekaannya adalah berdasarkan Stesen Residen, dan terletak pada laluan keretapi Pudu, sebatang landasan baru yang dicawang dari stesen 1910 itu, menghubungkan lombong-lombong di Ampang ke bandar raya ini. Laluan ini unik kerana bahagian awal landasan mengampiri stesen terletak di antara dua jalan Foch Avenue, memotong di sebelah kanan bandar ini.

Pemandangan Stesen Sultan Street awal 1950an

Stesen Residen dirobohkan selepas pembinaan stesen Kuala Lumpur yang baru siap. Stesen Jalan Sultan pula digantikan oleh suatu yang lebih kecil apabila landasan di Foch Avenue dibuka untuk laluan lalu lintas, dan dirobohkan selepas 1960. Sebahagian laluannya digunakan semula oleh LRT Ampang. Bangunan yang terletak di sudut tepi (Venning Road dan Victory Avenue) kemudian Jalan Perdana dan Jalan Sultan Hisamuddin di lot 13, 14 dan 23 ini pada asalnya dibina sebagai Ibu Pejabat Baru Pentadbiran Keretapi F. M. S Railway Administration Headquarters di bawah perancangan C.E Spooner selaku pengarah PWD kemudian Pengurus Besar F. M. S Railway dari 1901 1909. Penyediaan pelan mula dirangka dalam tahun 1913 dan tender dikeluarkan pada 14hb. Mei 1914 dengan anggaran awal sebanyak $508,000 (Dolar Negeri Selat). Pembinaan ditawarkan kepada kontraktor Ang Seng bermula dalam tahun 1914, namun tergendala disebabkan Perang Dunia Pertama (1914-1918). Akhirnya setelah siap dalam bulan November 1917, kos sebenar meningkat hingga mencapai $780,422 (Dolar Negeri Selat). Setelah siap, senibina Bangunan Baru Pentadbiran Keretapi F.M.S.R kini dikenali sebagai Bangunan Ibu Pejabat Keretapi (KTMB) dianggap sebagai komplimen kepada Bangunan Stesen Keretapi yang terletak bertentangan jalan sekaligus menggambarkan kemuncak pembangunan sejarah Keretapi di Tanah Melayu.

Bangunan Ibupejabat KTMB termasuk di dalam SISTEM DAFTAR WARISAN kategori Tapak Warisan Kebudayaan negara

Dalam lipatan sejarah bangunan ini, ia mengalami dua kali kerosakan besar. Pertama bahagian sayap utara musnah terkena bom semasa Perang Dunia Kedua. Kemudian, pada 14 November 1968, bahagian yang sama di tingkat kedua musnah akibat kebakaran. Sebagai salah satu di antara bangunan terindah rekaan A. B. Hubback , bangunan ini memperlihatkan perkembangan reka bentuk dan nilai estetika melalui kepelbagaian ragam hiasnya seperti penggunaan berulang gerbang besar Gothe dan kecil dengan disulam beranda di tingkat bawah, tingkat satu dan dua, serta tingkap besar dan kubah dengan tiang tegak terpintal entwined column yang terletak di empat penjuru bangunan.

Tahukah

Anda

Gambar lakaran arkitek Stesen Keretapi Pudoh (Pudu) di Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia. Pada mulanya stesen ini adalah di bawah kelolaan Keretapi Kerajaan Selangor (Selangor Government Railway) sebelum FMSR. Kini stesen ini digantikan oleh Stesen LRT Pudu, di mana landasan keretapi KTMB ditanggalkan dan digantikan oleh landasan LRT. Pada mulanya laluan LRT pada masa kini itu adalah di bawah Sistem Transit Aliran Ringan (STAR), kini RapidKL, dan laluan ini dinamakan semula sebagai sebagai Laluan Ampang. Landasan Keretapi Kawasan Tengah (Central Region) Mengikut Peta 1921

1. Stesen Kuala Lumpur - Stesen Batu Junction - Stesen Batu Caves (Perkhidmatan Komuter) 2. Stesen Kuala Lumpur - Stesen Batu Junction - Ampang (Telah di bongkah)

3. Stesen Kuala Lumpur - Stesen Salak South Junction - Stesen Sultan Street (Telah di bongkah) 4. Stesen Kuala Lumpur - Port Swettenham @ Stesen Pelabuhan Kelang (Perkhidmatan Komuter dan Freight) 5. Stesen Kuala Lumpur - Connaught Bridge Junction - Kuala Selangor (Telah di bongkah) 6. Stesen Kuala Lumpur - Stesen Kuang - Stesen Batang Berjuntai (Telah di bongkah) 7. Stesen Kuala Lumpur - Bersambung dengan landasan utama ke Utara 8. Stesen Kuala Lumpur - Bersambung dengan landasan utama ke Selatan

9. Rumusan
10. Bangunan bersejarah merupakan satu asset yang penting bagi Negara kita. Ia penting bagi Negara kita. Ia penting kerana, ia dapat meningkatkan sektor perlancongan Negara kita. Bangunan bersejarah ialah, bangunan yang berusia lebih dari 100 tahun. Oleh itu pemeliharaan dan pemuliharaan prrlu dilakukan untuk memastika bahawa warisan budaya dapat dikekalkan untuk mengukuh nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat. 11. Pemeliharan dan pemulihaaan dapat dikukuh untuk melahirkan warganegara yang berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita perlulah menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh Negara yang telah berjuang mati-matian demi mendapatkan kemerdekaan Negara selain itu itu kita mestilah menghormati lambang-lambang seperti bendera lagu kebangsaan jata Negara. 12. Pemeliharaan pemuliharaan bangunan yang mempunyai semangat setia kepada Negara. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berani dan sanggup mempertahankan bangsa dan Negara. Selain itu kita mestilah peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara.

KAEDAH KAJIAN
Setelah memilih tajuk Bangunan Bersejarah Keretapi Tanah Melayu, berikut adalah beberapa kaedah untuk memperoleh maklumat serta menganalisis maklumat yang telah diperoleh. Antara kaedah yang digunakan ialah rujukan dan penyelidikan untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah tepat dan benar. a) Rujukan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor,

Mengumpul maklumat dan fakta yang berkaitan dengan tajuk kajian melalui buku ilmiah dan jurnal Mendapatkan maklumat melalui keratan akhbar dan majalah. b) Penyelidikan di laman web: Saya membuat rujukan di internet mengenai sejarah pembinaan Bangunan Keretapi Tanah Melayu. Saya mengumpulkan maklumat-maklumat serta gambar-gambar dari laman-laman web yang berkaitan dengan Bangunan Keretapi Tanah Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian Sejarah Tempatan ini merupakan kajian tentang Bangunan Bersejarah Keretapi Tanah Melayu. Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif yang berikut:

memperihalkan tentang latar belakang yang merangkumi aspek asal usul dan sejarah Bangunan menceritakan tentang lokasi dan jenis-jenis Bangunan Keretapi Tanah Melayu. memperihalkan tentang keistimewaan bangunan dari aspek reka bentuk dan cara pembinaan menceritakan tentang Bangunan Keretapi Tanah Melayu masa kini.

Keretapi Tanah Melayu.

Bangunan Keretapi Tanah Melayu.

Platform
The original platforms of the station retain some older features, such as the large steel-framed shelters.

Stesen ini mempunyai 3 platform tinggi melayan 4 landasan, terdiri daripada 2 platform tepi (platforms 1 dan 4) pada dua sisi dan 1 platform pulau (platform 2 dan 3) di tengah. Platform tambahan yang ditambah pada tahun 1986 diberikan tambahan akhiran "a", contohnya Platform 2a untuk tambahan platform 2 yang asal. Sebelum pembukaan Kuala Lumpur Sentral, kesemua platform diberikan peranan yang berikut:

Platform tepi dikhaskan untuk servis keretapi Antarabandar. Kaunter tiket untuk servis ini berada diantara bangunan lama dan baru. Dengan berpindahnya servis Antarabandar ini ke Sentral Kuala Lumpur, platform ini kini lengang. Wwlau bagaimanapun, platform ini masih digunakan untuk kegunaan keretapi barang. Platform tepi sepertimana aras bawah bangunan stesen, adalah dibuka kepada umum. Platform pulau dikhaskan untuk servis KTM Komuter laluan Rawang-Seremban dan Sentul-Port Klang Route The station's island platform is typically assigned to cater KTM Komuter services from both the Rawang-Seremban and Sentul-Port Klang Routes, as KTM Komuter ticket counters and faregates to and from KTM Komuter services are connected to it.

In addition, the old island platform remains at its original height as it was when the station was built, significantly lower than the island platform extension and doorways of the commuter trains, an inconvinience to passengers entering and exiting Komuter trains. Accordingly, KTM Komuter trains typically stop at the new platforms, prompting passengers to leave the station via the newer, northern exit.

[sunting] Senibina

Tambahan stesyen semasa pengubahsuai 1986 memiliki bentuk lebih semasa. Tiang menonjol di depan adalah tambahan atap kanopi 2006.

Stesen keretapi Kuala Lumpur pada mulanya terdiri dripada satu terminal utama di bahagian hadapan banggunan dan tiga platform keretapi mengendali empat landasan di bahagian belakang . Struktur utama yang mngandungi dewan utama, kaunter tiket, dan pejabat, terutamanya direka dalam stail "Raj", campuran Barat dan Mughal sama seperti seni bina kebangkitan Moorish atau Indo-Arab, yang menjadi popular seketika pada akhir abak ke-19 dan awal ke-20 di koloni India, termasuk juga di Eropah dan British. Dikuasai oleh binaan ladam kuda dan gerbang Ogee, dan chhatri besar (enam asanya, dengan tambahan dua kemudiannya) pada sudut bangunan menemani variasi lebih kecil di hadapan, stesyen ini setanding dengan bangunan Sultan Abdul Samad dan struktur yang dibina sekeliling Dataran Merdeka semasa tempoh ini. Sebagai tambahan kepada bangunan utama stesyen, tambahan bangunan tiga tingkat pada sayap kanan ditambah pada awal tempoh operasinya, mengunapakai reka bentuk semasa Bara dengan serambi sekeliling dan gerbang segmen dengan keluasan berbeza. Bahagian hadapan stesyen diplaster sepenuhnya, berbeza dengan bangunan stail sama yang memilih binaan bata terdedah, dn dicat dalam warna cerah (biasanya putih atau krim) sepanjang tempoh perkhidmatannya. Pelantarnya ditutup dengan atap bekerangka keluli, yang pada awanya lebh pendek semasa awal tempoh stesyen beroperasi. Bumbungnya pada asalnya disepuh, dan dibuka sebahagiannya bagi membenarkan asap dari kereta api wap terbebas; atap kepingan berlekuk-lekuk digunakan sebagi pengganti semasa tempoh pengunaan stesyen berikutnya. Sisi pelantar tidak bersambung bangunan utama dan dikelilingi tembok yang dibina menurut stail yang sama dengan bangunan utama. Pelantar dan bangunan utama disambung sesama sendiri melalui dua laluan bawah tanah. Rekabentuk tambahan pelantar semasa pengubahsuai stesyen pada tahun 1986 mengambi pendekatan lebih semasa, terdiri daripada tiang konkrit besar menyokong atap berkerawang dan pejabat tiket pada bongkah konkrit di hujung utara, tergantung dua tingkat di udara. Dinding putih dan gerbang yang bertindak sebagai hiasan kepada tambahan lebih menyerupai kompleks Dayabumi berbanding stesyen asal. Tambahan baru bersambung dengan Dayabumi melalui laluan pejalan tergantung.
Pengubahsuaian dan penaiktarafan

Bahagian dalam dewan utama stesen (gambar pada Mac 2007) mengalami pengubahsuaian besar pada 1986, dengan sebahagian reka bentuk asal diubah dan dimodenkan. Kini kawasan inu digunakan untuk meletak pameran selepas stesen ini dijadikan sebagai muzium kereta api

Stesen ini telah mengalami beberapa perubahan besar dalam sejarahnya. Sayap utara telah dijadikan kawasan pejabat pada 1967, menutup capaian ke beranda lengkung dengan tingkap. Pada 1986, stesen ini diubahsuai dengan lebih menyeluruh, dengan bahagian dalam dan tingkap yang berkenaan digantikan dengan yang lebih moden manakala bahagian luar diperbaiki dan dipelihara, bangunan dan kemudahan baru ditambah, termasuk dewan menunggu berhawa

dingin, kaunter maklumat pelancongan dan kedai snek. Sebahagian reka bentuk dan rangka asal dalaman stesen ini masih lagi wujud di Hotel Stesen Warisan. Pemodenan ini juga melibatkan binaan tambahan di sayap selatan bangunan ini, memaparkan gaya "Raj" yang mendominasi sebahagian besar bangunan itu, dan tambahan muka hadapan untuk sayap utara dengan unsur seni bina yang sama, melindungi bayangan reka bentuk Barat dari hadapan. Perubahan ini menyebabkan bangunan tersebut memiliki dua chhatri tambahan, dua di setiap penjuru sayap, bersama-sama dengan empat yang asal. Pengubahsuaian lain termasuklah dinding belakang stesen yang ditebuk dan dipanjangkan untuk memuatkan pintu masuk baru, hentian teksi, pejabat dan kedai, manakala ruang tambahan dua tingkat turut dibina di atas jalan masuk ke stesen bagi menempatkan lebih banyak kedai. Pembentukan semula pada 1986 ini turut menyaksikan pemanjangan pelantar ke utara dan bangunan stesen baru di situ, yang bersambung dengan Pejabat Pos Besar di kompleks Dayabumi yang baru siap ketika itu (siap pada 1984). Apabila perkhidmatan KTM Komuter dilancarkan pada 1995 dengan Laluan Rawang-Seremban dan Laluan Sentul-Pelabuhan Klang, kaunter tiket dan lawang tambang ditambah ke stesen tersebut, selaras dengan stesen KTM Komuter lain. Lokasi kemudahan komuter ini bermakna cuma pelantar pulau yang baru dapat digunakan oleh kereta api KTM Komuter (lihat pelantar).
Selepas Sentral Kuala Lumpur mengambil alih operasi kereta api antara bandar, bahagian stesen yang digunakan untuk perkhidmatan tersebut ditanggalkan atau dihapuskan.Stesen sebelumnya

Sebelum pembinaan stesen ini, dua buah stesen kereta api telah beroperasi di bandar raya ini. Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang pertama, digelar sebagai Stesen Residen (Inggeris: Resident Station) kerana berdekatan dengan kediaman Residen British, dibina di seberang Kelab Selangor ke arah barat. Dibina dengan kayu berserta dengan bumbung nipah, stesen ini merupakan yang pertama di Kuala Lumpur, menghubungkan Kuala Lumpur ke Klang (Pengkalan Batu) dengan landasan kereta api yang pertama untuk menghubungkan bandar ini dengan kawasan-kawasan lain di Semenanjung Melayu (dirasmikan pada 22 September 1886).

Stesen kedua, Stesen Jalan Sultan (Inggeris: Sultan Street Station), dibina pada tahun 1892 di Foch Avenue (kini Jalan Tun Tan Cheng Lock), berhampiran dengan tapak Menara Maybank dan Hentian Puduraya pada masa kini. Rekaannya adalah berdasarkan Stesen Residen, dan terletak pada laluan kereta api Pudu, sebatang landasan baru yang dicawang dari stesen 1910 itu, dan menghubungkan lombong-lombong di Ampang ke bandar raya ini. Laluan ini unik kerana bahagian awal landasan mengampiri stesen terletak di antara dua jalan Foch Avenue, memotong di sebelah kanan bandar ini. Stesen Residen dirobohkan selepas pembinaan stesen Kuala Lumpur yang baru siap. Stesen Jalan Sultan pula digantikan oleh suatu stesen yang lebih kecil apabila landasan di Foch Avenue dibuka untuk laluan lalu lintas, dan dirobohkan selepas 1960. Sebahagian laluannya di Ampang digunakan semula oleh aliran LRT Ampang.

Anda mungkin juga menyukai