Anda di halaman 1dari 16

MERCU TANDA KEBANGGAN KITA

DI MALAYSIA
Menara Berkembar Petronas

Menara Kuala Lumpur yang lebih dikenali sebagai KL


tower berdiri dengan teguhnya di Bandaraya Kuala Lumpur,
Malaysia. Menara ini memainkan peranan utama dalam sistem
telekomunikasi negara ini.
Menara Kuala Lumpur mula dibina pada tahun 1991 dan ia
dibahagikan kepada tiga fasa. Pada tahun 1996, menara Kuala
Lumpur ini dengan dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri
pada masa itu iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Terdapat observation deck di Menara Kuala Lumpur bagi
membolehkan para pengunjung melihat pandangan indah Kuala
Lumpur. Terdapat juga sebuah restoran di dalam menara dimana
para pengunjung bolehlah menikmati makanan sedap sambil
melihat pandangan indah Kuala Lumpur.

MERCU TANDA KEBANGGAN KITA


DI MALAYSIA
Menara Berkembar Petronas

Menara Kuala Lumpur yang lebih dikenali sebagai KL


tower berdiri dengan teguhnya di Bandaraya Kuala Lumpur,
Malaysia. Menara ini memainkan peranan utama dalam sistem
telekomunikasi negara ini.
Menara Kuala Lumpur mula dibina pada tahun 1991 dan ia
dibahagikan kepada tiga fasa. Pada tahun 1996, menara Kuala
Lumpur ini dengan dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri
pada masa itu iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Terdapat observation deck di Menara Kuala Lumpur bagi
membolehkan para pengunjung melihat pandangan indah Kuala
Lumpur. Terdapat juga sebuah restoran di dalam menara dimana
para pengunjung bolehlah menikmati makanan sedap sambil
melihat pandangan indah Kuala Lumpur.

MERCU TANDA KEBANGGAN KITA


DI MALAYSIA
Bangunan Kereta api Tanah Melayu

Bangunan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Sultan
Hishamuddin merupakan bangunan warisan kebangsaan dan dianggap sebagai
khazanah negara yang tidak ternilai. Bangunan yang dibina pada tahun 1885 berdasarkan
seni bina `Moorish ini telah menjadi tumpuan orang ramai ekoran seni binanya yang unik.
Stesen ini terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, dulu dikenali sebagai
Victory Avenue, yang pernah merupakan sebahagian daripada Jalan Damansara. Stesen
ini telah mula direka oleh Arthur Benison Hubbock pada tahun 1900 dan hanya siap
dibina sepenuhnya pada tahun 1910 oleh pihak pemerintahan kolonial British.
Stesen ini adalah yang ketiga dibina di lokasi yang ada sekarang ini. Stesen
yang pertama (asal) dibina pada tahun 1886 iaitu sempena dengan pembukaan landasan
kereta api di antara Klang dan Kuala Lumpur. Stesen ini terletak di sebelah Utara
bangunan yang ada sekarang iaitu di Goods Yard Station. Stesen tersebut dikenali
sebagai Stesen Residen kerana stesen ini terletak di dalam kawasan Residen British.
Bumbung stesen ini diperbuat daripada atap rumbia, dan dinding pula diperbuat daripada
kayu dan batu-bata. Hampir keseluruhan bahan binaan bagi bangunan ini diberi dari
England. Bangunan ini digunakan selama enam tahun dan berkembang seiring dengan
berkembangnya perdagangan bijih timah yang dijalankan pada masa itu. Stesen ini
merupakan yang pertama di Kuala Lumpur, menghubungkan Kuala Lumpur ke Klang
(Pengkalan Batu) dengan landasan kereta api pertama untuk menghubungkan bandar ini
dengan kawasan-kawasan lain di Semenanjung Melayu. Stesen ini dirasmikan pada 22
September 1886.

Disebabkan perkembangan di sekitar Kuala Lumpur dengan pembinaan bangunan


yang besar dan perkembangan pesat rangkaian kereta api, dan penambahan
penumpang, maka stesen bangunan yang sedia ada itu diganti dengan stesen
baru. Stesen kedua, iaitu Stesen Jalan Sultan (Sultan Street Station), dibina pada
tahun 1892 di Foch Avenue, (kini Jalan Tun Tan Cheng Lock), berhampiran dengan
tapak Menara Maybank Hentian Puduraya pada masa kini. Bangunan ini dibuat
daripada batu-bata dan berbumbungkan atap genting. Reka bentuk bangunan ini
hampir sama dengan bangunan kerajaan yang dibina ketika itu. Bangunan stesen
ini digunakan selama 15 tahun.
Keperluan untuk membina semula stesen ketiga (stesen yang ada
sekarang) dibuat pada tahun 1906. Arkitek yang bertanggungjawab mereka
bangunan ini ialah Arthur Benison Hubback yang pada ketika itu adalah Penolong
Arkitek kepada Pengarah Jabatan Kerja Raya. Pembinaan bangunan ini telah
dimulakan pada tahun 1908 tetapi tergendala disebabkan peperangan yang telah
tercetus pada masa itu dan hanya siap beberapa tahun kemudian.
Bangunan stesen kereta api yang lama ditutup pada tahun 1910 dan
pembukaan bangunan stesen kereta api yang baru yang ada sekarang telah
memulakan perkhidmatannya mulai 1 Julai 1911. Stesen Kereta Api Kuala Lumpur
menjadi stesen kereta api utama di Kuala Lumpur. Begitu juga, sebahagian hotel
penginapan telah dibuka kepada orang awam pada bulan 11 Ogos 1911. Pada
penghujung tahun 1911, pejabat tempahan tiket yang baru dibuka di platform
nombor empat. Kos perbelanjaan membina bangunan stesen, hotel, dan beberapa
bangunan tambahan mengikut laporan rasmi dalam tahun 1915 ialah $1,008,699.
Keistimewaan Bangunan
(a) Reka bentuk pelan
Bangunan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur ini telah direka bentuk dalam tahun
1900 dan mengandungi dua bahagian; iaitu platform dan bangunan terminal
dengan pejabat-pejabat, kaunter tiket, hotel, dan restoran.
Bangunan yang bersejarah dan unit dari segi reka bentuk ini telah
direka oleh Encik Authur Benison Hubbock yang pernah bekerja dengan Jabatan
Kerja Raya di India sebelum dilantik sebagai pemangku arkitek untuk Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Seni bina yang diketengahkan berasaskan kepada seni bina
bangunan tradisi Timur Tengah. Stesen ini berbentuk seni bina Moorish dan
Moghul. Terdapat juga unsur-unsur `gothic dan Greek. Kebijaksanaan arkitek ini
telah berjaya menggabungkan semua elemen ini menjadikan ianya satu bangunan
yang berkarisma dan berindenti.
Bangunan yang ada sekarang ini terdiri daripada beberapa bulatan
kubah dan berjenis-jenis gerbang. Di tingkat satu dan bahagian bawah bangunan
ini terdapat tiga (3) jenis gerbang dari saiz yang berlainan. Di sebelah bangunan ini
terdapat kubah berbagai jenis dan rupa. Ada empat buah kubah yang setengah
bulat tanpa ukiran apa-apa dari berbagai jenis saiz dan enam kubah yang
sederhana besarnya dihiasi dengan tiang-tiang yang berukiran.

Di samping itu ada 12 kubah kecil yang dihias dengan tiang-tiang konkrit yang berukir di
bahagian hadapan bangunan ini. Ada terdapat juga kubah-kubah yang kecil menghiasi
bahagian atas bangunan ini.
Pelan lantai bangunan stesen kereta api Kuala Lumpur ini berbentuk `linear
selari dengan landasan kereta api, sesuai dengan fungsiya sebagai sebuah stesen kereta
api. Serupa dengan kebanyakan bangunan ciptaan zaman kolonial pada masa itu, stesen
kereta api dua tingkat ini dikelilingi serambi atas dan pengedaran aktiviti penghuninya.
Terdapat satu anjung utama di bahagian tengah bangunan yang diapit oleh
dua lagi anjung di kiri dan kanannya. Ketiga-tiga anjung ini juga mempunyai ruang bawah
yang membolehkan laluan kenderaan dan pejalan kaki untuk masuk ke stesen. Bangunan
ini menempatkan Ibu Pejabat KTM Berhad dan ruang di sebelah kanan bangunan pula
menempatkan Heritage Hotel.
(b) Pengubahsuaian dan Penaiktarafan
Bangunan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur telah mengalami beberapa perubahan besar
dalam sejarahnya. Sayap Utara telah dijadikan kawasan pejabat pada tahun 1967, menutup
capaian ke beranda lengkung dengan tingkap.
Pada tahun 1986, stesen ini diubah suai dengan lebih menyeluruh. Bahagian
dalam dan tingkap yang berkenaan digantikan dengan yang lebih moden. Bahagian luar
diperbaiki dan dipelihara, bangunan dan kemudahan baru ditambah, termasuk dewan
menunggu berhawa dingin, kaunter maklumat pelancongan, dan kedai snek. Sebahagian
reka bentuk dan rangka asal dalaman stesen ini masih lagi wujud di Hotel Stesen Warisan.
Pemodenan ini juga melibatkan binaan tambahan di sayap Selatan bangunan
ini, memaparkan gaya `Raj yang mendominasi sebahagian besar bangunan itu, dan
tambahan muka hadapan untuk sayap Utara dengan unsur seni bina yang sama,
Pengubahsuaian lain termasuklah dinding belakang stesen yang ditebuk dan
dipanjangkan untuk memuatkan pintu masuk baru, hentian teksi, pejabat dan kedai,
manakala ruang tambahan dua tingkat turut dibina di atas jalan masuk ke stesen bagi
menempatkan lebih banyak kedai.
Pembentukan semula pada tahun 1986 ini turut menyaksikan pemanjangan
pelantar ke Utara dan bangunan stesen baru di situ, yang bersambung dengan Pejabat Pos
Besar di Kompleks Dayabumi yang baru siap ketika itu (siap pada 1984).
pabila perkhidmatan KTM Komuter dilancarkan pada tahun 1995 dengan
laluan Rawang Seremban dan laluan Sentul Pelabuhan Klang, kaunter tiket ditambah di
stesen tersebut selaras dengan stesen KTM Komuter yang lain.
(c) Kegunaan Dahulu dan Sekarang
Selepas era British, bangunan stesen ini kekal menjadi nadi kepada sistem pengangkutan
negara terutama untuk membawa barang dagangan seperti getah. Pada tahun tahun 1911
stesen ini telah digunakan sebagai pengangkutan awam bagi perkhidmatan jarak jauh
antara bandar yang menghubungkan destinasi tertentu dan menjadi pusat rangkaian kereta
api utama bagi Persekutuan Keretapi Tanah Melayu (Federated Malay States Railway) dan
Keretapi Tanah Melayu. Pada tahun 1995, perkhidmatan KTM Komuter diperkenalkan di
stesen ini.

Bangunan yang dianggap sebagai khazanah negara ini, kini sepi, apabila pusat operasinya
telah dipindahkan ke Stesen Sentral Kuala Lumpur, yang lebih canggih dan moden pada
tahun 2001. Seiring dengan itu juga, perkhidmatan jarak jauh antara bandar turut dipindahkan
ke Stesen Sentral Kuala Lumpur pada 15 April 2001. Ini menjadikan kepentingan bangunan
stesen ini berkurang dan kemudahan yang tidak lagi diperlukan dibuang. Hanya perhidmatan
KTM Komuter dan perkhidmatan barangan yang beroperasi di Stesen Kereta Api Kuala
Lumpur ini.
Pada bulan Ogos 2007, pelbagai peralatan kereta api lama dari sebuah gudang
kereta api di Klang dan beberapa tempat lain dipindahkan ke Stesen Kereta Api Kuala
Lumpur. Ini termasuklah sebuah pelangsir kecil dan kereta bomba antik. Stesen ini secara
rasminya dibuka semula pada 31 Ogos 2007 sebagai sebuah muzium kereta api di mana
pameran diletakkan di dewan utama dan pelantar stesen, dan dicadangkan sebagai pusat
budaya.
Bangunan ini turut menempatkan Hotel Heritage dijadikan pusat para penggiat
seni tampak menjalankan aktiviti seni dan mempamerkan hasil karya mereka. Tujuannya
adalah untuk menyemarakkan serta menceriakan bangunan stesen kereta api yang kini
jarang dikunjungi orang ramai sejak pusat perkhidmatan kereta api Antarabandar dan
perkhidmatan lain berpindah ke Stesen Sentral Kuala Lumpur. Majlis pelancaran pameran
Transformasi Seni Tampak di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh
penulis dan penyajak terkemuka tanah air, Y. Bhg. Datuk A. Samad Said. Melalui pameran ini,
bangunan stesen kereta api Kuala Lumpur akan menjadi satu lagi mercu tanda dan tempat
tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara yang ingin menikmati hasil karya seni
tempatan.

MERCU TANDA KEBANGGAN KITA


DI MALAYSIA
Sejarah Muar

Daerah Muar terletak di barat laut negeri Johor dan bersempadan dengan
negeri Melaka, daerah Segamat dan juga daerah Batu Pahat. Pusat pentadbiran baru
yang dikenali sebagai Muar 2 sedang dirancang untuk dibina di Muar. Pusat pentadbiran
baru tersebut akan menempatkan semua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan
dijangka terletak berhampiran dengan Muar Bypass di bandar Muar.
Muar lahir daripada perkataan muara iaitu kuala sungai. Ini disebabkan
oleh penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar
terkenal sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar
berlindung di musim gelora. Contohnya apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada
tahun 1511,Raja danPara Pembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar.
Muar juga dikatakan berasal dari perkataan muak (jemu dan mu-aru
(Bahasa Tamil) yang bermaksud tiga sungai. Bandar Muar juga dikenali sebagai Bandar
Maharani. Ia mendapat nama sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12
Ogos 1887. Oleh kerana pada masa itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran
Maharaja, permaisuri baginda memakai gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas
nama permaisuri yang megiringi Baginda dalam upacara perasmian bandar itu,
Maharani Fatimah.

MERCU TANDA KEBANGGAN KITA


DI MALAYSIA
Bangunan Sultan Abu Bakar, Muar

Bangunan Sultan Abu Bakar adalah mercu tanda daerah Muar yang terawal dan masih kekal
sehingga hari ini. Ia dibina berasaskan ciri-ciri struktur pembinaan kolonial Inggeris pada zaman
kegemilangan daerah Muar sebagai bandar pentadbiran dan perdagangan yang terpenting bagi kedua-dua
kerajaan British dan juga Sultan Johor di sebelah wilayah utara negeri Johor. Bangunan ini yang merupakan
Pejabat Daerah Muar menyerupai struktur dan unsur bangunan Istana Besar di Johor Bahru yang terletak di
sebelah selatan Johor.
Istana Besar di Johor Bahru
Pada mulanya, bangunan Pejabat Daerah Muar yang pertama dibina pada tahun 1884. Bangunan ini dibina
daripada kayu di bawah pengawasan Dato' Bentara Luar, Dato' Mohd Salleh bin Perang. Bangunan kayu ini
kekal selama 31 tahun sehinggalah tahun 1915. Penasihat kerajaan British mengambil keputusan
menggantikannya dengan bangunan baru dan menjadikannya sebagai Pejabat Daerah Muar. Pembinaan
bangunan baru ini telah tergendala pada masa Perang Dunia Pertama sehinggalah tahun 1918 sebelum
pembinaannya diteruskan. Bangunan baru ini yang dinamakan Bangunan Sultan Abu Bakar siap pada tahun
1929 untuk menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran Daerah Muar. Ia menyerupai struktur dan unsur
bangunan Istana Besar di Johor Bahru yang juga dibina oleh Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim pada 1866,
terutamanya struktur tangga depannya yang indah.
Semasa zaman penjajahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua, bangunan ini telah dikuasai oleh tentera
Jepun. Walaupun fungsinya sebagai pusat pentadbiran Muar dikekalkan, namun sistem pentadbirannya
bercorak sistem pentadbiran Jepun. Selepas perang tamat, bangunan ini dan pentadbiran Daerah Muar
diambil alih semula oleh pemerintahan British dan semenjak kemerdekaan Malaysia, bangunan pejabat ini
dimiliki dan ditadbirkan oleh Kerajaan Negeri Johor

MERCU TANDA KEBANGGAN KITA


DI MALAYSIA
Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur yang lebih dikenali sebagai KL


tower berdiri dengan teguhnya di Bandaraya Kuala Lumpur,
Malaysia. Menara ini memainkan peranan utama dalam sistem
telekomunikasi negara ini.
Menara Kuala Lumpur mula dibina pada tahun 1991 dan ia
dibahagikan kepada tiga fasa. Pada tahun 1996, menara Kuala
Lumpur ini dengan dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri
pada masa itu iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Terdapat observation deck di Menara Kuala Lumpur bagi
membolehkan para pengunjung melihat pandangan indah Kuala
Lumpur. Terdapat juga sebuah restoran di dalam menara dimana
para pengunjung bolehlah menikmati makanan sedap sambil
melihat pandangan indah Kuala Lumpur.

MERCU TANDA KEBANGGAN KITA


DI MALAYSIA
TUGU NEGARA

Tugu Negara dibina bagi mengenang jasa pahlawan yang berjuang


untuk keamanan dan kemerdekaan negara terutamanya sewaktu ancaman
komunis. Berdiri megah di dalam kawasan Tugu Negara ialah salah sebuah arca
tembaga berdiri terbesar di dunia. Ia diukir dalam tahun 1966 oleh Felix de Weldon
yang juga merupakan pengukir monument Iwo Jima di Washington.
Terdapat tujuh ukiran tembaga manusia di atas batu asas berbentuk segi empat
panjang. Setiap ukiran melambangkan satu dari tujuh kualiti: keberanian,
kepimpinan, pengorbanan, kekuatan, kesengsaraan, perpaduan dan kewaspadaan.
Ukiran paling atas di bahagian tengah memegang bendera Malaysia. Ia diapit di kiri
dan kanan oleh dua lagi askar yang kedua-duanya bersenjata. Ukiran di sebelah kiri
bersenjata senapang mesin manakala sebelah lagi memegang rifel dan bayonet.
Di sebelah Tugu Negara terletaknya Taman ASEAN dan Memorial Tun Razak yang
menyimpan koleksi kenangan Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun
Abdul Razak Hussein.

MERCU TANDA KEBANGGAN KITA


DI MALAYSIA
Muzium Negara

Muzium negara merupakan salah sebuah bangunan


yang unik dinegara kita. Ia mempunyai bumbung yang bercorak
Minangkabau. Di bahagian hadapan bangunan ini terdapat hiasan
mozek yang besar. Di dalam muzium ini terdapat banyak galeri
yang mempamerkan cara kehidupan orang-orang di Malysia,
misalnya, orang Melayu bangsawan, kebudayaan Cina dan India,
barang-barangseni, tembikar, kegiatan ekonomi, flora dan fauna
di Malaysia dan sebagainya.

MERCU TANDA KEBANGGAN KITA


DI MALAYSIA
Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad dibina bercirikan seni bina


Moor direka bentuk oleh arkitek British, Anthony C.Norman. Bangunan
dua tingkat ini di dirikan di atas kawasan seluas 10200 meter persegi dan
tingginya ialah 57 meter. Dibawahnya terdapat tempat letak kereta untuk
hakim-hakim dan pegawai pegawai mahkamah. Ia mempunyai 3 kubah
dan sebuah menara jam setinggi 40 meter.
Pengubahsuaian pada tahun 1978 mengambil masa enam
tahun, menelan belanja sebanyak RM 17.2 juta ringgit. Di sini tempat di
mana bendera Union Jack telah diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan
bendera Wilayah Persekutuan dikibarkan. Tanda ini menunjukkan satu
tanda berlalulah satu era dan lahirlah satu masyarakat yang merdeka.
Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang
memerintah ketika itu. Ia dirasmikan pada tahun 1896.

MERCU TANDA KEBANGGAN KITA


DI MALAYSIA
Bangunan Parlimen Malaysia

Bangunan Parlimen ini telah dirasmikan pada 2


November 1963. Bangunan ini mempunyai 18 tingkat dan
digunakan oleh ahli-ahli parlimen yang telah terpilih untuk
membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan politik
negara. Terletak di kawasan Taman Tasik Perdana. Di dalam
bangunan Parlimen terdapat Dewan Perwakilan, Dewan Senat,
Dewan Majlis, Perpustakaan, pejabat dan bilik-bilik mesyuarat.

MERCU TANDA KEBANGGAN KITA


DI MALAYSIA
Menara Telekomunikasi Kuala Lumpur

Menara Telekomunikasi Kuala Lumpur merupakan


menara telekomunikasi yang keempat tertinggi di dunia. Menara
4.21 meter tertinggi ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap
pada tahun 1995. Di menara ini terdapat kedai cenderamata,
pawagam, restoran dan pusat penerangan.
Bentuknya
yang
tirus
dan
tinggi
adalah
keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit.
Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyedikan
banyak tempat reakreasi. Reka bentuk menara ini dipengaruhi
oleh seni bina Islam, Jerman, Prancis dan tempatan. Hiasan
dalamannya dipengaruhi oleh seni ukir Islam.

MERCU TANDA KEBANGGAN KITA


DI MALAYSIA
Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronas sebahagian daripada


Pusat Bandaraya Kuala Lumpur setinggi 452 meter boleh
kelihatan lebih daripada 20km dari luar Pusat Bandaraya.
Mempunyai 88 tingkat dan telah disahkan sebagai bangunan
yang tertinggi di seluruh dunia oleh Lembaga Bangunanbangunan Tinggi Dan Habitat Bandar. Reka bentuk bangunan ini
direka oleh seorang arkitek ternama iaitu Ceaser Pelli dan beliau
telah terpilih di dalam pertandingan antarabangsa pada tahun
1991. Reka bentuk lantai berdasarkan prinsip-prinsip geometric
Islam. Reka bentuk dalaman, corak-corak serta bahan-bahan
telah dipilih khas untuk mencerminkan identiti Malaysia.
Tembok utama ruang legar terbentuk daripada kayu
lembut. Corak lantai batu marmar diilhamkan daripada tenunan
daun pandan dan corak tikar dinding palma bertam. Sebuah
jambatan langit yang berukuran 58.4 meter di atas aras 41 dan 42
mencantumkan menara tersebut pada paras 170 meter dari
bawah. Bangunan tersebut ialah tugu nasional yang agung dan
lambang kemajuan Malaysia dalam mencapai status negara maju
menjelang tahun 2020.

Jawab soalan pemahaman berikut berdasarkan petikan teks.


1. Berapakah ketinggian Menara Berkembar Petronas?
___________________________________________________________________
2. Siapakah yang mengesahkan bahawa Menara Berkembar Petronas adalah bangunan
yang tertinggi diseluruh dunia ?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
3. Siapakah arkitek yang bertanggungjawab mereka bangunan Menara Berkembar
Petronas ?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
4. Bagaimanakah reka bentuk lantai dan dalaman Menara Berkembar Petronas?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
5. Dimanakah terletaknya jambatan langit ?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
6. Adakah Menara Berkembar Petronas melambangkan sesuatu untuk Malaysia?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai