Anda di halaman 1dari 8

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD, SATU KAJIAN TENTANG

SEJARAH, PEMBANGUNAN DAN PEMULIHARAAN DI MASA


HADAPAN

Disediakan oleh :

FATIN SUHAILAH BINTI ZAIRUS EFFENDI

3 ZETA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAN BUKIT JELUTONG

JUN 2016
Pengenalan

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya
Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada
bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia
mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa
perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang
membabitkan promosi pelancongan negara. Nama bangunan ini diambil bersempena dengan
nama Sultan Selangor yangmemerintah pada masa itu, iaitu Sultan Abdul Samad pada tahun
1896.Pada asalnyabangunan ini hanya disebut ‘Bangunan’ sebelum ditukar nama kepada nama
Sultan Abdul Samad.Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di lokasi strategik bandaraya Kuala
Lumpur iaitu berhadapan dengan Padang Kelab Selangor dan persimpangan jalan-jalan penting
seperti Jalan Tun Perak, Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Latar Belakang

Asal-usul Pada mula pembinaannya di kenali sebagai Bangunan Baru Kerajaan (the newGovernment
Offices), kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan, (Federal Secretariat), diguna bersama dengan
Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam padatahun 1974. Pembinaan Bangunan
ini adalah kemuncak pembangunan yang di dirikan diKuala Lumpur pada akhir abad ke 19
malah berupa kejayaan program BangunanTersergam (Massive Building programme), di bawah
pengendaliaan Maxwell/Spoonersebagai perancang dan akitek Bangunan Kerajaan di Kuala Lumpur
ketika itu.

Pengasas Bangunan ini telah diasaskan oleh arkitek Inggeris yang bernama
AnthonyC.Norman sekitar tahun 1893-1897 untuk menempatkan beberapa jabatan
kerajaanpenting ketika zaman pemerintahan British.Norman menghabiskan masa di Afrika
danmendapat ilham daripada masjid di India yang membawa kepada ciri senibina Moordalam
arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad.

Tarikh Pembinaan Bangunan ini telah di bina pada tahun 1893.Tetapi perlrtakan batu asas bagi
bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H Mitchell yang merupakan
Gabenor negeri-negeri Selat ketika itu.Bangunan ini telah siap di bina padatahun 1897

Seni reka bentuk


Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 41.5 meter
dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi. Reka bentuk dan binaannya berbentuk
“Soracenic’ berasaskan seni bina Moghul dan Moor. Tingkap dan pintunya berbentuk melengkung
seperti masjid-masjid di Cardova dan Mesir.
Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked serta
lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat daripada kayu dan batu
bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah yang terletak
di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah
agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri tradisional kubah dan kios.
Menara Jam ini dijaga dan dibaiki dari semasa ke semasa kerana menjadi waktu standard di seluruh
Malaysia. Menara Jam ini menyerupai Big Ben yang terdapat di kota London.
Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua
tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Menara jam besar
yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilin di
menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah melambangkan keagungan bangunan ini
Pemandangan dari udara, keseluruhan bangunan ini berbentuk F. Ia bangunan awam pertama di
tapak berbentuk segi tiga di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan Mahkamah Persekutuan)
yang melengkari ke arah barat sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Kelang serta gereja St Clarke
dan Jalan Mahkamah Tinggi.
Beberapa bangunan pentadbiran di India dibina menggunakan stail seni bina Islam 'Moor' atau
'Mahometan Style' terutama bangunan Taj Mahal di Agra, India. Terdapat unsur Islam pada gerbang
tingkap, bentuk separuh lengkong (arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk
minaret yang kebiasaannya terdapat pada seni bina Masjid. Nilai estetika ini menjadi ikutan arkitek
di India, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan negara Komanwel yang lain.
Pemilihan stail senibina Islam Moorish atau Mahometan Style pengaruh bangunan awam di India
menjadi pilihan kepada struktur senibina Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan ini menonjolkan
dua stail yang unik: kehebatan pembahagian (grand proportion) dan pertembungan simetri yang
klasik (classical symmetry), gaya bangunan bersejarah Eropah dengan menitik berat aspek dekorasi
yang berciri the Raj style mencerminkan fungsi utama pembinaanya di rantau ini.
Bangunan dua tingkat ini mempunyai keunikan struktur yang menonjol berupa Menara Jam setinggi
41.5m di tengah tengah binaan berbentuk huruf F penampilan identiti dan mercu tanda tersendiri. Ia
juga merupakan Bangunan awam pertama yang berdiri megah di tapak berbentuk segi tiga terletak
di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan Mahkamah Persekutuan) yang melengkari ke arah
barat sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Klang serta menghadap (Clarke St), Jalan Mahkamah
Tinggi.
Sebagai Bangunan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaanya 1894 1897, hasil senibinanya
pula lengkap dengan ciri ciri keistimewaan dari aspek komposisi karektor seperti: stail, ragam hias
dan pemilihan unsur unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong (arch), kubah
potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina
Masjid. Kesemua elemen elemen tersebut menambah nilai estetika yang hebat dan kemudian
menjadi contoh ikutan dan penentu aliran kecenderungan dalam pembinaan bangunan awam (civic
building).
Tarikh Pembinaan

Pembinaan bangunan ini dimulakan pada tahun 1893 dan siap sepenuhnya untuk digunakan pada
tahun 1897. Ia mengambil masa selama dua tahun tujuh bulan. Tetapi perletakan batu asas
bangunan ini hanya di buat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan
Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu setelah reka bentuk bangunan tersebut dipersetujui.

Lokasi

Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di lokasi yang amat strategik di Jalan Raja, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang sedang
membangun. Kawasan ini meliputi keluasan 10,200 meter persegi. Bangunan ini berhadapan dengan
Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan berhampiran persimpangan jalan-jalan penting seperti
Jalan Tun Perak, Jalan Raja Selangor, dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Di bahagian bangunan ini
terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan di mana mengalirnya
pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak.

Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Tujuan Penubuhan Bangunan

Pentadbiran British di Selangor memerlukan Ibu Pejabat baru bagi mentadbir negeri . Sebelum ini
ibu negeri Selangor terletak di Klang dan agak jauh dari kawasan yang maju di Kuala Lumpur. Residen
Jeneral British di Selangor pada waktu itu ialah Sir Frank Swettenham .Sultan Abdul Samad
memerintah negeri Selangor dari 1857 hingga 1898 setuju Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri
Selangor .

Antara pejabat yang akan ditempatkan di sini ialah Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik mesyuarat
Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board); Pejabat
Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan;
Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).[1]

Fungsi bangunan ini ditukar beberapa kali. Bangunan ini pernah dijadikan Mahkamah Agung di
bawah Kementerian Kehakiman. Oleh itu disediakan tempat letak kereta untuk hakim - hakim dan
pegawai–pegawai mahkamah.

Kos Pembinaan

Kerajaan British telah mengehadkan kos tidak melebihi RM231,000.00 untuk tujuan pembinannya.
Walau bagaimanapun, jumlah keseluruhan kos pembinaan bangunan ini dianggarkan kira-kira
RM152,000 dan ada sumber yang mengatakan ia dibina dengan harga RM152,824. Namun, ia tetap
menjadi sebuah bangunan yang termahal pada ketika itu.
Walau bagaimanapun, bangunan ini telah mengalami pengubahsuaian yang memakan belanja
RM17.2 juta selama enam tahun dan siap diubahsuai semula pada tahun 1978. Pada 24 Disember
2008, Datuk Seri Muhd Shafie Apdal telah berkata, `Bangunan ini telah diubahsuai untuk dijadikan
sebagai pejabat kementerian dan kos pengubahsuaiannya dianggarkan lebih kurang RM20 juta’.

Keistimewaan Bangunan

1.Reka bentuk pelan

Reka bentuk pelan bangunan ini sangat unik dan merupakan antara bangunan yang tersohor pada
ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki berbentuk ladam yang merupakan suatu
elemen penting dalam reka bentuk bangunan ini.

Bahagian utama bangunan ini ialah sebuah anjung yang berhadapan dengan Padang Kelab Diraja
Selangor. Semasa memasuki pintu utama bangunan ini, pelawat boleh melihat tangga berbentuk
separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar Hakim dan bilik-bilik Mahkamah Agung. Ruang
pejabat ini dipagari serambi yang memberikan pengudaraan secara maksimum, terutama pada
zaman pemerintahan British ketika itu, yang tiada penghawa dingin.

2. Bahan binaan

Sejarah pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri
Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) ini melibatkan penubuhan sebuah kilang bertempat di Brickfield
bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur,
5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.

Pengubahsuaian dan Penaiktarafan

Pada tahun 1971, bandar raya Kuala Lumpur telah dilanda banjir besar apabila hujan lebat berlaku di
seluruh negara. Banjir ini menyebabkan bangunan Sultan Abdul Samad dan Padang Kelab Selangor
ditenggelami air dan menyebabkan kerosakan yang teruk pada struktur luaran dan dalaman
bangunan tersebut. Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap
sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM17.2 juta. Pada tahun 1982,
kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM200,000 untuk menyadur tembaga pada ketiga-
tiga kubah di bangunan ini yang sekarang bersinar dengan indahnya dan menambahkan lagi seri
kepada reka bentuk yang memang unik dan luar biasa itu. Terdahulu daripada ini, kubah-kubah
tersebut dibuat daripada kayu dan batu-bata yang disalut dengan kepingan tembaga yang dicat
hitam. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan
bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan
Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.

Bangunan Sultan Abdul Samad telah diubah suai mulai Disember 2007 untuk dijadikan pejabat
pejabat Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Malaysia.

3. Hiasan Dalaman

Di dalam bangunan ini turut dibina sebuah dataran berbentuk segi empat yang diperindahkan di
mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas
pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan
sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup.

Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar, dan arked serta
lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat daripada kayu dan
batu-bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah yang
terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah
tengah agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri tradisional kubah dan kios.

Gerbang yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua
tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Menara jam besar
yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilin di
menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah melambangkan keagunan bangunan ini.

Kegunaan Dahulu dan Sekarang

Pada zaman penjajahan British, Bangunan Sultan Abdul Samad digunakan sebagai Pusat Pentadbiran
Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen Jeneral dan Pejabat Pos Besar. Selepas merdeka,
ia digunakan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Perbendaharaan,
Jabatan Perakaunan sehingga tahun 1978.

Pada tahun 1978 juga, bangunan ini menempatkan Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi Bahagian
Sivil dan Dagang serta Mahkamah Tinggi Jenayah.

Akhir sekali pada 24 Disember 2008, bangunan ini telah diwartakan menjadi harta warisan
kebangsaan dan dijadikan sebagai pejabat rasmi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan Malaysia. (KPPKW). Sehubungan ini, KPKKW diberi hak untuk mentadbir dan menjadi
penjaga utama keseluruhan kompleks bersejarah termasuk bangunan ini sendiri.

Pada acara penting, bangunan ini dihias dengan lampu dan bendera yang berwarna-warni. Dataran
Merdeka yang bersejarah, di mana bendera Union diturunkan dan bendera Malaya dinaikkan buat
pertama kalinya pada 31 Ogos 1957, berada di seberang jalan berhadapan bangunan Sultan Abdul
Samad.

Langkah Memelihara

Bangunan bersejarah bolehlah ditakrifkan sebagai bangunan lama yang digunakan dalam urusan
kerajaan atau agensi kerajaan. Banyak bangunan bersejarah ini berfungsi sebagai bangunan
pentadbiran, mahkamah, balai polis dan penjara. Ada bangunan ini yang berusia ratusan tahun yang
pasti ada nilai sejarah terutama buat generasi muda. Lantaran itu, usaha-usaha perlu dilakukan
untuk mengekalkan bangunan sebegini daripada hilang ditelan zaman.

Selain itu, bangunan bersejarah ini juga boleh diubah menjadi bangunan muzium yang
memaparkan sejarah tertentu. Contohnya, bangunan Balai Polis Bukit Kepong boleh dipulihara
untuk memaparkan semangat perjuangan polis dan peristiwa tragis yang berlaku di kawasan itu
suatu masa dahulu. Bukan sahaja bangunan lama ini akan terus wujud tetapi masyarakat muda akan
dapat menghargai erti pengorbanan yang dilakukan oleh anggota polis demi kemerdekaan negara
kita.

Tambahan pula, bangunan bersejarah ini boleh ditukar untuk menjadi bangunan pentabdiran.
Sebagai contoh Bangunan Sultan Abdul Samad telah ditukar menjadi bangunan mahkamah suatu
masa dahulu. Penggunaan bangunan lama sebagai pusat pentadbiran bukan sahaja mengurangkan
kos pembinaan bangunan baru tetapi juga boleh menimbulkan rasa bangga dan patriotisme dalam
diri seseorang yang berurusan di pejabat kerajaan itu. Jelaslah, bangunan bersejarah boleh menjadi
bangunan pentadbiran pula jika diuruskan dengan baik.

Rumusan
Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan tugasan Kerja Kursus
Sejarah ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang tempoh penyiapan tugasan ini,
saya memperoleh banyak pengajaran, pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam
diri saya.
Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut, jelas dan terperinci
tentang Bangunan Sultan Abdul Samad. Saya juga berasa bangga menjadi rakyat
Malaysia. Salah satu sebabnya ialah kerana Malaysia kaya dengan sejarahnya yang
tersendiri, termasuklah dari segi kekayaan bangunan yang bersejarah, contohnya
Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan ini masih tersergam indah di tengah- tengah
ibu kota, walaupun usianya sudah mencecah lebih seratus tahun. Saya juga menghargai segala jasa
dan perjuangan tokoh- tokoh tanah air yang telah berkorban demi mempertahankan maruah bangsa
dan negara.
Saya mengkaji bangunan bersejarah yang memberi saya pengalaman dari segi
pencarian maklumat. Saya juga memperoleh pengalaman kerana berpeluang mewujudkan
kerjasama antara rakan dan mewawancara bersama beberapa pihak yang telah terlibat
secara langsung dan tidak langsung. Dengan erti kata lain, sepanjang tempoh pelaksanaan
tugasan ini, telah terpupuknya semangat kekitaan dan semangat bekerjasama. Semangat
ini jugalah yang sangat diperlukan bagi mengekalkan keunggulan dan keutuhan bangunan
warisan bangsa yang masih wujud di negara kita ini.
Akhir sekali, kerja kursus ini juga menaikkan semangat patriotisme terhadap diri
saya kerana dengan mengenali dan mengkaji bangunan bersejarah saya dapat lebih
menjiwai dan menyintai negara Malaysia yang makmur ini. Seperti yang disebut dalam
peribahasa Melayu, "tak kenal maka tidak cinta". Kini dengan segala info dan
pengetahuan yang saya ada mengenai sejarah negara, saya akan lebih bersemangat untuk
berusaha menjaga dan memartabatkan maruah bangsa dan negara.
Rujukan

Internet

http://documents.tips/documents/sejarah-folio-2009-bangunan-sultan-abdul-samad.html

http://documents.tips/documents/bangunan-sultan-abdul-samad.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad

http://noorkhaery-citarasasantai.blogspot.my/2009/11/nama-bangunan-nama-bangunan-ini-
ialah.html

http://cikgumk.blogspot.my/2014/07/pt3-kajian-sejarah-kerangka-kasar.html

http://bangunansultanabdulsamad.blogspot.my/

Buku Ilmiah

Pemuliharaan Bangunan Bersejarah,Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Universiti Teknologi


MARA,170

Anda mungkin juga menyukai