Anda di halaman 1dari 10

Bangunan Sultan Abdul Samad ialah bangunan yang penuh dengan keunikan yang tersendiri dan

identiti seni bina dan juga penuh dengan warisan dan kebudayaan yang masyhur serta sentiasa
diangkat tinggi di mata negara lain. Ia menjadi sanjungan rakyat dan kebanggaan rakyat Malaysia
sebagai salah satu bangunan bersejarah yang terkenal. Bangunan Sultan Abdul Samad sangat
sinonim dengan bandar raya Kuala Lumpur hatta Negara Malaysia berikutan di sinilah lokasinya
sambutan perayaan-perayaan penting akan dianjurkan dan disambut oleh rakyat Malaysia seperti
Sambutan Hari Merdeka, Sambutan Tahun Baru serta acara-acara dan sambutan lain yang berkaitan
dengan pelancongan negara. Bangunan ini juga menjadi mercu tanda yang masyhur di Kuala Lumpur
dan kebanyakan pelancong dari luar negara sangat mengagumi dengan sambutan-sambutan yang
seringkali diadakan di sini.

06. BANGUNAN BERSEJARAH

Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Hanya jauhari mengenal manikam.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Voltaire: "Sejarah manusia tak lain tak bukan hanyalah gambaran masa dahulu sebagai pengajaran
masa sekarang.
Cara Memelihara Binaan Bangunan
Sejarah di Malaysia
AUTHOR BLOG 15:36
166SHARES
FacebookGoogle+TweetWhatsApp

Tajuk kerja kursus Sejarah PT3 tahun 2016 adalah berkisarkan mengenai bangunan
bersejarah di Malaysia. Salah satu isi yang mestilah ada di dalam hasil kajian adalah
bagaimana cara memelihara dan mengekalkan binaan/bangunan sejarah.

Berikut adalah contoh esei cara menjawab soalan ini.

Cara Memelihara Bangunan Bersejarah di Malaysia


Usaha-usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di Malaysia

1. Kerajaan
mendapatkan pengiktirafan dpd badan dunia utk mewartakannya sebagai
Warisan Dunia/mewartakannya sebagai warisan kebangsaan. Contohnya, Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur umpamanya, telah meletakkan Bangunan Sultan Abdul
Samad sebagai bangunan bersejarah yang perlu dipertahankan dalam Pelan Induk
Pembangunan Kuala Lumpur.
mengekalkannya walaupun mempunyai nilai komersial untuk pembangunan
mengekalkan tajuk mengenainya di dalam buku teks
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan-menjaga struktur
binaan bangunan bersejarah
Kementerian Pelancongan memasukkannya dalam pakej pelancongan-
dijadikan sebagai tempat lawatan wajib bagi pelancong yang mengikuti pakej
anjuran Kementerian Pelancongan.Seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Kota A
famosa, Istana Jugra dan sebagainya
mengadakan pelbagai program untuk memelihara dan memulihara
menyediakan dana besar untuk mengekalkannya. Sebagai contohnya,
usaha membaik pulih Bangunan Sultan Abdul Samad pada sekitar tahun 2007 yang
diselia oleh Jabatan Kerja Raya telah menelan belanja sebanyak RM20 juta.
diubah menjadi bangunan muzium yang memaparkan sejarah tertentu.
Contohnya, bangunan Balai Polis Bukit Kepong
dijadikan pusat beli-belah atau perniagaan
ditukar untuk menjadi bangunan pentabdiran.Sebagai contoh Bangunan
Sultan Abdul Samad
ditukar menjadi rumah kebajikan seperti anak-anak yatim, orang tua
keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelidikan
dan pembangunan. Sebagai contohnya, Jabatan Arkitek Malaysia dan Jabatan Kerja
Raya.
2. Sekolah
melukiskannya di dinding sekolah
mengadakan pertandingan menulis esei mengenai usaha-usaha menjaga
bangunan bersejarah
kelab dan persatuan merancang program lawatan ke tempat-tempat
bersejarah
universiti menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan reka
bentuk bangunan ini menepati ciri-ciri yg diharapkan
pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah menjalankan kajian tentang
bangunan-bangunan bersejarah
mengindahkan kawasan persekitaran bangunan bersejarah dengan lanskap
yang menarik. Kemudahan-kemudahan awam yang terdapat di bahagian dalam
mahupun di bahagian persekitaran turut diperbaiki atau ditambah nilai. Sebagai
contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad turut dilengkapi dengan kemudahan lift,
alat keselamatan serta tempat meletak kenderaan

2. Ibu bapa
membawa anak-anak semasa musim cuti sekolah melawat bangunan
bersejarah
menceritakan sejarah mengenai bangunan bersejarah kepada anak-anak

3. Media massa
membuat dokumentari mengenai bangunan bersejarah
========================
uk kerja kursus sejarah PT3 tahun 2016 adalah berkenaan bangunan ataupun binaan
bersejarah. Pelaksanaan tugasan ini bermula pada 19 Jun 2016 sehingga 1 Julai 2016. Di
sini, kami cuba sedaya upaya menyediakan jawapan lengkap kepada anda. Bagaimanapun,
anda dinasihatkan tidak menir secara bulat-bulat.
Jawapan Lengkap Kerja Kursus Sejarah PT3 2016
Tajuk Kajian : Bangunan Bersejarah di Tempat saya ( anda boleh mengubah
mengikut tajuk anda sendiri)
Nama Penulis : Ahmad Bin Abu (Letakkan nama anda)
1.0 Penghargaan

Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada pihak yang membantu saya menyiapkan
kerja kursus sejarah ini. Terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang membantu dari
segi kewangan dan dorongan untuk saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada
guru sejarah saya Puan... yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada saya.
Seterusnya kepada rakan-rakan yang sentiasa menghulurkan bantuan dan bekerjasama
menyiapkan kerja kursus ini..... (* karang mengikut penulisan anda)

2.0 Isi Kandungan

Bil. PERKARA MUKASURAT

1 PENGHARGAAN

2 ISI KANDUNGAN

3 OBJEKTIF KAJIAN

4 KAEDAH KAJIAN

5 HASIL KAJIAN

5.1. PEGENALAN

5.2. STRUKTUR BANGUNAN/BINAAN

5.3. SEBAB BANGUNAN DIBINA

5.4. FUNGSI DAN KEADAAN


BANGUNAN MASA KINI

5.5. LANGKAH MEMELIHARA DAN


MEMULIHARA BANGUNAN

6 RUMUSAN

7 LAMPIRAN

8 RUJUKAN

3.0. Objektif Kajian


1. Untuk mengetahui nama bangunan bersejarah di tempat saya.
2. Untuk mengetahui latar belakang dan sebab pembinaan bangunan
bersejarah di tempat saya.
3. Untuk memahami tujuan dan fungsi bangunan bersejarah pada masa dahulu
dan masa kini.
4. Untuk mengetahui usaha pihak masa kini untuk mengekalkan dan
memelihara bangunan bersejarah.
5. Untuk menyedari peranan individu dalam memelihar dan memulihara
bangunan bersejarah.
6. Belajar cara dan method mencari maklumat sejarah.

4.0.Kaedah Kajian

Di dalam kajian kerja kursus sejarah ini, sebanyak 5 kaedah kajian saya telah gunakan
untuk mendapatkan maklumat dan informasi, antaranya ialah;

1. Kaedah temuramah dari penduduk tempatan


2. Kaedah carian sumber internet
3. Kaedah kajian dan analisis artikel dari majalah dan akhbar tempatan
4. Kaedah rujukan dari pusat sumber
5. Kaedah bimbingan dari guru-guru.
* Huraikan setiap kaedah kajian yang telah anda gunakan*

5.0.Hasil Kajian

*Pecahkan esei anda kepada 4 subtopik yang telah dinyatakan di atas.

* Pilih satu bangunan bersejarah yang berada di tempat anda, dan huraikan mengikut
rekabentuk binaan, pelan binaan, bahan binaan , dan cara binaan.

5.1.Struktur Binaan

Lihat di sini contoh binaan --> Link


5.2. Sebab Bangunan Dibina

* Nyatakan sebab bangunan dibina dan ceritakan secara teperinci *

Lihat sini --> sumber

5.3. Fungsi bangunan / binaan bersejarah masa kini

Huraikan fungsi bangunan tersebut pada masa kini

5.4. Langkah Memelihara dan Memulihara Bangunan


Bersejarah
Pelupusan bangunan bersejarah atas alasan pembangunan telah menghakis warisan
negara kita.Berikan pendapat anda tentang cara-cara mengekalkan bangunan bersejarah
ini.Bagi sesebuah negara, bangunan bersejarah adalah penting sebagai warisan
masyarakat yangmendukung negara tersebut.

Negara kita juga adalah tidak terkecuali dalam hal ini. Sememangnya, pengekalan
bangunan bersejarah adalah penting sebagai warisan masyarakat kita sejak
tertubuhnyaKesultanan Melayu Melaka pada abad kelima belas lagi.

Kini, banyak bangunan bersejarah telahdilupuskan untuk membina bangunan baharu.


Pelupusan bangunan bersejarah atas alasan pembangunan telah menghakis warisan
negara kita. Bangunan bersejarah bukti kukuh sesuatu peristiwa atau sejarah yang berlaku
di negara kita. Oleh itu, bangunan bersejarah perlu dikekalkan dandipulihara.

Bangunan bersejarah dapat dijadikan iktibar atau panduan kepada generasi muda dan
jugadapat dijadikan bahan penyelidikan dan kajian tentang evolusi manusia yang berlaku.
Persoalannya,apakah cara dapat dilakukan untuk mengekalkan bangunan bersejarah
ini?Pertama, bangunan bersejarah boleh dijadikan daya tarikan pelancong, contohnya
KotaCornwallis, Istana Kellis, Kota A Famosa, tapak kaki Hang Tuah, Bangunan Sultan
Abdul Samad

dan Penjara Pudu. Bangunan bersejarah perlu dipulihara untuk tatapan pelancong asing.

Bangunan tersebut mempunyai daya tarikan kerana berkaitan dengan sejarah yang telah
berlaku di negara kita.Umumnya diketahui para pelancong sama ada dari luar atau dalam
negara ingin melawat ke bangunan bersejarah.Selain itu, bangunan bersejarah juga boleh
diubah suai menjadi bangunan muzium yang memaparkan sejarah tertentu. Contohnya,
Istana Lama Kedah dijadikan Muzium Diraja Kedah yang merakamkan sejarah susur galur
raja-raja yang memerintah Kedah.

Pada masa yang sama, seni binaBangunan Istana Lama Kedah dapat dijadikan bahan
tontonan generasi masyarakat sekarang.Tambahan pula, bangunan bersejarah juga dapat
ditukar menjadi bangunan pentadbiran.Contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad pernah
dijadikan mahkamah.

Dengan ini, pihak berkenaan dapat mengurangkan kos pembinaan baharu dan menjadi
kebanggaan orang ramai yang pernah berurusan di situ. Di samping itu, Bangunan Sultan
Abdul Samad juga menjadi mercu tanda Kuala Lumpur.Justeru, bangunan bersejarah juga
boleh dijadikan rumah kebajikan atau pusat jagaan.

Badankebajikan tidak perlu menyewa atau membina bangunan baharu. Mereka boleh
mengubah suai bangunan bersejarah mengikut keperluan tanpa melupuskan bangunan
tersebut. Dengan ini, golonganyang kurang bernasib baik mendapat pembelaan.
Di samping itu, bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai pusat perniagaan kalau
bangunantersebut masih selamat digunakan. Bangunan bersejarah akan menjadikan daya
tarikan kepada pelanggan. Peniaga juga dapat berniaga dalam suasana yang
berbeza.Kesimpulannya, bangunan bersejarah masih memberikan manfaat. Bangunan
bersejarahmerupakan sebahagian warisan bangsa Malaysia.

Tinggalan-tinggalan ini tidak dapat ditukar gantidengan wang ringgit. Di dalamnya tersingkap
banyak kisah yang tidak dapat terperikan dalam buku- buku sejarah. Oleh itu, semua pihak
perlulah bekerjasama mengekalkan dan memulihara bangunan bersejarah

6.0.Rumusan
Kesimpulannya, bangunan ataupun binaan sejarah amat penting bukan sahaja untuk
generasi masa kini, bahkan generasi hadapan. Hal ini kerana, bangunan bersejarah
menyimpan sejarahnya yang tersendiri. Melihat binaan yang tersergam ini, boleh membantu
untuk mengingatkan kita akan sejarah dan cerita di sebalik bangunan tersebut. Seringkali
kita mendengar "sesiap yang melupai sejarah, akan mengulanginya kembali" .

Daripada pepatah ini, kita boleh simpulkan bahawa salah satu cara untuk terus mengingati
sejarah adalah dengan melihat sendiri di depan mata tinggalan bangunan bersejarah ini.
Kempen dan usaha memelihara bangunan bersejarah ini juga adalah menjadi tanggujawab
setiap lapisan masyarakat. Kita bertanggungjawab untuk terus menjaganya.

7.0.Sumber Rujukan
Lihat sini cara menulis sumber rujukan kerja kursus sejarah PT3 2016 --> Sumber

Anda mungkin juga menyukai