Anda di halaman 1dari 12

Tajuk : SANG KANCIL MENIPU HARIMAU

Harimau : (suara meninggi) Hah, Sang Kancil! Di sini rupanya kamu berada.
Sang Kancil : (terperanjat) Oh harimau, apa lagi yang kamu hendak?
(lalu berdiri dengan cepat)
Harimau : (suara meninggi) Aku hendak makan kamu.(sambil mengangkat
kaki hadapannya dan membuka mulutnya.)
Sang Kancil : Nak makan aku? Eh, sekarang tidak boleh, harimau...Aku telah
diperintahkan oleh raja Sulaiman supaya menunggu benda ini.
(sambil menunjuk ke arah sarang tebuan itu)
Harimau : (kehairanan sambil melihat sarang tebuan) Apa benda itu?
Sang Kancil : Oh, ini gong Raja Sulaiman. Baginda akan mendengar bunyi gong
ini apabila baginda hendak ke hutan.
Harimau : Hmm...tentu sedap bunyi gong raja ya.
Sang Kancil : Sudah tentulah. Siapa yang mendengarnya akan rasa gembira.

Harimau sangat ingin mendengar bunyi gong raja itu dan meminta Sang Kancil
memalunya tetapi Sang Kancil menolak permintaan harimau. Sang Kancil memberi
alasan yang tugasnya hanya untuk menunggu dan bukan memalu gong itu.

Harimau : (sambil merayu) Tolonglah Sang Kancil. Palulah gong raja itu. Sekali
pun cukuplah. Lagipun, baginda tiada di sini.
Sang Kancil : Eh, tidak boleh, harimau. Kalau aku palu gong ini, bermakna aku
tidak jujur.
Harimau : Kalau begitu, biarlah aku yang memalunya.

Sang Kancil terdiam seketika tetapi berasa sungguh lega. Harimau telah termakan
helahnya.

Sang Kancil : Baiklah, harimau. Jika kamu hendak memalu gong raja ini, biarlah
aku pergi jauh dari sini.

Sang Kancil memberikan sepotong kayu kepada harimau. Dia meminta harimau memalu
gong itu setelah mendengar arahan daripadanya. Kemudian, Sang Kancil pergi jauh dari
situ.

Sang Kancil : (berteriak dengan kuat) Harimau, palu!

Harimau pun memalu sarang tebuan itu. Apabila sarang tebuan itu dipalu, kesemua
tebuan itu keluar dan menyengat harimau.

Harimau : (mengaum dengan kuat)Aummm!

Harimau menjerit kesakitan kerana tebuan itu telah menyerang seluruh tubuhnya.
Diaberlari dengan pantas tetapi tebuan-tebuan itu terus mengejarnya. Mujurlah harimau
terjumpa sungai. Harimau pun terjun ke dalamnya untuk menyelamatkan diri.

PENGAJARAN CERITA : Dengarlah nasihat daripada orang lain dan jangan


lakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri sendiri.
Tajuk : Sang Kancil Dengan Buaya
Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling
cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang
kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi
masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam
hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia
membantu pada bila-bila masa saja.

Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari


makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah
berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan
kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang
Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari
sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa
dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa
Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai
tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia


berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar
kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika
ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang,
Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun
kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan
yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang
masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat
menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir
Sang Kancil.

Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi


sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil
terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai.
Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk
mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus
menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku
Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik
menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil
yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung
buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang
Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata
Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang
dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang
engkau hendak sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung


jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin
memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman
sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi
kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini.
"Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk
memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil
sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian
semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang
Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi
Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman
akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi
"Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini
sehingga ke tebing sebelah sana".

Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman


semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang
hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu
yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai
dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan
betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil
berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus
melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata"
Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu
semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".

Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu
kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan
melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam
buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil
terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut
dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati
buah-buahan yang sedang masak ranum itu.
Kisah Pak Pandir Membeli Lembu
Pada zaman dahulu kala, tinggal sepasang suami isteri di sebuah
kampung. Nama isteri nya, Mak Andeh dan nama suami nya Pak Pandir....
Pada satu hari, Mak Andeh meminta tolong suami nya untuk membeli
lembu. Suami nya bertanya pada isteri nya, " Bagaimana rupa lembu tu ye
Andeh?" Isteri nya pu menjawap, "Rupa lembu itu senang aje. Ia bertanduk dan
makan rumput."
Pak Pandir pun berjalan di keliling kampung mencari lembu. Sedang dia ber jalan,
dia terlihat seorang hamba Allah sedang menyambit rumput dengan
menggunakan sabit .

"Itu pun lembu yang diberitahu oleh Mak Andeh," fikir nya sendirian. Diapun
menghampiri orang itu. "Saya hendak beli lembu di tangan saudara itu." Sambil
Pak Pandir menunjuk sabit di tangan orang itu.
"Ini bukan lembu, ini sabit," beritahu orang itu. "Tidak, itulah lembu. Jualkan lah
pada saya. Saya mahu membeli nya," kata Pak Pandir bersungguh-sungguh.
Kerana bersungguh-sungguh benar Pak Pandir mahu beli sabit itu, orang itupun
beri. "Nah ini bayarannya," sambil Pak Pandir memberi semua DUIT yang di beri
oleh Mak Andeh tadi.
"Tapi DUIT apa banyak sangat ni?" orang itu bertanya kebinggungan. Pak Pandir
tidak menghirau apa-apa lagi. Dia terus mengikat sabit tersebut dengan tali dan di
tarik pulang, seperti menarik lembu.
Setiba nya di halaman rumah, Pak Pandir pun memanggil isteri nya, "Mak Andeh,
Ini lembu yang awak suruh beli." Mak Andeh yang belum melihat lagi, cuma
mendengar suara Pak Pandir merasa sukacita. "Cepat dia dapat beli
lembu. Sudah boleh diharap Pak Pandir aku ni," fikir Mak Andeh sendirian sambil
menuju ke tingkap hendak melihat lembu yang di bawa pulang.
"Ha! Mana dia lembu yang awak katakan itu?" tanya Mak Andeh. "Ini! Aku beli beli
dengan semua duit yang engkau beri itu," sambil Pak Pandir menunjukkan
kepada sabit yang diikat dengan tali itu.
Mak Andeh menepuk-nepuk kepala .... "Habis duit simpanan Aku....," mengeluh
Mak Andeh.

Demikian lah, salah satu episod kisah Pak Pandir yang kurang akal itu .....
Sang Kancil dan Sang Gajah

Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik


bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba
sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk
keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.
Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir;

“Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini”

Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang
kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu
berputus asa.

Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi


tapak kaki yang besar.

“Kalau bunyi tapak kaki macamni, ni tak lain, mesti gajah ni!”

Kemudian Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk


menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.

Kemudian sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil;

“Eh sang kancil, tengah buat apa?” Tanya si Gajah.

“Menyelamatkan diri!”

“Dari apa?” Tanya gajah lagi.

“Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam” Balas sang kancil.

Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat.

“Habis tu macam mana nak selamatkan diri?” Tanya si gajah.

“Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat
sini”
Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam
lubang untuk menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun
mengambil kesempatan untuk melompat di atas badan gajah dan
terus keluar dari lubang yang dalam itu.

“Haha, padan muka engkau, selamat aku” Kemudian sang kancil pun berlalu
pergi meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi”.
Seronok juga bila membaca cerita kanak-kanak begini. Teringat
masa kecil dulu, inilah cerita dongeng dan turun temurun yang
diwarisi dari zaman berzaman. Namun bila difikirkan kembali, apa
yang cuba untuk disampaikan melalui cerita ini?

Jadilah seperti sang kancil yang cerdik tapi tak baik?

Atau jadilah seperti sang gajah yang baik tapi tak cerdik?

“Orang baik tak cerdik akan ditipu, orang yang cerdik tapi tak baik akan menipu”

Jangan jadi sang kancil seperti dalam cerita tadi kerana sang kancil
yang cerdik tapi tak baik telah menipu sang gajah untuk
menyelamatkan diri. Juga jangan jadi seperti sang gajah kerana
walaupun baik tapi tak cerdik akan ditipu.

Jadi tiada pilihan lain selain jadi orang yang cerdik dan baik kerana
orang yang sebegini tidak akan ditipu juga tidak menipu. Dan
pengakhiran cerita sang kancil dan sang gajah itu sepatutnya
begini.

“Eh, sang kancil, tengah buat apa?” Tanya sang gajah.

“Aku terjatuh dalam lubang yang besar inilah, dah berkali-kali aku
cuba untuk keluar tapi tak berjaya, bagaimana kalau engkau berjaya
tolong aku untuk keluar dari sini, aku akan bagi tebu yang paling
besar di dalam hutan rimba ini!” balas sang kancil

“Oh, ye ke, baiklah tapi aku nak keluarkan engkau bagaimana?”

“Cuba engkau tengok sekeliling, mana tau ada dahan kayu ke


pokok tumbang ke untuk keluarkan aku dari lubang ini”

“Oh aku Nampak ada dahan kayu”

Kemudian sang gajah menggunakan kekuatannya menolak tunggul


kayu dan menggunakan belalainya untuk menolak tunggul kayu ke
dalam lubang.

Kemudian sang kancil pun keluar dari lubang itu dan seperti yang
dijanjikan, memberikan sang gajah tebu yang paling besar dalam
hutan rimba.
-TAMAT–
Pemotong Kayu yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua
dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok
yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman
hidup saban hari tanpa dikurniakan anak. Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu
pagi.......Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat
kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami
kerana sakit. Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari
untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya
yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....
Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari
tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana
kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar
arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit
melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua...
kenapa bersedih hati"...Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-
benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan
apa yang berlaku..."Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"...
lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit
timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa....
Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba
memiliki kapak emas ini"....Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan
timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak
miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si
tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak
miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan
kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan. Pulanglah si tua dengan
hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang
berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya. Keesokan harinya isteri
si tua itupun sihat...
Belalang
Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka
menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam
taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-
bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur
dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap
hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu
pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam
taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat
tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-
sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk


bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan
berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang
tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan
menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah
dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang
terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.

“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya


dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia
terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal
kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan
sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan
belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila
hujan berhenti, lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari
sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat
belalang yang terlantar di atas katil di rumah.

“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila


melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan
rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang
sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat
daripada rakannya.
Hari Yang Menakutkan
“Kak,kita nak duduk di mana sekarang nie ?,”tanya Alan kepada
kakaknya,Mashita.“Entah la dik,kita sudah tiada tempat tinggal lagi.Makcik sudah
halau kita dari rumah,”balas Mashita.Ibu dan ayah mereka sudah meninggal
dalam kemalangan jalan raya dan sekarang makcik mereka sudah menghalau
mereka dari rumah yang didiami oleh mereka selama ini.Umur Alan 8 tahun dan
Mashita 6 tahun lebih tua dari Alan.Tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali.Petir
sambung menyambung,Alan dan Mashita berlari menuju ke tempat perhentian
bas.Malam semakin larut,Alan dan Mashita terpaksa tidur disitu.Tiba-tiba dengan
tidak sengaja Mashita ternampak satu lembaga memakai pakaian serba putih
memandangnya dengan matanya yang merah menyala. Mashita yang dalam
ketakutan itu terkejut apabila lembaga tadi ketawa mengilai-ngilai menuju ke arah
satu pondok usang di dalam hutan.Alan yang sudah tidur itu terjaga dan
bertanyakan apa yang berlaku.Mashita menyuruh adiknya tidur kerana hari sudah
lewat malam.
Mashita sebenarnya tidak mahu adiknya takut membayangkan lembaga
itu.Setelah memejamkan mata untuk beberapa ketika,mereka pun mula
terlelap.Pada keesokan hari, Mashita mengejutkan adiknya pada pukul 6 pagi
untuk solat Subuh di surau berdekatan.Setelah selesai solat Subuh,Mashita dan
Alan berjalan tiada arah tuju.Tiba di satu lorong,mereka terserempak dengan
soerang nenek tua yang berumur 89 tahun terjatuh di tepi jalan.Mereka menolong
nenek itu dan memimpinnya pulang. “Anak nie duduk mana ?,”tanya nenek itu
kepada Alan dan Mashita.Alan dan Mashita saling berpandangan.Mereka pun
memberitahu peristiwa yang menimpa diri merek. “Kamu mahu tinggal dengan
nenek ?,”tanya nenek itu lagi.
“Boleh juga sambil itu kita boleh jaga nenek,kan Akan Ita ?,”jawab Alan. “Betul tu
nek,”balas Mashita pula.Pada malam itu,semasa Alan dan Mashita baru
merebahkan badan diatas tilam masing-masing,mereka terdengar suara seorang
perempuan ketawa mengilai-ngilai di luar rumah.Tiba-tiba elektrik terputus,hujan
lebat mula turun,Alan dan Mashita mula ketakutan,tingkap di bilik mereka terbuka
dengan sendiri.Mereka menjerit apabila terlihat satu lembaga memakai pakaian
serba putih menuju ke arah mereka.Seorang jiran yang terdengar jeritan mereka
datang ke rumah usang itu.Tiba-tiba makhluk yang berpakaian serba putih itu
hilang entah ke mana.Jiran itu bertanya bagaimana Alan dan Mashita boleh
berada di rumah usang itu.
Alan dan Mashita menceritakan peristiwa yang berlaku.Tersentak Alan dan
Mashita apabila mereka diberitahu bahawa nenek yang mereka jumpa terjatuh di
tepi jalan pagi tadi sudah meninggal 3 bulan yang lalu.Mereka juga diberitahu
bahawa nenek itu pernah membela hantu dirumah itu dan selepas nenek itu
meninggal hantu itu tiada hala tuju.Hantu itu selalu mengganggu orang yang
keluar lewat malam dengan menukarkan rupanya seperti wajah nenek
itu.Akhirnya jiran itu mengajak Alan dan Mashita tinggal dirumahnya supaya
lebih selamat.Jiran itu juga telah mengambil Alan dan Mashita menjadi anak
angkat mereka
Cumalah Mimpi

Aku bernama Amir berusia 24 tahun.Aku baru sampai di pusat


membeli belah untuk membeli barang keperluan.''Boom,'Tiba-
tiba,kedengaran bunyi letupan bom di kawasan pusat membeli
belah.Ramai orang lari lintang pukang keluar dari pusat membeli
belah termasuklah aku.Tiba-tiba,seorang daripada penjahat itu
melemparkan bom yang kecil kearahku.Rupanya mereka ingin
mengambil beg yang ada pada tanganku.Beg itu bukanlah aku yang
punya tapi seorang lelaki yang aku tidak kenal namanya.Dia meminta
aku menjaga begnya sewaktu dia ketandas.Penjahat itu meminta aku
menyerahkan beg itu kepadanya tetapi aku melihat tuan punya beg itu
menyuruh aku lari secepat yang aku boleh.

Bukan main terkejutnya aku apabila seorang daripada penjahat itu


mencurahkan minyak di sekeliling aku dan menyalakan mancis lalu
dicampaknya ke minyak itu.Untung aku sempat lari sebelum penjahat
itu mencampakkan mancis itu.Aku cuba lari secepat yang aku boleh
menuju kearah keretaku dan aku berjaya keluar dari kawasan yang
bahaya pada saat itu.Walau telah mengharungi detik yang
mencemaskan,namun aku masih lagi memegang beg yang telah
diamanahkan oleh lelaki tuan punya beg itu.

Tiba sahaja di simpang jalan,aku ternampak seorang lelaki berjalan


dengan longlai lalu aku pun memberhentikan kereta dan
menyapanya.Tersangatlah gembiranya aku apabila sudah bertemu
dengan tuan punya beg yang masih aku pegang waktu itu.Aku sempat
melihat wajahnya yang gembira pada saat itu.Pada waktu itulah aku
tahu namanya ialah Encik Rasyid dan aku juga telah mengetahui isi
beg itu .Di dalam beg itu mempunyai wang yang berjuta-juta dan juga
seketul berlian yang aku tidak tahu nilainya.Aku mengajak Encik
Rasyid membuat laporan polis tentang perkara yang berlaku ke
atasnya.”Mir,bangun Mir,nanti terlambat pergi kerja”Panggil ibu
aku.Rupa-rupanya aku cuma bermimpi.
Tikus Bandar Dan Tikus Desa
Di satu desa,terdapat seekor tikus yang bernama Tikus
Desa.Tikus Desa tinggal di rumah yang dikelilingi bunga-
bungaan.Setiap pagi,Tikus Desa akan keluar mencari makanan
di kawasan berhampiran rumahnya.Di kawasan berhampiran
rumahnya mempunya banyak pokok raspberi.Tikus Desa suka
makan pai raspberi yang dibuatnya pada waktu malam.Pada
malamnya,Tikus Desa akan tidur di atas katil jerami.Tikus
Desa sudah sebati dengan keadaan di desa.Pada suatu
hari,Tikus Desa dikunjungi oleh saudaranya,Tikus Bandar.

Tikus Desa dan Tikus Bandar berasa sungguh gembira kerana


dapat berjumpa.Pada paginya,Tikus Desa mengajak Tikus
Bandar memetik buah.Tikus Bandar terjatuh dari pokok
kerana dia tidak pandai memanjat pokok.Malam itu,Tikus
Desa memasak pai respberi yang lazat untuk dimakan oleh dia
dan sepupunya.Tikus Bandar tidak suka pai respberi yang
dimasak oleh Tikus Desa kerana rasanya sungguh masam. Dia
lebih menggemari makanan yang manis.

Malam itu,Tikus Bandar tidak nenyak tidur di atas katil


jerami.Pada keesokkan harinya,Tikus Bandar mengadu kepada
Tikus Desa bahawa dia tidak selesa tinggal di rumah Tikus
Desa.Tikus Desa faham dengan apa yang dikatakan oleh Tikus
Bandar kerana pada kali pertama tinggal di desa pun dia rasa
tidak selesa tapi lama-kelamaan dia rasa seperti sudah biasa
dengan cara seperti itu.
Pinocchio

Pada zaman dahulu terdapat seorang tukang kayu yang tua dan miskin bernama Geppetto.Dia
amat suka membuat patung. Patung kesayangannya ialah Pinocchio.” Alangkah baiknya kalau
aku mempunyai anak” kata Geppetto sambil melihat Pinocchio. Pada malamnya, seorang pari-
pari yang baik hati datang ke rumah Geppetto dan mengayunkan tongkat saktinya ke Pinocchio
sambil berkata” Esok Pinocchio akan dapat bergerak dan bercakap seperti manusia biasa.” Pada
keesokan harinya, Geppetto mendapati bahawa Pinocchio boleh bergerak dan bercakap. Dia
sangat hairan dan gembira melihat keadaan Pinocchio yang seperti manusia biasa. Geppetto
terpaksa menjual baju dan sepasang kasutnya untuk membeli buku untuk Pinocchio belajar di
sekolah. Dia memang ingin menyekolahkan Pinocchio. Semasa berjalan ke sekolah, Pinochio
berhenti untuk menyaksikan pertunjukan patung.” Mahukah kamu menyertai pertunjukan ini?”
tanya ketua pertunjukan yang jahat. Tanpa berfikir apa-apa, Pinocchio bersetuju. Ketua
pertunjukan patung itu pun mengunci Pinocchio ke dalam sangkar yang kecil. Pinocchio berasa
takut dan ingin pulang ke pangkuan Geppetto.Tanpa disangka, datanglah seorang pari pari yang
baik hati membebaskan Pinocchio dari sangkar kecil itu. Pinocchio berasa sangat gembira.” Saya
akan terus pergi ke sekolah dan tidak akan singgah ke mana-mana,” kata Pinocchio. Semasa
dalam perjalanan ke sekolah Pinocchio terserempak dengan seekor musang yang jahat. Dia
menceritakan tentang sebuah pulau yang indah iaitu Pulau Ria.Pinocchio terlupa akan
sekolahnya dan dia menukarkan bukunya dengan tiket ke Pulau Ria.” Kamu hendak pergi ke
mana?” tanya pari-pari kepada Pinocchio.” Saya hendah ke sekolah,” Pinocchio berbohong.
Tiba-tiba hidung Pinocchio menjadi panjang. Dia berasa menyesal kerana berbohong dengan
pari-pari yang telah menyelamatkannya. Pari-pari itu kasihan melihat Pinocchio .Dia meminta
seekor burung untuk mematuk hidung Pinocchio supaya menjadi pendek.Pinocchio berjanji
kepada pari-pari bahawa dia tidak akan berbohong lagi.Dia terus pergi ke sekolah.Di
sekolah,Pinocchio mengajak kawannya ke Pulau Ria,Dia juga memberitahu tentang keadaan di
sana seperti yang diberitahu oleh musang.Kawan Pinocchio bersetuju untuk ke pulau
itu.Pinocchio dan kawannya segera ke kapal dan belayar ke Pulau Ria.Setelah tiba di pulau itu
Pinocchio dan kawannya telah bertukar bentuk menjadi seekor keldai dan disuruh membuat
kerja berat. Pari- pari muncul lagi untuk membantu Pinocchio dan menukarnya ke rupa asal.
Pinocchio segera meninggalkan pulau itu. Semasa Geppetto sedang mengayuh sampan, seekor
ikan paus muncul dari belakang dan terus menelan Geppetto bersama sampannya. Pinocchio
berenang dengan sekuat-kuat hatinya untuk menyelamtkan Geppetto.Apabila Pinocchio hampir
dengan ikan paus itu, ikan paus membuka mulutnya dengan luas. Pinocchio terus berenang dan
masuk ke dalam mulut ikan paus itu. Pinocchio berjumpa dengan Geppetto.Mereka berasa
gembira kerana dapat bertemu lagi."Mari kita kumpulkan kayu api dan bakarnya,"kata
Geppetto kepada Pinocchio.Asap api membuatkan ikan paus itu membuka mulutnya lalu
Pinocchio dan Geppetto pun keluar dari situ.Pinocchio dan Geppetto berenang hingga ke
persisiran pantai.Mereka amat letih lalu tertidur di situ.Apabila bangun,Geppetto mendapati
bahawa Pinocchio telah berubah menjadi manusia.Dia sangat gembira kerana impiannya untuk
memiliki anak sudah tercapai.

Anda mungkin juga menyukai