Anda di halaman 1dari 92

Kisah Seorang Nelayan

Tersebutlah kisah pada zaman dahulu, ada seorang


nelayan yang miskin lagi jujur pergi keluar menjala di
tengah lautan. Gelombang besar tidak menakutkannya
kerana dia sedar betapa dia mencari rezeki yang halal
untuk keluarganya. Dia sedar Allah akan memberkati
rezekinya yang dicari dengan titik peluhnya sendiri.
Setelah beberapa lama dia menebarkan jala, dia tidak
mendapat apa-apa tangkapan pun. Dia berhenti seketika
sambil menadah tangan ke langit seraya berdoa.
Tuhanku, Engkau yang memberikan rezeki kepada
sesiapa yang engkau kehendaki dan Engkau merahmati
sesiapa yang Engkau rahmati. Sesungguhnya aku mohon
rezeki daripada-Mu untuk kuhidupi keluargaku, doanya
dengan bersungguh-sungguh.
Setelah itu, dia menebarkan jalanya sekali lagi. Sewaktu
nelayan itu menarik jalanya kali ini, dia mendapat seekor
ikan yang sangat luar biasa. Sisik ikan itu berkilau-kilauan
seperti emas. Dua biji matanya pula keliahtan seperti
intan yang bergemerlapan. Nelayan itu mengucapkan
kesyukurannya lalu bersujud di dalam sampannya itu dan
menadah ke langit sekali lagi. Dia belum pernah melihat
ikan yang secantik dan seganjil itu.
Setelah dia mengalihkan ikan itu ke dalam sebuah bekas
yang mengandungi air laut, dia duduk berfikir seketika.
Pasti tidak ada sesiapa yang akan mahu membeli ikan
ini dengan harga yang tinggi, katanya dalam hati.
Mereka akan menganggap ikan ini seperti ikan-ikan
biasa yang lainnya.
Setelah puas berfikir, dia mnegambil keputusan untuk
membawa ikan itu sewaktu dia menghadap rajanya. Raja
di negeri tempat tinggalnya itu termasyhur sebagai
seorang raja yang amat adil lagi bijaksana. Akan tetapi,

permaisuri baginda terkenal pula dengan sikap kikir sedta


tamak. Namun, dia bertekad untuk mempersembahkan
ikan yang dia dapat itu kepada rajanya.
Sewaktu menghadap rajanya dengan mempersembahkan
ikan tangkapannya itu, raja tersebut berasa takjub lagi
kagum ketika melihat ikan itu.
Wahai nelayan, Di manakah engaku dapat ikan yang
ganjil lagi ajaib ini? titah raja.
Nelayan itu berdatang sembah sambil berkata, Ampun
tuanku! Patik dapat menangkap ikan yang ajaib ini
dengan menjalanya di sebuah teluk di lautan selatan
negri ini.
Wah, sungguh engkau berani menjala ikan di sana pada
masa keadaan laut bergelombang besar lagi berbahaya
pada musim ini! puji raja.
Ampun tuanku, dengan izin Allah juga, sesuatu yang
susah dapat dilaksanakan, sembah nelayan itu dengan
penuh takzim.
Baginda raja berasa gembira mendengar sembah nelayan
itu lalu mengahdiahinya seribu wang emas. Nelayan itu
bersyukur sesudah mengucapkan terima kasih atas
kurnia rajanya itu. Dia menerima pemberian raja itu
dengan penuh rasa hormat.
Pada waktu itu, permaisur raja lalu bertitah, Ayuhai
Kakanda, bukankah pemberian itu terlalu mahal bagi
harga seekor ikan sahaja.
Tidak mengapa, wahai adinda! Ikan yang beta dapat
daripada nelayan ini bukan ikan sebarangan. Cuba adinda
lihat ., titah baginda lalu menunjukkan ikan yang
sudah dialihkan ke dalam sebiji mangkuk yang berisi air.
Sisik ikan itu keemas-emasan sementara biji-biji matanya
berkilau-kilauan seperti intan.
Bagi adindalah, ikan tetap ikan, celah permaisuri
dengan megahnya.

Kalau demikian menurut adinda, apakah yang mesti


kakanda lakukan sekarang? titah baginda sambil
tersenyum.
Itu mudah sahaja, jawab permaisuri dengan manja.
Kakanda panggil semula nelayan itu dan titahkan
kepadanya untuk diberitahu sama ada ikan itu jantan
atau betina. Jikalah dia menjawab jantan, kakadan
katakan betina dan begitu sebalinya, supaya jawapan
nelayan itu boleh dikatakn salah. Denga yang demikian,
wang yang diambil itu kanda paksa dia kembalikan.
Setelah mendengar sembah permaisuri itu, raja itu lalu
menitahkan pengawalnya memanggil nelayan itu datang
kembali menghadap baginda. Apabila dia mendengar
bahawa dia diperintahkan supaya menghadap baginda
semula, nelayan itu tersentak. Namun, dia segera masuk
menghadap raja.
Ampun tuanku, pati datang mengadap, sembah nelayan
itu.
Raja itu lalu bertitah,Beta mahu tahu. Jika jawapan kamu
betul, tidak mengapa. Namun, jika jawapanmu salah,
beta mahu kamu kembalikan semula hadiah yang telah
beta kurniakan kepada kamu sebentar tadi.
Titah dijunjung, ampun tuanku! balas nelayan itu.
Apakah ikan yang kami bawa sebentar tadi iakn jantan
atau ikan betina?
Nelayan itu berfikir sejenak. Dia pun lalu bersuara
sesudah beberapa katika, Ampun tuanku, sebenarnya
ikan itu bukan ikan jantan atau ikan betina. Ikan itu ..
jawanya sambil tersenyum simpul.
Raja itu kemudian ketawa terbahak-bahak! Sesusah reda
ketawanya, baginda lalu bertitah, Bagus, kamu tidak
perlu menjawabnya! Baginda masih tersenyum simpul
cuba menahan dirinya daripada terus ketawa. Baginda
lalu menghadiahi nelayan itu seribu wang emas lagi.

Melihatkan tindakan baginda raja, permaisur mengerutngerutkan keningnya sambil menarik wajah masam
kerana rancangannya tidak menjadi.
Nelayan itu semakin gembira mendapat wang tamahan
itu. Dia pun lalu memasukkan wang yang baru
didapatinya ke dalam uncang yang dia bawa itu. Tiba-tiba
sejumlah wang meas itu jatuh ke lantai. Nelayan itu
memnugutnya dengan segera dan memasukkannya
semula.
Melihat akan hal itu, permaisuri lalu berbisik kepada
baginda raja, Lihat kakanda, betapa kedekutnya nelayan
ini. Satu keping wang mas pun dia kutip, sedangkan dia
sudah memiliki hampir dua ribu keping wang mas!
Raja bersetuju dengan kata-kata permaisuri itu lalu
baginda bertitah lagi, Hai, nelayan. Kamu ini sangat
kedekut! Kamu mendapat banyak wang emas tetapi
sekeping yang jatuh pun kamu pungut!
Nelayan itu tersentak mendengar akan titah rajanya. Dia
lalu mengangkat sembah seraya berkata, Ampun
tuanku! Sebenarnya, patik memungut semula wang emas
yang jatuh itu bukanlah patik kedekut dan tamak. Patik
amat menjunjung duli tuanku. Patik tidak rela wang emas
yang ditempa dengan gambar wajah tuanku jatuh di
lantai dan dipijak-pijak orang, ampun tuanku!
Mendengar akan jawapan nelayan itu, baginda berasa
sungguh terharu. Tanpa berfikir-fikir lagi, baginda
menambah jumlah wang emas kepada nelayan itu.
Wahai nelayan yang bijaksana, titah baginda, Kamu
rakyat beta yang taat lagi setia. Beta tambah lagi jumlah
wang emas kamu itu.
Ampun tuanku, kurnia tuanku patik junjung tinggi,
sembah nelayan itu lagi sambil mengukirkan senyuman
sekali lagi.
Permaisuri raja menjadi bertambah-tambah murka namun

baginda hanya menahan dirinya. Nelayan itu pulang ke


rumah dengan perasaan yang sungguh gembira.

CERITA ALANG EANGAN DAYANG


Alang seorang nelayan yatim piatu. Dia selalu turun ke
laut setiap malam selepas menunaikan salat Isyak.
Selalunya, sebaik-baik sahaja pulang dari laut setiap
subuh, dia ke surau untuk bersalat subuh sebelum dia
pergi ke pasar untuk menjual ikan-ikan tangkapannya
pada hari itu. Ikan-ikan jualannya masih segar-segar.
Setelah itu, dia pulang ke rumah.
Namun, nasibnya tidak selalu beruntung. Kadangkala,
Alang hanya mendapat sedikit atau tiada tangkapan
langsung. Kalau musim tengkujuh, dia tidak turun ke laut
kerana keadaan laut bergelombang besar. Pada musimmusim tengkujuh ini, Alang akan bercucuk tanam di
kebun kecil di belakang rumahnya. Ada masa-masanya,
dia pergi berburu di hutan.
Alang yang hidup sendirian terpaksa melakukan kerjakerja rumahnya. Dalam keadaan begitu, Alang selalu
terkenang akan ibu dan bapanya yang telah lama
meninggal dunia. Hidupnya berasa sunyi tinggal sendirian
di pondok kecilnya itu.
Alang tidak turun ke laut pada hari itu kerana musim
tengkujuh sudah tiba. Alang sedar keadaan laut yang
bergelombang besar dengan angin yang bertiup kencang
membahayakan keselamatannya. Sekiranya dia tidak
turun ke laut, dia tidak akan beroleh wang. Hujan yang
lebat kali ini juga tidak membolehkannya pergi berburu.
Sambil duduk bermenung itu, dia berkata dalam hatinya,
Tak mengapalah. Mungkin esok lusa hujan teduh, aku
boleh mengerjakan kebunku itu atau pergi menahan
lukah di sungai di hujung kampung.

Tidak lama kemudian, dia terlelap.


Apabila Alang bangkit daripada tidur keesokan harinya,
hujan masih turun lebat. Hujan itu menghalang dia
melakukan apa-apa yang dia rancang pada hari
sebelumnya. Dia berasa sedih kerana dia tidak ada wang
yang cukup untuk membeli makanan di pekan. Dia duduk
termenung dengan perasaan sayu. Dia tidak akan
berputus asa dan terus menanti hingga hujan lebat reda.
Namun, sehingga lewat malam, hujan tidak juga berhenti.
Hingga seminggu hujan lebat turun tanpa berhenti-henti.
Dia sudah kehabisan barang makanan di rumahnya.
Sewaktu dia menjerang bubur untuk mengisi perutnya
pada hari itu, dia terus-terus mengatur rancangan untuk
meneruskan pekerjaannya apabila hujan berhenti kelak.
Akhirnya hujan berhenti juga. Alang berasa paling
gembira kerana sudah seminggu dia tidak turun ke laut
untuk menangkap ikan. Dia segera bersiap-siap untuk
turun ke laut. Alang berharap dia dapat menangkap
banyak ikan pada hari itu dan kemudian dia akan
menjualnya di pasar. Dengan semangat yang berkobarkobar, Alang memikul pukat dan bakul besar sambil
berjalan menuju ke laut. Dia menolak perahunya ke gigi
air. Sesudah itu, dia berdayung ke tengah laut. Cuaca hari
itu masih sejuk dan laut masih bergelombang besar.
Langit sudah mendung dan matahari bersinar dengan
terangnya.
Dia berhenti berdayung lalu menebarkan jalanya ke air.
Berkali-kali dia lakukan itu tetapi tiada seekor ikan pun
dia dapat. Matahari sudah tegak di atas kepala. Walaupun
ada bibit kehampaan terbit dalam hatinya, dia masih
percaya dia akan mendapat rezeki pada hari itu. Sebelum
dia bergerak dari tempat itu, dia menebarkan jalanya
sekali lagi. Dia menarik jalanya tidak lama sesudah itu.
Tiba-tiba, dia terpandang seekor ikan kecil terlekat pada

jalanya.
Setelah diambil ikan itu dari jalanya, dia melepaskannya
semula ke dalam air. Dia mula sedar bahawa jika ada
seekor ikan seperti itu di tempat itu, Alang pasti akan ada
ikan-ikan yang lain juga. Dia mengambil keputusan untuk
menebar jalanya sekali lagi. Apabila dia menarik jalanya
ke dalam perahunya, dia mendapati ada beberapa ekor
ikan di dalam jalanya itu. Dia lalu memindahkan ikan-ikan
itu ke dalam sebiji bakul. Selepas itu, dia berdayung balik
ke pantai. Dia menambat perahunya. Setelah bersalat
zohor, Alang berjalan pulang membawa ikan
tangkapannya yang sedikit itu.
Apabila sampai di rumah, Alang mengeluarkan ikan-ikan
yang dia dapat pada hari itu. Ikan-ikan itu masih
bernyawa lagi.Dia mendapati seekor ikan kecil yang
bersisik cantik dan berkilau-kilauan. Ikan kecil yang cantik
itu dia masukkan ke dalam belanga tanah yang berisi air
laut.
Pada keesokan harinya, Alang turun semula ke laut.
Nasibnya baik kerana awal-awal lagi, dia sudah mendapat
banyak ikan dalam jala yang dia tebar itu. Ikan-ikan yang
dia dapat itu besar-besar belaka. Alang berasa sungguh
gembira dan dia segera pulang setelah dia mendapati
tangkapannya sudah cukup untuk dia jual dan dia boleh
mendapatkan beras, gula, garam dan kopi. Ikan-ikannya
dibeli oleh penduduk-penduduk kampung sebaik-baik
sahaja dia mendarat di pantai. Beberapa ekor ikan yang
tinggal dia bawa pulang untuk dibuat lauknya pada hari
itu.
Setibanya di rumah, Alang terpegun apabila mendapati
sudah ada makanan yang enak tersaji dan ditutup
dengan tudung saji.
Siapa yang memasak makanan-makanan ini untuk aku?
tanya Alang dalam hatinya. Dia bergerak ke sana ke sini

untuk mencari sama ada sesiapa yang berada di kawasan


rumahnya. Setelah sekian lama, dia dapati rumahnya
kosong seperti yang dia tinggalkan pagi tadi.
Oleh kerana dia berasa lapar kerana tidak sempat
bersarapan pagi tadi, dia duduk menghadapi hidangan
yang enak itu. Ada tiga jenis lauk yang terhidang; gulai
ikan gelama, sambal tumis daging ayam goreng dan lauk
pucuk ubi masak lemak. Alang makan dengan penuh
berselera selain berasa syukur kerana ada rezeki untuk
dia makan pada hari itu.
Setelah selesai makan, dia mencuci pinggan dan
mangkuk dan dilanjutkan dengan menyiang beberapa
ekor ikan yang dia bawa. Ikan itu digaram dan diasam
sebelum dia rebus. Sambil belanga ikan rebus itu dijerang
di atas tungku, dia ke kebun sebentar untuk memungut
serai, halia dan kunyit yang dia tanam di kebun di
belakang rumahnya. Setelah itu, dia pulang lalu
membersihkan badannya sebelum dia duduk mengaji alQuran pada petang hari itu.
Setelah itu, dia membersihkan badan sebelum bertolak
ke surau di kampungnya untuk bersalat jemaah dengan
orang-orang kampung pada waktu Maghrib dan Isyak.
Sewaktu berjalan ke surau itu, dia terkenang akan laukpauk dan nasi yang dia makan tadi siang dan akan orang
yang menyediakan makan tengah harinya itu tadi. Alang
jadi terlupa akan hal itu sebaik-baik sahaja dia sampai si
surau dan dia berada dalam kalangan orang-orang
kampung yang mesra menyambut kedatangannya.
Kejadian hidangan yang tersedia untuknya berlaku setiap
hari. Pada suatu hari, Alang mengambil keputusan untuk
mengintip orang yang selalu menyediakan hidangan
untuknya. Dia pulang ke rumah awal untuk
memerhatikan keadaan sekeliling rumahnya sebelum dia
menjalankan tindakan selanjutnya. Sepanjang hari dia di

rumah, Alang tidak mendapati apa-apa yang aneh


berlaku dalam rumahnya. Dia memerhatikan ikan yang
dia simpan dalam belanga tanah. Dia memberi ikan itu
makan dengan menabur beberapa butir nasi dan sayur ke
dalam belanga tanah itu sesudah dia menukarkan air
dalam belangan tanah itu.
Keesokan harinya, Alang bersiap-siap untuk turun ke laut.
Sebenarnya dia tidak ke laut, tetapi dia bersembunyi di
balik semak berdekatan di luar pintu dapur rumahnya.
Tidak lama kemudian, Alang terdengar bunyi pinggan dan
mangkuk berlaga. Alang mendekati pintu dapur
rumhanya. Dari celah-celah rekahan dinding kayu
rumahnya itu, Alang mendapati ada lembaga sedang
bergerak-gerak. Tanpa berlengah-lengah, Alang membuka
pintu dapur rumhanya dan melangkah masuk. Alangkah
terkejutnya Alang apabila dia terpandang seorang gadis
yang cantik sedang mengosek besar untuk ditanah. Gadis
itu juga berasa terkejut kerana pastinya dia tidak
menyangka Alang akan pulang secepat itu. Gadis itu
tidak sempat menyembunyikan dirinya.
Engka siapa? tanya Alang.
Akulah ikan yang engkau tangkap dan simpan dalam
belanga tanah itu, jawab gadis tersebut.
Alang berasa sungguh hairan lalu pergi mendapatkan
belangan yang mengandungi ikan kecil itu. Ikan itu sudah
tidak ada apabila Alang melihat ke dalam belanga tanah
itu.
Sambil menoleh kepada gadis itu, Alang bertanya lagi,
Bagaimana engkau dapat bertukar menjadi manusia?
Aku sebenarnya telah disumpah menjadi seekor ikan.
Aku akan bebas daripada sumpahan itu sekiranya ada
manusia yang mahu memelihara ikan itu, jawab gadis
itu.
Mendengarkan penjelasan gadis itu, Alang segera

melamar gadis itu.


Mahukah engkau menjadi isteri aku? tanya Alang lagi.
Boleh, jika engkau menuruti syarat-syarat yang aku
tetapkan, jawab gadis itu.
Apa syaratnya? pinta Alang dengan tidak sabar-sabar.
Jangan sekali-kali engkau membuka rahsia kepada orang
lain bahawa aku berasal daripada seekor ikan, tegas
gadis itu.
Jika engkau langgar syarat itu, aku akan kembali menjadi
ikan untuk selama-lamanya.
Tanpa berfikir panjang, Alangbersetuju untuk mematuhi
syarat gadis itu. Mereka berkahwin sesudah itu.
Kehidupan Alang dan isterinya itu sungguh bahagia untuk
beberapa ketika. Dia memanggil-manggil isterinya
dengan panggilan Dayang. Alang tetap menjalankan
kerjanya menangkap ikan dan mengerjakan kebunnya
seperti biasa. Dia juga akan kelaur pergi berburu kalau
ada keperluannya. Dayang pula menguruskan rumah
tangga dan ada kalanya membantu Alang di kebun.
Pada suatu hari, Alang dikunjungi oleh kawan-kawan
sebaya di rumahnya. Mereka berborak-borak sambil
berehat-rehat sepanjang hari. Kawan-kawan Alang
memuji-muji isteri Alang yang cantik itu.
Sewaktu berbual-bual itu, mereka menanya-nanya akan
asal usul Dayang. Alang yang terlalu seronok pun
bercerita tentang asal usul isterinya itu. Dia terlupa akan
janji-janjinya kepada Dayang tempoh hari. Dayang
terdengar akan perbualan suaminya itu dan dia berasa
kecewa. Dengan senyap-senyap dan tanpa pengetahuan
suaminya, Dayang memakai tudung lalu keluar rumah.
Lewat petang barulah kawan-kawan Alang pulang. Alang
tergesa-gesa pergi menunaikan salat Asar yang sudah
suntuk kerana hari hampir senja. Setelah selesai bersalat,
Alang mendapati rumahnya masih gelap dan pelita

minyak tidak dipasang isterinya, Dayang. Puas dia


memanggil-manggil nama isterinya itu sambil mencaricarinya ke sana ke mari tetapi tidak juga dia ketemui.
Tiba-tiba, Alang terpandang akan sebuah balang tanah di
atas lantai dapur rumahnya. Di dalamnya ada seekor ikan
kecil. Ikan kecil itu seolah-olah memandangnya.
Sedarlah kini Alang akan kesilapan yang telah dia
lakukan. Dia sedar bahawa isterinya telah menjadi ikan
semula.

ANAK BUJANG PAK AWANG DAN MAK DAYANG


Pak Awang dan Mak Dayang hidup miskin. Pak Awang
seorang penangkap ikan sedangkan Mak Dayang menjadi
seorang pembantu rumah. Mereka tidak ada anak.
Pada suatu hari, Pak Awang pergi mengangkat bubunya
yang dia tahan di sebatang anak sungai. Ketiga-tiga
bubunya dia pasang di tiga buah tempat yang
berasingan. Oleh kerana dia kurang sihat, dia keluar
rumah lewat pagi itu. Sampai di tempat bubunya yang
pertama, dia mengangkt bubunya itu. Dia berasa
gembira kerana bubunya itu terdapat banyak ikan. Dia
cepat-cepat memindahkan ikan-ikan itu ke dalam sebuah
raga. Sesudah itu, dia menahan bubunya di tempat yang

sama. Pak Awang lalu berjalan lagi ke tempat bubu


keduanya dia tahan. Dia juga berasa gembira kerana
terdapat banyak ikan di dalam bubunya yang kedua.
Setelah dia pindahkan ikan-ikannya, dia memasang
bubunya semula. Oleh kerana ikan-ikan yang dia dapat
ada hari itu agak banyak, Pak Awang berjalan terus ke
pasar dengan segera. Pasar itu masih ramai
pengunjungnya walaupun hari sudah hampir tengah hari.
Ikan-ikan yang Pak Awang jual laku pada hari itu.
Setelah semuanya jualannya habis, Pak Awang lalu pergi
membeli sedikit keperluan dapur rumahnya sebelum dia
berjalan pulang. Di pertengahan jalan, Pak Awang
teringat bahawa ada sebuah bubunya lagi yang belum
dia angkat. Dia lalu menuju ke sungai sekali lagi sebelum
berjalan pulang ke rumahnya.
Pak Awang tersentak apabila mendapati dalam bubu
ketiganya itu ada seekor kucing berwarna hitam dan
bukan ikan-ikan sungai. Pak Awang berasa belas melihat
kucing yang menggigil kesejukan itu. Dia lalu membalut
kucing itu dengan ikat kepalanya yang lusuh. Tanpa
berlengah-lengah lagi, Pak Awang membawa kucing itu
pulang. Mak Dayang juga terkejut apabila diberitahu Pak
Awang kucing yang dijumpainya dlam bubu di sungai.
Mak Dayang menamakan kucing itu Hitam.
Sewaktu Pak Awang lena tidur pada malam itu, dia
bermimpi didatangi seekor kucing putih yang besar.
Kucing itu meminta Pak Awang membela Hitam yang dia
dapat di dalam bubunya itu baik-baik. Menurut kucing
putih dan besar itu, Hitam akan membawa tuah kepada
keluarga Pak Awang. Pak Awang terjaga daripada

tidurnya. Di telinganya masih terngiang-ngiang kata-kata


kucing besar dalam mimpinya. Pak Awang lalu
menunaikan salat subuh kerana fajar sudah menyinsing.
Pak Awang mendapati Hitam itu selalu mengikutinya
pergi ke sungai. Pagi itu, dia mendapati banyak ikan di
dalam ketiga-tiga bubunya itu. Dia menyisihkan sedikit
ikan untuk dimakan Hitam. Dia membawa ketiga-tiga
bubunya pulang untuk dia bersihkan sebelum dia
gunakan pada hari itu setelah dia pulang dari pasar
petang nanti.
Pada keesokan hari, Pak Awang bersiap-siap hendak
membawa bubunya ke seungai. Dia tersentak mendapati
semua bubunya tidak ada di bawah rumahnya seperti
biasa. Dia mencari-cari bubunya itu di setiap sudut
rumahnya tetapi tidak dia temui. Pak Awang lalu bertanya
Mak Dayang yang henak meninggalkan rumah untuk
pergi ke rumah tempat dia bekerja. Sewaktu mereka
berbincang-bincang itu, Pak Awang tergerak hendak pergi
ke sungai. Dia mengajak Mak Dayang mengikutnya
bersama-sama.
Sewaktu tiba di sungai, Pak Awang mendapati bubunya
sudah di dalam air di tempat biasa. Pak Awang dan mak
dayang tertanya-tanya siapakah orang yang menahan
bubunya itu.
Cuba abang angkat bubu itu? pinta Mak Dayang.
Pak Awang lalu mengangkat bubu itu dan dia membelekbeleknya. Dia pasti itu bubu kepunyaannya.
Awak tengok ni! Banyak ikannya! jerit Pak Awang
kepada Mak Dayang.
Pak Awang dan Mak Dayang gembira pada hari itu,

ketiga-tiga bubu mereka itu penuh berisi ikan. Hari itu,


Pak Awang mendapat banyak duit hasil jualan ikannya.
Mak Dayang pula tidak pergi bekerja. Dia membawa
pulang bubu-bubunya itu untuk dia bersihkan. Sesudah
bubu-bubu itu dia bersihkan, mak Dayang meletakkannya
di bawah rumah.
Mak Dayang memasak dan berkemas rumahnya sambil
ditemani Hitam, kucingnya. Apabila pak Awang pulang,
mereka duduk makan bersama-sama. Setelah itu, Pak
Awang keluar lagi kerana hendak memasang bubunya.
Dia dan Mak Dayang berasa hairan sekali lagi apabila
mendapati bubu-bubunya tiada. Apabila mereka pergi ke
sungai, Pak Awang dan mak Dayang mendapati bubububunya sudah ditahan di dalam air sungai.
Perkara itu berlaku setiap hari dan ikan yang mereka
dapati dari bubu itu begitu banyak. Pada malam itu, Mak
Dyaang pula yang bermimpi. Kali ini, dia melihat Hitam
telah bnertukar menjadi seorang anak muda yang
tampan. Mak dayang terjaga. Kemudian, dia teringat
akan cerita Pak Awang akan memipinya didatangi kucing
putih yang besar.
Esok paginya, mak Dayang menceritakan tentang
mimpinya. Dia dan Pak Awang bercadang hendak
mengintai gerak-geri Hitam pada hari itu. Hari itu pak
Awang dan Mak Dayang berpura-pura keluar pergi
bekerja. Mereka berpatah balik lalu bersembunyi di
belakang pintu rumah mereka. Mereka mendapati Hitam
berjalan mundar-mandir untuk beberapa ketika. Mereka
terpegun apabila mendapat di suatu sudut rumah
mereka, Hitam keluar dari sarungnya dan menjelma

menjadi seorang pemuda yang tampan. Pemuda itu lalu


keluar rumah dan membawa bubu-bubu mereka pergi.
Pak Awang dan Mak Dayang mengekori pemuda itu pergi
ke sungai lalu memasang bubu-bubu itu di tempattempat yang biasa.
Pak Awang dan Mak Dayang sedar bahawa selam ini
Hitam yang membawa bubu-bubu mereka ke sungai.
Sewaktu berjalan pulang, mereka berdua berbincangbincang tentang pemuda itu.
Baik kita sembunyikan sarung yang dtinggalkan Hitam
itu, bang! bisik Mak Dayang.
Molek juga cakap awak tu, jawab Pak Awang.
Pak Awang dan Mak dayang bergegas oulang ke rumah
sebelum Hitam muncul. Mereka mengambil sarung kucing
hitam itu lalu berpatah balik ke sungai. Setibanya di sana,
mereka melihat Hitam sedang memasang bubu di air
sungai. Hitam tidak sedar akan kedatangan Mak Dayang
dan Pak Hitam itu.
Demi terpandang wajah Mak Dayang dan Pak Awang itu,
pemuda itu tersentak dan serba salah.
Jangan nak sembunyikan apa-apa lagi, Hitam. Kami dah
saksikan semuanya, kata Pak Awang.
Mulai hari ini, janganlah jadi kucing lagi. Kamu mahu
engkau hidup sebagai anak kami, ujar Mak Dayang.
Hitam lalu menerpa tangan Pak Awang dan Mak Dayang.
Mak, ayah, kata Hitam sambil mendakap kedua-dua
suami isteri itu. Mak dayang dan Pak awang berasa
gembira mendengarkan Hitam memanggil mereka emak
dan ayah. Mereka tidak menyangka akan mendapat
seorang anak dengan sekelip mata.

Apabila di rumah, Hitam menerangkan siapakah dia


sebenarnya. Saya seekor ikan yang disumpah raja ikan
yang zalim menjadi seekor kucing kalau saya teramsuk ke
dalam bubu. Mujur ayah datang dan menyelamatkan
saya. Jika tidak, saya sudah pasti mati lemas!
Hitam berasa terharu. Mak Dayang dan Pak Awang hanya
berdiam sahaja mendengarkan kata-kata Hitam itu.
Jika ada manusia yang baik membela saya, saya akan
berubah menjadi manusia, sambung Hitam lagi.
Pak Awang dan Mak Dayang menasihati Hitam melupakan
peristiwa yang lama.
Esoknya, Hitam dan Pak Awang pergi mengangkat bubububu mereka. Pak Awang hairan mendapati ikan-ikan
yang mereka dapati semuanya berwarna putih macam
kapas. Dalam perut ikan-ikan itu bersinar-sinar dengan
warna kekuning-kuningan.
Eh, ikan-ikan apakah ini? tanya Pak Awang.
Ayah, jangan dijual ikan-ikan yang kita dapat hari ini,
ujar Hitam sambil tersenyum.Mari kita bawa pulang dan
belah perutnya.
Pak Awang menurut sahaja kata-kata anaknya itu.
Mak Dayang Pak Awang suruh membelah ikan-ikan itu.
Mak dayang tidak membantah dan mula membuat
kerjanya.
Abang, Hitam! Mari ke mari! jerkah Mak Dayang. Pak
Awang dan Hitam bergegas ke dapur dan mendapatkan
Mak Dayang. Mak Dayang menunjukkan ketulan-ketulan
emas.
Pak Awang dan keluarganya itu bersyukur atas penemuan
ketulan-ketulan emas itu. Mereka menjualnya di pekan

dan mendapat wang yang banyak. Walaupun ditanya dari


manakah mereka mendapatkan emas-emas itu, Pak
Awang dan Hitam tidak mengatakan apa-apa. kehidupan
Pak Awang, Mak Dayang dan Hitam bertambah mewah
sejak hari itu.

Cerita Adil Pergi Berburu

Sudah enam bulan Saerah berbadan dua. Dia dan


suaminya, Adil, tinggal di Kampung Paya Subur. Mereka
masih muda belia.
Aidil seorang lelaki yang tampan berasa bertuah dapat
berisiterikan Saerah. Hidup mereka serdehana tetapi
mereka bahagia. Selain bercucuk tanam di sebuah kebun
di belakang rumah, Adil juga pergi berburu sewaktu
menunggu tanaman-tanamannya berbuah.
Pada suatu hari, Saerah telah menyatakan kepada
suaminya bahawa dia mengidam. Dia teringin sekali
memakan daging rusa, pelanduk dan kijang putih.
Setelah menyatakan hajat dalam hatinya, dia menjadi
sedih. Saerah sedar bahawa permintaannya itu agak pelik
dan pastinya menyusahkan suaminya nanti.
Di manakah hendak abang mencari binatang-binatang
itu? Maafkan Saerah, abang, ujar Saerah.
Betul, setahu abanglah, semua pelanduk dan rusa
berbulu kelabu. Kijang pula berbulu merah, kata Adil.
Saerah memandang wajah Adil dengan pandangan yang
sayu. Adil hanya tersenyum.
Awak jangan bimbang. Abang berjanji akan cuba

ikhtiarkan mencarinya di mana-mana, balas Aidi sambil


memujuk isterinya itu.
Setelah dia menyediakan semua bekalan makanan dan
minuman serta kelengkapan berburunya, Adi pun
mengucapkan selamat tinggal kepada isterinya.
Sekarang, Saerah tinggal di rumah. Jaga diri baik-baik.
Insya-Allah, setelah abang dapat semua yang kita
perlukan, abang akan pulang segera. Doakanlah semoga
abang selamat dan berhasil nanti, ucap Adil sewaktu
Saerah mengucup tangannya.
Saerah mengiringi suaminya sampai ke muka pintu.
Setelah mengucapkan Bismillah, Adil pun menggalas
semua keperluannya lalu berjalan masuk hutan. Namun,
pencariannya tidak berhasil pada hari itu, binatangbinatang yang dia cari tidak dia temui.
Setelah hari hampir senja, Aidil berehat di bawah
sebatang pohon yang rendang sesudah membuat unggun
api. Esoknya, dia berjalan lagi. Setelah sehari suntuk
merayau-rayau di kawasan hutan yang tebal itu, dia tiba
di sebuah gua pada petang hari. Tanpa berfikir panjang,
Aidil berjalan masuk ke dalam gua itu.
Dalam gua itu diterangi oleh unggun api yang besar. Aidil
terpandang seorang lelaki tua sedang duduk bersalat di
atas sebongkah batu besar. Walaupun rambutnya sudah
beruban penuh, Aidil mendapati tubuh lelaki itu masih
tegap dan kuat. Janggut putih orang tua itu mencecah ke
perutnya.
Aidil memberi salam sebaik-baik sahaja orang tua itu
selelsai menunaikan salat.
Waalaikumsalam, balas orang tua itu sambil menoleh

ke arah Aidil.
Bolehkan saya tumpang bermalam di dalam gua ini?
kata Aidil.
Oh, sudah tentu boleh! jawab lelaki tua itu. Adil
merapati lelaki itu sambil mengulurkan tangannya untuk
berjabat salam.
Oh, anak ini sedang berburu rupanya, balas lelaki tua
itu. Anak ini hendak berburu binatang-binatang yang
aneh. Isteri anak mengidam, bukan?
Adil mengangguk-anggukkan kepalanya sambil
tersenyum.
Anak berehatlah dulu. Datuk akan cuba bantu nanti,
kata orang tua itu.
Terima kasih, Tuk! Terima kasih! ucap Adil. Setelah
membersihkan dirinya dan menunaikan salat, Adil duduk
berehat sambil bersembang-sembang dengan lelaki tua
itu.
Kalau anak hendak mencari pelanduk putih, hendaklah
anak berjalan menuju ke arah matahari terbit esok.
Jangan berbelok ke kiri atau ke kanan, pesan orang tua
itu sebelum mereka masuk tidur.
Esok pagi, Adil berangkat setelah bersalaman dengan
lelaki tua itu. Adi telah mengikat pedangnya di pinggang
dan menggalas busur dan anak panahnya. Dia tidak
melupakan pesanan lelaki tua itu. Dia berjalan menuju ke
arah matahari terbit. Sudah berjam-jam dia berjalan
namun dia tidak menemukan seekor pelanduk putih,
kijang putih atau rusa putih pun. Adil tidak berputus asa.
Sewaktu matahari mulai condong ke barat, tiba-tiba
seeekor pelanduk putih melintas di hadapannya.

Ha, itu pun dia! Ada juga pelanduk putih dalam hutan
ini, bisik Adil dalam hatinya. Dia tersenyum lega. Aku
tidak boleh berlengah-lengah dan aku mesti
menangkapnya.
Dia mencepatkan langkahnya sambil matanya tertumpu
ke arah kelibat pelanduk putih. Adil lalu membidik busuk
dan anak panahnya lalu menghalakan ke arah pelanduk
putih itu. Tiba-tiba, seekor ular tedung sebesar betis
menerpa ke arahnya. Adil dengan lintang-pukang berlari
menjauhkan dirinya. Setelah berapa langkah dia berlari,
Adil berhenti lalu menoleh semua ke belakang untuk
mmeastikan arah ular tedung itu berada. Dia melihat ular
tedung itu sedang mengekori pelanduk itu.
Ular tedung itu pengawal pelanduk putih itu,
barangkali, bisik Adil mengagak-agak sambil menghela
nafas dengan kencang.
Kalau begitu, aku mesti bunuh ular tedung itu dulu!
kata Adil sambil bersedia dengan anak panah di busurnya
sewaktu dia melangkah maju. Dia terus melangkah
dengan berhati-hati sambil mengacumkan anak panah ke
ararh pelanduk itu. Ular tedung itu memanggung
kapalanya dan bergerak pantas ke arah Adil. Kali ini Adil
tidak melarikan dirinya. Dia melepaskan anak panahnya
setelah dia pasti panahannya itu akan mengenai sasaran
ular tedung itu. Tidak lama kemudian, Adil mendapati
ular tedung itu menggelupur sebaik-baik sahaja anak
panahnya mengenai kepala ular tedung itu.
Sewaktu dia menoleh ke kiri, Adil mendapati prlanduk
putih itu berlari susp-sasap han hilang tidak kelihatan
lagi. Adil bertinjau-tinjau ke sana ke mari tetapi kelibat

prlanduk putih itu sudah tidak kelihatan lagi.


Adil segera pulang ke gua dengan perasaan hampa.Dia
menceritakan pengalamannya hari itu kepada lelaki tua
itu.
Ular tedung itu memang pengawal pelanduk putih.
Setelah anak membunuhnya, esok anak pulang semula
ke sana dan cari pelanduk putih itu, pesan lelaki tua itu.
Adil menerima sebuah perangkap rotan yang usang
daripada lelaki tua itu pada hari esoknya.
Bawa perangkap ini dan pasang di tempat ular itu
kaubunuh, kata orang tua itu.
Baik, Tuk! Terima kasih, Tuk!
Adil menurut seperti yang apa-apa yang dikatakan oleh
lelaki itu tadi. Dia memasang perangkap itu di tempat
ular tedung yang dibuhnya semalam. Daun-daun muda
digantung dalam perangkap itu, seperti yang diterangkan
lelaki tua di gua.
Sesudah itu, dia menanti dengan sabar di sebalik semak
samun yang berdekatan. Seprti yang dia harap-harapkan,
pelanduk putih itu dia nampak sedang bergerak. Sewaktu
berada di dalam perangkap rotan itu, pelanduk itu terus
memakan daun-daun muda di situ. Pada krtika itulah,
perangkap itu terbidas dan pintunya tertutup.
Alhamdulillah, Makbul juga harapan aku suami isteri!
ucap Hadi gembira. Dia lalu menghela perangkap itu
pulang ke gua.
Saya berjaya dengan bantuan perangkap bertuah tok
ini! berseri-seri wajah Adil sambil berkata-kata itu. Lelaki
tua itu tersenyum-senyum sambil mengangguk-anggukka
kepalanya.

Nanti saya masukkan makanan dan minuman untuknya


setiap hari, kata Adil. Lelaki tua itu hanya menganggukanggukkan kepalanya.
Pagi esoknya, Adil bangun awal-awal sekali. Kejayaannya
semalam memberikannya semangat untuk memburu lagi
pada hari itu. Sebelum bertolak, lelaki tua itu
memesannya agar membawa sama kelebang pada hari
itu.
Hari ini, berjalanlah menuju ke arah matahari
terbenam, pesan lelaki tua itu.
Baiklah, Tuk! Terima kasih, jawab Adil. Setelah
bersalaman, Adil pun melangkah pergi setelah
menyisipkan kelebang di pinggangnya. Kali ini, dia
menemui banyak binatang-binatang lain. Kijang atau rusa
putih tidak dia temui. Dia dapat memanah seekor arnab.
Setelah berjalan sangat jauh, melintaslah seekor kijang
putih tidak jauh daripa tempatnya. Sebaik-baik sahaja dia
hendak memanah, muncullah seekor harimau belang
yang sangat besar. Harimau itu hendak menerkam ke
arahnya. Adi segera membalingkan arnab yang sudah dia
panah itu ke arah harimau tersebut. Harimau itu berhenti
lalu membaham daging arnab yang Adil balin itu. Adil lalu
memanjat ke sebatang pokok. Apabila di atas dahan
pokok itu, Adil mendapati harimau itu sedang membaham
daging arnab itu. Dengan menghunuskan kelebang
ditangannya, Adil lalu terjun ke arah harimau itu dan
melibasnya ke arah harimau itu. Libasan kelebangnya
mengenai mata harimau yang bersiap-siap untuk
menyerangnya. Dengan melaung-laung sekuat-kuatnya,
Adil melibas-libaskan kelebangnya itu ke arah harimau

yang sudah luka itu. Libasan-libasannya mengenai kela,


leher dan badan harimau itu. Tidak lama kemudian,
harimau itu menjadi lemah dan menggelupur di atas
tanah. Adil lalu menikam perut harimau yang meraungraung kesakitan itu. Tidak lama kemudian, harimau itu
sudah tidak bernyawa lagi.
Kijang putih itu sudah lesap di dalam hutan itu. Adil terus
menjejaki kijang putih itu tetapi tidak berjaya. Dia hanya
dapat memanah dua ekor burung hutan dan seekor arnab
lagi.
Sepulangnya dia gua itu, lelaki tua itu menasihati Adil
agar membawa cangkul dan menggali lubang untuk
memerangkap kijang putih itu. Lubang itu hendaklah dia
gali berdekatan dengan bangkai harimau yang dia bunuh
itu. Adil mengerjakan apa-apa yang disarankan lelaki tua
itu pada keesokan harinya.
Esoknya, setelah dia menggali sebuah lubang yang dalam
di tempat itu, Adil menutupnya dengan ranting-ranting
kayu dan daun-daun segar. Sebaik-baik sahaja dia selesai
memasang jeratnya itu, seekor kijang putih kelihatan
meryau-rayau tidak jauh dari situ. Dengap senyapsenyap, Adil memanjat sebatang pokok rambutan dan
duduk menanti jeratnya itu.
Kijang putih itu merapati bangkai harimau itu. Sebaikbaik sahaj dipijaknya permukaan lubang jerat itu, kijang
putih itu terjatuh ke dalamnya. Adil segera melompat
turun dari pokok rambutan itu dan menangkap kijang
putih itu. Diikat kaki-kai kijang itu sebelum dia
menggalasnya pulan ke gua.
Berjaya juga engkau menangkap kijang putih ini, Adil!

puji lelaki tua itu.


Saya sungguh-sungguh terhutang budi kepada Tok atas
kejayaan saya ini! balas Adil. Tinggal rusa putih saja
yang perlu saya tangkap.
Insya-Allah, engkau akan berjaya mendapatkannya,
balas lelaki tua itu. Esok, cari rusa itu di sebuah tanah
lapang di utara. Akan tetapi, kau harus lebih berhati-hati
kali ini, Adil!
Kenapa, Tok? tanya Adil, curiga.
Lawanmu kali ini agak besar dan banyak! balas lelaki
tua itu. Lelaki tua itu lalu bangun dan membawa sebuah
bungkusan. Dalam bungkusan ini ada beberapa ketul
tulang. Lontarkan tulang-tuang ini ke arah musuh-musuh
yang menyerang kamu esok. Gunakan tali yang ada itu
dan ikatkan tanduk rusa itu dengannya.
Adil menerima bungkusan itu seraya mengucapkan
terima kasih.
Pagi esoknya, Adil berangkat segera. Selain alat-alat
berburu, dia membawa juga bungkusan yang dia terima
semalam. Dia tiba di sebidang kawasan lapang setelah
berjalan ke arah utara untuk sekian lama. Dia mendapati
ada sekawan gajah sdang mencari makan di sana. Dalam
kumpulan gajah itu ada seekor rusa putih sedang
meragut-ragut rumput.
Adil mendekati tempat kawanan gajah dan rusa putih itu
berada. Sewaktu dia melepaskan anak panah ke arah
gajah-gajah itu, dia mendapati gajah-gajah itu bertempik
lalu datang menyerang. Adil menghuraikan bungkusan itu
dan mengeluarkan ketulan-ketulan tulang lalu
membalingkannya ke arah gajah-gajah itu. Gajah-gajah

itu lari bertempiaran ketakutan melihatkan balingan


ketulan-ketulan tulang itu. Akan tetapi, rusa putih itu
hanya tercengang-cengang apabila gajah-gajah itu
melarikannya. Adi segera mengikat jerutan pada tali itu
lalu melontarkan jerutan tali itu pada tanduk-tanduk rusa
putih itu. Dengan sekali lempar, tanduk-tanduk rusa itu
kena jerutan tali itu. Adil segera menari hujung tali
jerutannya. Rusa itu Adil hela pulang ke gua.
Sekarang saya sudah mendapat ketiga-tiga ekor
binatang yang isteri saya idam-idamkan. Terima kasi atas
bantuan datuk. Saya tidak akan dapat membalas budi
baik datuk itu, ucap Adil.
Datuk hanya menolong engkau mana-mana yang datuk
mampu!
Adil tidak henti-henti menyatakan penghargaannya atas
abtuan lelaki tua itu.
Gunakan tali dan ikatlah ketiga-tiga ekor binatang ini.
Kamu hela binatang ini macam kamu menghela lembu
atau kambing, kata lelaki tua itu.
Ini ada sebilah golok tajam untuk kau gunakan sewaktu
berjalan pulang nanti, lanjut lelaki tua itu seraya
memberikan Adil sebilah golok bersarung.
Adil mengunus golok yang tajam itu. Dia menyarungkan
ke sarungnya semula lalu menyisipkannya di pinggang.
Pada keesokan harinya, Adil meminta diri untuk
berangkat pulang. Setelah bersalam-slaman dengan
lwlaki tua di gua itu, dia berangkat pulang. Adil menghela
ketiga-tia haiwan itu dengan mudahnya. Sewaktu
berjalan itu, dia tidak-tidak putus mengucapkan rasa

syukur atas kejayaannya itu.


Di pertengahan jalan itu, Adil hendak berehat sebentar.
Dia menambat ketiga-tiga ekor haiwan itu di sebatang
pokok sebelum dia duduk berehat. Sewaktu dia sedang
berehat itu, datang seorang perompak. Perompak itu
mahu Adil menyerahkan ketiga-tiga haiwan itu
kepadanya. Adil membantah dan berlakulah perkelahian
disusuli sebuah pergelutan antara mereka. Dengan
menguhuns golok yang dia miliki, Adil berjaya menikam
hujung golok itu di perut perompak itu. Setelah
mendapati perompak itu tewas akibat terluka di
perutnya, Adil melepaskan lelaki itu dan membiarkannya
terbaring di atas tanah. Dia segera membuka ikatan
haiwan-haiwan yang dia tambat itu lalu meneruskan
perjalanannya.
Akhirnya, Adil selamat sampai di rumahnya. Saerah
berasa gembira melihat suaminya selamat pulang dan
berjaya menangkap pelanduk, kijang dan rusa putih yang
dia idam-idamkan dagingnya. Saerah dan Adil makan
berlaukkan daging ketiga-tiga haiwan itu hinggalah
Saerah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang
comel.

Cerita Saudagar Badri

Badri seorang saudagar yang rajin. Walaupun dia sudah


berumur, Saudagar Badri bertubuh cergas dan sering
berulang-alik dari sebuah tempat ke sebuah tempat yang
lain untuk menjalankan perniagaannya. Banyaklah

pemandangan yang dia saksikan dan pengalaman yang


dia lalui. Ada yang menyenangkan hatinya dan tidak
kurang pula yang mendukakan hatinya. Saudagar Badri
mengangkut barang-barang dagangannya di dalam
sebuah pedati yang ditarik seekor lembu. Lembu-lembu
yang dia gunakan itu sering kali dia ganti memandangkan
perjalanan jauh yang dia selalui tempuhi.
Pada suatu petang dia tiba di sebuah pekan di Melaka
setelah berjalan jauh dari pekan Muar. Cuaca pada waktu
itu agak mendung dan angin sedang bertiup kencang.
Saudagar Badri cuba mencari rumah tumpangan yang di
kota itu. Akan tetapi, semua rumah tumpangan yang dia
singgah itu sudah penuh. Terpaksalah Saudagar Badri
berjalan jauh merentasi jalan yang ada belukar di kanan
dan kirinya hingga dia bertemu dengan seorang petani
yang sedang lewat di hadapannya. Saudagar badri lalu
memberhentikan pedatinya tidak jauh dari petani itu.
Assalamualaikum, Encik, sapa Badri petani lelaki.
Lelaki itu hanya tersenyum sambil menganggukanggukan kepalanya sewaktu membalas sapaan Badri
itu.
Adakah tempat yang boleh saya tumpang untuk
bermalam?
Oh, ada,ada! Di hujung jalan ini ada sebuah pondok
tumpangan. Encik boleh juga membeli dan tukar lembu
untuk tarik pedati di situ, kata petani itu sambil
menuding ke hujung jalan denai itu.
Sesudah itu, peladang tadi terus berlalu pergi.
Saudagar Badri tidak berasa curiga. Dia bimbang hujan
lebat akan turun dan dia tidak mahu barang-barang

dagangannya basah ditimpa hujan. Saudagar Badri


memecut lembu pedatinya bergerak pantas . Seperti
yang dikatakan petani itu tadi, Saudagar Badri menemui
sebuah rumah tumpangan di hujung jalan itu. Mujur juga
ada kandang untuk dia tambat lembu dan pedatinya.
Setelah memastikan pedati dan barang-barangnya
selamat, dia masuk ke dalam untuk bertemu dengan
pemilik rumah tumpangan itu.
Setelah membayar cengkeram bagi dia bermalam di situ,
Saudagar Badri menanyakan pemilik rumah tumpangan
itu sama ada benar, dia dapat menukarkan lembunya
dengan seekor lembu yang baru.
Boleh, kalau kena dengan harganya, balas tuan punya
rumah tumpangan itu. Sebaik-baiknya, Encik mandi dan
berehat dahulu malam ini. Nanti, saya hidangkan makan
malam. Esok pagi, boleh kita bincang lagi.
Saudagar Badri akur dengan usul pemilik rumah
tumpangan itu. Dia ditunjukkan ke bilik sewaannya .
Setelah menyelesaikan salat, dia duduk menghadap
hidangan makannnya yang telah dibawakan oleh pemilik
rumah tumpangannya itu. Sewaktu di berbaring sebelum
matanya terlelap, dia teringat akan wajah petani yang dia
temui mirip wajah pemilik rumah tumpangan itu. Tidak
lama sesudah itu, matanya pun terpejam akibat penat
berjalan sepanjang hari.
Tepat tengah malam, Saudagar Badri terjaga daripada
tidurnya kerana dia dikejutkan oleh suara orang
bercakap-cakap. Dia bingkas lalu duduk di atas katil
tempat dia berbaring tadi. Dia memasang telinga dengan
cermat. Itu bukan suara orang mengaji al-Quran atau

bersalat. Dia lalu menekapkan cuping telinga di dinding


kayu bilik itu. Sadagar Badri lalu mengintai di celah-celah
daun tingkap biliknya yang tertutup. Di lalu membuka
pintu luar bilik sewaannya, dia terpandang di balik pintu
bilik pemilik rumah tumpangan itu terang benderang.
Saudagar Badri lalu merapati bilik itu. Saudagar Badri lalu
mengintai di celah-celah pintu bilik itu. Dia dapat melihat
pemilik rumah tumpangan itu sedang duduk bersila di
atas lantai sambil menghadap sebiji piring yang
diletakkan di hadapan sebiji pelita. Pemilik rumah
tumpangan itu asyik membaca serapah tetapi
sebutannya tidak jelas biji butirnya.
Badri menyaksikan peristiwa itu dengan penuh perasaan
curiga. Sesudah selesai berserapah, pemilik rumah
tumpangan itu lalu memadamkan lampu di biliknya itu.
Saudagar Badri kembali segera ke dalam biliknya. Dia
berasa kurang senang menyaksikan kelakuan pemilik
rumah tumpangan itu. Dia kembaIi berbaring di katinya
namun dia tidak dapat melelapkan matanya.
Saudagar Badri bangun subuh lalu pergi berwudhu untuk
menunaikan salat subuh. Selesai sahaja dia berdoa, dia
mendengar bunyi beberapa ekor lembu melenguh. Dia
lalu mengintai di balik pintunya. Berdekatan kandang
lembu, dia mendapati dua orang lelaki yang lain telah
berubah wajah menjadi dua ekor lembu. Mereka
berguling-guling di atas lantai seraya meraung-raung
seperti lembu-lembu yang sedang melenguh.
Dia mendapati pemilik rumah tumpangan itu kelihatan
gembira. Berjaya juga aku kali ini! Kedua-dua ekor
lembu itu lalu diikat lehernya dan ditambat di kandang

itu. Lelaki itu lalu mendekati pedati Saudagar Badri lalu


mengusap-usap kepala lembu di pedatinya.
Tubuh Saudagar Badri menggigil menyaksikan kejadian
itu. Dia segera mengemaskan barang-barangnya lalu
bersiap-siap untuk meninggalkan rumah tumpangan itu.
Sewaktu dia melangkah keluar dari bilik sewaannya itu, di
disapa oleh pemilik rumah tumpangan itu.
Dah bangun Encik rupanya. Sudah nak bertolak
sekarang? tanya pemilik rumah tumpangan itu.
Saya, sahut Saudagar Badri. Saya terpaksa gesa-gesa
sebab ada kiriman pelanggan saya yang hendak saya
hantar.
Kalau begitu, bersarapanlah dahulu. Saya sudah siapkan
minuman dan penganan hidangan satapan, balas
pemilik itu sambil tersenyum, seolah-olah dia seorang
yang bertimbang rasa. Dia masuk seketika dan keluar
tidak lama kemudian. Dia menatang sebiji dulang yang
terdapat secawan air kopi dan sepiring kuih keria.
Makanlah dulu, katanya sambil menyuguhkan dulang
itu kepada Saudagar Badri.
Saudagar Badri hanya mencapai sebiji kuih keria. Saya
belum lapar lagi. Nanti saya jamah dalam perjalanan,
katanya sambil terus menuju ke kandang lembu tempat
pedati dan lembunya tertambat. Demi terpandang dua
ekor lembu yang juga tertambat di situ, dia segera
menaiki pedatinya lalu bertolak dengan segera, Pemilik
rumah tumpangan itu dia lihat masih ternyum simpul
melihatkan dia berlalu pergi.
Saudagar Badri tidak makan kuih keria yang sudah di
letakkan di sisinya. Dia sedar akan nasibnya nanti jika

penganan itu dimakannya. Di pertengahan jalan, dia


berhenti di sebatang anak sungai. Setelah dipetik daun
pisang hutan, dia membungkus kuih keria itu baik-baik
lalu disimpan di dalam sebuah bekas yang berasingan.
Dial lalu mengambil segenggam tanah dan dilumur-lumur
tangannya yang ada bekas-bekas kuih keria itu. Setelah
itu, dia membilas bersih tangannya di dalam air sungai .
Sesudah itu, dia pergi ke pekan untuk bersarapan
sebelum meneruskan urusan perniagaannya pada hari
itu. Saudagar Badri tinggal di pekan itu selama dua
malam.
Pada hari ketiga, Saudagar Badri pulang semula ke rumah
tumpangan di hujung jalan itu. Dia telah memmbeli
beberapa potong keropok yang sama seperi keropok yang
dia ambil dari rumah tumpangan itu. Di keluarkan
keropok dari bekas khasnya lalu mencampurinya dengan
keropok yang baru dia beli.
Pemilik rumah tumpangan itu terpegun melihat Saudagar
Badri muncul di situ.
Oh, Encik datang lagi, katanya. Encik tidak makan kuih
keria yang saya berikan hari itu?
Ada, tapi rasanya tidak sedap. Dari mana Encik dapat
keropok itu? tanya Saudagar Badri.
Salah seorang penyewa di sini yang beri. Kenapa Encik
datang lagi ke mari? kata pemilik rumah tumpangan itu.
Bukankah saya hendak membeli seekor lembu jantan
dalam kandang itu tempoh hari, kata Saudagar Badri
memberi alasan. Tapi, tidak ada lembu nampaknya.
Saya dah jual kelmarin. Apa kata Encik datang lagi
sehari dua ini. Kalau ada rezeki, ada lembu jantan yang

boleh saya jual, balas pemilik rumah tumpangan itu.


Saudagar Badri berpura-pura kecewa. Dia lalu berkata,
Baiklah. Oh, ya, saya ada belikan Encik kuih keria di
pekan tadi. Kuih ini sedap rasanya. Saudagar Badri lalu
mengunjukkan bukungsan berisi kuih keria itu pada
pemilik rumah tumpangan itu.
Pemilik rumah tumpangan itu menerimanya sambil
tersenyum setelah melafazkankan ucapan terima
kasihnya.
Jempulah makan, Encik. Puas saya membeli dan
membawanya ke mari, gesa Saudagar Badri.
Pemilik itu membuka bungkusan itu lalu mengambil sebiji
kuih keria lalu makan. Kuih yang dimakannya ialah kuih
yang tidak dimakan saudagar Badri tempoh hari.
Saudagar Badri segera menaiki pedatinya lalu
meninggalkan pemilik rumah tumpangan itu. Tidak
berapa lama sesudah itu, Saudagar Badri ada mendengar
suara pemilik rumah tumpangan itu meraung-raung
kesakitan lalu diikuti pula dengan bunyi seekor lembu
melenguh. Saudagar Badri berasa lega kerana usahanya
untuk membalas perbuatan jahat pemilik rumah
tumpangan itu berjaya.
Saudagar Badri tidak berhenti atau menoleh ke belakang.
Dia berjanji yang dia tidak akan melalui kawasan itu lagi.

Tok Lasam Penghulu Kampung Siglap

Sewaktu remaja, Tok Lasam telah dibawa keluar dari


Gowa, Sulawesi bersama segala kelengkapan dan para

pengikutnya. Pemergiannya dirahsiakan kerana takut


diancam puak-puak yang berperang di Gowa akibat
hasutan penjajah Belanda.
Mereka telah berjaya mendapatkan janur kelapa di pantai
sebelum keberangkatan pergi mereka itu untuk dianyam
menjadi ketupat sewaktu dalam pelayaran. Setelah
dianyamnya janur-janur itu menjadi kelongsong ketupat,
Tok Lasam telah meminta agar kelongsong-kelongsong
ketupat itu dicincang-cincang sambil
menyarankankepada para pengikutnya agar mengingati
semula serta memahirkan diri mereka dalam menganyam
kelongsong-kelongsong ketupat itu sekali lagi pada masa
hadapan.
Sewaktu dalam perjalanan ke Singapura itu mereka
dihambat bajak atau lanun di laut. Namun akibat
termakan ketupat yang mereka buat itu, lanun-lanun itu
mengalami kesakitan dalam perut dan Tok Lasam dan
para pengikutnya telah berjaya membebaskan diri.
Tok Lasam minta agar mereka menuju ke Pulau Singapura
kerana terdapat saudara-maranya yang sudah pun
menetap di sana, iaitu di Kampung Kallang. Dengan
menyamar diri, mereka hidup sebagai rakyat biasa demi
menjaga keselamatan dan identiti mereka. Ketibaan Tok
Lasam di Kampung Kallang atau Tanjung Rhu disambut
baik oleh para penduduknya yang sebahagian besarnya
adalah kenalan dan sanak-saudaranya sendiri. Tok Lasam
dapat duduk berehat di sana buat beberapa ketika
sebelum beliau meneruskan penjelajahannya ke
bahagian-bahagian lain pulau untuk membuka
penempatan baru bagi dirinya serta para pengikutnya

untuk membuka lembaran baru dalam sejarah kehidupan


mereka.
Para pengikut Tuk Lasam ramai yang berkemahiran
membina rumah, kapal, kelong dan alat penangkapan
hasil laut. Tok Lasam sendiri meneruskan perjalanan ke
bahagian timur Singapura dengan menaiki sebuah
perahu.
Tidak lama sesudah itu, mereka tiba di sebuah kawasan
yang dikenali sebagai Si Gelap, kini dikenali sebagai
Siglap, menggantikan nama kawasan bersemak samun
setelah sebuah peristiwa gerhana matahari berlaku
sewaktu mereka memugar kawasan itu untuk dijadikan
sebuah kampung.
Dalam salah sebuah upacara istiadat pembukaan
kawasan itu, Tok Lasam telah mencacakkan sebilah keris
pusakanya ke tanah di kampung itu. Kampung nelayan
yang dibukanya itu menjadi masyhur tidak lama
kemudiannya. Bilangan penduduknya bertambah dari
semasa ke semasa. Perairan di sekitar kampung Siglap
banyak didirikan kelong yang besar dan kegiatan
penangkapan ikan semakin rancak.
Tidak lama sesudah itu, sebuah rombongan dari Gowa,
Sulawesi tiba di Siglap untuk menjemput Tok Lasam
pulang semula ke Sulawesi bagi menggantikan
ayahandanya yang telah mangkat. Utusan itu
menceritakan keadaan politik di Gowa yang diancam
peperangan saudara kerana suku Bone dengan
pimppinan Arung Palaka hendak menyerang mereka.
Tok Lasam keberatan untuk pulang ke tanah Sulawesi
kerana dia sudah biasa dengan keadaan di Kampung Si

Gelap, Singapura itu. Baginda meminta agar takhta


ayahandanya diserahkan kepada adik kembarnya. Secara
rahsia, dia minta utusan dari Sulawesi itu supaya
kehadirannya di Singapura itu dirahsiakan agar beliau
tidak akan dikesan lagi pada masa hadapan. Sebelum
berangkat pulang, utusan Bugis itu telah menyerahkan
sebilah tombak pusaka kepada Tok Lasam sebagai tanda
bukti bahawa utusan itu pernah menghadap Tok Lasam di
Singapura.
Tok Lasam memimpin kampung Si Gelap itu dan juga
bertindak sebagai imam di sebuah masjid yang tidak jauh
dari rumahnya. Beliaulah yang merintis pembinaan
masjid di kampung itu tidak lama kemudiannya.
Antara panglima-panglimanya yang berperngaruh ialah
Panglima Harimau Hitam atau Daeng Abu Bakar.
Panglima Putih (Syed Abdul Rahman) dan Panglima Hitam
(Syed Abdullah).
Tok Lasam dikenal sebagai seorang pemimpin yang bijak
dan dapat mengawal kegiatan-kegiatan lanun di perairan
Kampung Siglap. Nakhoda sebuah kapal dari China yang
sarat muatan berisi candu dan berlabuh di pantai Siglap
berjaya ditangkapnya untuk diserahkan kepada British.
Tok Lasam yang berpakaian seperti seorang nelayan
menaiki sampan dan mendekati jong itu untuk menjual
hasil tangkapannya. Nakhoda itu membenarkan Tok
Lasam menaiki jongnya. Tok Lasam dapat memujuk
nakhoda itu turun ke pantai dan langsung dibawa ke
rumah pasung.
Pada suatu waktu, seorang saudagar Bugis yang bernama
Wak Biak, telah gelap mata lalu mengamuk di perairan

Kampung Siglap. Dia mengamuk kerana berasa telah


ditipu oleh saudagar-saudagar lain.
Sewaktu Tok Lasam dalam perjalanan ke masjid, dia
dihalang oleh Wak Biak. Tok Lasam berjaya memujuk Wak
Biak lalu mengajaknya pergi menunaikan salat asar di
masjid bersama-samanya. Setelah sudah menyelesaikan
salat, Wak Biak memohon maaf kepada Tok Lasam kerana
terlalu menurut hatinya yang marah itu. Dia meminta
agar Tok Lasam menyerahkannya kepada pihak British
kerana dia mahu bertanggung jawab atas semua
kerosakan dan pembunuhan yang telah dia lakukan.
Kerjasama Tok Lasam dalam kedua-dua kejadian itu telah
membuat pihak British mahu mengiktiraf Tok Lasam
sebagai penghulu di Kampung Siglap.
Sewaktu Tok Lasam menghembuskan nafasnya yang
terakhir, sebuah kejadian yang menakjubkan telah
berlaku. Dikatakan bahawa jenazahnya yang sudah
dikafankan bertukar berwarna kuning. Orang-orang
kampung Siglap percaya bahawa almarhum penghulu
mereka, Allahyarham Tok Lasam ialah seorang tokoh
pemimpin yang keramat.
Tok Lasam pulang ke rahmatullah pada hujung abad ke18 dan jasadnya disemadikan di sebatang pohon, Jalan
Sempadan, Kampung Siglap.
Dicatat oleh Abdul Manaf Bin Mohd .Yasir di 7:29 PTG Tiada ulasan:
Label: cerita rakyat Singapura

Tragedi Bukit Larangan

Setelah negeri Temasik dibuka oleh Sang Nila Utama


dengan nama yang baru, Singapura, maka baginda pun
memerintah negeri tersebut dengan adil lagi bijaksana.
Dibina sebuah istana kediaman diraja di atas sebuah
bukit dan istana itu digelar Istana Bukit larangan. Di
istana inilah terjadinya pelbagai peristiwa.
Tersebutlah kerajaan Majapahit di Pulau Jawa. Jajahan
takluknya begitu luas. Seluruh tanah Jawa dan kawasan
sekitarnya di bawah pemerintahan Betara Majapahit.
Betara Majapahit mendapat tahu akan Singapura yang
telah menjadi sebua negeri yang besar dan makmur
namun rajanya tidak menyembah kepada baginda,
Betara Majapahit. Betara Majapahit lalu menitahkan
utusannya ke Singapura yang akan membawa warkah
dan bingkisan baginda. Tiba di Singapura, rombongan
utusan itu lalu pergi menghadap Seri Maharaja yang
memerintah Singapura pada ketika itu lalu mereka
menyerahkan surat dan bingkisan Betara Majapahit itu.
Paduka Seri Maharaja lalu membaca warkah yang diutus
betara Majapahit itu.
Mohon tuanku perkenan melihat akan kepandaian para
tukang di Majapahit. Apakah ada, di Singapura ini, tukang
yang sedemikian pandainya?
Lalu dibukalah bingkisan kiriman Betara Majapahit itu.
Baginda mendapati bingkisan itu mengandungi segulung
tatal yang panjangnya tujuh depa. Tatal itu telah ditarah
tipis seperti kertas tanpa putus. Tatal itu bergulung dan

berbentuk seperti subang.


Melihat akan tatal tersebut, baginda tersenyum lalu
bertitah, Cis, dipertidaknya laki-laki kita ini oleh Betara
Majapahit, maka dikirimnya kita subang!
Maka utusan dari Majapahit segera mendatangkan
sembah seraya berkata, Ampun, Tuanku. Bukanlah
demikian kehendak paduka Kakanda itu. Baginda hanya
mahu tahu sama ada di Singapura ini tukang-tukang yang
pandai seperti itu.
Setelah diam buat seketika, baginda lalu bertitah, Lebih
daripada itu pun ada pada kita di Singapura ini.
Baginda lalu menitahkan Pawang Bentan datang
menghadap. Titah baginda, Paduka Seri Maharaja,
Kepandaian tukang-tukang di Singapura ini bukan sahaja
cekap menggunakan beliung malah lebih mahir daripada
tukang-tukang di sana!
Tidak lama kemudian, Pawang Bentan mengatur sembah.
Seorang budak yang sedang menangis juga disuruh
menghadap baginda.
Pawang Bentan, cukur kepala budak ini dengan beliung
kamu. Tunjukkan kepandaian kamu kepada utusan-utusan
Majapahit ini! titah Paduka Seri Maharaja.
Budak itu menjerit-jerit sambil dia meronta-ronta.
Meskipun demikian kelakuan budak itu, Pawang Bentan
dengan cekapnya dapat melakukan titah baginda Paduka
Seri Maharaja. Dalam masa yang sekejap sahaja kepala
budak yang sedang menangis lagi meronta-ronta itu
menjadi botak. Tangisan dan jeritan bukda lelaki itu tidak
diendahkan oleh Pawang Bentan. Para utusan Majapahit
itu jadi terpegun melihatkan kecekapan serta kepandaian

Pawang Bentan itu.


Lihatlah oleh kamu sekalian, betapa pandainya tukang
kita ini. Kepala budak dapat dicukurnya dengan mudah,
apatah lagi menarah tatal seperti subang itu. Senang saja
baginya! titah Paduka Seri Maharaja.
Bawalah pulang beliung ini ke Majapahit dan
persembahkan kepada saudara kita, Betara Majapahit.
Tidak lama kemudian, rombongan utusan dari Majapahit
pulang. Surat dan kiriman raja Singapura itu
dipersembahkan kepada Betara majapahit. Para utusan
itu memerikan kepada Betara Majapahit akan kepandaian
tukang-tukang di Singapura mencukur kepal budak.
Mendengarkan akan sembah utusannya itu, Betara
Majapahit naik murka.
Sungguhlah adinda kita itu mahu mengaibkan kita.
Daripada sembah kamu itu, adinda kita memberitahu
bahawa jikalau kita datang ke Singapura, kepala kita juga
akan dicukurnya seperti dicukurnya kepala budak itu!
titah Betara Majapahit.
Ini penghinaan buat kita! titah baginda lagi.
Maka Betara Majapahit pun memerintahkan kelengkapan
perang dibuat untuk menyerang Singapura.
Khabar angkatan perang kerajaan Majapahit yang sedang
dalam perjalanan hendak menyerang Singapura pecah.
Beratus-ratus kapal dan tongkang lengkap untuk
berperang telah dihantar oleh Betara Majapahit itu.
Paduka Seri Maharaja memberikan titah perintah agar
rakyat Singapura segera membuat persiapan untuk
menghadapi ancaman Majapahit itu.
Setelah sekian lama belayar, ketumbukan Majapahit itu

sampailah di perairan Singapura. Angkatan tentera


Majapahit pun bertempur dengan orang-orang Singapura.
Ramai askar daripada kedua-dua belah pihak telah gugur
sewaktu bertempur. Darah askar-askar yang gugur itu
mengalir membasahi tanah. Dan sejak itu, kawasan
tersebut kekal merah tanahnya hingga sekarang.
Kawasan medan pertempuran itu dikenali dengan
panggilan Bukit Merah hingga pada hari ini.
Setelah beberapa hari berperang, Singapura masih tidak
berjaya tentera Majapahit tawan. Akhirnya, angkatan
tentera Majapahit itu pun pulang semula ke Pulau Jawa.
Singapura kini terselamat daripada ancaman dan
serangan Majapahit pada kali ini.
***************
Setelah tentera Majapahit gagal untuk menewaskan
Singapura, keadaan negeri kembali aman. Paduka Seri
Maharaja mula sedar betapa negerinya itu diancam
serangan musuh. Baginda mempunyai beberapa orang
penasihat yang terdiri daripada pembesar-pembesarnya
untuk membantu baginda memerintah Singapura.
Baginda selalu menerima nasihat dan buah fikiran
pembesar-pembesar tersebut dalam membuat apa-apa
sahaja keputusan dalam pemerintahan.
Istana yang terletak di puncak Bukit Larangan itu dikawal
rapi siang dan malam. Para pembesar dan orang-orang
biasa yang lainnya dilarang keluar dan masuk ke istana.
Mereka hendaklah meminta izin baginda terlebih dahulu
jika ada apa-apa urusan di istana itu. Sesiapa yang keluar

dan masuk istana tanpa keizinan akan dihukum. Paduka


Seri Maharaja memerintahkan para pengawal istana
menjaga istananya dengan rapi.
Tersebutlah kisah seorang pengembara dari negeri Pasai
yang dikenali sebagai Tun Jana Khatib, tiba di Singapura.
Tun Jana Khatib memiliki pelbagai ilmu, selain bijak dalam
ilmu dan hal-hal keagamaan.
Sewaktu Tun Jana Khatib tiba di hadapan istana, Raja
Perempuan, permaisuri negeri itu, sedang berdiri di tepi
tingkap istana. Raja Perempuan terpandang akan
kehadiran Tun Jana Khatib itu. Tun Jana Khatib juga
terpandang akan Raja Perempuan yang sedang berdiri di
tepi tingkap. Timbul dalam hati Tun Jana Khatib untuk
menunjukkan sedikit kepandaiannya. Dengan tenang, Tun
Jana Khatib lalu merenung ke arah sebatang pokok
pinang di halaman istana. Tidak lama kemudian, pokok
pinang itu terbelah dua lalu tumbang.
Raja Perempuan itu begitu kagum dengan kepandaian
Tun Jana Khatib itu. Tun Jana Khatib berlalu pergi sambil
tersenyum. Pada ketika itu, seorang pembesar negeri
telah memerhatikan gerak-geri Tun Jana Khatib yang
menunjukkan kepandaiannya kepada Raja Perempuan iru.
Sebaik-baik sahaja Tun Jana Khatib berlalu pergi,
pembesar negeri tersebut masuk ke dalam istana lalu
terus menghadap Paduka Seri Maharaja. Pembesar itu
pun mengkhabarkan perihal Tun Jana Khatib yang mereka
katakan telah menunjuk-nunjukkan kepandaiannya di
hadapan Raja Perempuan.
Paduka Seri Maharaja menjadi murka sebaik-baik sahaja
baginda mendengar akan sembah para pembesarnya

negeri itu.
Lihatlah kelakuan Tun Jana Khatib yang tidak tahu akan
dirinya, dia menunjuk-nunjukkan kepandaiannya di
hadapan Raja Perempuan beta!
Merah padam muka Paduka Seri Maharaja memberikan
titah, Dia tahu Raja Perempuan beta melihat ke arahnya
sebab itulah dia hendak menunjuk-nunjukkan
kepandaiannya itu!
Para pembesar yang hadir itu tunduk kerana mereka
tidak mahu bertentang wajah dengan Paduka Seri
Maharaja yang sedang murka itu.
Panglima, tangkap dan bunuh Tun Jana Khatib sekarang
juga!
Maka sekalian hulubalang diperintahkan menangkap Tun
Jana Khatib. Tun Jana Khatib berada tidak jauh dari
perkarangan istana. Tun Jana Khatib tidak melawan
apabila para pegawai istana menahannya. Menurut
pandangannya, dia tidak melakukan apa-apa yang buruk
lagi kesalahan.
Tun Jana Khatib lalu digiring masuk menghadap Paduka
Seri Maharaja yang sedang menantikannya di
perkarangan istana. Tun Jana Khatib yang tidak
menyangka apa-apa yang buruk itu lalu mengangkat
sembah.
Hei, Tun Jana Khatib! Sungguhlah kamu tidak sedar diri.
Tahukah kamu, kamu telah menconteng aib di muka
beta! titah Paduka Seri Maharaja.
Ampun tuanku, patik tidak melakukan apa-apa kesalahan
apatah lagi mahu mengaibkan tuanku, ampun tuanku!
rayu Tun Jana Khatib membela dirinya.

Bukankah tadi, kamu sengaja menunjuk-nunjukkan


kepandaian kamu di hadapan Raja Perempuan beta?
Kamu memang sungguh biadap!
Ampun tuanku, patik tidak bermasud begitu! rayu Tun
Jana Khatib.
Datuk, bunuh Tun Jana Khatib sekarang juga! titah
Paduka Seri Maharaja. Baginda lalu memandang ke arah
para pembesarnya, Biar hukuman ini menjadi contoh
bagi semua yang mahu mengaibkan beta!
Semua yang ada di situ hanya berdiam diri
mendengarkan titah Paduka Seri Maharaja. Sebahagiam
mereka mengganggap hukuman dan tuduhan itu tidak
berasas sama sekali. Namun mereka tidak membantah
dan tidak mahu bersuara.
Tun Jana Khatib lalu diikat dan diheret ke tempat
hukuman berdekatan dengan sebuah pekan. Dengan
tangannya yang terikat dan mukanya ditutup dengan
kain hitam, Tun Jana Khatib dibunuh oleh petanda yang
menjalankan titah suruhan Paduak Seri Maharaja. Jerit
sakit Tun Jana Khatib mengharukan semua yang
mendengarnya sewaktu ditikam petanda itu. Darah yang
mengalir daripada bekas luka di badan Tun Jana Khatib
akibat daripada tikaman keris petanda itu mengalir
dengan banyaknya tanpa berhenti. Namun, tanpa
disedari ramai, angin bertiup kencang dan dengan tidak
semena-mena, tubuh Tun Jana Khatib yang terikat dan
ditiam itu hilang ghaib daripada pandangan orang ramai.
Orang ramai yang menyaksikan pembunuhan kejam itu
tertanya-tanya akan peristiwa Tun Jana Khatib yang
dihukum bunuh itu hilang lenyap daripada pandangan

mereka.
Seorang penjual kuih bingka yang berkedai tidak jauh dari
tempat hukuman Tun Jana Khatib dijalankan mengambil
sehelai daun pisang yang menutup kuih jualannya lalu
menutup bekas darah Tun Jana Khatib yang masih basah
di tanah itu. Dengan serta-merta, kesan darah yang
basah di tanah itu bertukar menjadi seketul batu.
Maka menurut cerita orang ramai, sebaik-baik sahaja
berlakunya peristiwa pembunuhan kejam Tun Jana Khatib
itu, jasadnya yang ghaib telah ditemui terbujur di Pulau
Langkawi. Jasad itu telah dikebumikan dengan segera
oleh penduduk di situ.
Peristiwa yang pelik itu membuat sebahagian besar
penduduk Singapura berduka cita dengan tindakan
Paduka Seri Maharaja. Menurut mereka, peristiwa
pembunuhan kejam itu dan jasad Tun Jana Khatib yang
ghaib itu menandakan sebuah perkara buruk akan
berlaku di Singapura. Rakyat semakin berasa sangsi
dengan tindakan kejam Paduka Seri Maharaja itu.
***************
Sangkaan orang ramai itu benar-benar berlaku. Tidak
lama kemudian, selepas kejadi pembunuhan kejam ke
atas Tun Jana Khatib tersebut, berlakulah sebuah
peristiwa yang ganjil di Singapura.
Pada suatu hari, beratus-ratus ekor ikan tidak melompatlompat dari laut lalu menyerang manusia. Dengan jongorjongor yang panjang lagi tajam itu, ikan-ikan itu menikam
sesiapa sahaja. Kejadian pembunuhan orang-orang yang

berada di pantai semakin hari semakin menjadi-jadi.


Banyaklah jasad nelayan-nelayan yang turun menjala
atau menangkap ikan di laut dijumpai terdampar di tepitepi pantai setiap hari. Rakyat semakin gempar
mendengar khabar tersebut. Ramai pula yang tidak
berani turun ke laut. Mereka juga melarang anak-anak
mereka daripada bermain-main di kawasan pantai.
Rakyat menjadi semakin gempar dengan khabar ikan-ikan
tidak melompat dari laut. Serangan ikan-ikan todak itu
semakin menjadi-jadi. Serangan todak itu bertambah jauh
hingga ke daratan. Keadaan menjadi kelam-kabut apabila
ramai pula orang-orang yang berumah di tepi pantai
diserang dan terbunuh akibat serangan ikan-ikan todak
itu.
Hari demi hari, ada sahaja berita tentang rakyat yang
mati dibunuh ikan-ikan todak itu. Hidup rakyat Singapura
menjadi semakin susah. Mereka tidak berani keluar
rumah. Jumlah mangsa pembunuhan ikan-ikan todak itu
pula terus meningkat. Serangan ikan todak sekan-akan
tiada henti-hentinya.
Pelabuhan Singapura yang sibuk dengan kegiatan
berdagang mulai lengang sejak peristiwa serangan ikanikan todak itu. Dikhabarkan juga bahawa para pedagang
dari luar negeri sudah tidak berani datang ke Singapura.
Mereka takut menjadi mangsa serangan ikan-ikan todak
itu.
Berita serangan ikan-ikan todak itu lalu disembahkan
kepada Paduka Seri Maharaja oleh pembesarpembesarnya itu. Baginda lalu menitahkan para
pembesarnya pergi mengiringi baginda ke tepi pantai.

Baginda mahu menyaksikan sendiri kejadian serangan


ikan todak yang didakwa oleh para pembesarnya. Paduka
Ser Maharaja menaiki seekor gajah diiringi semua
pembesarnya dan para hulubalang ke sana. Dalam
perjalanan baginda menuju ke pantai berdekatan,
baginda menyaksikan sendiri rakyat baginda
bertempiaran melarikan diri menjauhi pantai. Terdapat
ramai yang luka akibat serangan ikan todak itu. Paduka
Seri Maharaja menyaksikan ramai rakyatnya yang
bergelimpangan di tepi-tepi pantai akibat serangan ikan
todak itu. Bagida berasa terharu menyaksikan keadaan
rakyatnya yang mati dan bergelimpangan di sepanjang
pantai. Baginda sedar Singapura telah ditimpa mala
petaka yang amat dahsyat.
Serangan ikan-ikan todak itu terus menjadi-jadi. Baginda
turun ke tepi pantai untuk menyaksikan dengan lebih
dekat serangan ikan-ikan todak itu. Ketika itu, tanpa
disedari seekor ikan todak berjaya melompat lalu
melayang-layang ke arah Paduka Seri Maharaja.
Paduka Seri Maharaja terperanjat namun baginda sempat
megelakkan dirinya daripada terkena tikaman ikan todak
yang melayang-layang itu. Akan tetapi, lengan baju
baginda tercarik akibat serangan ikan todak yang seekor
itu. Serangan ikan todak itu dan yang menyebabkan
lengan bajunya carik, menyedarkan Paduka Seri Maharaja
bahawa dirinya dalam keadaan yang bahaya. Baginda
lalu bergegas kembali ke tempat gajahnya yang berada
jauh dari tepian pantai itu.
Melihat akan hal yang menimpa Paduka Seri Maharaja itu,
perdana menteri lalu berdatang sembah, Ampun Tuanku,

menurut patik, lebih baik Tuanku beredar dari sini.


Usahlah ditunggu-tunggu lagi, Tuanku!
Baiklah! Perintahkan semua rakyat beta berkubukan
betis supaya ikan-ikan todak tidak akan menyerang lagi,
perintah baginda.
Maka perdana menteri pun memerintahkan rakyat
Singapura keluar dan berdiri di sepanjang pantai. Ikanikan todak terus menyerang dan semakin ramai rakyat
yang terkorban. Mereka yang tidak dapat melarikan diri
mati akibat ditikam ikan-ikan todak itu. Keadaan menjadi
huru-hara. Orang-orang yang terkena tikaman menjeritjerit kesakitan namun mereka tidak berani bersurai sebab
takut dimurkai Paduka Seri Maharaja.
Paduka Seri Maharaja kecewa menyaksikan bahawa
ikhtiarnya untuk menghentikan serangan ikan-ikan todak
itu tidak menjadi. Ramai rakyatnya yang mati berkaparan
dan mayat-mayat mereka bergelimpangan di tepi pantai
akibat serangan ikan-ikan todak itu.
Apa akal datuk? Nampaknya, rancangan kita berkubukan
betis tidak dapat menghentikan serangan ikan-ikan todak
ini!
Patik juga tidak tahu, Tuanku! jawab pembesar
tersebut.
Tatkala dalam keadaan bingung itu, datang seorang
budak lalu menyembah Paduka Seri Maharaja.
Ampun tuanku. Mengapakah kita mesti berkubukan
betis? Bukankah tindakan sedemikian mengakibatkan
ramai rakyat akan mati? Pada hemat patik, alangkah
baiknya kalau kita berkubukan batang pisang!
Sembah budak lelaki itu membuat Paduka Seri Maharaja

berfikir sejenak. Kata-kata budak itu baginda dapati ada


kebenarannya.
Baginda lalu menitahkan supaya orang-orangnya bersurai
dan bersedia membina kubu batang pisang di sepanjang
pantai.
Wahai sekalian rakyat Singapura, Tuanku menitahkan
kita bina kubu batang pisang di tepi pantai!
Itulah arahan yang diberikan oleh beberapa orang
pembesar kepada orang ramai di tepi pantai. Maka
sekalian rakyat pun pergilah menebang pokok-pokok
pisang yang banyak tumbuh di darat dan dipacakkan di
sepanjang pantai sebagai kubu. Tidak lama kemudian,
ikan-ikan todak menyerang lagi. Ikan-ikan yang
menyerang itu itu terlekat pada batang-batang pisang
yang dibuat kubu di sepanjang pantai itu dan tidak dapat
kembali ke dalam air. Orang-orang Singapura pun datang
beramai-ramai menekan dan membunuh ikan-ikan todak
yang sudah menyerang mereka sebelum ini. Bangkaibangkai ikan todak bertimbun-timbun di sepanjang pantai
itu. Tidak lama kemudian, serangan ikan-ikan todak itu
dapat diatasi.
Paduka Seri Maharaja berasa amat besar hati. Dia
memandang kepada budak lelaki itu lalu bertanya,
Siapakah nama kamu, wahai budak?
Patik, Hang Nadim, Tuanku! jawab Hang Nadim.
Paduka Seri Maharaja memuji-muji kepandaian Hang
Nadim yang dapat menghentikan serangan ikan-ikan
todak itu. Kemudian, baginda menitahkan seorang
pembesarnya membawa Hang Nadim menghadap
baginda di istana.

Beta amat terhutang budi atas jasa kamu, Nadim. Kalau


tidak kerana kepandaian kamu sudah tentu malapetaka
akibat serangan ikan-ikan todak ini masih juga berlaku,
titah baginda.
Tidak berapa lama sesudah peristiwa di pantai, Hang
Nadim dibawa menghadap Paduka Seri Maharaja di
istana. Dalam upacara yang penuh kebesaran, Paduka
Seri Maharaja bertitah, Bagi pihak negeri Singapura dan
rakyat jelata, beta mengucapkan terima kasih kepada
kamu, Hang Nadim. Sebagai menghargai jasa kamu
menghentikan serang ikan-ikan todak itu, beta mahu
memberi kurnia kepada kamu sekeluarga.
Selepas menerima kurnia raja itu, Hang Nadim lalu
bermohon diri untuk pulang.
Kegembiraan yang Hang Nadim kecapi itu tidak lama.
Kepandaiannya itu dicemburui oleh sebilang besar para
pembesar negeri. Mereka lalu bersidang. Tujuan mereka
bersidang itu adalah untuk membincangkan tentang
tindakan yang akan mereka ambil atas Hang Nadim yang
dipuji-puji Paduka Seri Maharaja. Mereka juga berasa iri
hati atas Hang Nadim yang kini, menurut para pembesar
itu, mengancam kedudukan mereka di sisi Paduka Seri
Maharaja.
Sedangkan dia masih kecil lagi sudah begitu pandai
menyelesaikan masalah besar. Takut-takut, apabila di
besar nanti, dia akan menggantikan tugas-tugas kita
pula! kata salah seorang pembesar negeri.
Betul kata Datuk itu! sokong pembesar-pembesar yang
lain.
Hamba ada satu akal. Sebelum apa-apa berlaku, lebih

baik kita minta budak Nadim itu dibunuh!


Semua pembesar yang lain bersetuju dengan pendapat
pembesar itu. Mereka sememangnya berasa bimbang
akan kepandaian Hang Nadim itu akan membuat mereka
hilang kuasa dan tidak disukai baginda lagi.
Maka para pembesar Singapura yang dengki itu pun
bersepakat untuk melenyapkan Hang Nadim. Mereka
beramai-ramai pergi menghadap Paduka Seri Mahara lalu
menyembah dan mengusulkan agar baginda membunuh
sahaja Hang Nadim.
Sedangkan masih kecil, pacal itu sudah begitu cerdik
akalnya. Bagaimana pula nanti kalau dia sudah besar.
Patik semua bimbang pacal Nadim akan menentang
kekuasaan tuanku kelak!
Paduka Seri Maharaja yang tidak mahu berfikir panjang
terus bersetuju dengan pandangan dan apa-apa yang
para pembesarnya sembahkan kepada baginda.
Benar juga akan kata-kata datuk semua. Tapi, apakah
yang boleh beta lakukan?
Mudah sahaja, tuanku. Kita bunuh sahaja pacal Nadim
itu, salah seorang pembesar itu mengemukan
pandangannya. Pembesar-pembesar yang lain bersetuju
dengan pandangan pembesar itu.
Baiklah! Laksanakan segera kerja itu! titah Paduka Seri
Maharaja.
Tidak lama kemudian, Hang Nadim telah diseret dari
rumahnya. Tangannya diikat dan dia dibawa pergi ke
tempat yang tiada sesiapa yang tahu melainkan
pembesar-pembesar yang dengki itu.
Apakah salah hamba? Apakah dosa hamba? Emak,

bapak, tolong Nadim! tangis anak yang malang itu.


Petanda yang menjalankan hukuman raja itu telah
mengikat Hang Nadim dengan seutas rantai besi. Dia
dibawa naik perahu besar. Sampai di perairan Pulau
Hantu, rantai yang mengikat Hang Nadim itu ditambat ke
sebongkah batu besar. Tanpa berasa belas atau
menghiraukan tangisan Hang Nadim, petanda dan
pembantu-pembantunya, menghumbankan Hang Nadim
yang dirantai ke sebongkah batu besar itu masuk ke laut
dalam.
Apakah salah hamba? Apakah dosa hamba? Emak,
bapak, tolong Nadim! tangis anak yang malang itu,
berulang-ulang kali.
Sesudah itu, mereka pulang semula ke Singapura.
Menurut cerita para nelayan yang mengail atau menjalan
di perairan Pulau Hantu tempat Hang Nadim dihumban ke
laut, mereka ada terdengar suara tangisan budak dan
bunyi rantai besi hingga hari ini.
Istana di Bukit Larangan itu telah menyaksikan beberapa
peristiwa sedih.
***************
Sang Rajuna Tapa Penghulu Bendahari kerajaan
Singapura yang diperintah Raja Iskandar Syah. Kekayaan
negeri, harta dan wang kerajaan dia yang mengurusnya.
Ampun, Tuanku. Adakah tuanku tahu bahawa Sang
Rajuna Tapa, Penghulu Bendahari ada seorang anak gadis
yang cantik jelita? sembah salah seorang menterinya.
Beta tidak tahu, tegas raja. Ada apa dengan anak
gadisnya itu?

Menurut pendapat patik, gadis secantik itu molek


Tuanku ambil kerana dia memang sepadan dengan
tuanku, ujar menteri itu.
Raja iskandar Syah termakan dengan kata-kata
menterinya itu. Akhirnya, baginda menitahkan Sang
Rajuna Tapa supaya membawa anak gadisnya
menghadap baginda.
Sewaktu kedua-dua anak-beranak datang menghadap
baginda, Raja Iskandar Syah telah jatuh berahi akan
kecantikan anak gadis Sang Rajuna Tapa. Tanpa teragakagak, baginda memerintahkan agar anak gadisnya itu
ditinggalkan di dalam istana baginda untuk dijadikan
sebagai salah seorang perempuan baginda.
Perintah Raja Iskandar Syah yang mengejut itu membuat
Sang Rajuna Tapa tidak dapat melakukan apa-apa untuk
membantah titah baginda itu. Sang Rajuna Tapa terpaksa
pulang ke rumah dengan hati yang berat kerana anak
gadisnya terpaksa ditinggalkan di istana menurut
perintah Raja iskandar. Anak gadinsya pula berasa sedih
kerana terpaksa melihat ayahnya pulang tanpa
membawanya bersam-sama.
Diceritakan bahawa anak gadis Sang Rajuna Tapa tidak
berasa bahagia hidup dalam istana di Bukit Larangan itu.
Dia memendam perasaan duka sepanjang waktu.
Pada suatu ketika, Raja Iskandar Syah menjatuhi atas
anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang baginda simpan
hukuman bunuh. Anak perempuan Bendahari itu akan
disula dengan segera.
Berita itu memeranjatkan Sang Rajuna Tapa dan isterinya.
Mereka berdua segera menghadap Raja Iskandar lalu

memohon disiasat terlebih dahulu fitnah terhadap anak


gadis mereka itu sebelum dijatuhkan hukuman agar anak
gadis mereka terselamat daripada hukuman bunuh itu.
Ampun tuanku, kalaulah benar anak patik itu bersalah,
patik rela dengan hukuman itu, tetapi, jika sebaliknya,
.
Namun, kata-kata itu tidak meredakan kemurkaan Raja
Iskandar.
Sudahlah, jangan cuba hendak membela orang yang
salah. Keputusan beta tak boleh diubah-ubah lagi.
Hukuman sula akan dijalankan pada pagi besok!
Patik merayu, tuanku, kalau anak patik itu hendak
dihukum juga, hukumlah patik sebagai gantinya!
Apabila sampai masanya, hukuman sula itu pun
dijalankan. Sang Rajuna Tapa menahan kesabaran. Anak
gadis Sang Rajuna Tapa diikat di sebuah kawasan terbuka
dengan sebuah pasar. Ramai penduduk kota Singapura
keluar dan datang menyaksikan peristiwa hukuman dula
itu dijalankan.
Hukuman yang dijatuhkan Raja Iskandar Syah itu amat
mendukakan hati Sang Rajuna Tapa. Dia berasa malu
kerana anak gadisnya itu disula di hadapan khalayak
ramai.
Anak perempuanku telah difitnah orang, dikatakan
perempuan jahat. Dia telah dibunuh oleh Raja. Anak itu
anak kesayangan aku sekeluarga. Mengapa tidak disiasat
terlebih dahulu? Mengapa dia tidak dibicarakan sebelum
dijatuhi hukuman? tanya Sang Rajuna Tapa kepada
dirinya.
Apa yang hendak dikatakan lagi, anak perempuan kita

sudah mati dibunuh Raja akibat fitnah, tangis isterinya.


Kanda berasa sungguh malu dengan perbuatan raja
terhadap anak perempuan kita itu. Baginda bertindak
dengan tidak usul periksa dahulu! sahut Sang Rajuna
Tapa dengan hiba.
Anak kita dibunuh di khalayak ramai!
Sang Rajuna Tapa semakin marah. Marahnya meluapluap. Oleh sebab berasa terlalu sakit hati dengan
penghinaan atas hukuman anak gadinya itu, Sang Rajuna
Tapa telah membuat keputusan untuk menderhakan
kepada Raja Iskandar. Dia akan membalas dendam
tindakan Raja yang membunuh anaknya yang tidak
berdosa itu.
Mengapakah anakku itu dibunuh? Mengapakah baginda
mempercayai fitnah orang? Sang Rajuna Tapa
mengulangi kata-katanya itu dalam hati.
Tindakan baginda tidak dapat aku maafkan. Pangkat aku
tidak bereti lagi. Baginda tidak mengendahkan aku lagi,
betik hati Sang Rajuna Tapa.
Semenjak kematian anaknya yang disula di pasar, Sang
Rajuna Tapa telah membuat keputusan. Dia akan belot
kepada Raja Iskandar. Pada ketika itu juga, Singapura
dimusuhi kerajaan Majapahit. Kerajaan Majapahit sentiasa
mencari jalan untuk melanggar Singapura tetapi tidak
berjasil kerana tiada sesiapa dalam kalangan orang-orang
Singapura yang mahu memberikan kerjasama kepada
mereka.
Sekarang, inilah peluang bagi aku balas dendam atas
kematian anakku itu, hati Sang Rajuna Tapa berdetik
kencang. Dia berasa sungguh geram memikirkan keaiban

yang telah Raja Iskandar jatuhkan kepada dia sekeluarga.


Sang Rajuna Tapa lalu mengutus surat kepada Betara
Majapahit tanpa pengetahuan sesiapa. Dalam suratnya,
Penghulu Bendahari Singapura itu berjanji akan membuka
pintu kota bagi memudahkan bala tentera Majapahit
masuk dan menawan Singapura.
Tawaran Sang Rajuna Tapa itu disambut baik oleh Betara
Majapahit. Tidak lama setelah mendapat surat itu, Betara
Majapahit pun mengarahkan bala tenteranya yang ramai
itu belayar ke Singapura dalam perahu dan jong ke
Singapura.
Pada hari yang ditetapkan, angkatan tentera Majapahit
pun datang lalu menyerang Singapura. Berita Singapura
diserang oleh Majapahit memaranjatkan Raja Iskandar.
Apa, Majapahit menyerang kita? Perintahkan orangorang kita menentang tentera Majapahit itu! titah Raja
Iskandar Syah.
Maka keluarlah semua hulubalang lengkap bersenjata
menuju ke laut. Petempuran yang hebat pun berlaku.
Kedua-dua belah pihak sama-sama handal dan samasama kuat. Tidak ada pihak yang mengalah. Namun
begitu, ramai hulubalang daripada kedua-dua belah pihak
yang gugur.
Setelah berperang beberapa hari lamanya, tentera
Majapahit berundur ke kapal mereka dan tentera
Singapura bertahan di dalam kota.
Sang Rajuna Tapa telah berjanji dengan ketua hulubalang
tentera Majapahit yang dia akan memberi isyarat dari
darat apabila pintu kota itu akan dibukanya.
Apabila mendapat khabar mengenai kemunduran

sementara tentera Majapahit itu, Raja Iskandar Syah lalu


menitahkan Sang Rajuna Tapa supaya datang menghadap
baginda.
Keluarkan beras dari perbendaharaan kita dan agihagihkan kepada rakyat jelata supaya mereka dapat
menggunakannya sewaktu berperang kelak, titah Raja
iskandar Syah.
Sang Rajuna Tapa, sejak mula lagi, telah membuat
keputusan untuk berbohong kepada Raja iskandar Syah
dengan menyemahkan bahawa semua makanan telah
kehabisan sewaktu dia pergi menghadap baginda.
Ampun, Tuanku. Sebenarnya, bekalan beras kita dan
makanan-makanan yang lain semuanya sudah habis,
sembah Sang Rajuna Tapa dengan wajah yang berpurapura sedih. Disembahkan oleh Sang rajuna Tapa
sedemikian kepada Raja Iskandar Syah dengan harapan
pertahanan askar-askar Singapura akan menjadi lemah.
Sembah Sang Rajuna Tapa itu membuat Raja Iskandar
Syah menjadi cemas. Baginda menitahkan pembesarpembesar baginda yang lain bersidang dan
menrundingkan ikhtair untuk mengatasi masalah yang
dihadapi negerinya itu.
Sewaktu askar-askar Singapura yang keletihan dan lapar
itu sedang membuat persiapan untuk menghadapi
serangan tentera Majapahit, Sang Rajuna Tapa telah
membuka pintu kota dan membenarkan tentera
Majapahit menyerbu masuk. Pada saat-saat genting
sebegitu, oleh sebab tidak ada masa lagi untuk mencari
makanan lebih, pertahanan askar-askar Singapura
menjadi lemah. Ramailah askar-askar Singapura yang

lemah juga berada di dalam kota. Oleh itu, dengan


mudah mereka kecundang dalam tangan dan serangan
tentera Majapahit.
Raja Iskandar dan pengikut-pengikutnya yang setia telah
berjaya melepasakn diri meninggalkan Istana Bukit
Larangan dengan senyap-senyap.
Demikianlah terjadinya kejatuhan Singapura dalam
tangan tentera Majapahit.
Diriwayatkan bahawa rumah Sang Rajuna Tapa telah
runtuh dan kedua-dua Sang Rajuna Tapa dan isterinya
telah bertukar menjadi batu.Istana Bukit Larangan
dibiarkan sahaja setelah tentera Majapahit meninggalkan
Singapura. Perihal kejatuhan kerajaan Singapura selalu
menjadi bahan perb
Dicatat oleh Abdul Manaf Bin Mohd .Yasir di 1:49 PG Tiada ulasan:
Label: cerita rakyat Singapura

Cerita Badang
Tersebutlah kisah di Sayung yang terkenal itu dengan nama seorang tokoh terbilang yang
bernama Badang.
Badang seorang hamba yang bekerja dengan seorang tuan tanah yang kaya raya. Badang
seorang pekerja yang rajin. Sejak matahari terbit hingga matahari terbenam, Badang
menjalankan tugasnya dengan rajin. Badang melakukan berbagai-bagai tugas yang disuruh
oleh tuannya.
Pada suatu hari, Badang telah diperintahkan oleh tuannya menerangkan sebuah kawasan
hutan yang agak luas. Hutan itu hendak diterokanya untuk dijadikan huma. Oleh itu, setiap
hari, Badang sudah bertolak dan melakukan tugasnya dengan segera. Dia sehari suntuk
menebang, membelah dan menebas pokok-pokok atau semak samun. Petang hari, dia akan
pulang ke rumah tuannya untuk berehat.
Pada suatu petang, Badang pulang ke rumah lebih awal daripada biasa sebab kerja-kerjanya
untuk hari itu sudah dia selesaikan. Dia berhasrat memasang lukahnya di sebatang anak
sungai yang berdekatan dengan tempat tinggalnya. Dia berharap dapat menangkap seekor
dua ikan untuk dia buat lauk pada hari esoknya.

Keesokan harinya, Badang singgah di sungai untuk melihat hasil tangkapannya. Alangkah
kecewa hatinya apabila diangkat lukahnya dari dalam air sungai itu. Dia mendapati lukanya
itu kosong. Tidak ada seekor ikan pun yang dapat ditangkap. Namun demikian, Badang
mendapati ada tulang-tulang dan sisik ikan bertumpukan di tebing sungai dekat tempat dia
menahan lukanya itu.
Aku percaya, tentu ini semua tulang dan sisik ikan yang terkena dalam lukah aku ini! bisik
Badang sendirian. Tapi, siapakah yang memakannya pula? tanya Badang penuh
kehairanan sambil matanya meliar memandang ke sekeliling kawasan tempat dia berdiri itu.
Sesudah memeriksa lukahnya itu, Badang memasang lukahnya semula. Dia mengangkat
kakinya menuju ke tempat kerjanya di hutan itu.
Pada hari esoknya, Badang singgah sekali lagi di sungai itu. Tetapi, sekali lagi, dia mendapati
hal yang sama berlaku. Lukahnya kosong tetapi tulang-tulang dan sisik ikan berselerakan di
tebing sungai tempat dia menahan luhahnya.
Ada binatang yang mencuri lalu memakan ikan-ikan di dalam lukah aku ini! Akan aku intip
gerak-gerinya. Aku akan ajar dia cukup-cukup! tukasnya dalam hati.
Keesokan harinya ketika langit mulai terang, Badang telah sampai ke kawasan sungai itu
sekali lagi. Dia menyusup masuk ke dalam semak dan bergerak dengan berhati-hati.
Setibanya di sebalik sebatang pokok yang tidak jauh dari lukanya, Badang berhenti. Di balik
pokok sebatang itulah badang akan mengintai untuk melihat siapakah yang memakan ikanikan yang masuk ke dalam lukahnya.
Sekian lama dia menunggu, namun tidak ada apa-apa yang berlaku. Badang terus menanti
dengan penuh kesabaran. Nyamuk dan agas yang menghurungi telinga dan kepalanya tidak
dia hiraukan. Di tangannya, dia mengenggam hulu parang yang dia akan gunakan untuk
menyerang pencuri ikan-ikan lukahnya itu.
Tidak lama kemudian itu, Badang menyedari sosok suatu lembaga aneh bergerak-gerak dan
timbul dari balik semak samun di sebarang sungai itu. Lembaga itu menuju ke arah tempat
Badang memasang lukahnya.
Pergerakan lembaga itu Badang perhatikan dari balik pokok tempat dia bersembunyi.
Badang yakin lembaga itu seekor hantu air. Rupanya memang menggerunkan mata sesiapa
yang memandangnya. Lembaga itu berwajah hodoh, berambut dan berjanggut panjang.
Lembaga itu bermata merah yang menyala-nyala seperti bola-bola api.
Hantu air itu mengangkat lukah yang Badang pasang. Setelah menggongancang-gancang
lukah itu, hantu itu mengambil seekor ikan yang ada di dalam lukah itu lalu memasukkan ke
dalam mulutnya. Setelah berkunyah-kunyah beberapa ketika, tulang-tulang ikan yang
dimakannya dibuang ke atas tanah tebing sungai.
Kelakuan hantu air itu membuat Badang naik radang. Dia mengumpul segala kekuatannya
lalu meluru keluar dari tempat persembunyiannnya itu. Dengan parang terhunus di

tangannya dia melompat ke hadapan hantu air yang sedang sibuk makan itu.
Sepantas kilat Badang mencapai janggut hantu air itu. Direntap-rentapnya janggut hantu air
itu sekuat-kuatnya. Parang yang ditangan kanannya di acung-cungkan ke arah hantu air itu.
Aku bunuh engkau! Aku bunuh engkau! tempik Badang dengan marahnya.
Melihatkan Badang yang bersungguh-sungguh hendak membunuhnya, hantu air itu
menggeletar ketakutan.
Tolonglah, jangan hamba dibunuh! Jangan hamba dibunuh! rayu hantu air itu.
Engkau mesti aku bunuh! Engkau curi ikan-ikan dalam lukah aku, memang patut engkau
aku bunuh! bentak Badang.
Tolonglah, kasihanilah hamba! Jangan hamba dibunuh!
Badang menyentak-nyentak janggut hantu air itu sekali lagi.
Kalau engkau tidak bunuh aku, aku akan memberikan apa-apa yang engkau minta.
Jangan cuba hendak menipu aku, balas Badang. Apakah yang boleh aku harapkan
daripada pencuri macam engaku?
Hamba dapat menolong tuan hamba, percayalah! Hamba boleh memberikan apa-apa
sahaja yang tuan hamba minta. Tapi, tolonglah jangan bunuh hamba!
Badang berfikir sejenak. Namun begitu, tangan kirinya masih tetap memegang erat janggut
hantu air itu.
Betulkah engkau boleh memenuhi apa-apa kemahuan ak?
Betul, beritahulah apakah yang tuan hamba mahu dan akan hamba tunaikan.
Badang diam seketika.
Bolehkah engkau jadikan aku gagah lagi perkasa?
Sudah tentu boleh! jawab hantu itu. Tapi, lepaskanlah janggut hamba dahulu.
Tidak! Aku tidak akan melepaskannya selagi engkau belum penuhi permintaan aku! tukas
Badang.
Hantu itu terdiam.
Akan hamba penuhi permintaan tuan hamba itu. Tapi, ada syaratnya.
Apakah syarat itu?

Tuan hamba mestilah memakan muntah hamba. Selepas memakan muntah hamba itu
kelas, tuan hamba akan menjadi gagah lagi perkasa seperi permintaan tuan hamba itu.
Kata-kata ucapan itu membuat Badang terpinga-pinga. Dia tidak tergambarkan dirinya
memakan muntah hatu air itu. Akan begitu, kemahuannya untuk mejadi kuat membuat dia
menetapkan fikirannya dengan segera.
Setelah bulat fikirannya, Badang pun berkata, Baiklah, kalau begitu engkau muntah
sekarang. Biar aku makan muntah engkau itu!
Dia merenung hantu itu yang mengangguk-anggukkan kepalanya.
Tapi awas, jangan sekali-kali engkau menipu aku!
Amaran Badang itu didengar oleh hantu air itu sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
Dengan secepat kilat, hantu itu pun mematahkan pelepas daun pidang dan meletakannya di
atas tanah. Sesudah itu, hantu tersebut pun mula muntah. Badang masih tidak melepasakn
janggut hantu tersebut. Dia terus juga mengacu-acukan parangnya ke kepala hantu itu.
Hantu itu terus muntah tanpa henti-hentinya. Muntahnya semakin banyak jatuh di atas lapik
pelepah daun pisang itu. Badang memerhatikan hantu itu tanpa mengerdip-ngerdipkan
matanya.
Sebaik-baik sahaja hantu air itu berhenti muntah, Badang mulalah mekannya. Pada ketika
itu, tangannya semakin erat memegang janggut hantu itu.
Setelah melihat Badang selesai memakan muntahnya, hantu itu pun berkata, Harap
lepaskanlah hamba! Hamba telah memenuhi permintaan tuan hamba itu!
Tidak! jawab Badang.
Walaupun aku sudah habis memakan muntah engkau, itu belum lagi bereti aku sudah
menjadi kuat dan gagah!
Kalau tuan hamba tidak percaya, tuan hamba boleh menguji kekuatan baru tuan hamba itu
sekarang juga, jawab hantu air itu.
Mendengarkan kata-kata itu, Badang lalu menancapkan parangnya di tanah di sisinya lalu
dengan tangan kirinya, dia memegang sebatang pkok sebesar berdekatan di tebing sungai
itu. Dengan mudahnya pokok itu tercabut dari tanah. Apa yang menghairankan, pokok itu
terbungkas berserta dengan akar-akarnya sekali.
Badang kagum dengan kekuatan yang baru dia peroleh itu. Kemudian, dia mencabut
beberapa batang pokok yang lainnya pula. Ternyata semua pokok itu dapat dia cabut
dengan mudah.
Lepaskanlah hamba!
Badang lalu memandang hantu air itu lalu melepaskan pegangannya pada janggut hantu
itu.

Engkau boleh pergi sekarang! Tapi lain kali, engkau jangan mengganggu lukahku lagi!
Hantu itu mengundur lalu berlalu dari situ dengan segera. Dengan sekelip mata, kelibat
hantu itu sudah lesap.
Badang memasang semula lukahnya di sungai itu. Dia lalu naik ke tebing dan bergerak ke
arah beberapa batang pokok besar yang berdekatan. Badang cuba menumbangkan pokokpokok itu. Sekali dia berjaya dan pokok-pokok besar itu tumbang dengan sekali tolak. Pokokpokok itu tumbang dengan akarnya terbungkas.
Badang berasa gembira dengan keupayaannya itu. Dirempuhnya hutan belantara di sekita
sungai. Ada kalanya dia menunjal pokok-poko besar. Ada kalanya, dia menendang pokokpokok besar. Dicabutnya pokok-pokok kecil dengan mudah. Mana-mana pokok yang dia
capai akan habis terpelanting atau terbungkas.
Aku sudah gagah! Aku sudah menjadi lebih kuat!
Suara Badang bergema memecah keheningan kawasan hutan belantara itu. Dia terus
menguji kekuatannya sambil menerangkan kawasan hutan yang akan dijadikan huma atau
ladang oleh tuannya itu. Badang pulang segera ke kawasan hutan yang hendak dibersihkan.
Dia langsung memulakan kerja-kerjanya menerangkan kawasan hutan itu. Dia mencabut
semua pokok yang ada, yang besar atau kecil. Dalam masa yang singkat, kawasan hutan
yang gelap itu menjadi terang-benderang dikerjakan Badang. Rumput-rumpai dan pokokpokok renek sahaja yang perlu dia cabut. Dia dapat melakukan kerjanya dengan mudah
dengan tenaga yang baru dia peroleh itu. Kerjanya semakin pantas dan dalam masa yang
singkat, tanah yang ditumbuhi rumput itu mula bersih daripada sebarang tumbuhan.
Setelah selesai menerangkan kawasan hutan itu. Badang berhenti sejenak lalu menghela
nafas lega kerana tugasnya yang sepatutnya selesai dalam berminggu-minggu itu dapat dia
lakukan dalam masa sehari. Penatnya berjaga menangkap pencuri ikan-ikan dari dalam
lukahnya tidak dia rasa. Badang berasa puas hati melihat kawasan tanah yang sudah terang
dan siap untuk dimulakan tanaman baru. Dengan langkah tangkas, dia pulang ke rumahnya.
Di sepanjang jalan, badang tak henti-henti mengenangkan peristiwa yang berlaku siang tadi.
Sebaik-baik sampai di rumah, dai dipanggil tuannya. Tuannya berasa hairan melihatkan
badang pulang awal daripada biasa dan kelihatan gembira sekali.
Awal benar pulangmu, Badang? Bagaimana kerja-kerja menerangkan kawasan hutan yang
aku suruh kaubuat itu? tanya orang kaya itu.
Orang kaya, sudah hamba selesaikan. Dan lagi, sekarang ini semuanya sudah siap untuk
dimulakan penanaman baru.
Benarkah kata-katamu itu, Badang?
Betul, Orang Kaya! Marilah ikut hamba ke sana. Orang Kaya boleh lihat sendiri keadaan
kawasan tanah yang sudah saya terangkan.
Badang membawa Orang Kaya itu pergi ke kawasan hutan yang telah dibersihkannya.

Setibanya di sana, tuannya terpinga-pinga melihat keadaan sekeliling. Dia bagaikan tidak
mempercayai apa-apa yang di lihat di situ. Hutan tebal yang besar itu sudah menjadi
sebuah kawasan tanah lapang.
Bagaimana hutan yang begini luas boleh kamu terangkan dengan cepat, Badang? tanya
Orang Kaya kehairanan.
Hamba hanya mencabutnya, Orang Kaya, jelas Badang.
Engkau yang mencabut semua pokok ini? Aku macam tidak percaya, kata Orang Kaya
kepada Badang yang amat dia sayangi itu.
Betul, Orang kaya. Dengan kedua-dua belah tangan saya ini, saya membersihkan kawasan
hutan yang luas ini menjadi terang.
Memandangkan Orang Kaya tercengang-cengang melihat keadaan sekeliling, Badang lalu
menceritakan semula semua peristiwa yang telah berlaku. Badang menerangkan kisah dia
menangkap hantu air yang memakan ikan-ikan dalam lukahnya dan dia memakan muntah
hantu air itu untuk menjadi kuat dan gagah.
Badang lalu pergi ke sebatang pokok yang besar. Badang hanya menunjal pokok itu dengan
jari telunjuk tangan kanannya. Dengan sedikit tolakan, pokok yang besar itu tumbang dan
akarnya terbungkas.
Orang Kaya tercengang-cengang melihatkan keletah Badang itu. Dia malah bertambah
kagum apabila melihat Badang dapat mengangkat pokok yang baru tumbang itu dengan
kedua-dua belah tangannya. Dengan mudah, Badang menghumbangkan pokok di tangannya
itu ke arah longgokan pokok yang tumbang.
Orang Kaya dengan segera mendapatkan Badang lalu memuji-mujinya. Orang Kaya tidak
meragui akan kebolehkan Badang itu dan terus memuji-mujinya. Sayangnya akan Badang
semakin bertambah.
Sebelum mereka berjalan pulang, Orang kaya telah berkata, Sebagai balasan kerana
engkau berjaya menerangkan kawasan hutan ini dengan masa yang singkat, aku
merdekakan engkau mulai saat ini. Dengan itu, engkau bukan lagi hambaku.
Badang terharu mendengar ucapan Orang Kaya. Dia segera mengucapkan terima kasih dan
melahirkan perasaan hatinya yang gembira itu dengan keputusan Orang Kaya itu.
Dia melutut di hadapan Orang Kaya sambil berkata berkali-kali, Terima kasih, Orang Kaya!
Mulai saat itu, Badang dibenarkan hidup sebagai seorang yang merdeka. Kisah
kegagahannya menjadi buah mulut para penduduk di situ. Badang yang mula masyhur
namanya itu tidak pula berubah sikap. Sikapnya yang merendah diri itu telah menambat
hati ramai orang. Mentelah lagi, dia suka menghulurkan bantuan dengan melakukan kerjakerja yang berat untuk orang-orang yang datang berjumpa meminta pertolongannya.
Kegagahannya itu memudahkan dia melakukan sebarang kerja dengan pantas lagi
sempurna.

Kerajinan Badang itu mendapat ganjaran yang setimpal. Rezekinya bertambah hasil
daripada pertolongan yang dia hulurkan kepada orang ramai. Badang dapat menampung
keperluan hidupnya dengan upah pemberian orang setelah dia melakukan kerja-kerja yang
berat untuk mereka.
Nama Badang menjadi terbilang dan berita kegagahannya itu sampai pada pengetahuan
Raja Temasik, Seri Rana Wira Kerma. Baginda amat tertarik hati mendengar akan khabara
mengenai kegagahan Badang. Baginda lalu menitahkan supaya Badang datang ke istana
menghadap baginda. Baginda amat tertarik dengan perilaku dan kegagahan badang.
Baginda lalu menalntik Badang menjadi salah seorang hulubalang di istana baginda.
Tersebutlah kisah, raja bertitah kepada bendahara pada suatu hari.
Beta amat teringin makan ulam pucuk kuras. Tahukan datuk di mana ada pokok itu supaya
dapat kita ambil pucuknya?
Ampun, tuanku beribu-ribu ampun, sembah bendahara. Setahu patik, di Kuala Sayung
ada sebatang pokok kuras. Akan tetapi, pokok itu amatlah tinggi dan tidaka ada sesiapa
yang berani memanjatnya.
Sembah bendahara membuat raja diam buat beberapa ketika. Setelah itu, baginda pun
bertitah,
Apa pendapat datuk kalau kita titahkan Badang pergi mengambil pucuk kuras itu? Beta
percaya Badang yang gagah perkasa itu berani memanjat pokok kuras yang tinggi itu!
Harap diampun, tuanku. Patik berstuju dengan titah tuanku itu. Kalau begitu, izinkanlah
patik menyampaikan titah tuanku kepada pacal Badang itu supaya segera dia
melaksanakannya. Moga-moga, dia akan dapat bertolak esok hari juga untuk mengambil
pucuk pokok kuras yang Tuanku hajatkan itu, bendahara mengangkat sembah lalu
bermohon diri.
Badang pun diperintahkan menjalankan titah raja. Keesokan harinya, Badang sudah
berangkat menuju ke Kuala Sayung. Badang mendayung perahu sepanjang kira-kira lapan
depa itu menuju ke sana. Sebaik-baik dia tiba di Kuala Sayung itu, Badang memandang di
kawasan sekelilingnya. Tidak lama kemudian, dia ternampak sebatang pokok kuras. Pokok
itu amat tinggi dan puncaknya menyapu awan.
Dengan segera, Badang lalu memanjat pokok kuras itu. Sewaktu dia sampai di sebatang
dahan yang agak tinggi, dahan itu patah apabila kakinya memijaknya. Dengan tidak dia
sangka-sangka, tubuh Badang jatuh ke bawah. Sesampai di bumi, kepalanya terhempas di
atas bongkah batu yang besar di bawah pokok tersebut. Anehnya, kepala Badang tidak
cedera tetapi bongkah batu besar itu terbelah dua. Badang bingkas sambil meraba-raba
kepalanya. Menyedari kepalanya tidak cedera, Badang segera memandang ke arah batu
besar itu. Dia tersenyum kehairanan apabila mendapati batu itu terbelah dua namun
kepalanya yang terhentak di atas batu itu tidak cedera sedikit pun.

Badang segera memanjat pokok itu sekali lagi dan kali ini dia berjaya mengambil pucuk
beserta buahnya sekali.
Setelah mengambil buah dan pucuk pokok kuras itu, Badang segera bergerak pulang. Raja
sangat gembira apabila Badang mempersembahkan pucuk kuras itu. Baginda memuji-muji
Badang dan mengurniakan sepasang persalinan kepadanya.
Pada suatu waktu, Seri Rana Wira Kerma menitahkan para tukang membina sebuah perahu
besar dan setelah siap pembinaanya, baginda memitahkan agar perahu itu dilancarkan ke
laut. Pada mulanya, seramai empat puluh empat orang cuba melancarkan perahu itu ke laut.
Usaha mereka tidak berjaya. Ramai orang dikerahkan untuk menolong. Namun begitu,
perahu itu masih tidak berganjak daripada kedudukannya.
Raja yang memperhatikan peristiwa itu hanya menggeleng-gelengkan kepala baginda.
Apabila baginda melihat orang-orangnya gagal melancarkan perahu itu ke air, baginda
menitahkan Badang datang menghadap. Perintah raja itu segera dilaksanakan. Tidak lama
kemudian, Badang pun tiba. Sesudah mengatur sembah, Badang pun berjalan mendapatkan
perahu itu.
Sebaik-baik sahaja dia rapat dengan perahu itu, Badang segera mengangkat perahu itu.
Orang ramai yang melihat kelakuan Badang itu bersorak-sorai memberi semangat kepada
Badang. Raja, pembesar memuji-muji kegagahan badang itu.
Sebagai menghargai kegagahan Badang itu, raja melantiknya menjadi hulubalang diraja.
Semenjak hari itu, bertambah-tambahlagi kasih baginda akan Badang yang gagah perkasa
itu.
Kisah mengenai kegagahan Badang tersebar dari mulut ke mulut. Akhirnya, berita itu
sampai ke pengetahuan Raja Benua Keling. Kebetulan Raja Benua Keling mempunyai
seorang pahlawan yang gagah lagi perkasa. Nadi Bijaya Pikrama nama pahlawan gagah
Benua Keling itu. Kehandalan Nadi Bijaya Pikrama itu termasyhur di negerinya dan tidak
dapat oleh sesiapa pun di seluruh Benua Keling.
Mendengar akan perkhabaran tentang kegagahan Badang membuat Raja Benua Keling
hendak menghantar Nadi Bijaya Pikrama ke Singapura. Baginda hendak nadi Bijaya Pikrama
beradu kekuatan dengan Badang. Oleh yang demikian, baginda menitahkan Nadi Bijaya
Pikrama menghadap baginda.
Pergilah ke Singapura dan di sana nanti, kamu hendaklah beradu kekuatan menentang
seorang hulubalang yang gagah di negeri itu. Bawa bersama-samamu tujuh buah kapal. Jika
kamu menang, mintalah daripada Raja Singapura tujuh buah kapal, titah raja itu.
Menjunjung titah, tuanku, sembah Nadi Bijaya Pikrama.
Setelah semua persiapan dibuat, Nadi Bijaya Pikrama pun belayar dengan diiringi oleh tujuh
buah kapal. Rombongan itu disertai beberapa orang pembesar diraja dan beratus-ratus
orang anak kapal.
Setibanya di Singapura, Nadi Bijaya Pikrama pun menghadap Raja Seri Rana Wira Kerma lalu
menyatakan hajat dan tujuan kedatangannya ke Singapura. Setelah mendengar penjelasan
Nadi Bijaya Pikrama itu, Raja Seri Rana Wira Kerma segera menitahkan Badang suoaya

masuk menghadap baginda. Badang segera masuk menghadap baginda. Baginda


menitahkan perlawanan gusti antara Badang dan Nadi Bijaya Pikrama segera diadakan.
Perlawanan beradu kekuatan itu diadakan di balairung seri di hadapan raja, para pembesar
dan juga rombongan yang mengiringi Nadi Bijaya Pikrama.
Sewaktu perlawanan itu berlangsung, suasana di balairung seri menjadi hingar-biingar
dengan sorak-sorai orang-orang yang menyaksikannya. Baginda Raja Seri Rana Wira Kerma
turut teruja untuk memberikan semangat kepada Badang. Pertandingan beradu kekuatan itu
tidak berjalan dengan sekejap masa sahaja. Badang berjaya mengalahkan Nadi Bijaya
Pikrama. Kejayaan Badang itu disambut dengan gembira oleh orang-orang Singapura.
Baginda RajaSeri Rana Wira Kerma dan pembesar-pembesarnya turut berasa gembira
dengan kejayaan Badang itu. Akan tetapi, Nadi Bijaya Pikrama pula berasa tidak puas hati
dengan kekalahannya itu. Dia langsung mengangkat sembah dan memohon agar diadakan
sebuah lagi pertandingan lain bagi menentukan jaguh yang lebih gagah antara dia dan
Badang.
Raja Seri Rana Wira Kerma mempekenankan permintaan pahlawan dari Benua Keling itu.
Nadi Bijaya Pikrama lalu berkata kepada Badang, Di hadapan istana ini kita lihat ada
sebongkah batu yang sangat besar. Marilah kita beradu kekuatan dengan mengangkat batu
itu. Sesiapa yang tidak berjaya mengangkatnya dianggap kalah.
Hamba bersetuju, balas Badang.
Kedua-dua orang pehlawan itu lalu keluar ke halaman istana dengan disertai raja dan semua
yang ada di balairung seri itu. Badang meminta Nadi Bijaya Pikrama mengangkat bongkah
batu itu telebih dahulu sebaik-baik mereka tiba di luar istana.
Nadi Bijaya Pikrama lalu melangkah ke arah bongkah batu besar itu. Dengan penuh
kesungguhannya, Nadi Bijaya Pikrama cuba mengangkat batu tersebut.
Selepas dicubanya beberapa kali, akhirnya dia berjaya mengangkat batu itu . batu itu hanya
dapat dia angkat ke paras lututnya sahaja. Dia lalu menurunkan batu itu setelah dia
mendapati dia tidak dapat mengangkat batu itu lebih lama lagi.
Saya sudah berjaya mengangkat batu ini. Sekarang, giliran kamu pula mengangkatnya.
Badang hanya tersenyum lalu menghampiri batu itu. Badang dapat mengangkat batu itu
dengan kedua-dua belah tangannya tanpa mengalami sebarang masalah. Nadi Bijaya
Pikrama tidak mempercayai apa-apa yang dia lihat. Pada sangkaannya, Badang tidak akan
terdaya mengangkat batu itu dengan mudah seperti dirinya.
Setelah itu, Nadi Bijaya Pikrama terpegun apabila melihat Badang melontarkan batu itu ke
arah kuala Sungai Singapura. Batu itu jatuh di kuala suungai itu lalu membentuk sebuah
tanjung. Tempat itu kini dikenali sebagai Tanjung Singapura.
Nadi Bijaya Pikrama yang terpegun itu melopong melihat semua yang sedang berlaku.
Pembesar-pembesar negerinya juga tepegun meyaksikan kejadian itu. Raja dan orang-orang
Singapura bersorak-sorai tanda kegembiraan atas kejayaan Badang yang menakjubkan itu.
Menyedari betapa gagahnya Badang daripadanya, Nadi Bijaya Pikrama berasa amat malu.
Dia mengakui kekalahannya. Dia lalu menyerahkan ketujuh-tujuh buah kapal yang

dibawanya kepada Raja Singapura. Setelah itu, dia dan rombongan dari negeri di benua
Keling berangkat pulang dengan kecewa.
Berita kejayaan Badang menewaskan Nadi Bijaya Pikrama tersebar luas ke negeri-negeri
yang berdekatan. Tidak lama selepas itu, berita tentang kegagahan Badang masyhur sampai
kepada pengetahuan Raja Perlak. Pada masa itu, di Perlak ada seoarng pahlawan bernama
Benderang. Benderang ialah pahlawan diraja yang amat dikasihi oleh Raja Perlak.
Sewaktu berita tentang kejayaan Badang mengalahkan Nadi Bijaya Pikrama disampaikan
kepada Raja Perlak, Benderang turut berada di istana dan sedang menghadap rajanya.
Sebaik-baik sahaja mendapat khabar itu, Benderang berasa cemburu keranan orang yang
menyampaikan berita itu asyik sekali meuji-muji tentang kehebatan Badang mengalahkan
Nadi Bijaya Pikrama. Benderang lalu mengatur sembah seraya berkata, Ampun tuanku
beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Pada fikiran patik, hulubalang Raja
Singapura itu tidaklah sehebat mana pun dan patik percaya dia tidak akan dapat
menandingi kekuatan patik sendiri. Oleh itu, jika ada izin tuanku, patik mohon izin pergi ke
Singapura. Biar patik buktikan kepada tuanku yang patik jauh lebih gagah daripada hamba
Raja Singapura itu.
Mendengarkan sembah Benderang itu, Raja Perlak terdiam buat seketika. Baginda lalu
bertitah, Baiklah, Benderang. Beta perkenankan permintaan kamu itu. Beta akan titahkan
Datuk Mangkubumi Tun Perpatih Pandak untuk membuat kelengkapan bagi tujuan
pemergian kamu ke Singapura itu kelak.
Menjunjung kasih, Tuanku, sembah Benderang.
Tun Perpatih Pandak masuk menghadap lalu berdatang sembah.
Beta mahu Datuk mengiringi Benderang ke Singapura untuk beradu kekuatan dengan
Badang, hulubalang Singapura yang masyhur beritanya itu. Buatlah segala kelengkapan
bagi rombongan datu dan Benderang untuk berangkat ke sana, titah Raja Perlak.
Menjunjung titah, Tuanku! sembah Tun Perpatih Pandak.
Setelah segala kelengkapan siap, maka bertolaklah rombongan Perlak itu ke Singapura.
Berita mengenai kedatangan rombongan kerajaan Perlak itu sampai kepada pengetahuan
Raja Seri Rana Wira Kerma. Baginda menitahkan para pembesarnya menyambut rombongan
kerajaan Perlak itu. Maha Indera Bupala telah ditugaskan untuk mengetuai upacara
sambutan tetamu diraja dari seberang itu.
Sebaik-baik sahaja rombongan dari kerajaan Perlak itu tiba di pelabuhan Singapura, Maha
Indera Bupala membawa gajah diraja untuk menjemput Tun Perpatih Pandak beserta
rombongannya. Dia diiringi oleh berpuluh-puluh orang pembesar dan pengawal.
Sebaik-baik sahaja tiba di pelabuhan Singapura, Tun Perpatih Pandak lalu menyerahkan
warkah daripada baginda Raja Perlak kepada Maha Indera Bupala. Warkah itu kemudiannya
diarak ke istana untuk dipersembahkan kepada Raja Seri Rana Wira Kerma.
Rombongan dari Perlak itu diberi layanan yang sebaik-baiknya sewaktu tiba di istana.
Warkah Raja Perlak itu dibacakan kepada Raja Seri Rana Wira Kerma. Menerusi warkah itu,
Raja Perlak menyatakan hajatnya menghantar Benderang ke Singapura.

Adalah maksud adinda mengutus Benderang itu ke Singapura kerana adinda mendengar
kakanda ada seorang hulubalang yang gagah perkasa. Bolehlah kita beradu hulubalang
adinda, Benderang dengan hulubalang kakanda itu. Bunyi kandungan warkah tersebut.
Jikalah ditakdirkan Benderang kalah dalam beradu kuat dengan hulubalang kakanda,
adinda akan menghadiahkan sebuah gedung harta kepada kakanda. Sebaliknya, kalau
hulubalang kakanda itu kalah pula, kakanda hendaklah memberikan ganjaran yang serupa
kepada adinda.
Raja Seri Rana Wira Kerma hanya tersenyum mendengar pembacaan kandungan warkah itu.
Baginda lalu bertitah kepada tun Perpatih Pandak, Beta amat bersetuju dengan hajat
adinda beta, Raja Perlak itu. Eloklah kita adakan pertandingan itu pada esok hari sebab beta
percaya datuk dan datuk-datuk sekalian pasti letih dan beta usulkan agar datuk-datuk
semua beristirehatlah dahulu.
Patik sekaliannya bermohon diri dahulu, kata Tun Perpatih Pandak lalu mengangkat
sembah sebelum beredar.
Setelah itu, raja Seri Rana Wira Kerma menitahkan Badang datang menghadap baginda.
Besok, kamu beta titahkan beradu kekuatan dengan hulubalang Raja Perlak. Elok sangatlah
engaku bersiap-siap.
Mendengarkan akan perintah baginda itu, Badang lalu mengangkat sembah seraya berkata,
Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Bukanlah maskud patik mengingkari titah tuanku itu.
Pada fikiran patik, hal ini eloklah difikirkan semasak-masaknya.
Apakah sebab kamu berkata demikian, wahai Badang?
Menurut hemat patik, Benderang itu bukanlah calang-calang pahlawan. Namanya terkenal
di segenap pelosok kepulauan Melayu Kalau patik kalah beradu kekuatan dengan Benderang
sudah tentu Tuanku akan menanggung malu. Oleh itu, sebelum tuanku mengisytiharkan
pertandingan itu, patik mohon agar tuanku membenarkan patik menguji kekuatannya
terlebih dahulu. Kalau patik fikir dapat mengalahkannya, patik akan menyembahkannya
kepada Tuanku. Tuanku bolehlah mengisytiharkan pertandingan itu. Begitulah juga jika
sebaliknya yang berlaku, sembah Badang.
Usul kamu itu memang molek, tapi dengan cara apakah yang kamu hendak menguji
kekuatan Benderang itu?
Malam nanti, Tuanku undanglah orang-orang Perlak itu ke sebuah majlis. Dalam majlis itu
nanti, patik akan duduk di sebelah Benderang. Pada masa itulah nanti, patik akan menguji
kekuatannya, ujar Badang seraya mengangkat sembah.
Usul Badang itu Seri Rana Wira Kerma persetujui. Baginda mengadakan sebuah jamuan
untuk meraikan rombongan dari Perlak itu pada malam itu. Semasa jamuan sedang
berlangsung, badang duduk di sebelah Benderang.

Sewaktu para tetamu sedang menimati juadah dan menyaksikan hiburan yang disediakan,
Benderang cuba menindih pada Badang dengan lututnya. Walaupun sekuat mana
Benderang itu, dia tidak dapat menindih paha Badang dengan lama. Badang dapat
mengangkat lutut Benderang dengan mudah sekali. Sesudah itu, badang pula menindih
pada Benderang dengan lututnya. Benderang cuba sudaya upayanya untuk mengangkat
lutu Badang itu tetapi dia tidak berjaya. Semua usahanya untuk mengangkat lutut Badang
itu sia-sia sahaja. Lutut Badang tidak terangkat malah tidak dapat digerakannya sedikit pun.
Kejadian itu berlaku tanpa pengetahuan sesiapa pun dalam majlis itu kecuali Badang dan
Benderang. Daripada kejadian itu, Badang yakin yang dia dapat mengalahkan Benderang
dengan mudahnya.
Badang ini sangat kuat orangnya. Kalau aku beradu kuat dengannya sudah tentu aku akan
kalah. Ada baiknya aku tidak beradu kuat dengannya. Benderang sudah mengambil
keputusan.
Pada malam itu setelah mereka pulang ke tempat penginapan mereka, Benderang
menceritakan kejadian yang berlaku antara dia dengan Badang sewaktu dalam majlis itu
kepada tun Perpatih pandak. Benderang juga mengesyorkan agar pertandingan beradu
kekuatan antara dia dengan badang dibatalkan kerana menurutnya, dia tidak mahu
memalukan Raja Perlak dengan kekalahannya itu kelak.
Setelah rombongan Raja Perlak itu beredar, Raja Seri Rana Wira Kerma pun bertanya,
Apakah dapat engkau melawan Bernderang?
Ampun, Tuanku, sembah Badang, dengan Daulat Tuanku, dapatlah patik
mengalahkannya. Esok, tuanku adukanlah patik dengan pacal Benderang itu.
Baiklah, titah baginda lalu masuk meninggalkan majlis.
Pada keesokan harinya, setelah bersemayam di atas takhta, Tun Perpatih Pandak datang
menghadap Raja Seri Rana Wira Kerma. Pembesar Perlak itu menyembahkan niatnya hendak
membatalkan acara mengadukan Badang dengan Benderang.
Pada pendapat patik, jikalah kita adukan kedua-dua hulubalang itu, akan buruk padanya,
tuanku. Takutkan nanti terjadi selisih faham antara tuanku dengan raja patik pula, sembah
tun Perpatih Pandak.
Raja Seri Rana Wira Kerma teersenyum mendengarkan akan sembah itu. Baginda lalu
bertitah, Benar pula kata Datuk itu. Elok sangat kita batalkan niat mengadu kekuatan
antara Badang dan Benderang.
Titah Raja Seri Rana Wira Kerma itu membuat hati Tun Perpatih Pandak sangat gembira.
Benderang dengan senang hati menerima berita yang disampaikan oleh Tun Perpatih
Pandak.
Raja Seri Rana Wira Kerma menitahkan Badang dan Benderang datang menghadap baginda.
Baginda menitahkan kedua-dua hulubalang itu merentangkan batu rantai di perairan
sekeliling Singapura supaya kapal-kapal yang lalu-lalng tidak boleh masuk ke pelabuhan
sewenang-wenangnya. Kedua-duanya menjalankan titah Raja Seri Rana Wira Kerma dengan

segera.
Setelah beberapa hari di Singapura, robongan dari Perlak itu bersiap-siap untuk pulang ke
negeri mereka. Raja Seri Rana Wira Kerma telah menitahkan sepucuk warkah diraja
disediakan untuk Raja Perlak.
Pada hari yang ditetapkan, rombongan dari Perlak itu berangkat pulang. Raja Perlak
menyambut rombongan itu dengan penuh istiadat. Bagida tidak sabar-sabar hendak
mengetahui akan keputusan Benderang yang beradu kuat dengan Badang itu. Setelah
mendengar penjelasan daripada Tun Perpatih Pandak dan membaca warkah diraja utusan
Raja Singapura itu, baginda faham duduk perkara yang berlaku.
Badang terus berkhidmat kepada Raja Seri Rana Wira Kerma dengan penuh taat setianya.
Tidak berapa lama sesudah itu, Badang meninggal dunia dan dikebumikan di sebuah tempat
berana Buru. Khabar kematian badang itu sampai kepada pengetahuan Raja Benua Keling.
Baginda mengirimkan batu nisan yang khas untuk makam itu sebagai tanda penghormatan
kepada Badang yang masyhur itu.

BERUK TUNGGAL
Kononnya, ada sebuah istana terletak di tebing sebatang sungai. Rajanya
mempunyai tujuh orang puteri. Baginda amat sayang kepada Puteri
Bongsu.

Di tebing sebelah istana ada sebuah pondok buruk. Penghuninya seorang


perempuan setengah umur. Kerjanya bertani.

Perempuan itu sangat inginkan seorang anak. Pada suatu hari, dia minum
air di sebuah tempurung. Selepas itu dia mengandung lalu melahirkan
seekor beruk. Ia dinamakan Beruk Tunggal.

Setelah besar, Beruk Tunggal menolong ibunya bertani. Tahun itu padi
menjadi tetapi diserang tikus. Beruk Tunggal menangkap semua tikus
yang menyerang padinya. Kemudian dia mencari Raja Tikus. Apabila
bertemu, Raja Tikus itu diberi amaran. Raja Tikus ketakutan kerana ia
tahu Beruk Tunggal jelmaan seorang anak raja kayangan.

Hamba tidak tahu huma ini kepunyaan tuanku, kata Raja Tikus.

Padi aku sudah habis. Apakah tindakan kamu? Tanya Beruk Tunggal.

Hamba akan suruh rakyat hamba mengumpulkan butir emas, kata Raja
Tikus.

Baiklah, aku terima pemberian itu! kata Beruk Tunggal. Kemudian,


segala tikus itu datang membawa butir emas. Banyaklah emas di pondok
Beruk Tunggal.

Beruk Tunggal meminta emaknya meminang puteri raja. Emaknya pun


pergi ke istana. Raja terkejut mendengar permohonan perempuan itu.
Namun raja menyampaikan juga permohonan itu kepada ketujuh-tujuh
orang puterinya.

Kahwin dengan beruk? Tanya Puteri Sulung. Puteri yang lain turut
hairan. Hanya Puteri Bongsu yang bersopan-santun sahaja yang sanggup
menjadi isteri Beruk Tunggal.

Raja dan permaisuri kasihan kepada Puteri Bongsu. Baginda meminta


hantaran sebentuk cincin berlian. Pada fikiran raja, tentulah perempuan
miskin itu tidak berdaya menyediakannya.

Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada


malam itu, ayahanda Beruk Tunggal menghantar secupak cincin berlian.
Emak Beruk Tunggal pun mempersembahkan cincin berlian yang secupak
itu ke istana.

Dia meminta baginda memilih sebentuk cincin yang sesuai. Raja tidak
dapat mengelak. Puteri Bongsu pun dikahwinkan dengan Beruk Tunggal.

Selepas itu baginda tidak mahu mereka tinggal di istana. Puteri Bongsu
mengikut Beruk Tunggal tinggal dipondoknya. Pada malam pertama,
Puteri Bongsu menemui sarung beruk. Esoknya, Beruk Tunggal tidak
bersarung lagi. Dia bertukar menjadi seorang pemuda yang kacak.

Kekanda sebenarnya putera Raja Kayangan. Bakarlah sarung beruk itu.


Taburkan sedikit debunya di luar pondok. Pintalah sesuka hati adinda,
kata putera Raja Kayangan.

Puteri Bongsu mengikut suruhan putera raja itu. Sebentar itu juga
pondoknya bertukar menjadi istana, lengkap dengan taman yang indah.

Pengajaran :
1. Jangan mencuri hak orang lain.
2. Jangan memandang hina kepada orang miskin.
Adaptasi daripada Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. 2007. Othman Puteh dan Aripin
Said. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
D I C ATAT O L E H A LY N N D I 1 1 : 4 0 P T G

REAKS
I:
71 ULASAN:

BUNGA CENGKIH

Kononnya, disebuah negeri, raja dan sekalian rakyatnya malu untuk bercakap
kerana mulut mereka tetap berbau busuk.

Apakah wabak yang menyerang negeri ini? tanya raja.

Apabila raja dihadap oleh pembesar dan rakyatnya, semuanya diam membisu.
Mereka takut hendak bercakap kerana mulut mereka berbau busuk.

Pada suatu hari, di dalam taman larangan, puteri raja bersama dayang-dayangnya
keluar bermain-main. Mereka juga diam tidak bercakap. Mulut mereka semuanya
berbau busuk. Tiba-tiba seekor burung murai terbang dan hinggap di sepohon
bunga. Murai itu berkicau dengan rancak. Ia seolah-olah sedang bercakap dengan
tuan puteri. Puteri raja tetap membisu.

Murai itu berkicau lagi dan mematuk-matuk bunga yang ada di dahan tempat ia
berpijak.

Akhirnya puteri raja pergi ke pokok bunga itu. Bunga kecil itu diambil dan
dimakannya. Selang beberapa hari dia berbuat begitu, akhirnya bau busuk di
mulutnya hilang. Mulutnya berbau wangi pula. Sejak hari itu, puteri raja seorang
sahajalah yang tidak malu bercakap-cakap.

Raja pun bertanya akan rahsia puteri baginda itu. Perihal pokok bunga itu pun
diceritakan oleh puteri baginda. Sejak itu, baginda memerintahkan rakyatnya
menanam dan memakan bunga pokok itu.

Sejak itulah juga penyakit mulut berbau itu hilang. Semua rakyat terlalu gembira.
Mereka boleh berkata-kata dan tidaklah diam lagi.

Raja memerintahkan rakyat menanam pokok itu. Akhirnya bunga itu menjadi hasil
negeri. Bunga itu dikenali dengan nama bunga cengkih.
Pengajaran :
1. Jangan takut mencuba perkara baru.
2. Fikir selalu keajaiban ciptaan tuhan.
3. Komunikasi amat penting dalam perhubungan.
Adaptasi daripada Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. 2007. Othman Puteh dan Aripin Said. Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
D I C ATAT O L E H A LY N N D I 1 1 : 3 1 P T G

REAKS
I:
50 ULASAN:

MENGAPA BANGAU KURUS

Pada suatu hari, Raja Sulaiman memanggil semua burung datang mengadap. Semua
jenis burung hadir.

Beta ingin sampaikan berita gembira. Hari ini genaplah seratus purnama beta
memerintah. Oleh itu beta ingin beri hadiah istimewa. Kamu boelh minta apa
sahaja. Beta akan tunaikan permintaan kamu, titah Raja Sulaiman. Semua burung
berasa gembira. Ada yang bersorak-sorak. Ada yang melompat-lompat.

Bolehkan patik mendapat bulu yang cantik tuanku? Patik ingin jadi burung paling
cantik di dunia, kata merak.

Tentu boleh. Beta akan tunaikan permintaan kamu itu, titah Raja Sulaiman sambil
tersenyum.
Kamu pula hendak apa? Tanya Raja Sulaiman kepada kelicap.

Kalau boleh, patik ingin paruh yang panjang, kata kelicap.

Kenapa minta paruh yang panjang? Tanya Raja Sulaiman.

Patik suka minum madu, tuanku. Kalau paruh patik panjang, senanglah hisap
madu bunga, jawab kelicap, jawab kelicap.

Baiklah, beta akan tunaikan permintaan kamu itu, itik. Beta akan beri kamu kaki
yang lebar, jawab Raja Sulaiman.

Patik ingin sarang yang cantik, tuanku, kata tempua.

Kalau begitu, beta akan beri kamu kepandaian membuat sarang, titah baginda.

Tuanku, tubuh patik ini kecil. Kalau boleh patik mahu kepala patik berwarna putih.
Dari jauh lagi sudah dapat dilihat, pinta pipit.

Perkara itu mudah sahaja. Akan beta tunaikan, titah Raja Sulaiman lagi.

Semua burung telah meminta hajat mereka. Kini Cuma tinggal giliran bangau yang

sombong.
Pintalah segera wahai bangau. Beta pasti tunaikan, titah Raja Sulaiman.

Baiklah tuanku. Patik mahu minta makan tujuh hari sekali, kata bangau.

Apa? Boleh kamu ulang? soal Raja Sulaiman. Baginda terkejut.

Patik mahu minta makan tujuh hari sekali, kata bangau lagi.

Semua burung yang ada terkejut. Mereka hairan dengan permintaan itu. Raja
Sulaiman juga berasa ganjil. Baginda suruh bangau ulangi lagi permintaannya.
Bangau tetap berkata seperti itu juga. Akhirnya Raja Sulaiman puas hati. Baginda
akan tunaikan permintaan bangau itu.

Esoknya, bangau pergi ke tepi tasik. Ia ingin mencari ikan. Namun, seekor pun dia
tidak dapat. Pada hari ketujuh barulah dia dapat seekor.

Kenapa aku susah hendak dapat makanan? Bukankah aku minta banyak makanan
daripada baginda? Bisik bangau dalam hati. Tiba-tiba bangau teringat kembali katakatanya dahulu. Ia meminta makan tujuh hari sekali. Bukan minta makan tujuh kali
sehari.

Aku dah tersalah cakap. Patutlah semua burung hairan. Tak seekor pun tolong
betulkan cakap aku. Mungkin kerana aku sombong. Aku menyesal, kata bangau
sendirian.

Mulai hari itu bangau sukar dapat ikan. Badannya semakin kurus. Ia rasa sedih.
Kadang-kadang ia berdiri lama dalam air. Ia termenung memikirkan nasibnya.
Itulah sebabnya badan bangau kurus.

Pengajaran :
1. Jangan bersikap sombong.
2. Berfikir sebelum membuat keputusan.
3. Terimalah takdir dengan redha.
Adaptasi daripada Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. 2007. Othman Puteh dan Aripin Said. Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
D I C ATAT O L E H A LY N N D I 1 1 : 0 3 P T G

REAKS
I:
34 ULASAN:

HARIMAU GUNUNG LEDANG

Pada suatu masa, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh harimau.
Ketika harimau gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan
dibahamnya.

Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu.
Sekawan kerbau yang dijaga oleh seorang budak habis dibaham oleh
mereka. Orang kaya tuan punya kerbau itu sangat marah.

Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti semua
kerbau yang telah dibaham itu, kata orang kaya itu dengan marah.

Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak ada tempat

berlindung, kini malang pula menimpa. Dia bermenung dibawah sepohon


pokok.

Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau
itu nanti, kata seorang tua yang menjelma tiba-tiba.

Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Dia mengambil
upah menjaga sekawan kerbau kepunyaan seorang kaya yang lain.
Sampai ketikanya, seekor harimau yang besar datang. Budak itu dengan
berani pergi kepada harimau itu.

Kamu pencuri bedebah mesti diajar! kata budak itu dengan berani.
Harimau yang besar itu tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat
daripadanya.

Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau. Apabila getah itu
kering, harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga
disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Apabila getah itu kering, harimau
tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia
tidak dapat mengeluarkan kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Hari telah malam, dia memanggil
semua orang kampung datang. Orang kampung sangat hairan melihat
keberanian budak itu.
Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak bergerak,
Mulai malam ini, kamu jangan ambil binatang peliharaan orang
kampung.

Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya. Apabila


matahari memancar, getah itu pun cair. Harimau melarikan diri kerana
ketakutan. Sejak itu tiada lagi harimau datang membaham binatang
ternakan di kawasan itu.

Pengajaran :
1. Jangan menganiaya orang lain.
2. Usaha tangga kejayaan.
3. Jangan mudah putus asa.

Adaptasi daripada Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. 2007. Othman Puteh dan Aripin
Said. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
D I C ATAT O L E H A LY N N D I 1 0 : 5 5 P T G

REAKS
I:
29 ULASAN:

AHAD, 4 OKTOBER 2009

PUTERI SANTUBONG, PUTERI SEJENJANG

Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa kayangan yang
mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu.
Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat.

Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan purnama menghias
alam, bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata, yang lentik dan ekor mata seperti
seroja biru di kolam madu.

Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi suara mereka cukup
merdu seperti seruling bambu. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri
Santubong dan Puteri Sejenjang.

Kehidupan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang amat mesra sekali. Mereka
diibaratkan adik-beradik kembar. Senyuman dan kegembiraan sentiasa bermain
dibibir. Bergurau dan bersenda tidak lekang daripada keduanya. Mereka sentiasa
sepakat dan sekata. Demikianlah kehidupan yang mereka lalui setiap hari.

Sejenjang, selepas selesainya kerja kita berdua ini, kita bermain-main, mahu?
Tanya Puteri Santubong kepada Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi.
Baiklah. Tapi kita mahu main apa ya? balas Puteri Sejenjang.

Kita main sorok-sorok di taman bunga di halaman sana. Lepas itu kita petik bungabunga yang telah mekar di taman.

Yalah Santubong! Sudah lama juga kita tidak memetik bunga-bunga di taman
sana.
Menantikan saat itu, kedua-duanya meneruskan pekerjaan masing-masing hingga
selesai.

Pekerjaan Puteri Santubong dari siang hingga malam hanyalah menenun kain.
Manakala Puteri Sejenjang pula asyik dengan menumbuk padi.

Pada suatu hari, ketika Puteri Santubong leka menenun kain dan Puteri Sejenjang
asyik menumbuk padi, berbual-buallah mereka tentang kecantikan diri masingmasing. Mereka memuji-muji tentang kelebihan diri sendiri.

Sejenjang! Kau lihat tak diri aku yang serba tidak cacat ini! Dengan duduk
menenun seperti ini, aku dapat menjaga kerampingan pinggangku ini. Aku pasti
suatu hari nanti, bila anak raja sampai ke mari, dia akan melamar dan mengahwini
aku. Aduh! Betapa bahagianya di saat itu, Sejenjang? Tanya Santubong kepada
Sejenjang yang asyik menumbuk padi.

Puteri Santubong terus memuji-muji akan kecantikan dirinya. Bila aku sudah diam
di istana nanti, tentunya dayang-dayang mengelilingi aku, sambil menyikat-nyikat
rambutku yang mengurai ini. Nanti mereka akan berkata, inilah anak dewa
kayangan yang paling cantik pernah mereka temui. Saat itu akulah tuan puteri yang
paling cantik di dunia ini.

Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi mulai merasa marah dan cuba
menentang kata-kata Puteri Santubong yang menganggap dirinya sahajalah yang
paling cantik. Puteri Sejenjang menyatakan dirinya yang paling cantik dan rupawan.
Kecantikannya mengalahi paras rupa Puteri Santubong.

Tidakkah kau tahu Santubong? Dengan cara berdiri menumbuk padi begini
menjadikan tubuhku ini, kuat dan tegap. Subur menawan. Leher juga jinjang. Betis
bagaikan bunting padi.

Dengan menumbuk padi ini juga jari-jemariku halus dan lenganku ini serasa tegap
daripada engkau yang asyik bongkok menenun kain. Entah nanti, engkau cepat pula
rebah ke bumi. Takut pula anak raja itu melamar aku dahulu, balas Puteri
Sejenjang.

Mendengar kata-kata Puteri Sejenjang, Puteri Santubong enggan mengalah. Puteri


Sejenjang juga pantang menyerah. Masing-masing mahu dipuji. Akhirnya,
pertengkaran antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang semakin hangat.
Masing-masing tidak dapat mengawal perasaan mereka lagi. Pertengkaran antara
keduanya berlarutan.

Daripada nada suara yang rendah bertukar menjadi lantang sambil mencaci-caci
dan menghina antara satu dengan yang lain.

Sejenjang! Kalau asyik pegang antan, jangan harap betis kau tu akan jadi bunting
padi. Takut lemak tak berisi. Dek antan tu jugalah jari-jemari kau tu, kesat dan
kasar. Tidak seperti jari-jemariku ini yang halus serta runcing, kata Puteri
Santubong dengan bangga.

Dengan perasaan penuh dendam dan dengan amat marah, Puteri Sejenjang hilang
sabar lalu menyerang Puteri Santubong dengan antan di tangan. Ayunan pukulan
Puteri Sejenjang amat kuat dan cepat, lalu terkenalah ke pipi Puteri Santubong yang
sedang duduk menenun kain. Menjeritlah Puteri Santubong kerana kesakitan.

Puteri Santubong bertambah marah. Puteri Santubong juga tidak berdiam diri,
lantas menikam Puteri Sejenjang dengan batang belidah yang ada dalam
genggamannya. Tikaman itu tepat ke arah kepala Puteri Sejenjang dan

menembusinya. Maka menjeritlah pula Puteri Sejenjang sekuat-kuatnya akibat


kesakitan tikaman tersebut. Berakhirlah sebuah persahabatan dan persaudaraan
yang telah dijalin oleh mereka selama ini.

Kononnya akibat pergaduhan dan ayunan antan puteri Sejenjang yang terkena ke
pipi Puteri Santubong menyebabkan Gunung Santubong telah terpecah menjadi dua
seperti yang dilihat pada hari ini. Demikian juga dengan tikaman batang belidah
oleh Puteri Santubong yang mengenai tepat ke kepala Puteri Sejenjang,
menyebabkan Bukit Sejenjang pecah bertaburan menjadi pulau-ulau kecil
berhampiran Gunung Santubong.
Kisah sedih di antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya menjadi
kenangan dan ingatan rakyat Sarawak. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan
Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.
OhPuteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.
Oh
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.
Satu hari nya dua kelahi,

Beranuk anuk sik renti-renti,


Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.
Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.
Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.

Pengajaran :

1. Iri hati membawa mati.


2. Jangan sombong.

Adaptasi daripada Dewan Pelajar. Februari 1989.

D I C ATAT O L E H A LY N N D I 1 1 : 2 7 P T G

REAKS
I:
70 ULASAN:

SUMPAHAN ULAT TANAH

Hampir seminggu Tuan Peladang duduk termenung. Musim kemarau


memusnahkan tanaman diladangnya. Tanah menjadi kering-kontang. Tuan
Peladang melihat air simpanannya di dalam tempayan cuma tinggal separuh sahaja
lagi. Dia khuatir jika keadaan kemarau terus berlarutan, ini akan mengakibatkan dia
mati kehausan.
Seekor lembu kepunyaan Tuan Peladang berada di kandang. Sang Lembu gembira
kerana tidak perlu bekerja di ladang sejak musim kemarau melanda. Namun
demikian, kegembiraan lembu itu tidak lama kerana musim kemarau itu
menyebabkan rumput-rumput segar yang menjadi makanannya kering dan mati.
Kini sukar bagi Sang Lembu itu mendapatkan rumput yang segar.

Pada suatu hari Sang Lembu mengambil keputusan untuk meninggalkan Tuan
Peladang. Seboleh-bolehnya Sang Lembu ingin membuat sesuatu untuk mengubat

kesedihan Tuan Peladang. Pada suatu malam, Sang Lembu telah keluar
meninggalkan kandangnya. Sang Lembu berjalan untuk mencari sumber air. Setelah
jauh berjalan, Sang Lembu terjumpa dengan sebuah perigi. Sang Lembu berfikir,
tentulah perigi itu mempunyai air tetapi sungguh malang nasibnya kerana tiada air
di dalam perigi tersebut. Sang Lembu berasa sedih dan duduk di tepi perigi buta itu
sambil mengenangkan nasib yang bakal manimpa dirinya.

Sewaktu Sang Lembu duduk ditepi perigi itu, dia terdengar satu suara
memanggilnya.
Siapa? Sang Lembu bertanya kehairanan.

Aku, ulat tanah di dalam perigi buta ini.

Buat apa kamu di dalam perigi ini? soal Sang Lembu lagi.

Ini rumahku Sang Lembu. Sudah lama aku di sini sejak perigi ini kering airnya.

Tapi bagaimana kamu boleh hidup tanpa air di sini? cetus Sang Lembu itu.

Aku akan memberitahu kamu kenapa aku boleh hidup di sini tetapi kamu mestilah
berjanji denganku terlebih dahulu.

Cakaplah saja dan aku akan berpegang pada janji-janji kamu itu.

Aku tahu kamu dan Tuan Peladang menghadapi masalah kekurangan air. Aku
boleh tolong mengatasi masalah tersebut. Sang Lembu tertawa. Dia tidak percaya
dengan ulat tanah. Dengarlah dulu kata-kata aku ini. Janganlah mentertawakan
aku pula, marah ulat tanah.

Aku minta maaf Sang Ulat. Cakaplah aku bersedia mendengarnya.

Sebenarnya tanah di dalam perigi ini tetap lembap. Kalau digali pasti akan
mengeluarkan air. Air perigi ini akan penuh semula. Justeru itu aku boleh berikan
perigi ini kepada kamu dan Tuan Peladang. Tetapi sebagai ganjaran kamu
hendaklah menyuruh Tuan Peladang menanam tanam-tanaman seperti sayursayuran di sekitar perigi ini. Aku dan kawan-kawanku akan berpindah dari perigi ini
tetapi tidak jauh dari kawasan ini juga.

Terima kasih atas pertolongan kamu itu Sang Ulat. Tapi kenapa tuan aku mesti
menanam tanaman di kawasan perigi ini?

Itu sebagai ganjaran kepadaku. Kamu hendaklah merahsiakan perkara ini dan tidak
memberitahu sesiapa pun tentang perigi ini. Berjanjilah kamu akan menyuruh Tuan
Peladang menanam sayur-sayuran di sini.

Baiklah. Terima kasih di atas pertolongan kamu itu wahai Sang Ulat.

Ah! Perkara biasa saja. Bukankah kita hidup perlu saling tolong-menolong.

Sang Lembu pulang dengan hati yang girang. Didapatinya Tuan Peladang masih
duduk termenung. Sang Lembu terus menceritakan tentang penemuan perigi itu
kepada Tuan Peladang. Mendengarkan cerita Sang Lembu, tanpa berlengah-lengah
lagi Tuan Peladang membawa cangkul dan tangga ke perigi yang dikatakan oleh
Sang Lembu.

Tuan Peladang turun ke dalam perigi menerusi tangga yang dibawanya dan terus
mencangkul tanah di dalam perigi tersebut. Tidak berapa lama kemudian, mata air
mulai muncul di permukaan tanah.

Hati Tuan Peladang bertambah riang. Air mulai memenuhi perigi itu. Tuan Peladang
menepuk-nepuk belakang Sang Lembu yang berjasa terhadapnya. Walaupun begitu
Sang Lembu tidak memberitahu siapakah yang mengesyorkan agar Tuan Peladang
menanam sayur-sayuran di kawasan perigi itu. Tuan Peladang pula tidak banyak
soal dan bersetuju dengan pendapat Sang Lembu untuk menanam tanam-tanaman
di kawasan itu. Ini akan memudahkan lagi baginya mendapat bekalan air.

Beberapa bulan kemudian, sayur-sayuran tersebut tumbuh dengan suburnya. Tuan


Peladang berasa sangat gembira. Di samping itu, Tuan Peladang juga menperolehi
pendapatan daripada hasil menjual air. Semakin bertambah lumayan pendapatan
Tuan Peladang.
Pada suatu hari, Tuan Peladang datang ke kawasan perigi untuk memetik sayursayurannya tetapi alangkah terkejutnya Tuan Peladang apabila mendapati sayursayurannya terkorek di sana-sini. Tuan Peladang menuduh Sang Lembu memakan
dan merosakkan tanaman yang ditanamnya. Sang Lembu tidak mengaku bersalah.
Tuan Peladang semakin marah dan memukul belakang Sang Lembu sekuat-kuat
hatinya. Sang Lembu menjerit kesakitan dan terpaksalah dia berterus-terang.
Mendengarkan cerita Sang Lembu, Tuan Peladang rasa tertipu.

Tuan Peladang tidak mempercayai bahawa ulat tanah boleh membantu memberikan
air. Tuan Peladang mencari ulat tanah di merata-rata tempat. Beberapa kawasan
tanah digali oleh Tuan Peladang. Akhirnya Tuan Peladang berjumpa dengan
sekelompok ulat tanah. Tanpa membuang masa lagi, Tuan Peladang mengambil
racun lalu disemburkannya ke arah ulat-ulat tersebut. Banyaklah ulat tanah yang
menjadi korban.

Seekor ulat tanah sempat melarikan diri. Ulat tanah itu tahu Tuan Peladang tidak
berhati perut dan mengenang budi. Ulat tanah bersumpah untuk membalas
dendam. Ulat tanah tidak mahu melihat Tuan Peladang dan Sang Lembu di
kawasannya lagi. Sememangnya Sang Ulat Tanah menyimpan kemarahan yang amat
sangat.

Tiba-tiba air perigi menjadi kering kembali. Habis kesemua tanaman Tuan Peladang
terkulai layu. Tuan Peladang tersentak melihat perubahan yang mendadak itu. Dia
berasa sangat menyesal kerana membunuh ulat-ulat tanah. Sang Lembu pun turut
bersedih mengenangkan bencana yang bakal diterimanya nanti. Dari satu arah Sang
Lembu terdengar suara Sang Ulat Tanah berkata sesuatu.

Tidak semua orang itu boleh dijadikan kawan. Lebih baik hidup bersendirian dari
berdampingan dengan orang yang tak tahu mengenang budi.

Kini Sang Lembu mengerti tentang kesilapannya. Dialah yang patut disalahkan
kerana memberitahu Tuan Peladang tentang ulat tanah yang tinggal di kawasan itu.

Pengajaran :

1. Sudah terhantuk baru terngadah.

2. Janji mesti ditepati.


Adaptasi daripada Dewan Pelajar. Julai 1989.
D I C ATAT O L E H A LY N N D I 1 1 : 1 9 P T G

REAKS
I:
25 ULASAN:

PENGEMBARA YANG LAPAR

Tersebutlah kisah tiga orang sahabat, Kendi, Buyung dan Awang yang sedang
mengembara. Mereka membawa bekalan makanan seperti beras, daging, susu dan
buah-buahan. Apabila penat berjalan mereka berhenti dan memasak makanan. Jika
bertemu kampung, mereka akan singgah membeli makanan untuk dibuat bekal
dalam perjalanan.

Pada suatu hari, mereka tiba di kawasan hutan tebal. Di kawasan itu mereka tidak
bertemu dusun atau kampung. Mereka berhenti dan berehat di bawah sebatang
pokok ara yang rendang. Bekalan makanan pula telah habis. Ketiga-tiga sahabat ini
berasa sangat lapar,

Hai, kalau ada nasi sekawah, aku akan habiskan seorang, tiba-tiba Kendi
mengeluh. Dia mengurut-ngurut perutnya yang lapar. Badannya disandarkan ke
perdu pokok ara.

Kalau lapar begini, ayam panggang sepuluh ekor pun sanggup aku habiskan, kata
Buyung pula.
Janganlah kamu berdua tamak sangat dan bercakap besar pula. Aku pun lapar juga.
Bagi aku, kalau ada nasi sepinggan sudah cukup, Awang bersuara.

Kendi dan Buyung tertawa mendengar kata-kata Awang.

Dengan nasi sepinggan, mana boleh kenyang? Perut kita tersangatlah lapar! ejek
Kendi. Buyung mengangguk tanda bersetuju dengan pendapat Kendi.

Perbualan mereka didengar oleh pokok ara. Pokok itu bersimpati apabila
mendengar keluhan ketiga-tiga pengembara tersebut lalu menggugurkan tiga helai
daun.

Bubb! Kendi, Buyung dan Awang terdengar bunyi seperti benda terjatuh. Mereka
segera mencari benda tersebut dicelah-celah semak. Masing-masing menuju ke arah
yang berlainan.

Eh,ada nasi sekawah! Kendi menjerit kehairanan. Dia menghadap sekawah nasi
yang masih berwap. Tanpa berfikir panjang lalu dia menyuap nasi itu dengan
lahapnya.
Ayam panggang sepuluh ekor! Wah, sedapnya! tiba-tiba Buyung pula melaung dari
arah timur. Serta-merta meleleh air liurnya. Seleranya terbuka. Dengan pantas dia
mengambil ayam yang paling besar lalu makan dengan gelojoh.

Melihatkan Kendi dan Buyung telah mendapat makanan, Awang semakin pantas
meredah semak. Ketika Awang menyelak daun kelembak, dia ternampak sepinggan
nasi berlauk yang terhidang. Awang tersenyum dan mengucapkan syukur kerana
mendapat rezeki. Dia makan dengan tenang.

Selepas makan, Awang rasa segar. Dia berehat semula di bawah pokok ara sambil
memerhatikan Kendi dan Buyung yang sedang meratah makanannya.

Urgh! Kendi sendawa. Perutnya amat kenyang. Nasi di dalam kawah masih
banyak. Dia tidak mampu menghabiskan nasi itu. Kenapa kamu tidak habiskan
kami? tiba-tiba nasi di dalam kawah itu bertanya kepada Kendi.

Aku sudah kenyang, jawab Kendi.

Bukankah kamu telah berjanji akan menghabiskan kami sekawah? Tanya nasi itu
lagi.

Tapi perut aku sudah kenyang, jawab Kendi.


Tiba-tiba nasi itu berkumpul dan mengejar Kendi. Kawah itu menyerkup kepala
Kendi dan nasi-nasi itu menggigit tubuh Kendi. Kendi menjerit meminta tolong.

Buyung juga kekenyangan. Dia cuma dapat menghabiskan seekor ayam sahaja.
Sembilan ekor ayam lagi terbiar di tempat pemanggang. Oleh kerana terlalu banyak
makan, tekaknya berasa loya. Melihat baki ayam-ayam panggang itu, dia berasa
muak dan hendak muntah. Buyung segera mencampakkan ayam-ayam itu ke dalam
semak.
Kenapa kamu tidak habiskan kami? tiba-tiba tanya ayam-ayam panggang itu.

Aku sudah kenyang, kata Buyung. Makan sekor pun perut aku sudah muak,
katanya lagi.

Tiba-tiba muncul sembilan ekor ayam jantan dari celah-celah semak di kawasan itu.
Mereka meluru ke arah Buyung.

Ayam-ayam itu mematuk dan menggeletek tubuh Buyung. Buyung melompatlompat sambil meminta tolong.

Awang bagaikan bermimpi melihat gelagat rakan-rakannya. Kendi terpekik dan


terlolong. Buyung pula melompat-lompat dan berguling-guling di atas tanah. Awang
tidak dapat berbuat apa-apa. Dia seperti terpukau melihat kejadian itu.
Akhirnya Kendi dan Buyung mati. Tinggallah Awang seorang diri. Dia meneruskan
semula perjalanannya.
Sebelum berangkat, Awang mengambil pinggan nasi yang telah bersih. Sebutir nasi
pun tidak berbaki di dalam pinggan itu.
Pinggan ini akan mengingatkan aku supaya jangan sombong dan tamak. Makan
biarlah berpada-pada dan tidak membazir, kata Awang lalu beredar meninggalkan
tempat itu.

Pengajaran :
1. Orang tamak selalu rugi.
2. Jangan membazir.

Anda mungkin juga menyukai