Anda di halaman 1dari 3

Tajuk cerita: Si Luncai yang Bijaksana

Selamat pagi dan salam sejahtera, saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,
yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi yang
mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Si Luncai Yang
Bijaksana.
Keceloparan kerapkali mengundang bencana. Kata pepatah, cakap siang pandangpandang, cakap malam dengar-dengar. Terlajak perahu boleh dibelok, terlajak kata
buruk padahnya. Begitulah yang terjadi pada Si Luncai. Akibat kata-katanya, dia
dimurkai oleh raja.
Apa tidaknya, ketika menghadap raja, terluncur kata dari mulutnya bahawa muka raja
mirip wajah arwah bapanya. Raja yang zalim itu terasa dirinya dipersendakan. Baginya,
mukanya tidak bolehdisamakan dengan rakyat biasa apatah lagi dengan muka
arwah bapa Si Luncai yang miskin dan dipandang hina itu. Tanpa mempertimbangkan
perkara ini dengan adil dan teliti, raja pun menjatuhkan hukuman kepada Si Luncai.
Penghinaan Si Luncai mesti dibayar dengan nyawa. Oleh itu, Si Luncai dihukum mati
secara dicampakkan ke tengah laut.
Namun Si Luncai bukan anak sembarangan. Yang miskin cuma hartanya, bukan minda
dan ketangkasan fikirannya. Otaknya bergeliga dengan pelbagai taktik licik untuk
menyelesaikan masalah. Walaupun telah dihukum mati, Si Luncai tidak panik. Sebelum
dia dibawa dengan sampan untuk dicampakkan ke tengah laut, dia sempat membeli
sebiji labu besar. Sejak itu dia menangis berhiba-hiba sambil mengusap-usap labu itu.
Selang beberapa ketika, dua orang pengawal istana pun tiba untuk melaksanakan
hukuman. Mereka berdua bersedia untuk membawa Si Luncai dengan sampan untuk
dihumban ke tengah laut. Menyedari kedatangan pengawal itu, Si Luncai pun tambah
beria-ia menangis sambil membelai-belai labu airnya. Melihat telatah Si Luncai, dua
pengawal kehairanan lalu bertanya, Mengapakah kamu menangis sambil memeluklabu
ini?
Si Luncai pun menjawab, Hamba terkenangkan arwah bapa hamba, bukankah hamba
akan

berjumpanya

sebentar

lagi.

Kedua-dua pengawal berasa kasihan. Mereka pun membenarkan Si Luncai membawa


labu itu bersama dalam sampan untuk dibawa ke tengah laut. Sewaktu mereka sedang
mengayuh, Si Luncai pun memulakan strategi untuk melepaskan dirinya. Dia berkata,
Sebelum hamba mati, bolehkah tuan hamba berdua menunaikan hajat hamba?
Seorang pengawal itu menjawab, Boleh jika hajat itu tidak berat.
Si Luncai gembira seraya berkata, Memang tidak berat. Tuan hamba berdua hanya
perlu menyanyi sebuah lagu untuk hamba. Lagu apa? tanya kedua-dua pengawal
itu. Mudah sahaja, pengawal yang duduk di belakang hamba hendaklah mengulang
kata-kata yang berini, Si Luncai terjun dengan labu-labunya....manakala tuan hamba
yang di hadapan pula menjawab, biarkan, biarkan... Baiklah, jawab kedua-dua
pengawal itu tanpa mengesyaki apa-apa.

Mereka pun sama-sama menyanyi.

Si

Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan, biarkan...


Senikata itu dilagukan berulang-ulang serentak dengan kayuhan sampan. Semakin
lama semakin rancak. Setelah agak lama, kedua-dua pengawal itu semakin terleka.
Pada saat itulah Si Luncai pun terjun dari sampan untuk menyelamatkan diri. Menyedari
kejadian itu, pengawal yang di belakang segera memberitahu kawannya yang di
hadapan, Si Luncai terjun dengan labunya!
Malangnya, pengawal di hadapan terus menjawab, Biarkan, biarkan Dia
menyangka, pemberitahuan itu masih lagi sebahagian senikata lagu yang mereka
nyanyikan sebelumnya.
Setelah Si Luncai jauh berenang menyelamatkan diri, barulah pengawal dihadapan itu
menyedari kejadian sebenarnya. Tetapi apa boleh buat, Si Luncai telah berjaya
menyelamatkan diri. daripada lemas.
Apa yang boleh kita pelajari daripada kisah Si Luncai ini?

Yang pertama, kita

hendaklah menggunakan kebijaksanaan untuk mengatasi masalah.

Kedua,

kita

hendaklah berfikir panjang sebelum mengambil sesuatu tindakan. Ketiga, Kita jangan
terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan agar tidak membawa kemudaratan
kepada diri dan masyarakat.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai