Anda di halaman 1dari 5

Si Luncai Dan Labu-Labunya

Si Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja


supaya dibuang ke tengah laut. Si Luncai
dihukum kerana kesalahannya mempermain-
mainkan raja serta pembesar-pembesar baginda.
Oleh itu dia menerima hukuman itu dengan
tenang.
         Pesuruh raja pun bersiaplah membawa Si
Luncai ke dalam perahu untuk dibawa ke tengah
laut kerana Si Luncai akan dibuang ke dalam laut
itu nanti. Si Luncai telah dimasukkan ke dalam
sebuah guni dan dipikul ke pangkalan.
          Apabila sekaliannya telah siap, maka
perahu itu pun dikayuhlah ke tengah laut. Dari
dalam guni itu Si Luncai dapat melihat beberapa
biji labu air terdapat di dalam perahu. Setelah
lama mereka berkayuh, maka Si Luncai berkata;
 “Kasihan benar aku melihat kamu semua terlalu
teruk berkayuh. Mahukah kamu semua jika aku
ajarkan lagu untuk menghilangkan penat kamu
semua itu?”
      Salah seorang daripada mereka berkata;
“Diamlah kamu, sebentar lagi kamu akan
dicampakkan ke dalam laut ini”. Mendengar
kata-kata yang sedemikian itu, maka Si Luncai
pun menyanyilah. “Si Luncai terjun dengan labu-
labunya. Biarkan! Biarkan!”
      Mendengar Si Luncai menyanyi itu, pesuruh
raja itu mula tertarik dan beberapa orang
pekayuh mula menyanyi: “Si Luncai terjun
dengan labu-labunya!”

      Maka beberapa orang yang lain pun


menjawablah: “Biarkan! Biarkan!” Akhirnya
mereka menjadi dua kumpulan menyanyikan
lagu itu.

“Si Luncai terjun dengan labu-labunya!”


“Biarkan! Biarkan!”
Demikian lagu itu dinyanyikan berulang-ulang
hingga lekalah mereka semuanya.

      Melihatkan keadaan itu, maka Si Luncai pun


keluar dari guni dan dia mengisikan beberapa biji
labu ke dalam guni itu dan kemudian dia
mengambil dua biji labu yang lain lalu terjun dari
perahu itu. Si Luncai berenang ke tepian
menggunakan pelampung labu air yang dua biji
itu.

         Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh


raja pun mencampakkan guni itu ke dalam laut.
Pada mereka, matilah Si Luncai dan mereka pun
baliklah memberitahu raja akan hal itu. Tiada
siapa yang tahu bahawa Si Luncai sebenarnya
telah berenang sampai ke pantai.
         Namun dalam hatinya menyimpan dendam
yang sangat mendalam kepada raja yang zalim
dan angkuh itu. Setiap hari dia memikirkan
bagaimanakah caranya untuk membalas
dendam. Padanya, raja adil raja disembah, raja
zalim, raja disanggah. Setelah beberapa hari
lamanya, barulah Si Luncai mendapat idea.

   Pada hari yang terpilih itu, Si Luncai pun


mengenakan baju serba putih lengkap dengan
serbannya sekali. Imej yang dibinanya adalah
imej orang alim lagi warak.

     Setelah itu dia pun dengan beraninya pergi


ke istana raja. Melihat Si Luncai datang,
terkejutlah seisi istana, kerana tidak menyangka
yang Si Luncai telah ‘hidup’ kembali. Raja pun
keluar dan terjadilah pertemuan baginda dengan
Si Luncai buat kali kedua.
“Apa yang terjadi kepada kamu?” tanya baginda.
“Alhamdulillah, patik sekarang telah insaf … patik
akan menjadi orang alim. Patik tidak perlukan
apa-apa lagi dalam hidup ini.”
“Apa yang terjadi kepada kamu?”
“Patik telah sampai ke alam arwah dan bertemu
dengan arwah-arwah orang yang telah mati …
termasuk arwah ayah patik dan almarhum
ayahanda tuanku.”
“Almarhum ayahanda beta? Bagaimana
gerangannya di sana?”
“Ampun, tuanku. Almarhum sangat dukacita
kerana perbuatan tuanku.”
“Apa yang beta lakukan?”
“Entahlah, almarhum cuma berdiam diri. Katanya
baginda ingin bertemu sendiri dengan tuanku
untuk memberi nasihat,” kata Si Luncai.
“Bagaimana, bolehkah beta bertemu ayahanda
beta?”
“Masakan tidak, hamba yang hina ini pun boleh,
apalagi tuanku yang mulia.”

     Si Luncai tersenyum dalam hatinya.


Perangkapnya sudah mengena. Raja yang zalim
tapi bodoh itu akan berjaya ditipunya.
“Bagimanakah cara?” tanya raja.
“Begini … tuanku hendaklah masuk ke dalam laut
dalam peti yang dilubangi. Patik dahulu pun
begitu juga. Di dasar lautlah akan berlaku
pertemuan itu nanti.”
     Tanpa berfikir panjang, raja pun bersetuju.
Pendek cerita, raja pun dibuang ke laut di dalam
peti yang berlubang. Apalagi, air pun masuk dan
raja pun mati lemas. Si Luncai lari
menyembunyikan diri dan tidak diketahui lagi
keadaan dan nasibnya selepas itu.
Sumber
: http://1001kisah.blogspot.com/2010/11/si-
luncai-dengan-labu-labunya.html

http://genta-rasa.com/2010/05/21/biarkan-
siluncai-terjun-dengan-labu-labunya/

Nilai
     1.   Ketenangan
     2.   Kebijaksanaan
     3.   Keberanian

Pengajaran

1.   Kita hendaklah bijak menggunakan akal bagi menyelesaikan


sesuatu masalah.
2. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
kejayaan.
3.  Kita janganlah menyimpan dendam terhadap sesiapa pun kerana
ia akan menimbulkan permusuhan.

Anda mungkin juga menyukai