Anda di halaman 1dari 2

Pada zaman dahulu, terdapat seorang pemuda Bernama Si Luncai.

Dia seorang yang miskin berasal


dari negeri Indera Pat dan tinggal hujung kampung. Si Luncai begitu ingin menatap sendiri wajah
rajanya. Namun, biarpun telah beberapa kali mencuba, hasratnya gagal disebabkan wajahnya yang
buruk serta tidak mempunyai pakaian yang sesuai untuk mengadap raja.

Namun, pada suatu hari, dia berjaya juga masuk ke istana dan mengadap raja dengan menyogok
pengawal istana. Malangnya, dia ditimpa malang. Ketika menghadap raja, terluncur kata dari
mulutnya bahawa muka raja mirip wajah arwah bapanya.

Raja yang zalim itu terasa dipersendakan. Baginya, mukanya tidak sekali-kali boleh disamakan dengan

rakyat biasa, apatah lagi dengan muka arwah bapa Si Luncai yang miskin dan dipandang hina itu.

Tanpa mempertimbangkan perkara ini dengan adil dan teliti, raja pun menjatuhkan hukuman.
Penghinaan Si Luncai mesti dibayar dengan nyawa. Dan untuk itu, Si Luncai dihukum bunuh secara
dicampakkan ke tengah laut.

Pesuruh raja pun bersiaplah membawa Si Luncai ke dalam perahu untuk dibawa ke tengah laut
kerana Si Luncai akan dibuang ke dalam laut. Si Luncai telah dimasukkan ke dalam sebuah guni dan
dipikul ke pangkalan.

Apabila sekaliannya telah siap, maka perahu itu pun dikayuhlah ke tengah laut. Dari dalam guni itu Si

Luncai dapat melihat beberapa biji labu air terdapat di dalam perahu. Setelah lama mereka
berkayuh, maka Si Luncai berkata; “kasihan benar aku melihat kamu semua terlalu penat berkayuh.
Mahukah kamu semua jika aku ajarkan lagu untuk menghilangkan penat kamu semua itu?”

Salah seorang daripada mereka berkata; “Diamlah kamu, sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke
dalam laut ini”. Mendengar kata-kata yang sedemikian itu, maka Si Luncai pun menyanyilah. “Si
Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!”

Mendengar Si Luncai menyanyi itu, pesuruh raja itu mula tertarik dan beberapa orang pekayuh mula

menyanyi: “Si Luncai terjun dengan labu-labunya!” Maka beberapa orang yang lain pun
menjawablah: “Biarkan! Biarkan!” Akhirnya mereka menjadi dua kumpulan menyanyikan lagu itu.

“Si Luncai terjun dengan labu-labunya!”

“Biarkan! Biarkan!”

Demikian lagu itu dinyanyikan berulang-ulang hingga lekalah mereka semuanya.

Melihatkan keadaan itu, maka Si Luncai pun keluar dari guni dan dia mengisikan beberapa biji labu ke
dalam guni itu dan kemudian dia mengambil dua biji labu yang lain lalu terjun dari perahu itu.
Si Luncai berenang ke tepian menggunakan pelampung labu air yang dua biji itu. Apabila sampai ke
tengah laut, kumpulan pendayung di hadapan baru menyedari bahawa Si Luncai telah berjaya
melepaskan diri. Maka kembali ke darat dan mencari Si Luncai.

Anda mungkin juga menyukai