Anda di halaman 1dari 21

Si Luncai Dengan Labu-labunya

1 Kembali
Muka Surat :

Si Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja supaya dibuang ke tengah laut. Si Luncai dihukum kerana
kesalahannya mempermain-mainkan raja serta pembesar-pembesar baginda oleh itu dia menerima hukuman itu
dengan tenang.
 
Pesuruh raja pun bersiaplah membawa Si Luncai ke dalam perahu untuk dibawa ke
tengah laut kerana Si Luncai akan dibuang ke dalam laut itu nanti. Si Luncai telah
dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke pangkalan.
 
Apabila sekaliannya telah siap, maka perahu itu pun dikayuhlah ke tengah laut. Dari
dalam guni itu Si Luncai dapat melihat beberapa biji labu air terdapat di dalam
perahu. Setelah lama mereka berkayuh, maka Si Luncai berkata; “kasihan benar aku
melihat kamu semua terlalu teruk berkayuh. Mahukah kamu semua jika aku ajarkan
lagu untuk menghilangkan penat kamu semua itu?”
 
Salah seorang daripada mereka berkata; “Diamlah kamu, sebentar lagi kamu akan
dicampakkan ke dalam laut ini”. Mendengar kata-kata yang sedemikian itu, maka Si
Luncai pun menyanyilah. “Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!”
 
Mendengar Si Luncai menyanyi itu, pesuruh raja itu mula tertarik dan beberapa orang
pekayuh mula menyanyi: “Si Luncai terjun dengan labu-labunya!”
 
Maka beberapa orang yang lain pun menjawablah: “Biarkan! Biarkan!” Akhirnya
mereka menjadi dua kumpulan menyanyikan lagu itu.
 
“Si Luncai terjun dengan labu-labunya!”
 
“Biarkan! Biarkan!”

Demikian lagu itu dinyanyikan berulang-ulang hingga lekalah mereka semuanya.

Melihatkan keadaan itu, maka Si Luncai pun keluar dari guni dan dia mengisikan
beberapa biji labu ke dalam guni itu dan kemudian dia mengambil dua biji labu yang
lain lalu terjun dar perahu itu. Si Luncai berenang ke tepian menggunakan pelampung
labu air yang dua biji itu.

Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh raja pun mencampakkan guni itu ke dalam
laut. Pada mereka, matilah Si Luncai dan merka pun baliklah memberitahu raja akan
hal itu. Tiada siapa yang tahu bahawa Si Luncai sebenarnya telah berenang sampai ke
pantai.

Pak Pandir Membaiki Rumah


1 Kembali
Muka Surat :

Pak Pandir suami Mak Andih dan mereka berdua tinggal di rumah buruk. Keadaan itu menyebabkan Mak Andih
risau kerana apabila hujan air masuk melalui atap rumah mereka yang bocor. Mereka selalu basah dan
kesejukan. Mak Andih cuba memujuk Pak Pandir supaya membaiki rumah mereka.
 
“Eh, manalah saya tahu! Itu kerja tukang rumah,” kata Pak Pandir cuba berdalih. Mak Andih mendapat satu akal,
dia membuat sebatang lorong yang bermula dari rumah mereka. Lorong itu berbelit-belit merentas semak dan
belukar yang akhirnya lorong itu sampai semula ke rumah mereka.
 
Esoknya,
Mak Andih meminta Pak Pandir mencari kerja dan katanya, ada orang di
hujung kampung mencari tukang rumah. Dia hendak membaiki rumahnya
yang sudah buruk dan Mak Andih pun menyuruh Pak Pandir bekerja di sana
dan lama-lama Pak Pandir bersetuju. Maka, berjalanlah Pak Pandir mengikut
lorong itu hingga sampai ke sebuah rumah buruk.
 
Pak Pandir pun membaiki rumah itu dan bekerja dengan tekun. Dia menukar
atap yang bocor, mengganti dinding yang kopak dan memaku semula lantai
yang roboh. Sepekan dia bekerja keras, tuan rumah melayannya dengan
baik dan menghidangkan Pak Pandir makanan dan minuman.
 
Pada hari yang kelapan, rumah itu siap dibaiki dan rupanya seperti rumah
baru. Pak Pandir mendapat upah yang lumayan dan dia berlari-lari pulang.
Dia menunjukkan wang upahan kepada Mak Andih isterinya. Tiba-tiba Pak
Pandir hairan dan dia memandang ke sekeliling.
 
“Eh, Andih! Rumah kita sudah dibaiki? Siapa yang baiki? Siapa tukangnya?”
tanya Pak Pandir.
 
“Ya, bang. Rumah kita sudah pun dibaiki. Tukangnya tak lain tak bukan ialah
Pak Pandir!” jawab isterinya ketawa terkekeh-kekeh.
 
‘Apa! Saya yang membaiki rumah ini?” tanya Pak Pandir sambil menggaru
kepala. Dia pun akhirnya ikut tertawa terkekeh-kekeh.

Awang Perut Buncit


1 Kembali
Muka Surat :
Di hujung negeri Intan Saujana ada sebuah kampung kecil yang diberi nama Kampung Teluk Sabuh. Seorang
nelayan bernama Pak Laha tinggal bersama keluarga di Kampung Teluk Sabuh.
Mak laha bercucuk tanam membantu Pak Laha mencari rezeki. Mereka ada
seorang anak bernama Awang Tembam. Mereka sekeluarga hidup aman dan
damai.
 
Awang tembam tidak dapat menolong Pak Laha ke laut kerana perutnya yang
sangat buncit. Konon ceritanya, perut Awang Tembam lebih besar dari perut
perempuan yang mengandung sembilan bulan. Agaknya kerana itu la dia
dipanggil Awang Perut Buncit oleh orang kampung.
 
Kakak-kakak Awang Tembam yang membantu Mak Laha di kebun selalu
merungut
 
“Kami yang penat bekerja, Tembam pula yang makan lebih”, kata mereka.
 
Pada suatu petang, negeri Intan Saujana diserang oleh raja negeri Setampuk
Pinang. Dalam masa sehari saja, negeri Intan Saujana tewas. Namun rajanya
tidak mengaku kalah sebaliknya raja Intan Saujana mencabar Raja Setampuk
Pinang untuk beradu satu lawan satu dalam berbagai acara.
 
Malangnya semua askar-askar Intan saujana kalah di dalam semua acara yang dipertandingkan oleh askar dari
negeri Setampuk Pinang. Sekarang hanya tinggal satu acara sahaja iaitu bertanding melaga perut buncit.
 
Maka Awang Tembam pun diperintahkan ke istana. Pak Laha dan Mak
Laha menangis melepaskan Awang Tembam. Awang Tembam pun
tampil ke tengah gelanggang dan mula mencabar satu persatu
pahlawan Setampuk Pinang.
 
Dalam masa yang singkat Awang Tembam berjaya mengalahkan
semua pahlawan Setampuk Pinang dan Raja mereka pun berangkat
pulang ke negerinya dengan penuh rasa malu.
 
Maka selamatlah negeri Intan Saujana

Malang Pak Kadok


1 Kembali
Muka Surat :

Pak Kadok tinggal di negeri Chempaka Sari di mana raja negeri itu bergelar Indera Sari. Baginda cukup gemar
menyabung ayam. Pada suatu hari, Raja Indera Sari mahu adakan pesta menyabung ayam dan Pak Kadok
hendak mengambil bahagian dalam pesta itu. Penduduk sering berkata ayam sabung Pak Kadok, Biring Si Kunani
itu bertuah kerana ayam itu pasti menjadi juara. Pak Kadok membeli kertas dan menyuruh isterinya membuat
baju dan seluar untuk ke pesta itu. Walaupun Pak Kadok miskin tetapi dia tetap suka bergaya. Mak Siti Segera
menggunting baju dan seluar kertas itu. “Tak usahlah dijahit, pakai pelekat saja,” kata Pak Kadok.

Mak Siti mengikut sahaja kata suaminya itu dan selepas siap Pak Kadok pun memakai baju dan seluar kertas itu.
Di atas kepalanya Pak Kadok memakai tengkolok helang menyonsong angin. Pak Kadok nampak bergaya sekali
dan tampak kacak seperti juara yang mahir dalam hal sabung-menyabung ayam. Pak Kadok menangkap
ayamnya Biring Si Kunani dan menuju ke gelanggang raja untuk menyabng ayam dengan raja. 

Pak Kadok pun dititah mengadap sebelum bermula. Baginda bertitah, “Hai Pak Kadok, mari kita bertukar ayam.
Ambillah ayam beta ini, elok, cuba lihat romannya jalak putih mata, dan ayam Pak Kadok, Biring Si Kunani sahaja
tiada berapa tuahnya,” titah baginda pula. Pak Kadok terharu mendengar kata-kata baginda itu maka tanpa
berfikir panjang Pak Kadok pun setuju bertukar ayam dengan baginda raja. Baginda begitu gembira kerana dapat
ayam Pak Kadok kerana baginda tahu ayam itu ayam yang bertuah.
Maka titah baginda, "Hai Pak Kadok, apakah taruhnya kita menyambung
ayam ini?"

Pak Kadok pun berkata, "Ampun Tuanku patik bukanya berharta yang patik
ada cuma perkampungan patik saja. Maka jika tidak keberatan izinkan patik
gadaikan kampung untuk taruhan kali ni."

Baginda pun bersetuju dengan taruhan Pak Kadok itu. Masing-masing pun
melepaskan ayam. Bermula sabung menyabung antara

Biring Si Kunani dan Jalak


Putih dengan sengit sekali. Jalak Putih cuba untuk membalas serangan dari
Biring Si Kunani tetapi tewas juga, Jalak Putih tersungkur di tengah
gelanggang.

Melihat situasi tersebut Pak Kadok bertepuk sorak, sambil melompat-lompat.


Pak Kadok terlupa yang dia telah bertukar ayam dengan baginda tuanku dan
kerana melompat-lompat terlalu kuat, baju dan seluar kertas Pak Kadok
habis koyak-robak.

Orang ramai menjadi riuh rendah melihat Pak Kadok bertelanjang bogel di
tengah gelanggang dan kerana berasa amat malu dia terus lari pulang.

“Malang Pak Kadok, ayam menang, kampung tergadai!” baginda titah.

Mat Jenin
1 Kembali
Muka Surat :

Pada suatu pagi Mat Jenin memanjat sepuluh batang pokok kepala. Dia
sudah memetik lebih daripada lima puluh biji kelapa.
          
Semasa memanjat pokok yang kesebelas, Mat Jenin sudah mula berangan-
angan dengan upah memetik kelapa itu nanti akan dibelikannya dua puluh
biji telur ayam kampung. Setelah memetik lima biji kelapa kering daripada
pokok kelapa itu, Mat Jenin tiba-tiba terasa letih dan dia ingin berehat di atas
pokok.

Mat Jenin bertenggek di atas pelepah nyiur yang separuh kering. Dia pun
memejamkan kedua-dua belah matanya dan dia menyambung semula
angan-angannya. Telur-telur ayam yang dibeli itu akan dieramkan dan setelah membiak, ayam-ayam itu akan
dijual. Kemudian wangnya akan dibelikan beberapa ekor kambing dan setelah membiak cukup besar, kambing itu
juga akan dijual. Wangnya akan dibelikan juga beberapa ekor lembu.
 
 Mat Jenin tersenyum gembira kerana lembu-lembunya sudah membiak dan gemuk-gemuk belaka. Jika dijual
tentu wangnya dapat dibelikan beberapa ekor kuda dan kuda itu berguna untuk dijadikan tunggangan menghalau
lembu-lembu di kawasan padang rumput.
 
Pada suatu hari semasa Mat Jenin bersiar-siar menunggang kuda putihnya, dia ternampak puteri raja. Memang
sudah lama Mat Jenin berangan-angan hendak berjumpa dengan tuan puteri. Mat Jenin sungguh gembira kerana
dia dapat membawa tuan puteri menunggang kuda bersam. Tuan Puteri gembira dan meminta Mat Jenin memacu
kuda lebih pantas.
 
Mat Jenin terasa badannya terhenjut-henjut dan barulah dia merasa bagaimana sebenarnya orang menunggang
kuda. Mat Jenin tidak sedar yang dia sedang terhenjut-henjut di atas pelepah nyiur. Akibat terlalu pantas, kuda
Mat Jenin telah tersalah lompat lalu ia terperosok ke dalam perigi buta.

Pada masa itulah Mat Jenin membuka matanya dan dia mat terkejut kerana dirinya sedang melayang-layang di
udara. Mat Jenin tidak segera buntu fikiran dan dia cuba mengimbangi badan dan duduk diam di atas pelepah
nyiur yang melayang itu. Akhirnya Mat Jenin berjaya mendarat dengan kedua-dua belah kakinya tercegat.
 
Jiran-jirannya terlopong menyaksikan peristiwa itu dan Mat Jenin hanya tersenyum serta bersyukur kepada Tuhan
kerana telah selamat.

“Usaha tetap jaya, tetapi angan-angan membawa celaka,” kata jirannya setelah mendengar cerita Mat Jenin.

Sastera Rakyat

Sastera rakyat ialah kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat. Pada lazimnya, sastera rakyat merujuk kepada
kesusasteraan rakyat daripada masa lampau, yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat. Sastera
rakyat adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya dalam masyarakat Melayu
lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung.

Jenis-jenis Sastera Rakyat

Sastera rakyat merupakan satu dunia yang luas, ia merangkumi segala pengucapan indah-indah yang lahir di
kalangan, dan tidak saja merujuk kepada cerita rakyat. Secara kasarnya sastera rakyat boleh dibahagi kepada 2
kategori yang besar, iaitu sastera rakyat naratif dan sastera rakyat bukan naratif.

Sastera rakyat naratif

Sastera rakyat naratif merujuk kepada sastera rakyat yang menghuraikan suatu peristiwa. Sub-genre sastera
naratif termasuklah mitos, legenda, dan juga cerita rakyat

 
a) Mitos - Mitos merupakan cerita yang bersifat dogeng yang berfungsi untuk menerangkan asal usul kejadian
tertentu, termasuklah kejadian alam, manusia binatang dan penempatan. Pada mulanya, mitos merupakan
satu bentuk kepercayaan yang memenuhi keinginan manusia untuk mengetahui asal usul sesuatu kejadian.
b) Lagenda - Lagenda pula ialah cerita yang mengisahkan sejarah satu-satu tempat atau peristiwa zaman
zilam. Ia mungkin berkisah tentang seorang tokoh, keramat dan sebagainya. Setiap penempatan yang
bersejarah lama mempunyai legendanya sendiri. Misalnya di Langkawi, kita akan menjumpai legenda
Mahsuri dan di Melaka kita dapat menjumpai legenda Hang Tuah.
Cerita Rakyat - Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang
c) menjadi hiburan penting di masyarakat berkenaan.Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita
rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman
 

Sastera rakyat bukan naratif


Sastera rakyat bukan naratif merujuk kepada pengucapan yang indah-indah yang tidak mengandungi penceritaan
suatu peristiwa. Bentuk sastera ini sebenarnya wujud di sekeliling kita, tetapi umumnya orang ramai tidak
menyedari kewujudannya.

 
a) Peribahasa Peribahasa adalah bahasa kias yang digunakan untuk mengindahkan penuturan di kehidupan
seharian. Perkara yang termasuk dalam peribahasa termasuk perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah,
perbilangan dan kiasan.
b) Teka-teki Teka-teki adalah sastera lisan yang popular di kanak-kanak. Ia adalah soalan yang disampaikan
dengan berirama dan penuh kiasan. Fungsinya adalah untuk permainan.
c) Puisi rakyat Puisi rakyat adalah jenis puisi yang merangkumi pantun, jampi dan mantera.

Kegunaan Sastera Rakyat

Secara ringkasnya, sastera rakyat mempunyai kegunaan seperti berikut:

 
• Sebagai alat hiburan
• Sebagai alat pengajaran
• Membiasakan masyarakat menggunakan kata-kata yang indah.
• Menumbuhkan di kalangan masyarakat keupayaan menganal dan seterusnya mengapresiasi sastera.
• Menjadi dasar penciptaan karya sastera baru. Sumber Rujukan
 

Rujukan

Hashim Awang. 1985. Sastera Rakyat Malaysia. (kertas kerja.butiran lain samar-samar).
-Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

MITOS

Hikayat Merong Mahawangsa : Antara Mitos Dan Realiti


oleh: Dato' Profesor Dr. Siti Hawa bt. Haji Salleh

Dengan tujuan-tujuan yang tersebut itulah pengarang


menulis Hikayat Merong Mahawangsa untuk
menyatakan sejarah raja-raja Kedah dan keagungan
negerinya.

  Boleh dikatakan hampir di dalam tiap-tiap episod yang


dikemukakan, pengarang telah menggembelingkan
fakta-fakta sejarah dengan unsur-unsur mitos. Di
antaranya ialah dalam kisah :

i. Nabi Allah Sulaiman dan burung garuda.


ii. Raja Bersiung.
iv. Pemberontakan menentang Raja Bersiung.
iii. Perhubungan dengan Siam.
v. Raja Buluh Betung dan Puteri Seluang.
vi. Kedatangan Islam
Kisah Nabi Allah Sulaiman dan burung garuda dapat
ditinjau sekurang kurangnya dari empat sudut :

Membayangkan pengetahuan pengarang tentang cerita-cerita berkenaan


i. mukjizat nabi-nabi dan mukjizat Nabi Allah Sulaiman ialah boleh
berkata-kata dengan unggas dan haiwan.
Pengarang mencampur adukkan unsur Islam dengan unsur Hindu.
Garuda ialah unggas kenderaan Visynu. Mungkin ini merupakan
ii.
ingatan dibawah sedar pengarang kepada agama yang pernah dianuti
oleh nenek moyangnya.
Kekalahan garuda dalam pertempuran dengan Puteri Raja Cina berlaku
kerana garuda mencuba menentang kehendak Allah. Ini juga
iii.
menggambarkan kemenangan bagi unsur Islam dan kekalahan bagi
unsur Hindu.
Ini juga merupakan pengajaran kepada pembaca bahawa makhluk tidak
iv.
dapat melawan takdir.
Unsur realiti di dalam peristiwa ini ialah Nabi Allah
Sulaiman sendiri serta dengan mukjizatnya. Unsur
mitos pula muncul dalam bentuk burung garuda dan
perkahwinan Putera Raja Rom dengan Puteri Raja Cina.
Pengarang telah mencadangkan percantuman dua
kuasa besar, satu dari sebelah barat dan satu dari
sebelah timur. Peristiwa inilah penting kerana
membawa kepada pembukaan negeri Kedah yang
disebut oleh pengarang sebagai 'Langkasuka'.

Nama 'Langkasuka' yang disebutkan oleh pengarang ini


juga merupakan suatu mitos kerana Langkasuka yang
sebenar bukanlah Kedah. Kerana nama kerajaan itu
ada di dalam pengetahuan pengarang, maka nama itu
digunakan untuk menambahkan keharuman nama
Kedah. Secara kebetulan nama tersebut dapat pula
diterangkan sebagai 'alangkah suka' kerana raja dan
rakyat begitu gembira ketika membuka negeri itu.
Terbukti pengarang sendiri tidak begitu percaya mitos
rekaannya sendiri kerana dalam keseluruhan hikayat
nama 'Langkasuka' itu disebut hanya tiga kali.

Peristiwa yang dilukiskan berkenaan Raja Bersiung


pula boleh dilihat sebagai:

Lambang kezaliman raja ke atas rakyatnya. Ini menentang waadah yang


i. termaktub antara Sang Sepurba dan Demang Lebar Daun dalam Sejarah
Melayu.
Membayangkan pengetahuan pengarang tentang suatu mazhab dalam
ii. agama Budhha Tantrik yang bernama Bhairava. Di dalam mazhab ini
mengorbankan manusia merupakan sebahagian dari upacara.
Saduran dari cerita Maha Sutasoma-Jataka yang di dalamnya terdapat
iii.
kisah seorang raja yang memakan manusia.
Dari suatu sudut, pengarang menggambarkan Raja
Bersiung sebagai tidak berdaya mengendalikan
nafsunya. Tumbuhnya siung bukanlah atas kehendak
dirinya sendiri. Pengarang ingin menyelitkan
pembelaan seolah-olah Raja Bersiung tidak patut
dipersalahkan atas apa yang berlaku.

Dari sudut lain pula ternampak penilaian pengarang


dalam memilih peristiwa ini untuk dilekatkan kepada
Raja Bersiung, tidak memandangnya sebagai suatu
kezaliman. Malah beliau menganggap perbuatan
memakan manusia itu sesuatu yang ganjil dan gagah
yang harus dikagumi. Dengan ini pengarang
menyatakan bahawa rajanya adalah berasal daripada
keturunan raja yang megah dan berani. Seluruh
peristiwa ini merupakan suatu mitos untuk
merakamkan keagungan asal usul raja.

Di dalam penulisan historiografi Melayu umumnya


dasar perhubungan yang ditekankan antara raja dan
rakyat ialah taat setia, tidak mendurhaka dan tidak
zalim. Di dalam beberapa penulisan diceritakan juga
bagaimana dasar perhubungan ini telah dilanggar oleh
kedua-dua pihak, atas sebab-sebab tertentu.

Di dalam Sejarah Melayu Sang Rajuna Tapa belot


kerana dimalukan. Hang Kasturi ikut bertindak
membela rakannya yang dianiaya. Tun Beraim Bapa
dalam Hikayat Raja-Raja Pasai akhirnya tumpas
setelah tersepit dalam dilema antara mengorbankan
adik-adiknya atau mendurhaka kepada raja/ayahnya
sendiri.

Raja Bersiung di dalam Hikayat Merong Mahawangsa


mula-mula ditentang oleh Kampar yang kebal dan
dapat pula bertukar rupa menjadi babi hutan, ulat dan
harimau. Setelah menggemparkan Raja Bersiung,
Kampar sebagai harimau akhirnya lari ke hutan.

Kemudian Raja Bersiung ditentang oleh menteri-


menteri keempatnya yang mendapat sokongan dari
permaisuri sendiri. Setelah mendapati dirinya
bersendirian, Raja Bersiung terpaksa melarikan diri
dari istana.

Istilah 'durhaka' langsung tidak digunakan di dalam


hikayat ini. Pemberontakan itu terpaksa dilakukan
untuk menjaga ketenteraman negeri dan tindakan itu
hanya diambil setelah gagal dengan cara lain.
Kedaulatan raja masih dijaga dengan tidak
membenarkan beliau jatuh ke tangan rakyat yang
memburunya. Malah ia dikatakan hilang begitu sahaja
di dalam rumpun buluh betung.

Unsur realiti dalam peristiwa ini ialah masalah-masalah


yang timbul dari tabiat raja yang membawa kepada
kezaliman. Tindakan yang diambil juga mendekati
unsur realiti dari segi rasionalnya. Situasi yang timbul
begitu runcing hingga mendesak permaisuri sendiri ikut
melibatkan diri menentang raja adalah suatu situasi
yang munasabah. Raja Bersiung sendiri dan
kehilangannya di dalam buluh betung jelas bersifat
mitos.

Pengarang historiografi Melayu bukanlah pengarang


biasa untuk hanya mengemukkan sejarah negerinya.
Tanggungjawab lebih besar kerana ia juga harus
mempertahankan kedaulatan dan maruah rajanya. Hal
ini amat jelas kelihatan dalam cara pengarang
menerangkan tentang perhubungan Kedah dengan
Siam. Walaupun di beberapa tempat beliau ingin
menafikan adanya pengaruh Siam ke atas Kedah, di
tempat-tempat lain seolah-olah terdapat bayang-
bayang pengakuan yang tidak dapat dielakkan.

Nama Raja Merong Mahawangsa sendiri


memperlihatkan percampuran antara pengaruh bahasa
Thai dan bahasa Sanskrit. Di dalam nama Mahapudisat
terdapat pengaruh dari Sanskrit iaitu maha +
bhudisatva. Dari nama Kelahum lebih jelas kelihatan
pengaruh Siam kerana 'kelahum' bermaksud
kementerian pertahanan. Pengarang hikayat ini
menggunakan kelahum sebagai nama atau gelaran
kepada panglima yang mengetuai angkatan utusan ke
Kedah.

Dalam masa menulis ternyata pengarang membiarkan


karyanya berkembang dengan pengaruh-pengaruh
yang sudah sedia ada. Apa yang bersifat asing yang
dikemukakannya adalah yang sememangnya sudah
sebati dengan masyarakat ataupun yang sudah
dianggap sebagai kenyataan.
Dengan latar belakang yang demikianlah pengarang
mengemukakan teorinya sendiri tentang perkaitan
kekeluargaan yang wujud antara Raja Kedah dan Raja
Siam. Sekaligus beliau memberi penjelasan tentang
penghantaran bunga emas pada masa-masa tertentu
dari Kedah ke Siam. Apa yang dipaparkan merupakan
hasil pemikiran dan pertimbangan yang dibuat terlebih
dahulu cara penyampaianya supaya tidak tergugat
kedudukan raja yang memerintah.

Untuk menafikan suatu keadaan yang sebenarnya,


pengarang mengolah dari awal hikayat dengan
mengatakan bahawa Raja Merong Mahapudisat
mempunyai tiga orang putera dan seorang puteri.
Putera yang sulung dilepaskan untuk membuka negeri
Petani. Putera yang bongsu mewarisi takhta kerajaan
Kedah apabila Raja Merong Mahapudisat mangkat.
Diberikan juga keterangan bagaimana ketiga-tiga
negeri baru itu mendapat namanya.

Dalam perhubungan antara negeri Kedah dengan


Siam, jelas dari peringkat awal penceritaan pengarang
meletakkan landasan perhubungan itu iaitu Raja Siam
ialah kekanda sulung kepada Raja Kedah. Malah Raja
Kedah adalah adinda yang bongsu. Implikasi
kebudayaan dalam pertalian kekeluargaan ini amat
mudah difahami. Apa yang berlaku seterusnya dalam
hubungan penghantaran bunga emas adalah dilakukan
atas dasar pertalian kekeluargaan dan rasa hormat
antara yang bongsu terhadap yang sulung. Dinyatakan
apabila Raja Kedah menerima berita kekandanya Raja
Siam memperolehi seorang putera, beliau
mengerahkan supaya pihak Kedah menghantar bunga
emas sebagai tanda ikut sama meraikan keputeraan
itu. Raja Kedah dinyatakan membuat keputusan
menyampaikan hadiah itu setiap kali Raja Siam
mendapat putera. Ini menerangkan mengapa hantaran
bunga emas itu tidak dibuat tiap-tiap tahun tetapi dua
atau tiga tahun sekali.

Ketika mengemukakan keterangan ini pengarang tidak


perlu memikirkan sama ada apa yang dihuraikannya
benar atau tidak. Sebagai pengarang istana beliau
tidak bimbang tentang soal penerimaan oleh
masyarakat. Persoalan tidak akan timbul tentang
kewajaran sesuatu peristiwa kerana apa yang
dikemukakan adalah munasabah dan boleh diterima
oleh akal.

Perhubungan erat dengan Siam ditimbulkan lagi


dengan cara bersahaja apabila Kedah merujuk ke Siam
dalam kebuntuan mencari pengganti Raja Bersiung.
Suatu rombongan telah dihantar ke Siam meminta
bantuan pendapat untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Raja Siam memerintahkan ahli nujumnya
menilik cara terbaik mengatasi masalah itu.

Tidak ditimbulkan persoalan mengapa permaisuri Raja


Bersiung dan menteri keempat membuat keputusan
bertanya ke Siam kerana alasan telah termaklum.
Dibayangkan juga bahawa campur tangan Siam dalam
urusan Kedah adalah atas telah termaklum.
Dibayangkan juga bahawa campur tangan Siam dalam
urusan Kedah adalah atas permintaan dari Kedah
sendiri.
   

Asal Usul Pembukaan Negeri Melaka


1 Kembali
Muka Surat :

Raja Iskandar keluar dari Singapura apabila dikalahkan oleh Majapahit. Setelah penat berjalan baginda sampai ke
Muar, baginda tinggal di satu kawasan. Pada malam hari datanglah biawak-biawak dengan bilangan yang banyak
naik ke darat dan apabila siang hari penduduk di situ membunuh biawak tersebut kerana mengganggu kehidupan
mereka. Setelah dibunuh biawak itu, bangkai binatang di humban ke sungai. Apabila malam kembali kejadian
yang sama berlaku, biawak naik bertimbun-timbun tetapi siang hari dibunuh pulak. Begitulah siang dan malam
berlaku, maka busuklah tempat itu kerana bangkai biawak yang banyak. Oleh kerana itulah tempat itu dinamakan
Biawak Busuk.
 
Raja Iskandar Syah pun
berpindahlah dari tempat itu dan
pergi merantau mencari penempatan
baru. Setiba di satu kawasan,
baginda memerintahkan orang untuk
mendirikan kota di sana. Namun
apabila didirikan kota tersebut,
orang ramai mula berbual mengenai
perihal kota tersebut sehingga timbul
kata-kata demikian bunyinya; siang
hari menawan, malam buruk.
 
Akibatnya kota itu dinamai orang
Kota Buruk. Sekali lagi Raja Iskandar
Syah berpindah meneruskan
perjalanan sehingga tiba di Sening
Ujung. Baginda melihat tempat itu
baik, maka baginda meninggalkan
seorang menteri di sana dan kerana
itu Sening Ujung bermenteri
sehingga sekarang ini.
 
Raja Iskandar Syah pun berjalan
balik dari sana menuju ke tepi
pantai. Pada suatu hari, di sebatang sungai yang berhampiran laut, sungai Bertam namanya, baginda beristirehat
di bawah sebatang pohon kayu yang terlalu rendang.
 
Baginda pun berburu sambil memerhatikan anjingnya memburu seekor pelanduk putih. Apa yang menghairankan
baginda ialah anjing itu diterajang oleh pelanduk itu sehingga terjatuh ke dalam air sungai.
Maka baginda bertitah, “Baik tempat ini, sedang pelanduknya lagi gagah; baiklah kita berbuat negeri di sini.”
 
Maka sembah segala orang besar-besar, “Benarlah, tuanku seperti titah Duli Yang Dipertuan itu.”
 
Maka disuruh baginda membuat negeri di tempat itu. Maka Raja
Iskandar bertanya, “Apa nama kayu ini, tempat kita bersandar?”
 
Maka sembah orang, “Kayu Melaka namanya, tuanku.”
 
Baginda pun bertitah, “Jika demikian, Melakalah nama negeri ini.”
 
Maka baginda pun menetaplah di Melaka selepas menetap selama tiga
puluh dua tahun di sana kerana Majapahit telah menawan Singapura.
Selama tiga tahun di Melaka baginda pun mangkat dan kerajaan Melaka
mendapat pengganti baru iaitu anakanda Raja Iskandar Syah, Raja
Besar Muda.
 
Raja Besar Muda pun memerintahkan istiadat takhta kerajaan baginda.
Maka bermula era baru negeri Melaka. Baginda dikurniakan tiga orang
putera, seorang bernama Raden Bagus, seorang lagi bernama Raden
Tengah dan yang akhir bernama Raden Anum.

Puteri Buluh Betung


1 Kembali
Muka Surat :

Pada suatu hari Raja Muhammad pergi dengan sekalian rakyatnya menebas rimba. Di tengah rimba itu terdapat
serumpun betung yang amat tebal. Maka rakyat pun menebas betung itu, tetapi bila ditebas betung itu tumbuh
semula. Rakyat cuba tebas lagi betung itu tetapi masih keadaan masih sama. Apabila Raja Muhammad melihat
kejadian itu, baginda sendiri cuba menebas betung itu sendiri, maka habis semua betung berjaya ditebas
sehinggalah tiba ditengah betung. 
 
Baginda terlihat sebatang betung yang ditengah seperti ada
rebung seakan-akan badan manusia. Maka baginda memarang
rebung itu dan keluarlah seorang kanak-kanak perempuan yang
terlalu cantik paras rupa dan badannya. Didukungnya kanak-
kanak itu keluar dari rebung betung tadi lalu dibawa balik ke
istana baginda. Melihat baginda raja mendukung kana-kanak
perempuan, isterinya gembira bertanya pada baginda dapat
kanak-kanak ini dari mana dan siapa ibubapanya.
 
Baginda pun menjelaskan pada isterinya bahawa dia menjumpai
kanak-kanak ini ketika menebas betung di rimba bersama
sekalian rakyat. Kanak-kanak ini baginda jumpa di dalam rebung betung itu jelas baginda. Oleh kerana kanak-
kanak ini berasal dari betung maka baginda pun menamainya Puteri Betung. Baginda dan isterinya memelihara
puterinya seperti anaknya sendiri lengkap dengan pengasuh dan pakaian diraja. Semakin kasih baginda terhadap
puterinya itu, makin hari makin besar dan rupa paras makin jelita.
 
Khabar berita mengenai Raja Muhammad mendapat kanak-kanak di dalam rebung betung mendapat perhatian
kekandanya, Raja Ahmad. Maka baginda dan isterinya berangkatlah pergi untuk melihat kanak-kanak yang
diperolehi oleh adindanya itu. Setelah seharian berjalan berangkat tiba juga baginda di rumah adindanya itu.
Kedatangan baginda berdua disambut dengan hormat oleh adindanya Raja Muhammad serta isteri. Maka berbual-
buallah baginda dua beradik perihal semasa sambil menjamu sirih yang dipersembahkan kepada kekandanya.
 
Setelah itu Raja Ahmad berkata. “Hai, adinda Raja Muhammad, manakah anak tuan itu, kekanda hendak
melihat.” Maka kata Raja Muhammad, “ Hai inang pengasuh, bawalah anakku itu ke mari.”
 
Maka segeralah mak inang membawa Puteri Betung mengadap ke hadapan baginda berdua. Raja Ahmad dan isteri
begitu gembira melihat rupa paras kanak-kanak itu yang cantik jelita. Setelah puas melihat dan bercerita, Raja
Ahmad dan isterinya bermohon pulang ke istana baginda. Setelah sekian lama memerintah negeri, Raja Ahmad
berkenan membuat sebuah lagi negeri di balik rimba tempat adindanya menjumpai Puteri Betung yang
memerlukan masa seharian berjalan untuk sampai di sana. Setelah sudah negeri itu diusahakan oleh sekalian
rakyat dengan kota paritnya serta dengan istana balairungnya, maka baginda pun membuat keraian menjamu
hulubalang, segala menteri dan rakyat dengan makan-makan dan minuman.
 
Kemudian baginda dan beberapa pengikutnya pergi berburu ke dalam rimba belantara tetapi tiada seekor buruan
yang baginda perolehi. Setelah penat berjalan, baginda menemui sebuah surau di tengah rimba itu. Ada seorang
tua dalam surau itu. Raja Ahmad pun memberi salam kepada orang tua itu, maka segera disahutnya salam Raja
Ahmad itu. Baginda pun bercerita pada orang tua itu akan perihal adindanya yang menemui kanak-kanak
perempuan di dalam rebung betung.
 
Maka orang tua itu berkata, “Hai, anakku, jikalau tuan hendak akan anak, baiklah aku tunjukkan dia akan tuan.
Tunggu tuan di sini sesaat dua.” Maka baginda pun menanti dengan penuh kesabaran. Tiba-tiba dating seekor
gajah yang terlalu besar dan ada seoran kanak-kanak duduk di atas kepala gajah itu. Kanak-kanak itu dimandikan
di dalam sungai dan setelah dimandikan dalam sungai dihantar pula ke tebing sungai itu. Lalu gajah itu pula mandi
dengan sendiri di dalam sungai itu. Setelah sudah dia mandi, kanak-kanak kembali duduk atas kepala gajah tadi
dan berjalan pulang ke dalam rimba. Demikianlah kejadian yang dilihat oleh Raja Ahmad.
 
Maka orang tua itu pun berkata, “Hai orang muda hendaklah engkau muslihatkan dengan sedaya-upaya akan
kanak-kanak itu, supaya engkau peroleh akan dia.” Maka ujar Raja Ahmad, “Hamba hendak mohon kepada tuan
kembali dahulu ke negeri hamba, mana jalan keluar?” orang tua itu pun menunjukkan jalan keluar pada baginda.
 
Raja Ahmad meneruskan perjalanan pulang ke istana dan setiba di istana isterinya menyambut kepulangan
baginda dengan senyuman mesra. Raja Ahmad pun mula bercerita akan perihal kejadian yang menimpa baginda
pada isterinya di rimba belantara. Isteri baginda mendengar akan cerita suaminya itu dengan khusyuknya. Maka
isterinya pun berkata, “Hai kekanda, muslihat apa yang kanda ada untuk mendapatkan kanak-kanak itu?”. Raja
Ahmad pun menghimpunkan segala askar-askar dan menteri-menterinya ke istana. Maka bermesyuaratlah baginda
dengan mereka akan muslihat untuk mendapatkan kanak-kanak itu.
 
Pada hari yang baik, baginda dengan segala hulubalang-hulubalang pergi ke rimba pada tempat gajah
memandikan kanak-kanak itu. Setiba di sana surau dan orang tua itu tidak kelihatan lagi ghaib entah ke mana.
Maka pada esok harinya kerja-kerja untuk memasang muslihat giat dilaksanakan. Tanah-tanah dikorek menjadi
tempat persembunyian untuk mendapatkan kanak-kanak itu. Esok hari tiba la waktunya hari Jumaat. Keluarlah
gajah itu dari dalam rimba membawa kanak-kanak itu untuk memandikannya. Setelah itu kanak-kanak itu
diletakkan di tepi sungai dan gajah itu pergi ke dalam sungai untuk mandi pulak.
 
Raja Ahmad pun segera mengambil kanak-kanak itu lalu dibawanya dengan segera dari sungai itu. Apabila melihat
kanak-kanak itu diambil orang, gajah itu mengejar Raja Ahmad. Hulubalang raja cuba menyekat gajah dengan
memanah dan melontar batu-batu pada gajah itu dan akhirnya berpalinglah gajah itu terus masuk ke dalam rimba.
 
Raja Ahmad dan hulubalangnya kembali ke istana dengan kanak-kanak itu. Sampai di istana isteri baginda
menunggu di pintu istana dengan rasa gembira. Dilihatnya kanak-kanak itu dengan segera daripada suaminya,
rasa senang dan gembira terukir di wajahnya melihat rupa paras kanak-kanak itu yang baik amat. Kanak-kanak itu
pun dinamakan Merah Gajah dan masyurlah di dalam negeri itu Raja Ahmad beroleh anak dan khabar gembira itu
didengar oleh adindanya Raja Muhammad. Maka Raja Muhammad dan isterinya berangkat menuju istana
kekandanya untuk melihat kanak-kanak itu.
 
Setiba di istana kekandanya, Raja Ahmad terus menemukan adindanya dengan Merah Gajah. Sungguh gembira
dan sukanya adindanya dan isteri melihat rupa paras kanak-kanak itu. Raja Ahmad pun menceritakan hal itu
kepada adindanya dengan panjang lebar dan segala perihal yang berlaku dari mula hingga akhirnya. Maka Raja
Muhammad memohon menyembah kakandanya untuk berangkat pulang ke negerinya.
 
Tahun bersilih ganti Merah Gajah dan Puteri Betung membesar dengan rupa paras yang kacak dan jelita.
Berkahwinlah mereka berdua dan hidup bahagis keakhirnya.
 
Singapura Dilanggar Todak
1 Kembali
Muka Surat :

Mengikut cerita orang Melayu Singapura. Pada suatu hari ada seorang pedagang dan ulama dari negeri Pasai
bernama Tun Jana Khatib telah datang ke Singapura untuk melakukan kehidupan baru disamping berdagang.
Ketika di Singapura dia sangat disengani oleh rakyat Singapura kerana sikapnya yang lemah lembut dan berbudi
bahasa di samping melakukan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh penduduk-penduduk tempatan. Pada suatu
hari Tun Jana Khatib telah pergi ke Istana untuk berhadapan dengan Raja Singapura. tetapi bukannya
menghadap raja malah pergi ke sebatang pokok pinang. Pemaisuri baginda sedang melihat Tun Jana Khatib yang
sedang berdiri di sebatang pokok pinang itu. Tun Jana Khatib menerung mata lalu memegang tangan ke arah
pokok pinang. Pokok pinang terbelah dua lalu tersungkur ke tanah! Pemaisuri raja terkejut melihat keajaiban
pokok pinang itu! Kemudian Tun Jana Khatib telah pun beredar. Raja Singapura sendiri pula bertanya kepada
pemaisuri dan terkejut melihat pokok pinang yang terbelah dua. Setelah menayakan khabar bahawa itu adalah
seorang dari Pasai. Maka baginda sangat murka dan memerintahkan supaya Tun Jana Khatib ditangkap dan
dihukum bunuh di Hujung Pasar.
 
Apabila ditangkap maka dia bersumpah: "Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan kematian ini!
Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja. Dia hanya membayar harga ke atas kezaliman itu...
Dan percayalah Singapura ini akan huru hara! Akan ditimpa malapetaka yang dahsyat!"
 
Sepantas kilat petanda terus menikam sebilah keris ke arah Tun Jana Khatib! Akhirnya dia tersungkur lalu rebah
ke bumi. Ketika hendak membawa jenazah Tun Jana Khatib ke tanah perkuburan, ada yang tidak kena pada
mayat Tun Jana Khatib. Dia tiba-tiba ghaib tapi darahnya masih ada dan ke mana dia pergi? Berberapa minit
kemudian ribut petir menggemparkan Singapura dan disusuli dengan dentuman kuat! Rakyat terus lari
menyelamatkan diri dan pergi ke tempat kejadian semula. Orang ramai mula gempar darah Tun Jana Khatib tadi
telah bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk di Langkawi mula gempar kerana mayatnya telah terbaring
di tepi pantai tidak lain tak bukan itu Tun Jana Khatib. Jenazahnya kemudian dikebumikan di sebuah tanah
perkuburan yang dipanggil Makam Purba. Dan dari peristiwa itu terciptalah sebuah pantun sebagai mengenang
kesaktian Tun Jana Khatib, bunyinya:
  
Telur Itik di Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darah titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.
Pada suatu pagi di Singapura. Nelayan mula pergi ke pantai untuk menangkap ikan tetapi orang di situ mula lari ke
tengah daratan. Berberapa ekor ikan todak mula menyerang Singapura. Ramai orang di situ mula melarikan diri.
Tetapi ada yang orang yang tersungkur kerana ditikam ikan todak. Seorang demi seorang tersungkur dan ikan
todak yang banyaknya terus menyerang sana sini. Peristiwa itu turut memeranjatkan Raja Singapura kerana
bilangan rakyat yang terkorban di situ. Sepantas kilat, Raja Singapura segera mengarahkan pengawalnya
menyediakan seekor gajah tunggangan raja dan terus ke tempat kejadian. Di kawasan pantai yang banyak mayat
di situ terdampar tiada cara lain yang baginda buat. Baginda kemudian memerintahkan rakyatnya berkubukan
betis bagi menahan serangan tersebut. Namun usahanya gagal. Seorang demi seorang daripada mereka mati
ditikam oleh ikan todak. Semua orang takut dan tiada harapan lagi kerana selagi gus takut dimurkai oleh Raja
Singapura sebagai penderhaka kepada raja.
 
Maka ada seorang budak yang berusia 10 tahun yang bijaksana bernama Hang Nadim. Dia terus pergi untuk
menghadap raja yang berdiri di situ. Hang Nadim terus mengemukakan cadangan lain kepada Raja tersebut,
"Maka ada cadangan yang baik bahawa elok kita bariskan
batang pisang untuk kita jadikan kubu." Akhirnya
baginda mengarahkan orang yang ada di situ terus
meninggalkan pantai untuk mencari batang pisang untuk
dijadikan kubu. Orang yang ada di situ terus gembira
apabila titah baginda disambut dengan penuh sorakan
dan mula meninggalkan pantai. Mereka terus ke kebun
pisang untuk mencari batang pisang dan lalu dibawa ke
pantai. Beberapa jam kemudian, batang-batang pisang
yang ada di situ terus dijadikan kubu. Kubu akhirnya siap
dalam masa yang terdekat. Tidak lama kemudian
kebanyakan ekor ikan todak telah menyerang semula dan
akhirnya ikan todak telah tersangkut pada batang pisang.
Rakyat Singapura yang melihat kejadian itu disambut
dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh. Apabila
ikan todak berhenti menyerang orang ramai yang ada di
situ mula ke pantai lalu membersihkan ikan todak yang durjana itu. Singapura akhirnya bebas dari serangan ikan
todak. Baginda telah memuji kejayaan Hang Nadim menumpaskan ikan todak lalu baginda menjemput Hang Nadim
ke istana untuk penerimaan anugerah kepadanya.
 
Sementara itu di istana, akibat cemburu kebanyakkan pembesar tidak suka dengan Hang Nadim kerana
menyangka apabila dah besar nanti dia akan merampas kuasa baginda dan akan memerintah Singapura pada
suatu hari nanti. Raja Singapura telah termakan hasutan pembesarnya itu lalu mengarahkan pembesar supaya
membatalkan istiadat penganugerahan dan diganti dengan perlaksanaan hukuman bunuh. Dengan mengucap
salam ke atas ibunya, Hang Nadim mula pergi ke istana untuk menghadiri istiadat penganugerahan tetapi ada
yang tidak kena apabila pengawal istana terus menangkap Hang Nadim. Keadaan menjadi tegang apabila dia
bukannya ke balai penghadapan tetapi diseret ke tengah halaman. Tanpa berlengah masa lagi baginda
mengarahkan petanda supaya melaksanakan hukuman bunuh ke atas budak itu. Anak kecil mula menjerit
kesakitan apabila ditikam oleh sebilah keris lalu mati. Sebagai “pembelaanya” Singapura dikalahkan oleh Majapahit
sewaktu pemerintahan putra Paduka Seri Maharaja, iaitu Raja Iskandar Syah.
 

CERITA LEGENDA

Lagenda adalah cerita rakyat yang di ambil daripada peristiwa tokoh atau tempat yang benar-benar wujud tetapi
diberikan nilai tambah (tokok tambah) untuk mengukuhkan tokoh atau tempat sehingga ianya menjadi keramat
ataupun misteri. Contohnya; Puteri Gunung Ledang, Mahsuri, Tasik Cini, dan lain-lain lagi

Asal Usul Batu Punggul


1 Kembali
Muka Surat :

Pada suatu masa dahulu terdapat dua buah rumah panjang di Hulu Sungai Sepulut. Kedua-dua buah rumah ini
dipisahkan oleh sebatang sungai yang bernama Sungai Sepulut. Sungai ini merupakan perantaraan kedua-dua
buah rumah panjang berkenaan. Penduduk yang menghuni rumah panjang berkenaan terdiri daripada suku kaum
murut dan kaum ini merupakan penduduk yang terawal sekali menetap di pedalaman Sepulut.

Penduduk yang menghuni rumah panjang berkenaan terdiri daripada suku kaum murut dan kaum ini merupakan
penduduk yang terawal sekali menetap di pedalaman Sepulut. Penduduk atau penghuni di kampung ini
mengamalkan kepercayaan animisme. Mereka mempercayai kepercayaan tahyul, roh, sihir dan sebagainya.
Mereka juga mempunyai agama yang tersendiri iaitu agama ciptaan manusia seperti menyembah berhala.
mereka percaya bahawa berhala-berhala ini mempunyai kuasa dan malapetaka akan terjadi sekiranya tidak
mematuhi pantang larang yang telah dibuat oleh nenek moyang mereka terhadap batu berhala tersebut.
Contohnya jika seorang itu disumpah akan dimakan oleh buaya, maka dia pasti akan menjadi mangsa buaya
apabila turun ke sungai. Penduduk di kampung berkenaan mengamalkan pelbagai upacara yang besar-besaran
seperti upacara perkahwinan,
pengkebumian mayat dan tinauh.

Upacara ini amat dikenali dalam masyarakat murut dan ia merupakan satu bentuk penghantaran berian secara
besar-besaran yang terakhir daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan. Pada suatu hari, salah seorang
penghuni di rumah panjang berkenaan telah mengadakan majlis tinauh di tempat kediamannya. Semasa mereka
sedang bersuka ria, tiba-tiba sahaja mereka telah kehabisan kayu api dan menyebabkan apa mereka padam. Hal
berkenaan telah diadukan oleh penghuni berkenaan kepada ketua rumah panjang dan selepas bermesyuarat,
mereka pun bersetuju untuk mendapatkan bantuan api dari rumah panjang di seberang sungai berkenaan. Tetapi
malangnya penghuni rumah panjang di seberang tidak dapat menghantar api berkenaan kerana pada masa itu
Sungai Sepulut sedang banjir besar dan tidak boleh diseberangi kerana alirannya terlalu deras dan merbahaya.

Ketua rumah panjang berkenaan terus memanggil-memanggil dengan penuh harapan dan mereka mulai merasa
takut kerana hari semakin gelap. Keadaan mula menjadi sunyi sepi dan penghuni di rumah panjang yang sedang
bersuka-ria itu mula merasa cemas. Jiran mereka di seberang sungai masih dapat melihat keadaan mereka dan
ini menyebabkan mereka merasa sedih dan bersimpati. Ketua rumah panjang berkenaan kemudian memanggil
semua anak-anak buahnya dan mereka telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan apa tindakan
yang boleh diambil bagi membantu kawan-kawan mereka di seberang.
"Apa kata kalau kita mengikat sebatang kayu yang bernyala di kepala seekor anjing dan menyuruhnya berenang
ke seberang.." Tiba-tiba seorang pemuda yang agak segak dan gagah memberikan cadangannya. Semua
penduduk dirumah panjang berkenaan bersetuju sebulat suara dan mereka kemudian mendapatkan seekor anjing
dan mengikat sebatang kayu yang bernyala ke kepalanya. Anjing itu kemudiannya diarahkan oleh mereka untuk
berenang, bagaimanapun anjing berkenaan tidak sempat sampai ke seberang kerana telah hanyut dibawa arus
deras, tetapi mujurlah ia dapat menyelamatkan dirinya. Hal yang berlaku itu diangap lucu oleh para penghuni
rumah panjang tersebut lalu mereka ketawa terbahak-bahak hingga lupa masalah yang sedang mereka hadapi
kelak...!!
 
Lain pula halnya dengan jiran mereka yang sedang menanti dengan penuh harapan diseberang sungai, mereka
hanya memperhatikan dengan tenang peristiwa berkenaan dan tidak mentertawakan anjing yang malang itu
kerana takut peristiwa buruk akan menimpa mereka kelak.
 
Setelah kegagalan anjing berkenaan, mereka telah mencari ikhtiar lain. Kali ini mereka telah menggunakan seekor
ayam jantan. Mereka telah mengikat kayu yang bernyala ke seekor ayam jantan berkenaan dan mengharapkan
ayam berkenaan dapat terbang ke seberang sungai dan seterusnya memberikan bantuan api berkenaan.
 
Ayam jantan berkenaan telah diterbangkan ke seberang, bagaimanapun ayam jantan berkenaan telah jatuh ke
dalam sungai sebaik sahaja sampai di tengah-tengah sungai. Sekali lagi para penghuni rumah panjang berkenaan
tertawa terbahak-bahak melihat peristiwa lucu berkenaan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling mereka yang
semakin gelap.
 
Setelah kehabisan ikhtiar dan usaha maka penghuni dirumah panjang sedang menantikan bantuan berkenaan pun
balik ke bilik kediaman masing-masing kerana sudah tidak sanggup lagi melihat telatah jiran mereka di seberang
sungai. Bagaimanapun sebahagian daripada mereka masih meneruskan aktiviti masing-masing. Mereka telah
mengambil seekor pacat yang kebetulan berada di ruang minum tapai. Mereka meneruskan aktiviti dengan
mempermainkan pacat berkenaan iaitu memberi minum tapai, tetapi pacat berkenaan tidak mengerti perilaku
manusia kerana pacat berkenaan merupakan seekor haiwan. Aktiviti untuk memaksa pacat berkenaan minum tapai
diteruskan. Keadaan ketika itu melucukan kumpulan berkenaan sehingga meeka tidak menyedari bahawa
perbuatan tersebut boleh membawa malapetaka.
  
Tiba-tiba angin ribut muncul, hujan lebat, petir dan solah-olah peperangan dunia kedua. Keadaan menjadi huru
hara dan petanda malapetaka akan menimpa kampung sebelah.
 
 Semua penghuni rumah seberang merasa takut dan mula mendiamkan diri. didalam hati mereka telah timbul rasa
kesal yang amat sangat kerana telah melanggar adat dan pantang larang nenek moyang mereka. Dalam suasana
rasa tidak tenang, tiba-tiba mereka ternampak sesuatu berwarna hitam gelap telah jatuh dari langit dan secara
kebetulan benda tersebut jatuh tepat mengenai bumbung rumah panjang mereka.Dengan serta merta rumah
panjang mereka menjadi batu berserta dengan penghuninya sekali dan batu itu amat tinggi sekali pada masa itu.
Manakala anjing dan ayam jantan yang digunakan untuk menghantar bantuan api ke rumah panjang yang telah
bertukar menjadi batu juga telah berubah menjadi batu yang menyerupai bentuk kedua-dua jenis binatang
berkenaan. Kedua-dua batu berkenaan tersadai di tebing Sungai Sepulut.
 
Malapetaka yang menimpa rumah panjang di seberang sungai berkenaan menyebabkan rumah panjang yang
berdekatan dengan peristiwa tersebut terlibat dari pancaran sinar matahari dimana penghuninya merasa bosan
kerana batu yang menghalang pancaran matahari di sebelah rumah panjang berkenaan tidak dapat menembusi
batu berkenaan dan keadaan persekitaran rumah panjang yang tidak terlibat dengan malapetaka berkenaan dalam
keadaan gelap.
  
Setelah sepakat, keluarga rumah panjang berkenaan telah bersetuju agar tujuh orang adik beradik berkenaan
pergi ke batu berkenaan untuk menebang puncak yang menutupi pancaran matahari ke rumah panjang mereka.
Abg sulung gagal dan seterusnya, sehingga kepada yang bongsu, maka sebahagian puncak batu berkenaan dapat
di tebang dan pancaran mataharipun dapat menyinari persekitaran rumah panjang mereka. Adik yang bongsu tadi
digelar sebagai wira. Sungguhpun batu berkenaan dapat ditebang sebahagiannya, ianya masih meninggal punggul
yang masih tinggi dan sehingga kini batu berkenaan kelihatan yang masyarakat pada dahulu kala memanggilnya
"Batu Punggul" 
 

Batu Belah Batu Bertangkup


1 Kembali
Muka Surat :

Sepasang suami isteri miskin, Si Kantan dan Si Tanjung tinggal dekat Bukit Berapit Sebatu dari Pangkalan
Kampar. Mereka menyara hidup dengan mengambil upah menganyam atap nipah, bersawah, menganyam tikar,
menangkap ikan sungai dan sebagainya sehingga berjaya memiliki sebidang tanah dan sebuah rumah.
 
Pada suatu hari, mereka pergi ke pinggir hutan untuk mencari sayur. Tatkala sedang memetik daun cemperai,
mereka terdengar suara kuat yang amat menyeramkan. Si Kantan memeritahu isterinya bahawa itulah gua Batu
Belah Batu Bertangkup sebagaimana pernah diceritakan oleh datuknya. Beberapa tahun kemudian mereka
memperolehi dua orang anak, seorang Si Bunga Melur dan seorang lagi Si Pekan. Malang menimpa, Si Kantan
mati sewaktu anak-anaknya masih kecil menjadikan Si Tanjung hidup tidak keruan, dan hilang tempat
bergantung.
 
Pada suatu hari, Si Tanjung dapat mengail seekor ikan tembakul. Disuruhnya Melur merebus telur ikan itu
sementara dia pergi mandi. Apabila telur itu masak, sebahagiannya diberikan kepada Si Pekan dan sebahagian
lagi disimpan untuk ibunya. Si Pekan menangis kerana dia ingin makan lagi telur ikan bahagian ibunya sehingga
memaksa kakaknya memberikan telur itu kepadanya. Melur mendapat sebiji telur ayam untuk mengantikan telur
ikan sebagai lauk ibunya. Perbuatan Si Pekan membuatkan Si Tanjung merajuk, terkilan dan marah.
Akhirnya ia mengambil keputusan menyerahkan diri kepada Batu
Belah Batu Bertangkup walaupun dirayu belas kasihan oleh Si
Bunga Melur yang terus mengekorinya sambil mendukung Si Pekan.
Sebagai kanak-kanak, langkahnya tidak secepat ibunya. Sampai di
pintu gua batu itu, ibunya sudah ditelan oleh batu itu, Melur pun
jatuh pengsan.
 
Sewaktu pengsan, Si Bunga Melur bermimpi didatangi seorang tua
menasihatinya supaya tidak pulang lagi ke rumahnya. Sebaliknya
disuruh mengambil tujuh helai rambut ibunya yang terjulur itu
serta membawa telur ayam yang mahu dibuat lauk ibunya itu. Dia
hendaklah berjalan mengikut arah kakinya dan membakar sehelai
daripada rambut ibunya setiap kali hendak tidur. Melur mendukung
Si Pekan meredah hutan belukar dan semak samun sehingga
sampai ke rumah Dato’ Penghulu. Orang tua itu bersimpati dan
ingin memelihara mereka. Sewaktu tidur, Si Bunga Melur bermimpi didatangi orang tua yang sama menyuruh dia
meneruskan perjalanan ke kampung yang ketiga.
 
Si Bunga Melur dan adiknya Si Pekan meneruskan perjalanan sehingga tiba di Kampung Bukit Perah Lantan,
mereka menemui Tok Batin yang melayani mereka dengan baik. Malam itu Si Pekan menangis tanpa henti
walaupun dijampi Tok Batin sehinggalah dikalungkan dengan sekeping besi kuning di lehernya. Besoknya Si Bunga
Melur meneruskan perjalanan ke Kampung Bukit Kapar dan menumpang bermalam di rumah keluarga seorang
petani dan tinggal di situ beberapa malam. Petani itu menceritakan kepada Si Bunga Melur tentang kegemaran
Ratu Jayang Sakti menyabung ayam.
 
Tinggal satu kampung lagi untuk dituju. Si Bunga Melur dan adinkya meneruskan perjalanan dan tiba di Kampung
Kerayung Tamarulan, di sini mereka bertemu dengan Nenek Kebayan yang tertarik dan bersimpati dengan
penderitaan mereka berdua. Pada malam itu, Si Bunga Melur sekali lagi bermimpi didatangi orang tua yang sama.
Kali ini menyuruh Melur meletakkan telur yang dibawa itu ke dalam sangkar ayam di belakang rumah. Tujuh hari
lagi telur itu akan menetas dan peliharakanlah anak ayam itu sebaik mungkin. Orang tua itu meramalkan Si Pekan
kelak akan menjadi juara ayam tersohor dan meminta Si Bunga Melur meletakkan besi kuning kalung Si Pekan
ditaji ayam apabila hendak bersabung kelak.
 
Beberapa tahun berlalu kedua mereka telah meningkat remaja. Si Bunga Melur cantik dan pandai mengubah bunga
serta anyaman lain untuk dijual oleh Nenek Kebayan sementara Si Pekan sentiasa menang di gelanggang sabung
ayam. Kemasyurannya sampai kepada pengetahuan Ratu Jayeng Indera Sakti, raja negeri tersebut. Akhirnya Si
Pekan diundang bersabung dengan ayam raja di istana. Bertemu ayam Jalak Bukit Berapit kepunyaan Si Pekan
dengan ayam raja. Pertaruhannya, Si Pekan akan menjadi hamba raja
sekiranya kalah dan berkehendakkan makanan serta pakaian dari istana jika
menang.
 
Seperti biasa, ayam Si Pekan dapat membunuh ayam raja. Hulubalang dan
bentara diperintahkan membawakan makanan dan pakaian ke rumah Nenek
Kebayan. Di sana mereka terpandang akan kecantikan dan budi pekerti Si
Bunga Melur, kakak Si Pekan lantas apabila pulang mereka pun menyembah
maklum kepada Sang Ratu. Si Bunga Melur diperintahkan ke istana dan raja
akhirnya tertawan dengan kejelitaan dan kesantunan Si Bunga Melur. Si
Bunga Melur dikahwinkan dengan raja lalu diangkat sebagai permaisuri. Pada
suatu hari Si Bunga Melur dilihat raja bermuram durja dan sentiasa
termenung. Raja ingin tahu apa yang difikirkan oleh permaisuri baginda
apabila melihat isterinya sedemikian rupa. Akhirnya Si Bunga Melur pun
menceritakan tentang Batu Belah Batu Bertangkup yang telah menelan ibunya
itu. Rombongan raja hadir ke hadapan gua batu tersebut dan raja sendiri
memanah ke dalam gua yang menyeramkan itu. Sejak dari itu tiada terdengar lagi suara seram dan sebarang
pergerakan dari batu tersebut.

Puteri Santubong Puteri Sejinjang


1 Kembali
Muka Surat :
Cerita legenda ini berasal dari Sarawak. Boleh juga dikatakan cerita
asal usul gunung Santubong dan gunung Sejinjang yang terdapat di
Sarawak sehingga hari ini. Konon ceritanya pada zaman dahulu
kala di sebuah negeri Sarawak terdapat dua buah kampung yang
berjiran tetapi sentiasa bermusuhan; Kampung Pasir Kuning dan
Kampung Pasir Putih.

Bagi menamatkan permusuhan tersebut, Dewata Mulia Raja


mengutuskan dua orang puteri kayangan bersaudara pupu turun ke
bumi dan memimpin penduduk kampung berusaha menuju kearah
kemakmuran. Puteri Santubong memimpin Pasir Kuning, Puteri
Sejinjang pula Kampung Pasir Putih. Mereka sendiri telah bersumpah tidak akan bermusuhan sesama sendiri
dengan terikut-ikut dengan perangai penduduk yang dipimpin. Kedua-dua kampung mulai mengecap
kemakmuran. Kain tenunan Puteri Santubong begitu unik dan dapat dijual dengan harga yang mahal. Sementara
tanaman padi di Kampung jiran begitu subur dan menjadi.

Kemasyuran Kampung Pasir Kuning memikat kehadiran orang dagang,


termasuklah Putera Serapi dari Matang yang segak itu, akhirnya bercinta
dengan Puteri Santubong sementara Panglima Putih sakit hati kerana
pinangannya ditolak. Kampung Pasir Putih dibakar oleh Sang Bualang kerana
kecewa cinta ditolak Puteri Sejinjang. Puteri itu lari ke istana Puteri
Santubong, bersua Putera Serapi lalu jatuh cinta. Bibik permusuhan lantaran
cemburu telah membawa kepada perkelahiran kedua mereka. Akhirnya,
kerana langgar sumpah mereka bertukar menjadi gunung.

Mahsuri
oleh: Prof. Dr. Mohd. Isa Othman
 Kisah Mahsuri
 Zaman Perawan Mahsuri
 Tragedi Mahsuri
 Kesan Tragedi Mahsuri

Tidak banyak cerita tentang


rakyat ditulis apatah lagi
tentang sejarah seorang wanita.
Oleh itu jika muncul seorang
tokoh daripada golongan rakyat,
maka ceritanya hanya
diturunkan melalui tradisi lisan.
Ini menjadikan banyak versi dan
ada tokok tambah. Demikian
juga halnya dengan cerita
Mahsuri yang mempunyai tidak
kurang daripada 14 versi.
Bagaimanapun asas cerita, tema
dan tokoh-tokoh yang terlibat tidak banyak berbeda.

Mahsuri menjadi lagenda kerana nasib yang menimpa Langkawi


selepas peristiwa pembunuhan ke atasnya. Langkawi menjadi
pulau yang tidak aman dan tidak makmur selama tujuh keturunan.
Inilah kesan penganiayaan , cemburu dan kemarahan yang tidak
terbatas. Inilah juga kesan menghukum puteri simbol kesucian.
Nampaknya sejarah lisan mempunyai mekanisme tersendiri untuk
merasionalkan sesuatu peristiwa atau kejadian sejarah.

Tidak dapat dipastikan bilakah peristiwa Mahsuri berlaku kerana


tidak ada rekod-rekod bertulis ditemui hingga setakat ini. Kisahnya
hanya bergantung kepada sumber lisan. Ada sumber yang
menyebut peristiwa ini berlaku pada zaman Sultan Abdullah
Mukarram Shah (1778-1798). Satu lagi sumber menyatakan ianya
berlaku semasaa pemerintahan Sultan Tajuddin Halim Shah II
( 1804-45 ). Jadi peristiwa ini berlaku sekitar dua abad yang lalu.

Kisah Mahsuri

Di Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka tinggal sekeluarga tiga


beranak. Si bapa bernama Pandak Mayah, isterinya Mak Andak
Along dan seorang anak perempuan bernama Mek Yah. Keluarga
miskin ini menjalankan kegiatan pertanian sebagai sumber rezeki
iaitu berhuma, bercucuk tanam, penternakan sara diri dan mencari
barang-barang hutan. Nasib keluarga ini mula berubah selepas
Pandak Mayah mencari kerbaunya yang hilang. Semasa hujan
lebat, dia singgah berlindung di bangsal yang ditinggalkan orang.
Di situ Pandak Maya berjumpa kerak nasi yang dikatakan Maya
Padi (semangat Padi). Dalam masyarakat Melayu petani, padi
adalah simbol kemakmuran dan punca rezeki yang perlu
dihormati.Apabila Maya Padi yang berupa kerak nasi dibawa balik
kepada isterinya, Mak Andak Alang telah mencampurkan dengan
nasi yang ditanak. Memakan nasi bercampur Maya Padi ini menjadi
titik peralihan yang mengubah nasib keluarga Pandak Maya.
Rezekinya mula bertambah dan seterusnya isterinya hamil lagi.

Rezeki Pandak Maya mula melimpah selepas menjumpai burung


layang-layang di gua, di Belanga Pecah. Dia telah menjual sarang-
sarang burung tersebut kepada taukeh Cina di Pengkalan (Padang
Mat Sirat) untuk pasaran Pulau Pinang. Sarang burung layang-
layang menjadikan keluarga Pandak Maya kaya. Bagaimanapun
apabila diminta rakan-rakannya menunjukkan tempat sarang
burung tersebut, tidak dijumpai lagi. Sekali lagi cerita ini
mengambarkan kepercayaan masyarakat yang rezeki tersebut
hanya dianugerahkan untuk seseorang dan bukan untuk
perkongsian bersama. Apatah lagi kegiatan persendirian Pandak
Maya semakin meningkat penghasilannya. Ternakan dan tanaman
semakin menjadi dan pengeluaran bertambah banyak.
Cerita tentang tuah anak yang dikandung isterinya bertambah hebat apabila suatu malam ,
Pandak Maya terdengar suara ular itek (ular cinta Mani) berdekatan rumahnya. Pandak
Maya berjaya menangkap dua ekor lalu dimasak untuk hidangan keluarga. Mengikut
kepercayaan orang tua, siapa yang memakan daging itek ini akan beroleh rezeki yang
melimpah. Jelaslah dari cerita di sekitar kehamilan Mak Andak Alang, keluarganya sudah
berlimpah rezeki. Ini suatu petanda bayi bakal lahir membawa tuah.

Apabila tiba masa, Mak Andek Alang melahirkan bayi perempuan yang comel, dan
dinamakan Mahsuri. Rezeki keluarga ini semakin bertambah apabila Pandak Maya
menjumpai batu kemian yang kemudiannya dijual kepada taukeh Cina di Padang Mat Sirat.

Zaman Perawan Mahsuri

Mahsuri membesar seperti gadis-gadis yang lain tetapi kecantikannyalah yang


membezakan. Kecantikannya menjadi buah mulut orang di Langkawi. Cerita kecantikan ini
menarik minat pembesar Langkawi bergelar Dato Seri Kama Jaya untuk melihat sendiri
wajah Mahsuri. Apabila datang melawat Kampung Mawat, ternyata Dato Seri Kama Jaya
pun turut terpikat dengan kecantikan Mahsuri dan ingin menyunting sebagai isteri kedua.
Bagaimanapun hasratnya ditentang isteri bernama Mahura. Mahura dikatakan seorang
wanita yang pintar dan banyak membantu suaminya mentadbir Langkawi. Hal ini
menyebabkan Dato Seri Kama Jaya sukar untuk mengenepikan begitu sahaja isterinya.

Apabila Dato Seri Kama Jaya menyuarakan hasrat hati kepada isterinya, Mahura telah
menolak dan Dato Seri Kama Jaya terpaksa akur. Ini menunjukkan pengaruh Mahura
sangat penting dalam masyarakat tradisional. Bagi penyelesaian masalah , Mahura
mencadangkan supaya Mahsuri dipinang untuk anak lelaki mereka yang bernama Wan Mat
Deris. Wan Mat Deris dikatakan seorang anakmuda yang gagah dn pintar dalam ilmu
persilatan. Beliau dikatakan pernah terlibat dalam beberapa peperangan. Selain itu Wan Mat
Deris juga seorang pedagang muda yang berjaya dan menjalankan urus niaga dengan
Siam, Pulau Pinang serta dataran Kedah.

Tragedi Mahsuri

Perkahwinan yang diatur Mahura tidak menyelesaikan masalah kebimbangan kemerosotan


pengaruhnya ke atas suami dan penduduk Langkawi. Mahura memastikan Mahsuri tidak
menetap sebumbung tetapi terus tinggal di rumah Pandak Maya. Keluarga Pandak Maya
tidak menolak malah bersyukur kerana menantunya akan menetap bersamanya, dan dia
tidak terpisah dengan Mahsuri. Perkongsian hidup Wan Mat Deris dengan Mahsuri cukup
bahagia, dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Wan Mat Arus.

Tragedi ke atas Mahsuri bermula dengan kedatangan seorang pemuda miskin bernama
Deramang yang dikatakan berasal dari Melaka. Sesetengah sumber mengatakan asalnya
dari Sumatera. Deramang telah merantau ke Pulau Pinang, Perlis dan kemudian ke
Langkawi. Sebagai seorang celik huruf, Deramang gemar dan ahli membaca hikayat dan
syaer. Pandak Maya meminta Deramang membacakan hikayat dan syaer pada waktu
malam di rumahnya. Acara ini telah menjadikan rumah Pandak Maya sebagai tempat
tumpuan ramai. Mahsuri juga seorang peminat setia Deramang.
Sekali lagi peningkatan kepopularan Mahsuri membimbangkan pengaruh Mahura. Dia juga
bimbang populariti suaminya merosot, dan khuatir suaminya masih menyimpan hasrat ke
atas Mahsuri. Semasa Wan Mat Deris berdagang ke Siam, Mahura telah membuat tuduhan
yang Mahsuri dengan Deramang mempunyai hubungan sulit. Buktinya cincin yang dipakai
Deramang adalah hadiah pemberian Mahsuri.Sejauh mana hubungan intim Mahsuri dengan
Deramang tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Dato Seri Kama Jaya tidak menyiasat
dengan mendalam dan menolak semua alasan Mahsuri. Beliau telah menjatuhkan hukuman
bunuh ke atas Mahsuri tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Sultan Kedah.

Apabila Mahsuri ditangkap, dibawa ke Padang Hangus dan diikatkan di pokok asam jawa.
Dia diperintah dibunuh dengan rejaman tombak tetapi anehnya tombak-tombak tersebut
tidak lut ke tubuh Mahsuri. Anehnya, Mahsuri sendiri memberitahu rahsia kekebalannya
iaitu tombaknya sendiri. Apabila menggunakan tombak tersebut, darah terpancut berwarna
putih. Demikian tragedi Mahsuri yang diceritakan dalam tradisi yang dibumbui dengan
metos bagi mengambarkan protes terhadap ketidakadilan.Kesan Tragedi Mahsuri

Kesan Tragedi Mahsuri

Sebelum menghembus nafas terakhir, Mahsuri bersumpah-Langkawi tidak akan aman dan
makmur selama tujuh keturunan. Aneh kerana yang bersalah ibu mertuanya Mahura dan
bapa mertuanya Dato Seri Kama Jaya sahaja dan bukan seluruh Langkawi. Aneh lagi kerana
selepas itu sememangnya Langkawi diserang askar Siam. Mahura dan Dato Seri Kama Jaya
terbunuh. Ramai orang Langkawi ditawan dan dijadikan hamba. Bagaimanapun orang
Langkawi terus berjuang menentang penjajahan di bawah pimpinan seorang lagi anak Dato
Seri Kama Jaya iaitu Wan Mohd Ali.

Lagenda Mahsuri terus dikenang dalam pengertian pengajarannya. Kini Makam Mahsuri
telah dibina begitu rupa sebagai kompleks sejarah dan budaya. Langkawi kembali makmur
sebagai bandaraya pelancongan.

Anda mungkin juga menyukai