Anda di halaman 1dari 3

Awang Sulung Merah Muda, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Si Kembang Cina belayar menaiki kapal

layar dari Negeri Bandar Mengkalih menuju ke Negeri Semarang Jawa. Semua anak-anak kapal layar mabuk kecuali mereka bertiga.

Tuan Puteri Dayang: Si Kembang Cina, pergi panggil budak hitam itu datang ganti tempat beta. Beta amat letih. Si Kembang Cina: Oi budak hitam, datang ke mari. Tuan Puteri ingin jumpa.

Sebenarnya, Tuan Puteri ingin berdua-duaan dengan Awang Sulung. Pelayaran menjadi mudah kerana Awang Sulung mempunyai kuasa sakti. Setelah beberapa hari belayar, tuan puteri mengajak Awang Sulung berlabuh di Pulau Tapai.

Tuan Puteri: Awang, jom berlabuh di Pulau Tapai. Awang: Awak belayarlah ke mana-mana mengikut arah angin.

Setelah berlabuh, barulah anak-anak kapal sedar. Jurumudi melumurkan keris dengan darah ayam untuk meyakinkan Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang menyelamatkan kapal itu.

Jurumudi: Tuanku, sayalah yang menyelamatkan kapal itu. Buktinya, keris yang berlumuran darah itu. Tuanku Nakhoda Tua: Baiklah, sesiapa yang dapat menyelamatkan kapal layar hingga ke Pulau Jawa, saya akan kahwinkan dengan anak saya. Jurumudi: Saya akan memastikan kapal ini selamat sampai ke Pulau Jawa. Tuanku Nakhoda Tua: Baiklah, semoga awak dapat memastikan keselamatan kapal ini

Untuk menguji kehebatan Awang Sulung, Tuan Puteri meminta Awang Sulung untuk mengambil air dan kayu api.

Tuan Puteri Dayang: Awang, tolong ambilkan air. Awang: *pergi mengambil air di tengah laut*. Nah, ini dia air Tuan Puteri. Tuan Puteri: *mengambil parang*. Ambil ini dan pergi cari kayu api. Awang: *mengambilnya dan balik dengan kayu nipah* Nah, ini dia kayu api. Jurumudi: *sambil membebel*. Orang suruh dia ambil air, dia ambil air masin manakalah orang suruh dia ambil kayu api, dia pula ambil batang nipah.

Waktu kenduri.

Jurumudi: Si Kembang Cina, beri Awang Sulung sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu. Si Kembang Cina: Baiklah, tetapi kenapa awak hendak buat begini?

Sambil Si Kembang Cina membuat kerja, Tuan Puteri ternampak perbuatannya.

Tuan Puteri: *ternampak lalu memarahinya* Pergi sediakan hidangan istimewa untuk Awang Sulung. Si Kembang Cina: Baiklah Tuan Puteri. Tuan Puteri: Cuba rasa air masin itu, Si Kembang. Si Kembang Cina: Eh, mengapa pula air ini menjadi manis?

Pelayaran diteruskan. Apabila sampai di Pulau Salah Nama, mereka diserang lanun.

Lanun: Aaaahhhh!!! Serahkan semua wang kamu!

Semua orang berlari lintang pukang menyelamatkan diri masing-masing.

Tuan Puteri Dayang: Si Kembang Cina, tolong panggilkan budak hitam itu. Awang Sulung: Tangan saya sakit dan kaki saya juga sakit . Tuan Puteri Dayang: Si Kembang Cina, berikan limau selipat pagar dan sabun wangi kepada Awang Sulung.

Setelah mandi, terpancarlah rupa paras Awang Sulung yang sebenar.

Awang Sulung: Lanun, apa yang awak mahukan? Lanun: *mengigil ketakutan* Tiada apa, jangan apa-apakan saya. Sekiranya tuanku ingin pulang ke Bandar Mengkalih, akan patik isikan kapal ini penuh dengan rial batu dan emas.

Tuan Puteri yang tidak ingin berpisah dengan Awang Sulung cuba membunuh diri.

Tuan Puteri Dayang: Saya tak mahu berpisah dengan Awang. *lalu cuba terjun ke dalam laut* Awang Sulung: *berpantun* Tuan Puteri: *sedar selepas pengsan* Lanun: Kawanku, tolong isikan dinar emas ke dalam kapal tuanku ini.

Jurumudi: *kepada Tuanku Nakhoda Tua* Sayalah yang menyelamatkan kapal in sekali lagi. Tuanku Nakhoda Tua: Mualim Cik Mas, tolong nikahkan Tuan Puteri dengan jurumudi. Tuan Puteri memberitahu ayahandanya perkara sebenar. Tuan Puteri: Ayahanda, jurumudi berbohong. Sebenarnya, Awanglah yang menyelamatkan kapal kita. Tuanku Nakhoda Tua: Baiklah, pernikahan tersebut akan dibatalkan dan Awang Sulung akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang.

Pelayaran diteruskan sehinggalah sampai di negeri Pati Talak Terengganu.

Bujang Selamat: Apa halnya berlabuh di negeri kita ini? Jurubatu: Kita ini ingin mengenali adat resam orang lain di negeri lain.

Bujang Selamat berlari balik ke istananya dan rajanya menyuruhnya bertanyakan nama juragan, nakhoda , jurubatu dan jurumudinya. Setelah mendapat maklumat berikut, Bujang Selamat kemudiannya balik ke istananya.

Bujang Selamat kepada raja: Raja, nama juragannya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, nakhodanya, Tuanku Nakhoda Tua, jurubatunya anak Tiku Pariaman dan jurumudinya anak Pulau Laut.

Raja negeri itu kemudiannya mempersilakan mereka ke istananya dan diberi hidangan mewah. Alat-alat kebesaran berbunyi sendiri menyambut ketibaan Awang Sulung.

Awang Sulung: Saya ingin mendapat keizinan untuk berlaga ayam saya, iaitu Kinantan Suci.

Kinantan Suci hampir tewas tetapi diseru oleh Awang Sulung dan Kinantan Suci telah menaji lawannya sehingga mati. Setelah selesai, Awang Sulung dipersilakan naik ke istana. Semua pembesar negeri dan rakyat negeri Terengganu amat gembira dikunjungi Awang Sulung.

Narrator: Me and Kar Hong. Si Kembang Cina: Wee Siang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa: Tiong Ee Lanun/Bujang Selamat: Johnny Awang Sulung: Lincoln Tuanku Nakhoda Tua: Tommy Jurumudi/Jurubatu: Jay

Anda mungkin juga menyukai