Anda di halaman 1dari 12

PROSA TRADISIONAL PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

SET 1
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar.Mereka kenal itulah


suara Awang Sulung. “Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka
kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri kita sendiri!” bisik mereka
sesama sendiri.

“Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahwa Tuanku rupanya di dalam


geliung panjang ini,” sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang
gementar.

“Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta


menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun
beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu
dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk
Batin Alam.”

“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu.


Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar Mengkalih, biarlah patik
isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.”

Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak bersabar
lalgi lalu menyampuk, “Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang
yang serupa ini berhutang rial kepada patik? Sebenarnya dagang yang
hina inilah menjadi tawanannya.Dia seorang pahlawan yang handal.”

(Pelayaran Yang Penuh Peristiwa, Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa


dan Pustaka 2009)

i. Berikan maksud berhutang rial.

ii. Mengapakah Awang Sulung tidak memberitahu lanun-lanun itu


tentang perlayarannya?
iii. Sekiranya anda Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, apakah yang akan
anda lakukan setelah mengetahui Awang Sulung ialah penghulu kepada
lanun-lanun yang menyerang geliung panjangnya?

Iv. Pada pendapat anda, apakah keburukan tabiat berhutang? (3


markah)

Set 2
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak


tersabar lagi lalu menyampuk,
“Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini
berhutang rial kepada patik? Sebenarnya dagang yang hina inilah yang
telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang handal.”

“Kalau begitu,” kata Awang Sulung pula, “memanglah benar kata


adinda itu, kerana kakanda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang
Nuramah yang hendak merampas kekanda daripada tangan adinda
dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima,
maka memohonlah kakanda kembali ke Bandar Mengkalih.”
Oleh sebab terlalu hampa mendengarkan titah Awang Sulung itu,
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa hendak terjun ke laut, tetapi segera
dihalang oleh hulubalang yang ada di situ lalu dibawanya masuk ke
magun. Di situ Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah tidak sedarkan diri.

“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku sakat lagi puteri itu, kalau berlaku
sesuatu hal kita juga yang susah,” sembah hulubalang itu.

Kemudian Si Kembang Cina pun berpantun:

“Jangan ditebang gelenggang itu,


Pucuknya ada berjurai-jurai;
Jangan dikenang yang hilang itu,
Sudah jauh digonggong murai.”

(Dipetik daripada ’Pelayaran yang Penuh Peristiwa’ dalam antologi


Harga Remaja)

(i) Berikan maksud memohonlah kakanda kembali dalam petikan di atas.


[2 markah]

(ii) Apakah tindakan-tindakan hulubalang dalam petikan di atas? [3


markah]

(iii) Perbuatan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang mahu terjun ke laut
adalah tidak wajar. Berikan alasan anda. [3 markah]
Set 3
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi


tersedar. Sesetengahnya terpingga-pingga sambil bertanya-tanya di
manakah mereka berada sekarang, tetapi jurumudi pula apabila
tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam.
Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan
Tuanku Nakhoda Tua.

”Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk


Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin.”

Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat


membelek-belek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya,
sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh
pengsan.

Tiga hari tiga malam lamanya geliung itu berlabuh di Pulau Tapai. Anak-
anak geliung bersuka ria dengan pelbagai jamuan. Kemudian Tuanku
Nakhoda Tua berkata, ”Jikalau selamat geliung ini sampai ke Tanah
Jawa, akan kukahwinkan puteriku Dayang Seri Jawa dengan sesiapa
yang dapat menyelamatkannya.”

(Dipetik daripada ”Pelayaran Yang Penuh Peristiwa” dalam antologi


Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata patiklah yang memeliharakan geliung ini
berdasarkan petikan di atas?
[2 markah]

(ii) Apakah yang dilakukan oleh jurumudi setelah tersedar daripada


pengsan? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, selain mengahwinkan puterinya, apakah
perkara lain yang boleh dilakukan oleh Tuanku Nakhoda Tua untuk
menghargai jasa orang yang membantu geliung mereka sampai ke
Tanah Jawa?
[3 markah]

Set 4
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah
suara Awang Sulung, “Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka
kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri kita sendiri!” bisik mereka
sesama sendiri.

“Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam


geliung panjang ini,” sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang
gementar.

“Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta


menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun
beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu
dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk
Batin Alam.”

“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu.


Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar Mengkalih, biarlah patik
isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.”

(Dipetik daripada cerita “Pelayaran yang Penuh Perisitiwa” dalam


antalogi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka).
(i) Apakah maksud rangkai kata isikan geliung ini penuh sarat? (2 m)

(ii) Mengapakah Awang Sulung tidak menghebahkan tentang


pelayarannya? Nyatakan tiga sebab beliau berbuat demikian
berdasarkan petikan di atas. (3m)

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah lanun-lanun begitu


menghormati Awang Sulung? Berikan tiga sebab. (3 m)

Set 5
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta


menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun
beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu
dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta pada kepada
Datuk Batin Alam.”

“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu.


Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar Mengkalih, biarlah patik
isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.”

Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak tersabar
lagi lalu menyampuk, “Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang
yang serupa ini berhutang rial kepada patik? Sebenarnya dagang yang
hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang
handal.”

“Kalau begitu,” kata Awang Sulung pula, “memanglah benar kata


adinda, kerana kakanda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang
Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan adinda
dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima,
maka memohonlah kakanda kembali ke Bandar Mengkalih.”

(Dipetik daripada ‘Pelayaran yang Penuh Peristiwa’ dalam antalogi


Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka).

(i) Siapakah “adinda” dalam petikan tersebut? (2 m)

(i) Nyatakan tiga alasan Awang Sulung ingin kembali ke Bandar


Mengkalih. (3 m)

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah rakyat perlu mentaati sultan? (3


m)

Set 6
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebaik-baik sauh diangkat Tuanku Nakhoda Tua memerintahkan semua


anak geliungnya berhimpun.
“Beta panggil kalian kerana sekarang geliung kita akan meredah
kawasan Laut Sekona Lingga. Kawasan ini penuh dengan bajak-bajak
laut dengan ketua masing-masing; Sekona Lingga, Panglima Helang Laut,
Panglima Kecil Muda Teruna, Panglima Kecil Muda Suara. Seperti yang
beta sudah janjikan, barang siapa dapat menyelamatkan beta dan
puteri beta daripada serangan bajak laut ini ia akan beta kahwinkan
dengan puteri beta ini.”

Seluruh isi geliung terpegun mendengarnya, kecut perut rasanya


mendengar banyaknya lanun di laut itu, tetapi jurumudi
menyahut,”Ampun Tuanku, patiklah yang akan melawan bajak laut itu
semuanya.”
Apabila melintasi perairan Pulau Salah Nama, keluarlah kumpulan lanun
datang menyerang geliung panjang. Orang di geliung itu lari ke bawah
menyelamatkan diri masing-masing, jurumudi sendiri telah lari lintang-
pukang menyelamatkan nyawanya.

“ Pergi kaupanggil budak hitam itu ke mari melawan bajak laut itu!”
perintah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kepada Si Kembang Cinanya

Awang Sulung berhelah , katanya dia hanya layak menjadi penunggu


reban dan penyapu rumah saja.

(Dipetik daripada Pelayaran yang Penuh Peristiwa, Antologi Harga


Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata kecut perut rasanya. [2 markah]

(ii) Mengapakah Tuanku Nakhoda Tua memerintahkan semua anak


geliungnya berhimpun?
[3 markah]

(iii) Jika anda Awang Sulung Merah Muda, apakah tindakan anda ketika
menghadapi lanun? (3 markah)
(iv) Pada pendapat anda bagaimanakah kegiatan lanun dapat
ditangani? [3 markah]

SET 7
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi


tersedar. Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di
manakah mereka berada sekarang, tetapi jurumudi pula apabila
tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam.
Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan
Tuanku Nakhoda Tua.

“Ampun Tuanku, patiklah yang memelihara geliung ini daripada amuk


Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin.’’

Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat


membelek-belek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya,
sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh
pengsan.

Tiga hari tiga malam lamanya geliung itu berlabuh di Pulau Tapai. Anak-
anak geliung bersuka ria dengan pelbagai jamuan. Kemudian Tuanku
Nakhoda Tua berkata, ”Jikalau selamat geliung ini sampai ke Tanah
Jawa, akan kukahwinkan puteriku Dayang Seri Jawa dengan sesiapa
yang menyelamatkannya.

“Ampun Tuanku, patiklah akan menjadi galang gantinya hingga selamat


sampai ke Tanah Jawa,sembah jurumudi.
“Sabarlah wahai jurumudi, sekarang kita masih dalam perjalanan, kita
belum lepas daripada bahaya yang besar, kerana bajak laut terlalu
banyak di lautan depan ini.”

(Dipetik daripada Pelayaran yang Penuh Peristiwa, Antologi Harga


Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan maksud rangkai kata terpisat-pisat membelek-belek keris.


[2 markah]

(ii) Apakah yang dilakukan oleh jurumudi setelah dia tersedar daripada
mabuk?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah tujuan jurumudi berbohong kepada


Tuanku nakhoda Tua?
[3 markah]

SET 8
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pada ketika itu empat puluh empat orang lanun sedang mencangkuk
rombeng geliung panjang itu dengan besi. Awang Sulung pun berseru,
“Hai ketua lanun Si Helang Laut, Si Kecil Muda Teruna, Si Kecil Muda Suara
yang berkacak di awan-awan dan bergantung di angin lalu, ambillah
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jadikan dia penghalau ayam, penyapu
rumah atau penggaru belakangmu!”

Mendengar suara itu lanun-lanun mulai gementar. Mereka kenal itulah


suara Awang Sulung ,”Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka
kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri kita sendiri!”bisik mereka
sesama sendiri.

“Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam


geliung ini,” sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang
gementar.

“Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta


menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya.Lagipun
beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rialbatu
dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk
Batin Alam.”

“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu.


Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar Mengkalih, biarlah patik
isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.”

(Dipetik daripada Pelayaran yang Penuh Peristiwa, Antologi Harga


Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata mulai gementar? [2 markah]

(ii) Mengapakah Awang Sulung Merah tidak memberitahu pelayarannya


kepada lanun-lanun itu? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah rakyat tidak boleh menderhaka


kepada raja?
[3 markah]
(iv) Pada pendapat anda, wajarkah kegiatan sabung ayam
dipertahankan di negara kita? (3 markah)

Anda mungkin juga menyukai