Anda di halaman 1dari 6

Perkataan Darjah Tinggi

1.Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya


2.Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu
3.Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan
4.Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu
5.Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam
6.Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan (isi berkaitan guru)
7.Alaf baharu - Masa terkini
8.Mutakhir ini - Pada masa kini
9.Seantero dunia - Seluruh dunia
10.Menikam sanubari - Merosakkan perasaan
11.Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran
12.Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek
13.Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli
14.Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan
15.Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya (Langkah
bitara yang wajar dilakukan ialah ….)
16.Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan (peranan ibu bapa dan
guru perlulah simbiosis dalam menangani isu …)
17.Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak
berfikiran matang
18.Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
(kebanyakan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mendabik dada..)
19.Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang /
peraturan (pihak kerajaan mengkodifikasikan undang-undang bagi
membendung masalah buli..)
20.Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani
(remaja perlulah memiliki gaya hidup sihat agar kestabilan spiritual dan
fizikal menjadi lebih baik..)
21.Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu
22.Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum (pandangan sarwa
beberapa orang tokoh politik berkata …)
23.Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
24.Relevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari
semasa ke semasa
25.Landasan berfikir - Cara berfikir (Setiap ahli masyarakat perlulah
mempunyai landasan berfikir yang lebih efektif supaya masyarakat yang
harmoni dapat diwujudkan)
26.Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa
27.Mengaibkan diri - Memalukan diri (
28.Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar (tempat menuntut
ilmu)
29.Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir / otak yang cerdas / bijak
30.Alpukah - Daya usaha / inisiatif (Remaja hari ini perlu alpukah dalam
menghadapi pelbagai cabaran)
31.Bacul - Tidak bersemangat
32.Badai kehidupan - Cabaran hidup (Rakyat Malaysia menghadapi
pelbagai badai kehidupan yang serba serbi mengugat iman dan
ketakwaan)
33.Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai / intelektual
34.Berkongkalikung – Bersepakat (pihak sekolah dan ibu bapa perlulah
berkonglikung dalam mengatasi isu ini)
35.Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh
36.Praja - Kota / negeri
37.Prakarsa - Inisiatif / daya usaha
38pramusaji - Pelayan tetamu di restoran
39Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari
40. Nawaitu diri - Keinginan diri
41Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri
42privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan
43Portfolio menteri - Tugas menteri
44. Pentas siasah - Dunia politik
45Polemik - Bahas / debat / konflik
46Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan /disband
47Linglung - Hilang ingatan
48Falah - Kejayaan / kemenangan
49interpretasi - Tafsiran / penjelasan
50.bersilengah - Bersikap tidak tahu (remaja pada era moden ini selalu
bersikap bersilengah..)

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk


buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian
ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.
~Horne
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji
kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka
maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat
kemenangan." ~Surah al-Hajj:77
07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah
tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18
08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang
yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat
kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana
guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi
dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah
peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang
ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku
Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu
menjadi perbualan penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak
salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia
tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.
~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti
cuka merosakkan madu."
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali
berusaha untuk mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan
bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah
itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama
Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat
sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil
warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan
diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi
rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau;
adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. -
SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-
sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan
yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu
dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

· Bagi sesetengah orang …


· Begitu juga dengan …
· Begitu juga halnya dengan …
· Bertitik tolak daripada itu …
· Bukan itu sahaja …
· Dalam hal ini …
· Dalam konteks ini ..
· Dalam zaman yang serba canggih ini …
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Dengan adanya …
· Dengan berbuat demikian …
· Dengan perkataan lain ..
· Disebabkan hal itu
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan
· Hal ini penting dalam
· Hal ini serupa dengan
· Hal yang serupa berlaku apabila
· Ini disebabkan
· Ini membuktikan bahawa
· Ini menggambarkan bahawa
· Ini secara tidak langsung akan
· Ini semua meninggalkan kesan kerana
· Ini tentu sekali membuatkan
· Jadi kita perlu
· Jadi kita hendaklah
· Keadaan ini tentunya
· Lantaran itu sehingga kini
· Kesemua ini menyumbang kepada
· Kita mengakui hakikat bahawa
· Kita sering menonton di kaca televisyen
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar
· Memandangkan keadaan yang sedemikian
· Namun sejak kebelakangan ini
· Oleh itu, bolehlah dikatakan
· Secara logiknya masa yang
· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
· Keadaan ini seharusnya boleh
· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
· Kendatipun demikian, kita masih
· Yang paling nyata ialah
· Yang perlu kita pastikan ialah

Anda mungkin juga menyukai