Anda di halaman 1dari 97

Contoh Karangan SPM BM

KARANGAN 1

LANGKAH-LANGKAH MENERAPKAN NILAI MURNI DALAM KALANGAN REMAJA

Nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka terpimpin dan
tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Amalan ini penting untuk melahirkan
insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020. Iman al-Ghazali
mengatakan, “Apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri
lihatlah pada wajah”. Kata-kata tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali pengukur
kepada setiap individu. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Namun
begitu, dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin lenyap
dalam sanubari golongan dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan
terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpampang di dada akhbar
dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan nilai murni dalam kalangan
masyarakat. Sebelum keadaan menjadi lebih parah, amalan ini perlulah dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan seharian
kita kerana seribu satu kemaslahatan boleh diperoleh.

(1): Menyedari akan pelbagai kemaslahatan, kita haruslah mengambil langkah-langkah yang pragmatik dan efektif untuk
memastikan amalan ini dapat dipupuk dalam setiap sanubari remaja kita. Oleh itu,kita perlu bertindak mulai dari sekarang
kerana perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah bermula dengan langkah yang pertama. Salah satu langkah yang dominan
adalah melalui rombakan sistem pendidikan. Dalam hal ini, kita terpaksa meletakkan tanggungjawab penting ini kepada
pihak pendidikan. (M) Pendidikan merupakan wahana yang berkesan untuk mentarbiah masyarakat. Melalui pendidikan, kita
diajar, dibimbing dan diasuh untuk menjadi insan yang kamil dan holistik sama ada dari aspek jasmani, rohani dan intelek.
Bukan itu sahaja, pendidikan juga mampu melahirkan insan yang berhemah tinggi dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai
murni. (B) Hal ini juga turut disedari oleh Menteri Pelajaran kita. Oleh sebab itu, beliau telah mengarahkan agar kurikulum
semua mata pelajaran yang sedia ada dirombak semula. Rombakan ini dapat dilihat melalui penerapan nilai-nilai murni yang
berkaitan dengan amalan budi bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu melalui cerpen, novel, drama dan puisi
yang diajarkan dari peringkat Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed
pernah menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap masyarakat Jepun. Walaupun negara mereka semakin maju
namun, masyarakatnya masih mengekalkan nilai-nilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat resam bangsa
mereka. (K) Mereka percaya bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka,
mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan negaranya. Semangat inilah yang membawa negara
mereka pada kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta. (P) Jelaslah bahawa
dalam usaha untuk memupuk amalan nilai murni, maka tidak boleh tidak, perubahan dalam sistem pendidikan perlu
dilaksanakan.

(L2): Jika kita lihat dari sudut yang lain, pihak sekolah perlu juga melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan lebih giat dan
berkesan. (M) Kita perlu sedar bahawa aktiviti kokurikulum merupakan wadah yang paling berkesan dalam membentuk nilai-
nilai murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati dalam diri para pelajar. Para guru pula
dianggap sebagai arkitek pembangunan manusia diarahkan untuk mengadakan pelbagai program bagi memupuk amalan
nilai murni ini kerana pelajar ibarat pohon yang baru ditanam. Lantaran itu, mereka perlu dibajai, diairi dan diberi cahaya
matahari yang secukupnya. (B) Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh badan-badan beruniform seperti
Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah akan membentuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahlinya. Mereka
akan bersama-sama mendirikan khemah, mematuhi giliran memasak dan sebagainya, sepanjang perkhemahan diadakan.
Selain itu, aktiviti bergotong-royong oleh persatuan-persatuan dan kelab-kelab sama ada di sekolah, mahupun di kawasan
sekitar sekolah pula akan menanamkan nilai bertanggungjawab para pelajar terhadap alam sekitar serta sekolah mereka bak
kata pepatah, ‘tak kenal , maka tak cinta.’ (K) Melalui program-program yang dijalankan ini, para pelajar akan membentuk
jati diri dan sikap positif dalam diri mereka. Mereka akan lebih bersikap ‘membina’ daripada ’meruntuhkan’ atau
membinasakan sesuatu. Mereka juga akan lebih bertanggungjawab terhadap segala kemudahan yang disediakan untuk
kegunaan ramai. Oleh itu, melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang lebih berkesan, kita berharap agar tidak ada lagi

1
Contoh Karangan SPM BM

telefon awam yang dirosakkan, atau tandas awam yang diconteng dengan kata-kata yang tidak menyenangkan mata
memandang. Sebaliknya, kita akan dapat menyaksikan masyarakat yang lebih bertolak-ansur, umpamanya, mereka tidak
berebut-rebut lagi ketika menaiki bas awam atau komuter. Anak-anak muda kita juga akan lebih menghormati golongan
yang tua. (P) Pendek kata, amalan nilai murni sememangnya dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh
pihak sekolah.

(L3): Seperkara lagi, peranan ibu bapa juga amat penting dalam melahirkan insan kerdil yang mengamalkan nilai-nilai murnil.
(M) ‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya,’ begitulah peribahasa yang membawa maksud bahawa peribadi serta perlakuan
ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak mereka. Memang tidak dapat kita nafikan ibu bapa merupakan guru
pertama dalam kehidupan anak-anak sejak dalam rahim ibu lagi. Hal ini membuktikan bahawa ibu bapa merupakan ejen
pembentukan karakter anak-anak yang paling ampuh untuk melahirkan insan yang kaya nilai murni.(B) Oleh itu, sesuatu
perkara itu perlu dipupuk dari kecil oleh ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya agar apabila anak-anak
memasuki alam persekolahan, nilai-nilai asas yang positif seperti hormat-menghormati, beradab sopan dan bertolak-ansur
telah sedia wujud dalam diri anak-anak mereka. Sebagai contoh, anak-anak yang lebih muda perlu menghormati kakak atau
abang mereka yang lebih tua. Anak-anak juga diajar agar menghormati harta benda milik adik-beradik mereka serta harta
benda bersama. Dalam hal ini, ibu bapa tidak boleh bersikap seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Oleh itu,
ibu dan bapa perlu sentiasa menunjukkan bahawa mereka juga saling menghormati sesama mereka agar nilai positif ini
diikuti oleh anak-anak.(K) Dengan ini, hubungan kemesraan keluarga akan dapat ditingkatkan di samping dapat mewujudkan
‘baiti jannati’. Malah yang lebih penting, anak-anak akan lebih beradab dan bernilai murni yang akan mencerminkan maruah
keluarga tersebut. Anak-anak seumpama ini tidak akan bersikap biadab yang mampu menconteng arang ke muka keluarga
sendiri. (P) Sesungguhnya, peranan ibu bapa yang mempamerkan contoh terbaik kepada anak-anak dapat memupuk amalan
nilai dalam diri anak-anak.

(L4) Pilihan kita yang terakhir untuk membentuk masyarakat yang bernilai murni adalah melalui kempen yang
berkesan. (M) Hal ini dikatakan demikian kerana kempen-kempen yang diadakan mampu menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan amalan ini dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Masyarakat pada hari hari lebih mudah dipengaruhi dan
dikuasai dengan kempen-kempen yang diadakan. (B) Sembilan tahun lalu iaitu pada 11 Februari 2005 Kementerian
Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni
sama sekali tidak diwujudkan kalau masyarakat kita mengamalkan nilai murni. Kempen yang dicetuskan oleh Dr. Rais Yatim
semasa memimpin KEKWA ini mengejutkan kita yang terlena dalam mengejar fatamorgana hidup sehingga sanggup
merendahkan tahap nilai murni kita. Suatu ketika dahulu , majalah Readers Digest telah menyiarkan hasil kajian kesantunan
di 36 bandar raya di dunia. Hasilnya, Kuala Lumpur menjadi bandar raya kedua paling biadab. Kajian ini amat
membimbangkan dan memalukan kita. Oleh itu, kempen seumpama ini haruslah diadakan secara berterusan serta giat dan
bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga.(K) Dengan ini, diharapkan kempen yang bersungguh-sungguh ini
dapat menyemarakkan dan menyemai semula nilai-nilai murni ke dalam jiwa remaja serta meletakkan nilai murni sebagai
satu asas dan tunjang dalam kehidupan kita. Secara implisitnya, negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-
insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis
dari segi keperibadian. (P) Izharlah bahawa peranan kempen juga penting untuk membudayakan amalan murni ini dalam
kehidupan seharian kita.

Dari kaca mata yang berbeza pula, amalan nilai murni dalam kalangan remaja dapat dipupuk melalui aktiviti komuniti yang
dianjurkan oleh masyarakat setempat. Masyarakat sekeliling mampu mempengaruhi tingkah laku para remaja yang
dianggap separa matang dan belum keras ubun-ubunnya. Aktiviti komuniti seperti gotong-royong, kenduri-kendara dan
rukun tetangga dapat dijayakan dengan penglibatan dan kerjasama daripada masyarakat setempat. Biar kita ambil contoh
aktiviti gotong-royong. Aktiviti ini diadakan dengan tujuan untuk membersihkan kawasan kediaman bersama-sama tanpa
mengira status, agama dan bangsa. Sikap enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing tidak wujud ketika
menjalankan aktiviti ini malah sikap bekerjasama bagai aur dengan tebing terpapar semasa aktiviti ini dijalankan. Kesannya,
pelbagai nilai murni dapat diterapkan seperti nilai kerjsama, prihatin, tolong-menolong dan sebagainya. Tun Dr.Mahathir,
mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita

2
Contoh Karangan SPM BM

berupaya menerapkan pelbagai nilai murni dalam diri. Bukan itu sahaja, kebersihan kawasan kediaman juga akan terjamin
dan sekali gus dapat menghindarkan penyakit berbahaya seperti demam denggi. Izharlah bahawa aktiviti kemasyarakatan
yang diadakan mampu memupuk nilai-nilai murni dalam diri remaja kita.

PENUTUP
(K) Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa terdapat pelbagai langkah yang dapat diimplementasikan
untuk memupuk amalan nilai murni dalam sanubari remaja kita. Amalan nilai murni amat mustahak untuk negara mencapai
taraf negara maju yang disegani oleh negara-negara gergasi yang lain di dunia. ‘Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi,
yang indah itu bahasa, yang elok itu budi’, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dan
amalan nilai murni dalam kehidupan masyarakat kita. (C) Oleh itu, sifat sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang
dahulunya menjadi kebanggan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula.
Lantaran itu, semua pihak wajarlah bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap masing-masing perahu,
masing-masing kayuh dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kita tidak seharusnya
mengharapkan sebelah pihak sahaja untuk memupuk amalan murni ini dalam setiap jiwa rakyat Malaysia kerana bertepuk
sebelah tangan takkan berbunyi. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke
semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. (H) Profesor DiRaja, Ungku Aziz pernah berkata, “Malaysia yang aman dan
damai akan lenyap dalam sedikit masa jika rakyatnya tidak bermoral dan nilai budi bahasa yang kian terhakis dari jiwa
mereka”. Jadi, kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap
kasar sudah lupus dari memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Biarlah
pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah negara Malaysia terus disegani kerana ketinggian nilai
murni rakyatnya.

KARANGAN 2

PERANAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK MEMANFAATKAN INTERNET

Marcapada, internet merupakan satu ciptaan manusia yang wajar dikagumi dan dalam masa yang sama merupakan
satu kepentingan dalam kehidupan setiap individu. Hal ini kerana hanya internet yang memberikan kepuasan bersosial,
berniaga dan belajar secara meluas tanpa had kepada pengguna. Bayangkan dengan hanya satu klik, kita mampu mengakses
seluruh alam maya tanpa perlu bermandi peluh. Namun begitu, isu penyalahgunaan internet bukanlah suatu isu baharu.
Terdapat manusia sanggup melakukan penyalahgunaan internet untuk memuaskan nafsu diri demi kepentingan diri dengan
melakukan pencerobohan maklumat dan menyebarkan berita palsu. Maka tidak hairanlah jenayah siber kian hari kian serius
bagai duri dalam daging. Oleh itu, setiap individu perlu tahu akan kelebihan, keburukan dan cara mengakses internet,
termasuklah ibu bapa. Sebahagian besar ibu bapa masa kini handal menggunakan internet manakala sebahagian kecilnya
tidak. Namun begitu, sebagai mengambil langkah berjaga-jaga, ibu bapa wajar untuk mempelajari secara khusus berkenaan
dengan internet. Sekiranya ibu bapa sudah ‘mengenali’ internet, maka dengan mudah ibu bapa mengawal kecenderungan
anak-anak melayari internet dan secara tidak langsung, ibu bapa mampu mendidik anak-anak dalam memanfaatkan
penggunaan internet. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak memanfaatkan internet pada hari
ini?

Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar, “Seribu mancis tidak dapat menerangi
engkau dalam kegegalapan namun, cahaya keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan”. Oleh hal yang
demikian, langkah awal wajar diambil oleh ibu bapa untuk meralisasikan hasrat murni itu iaitu dengan cara menerapkan dan
memberikan didikan agama yang sempurna. Hal ini dikatakan demikian kerana agama merupakan benteng yang paling
ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi. Anak-anak yang diasuh dan
dibesarkan dengan didikan agama yang mantap dapat membezakan dosa dan pahala ketika melayari laman sesawang.
Sebagai contoh, anak-anak tidak akan melayari laman sesawang yang mengandungi unsur pornografi yang mampu
mencemarkan minda dan sekali gus mampu mendorong meruntuhkan akhlak anak-anak yang masih separa matang. Bukan
itu sahaja, mereka juga tidak akan menggunakan internet untuk menjejaskan keamanan dan keharmonian dalam
masyarakat dengan menyebarkan fitnah malahan mereka akan menggunakan internet untuk menyampaikan ilmu yang

3
Contoh Karangan SPM BM

berguna kepada masyarakat. Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni, sudah pasti akan lahirlah insan
yang berguna iaitu insan yang tahu nilai diri dan estetika. Jadi apabila benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh,
mereka dapat menggunakan internet dengan baik dan bijak.

Peranan lain yang harus dimainkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak memanfaatkan internet pada masa ini
termasuklah mendedahkan anak-anak dengan segala maklumat berkaitan dengan internet. Hal ini disebabkan anak-anak
perlu diberitahu mengenai baik buruk penggunaan internet sebelum mereka didedahkan dengan cara menggunakan
kemudahan internet secara bijak. Sekiranya anak-anak sudah diajar dari awal, sudah tentu anak-anak akan lebih berhati-hati
dan lebih bijak dalam menggunakan kemudahan internet pada masa-masa akan datang bak kata pepatah,sediakan payung
sebelum hujan. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, oleh itu sememangnya ibu bapa bertanggungjawab dalam
memberikan pengenalan kepada anak-anak mengenai penggunaan internet dari kecil, yang ternyata amat penting dalam
kehidupan masyarakat moden masa ini. Jelaslah di sini bahawa pendedahan segala maklumat berkaitan internet terhadap
anak-anak merupakan tindakan yang wajar dilakukan oleh ibu bapa.

Selain itu, ibu bapa juga berperanan untuk memantau anak-anak semasa menggunakan kemudahan internet. Alam
maya ini tiada batasnya, oleh itu internet ini mempunyai keburukannya. Pemantauan ibu bapa sebenarnya mampu
mengelakkan anak-anak daripada mengakses laman-laman sesawang yang berunsurkan pornografi, mahupun melakukan
jenayah siber seperti mencetak rompak bahan media, mencetuskan provokasi atau menggodam laman sesawang. Tindakan
kecil yang dilakukan ibu bapa ini juga tanpa disedari mampu menyelamatkan industri hiburan tanah air yang kerap kali
‘dirompak’ oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab, termasuklah mengurangkan jumlah penggodam dan pencetus
provokasi di internet yang semakin hari semakin berleluasa. Anak-anak juga terselamat daripada terus terperangkap di
dalam kancah jenayah siber, yang juga merupakan salah satu kesalahan yang akan dikenakan tindakan keras seperti yang
termaktub di dalam akta jenayah negara. Oleh itu jelaslah bahawa tindakan ibu bapa dalam memantau anak-anak semasa
menggunakan kemudahan internet dapat mendidik mereka dalam memanfaatkan kegunaan internet.

Jika dikaji dari aspek yang lain, ibu bapa juga seharusnya menyekat penggunaan internet oleh anak-anak. Ibu bapa
kini mampu mengawal internet dengan menyekat laman-laman sesawang yang berunsurkan negatif sebagai langkah
mengelakkan pengguna internet mengakses laman-laman tersebut dan sistem yang sama digunakan pada peranti komputer
yang disediakan di semua alma mater milik kerajaan. Sistem sebegini bukan sahaja mampu mengawal aktiviti penggunaan
internet anak-anak, malah mampu mengasuh mereka untuk hanya mengakses laman-laman yang berguna sahaja.
Bayangkan, sekiranya ibu bapa melaksanakan sistem sebegini di rumah, sudah tentu anak-anak akan menggunakan
perkhidmatan internet dengan lebih bijak, seterusnya dapat menghindari mereka daripada mengetahui mahupun mencuba
untuk mengakses laman-laman berunsurkan negatif seperti yang kebiasaanya berlaku dalam kalangan remaja dan orang
dewasa masa ini. Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya, persis kata peribahasa tersebut yang secara
tersiratnya menegaskan bahawa ibu bapalah yang perlu mengawal ton-ton warna yang ingin diwarnakan di atas kain putih
yang tidak berdosa. Cukup ditegaskan di sini bahawa ibu bapa sebaik-baiknya mengawal penggunaan internet oleh anak-
anak sebagai cara mengajar mereka menggunakan internet secara lebih bijak.

Akhir sekali, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak menggunakan internet secara
pintar dengan memperkenalkan kepada mereka dengan medium-medium pembelajaran menerusi internet. Seperti yang
ditegaskan, internet sememangnya memberikan banyak manfaat, termasuklah dari segi pendidikan. Hari ini, kemajuan
internet juga selaras dengan kemajuan teknologi seperti tablet dan telefon pintar. Mengikut statistik juga, kedua-dua
peranti ini merupakan peranti pilihan pengguna untuk melayari internet. Oleh hal yang demikian, adalah lebih baik para ibu
bapa memperkenalkan laman sesawang atau aplikasi pintar yang berunsurkan pembelajaran kepada anak-anak. Tanpa
disedari, sudah banyak aplikasi dan laman sesawang yang menyediakan aktiviti pembelajaran menggunakan kemudahan
internet, namun malangnya kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengguna internet masa kini. Sebaik-baiknya anak-
anak didedahkan dengan medium sebegini, sekurang-kurangya mereka akan mula memanfaatkan penggunaan internet
serta bijak menggunakannya. Ibu bapa juga tidak perlu risau sekiranya anak-anak menghabiskan masa dengan melayari
internet mahupun menghadap peranti pintar sepanjang masa, sekiranya peranti-perani di rumah diisi dengan aplikasi dan
laman pembelajaran yang berguna kepada anak-anak. Oleh hal yang demikian, jelaslah sudah di sini bahawa tindakan ibu
bapa memperkenalkan medium-medium pembelajaran melalui internet kepada anak-anak adalah amat wajar dalam
mendidik mereka memanfaatkan penggunaan internet.

4
Contoh Karangan SPM BM

Secara tuntasnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengasuh anak-anak memanafaatkan
penggunaan internet. Perkhidmatan internet sememangnya memberikan manfaat kepada pengguna walaupun secara
minoritinya membawa kepada keburukan. Namun yang demikian, semua ini bergantung kepada ibu bapa itu sendiri, sama
ada bijak atau tidak mendidik anak-anak dalam memanfaatkan penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Walaupun
demikian, kita tidak seharusnya mengharapkan peranan ibu bapa sahaja kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi. Oleh itu, tindakan kerajaan mengambil pelbagai langkah dalam memastikan perkhidmatan ini mampu digunakan
oleh semua anggota masyarakat sama ada di bandar mahupun di luar bandar membuktikan bahawa internet sangat penting
kepada semua. Kerajaan juga banyak berusaha untuk memastikan masyarakat menggunakan perkhidmatan tersebut dengan
sebaik-baiknya, namun usaha kerajaan akan menjadi usaha yang sia-sia sekiranya ibu bapa dan pihak yang lain tidak turut
turun padang dalam membantu kerajaan melahirkan generasi yang celik IT dan bijak menggunakannya. Mencegah itu lebih
baik daripada merawat, sememangnya jikalau semua pihak mula bertindak dari awal, masalah-masalah penyalahgunaan
internet dan jenayah siber yang semakin menjadi-jadi ini akan mudah dicantas, dan secara tidak langsung, negara kita akan
dipenuhi dengan generasi-generasi yang berguna dan berfikiran hadapan.

KARANGAN 3

CARA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

Dalam mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad (ekonomi)negara membangun
seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul
sama hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namun begitu, isu memupuk semangat kejiranan masih menjadi polemik
dalam kalangan marhaen(golongan bawahan) di Malaysia. Dewasa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita
semakin hari semakin terpinggir. Maasyarakat pada hari ini lebih mementingkan diri sendiri dan membudayakan hidup
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Dari segi konsepnya semangat kejiranan boleh ditakrifkan
sebagai suatu perasaan yang harus dipupuk oleh setiap masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit bangsa dan
agama dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum demi negara yang tercinta. Biasanya semangat kejiranan
merangkumi semua lapisan masyarakat tidak kira muda ataupun tua yang perlu kita amalkan.Menurut Dato’ Dr. Fadzillah
Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan, belakang, kiri , atau pun kanan dan
merupakan orang pertama yang membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti awan
yang melindungi bumi daripada cahaya matahari. Oleh itu, langkah yang signifikan harus diambil bagi menerapkan semangat
kejiranan kepada semua lapisan masyarakat.

Cara yang afdal untuk memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal
ini kerana ibu bapa merupakan guru pertama dan guru terbaik kepada anak-anak. Jika ibu bapa menunjukkan teladan yang
baik kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan kerana bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Sekiranya ibu bapa menunjukkan suri teladan yang buruk kepada anak-anak maka mereka akan menjadi anak-anak
yang jahat malah lebih teruk lagi. Hal ini boleh dianologikan seperti anak burung yang baru belajar terbang daripada ibunya.
Sebagai contoh, ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun mereka berada dalam keadaan
yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar dapat
memupuk semangat kejiranan. Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan anak-anak dan ibu
bapa sekali gus dapat mewujudkan masyrakat yang harmoni. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat dipupuk
oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan bekerjasama dalam mentadbir membangunkan
negara ke arah kemajuan negara pada masa akan datang. Tegasnya, contoh teladan yang terbaik daripada ibu bapa
mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak.

Memetik wasitah nirmala seterusnya, minhaj (cara) untuk memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat
setempat di Malaysia ialah program rukun tetangga di kawasan perumahan mesti dihidupkan semula. Hal ini kerana
program rukun tetangga berfungsi sebagai perisai untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam
hari. Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing bertanggungjawab menjaga
keselamatan kendiri dan keluarga. Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan

5
Contoh Karangan SPM BM

tanpa mengira usia, agama dan status. Secara ghalibnya (lazimnya), senario ini akan mewujudkan jalinan hubungan yang
mesra bagai isi dengan kuku sekali gus memupuk semangat kejiranan yang hakiki (sebenar). Menurut Tun Dr. Mahathir, jiran
yang muafakat akan membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh itu, kita perlu mengaktifkan program rukun tetangga bagi
melahirkan semangat kejiranan yang utuh dan bersatu padu.

Meninjau dari skop yang lain, langkah yang seterusnya adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui
aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan.
Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong adalah seperti membersihkan kawasan taman,
menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat
berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka
dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta.
Selepas mengenali hati budi antara satu sama lain barulah benih-benih kasih sayang. Melalui cara ini, masyarakat yang
penyayang dapat dilahirkan di samping dapat menerapkan pelbagai nilai murni. Tun Dr. Mahathir, Mantan Perdana
Menteri pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan
pelbagai nilai murni dalam diri. Bukan itu sahaja, kawasan kediaman juga akan menjadi bersih dan terpelihara daripada
penyakit demam denggi. Jelaslah bahawa aktiviti gotong-royong dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat.

Jika dilihat dari perspektif yang lain, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu
sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam
kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanyakan khabar dan bercerita tentang pengalaman
masing-masing dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang
untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa
perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah
dijadikan acara tahunan. Maka, dengan adanya pengimplimentasian program seperti “Rumah Terbuka Kebangsaan” bagi
setiap sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu
sama lain ibarat kata bidalan, “serumpun seperti serai, seikat seperti sirih”. Hal ini dikuatkan lagi dengan kajian dari Universiti
Sains Malaysia yang menunjukkan keberhasilan penganjuran program “Rumah Terbuka Kebangsaan” dalam mewujudkan
institusi kejiranan yang kukuh di sembilan buah kawasan perumahan di sekitar Pulau Pinang. Pendek kata, majlis rumah
terbuka mampu mengeratkan hubungan kejiranan dan memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Lontaran idea yang seterusnya ialah kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan
rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan
menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai
contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana
menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawaberat mata memandang
berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa
juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan
keperitan yang dialami oleh jiran kita. Dengan ini, kita dapat meringankan penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh
jiran kita. Izharlah bahawa amalan ziarah-menziarahi mampu menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat kita.

Sebagai menggulung segala lontaran idea yang telah dinyatakan, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat beberapa
cara yang dapat dipraktikkan untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Dalam era globalisasi ini,
sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal. Jika hal ini dibiarkan, semangat
kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara kerana bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh. Oleh itu, kita perlu memupuk semangat kejiranan bermula daripada sekarang. Cogan kata “Jiran Sepakat Membawa
Berkat” perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Golongan remaja seharusnya menyuburkan semangat
kejiranan kerana mereka merupakan pemimpin yang akan mewarnai corak pemerintahan pada masa hadapan. Namun
begitu, kita tidak seharusnya meletakkan usaha ini pada bahu satu pihak kerana bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.
Oleh itu, semua pihak perlulah bersinergi ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing untuk menghidupkan semangat
kejiranan di negara kita. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada

6
Contoh Karangan SPM BM

seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-
mengenali”. Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai perpaduan yang utuh dan kukuh.

KARANGAN 4

LANGKAH MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap pelajar pasti mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapainya. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang sangat sukar untuk dicapai sekiranya pelajar itu
sendiri mempunyai iltizam dan keazaman yang tinggi untuk mencapainya. Namun begitu, dalam menelusuri arus globalisasi
yang pantas bergerak bagai belut diketil ekor ini masih terdapat segelintir pelajar yang masih tidak menitikberatkan
kecemerlangan akademik lantaran masih dibuai lena oleh budaya hedonisme. Mereka ini lebih mementingkan keseronokan
dan hiburan daripada pendidikan. Pelajar-pelajar tidak sepatutnya menganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau
mudah kerana keputusan peperiksaan mampu menjamin masa hadapan seseorang pelajar yang lebih cerah. Oleh itu,
pelajar-pelajar janganlah menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan jika asyik mengabaikan pelajaran, bak kata orang tua-tua, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
berguna. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang patut dilakukan untuk mencapai kecemerlangan seseorang pelajar?

Langkah perdana yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar yang sentiasa mendambakan kecemerlangan ialah dia
haruslah mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan
sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan.
Mereka haruslah bercakap dengan menggunakan bahasa yang sopan santun bagaikan butir-butir mutiara yang
berharga. Sebagai contoh, seseorang pelajar itu perlu sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga
perlu sentiasaberlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Hal ini kerana bantuan yang diberikan dapat
mengukuhkan pemahaman mereka atas penerangan yang diberikan. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam
kamus hidup seorang pelajar yang ingin cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih
dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik kerana menyedari bahawa setiap
manusia adalah sama di sisi Tuhan. Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di
sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa
kecemerlangan dapat dicapai melalui sahsiah dan peribadi yang unggul.

Langkah yang seterusnya ialah pelajar haruslah sentiasa mengikut ajaran agama. Setiap agama di dunia ini
menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. Mereka perlu
menjadikan agama sebagai panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang
cemerlang seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan
agamanya. Mereka seharusnya mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai
contoh, seorang pelajar Islam yang ingin cemerlang perlu menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan
menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Menurut Albert Einstein, “Agama tanpa ilmu ada buta,
ilmu tanpa agama adalah lumpuh.” Izharlah bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak
terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(JERIS).

Jika ditinjau dari dimensi yang lain, kecemerlangan seseorang pelajar dapat dicapai jika pelajar itu sentiasa mengisi
masa lapang dengan bijak. Setiap pelajar haruslah menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap
saat yang dimilikinya. Mereka perlu sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah
seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang
fleksibel agar aktiviti yang dilakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian amat
penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang ingin
cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai
masa yang terluang. Hal ini kerana mereka menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran
mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang bak kata slogan, membaca jambatan ilmu.
Mereka juga perlu menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Bagi mereka, bertangguh itu pencuri
masa. Mereka juga tidak akan mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses menuntut ilmu. Secara tidak

7
Contoh Karangan SPM BM

langsung, pengisian masa yang bijak dapat mengekang mereka daripada terjebak dalam kebejatan sosial yang kian
menghambat golongan pelajar kita seperti vandalisme, gengsterime, melepak dan sebagainya. Pelajar yang berdisiplin
dalam pengisian masa dengan aktiviti yang berfaedah juga dapat dilahirkan. Jadi, jelaslah kepada kita semua bahawa
pengisian masa yang bijak dapat membantu seseorang pelajar untuk mencapai kecemerlangan yang diimpikan.

Di samping itu, seseorang pelajar juga perlulah sentiasa memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar. Hal ini
kerana perhatian dan tumpuan yang diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping
meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa
lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar disebabkan faktor memberikan sepenuh tumpuan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran sedang dijalankan. Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberikan sepenuh perhatian dan fokus
ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus menghargai setiap detik waktu dalam proses
tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita. Tumpuan dan perhatian
pelajar di dalam kelas bukan sahaja menjadi salah satu ciri kecemerlangan pelajar malahan juga dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya mereka menerapkan ciri yang berikut
dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya
memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam
kerjaya mereka pada masa akan datang. Ringkasnya, pemberian tumpuan semasa guru sedang mengajar di dalam kelas
turut mendorong kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik.

Bukan itu sahaja, kecemerlangan juga dapat dicapai dengan menetapkan wawasan hidup. Hal ini kerana wawasan
hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai segala cita-cita dalam hidup mereka. Wawasan hidup merupakan
ciri dominan pada diri pelajar cemerlang kerana apabila mereka berwawasan, mereka sentiasa berusaha gigih kerana yang
bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Sebagai contoh, mereka yang cemerlang sentiasa mempunyai
sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Selain itu, wawasan hidup mampu
mengajar mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam
menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti seharian. Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju
kehidupan serta tidak mudah berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin menemui kegagalan
dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih malahan menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu
loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu menjauhkan diri daripada
sifat menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan haruslah dilakukan hingga selesai, bak kata
peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi
penghalang kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang
berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang.

Seperkara lagi, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap pelajar hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri
dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini kerana melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan
terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Pelajar cemerlang tidak rela dicop atau dilabel sebagai ulat
bukusemata-mata. Mereka juga menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam bidang kokurikulum. Sebenarnya bidang
kokurikulum ialah pelengkap kepada aktiviti kurikulum di bilik darjah. Aktiviti kokurikulum ialah wahana bagi aplikasi
pengetahuan dan kemahiran kurikulum. Oleh itu, para pelajar haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi mengenal
pasti potensi diri sama ada melalui unit beruniform mahupun akademik. Para pelajar boleh melibatkan diri dalam sebarang
aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan berkhemah. Dengan menyertai
pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan, forum dan catur, minda
pelajar akan menjadi cemerlang lalu dapat menjana idea yang kreatif dan kritis. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja
dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana otak yang cerdas lahir
daripada badan yang cergas. Tegasnya, setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang
pelajar yang cemerlang dan seimbang.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat beberapa langkah yang dapat diimplementasikan oleh
seseorang pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam apa-apa jua lapangan yang diceburi. Kecemerlangan seseorang
pelajar dapat menjamin masa depan seseorang pelajar yang lebih cerah. Pelajar cemerlang memiliki sejumlah kualiti diri
yang tinggi dari segi akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Mereka menepati ciri-ciri modal insan minda kelas
pertama yang disebut sebagai hala tuju pendidikan negara. Oleh itu, para pelajar haruslah fokus akan matlamat hidup

8
Contoh Karangan SPM BM

mereka untuk menjadi insan yang syumul dengan melakukan beberapa pendekatan yang telah dibincangkan. Namun begitu,
sekiranya kita meletakkan usaha ini atas bahu pelajar sahaja tidak mencukupi kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi. Jadi, semua pihak terutamanya ibu bapa, guru dan Kementerian Pendidikan haruslah menggembleng tenaga dan
bersemangat tinggi setinggi Gunung Himalaya untuk melahirkan insan kerdil yang berjiwa besar dalam memburu
kecemerlangan. Komitmen jitu daripada semua pihak sudah pasti dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang
dan terbilang sekali gus usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Mantan Perdana Menteri dapat
dicapai dengan mudah. Diharapkan usaha untuk melahirkan modal insan yang holistik dan syumul untuk bersaing di
peringkat antarabangsa tidak akan menjadi angan-angan Mat Jenin. Benarlah kata Soekarno, “Berikan aku 10 orang belia
waja nescaya akan aku gegarkan dunia,” kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

KARANGAN 5

LANGKAH MEMAJUKAN PELANCONGAN NEGARA

Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang
penting. "Pendapatan indsutri pelancongan mencatatkan peningkatan 7.2 peratus dengan nilai RM103.3 bilion pada tahun
2013 dalam menjana ekonomi Malaysia,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hal ini menunjukkan
peningkatan ekonomi yang memberangsangkan yang dibawa masuk melalui industri pelancongan. Kerajaan telah
menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembanguna
negara yang pantas. Namun begitu, insiden yang menimpa negara baru-baru ini dengan kejadian misteri iaitu kehilangan
pesawat Malaysian Airlines Systems (MAS) MH371 dari China dan MH17 yang ditembak lalu terhempas di Ukraine sedikit
sebanyak boleh menjejaskan industri pelancongan negara. Kebanyakan pelancong berasa terancam untuk datang ke
Malaysia apatah lagi tahun 2014 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia. Oleh itu, semua pihak haruslah megatur
langkah yang lebih proaktif dan pragmatik untuk memastikan industri pelancongan negara kita terus rancak dengan
kunjungan para pelancong sama ada dari dalam negara atau dari luar negara untuk memastikan semua pihak mendapat
faedah daripada perkembangan sektor ini. Persoalan yang bermain-main di gawang minda kita ialah apakah langkah-langkah
yang pragmatik yang dapat dipraktikkan untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita?

Uslub yang perdana yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu yang
dapat menarik minat pengunjung mancanegara. Produk pelancongan negara perlu diperbanyak supaya para pengunjung
dapat menikmati sesuatu yang baharu dan unik di negara kita. Banyak produk pelancongan yang wajar diterokai oleh pihak-
pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih
banyak. Selain itu konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah
dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat,
dan sebagainya. Produk pelancongan yanng diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong mancanegara.
Biasanya pelancongan luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang
untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempat.
Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup
mereka. Dengan ini, para pengunjung dapat menimba pelbagai ilmu yang baharu dan mereka tidak akan pulang dengan
tangan yang kosong tanpa ilmu di dada. Benarlah kata orang tua-tua, “jauh perjalanan, luas pengalaman”. Jadi, usaha
kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.

Selain itu, pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia. Karnival pelancongan
ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini, banyak
perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat menarik di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga
kebudayaan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan yang
kompetetif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah
diberikan pada rantau yang jauh seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai contoh, karnival wajar diadakan di Brazil
untuk menarik minat pengunjung di sana datang ke Malaysia dan menghebahkan kehebatan negara kita bak kata
pepatah, tak kenal maka tak cinta. Secara implisitnya, bilangan pelancong ke negara kita akan semakin meningkat. Tegasnya,
penganjuran karnival pelancongan di luar negara merupakan langkah yang berkesan untuk mempromosikan negara kita
sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

9
Contoh Karangan SPM BM

Meninjau skop yang lebih luas lagi, kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan pelbagai acara antarabangsa dengan
lebih kerap. Pelbagai acara antarabangsa wajar dilobi agar diadakan di negara ini untuk menjadi tarikan kepada para
pengunjung. Sebagai contoh, penganjuran acara sukan antarabangsa seperti Monsoon Cup, perlumbaan Formula 1,
kejohanan badminton, pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba
Basikal Tour de Langkawi dan seumpamanya merupakan acara yang sangat mendapat perhatian peminat antarabangsa.
Dalam bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada beberapa acara antarabangsa, contohnya Festival Muzik
Dunia yang diadakan di Sarawak setiap tahun. Kemampuan negara untuk menganjurkan acara antarabangsa seperti ini
memang terbukti kejayaannya, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di
dunia. Acara antarabangsa ini hendaklah diadakan dengan lebih kerap dan dijadikan acara tahunan. Kejohanan-kejohanan
dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan
meluas. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan meningkat. Mereka bukan sahaja datang untuk
melibatkan diri dalam acara-acara yang dianjurkan, malahan untuk melawat tempat-tempat menarik di negara kita
berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja. Dengan cara ini, kita dapat mengekalkan pulangan yang
diperoleh danpada kedatangan pelancong ke negara kita. Jadi, jelaslah penganjuran acara antarabangsa dapat
meningkatkan promosi pelancongan di negara kita.

Seperkara lagi, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor pelancongan negara ini adalah
dengan mengadakan kempen Tahun Malaysia Malaysia dengan lebih berkesan dan melibatkan lebih banyak penyertaan.
Tahun Melawat Malaysia ialah kempen untuk menggalakkan pelancong datang ke negara kita dengan lebih besar
bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang tahun ini menyediakan pelbagai acara untuk menarik minat pelancong
datang ke negara ini. Misalnya, pelbagai acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan untuk para pelancong.
Penyertaan pelbagai pihak digalakkan untuk memeriahkan lagi sambutan Tahun Melawat Malaysia ini. Selain badan-badan
kerajaan, pihak swasta juga memikul tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang
kompetetif, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Program seumpama Cuti-cuti Malaysia oleh TV3
perlu diteruskan agar masyarakat mengetahui keindahan negara kita Hotel-hotel, syarikat penerbangan, dan syarikat
pengangkutan awam mestilah melibatkan diri untuk menjayakan kempen ini. Hal ini sekali gus akan mendorong para
pelancong untuk melancong dan berehat di sini. Jelaslah, kempen Tahun Melawat Malaysia dapat meningkatkan sektor
pelancongan di negara kita..

Uslub dan minhaj yang lain ialah menghapuskan atau mengurangkan cukai belian barangan di negara ini. Berdasarkan
rekod Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC), pelancong asing yang datang ke sini bukan sekadar untuk menikmati
keindahan alam semula jadi negara, bahkan juga untuk membeli-belah. Mereka ingin menjadikan percutian di Malaysia
sebagai serampang dua mata. Oleh itu, pihak berkuasa perlu menghapuskan atau mengurangkan cukai belian barangan di
negara ini. Namun begitu, kualiti barangan yang dijual haruslah terpelihara supaya para pelancong berasa puas hati ketika
membeli-belah di negara kita dan janganlah indah khabar dari rupa. Selain itu, peraturan-peraturan imigresen perlu
dilonggarkan kepada mereka yang berhasrat melancong ke negara ini. Manakala pusat-pusat perkhidmatan tukaran wang
asing perlu ditambah dan disediakan di lokasi-lokasi yang strategik seperti di hotel, pusat pelancongan dan pekan-pekan
kecil. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, para pelancong akan tertarik untuk berkunjung ke Malaysia. Izharlah
bahawa penghapusan dan pengurangan cukai belian barangan dapat merancakkan industri pelancongan negara .

Jika ditinjau dari sudut yang lain, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin kepuasan dan
kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita. Faktor kawalan keselamatan yang terjamin di sesuatu destinasi
pelancongan sering menjadi kayu pengukur untuk mereka datang ke destinasi pelancongan yang menjadi pilihan di hati
mereka. Kita tidak seharusnya lupa dengan gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas pelancong.
Oleh itu, Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis menangani jenayah ke atas pelancong.
Kejadian-kejadian rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus ditangani secepat
mungkin. Ini perlu dilakukan agar pelancong asing terus berkunjung ke negara ini. Bilangan keanggotaan pasukan
keselamatan perlu ditambah supaya rondaan dapat dilakukan dengan lebih kerap di kawasan tumpuan pelancong.
Sehubungan dengan itu, pelancong dapat melancong di negara kita dengan lebih selesa dan sekali gus imej negara
terpelihara di mata dunia. Pendek kata, kawalan keselamatan yang baik mampu meningkatkan industri pelancongan negara.

Akhir kalam, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan
dilaksanakan untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Memang diakui pelancongan merupakan suatu

10
Contoh Karangan SPM BM

industri yang cukup berpotensi dan begitu menguntungkan. Oleh itu, usaha memajukan industri pelancongan bukanlah
terletak atas pundak pihak berkuasa semata-mata kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Semua pihak hendaklah
tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan yang hebat, bak kata pepatahkalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya. Jika tidak, segala
keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati
oleh pelancongan tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan kesungguhan daripada semua pihak yang terbabit akan
menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia. Menurut Datuk Seri Utama Dr. Rais
Yatim, Mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, industri pelancongan di dalam negara boleh berkembang
setanding dengan destinasi pelancongan di luar negara seperti Pulau Bali, Disneyland dan lain-lain sekiranya usaha
memperkenalkan Malaysia dilakukan secara giat malah disokong oleh rakyat jelata. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah
mentari terus bersinar dan biarlah industri pelancongan negara kita terus meniti dari bibir ke bibir umat manusia di seantero
dunia demi menjana pendapatan yang lebih lumayan untuk kemaslahatan bersama.

KARANGAN 6

KEPENTINGAN HIDUP BERJIRAN

Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara
bersama sehati sejiwa ibarat peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai. Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota
masyarakat yang hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu
dan berurusan antara satu sama lain. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jiran boleh ditakrifkan sebagai orang yang
tinggal berhampiran dengan rumah seseorang. Namun begitu, terdapat lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa ada
pandangan yang menyatakan bahawa amalan kehidupan berjiran dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini
dikatakan semakin sirna ibarat hidup segan mati tak mahu. Sebahagian rakyat yang hidup dalam dunia yang dilingkari
kemajuan sains dan teknologi ini lebih cenderung kepada sifat nafsi ataupun individualistik dan bersilengah. Mereka ini tidak
menyedari akan kepentingan hidup berjiran terutamanya dalam kehidupan hari ini yang berwarna-warni. Persoalan yang
sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan hidup berjiran kepada individu, masyarakat dan
negara?

Salah satu signifikan hidup berjiran ialah semangat kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat
dapat dipupuk. Semangat kerjasama amat penting dalam kehidupan berkomuniti untuk mewujudkan kehidupan yang
harmoni dengan tolong-menolong antara satu sama lain. Tanpa kerjasama antara satu sama lain sudah pasti sesuatu kerja
yang sukar tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Kerjasama ini mampu dipupuk menerusi penglibatan anggota
masyarakat secara holistik dalam menjayakan aktiviti yang dilaksanakan di kawasan perumahan mereka. Kerjasama ini boleh
dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal.
Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat
mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan. Mereka akan lebih mesra, saling
membantubagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Menurut laporan majalah
“The Times” di Australia, kegiatan gotong -royong yang diamalkan di Malaysia merupakan antara yang terbaik di
dunia. Impaknya, dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti ini akan membawa anjakan paradigma bukan
sahaja kepada kawasan perumahan malah kepada kesihatan anggota masyarakat itu sekali. Hal ini kerana dengan
mengadakan aktiviti gotong-royong kawasan perumahan bukan sahaja akan kelihatan kemas bahkan juga membawa
kebaikan kepada kesihatan masyarakat itu sendiri. Tegasnya, sikap kerjasama dapat dipupuk melalui kehidupan berjiran dan
seterusnya dapat membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.

Selain itu, hidup berjiran juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang
bersatu padu. Hal ini kerana apabila setiap rakyat hidup berjiran maka secara tidak langsung dapatlah
menyahut proklamasi Perdana Menteri Malaysia , Dato’ Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia yang menekankan semangat
perpaduan antara kaum di Malaysia. Sinergi dan usahasama sebeginilah sewajarnya dijadikan panduan dan
diaplikasikan dalam institusi masyarakat bagi mencetuskan semangat kejiranan yang utuh persis peribahasa Melayu, ‘ibarat
telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua’. Contoh pendekatan yang boleh diambil untuk memupuk semangat perpaduan
dan bersatu padu dalam kalangan rakyat adalah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua kaum dalam
pada masa yang sama seperti mengadakan “Rumah Terbuka Kebangsaan” bagi setiap perayaan yang terdapat di Malaysia.
Melaluipengimplimentasian program ini, semangat kejiranan dapat dijalinkan dalam masyarakat yang berbilang kaum ini

11
Contoh Karangan SPM BM

agar boleh meluaskan horizon pemikiran dek kerana berpeluang mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial
masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat diterapkan dengan nilai saling menghormati,
bertolenrasi dan saling menyayangi antara satu sama lain. Secara tidak langsung, tragedi 13 Mei 1969 yang merupakan
sejarah hitam negara di mana berlaku perbalahan antara kaum di Malaysia sehingga mengakibatkan rakyat huru-hara dan
negara kucar-kacir hanya akan berada dalam kotak memori sahaja, dan bukan untuk diulangi lagi kelak. Ringkasnya, hidup
berjiran mampu membentuk masyarakat berbilang kaum yang stabil dari segi spiritual serta fizikal dan seterusnya
dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.

Di samping itu, hidup berjiran juga penting kepada negara kerana dapat memudahkan kerajaan melaksanakan
pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan ’Negara Maju Rakyat Sihat’ menunjukkan
apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan
dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan
harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-
sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan
dan infrastruktur di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-
kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif kehidupan berjiran dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat
di sesetengah kawasan tempat tinggal. Kesannya, bukan sahaja masyarakat akan menikmati pelbagai keselesaan yang
disediakan bahkan juga masyarakat akan pembangunan modal insan yang seimbang dapat dicapai. Situasi ini dapat
dikatakan sambil menyelam minum air. Jelaslah bahawa kehiduppan berjiran penting bagi membantu anggota masyarakat
dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan sekali gus
membantu kerajaan melaksanakan pembagai program rakyat.

Kehidupan berjiran juga merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota
masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara. Negara yang cemerlang lahir daripada
rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata. Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling
mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan yang gemilang. Melalui hubungan kejiranan,
pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan seperti mengibarkan jalur gemilang,
mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta.
Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan rakyat Malaysia membolehkan beliau
melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas
menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan sesuatu hal dan perkara yang
amat hebat bagi melonjakkan Malaysia di persada antarabangsa. Ringkasnya, anggota masyarakat yang harmoni,
mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara dapat dilahirkan melalui kehidupan berjiran.

Dari sudut yang berbeza, hidup berjiran yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan
kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam
komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya
ketika musim perayaan besar dan mampu memikat hati barisan pemimpin dunia untuk mempelajari formula Malaysia dalam
mengekalkan perpaduan antara rakyat seperti yang diutarakan Mantan Timbalan Perdana Menteri Britain, John Presscott
suatu ketika dahulu. Sebagai contohnya, pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-
pesta tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong
asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program ’Homestay’ atau Inap Desa di kawasan luar
bandar juga dapat menunjukkan kemaslahatan hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya. Secara implisitnya, ekonomi
negara yangmemberangsangkan akan dapat dicapai oleh Malaysia. Pendek kata, kehidupan berjiran dalam kalangan
masyarakat Malaysia sangat berfaedah dalam industri pelancongan negara.

Kalau ditelusuri dari sudut yang lain, hidup berjiran dalam kalangan masyarakat akan membawa impak positif kepada
masyarakat konvensional itu sendiri iaitu kesedaran hidup berjiran mampu membawa kepada jaminan keselamatan
penduduk setempat. Hal ini kerana dengan wujudnya Rukun Tetangga yang terdiri daripada ahli-ahli masyarakat di kawasan
kejiranan itu sendiri, mereka akan menjalankan rondaan pada waktu malam secara berkumpulan bagi memastikan kawasan
perumahan mereka berada dalam keadaan selamat sejahtera. Program ini juga mampu membantu pihak polis dalam usaha
untuk mengurangkan kegiatan jenayah yang biasa berlaku di kawasan perumahan seperti pecah masuk rumah. Jika perkara

12
Contoh Karangan SPM BM

ini tidak ditegah secara serius, dikhuatiri akan membawa kepada banyak implikasi seperti harta benda dirompak dan yang
paling memilukan jika membawa maut kepada ahli rumah yang menjadi mangsa keadaan dalam kegiatankebejatan moral ini.
Maka, apabila terlaksananya program sebegini yang melibatkan semua pihak, purata kes jenayah dalam negara akan
berkurangan dari semasa ke semasa. Secara tidak langsung, nama Malaysia juga harum di segenap seantero mayapada dek
kerana Malaysia merupakan antara negara paling selamat untuk didiami di dunia hasil daripada kajian yang dilakukan oleh
“The World Justice Project” yang bertempat di New York, Amerika Syarikat. Hal ini sama dengan cogan kata “jiran sepakat
membawa berkat”. Tegasnya, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat mampumenjana kawasan perumahan yang
harmoni dan aman.

Secara intihanya, sudah terang lagi bersuluh bahawa kehidupan berjiran merupakan sebahagian daripada amalan dan
menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang signifikan. Amalan yang murni ini menjadikan negara kita unik pada
pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Oleh itu, semua rakyat Malaysia perlu bangkit dan lari
daripada kealpaan tentang mengamalkan kehidupan berjiran ini. Rakyat Malaysia tidak seharusnya mempunyai
sikap evasifdan bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing malah perlu berganding bahu
ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha untuk menjayakan amalan kejiranan ini. Diharapkan
agar komitmen padu daripada semua pihak ini dapat memupuk dan meningkatkan lagi semangat perpaduan dan
bekerjasama dalam sanubari setiap rakyat Malaysia yang sangat dituntut untuk mengekalkan keamanan yang telah dikecapi.
Semoga aspirasi Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 akan
tercapai jua dengan terzahirnya permuafakatan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa. Ingatlah bahawa rakyat bersatu,
negara maju!

KARANGAN 7

KEPENTINGAN DAN LANGKAH PEMUPUKAN AMALAN BUDI BAHASA

(T) Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak
menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting untuk melahirkan
insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020. Iman al-Ghazali
mengatakan, “Apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri
lihatlah pada wajah”. Kata-kata tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali pengukur
kepada setiap individu. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama
kita. (I) Namun begitu, dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budaya berbudi bahasa dalam kalangan
masyarakat semakin lenyap dalam sanubari golongan dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-
batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering
terpampang di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan
berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. (A) Sebelum keadaan menjadi lebih parah, budaya berbudi bahasa perlulah
dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita kerana seribu satu kemaslahatan boleh diperoleh.

(K1): Salah satu kepentingan amalan ini ialah amalan ini dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di
negara kita. (M) Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa-apa jua warna kulit ataupun status
individu tersebut. Bukan itu sahaja, amalan murni ini akan mendidik masyarakat yang berlainan bangsa dan agama supaya
sentiasa menjaga perasaan antara satu sama lain sama ada melalui tutur bicara atau perlakuan. Kata orang, “terlajak perahu
boleh diundur, terlajak laku atau kata buruk padahnya”. (B) Cetusan gagasan Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh
YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang keenam merupakan langkah yang bertepatan
dengan suasana dan cita rasa rakyat yang semakin goyah akibat fahaman politik yang berbeza. Konsep ini membawa aspirasi
untuk membaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas
yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling
mempercayai antara kaum. (K) Apabila wujud sikap saling menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang
harmoni dan gembira walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalam pada itu,
perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Ulang tahun
kemerdekaan yang ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan ‘Perpaduan Teras Kejayaan’ jelas menunjukkan
pentingnya perpaduan kaum dalam negara kita yang terdiri daripada rencaman bangsa. Pepatah ada menyatakan
bahawa bersatu teguh bercerai roboh justeru apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang dengan maju dan

13
Contoh Karangan SPM BM

anasir-anasir luar tidak dapat menggugat kestabilan negara dengan mudah. (P) Tegasnya, konsep perpaduan dapat dicapai
dengan mudah sekiranya amalan budi bahasa dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.

(K2): Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang lebih
bertamadun. (M) Menurut konteks sejarah, masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap
tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada masa tersebut dapat
membina tamadun dan empayar yang kuat dan hebat seperti tamadun Mesopotamia, tamadun Mesir, tamadun Hwang Ho
dan tamadun Indus walaupun pada masa itu teknologi masih belum berkembang dengan sepenuhnya. (B) Untuk membina
tamadun yang unggul, kita tidak seharusnya bersikap biadap dan kasar seperti mengeluarkan kata-kata yang kesat sehingga
memilukan hati pihak lain bagai ditusuk sembilu. Perlakuan seumpama ini menggambarkan masyarakat tersebut masih
berada dalam Zaman Jahiliah di mana akhlak dan nilai hidup masyarakat pada masa tersebut adalah sangat rendah. (K)
Sekiranya masyarakat kita lebih bertamadun, sudah pasti kita dapat mempertahankan kemerdekaan. Dalam konteks ini,
negara amat memerlukan masyarakat yang berfikiran matang dan bijak untuk mengelakkan penjajahan semula oleh kuasa-
kuasa asing seperti kuasa Barat. Secara tidak langsung, industri pelancongan juga turut meningkat. (P) Secara ringkasnya,
masyarakat yang bertamadun dapat dilahirkan melalui amalan budi bahasa.

(K3): Selain itu, masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberikan layanan
yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. (M) Hal ini penting agar dapat meninggalkan imej yang
positif tentang negara kita dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyai percutian yang menyeronokkan kerana
beranggapan bahawa kedatangan mereka ke sini dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. (B) Dalam pada itu,
pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam dan Imigresen, pemandu pelancong serta pemandu pengangkutan awam perlulah
memainkan peranan yang lebih penting dengan senantiasa melemparkan senyuman dan bertutur dengan nada yang lembut
ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun sayugia dijadikan teladan kerana masyarakatnya sememang kaya
dengan budi bahasa. Contohnya, ucapan ‘irasshaimase’ yang bermaksud selamat datang dalam bahasa Jepun pasti akan
menusuk ke gegendang telinga tidak kira apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalan berterima kasih juga merupakan sesuatu
yang biasa dalam masyarakat Jepun. (K) Sekiranya amalan ini diikuti, sudah pasti keramahan dan kesantunan rakyat Malaysia
akan sentiasa meniti dari bibir ke bibir para pelancong dan sentiasa memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama
mereka. Senario ini secara tidak langsung akan menjana ekonomi negara melalui industri pelancongan negara yang kian
mendapat sambutan hangat. (P) Jadi, budaya yang murni ini amat penting ketika berurusan dengan pelancong asing
agar mereka dapat menikmati percutian di negara kita.

(K4): Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dizahirkan. (M) Pemimpin yang baik akan dapat mentadbir
negara dengan lancar kerana mendapat sokongan yang padu daripada rakyat. Pemimpin yang berbudi bahasa sentiasa
menitikberatkan kepentingan orang lain daripada kepentingan peribadi. Mereka akan bertindak dengan bijaksana untuk
menjaga perasaan pelbagai pihak ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak
berselerak. (B)Sehubungan dengan itu, golongan remaja merupakan aset yang sangat bernilai kepada negara kerana mereka
adalah generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Oleh itu, budi bahasa seperti menghormati orang
tua, bertutur dengan sopan, bertolak ansur dan amalan tolong-menolong perlulah dijadikan panduan dalam kehidupan
mereka supaya mereka dapat menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi dan berkarisma dapat dilahirkan. (K) Pemimpin
yang berbudi bahasa dapat meningkatkan imej negara kerana pemimpin pemimpin dari negara lain akan kagum dan
menghormati negara kita. Ironinya, hubungan diplomatik bagi menjamin kemajuan dan keselamatan negara dapat dijalinkan
dengan mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain. (P) Pendek
kata, negara kita akan terkenal di persada dunia kerana memiliki seorang pemimpin yang berwibawa melalui amalan budi
bahasa yang dipamerkan.

(L1): Menyedari akan pelbagai kemaslahatan di atas, kita haruslah mengambil langkah-langkah yang pragmatik dan efektif
untuk memastikan amalan ini dapat dipupuk dalam setiap sanubari rakyat kita. Oleh itu,kita perlu bertindak mulai dari
sekarang kerana perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah bermula dengan langkah yang pertama. Salah satu langkah yang
dominan adalah melalui rombakan sistem pendidikan. Dalam hal ini, kita terpaksa meletakkan tanggungjawab penting ini
kepada pihak pendidikan. (M) Pendidikan merupakan wahana yang berkesan untuk mentarbiah masyarakat. Melalui
pendidikan, kita diajar, dibimbing dan diasuh untuk menjadi insan yang kamil dan holistik sama ada dari aspek jasmani,
rohani dan intelek. Bukan itu sahaja, pendidikan juga mampu melahirkan insan yang berhemah tinggi dan berbudi
bahasa. (B) Hal ini juga turut disedari oleh Menteri Pelajaran kita. Oleh sebab itu, beliau telah mengarahkan agar kurikulum

14
Contoh Karangan SPM BM

semua mata pelajaran yang sedia ada dirombak semula. Rombakan ini dapat dilihat melalui penerapan nilai-nilai murni yang
berkaitan dengan amalan budi bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu melalui cerpen, novel, drama dan puisi
yang diajarkan dari peringkat Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed
pernah menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap masyarakat Jepun. Walaupun negara mereka semakin maju,
namun, masyarakatnya masih mengekalkan nilai-nilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat resam bangsa
mereka. (K) Mereka percaya bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka,
mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan negaranya. Semangat inilah yang membawa negara
mereka pada kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta. (P) Jelaslah bahawa
dalam usaha untuk memupuk amalan budi bahasa, maka tidak boleh tidak, perubahan dalam sistem pendidikan perlu
dilaksanakan.

(L2): Jika kita lihat dari sudut yang lain, pihak sekolah perlu juga melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan lebih giat dan
berkesan. (M) Kita perlu sedar bahawa aktiviti kokurikulum merupakan wadah yang paling berkesan dalam membentuk
amalan budi bahasa seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati dalam diri para pelajar. Para guru
pula dianggap sebagai arkitek pembangunan manusia diarahkan untuk mengadakan pelbagai program bagi memupuk
amalan budi bahasa ini kerana pelajar ibarat pohon yang baru ditanam. Lantaran itu, mereka perlu dibajai, diairi dan diberi
cahaya matahari yang secukupnya. (B) Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh badan-badan beruniform
seperti Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah akan membentuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahlinya.
Mereka akan bersama-sama mendirikan khemah, mematuhi giliran memasak dan sebagainya, sepanjang perkhemahan
diadakan. Selain itu, aktiviti bergotong-royong oleh persatuan-persatuan dan kelab-kelab sama ada di sekolah, mahupun di
kawasan sekitar sekolah pula akan menanamkan perasaan bertanggungjawab para pelajar terhadap alam sekitar serta
sekolah mereka bak kata pepatah, ‘tak kenal , maka tak cinta.’ (K) Justeru melalui program-program yang dijalankan, para
pelajar akan membentuk jati diri dan sikap positif dalam diri mereka. Mereka akan lebih bersikap ‘membina’ daripada
’meruntuhkan’ atau membinasakan sesuatu. Mereka juga akan lebih bertanggungjawab terhadap segala kemudahan yang
disediakan untuk kegunaan ramai. Oleh itu, melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang lebih berkesan, kita berharap agar
tidak ada lagi telefon awam yang dirosakkan, atau tandas awam yang diconteng dengan kata-kata yang tidak menyenangkan
mata memandang. Sebaliknya, kita akan dapat menyaksikan masyarakat yang lebih bertolak-ansur, umpamanya, mereka
tidak berebut-rebut lagi ketika menaiki bas awam atau komuter. Anak-anak muda kita juga akan lebih menghormati
golongan yang tua kerana tahap budi bahasa dalam kalangan masyarakat telah meningkat. (P) Pendek kata, amalan budi
bahasa sememangnya dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah.

(L3): Seperkara lagi, peranan ibu bapa juga amat penting dalam melahirkan insan kerdil yang berbudi bahasa tinggi.
(M) ‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya,’ begitulah peribahasa yang membawa maksud bahawa peribadi serta perlakuan
ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak mereka. Memang tidak dapat kita nafikan ibu bapa merupakan guru
pertama dalam kehidupan anak-anak sejak dalam rahim ibu lagi. Hal ini membuktikan bahawa ibu bapa merupakan ejen
pembentukan karakter anak-anak yang paling ampuh untuk melahirkan insan yang kaya budi bahasa.(B) Oleh itu, sesuatu
perkara itu perlu dipupuk dari kecil oleh ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya agar apabila anak-anak
memasuki alam persekolahan, nilai-nilai asas yang positif seperti hormat-menghormati, beradab sopan dan bertolak-ansur
telah sedia wujud dalam diri anak-anak mereka. Sebagai contoh, anak-anak yang lebih muda perlu menghormati kakak atau
abang mereka yang lebih tua. Anak-anak juga diajar agar menghormati harta benda milik adik-beradik mereka serta harta
benda bersama. Dalam hal ini, ibu bapa tidak boleh bersikap seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Oleh itu,
ibu dan bapa perlu sentiasa menunjukkan bahawa mereka juga saling menghormati sesama mereka agar nilai positif ini
diikuti oleh anak-anak.(K) Dengan ini, hubungan kemesraan keluarga akan dapat ditingkatkan di samping dapat mewujudkan
baiti jannati. Malah yang lebih penting, anak-anak akan lebih beradab dan berbudi bahasa yang akan mencerminkan maruah
keluarga tersebut. Anak-anak seumpama ini tidak akan bersikap biadab yang mampu menconteng arang ke muka keluarga
sendiri. (P) Sesungguhnya, peranan ibu bapa yang mempamerkan contoh terbaik kepada anak-anak dapat memupuk amalan
budi bahasa dalam diri anak-anak.

(L4) Pilihan kita yang terakhir untuk membentuk masyarakat yang berbudi bahasa adalah melalui kempen yang
berkesan. (M) Hal ini dikatakan demikian kerana kempen-kempen yang diadakan mampu menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan amalan ini dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Masyarakat pada hari hari lebih mudah dipengaruhi dan

15
Contoh Karangan SPM BM

dikuasai dengan kempen-kempen yang diadakan. (B) Sembilan tahun lalu iaitu pada 11 Februari 2005 Kementerian
Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni
sama sekali tidak diwujudkan kalau masyarakat kita berbudi bahasa selayaknya. Kempen yang dicetuskan oleh Dr. Rais Yatim
semasa memimpin KEKWA ini mengejutkan kita yang terlena dalam mengejar fatamorgana hidup sehingga sanggup
merendahkan tahap budi bahasa kita. Suatu ketika dahulu , majalah Readers Digest telah menyiarkan hasil kajian
kesantunan di 36 bandar raya di dunia. Hasilnya, Kuala Lumpur menjadi bandar raya kedua paling biadab. Kajian ini amat
membimbangkan dan memalukan kita. Oleh itu, kempen seumpama ini haruslah diadakan secara berterusan serta giat dan
bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga.(K) Dengan ini, diharapkan kempen yang bersungguh-sungguh ini
dapat menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia serta
meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam kehidupan kita. Secara implisitnya, negara akan menjadi agung
jika warganya terdiri dari insan-insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya
dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian. (P) Izharlah bahawa peranan kempen juga penting untuk
membudayakan amalan murni ini dalam kehidupan seharian kita.

PENUTUP
(K) Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa amalan budi bahasa amat mustahak untuk negara
mencapai taraf negara maju yang disegani oleh negara-negara gergasi yang lain di dunia. ‘Yang merah itu saga, yang kurik itu
kendi, yang indah itu bahasa, yang elok itu budi’, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa
dalam kehidupan masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli pula dengan bidalan yang mengatakan bahawa budi bahasa tidak
boleh dijual beli. (C) Oleh itu, sifat sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggan masyarakat
timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Lantaran itu, semua pihak wajarlah
bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengelakkansikap masing-masing perahu, masing-masing kayuh dalam menanam
amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kita tidak seharusnya mengharapkan sebelah pihak sahaja untuk
memupuk amalan murni ini dalam setiap jiwa rakyat Malaysia kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kempen
Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran
rakyat. (H) Profesor DiRaja, Ungku Aziz pernah berkata, “Malaysia yang aman dan damai akan lenyap dalam sedikit masa jika
rakyatnya tidak bermoral dan nilai budi bahasa yang kian terhakis dari jiwa mereka”. Jadi, kita mengharapkan agar
menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap kasar sudah lupus dari memori setiap
rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah
matahari terus bersinar dan biarlah negara Malaysia terus disegani kerana ketinggian budi bahasa rakyatnya.

KARANGAN 8

ISU : REMAJA BERSAHSIAH

Dalam meniti arus kemodenan ini, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah
peribadi anak-anak supaya menjadi seorang anak yang berwawasan dan berkaliber. Anak-anak ataupun digelar sebagai
remaja ini mampu membangunkan sesebuah Negara jika mereka mempunyai sahsiah yang mulia dalam diri mereka. Perkara
ini sering menjadi bahan perbincangan dalam kalangan ibu bapa dan pemimpin Negara. Titik permulaan dalam membentuk
sahsiah mulia dalam diri anak-anak ini ialah bermulanya daripada bimbingan ibu bapa. Jika seseorang ibu bapa itu berjaya
membentuk sahsiah anak-anak mereka dengan baik. Maka, tidak hairanlah pada suatu hari nanti anak-anak mereka menjadi
seorang pemimpin Negara dan mampu memimpin semua anak-anak muda dalam membentuk sahsiah diri. Oleh itu, ibu
bapa haruslah memainkan peranan dari sekarang sebelum nasi menjadi bubur.

Antara peranan yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa ialah dengan menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana
ibu bapa yang mencerminkan sahsiah peribadi anak-anak. Seseorang ibu bapa itu haruslah menunjukkan sikap yang positif
kepada anak-anak. Sebagai contoh, bertutur dengan bahasa yang sopan, tidak bergaduh antara suami isteri di hadapan
anak-anak, tidak merokok di hadapan anak-anak dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, anak-anak pasti akan mengikut
dan menjadikan ibu bapa mereka sebagai suri teladan kepada mereka. Hal ini persis dengan kata pepatah “bagaimana
acuan, begitulah kuihnya” yang membawa maksud seseorang anak akan meniru perangai dan kelakuan ibu bapa mereka.
Oleh itu, sahsiah mulia anak-anak dapat dibentuk melalui sahsiah ibu bapa. Jika ibu bapa itu bersikap baik anak-anak juga
akan menjadi baik, manakala jika ibu bapa itu bersikap buruk, anak-anak juga akan turut bersikap buruk.

16
Contoh Karangan SPM BM

Selain itu, didikan agama amat penting dalam membentuk dan mencorak sahsiah yang mulia dalam diri anak-anak.
Ibu bapa haruslah memainkan peranan dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak kerana
dengan adanya ilmu agama yang kukuh, anak-anak dapat membezakan antara perkara yang baik dan buruk. Dengan itu,
anak-anak tidak akan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok, merempit dan sebagainya. Jika
ibu bapa ingin mencorak sahsiah yang baik dalam diri anak-anak. Ibu bapa perlulah memberikan didikan agama kepada
mereka sejak kecil lagi bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Anak-anak ini ibaratkan kain putih, ibu
bapa yang mencorak anak-anak menjadi insan mulia dan jika terlambat memberi didikan agama yang baik kepada anak-
anak, pasti kain putih itu akan menjadi hitam dan sukar untuk dibentuk. Oleh itu, ibu bapa haruslah memberi didikan agama
sebelum terlambat.

Di samping itu, kasih sayang juga merupakan salah satu faktor yang dapat membentuk sahsiah diri anak-anak. Ibu
bapa sewajarnya memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak “bagai menatang minyak yang penuh”
kerana anak-anak ini dahagakan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa haruslah memberikan kasih
sayang dengan cara beriadah bersama-sama, solat berjemaah, makan bersama-sama dan sebagainya. Kesannya, anak-anak
tidak akan memberontak dan mereka akan tenang apabila ibu bapa menyayangi mereka. Namun begitu, masih terdapat
golongan ibu bapa yang tidak memberi kasih sayang kepada anak-anak kerana alpa akan tanggungjawab yang dipikul. Ini
akan menyebabkan anak-anak mudah memberontak dan mula melangkah ke dunia yang penuh dengan kemaksiatan. Oleh
itu, ibu bapa perlulah memberikan kasih sayang yang secukupnya tidak kira dengan apapun cara kerana kasih sayang ibu
bapa amatlah berharga bagi anak-anak.

Sebagai penutup wacana, ibu bapa haruslah bijak memainkan peranan mereka dalam membimbing anak-anak
membentuk sahsiah diri yang mulia kerana ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dan lebih mengenali anak-anak.
Saya berharap ibu bapa tidak leka akan tanggungjawab mereka dalam membimbing anak-anak bersahsiah mulia agar
harapan ibu bapa dan pemimpin Negara dalam membentuk sahsiah yang baik dalam diri anak-anak akan tercapai.

KARANGAN 9

ISU : PERANAN IBU BAPA DALAM MEMASTIKAN AMALAN MENABUNG MENJADI BUDAYA MASYARAKAT KITA?

Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah manusia dalam kehidupan. Menjelang era
milieum yang sarat dengan informasi dan teknologi, momentum arus terus bergerak ke depan dengan tidak berlengah-
lengah. Oleh itu, generasi muda perlu berjimat cermat dan sifat menabung perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi.
Amalan menabuing ini diharapkan terbawa-bawa sehingga dewasa. Menabung merupakan tabiat menyimpan wang.
Tanggungjawab untuk memupuk amalan ini dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa perlu
memainkan peranan mereka dengan bijaksana ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak
berselerak. Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memastikan amalan ini menjadi
budaya masyarakat kita?

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan berjimat-cermat dalam diri anak-
anak adalah dengan menjadikan amalan ini sebagai budaya keluarga. Hal ini kerana suasana keluarga merupakan cara yang
paling cepat dan efektif bagi membentuk keperibadian anak-anak. “Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa yang bakal
mencorakkannya menjadi putih atau hitam”. Ibu bapa merupakan orang yang pertama berpeluang untuk berinteraksi
dengan anak-anak. Anak-anak telah dibawa ke dunia ini oleh ibu bapa. Anak-anak datang ke dunia yang berwarna-warni ini
dengan otak yang kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-anak. Dengan
kesempatan ini, ibu bapa boleh menyemai amalan menabung dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak
menabung dengan menyimpan sebahagian daripada wang perbelanjaan harian sekolah anak-anak. Ajarlah anak-anak
berjimat-cermat dan tidak membelanjakan semua wang perbelanjaan harian yang diberi agar anak-anak tahu akan
kepentingan menabung. Jelasnya, ibu bapa perlumemupuk tabiat ini dalam kalangan kanak-kanak “sebelum kudis menjadi
tokak”.

Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak sejak bangku prasekolah lagi, bak
kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewaktu anak-anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata
dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mudah memberitahu dan mendidik mereka amalan yang berunsur positif seperti
amalan menabung. Anak-anak mudah dipengaruhi ketika mereka masih kecil. Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu

17
Contoh Karangan SPM BM

bapa dan mengikut segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini, amalan menabung, secara tidak langsung, mudah
berakar umbi dalam hati anak-anak. Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang
berdarah muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi dan nasihat ini bagai mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa yang
melahirkan anak-anak dan membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mangajar kanak-kanak bukan tanggungjawab
mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini lagi? Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan amalan sedikit
demi sedikit dalam jiwa anak-anak sejak kecil kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Selain itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk. Anak-anak perlu diterapkan
dengan gaya hidup yang sederhana dan tidak membazir. Sebagai contohnya, jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi
penanda aras paling senang bagi menilai taraf hidup sesebuah keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah bersederhana dalam
pembelian peralatan di rumah dan setiap pembelian perlu dibayar tunai tanpa berhutang. Kadangkala, terdapat keluarga
yang sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang bergaya supaya mendapat "pengiktirafan"orang
berada oleh orang-orang di sekeliling walaupun hakikat sebenarnya mereka tidak berkemampuan .Mereka inilah yang
berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya. Jika ada ibu bapa yang menjadikan hal ini sebagai budaya keluarga,
diharapkan mereka dapat menukar perspektif tersebut bagi memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat dalam
diri anak-anak.

“Adat usang pusaka lama”, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus diwariskan secara turun-
temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang dengan cekap. Mereka harus memberitahu anak-anak
cara penggunaan wang dan cara penyimpanannya. Mereka perlu kerap menggalakkan anak-anak mengamalkan tabiat
menabung. Membuka akaun bank untuk anak-anak merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan anak-
anak ke arah berjimat-cermat. Malah, langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih bayi. Ibu bapa dapat menaikkan
semangat anak-anak untuk menabung dengan meminta mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan
untuk masa depan mereka kelak. Kata orang tua, “semua orang memerlukan pujian”. Dengan hal tersebut, ibu bapa boleh
memuji anak-anak sekiranya mereka melakukan sesuatu yang baik. Pujian dengan batasan tertentu boleh mewujudkan
keyakinan anak-anak. Oleh itu, mereka akan menerima nasihat dan ajaran ibu bapa dengan hati terbuka. Mereka akan
belajar pengurusan wang dengan cekap. Amalan menabung mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa harus memuji anak-
anak dan cara ini dapat memudahkan penerapkan amalan menabung sudah terang seperti “murai berkicau hari siang”.

Pada hakikatnya, ibu bapa berperanan untuk menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-
anak. Ibu bapa sendiri harus mengamalkan sikap menabung. Mereka harus menabung wang bersama dengan anak-
anak. Ibu bapa perlu menunjukkan kepada anak-anak bahawa pada setiap bulan, mereka menyimpan sejumlah kecil wang di
bank atau pejabat pos. Perbuatan ibu bapa menyimpan wang akan dicontohi oleh anak-anak. Anak-anak mudah terikut-
ikut oleh tingkah laku ibu bapa dan mereka akan mengikut jejak langkah ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu menujukkan
contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan tabiat menabung juga. Cuba anda bayangkan, macam mana anak-anak
akan rela hati untuk menabung sekiranya ibu bapa mereka sendiri seorang yang boros dan
tidak pandai menguruskan wang? Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya imej yang diberikan oleh ibu bapa di
depan anak-anak. Pepatah Melayu juga mengatakan bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

“Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena percikan api; jika berkawan dengan penjual pewangi
harum, tubuh kita akan berbau harum”, Kawan merupakan ‘magnet sakti’ yang boleh mempengaruhi anak-anak yang berusia
seumur jagung. Ibu bapa harus menapis kawan anak-anak dan mengelakkan mereka berkawan dengan mereka yang kurang
berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-anak mudah runtuh sekiranya kegembiraan dan kemewahan mengaburi mata,
bak kata pepatah, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”. Oleh itu, ibu bapa harus mengurangkan peluang anak-anak untuk
bercampur dengan golongan tidak bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat. Anak-anak hanya tahu
menghabiskan wang dan tidak tahu betapa susah payahnya ibu bapa memperoleh wang untuk perbelanjaan anak-anak.
Dengan itu, amalan menabung akan dialpakan dan diketepikan oleh anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan anak-
anak berkawan dengan mereka yang kurang bersahsiah.

Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan peranan dominan dalam memastikan amalan menabung
manjadi budaya masyarakat kita. Pepatah cina mengatakan “Jikalau tiada wang semua kerja tak terjadi”. Peribahasa Melayu
pula menunjukkan “ada padii semua jadi, ada beras semua deras”. Gambaran ini menunjukkan betapa pentingnya wang
dalam zaman globalisasi yang mengutamakan kebendaan dan material. Kita harus menyemai sifat menabung dan

18
Contoh Karangan SPM BM

menjadikan amalan ini sabagai satu tabiat hidup. Pembentukan generasi muda barakhlak yang merupakan tonggak aspirasi
untuk menerajui negara pada masa depan amat diperlukan untuk merealisasikan kelahiran masyarakat madani.

KARANGAN 10
PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK
Pada era globalisasi ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca
karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana anak-anak
muda pada era ini, lebih gemar membaca bahan-bahan bacaan yang ringan seperti surat khabar, novel cinta, komik,
majalah hiburan dan animasi kartun. Majalah atau buku yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan seperti buku-buku
motivasi, pembinaan kendiri, falsafah, Majalah Dewan Masyarakat, Solusi, Dewan Budaya, Al Islam, dan Anis kurang
diminati malah ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu akan kewujudan majalah tersebut di pasaran. Mereka
berpendapat bahawa membaca karya-karya ilmiah dianggap berat dan membosankan kerana memerlukan minda untuk
berfikir sedangkan majalah atau buku-buku yang berunsurkan hiburan lebih seronok untuk dibaca kerana pembacaan bagi
mereka hanya sekadar mengisi ruang kosong dalam masa senggang sahaja. Apa pun yang jelas, buku yang baik adalah kunci
kepada khazanah kebijaksanaan. Ibu bapa merupakan insan yang penting untuk melahirkan anak yang berilmu, bersahsiah
baik dan dihormati oleh orang lain. Persoalannya, apakah modus operandi yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk
melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan?

Untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak, ibu bapa haruslah membawa anak-anak ke pesta buku atau
pameran buku seperti Pameran Buku Antarabangsa di PWTC yang diadakan pada setiap tahun. Hal ini dapat melahirkan
generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Apabila ibu bapa membawa anak-anak ke pameran buku, minat anak-anak
untuk membaca buku akan bercambah. Anak-anak akan dapat melihat pelbagai jenis buku yang menarik serta
menyeronokkan untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang disukai dan diminati. Dalam hal ini,
peranan ibu bapa amat penting untuk membimbing anak-anak agar dapat memilih buku yang berkualiti yang mampu
membina pemikiran atau minda anak-anak. Selain itu, anak-anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang
berunsurkan keagamaan, falsafah, motivasi dan sebagainya.. Hal ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan dalam diri anak-anak. Di samping itu, anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang memaparkan
sejarah negara lain. Hal ini, dapat meningkatkan pengetahuan am anak-anak tentang Negara luar.Tegasnya, usaha ibu bapa
membawa anak-anak mereka ke pameran buku merupakan salah satu langkah efektif yang melahirkan minat anak-anak
untuk membaca karya-karya ilmiah dan menjadi ulat buku dan seterusnya menjadi generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan.

Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam aspek membaca. Justeru, ibu bapa
hendaklah memulakan budaya membaca di rumah dengan menyediakan persekitaran yang boleh merangsang minat anak-
anak untuk membaca buku-buku ilmiah. Ibu bapa hendaklah membaca buku-buku dan surat khabar pada setiap hari
terutama pada waktu senggang. Perbuatan ibu bapa yang suka membaca pasti akan dicontohi dan diikuti oleh anak-anak
kerana pepatah menyatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Pada zaman ini,
anak-anak tidak tahu untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah Jadi, ibu bapa boleh mendidik anak
anak sejak kecil lagi untuk membaca buku-buku ilmiah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya dan asas
pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa boleh melakukan aktiviti membaca bersama anak-anak pada hari cuti sewaktu
semua ahli keluarga berehat di rumah. Dalam hal ini, Ibu bapa janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan
betul, sedangkan diri sendiri tidak betul. Sekiranya, ibu bapa tidak pernah membaca bahan-bahan ilmiah, bagaimanakah
anak-anak hendak membaca bahan-bahan tersebut. Anak-anak akan suka membaca apabila melihat orang tuanya
membaca. Jelasnya, ibu bapa harus menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak kerana anak-anak akan menjadikan
membaca sebagai satu amalan ke mana-mana sahaja mereka pergi bak kata pepatah kalau asalbenih yang baik jatuh ke laut
menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.

Di samping itu, Ibu bapa perlu menambahkan sumber bacaan dengan membeli banyak buku atau majalah yang yang
mengandungi ilmu pengetahuan yang boleh mengembangkan minda anak-anak. Pepatah menyatakan bahawa membaca
jambatan ilmu. Apabila anak- anak banyak membaca, sudah tentu pengetahuan mereka pun akan meningkat. Sebagai ibu
bapa, mereka hendaklah membeli bahan bacaan secara tetap pada setiap bulan seperti Majalah Dewan Masyarakat, Dewan
Pelajar, Dewan Siswa, Al Islam dan Solusi selain surat khabar yang dibeli secara harian. Secara tidak langsung, anak-anak
akan tertarik untuk membaca buku-buku dan majalah yang mengandungi banyak ilmu dan pengetahuan yang dibeli oleh ibu

19
Contoh Karangan SPM BM

bapa mereka. Minat untuk membaca bahan-bahan yang berkualiti pasti akan bercambah dalam jiwa mereka. Anak-anak
yang disuburkan dengan budaya membaca, pasti dapat membina jati diri unggul, mempunyai minda sihat, berketerampilan
sebagai orang berilmu dan berpengetahuan tinggi. Selain itu, ibu bapa boleh memberikan hadiah berupa buku sempena hari
lahir atau hadiah sempena kejayaan anak-anak dalam pelajaran atau peperiksaan sebagai ganjaran. Sebagai contohnya, ibu
bapa boleh menghadiahkan buku-buku motivasi sempena hari lahir anak. Hadiah tersebut dapat memotivasikan diri anak-
anak. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh kerana menghargai jasa ibu bapa. Amalan seperti ini akan menyebabkan
anak-anak hidup dalam dunia buku. Tak kenal maka tak cinta.

Seterusnya ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak membaca buku dengan cara mendaftar anak mereka
menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam kelab buku, anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui
perkembangan buku yang terkini. Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka didedahkan dengan pelbagai perkara
yang berkaitan dengan buku . Secara tidak langsung, anak-anak juga dapat membezakan bahan bacaan yang bermutu dan
bahan bacaan yang tidak berkualiti. Anak-anak pasti memilih bahan-bahan yang berkualiti kerana boleh mematangkan
minda seseorang dalam mengeluarkan pendapat atau melakukan tindakan. Selain itu, ibu bapa juga boleh menggalakkan
anak-anak menyertai Kempen Galakan Membaca dan Kembara Buku yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Dengan
menghadiri kempen-kempen membaca, anak-anak bukan sahaja mendapat kesedaran tentang pentingnya membaca
malah ibu bapa turut memperoleh manfaatnya. Tegasnya, ibu bapa perlulah membawa anak-anak menghadiri kempen-
kempen membaca dan menggalakkan anak-anak menyertai ahli kelab buku agar anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah
yang dapat membentuk anak-anak menjadi insan yang mulia dan disanjung tinggi.

Selain itu, ibu bapa boleh membina perpustakaan mini yang mengandungi bahan-bahan ilmiah yang menempatkan
pelbagai jenis buku ilmiah seperti novel karya agung, kamus, buku- buku agama, dan buku motivasi diri selain buku
pelajaran dan buku rujukan. Hal ini dapat menyuburkan minat anak-anak untuk membaca buku-buku yang disimpan di rak
buku tersebut. Ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan dan memastikan anak mereka membaca buku-buku yang
disediakan dalam perpustakaan mini di rumah. Anak-anak juga digalakkan untuk membaca surat khabar atau majalah ilmu
pada setiap hari dan membaca sebuah buku pada setiap minggu. Hal ini akan menyebabkan masa lapang anak-anak terisi
dengan aktiviti membaca tanpa perlu keluar rumah. Perpustakaan mini yang disediakan oleh ibu bapa tidak memerlukan
modal yang banyak. Buku-buku dan majalah yang dibeli pada setiap bulan boleh disimpan dalam perpustakaan mini
tersebut. Pembacaan buku dan majalah yang berulang kali dapat menguatkan minda anak-anak. Pepatah menyatakan
bahawa bangsa yang membaca, bangsa yang berjaya. Apabila anak-anak sudah biasa didedahkan untuk membaca surat
khabar pada setiap hari dan sebuah buku pada setiap minggu, anak-anak akan biasa berbuat demikian dan menjadikan
membaca sebagai amalan rutin harian kerana alah bisa, tegal dek biasa. Mereka akan selalu membaca apabila ada masa
terluang dan mereka akan menghargai masa kerana masa itu emas. Tambahan pula, jika ibu bapa mempunyai waktu
terluang, mereka bolehlah membawa anak-anak ke perpustakaan awam yang berhampiran dengan tempat tinggal
mereka. Perpustakaan awam memuatkan berjuta-juta buku yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak.
Malahan, apabila anak-anak pergi ke perpustakaan awam, mereka dapat membaca buku dalam keadaan yang senyap, aman,
damai dan tenang. Jelasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam dan menyediakan
perpustakaan mini di rumah dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.

Tambahan lagi, ibu bapa juga boleh memupuk minat membaca bahan-bahan ilmiah dengan membimbing anak-
anak mereka melayari internet. Internet merupakan sumber ilmu yang boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat.
Namun, terdapat remaja yang yang menyalahgunakan internet seperti melihat gambar-gambar lucah. Dalam konteks ini, ibu
bapalah merupakan pembimbing kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak melayari internet untuk
mencari judul buku ilmiah yang terkenal supaya boleh dibeli di kedai-kedai buku berhampiran. Hal ini dapat menggalakkan
anak-anak membaca karya-karya ilmiah supaya boleh melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Ilmu yang
diperoleh daripada bahan-bahan ilmiah boleh dijadikan sebagai panduan hidup. Hal ini disebabkan mesej-mesej yang
terkandung dalam bahan bahan ilmiah penting dalam kehidupan. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
memupuk minat membaca buku-buku ilmiah.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan, ibu bapalah yang memainkan peranan penting menggalakkan anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah. Ibu
bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-

20
Contoh Karangan SPM BM

anak mereka cerdas. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan minat membaca
dalam kalangan anak mereka. Jika anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran
akan terbentang luas di depan mereka pada masa depan. Ibn Khaldun dalam karya besarnya, Muqaddimah, pernah berkata
bahawa kekuatan ilmu bukan sahaja menjadi syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal, malah memberi arah dan makna
kepada manusia dan bangsa terbabit. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam melahirkan generasi
yang cinta akan ilmu pengetahuan.

KARANGAN 11

LANGKAH OLEH PELBAGAI PIHAK MENINGKATKAN SEMANGAT KEJIRANAN DALAM KALANGAN RAKYAT DI NEGARA INI YANG
SEMAKIN LONGGAR.

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan dan juga di belakang rumah kita.
Jika kita tinggal dalam satu taman atau di sebuah egara yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran
sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita
menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “Jiran sepakat membawa berkat”. Jadi, kita perlulah
mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Persoalannya,
apakah langkah-langkah yang wajar diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat?

Langkah primer yang harus diambil oleh pihak kerajaan ialah kerajaan menjalankan kempen-kempen kejiranan
yang bersesuaian di semua peringkat sama ada peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.Tujuan kempen ini adalah untuk
menanam semangat perpaduan dan bersatu padu dalam kalangan rakyat. Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh
Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak menekankan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.Usahasama
sebeginilah yang wajar diambil contoh dan diaplikasikan dalam institusi masyarakat bagi mencetuskan semangat kejiranan
yang utuh. Kempen kejiranan yang dijalankan ini perlulah berterusan dan janganlah seperti “hangat-hangat tahi ayam”
sahaja. Jelasnya,kempen yang dijalankan ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk memupuk semangat
kejiranan.

Selain itu, langkah yang harus diambil ialah masyarakat setempat perlulah mengadakan aktiviti gotong-royong.
Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan
dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang ,mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang
sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan
melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan
secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri kendara dan
sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan egara jiran. Malahan, menurut laporan
majalah ‘The Times’ di Australia. kegiatan gotong-royong yang diamalkan di Malaysia merupakan antara aktiviti yang terbaik
di dunia.
Di samping itu, peranan media massa merupakan langkah yang amat penting dalam meningkatkan semangat
kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai kaedah boleh digunakan dalam menyuburkan semangat kejiranan.Media
cetak misalnya boleh menyiarkan artikel-artikel tentang kepentingan semangat kejiranan .Media elektronik pula boleh
menyiarkan dokumentari dan rancangan menarik tentang kejiranan. Melalui media massa, pelbagai maklumat dan berita
boleh disampaikan dengan cepat dan mudah .Sesungguhnya,berita dan isu semasa yang disiarkan oleh media massa lebih
mudah menarik perhatian orang ramai terutamanya generasi muda. Sebagai contoh, usaha Majalah 3 menyiarkan ‘Colour of
Malaysia’ wajar disokong. Justeru,semangat “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah” ini wajar kita tonjolkan
melalui media massa.

Seterusnya, setiap penduduk hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan
perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalan kalangan jiran
setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat.
Seterusnya ,melalui rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil

21
Contoh Karangan SPM BM

menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, sambutan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baru Cina,Krismas, Deepavali dan sebagainya hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah
terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

Di samping itu, Jawatan Kuasa Kampung dan Jawatan Kuasa Taman juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari
Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti Hari Keluarga
diadakan,s emua ahli keluarga jiran akan turut serta melibatkan diri dalam aktiviti berkayak, memasukkan air ke dalam botol
,terompah gajah dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu
dengan bapa, malah anak-anak juga.Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola egara,
taman rekreasi atau padang sekolah yang berhampiran .Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat egara jiran dapat
dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti
yang terungkap dalam peribahasa Melayu,”ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”.

Tambahan lagi, kerajaan juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti egara seperti
persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu egara
organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini,
banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatan Kuasa
Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan
Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-
kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu,iaitu “ibarat aur dengan tebing” yang
mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

Akhir sekali, masyarakat mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam kalangan rakyat sebagai
langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi
jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita
perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkanke hospital kerana menghidap sesuatu
penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “berat mata memandang berat lagi bahu
memikulnya”, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang kepada prinsip cubit peha kiri, peha kanan terasa juga.
Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan
keperitan yang dialami oleh jiran kita itu.

Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era
globalisasi, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang
terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan,
semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan egara. Ada pepatah yang mengatakan
bahawa “bersatu kita teguh bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan
bertambah utuh dan teguh. Jadi,dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan
sentiasa terpelihara supaya egara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

KARANGAN 12

LANGKAH-LANGKAH YANG DAPAT DIAMBIL OLEH IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK DALAM MENGGALAKKAN PENGGUNAAN
BARANGAN BUATAN MALAYSIA.

Sebagai sebuah negara membangun yang akan menuju ke arah negara maju menjelang 2020, Malaysia sebenarnya
telah banyak menghasilkan dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Mungkin sudah tiba masanya bagi
rakyat kita agar tidak lagi mengagung-agungkan barangan luar. Barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan
produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik. Walaubagaimanapun,
masih ramai lagi yang tidak mengetahui atau menyedari tentang kelebihan dan kualiti sebenar barangan buatan negara kita,
lebih-lebih lagi orang muda-muda yang kononnya mempunyai cita rasa yang tinggi dalam memilih kebendaan. Persoalannya,
apakah peranan ibu bapa dalam menggalakkan penggunaan barangan buatan Malaysia?

22
Contoh Karangan SPM BM

Peranan yang amat penting yang perlu diamalkan oleh setiap ibu bapa ialah ibu bapa perlulah menjadi role model
kepada anak-anak mereka kerana anak-anak akan sentiasa mengikuti jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka. Pepatah
ada mengatakan bahawa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa merupakan insan yang paling dikagumi kerana ibu
bapalah orang yang terdekat dengan anak-anak. Anak-anak diibaratkan seperti sebutir permata yang belum digilap, ibu bapa
yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan bersinar. Walau bagaimanapun, ibu bapa
janganlah bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul kerana ini akan menyebabkan anak-anak hilang
rasa kagum dan kepercayaan kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa haruslah membeli kereta buatan Malaysia seperti kereta
dari kilang Proton Edar, barangan elektrik seperti Panasonic, Philips dan lain-lain. Tegasnya, ibu bapa haruslah menjadi suri
teladan kepada anak-anak mereka dengan menyokong barangan buatan Malaysia yang berkualiti ini.

Selain itu, ibu bapa perlulah memupuk perasaan cinta akan negara kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini terjadi demikian kerana semangat patriotik patut diterapkan ke dalam
sanubari remaja supaya mereka terpanggil untuk membeli barangan Malaysia sebagai tanggungjawab mereka. Ibu bapa juga
boleh menanam minat anak-anak terhadap barangan Malaysia melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia, Pendidikan Moral
dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Hal ini akan dapat menyuntik nilai cinta akan negara, taat setia kepada raja dan
negara, dan sanggup berkorban untuk negara kepada generasi muda kita. Ibu bapa patut menyeru anak-anak untuk
mencontohi warganegara Jepun dan Korea kerana rakyat mereka berasa bangga untuk membeli barangan negara mereka
sendiri. Misalnya, dalam filem atau drama Korea, semua artis pasti menggunakan produk negara sendiri seperti jenama
Samsung, LG dan Panasonic. Dengan menyahut seruan Tun Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
keempat malalui Dasar Pandang Ke Timur, kita digalakkan mencontohi sifat baik negara lain yang baik untuk meningkatkan
taraf kehidupan negara ke alaf baru. Jika anak-anak telah diterapkan semangat cinta akan negara dan ingin membeli
barangan Malaysia, amalan ini akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja
merupakan golongan pengguna yang banyak berbelanja. Golongan remaja juga merupakan harapan negara kita. Hal ini
kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Jika mereka suka membeli produk jenama Malaysia, produk Malaysia
pasti akan laris di pasaran.

Di samping itu, peranan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa ialah ibu bapa membawa anak-anak ke pameran
barangan ciptaan Malaysia. Contohnya, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke Karnival Membeli-belah Malaysia yang
dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dengan premis perniagaan seluruh negara. Karnival sebegini telah
ditetapkan hanya barangan Malaysia yang mempunyai tawaran potongan harga yang istimewa. Sebagai contoh, kraf
tangan dan batik, yang merupakan budaya yang menggambarkan tradisi Malaysia. Ibu bapa perlu mendedahkan anak-anak
dengan pelbagai barangan tempatan yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan keunikannya yang tersendiri. Apabila anak-
anak meminta sesuatu benda yang tidak keterlaluan, ibu bapa haruslah membeli barang tersebut dan barang tersebut
mestilah merupakan barangan buatan Malaysia. Terdapat juga pameran yang mengadakan pelbagai jenis pertandingan.
Dalam konteks ini, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak menyertai pertandingan-pertandingan seperti menulis esei,
melukis poster dan menjawab soalan-soalan kuiz yang berkaitan. Hal ini secara tidak langsung dapat mencelikkan minda
anak-anak supaya mengetahui kualiti dan kelebihan barangan Malaysia sehingga berminat untuk membeli barangan
Malaysia, seperti peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Tegasnya, ibu bapa perlulah membeli barangan buatan Malaysia
untuk didedahkan kepada anak-anak generasi baru ini.

Seterusnya, ibu bapa perlulah menerangkan kebaikan pembelian barangan buatan Malaysia kepada anak-anak
mereka supaya mereka dapat memahami faedah-faedahnya, menyokong dan menggunakan barangan buatan Malaysia. Ibu
bapa haruslah memberitahu anak-anak tentang kualiti produk-produk Malaysia yang kini bukan sahaja kualitinya setanding
dengan produk-produk luar negara, malah harganya juga cukup murah untuk dimiliki seseorang. Ibu bapa juga boleh
menunjukkan kempen-kempen yang telah diadakan seperti Kempen Beli Barangan Malaysia kepada anak-anak untuk
memastikan anak-anak sedar dan mengetahui secara mendalam barangan-barangan Malaysia. Sikap prejudis, memandang
rendah barangan tempatan dari sudut pemikiran juga seharusnya dilontar jauh-jauh oleh ibu bapa dan juga tidak harus
diwujudkan pada anak-anak mereka, tetapi, sebaliknya, membinakan semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi, termasuk
soal kualiti dan standard barangan tempatan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting dalam menerangkan manfaat-manfaat
barangan buatan Malaysia kepada anak-anak supaya mereka sedar dan bijak memilih benda yang baik dan mendatangkan
kebaikan kepada mereka.

23
Contoh Karangan SPM BM

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa yang merupakan insan terdekat kepada
generasi muda kini mestilah memainkan peranannya yang amat penting dalam menggalakkan anak-anak menyokong,
membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia. Harapan kerajaan Malaysia supaya negara kita bukan sahaja
mengimport barangan luar negara malah juga mengeksport barangan buatan Malaysia dapat dicapai. Sedarlah bahawa
barangan Malaysia tidak sekadar lebih murah daripada barang buatan import negara malah mempunyai kualiti dan kuantiti
yang baik. Walalau bagaimanapun, usaha daripada ibu bapa semata-mata adalah tidak mencukupi. Rakyat Malaysia patut
menghayati tema Hari Kebangsaan; 1Malaysia Menjana Transformasi menyemarakkan semangat seisi negara agar seia
sekata sebagai satu bangsa yang ingin memperkasakan satu perubahan sikap dengan membeli barangan Malaysia.
Tegasnya, negara kita, tanggungjawab kita merupakan azimat yang tersemat agar kita berbangga dengan barangan Malaysia
yang bermutu tinggi.

KARANGAN 13

USAHA-USAHA UNTUK MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI.

Dalam era milineum yang kian mencabar ini, pelbagai episod sedih dan malang terpapar di dada-dada akhbar
malah sering kita dengan di corong-corong radio. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak amat cakna
dalam menggembleng usaha untuk membentuk akhlak yang terpuji dalam diri seseorang terutamanya remaja. Hal ini
demikian kerana remaja merupakan pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara. Kebejatan akhlak remaja akan
merencatkan ketamadunan bangsa malah akan turut mencemarkan imej negara di mata dunia. Persoalannya, siapakah yang
perlu menyusun langkah sederap bagi membentuk akhlak terpuji ini? Apakah usaha yang mampu dilakukan oleh ibu bapa,
masyarakat dan kerajaan? Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, usaha proaktif setiap pihak mampu untuk membentuk
dan mencorak akhlak terpuji dalam diri seseorang.

Jika dikaji secara mendalam, ibu bapa adalah faktor dominan dalam menggarap usaha pembentukan akhlak terpuji
seseorang remaja. Komitmen yang jitu oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan melahirkan remaja yang berakhlak
unggul. Hal ini demikian kerana proses pendidikan anak-anak untuk mengamalkan sikap terpuji seperti bersopan santun,
saling menghormati dan bekerjasama dalam kehidupan. Abraham Lincoln ada menyatakan bahawa,"Janganlah ditanya
apakah sumbangan negara kepada kita namun tanyalah apakah sumbangan kita kepada negara. Hal ini senada dengan
komitmen ibu bapa dalam mendidik anak-anak demi melahirkan generasi muda yang bersahsiah terpuji dan unggul. Rema
yang berakhlak terpuji akan dapat membentuk negara yang maju dan dipandang tinggi oleh negara-negara asing sekali gus
akan menjadi serampang dua mata untuk menaikkan nama negara setanding dengan negara-negara maju yang lain bak kata
pepatah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Oleh itu, komitmen yang jitu oleh ibu bapa amat penting dalam usaha
membentuk akhlak terpuji dalam diri seseorang remaja.

Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Tangan yang menghayun buaian mampu
menggoncang dunia. Pepatah tersebut begitu sinonim dengan kuasa ibu bapa yang mampu untuk melakar keperibadian
unggul anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memupuk nilai murni dalam diri anak-anak agar mereka mampu untuk menjaga
imej diri, ibu bapa dan negara. Hal ini demikian kerana nilai murni yang diterapkan di lubuk hati mereka ini akan menjadi
panduan kepada mereka untuk berhadapan dengan realiti kehidupan bermasyarakat yang penuh onak duri. Nilai-nilai yang
diterapkan ini mampu untuk menjadikan mereka matang sekali gus tidak akan mudah terpengaruh dengan gejala negatif
seperti 'skin head', 'black metal' dan budaya hedonisme yang meracuni akhlak remaja bak virus epidemik. Jelaslah bahawa
pembentukan nilai murni akan mewarnai kehidupan generasi muda ini dengan akhlak unggul dan bersahsiah terpuji.

Tan Sri P. Ramli ada menegaskan bahawa irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan maka pincanglah
karya tersebut. Hal ini bertepatan dengan konsep remaja dan didikan agama. Mereka akan pincang sekiranya ibu bapa
memandang enteng dalam soal memberi didikan agama kepada remaja. Pembentukan akhlak remaja ini akan telus dan
lancar jika mereka diberi didikan agama yang sempurna. Hal ini demikian kerana dengan didikan agama anak-anak akan
dapat membezakan antara intan dan kaca, antara batu dan permata serta mampu untuk menangkis segala hasutan manusia
yang bertopengkan syaitan. Sebagai contoh, remaja akan sentiasa mengamalkan akhlak terpuji dan bertindak mengikut
hukum syariat Islam mahupun mengikut kefahaman agama masing-masing tanpa paksaan atau menerima tempias masalah
sosial yang kian membarah seperti kes buang bayi. Jelaslah bahawa suntikan didikan agama ke dalam jiwa setiap remaja

24
Contoh Karangan SPM BM

kerana kedangkalan didikan agama akan melahirkan remaja yang bersikap negatif dan tersasar dari landasan ibarat kapal
hilang nakhoda, karam di tengah laut.

"Qudwatul Hasanah" atau "role model" merupakan uslum terbaik untuk membentuk akhlak terpuji remaja. Oleh itu,
ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan terbaik kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa
merupakan sumber inspirasi anak-anak. Keperibadian ibu bapa mencerminkan akhlak anak-anak senada dengan pepatah
bapak borek anak rintik. Sebagai contoh, ibu bapa hendaklah menunjukkan sahsiah terpuji jika di tempat awam dan
mengamalkan sikap bertoleransi , berkeyakinan dan saling menghormati. Anak-anak akan tertarik dengan keperibadian ibu
bapa mereka kerana sikap yang ditunjukkan ini akan melahirkan tingkah laku mudah mesra dengan anggota masyarakat.
Sudah terang lagi bersuluh, sikap yang ditunjukkan oleh ibu bapa yang digelar "role model" ini akan mampu membentuk
akhlak terpuji anak-anak.

Sudah terang lagi bersuluh, pembentukan akhlak terpuji remaja bermula dengan didikan ibu bapa sejak kecil lagi.
Ibu bapa yang mengutamakan pekerjaan perlulah mengubahnya agar anak-anak tidak terabai sekali gus akan meranapkan
akhlak seterusnya meruntuhkan ketamadunan bangsa kerana sabda rasullullah, "cuka yang buruk merosakkan madu". Ibarat
akhlak yang buruk merosakkan amal. Ibu bapa perlu seia sekata dan sebulat suara dalam membentuk akhlak terpuji anak-
anak. Hal ini demikian kerana ibu bapalah guru terbaik. Namun, masyarakat tidak seharusnya menuding jari jika ibu bapa
gagal mencorak keperibadian unggul anak-anak.

KARANGAN 14

CARA-CARA MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT.

Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, faktor kesihatan masyarakat pada hari ini
berada pada tahap yang membimbangkan pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia. Semakin hari,
masalah wabak pelbagai penyakit semakin menjalar dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia tua atau muda. Jika
dahulu masalah darah tinggi dan kencing manis merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh golongan tua tetapi pada
hari ini golongan kanak-kanak juga sering dihantui penyakit berkenaan. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi masalah kesihatan telah meningkat
sebanyak 200 000 orang pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahun sebelumnya. Sebenarnya masalah kesihatan
masyarakat mampu diatasi dengan pelbagai cara terutamanya dengan kemudahan prasarana berkaitan kesihatan semakin
banyak disediakan oleh pihak kerajaan. Klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa, Hospital Besar merupakan tempat
masyarakat mendapat kemudahan rawatan kesihatan. Persoalannya, mengapakah kadar pertambahan bilangan pesakit
yang tidak mengenal usia berlaku pada zaman sekarang? Bak kata pepatah, setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah
pasti ada jalan keluarnya. Salah satu daripadanya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagaimana yang
disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah caranya untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat?

Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus di bawah kata kunci pengambilan makanan
seimbang. Kebanyakan rakyat Malaysia mengganggap pengambilan makanan seimbang ialah diet. Sebenarnya, tanggapan
masyarakat mengenai perkara tersebut adalah salah sama sekali.Hal ini kerana pengambilan makanan seimbang bermaksud
pengambilan makanan oleh seseorang individu yang mengandungi semua nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh
badan secara seimbang. Jika kita merujuk piramid makanan, pembahagian pemakanan terbahagi kepada beberapa bahagian
mengikut keperluan makanan berdasarkan seorang manusia normal. Bahagian bawah piramid makanan merupakan
kumpulan makanan mengandungi karbohidrat, diikuti dengan kumpulan makanan yang mengandungi vitamin, mineral, dan
serat, seterusnya kumpulan makanan yang mengandungi protin, dan terakhir bahagian atas ialah kumpulan makanan
mengandungi lemak. Piramid makanan juga merupakan panduan kepada pengguna dengan mengurangkan pengambilan
makanan berlemak di bahagian atas sekali, seperti lemak dan gula,. Oleh sebab itu, makanan berlemak hanya perlu kita
ambil dalam kuantiti sedikit. Berbanding kandungan karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang banyak kerana makanan
seperti ini membekalkan kita tenaga untuk menjalani kehidupan seharian, contohnya nasi, roti, dan bijirin. Seorang ahli
falsafah Yunani iaitu Socrates berkata " Aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan." Tegasnya, kita boleh
mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang setiap hari.

25
Contoh Karangan SPM BM

Seterusnya, mari kita lebarkan lensa perbincangan dengan memperkatakan gaya hidup sihat iaitu menjalankan aktiviti
rekreasi. Sebagai mana yang kita sedia maklum, kegiatan rekreasi merupakan aktiviti yang berfaedah terutama untuk
mengisi masa senggang, merehatkan minda dan mengelakkan stress, selain menyehatkan badan. Pada abad milenium ini,
banyak tempat rekreasi, sama ada bertemakan air, alam sekitar dan sebagainya. Dengan adanya pusat rekreasi, anak muda
atau remaja boleh menyertai aktiviti berkenaan dengan mandaftar diri dan menyertai program yang dianjurkan seperti
kursus berkayak, mendaki gunung, , menyelam, "jungle tracking" dan sebagainya. Bagaimana kegiatan rekreasi ini dapat
menyihatkan tubuh badan? Aktiviti rekreasi merupakan aktiviti mencabar. Sebelum melakukan aktiviti berkenaan, peserta
selalunya diminta untuk melakukan aktiviti regangan agar seluruh sendi dan sistem kardivaskular kita bersedia terlebih
dahulu sebelum melakukan aktiviti berkenaan. Bahkan juga, dengan adanya aktiviti regangan dan pemanasan badan, kadar
pengaliran darah dan pergerakan jantung akan stabil sebelum peserta melakukan aktiviti yang berat. Selain itu, kelenjar
endokrin dan kelenjar adrenalina akan merembeskan peluh yang mengandungi toksin untuk disingkirkan daripada badan.
Oleh sebab itu, badan kita akan menjadi sihat dan sukar untuk dijangkiti patogen-patogen penyakit. Kebiasaanya, seorang
fasiltator akan memberi penerangan kepentingan melakukan regangan dan peringatan mengenai langkah-langkah menjaga
keselamatan sepanjang program rekreasi diadakan untuk mengelak sebarang kemalangan atau kecederaan. Bak kata
pepatah, malang tidak berbau dan sediakan payung sebelum hujan. Justeru, tahap keselamatan peserta lebih terjamin
semasa melakukan aktiviti lasak tersebut. Hal ini jelas menunjukkan aktiviti berekreasi merupakan satu cara untuk kita
mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan.

Mari kita meneruskan perbincangan menggunakan minda pelajar kelas pertama dalam membicara aktiviti sukan
sebagai amalan gaya hidup sihat. Sebagaimana kita maklum, remaja tidak lari daripada melakukan aktiviti sukan dalam
kehidupan mereka sejajar dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan pelaksanaan Program 1 Murid 1
Sukan yang mewajibkan pelajar sekurang-kurang menyertai satu aktiviti sukan di sekolah. Bahkan juga,Kementerian
Pelajaran Malaysia juga telah 10% syarat kemasukan ke universiti berdasarkan pencapaian pelajar dalam bidang
kokurikulum antaranya sukan permainan. Namun, pelaksanaan program ini belum mencapai objektifnya kerana sebilangan
pelajar masih belum membudayakan diri mereka untuk bersukan dan penglibatan mereka dalam aktiviti berkenaan hanya
sekadar untuk penyertaan bukan sebagai budaya. Sebenarnya, pucuk pangkal permasalahan berkenaan terus berlaku akibat
masyarakat masih belum mengetahui akan manfaat dan kepentingan sukan dalam kehidupan mereka. Dengan bersukan,
masyarakat akan mendapat manfaat iaitu selain menyihatkan badan, mereka juga akan dapat mencergaskan minda mereka.
Hal ini kerana ketika bersukan oksigen akan diserapkan ke dalam badan dengan lebih cepat dan akan mengaktifkan sel-sel
badan menjalankan proses respirasi, disamping aliran oksigen ke otak akan lebih aktif. Secara langsung neuron-neuron otak
juga akan bersambung dan badan akan menerima cas-cas positif yang berfungsi untuk menyihatkan badan dan
mencerdaskan otak. Kebaikannya kepada pelajar, mereka tidak akan mudah mengantuk semasa berada di dalam kelas dan
sudah pasti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna. Pepatah Arab ada mengatakan bahawa minda cerdas
lahir daripada badan yang sihat. Justeru, kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti bersukan.

Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh bahawa pemeriksaan dan rawatan kesihatan adalah penting dalam memastikan
tahap kesihatan kita sentiasa berada di bawah paras bahaya. Masyarakat Malaysia perlu bersyukur kerana kerajaan
terutamanya di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia amat mengambil berat dalam menyediakan prasarana dan
kemudahan kesihataperkhidmatan bertaraf dunia. Hal ini boleh kita lihat di setiap pelusuk negara terdapat pusat rawatan
sama ada klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa dan Hospital Besar sentiasa terbuka untuk dikunjungi oleh rakyat yang
sedar akan kepentingan kesihatan mereka. Bahkan juga, pengamal perubatan yang sedia merawat pesakit adalah lepasan
universiti dikerah berkhidmat di pusat rawatan daerah, dan negeri agar setiap masyarakat mudah untuk mendapat
perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Berbading suatu ketika dahulu, pesakit yang memerlukan rawatan daripada
seorang doktor hanya boleh mendapat perkhidmatan mereka di hospital desa atau hospital besar. Rawatan kesihatan amat
penting supaya setiap warganegara akan tahu tahap dan darjah kesihatan mereka dari semasa ke semasa. Apabila kita
melakukan rawatan kesihatan secara berskala sekurang-kurangnya tiga bulan sekali perkembangan kesihatan kita boleh
dipantau oleh pengamal perubatan atau doktor dengan sebaik-baiknya. Natijahnya cukup positif kerana pengesanan
penyakit secara awal akan memudahkan mereka mendapat rawatan yang sepatutnya. Secara langsung pengesanan awal
boleh menyelamatkan nyawa kerana kadang kala penyakit menyerang tanpa disedari terutama penyakit tiga serangkai iaitu
darah tinggi, kecing manis dan serangan jantung. Contohnya, sekiranya pesakit mengalami penyakit kencing manis para

26
Contoh Karangan SPM BM

doktor berpengalaman akan menasihatkan pesakit mengawal kaedah pemakanan yang sesuai dan sekiranya pesakit
mengalamai masalah diabetis yang kronik suntikan insulin akan dilakukan untuk mengawal paras gula dalam badan. Pepatah
ada menyebut " mencegah lebih baik daripada merawat." Tegasnya mendapat pemeriksaan dan rawatan kesihatan adalah
sangat penting dalam memastikan tahap kesihatan masyarakat dalam keadaan baik.

Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat merupakan inisiatif kita sendiri. Jika kita inginkan kesihatan kita sentiasa
sihat, kita perlulah melibatkan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan kita seperti
pengambilan makanan seimbang, melakukan aktiviti rekreasi, menyertai aktiviti sukan dan mendapatkan rawatan kesihatan
secara sempurna. Oleh itu, untuk menyokong kerajaan dalam merealisasikan Wawasan 2020, kita perlulah memastikan
tahap kesihatan kita dalam keadaan terbaik kerana pekerja, pentadbir, dan pemimpin yang sihat jasmani, rohani, emosi dan
inteleknya sahaja yang akan dapat membantu menggapai cita-cita pemimpin untuk memastikan Malaysia mampu untuk
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Justeru, kesihatan merupakan aset paling
penting sebagai warganegara Malaysia kerana bak kata pepatah, kesihatan itu lebih penting daripada wang ringgit yang
menggunung.

KARANGAN 15

ISU : LANGKAH MEMAJUKAN PELANCONGAN NEGARA

Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang
penting. "Pendapatan indsutri pelancongan mencatatkan peningkatan 7.2 peratus dengan nilai RM103.3 bilion pada tahun
2013 dalam menjana ekonomi Malaysia,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hal ini menunjukkan
peningkatan ekonomi yang memberangsangkan yang dibawa masuk melalui industri pelancongan. Kerajaan telah
menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembanguna
negara yang pantas. Namun begitu, insiden yang menimpa negara baru-baru ini dengan kejadian misteri iaitu kehilangan
pesawat Malaysian Airlines Systems (MAS) MH371 dari China dan MH17 yang ditembak lalu terhempas di Ukraine sedikit
sebanyak boleh menjejaskan industri pelancongan negara. Kebanyakan pelancong berasa terancam untuk datang ke
Malaysia apatah lagi tahun 2014 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia. Oleh itu, semua pihak haruslah megatur
langkah yang lebih proaktif dan pragmatik untuk memastikan industri pelancongan negara kita terus rancak dengan
kunjungan para pelancong sama ada dari dalam negara atau dari luar negara untuk memastikan semua pihak mendapat
faedah daripada perkembangan sektor ini. Persoalan yang bermain-main di gawang minda kita ialah apakah langkah-langkah
yang pragmatik yang dapat dipraktikkan untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita?

Uslub yang perdana yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat
menarik minat pengunjung mancanegara. Produk pelancongan negara perlu diperbanyak supaya para pengunjung dapat
menikmati sesuatu yang baharu dan unik di negara kita. Banyak produk pelancongan yang wajar diterokai oleh pihak-pihak
yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak.
Selain itu konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah dikembangkan.
Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya.
Produk pelancongan yanng diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong mancanegara. Biasanya
pelancongan luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk
memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempat. Sebagai
contoh, pelancong wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka.
Dengan ini, para pengunjung dapat menimba pelbagai ilmu yang baharu dan mereka tidak akan pulang dengan tangan yang
kosong tanpa ilmu di dada. Benarlah kata orang tua-tua, “jauh perjalanan, luas pengalaman”. Jadi, usaha kerajaan
memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.

Selain itu, pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia. Karnival
pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival
ini, banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat menarik di negara ini, makanan yang
pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej

27
Contoh Karangan SPM BM

pelancongan yang kompetetif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia.
Tumpuan hendaklah diberikan pada rantau yang jauh seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai contoh, karnival
wajar diadakan di Brazil untuk menarik minat pengunjung di sana datang ke Malaysia dan menghebahkan kehebatan negara
kita bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Secara implisitnya, bilangan pelancong ke negara kita akan semakin
meningkat. Tegasnya, penganjuran karnival pelancongan di luar negara merupakan langkah yang berkesan untuk
mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Meninjau skop yang lebih luas lagi, kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan pelbagai acara antarabangsa
dengan lebih kerap. Pelbagai acara antarabangsa wajar dilobi agar diadakan di negara ini untuk menjadi tarikan kepada para
pengunjung. Sebagai contoh, penganjuran acara sukan antarabangsa seperti Monsoon Cup, perlumbaan Formula 1,
kejohanan badminton, pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba
Basikal Tour de Langkawi dan seumpamanya merupakan acara yang sangat mendapat perhatian peminat antarabangsa.
Dalam bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada beberapa acara antarabangsa, contohnya Festival Muzik
Dunia yang diadakan di Sarawak setiap tahun. Kemampuan negara untuk menganjurkan acara antarabangsa seperti ini
memang terbukti kejayaannya, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di
dunia. Acara antarabangsa ini hendaklah diadakan dengan lebih kerap dan dijadikan acara tahunan. Kejohanan-kejohanan
dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan
meluas. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan meningkat. Mereka bukan sahaja datang untuk
melibatkan diri dalam acara-acara yang dianjurkan, malahan untuk melawat tempat-tempat menarik di negara kita
berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja. Dengan cara ini, kita dapat mengekalkan pulangan yang
diperoleh danpada kedatangan pelancong ke negara kita. Jadi, jelaslah penganjuran acara antarabangsa dapat
meningkatkan promosi pelancongan di negara kita.

Seperkara lagi, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor pelancongan negara ini adalah
dengan mengadakan kempen Tahun Malaysia Malaysia dengan lebih berkesan dan melibatkan lebih banyak penyertaan.
Tahun Melawat Malaysia ialah kempen untuk menggalakkan pelancong datang ke negara kita dengan lebih besar
bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang tahun ini menyediakan pelbagai acara untuk menarik minat pelancong
datang ke negara ini. Misalnya, pelbagai acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan untuk para pelancong.
Penyertaan pelbagai pihak digalakkan untuk memeriahkan lagi sambutan Tahun Melawat Malaysia ini. Selain badan-badan
kerajaan, pihak swasta juga memikul tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang
kompetetif, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Program seumpama Cuti-cuti Malaysia oleh TV3
perlu diteruskan agar masyarakat mengetahui keindahan negara kita Hotel-hotel, syarikat penerbangan, dan syarikat
pengangkutan awam mestilah melibatkan diri untuk menjayakan kempen ini. Hal ini sekali gus akan mendorong para
pelancong untuk melancong dan berehat di sini. Jelaslah, kempen Tahun Melawat Malaysia dapat meningkatkan sektor
pelancongan di negara kita..
Uslub dan minhaj yang lain ialah menghapuskan atau mengurangkan cukai belian barangan di negara ini. Berdasarkan
rekod Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC), pelancong asing yang datang ke sini bukan sekadar untuk menikmati
keindahan alam semula jadi negara, bahkan juga untuk membeli-belah. Mereka ingin menjadikan percutian di Malaysia
sebagai serampang dua mata. Oleh itu, pihak berkuasa perlu menghapuskan atau mengurangkan cukai belian barangan di
negara ini. Namun begitu, kualiti barangan yang dijual haruslah terpelihara supaya para pelancong berasa puas hati ketika
membeli-belah di negara kita dan janganlah indah khabar dari rupa. Selain itu, peraturan-peraturan imigresen perlu
dilonggarkan kepada mereka yang berhasrat melancong ke negara ini. Manakala pusat-pusat perkhidmatan tukaran wang
asing perlu ditambah dan disediakan di lokasi-lokasi yang strategik seperti di hotel, pusat pelancongan dan pekan-pekan
kecil. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, para pelancong akan tertarik untuk berkunjung ke Malaysia. Izharlah
bahawa penghapusan dan pengurangan cukai belian barangan dapat merancakkan industri pelancongan negara .

Jika ditinjau dari sudut yang lain, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin kepuasan dan
kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita. Faktor kawalan keselamatan yang terjamin di sesuatu destinasi
pelancongan sering menjadi kayu pengukur untuk mereka datang ke destinasi pelancongan yang menjadi pilihan di hati
mereka. Kita tidak seharusnya lupa dengan gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas pelancong.
Oleh itu, Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis menangani jenayah ke atas pelancong.
Kejadian-kejadian rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus ditangani secepat

28
Contoh Karangan SPM BM

mungkin. Ini perlu dilakukan agar pelancong asing terus berkunjung ke negara ini. Bilangan keanggotaan pasukan
keselamatan perlu ditambah supaya rondaan dapat dilakukan dengan lebih kerap di kawasan tumpuan pelancong.
Sehubungan dengan itu, pelancong dapat melancong di negara kita dengan lebih selesa dan sekali gus imej negara
terpelihara di mata dunia. Pendek kata, kawalan keselamatan yang baik mampu meningkatkan industri pelancongan negara.

Akhir kalam, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan
dilaksanakan untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Memang diakui pelancongan merupakan suatu
industri yang cukup berpotensi dan begitu menguntungkan. Oleh itu, usaha memajukan industri pelancongan bukanlah
terletak atas pundak pihak berkuasa semata-mata kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Semua pihak hendaklah
tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya. Jika tidak,
segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk
dinikmati oleh pelancongan tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan kesungguhan daripada semua pihak yang terbabit
akan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia. Menurut Datuk Seri Utama Dr.
Rais Yatim, Mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, industri pelancongan di dalam negara boleh berkembang
setanding dengan destinasi pelancongan di luar negara seperti Pulau Bali, Disneyland dan lain-lain sekiranya usaha
memperkenalkan Malaysia dilakukan secara giat malah disokong oleh rakyat jelata. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah
mentari terus bersinar dan biarlah industri pelancongan negara kita terus meniti dari bibir ke bibir umat manusia di seantero
dunia demi menjana pendapatan yang lebih lumayan untuk kemaslahatan bersama.

KARANGAN 16

PERANAN IBU BAPA UNTUK MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA

Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang di antara ahlinya


Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang tidak terucapkan
Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta insan lain yang
memerlukan

Ayat-ayat di atas memaparkan signifikannya keluarga dalam kehidupan seseorang. Keluarga merupakan satu
institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. “Baiti Jannati” atau “Rumahku Syurgaku” merupakan pepatah Arab
yang sudah tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita. Rumah merupakan tempat terperciknya sinar kebahagiaan dalam
kehidupan seseorang. Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga yang juga memiliki ciri-ciri kejiwaan
yang sihat seperti gembira, yakin akan kebolehan diri dan sebagainya. Namun begitu, langit tidak selalunya cerah.
Allahyarham seniman agung tanah air, Tan Sri P.Ramlee pernah mengatakan bahawa sedangkan lidah lagi tergigit inikan
pula suami isteri. Kehidupan berkeluarga tidak lari daripada pergolakan dan perselisihan. Senario ini terbukti apabila
Mahkamah Syariah Kuala Lumpur melaporkan setiap 15 minit satu kes perceraian dilaporkan berlaku. Statistik ini
menunjukkan betapa rapuhnya institusi kekeluargaan di negara kita pada hari ini sedangkan sebahagian daripada
kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah dengan memiliki keluarga yang bahagia. Menurut mantan Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato` Seri Shahrizat Abdul Jalil, keluarga bahagia merupakan asas kepada
pembentukan masyarakat penyayang. Sebagai nakhoda dalam melayari bahtera perkahwinan, ibu bapa memikul obligasi
yang berat untuk memastikan mahligai yang bina berada dalam kebahagiaan. Persoalannya, apakah peranan yang wajar
dimainkan oleh ibu bapa untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia seperti yang diimpikan oleh semua pihak?

Peranan ibu bapa yang dominan ialah ibu bapa perlulah menjadi suri teladan kepada anak-anak. Peranan ibu bapa
dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak.
Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak. Sebagai contoh, seorang bapa perlu

29
Contoh Karangan SPM BM

berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati
antara satu sama lain. Kata orang, “ Yang tua dihormati, yang muda disayangi, barulah keluarga harmoni.” Apabila anak-anak
melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama
mereka kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jika contoh yang murni diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak
seperti sayang-menyayangi, toleransi serta prihatin akan membantu perkembangan jiwa anak-anak dan juga akan
mengeratkan hubungan dalam kalangan anak. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi syurga kepada anak-anak. Apabila
kebahagiaan di rumah dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha untuk membahagiakan ahli keluarganya dengan
memelihara maruah ahli keluarga walau di mana sekalipun mereka berada kerana benih yang baik dicampak ke laut menjadi
pulau. Tegasnya, tingkah laku yang baik yang dipaparkan oleh ibu bapa kepada anak-anak bakal dapat mewujudkan keluarga
yang bahagia kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Selain itu, ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami
tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka. Pengetahuan
keibubapaan ini penting dapat dijadikan panduan kepada ibu bapa atau pasangan yang ingin mendirikan mahligai
perkahwinan mereka terutamanya kepada pasangan yang masih mentah. Sememangnya alam perkahwinan penuh dengan
asam garamnya. Itulah hakikat yang tidak dapat disangkalkan lagi. Sebagai contoh, bakal-bakal ibu dan bapa boleh mengikuti
kursus-kursus praperkahwinan serta kursus pascaperkahwinan yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-
masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia
melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat
ilmu tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga
yang penuh dengan sinar kebahagiaan. Dengan ini, banyaklah keluarga yang mithali dapat dilahirkan dan masalah keganasan
rumah tangga dapat dielakkan. Pendek kata, ilmu pengetahuan keibubapaan yang dimiliki oleh mampu merealisasikan
impian untuk melahirkan keluarga yang bahagia.

Jika kita lihat dari dimensi yang lain, pemberian perhatian dan kasih sayang yang secukupnya dari ibu bapa kepada
ahli keluarganya juga dapat mewujudkan keluarga yang bahagia. Kasih sayang merupakan kunci utama kebahagiaan. Namun
begitu, pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah
bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.
Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama
empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang
memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, demi membentuk keluarga
yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang
berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka. Atas kepentingan ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu dan
Ahad sebagai cuti umum bagi kakitangan awam. Manakala pihak swasta pula, turut memberikan pelepasan kepada para
pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan. Ibu dan bapa seharusnya merebut kesempatan ini untuk bermesra
dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau
berekreasi bersama keluarga akan memberikan peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa
untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Oleh itu, sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan
anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan.

Dalam nada yang sama, pemberian didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga
dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan oleh pegangan agama serta
nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu
dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang
berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran
kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadang kala tidak
munasabah. Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberikan didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak
dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama
sesama adik beradik. Benarlah kata orang tua-tua, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa,
sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.

30
Contoh Karangan SPM BM

Akhir kalam, bayang kian jelas bahawa ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam membentuk sebuah
keluarga yang bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata.
Tanpa keluarga bahagia, sudah pasti kemakmuran negara akan terjejas. Banyak anak muda akan terlibat dalam kebejatan
sosial yang sekali gus akan menjahanamkan agenda pembangunan negara sama ada dari aspek politik, ekonomi dan sosial.
Oleh itu, ibu bapa sebagai pemimpin atau khalifah keluarga mestilah memainkan peranan dengan sebaik-baiknya untuk
memastikan keluarga yang dibina bahagia tanpa persengketaan. Namun begitu, kita tidak seharusnya meletakkan
tanggungjawab berat ini atas pundak ibu bapa sahaja kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Oleh itu, keluarga
yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai
proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak
asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Komitmen jitu daripada
semua pihak ini sudah pasti dapat merealisasikan impian negaran untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang
dan terbilang dapat digapai dengan mudah. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah
keluarga bahagia di negara kita dapat menyinari kemajuan dan kemakmuran negara sehingga diteladani oleh mancanegara.
Keluarga Asas Pembentukan Masyarakat. Maju keluarga, majulah masyarakat. Pincang keluarga, musnahlah masyarakat.

KARANGAN 17

MURID 1 SUKAN

Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan
murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal
insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat
membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk
membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan
di sekolah. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib
mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di
sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid
prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini dikatakan demikian
kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan.
Tegasnya, modal insan yang syumul dan holistik dapat dilahirkan melalui dasar ini.

Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli
masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas kerana badan sihat otak cerdas. Aktiviti sukan berupaya
meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini dikatakan
demikian kerana kerajaan sedar semakin banyak rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu
sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang menghidap masalah kegemukan dan obesiti
semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan menghidap
pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan
terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu,
tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk
masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa. Izharlah bahawa amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk
melalui dasar ini.

Jika kita singkap dari perspektif yang berbeza, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk perpaduan antara kaum
dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di
peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya
membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 55 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa
rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni.
Indikator terbaik ke arah itu adalah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam
menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit,
bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan.

31
Contoh Karangan SPM BM

Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan
amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Seperkara lagi, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan
fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan
khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi ulat buku
kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan bahawa aktiviti sukan hanyalah
membuang masa mereka sahaja. Persepsi seperti itu perlu dikikis dari kamus kehidupan mereka kerana mereka perlu
memperuntukkan masa untuk melakukan kecergasan fizikal seperti bermain bola sepak, berenang, menyertai acara balapan
dan sebagainya demi kebaikan mereka. Kata orang, otak yang sihat datang dari badan yang cergas. Dengan memiliki badan
yang sihat, murid-murid dapat fokus pada pelajaran mereka. Mereka dapat menjana idea yang bernas dan mampu berfikir
secara kreatif dan kritis. Secara implisitnya, murid akan beroleh kejayaan dalam bidang akademik mereka. Pendek kata,
murid dapat mencapai keseimbangan antara kejayaan akademik dengan kejayaan sukan melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan yang
diperkenalkan ini.

Pada masa yang sama, Dasar 1 Murid 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang
dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting.
Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan
berjuta-juta ringgit. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil
untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa orang ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol
Ann David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.Sesungguhnya, usaha untuk
memartabatkan arena sukan negara ke persada antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara yang digeruni dapat
dicapai menerusi dasar ini.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan banyak membawa kemaslahatan kepada murid-
murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua
aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah
pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan
akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap sambalewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun begitu,
sokongan daripada ibu bapa juga penting untuk menjayakan dasar ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.
Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan
menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan
biarlah sukan di Malaysia terus maju untuk bersaing di peringkat global agar Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri
sama tinggi dengan negara-negara lain di persada antarabangsa.

KARANGAN 18

AMALAN RUMAH TERBUKA

Rumah terbuka atau ‘open house’ sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di negara ini termasuk
Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Natal dan juga Hari Raya Aidilfitri. Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah
terbuka sehingga seluruh lapisan dan pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi amat
sinonim dalam kehidupan mereka. Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan sebanyak enam perayaan kaum
atau agama dianggap sebagai perayaan utama negara yang diraikan di peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan
pusat dan kerajaan negeri. Menyedari kesungguhan kerajaan untuk menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional,
persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan-kepentingan amalan rumah terbuka?

(ISI 1) Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan kepentingan terutamanya dalam
mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. (MENGAPA) Perpaduan yang terjalin

32
Contoh Karangan SPM BM

sekali gus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara bangsa. Selain itu, amalan rumah terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai
erti perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Amalan ini juga
dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik
mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. (BAGAIMANA) Jadi, setiap kaum seperti Melayu,
India, Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa sebarang halangan dan kekangan
yang perlu dibimbangi. (KESAN) Sehubungan dengan itu, perasaan muhibah antara satu sama lain dapat mewujudkan
kehidupan yang lebih harmoni. (PENEGAS) Tegasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat dihidupkan melalui amalan
rumah terbuka.

(ISI 2) Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat serta pemimpin sendiri, amalan
rumah terbuka ini juga dapat membantu sesama kaum memahami budaya kaum-kaum lain. (MENGAPA) Mereka hanya akan
merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. Amalan ini juga
membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain, memahami antara satu sama lain selain didedahkan kepada
adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. (BAGAIMANA) Sebagai contoh, orang-orang India, Cina, Iban,
Kadazan dan sebagainya merayakan sambutan Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya.
(KESAN) Hal ini dapat membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain serta budaya yang sihat juga dapat
diwujudkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Secara tidak langsung semangat toleransi akan
tersemai dalam kalangan generasi sekarang. (PENEGAS) Pendek kata, budaya dan adat resam kaum lain dapat dipelajari
melalui amalan murni ini.

(ISI 3) Selain kepada anggota masyarakat negara ini sendiri, penganjuran rumah-rumah terbuka juga merupakan
persembahan kepada pelancong asing yang datang melancong di negara kita. (MENGAPA) Mereka bukan sahaja datang ke
Malaysia untuk melancong dan menikmati keindahan negara tetapi mereka juga dapat mengalami dan memahami sendiri
keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. (BAGAIMANA)
Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri berkenaan
telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia semasa Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Pesta Keamatan, Hari
Gawai, Deepavali dan Krismas. (KESAN) Pengalaman pelancong asing meraikan perayaan-perayaan yang terdapat di
Malaysia akan menjadikan nama Malaysia sentiasa meniti dari bibir ke bibir mereka sekembalinya mereka ke negara asal
mereka dan sekali gus dapat merancakkan industri pelancongan negara. (PENEGAS) Izharlah bahawa konsep rumah terbuka
dapat memberikan persembahan yang harmonis di mata pelancong asing kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum
dapat hidup di bawah payung keharmonian.

(ISI) Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam hubungan kekeluargaan.
(MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya amalan rumah terbuka ialah amalan ini merupakan medan
pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Fenomena seperti ini amat
dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudar.
Tanpa konsep rumah terbuka, hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan
hilang kepada generasi akan datang yang semakin tidak mengenali sanak-saudara mereka. (BAGAIMANA) Semasa
menghadiri rumah terbuka, mereka akan beramah mesra dan dapat melepaskan kerinduan di samping mendapat
perkembangan terkini antara satu sama lain. Yang muda pula dapat mengenali mereka yang tua dengan lebih dekat dalam
pertemuan ahli keluarga ini. (PENEGAS) Ringkasnya, hubungan kekeluargaan dapat diperkukuh dan serinya tidak akan hilang
jika amalan rumah terbuka dibudayakan.

(PENUTUP) Bayang kian jelas bahawa amalan rumah terbuka lebih banyak membawa kebaikan kepada negara dan
masyarakat. (CADANGAN) Oleh itu, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya
konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti amalan ini akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk
menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi seperti rumah sudah siap baru pahat berbunyi apabila menganjurkan rumah
terbuka. (HARAPAN) Jika amalan murni ini dibudayakan sudah pasti hasrat negara untuk mencapai Gagasan Satu Malaysia
akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di dalam peta
dunia namun usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan teladan kepada mata
dunia.

33
Contoh Karangan SPM BM

KARANGAN 19
MEMBALAS SURAT RAKAN – CARA CEMERLANG DALAM PELAJARAN

Rakan anda sering mengeluh kerana banyak masa dihabiskan untuk mengulang kaji pelajaran tetapi prestasinya masih tidak
memuaskan. Dia telah menghantar surat kepada anda untuk meluahkan masalah yang dihadapinya dan ingin mendapatkan
nasihat daripada anda.
Balas surat rakan anda selengkapnya untuk memberinya nasihat sekali gus berkongsi cara-cara yang telah anda lakukan untuk
memperoleh kejayaan dalam pelajaran.

Lot 7558-26,
Jalan Setia 1,
Taman Tunku,
Miri,Sarawak.

22 Ogos 2017

Menemui saudariku, Krystal yang kini berada di Bintulu. Apa khabar saudari di sana?Saya di sini sihat-sihat sahaja.
Saya berharap saudari dan keluarga dalam keadaan yang sihat juga.

Sudah begitu lama kita tidak berhubung semenjak saudari berpindah sekolah.Saya sangat terkejut dan gembira
apabila menerima surat saudari dua minggu yang lepas. Apabila saya membaca surat saudari, saya berasa sangat khuatir
dan ingin tahu bagaimana keadaan sebenar yang dialami oleh saudari di sana.

Sahabatku Krystal,

Setiap manusia yang dicipta di muka bumi ini pasti akan menghadapi masalah dan ujian daripada Tuhan. Saudari tidak
sepatutnya mengeluh dan berputus asa dengan cepat apabila melakukan sesuatu perkara. Sebagai seorang pelajar sekolah
menengah atas, saudari harus berfikir dengan lebih matang. Apabila kita menghadapi kegagalan, tidak bermaksud kita akan
gagal selamanya. Saudari mengatakan bahawa masa saudari banyak dihabiskan untuk mengulang kaji pelajaran tetapi
prestasi saudari masih tidak memuaskan. Mungkin saudari menggunakan teknik belajar yang salah. Walau bagaimanapun,
saudari tidak perlu bimbang kerana masih belum terlambat untuk berubah.

Saya ingin berkongsi serba-sedikit cara-cara untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran.Setahu saya, saudari akan
menduduki peperiksaan SPM pada tahun depan. Sebagai permulaannya, saudari harus menetapkan visi atau matlamat
saudari sendiri. Sudah tentulah saudari mahu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Bagi
saya,dengan adanya visi tersebut, saya seolah-olah bersemangat untuk belajar setelah membaca visi yang saya buat. Visi
tersebut seolah-olah menjadi pendorong dan pembakar semangat saya selain daripada kedua-dua ibu bapa saya.Saudari
boleh membuat visi dan menghias visi tersebut. Kemudian, tampalkan di kawasan saudari selalu mengulang kaji pelajaran.
Saudari akan membaca visi saudari setiap kali mahu belajar.

Selain itu, saudari harus menyediakan jadual harian dan jadual belajar. Perkara ini sangat penting bagi memastikan masa
saudari dapat digunakan dengan betul dan sistematik. Saudari harus membahagikan masa saudari dengan baik agar tidak
terbuang begitu sahaja kerana masa itu emas. Namun, saudari bukan sahaja harus menyediakan sebuah jadual tetapi harus
belajar untuk menepatinya juga. Pada awalnya, saudari mungkin akan berasa susah dan tidak yakin untuk mengikuti segala
yang saudari telah jadualkan. Saya juga berasa begitu pada mulanya. Namun, lama-kelamaan saudari akan berasa selesa dan
biasa apabila saudari sentiasa menepati jadual saudari.

Sahabatku Krystal,

Kebanyakan pelajar lebih suka mengulang kaji pada saat-saat akhir kerana banyak yang berpendapat belajar saat-saat
akhir memudahkan lagi kita mengingati sesuatu yang kita pelajari. Pendapat itu meleset sama sekali. Hal ini perlu dielakkan

34
Contoh Karangan SPM BM

untuk dipraktikkan dalam kehidupan saudari. Saya yakin pihak sekolah akan memberi jadual ujian dengan awal dari tarikh
ujian. Saudari akan mempunyai masa yang cukup untuk mengulang kaji pelajaran. Saudari sekurang-kurangnya
memperuntukkan empat jam untuk mengulang kaji pelajaran. Tetapi, saudari tidak harus mengabaikan kerja sekolah yang
diberi oleh guru di sekolah. Melalui latihan, saudari dapat mempelajari sesuatu topik dengan lebih mendalam dan berkesan.

“Otak cerdas, badan cergas”. Ungkapan ini harus diambil kira oleh saudari. Saudari harus keluar bersenam bagi
menyihatkan tubuh badan sekali gus dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit dalam diri kita. Saudari sangat
memerlukan persekitaran yang bersih, indah dan tenang agar dapat mengurangkan stress belajar. Kandungan oksigen dalam
badan saudari akan stabil apabila saudari bersenam. Dengan ini, saudari tidak akan berasa mengantuk semasa mengulang
kaji. Otak saudari akan berfungsi dengan lebih baik dan efektif. Saudari juga perlu mendapatkan rehat yang cukup. Saudari
harus tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Saudari tidak akan berasa mengantuk semasa guru mengajar sebaliknya
menumpukan perhatian sepenuhnya. Hal ini sangat penting supaya saudari tidak ketinggalan apa yang diajar oleh seseorang
guru.

Saudari,

Pengambilan makanan yang seimbang juga sangat penting. Pengambilan makanan yang seimbang adalah berdasarkan
piramid makanan. Saudari harus mendapatkan nutrisi-nutrisi makanan yang berkhasiat bagi membentuk badan yang sihat.
Pengambilan lemak yang berlebihan akan menyebabkan obesiti. Pepatah orang tua sering mengatakan bahawa makan
apabila lapar, berhenti sebelum kenyang. Apabila saudari terlalu kenyang, saya pasti saudari akan berasa malas untuk
melakukan sesuatu perkara.Masalah ini perlu dielakkan agar saudari dapat memperoleh kejayaan yang saudari impikan.

Perkara yang paling penting adalah saudari harus ada motivasi yang tinggi bagi mencapai kejayaan. Saudari harus ada
semangat juang yang tinggi untuk belajar.Saudari tidak harus berputus asa apabila menghadapi pelbagai cabaran hidup.
Saudari harus berpendirian teguh agar tidak termakan kata-kata rakan sebaya untuk melakukan aktiviti yang tidak
berfaedah. Apabila saudari terjebak ke arah yang salah,saudari akan menyesal seumur hidup namun hal itu tidak berguna
lagi kerana nasi sudah menjadi bubur. Oleh itu, saudari harus ada pegangan agama yang kuat. Apabila saudari menghadapi
sesuatu masalah, saudari perlu berdoa kepada Tuhan agar diberikan petunjuk. Sang Pencipta tidak akan mengecewakan
umatnya yang percaya. Justeru itu, saudari harus mengikuti dan melaksanakan kewajipan saudari sebagai seorang yang
beragama Kristian.

Saya rasa mungkin sampai di sini sahaja coretan saya kali ini.Saya berharap saudari tidak akan berputus asa dan agar cara-
cara yang saya kongsikan dapat membantu saudari dalam mengecapi impian saudari. Saudari harus ingat bahawa hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih. Semoga semua usaha yang dilakukan oleh saudari nanti akan membuahkan hasil yang
mengembirakan. Jangan lupa untuk sampaikan salam saya kepada keluarga saudari. Jika ada kelapangan, sudilah
bertandang ke rumah saya di Miri.

Sekianlah, terima kasih.

Sahabatmu,
Siah

KARANGAN 20/ WAWANCARA @ TEMUBUAL


MENEMUBUAL PELAJAR CEMERLANG
Sebagai pengarang majalah sekolah anda dikehendaki mewawancara seorang pelajar di sekolah anda yang telah mencapai
kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM tentang rahsianya mencapai kejayaan untuk dimuatkan dalam majalah
sekolah. Tulis teks wawancara anda selengkapnya.

Pada 16 April 2017 yang lalu, saya, iaitu Nur Amanina Abdul Halim sebagai pengarang Majalah SUARA telah menjalankan
wawancara dengan seorang pelajar cemerlang dalam Peperiksaan SPM yang baru lalu, iaitu saudari Esther Wee.

35
Contoh Karangan SPM BM

Wawancara yang dijalankan di bilik kauseling sekolah ini bertujuan untuk dimuatkan dalam majalah SUARA SMKAP keluaran
tahun 2017. Yang berikut ialah wawancara saya dengan beliau.

Amanina : Selamat pagi Saudari Esther.


Esther : Selamat pagi.
Amanina : Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Saudari kerana sudi diwawancara pada pagi
ini.Selain itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Saudari kerana Saudari telah mencapai kejayaan yang
sungguh cemerlang dalam peperiksaan SPM yang baru lalu.
Esther : Terima kasih.
Amanina : Saudari, saya difahamkan Saudari memperoleh 10A + dalam peperiksaan SPM yang diumumkan baru-baru ini.
Esther :Ya, benar. Saya telah berjaya memperoleh 10A+ dalam peperiksaan SPM yang saya duduki pada tahun lepas.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya, semua guru saya dan rakan-rakan saya yang turut sama berusaha sehingga saya mencapai kejayaan yang
sungguh cemerlang dalam SPM pada tahun lalu. Tanpa bantuan dan dorongan daripada mereka semua, amat
sukar bagi saya mencapai kejayaan ini. Bagi saya, kejayaan ini bukanlah kejayaan saya seorang malahan
merupakan kejayaan mereka juga.
Amanina : Siapakah yang menjadi pendorong kepada Saudari sehingga mencapai kejayaan yang mengharumkan nama
sekolah kita?
Esther : Selain kedua-dua orang ibu bapa saya, orang yang paling banyak mendorong saya mencapai kejayaan ialah Guru
Tingkatan saya, iaitu Cikgu Razali. Beliau begitu prihatin dengan pencapaian saya dalam sebarang peperiksaan
yang saya tempuhi sejak saya menjadi anak muridnya. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada
beliau.
Amanina : Bagaimanakah Saudari mengatur jadual sehingga berjaya mencapai kejayaan yang sungguh cemerlang ini?
Esther : Sebenarnya tiada jadual khusus yang saya ikuti dalam mengulang kaji pelajaran. Saya mengulang kaji
pelajaran mengikut masa lapang saya. Bagi saya, penetapan jadual yang khusus akan menyebabkan kita mudah
berasa bosan kerana mengikuti perkara yang sama pada setiap hari. Kebiasaannya, pada waktu petang saya
mengikuti kelas bimbingan bagi mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik.
Selepas itu, sekiranya ada masa lapang saya akan berlari-lari anak di sekitar kawasan perumahan yang saya
duduki sekadar mengeluarkan peluh. Pada waktu malam pula, sekiranya tiada kerja rumah yang dibekalkan oleh
guru, saya mula mengulang kaji pelajaran dari pukul lapan malam sehingga pukul sepuluh malam.
Amanina : Bagaimanakah caranya Saudari mengikuti pembelajaran yang dijalankan semasa di kelas?
Esther : Kita tidak dapat menafikan kepentingan pembelajaran di dalam kelas. Semasa guru mengajar saya akan
memberikan tumpuan yang sepenuhnya perkara-perkara yang disampaikan oleh guru. Tumpuan yang penuh
semasa pembelajaran membolehkan saya mengingati sesuatu aspek dalam pelajaran berkenaan bagi jangka
masa yang lebih lama. Saya juga membiasakan diri saya bangun pada awal pagi sekitar jam lima pagi. Selepas
mandi saya akan membaca tajuk-tajuk yang akan diajar oleh guru pada hari berkenaan. Hal ini bertujuan untuk
membolehkan saya memahami pelajaran yang akan diajarkan dengan lebih mudah. Sekiranya timbul kekeliruan,
saya tidak akan menunggu lama untuk bertanya kepada guru tentang perkara tersebut.
Amanina : Adakah Saudari mengikuti pembelajaran secara berkumpulan sebagaimana yang dijalankan oleh pelajar-pelajar
yang lain?
Esther : Ya, benar. Saya juga mengikuti pembelajaran secara berkumpulan bersama-sama tiga orang rakan karib saya
seperti Yew Hong, Hazidah dan Najwa. Aktiviti belajar secara berkumpulan ini biasanya kami lakukan pada hujung
minggu, iaitu pada pagi Ahad dari pukul lapan pagi sehingga pukul sebelas pagi. Pembelajaran secara
berkumpulan juga penting bagi menilai kemampuan kami mengingati fakta yang telah kami pelajari dalam masa
seminggu. Semasa perbincangan, kami akan mengemukakan fakta yang telah diajarkan oleh guru secara lisan.
Kaedah ini dapat menguji daya ingatan kami. Sekiranya ada fakta yang tersilap, salah seorang daripada kami akan
membetulkan fakta berkenaan. Dengan cara ini, kami dapat mengingati fakta berkenaan dengan tepat.
Amanina : Saya difahamkan Saudari juga aktif dalam kegiatan persatuan, kelab dan permainan di sekolah. Tidakkah perkara
ini mengganggu pembelajaran Saudari?
Esther : Tidak sama sekali. Kegiatan yang saya lakukan ini hanyalah pada hari Sabtu sahaja. Saya merupakan
Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu dan mewakili sekolah dan daerah dalam permainan ping pong. Sebagai
pengerusi persatuan akademik saya dan rakan-rakan saya kerap menganjurkan aktiviti persatuan yang dapat

36
Contoh Karangan SPM BM

memantapkan penguasaan kami dalam sesuatu mata pelajaran. Misalnya, kami akan menganjurkan
pertandingan syarahan, perbahasan ataupun berbalas pantun. Dengan cara ini, saya dapat meningkatkan
penguasaan saya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Bagi saya, aktif dalam sesuatu kegiatan di luar bilik
darjah tidak akan mengganggu pelajaran kita selagi kita bijak membahagikan masa dan menggunakan masa
dengan berkesan.
Amanina : Soalan saya yang terakhir. Apakah nasihat Saudari kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM
pada tahun ini?
Esther : Nasihat saya kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini ialah selain
tekun mengulang kaji pelajaran, kita perlu menurut segala nasihat ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua
daripada kita. Kita juga perlu menghormati dan sentiasa memohon restu daripada mereka. Restu daripada ibu
bapa dan guru amat penting bagi mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran. Akhirnya, kita juga perlu berdoa
kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Sekiranya perkara ini dapat kita lakukan
dengan ikhlas, kejayaan sudah pasti berada dalam genggaman kita.
Amanina : Baiklah Saudari Esther, akhir kata saya mengucapkan tahniah sekali lagi dan terima kasih kerana sudi meluangkan
masa bersama-sama dengan saya pada pagi ini.
Esther : Terima kasih kembali.

KARANGAN 21 / SYARAHAN @ PIDATO

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Pucuk manis permatang budi,


Pucuk purut digetus rusa;
Yang manis bernama budi,
Yang indah bernama bahasa.

Terima kasih saudara pengerusi majlis. Yang berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah, pengarah Institut Humaniora
Malaysia, kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga masa yang budiman, para
pensyarah, dan seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum Warohmatullahi
Wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka bicara.

Berdirinya saya di atas persada indah dalam Dewan Wawasan ini, tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin menyampaikan
sebuah pidato yang bertajuk, "Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa Perpaduan, Bahasa
Pengantar, Bahasa Ilmu dan Bahasa Komunikasi Rakyat Malaysia.” Sebagaimana bervisinya nama dewan yang mulia ini,
demikian juga visi yang akan saya tunjuk kepada tuan-tuan betapa bahasa Melayu, sebagaimana bahasa-bahasa lain juga,
mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kata membelah bicara, sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan
frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata,
seperti kata orang dahulu kala;

Yang buta tidak teraba-raba,


Yang pekak tidak tertanya-tanya,
Yang kecil tidak terambin-ambin,
Yang pendek tidak tertinjau-tinjau.

37
Contoh Karangan SPM BM

Menurut Kamus Dewan (2012), istilah ‘fungsi’ bolehlah didefinisikan sebagai tugas atau peranan. Manakala maksud ‘bahasa’
pula ialah satu sistem lambang-lambang yang arbitrari, mempunyai makna dan difahami maknanya, dan digunakan oleh
sekelompok masyarakat dalam komunikasi mereka. Daripada maksud tersebut dapat dirumuskan bahawa bahasa ialah alat
komunikasi yang ada makna dan difahami oleh semua anggota dalam masyarakatnya. Merujuk negara Malaysia,
penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang dapat difahami oleh setiap orang, dan lebih-lebih lagi, mereka yang
berstatus warganegara Malaysia.

Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan sekali gus berfungsi sebagai bahasa rasmi negara.
Bahasa Kebangsaan dapat ditakrifkan sebagai bahasa yang diterima dan digunakan oleh penduduk dalam sesebuah negara.
Bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Pentakrifan bagi bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan
dalam segala urusan pentadbiran kerajaan. Selain dua fungsi bahasa tersebut, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa
perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi yang akan dijelaskan dalam hujah nanti. Persoalannya
sekarang, bagaimanakah bahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan,
bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi di Malaysia yang rakyatnya pelbagai kaum? Persoalan inilah akan
saya jawab satu persatu dalam wacana, “Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa
Perpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa Ilmu dan Bahasa Komunikasi Rakyat Malaysia.”

Tuan hakim yang bijaksana lagi arif,

Wacana saya yang pertama, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tuan-tuan dan Puan-puan, ingatlah, bahasa
Melayu mesti perkasa dalam negara Malaysia untuk kepentingan kebangsaan. Semangat perjuangan menuntut
kemerdekaan di Tanah Melayu tercetus apabila jiwa rakyat telah timbul kesedaran untuk jadi bangsa berdaulat. Salah satu
cara menjadi bangsa berdaulat ialah dengan memerintah sendiri negara tanpa dikuasai atau ditunjuki oleh penjajah. Setelah
tercapainya kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Fungsi ini telah
termaktub dalam Bahagian 12 Am dan Pelbagai 152 fasal (1) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut
bahawa, "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang
diperuntukan dengan undang-undang oleh parlimen." Maka terbuktilah bahawa bahasa Melayu merupakan lambang
kebebasan dan kedaulatan negara daripada belenggu penjajahan. Ditinjau dalam sejarah kerajaan-kerajaan Melayu
terdahulu, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca. Ia digunakan oleh semua kaum untuk semua urusan pentadbiran
dan perdagangan.

Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, amat wajar sekali Malaysia mempunyai satu bahasa kebangsaan
kerana bahasa kebangsaan memberi gambaran akan status sesuatu bangsa. Bangsa yang bermaruah mempunyai bahasa
kebangsaan sendiri, menggunakan bahasa sendiri dan bangsanya mempunyai identiti kebahasaan sendiri. Oleh itu, untuk
memupuk sifat sayangkan bahasa kita, pelbagai kempen telah diadakan seperti "Cintai Bahasa Kita", "Bahasa Jiwa Bangsa"
dan sebagainya. Rakyat dari pelbagai kaum akan dapat mengenali dan mendekatkan diri dengan bahasa kebangsaan.
Justeru, bahasa Melayu dengan segala sifatnya dapat menjadi pembakar semangat kebangsaan di negara ini dan menjadi
satu tunggak pembinaan negara merdeka serta identiti rakyat. Kita tidak mahu bahasa Melayu dipinggirkan sebagaimana
tersirat dalam Akta Pelajaran 1996 dan seterusnya dinafikan fungsi sebagai bahasa ilmu Sains dan Matematik oleh Dr.
Mahathir Mohamed.

Wacana saya yang kedua, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain dipilih sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa rasmi negara kita. Maksud bahasa rasmi ialah bahasa utama yang
digunakan dalam segala urusan pentadbiran dan acara rasmi negara. Contohnya, bahasa Melayu digunakan dalam sistem
pendidikan negara, urusan surat-menyurat, mesyuarat dan pentadbiran negara. Cuba kita renung, bukakan mata, celikkan
minda, dalam mesyuarat-mesyuarat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, di persidangan-persidangan, seminar-
seminar, di parlimen, bahkan dalam perbicaraan di mahkamah, mesti diutamakan penggunaan bahasa Melayu. Penggunaan
bahasa selain bahasa Melayu adalah menyalahi Artikel 152 Perlembagaan Malaysia. Sesiapa yang membelakangkan
penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi negara, termasuk pemimpin negara sekalipun, mereka adalah penjenayah
negara yang mesti dihukum. Dengan hujah itu, terbukti lagi jelas dan nyata, betapa penting bahasa Melayu memainkan
peranan dalam urusan pentadbiran negara.

38
Contoh Karangan SPM BM

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Wacana saya yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Bahasa perpaduan
bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggota masyarakat, sama ada dalam
kalangan satu etnik mahupun antara etnik. Hal ini kerana, masyarakat kita adalah masyarakat majmuk yang berbeza
kepercayaan, amalan, budaya, agama dan bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu kepelbagaian
tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu negara. Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan
bahasa Melayu dalam semua komunikasi awam dan terbuka agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain. Apabila
penggunaan bersama bahasa Melayu di tempat terbuka sudah menjadi amalan, maka akan wujud kemesraan, kepercayaan,
hormat dan rasa selamat. Rasa kemesraan, rasa kepercayaan, rasa hormat dan rasa selamat merupakan antara faktor yang
membina perpaduan antara kaum. Dengan itu, dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatu dan menganggap Malaysia
sebagai negara milik bersama.

Pemilihan satu bahasa kebangsaan bertujuan mencari suatu lambang penyatuan atau perpaduan. Bahasa
memainkan peranan mengurangkan jurang perkauman, mengeratkan hubungan setiap lapisan masyarakat dalam segala
bidang, bukan hanya dari segi politik, agama, perindustrian, ekonomi, kesukanan, perubatan, pendidikan malahan juga
dalam komunikasi awam. Tugas bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan akan dapat diperkasakan melalui perlembagaan
negara, sistem pendidikan, dasar-dasar yang dilaksanakan dan pelbagai aktiviti kempen. Justeru, ayuh, mari kita terus
perjuangan yang telah lama digerakkan oleh pemimpin terdahulu demi mengangkat darjat bahasa Melayu sebagai bahasa
lingua franca, bahasa yang menyatupadukan rakyat peJbagai kaum dalam semua bidang, bak kata perpatah, “di mana bumi
dipijak, di situ langit dijunjung,” atau “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Wacana saya yang keempat, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.
Yang dimaksudkan sebagai bahasa pengantar pendidikan ialah bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab Malaysia mempunyai masyarakat berbilang bangsa, dasar pendidikan negara
berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan, sama ada di sekolah
mahupun pusat-pusat pengajian tinggi. Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan
membuktikan keupayaan bahasa Melayu sebagai alat menyampaikan pelbagai ilmu untuk digunakan bagi memajukan diri,
masyarakat dan negara. Penggunaannya secara tidak langsung mencerminkan ciri-ciri bangsa Malaysia yang menolak
perkauman atau ketidakadilan dalam sistem pendidikan. Hal ini adalah kerana masyarakat Melayu dan bukan Melayu yang
fasih bertutur dalam bahasa Melayu akan mendapat laba yang sama rata, di samping dapat menunjukkan ciri
'keMalaysiaan'. Sehingga kini rakyat Malaysia yang mendapat pendidikan rendah, menengah dan universiti dalam bahasa
Melayu berjaya meraih anugerah hingga peringkat antarabangsa. Malah, ramai rakyat Malaysia yang bekerja dengan
syarikat-syarikat antarabangsa, baik syarikat yang beroperasi dalam negara mahupun syarikat yang beroperasi di luar
negara. Beberapa universiti di luar negara seperti di Britain, Amerika Syarikat, Russia, Thailand, Korea, Republik Rakyat China
dan sebagainya menawarkan kursus major dan minor bahasa Melayu kepada mahasiswa masing-masing. Kedudukan bahasa
Melayu dalam sistem pendidikan diperkukuhkan lagi dengan pembinaan kerusi-kerusi pengajian Melayu di luar negara dan
juga pembinaan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Bahasa Melayu kini berada di atas landasan
sempurna sebagai bahasa pengantar pendidikan. Justeru, dapat kita merumuskan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi
bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan tinggi.

Wacana saya yang kelima, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu adalah bahasa i1mu di
Sekolah-sekolah termasuk di maktab-maktab perguruan dan universiti-universiti. Bahasa IImu pula ialah bahasa komunikasi
yang bermaksud bahasa sebagai alat penyebaran, penyampaian dan penerimaan maklumat. Sebagai bahasa i1mu, bahasa
Melayu banyak merakam pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang yang ditulis oleh pakar bidang berkenaan. Salah
satu tujuan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah untuk memperkasakan bahasa Melayu. Justeru, kursus-
kursus yang ditawarkan disampai dan dirakam dalam bahasa Melayu, termasuk ilmu dalam bidang Sains dan Teknologi.
Sehingga kini, UKM telah mengeluarkan ramai graduan dalam bidang Sains dan teknolog dan sedang berkhidmat di pasaran.
Telah sekian ramai doktor perubatan dan ahli kimia dikeluarkan dan khidmat mereka ibarat ‘duduk sama rendah berdiri

39
Contoh Karangan SPM BM

sama tinggi’ dengan pakar-pakar yang mendapat pendidikan dari negara Barat. Khidmat mereka pula ‘menetaskan’ tenaga-
tenaga khidmat yang lain.

Jauh sebelum itu, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terserlah dalam bidang keagamaan seperti dalam
bidang penyebaran ilmu agama Hindu-Buddha dan kemudian Islam. Tanah Melayu seperti Lembah Bujang misalnya
merupakan pusat penyebaran agama Hindu-Buddha ke seluruh dunia. Setelah kedatangan Islam, bahasa Melayu terus kekal
sebagai bahasa ilmu menyebar ajaran agama Islam. Walaupun agama Islam turut membawa bahasa Arab, namun
penyebaran Islam di Asia Tenggara adalah menggunakan bahasa Melayu tulisan Jawi. Fungsi itu ternyata kekal sehingga kini
agama Islam tersebar di Asia Tenggara dalam bahasa Melayu. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mesti terus berperanan
menjana pemikiran dan ilmu-ilmu baharu kepada masyarakat. Jika berlaku kekurangan hendaklah ditambah, jika berlaku
kebocoran hendaklah ditampal kerana sudah menjadi kebiasaan tidak semua bahasa adalah lengkap dan sempurna.
Perbendaharaan katanya perlu diperluaskan. Istilahnya perlu dilengkapkan. Setiap objek dan konsep dalam pelbagai bidang
ilmu hendaklah dilengkapi dengan bahasa Melayu. Hal ini bertujuan untuk memperkasakan lagi bahasa Melayu dan
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di Asia Tenggara. Sehingga kini telah banyak istilah dan
konsep ilmu diserapkan ke dalam bahasa Melayu. Misalnya, istilah dalam bidang anatomi, mikrobiologi, fisiologi, biokimia,
ginekologi dan sebagainya.

Bahasa Melayu bolah menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri keintelektualan bahasa. Keintelektualan
bahasa bermaksud keupayaan bahasa dalam menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dengan tepat dan dapat
dilenturkan dengan mudah. Bahasa Melayu juga boleh menjadi bahasa i1mu kerana mempunyai ciri-ciri kesempurnaan
bahasa iaitu kestabilan seperti sistem pembentukan istilah atau konsep, dan peraturan seperti ejaan, sebutan, pemakaian,
tatabahasa dan lain-lain lagi. Satu lagi ciri kesempurnaan bahasa ialah kelenturan, di mana bahasa Melayu mudah
menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perubahan yang berlaku dari masa ke semasa.

Wacana saya yang terakhir, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi masyarakat. Bahasa Melayu
merupakan bahasa komunikasi kerana ia dituturkan oleh semua orang dalam pelbagai lapisan masyarakat. la merupakan
bahasa ibunda dan bahasa utama di Malaysia, digunakan oleh semua golongan masyarakat, tidak kira di desa atau di kota,
golongan kaya ataupun miskin. Oleh sebab itu, mesej dapat disampaikan dengan mudah, tepat dan difahami oleh semua
golongan masyarakat.

Sebagaimana yang telah ketahui umum bahawa bahasa Melayu, pada zaman penjajahan, telah menjadi bahasa
lingua franca di setiap pelusuk Nusantara. Bahasa Melayu telah tersebar luas dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura
hinggalah ke Brunei. Berdasarkan catatan sejarah pengembara yang melawat semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan
lain di Nusantara, seperti I-Shing, Ibn Batuta, Antonio Fegafeta dan ramai lagi, terbukti bahawa bahasa Melayu telah
digunakan sebagai bahasa utama untuk berkomunikasi seawal kurun yang ke-7 Masihi.

Kini, dengan adanya kecanggihan alat media dan komunikasi, maklumat dapat disampaikan melalui siaran-siaran
radio, televisyen, internet, SMS, email dan lain-lain lagi. Berkomunikasi, lisan mahupun tulisan, adalah sutu keperluan
kepada setiap individu dan berkau pada setiap hari. Kini ramai yang berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu untuk
tujuan melahirkan pendapat atau perasaan, adalah bukti fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang penting di
negara ini. Dengan kata lain, bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa komunikasi apabila seseorang individu mengalami
perkongsian idea, maklumat dan perasaan dengan orang lain sama ada melalui pertuturan mahupun tulisan. Dengan
berbahasa Melayu, komunikasi antara manusia sejagat berlangsung dengan baik. Ia juga memudahkan penyampaian dan
penerimaan maklumat. Senario ini telah memberikan satu manifestasi yang jelas, iaitu bahawa bahasa Melayu berperanan
sebagai bahasa komunikasi di Malaysia.

Justeru, dengan hujah dan huraian keenam-enam fungsi bahasa Melayu itu tadi, konklusinya di sini ialah pertama,
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan memartabatkan lagi bahasa ibunda kita sendiri. Yang kedua, sebagai
bahasa rasmi, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa utama dalam segala urusan pentadbiran dan acara rasmi negara.
Yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan menjadi wahana perpaduan bagi menyatupadukan rakyat
berbilang kaum di negara kita.

40
Contoh Karangan SPM BM

Seterusnya yang keempat, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menjadi wahana penyebaran i1mu di semua peringkat
institusi pendidikan, dan sebagai lambang bahasa pengantar untuk memberi dan menimba ilmu sejagat. Rumusan
seterusnya ialah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat membina keintelektualan bangsa kerana keupayaannya
menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dan sebagainya dalam semua bidang ilmu. Dan yang terakhir, bahasa Melayu
sebagai bahasa komunikasi, menjadi lambang pertuturan semua golongan masyarakat sama ada yang tinggal desa atau di
kota, mahupun golongan kaya ataupun golongan miskin, atau pentadbir mahupun rakyat.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Setelah frasa demi frasa tajuk pidato saya ini dikupas, maka dapatlah saya menutup rumusan bahawa bahasa
Melayu memikul tanggungjawab yang besar dalam mengangkat martabat bahasa dan bangsa di tanah air tercinta ini. Oleh
sebab itu, segala fungsi bahasa Melayu iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa
pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi perlu terus didaulatkan agar keperkasaan bahasa Melayu kekal dan
dikagumi.

Sebelum saya mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah
kata, tersilap sebut atau tercanggah gerak tangan, mulut, kepala dan mata. Saya mengakhiri pidato saya ini dengan
serangkap pantun;

Alang-alang menyeluk pekasam,


Biar sampai ke pangkal lengan;
Alang-alang bahasa dijulang,
Biar kekal sepanjang zaman.

Sekian, Wabillahi Taufik WaJhidayah Wasalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

KARANGAN 22 / SURAT RASMI

MASALAH BEKALAN AIR

Di kawasan tempat tinggal anda, masalah bekalan air sering berlaku. Hal ini banyak menimbulkan masalah kepada penduduk.
Sebagai wakil penduduk, anda ingin mengemukakan masalah ini kepada pihak berkuasa bekalan air.

Tulis surat tersebut selengkapnya.

Sivaji Ram
22, Lorong Pahlawan 29,
Bandar Botanik,
41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
____________________________________________________________________________________________________

Tuan Pengarah
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)
Menara SYABAS
Jalan Sultan Ibrahim,
41000 Klang,
Selangor Darul Ehsan. 10 SEPTEMBER 2011.

Tuan,

41
Contoh Karangan SPM BM

Masalah Bekalan Air di Taman Perumahan

Berdasarkan perkara di atas, saya Sivaji Ram selaku wakil penduduk menulis surat ini kepada pihak tuan. Tujuan saya
menulis surat ini adalah untuk menyuarakan kesulitan akibat masalah bekalan air yang kami hadapi sejak 6 bulan yang lalu.
Masalah yang belum diatasi ini membawa pelbagai kesulitan kepada kami.

2. Masalah bekalan air yang berlaku di kawasan perumahan kami telah membawa banyak kesulitan kepada penduduk. Hal
ini dikatakan demikian kerana bekalan air sering terputus tanpa diberikan sebarang notis daripada pihak SYABAS. Masalah
ini menyebabkan kami tidak dapat menyimpan air yang secukupnya untuk menghadapi keputusan bekalan air yang berlaku
pada bila-bila masa sahaja. Oleh hal yang demikian, banyak aktiviti harian seperti mencuci pinggan mangkuk dan
membersihkan diri tidak dapat dijalankan. Masalah ini memberikan ketidakselesaan kepada kami. Kami berharap agar notis
atau surat pemberitahuan disampaikan kepada kami supaya kami dapat sediakan payung sebelum hujan.

3. Selain itu, kami turut menghadapi masalah bekalan air yang tidak mencukupi sehingga masalah tekanan air rendah
berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana tangki air di taman perumahan kami tidak cukup untuk menampung bilangan
penduduk yang bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Masalah ini menjadi lebih serius apabila bekalan air
terputus. Apabila bekalan air pulih seperti biasa, tekanan air adalah rendah sehingga kami terpaksa membeli pam air untuk
mempertingkatkan tekanan air di rumah kami. Oleh hal yang demikian, permohonan kami supaya tangki air tambahan
dibina haruslah diberikan perhatian oleh pihak tuan.

4. Kami turut menghadapi masalah bekalan air yang kotor. Hal ini dikatakan demikian kerana bekalan air paip yang kami
peroleh terus daripada tangki berwarna kekuning-kuningan walaupun sudah melalui tapisan. Kami berasa bimbang bahawa
hal ini akan menyebabkan kesihatan penduduk terganggu. Pada masa yang sama, beberapa kes bayi yang mengalami
masalah cirit-birit telah berlaku akibat meminum air susu yang sumber airnya daripada air paip yang telah dididih.
Sebelum nasi sudah menjadi bubur, kami berharap agar rawatan bekalan air yang dilakukan oleh pihak tuan dapat menepati
ciri-ciri keselamatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) agar kesihatan kami terjamin.

5. Di samping masalah di atas, kami juga sering menghadapi masalah kecurian bekalan air paip. Hal ini dikatakan demikian
kerana kawasan perumahan kami masih baharu dan projek perumahan masih dijalankan oleh pemaju perumahan di
kawasan tempat tinggal kami. Hal ini menyebabkan pekerja kontrak pembinaan rumah yang tinggal di kawasan perumahan
kami mencuri bekalan air paip dengan membuat sambungan haram tanpa kebenaran pihak SYABAS. Kami berharap agar
pihak tuan dapat menyiasat perkara ini supaya kami tidak akan terus mengalami masalah bekalan air. Siasatan yang
terperinci perlu dilakukan oleh pihak tuan agar sikap pemaju perumahan yang bersikap bagai enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing ini dapat dikenal pasti dan diheret ke muka pengadilan.

6. Masalah seterusnya yang menghantui kami ialah bil bekalan air yang sangat membebankan. Hal ini dikatakan demikian
kerana pegawai bertugas yang datang dari rumah ke rumah untuk mendapatkan bacaan meter air bersikap melepaskan
batuk di tangga. Pegawai yang bertugas sering tidak mendapatkan bacaan sebenar dan juga sering membuat bacaan
anggaran lalu mengenakan bil yang tidak tepat. Kami berharap agar masalah ini akan mendapat perhatian daripada pihak
tuan. Bayangkanlah, sebuah rumah yang didiami oleh tiga orang penghuni terpaksa membayar bil air sebanyak RM180
sebulan ekoran daripada sikap pegawai bertugas yang bena tak bena.

Kami berharap semua rintihan dan keluhan hati kami di atas akan diperhatikan oleh pihak SYABAS. Kami ingin mengucapkan
terima kasih atas segala bantuan dan perkhidmatan yang kami terima setakat ini. Selain itu, kami berharap agar masalah
bekalan air di kawasan tempat tinggal kami dapat diselesaikan secepat mungkin. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami
hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
_____________

42
Contoh Karangan SPM BM

(SIVAJI RAM)
Wakil Penduduk Bandar Botanik

KARANGAN 23/ RENCANA

MASALAH BEKALAN AIR

Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam


Oleh Hamzani Hamzah

Pencemaran alam merupakan isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat sejak belakangan ini. Setiap hari terdapat
laporan media tentang gejala pencemaran alam. Hal ini telah menyebabkan pelbagai pihak berasa bimbang akan gejala
tersebut. Pihak kerajaan dengan pertubuhan bukan kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan alam
sekitar terpelihara. Walau bagaimanapun, gejala pencemaran alam masih lagi berleluasa seolah-olah tidak ada
penghujungnya. Jika ditinjau dengan mendalam, terdapat beberapa langkah yang konkrit untuk menangani gejala ini.

Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak berwajib menghukum
individu atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains,
Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang
berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam. Selain itu
tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan
tidak seperti melepaskan batuk di tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya tidak serik dengan
hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak
begitu berat. Malahan ada yang sanggup membayar denda kerana mencemarkan alam sekitar kerana mereka tahu denda
tersebut hanya sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda yang dikenakan. Oleh itu pihak
berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap pihak yang melakukan pencemaran.

Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah.
Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum
yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-
mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara
lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang
alam sekitar dengan lebih sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan berasa lebih
bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa nanti. Langkah ini akan mengatasi gejala pencemaran alam
pada masa akan datang, bak kata pepatah melentur bulu biarlah dari rebungnya. Jadi, pengenalan pendidikan alam sekitar
di peringkat sekolah merupakan satu langkah untuk mengatasi pencemaran alam.

Langkah untuk mengatasi pencemaran alam seterusnya ialah pihak kerajaan perlu melaksanakan kempen dengan
lebih berkesan. Kempen merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat tentang pelbagai
perkara. Pelbagai media massa dapat digunakan untuk menjadi wadah penyampaian maklumat melalui kempen. Contohnya,

43
Contoh Karangan SPM BM

televisyen merupakan media yang paling dekat dengan masyarakat. Pada umumnya setiap rumah di negara kita mempunyai
set televisyen. Oleh itu televisyen wajar digunakan sebaik-baiknya untuk menyalurkan maklumat tentang langkah-langkah
mengatasi pencemaran alam. Media-media lain seperti surat khabar dan radio juga wajar digunakan sepenuhnya untuk
menjadi wadah kempen penjagaan alam sekitar. Selama ini kempen yang dilaksanakan tidak begitu berkesan. Pihak yang
terbabit hanya melaksanakan kempen tidak ubah seperti pahat dengan penukul. Adakalannya kempen yang dilaksanakan
bersifat aktiviti bermusim. Oleh yang demikian, kempen yang lebih berkesan dan dijalankan dengan bersungguh-sungguh
dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dikenal pasti dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar
jika dilaksanakan dengan penuh iltizam. Dalam hal ini, semua pihak perlulah bekerjasama untuk memastikan langkah-
langkah yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke
pangkal lengan. Jika alam sekitar terus terabai, generasi akan datang pasti menghadapi masalah alam sekitar yang lebih
buruk. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak menyelesaikan masalah ini diharapkan dapat mengatasi gejala
pencemaran alam dengan lebih berkesan kerana kelestarian alam tanggungjawab kita semua.

KARANGAN 24/ RENCANA

MEMUPUK AKHLAK TERPUJI

GENERASI BERAKHLAK TERPUJI


Oleh : Mustafa Ali

Anak-anak ataupun digelar sebagai remaja ini mampu membangunkan sesebuah negara jika mereka mempunyai
sahsiah yang mulia dalam diri mereka. Perkara ini sering menjadi bahan perbincangan dalam kalangan ibu bapa dan
pemimpin negara. Dalam era milineum yang kian mencabar ini, pelbagai episod sedih dan malang terpapar di dada-dada
akhbar malah sering kita terdengar di corong-corong radio. Acapkali kita tersentak dengan masalah kebejatan akhlak remaja
yang berlaku di negara kita. Ada yang sanggup merogol remaja wanita kerana perasaan cemburu butanya sehingga remaja
malang tersebut meninggal dunia akibat dikelar oleh manusia yang bersifat kebinatangan ini. Isu-isu seumpama ini sudah
tentu akan merencatkan ketamadunan bangsa malah akan turut mencemarkan imej negara di mata dunia. Masalah ini tidak
seharusnya dipandang enteng. Langkah-langkah pencegahan perlu diambil demi kesejahteraan hidup sejagat dan menjamin
pembangunan negara. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing kerana bertepuk sebelah tangan
takkan berbunyi.

Salah peranan yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa adalah dengan menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana
ibu bapa yang mencerminkan sahsiah peribadi anak-anak. Seseorang ibu bapa itu haruslah menunjukkan sikap yang positif
kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah bertutur dengan bahasa yang sopan, tidak bergaduh antara suami
isteri di hadapan anak-anak, tidak merokok di hadapan anak-anak dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, anak-anak
pasti akan mengikut dan menjadikan ibu bapa mereka sebagai suri teladan kepada mereka. Hal ini persis dengan kata
pepatah, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya” yang membawa maksud seseorang anak akan meniru perangai dan
kelakuan ibu bapa mereka. Dengan ini, usaha untuk merealisasikan pembangunan negara dapat dijayakan dengan lahirnya
remaja yang bersahsiah mulia. Tegasnya, sahsiah mulia anak-anak dapat dibentuk melalui sahsiah ibu bapa. Jika ibu bapa itu
bersikap baik anak-anak juga akan menjadi baik, manakala jika ibu bapa itu bersikap buruk, anak-anak juga akan turut
bersikap buruk.

Selain itu, ibu bapa juga dapat memainkan peranan mereka dengan memberikan dirikan agama yang mantap
kepada golongan remaja. Allahyarham Tan Sri P. Ramli ada menegaskan bahawa irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Jika
dipisahkan maka pincanglah karya tersebut. Hal ini bertepatan dengan konsep remaja dan didikan agama. Mereka akan
pincang sekiranya ibu bapa memandang enteng dalam soal memberikan didikan agama kepada remaja. Pembentukan
sahsiah remaja ini akan telus dan lancar jika mereka diberi didikan agama yang sempurna. Hal ini dikatakan demikian kerana
dengan didikan agama yang utuh, anak-anak akan dapat membezakan antara intan dengan kaca, antara batu dengan
permata serta mampu untuk menangkis segala hasutan manusia yang bertopengkan syaitan. Sebagai contoh, remaja akan

44
Contoh Karangan SPM BM

sentiasa mengamalkan akhlak terpuji dan bertindak mengikut hukum syariat Islam mahupun mengikut kefahaman agama
masing-masing tanpa paksaan atau menerima tempias masalah sosial yang kian membarah seperti kes pembuangan bayi.
Sekiranya remaja memiliki nilai kegamaan yang teguh maka teguhlah pembangunan sesebuah negara itu. Jelaslah bahawa
suntikan didikan agama ke dalam jiwa setiap remaja kerana kedangkalan didikan agama akan melahirkan remaja yang
bersikap negatif dan tersasar dari landasan ibarat kapal hilang nakhoda, karam di tengah laut.

Jika dilihat dari dimensi yang berbeza, pihak kerajaan juga berperanan dengan mengadakan satu kempen
kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di negara ini
untuk mencapai tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Kempen seperti ‘Kami Prihatin’ dan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’
haruslah dilakukan secara berterusan dan janganlah sekadar hangat-hangat tahi ayam kerana akan menyebabkan kerugian
kepada negara kita sendiri. Kempen yang dirangka dengan baik dan dilaksanakan sepanjang tahun berupaya untuk
membentuk satu kesedaran dalam naluri masyarakat kita terutamanya remaja yang sememangnya dahaga akan kesedaran
sejati itu. Kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat sama ada di desa ataupun di bandar-
bandar besar yang sedang mengalami proses pembangunan ekonomi. Jika inisiatif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam
diri masyarakat tidak dilakukan oleh pihak kerajaan maka masyarakat pada hari ini akan terus hanyut dalam dunia
modenisasi ini. Oleh itu, peranan pihak kerajaan untuk mengadakan kempen ini dapat memastikan golongan yang
disandarkan harapan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara ini akan terus dibasahi sahsiah-sahsiah yang mulia
segali gus dapat membangunkan negara pada masa hadapan.

Seperkara lagi, guru juga memainkan peranan yang penting dalam usaha melahirkan remaja yang bersahsiah mulia
untuk membangunkan negara. Kebanyakan remaja kita merupakan golongan pelajar. Mereka banyak menghabiskan masa di
sekolah selain di rumah. Guru juga merupakan ibu bapa mereka di sekolah. Jadi, tidak hairanlah jika dikatakan guru mampu
membentuk sahsiah seseorang remaja itu. Guru perlu mengajar murid tentang kepentingan bersahsiah mulia. Guru tidak
seharusnya leka dalam menjalankan obligasi mereka sebagai pendidik yang berkesan kerana setiap ajaran guru akan
melekat dalam sukma pelajar dan akan diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, guru perlu
menitikberatkan aspek pembentukan insan yang kamil dan holistik di dalam kelas di samping menekankan kepentingan
berperibadi mulia untuk membangunkan negara. Mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam perlu
diajar oleh guru-guru dengan pengisian aktiviti pembelajaran yang menarik dan berkesan supaya objektif yang dirancang
tidak tersasar. Izharlah bahawa peranan yang dijalankan dengan penuh istiqamah ini sudah pasti dapat melahirkan remaja
yang bersahsiah mulia.

Bukan itu sahaja, sebagai anggota masyarakat, kitajuga tidak harus mengambil langkah lepas tangan untuk
memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah remaja yang syumul. Kita seharusnya peka terhadap keruntuhan akhlak
yang berlaku seperti gejala lepak, ponteng, penagihan dadah yang dilakukan oleh remaja kita. Ada masanya kita harus
menjaga tepi kain orang dalam usaha untuk mewujudkan golongan remaja yang lebih baik seperti menegur tingkah laku
yang kurang memuaskan serta melaporkan gejala sosial yang serius kepada pihak yang sepatutnya agar hal ini tidak menjadi
kudis yang seterusnya bernanah dalam masyarakat kita. Sifat ambil peduli masyarakat merupakan penawar kepada
masyarakat yang mendokong nilai-nilai murni. Seterusnya, usaha menerapkan nilai-nilai murni seperti menghormati orang
tua, menjaga kesopanan di khalayak ramai, mengunjungi rumah jiran, dan berinteraksi antara kaum mampu melahirkan satu
bangsa Malaysia yang moden tetapi penuh budaya tersendiri. Usaha ini harus diteruskan kerana generasi muda sering
berubah dan keadaan turut berubah tetapi nilai murni akan terus kekal seperti tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.
Ringkasnya, dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada pihak komuniti maka golongan remaja kita dapat
membangunkan negara sekiranya mereka memiliki sahsiah yang mulia.

Sebagai intihanya, bayang kian jelas bahawa semua pihak berwajib perlulah memikul dan melaksanakan obligasi
masing-masing dengan sempurna. Hal ini kerana usaha daripada satu pihak sahaja tidak akan mendatangkan apa-apa hasil,
seperti kata pepatah bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kerjasama dan usaha bersungguh-sungguh perlulah
dilakukan secara bersungguh-sungguh, bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Tanpa kerjasama yang
menyeluruh, usaha untuk melahirkan remaja yang bersahsiah mulia akan menjadi sia-sia seperti membuang garam ke laut.
Oleh itu, setiap lapisan rakyat perlu bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengamalkan sikap berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing untuk membangunkan negara. Sesungguhnya, kita mampu untuk melakukannya kerana di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Pelbagai pihak perlulah memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing kerana kalau

45
Contoh Karangan SPM BM

tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Ayuh, singkirkan semua bicara, kumpulkan tenaga raksasa, tiba saat
berbunga merah, serentak kita bersama ke arah masyarakat yang mendokong nilai-nilai murni.

KARANGAN 25 / KARANGAN PENDAPAT

LANGKAH MENGURANGKAN KEMALANGAN JALAN RAYA

Sudah terang lagi bersuluh,semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020.Keadaan ini telah membawa kita
mendepani realiti dunia baru yang pantas berubah dan berkembang.Namun,sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini
sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru. Isu kemalangan jalan raya kini dilihat tiada
kesudahannya.Malah menurut satu kajian yang dijalankan oleh sebuah badan swasta menunjukkan bahawa kadar
peratusan kemalangan jalan raya meningkat sebanyak lima peratus dari tahun ke tahun.Bukti yang boleh dilampirkan
sebagai sokongan kepada fakta ini ialah,hampir setiap akhbar memaparkan mengenai kes-kes kemalangan jalan raya sebagai
tajuk besar di halaman hadapan dada-dada akhbar.Lantaran itu,cuba kita renung sejenak,sudah berapa banyak nyawakah
yang terkorban akibat kelalaian diri mahupun pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam kemalangan jalan raya di negara
kita,dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini? Bilangannya pasti tidak terkira. Namun begitu,setiap penyakit pasti
ada penawarnya.Begitu juga dengan kes-kes sebegini.Pelbagai langkah yang pragmatik lagi sistematik dapat dijalankan oleh
semua pihak bagi menangani masalah kemalangan jalan raya yang sudah begitu lama berlaku di negara kita.

Memang tidak dapat dinafikan dan disangkal lagi bahawa segala penyelesaian kepada sesuatu masalah bermula
daripada individu itu sendiri. Bagi mengorak langkah menangani kemalangan jalan raya ini,setiap individu di Malaysia
haruslah melaksanakan anjakan paradigma dengan mengamalkan cirri pemanduan berhemah semasa di jalan raya.Ciri
pemanduan dapat dipraktikkan dengan mengenakan topi keledar bagi penunggang motorsikal serta memandu mengikut
had laju yang telah ditetapkan.Dengan mengamalkan ciri pemanduan berhemah ini,sudah tentu individu akan dapat
mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara-perkara yang mendorong ke arah kemalangan jalan raya kerana umum
mengetahui bahawa malang tidak berbau.Namun apa yang mengecewakan ialah terdapat sebilangan individu yang
memandang enteng terhadap perkara ini dengan langsung tidak mempraktikkan ciri tersebut kerana beranggapan garis
panduan tersebut hanyalah untuk mereka yang tidak tahu memandu atau bagi pemandu-pemandu baru.Tetapi disebabkan
mentaliti mereka yang beranggapan sedemikianlah,kecenderungan untuk berlakunya kemalangan jalan raya amatlah
tinggi.Janganlah sudah terhantuk baru tengadah.Ingatlah nyawa manusia tidak dapat digantikan dengan apa-apa barang
mahupun wang ringgit.Selain itu,setiap individu juga perlulah bijak mengawal emosi khususnya semasa memandu.Hal ini
demikian kerana tahap kesabaran seseorang pemandu itu pasti akan teruji tatkala dia berada dalam kesesakan jalan raya
sebagaimana yang sering berlaku di bandar-bandar utama seperti Johor Bharu dan Kuala Lumpur.Kesannya,mereka bersikap
serakah di jalan raya dengan memandu dalam had laju yang tinggi serta melanggar lampu isyarat.Berpeganglah kepada
kewarasan akal yang rasional dalam apa-apa jua keadaan,bak kata peribahasa,ikut hati mati,ikut rasa binasa.Oleh
itu,jadikanlah pemanduan berhemah sebagai amalan kerana pandu cermat jiwa pasti selamat.

Selain itu,kerajaan perlu sama memainkan peranan penting dalam usaha penyelesaian ini.Perundangan merupakan
satu langkah yang penting untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya. Tanpa perundangan, pemandu-pemandu
yang jahat dan “tidak masuk ajar” akan terus mengancam keselamatan jalan raya.Perundangan boleh dikategorikan kepada
dua bahagian yang besar iaitu pembentukan undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang.Pembentukan undang-
undang merupakan asas kepada perundangan. Undang-undang yang dibentuk seharusnya mempunyai kesan psikologi ke

46
Contoh Karangan SPM BM

atas pengguna jalan raya yang jahat dan praktikal pula kepada pihak polis untuk dilaksanakan. Dengan adanya undang-
undang yang membawa hukuman yang menakutkan maka sebahagian besar pengguna jalan raya akan takut terlibat dalam
salah laku. Bagi segelintir pengguna jalan raya yang keras kepala dan mengancam keselamatan awam maka di bawah
undang-undang mereka boleh dihalang untuk terus demikian dengan mekanisme kepenjaraan.Undang-undang tidak akan
sempurna sekiranya ia tidak dilengkapi dengan penguatkuasaan undang-undang. Penguatkuasaan yang baik sememangnya
boleh meningkatkan kewibawaan undang-undang dan kesannya terhadap keselamatan awam. Untuk itu pihak berkuasa
haruslah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.Sebagai tambahan,penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan
dan hukuman berat mesti dikenakan terhadap sesiapa yang berani melanggar peraturan di jalan raya,bak kata peribahasa,
"setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya pasti jatuh ke tanah". Tamsilnya, cadangan agar pesalah laku trafik haruslah
didenda sekurang-kurangnya RM500 atau dipenjarakan selama enam bulan perlu diterima pakai bagi mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya dan agar pengguna jalan raya tidak akan berani memperlekeh amaran kerajaan lagi.Tambahan lagi,
kerajaan juga mestilah memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji pemandu
kenderaan.Kebanyakkan daripada pengguna-pengguna yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ialah mereka yang
berdarah muda. Lalu,usaha kerajaan mestilah berlandaskan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Lesen-
lesen tidak harus diberikan kepada para pemandu dengan mudah agar kesedaran sivik mengenai pentingnya menuruti
segala peraturan jalan raya yang ditetapkan benar-benar tersemai dalam sanubari mereka.

Rentetan itu, kerajaan mesti sentiasa membiayai perbelanjaan untuk mengadakan pelbagai kempen
kesedaran..Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya merupakan antara pihak yang acap kali diberi
obligasi dalam melaksanakan kempen kesedaran seperti Kempen Keselamatan Jalan raya.Kempen-kempen ini haruslah
diadakan dengan objektif menyedarkan para pengguna jalan raya tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan
raya. Inisiatif ini mampu membantu meminimumkan kemalangan di jalan raya yang terus berlaku. Namun begitu,jika hanya
sebelah pihak sahaja yang bersungguh-sungguh melaksanakan program ini tanpa ada sebarang sokongan daripada
rakyat,akibatnya segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan dapat diibaratkan bagai mencurahkan air ke daun
keladi.Maka,setiap pengguna jalan raya perlu memberikan kerjasama yang sepenuhnya demi merealisasikan hasrat kerajaan
dalam Wawasan Keselamatan Jalan Raya Tahun 2010 untuk mencapai kadar kemalangan jalanraya yang
minimum.Seterusnya, polis trafik mestilah menjalankan tugas dengan dedikasi. Mereka mesti menjalankan tugas masing-
masing dan memberkas golongan yang melanggar undang-undang di jalan raya. Saman mesti sentiasa dikeluarkan untuk
memberi amaran kepada si pelanggar peraturan jalan raya. Kelengkapan polis trafik turut mestilah sempurna. Di samping
itu, polis trafik yang amanah amat diperlukan. Mereka tidak harus menerima rasuah sebaliknya mesti bersikap adil dan
saksama. Sikap berdiri di atas pagar mestilah dipraktikkan oleh anggota polis trafik. Implikasinya, polis-polis trafik juga turut
memainkan peranan yang agak penting.

Bertitik tolak daripada itu,pihak swasta juga memainkan peranan yang vital dalam mencegah kemalangan jalan raya
daripada terus membarah dalam kalangan masyarakat Malaysia.Pihak swasta seperti syarikat bas haruslah memberikan
perkhidmatan bas yang terbaik agar bilangan kemalangan yang semakin meningkat dapat dikurangkan.Antara prakarsa yang
dapat dilaksanakan oleh syarikat bas tersebut ialah dengan mengambil pemandu bas yang cermat dan berhemah untuk
bekerja.Dengan itu,keselamatan bas serta penumpangnya akan terjamin apabila pemandu bas mematuhi peraturan jalan
raya yang ditetapkan seperti had laju.Di samping itu,syarikat bas juga perlulah menetapkan bahawa pemandu bas mestilah
menyelenggara bas mereka secara berkala.Mereka perlu memastikan agar bas tersebut bebas daripada kerosakan teknikal
sebelum memulakan sesuatu perjalanan.Dalam konteks ini,masalah-masalah seperti kerosakan enjin , tayar pancit dan brek
yang tidak berfungsi dapat diatasi serta-merta kerana kemalangan dapat disinonimkan dengan peribahasa malang tidak
berbau.Bukan itu sahaja,pemandu gantian juga harus ditempatkan semasa pemanduan sebagai inisiatif untuk mengelakkan
kealpaan pemandu lain apabila berasa penat dan letih.Hal ini demikian kerana,mengikut kajian kes,kebanyakan kemalangan
yang terjadi berpunca daripada kecuaian pemandu itu sendiri.Tegasnya,dengan menempatkan pemandu sementara
,kemalangan jalan raya dapat diatasi dengan lebih efektif.Selain syarikat bas,syarikat petroleum negara iaitu Petronas dapat
dijadikan contoh terbaik kerana berani untuk mengambil langkah untuk mencegah kemalangan jalan raya kerana hendak
seribu daya,tak hendak seribu dalih.Syarikat berkaliber itu mengadakan program Street Smart yang bertujuan memupuk
kesedaran rakyat Malaysia agar lebih berhati-hati di jalan raya selain sentiasa mematuhi praturan jalan raya.Program ini
telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada segenap lapisan masyarakat terutamanya pelajar
sekolah.Maka jelaslah bahawa syarikat swasta penting dalam usaha mencegah kemalangan jalan raya.

47
Contoh Karangan SPM BM

Bukan itu sahaja,media massa juga memikul obligasi yang berat dalam mencegah kemalangan jalan raya daripada
terus berlaku.Pihak media massa sama ada media cetak seperti Berita Harian atau media elektronik seperti Media Prima
haruslah menguar-uarkan mengenai isu-isu kemalangan jalan raya agar isu yang diiklankan di kaca televisyen dan di dada
akhbar itu menjadi pengajaran kepada orang ramai mengenai bahayanya pemanduan yang tidak berhemah.Di samping
itu,media massa juga boleh melaksanakan program pendidikan keselamatan jalan raya di Malaysia secara formal yakni
kurikulum di sekolah dan institusi memandu dan secara tidak formal yakni melalui kempen-kempen bagi melahirkan
pengguna jalan raya bertaraf lima bintang.Bukan itu sahaja,pihak media massa juga mestilah mengadakan kempen
keselamatan jalan raya terutamanya sempena musim-musim perayaan.Hal ini demikian kerana kejadian kemalangan jalan
paling kerap berlaku semasa musim-musim seperti ini.Dengan bertemakan konsep ‘’Kemalangan Sifar” dan ‘’Pandu Cermat
Jiwa Selamat’’ ,kempen ini sedikit sebanyak menyemai benih kesedaran dan sikap berhati-hati di jalan raya dalam sanubari
para pemandu. Seiring dengan itu,kempen yang memberi sedikit pengetahuan kepada pengguna jalan raya harus
diperhebatkan dan perlu dilaksanakan dengan lebih agresif dan berterusan agar kemalangan jalan raya dapat dibanteras
hingga ke akar umbi.Selain itu,slogan “Jangan biarkan keluarga anda menunggu dalam tangisan” dapat dihayati oleh
masyarakat melalui kempen yang dianjurkan oleh media massa.Oleh hal yang demikian ,telah terbuktilah bahawa media
massa memberi impak yang besar dalam usaha untuk mengecilkan bilangan kemalangan jalan raya yang saban hari kian
meningkat.

Kemalangan jalan raya juga boleh turut dielakkan sekiranya masyarakat turut sama memainkan peranan.Sekiranya
berlaku sebarang kerosakan jalan raya di sesebuah kawasan taman perumahan, haruslah terdapat seseorang di dalam
komuniti tersebut yang peka terhadap kesulitan tersebut dan berusaha melaporkannya kepada pihak yang
berwajib.Sesungguhnya bulat air kerana pembetung,bulat kata kerana muafakat,bersatu teguh,bercerai roboh,maka
masyarakat seharusnya bersatu hati bagai aur dengan tebing untuk memastikan tidak berlakunya kemalangan jalan
raya.Oleh hal yang demikian,masyarakat haruslah bekerjasama dengan pihak polis sekiranya mereka mendengar, melihat
mahupun terlibat dengan kemalangan di jalan raya serta jenayah-jenayah di jalan raya yang boleh mencetuskan kemalangan
seperti aktiviti lumba haram atau pemanduan tidak berhemah. Masyarakat juga boleh menyertai kempen-kempen
keselamatan jalan raya yang dianjurkan oleh pihak kerajaan,sekali gus menjayakannya.Dengan mengamalkan serta
menghayati kempen tersebut , kemalangan jalan raya dapat dielakkan. Berpeganglah dengan kata-kata mantan Perdana
Menteri ke-4,Tun Dr. Mahathir Muhammad, “ Bersatu padulah kita membuat kebaikan dan kemajuan,dan janganlah kita
bersatu padu membuat kerosakan dan kemusnahan ’’ , justeru setiap ahli dalam masyarakat haruslah saling mengingatkan
antara satu sama lain dan haruslah kita bersatu padu menangani isu kemalangan jalan di samping berusaha untuk tidak
menglibatkan diri dalam kemalangan jalan raya.

Intihanya,kemalangan jalan raya merupakan polemik semasa yang tiada kesudahan. Jika kita berhasrat untuk
menangani kemalangan jalan raya yang semakin hari semakin serius ini,langkah-langah yang proaktif dan konkrit haruslah
dilaksanakan kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kemalangan jalan raya mampu dielakkan sekiranya
semua pihak tidak kira individu, masyarakat , pihak kerajaan serta serta pihak bukan kerajaan bersatu hati menggembleng
tenaga dan usaha yang berkesan menangani isu kemalangan jalan raya . Kadar kemalangan yang sedikit mampu menaikkan
martabat dan imej negara di pentas dunia agar negara kita dihormati dan dipandang tinggi serta dilabel sebagai negara yang
mengamalkan undang-undang jalan raya yang berkesan . Oleh hal yang demikian , cegah sebelum parah,ingatlah orang
yang tersayang,maka pandulah dengan berhati-hati di jalan raya.

Kelicap siulan indah bermadah,


Hiasan berseni pilihan angsana,
Celaka di jalan mengundang padah,
Cara tangani wajib terlaksana.

48
Contoh Karangan SPM BM

KARANGAN 26/ KARANGAN LAPORAN

LAPORAN PERSATUAN

Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru –
baru ini. Anda sebagai setiausaha persatuan itu dikehandaki menulis satu laporan lengkap tentang lawatan tersebut.
Tulis laporan itu.

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Menengah Tanjong Karang, Selangor telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu,
29 Januari 2000 disertai oleh sebanyak 40 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP, mengetahui cara-cara buku
diterbitkan, dan untuk menimba pengetahuan selaras dengan konsep lawatan sambil belajar.
Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa
di sana. Selepas mendengar pesanan beliau, barulah rombongan kami bertolah dari sekolah.

Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00 pagi. Rombongan kami disambut oleh Pegawai Perhubungan
Awam Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memberi penerangan tentang sejarah penubuhan DBP dan tujuan penubuhannya.
Kami juga diberi taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskah
majalah Pelita Bahasa keluaran DBP secara percuma.

Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran. Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang
melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru. Buku-buku
tersebut ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi, dan
bahasa. Kami juga berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis majalah seperti majalah Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat,
Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga diberi beberapa maklumat tentang buku-buku dan majalah-majalah
tersebut terutamanya apabila timbul beberapa kemusykilan.

Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan jelas cara-cara buku dan majalah dicetak.
Kami perhatikan buku-buku tersebut dicetak dengan begitu pantas dengan menggunakan alat-alat yang canggih, teknik-
teknik yang sistematik, yang diusahakan oleh pekerja-pekerja yang mahir dan cekap. Kami juga dapat melihat dengan jelas
cara buku-buku itu dijilid, disusun, dan sebagainya.

Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku bagi kegunaan kami. Hal ini demikian
kerana kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00 petang, selepas
dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak keluar dari perkarangan DBP. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak

49
Contoh Karangan SPM BM

faedah kepada kami. Antara faedah-faedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP. Buku-buku
tersebut didapati telah menjadi bahan rujukan utama sama ada oleh para pelajar, mahasiswa, mahupun orang
perseorangan.

Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca di kalangan pelajar. Sekurang-kurangnya timbul
keinsafan dan kesedaran di hati kami tentang betapa pentingnya membaca untuk menambah pelbagai maklumat dan
pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan
meluaskan pengetahuan.

Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami, namun lawatan ini sangat berhasil. Harapan
kami agar lebih banyak pelajar di sekolah ini menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas

………………………………
(HASNUL HAFIZ HASSAN)
Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Menengah Tanjong Karang, Selangor. 12 Februari 2000

KARANGAN 27 / KARANGAN FAKTA

KESAN-KESAN BURUK PENGGUNAAN ALAT TELEKOMUNIKASI KEPADA REMAJA PADA MASA INI

Dalam menelusuri era globalisasi ini, alat telekomunikasi amat penting. Kewujudannya yang bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan semakin mewarnai pasaran di negara kita. Terdapat banyak alat komunikasi yang menguasai global
pada hari ini seperti telefon bimbit, ‘facebook’, ‘instagram’, dan sebagainya. Hampir setiap orang menggunakan alat
komunikasi untuk berhubung dengan orang yang jauh di mata. Kemajuan ini menjadikan dunia semakin kecil kerana
semuanya terletak di hujung jari. Namun begitu, penciptaan alat telekomunikasi yang pada awalnya berniat murni, kini
semakin ternoda dengan kesan-kesan negatif yang dihadapi oleh pelbagai lapisan masyarakat terutamanya oleh golongan
remaja. Persoalannya, apakah kesan-kesan negatif penyalahgunaan alat komunikasi kepada remaja pada masa ini?
Salah satu impak negatif kepada remaja ialah remaja akan hilang fokus ketika sesi pembelajaran. Hal ini berlaku
disebabkan oleh sikap ketagih mereka dan gagal menguruskan masa dengan baik. Sebagai contoh, ada remaja yang berbual
dengan rakan-rakan melalui laman sosial sehingga lewat malam sehinggakan mereka mengantuk di dalam kelas. Ada juga
remaja terutamanya yang masih belajar menggunakan telefon bimbit di dalam kelas ketika guru mengajar tanpa segan silu.
Kesannya, prestasi pelajaran mereka akan merosot kerana tidak memberikan tumpuan ketika guru mengajar di dalam kelas.
Semasa menerima keputusan peperiksaan mereka akan menyesal tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
gunanya. Jelaslah bahawa penyalahgunaan alat telekomunikasi dapat menyebabkan remaja hilang fokus ketika sesi
pembelajaran.
Selain itu, penggunaan alat komunikasi yang keterlaluan juga akan meningkatkan kos hidup remaja. Sikap suka
menggunakan telefon untuk berhubung tanpa mengira keperluan sebenar menyebabkan bil telefon turut bertambah. Lebih
membebankan lagi jika penggunaannya berlaku di luar kawalan remaja sehingga peningkatan bil telefon mencecah ratusan
ringgit setiap bulan. Remaja terpaksa membelanjakan sebahagian pendapatannya untuk membayar bil telefon. Penggunaan
telefon bimbit yang tanpa batasan menyebabkan remaja mengalami masalah kewangaan yang serius. Keadaan ini mungkin
membawa mereka terpaksa beralih ke arah cara yang negatif seperti mencuri. Lantaran itu, telefon bimbit mampu
menyebabkan remaja mengalami masaah kewangan yang serius sebagai akibat sikap mereka yang beraja di mata, bersultan
di hati. Tegasnya, peningkatan kos hidup remaja turut berlaku disebabkan oleh sikap remaja yang menyalahgunakan alat
telekomunikasi mereka.

50
Contoh Karangan SPM BM

Sekiranya ditinjau dari sudut yang lain, penggunaan alat telekomunikasi yang tidak terkawal akan menjejaskan
tahap kesihatan remaja. Hal ini berlaku kerana gelombang elektromagnet yang terhasil daripada telefon bimbit apabila
terkena pada sel-sel otak untuk masa yang berlarutan akan menyebabkan mutasi genetik terhadap sel-sel otak tersebut dan
seterusnya menyebabkan kanser otak. Mengikut kajian terbaru daripada 31 saintis daripada 14 negara-negara maju
termasuk Amerika Syarikat, penggunaan telefon bimbit yang berlebihan dapat mendatangkan penyakit barah otak.
Sekiranya masalah ini berlaku, kehidupan dan masa hadapan remaja akan hancur ibarat kaca terhempas ke batu. Kehidupan
remaja akan sentiasa dibayangi dengan kematian kerana kanser merupakan pembunuh secara senyap. Izharlah bahawa
kesihatan remaja akan terjejas jika tidak menggunakan alat telekomunikasi dengan berpada-pada.
Sebagai konklusinya, alat telekomunikasi memberikan pelbagai impak negatif kepada remaja jika disalahgunakan.
Tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja merupakan golongan yang banyak terlibat dengan gejala yang tidak sihat
kesan perkembangan teknologi komunikasi kini. Hal ini kerana golongan belia adalah golongan yang senang terpengaruh
dan dipengaruhi. Oleh itu, ibu bapalah perlulah menyelamatkan remaja daripada ketagih kepada alat-alat telekomunikasi
yang semakin berkembang pesat di negara kita bagaikan lipas kudung. Memandangkan penggunaan telefon bimbit dalam
kalangan remaja lebih mengarah kepada status dan bukannya satu keperluan, ibu bapa berhak mengawal penggunaan
telefon bimbit. Kita sebagai manusia sepatutnya menjadi tuan kepada alat teknologi dan bukanlah sebaliknya. Sekiranya
pelbagai langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik dilaksanakan secara berterusan dan bukannya sekadar
hangat-hangat tahi ayam maka impian untuk melahirkan remaja yang berwawasan dapat direalisasikan kerana pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara.

KARANGAN 28 / KARANGAN PENDAPAT

Pengaruh Program Televisyen Dan Kesannya Kepada Pelajar

TELEVISYEN adalah media yang menjadi kegemaran semua lapisan masyarakat terutama golongan pelajar.
Televisyen menayangkan banyak perkara seperti politik, ekonomi, sosial, sukan dan hiburan. Pelajar merupakan golongan
yang teramai menonton televisyen. Rancangan yang menjadi kegemaran mereka adalah hiburan, seperti kartun dan
nyanyian. Hiburan boleh mendatangkan ketenangan, menghilangkan kekecewan, dan mengatasi masalah emosi, tetapi
kartun di televisyen sering berorientasikan hiburan yang patut dijauhi kerana ia bukan mematangkan tetapi menjadikan
pelajar berfikiran negatif.

Banyak kesan negatif menonton televisyen kepada golongan pelajar, bukan hanya terhadap fizikal menurut sains
tetapi juga terhadap emosi dan tingkahlaku. Antaranya ialah menjejaskan prestasi akademik. Menurut laporan Jabatan
Pendidikan Amerika Syarikat (1994), pencapaian akademik jatuh ketara bagi pelajar yang menonton lebih daripada 10 jam
seminggu.

Otak direka bagi memenuhi cabaran-cabaran kognitif. Ia seperti otot: jika kita tidak membuat latihan ia akan lemah.
Jika tidak melatih otak, ia juga akan lemah. Kemahiran bahasa boleh dirangsang melalui pembacaan dan juga perhubungan
dua hala lebih-lebih lagi keluarga iaitu ibu bapa bukannya menonton televisyen. Menonton televisyen adalah proses
interaksi sehala sahaja iaitu televisyen menayangkan rancangan dan pelajar sibuk menonton tanpa berfikir dan tidak kreatif.

Melalui televisyen, pelajar lebih banyak terdedah kepada unsur keganasan. Keganasan di televisyen terlalu banyak
berbanding dengan dunia realiti seperti bunuh membunuh, pukul memukul, tembak menembak, tampar menampar, dan
sebagainya yang boleh diistilahkan sebagai ganas. Unsur ini jika tidak dibendung mendatangkan mudarat yang besar pada
emosi pelajar dalam kehidupan.

Rancangan yang ditayangkan juga mempunyai imej-imej seksi dan berunsurkan seks. Jika si hero mempunyai imej
ganas, si heroin pula mempunyai imej seksi. Imej seksi ini menampakkan bentuk atau lekuk-lekuk tubuh wanita yang
sepatutnya dijauhi oleh pelajar. Babak-babak cinta, cium dan tidur bersama adalah babak yang menjadikan pelajar terlalu
cepat matang, bukan matang dengan perkara positif, tetapi matang dengan perkara negatif.

51
Contoh Karangan SPM BM

Khayalan dalam cerita-cerita di televisyen juga adalah khayalan yang melampau dan ditakuti menjadi habit atau
cubaan kepada pelajar. Contohnya Superman atau Spiderman yang memaparkan khayalan yang mustahil berlaku, dan jika
diterjemahkan oleh pelajar dalam dunia realiti ini dikhuatiri mendatangkan kesan buruk.

Selain itu terdapat juga pengaruh terhadap nilai-nilai keagamaan. Contoh yang paling ketara adalah ada rancangan
televisyen kegemaran pelajar yang disiarkan pada waktu solat. Jika waktu ini disia-siakan maka tiang agama mudah
dirobohkan. Selain waktu yang tidak sesuai, rancangan-rancangan berbentuk merosakkan akhlak juga banyak
dipertontonkan seperti pakaian, atau watak-watak yang tidak senonoh.

Kesimpulannya, televisyen memberi pengaruh yang besar dan boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada
pelajar. Pelajar harus bijak memilih rancangan yang sesuai yang mendatangkan manfaat. Jauhi sebarang rancangan yang
boleh merosakkan akal, fikiran dan tingkah laku.

KARANGAN 29

Contoh Karangan Jenis Ulasan Buku

Judul cerpen: Sebutir Pasir di Kaki.

Nama Pengarang: Norhisham Mustafa

Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Tahun: 2000

Saya telah terbaca sebuah cerpen dalam buku antologi “Kerusi” yang bertajuk "Sebutir Pasir di Kaki". Cerpen ini
ditulis oleh Norhisham Mustafa dan sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Terdapat beberapa keistimewaan
cerpen ini yang ingin saya paparkan kepada semua pembaca. Tema, persoalan, plot, nilai dan pengajaran yang
diketengahkan dalam cerpen ini telah berjaya dijalin dengan sempurna dan dapat memikat pembaca.

Cerpen ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Fuad. Dia berasa marah apabila mendapati geran tanah
pusaka milik keluarganya diambil oleh Datuk Sukar, iaitu bapa kekasihnya. Fuad marah kerana kejadian itu berlaku ketika dia
berada di Singapura. Dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Datuk Sukar untuk meminta geran tanah tersebut
semula. Fuad bersemuka dengan orang kaya itu dan Datuk Sukar menjelaskan bahawa tanah itu akan dijadikan tapak kilang
tekstil oleh sebuah syarikat dari Hong Kong. Datuk Sukar menyatakan bahawa tauke Ban Heng hendak memajukan tanah
tersebut secara usaha sama dengan tujuan untuk memanfaatkan tanah tersebut. Walaupun Fuad akan memperoleh RM280
ribu sebagai harga tanah tersebut, dia tetap menolaknya. Akhirnya Datuk Sukar memenuhi tuntutan Fuad dan menyerahkan
geran tersebut tetapi dia telah menghalau Fuad dari rumahnya, memecatnya dari jawatannya serta memutuskan
hubungannya dengan Junainah, malah mengharamkan Fuad daripada menjejakkan kaki di rumahnya.

Cerpen ini bertemakan kesungguhan seorang anak muda dalam mempertahankan haknya. Fuad dengan tegasnya
enggan menjual tanahnya sebaliknya berusaha untuk mendapatkan geran tanahnya semula daripada Datuk Sukar.
Ketegasan Fuad harus diambil iktibar oleh semua orang supaya dapat menyelamatkan harta pusaka mereka dan tidak
mudah ditipu. Persoalan yang timbul selepas membaca cerpen ini ialah tipu helah dan putar belit hartawan dalam usaha
hendah merampas harta orang lain. Datuk Sukar sebenarnya membuat rancangannya untuk merampas harta pusaka Fuad
dengan memberinya kerja dan merestui hubungan cinta antara Fuad dengan anaknya. Selain itu, kecintaan terhadap tanah
pusaka melebihi cinta terhadap seorang gadis juga merupakan salah satu persoalan yang termuat dalam cerpen ini. Fuad
rela memutuskan hubungan dengan kekasihnya daripada menyerahkan tanah pusaka milik keluarganya.

Penulis telah meletakkan beberapa watak untuk menyampaikan maksudnya. Fuad, watak utama cerpen ini
merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradiknya. Dia berusia 27 tahun dan masih bujang. Dia merupakan pekerja
Datuk Sukar dan telah sempat menjalin hubungan kasih dengan anak Datuk Sukar. Fuad merupakan seorang yang tegas dan
sikapnya ini dapat dilihat apabila dia tetap tidak mahu menjual tanah pusaka walaupun ditawarkan harga yang tinggi. Dia

52
Contoh Karangan SPM BM

juga berani kerana sanggup berjumpa dengan Datuk Sukar untuk mendapatkan penjelasan tentang penyerahan geran tanah
oleh ibunya. Selain itu, Datuk Sukar juga merupakan salah satu watak dalam cerpen ini. dia merupakan usahawan yang
berjaya dan memiliki kekayaan. Datuk Sukar suka mengambil peluang terhadap orang lain. Hal ini telah dibuktikan apabila
dia meminta ibu Fuad untuk menandatangani surat penjualan tanah semasa Fuad berada di Singapura.

Di samping itu, cerpen ini memaparkan latar tempat di sekitar kawasan rumah Fuad dan rumah Datuk Sukar. Selain
itu, maktab perguruan dan Dewan Negeri turut menjadi latar tempat dalam cerpen ini. Masyarakat peniaga merupakan latar
masyarakat cerpen ini. Golongan peniaga diwakili oleh Datuk Sukar dan tauke Ban Heng. Seterusnya, latar masyarakat
cerpen ini ialah masyarakat yang tamak. Datuk Sukar mahu memiliki tanah pusaka kepunyaan keluarga Fuad walaupun dia
memiliki banyak harta. Latar masa cerpen ini pula adalah pada waktu petang, waktu Maghrib dan waktu malam.

Beberapa nilai dan pengajaran dapat digarab daripada cerpen ini yang boleh dijadikan teladan. Antara nilai yang
ada dalam cerpen ini ialah nilai kasih sayang. Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang sayang akan ibunya dan
kekasihnya, Junainah. Selain itu, watak Fuad juga menggambarkan nilai keberanian. Sebagai contohnya, dia berani
menentang tindakan Datuk Sukar meskipun Datuk Sukar merupakan majikannya. Pengajaran dalam cerpen ini ialah kita
mestilah berani mempertahankan hak kita. Fuad berani mempertahankan tanah pusaka keluarganya daripada diambil oleh
Datuk Sukar. Pengajaran lain ialah kita hendaklah menghindarkan sikap mementingkan diri. Datuk Sukar mementingkan diri
dan tidak berunding dengan Fuad terlebih dahulu sebelum bertindak mengambil tanah tersebut.

Kesimpulannya, cerpen ini sangat sesuai dibaca oleh remaja khususnya pelajar sekolah kerana ia dapat membina
sifat jati diri dalam kalangan remaja. Nilai keberanian yang terpapar dalam cerpen ini dapat dijadikan teladan untuk segenap
lapisan masyarakat. Nilai mulia seperti kasih sayang terhadap ahli keluaga mampu dijadikan teladan dalam kalangan remaja.
Dengan adanya sorotan karya ini, ibu bapa dan para remaja sedar akan kepentingan menjaga hak keluarga mereka. Cerpen
ini turut ditunjangi penguasaan bahasa yang indah dan berkesan. Oleh itu, cerpen ‘Sebutir Pasir di Kaki’ karya Norhisham
Mustafa wajar dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat.

KARANGAN 30

Contoh Karangan Ulasan Novel


Anda telah membaca sebuah novel. Anda tertarik akan karya tersebut dan berhasrat untuk membuat ulasan tentang novel
tersebut. Tulis ulasan anda selengkapnya.

Ulasan Novel

Judul : Tirani

Penulis : Beb Sabariah

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka

Harga : RM 15.50

Muka Surat : 350

Pengulas : (nama calon)

Abdullah Hussain dilahirkan di Sungai Limau, Yan Kedah pada tahun 1920. Beliau berpendidikan Sekolah Melayu
dan Inggeris, Pada tahun 1940-an, Abdullah pernah menjadi pengarang akhbar sandaran Pulau Pinang. Minat beliau dalam
penulisan dibuktikan dengan terhasiinya novel Terjebak, Rantau Selamat, Intan dan Intelek. Konserto Terakhir merupakan
karya beliau yang tersohor, novel ini telah dijadikan kajian pelajar-pelajar tingkatan 5 dalam mata pelajaran kesusasteraan.

53
Contoh Karangan SPM BM

Konserto Terakhir memaparkan kisah Hilmi yang datang dari Kedah untuk mencari pekerjaan di ibu kota. Pakciknya,
Datuk Johari berusaha mencari pekerjaan untuknya tetapi gagal kerana Hilmi berkelulusan setakat darjah empat Sekolah
Melayu dan tidak tahu bertutur bahasa Inggeris. Datuk Johari menyuruh dia menjaga kebun serta pokok-ppkok bunga
sekeliling di rumah beliau. Isteri Datuk Johari iaitu Datin Salmah amat benci akan Hilmi tetapi anak mereka, Hayati senang
akan pemuda itu. Setelah tidak tahan akan kerenah Datin Salmah, Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari dan bekerja di
sebuah stesen minyak. Hilmi turut mendalami ilmu muzik. Setelah mahir, dia bekerja sebagai pemuzik dan berkahwin
dengan anak gurunya, Azizah. Hayati pula mengahwini Mohsin.

Kejayaan demi kejayaan diraih oleh Hilmi hingga dia diberi penghormatan mengendalikan Konsert Perdana. Tanpa
menghiraukan kesihatan diri, dia bekerja keras untuk menjayakan konsert tersebut. Pada malam konsert berkenaan
diadakan, Hilmi jatuh sakit. Hayati telah menggantikannya. Datuk Johari, Datin Salmah, Hayati, Azizah dan Pak Karim telah
menziarahi Hilmi yang terlantar di hospital. Kejutan terbesar berlaku apabila Pak Karim mendedahkan rahsia bahawa Hilmi
merupakan anak Datuk Johari sendiri. Datuk Johari, Datin Salmah dan Azizah yang berasa bersalah terhadap Hilmi berazam
untuk menebus dosa mereka. Namun, hasrat mereka tidak kesampaian keranan Hilmi meninggal sebelum mengetahui
kedudukan sebenar. Datuk Johari amat terkejut dan turut menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tema novel Konserto Terakhir ialah kegigihan. Tema ini berdasarkan kegigihan Hlimi berusaha di samping
ketabahannya menghadapi dugaan demi dugaan hingga mencapai kejayaan yang gilang-gemilang. Persoalan cinta dan kasih
sayang anak muda turut dipaparkan melalui novel ini. Selain cinta, pengarang turut memasukkan persoalan perbezaan
darjat. Hal ini jelas apabila Datin Salmah amat benci akan Hilmi kerana Hilmi orang miskin dan tidak berkelulusan tinggi.
Pengarang turut memasukkan persoalan kepercayaan karut dan perkembangan muzik tanah air dalam karya beliau.

Watak utama dalam novel 'Konserto Terakhir' ialah Hilmi yang digambarkan sebagai seorang pemuda kampung
berkelulusan darjah empat Sekolah Melayu. Dia amat taat kepada tuhan, rajin dan berbakat semula jadi. Para pembaca
amat sayang akan watak ini hingga mereka tidak dapat menerima kematiannya pada penghujung cerita. Hayati pula gadis
cantik, anak kesayangan Datuk Johari dan Datin Salmah. Dia juga diklasifikasikan sebagai watak protagonis. Kekejaman dan
sikap busuk hatimereka menyebabkan para pembaca berasa benci akan watak-watak berkenaan. Beberapa watak
sampingan lain seperti Encik Bakar, Mohsin, Pak Karim dan Doktor Nathan turut menghidupkan novel ini.

Plot novel Konserto Terakhir boleh dikatakan mengikut kronologi iaitu bermula dengan Hayati sedang belajar
bermain piano dan berakhir dengan kematian Hilmi serta Datuk Johari. Teknik plot imbas kembali dan imbas muka turut
digunakan oleh penulis. Kewujudan unsur suspens dan kejutan menyebabkan para pembaca tidak berasa bosan sepanjang
tempoh mereka membaca novel ini. Ada kalanya, pengarang mewujudkan monolog atau monolog dalaman untuk
menghidupkan cerita dalam novelnya. Dari segi gaya bahasa, beliau memilih diksi yang sesuai. Kewujudan peribahasa,
simile, metafora dan personifikasi menampakkan kematangan Abdullah Hussain ketika berkarya.

Banyak nilai murni yang terdapat dalam novel 'Konserto Terakhir'. Antaranya ialah taat kepada tuhan, sebagaimana
Hilmi yang tidak pernah mengabaikan solat. Di samping itu nilai patuh kepada ibu bapa turut terkandung dalam novel ini
sebagaimana Hayati yang sanggup berkahwin dengan Mohsin atas kemahuan Datin Salmah dan Datuk Johari. Nilai-nilai
murni yang lain dalam novel ini ialah ikhlas, tolong-menolong dan bertimbang rasa. Melalui novel 'Konserto Terakhir', kita
mendapat beberapa pengajaran. Pengajaran yang paling ketara dalam novel ini ialah kita mesti berusaha untuk mencapai
kejayaan. Di samping itu, kita juga mendapat iktibar bahawa kita tidak harus menghina orang miskin.

Sebenarnya, pengarang telah menggarap pelbagai aspek terutamanya aspek moral melalui novel 'Konserto
Terakhir'. Novel ini memang sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat. Banyak pengajaran atau iktibar tersirat dalam
novel ini. Novelis juga turut menyindir pihak-pihak tertentu meialui karyanya. Diyakini, para pembaca Konserto Terakhir
akan berasa puas dan berminat untuk membaca karya Abdullah Hussain yang lain pula selepas membaca novel ini.

54
Contoh Karangan SPM BM

KARANGAN 31

PERANAN REMAJA SEBAGAI MODAL INSAN NEGARA

Memang tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja seperti saya merupakan modal insan ataupun aset
berharga kepada nusa dan bangsa. Demi pembangunan negara, negara berhasrat untuk melahirkan modal insan yang
berkualiti, yakni berpendidikan, berwawasan, berdedikasi, berkaliber dan berdisiplin. Oleh hal yang demikian, dalam RMK-9,
sebanyak 20.6 peratus diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti modal insan dengan meningkatkan keupayaan dan
penguasaan ilmu. Dalam konteks ini, sasaran modal insan ialah remaja atau tenaga muda kerana pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Golongan mudalah yang dapat menyumbangkan idea dan tenaga demi pembangunan negara dalam
segala bidang, khususnya dari aspek iktisad. Jadi, apakah peranan remaja dalam usaha untuk merealisasikan visi kudsi
kerajaan, yakni melahirkan modal insan yang berkualiti?

Sebagai bakal modal insan yang berkualiti, remaja haruslah mempunyai pendidikan formal yang sempurna.
Kejayaan dalam pendidikan akademik merupakan satu platform yang amat penting untuk memastikan saya dapat menjadi
modal insan yang berkualiti lagi syumul. Tanpa pendidikan akademik yang sempurna sudah pasti impian remaja untuk
cemerlang dalam bidang yang diimpikan akan menjadi angan-angan Mat Jenin. Oleh itu, remaja haruslah memerah otak
sehingga mencapai ijazah kelas pertama, sarjana muda, dan jika diizinkan Allah sehingga falsafah kedoktoran. Remaja dapat
mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan dengan berbekalkan semangat yang kental dan usaha yang gigih. Demi
mencapai kejayaan yang cemerlang, ruyung perlulah dipecahkan untuk menikmati sagunya. (K) Dengan berbekalkan
kejayaan akademik remaja dapat bersaing dengan masyarakat global dengan penuh keyakinan dan sekali gus dapat
mengharumkan nama negara di pentas dunia. (P) Tegasnya, demi menjadi modal insan yang berguna kepada tanah air,
remaja perlulah bertungkus lumus untuk memperoleh pendidikan yang setinggi mungkin. Bukankah genggam bara api biar
sampai jadi arang?

Selain melengkapkan diri dengan pendidikan, remaja haruslah mengamalkan gaya hidup sihat . (M) Hal ini
dikatakan demikian kerana kesihatan yang baik dapat menjamin kecergasan dan kecerdasan seseorang individu sejajar
dengan kata hikmat badan cergas, otak cerdas. Bukan itu sahaja, kesihatan yang baik juga merupakan aset yang paling
berharga dalam kehidupan manusia. (BA) Jadi sebagai generasi muda yang berpendidikan, remaja haruslah mengambil
inisiatif untuk melakukan senaman secara konsisten, seperti bersenam di gim ataupun beriadah di taman rekreasi. Selain itu,
remaja perlu menjaga pemakanan setiap masa untuk meneruskan kehidupan di muka bumi dengan kesihatan yang terjamin.
Remaja haruslah mengamalkan falsafah Barat iaitu kita perlu makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Seperkara lagi,
rokok, najis dadah dan arak juga perlu dihindari oleh remaja kerana mengundang pelbagai komplikasi. (K) Sekiranya remaja
membudayakan amalan gaya hidup yang sihat sudah pasti sayagolongan yang separa matang ini dapat menjalankan
kewajipan mereka sebagai modal insan negara yang berkualiti untuk memacu pembangunan negara ke tahap yang lebih
membanggakan. (P) Tegasnya, gaya hidup sihat hendaklah menjadi antara agenda perdana dalam kamus hidup kita jika
hendak menjadi modal insan yang berkualiti.

Di samping gaya hidup sihat, remaja haruslah mempunyai jati diri yang unggul demi menjadi modal insan yang
dapat menyumbang kepada nusa dan bangsa. Antara keperibadian unggul termasuklah tingkah laku yang sopan dan
mempunyai darjah kesusilaan yang tinggi berpaksikan prinsip kelima Rukun Negara, yakni kesopanan dan kesusilaan. (M) Hal
ini dapat memandu dan memimpin remaja agar tidak terbabas dari landasan yang benar lalu terjerumus ke dalam lembah
laknatullah, seperti berjinak-jinak dengan najis dadah, yang menghancurkan wawasan negara, iaitu Wawasan 2020. (BA)
Menurut pakar motivasi yang tersohor dan disegani masyarakat Melayu, Datuk Haji Dr. Fadzilah Kamsah, banyak anak muda
yang terperosok ke dalam kancah maksiat, seperti sumur di tepi jalan, siapa haus boleh minum, ekoran terhakisnya nilai-nilai
moral. (K) Sehubungan dengan ini, remaja haruslah menyemaikan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohaniaan, seperti amanah,
tulus ikhlas, toleransi dan bertimbang rasa, dalam lubuk kalbu mereka agar menjadi modal insan yang bersahsiah mulia

55
Contoh Karangan SPM BM

serta menjaga imej tanah air yang tercinta ini. (P) Pendek kata, modal insan yang berkeperibadian mulia bukan sekadar
dapat menyumbang ke arah pembangunan negara malahan dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Tidak ketinggalan juga, remaja juga haruslah menghayati ajaran agama. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja
yang mematuhi ajaran agama, bangsa Malaysia yang budiman dan disegani dapat dilahirkan. (M) Dalam konteks ini, remaja
dapat membezakan yang mana intan, yang mana kaca. Remaja yang beriman dan berpaksikan akidah tidak akan menjadi
hamba kepada hawa nafsu. (BA) Anak gadis yang soleh, misalnya, akan menjaga gerak-geri apabila berinteraksi dengan
kaum lelaki. Tutur kata dan tingkah laku akan dijaga agar tidak mencemari imej keluarga. Kata orang, biar buruk kain dipakai,
asal pandai mengambil hati. Ajaran agama juga mencelikkan mata remaja bahawa dari telaga yang jernih, tak akan mengalir
air yang keruh dan dari telaga yang keruh, tak akan mengalir air yang jernih. Benarlah kata Albert Einstein, “Agama tanpa
ilmu akan buta tetapi ilmu tanpa agama akan lumpuh”. (K) Dengan adanya kesedaran ini, tumbuk rusuk ataupun rasuah
yang dapat menghancurkan negara dapat dihindarkan. (P) Ringkasnya, nilai-nilai keagamaan haruslah disemaikan dan
disuburkan dalam lubuk diri remaja untuk menjadi modal insan yang berkualiti.

Akhirulkalam, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa modal insan yang menjadi harapan negara ialah
generasi muda yang berpendidikan formal, berjati diri mulia, sihat walafiat dan beriman. Demi mendukung cita-cita dan
hasrat negara ini, remaja hendaklah melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat membentuk jati diri yang unggul, bukannya
membilang buah kerayung seperti melepak di kompeks beli-belah, berlumba haram dan berjudi. Sebagai warganegara yang
berjiwa patriotik, remaja haruslah mengetepikan aliran politik yang sempit yang berorientasikan komunalisme demi
kepentingan nusa dan bangsa. Seperkara lagi, nilai-nilai negatif hendaklah dikikis sama sekali kerana memang susah untuk
mengikis tabiat buruk. Remaja juga sewajarnya berfikir dengan semasak-masaknya sebelum bertindak dalam apa-apa juga
aspek kehidupan kerana ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. (H) Tiada gunanya kita menyesali sesuatu tindakan yang
sudah menimpa diri kerana sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Dengan kesedaran ini, remaja bukan
sahaja akan menjadi modal insan kelas pertama bahkan dapat memperkasakan bangsa Malaysia sebagai bangsa yang maju
yang dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

KARANGAN 32

PERANAN KERAJAAN MEMAJUKAN INDUSTRI DESA

Sedasawarsa ini, pelancongan desa merupakan industri perkhidmatan yang kian berkembang pesat di negara kita.
Pada tahun 2000, purata pelancongan yang berkunjung ke Malaysia dianggarkan sebanyak 10.2 juta orang. Senario ini
menjadikan Malaysia sebagai negara ketiga paling banyak menerima pelancong Asia Timur selepas China dan Hong Kong.
Lantaran itu, pelancongan desa telah juga mendapat tempat di mata pelancong asing. Pelancongan desa dapat memberikan
pengalaman kepada pelancong supaya menghargai kehidupan di kampung dan menikmati kebudayaan dan adat resam
sesuai dengan peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Pelancongan desa akan
bertambah maju sekiranya pelbagai pihak memainkan peranan penting untuk memajukan industri ini. Persoalannya, apakah
langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk memajukan industri ini agar terus berkembang maju?

Minhaj pertama yang perlu dilaksanakan untuk memajukan pelancongan desa ialah pihak kerajaan perlu
mengadakan kempen melalui media massa dan media elektronik. Melalui kempen yang dilaksanakan, keunikan dan
kelebihan sesebuah desa dapat disebarkan kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing dengan cepat. Dengan
memanfaatkan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini, kerajaan boleh membina laman sesawang yang
mengandungi pelbagai informasi tentang keistimewaan sesebuah desa di negara kita untuk disebarkan kepada masyarakat
luar. Sekiranya pihak kerajaan memandang enteng dan bersikap lepas tangan dalam usaha untuk memajukan sektor
pelancongan desa, maka industri ini akan terus hilang ditelan zaman justeru dapat mengurangkan pendapatan penduduk
kampung. Oleh itu, pelaksanaan kempen merupakan langkah pragmatik dalam usaha memajukan pelancongan desa agar
industri ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ditelan arus kemodenan.

56
Contoh Karangan SPM BM

Minhaj seterusnya untuk memajukan pelancongan desa agar terus berkembang ialah pihak kerajaan melalui
Kementeriaan Pelancongan dan Kebudayaan di bawah pimpinan Datuk Seri Nazri Aziz haruslah menyediakan dan
mencekapkan infrastruktur di negara kita. Dengan adanya kelengkapan infrastruktur yang sempurna dan kondusif, sudah
pasti negara kita akan menjadi destinasi utama kepada pelancong-pelancong asing. Selain itu, kemasukan pelancong asing
akan dapat meningkatkan ekonomi industri desa di negara kita melalui pengaliran mata wang asing. Pihak kerajaan juga
seharusnya mengeluarkan dana untuk diagihkan kepada wakil-wakil di setiap negeri bagi menaik taraf infrastuktur seperti
rumah penginapan, siber kafe, bekalan air bersih, kafe dan kemudahan asas yang lain. Cuba kita bayangkan bagaimana
reaksi pelancong asing yang melancong ke negara kita jika kerajaan tidak mengambil berat terhadap kemudahan
infrastruktur? Seandainya pihak kerajaan menjalankan tanggungjawab seperti melepaskan batuk di tangga, maka industri
desa akan terus berada pada takuk yang sama. Tegasnya, pihak Kementeriaan Pelancongan perlulah menyediakan dan
mencekapkan infrastruktur agar industri desa di negara kita terus berkembang maju.

Selain itu, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama pihak pengurusan inap desa perlu
menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai satu minhaj untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita.
Aktiviti-akitiviti rekreasi perlu dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti tersebut merupakan daya tarikan utama
kepada pelancong asing mahupun pelancong tempatan untuk menyertai aktiviti yang dijalankan sekaligus meningkatkan
industri pelancongan desa. Pihak pengurusan inap desa boleh menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi. Sebagai contoh,
mereka boleh memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti gasing, congkak, wau, dan sebagainya.
Mereka juga boleh mengadakan pertandingan tarian, aktiviti menuai padi, dan pertandingan membuat kraf tangan. Di
samping dapat memperkenalkan budaya tempatan kepada pelancong asing, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan
silaturahim dalam kalangan mereka. Melalui aktiviti ini, banyak nilai murni dapat diserap dalam jiwa pelancong-pelancong
kerana ketika menyertai aktiviti-aktiviti tersebut mereka diasuh untuk saling membantu ibarat hati gajah sama dilapah,hati
kuman sama dicecah. Seandainya aktiviti rekreasi tidak dilaksanakan dengan penuh komitmen, sudah pasti industri
pelancongan desa akan terus mundur dan berada di takuk lama. Tegasnya, kerjasama pihak kerajaan dengan pihak
pengurusan inap desa dalam menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi juga antara uslub penting untuk memajukan industri
pelancongan desa di negara kita.

Di samping itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan juga haruslah memainkan peranan mereka
dengan mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada pelancong dalam dan luar negeri. Selain itu, untuk
meningkatkan keberkesanan promosi ini lagi, pihak kerajaan juga haruslah bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan
swasta untuk meningkatkan kehadiran pelancong dalam negara kita ini lagi. Pihak Kementerian Pelancongan haruslah
menitikberatkan perkara ini kerana tidak banyak rakyat Malaysia dan pelancong asing mengenali kawasan-kawasan yang
strategik untuk melancong dan melawat kawasan desa di negara kita. Lebih-lebih lagi, ekonomi negara Malaysia juga
bergantung kepada sektor pelancongan dengan pertambahan pelancong dari luar dan dalam negara dan secara tidak
langsung dapat meningkatkan sumber ekonomi negara kita lagi.

Langkah seterusnya yang dapat diambil untuk mempromosikan kawasan pelancongan di desa adalah dengan
mengadakan kempen. Pihak kerajaan dan pihak media massa juga haruslah memainkan peranan mereka dalam menjayakan
kempen pelancongan ini dengan menyiarkan dan memaparkan lokasi-lokasi di desa yang strategik untuk dijadikan kawasan
pelancongan. Pihak kerajaan haruslah campur tangan dalam hal ini dengan mengadakan festival-festival seni dan
kebudayaan di kawasan-kawasan desa yang terpilih untuk menambah minat pelancong lagi untuk mengenali dengan lebih
mendalam tentang kebudayaan dan adat resam sesebuah masyarakat di desa itu. Secara tidak langsung, pelancong akan
mengunjungi kawasan itu untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang kebudayaan di situ bak kata pepatah, tak
kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, untuk menarik minat kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara adalah
dengan mengadakan pesta wau, pesta mencanting batik dan pesta kebudayaan masyarakat di kawasan desa itu. Seandainya
langkah untuk mempromosikan kawasan pelancongan di desa tidak diambil serius oleh pihak kerajaan, kempen Cuti-cuti
Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia tidak dapat dijayakan, seterusnya menjatuhkan kekukuhan sektor pelancongan di
negara kita. Tegasnya, peranan pihak kerajaan mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada pelancong dalam dan
luar negeri dapat menambahkan kehadiran pelancong di negara ini.

Minhaj seterusnya, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan perlu membangunkan kawasan desa sebagai
langkah untuk memajukan industri pelancongan desa. Berdasarkan kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa masih

57
Contoh Karangan SPM BM

terdapat banyak tempat menarik di Malaysia yang mampu dieksploitasi sebagai tempat pelancongan khususnya di kawasan-
kawasan desa. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa tempatan seharusnya mengambil langkah proaktif dengan
membangunkan sesebuah desa menjadi sebuah pusat pelancongan. Pihak kerajaan bolehlah mendirikan sekurang-
kurangnya satu industri dalam sesebuah desa seperti industri pemprosesan makanan, batik dan kraf tangan. Industri desa
haruslah diperkembangkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas serta dapat memberi pulangan yang lumayan
dalam industri pelancongan. Andainya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan mengambil langkah sebegini, maka
industri pelancongan desa di negara kita dapat terus berkembang maju. Tegasnya, untuk memajukan industri desa, kerajaan
negeri melalui pihak berkuasa tempatan hendaklah membangunkan kawasan desa sebagai salah satu pusat pelancongan
desa.

Secara intihanya, peranan pihak kerajaan sangat signifikan dalam memajukan industri pelancongan desa di negara
kita. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang
lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad
ini. Selain sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya dapat
memakmurkan Malaysia di mata dunia luar. Oleh itu, kita sepatutnya mengusahakan industri pelancongan desa di negara
kita dengan sebaik-baiknya. Jadi, semua pihak haruslah memainkan peranan dan bekerjasama bagai aur dan tebing dalam
merealisasikan modus operandi untuk memajukan pelancongan desa di negara kita. Diharapkan kemajuan industri desa
yang turut menggerakkan kemajuan sektor pelancongan dapat menangkis pandangan negatif negara-negara Barat yang
suatu ketika dahulu pernah mengatakan negara kita sebagai sebuah negara yang penduduknya tinggal di atas pokok dan
bercawat. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah industri pelancongan negara dapat
menaikkan nama negara di mata dunia walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di atas peta.

KARANGAN 33

PERANAN MASYARAKAT UNTUK MEMBENTUK MASYARAKAT PENYAYANG

Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang.
Masyarakat penyayang boleh diertikan sebagai kelompok masyarakat yang hidup dalam suasana saling menghormati,
berbakti, memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan
belas kasihan, bertimbang rasa dan pemurah terhadap mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Cara hidup ini
juga dikenali sebagai ‘budaya ikram’. Tun Dr Mahathir mentafsirkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang sebagai
sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri. Sayangnya, kehidupan dalam suasana
pemuafakatan antara ahli-ahli keluarga yang terjalin mesra, bertimbang rasa, faham-memahami, hormat-menghormati
sudah semakin terhakis dan telah diganti dengan sikap individualistik bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing dan tidak peduli yang menebal. Sama ada kita mahu menerima hakikat ini ataupun tidak, fenomena inilah
merupakan salah satu daripada punca berlakunya gejala sosial dalam masyarakat seperti yang dihidangkan oleh media
massa setiap hari. Malah boleh dikatakan, hampir setiap hari akhbar-akhbar melaporkan berita kejadian penyalahgunaan
dadah, pembuangan bayi, pergaduhan yang berakhir dengan kematian, penculikan kanak-kanak, remaja lari dari rumah,
murid ponteng sekolah, sumbang mahram dan bermacam-macam lagi masalah yang melibatkan setiap lapisan individu
dalam masyarakat. Sebelum bisul menjadi nanah, setiap anggota masyarakat tanpa mengira usia, bangsa, agama dan status
harus memainkan peranan masing-masing untuk menangani masalah ini supaya masyarakat yang penyayang dapat
dilahirkan.

Peranan masyarakat yang signifikan ialah setiap individu masyarakat haruslah mempunyai didikan agama yang
mantap dan utuh. Membentuk sebuah masyarakat adalah sama seperti membina sebuah bangunan. Sekiranya dalam
pembinaan bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu, maka begitu jugalah dengan pembentukan masyarakat yang mesti
dimulakan dengan pembinaan asasnya iaitu didikan agama. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap agama mengajar
umatnya supaya berkasih sayang sama ada kasih sayang kepada Pencipta, kasih sayang sesama manusia dan kasih sayang
kepada makhluk yang lain di muka bumi ini. Tanpa didikan agama, sudah pasti kehidupan manusia akan keberantakan
lantaran nipisnya keimanan yang dimiliki senipis kulit bawang. Sekiranya kita mempunyai keimanan yang tebal sudah pasti
kita tidak akan melakukan kezaliman dan penganiayaan kepada insan lain seperti kes penganiayaan bayi, kes pembunuhan,
perogolan, penindasan dan sebagainya. Bukan sahaja itu, kemusnahan alam sekitar juga dapat dielakkan. Sejajar dengan itu,

58
Contoh Karangan SPM BM

masyarakat yang penyayang dapat mengurangkan kadar jenayah dan setiap anggota masyarakat dapat hidup dalam
keadaan yang harmoni. Lebih-lebih lagi pembangunan yang lestari dan mapan dapat dipraktikkan disebabkan sifat
penyayang telah mulai membenih dalam jiwa masyarakat kita. Maka jelaslah di sini bahawa didikan agama yang mantap
mampu melahirkan masyarakat yang penyayang demi kebaikan bersama.

Jika kita kaji dari dimensi yang lain, peranan masyarakat yang lain adalah dengan menjadi suri teladan kepada
golongan yang masih hijau atau separa matang. Dalam hal ini, ibu bapalah yang memainkan peranan utama. Hal ini
disebabkan setiap individu yang dilahirkan dalam negara kita dilahirkan oleh kesemua ibu bapa dan ibu bapa sepatutnya
berusaha membentuk seorang anak yang memiliki sifat-sifat penyayang. Jika setiap ibu bapa terlibat dalam usaha ini dan
penggabungan kesemua anak di Malaysia sudah mampu melahirkan sebuah masyarakat yang penyayang. Oleh itu, ibu bapa
perlu menjadi contoh yang terbaik kepada anak-anak bak kata pepatah, ‘bapa borek, anak rintik’. Pepatah ini membuktikan
bahawa ibu bapa sendiri perlu bersifat penyayang supaya jejak langkah meraka akan diikuti oleh anak mereka. Dalam pada
itu, ibu bapa sendiri perlu mencurahkan kasih sayang kepada anak mereka supaya anak-anak yang membesar tidak akan
rasa kekurangan kasih sayang. Keadaan ini secara tidak langsung akan menjadikan seseorang anak yang membesar itu untuk
mempunyai sifat kasih sayang kerana mereka mengetahui perasaan kebahagiaan kasih sayang. Akhirnya, masyarakat yang
penyayang yang lahir daripada insititusi keluarga yang penyayang dapat dilahirkan. Tegasnya, sebagai sebahagian daripada
anggota masyarakat ibu bapa perlu memainkan peranan mereka untuk melahirkan masyarakat yang penyayang.

Selain itu, sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab pihak sekolah juga haruslah memikul obligasi untuk
melahirkan masyarakt yang penyayang. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak sekolah juga merupakan salah satu ejen
yang penting dalam membentuk masyarakat yang penyayang. Lagipun, golongan kanak-kanak dan remaja banyak
menghabiskan masa mereka di sekolah selain rumah dan sekolah dianggap sebagai rumah kedua mereka. Pendedahan nilai-
nilai murni harus didedahkan dan seterusnya disemai ke dalam jiwa setiap pelajar. Oleh itu, pihak sekolah tidak seharusnya
hanya mendedahkan nilai-nilai murni kepada para pelajar dalam subjek Pendidikan Moral dan Agama Islam sahaja tetapi
nilai-nilai ini perlu diterapkan pada setiap masa walaupun di luar waktu dua subjek tersebut. Guru-guru pula mesti
menyemai sifat penyayang kepada para pelajar sejak mereka kecil lagi seperti kata peribahasa Melayu, ‘melentur buluh
biarlah dari rebungnya’. Seterusnya pendekatan-pendekatan yang bersifat penyayang semasa proses pembelajaran dan
pengajaran seharusnya dikreatifkan. Dengan ini, para pelajar dapat membesar dengan persekitaran yang penyayang dan
harmoni sekali gus impian untuk melahirkan masyarakat penyayang dapat direalisasikan. Bukan itu sahaja, impian negara
untuk melahirkan modal insan bermentaliti kelas pertama dapat dilahirkan. Jadi, peranan masyarakat pendidik untuk
melahirkan masyarakat penyayang tidak dapat dipertikaikan lagi.

Peranan masyarakat yang seterusnya ialah aktiviti-aktiviti kemasyarakatan diperbanyakkan. Melalui aktiviti
kemasyarakatan yang diadakan, setiap anggota masyarakat akan bersatu kudrat dan sebulat suara untuk menjayakan aktiviti
yang dijalankan persis kata orang tua-tua, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Bukan itu sahaja,
sifat penyayang akan terserlah melalui amalan tolong-menolong dan bertoleransi dalam aktivti-aktiviti tersebut. Sebagai
tamsilannya, amalan rumah terbuka akan menggalakkan aktiviti ziarah-menziarahi jiran tetangga, saudara-mara dan rumah-
rumah kebajikan pada hari-hari perayaan. Manakala penyertaan masyarakat setempat dalam aktiviti gotong-royong dan
kerja sukarela juga perlulah diperbanyakkan. Aktiviti-aktiviti sosial ini sudah pasti dapat mengeratkan hubungan silaturahim
antara satu sama lain di samping memupuk sikap pemurah, ikhlas, sentiasa sanggup membantu dan menghulurkan tenaga
untuk golongan yang tidak berkemampuan ibarat yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Akhirnya, masyarakat
yang berjiwa penyayang dapat dilahirkan untuk membentuk sebuah negara yang harmoni dan bertaraf kelas pertama.
Deduksinya, penganjuran aktiviti-aktiviti masyarakat setempat yang banyak merupakan antara elemen yang penting bagi
melahirkan masyarakat penyayang.

Meninjau dari skop yang berbeza, masyarakat yang penyayang juga dapat dilahirkan melalui kempen kesedaran
yang efektif. Usaha ini dapat dilaksanakan oleh golongan masyarakat media sama ada media elektronik atau media cetak.
Seperti yang diketahui umum bahawa media merupakan wahana yang berkesan untuk menyedarkan masyarakat umum
tentang kepentingan amalan penyayang dalam menjalani kehidupan harian kita. Pihak media lebih menitikberatkan aspek
sosial iaitu hubungan sesama manusia untuk didedahkan tatapan umum. Oleh itu, pihak media yang merupakan sebahagian
daripada anggota masyarakat yang prihatin haruslah menggiatkan pelaksanaan kempen ‘Keluarga Bahagia’, ‘Penerapan
Nilai-nilai Murni’ dan ‘Cintai Sungai Kita’ untuk menerapkan budaya penyayang dalam kalangan masyarakat kita. Kempen-

59
Contoh Karangan SPM BM

kempen ini haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya bermusim atau hangat-hangat tahi ayam. Sehubungan
dengan itu, masyarakat sedar akan kepentingan amalan penyayang dalam konteks kehidupan bermasyarakat. Sikap
menganiayai, menindas dan memusnahkan kepentingan orang lain dapat dihindarkan sekali gus dapat menyemai sikap
prihatin dalam kalbu masyarakat kita hari ini. Izharlah bahawa peranan masyarakat media melalui kempen-kempen yang
diadakan dapat membentuk masyarakat yang penyayang.

Bulan semakin terang bahawa peranan setiap anggota masyarakat amat penting untuk melahirkan masyarakat
yang penyayang. Kasih sayang merupakan suatu fitrah yang amat bernilai dalam diri manusia. Kasih sayang sangat penting
untuk menjamin kesejahteraan masyarakat. Pernyataan ini disokong oleh sabda Rasulullah S.A.W dalam memupuk amalan
kasih sayang yang bermaksud, “ Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak kasihkan saudaranya sebagaimana dia kasihkan
dirinya sendiri”. Oleh itu, setiap individu dalam kalangan masyarakat harusnya mengambil inisiatif untuk melakukan anjakan
paradigma bagi merealisasikan pembentukan masyarakat penyayang dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita tidak
seharusnya mengharapkan pihak berkuasa sahaja untuk menjayakan matlamat ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan
berbunyi. Ibu bapa seyogianya memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi muda yang bermoral, berakhlak baik
dan bersifat suka menbantu orang lain. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bekerjasama dan saling membantu serta saling
menyayangi ibarat yang tua dihormati, yang muda disayangi. Kita juga harus mematuhi peraturan dan undang-undang yang
ditetapkan oleh kerajaan. Dengan cara ini, masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa yang bukan sahaja
maju dari aspek kebendaannya justeru kaya dengan budaya penyayang. Secara tidak langsung juga imej negara akan harum
di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya.
Tokoh pujangga yang bernama Ahmad Shauqi Bey berkata, “Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih
utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap”. Diharapkan pembentukan masyarakat penyayang dapat
merealisasikan visi kudsi negara iaitu Wawasan 2020 dengan mudahnya.

KARANGAN 34

KEPENTINGAN DAN LANGKAH PEMUPUKAN AMALAN BUDI BAHASA

Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka terpimpin dan
tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting untuk melahirkan
insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020. Iman al-Ghazali
mengatakan, “Apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri
lihatlah pada wajah”. Kata-kata tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali pengukur
kepada setiap individu. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Namun
begitu, dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budaya berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat semakin
lenyap dalam sanubari golongan dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan
dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpampang di dada
akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan berbudi bahasa dalam
kalangan masyarakat. Sebelum keadaan menjadi lebih parah, budaya berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan
dalam kehidupan seharian kita kerana seribu satu kemaslahatan boleh diperoleh.

Salah satu kepentingan amalan ini ialah amalan ini dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang
kaum di negara kita. Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa-apa jua warna kulit ataupun
status individu tersebut. Bukan itu sahaja, amalan murni ini akan mendidik masyarakat yang berlainan bangsa dan agama
supaya sentiasa menjaga perasaan antara satu sama lain sama ada melalui tutur bicara atau perlakuan. Kata orang, “terlajak
perahu boleh diundur, terlajak laku atau kata buruk padahnya”. Cetusan gagasan Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan
oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang keenam merupakan langkah yang
bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat yang semakin goyah akibat fahaman politik yang berbeza. Konsep ini
membawa aspirasi untuk membaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih
erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati, keikhlasan
dan sikap saling mempercayai antara kaum. Apabila wujud sikap saling menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam
suasana yang harmoni dan gembira walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan.
Dalam pada itu, perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Ulang
tahun kemerdekaan yang ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan ‘Perpaduan Teras Kejayaan’ jelas menunjukkan

60
Contoh Karangan SPM BM

pentingnya perpaduan kaum dalam negara kita yang terdiri daripada rencaman bangsa. Pepatah ada menyatakan bahawa
bersatu teguh bercerai roboh justeru apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang dengan maju dan anasir-anasir
luar tidak dapat menggugat kestabilan negara dengan mudah. Tegasnya, konsep perpaduan dapat dicapai dengan mudah
sekiranya amalan budi bahasa dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.

Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun.
Menurut konteks sejarah, masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi
dan kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada masa tersebut dapat membina tamadun
dan empayar yang kuat dan hebat seperti tamadun Mesopotamia, tamadun Mesir, tamadun Hwang Ho dan tamadun Indus
walaupun pada masa itu teknologi masih belum berkembang dengan sepenuhnya. Untuk membina tamadun yang unggul,
kita tidak seharusnya bersikap biadap dan kasar seperti mengeluarkan kata-kata yang kesat sehingga memilukan hati pihak
lain bagai ditusuk sembilu. Perlakuan seumpama ini menggambarkan masyarakat tersebut masih berada dalam Zaman
Jahiliah di mana akhlak dan nilai hidup masyarakat pada masa tersebut adalah sangat rendah. Sekiranya masyarakat kita
lebih bertamadun, sudah pasti kita dapat mempertahankan kemerdekaan. Dalam konteks ini, negara amat memerlukan
masyarakat yang berfikiran matang dan bijak untuk mengelakkan penjajahan semula oleh kuasa-kuasa asing seperti kuasa
Barat. Secara tidak langsung, industri pelancongan juga turut meningkat. Secara ringkasnya, masyarakat yang bertamadun
dapat dilahirkan melalui amalan budi bahasa.

Selain itu, masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberikan layanan
yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. Hal ini penting agar dapat meninggalkan imej yang positif
tentang negara kita dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyai percutian yang menyeronokkan kerana
beranggapan bahawa kedatangan mereka ke sini dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Dalam pada itu,
pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam dan Imigresen, pemandu pelancong serta pemandu pengangkutan awam perlulah
memainkan peranan yang lebih penting dengan senantiasa melemparkan senyuman dan bertutur dengan nada yang lembut
ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun sayugia dijadikan teladan kerana masyarakatnya sememang kaya
dengan budi bahasa. Contohnya, ucapan ‘irasshaimase’ yang bermaksud selamat datang dalam bahasa Jepun pasti akan
menusuk ke gegendang telinga tidak kira apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalan berterima kasih juga merupakan sesuatu
yang biasa dalam masyarakat Jepun. Sekiranya amalan ini diikuti, sudah pasti keramahan dan kesantunan rakyat Malaysia
akan sentiasa meniti dari bibir ke bibir para pelancong dan sentiasa memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama
mereka. Senario ini secara tidak langsung akan menjana ekonomi negara melalui industri pelancongan negara yang kian
mendapat sambutan hangat. Jadi, budaya yang murni ini amat penting ketika berurusan dengan pelancong asing agar
mereka dapat menikmati percutian di negara kita.

Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dizahirkan. Pemimpin yang baik akan dapat mentadbir
negara dengan lancar kerana mendapat sokongan yang padu daripada rakyat. Pemimpin yang berbudi bahasa sentiasa
menitikberatkan kepentingan orang lain daripada kepentingan peribadi. Mereka akan bertindak dengan bijaksana untuk
menjaga perasaan pelbagai pihak ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak.
Sehubungan dengan itu, golongan remaja merupakan aset yang sangat bernilai kepada negara kerana mereka adalah
generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Oleh itu, budi bahasa seperti menghormati orang tua,
bertutur dengan sopan, bertolak ansur dan amalan tolong-menolong perlulah dijadikan panduan dalam kehidupan mereka
supaya mereka dapat menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi dan berkarisma dapat dilahirkan. Pemimpin yang
berbudi bahasa dapat meningkatkan imej negara kerana pemimpin pemimpin dari negara lain akan kagum dan
menghormati negara kita. Ironinya, hubungan diplomatik bagi menjamin kemajuan dan keselamatan negara dapat dijalinkan
dengan mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain. Pendek
kata, negara kita akan terkenal di persada dunia kerana memiliki seorang pemimpin yang berwibawa melalui amalan budi
bahasa yang dipamerkan.

Menyedari akan pelbagai kemaslahatan di atas, kita haruslah mengambil langkah-langkah yang pragmatik dan
efektif untuk memastikan amalan ini dapat dipupuk dalam setiap sanubari rakyat kita. Oleh itu,kita perlu bertindak mulai
dari sekarang kerana perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah bermula dengan langkah yang pertama. Salah satu langkah
yang dominan adalah melalui rombakan sistem pendidikan. Dalam hal ini, kita terpaksa meletakkan tanggungjawab penting
ini kepada pihak pendidikan. Pendidikan merupakan wahana yang berkesan untuk mentarbiah masyarakat. Melalui

61
Contoh Karangan SPM BM

pendidikan, kita diajar, dibimbing dan diasuh untuk menjadi insan yang kamil dan holistik sama ada dari aspek jasmani,
rohani dan intelek. Bukan itu sahaja, pendidikan juga mampu melahirkan insan yang berhemah tinggi dan berbudi bahasa.
Hal ini juga turut disedari oleh Menteri Pelajaran kita. Oleh sebab itu, beliau telah mengarahkan agar kurikulum semua mata
pelajaran yang sedia ada dirombak semula. Rombakan ini dapat dilihat melalui penerapan nilai-nilai murni yang berkaitan
dengan amalan budi bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu melalui cerpen, novel, drama dan puisi yang
diajarkan dari peringkat Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah
menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap masyarakat Jepun. Walaupun negara mereka semakin maju, namun,
masyarakatnya masih mengekalkan nilai-nilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat resam bangsa mereka.
Mereka percaya bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka, mereka dapat
melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan negaranya. Semangat inilah yang membawa negara mereka pada
kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta. Jelaslah bahawa dalam usaha
untuk memupuk amalan budi bahasa, maka tidak boleh tidak, perubahan dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan.

Jika kita lihat dari sudut yang lain, pihak sekolah perlu juga melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan lebih giat dan
berkesan. Kita perlu sedar bahawa aktiviti kokurikulum merupakan wadah yang paling berkesan dalam membentuk amalan
budi bahasa seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati dalam diri para pelajar. Para guru pula
dianggap sebagai arkitek pembangunan manusia diarahkan untuk mengadakan pelbagai program bagi memupuk amalan
budi bahasa ini kerana pelajar ibarat pohon yang baru ditanam. Lantaran itu, mereka perlu dibajai, diairi dan diberi cahaya
matahari yang secukupnya. Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh badan-badan beruniform seperti
Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah akan membentuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahlinya. Mereka
akan bersama-sama mendirikan khemah, mematuhi giliran memasak dan sebagainya, sepanjang perkhemahan diadakan.
Selain itu, aktiviti bergotong-royong oleh persatuan-persatuan dan kelab-kelab sama ada di sekolah, mahupun di kawasan
sekitar sekolah pula akan menanamkan perasaan bertanggungjawab para pelajar terhadap alam sekitar serta sekolah
mereka bak kata pepatah, ‘tak kenal , maka tak cinta.’ Justeru melalui program-program yang dijalankan, para pelajar akan
membentuk jati diri dan sikap positif dalam diri mereka. Mereka akan lebih bersikap ‘membina’ daripada ’meruntuhkan’
atau membinasakan sesuatu. Mereka juga akan lebih bertanggungjawab terhadap segala kemudahan yang disediakan untuk
kegunaan ramai. Oleh itu, melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang lebih berkesan, kita berharap agar tidak ada lagi
telefon awam yang dirosakkan, atau tandas awam yang diconteng dengan kata-kata yang tidak menyenangkan mata
memandang. Sebaliknya, kita akan dapat menyaksikan masyarakat yang lebih bertolak-ansur, umpamanya, mereka tidak
berebut-rebut lagi ketika menaiki bas awam atau komuter. Anak-anak muda kita juga akan lebih menghormati golongan
yang tua kerana tahap budi bahasa dalam kalangan masyarakat telah meningkat. Pendek kata, amalan budi bahasa
sememangnya dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Seperkara lagi, peranan ibu bapa juga amat penting dalam melahirkan insan kerdil yang berbudi bahasa tinggi.
‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya,’ begitulah peribahasa yang membawa maksud bahawa peribadi serta perlakuan ibu
bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak mereka. Memang tidak dapat kita nafikan ibu bapa merupakan guru pertama
dalam kehidupan anak-anak sejak dalam rahim ibu lagi. Hal ini membuktikan bahawa ibu bapa merupakan ejen
pembentukan karakter anak-anak yang paling ampuh untuk melahirkan insan yang kaya budi bahasa. Oleh itu, sesuatu
perkara itu perlu dipupuk dari kecil oleh ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya agar apabila anak-anak
memasuki alam persekolahan, nilai-nilai asas yang positif seperti hormat-menghormati, beradab sopan dan bertolak-ansur
telah sedia wujud dalam diri anak-anak mereka. Sebagai contoh, anak-anak yang lebih muda perlu menghormati kakak atau
abang mereka yang lebih tua. Anak-anak juga diajar agar menghormati harta benda milik adik-beradik mereka serta harta
benda bersama. Dalam hal ini, ibu bapa tidak boleh bersikap seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Oleh itu,
ibu dan bapa perlu sentiasa menunjukkan bahawa mereka juga saling menghormati sesama mereka agar nilai positif ini
diikuti oleh anak-anak. Dengan ini, hubungan kemesraan keluarga akan dapat ditingkatkan di samping dapat mewujudkan
baiti jannati. Malah yang lebih penting, anak-anak akan lebih beradab dan berbudi bahasa yang akan mencerminkan maruah
keluarga tersebut. Anak-anak seumpama ini tidak akan bersikap biadab yang mampu menconteng arang ke muka keluarga
sendiri. Sesungguhnya, peranan ibu bapa yang mempamerkan contoh terbaik kepada anak-anak dapat memupuk amalan
budi bahasa dalam diri anak-anak.

62
Contoh Karangan SPM BM

Pilihan kita yang terakhir untuk membentuk masyarakat yang berbudi bahasa adalah melalui kempen yang
berkesan. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen-kempen yang diadakan mampu menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan amalan ini dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Masyarakat pada hari hari lebih mudah dipengaruhi dan
dikuasai dengan kempen-kempen yang diadakan. Sembilan tahun lalu iaitu pada 11 Februari 2005 Kementerian Kebudayaan
dan Warisan (KEKWA) melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni sama sekali
tidak diwujudkan kalau masyarakat kita berbudi bahasa selayaknya. Kempen yang dicetuskan oleh Dr. Rais Yatim semasa
memimpin KEKWA ini mengejutkan kita yang terlena dalam mengejar fatamorgana hidup sehingga sanggup merendahkan
tahap budi bahasa kita. Suatu ketika dahulu , majalah Readers Digest telah menyiarkan hasil kajian kesantunan di 36 bandar
raya di dunia. Hasilnya, Kuala Lumpur menjadi bandar raya kedua paling biadab. Kajian ini amat membimbangkan dan
memalukan kita. Oleh itu, kempen seumpama ini haruslah diadakan secara berterusan serta giat dan bukannya sekadar
melepaskan batuk di tangga. Dengan ini, diharapkan kempen yang bersungguh-sungguh ini dapat menyemarakkan dan
menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia serta meletakkan budi pekerti
sebagai satu asas dan tunjang dalam kehidupan kita. Secara implisitnya, negara akan menjadi agung jika warganya terdiri
dari insan-insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan
tapi muflis dari segi keperibadian. Izharlah bahawa peranan kempen juga penting untuk membudayakan amalan murni ini
dalam kehidupan seharian kita.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa amalan budi bahasa amat mustahak untuk negara
mencapai taraf negara maju yang disegani oleh negara-negara gergasi yang lain di dunia. ‘Yang merah itu saga, yang kurik
itu kendi, yang indah itu bahasa, yang elok itu budi’, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi
bahasa dalam kehidupan masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli pula dengan bidalan yang mengatakan bahawa budi bahasa
tidak boleh dijual beli. Oleh itu, sifat sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggan masyarakat
timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Lantaran itu, semua pihak wajarlah bersinergi
bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap masing-masing perahu, masing-masing kayuh dalam menanam amalan
berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kita tidak seharusnya mengharapkan sebelah pihak sahaja untuk memupuk
amalan murni ini dalam setiap jiwa rakyat Malaysia kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kempen Budi Bahasa
dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Profesor
DiRaja, Ungku Aziz pernah berkata, “Malaysia yang aman dan damai akan lenyap dalam sedikit masa jika rakyatnya tidak
bermoral dan nilai budi bahasa yang kian terhakis dari jiwa mereka”. Jadi, kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020,
tabiat buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap kasar sudah lupus dari memori setiap rakyat Malaysia supaya
negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan
biarlah negara Malaysia terus disegani kerana ketinggian budi bahasa rakyatnya.

KARANGAN 35

KEBAIKAN AMALAN MEMBACA

Nasi lemak buah bidara,


sayang selasih hamba turutkan;
amalan membaca banyak faedahnya,
untuk kegunaan masa hadapan.

Masyarakat Melayu sinonim dengan pelbagai jenis puisi tradisional bagi melahirkan perasaan yang telah terpahat
dalam atma dan sukma mereka. Puisi di atas menggambarkan amalan membaca sangat penting dalam kehidupan seharian
kita bagi melahirkan generasi yang berintelektual dalam mencorak masa hadapan. Ketahuilah kita bahawa masa depan
menjanjikan cabaran yang sarat dengan muatan cabaran reformasi. Oleh sebab itu, menerusi amalan membaca juga dapat
mencetus kesegaran minda agar tidak wujud modal insan yang dibelenggu dengan cara berfikir yang sempit. Walaupun
dunia sudah melepasi pelbagai zaman dalam beberapa dekad, namun budaya membaca tetap mendominasi kemajuan dan
keagungan sesebuah bangsa. Sejarah telah mencatatkan bahawa bangsa yang berjaya antara lain dicirikan oleh
masyarakatnya yang memiliki budaya literasi. Begitu juga sebaliknya. Sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau
kejayaan dalam sesuatu bidang tidak boleh mempertahankan miliknya tanpa budaya ilmu yang mantap. Rakyat Malaysia

63
Contoh Karangan SPM BM

yang tidak mengetahui kepentingan amalan membaca perlulah membudayakan amalan yang mulia ini yang mengandungi
seribu satu kemuliaan yang tidak dapat dipertikaikan lagi. Persoalannya, apakah kepentingan amalan membaca?

Sesungguhnya amalan membaca mampu menambah pengetahuan kita. Amalan membaca dapat membantu
memberikan nilai tambah dalam diri seseorang sebagai persediaan untuk bersaing dalam era globalisasi ini. “Setiap
seseorang daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada diri masing-masing,” demikian mantan perdana menteri
Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang
lalu. Ungkapan keramat itu, membawa maksud bahawa nilai seseorang anak pascamerdeka ini akan bertambah andai
individu itu berusaha melakukan anjakan paradigma untuk dirinya daripada terus berada di takuk lama. Jika ditelusuri,
ungkapan ini boleh direalisasikan dengan amalan membaca yang pastinya dapat menyumbangkan idea bernas dalam diri
pembaca. Selain melalui proses pembelajaran secara formal di sekolah, nilai diri akan dapat ditambah dengan banyaknya
menerusi amalan membaca bahan-bahan ilmiah seperti Majalah Dewan Bahasa, Dewan Siswa, Kosmik dan sebagainya.
Cerdik pandai sering menganggap amalan membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran amalan membaca
yang dapat menghubungkan antara manusia dengan dunia ilmu. Tegasnya, amalan membaca sememangnya dapat
menambah ilmu pengetahuan dan menjadi persiapan untuk kesiagaan kita bersaing dengan cabaran kemajuan yang
terbentang di jagatraya ini.

Seterusnya, mari kita fokuskan lensa pemikiran kita kepada manfaat seterusnya iaitu membaca dapat
meningkatkan kepakaran. Kepakaran yang dimaksudkan ialah tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi
dalam sesuatu bidang. Membaca dapat mewujudkan koridor kemajuan ekonomi demi meningkatkan tenaga pakar yang
berpengetahuan. Sebagaimana yang diketahui masyarakat yang suka membaca merupakan masyarakat yang maju dan
kompetetif sehingga dapat mencetuskan gegaran minda sekaligus dapat menjulang negara kita ke puncak jagat. Buktinya
kita melihat betapa negara pengeluar minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung hampir dalam semua aspek penting
kehidupan negaranya kepada negara lain yang lebih maju dari segi keilmuan dan kepakaran. Oleh sebab itu, amalan
membaca dapat membentuk masyarakat madani yang berkemahiran dan berkepakaran tinggi. Apabila negara kita sudah
mencapai tahap yang maksimum dalam membentuk individu yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam satu-satu
bidang, kita tidak perlu bergantung kepada kepakaran luar lagi. Jelaslah bahawa amalan membaca dapat membekalkan
tenaga pakar atau mahir kepada sesebuah negara itu.

Jika dilihat dari aspek yang lain, membaca merupakan tiang sandaran konkrit untuk berjaya dalam akademik. Namun
begitu, cahaya amalan membaca semakin hari semakin malap dalam naluri pelajar. Kontradiksinya, para pelajar tidak
mempunyai kesedaran bahawa membaca itu penting dalam kehidupan sedangkan amalan membaca dapat meningkatkan
ilmu pengetahuan dan mampu meluaskan horizon pemikiran para pelajar. Oleh sebab itu, para pelajar perlu menyemai
bibit-bibit minat membaca dalam diri kerana membaca merupakan wasilah utama kejayaan seseorang pelajar. Sebagi
contoh, adik Nik Nor Madihah telah berjaya memperoleh 20A dalam SPM dengan membudayakan amalan membaca dalam
diari kehidupannya sebagai seorang pelajar. Meyedari kepentingan membaca dalam kalangan pelajar, pelbagai usaha telah
dilakukan oleh pihak sekolah bagi memperkasakan minat membaca dalam kalangan pelajar seperti mengadakan minggu
membaca dan program NILAM. Melalui program NILAM ini jugalah lahirlah tokoh-tokoh pelajar yang berjaya. Selain berjaya
dalam akademik, para pelajar juga boleh mengaplikasikan ilmu yang diperolehi melalui membaca dalam kehidupan seharian.
Ringkasnya, jelaslah bahawa amalan membaca dapat memberikan pelbagai kemaslahatan kepada para pelajar untuk
berjaya. Sesungguhnya, menuntut ilmu tanpa membaca ibarat basikal tanpa roda.

Dengan membudayakan amalan membaca juga, rakyat yang berpengetahuan luas dalam sesebuah negara mampu
mencetuskan ideologi dan buah fikiran yang bernas dalam memacu proses pembangunan negara dapat dilahirkan. Hal ini
dikatakan dmeikian kerana membaca merupakan acuan untuk membentuk sesebuah tamadun yang gemilang seiring
dengan negara-negara yang telah mengecapi modenisasi mapan seperti Jepun. Di Jepun, atas dasar aplikasi dan
pengetahuan sains dan inovasi mereka mampu mencipta teknologi yang tidak terdapat di negara-negara lain seperti mesin
layan diri yang dapat memenuhi keperluan harian iaitu mesin menjual ketam hidup, telur ayam segar, sayur-sayuran segar
dan baju hujan dan barang kemas. Kelebihan mesin layan diri ini dapat beroperasi sepanjang masa iaitu 24 jam sehari.
Keadaan ini membolehkan para peniaga dan usahawan tidak perlu bersusah-payah menjaga premis perniagaan mereka
kerana mesin layan diri ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang sempurna selain mereka dapat

64
Contoh Karangan SPM BM

memperuntukkan masa mereka dengan aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan negara mereka. Jelaslah bahawa
amalan merupakan ramuan yang efektif untuk membentuk masyarakat yang berproduktiviti tinggi dan seterusnya dapat
merealisasikan aspirasi negara untuk bertambah maju.

Secara konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan membaca sangat mulia kerana mendatangkan
pelbagai kebaikan atau faedah kepada pembaca, keluarga, bangsa dan negaranya. Amalan membaca merupakan permulaan
positif sebagai langkah pertama dalam penjanaan dan penyebaran ilmu. Hal ini terbukti berdasarkan peristiwa penuh
bermakna dan agung dalam sejarah Islam melalui surah al-‘Alaq iaitu ketika Nabi Muhammad mendapat wahyu yang
pertama di Gua Hira’ melalui perantaraan malaikat Jibril yang menyuruhnya membaca. Jelaslah membaca merupakan kunci
ilmu yang memberikan impak positif dalam mempengaruhi perkembangan minda masyarakat. Walaupun pada hari ini
pelbagai prakarsa telah dilaksanakan untuk memupuk amalan membaca namun, usaha tersebut diumpamakan hujan jatuh
ke pasir. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memupuk budaya membaca sejak kecil lagi kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pihak kerajaan juga perlu menyediakan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan
supaya kita dapat membaca dengan selesa. Kempen-kempen membaca juga perlu dipergiat. Jika usaha-usaha memupuk
budaya membaca giat dijalankan, negara Malaysia pasti akan menjadi negara yang maju. Oleh itu, semua orang wajiblah
membaca dan berusaha meningkatkan budaya membaca agar masyarakat yang celik ilmu dapat dilahirkan. Ingatlah bahawa
‘bangsa membaca, bangsa maju’.

Karangan 36
AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, faktor kesihatan masyarakat pada hari ini
berada pada tahap yang membimbangkan pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia. Semakin hari,
masalah wabak pelbagai penyakit semakin menjalar dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia tua atau muda. Jika
dahulu masalah darah tinggi dan kencing manis merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh golongan tua tetapi pada
hari ini golongan kanak-kanak juga sering dihantui penyakit berkenaan. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi masalah kesihatan telah meningkat
sebanyak 200 000 orang pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahun sebelumnya. Sebenarnya masalah kesihatan
masyarakat mampu diatasi dengan pelbagai cara terutamanya dengan kemudahan prasarana berkaitan kesihatan semakin
banyak disediakan oleh pihak kerajaan. Klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa, Hospital Besar merupakan tempat
masyarakat mendapat kemudahan rawatan kesihatan. Persoalannya, mengapakah kadar pertambahan bilangan pesakit
yang tidak mengenal usia berlaku pada zaman sekarang? Bak kata pepatah, setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah
pasti ada jalan keluarnya. Salah satu daripadanya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagaimana yang
disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah caranya untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat?

Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus di bawah kata kunci pengambilan makanan
seimbang. Kebanyakan rakyat Malaysia mengganggap pengambilan makanan seimbang ialah diet. Sebenarnya, tanggapan
masyarakat mengenai perkara tersebut adalah salah sama sekali.Hal ini kerana pengambilan makanan seimbang bermaksud
pengambilan makanan oleh seseorang individu yang mengandungi semua nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh
badan secara seimbang. Jika kita merujuk piramid makanan, pembahagian pemakanan terbahagi kepada beberapa bahagian
mengikut keperluan makanan berdasarkan seorang manusia normal. Bahagian bawah piramid makanan merupakan
kumpulan makanan mengandungi karbohidrat, diikuti dengan kumpulan makanan yang mengandungi vitamin, mineral, dan
serat, seterusnya kumpulan makanan yang mengandungi protin, dan terakhir bahagian atas ialah kumpulan makanan
mengandungi lemak. Piramid makanan juga merupakan panduan kepada pengguna dengan mengurangkan pengambilan
makanan berlemak di bahagian atas sekali, seperti lemak dan gula,. Oleh sebab itu, makanan berlemak hanya perlu kita
ambil dalam kuantiti sedikit. Berbanding kandungan karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang banyak kerana makanan
seperti ini membekalkan kita tenaga untuk menjalani kehidupan seharian, contohnya nasi, roti, dan bijirin. Seorang ahli
falsafah Yunani iaitu Socrates berkata " Aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan." Tegasnya, kita boleh
mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang setiap hari.

Seterusnya, mari kita lebarkan lensa perbincangan dengan memperkatakan gaya hidup sihat iaitu menjalankan aktiviti

65
Contoh Karangan SPM BM

rekreasi. Sebagai mana yang kita sedia maklum, kegiatan rekreasi merupakan aktiviti yang berfaedah terutama untuk
mengisi masa senggang, merehatkan minda dan mengelakkan stress, selain menyehatkan badan. Pada abad milenium ini,
banyak tempat rekreasi, sama ada bertemakan air, alam sekitar dan sebagainya. Dengan adanya pusat rekreasi, anak muda
atau remaja boleh menyertai aktiviti berkenaan dengan mandaftar diri dan menyertai program yang dianjurkan seperti
kursus berkayak, mendaki gunung, , menyelam, "jungle tracking" dan sebagainya. Bagaimana kegiatan rekreasi ini dapat
menyihatkan tubuh badan? Aktiviti rekreasi merupakan aktiviti mencabar. Sebelum melakukan aktiviti berkenaan, peserta
selalunya diminta untuk melakukan aktiviti regangan agar seluruh sendi dan sistem kardivaskular kita bersedia terlebih
dahulu sebelum melakukan aktiviti berkenaan. Bahkan juga, dengan adanya aktiviti regangan dan pemanasan badan, kadar
pengaliran darah dan pergerakan jantung akan stabil sebelum peserta melakukan aktiviti yang berat. Selain itu, kelenjar
endokrin dan kelenjar adrenalina akan merembeskan peluh yang mengandungi toksin untuk disingkirkan daripada badan.
Oleh sebab itu, badan kita akan menjadi sihat dan sukar untuk dijangkiti patogen-patogen penyakit. Kebiasaanya, seorang
fasiltator akan memberi penerangan kepentingan melakukan regangan dan peringatan mengenai langkah-langkah menjaga
keselamatan sepanjang program rekreasi diadakan untuk mengelak sebarang kemalangan atau kecederaan. Bak kata
pepatah, malang tidak berbau dan sediakan payung sebelum hujan. Justeru, tahap keselamatan peserta lebih terjamin
semasa melakukan aktiviti lasak tersebut. Hal ini jelas menunjukkan aktiviti berekreasi merupakan satu cara untuk kita
mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan.

Mari kita meneruskan perbincangan menggunakan minda pelajar kelas pertama dalam membicara aktiviti sukan
sebagai amalan gaya hidup sihat. Sebagaimana kita maklum, remaja tidak lari daripada melakukan aktiviti sukan dalam
kehidupan mereka sejajar dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan pelaksanaan Program 1 Murid 1
Sukan yang mewajibkan pelajar sekurang-kurang menyertai satu aktiviti sukan di sekolah. Bahkan juga,Kementerian
Pelajaran Malaysia juga telah 10% syarat kemasukan ke universiti berdasarkan pencapaian pelajar dalam bidang
kokurikulum antaranya sukan permainan. Namun, pelaksanaan program ini belum mencapai objektifnya kerana sebilangan
pelajar masih belum membudayakan diri mereka untuk bersukan dan penglibatan mereka dalam aktiviti berkenaan hanya
sekadar untuk penyertaan bukan sebagai budaya. Sebenarnya, pucuk pangkal permasalahan berkenaan terus berlaku akibat
masyarakat masih belum mengetahui akan manfaat dan kepentingan sukan dalam kehidupan mereka. Dengan bersukan,
masyarakat akan mendapat manfaat iaitu selain menyihatkan badan, mereka juga akan dapat mencergaskan minda mereka.
Hal ini kerana ketika bersukan oksigen akan diserapkan ke dalam badan dengan lebih cepat dan akan mengaktifkan sel-sel
badan menjalankan proses respirasi, disamping aliran oksigen ke otak akan lebih aktif. Secara langsung neuron-neuron otak
juga akan bersambung dan badan akan menerima cas-cas positif yang berfungsi untuk menyihatkan badan dan
mencerdaskan otak. Kebaikannya kepada pelajar, mereka tidak akan mudah mengantuk semasa berada di dalam kelas dan
sudah pasti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna. Pepatah Arab ada mengatakan bahawa minda
cerdas lahir daripada badan yang sihat. Justeru, kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti
bersukan.

Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh bahawa pemeriksaan dan rawatan kesihatan adalah penting dalam
memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada di bawah paras bahaya. Masyarakat Malaysia perlu bersyukur kerana
kerajaan terutamanya di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia amat mengambil berat dalam menyediakan
prasarana dan kemudahan kesihataperkhidmatan bertaraf dunia. Hal ini boleh kita lihat di setiap pelusuk negara terdapat
pusat rawatan sama ada klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa dan Hospital Besar sentiasa terbuka untuk dikunjungi
oleh rakyat yang sedar akan kepentingan kesihatan mereka. Bahkan juga, pengamal perubatan yang sedia merawat pesakit
adalah lepasan universiti dikerah berkhidmat di pusat rawatan daerah, dan negeri agar setiap masyarakat mudah untuk
mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Berbading suatu ketika dahulu, pesakit yang memerlukan rawatan
daripada seorang doktor hanya boleh mendapat perkhidmatan mereka di hospital desa atau hospital besar. Rawatan
kesihatan amat penting supaya setiap warganegara akan tahu tahap dan darjah kesihatan mereka dari semasa ke semasa.
Apabila kita melakukan rawatan kesihatan secara berskala sekurang-kurangnya tiga bulan sekali perkembangan kesihatan
kita boleh dipantau oleh pengamal perubatan atau doktor dengan sebaik-baiknya. Natijahnya cukup positif kerana
pengesanan penyakit secara awal akan memudahkan mereka mendapat rawatan yang sepatutnya. Secara langsung
pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa kerana kadang kala penyakit menyerang tanpa disedari terutama penyakit
tiga serangkai iaitu darah tinggi, kecing manis dan serangan jantung. Contohnya, sekiranya pesakit mengalami penyakit
kencing manis para doktor berpengalaman akan menasihatkan pesakit mengawal kaedah pemakanan yang sesuai dan
sekiranya pesakit mengalamai masalah diabetis yang kronik suntikan insulin akan dilakukan untuk mengawal paras gula

66
Contoh Karangan SPM BM

dalam badan. Pepatah ada menyebut " mencegah lebih baik daripada merawat." Tegasnya mendapat pemeriksaan dan
rawatan kesihatan adalah sangat penting dalam memastikan tahap kesihatan masyarakat dalam keadaan baik.

Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat merupakan inisiatif kita sendiri. Jika kita inginkan kesihatan kita sentiasa
sihat, kita perlulah melibatkan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan kita seperti
pengambilan makanan seimbang, melakukan aktiviti rekreasi, menyertai aktiviti sukan dan mendapatkan rawatan kesihatan
secara sempurna. Oleh itu, untuk menyokong kerajaan dalam merealisasikan Wawasan 2020, kita perlulah memastikan
tahap kesihatan kita dalam keadaan terbaik kerana pekerja, pentadbir, dan pemimpin yang sihat jasmani, rohani, emosi dan
inteleknya sahaja yang akan dapat membantu menggapai cita-cita pemimpin untuk memastikan Malaysia mampu untuk
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Justeru, kesihatan merupakan aset paling
penting sebagai warganegara Malaysia kerana bak kata pepatah, kesihatan itu lebih penting daripada wang ringgit yang
menggunung.

Karangan 37
KEPENTINGAN AKTIVITI BERIADAH DAN REKREASI

Harum sudah cempaka hiasan,


Berpuput semilir laungan jiwa,
Aktiviti riadah pencetus wawasan,
Pastinya lahir nusa wibawa

Pantun di atas jelas mengetengahkan kepada kita betapa pentingnya aktiviti riadah. Mengapakah aktiviti riadah
kembali diperhangatkan dan menjadi polemik perbualan masyarakat? Marcapada ini,seiring dengan era globalisasi yang
penuh dengan cabaran ini, masyarakat kita sering berlumba-lumba mengejar unsur kemewahan. Tanggapan kekayaan
merupakan kunci kepada segala kesenangan sudah sebati dalam kehidupan mereka sehingga mereka alpa akan kepentingan
aktiviti riadah yang menjadi salah satu amalan dalam mempraktikkan gaya hidup sihat. Sesungguhnya, aktivit rekreasi dan
riadah yang boleh didefinsikan sebagai segala kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan
dan fikiran merupakan elemen yang penting dalam menjayakan segala aktiviti dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, kita
perlu mempunyai kesedaran terhadap kepentingan mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasi sebelum nasi menjadi bubur.

Pertama, aktiviti riadah dan rekreasi boleh menyihatkan tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana apabila kita
beriadah,kadar lemak yang terkumpul di dalam badan manusia boleh dikurangkan. Contohnya, kita boleh berjoging pada
waktu lapang,terlibat dalam aktiviti senamrobik atau berkayak dan sebagainya. Tambahan lagi, jantung dapat mengepam
darah dengan lancar. Secara tidak langsung, pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi
dapat dihindarkan secara total .Dalam konteks ini, berekreasi dan beriadah adalah penting supaya badan kita sihat dan otak
kita cerdas bak kata peribahasa Melayu, badan cergas otak cerdas.Oleh itu,kita perlu menjadikan aktiviti riadah dan rekreasi
sebagai agenda harian agar kesihatan badan yang hakiki dapat dinikmati kerana mencegah lebih baik daripada merawat.

Menyingkap daripada sudut perspektif lain, aktiviti riadah yang dilakukan pada setiap minggu mampu menjadi
pemangkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri seseorang.Bayangkan jika individu terbabit perlu bekerja selama 60 jam
dalam 5 hari,bukankah mereka akan mula mengalami tertekan? Kepenatan,keletihan dan beban kerja yang memberatkan
akan menyebabkan mereka menunjukkan simptom-simptom tekanan seperti mudah marah,letih,lesu dan tidak
bersemangat. Hal ini demikian akan menyebabkan prestasi mereka sama ada di tempat kerja mahupun sekolah mengalami
kemerosotan dan mengundang pelbagai impak negatif seperti mendapat teguran daripada pihak atasan,dilucutkan jawatan
dan sebagainya. Dengan aktivitinya riadah,hal ini akan membolehkan kita melakukan aktiviti yang kita gemar. Hal ini menjadi
cara yang efektif untuk menghiburkan kita. Kita dapat melupakan beban yang ditanggung dan menjadi lebih bersemangat
untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, wajarlah aktiviti riadah dipraktikkan dalam kehidupan kita untuk mengurangkan
tekanan yang dialami.

67
Contoh Karangan SPM BM

Sementelahan pula, melakukan aktiviti riadah turut memberi peluang kepada kita untuk mengeratkan hubungan
antara keluarga mahupun taulan. Hal ini dapat menjadi medium ke arah pembentukan keluarga sakinah.Misalnya, pada
hujung minggu, seisi keluarga boleh turun padang untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama sama ada di taman atau
padang. Bukan itu sahaja, ahli keluarga boleh berkongsi pandangan ,pendapat dan masalah sepanjang masa mereka
bersama-sama. Dengan itu,setiap ahli keluarga boleh memahami antara satu sama lain seterusnya merapatkan jurang
antara mereka. Keseronokan melaukan aktiviti riadah juga akan lebih dinikmati dengan adanya orang yang disayangi di sisi
kita. Dalam hal ini kita akan menjadi lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk melakukan aktiviti riadah. Oleh itu,
hubungan kekeluargaan yang erat dapat dilahirkan dengan melakukan aktiviti riadah.

Selain itu,aktiviti beriadah juga dapat membentuk integrasi kaum. Marcapada ini,kita acap kali melihat pelbagai aktiviti
riadah yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum khususnya aktiviti yang berkaitan dengan Program Latihan Khidmat
Negara. Contohnya aktiviti berkayak,mendaki gunung dan meluncur. Kondusi ini akan memanifestasikan elemen
kesepakatan dalam kumpulan masing-masing. Sesungguhnya, muafakat merupakan inti kepada perpaduan.Setiap ahli akan
bersatu ibarat kata peribahasa Melayu, serumpun bagai serai,selubang bagai tebu. Hal ini dapat menjadi medium yang
efektif bagi menyatukan kaum sekali gus membina semangat perpaduan. Oleh hal yang demikian,aktiviti riadah yang
melibatkan unsur kerjasama ibarat aur dan tebing dapat menjadi wahana ke arah pembentukan integrasi kaum.

Dalam fasa itu, kebaikan aktiviti beriadah yang dapat dinikmati ialah mengelakkan remaja daripada terlibat dalam
masalah sosial. Hal ini demikian kerana masa lapang remaja dapat diisi dengan aktiviti yang menghiburkan dan
menyeronokkan kerana masa itu emas. Masa senggang seorang remaja agak banyak kerana tidak perlu menanggung
tanggungjawab seperti orang dewasa. Seandainya masa lapang itu tidak dipenuhi secara bijaksana,remaja akan terjerumus
untuk mendorong diri melakukan aktiviti yang kurang berfaedah seperti melepak,bermain komputer tanpa batasan dan
berbual-bual kosong ibarat menghitung bulu kambing. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti riadah,mereka tidak akan
melakukan aktiviti yang kurang berfaedah kerana telah merasai keseronokan aktiviti riadah, bak kata peribahasa
Melayu sambil menyelam minum air. Oleh itu, remaja dapat menghindarkan daripada terlibat dalam masalah sosial dengan
melakukan aktiviti riadah.

Secara tuntas,kita perlu mencapai kesedaran yang tinggi dalam usaha mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasi.
Semua pihak perlu berganding bahu ibarat aur dengan tebing bagi menanamkan kesedaran dalam diri masyarakat mengenai
kepentingan aktiviti riadah dan rekreasi dalam kehidupan seharian bagi melahirkan generasi masa hadapan yang sihat
seterusnya menjadi penyumbang kepada kemajuan negara.

68
Contoh Karangan SPM BM

Karangan 38
Peranan Pengawas dalam Menangani Masalah Displin di Sekolah

Dalam meladeni arus pascamodenisme yang semakin mencabar dari semasa ke semasa ini, nusa yang kita cintai ini semakin
utuh dan terkenal di persada antarabangsa. Jelas bahawa pembangunan negara kita semakin rancak dan selaras dengan
negara-negara maju yang lain bak aforisme yang sering diperkatakan, ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’. Namun
begitu, dari segi pembangunan atau pembinaan jati diri murid yang berdisiplin, negara kita masih belum berjaya
sepenuhnya. Semakin negara kita berusaha mencapai status negara maju, semakin meningkat peratus pelajar sekolah yang
terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Hal ini telah diakui oleh Datuk Ahmad Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri
Pelajaran dalam satu program temu bual tv. Usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengatasi kemelut yang
semakin meruncing ini. Saya sebagai seorang pengawas yang telah diberikan mandat oleh pihak sekolah, mempunyai cara
yang tersendiri untuk membentuk murid yang berdisiplin. Izharnya, seseorang individu yang bergelar pengawas berperanan
penting dalam membantu pihak sekolah dalam membentuk murid yang berdisiplin.

Peranan utama saya untuk membantu pihak sekolah dalam membentuk murid yang berdisiplin adalah
menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah dengan sebaik mungkin. Hal ini saya anggap afdal kerana
pengawas telah diklasifikasikan sebagai orang kedua selepas guru dalam membentuk peribadi murid yang mulia dan
mengharmonikan sekolah. Soal membentuk dan melahirkan murid yang berdisiplin amat penting kerana Khalifah Umar Al-
Khattab pernah berkata, ‘Jika kamu ingin mengetahui masa depan sesebuah negara, lihatlah generasi muda yang berada di
hadapan anda’. Maka,kata-kata ini menunjukkan bahawa generasi muda yang berdisiplin, berdedikasi dan beriltizam dalam
setiap aspek amat penting kepada negara dan jatuh bangun sesebuah negara bergantung kepada generasi muda itu. Jadi,
saya sebagai pengawas akan menguatkuasakanundang-undang dan peraturan sekolah dengan melakukan beberapa
tindakan yang sewajarnya diimplementasikanoleh seorang pengawas sekolah seperti menegur pelajar-pelajar yang
berambut panjang, memantau mereka yang berpakaian tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya dan meleraikan
pergaduhan antara mana-mana pelajar sekiranya difikirkan tindakan itu tidak membahayakan nyawa. Tindakan-tindakan
seperti ini penting atau adiwarna diambil demi memastikan keadaan sekolah aman, sesi pembelajaran (P&P) berjalan lancar
dan perhubungan pelajar sentiasa terkawal. Tuntasnya, penguatkuasaan peraturan sekolah merupakan elemen yang
penting dalam membentuk modal insan yang madani dan syumul.

Selain itu, modus operandi lain yang sepatutnya saya lakukan adalah menunjukkan teladan yang baik kepada
semua pihak terutama rakan murid dalam semua aspek termasuk pemakaian, pertuturan, pembelajaran dan yang paling
penting, sikap dan perwatakan. Hal ini demikian kerana para pelajar atau murid merupakan insan yang baru sahaja
mengenali dunia sebenar. Ramai pelajar atau murid yang masih ‘mentah’ dan mudah terpengaruh dengan sesuatu perkara
terutama. Jika persekitarannya baik, maka baiklah seseorang itu. Jika persekitaran sebaliknya pula muncul, natijah yang
membawa impak negatif akan ‘menjuarai’ tindakan seseorang. Jadi, para pengawas seharusnya berupaya menjadi suri
teladan kepada orang lain dan seharusnya memantapkan diri lagi dengan sifat-sifat yang mulia dan berkarisma. Keupayaan
untuk melakukan pengawasan dan pengawalan secara berhikmah merupakan aset berharga seorang pengawas. Saya yakin
dan percaya bahawa para pengawas yang mempunyai keperibadian mulia seperti ini sentiasa didambakan oleh para murid
justeru menjadikan para pengawas ini sebagai kawan. Jadi, kita seharusnya mendekati para murid itu dengan harapan agar
mereka akan menjadi seperti diri kita sendiri. Dengan itu, murid yang berdisiplin dapat dibentuk manakala beban sekolah
untuk memastikan semua murid berdisiplin dapat dikurangkan. Senario ini persis slogan ,’Hulurkan tangan ringankan
beban’. Oleh itu, melalui peranan ini, saya berharap agar dapat membantu sekolah membentuk murid yang berdisiplin di
samping mengekalkan nama baik sekolah.

Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan adalah sentiasa bersama dengan para
murid yang bermasalah dengan nawaitu ingin memberi nasihat dan panduan kepada mereka. Langkah turut serta ini
menurut seorang motivator terkenal , Dr. Hushim Yahaya merupakan langkah ‘turun padang’ yang akan merapatkan dan
memantapkan hubungan pemimpin dengan pihak yang dipimpin. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, ‘Anak-anak
yang dilahirkan ibarat sehelai kain putih yang bersih lagi suci. Maka, terpulanglah kepada ibu bapa untuk membentuk akhlak
anak-anak sama ada menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani’. Melalui sabda Rasulullah S.A.W. ini, dapatlah kita simpulkan
bahawa anak-anak ataupun para murid merupakan manusia yang memerlukan bimbingan dan dorongan daripada semua
pihak. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak. Sesetengah murid yang mempunyai

69
Contoh Karangan SPM BM

masalah tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa yang sibuk bekerja akan melepaskan perasaan tidak puas hati mereka
itu di sekolah dengan melanggar peraturan sekolah bermotifkan dendam untuk menyakitkan hati kedua ibu bapa. Saya
berpendapat bahawa dengan cara mendekati para murid serta bertanyakan masalah mereka, akan mengurangkan rasa ingin
memberontak dalam diri mereka. Dengan memberi nasihat dan menyelesaikan masalah mereka melalui kaedah yang betul,
hal ini secara tidak langsung akan menarik minat mereka untuk menjadi murid-murid yang berdisiplin dan berwawasan.
Oleh itu, peranan seperti ini perlulah dimainkan agar masyarakat kamil dapat diwujudkan.

Dalam pada itu, mengajak dan mendorong rakan-rakan melakukan kebaikan merupakan satu tanggungjawab yang
sepatutnya saya lakukan bersama dengan murid-murid yang lain. Allah swt. amat menyukai hamba-Nya melakukan kebaikan
dengan penuh ketakwaan. Justeru kita boleh memberi panduan, bimbingan dan dorongan serta perangsang kepada para
murid yang ingin melakukan kebaikan dengan harapan mereka akan seronok dan teruja melakukan amalan murni ini kerana
ada orang atau pihak yang menyokong setiap perbuatan yang dilakukan mereka di samping mereka mendapat ganjaran
daripada Allah swt. Selain itu, saya akan berusaha sedaya upaya untuk sentiasa menanamkan sifat-sifat mahmudah dalam
diri mereka. Ramai pemikir termashyur seperti Confucius dan Socrates juga amat menekankan penyemaian nilai-nilai moral
dalam diri setiap manusia. Jadi, dengan langkah itu, para murid akan lebih tertarik untuk melakukan kebaikan berbanding
keburukan. Izharnya, modus operandi seperti ini seharusnya saya lakukan demi memastikan murid yang berdisiplin dapat
dibentuk bak kata pepatah, ‘Di mana ada kemahuan, di siru ada jalan’.

Peranan saya yang terakhir adalah memastikan bahawa saya berfungsi sebagai perantara yang berkesan antara
para murid dengan pihak sekolah. Saya seharusnya berupaya menyampaikan maklumat yang jelas kepada murid tentang
pelaksanaan peraturan dan undang-undang sekolah agar murid memahami dan menerima perkara tersebut dengan sebaik
mungkin. Manakala pihak sekolah yang terdiri daripada pengetua dan lembaga disiplin sekolah serta kaunselor akan saya
dan rakan-rakan pengawas yang lain nyatakan permasalahan murid dengan penuh hikmah dan sempurna. Saya merasakan
bahawa kemampuan berkonikasi secara berkesan dengan rakan murid dan guru merupakan suatu aset penting. Apabila
bercakap dengan murid yang nakal, seharusnya saya menunjukkan sikap yang tegas. Apabila menyampaikan pengumuman
semasa perhimpunan, saya akan berusaha menyampaikan informasi dengan jelas. Dengan ini, mesej pihak sekolah akan
dapat difahami oleh semua pihak. Jelasnya, peranan ini akan memantapkan hubungan murid dengan pihak sekolah yang
akhirnya membentuk disiplin murid.

Kesimpulannya, tiada penyakit yang tiada ubatnya, dan tiada racun yang tiada penawarnya. Maka, modus operandi
yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu diimplementasikan secara berterusan agar murid yang berdisiplin dapat
dibentuk. Saya dan beberapa pihak yang lain seperti badan pengawas dan pihak sekolah akan sentiasa menacri jalan atau
alternatif untuk memastikan murid yang berdisiplin dapat dibentuk dan hasrat kerajaan untuk melihat ‘sifar masalah disiplin’
dapat direalisasikan pada tahun 2020. Hasrat kerajaan untuk memperkukuh gagasan 1Malaysia akan tercapai dengan
terbentuknya murid yang berdisiplin berteraskan nilai perpaduan dan ketaatan. Saya berharap agar peranan yang saya
kemukakan tadi akan dapat saya realisasikan dan diadaptasi oleh rakan pengawas yang lain serta pihak-pihak yang lain.

70
Contoh Karangan SPM BM

Karangan 39
RENCANA

Peranan anda dalam mengatasi masalah sosial / Jenayah


Oleh : K.ulaganathan

Berderap seiring berjalan pulang,


Mawar disisip hiasan si dara
Remaja kini berperibadi cemerlang
Menjadi tunjang aspirasi negara.

Pantun di atas memanifestasikan bahawa seseorang modal insan yang cemerlang dapat menjulang dan
mengharumkan imej negara di persada antarabangsa.Remaja yang berakhlak mulia dan berbudaya cemerlang mampu
menggalas,memikul obligasi sosial, merealisasikan aspirasi negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk imamat negara
seperti kata peribahasa melayu patah tumbuh,hilang berganti. Remaja merupakan aset yang amat ternilai walaupun
dibandingkan dengan segunung intan.Hal ini kerana keutuhan sesebuah negara dapat diukur melalui personaliti remaja
negara tersebut.Tampaknya,jatuh bangunnya sesebuah negara terletak di pundak golongan remaja. Bekas presiden
Indonesia pernah menyebut,”berikan saya sepuluh belia waja nescaya akan saya gegarkan dunia”.Nyatanya,remaja yang
berkualiti dapat menyemarakkan dan memperkasakan keutuhan negara.Namun begitu,setelah 56 tahun kita menghirup
nafas kemerdekaan,remaja yang merupakan bakal tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kedurjanaan seperti
masalah jenayah.Amat jelas sekali persepsi dan kerangka pemikiran anak-anak muda di negara kita masih belum lagi
mengalami anjakan paradigama sederap dan selaras dengan arus pembangunan fizikal negara. Sudah tentu,sesuatu perkara
berlaku pasti ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon tidak akan berliuk-lintuk jika tidak ditiup
angin. Sehubungan itu, masalah jenayah yang semakin menular dan diibaratkan seperti duri dalam daging di negara perlu
diatasi sebelum kudis menjadi tokok.Masalah jenayah seperti pembunuhan,ragut,rompakan dan perbuatan maksiat perlu
dibendung dengansegera demi memastikan negara terus maju mengikut acuan kita sendiri.Dalam konteks ini,remaja sendiri
perlulah mengatur strategi dan membuat percaturan yang berhikmah untuk mengikis masalah jenayah agar berjaya dalam
hidupnya.Sarjana Barat William J.segeal berkata “Manusia tidak merancang untuk gagal tetapi gagal untuk
merancang.Tepuk dada tanya selera,apakah peranan anda dalam mengatasi masalah jenayah yang menjadi isu polemik dan
sudah diketahui umum seperti kata peribahasa melayu bangkai gajah tidak ditutup dengan daun nyiur.

Sebagai pembuka kata dan mukadimah perbincangan,saya sebagai seorang remaja haruslah bijak memilih rakan
untuk mengelakkan diri daripada perbuatan jenayah.Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :Teman duduk (
pergaulan ) yang soleh adalah seumpama duduk di sampan orang yang mempunyai minyak kasturi.Jikalau dia tidak
memberikan minyak itu kepadamu nescaya engkau akan memperoleh bau harumnya.Pemilihan rakan sebaya amat penting
dalam pembentukan akhlak remaja. Hal ini kerana rakan sebaya sentiasa mempengaruhi perbuatan yang dilakukan oleh
sesorang remaja. Remaja mudah meniru dan mencontohi perlakuan rakan sebayanya.Remaja perlulah memilih rakan sebaya
yang mempunyai pegangan agama yang tinggi dan memiliki sikap –sikap mulia.Jika saya berkawan dengan seorang taulan
yang berbudi pekerti yang tinggi nescaya dapat menghindarkan diri daripada masalah jenayah yang akan membinasakan
masa depan .Misalnya,seorang rakan sebaya sentiasa mendorong saya untuk melakukan aktiviti –aktiviti yang bermanfaat
seperti berkunjung ke perpustakaan,mengikuti seminar dan bersenam.Lebih-lebih lagi saya juga dapat bwrbincang dan
berkongsi masalah dengan rakan sebaya. Oleh itu, remaja diseru pemilih rakan sebaya yang optimis,berakhlak
mulia,berdisiplin dan sentiasa menjauhkan diri daripada perbuatan jenayah.

Sebelum retak pecah,sebelum nasi menjadi bubur golongan remaja perlulah memerah otak dan berikthiar untuk
mengatasi masalah jenayah yang semakin serius .Antara uslub yang perlu saya lakukan adalah dengan meluangkan masa
dalam aktiviti yang berfaedah.Remaja merupakan individu yang penuh dengan keghairahan dan jiwa remaja begitu mudah
memberontak serta ingin mencuba sesuatu yang mencabar. Seandainya mereka mempunyai masa terluang ,remaja akan
terjebak dalam perbuatan jahat. Natijahnya remaja akan teraba-raba dalam kegelapan dunia dan akhirnya hanyut dalam
hambatan dunia yang semakin menggila. Bagi mengelakkan situasi sedemikian saya akan mengisi masa lapang dengan
menyertai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku,bersenam dan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan

71
Contoh Karangan SPM BM

seperti gotong-royong.keghalibannya,langkah mujarab sebegitu bukan sahaja dapat mengelakkan golongan remaja
daripada arus hedonisme malah menjauhkan diri daripada masalah jenayah.sebagai bukti yang jelas dan nyata,remaja boleh
membaca buku di perpustakaan pada masa lapang kerana’pembacaan yang baik menjadi makanan otak,mendengar muzik
menjadi makanan jiwa’ .Dengan ini ,remaja dapat meluaskan horizon pemikiran mereka. Lebih-leibh lagi remaja juga boleh
bersenam semasa masa lapang kerana otak yang cerdas lahir daripda badan yang cergas. Sebagai seorang remaja yang
berwawasan ,saya juga akan menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel dan penyediaan jadual ini akan memastikan
remaja seperti saya mengisi masa lapang dengan efektif. Lantaran itu,remaja tidak mempunyai masa dan ruang untuk
terperosok dalam masalah jenayah.

Sebagai cetusan minda yang seterusnya, sebagai seorang remaja perlu belajar bersungguh-sungguh dan
menetapkan matlamat hidup untuk mengelakkan diri daripada masalah jenayah.Dalam meniti arus pemodenan ilmu
menjadi senjata utama untuk mengharungi pancaroba pada zaman digital ini. Peribahasa Arab ada menyatakan bahawa
belayarlah sehingga benua China untuk menuntut ilmu.Mesej daripada peribahasa tersebut ialah sesorang individu perlulah
rajin mencari dan sentiasa mendahagakan ilmu.Penguasaan ilmu menjadi azimat kepada seseorang individu untuk
mengecapi kejayaan dalam hidup.Jika remaja mempunyai hala tuju yang tetap akan berhempas pulas untuk mencapainya
dan tidak akan meruntun dalam masalah sosial. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya. Matlamat hidup memastikan saya lebih berdisiplin dan beriltizam untuk memperoleh kejayaan
dalam hidup.Contoh yang relevan dengan senario di atas ialah saya akan mengulang kaji pelajaran dengan bersungguh-
sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan agar dapat menduga lautan yang dalam. Jadi,remaja tidak akan
membinasakan masa depannya dengan terlibat dalam kegiatan jenayah yang akan memalapkan masa depan mereka.

Dalam nada yang berbeza,saya akan melengkapkan diri dengan didikan agama dan moral untuk mengelakkan diri
daripada masalah jenayah.dalam konteks ini ,remaja yang masih mentah haruslah menjadikan agama sebagai penyuluh
hidup.Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk jati diri dan akhlak mulia kepada seseorang
individu.Jika kita memetik kata-kata seseorang cendekiawan yang pernah mengatakan bahawa permulaan hidup seseorang
manusia adalah mengenal tuhan dan agamanya. Didikan agama akan menjadi perisai dan membentengi diri saya daripada
segala perbuatan mungkar. Surah Luqman ayat 14 menyatakan bahawa Hai anakku ! dirikanlah solat,suruhlah mereka
mengerjakan kebaikan,cegahlah mereka daripada berbuat kemungkaran.Jadi,amat jelas setiap individu wajid menunaikan
solat untuk menghindarkan daripada kejahatan.didikan agama akan membibitkan sikap mahmudah seperti bersopan
santun,hormat-menghormati dan berbudi bahasa dalam kalbu saya. Sebagai bukti yang jelas dan nyata,saya akan sentiasa
menunaikan solat dan mengaji al-quran untuk memperkukuh keimanan diri saya.Rentetan itu,saya dapat membezakan
antara perkara yang mungkar dan baik seperti kaca dengan permata.oleh itu,jelaslah bahawa agama menjadi pegangan
hidup dan menerangi kehidupan kita sepanjang hayat.

Tuntasnya,Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahatir Muhammad pernah berkata,’modal insan atau remaja yang
sempurna merupakan aset yang penting untuk membangunkan negara dan menghadapi pasaran pekerjaan yang semakin
mencabar’. Memandang huraian di atas,remaja yang berazam dan beriltizam tinggi dapat menjadi pemimpin yang
berwibawa dan menjulang nama negara di persada antarabangsa pada masa depan. Remaja seharusnya melaksanakan
obligasi dengan penuh swadaya supaya tidak terperangkap dalam masalah jenayah. Sehubungan dengan itu, ayuh
bangkitlah remaja,beranjaklah dari sisi lama hidupmu dan buka ruang kehidupan yang baru serta lakukan anjakan paradigma
agar hidupmu sejahtera sepanjang masa!.

72
Contoh Karangan SPM BM

Karangan 40

CABARAN REMAJA ABAD KE-21

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), remaja merupakan individu yang berkembang dari saat pertama
kali menunjukkan tanda-tanda seksual sekundernya sehinggalah saat ia mencapai kematangan seksual. Remaja mengalami
perkembangan biologi, psikologi, dan dan sosiologi yang saling berkait antara satu sama lain.WHO menetapkan batasan
bahawa golongan remaja terdiri daripada mereka yang berusia antara 12 hingga 24 tahun dan belum berkahwin. Perkataan
‘remaja’ berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud menuju kearah kematangan. Golongan ini sentiasa mencuba dan
sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa.Remaja akan mengalami pelbagai perubahan drastik termasuklah
perubahan jasmani, sosial, emosi dan bahasa. Akibat daripada itu, golongan remaja seringkali dilabelkan sebagai individu
yang memiliki emosi yang tidak stabil dan sentiasa bermasalah. Pelbagai persoalan yang mengganggu benak kita apabila
berbicara tentang remja. Persoalannya ialah apakah cabaran yang sebenarnya dihadapi oleh golongan remaja pada abad
yang ke-21? Bagaimanakah remaja berdepan dengan cabaran yang dialami? Segala persoalan yang mewarnai mauduk
perbincangan di atas wajar dikupas hingga ke akar umbi.

Globalisasi merupakan proses membentuk sebuah dunia tanpa sempadan dan kedudukan geografi. Remaja yang
hidup dalam abad ke-21 ini terdedah dengan cabaran teknologi maklumat yang cukup terbuka dan bebas. Para remaja boleh
mengakses laman pornografi dengan begitu mudah tanpa sebarang halangan dan rintangan. Terdapat banyak laman
sesawang yang boleh merosakkan akidah dan jati diri Islam seseorang remaja. Penggunaan media komunikasi yang
berkaitan dengan Internet seperti Youtube, Whatsapp, Wechat, Instagram dan lain-lain telah menjadi satu perantaraan yang
sangat efektif dan efisien untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh dan dekat. Penggunaan Internet yang tidak
terkawal oleh ibu bapa telah mengundang banyak musibah. Kebebasan tanpa had dan batasan akan merosakkan minda dan
otak remaja. Banyak berita yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana tentang kisah remaja lelaki yang merogol adik
perempuan dan kawan-kawan perempuan setelah terangsang akibat menonton video lucah di Internet. Oleh hal yang
demikian, remaja perlu mempunyai keimanan yang ampuh sebagai benteng untuk menghadapi cabaran ini. Akidah Tauhid
yang teguh akan dapat memimpin akal fikiran dan tingkah laku remaja ke arah kebaikan. Sesungguhnya iman dan amal tidak
dapat dipisahkan kerana kedua-duanya umpama buah dan pohonnya.

Remaja seringkali dikaitkan dengan budaya lepak. Kegiatan melepak merupakan suatu masalah sosial yang
dipandang serius oleh masyarakat Malaysia. Budaya ini dianggap sebagai suatu penyakit yang telah mengundang pelbagai
masalah lain dalam kalangan remaja kita. Persoalannya sekarang, mengapakah budaya lepak diamalkan oleh segelintir
remaja pada hari ini? Banyak kajian yang telah dilakukan oleh para penyelidik sama ada tempatan mahupun luar negeri
berhubung dengan kecenderungan sikap suka melepak. Menurut kajian yang dijalankan oleh tokoh cendekiawan tempatan,
tingkah laku lepak dalam kalangan remaja menunjukkan secara purata remaja menghabiskan masa sebanyak 16.3 jam
seminggu membuang masa berkumpul dan berbual kosong dengan rakan sebaya di tempat-tempat awam. Kadar ini lebih
menonjol di kawasan luar bandar iaitu di kawasan pembangunan tanah FELDA yang telah menghabiskan masa mereka
sebanyak 28.4 jam seminggu untuk melepak. Kebanyakan remaja menyatakan mereka melepak sekadar berjumpa kawan,
bersiar-siar, berehat, mencari ketenangan, melepaskan rasa bosan atau mendapatkan hiburan. Sesungguhnya remaja perlu
diingatkan bahawa masa yang diibaratkan emas itu tidak akan berundur walaupun sedetik. Ibu bapa memainkan peranan
yang amat penting bagi memastikan setiap detik masa yang dilalui oleh anak-anak mereka diisi dengan perkara yang
bermanfaat.

Golongan remaja pada abad ke-21 juga berdepan dengan cabaran pergaulan bebas. Masalah pergaulan bebas telah
lama dibincangkan dan menjadi salah satu isu sosial yang kian menanah di bumi Jalur Gemilang yang tercinta ini. Pelbagai
pihak di setiap lapisan masyarakat memandang isu ini sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara holistik kerana
remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara pada masa akan datang.Perasaan ingin berpasangan semakin
memuncak ketika berada di alam remaja. Sekiranya perasaan ini tidak dikawal atau dibendung sudah tentu hal ini akan
membawa kepada permasalahan sosial dalam kalangan masyarakat. Isu terkini benarkah remaja abad ke-21 ini banyak
terlibat dalam aktiviti seks bebas? Mereka bercinta dan melakukan hubungan seks serentak demi cinta sejati. Hasilnya,
lahirlah anak luar nikah, pembuangan bayi dan sebagainya. Bercinta tidak pernah dianggap sebagai satu kesalahan malahan
orang yang tidak percaya akan cinta kepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan golongan manusia yang rugi. Islam

73
Contoh Karangan SPM BM

sendiri menggalakkan umatnya saling mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina, bangsa dan agama.Oleh itu,
remaja perlu bijak semasa berkawan atau bercinta dengan cara yang telah digariskan oleh agama dalam menongkah arus
kehidupan yang kian mencabar. Remaja perlu berani berkata “tidak” kepada rakan atau pasangannya apabila tindakan dan
perbuatan rakan mereka itu boleh menjerumuskan mereka ke lembah yang hina.

Jika ditinjau dari aspek yang lain pula, remaja abad ke-21 juga berhadapan dengan cabaran ledakan kebendaan
atau materialistik. Memang tidak dinafikan bahawa kebendaan merupakan keperluan bagi manusia. Namun, berlebih-
lebihan dalam mengumpul harta benda sehingga menjadi materialistik boleh membawa akibat yang tidak sihat dalam
masyarakat. Misalnya, kehidupan sosial dalam masyarakat akan terpisah kepad dua golongan apabila salah satu golongan
menganggap pemilikan material sebagai nilai yang tinggi dan mengatasi segala-galanya dalam kehidupan. Persoalannya,
mengapakan remaja kini begitu mementingkan materialisme berbanding hal-hal lain? Salah satu sebab yang menjadi punca
kepada permasalahan ini adalah kerana remaja telah dimomokkan dengan cara berbelanja, corak kehidupan, memilih kerja
dan membina impian mereka. Segala perjalanan hidup mereka dipenuhi dengan nilai-nilai kebendaan semata-mata sehingga
mereka berpegang kepada falsafah guna segala sumber alam yang ada dan jangan fikirkan apa yang perlu ditinggalkan untuk
generasi yang akan datang. Oleh hal yang demikian, remaja perlu mengawal hawa nafsu mereka daripada bersikap
materialistik yang mengaburi mata seseorang untuk bersifat lebih mengasihi dan menyayangi sesama makhluk.

Remaja abad ke-21 tidak dapat lari daripada berhadapan cabaran untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Alam
pekerjaan merupakan destinasi yang terakhir kepada kebanyakan pelajar yang telah menamatkan pengajian sama ada di
peringkat sijil, diploma mahupun peringkat ijazah. Mereka mula mencongak-congak untuk mencari peluang pekerjaan yang
bakal diceburi. Walau bagaimanapun, dalam persaingan untuk memasuki pasaran pekerjaan, kelulusan akademik sahaja
belum tentu menjanjikan seseorang itu menjawat jawatan yang diimpikan. Sebaliknya, individu yang memiliki pelbagai
kemahiran di samping akademik yang baik sudah pasti dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh majikan. Satu perkara
yang tidak boleh dikesampingkan ialah remaja juga perlu bersaing dengan buruh asing yang kian membanjiri bumi bertuah
ini. Buruh asing yang mencari rezeki di negara kita tidak boleh dipandang remeh. Walaupun hanya sebagai buruh kasar atau
operator kilang, mereka mempunyai pelbagai kelulusan yang standing dengan lepasan graduan tempatan. Berbekalkan sikap
rajin dan ingin membela nasib keluarga yang ditinggalkan jauh di tanah air, mereka sanggup melakukan apa-apa pekerjaan
yang ada walaupun gaji yang ditawarkan itu tidak setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan. Jelaslah bahawa remaja wajar
memperlengkap diri mereka dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan sebelum melamar sebarang pekerjaan di samping
membuka minda mereka supaya tidak memilih pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka.

Perbincangan tentang mauduk cabaran remaja telah meniti puncaknya. Sebagai kesimpulan, remaja merupakan
aset negara yang amat penting dan bakal memimpin negara pada masa hadapan. Oleh itu, perubahan tingkah laku dan
pemikiran ke arah yang positif amat penting dalam memberi hala tuju yang betul dan baik dalam kehidupan mereka. Selaras
dengan perkembangan dunia moden hari ini, banyak cabaran telah memberi implikasi dalam hidup mereka termasuklah
aspek sosiologi dan psikologi. Keadaan ini memberi impak secara menyeluruh dalam hidup remaja. Kerjasama semua pihak
terutama ibu bapa amat diperlukan dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh remaja abad ke-21. Kegagalan untuk
menghadapi polemik ini secara rasional dan efektif akan menjadikan masyarakat kita pada masa hadapan sebagai
masyarakat yang lemah dan tidak mampu bersaing dalam arus persada globalisasi kini.

74
Contoh Karangan SPM BM

Karangan 41
Kebaikan Amalan Rumah Terbuka

Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah untuk sambutan perayaan di negara ini termasuk Hari Raya Aidilfitri,
Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas. Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga pelbagai
lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang amat sinonim dalam kehidupan mereka sejak turun-temurun.
Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan bahawa sebanyak enam perayaan kaum dianggap sebagai perayaan
utama negara yang diraikan pada peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Menyedari
kesungguhan kerajaan untuk menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional, persoalan yang sering berlegar-legar di
gawang minda kita ialah apakah kepentingan-kepentingan amalan rumah terbuka?

Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan kemaslahatan terutamanya dalam
mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat
memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
bangsa. Selain itu, amalan rumah terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai perpaduan yang
harus wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Amalan ini juga dilihat sebagai salah satu
pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti
politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Keadaan ini persis peribahasa buang yang keruh, ambil yang jernih. Jadi,
setiap kaum seperti Melayu, India, Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa
sebarang kekangan yang perlu dibimbangi. Kesannya, perasaan muhibah antara satu sama lain dapat mewujudkan
kehidupan yang lebih harmoni. Tegasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat dihidupkan melalui amalan rumah terbuka.

Dari perspektif yang lain , amalan rumah terbuka dapat membantu rakyat Malaysia memahami budaya kaum lain.
Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan agama. Amalan
ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain selain didedahkan kepada adat resam dan pantang
larang rakan-rakan mereka sendiri. Maklumlah tak kenal, maka tak cinta. Sebagai contoh, orang-orang India, Cina, Iban dan
Kadazan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Hal ini
dapat membantu mereka mempelajari budaya kaum lain, malah budaya sihat ini juga dapat diwujudkan dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum di negara kita. Secara tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi
sekarang. Tuntasnya, budaya dan adat resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan murni ini.

Dari kaca mata yang berbeza, penganjuran rumah terbuka juga merupakan daya tarikan kepada pelancong asing yang
melancong di negara kita. Mereka bukan sahaja datang ke Malaysia untuk melancong dan menikmati keindahan negara
tetapi mereka juga dapat mengalami dan menghayati sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa
menyambut perayaan kaum masing-masing. Keadaan ini bertepatan dengan kata mutiara jauh perjalanan, luas
pemandangan. Dalam konteks ini, kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama
kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia semasa Hari Raya Aidilfitri,
Tahun Baru Cina, Pesta Keamatan, Hari Gawai, Deepavali dan Krismas. Pengalaman pelancong asing meraikan perayaan-
perayaan yang terdapat di Malaysia akan menjadikan nama Malaysia sentiasa meniti dari bibir ke bibir mereka sekembalinya
mereka ke negara asal mereka dan sekali gus dapat merancakkan industri pelancongan negara. Izharnya, konsep rumah
terbuka dapat memberikan persembahan yang harmonis di mata pelancong asing kerana rakyat Malaysia yang berbilang
kaum dapat hidup di bawah payung keharmonian.

Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam hubungan kekeluargaan. Hal ini
dikatakan demikian kerana simboliknya amalan rumah terbuka merupakan medan pertemuan yang paling sesuai untuk
memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem
kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudar. Tanpa konsep rumah
terbuka, hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan lesap dalam
kehidupan generasi akan datang yang semakin tidak mengenali sanak-saudara mereka. Semasa menghadiri rumah terbuka,
mereka akan beramah mesra dan dapat melepaskan kerinduan di samping mendapat perkembangan terkini antara satu
sama lain. Yang muda pula dapat mengenali mereka yang tua dengan lebih dekat dalam pertemuan ahli keluarga ini. Situasi

75
Contoh Karangan SPM BM

ini dapat mencerminkan yang tua dihormati, yang muda disayangi. Ringkasnya, hubungan kekeluargaan dapat diperkukuh
dan serinya tidak akan hilang jika amalan rumah terbuka dibudayakan.

Tempias daripada amalan rumah terbuka ini menyebabkan suburnya hubungan silaturahim dalam masyarakat.
Kesibukan bekerja dan mencari nafkah menyebabkan rapuhnya institusi kejiranan yang dahulunya kukuh. Namun ikatan
hubungan ini dapat kembali disuburkan melalui amalan rumah terbuka. Rumah terbuka menyediakan ruang serta peluang
bagi masyarakat untuk mengenali jiran tetangga. Ghalibnya, masyarakat setempat akan dijemput menghadiri rumah terbuka
yang dianjurkan oleh pihak tertentu. Jiran tetangga yang sebelumnya tidak dikenali atau jarang bertemu dapat berkumpul
dan berbual-bual bagi mengukuhkan hubungan yang renggang. Segala salah faham dapat diredakan melalui pertemuan
serta perbincangan semasa amalan rumah terbuka. Menurut Saidina Abu Bakar, ‘Hiduplah seperti pohon kayu lebat
buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu, tetapi dibalasnya dengan buah’. Malahan, hubungan antara
pemimpin dan rakyat juga menjadi lebih erat apabila mereka menganjurkan majlis rumah terbuka seperti yang dilakukan
oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak setiap tahun. Jelaslah bahawa amalan
rumah terbuka mampu mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota masyarakat.

Selain itu, amalan rumah terbuka juga merupakan metodologi lain bagi melihat serta merasai kepelbagaian masakan.
Rumah terbuka yang dianjurkan di negara kita telah memberikan kelebihan kepada masyarakat peribuminya. Setiap
perayaan mempunyai corak atau cara sambutan yang berbeza-beza, maka heterogen adat dan tradisi mula diketengahkan
menyebabkan masyarakat kini mampu mengenalinya secara dekat. Keunikan adat dan tradisi yang diamalkan telah menjadi
faktor penarik bagi masyarakat lain untuk mula menyesuaikan diri serta merasai kepelbagaian juadah yang disajikan. Sebagai
contoh, rumah terbuka bagi masyarakat Iban biasanya menyajikan sagu, manakala masyarakat India pula mementingkan
manisan. Tetamu yang menghadirinya pasti teruja apabila mereka dapat merasai juadah yang berbeza dan pelbagai, justeru
tradisi dapat terus dipertahankan, bak kata aforisme Melayu, biar mati anak, jangan mati adat. Berakar umbi daripada
amalan inilah masyaralat dapat melihat serta merasai kepelbagaian aneka masakan daripada latar masyarakat yang berbeza.
Hal ini menyebabkan tradisi bangsa terus kukuh.

Pada kaca mata berbeza, pendapatan negara semakin meningkat apabila industri pelancongan di negara kita
semakin maju. Pelancong asing akan bertandang ke negara kita kerana mereka teruja akan cara-cara masyarakat majmuk
menyambut rumah terbuka. Jabatan Perangkaaan Negara juga menjelaskan bahawa hasil terimaan pelancong meningkat
sebanyak 3.1 peratus pada tahun 2011 dan dijangka akan terus meningkat saban tahun. Rumah terbuka dapat menjadi salah
satu platform dalam meningkatkan industri pelancongan Malaysia. Selain itu, sikap toleransi dan persefahaman multi etnik
yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sudah menjadi salah satu daya tarikan yang kuat dalam kalangan pelancong asing
kerana konsep yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing telah lama sebati dan menjadi pegangan utuh masyarakat
kita. Pelancong juga sudah tentu teringin melihat kebudayaan yang sebelum ini belum pernah dilihat. Hal ini disebabkan
segala kebudayaan yang unik ini dipersembahkan dalam bentuk yang asli. Tuan rumah dan tetamu yang hadir mengenakan
pakaian tradisi masing-masing. Juadah yang dihidangkan juga mengutamakan hidangan tradisi, maka masyarakat Malaysia
mahupun masyarakat antarabangsa dapat menyelami budaya semua kaum di negara ini dengan lebih dekat. Hasilnya,
kesemua keunikan ini telah menjadi magnet tarikan kepada pelancong.

Malahan, amalan ini juga dilihat telah menyumbang kepada pembentukan identiti Malaysia melalui budaya bangsa
nasional. Sebenarnya, rumah terbuka berlandaskan konsep seruan beragama dan adat budaya kaum masing-masing. Namun
demikian, perayaan masing-masing telah diasimilasikan sehingga melahirkan budaya bangsa secara nasional. Senario ini
bermakna perayaan negara kita telah berkonsep ala- Malaysia. Pertembungan budaya antara dua atau lebih budaya
sebenarnya membawa kepentingan kepada semua pihak. Tamsilnya, masyarakat Cina tidak menyediakan hidangan yang
tidak boleh dijamah oleh masyarakat Melayu dan begitu juga dengan masyarakat India. Pertembungan budaya ini
sebenarnya bertujuan menjaga perasaan sahabat handai. Hal ini disebabkan penghormatan itu merupakan asas
keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan hidup. Keindahan, keunikan dan kehalusan budaya ini akan menyebabkan
generasi baru berasa banggsa dengan warisan yang dimiliki selagi adat ini tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.
Kebudayaan kebangsaan Malaysia akan diwujudkan dan kebudayaan ini akan menjadi identiti rakyat Malaysia.

Setelah menghalusi hujah-hujah di atas, bayang kian jelas bahawa amalan rumah terbuka memang banyak membawa
manfaat kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua

76
Contoh Karangan SPM BM

pihak. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, kemungkinan amalan ini akan mendatangkan keburukan atau
sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi seperti rumah sudah siap pahat berbunyi apabila
menganjurkan rumah terbuka. Jika amalan murni ini dibudayakan, sudah pasti hasrat negara untuk mencapai Gagasan
1Malaysia akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil
dalam peta dunia, namun usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan teladan
kepada negara-negara di dunia.

Karangan 42
Karangan berfokus masyarakat.

Kaum wanita di negara ini wajar diberikan peluang yang sama rata dengan kaum lelaki untuk menceburi diri dalam pelbagai
bidang.
Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.

“Mampukah wanita menggalas tugas kaum lelaki?” “ Kaum wanita hanya sesuai di dapur, mengemas rumah dan
menjaga anak” “ Bolehkah wanita menjadi seorang pemimpin?” Persoalan sebegini kerap diperbual dan kerap menjadi
perbincangan dalam kalangan masyarakat terutama dalam kalangan kaum adam yang sering memandang rendah akan
kemampuan kaum hawa. Namun, tohmahan dan pandangan kaum adam akan terhakis apabila nama-nama tokoh wanita
sudah membarisi nama-nama hebat dengan kejayaan mereka dalam pelbagai bidang dan sekaligus membuktikan mereka
mampu menyamai dan ada yang mengatasi kaum lelaki. Hal ini terbukti terbukti sejak dari dahulu lagi. Mana tidaknya,
semenjak zaman Rasulullah sendiri nama wanita seperti Saiditina Aisyah, Ummi Salamah, Fatimah dan Zainab Al Ghazali
memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan Islam. Begitu wanita di Malaysia yang Berjaya dalam bidang mereka
seperti Dr. Zeti Akhtar Aziz wanita pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia, Aireen Omar wanita pertama
yang mengepalai syarikat Penerbangan Air-Asia, Datuk Dr. Maznah Hamid bekerjaya dan memiliki syarikat sekuriti dan
hartanah, Kadijah Abdullah Ketua Eksekutif Insuran Malaysia dan pelbagai lagi nama wanita berjaya di Malaysia, sudah pasti
menutup pandangan serong golongan adam akan kebolehan kaum hawa. Benarlah kata pepatah, tangan yang menghayun
buaian mampu mengoncang dunia. Tegasnya, wanita wajar diberi peluang yang sama rata dengan kaum lelaki untuk
menceburi pelbagai bidang asalkan peranan mereka tidak bertentangan dengan agama.

Mari kita lebarkan lensa skop perbincangan berdasarkan minda pelajar kelas pertama dengan kata kunci golongan
wanita mampu menerajui bidang kewangan negara. Nama yang tidak asing dalam bidang kewangan berkenaan ialah Dr. Zeti
Akhtar Aziz iaitu anak kepada pasangan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dan Sharifah Azah Alsagof
merupakan Tokoh Budayawan Negara. Dr. Zeti Akhtar Aziz merupakan wanita Malaysia pertama dilantik sebagai Gabenor
Bank Negara Malaysia setelah menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam Jurusan Kewangan
dan Ekonomi Antarabangsa Universiti Pennyslvania pada tahun 1978. Atas sumbangan dan kejayaannya dalam mentadbir
kewangan negara, beliau telah terpilih sebagai Ahli Perbankan Pusat Terbaik di dunia oleh Majalah Global Finance. Beliau
menerima anugerah berprestij tersebut bersama-sama tokoh kewangan dunia seperti Gabenor Bank Australia, Gabenor
Bank Israel, dan tokoh kewangan dari Filipina dan Taiwan. Selain Dr. Zeti Akhtar, nama wanita berjaya dalam bidang
ekonomi seperti nama yang disebut di bahagian pengenalan iaitu Aireen Omar, Datuk Maznah, begitu juga Pengurus
Syarikat Faiza Sdn. Bhd. iaitu Faiza Bawurni Sayed Ahmad terkenan dengan pengedar beras basmathi. Justeru, terbukti
bahawa golongan wanita mampu untuk mentadbir kewangan dan ekonomi negara, malah jauh mengatasi kebolehan
golongan lelaki apabila Dr. Zeti Akhtar telah diiktiraf sebagai antara Ketua Bank Negara yang terbaik di dunia.

Seterusnya, mari kita selongkar kehebatan kaum hawa dalam bidang sukan agar sikap dan prasangka kebolehan wanita
tidak dipertikai sebagai kaum yang lemah malah boleh berjaya seperti peserta sukan lelaki. Kaum wanita juga mampu untuk
berjaya seperti kaum lelaki dalam acara sukan sekiranya diberi ruang dan peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka.
Kejayaan mereka bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah ada yang berjaya di peringkat global apabila mampu
menunduk pencabar dunia. Justeru, nama-nama seperti peserta sukan wanita berjaya dalam karear mereka di peringkat
antarabangsa seperti Dato' Nicol Ann David dan Pandela Rinong berjaya dalam acara sukan yang mereka tandingi di
peringkat dunia iaitu dalam acara skuasy dan acara terjun. Dalam acara skuasy, Ratu Skuasy Negara sering memberi kejutan
demi kejutan apabila berjaya meneruskan gelaran sebagai pemain skuasy pertama dunia apabila muncul sebagai johan
dalam pelbagai kejohanan skuasy di peringkat dunia. Kejayaan Pandela Rionong mendapat pingat gangsa dalam acara

77
Contoh Karangan SPM BM

terjunan di Sukan Olimpik London pada tahun 2013 amat membanggakan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, beliau merupakan
peserta sukan pertama negara yang berjaya mencapai kejayaan gemilang seperti itu di peringkat Sukan Olimpik. Tegasnya,
kaum hawa juga mampu menggegarkan dunia apabila diberi ruang untuk menyertainya.

Jika kita sorot lensa perbincangan kepada penglibatan golongan wanita dalam aktiviti ekstrim atas dasar untuk
menyenaraikan nama wanita Malaysia sebaris dengan kejayaan wanita negara luar. Sebagai warganegara Malaysia, kita
amat berbangga dengan semangat patriotik golongan hawa yang sanggup menggadai nyawa untuk memartabatkan nama
negara kita sebaris dengan negara maju yang lain agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara
yang lain. Nama kaum hawa yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul
Kadir, pensyarah Psikologi Sukan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau telah
mengambil risiko untuk menjelajah kawasan paling sejuk di dunia iaitu untuk menjelajahi Kutub Utara walaupun beliau sedar
kemungkinan nyawa beliau boleh melayang dalam menjayakan usaha menjelajahi kutub berkenaan secara solo. Oleh sebab
semangatnya yang membara untuk berjaya menakluk Kutub Utara akahirnya usahanya berjaya melaksanakan ekspedisinya
pada 17 April 2007, sekali gus menjadikannya sebagai wanita Asia pertama berjaya menjelajah kedua-dua Kutub Utara dan
Kutub Selatan. Semangat dan keazaman penuh membara yang ditunjukkan oleh mereka ini seharusnya dijadikan iltizam
buat generasi masa hadapan untuk terus mengorak langkah merintis kecemerlangan. Tegasnya, kaum wanita juga mampu
untuk berjaya sekiranya mempunyai semangat patriotisme, di samping kecekalan hati dalam menghadapi cabaran
mengharungi kawasan paling sejuk dan paling mencabar di dunia.

Seterusnya, mari kita terus menyelongkar kehebatan wanita Malaysia menggunakan minda pelajar kelas pertama
dengan memperkatakan kehebatan kaum hawa dengan kata kunci mereka juga boleh berjaya dalam bidang politik terutama
membantu barisan kabinet menerajui kepimpinan negara. Kini terdapat ramai wanita yang menyandang jawatan menteri,
senator, ahli parlimen, ahli EXCO, ADUN dan sebagainya. Kita berbangga dengan ahli-ahli politik wanita seperti Datuk Seri
Rafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mantan Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang berusaha gigih menjaga hak dan kepentingan wanita. Berdasarkan
senarai anggota kabinet Malaysia 2013, Datuk Rohani Abdul Karim merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat mengganti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Tidak lupa juga jasa mantan Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani
yang telah banyak berjasa kepada negara dan pertama di Malaysia yang dilantik ke jawatan senator pada tahun 1963 dan
merupakan wakil wanita pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada
tahun 1973, beliau dilantik menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dan memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1984.
Oleh sebab itu, jasa mereka terhadap masyarakat amat dikagumi terutama dalam menentukan kebajikan golongan wanita
agar sentiasa terbela terutama golongan ibu tunggal. Tuntasnya, kaum wanita juga memainkan peranan membantu barisan
kabinet negara menerajui kepimpinan negara Malaysia.

Setelah kita membincangkan jasa pemimpin wanita membela kaum wanita dan membantu barisan kabinet mentadbir
negara dalam bidang politik, mari kita menelesuri pula peranan wanita dalam dalam membantu kebajikan masyarakat
peringkat antarabangsa. Bukan senang untuk mencari seorang budiman seperti Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang sanggup
meninggalkan kesenangan dan kemewahan demi untuk membantu orang lain. Beliau merupakan pengerusi dan pengasas
MERCY Malaysia ataupun 'Malaysian Medical Relief Society' iaitu pertubuhan bantuan perubatan sukarela yang ditubuhkan
di Malaysia pada tahun 1999 berikutan perang di Kosovo. Beliau sendiri selalu mengetuai misi membantu penduduk di
negara-negara yang menghadapi bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan juga di wilayah yang bergolak akibat
perang. Baginya apa yang dilakukannya itu adalah lebih berharga daripada apa yang boleh dibeli oleh wang ringgit. Dr.
Jemilah merupakan salah seorang daripada 16 yang lain dipilih oleh Setiausah Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB), General Ban Ki-moon sebagai kumpulan penasihat Pusat Tindakan Tabung Kecemasan PBB (CERF). Begitulah jasa
seorang wanita dan atas jasanya tersebut pelbagai penghargaan telah diterimanya seperti anugerah Dato’ Paduka Mahkota
Perak (DPMP) oleh Yang Teramat Mulia Sultan Azlan Shah pada tahun 2002 dan Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Duli Yang
Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2003.Pada 6 Jun 2009, beliau dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (PSM)
oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Tan Sri.
Beliau juga telah menerima Anugerah Keamanan Wanita yang Pertama di Asia Timur (Kategori Perkhidmatan Kemanusiaan)
di Manila. Anugerah yang berprestij itu juga pernah dianugerahkan kepada Presiden Filipina Corazon Aquino dan Aung San
Suu Kyi dari Manila. Justeru, insan bergelar kaum hawa memang hebat kerana jasa mereka sentiasa disanjung tinggi dunia
atas jasa mereka tidak pernah kenal sempadan.

78
Contoh Karangan SPM BM

Akhir kalam, jasa dan peranan wanita memang telah diiktiraf semenjak zaman Rasulullah lagi dan seterusnya nama-nama
wanita Malasyia juga tidak kurang hebatnya. Mereka sentiasa mewarnai senario di tanah tumpah darah mereka dalam
pelbagai bidang , sama ada di bidang politik, sukan, ekonomi, berusaha memartabatkan nama negara di mata dunia,
membantu kepimpinan negara dan membantu masyarakat tanpa mengenal sempadan dunia. Sebagai warganegara
Malaysia kita harus berbangga dengan sumbangan kaum hawa ini kerana keberadaan mereka membantu kaum adam untuk
memantapkan segala kekurangan yang ada pada mereka. Oleh sebab itu, kaum wanita memang perlu diberi ruang untuk
menceburi pelbagai bidang kerana kepakaran mereka bukan racun yang mampu membunuh kaum adam malah boleh
diibaratkan ubat yang mampu menyembuhkan penyakit kaum adam. Allah berfirman bahawa kaum adam dijadikan untuk
berpasangan dengan kaum hawa. Justeru, prasangka buruk dalam kalangan kaum adam terhadap kaum hawa perlu
dihapuskan agar sikap bekerjasama akan wujud demi membina sebuah negara merdeka dan perkasa dalam pelbagai bidang
agar mampu untuk menyinar di mata dunia.

Karangan 43
Masyarakat pada zaman alaf milenium ini amat mudah untuk mendapat maklumat melalui internet. Berdasarkan
pernyataan berkenaan huraikan kebaikan internet dalam kalangan masyarakat kini.

Saban hari penggunaan internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara kita. Tahukan anda bahawa
penggunaan internet di negara kita ibarat cendawan tumbuh selepas hujan kerana pertambahan penggunaannya amat
ketara sama ada di kawasan bandar mahu pun di kawasan luar bandar. Penggunaan internet juga bertambah dalam
kalangan rakyat di negara kita disebabkan wujudnya rangkaian jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, My Space dan
Tagged dalam internet yang semakin meluas. Bahkan, negara kita tersenarai dalam sepuluh negara yang paling banyak
menggunakan jaringan sosial iaitu Facebook. Sedar atau tidak, penggunaan internet juga telah sampai di segenap desa
apatah lagi selepas wujudnya teknologi ‘3G’ dan "4G". Apa yang pasti, kajian telah menunjukkan bahawa satu daripada
sepuluh buah rumah di negara kita menggunakan kemudahan internet untuk pelbagai tujuan. Jadi, sudah terang lagi
bersuluh bahawa pelbagai manfaat dapat diperoleh daripada kemudahan penggunaan internet dalam kalangan masyarakat
sekaligus mengubah ajakan paradigma masyarakat dalam era teknologi maklumat kini kerana maklumat berada di hujung
jari.

Mari kita melebarkan lensa perbincangan dengan mengupas kebaikan penggunaan internet dalam kalangan masyarakat
kini. Pertama kita gunakan minda pelajar kelas pertama dalam memperinci tajuk perbincangan pertama dengan kata kunci
internet bermanfaat untuk mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat. Hal ini kerana dalam era
globalisasi ini segala maklumat sama ada formal atau tidak formal telah dimuat naik dalam rangkaian internet oleh pelbagai
pihak dengan cepat sehingga mengalahkan media cetak seperti surat khabar. Dalam soal ini, pengguna hanya perlu menaip
sahaja maklumat yang dikehendaki dalam carian enjin google atau yahoo dan segala maklumat yang diperlukan akan tertera
di skrin komputer. Malah, setiap maklumat yang kita perlu dapat kita peroleh menggunakan pelbagai sumber yang boleh
dipercayai keesahannya. Sebagai contoh, jika kita ingin mencari maklumat berkenaan berita terkini di akhbar, kita akan
memperoleh banyak maklumat kerana hampir semua akhbar telah dibuka atas talian seperti Utusan Malaysia Online, Berita
Harian Online, Malaysia Kini dan News Strait Times. Malahan, pelajar juga boleh mendapat maklumat mengenai berita
terkini berlaku di dunia kerana dengan internet kerana dunia ibarat tanpa sempadan. Perkara ini secara tidak langsung
memudahkan kita mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dan kita juga akan memperoleh berita terbaru kerana
dalam media mungkin berita berkenaan masih belum disiarkan. Contohnya, kita akan mengetahui peristiwa seperti
bencana tsunami yang pernah berlaku di Acheh dan Jepun, serangan Israel ke atas negara kecil iaitu di Palestin. Justeru,
pada zaman milineum ini bergantung kepada seseorang pelajar untuk mencari maklumat dan sekiranya mereka malas
berbuat demikian mereka boleh diibarat seperti katak di bawah tempurung. Oleh itu, kita dapat membuat kesimpulan
bahawa mencari maklumat akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan kemudahan internet.

Seterusnya mari kita memperinci perbincangan selanjutnya dengan kata kunci penggunaan jalur lebar dapat
menyelesaikan pelbagai urusan seharian seperti membayar bil dan urusan perbankan Kini, kehidupan masyarakat kita
terutama mereka yang tinggal di bandar sangat sibuk dek tekanan tempat kerja dan kesesakan lalu lintas sebelum serta
selepas pulang dari pejabat. Jadi, kesuntukan masa yang dialami ini amat menyusahkan apabila mereka hendak
menguruskan hal-hal berkaitan rumah tangga dan pembayaran pelbagai bil. Oleh sebab itu, masyarakat di bandar sering

79
Contoh Karangan SPM BM

mengalami tekanan kehidupan atau stress yang membelenggu kehidupan mereka seharian. Justeru, masyarakat milenium
mereka perlu sedar akan kemudahan yang telah disediakan oleh pelbagai agensi sama ada agensi kerajaan mahupun swasta
dalam meringankan bebanan dan masa. Bak kata pepatah, masa itu emas, sekiranya kita tidak memotongnya masa akan
memotong kita. Oelh sebab itu satu cara untuk menyelesaikan masal pembayaran bil dalam kehidupan seharian adalah
dengan penggunaan internet. Justeru, pembayaran bil dan urusan perbankan boleh dilakukan pada bila-bila masa sama ada
sambil minum kopi dan berbual bersama-sama ahli keluarga di rumah, atau dipejabat. Perkara ini dapat dibuktikan apabila
banyak bank seperti Maybank, CIMB Bank, Agro Bank dan RHB Bank menyediakan perniagaan secara ‘online’ di internet
kepada para pelanggan untuk memindahkan wang ke dalam akaun lain dan menyimpan wang secara ‘online’, begitu juga
dengan pembayaran bil kad kredit. Pembayaran bil elektrik, bil air dan bil telefon juga dapat dibayar dengan penggunaan
internet di rumah melalui laman web kerajaan iaitu myeg.com. Pendek kata, kita dapat menguruskan pembayaran bil dan
urusan perbankan di rumah melalui internet sekaligus menjimatkan masa kita.

Di samping itu, manfaat penggunaan internet di rumah dapat memudahkan kita berkomunikasi di antara jarak jauh
dan dekat malah merentasi lautan seantero dunia. Hal ini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di internet
untuk tujuan komunikasi. Malah, syarikat gergasi telekomunikasi berlumba-lumba membuka laman web mereka untuk
memudahkan pengguna berkomunikasi di internet. Berkomunikasi di internet bukan sahaja melibatkan suara orang yang
dihubungi malah kita dapat bersua muka dan melihat wajah kenalan atau individu yang baru kita kenali dengan hanya duduk
di kerusi dan mengadap komputer serta tangan bermain dengan tetikus melalui beberapa klik. Perkara ini amat memberi
kebaikan kepada ahli keluarga yang jauh meninggalkan keluarga untuk bekerja dan belajar di luar negara seperti di Asia
Barat dan Eropah. Oleh sebab itu dengan penggunaan internet hubungan ahli keluarga yang jauh dapat dipererat dengan
menggunakan internet. Mereka hanya perlu mengakses aplikasi ‘yahoo mesengger’ untuk berkomunikasi bagi melihat wajah
dan mendengar suara ahli keluarga yang jauh bagi melepaskan kerinduan. Tambahan pula, gajet telefon sekarang seperti
ipad dan telefon pintar lain boleh diaplikasi sebagai akses kemudahan internet dan ini mempermudah komunikasi antara
masyarakat berlaku dengan mudah. Tuntasnya, penggunaan internet amat bermanfaat dalam kalangan masyarakat untuk
mereka berkomunikasi jarak jauh.

Negara kita sedang mengorak langkah untuk menjadi negara maju, justeru Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa
meningkatkan mutu pendidikan negara dengan dengan memperkenal pelbagai kemudahan seperti Sistem Aplikasi
Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang memudahkan ibu bapa melihat keputusan anak mereka diinternet sama ada untuk
mengetahui keputusan ujian bulanan dan peperiksaan. Melalui capaian internet ini ibu bapa akan mudah mendapat
keputusan peperiksaan anak secara cepat dan berkesan. Seterusnya, ibu bapa boleh membuat langkah susulan bertemu
dengan para pendidik di sekolah untuk mengetahui keputusan anak mereka dengan lebuh lanjut. Selain itu program
pengajaran dan pembelajaran secara maya sedang diaplikasi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan memudahkan
guru dan pelajar untuk berinteraksi melaui capaian internet. Sistem berkenaan yang dikenali sebagai Frog Vle merupakan
satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep
pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak
tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh
berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan
notis sekolah melalui Internet. Justeru, pembelajaran kini boleh berlaku di mana-mana sahaja dan sudah pasti pembelajaran
secara berterusan akan memantapkan lagi prestasi pelajaran dan anak-anak akan lebih tertarik belajar secara interaktif.
Malahan ibu bapa juga mampu mengetahui prestasi pembelajaran anak mereka sebagai sokongan Sistem Aplikasi
Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang diguna pakai sekarang. Tegasnya, Kementerian Pelajaran Malaysia kini berusaha membuat
Transformasi Pendidikan Negara ke araf pendidikan bertaraf dunia agar pendidikan negara kita boleh duduk sama rendah
berdiri sama tinggi dengan pendidikan negara maju di dunia.

Akhirnya, sebagai pelajar berminda kelas pertama saya ingin menggunakan kata kunci bahan-bahan bloger di internet
yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dalam mata pelajaran mampu memperkasakan kemahiran pelajar dalam mata
pelajaran terutama pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam. Hal ini terbukti apabila guru-guru yang
bertanggungjawab, berdedikasi berusaha untuk membantu pelajar menguasai kemahiran pelajar dalam mata pelajaran
berkenaan. Bukan itu sahaja, guru-guru berkenaan juga membuka ruang kepada pelajar untuk berinterksi di lamam web
seperti bmspmet, mohdramsul.blogspot, mohdrazak.bogspot, dan sebagainya dengan aplikasi chatrool, face book, dan

80
Contoh Karangan SPM BM

pelbagai aplikasi lain agar pelajar boleh sentiasa berhubung, sama ada untuk bertanya hal berkaitan kemahiran yang sukar
pelajar kuasai. Malangnya, pelajar tidak mengambil kesempatan untuk menggunakan kemudahan yang ada untuk tujuan
penguasaan terhadap kemahiran berkenaan. Tambahan pula, guru-guru pakar berkenaan tidak mengenakan bayaran
kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam penguasaan kemhiran tatabahasa, komsas, dan penulisan
karangan. Usaha tangga kejayaan, setiap usaha akan ada balasannya, begiutlah ungkapan pepatah Melayu yang membawa
maksud sekiranya pelajar berusaha apa sahaja yang mereka usahakan, akhirnya mereka akan menerima hasilnya. Justeru,
terbukti internet banyak memberikan kebaikan kepada peajar terutamapelajar yang bijak menggunakan aplikasi ini untuk
tujuan meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran.

Kesimpulannya, penggunaan internet mendatangkan pelbagai manfaat berguna kepada masyarakat. Oleh itu,
masyarakat di negara kita perlu memanfaatkan penggunaan internet kerana melalui penggunaan internet segala maklumat
berada di hujung jari anda. Apa yang pasti, internet mampu memberikan seribu satu macam kemudahan kepada pengguna
jika digunakan sebaiknya. Dalam era serba moden ini, penggunaan internet seakan tidak dapat dipisahkan lagi dengan
kemajuan negara sekarang. Jadi, pihak kerajaan perlu mendidik masyarakat menggunakan internet bagi melahirkan generasi
celik IT sekaligus setanding dengan masyarakat negara maju lain seperti Jepun demi mencapai wawasan 2020. Selain itu, ibu
bapa juga tidak ketinggalan perlu mendidik anak-anak mempelajari internet di rumah kerana melentur buluh biarlah
daripada rebungnya. Akhirul kalam, tidak dapat dinafikan bahawa kemudahan internet di rumah memberi pelbagai faedah
kepada kita.

Karangan 44
Soalan berfokus diri
Belakangan ini, isu kenakalan remaja hangat diperkatakan dan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan
datang.
Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji.

Gunakanlah masa yang ada


Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Sebahagian daripada lirik lagu ‘Remaja’ persembahan kumpulan nasyid Unic saya petik untuk menggambarkan
kemaslahatan peranan remaja pada masa ini. Lagu yang menyuntik semanagat ini menyeru para remaja agar menggunakan
masa dengan sebaiknya dan mempunyai azam yang kuat demi memajukan diri masing-masing . Melalui usaha yang gigih
dan tabah tanpa mengenal jemu dalam bidang yang diceburi serta memiliki sahsiah yang terpuji , remaja akan menjadi
warga yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan nusa. Hal ini demikian kerana menurut Menteri Belia dan Sukan,
Dato’ Ahmad Shabery Cheek, belakangan ini, remaja begitu terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi
pengaruh media massa, pengaruh atau desakan daripada rakan sebaya serta ibu bapa dan masyarakat ataupun konflik
pergolakan antarabangsa yang semakin hari semakin mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh negara.
Pergolakan antarabangsa yang berlaku sedikit sebanyak mempengaruhi akidah remaja kita. Remaja yang rata-ratanya
mempunyai semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta perlakuan untuk mencuba sedaya upaya sehingga berjaya
bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang
benar baik melalui diri sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat mahupun kerajaan memandangkan remajalah yang bakal
memegang tampuk pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah negara yang unggul dan terbilang.
Negara memerlukan remaja yang mempunyai nilai mandiri dan jati diri yang utuh di samping berdaya saing serta berfikiran
kreatif dan inovatif. Namun demikian, amatlah malang kepada negara kita jika remaja yang diharap-harapkan akan sentiasa

81
Contoh Karangan SPM BM

mendukung panji ‘Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara’ kini dikaitkan dengan isu kenakalan. Perbuatan yang
melanggar norma, aturan atau hukum dalam masyarakat yang dilakukan pada usia remaja ini dikatakan membawa petanda
yang tidak baik kepada generasi akan datang bak kata pepatah, air perabung mengalir ke cucur atap. Isu ini begitu hampir
dengan saya memandangkan saya juga seorang insan yang bergelar remaja justeru saya mempunyai peranan dalam
membentuk sahsiah diri yang terpuji agar memiliki ciri-ciri remaja cemerlang dambaan negara.
Sebagai seorang remaja, dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji, saya akan mendalami ilmu agama dan
mencintai Allah. Ilmu agama merupakan ilmu yang mendekatkan diri seseorang kepada Maha Pencipta iaitu Allah swt. Tiada
ilmu yang lebih mulia melainkan ilmu agama di dunia ini iaitu ilmu dan pengetahuan Islam yang syumul. Perkara ini boleh
dibuktikan melalui pernyataan rasa yang disuarakan oleh ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert Einstein (walaupun beliau
tidak beragama Islam) yang menyatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta , ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Jelas
dapat dilihat bahawa ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang sangat akrab. Seseorang yang mendalami ilmu tetapi
tidak berlandaskan atau berpaksikan agama tidak akan merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt. Saya akan
mendalami ilmu agama dengan membaca dan memahami Al-Quran, mengkaji hadis-hadis dan menyelami sirah nabi serta
para sahabat. Akhlak Rasulullah yang terpuji dan sempurna yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis itu pastinya akan
menjadi sumber primer saya bagi membina pemahaman yang kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan memiliki sahsiah
yang terpuji. Pembelajaran melalui pembacaan dan penelaahan yang mendalam sebegini mampu memberi input yang
berguna seperti memahami nilai yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari . Nilai-nilai seperti ketakwaan,
kesabaran, kegigihan, keikhlasan dan bertanggungjawab semuanya memandu diri saya membina peribadi mulia . Pengajaran
daripada Al-Quran dan hadis mampu merobah mana-mana perlakuan saya yang sebelum ini yang dianggap bejat atau
kurang memuaskan kepada perlakuan yang positif atau terpuji. Jikalau saya tidak memahami kandungan Al-Quran ataupun
hadis, saya akan berjumpa dengan ustaz atau ustazah yang mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dengan agama
yang suci ini. Saya akan meluangkan masa untuk pergi ke perpustakaan bagi mendalami ilmu agama kerana di perpustakaan,
suasananya yang hening mampu menenangkan fikiran dan mendamaikan jiwa. Dengan mendalami ilmu agama, saya yakin
saya mampu membentuk sahsiah diri yang terpuji kerana saya akan memperlihatkan kesopanan berbudi bahasa, kemanisan
berkata-kata dan kemampuan memberikan buah fikiran dengan penuh tertib serta matang berlandaskan akhlak Nabi
Muhammad saw. Jelasnya, saya akan terhalang daripada menjadi penyumbang petanda yang tidak baik kepada generasi
akan datang.
Selain itu, satu lagi modus operandi yang sepatutnya saya lakukan adalah dengan menumpahkan ketaatan
sepenuhnya kepada ibu bapa saya. Ibu bapa merupakan dua insan yang paling dekat dengan diri saya kerana sesudah saya
dilahirkan di muka bumi ini, saya ditatang bagai minyak yang penuh oleh mereka. Begitu besar pengorbanan ibu bapa
terhadap saya bermula dengan ibu yang mengandungkan saya dengan jerih payahnya selama sembilan bulan sepuluh hari
ditambah pula dengan jasa bapa yang bertungkus lumus mencari nafkah bagi menyara keluarga. Walaupun cuma untuk
sesuap nasi tetapi itulah titik peluh ikhlas yang dilakukan oleh bapa kepada saya. Saya tidak ingin hidup menjadi seperti Si
Tanggang atau Si Malim Kundang yang merupakan anak derhaka terhadap ibunya. Saya akan taat kepada ibu bapa dengan
cara mendengar dan menerima nasihat yang diberikan mereka dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang. Jika saya
tidak bersetuju sekalipun, saya tidak akan memberontak dan meninggikan suara ketika memberikan pendapat malah saya
akan berbincang dengan cara yang paling baik atau bertatasusila bagi menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku
sesuai dengan peribahasa buang yang keruh ambil yang jernih. Allah telah memberikan kedudukan tinggi kepada ibu bapa
dan menyuruh setiap anak berbuat baik kepada mereka. Perkara ini jelas diterangkan melalui firman Allah dalam Surah Al-
Israk ayat 23 yang menyuruh kita berbakti kepada ibu bapa. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk
Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan bahawa remaja boleh membina peribadi mulia dengan
mentaati ibu bapa melalui perbuatan yang baik, melaksanakan hak-hak mereka dan menjauhkan diri daripada perilaku yang
boleh menyakiti hati dan kehidupan mereka. Taat kepada ibu bapa adalah amalan wajib ditunaikan setiap anak. Ketaatan
adalah cara paling baik mendekatkan diri kepada Allah kerana taat kepada ibu bapa bererti mentaati perintah-Nya juga.
Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat. Terdapat hadis Rasulullah saw. yang bermaksud : “Sesiapa yang ingin
dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali
silaturahim." Jelaslah bahawa mentaati ibu bapa mampu menjadikan saya individu yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji
dan terhalang daripada melakukan perkara-perkara yang merosakkan moral.
Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan adalah dengan menghormati guru-guru.
Sepanjang pembelajaran saya hatta sekalipun saya tidak lagi bergelar pelajar, saya akan menghormati guru-guru saya
sebagai tanda terima kasih kepada mereka kerana mereka telah bersungguh-sungguh mengajar sehingga saya mampu
berdiri dan berpijak di bumi yang nyata menjadi insan yang sebaiknya dan berguna. Guru telah banyak berkorban demi

82
Contoh Karangan SPM BM

memartabatkan ilmu dan banyak berjasa bermula daripada mereka mengajar kita membaca, menulis dan mengira. Mereka
tidak pernah mentertawakan kesalahan yang saya lakukan malah membetulkan setiap satu daripadanya lantas menepati
mutiara kata cendekiawan Wellington iaitu, ‘Usah merendahkan diri seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia
ke jalan yang lebih baik”. Saya akan menerima dan menjadikan nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru sebagai
insentif dan motivasi untuk saya berjaya menjadi insan berguna yang mampu mendaki menara gading . Bukan sahaja guru
ialah ibu, bapa, pengajar, pendidik, pengasuh, penasihat dan pembimbing malahan guru adalah segalanya bagi seorang
pelajar. Segala kesusahan yang ditempuhinya dalam mendidik anak-anak muridnya sepatutnya dikenang dan dihargai kerana
tanpa jerih payah seorang guru itu, pelajarnya akan menjadi manusia yang tidak berguna di dunia dan akhirat. Dengan
ilmulah manusia diangkat menjadi makhluk termulia di sisi Allah swt. sehingga dijadikan sebagai khalifah-Nya di muka bumi.
Semua ini tidak akan tercapai kecuali dengan kita menjaga peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap penyampai ilmu
tersebut iaitu guru, pewaris para nabi. Justeru dengan menghormati guru, saya mencetuskan rasa insaf dalam diri dan
bertatih membentuk sahsiah diri yang terpuji.
Dalam pada itu, saya akan menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan dan taulan. Secara perbandingannya,
seorang remaja akan meluangkan masa yang lebih bersama rakan-rakannya berbanding dengan ibu bapa atau saudaranya.
Hal ini demikian kerana selain keluarga tercinta yang dekat di hati, rakan merupakan tempat mengadu, mencurah perasaan
dan berkongsi masalah. Sehubungan itu, saya akan menjaga atau memelihara hubungan yang baik dengan rakan tidak kira
sama ada rakan saya berlainan agama, kaum mahupun warna kulit. Seseorang yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji
harus seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Saya juga sedaya upaya tidak akan menimbulkan isu sensitif
terutama isu agama. Saya akan mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan banyak nyawa
yang berpunca daripada rusuhan kaum. Saya akan memberikan pertolongan kepada rakan yang memerlukan bantuan
kerana dia merupakan rakan yang baik dan telah membantu ketika saya dalam kesusahan. Dalam kehidupan yang singkat
ini, saya perlu berbaik-baik dengan semua orang dan bekerjasama dalam semua bidang kerana yang berat sama dipikul,
yang ringan sama dijinjing. Kita digalakkan mencari teman yang baik dan meramaikannya seperti kata pepatah ‘berkawan
biar seribu tetapi musuh jangan sesekali dicari.’ Saya akan menjadi seseorang yang dapat memberi manfaat segi dorongan,
nasihat, ilmu dan sebagainya kepada orang lain. Rakan-rakan juga tidak akan berasa kekok apabila berkawan dengan saya
sekiranya saya tidak bersikap bagai buntal kembung. Apabila saya menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan, masalah
kebejatan moral tidak akan ada dalam kamus rutin hidup saya sejajar dengan visi saya untuk menjadi remaja yang
mempunyai sahsiah terpuji.
Peranan saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak bermoral . Seorang yang ingin mempunyai sahsiah diri yang
terpuji tidak bisa melakukan perkara yang negatif yang mampu keruntuhan akhlak lantas menjatuhkan imej diri sendiri,
keluarga, bangsa dan negara. Saya tidak akan mudah terpedaya oleh hasutan syaitan yang membisikkan ‘kata-kata bermadu’
kepada anak Adam agar melakukan dosa. Saya sentiasa awas bahawa syaitan telah berjanji akan menyesatkan umat
manusia dek sebab Allah swt. telah mencampakkannya keluar dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam.
Kesombongan merajai hati syaitan dengan alasan dia diciptakan daripada api manakala Adam daripada tanah. Kedegilan
syaitan kian hari kian diwarisi manusia hingga pelbagai kebejatan moral dan perlakuan hedonisme mewarnai kehidupan
menjadikan nilai-nilai nurni jelas nyata dikesampingkan. Saya tidak mahu terjebak dalam kancah yang serba ‘menyesakkan
nafas’ dan boleh memusnahkan visi dan misi saya sebagai seorang Muslim yang cemerlang dan memiiki sahsiah yang terpuji.
Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Chee pernah menyuarakan pendapat bahawa , “Para belia harus diasuh dan
dididik agar memainkan peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai dengan imej di mana-mana sahaja
pada bila-bila masa”. Akhlak yang baik termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan bebas, mengamalkan gaya hidup
sihat, menjaga batas-batas aurat dan menjaga hubungan baik sesama individu di sekeliling kita. ‘First impression’ orang lain
terhadap kita amat penting kerana dari situlah orang lain akan dapat menilai diri kita yang sebenar”.
Kesimpulannya, gagasan dan tugas untuk memupuk, membangunkan dan meningkatkan mutu akhlak dalam
kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Tugas ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia
yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusiaan yang tinggi. Saya yakin berlandaskan lima prinsip yang saya pegang
di atas, dengan izin Allah, saya dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji. Pemupukan sahsiah diri ini saya yakin akan
membentuk saya menjadi seorang yang beriman dan bertakwa, mempunyai iltizam yang tidak berbelah bahagi, mempunyai
kerohanian yang amat tinggi serta mewarisi ciri-ciri akhlak perjuangan Rasulullah saw. Mutiara kata ulamak tersohor Hamka
akan saya jadikan pedoman dalam meniti kehidupan ini. Katanya, “Aku hairan melihat orang menyisir rambutnya setiap hari,
tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya teapi tidak pernah mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi
tidak akalnya.” Tidak akan saya lakukan perkara yang sia-sia yang bisa menyesatkan saya daripada landasan yang benar

83
Contoh Karangan SPM BM

sebaliknya pemurnian hati, pemantapan akhlak, ilmu dan akidah akan terus menjadi pegangan perjalanan hidup saya.
Semoga isu kenakalan remaja akan lenyap agar tidak lagi menebarkan sayap negatif kepada generasi akan datang bak kata
peribahasa ‘Sebab nila setitik rosak susu sebelanga’

Karangan 45
CARA-CARA MENANGANI KENAIKAN HARGA BARANG

Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu pertiwi kita yang telah bebas daripada cengkaman
penjajah begitu pesat membangun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sehubungan dengan hal itu, peribahasa ada
menyebut bahawa, ada bukit, ada paya, namun kita tidak boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan yang sedang
dikecapi, negara kita masih lagi terkongkong dalam gelombang inflasi yang semakin rumit. Walaupun isu ini hangat
diperkatakan dan sering meniti di bibir masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita, apakah yang
dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, inflasi didefinisikan
sebagai keadaan kenaikan harga barangan yang disebabkan oleh bertambahnya kuasa membeli. Oleh itu, masalah ini tidak
boleh dipandang remeh dan formula penyelesaian harus diimplimentasikan untuk merungkai masalah ini bak kata
peribahasa,tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni.

Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan penyelesaian yang berkesan, oleh
itu, pihak kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif dengan menganjurkan kempen berhemat secara istiqamah dan konsisten ke
seluruh pelosok negara dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga.Memetik kata-kata azimat Lootze, kehidupan
membazir dan tamak haloba mendorong manusia ke arah kebinasaan. Lantaran itu, kempen tersebut haruslah menekankan
kepentingan amalan berjimat cermat supaya nilai murni ini dapat dijadikan amalan dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
Tindakan yang lebih afdal, masyarakat sewajarnya diseru supaya berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur
baju di badan sendiridan usahlah bersikap membesarkan kerak nasi. Cara berbelanja dengan mengikut hawa nafsu akan
membawa padah yang buruk kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa
binasa. Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus mengadakan pertandingan yang dapat menarik penyertaaan khalayak
seperti sayembara puisi, menulis esei, persembahan artis dan sebagainya dalam usaha menyebarluaskan kempen tersebut.
Jelaslah bahawa penganjuran kempen berhemat secara berterusan dan holistik merupakan perisai yang ampuh untuk
merungkai masalah kenaikan harga barangan.

“Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan sebarang kesulitan yang berlaku di negara
kita termasuk isu kenaikan harga barang. Namun begitu. kita tetap melihat dan kemudiannya menyesal kerana pintu
penyelesaian itu tertutup terlalu lama sehingga kita tidak dapat melihat pintu lain yang telah terbuka. Begitulah gambaran
implikasi daripada kata-kata mutiara Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat yang menunjukkan
bahawa setiap masalah pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan idea, tindakan agensi
bukan kerajaan atau NGO melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di
pasaran merupakan langkah konkrit yang patut dilaksanakan sepanjang masa. Organisasi atau agensi yang menyokong
peranan kerajaan ini seperti Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang
atau CAP, telah mendukung obligasi untuk melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak ini berperanan untuk menerima
sebarang aduan dan menyiasat segala permasalahan yang dihadapi termasuklah masalah kenaikan harga barangan
keperluan, penjualan barangan yang telah luput tarikh, caj perkhidmatan yang melampau dan sebagainya. Seterusnya
FOMCA dan CAP haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak golongan pengguna akan terpelihara
dan tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga-peniaga yang licik dan tidak bertanggungjawab. Organisasi-organisasi ini
haruslah menjalinkan hubungan ukhuwah ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai dan kita juga berpegang pada falsafah
Confusius, apakah gunanya sekiranya kita tidur sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang
berlainan, tetapi mimpi kita tetap sama. Deduksinya, melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga barangan
tanpa kawalan di pasaran merupakan tindakan efektif oleh agensi bukan kerajaan atau NGO.

Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, sebaliknya
hidup tanpa dibebani masalah adalah kosong. Kata-kata ini memang ada kebenarannya dan semua rakyat di negara ini perlu
berpijak di bumi nyata kerana setiap kemelut yang kita hadapi mesti ada uslub dan minhaj yang komprehensif. Bertitik tolak
daripada manifestasi ini, pihak berkuasa seharusnya sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap

84
Contoh Karangan SPM BM

mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa memperoleh kelulusan daripada pihak berwajib.
Pegawai kerajaan berkaitan juga haruslah memainkan peranan yang penting untuk mengadakan pemeriksaan secara
mengejut ke premis-premis perniagaan dari semasa ke semasa untuk memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan dan tidak bersikap seperti lintah darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga haruslah melunaskan
tanggungjawab yang terletak di atas pundak mereka untuk menggubal, mengkodifikasikan seterusnya menguatkuasakan
undang-undang secara serius dan telus supaya dapat memberi peringatan kepada golongan peniaga. Mana-mana peniaga
yang cuba menaikkan harga barangan atau memasang lukah di pergentingan hendaklah didakwa di mahkamah agar
kesalahan sebegini tidak berulang ibarat pisang berbuah dua kali. Oleh itu, usaha pihak berkuasa yang sentiasa membuat
pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab dapat mengekang masalah
kenaikan harga barangan di pasaran.

Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya terlebih dahulu, persis ungkapan
kata Alex Osborn telah membuktikan bahawa kejayaan semanis madu tidak akan terjana tanpa curahan usaha yang
bersungguh-sungguh kerana peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Hakikatnya, media massa juga menggalas kewajipan untuk menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu kepenggunaan
merupakan prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan harga barang. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa ilmu
kepenggunaan dalam kalangan masyarakat Malaysia masih kurang meluas dan berada di takuk yang lama. Oleh itu, tidak
hairanlah sekiranya segelintir golongan peniaga yang mengutamakan keuntungan akan bersikap ibarat menangguk di air
keruh, menindas gologan pengguna yang tidak berdosa. Oleh hal yang sedemikian, media massa haruslah menyumbang
tenaga secara optimum dengan menerapkan pengetahuan berkaitan hak-hak pengguna kepada seluruh strata masyarakat.
Dengan komitmen pihak media massa, pengguna akan mengetahui kaedah yang efisien untuk menuntut hak mereka
daripada dimanipulasikan oleh para peniaga yang durjana. Misalnya, apabila berlaku kenaikan harga barangan, pengguna
akan dapat membuat aduan kepada pihak berwajib dan agensi bukan kerajaan supaya hak-hak mereka dapat
dipertahankan. Melalui penyebaran maklumat oleh media cetak dan media elektronik, para pengguna termasuk suri rumah
tangga akan memperoleh ilmu kepenggunaan secara total dan bertindak berani kerana benar dalam memperjuangkan hak
mereka seterusnya mengatasi kemelut kenaikan harga barangan di negara ini.

Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi bersuluh, segenap lapisan masyarakat mesti
bersama-sama menggembleng tenaga untuk mengekang kenaikan harga barangan dari peringkat akar umbinya. Sebagai
manusia yang kamil dan soleh, kita tidak wajar menadah tangan ke langit menunggu kejatuhan lampu ajaib Aladdin kerana
peribahasa Melayu ada menyatakan, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Oleh itu,semua
anggota komuniti haruslah mendukung semangat habis kapak berganti beliung untuk membendung masalah tersebut. Oleh
itu, Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Mahathir bin Mohamad bukan
lagi menjadi angan-angan Mat Jenin.

85
Contoh Karangan SPM BM

KARANGAN 46
PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA

Pada era pascaglobalisasi ini, isu keruntuhan institusi keluarga semakin hangat menjadi bicara semua rakyat Malaysia
tidak kira tua mahupun muda. Walaupun berbagai-bagai prakarsa telah dimainkan oleh para ibu bapa untuk mengekalkan
keharmonian keluarga, namun hal ini seolah-olah tiada nokhtah pengakhiran. Adakah peranan yang dimainkan oleh
Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak cukup bersepadu untuk membawa paradigma baru ke dalam institusi
kekeluargaan? Adakah peranan yang digerakkan oleh institusi keluarga dalam memacu keluarga mereka di bawah payung
keharmonian gagal. Hal ini mungkin berpunca daripada prakarsa yang dimainkan oleh anak-anak yang tidak cukup mapan
untuk membantu menyelesaikan masalah yang menunjangi keluarga mereka. Oleh itu, sudah menjadi amanah yang perlu
dipikul anak-anak dalam merangka uslub terbaik untuk sama-sama memikul amanah kerana berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing supaya usaha membentuk keluarga yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan berjaya. Jadi, hendak seribu
daya tak hendak seribu dalih dan oleh itu prakarsa ini hendaklah dimulakan dari sekarang kerana kita perlu menyediakan
payung sebelum hujan. Jadi, anak-anak hendaklah menggerakkan kembali jentera yang lebih bersepadu bagi
membahagiakan ibu bapa dan sekali gus membentuk keluarga yang bahagia.

Sebenarnya, banyak prakarsa yang boleh dimainkan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa mereka
antaranya adalah dengan memberikan kejayaan dan kecemerlangan kepada mereka. Tidakkah semua orang melihat, saban
tahun apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan pasti ada yang berduka dan bergembira. Tetapi tidakkah
mereka menyedari bahawa seorang insan yang bergelar ibu bapa pasti akan mengalirkan air mata kegembiraan apabila
melihat keputusan cemerlang yang diraih oleh anak-anak mereka? Sudah pastinya terselit seribu kepuasan dalam diri ibu
bapa kerana keperitan dan penderitaan mendidik dan membesarkan anak-anak telah terbalas dengan kejayaan anak-anak
mereka. Oleh itu, anak-anak hendaklah belajar bersungguh-sungguh dan membesar mengikut acuan yang telah dibentuk
oleh ibu bapa mereka. Orang tua-tua ada menyatakan bahawa usaha tangga kejayaan, jadi usaha yang gigih tanpa mengenal
erti putus asa akan membuahkan kejayaan yang manis untuk dikecapi. Kegigihan anak-anak semata-mata untuk mencapai
kejayaan bagi dihadiahkan kepada ibu bapa mereka akan dapat direalisasikan sekiranya mereka berjaya menangkis segala
ancaman yang masuk ke tingkap globalisasi kehidupan mereka. Tuntasnya, sudah jelaslah bahawa kejayaan dan
kecemerlangan dalam pelajaran merupakan salah satu tunjang utama untuk membahagiakan ibu bapa.

Sedasawarsa ini, anak-anak yang mempunyai akhlak dan budi pekerti mulia juga merupakan salah satu elemen
utama dalam memberikan kebahagiaan kepada orang tua mereka. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
merupakan kata-kata hikmat yang acap kali ditujukan khas kepada generasi muda tetapi tidak melampaukah jika semua
orang mengatakan bahawa anak-anak merupakan tonggak utama keluarga, jantung hati, permata bernilai buat ibu bapa?
Bagi segelintir pihak, anggapan ini dipandang sinis tetapi itulah realiti sebenar bahawa anak merupakan tunjang utama
keluarga dalam memacu ke arah kebahagiaan keluarga. Selama bertahun-tahun anak-anak dididik dengan kebanyakan ibu
bapa yang mengamalkan konsep melentur buluh biarlah dari rebungnya dan hasilnya, anak-anak telah berjaya menjadi insan
yang berguna dan mampu menangkis segala hedonisme serta panji-panji kejahatan yang berleluasa kini. Jadi, hati ibu mana
yang tidak sejuk melihat anak yang dipelihara mereka mempunyai keperibadian yang unggul. Oleh itu, anak-anak
seharusnya berusaha menjaga akhlak dan budi pekerti mereka walaupun di mana-mana mereka berada kerana imej dan
maruah keluarga bersandarkan tingkah laku mereka malah itulah juga yang menjadi kunci kebahagiaan buat ibu bapa
mereka.

Sementelahan pula, ibu bapa juga akan bahagia jika anak-anak mereka menghormati mereka. Dalam menyoroti hal
ini, aspek jasmani, emosi, intelektual dan sosial yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan negara sebenarnya mampu
menjadi platform utama untuk anak-anak membahagiakan ibu bapa mereka. Bagi menyingkap hal ini, aspek jasmani yang
boleh dipraktikkan anak-anak adalah dengan menghormati orang tua mereka sama ada dalam bentuk perbuatan mahupun
perkataan. Sebagai contoh terdekat yang sangat ketara dengan semua pihak ialah seorang anak hendaklah bersalaman
dengan ibu bapa mereka sebelum pergi ke mana-mana dan mereka hendaklah menundukkan badan sedikit apabila berjalan
di hadapan orang tua. Dalam aspek emosi pula, anak-anak hendaklah menjaga perasaan ibu bapa mereka dan tidak
melakukan sesuatu perkara yang boleh menguris hati mereka. Dalam menghayati peribahasa yang berbunyi kerana mulut
santan binasa dan sudah terhantuk baru nak tengadah, anak-anak hendaklah sentiasa menjaga segala tutur bicara mereka
supaya perkataan yang diucapkan tidak menyinggung perasaan ibu bapa mereka. Dalam memperincikan aspek intelektual

86
Contoh Karangan SPM BM

pula, anak-anak hendaklah mendengar nasihat yang diberikan ibu bapa bagi membolehkan mereka memperoleh keberkatan
ketika mereka belajar. Hal ini sekali gus membolehkan segala ilmu yang dipelajari mampu diserap dengan mudah tidak
seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Eksplisitnya, memang benarlah bahawa sifat hormat seseorang anak
terhadap kedua-dua orang tua mereka mampu membahagiakan mereka.

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing merupakan peribahasa yang sering berlegar-legar dan
bermain-main di segenap kehidupan harian rakyat Malaysia. Jadi, dalam mempraktikkan hal ini, anak-anak hendaklah
mengaplikasikan sikap ringan tulang dengan membantu ibu bapa menguruskan kerja-kerja rumah. Perkara ini bukan sahaja
memudahkan urusan ibu bapa mereka malah dapat mengeratkan hubungan ukhwah kekeluargaan yang tersimpul rapi.
Dalam menyingkap hal ini, konsep muafakat membawa berkat boleh diamalkan oleh ibu bapa dan anak-anak dengan saling
membantu mengemaskan rumah. Bertitik tolak daripada aktiviti melakukan kerja-kerja rumah, rumah bukan sahaja cantik
malah dapat menghindari diri daripada segala wabak penyakit akibat tidak mengutamakan kebersihan persekitaran.
Lanjutan daripada hal ini, beban yang digalas oleh ibu bapa akan menjadi ringan malah mampu melestarikan warna-warni
kebahagiaan dan keharmonian keluarga tersebut. Senario ini sekali gus mengurangkan jurang perpecahan sesebuah institusi
keluarga seperti statistik sahih yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada tahun 2007 hingga 2008
yang menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh pasangan di Malaysia bercerai setiap hari. Tuntasnya, memang benarlah
bahawa peranan anak-anak dalam membantu meringankan beban ibu bapa mereka menguruskan kerja-kerja rumah amat
signifikan untuk mewujudkan kebahagiaan buat mereka.

Selain itu, prakarsa lain yang boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa adalah mendengar nasihat mereka.
Bagi menghuraikan perspektif ini, semua orang dapat menyaksikan bahawa hampir saban hari ada sahaja kes-kes yang
membabitkan ibu bapa dan anak-anak menghiasi muka-muka depan akhbar di Malaysia sama ada kes pembuangan ibu bapa
atau pergaduhan antara anak dengan kedua-dua ibu bapa mereka. Cuba kita renungkan kembali peristiwa yang berlaku
pada 27 Oktober 2010 di akhbar Harian Metro bertajuk, ‘Trajedi pilu 9 anak membuang ibu mereka yang sudah tua’.
Wajarkah 9 orang anak bertindak sedemikian rupa? Pastinya peristiwa dan tragedi hitam ini tidak akan berlaku jika seorang
anak tidak mengamalkan peribahasa seperti kacang lupakan kulit dan mendengar nasihat. Anak-anak yang mendengar
nasihat sudah pasti akan menjaga kebajikan ibu bapa mereka terutama ketika umur senja mereka. Janganlah anak-anak
membiarkan nasihat ibu bapa mereka umpama mencurah air ke daun keladi kerana segala nasihat itu tidak lebih untuk
kebahagiaan anak-anak itu juga. Deduksinya, memang izharlah bahawa jika seseorang anak mendengar nasihat ibu bapa
maka perkara inilah yang menjadi kunci kebahagiaan kepada ibu bapa mereka.

Tambahan lagi, mendoakan kesejahteraan ibu bapa juga adalah antara prakarsa yang boleh dilakukan untuk
membahagiakan ibu bapa. Dalam menghayati hal ini, boleh dilihat dari dua perspektif yang berbeza. Perspektif pertama,
mendoakan kesejahteraan ibu bapa ketika mereka masih hidup dan yang keduanya, mendoakan kesejahteraan mereka
setelah mereka meninggal dunia. Oleh hal yang demikian, seseorang anak hendaklah menjadikan doa sebagai budaya yang
sinonim dengan diri mereka. Bagi merealisasikan hal ini, kekerapan berdoa kepada ibu bapa hendaklah dilakukan sebagai
aktiviti rutin selepas solat kerana alah bisa tegal biasa. Tidak mustahil rasanya langkah ini dipraktikkan dan diaplikasikan
dalam kehidupan seharian kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jadi, anak-anak hendaklah mendoakan
kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan kemurahan rezeki untuk pihak ibu bapa mereka. Hal ini bukan sahaja bakal
memudahkan urusan ibu bapa mereka di akhirat kelak malah akan membawa kebahagiaan di dunia lagi. Bagi merungkai
kehidupan selepas mati, ibu bapa pastinya berasa bahagia dan tenang apabila berada di alam barzakh berkat doa seorang
anak yang soleh. Konklusinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa doa merupakan senjata yag penting dan utama untuk
membahagiakan ibu bapa.

Secara kesimpulannya, memang terdapat banyak peranan yang boleh dimainkan oleh anak-anak untuk
membahagiakan ibu bapa. Oleh itu, anak-anak hendaklah selalu berusaha membahagiakan ibu bapa mereka secara
istiqamah bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun bersikap melepaskan batuk di tepi tangga. Hal ini juga mampu
membawa kebahagiaan kepada ibu bapa mereka malah menjadi kayu ukur falah anak-anak dalam meniti kehidupan yang
serba mencabar di alam fana ini. Seterusnya, anak-anak akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang
bersama-sama berganding bahu, selangkah sederap dengan pihak kerajaan dalam menjalankan tranformasi besar-besaran
untuk memastikan keluarga sakinah dapat dilahirkan. Perkara ini sekali gus mampu membawa evolusi bermakna dalam
institusi kekeluargaan dan seterusnya merealisasikan aspirasi kerajaan dalam mencapai visi kudsi Wawasan 2020. Jadi,

87
Contoh Karangan SPM BM

kejayaan seseorang anak membahagiakan ibu bapa mereka sebenarnya mampu menjadi khazanah berharga untuk
memajukan nusa dan bangsa.

Karangan 47
PEMBENTUKAN KELUARGA YANG BAHAGIA BUKAN SAHAJA BERGANTUNG PADA PERANAN IBU BAPA TETAPI JUGA PADA
FAKTOR-FAKTOR LAIN. BERIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG PERNYATAAN INI.

Marcapada, masyarakat hari ini lebih ghairah mengejar kemewahan dan habuan duniawi di atas tanah datar ini.
Masyarakat pada era golbalisasi ini dikatakan lebih individualistik bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing dan lebih bersikap materialistik atau bermata duitan. Tanpa disedari, kepentingan keluarga terabai oleh masyarakat.
Senario ini lebih membimbangkan apabila Mahkamah Syariah Kuala Lumpur melaporkan setiap 15 minit satu kes perceraian
dilaporkan berlaku. Statistik ini menunjukkan betapa rapuhnya institusi kekeluargaan di negara kita pada hari ini sedangkan
sebahagian daripada kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah dengan memiliki keluarga yang bahagia. Menurut mantan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato` Seri Shahrizat Abdul Jalil, keluarga bahagia merupakan asas
kepada pembentukan masyarakat penyayang. Beliau juga mengatakan bahawa dengan pembentukan keluarga bahagia,
masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmonis tanpa pertelingkahan serta perselisihan faham. Melalui
pembentukan keluarga bahagia, individu yang kamil dan dihormati dapat dilahirkan yang sudah tentu akan dapat
memberikan sumbangan terhadap pembangunan negara. Tanggungjawab membentuk keluarga bahagia tidak hanya
bergantung pada satu pihak sahaja sebaliknya memerlukan kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak bak kata
peribahasa Melayu, “bagai aur dengan tebing”. Tidak dapat disangkal bahawa ibu bapa menggalas kewajipan yang dominan
bagi membentuk keluarga bahagia, namun terdapat juga pihak lain yang memainkan peranan yang penting dalam
membentuk keluarga bahagia.

Ibu bapa menggalas tanggungjawab yang penting bagi membentuk keluarga bahagia. Ibu bapa merupakan ketua
keluarga yang akan membawa ahli keluarganya ke arah kehidupan yang bahagia dan semmpurna. Nabi Muhammad s.a.w
pernah besabda bahawa anak-anak merupakan kain putih ibu, bapa yang memainkan peranan untuk mencorakkan
kehidupan anak-anak sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Didikan dan asuhan ibu bapa penting supaya anak-
anak menjadi golongan berkualiti serta dihormati dan tidak menjadi golongan barbar yang menjadi agen perosak terhadap
pembangunan negara. Dalam hal ini, ibu bapa yang merupakan tulang belakang keluarga dapat mewujudkan keharmonian
dalam rumah tangga dengan memperingati hari jadi ahli keluarga, mengadakan hari keluarga, melancong dan sebagainya.
Apabila wujudnya suasana yang harmoni di rumah, anak-anak akan berasa lebih selamat dan selesa untuk berada di rumah
daripada membazirkan masa dengan berpeleseran di luar rumah. Ibu bapa harus mentarbiah anak-anak mereka dengan
menyemai nilai-nilai murni dan budaya ketimuran dalam sanubari anak-anak sejak berumur setahun jagung lagi bak kata
pepatah bagai ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Ibu bapa harus meluaskan harizon pemikiran mereka dengan
bersikap lebih terbuka. Mereka harus menerima pandangan anak-anak serta sentiasa berbincang dengan mereka supaya
anak-anak akan berasa lebih selesa meluahkan perasaan kepada ibu bapa. Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak
mereka menelusuri jalan kehidupan yang betul dengan memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya bagai
‘menatang minyak yang penuh’. Ibu bapa juga seyogiannya memberi hadiah dan galakan atas kejayaan ank-anak. Hal ini
secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pembentukan masyarakat penyayang yang merupakan cabaran yang
ketujuh dalam usaha mencapai visi dan kudsi Wawasan 2020. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam usaha
membentuk keluarga bahagia demi kemajuan masyarakat dan negara.

Namun begitu, peranan pihak lain tidak wajar dikesampingkan. Selain ibu bapa, masyarakat juga memainkan peranan
yang penting dalam pembentukan keluarga bahagia. Masyarakat merupakan antara elemen penting yang dapat menetukan
pembentukan seorang individu yang kamil dan seterusnya menyumbang kepada pembentukan keluarga bahagia.
Masyarakat di sesuatu kawasan tempat tinggal hendaklah sentiasa bekerjasama antara satu sama lain seperti aur dengan
tebing dengan mengadakan kenduri, gotong royong, sukaneka dan rumah terbuka. Penduduk yang menghadiri majlis
rumah terbuka bersama keluarga mereka dapat menjalin semangat ukhuwah yang baik dengan penduduk setempat.
Dengan ini ahli keluarga dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan selesa. Sudah menjadi fitrah dalam melayari bahtera
perkahwinan ada masam manisnya kerana langit tidak selalu cerah. Oleh itu, masyarakat setempat hendaklah mengamalkan
sikap menjaga tepi kain orang bagi membendung krisis rumah tangga yang berlaku dalam kalangan jiran kita. Masyarakat

88
Contoh Karangan SPM BM

perlulah menasihati pasangan yang menghadapi konflik supaya berdamai demi kebaikan bersama terutamanya kepada
generasi muda. Dengan adanya keluarga yang harmoni, anak-anak tidak akan terlibat dalam kancah negatif seperti
penyalahgunaan dadah, vandalisme dan gengsterisme. Perkara ini akan menjamin golongan yang baru berdarah setampuk
pinang ini dapat menelusuri penitian jalan hidup dengan betul bagi menjadi individu yang berkualiti dan mengharumkan
nama keluarga. Jelaslah bahawa masyarakat turut memainkan peranan yang penting dalam usaha membentuk keluarga
bahagia.

Jika dilihat dari dimensi yang lain, pihak kerajaan juga menggalas kewajipan yang setimpal dalam usaha membentuk
keluarga bahagia. Pihak kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang yang melibatkan hak kanak-kanak dan hak
keluarga. Hal ini dapat menyedarkan dan menginsafkan orang ramai tentang hak insan yang lemah terutamanya anak-anak.
Tamsilannya, Akta Perlindungan Kanak-kanak 1948 memberikan perlindungan kepada anak-anak yang didera. Akta ini
melindungi hak kanak-kanak sebagai individu yang harus menikmati kehidupan yang selamat dan bahagia. Ibu bapa akan
mengambil inisiatif untuk melindungi kanak-kanak daripada sebarang penderaan dan seterusnya mendidik mereka menjadi
insan yang berguna. Kerajaan juga mestilah menyediakan penghargaan kepada ibu bapa yang berjaya mewujudkan keluarga
bahagia. Hal ini merupakan salah satu langkah optimum bagi membentuk masyarakat madani pada hari muka. Sebagai
misalan, pemberian Anugerah Ibu Mithali yang mengiktiraf kejayaan seorang ibu mentarbiah anak-anaknya menjadi individu
cemerlang menjurus ke arah pembentukan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, ekonomi,
rohani dan intelek merupakan satu usaha yang berkesan untuk mendorong kaum ibu melaksanakan tanggungjawabnya
dengan efektif. Ringkasnya, kerajaan memainkan peranan yang afdal dalam pembentukan keluarga yang bahagia yang akan
menjamin kehormanian masyarakat.

Dalam nada yang berbeza, media massa juga turut berperanan dalam melahirkan keluarga yang bahagia. Hal ini
dikatakan demikian kerana media massa merupakan wahana atau medium yang berkesan untuk mempengaruhi minda dan
tingkah laku seseorang. Lebih-lebih lagi, pada zaman digital ini media massa telah semakin canggih seiring dengan kehendak
arus modenisasi dan globalisasi yang pantas bergerak bagai belut diketil ekor ini. Sebagai buktinya, kini wujud buku digital,
akhbar digital, laman sesawang yang kaya dengan laman sosial yang pelbagai seperti laman ‘blog’, ‘facebook’, ‘instagram’,
‘we chat’, ‘whatsApp’ dan sebagainya. Kecanggihan media massa pada hari ini dapat memudahkan usaha untuk melahirkan
keluarga bahagia melalui kempen-kempen kesedaran yang efektif. Contoh kempen yang wajar dijalankan ialah kempen
‘Sayangi Keluarga Anda’, kempen ‘Keluarga Bahagia Teras Kemakmuran Negara’ dan kempen ‘Rumahku Syurgaku’. Kempen-
kempen seumpama ini mestilah dijalankan secara berterusan atau berketiak ular dan bukannya hangat-hangat tahi ayam.
Dengan adanya kempen-kempen ini, sudah pasti setiap anggota masyarakat mengetahui signifikan memiliki sebuah keluarga
yang bahagia dan sakinah. Secara tidak langsung, mereka akan menjauhi daripada melakukan perkara-perkara yang boleh
menjejaskan keharmonian keluarga mereka seperti pertengkaran antara ahli keluarga sebaliknya mereka akan berusaha
untuk menanam benih-benih kasih sayang terhadap ahli keluarga mereka. Jadi, peranan media massa dengan menjalankan
kempen kesedaran tentang peri pentingnya keluarga yang harmoni dapat mewujudkan keluarga yang bahagia dan marem.

Sebagai konklusinya, dapat disimpulkan bahawa terdapat peranan pelbagai pihak selain ibu bapa dalam usaha
melahirkan keluarga bahagia turut dianggap signifikan. Sesungguhnya mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap
manusia. Rasul saw bersabda, “Paling dekat denganku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik
akhlaknya dan sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap keluarganya.” Betapa tingginya darjat manusia yang
sentiasa berbuat baik terhadap ahli keluarganya. Bertitik tolak dari sini, peranan ibu bapa untuk melahirkan keluarga
bahagia memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Namun begitu, usaha ini tidak harus dipertanggungjawabkan kepada satu
pihak sahaja kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Oleh itu, semua pihak perlulah bersinergi umpama ke bukit
sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk memastikan insitisusi kekeluargaan di negara kita tidak goyah walaupun diasak
oleh pelbagai faktor. Diharapkan komitmen jitu daripada pelbagai pihak dapat menjamin keutuhan institusi kekeluargaan di
negara kita demi menjamin kemakmuran negara. Dengan lahirnya keluarga yang bahagia, impian untuk mencapai Wawasan
2020 yang dicetuskan oleh Perdana Menteri keempat dapat direalisasikan dengan mudah. Biarlah matahari terus bersinar,
biarlah pepeohon terus bergoyang dan biarlah imej negara terus terpelihara dengan sokongan dan dorongan daripada
keluarga bahagia di negara kita. Maju keluarga, majulah negara.

89
Contoh Karangan SPM BM

Karangan 48
PERANAN IBU BAPA UNTUK MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA

Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang di antara ahlinya


Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang tidak terucapkan
Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta insan lain yang memerlukan

Ayat-ayat di atas memaparkan signifikannya keluarga dalam kehidupan seseorang. Keluarga merupakan satu
institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. “Baiti Jannati” atau “Rumahku Syurgaku” merupakan pepatah Arab
yang sudah tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita. Rumah merupakan tempat terperciknya sinar kebahagiaan dalam
kehidupan seseorang. Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga yang juga memiliki ciri-ciri kejiwaan
yang sihat seperti gembira, yakin akan kebolehan diri dan sebagainya. Namun begitu, langit tidak selalunya cerah.
Allahyarham seniman agung tanah air, Tan Sri P.Ramlee pernah mengatakan bahawa sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula
suami isteri. Kehidupan berkeluarga tidak lari daripada pergolakan dan perselisihan. Senario ini terbukti apabila Mahkamah
Syariah Kuala Lumpur melaporkan setiap 15 minit satu kes perceraian dilaporkan berlaku. Statistik ini menunjukkan betapa
rapuhnya institusi kekeluargaan di negara kita pada hari ini sedangkan sebahagian daripada kesempurnaan kebahagiaan di
dunia adalah dengan memiliki keluarga yang bahagia. Menurut mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Dato` Seri Shahrizat Abdul Jalil, keluarga bahagia merupakan asas kepada pembentukan masyarakat penyayang.
Sebagai nakhoda dalam melayari bahtera perkahwinan, ibu bapa memikul obligasi yang berat untuk memastikan mahligai
yang bina berada dalam kebahagiaan. Persoalannya, apakah peranan yang wajar dimainkan oleh ibu bapa untuk
membentuk sebuah keluarga yang bahagia seperti yang diimpikan oleh semua pihak?

Peranan ibu bapa yang dominan ialah ibu bapa perlulah menjadi suri teladan kepada anak-anak. Peranan ibu bapa
dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak.
Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak. Sebagai contoh, seorang bapa perlu
berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati
antara satu sama lain. Kata orang, “ Yang tua dihormati, yang muda disayangi, barulah keluarga harmoni.” Apabila anak-anak
melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama
mereka kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jika contoh yang murni diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak
seperti sayang-menyayangi, toleransi serta prihatin akan membantu perkembangan jiwa anak-anak dan juga akan
mengeratkan hubungan dalam kalangan anak. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi syurga kepada anak-anak. Apabila
kebahagiaan di rumah dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha untuk membahagiakan ahli keluarganya dengan
memelihara maruah ahli keluarga walau di mana sekalipun mereka berada kerana benih yang baik dicampak ke laut menjadi
pulau. Tegasnya, tingkah laku yang baik yang dipaparkan oleh ibu bapa kepada anak-anak bakal dapat mewujudkan keluarga
yang bahagia kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Selain itu, ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami
tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka. Pengetahuan
keibubapaan ini penting dapat dijadikan panduan kepada ibu bapa atau pasangan yang ingin mendirikan mahligai
perkahwinan mereka terutamanya kepada pasangan yang masih mentah. Sememangnya alam perkahwinan penuh dengan
asam garamnya. Itulah hakikat yang tidak dapat disangkalkan lagi. Sebagai contoh, bakal-bakal ibu dan bapa boleh mengikuti
kursus-kursus praperkahwinan serta kursus pascaperkahwinan yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-
masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia
melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat
ilmu tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga
yang penuh dengan sinar kebahagiaan. Dengan ini, banyaklah keluarga yang mithali dapat dilahirkan dan masalah keganasan
rumah tangga dapat dielakkan. Pendek kata, ilmu pengetahuan keibubapaan yang dimiliki oleh mampu merealisasikan
impian untuk melahirkan keluarga yang bahagia.

Jika kita lihat dari dimensi yang lain, pemberian perhatian dan kasih sayang yang secukupnya dari ibu bapa kepada
ahli keluarganya juga dapat mewujudkan keluarga yang bahagia. Kasih sayang merupakan kunci utama kebahagiaan. Namun
begitu, pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah

90
Contoh Karangan SPM BM

bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.
Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama
empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang
memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, demi membentuk keluarga
yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang
berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka. Atas kepentingan ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu dan
Ahad sebagai cuti umum bagi kakitangan awam. Manakala pihak swasta pula, turut memberikan pelepasan kepada para
pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan. Ibu dan bapa seharusnya merebut kesempatan ini untuk bermesra
dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau
berekreasi bersama keluarga akan memberikan peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa
untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Oleh itu, sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan
anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan.

Dalam nada yang sama, pemberian didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga
dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan oleh pegangan agama serta
nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu
dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang
berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran
kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadang kala tidak
munasabah. Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberikan didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak
dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama
sesama adik beradik. Benarlah kata orang tua-tua, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa,
sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.

Akhir kalam, bayang kian jelas bahawa ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam membentuk sebuah
keluarga yang bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata.
Tanpa keluarga bahagia, sudah pasti kemakmuran negara akan terjejas. Banyak anak muda akan terlibat dalam kebejatan
sosial yang sekali gus akan menjahanamkan agenda pembangunan negara sama ada dari aspek politik, ekonomi dan sosial.
Oleh itu, ibu bapa sebagai pemimpin atau khalifah keluarga mestilah memainkan peranan dengan sebaik-baiknya untuk
memastikan keluarga yang dibina bahagia tanpa persengketaan. Namun begitu, kita tidak seharusnya meletakkan
tanggungjawab berat ini atas pundak ibu bapa sahaja kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Oleh itu, keluarga
yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai
proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak
asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Komitmen jitu daripada
semua pihak ini sudah pasti dapat merealisasikan impian negaran untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang
dan terbilang dapat digapai dengan mudah. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah
keluarga bahagia di negara kita dapat menyinari kemajuan dan kemakmuran negara sehingga diteladani oleh mancanegara.
Keluarga Asas Pembentukan Masyarakat. Maju keluarga, majulah masyarakat. Pincang keluarga, musnahlah masyarakat.

91
Contoh Karangan SPM BM

Karangan 49
SOALAN:
‘Bangsa Membaca Bangsa Berjaya’
Huraikan kepentingan amalan membaca.

Nasi lemak buah bidara,


sayang selasih hamba turutkan;
amalan membaca banyak faedahnya,
untuk kegunaan masa hadapan.

Masyarakat Melayu sinonim dengan pelbagai jenis puisi tradisional bagi melahirkan perasaan yang telah
terpahat dalam atma dan sukma mereka. Puisi di atas menggambarkan amalan membaca sangat penting dalam kehidupan
seharian kita bagi melahirkan generasi yang berintelektual dalam mencorak masa hadapan. Ketahuilah kita bahawa masa
depan menjanjikan cabaran yang sarat dengan muatan cabaran reformasi. Oleh sebab itu, menerusi amalan membaca juga
dapat mencetus kesegaran minda agar tidak wujud modal insan yang dibelenggu dengan cara berfikir yang sempit.
Walaupun dunia sudah melepasi pelbagai zaman dalam beberapa dekad, namun budaya membaca tetap mendominasi
kemajuan dan keagungan sesebuah bangsa. Sejarah telah mencatatkan bahawa bangsa yang berjaya antara lain dicirikan
oleh masyarakatnya yang memiliki budaya literasi. Begitu juga sebaliknya. Sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau
kejayaan dalam sesuatu bidang tidak boleh mempertahankan miliknya tanpa budaya ilmu yang mantap. Rakyat Malaysia
yang tidak mengetahui kepentingan amalan membaca perlulah membudayakan amalan yang mulia ini yang mengandungi
seribu satu kemuliaan yang tidak dapat dipertikaikan lagi. Persoalannya, apakah kepentingan amalan membaca?

Sesungguhnya amalan membaca mampu menambah pengetahuan kita. Amalan membaca dapat membantu
memberikan nilai tambah dalam diri seseorang sebagai persediaan untuk bersaing dalam era globalisasi ini. “Setiap
seseorang daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada diri masing-masing,” demikian mantan perdana menteri
Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang
lalu. Ungkapan keramat itu, membawa maksud bahawa nilai seseorang anak pascamerdeka ini akan bertambah andai
individu itu berusaha melakukan anjakan paradigma untuk dirinya daripada terus berada di takuk lama. Jika ditelusuri,
ungkapan ini boleh direalisasikan dengan amalan membaca yang pastinya dapat menyumbangkan idea bernas dalam diri
pembaca. Selain melalui proses pembelajaran secara formal di sekolah, nilai diri akan dapat ditambah dengan banyaknya
menerusi amalan membaca bahan-bahan ilmiah seperti Majalah Dewan Bahasa, Dewan Siswa, Kosmik dan sebagainya.
Cerdik pandai sering menganggap amalan membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran amalan membaca
yang dapat menghubungkan antara manusia dengan dunia ilmu. Tegasnya, amalan membaca sememangnya dapat
menambah ilmu pengetahuan dan menjadi persiapan untuk kesiagaan kita bersaing dengan cabaran kemajuan yang
terbentang di jagatraya ini.

Seterusnya, mari kita fokuskan lensa pemikiran kita kepada manfaat seterusnya iaitu membaca dapat
meningkatkan kepakaran. Kepakaran yang dimaksudkan ialah tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi
dalam sesuatu bidang. Membaca dapat mewujudkan koridor kemajuan ekonomi demi meningkatkan tenaga pakar yang
berpengetahuan. Sebagaimana yang diketahui masyarakat yang suka membaca merupakan masyarakat yang maju dan
kompetetif sehingga dapat mencetuskan gegaran minda sekaligus dapat menjulang negara kita ke puncak jagat. Buktinya
kita melihat betapa negara pengeluar minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung hampir dalam semua aspek penting
kehidupan negaranya kepada negara lain yang lebih maju dari segi keilmuan dan kepakaran. Oleh sebab itu, amalan
membaca dapat membentuk masyarakat madani yang berkemahiran dan berkepakaran tinggi. Apabila negara kita sudah
mencapai tahap yang maksimum dalam membentuk individu yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam satu-satu
bidang, kita tidak perlu bergantung kepada kepakaran luar lagi. Jelaslah bahawa amalan membaca dapat membekalkan
tenaga pakar atau mahir kepada sesebuah negara itu.

Jika dilihat dari aspek yang lain, membaca merupakan tiang sandaran konkrit untuk berjaya dalam akademik. Namun
begitu, cahaya amalan membaca semakin hari semakin malap dalam naluri pelajar. Kontradiksinya, para pelajar tidak

92
Contoh Karangan SPM BM

mempunyai kesedaran bahawa membaca itu penting dalam kehidupan sedangkan amalan membaca dapat meningkatkan
ilmu pengetahuan dan mampu meluaskan horizon pemikiran para pelajar. Oleh sebab itu, para pelajar perlu menyemai
bibit-bibit minat membaca dalam diri kerana membaca merupakan wasilah utama kejayaan seseorang pelajar. Sebagi
contoh, adik Nik Nor Madihah telah berjaya memperoleh 20A dalam SPM dengan membudayakan amalan membaca dalam
diari kehidupannya sebagai seorang pelajar. Meyedari kepentingan membaca dalam kalangan pelajar, pelbagai usaha telah
dilakukan oleh pihak sekolah bagi memperkasakan minat membaca dalam kalangan pelajar seperti mengadakan minggu
membaca dan program NILAM. Melalui program NILAM ini jugalah lahirlah tokoh-tokoh pelajar yang berjaya. Selain berjaya
dalam akademik, para pelajar juga boleh mengaplikasikan ilmu yang diperolehi melalui membaca dalam kehidupan seharian.
Ringkasnya, jelaslah bahawa amalan membaca dapat memberikan pelbagai kemaslahatan kepada para pelajar untuk
berjaya. Sesungguhnya, menuntut ilmu tanpa membaca ibarat basikal tanpa roda.

Dengan membudayakan amalan membaca juga, rakyat yang berpengetahuan luas dalam sesebuah negara
mampu mencetuskan ideologi dan buah fikiran yang bernas dalam memacu proses pembangunan negara dapat dilahirkan.
Hal ini dikatakan dmeikian kerana membaca merupakan acuan untuk membentuk sesebuah tamadun yang gemilang seiring
dengan negara-negara yang telah mengecapi modenisasi mapan seperti Jepun. Di Jepun, atas dasar aplikasi dan
pengetahuan sains dan inovasi mereka mampu mencipta teknologi yang tidak terdapat di negara-negara lain seperti mesin
layan diri yang dapat memenuhi keperluan harian iaitu mesin menjual ketam hidup, telur ayam segar, sayur-sayuran segar
dan baju hujan dan barang kemas. Kelebihan mesin layan diri ini dapat beroperasi sepanjang masa iaitu 24 jam sehari.
Keadaan ini membolehkan para peniaga dan usahawan tidak perlu bersusah-payah menjaga premis perniagaan mereka
kerana mesin layan diri ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang sempurna selain mereka dapat
memperuntukkan masa mereka dengan aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan negara mereka. Jelaslah bahawa
amalan merupakan ramuan yang efektif untuk membentuk masyarakat yang berproduktiviti tinggi dan seterusnya dapat
merealisasikan aspirasi negara untuk bertambah maju.

Secara konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan membaca sangat mulia kerana mendatangkan
pelbagai kebaikan atau faedah kepada pembaca, keluarga, bangsa dan negaranya. Amalan membaca merupakan permulaan
positif sebagai langkah pertama dalam penjanaan dan penyebaran ilmu. Hal ini terbukti berdasarkan peristiwa penuh
bermakna dan agung dalam sejarah Islam melalui surah al-‘Alaq iaitu ketika Nabi Muhammad mendapat wahyu yang
pertama di Gua Hira’ melalui perantaraan malaikat Jibril yang menyuruhnya membaca. Jelaslah membaca merupakan kunci
ilmu yang memberikan impak positif dalam mempengaruhi perkembangan minda masyarakat. Walaupun pada hari ini
pelbagai prakarsa telah dilaksanakan untuk memupuk amalan membaca namun, usaha tersebut diumpamakan hujan jatuh
ke pasir. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memupuk budaya membaca sejak kecil lagi kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pihak kerajaan juga perlu menyediakan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan
supaya kita dapat membaca dengan selesa. Kempen-kempen membaca juga perlu dipergiat. Jika usaha-usaha memupuk
budaya membaca giat dijalankan, negara Malaysia pasti akan menjadi negara yang maju. Oleh itu, semua orang wajiblah
membaca dan berusaha meningkatkan budaya membaca agar masyarakat yang celik ilmu dapat dilahirkan. Ingatlah bahawa
‘bangsa membaca, bangsa maju’.

93
Contoh Karangan SPM BM

Karangan 50
Peranan yang perlu dimainkan untuk melahirkan remaja yang bersahsiah mulia.

Anak-anak ataupun digelar sebagai remaja ini mampu membangunkan sesebuah negara jika mereka mempunyai
sahsiah yang mulia dalam diri mereka. Perkara ini sering menjadi bahan perbincangan dalam kalangan ibu bapa dan
pemimpin negara. Dalam era milineum yang kian mencabar ini, pelbagai episod sedih dan malang terpapar di dada-dada
akhbar malah sering kita terdengar di corong-corong radio. Acapkali kita tersentak dengan masalah kebejatan akhlak remaja
yang berlaku di negara kita. Ada yang sanggup merogol remaja wanita kerana perasaan cemburu butanya sehingga remaja
malang tersebut meninggal dunia akibat dikelar oleh manusia yang bersifat kebinatangan ini. Isu-isu seumpama ini sudah
tentu akan merencatkan ketamadunan bangsa malah akan turut mencemarkan imej negara di mata dunia. Masalah ini tidak
seharusnya dipandang enteng. Langkah-langkah pencegahan perlu diambil demi kesejahteraan hidup sejagat dan menjamin
pembangunan negara. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing kerana bertepuk sebelah tangan
takkan berbunyi.

Salah peranan yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa adalah dengan menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana
ibu bapa yang mencerminkan sahsiah peribadi anak-anak. Seseorang ibu bapa itu haruslah menunjukkan sikap yang positif
kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah bertutur dengan bahasa yang sopan, tidak bergaduh antara suami
isteri di hadapan anak-anak, tidak merokok di hadapan anak-anak dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, anak-anak
pasti akan mengikut dan menjadikan ibu bapa mereka sebagai suri teladan kepada mereka. Hal ini persis dengan kata
pepatah, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya” yang membawa maksud seseorang anak akan meniru perangai dan
kelakuan ibu bapa mereka. Dengan ini, usaha untuk merealisasikan pembangunan negara dapat dijayakan dengan lahirnya
remaja yang bersahsiah mulia. Tegasnya, sahsiah mulia anak-anak dapat dibentuk melalui sahsiah ibu bapa. Jika ibu bapa itu
bersikap baik anak-anak juga akan menjadi baik, manakala jika ibu bapa itu bersikap buruk, anak-anak juga akan turut
bersikap buruk.

Selain itu, ibu bapa juga dapat memainkan peranan mereka dengan memberikan dirikan agama yang mantap
kepada golongan remaja. Allahyarham Tan Sri P. Ramli ada menegaskan bahawa irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Jika
dipisahkan maka pincanglah karya tersebut. Hal ini bertepatan dengan konsep remaja dan didikan agama. Mereka akan
pincang sekiranya ibu bapa memandang enteng dalam soal memberikan didikan agama kepada remaja. Pembentukan
sahsiah remaja ini akan telus dan lancar jika mereka diberi didikan agama yang sempurna. Hal ini dikatakan demikian kerana
dengan didikan agama yang utuh, anak-anak akan dapat membezakan antara intan dengan kaca, antara batu dengan
permata serta mampu untuk menangkis segala hasutan manusia yang bertopengkan syaitan. Sebagai contoh, remaja akan
sentiasa mengamalkan akhlak terpuji dan bertindak mengikut hukum syariat Islam mahupun mengikut kefahaman agama
masing-masing tanpa paksaan atau menerima tempias masalah sosial yang kian membarah seperti kes pembuangan bayi.
Sekiranya remaja memiliki nilai kegamaan yang teguh maka teguhlah pembangunan sesebuah negara itu. Jelaslah bahawa
suntikan didikan agama ke dalam jiwa setiap remaja kerana kedangkalan didikan agama akan melahirkan remaja yang
bersikap negatif dan tersasar dari landasan ibarat kapal hilang nakhoda, karam di tengah laut.

Jika dilihat dari dimensi yang berbeza, pihak kerajaan juga berperanan dengan mengadakan satu kempen kesedaran
yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di negara ini untuk mencapai
tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Kempen seperti ‘Kami Prihatin’ dan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ haruslah dilakukan
secara berterusan dan janganlah sekadar hangat-hangat tahi ayam kerana akan menyebabkan kerugian kepada negara kita
sendiri. Kempen yang dirangka dengan baik dan dilaksanakan sepanjang tahun berupaya untuk membentuk satu kesedaran
dalam naluri masyarakat kita terutamanya remaja yang sememangnya dahaga akan kesedaran sejati itu. Kerajaan perlu
mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat sama ada di desa ataupun di bandar-bandar besar yang
sedang mengalami proses pembangunan ekonomi. Jika inisiatif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri masyarakat tidak
dilakukan oleh pihak kerajaan maka masyarakat pada hari ini akan terus hanyut dalam dunia modenisasi ini. Oleh itu,
peranan pihak kerajaan untuk mengadakan kempen ini dapat memastikan golongan yang disandarkan harapan pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara ini akan terus dibasahi sahsiah-sahsiah yang mulia segali gus dapat membangunkan
negara pada masa hadapan.

94
Contoh Karangan SPM BM

Seperkara lagi, guru juga memainkan peranan yang penting dalam usaha melahirkan remaja yang bersahsiah mulia
untuk membangunkan negara. Kebanyakan remaja kita merupakan golongan pelajar. Mereka banyak menghabiskan masa di
sekolah selain di rumah. Guru juga merupakan ibu bapa mereka di sekolah. Jadi, tidak hairanlah jika dikatakan guru mampu
membentuk sahsiah seseorang remaja itu. Guru perlu mengajar murid tentang kepentingan bersahsiah mulia. Guru tidak
seharusnya leka dalam menjalankan obligasi mereka sebagai pendidik yang berkesan kerana setiap ajaran guru akan
melekat dalam sukma pelajar dan akan diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, guru perlu
menitikberatkan aspek pembentukan insan yang kamil dan holistik di dalam kelas di samping menekankan kepentingan
berperibadi mulia untuk membangunkan negara. Mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam perlu
diajar oleh guru-guru dengan pengisian aktiviti pembelajaran yang menarik dan berkesan supaya objektif yang dirancang
tidak tersasar. Izharlah bahawa peranan yang dijalankan dengan penuh istiqamah ini sudah pasti dapat melahirkan remaja
yang bersahsiah mulia.

Bukan itu sahaja, sebagai anggota masyarakat, kitajuga tidak harus mengambil langkah lepas tangan untuk
memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah remaja yang syumul. Kita seharusnya peka terhadap keruntuhan akhlak
yang berlaku seperti gejala lepak, ponteng, penagihan dadah yang dilakukan oleh remaja kita. Ada masanya kita harus
menjaga tepi kain orang dalam usaha untuk mewujudkan golongan remaja yang lebih baik seperti menegur tingkah laku
yang kurang memuaskan serta melaporkan gejala sosial yang serius kepada pihak yang sepatutnya agar hal ini tidak menjadi
kudis yang seterusnya bernanah dalam masyarakat kita. Sifat ambil peduli masyarakat merupakan penawar kepada
masyarakat yang mendokong nilai-nilai murni. Seterusnya, usaha menerapkan nilai-nilai murni seperti menghormati orang
tua, menjaga kesopanan di khalayak ramai, mengunjungi rumah jiran, dan berinteraksi antara kaum mampu melahirkan satu
bangsa Malaysia yang moden tetapi penuh budaya tersendiri. Usaha ini harus diteruskan kerana generasi muda sering
berubah dan keadaan turut berubah tetapi nilai murni akan terus kekal seperti tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.
Ringkasnya, dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada pihak komuniti maka golongan remaja kita dapat
membangunkan negara sekiranya mereka memiliki sahsiah yang mulia.

Sebagai intihanya, bayang kian jelas bahawa semua pihak berwajib perlulah memikul dan melaksanakan obligasi
masing-masing dengan sempurna. Hal ini kerana usaha daripada satu pihak sahaja tidak akan mendatangkan apa-apa hasil,
seperti kata pepatah bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kerjasama dan usaha bersungguh-sungguh perlulah
dilakukan secara bersungguh-sungguh, bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Tanpa kerjasama yang
menyeluruh, usaha untuk melahirkan remaja yang bersahsiah mulia akan menjadi sia-sia seperti membuang garam ke laut.
Oleh itu, setiap lapisan rakyat perlu bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengamalkan sikap berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing untuk membangunkan negara. Sesungguhnya, kita mampu untuk melakukannya kerana di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Pelbagai pihak perlulah memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing kerana kalau
tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Ayuh, singkirkan semua bicara, kumpulkan tenaga raksasa, tiba saat
berbunga merah, serentak kita bersama ke arah masyarakat yang mendokong nilai-nilai murni.

Karangan 51/ Karangan Rencana


“Langkah-langkah Memupuk Semangat Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat”

Langkah-langkah Memupuk Semangat Kejiranan dalam Kalangan Masyarakat


Oleh : Zainab binti Muhammad

Dalam mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara yang kian membangun seperti
cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama
hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namun begitu, isu memupuk semangat kejiranan masih menjadi polemik dalam
kalangan marhaen di Malaysia. Dewasa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin hari semakin
terpinggir. Maasyarakat pada hari ini lebih mementingkan diri sendiri dan membudayakan hidup bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Dari segi konsepnya semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan yang
harus dipupuk oleh setiap masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama dalam usaha untuk
mengukuhkan perpaduan kaum demi negara yang tercinta. Biasanya semangat kejiranan merangkumi semua lapisan
masyarakat tidak kira muda ataupun tua yang perlu kita amalkan. Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah jiran merupakan
orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan, belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang pertama yang

95
Contoh Karangan SPM BM

membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti awan yang melindungi bumi daripada
cahaya matahari. Oleh itu, beberapa langkah yang pragmatik harus diambil bagi memupuk semangat kejiranan kepada
semua lapisan masyarakat.

Langkah yang paling pragmatik untuk memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada
anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan guru pertama dan guru terbaik kepada anak-anak. Jika ibu bapa menunjukkan
teladan yang baik kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan kerana bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun mereka berada
dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar
dapat memupuk semangat kejiranan. Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan anak-anak
dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat
dipupuk oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan bekerjasama dalam mentadbir
membangunkan negara ke arah kemajuan negara pada masa akan datang. Tegasnya, contoh teladan yang terbaik daripada
ibu bapa mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak.

Memetik wasitah nirmala seterusnya, uslub lain untuk memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat setempat
di Malaysia ialah program rukun tetangga di kawasan perumahan mesti dihidupkan semula. Hal ini kerana program rukun
tetangga berfungsi sebagai perisai untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari.
Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing bertanggungjawab menjaga
keselamatan kendiri dan keluarga. Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan
tanpa mengira usia, agama dan status. Secara ghalibnya, senario ini akan mewujudkan jalinan hubungan yang mesra bagai
isi dengan kuku sekali gus memupuk semangat kejiranan yang hakiki. Menurut Tun Dr. Mahathir, jiran yang muafakat akan
membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh itu, kita perlu mengaktifkan program rukun tetangga bagi melahirkan semangat
kejiranan yang utuh dan bersatu padu.

Meninjau dari skop yang lain, langkah yang seterusnya adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong oleh ahli
komuniti atau badan bukan kerajaan (NGO). Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil
berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong
adalah seperti membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Apabila
berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus
membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui
pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Selepas mengenali hati budi antara satu sama lain
barulah benih-benih kasih sayang. Melalui cara ini, masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan di samping dapat
menerapkan pelbagai nilai murni. Tun Dr. Mahathir, Mantan Perdana Menteri pernah menegaskan bahawa dengan
melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilai murni dalam diri. Bukan itu
sahaja, kawasan kediaman juga akan menjadi bersih dan terpelihara daripada penyakit demam denggi. Jelaslah bahawa
aktiviti gotong-royong dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Jika dilihat dari perspektif yang lain, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu
sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam
kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanyakan khabar dan bercerita tentang pengalaman
masing-masing dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang
untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa
perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah
dijadikan acara tahunan. Maka, dengan adanya pengimplimentasian program seperti “Rumah Terbuka Kebangsaan” bagi
setiap sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu
sama lain ibarat kata bidalan, “serumpun seperti serai, seikat seperti sirih”. Hal ini dikuatkan lagi dengan kajian dari
Universiti Sains Malaysia yang menunjukkan keberhasilan penganjuran program “Rumah Terbuka Kebangsaan” dalam
mewujudkan institusi kejiranan yang kukuh di sembilan buah kawasan perumahan di sekitar Pulau Pinang. Pendek kata,
majlis rumah terbuka mampu mengeratkan hubungan kejiranan dan memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat.

96
Contoh Karangan SPM BM

Lontaran idea yang seterusnya ialah kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan
rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan
menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai
contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana
menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata
memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha
kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala
kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Dengan ini, kita dapat meringankan penderitaan dan kesusahan yang
dialami oleh jiran kita. Izharlah bahawa amalan ziarah-menziarahi mampu menyemarakkan semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat kita.

Sebagai menggulung segala lontaran idea yang telah dinyatakan, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat beberapa
langkah yang dapat dipraktikkan untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Dalam era globalisasi
ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal. Jika hal ini dibiarkan,
semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara kerana bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh. Oleh itu, kita perlu memupuk semangat kejiranan bermula daripada sekarang. Cogan kata “Jiran Sepakat
Membawa Berkat” perlu terus subur mewangi dalam kehidupan kita sehari-hari. Golongan remaja seharusnya menyuburkan
semangat kejiranan kerana mereka merupakan pemimpin yang akan mewarnai corak pemerintahan pada masa hadapan.
Namun begitu, kita tidak seharusnya meletakkan usaha ini pada bahu satu pihak kerana bertepuk sebelah tangan tak akan
berbunyi. Oleh itu, semua pihak perlulah bersinergi ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing untuk menghidupkan
semangat kejiranan di negara kita. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan
kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya
kamu kenal-mengenali”. Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai perpaduan yang utuh dan kukuh.

97

Anda mungkin juga menyukai