Anda di halaman 1dari 1

Isnin Pembetulan 2/2A 10 Oktober 2021

Cara-cara mengisi masa lapang

Masa sangat penting dalam kehidupan kita. Kita haruslah menghargai masa
kerana masa itu emas. Terdapat banyak cara untuk mengisi masa lapang
dengan perkara yang berfaedah.

Antaranya, kita patutlah membaca pelbagai bahan bacaan pada waktu


malam. Contohnya, kita boleh membaca surat khabar untuk mengetahui isu-isu
semasa. Kita juga boleh membaca buku untuk menambahkan ilmu
pengetahuan. Dengan ini, kita tidak akan menjadi katak di bawah tempurung.

Selain itu, kita perlulah bersukan di padang. Contohnya, kita boleh


bermain bola sepak, berjoging dan menunggang basikal. Dengan ini, kita dapat
menyihatkan tubuh badan. Kita juga dapat menjauhkan diri daripada penyakit
berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Seterusnya, kita haruslah melayari Internet dengan menggunakan


komputer. Contohnya, kita boleh mencari maklumat untuk menyiapkan kerja
sekolah. Kita juga boleh menonton video di Youtube untuk mengurangkan
stres. Dengan ini, kehidupan kita akan lebih bahagia dan ceria.

Akhir sekali, kita mestilah menonton rancangan televisyen. Contohnya,


kita boleh menonton rancangan televisyen sambil berbual-bual dengan ahli
keluarga pada hujung minggu. Dengan ini, kita dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan dan mengurangkan stres.

Kesimpulannya, terdapat banyak cara untuk mengisi masa lapang.


Marilah kita sama-sama mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah
supaya masa tidak disia-siakan.

Anda mungkin juga menyukai