Anda di halaman 1dari 2

Rabu Pembetulan Karangan 1/2B 1 September 2021

Cara-cara menjaga keselamatan diri di jalan raya

近来
Sejak belakangan ini, kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita. Kita haruslah

menjaga keselamatan diri di jalan raya. Terdapat beberapa cara untuk menjaga keselamatan

diri di jalan raya.

Antaranya, kita patutlah memandu dengan mematuhi had laju yang ditetapkan. Jika

kita memandu melebihi had laju, kemalangan mungkin akan berlaku. Kereta kita akan

terbabas dan kita mungkin akan tercedera atau meninggal dunia. Bak kata pepatah, biar

lambat, asalkan selamat, kita patutlah mematuhi had laju yang ditetapkan supaya tidak

berlakunya kemalangan.

Seterusnya, kita perlulah mematuhi lampu isyarat. Apabila lampu isyarat berwarna

merah, kita hendaklah berhenti. Apabila lampu isyarat berwarna kuning, kita hendaklah

bersedia untuk berhenti. Apabila lampu isyarat berwarna hijau, kita boleh meneruskan

perjalanan. Jika kita melanggar lampu isyarat, kita mungkin akan melanggar kenderaan lain.

Dengan ini, kita akan mengalami kerosakan harta benda dan nyawa akan terancam.

Selain itu, kita hendaklah memakai tali pinggang keledar semasa menaiki kenderaan.

Jika berlaku kemalangan, kita tidak akan tercampak keluar dari kenderaan. Sekiranya kita

tercampak keluar dari kenderaan, kita mungkin akan mengalami kecederaan yang parah. Oleh

itu, kita haruslah memakai tali pinggang keledar semasa menaiki kenderaan.
Di samping itu, penunggang motosikal haruslah memakai topi keledar semasa

menunggang motosikal. Apabila kepala kita terhantuk pada jalan tar, 柏 油 路 kita mungkin

akan mengalami kecederaan yang parah dan mungkin akan meninggal dunia. Oleh itu, kita

dapat menjamin keselamatan diri dengan memakai topi keledar.

Akhir sekali, kita mestilah melintas jalan raya dengan menggunakan lintasan belang

atau jejantas. Jika kita tidak menggunakan lintasan belang atau jejantas, kita mungkin akan

dilanggar oleh kereta yang dipandu dengan laju. Dengan ini, kita mungkin akan mengalami

kecederaan yang parah. Oleh itu, kita haruslah menggunakan jejantas atau lintasan belang

untuk melintas jalan raya dengan selamat.

Kesimpulannya, kita haruslah menjaga keselamatan diri di jalan raya kerana malang

tidak berbau. Ingatilah orang yang tersayang yang masih menunggu kepulangan anda. Marilah

kita sama-sama menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.

Anda mungkin juga menyukai