Anda di halaman 1dari 2

Keselamatan di jalan raya amat dititikberatkan.

Ini kerana banyak kemalangan

yang berlaku akibat kecuaian kita sendiri. Banyak kemalangan berlaku

terutamanya ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Keadaan ini

membuktikan bahawa keselamatan jalan raya tidak dipandang serius oleh

pengguna jalan raya.

Terdapat pelbagai cara menjaga keselamatan di jalan raya . Antaranya,

penunggang motosikal haruslah memakai topi keledar yang bersesuaian.

Mengikat tali topi keladar dengan betul dan kemas dapat mengelakkan topi

keledar tercabut apabila berlaku kemalangan. Ini dapat mengurangkan tahap

kecederaan yang serius apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Selain itu, penunggang motosikal juga mestilah memkai jaket pantul

cahaya jika menunggang motosikal pada waktu malam. Jaket ini akan

memantulkan cahaya daripada cahaya kenderaan lain. Cahaya yang

dipantul akan dilihat oleh pengguna jalan raya dengan jelas.

Di sampan itu, pengguna jalan raya juga perlu mematuhi peraturan jalan raya

terutamanya mematuhi giliran lampu isyarat dan had kelajuan yang ditetapkan.

Elakkan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Pengguna yang

melanggar peraturan ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri dan

pemandu yang lain, malah membahayakan pejalan kaki di sekitar mereka.


Pejalan kaki berjalan harus sentiasa berwaspada. Merekahendaklah

mengikut laluan pejalan kaki yang disediakan dan menggunakan jejantas

apabila ingin melintas jalan. Pejalan kaki juga perlulah berjalan mengikut arah

yang bertentangan dengan arah kenderaan. Ini dapat mengelakkan daripada

dilanggar kenderaan dari belakang secara mengejut.

Kesimpulannya, menjaga keselamatan di jalan raya merupakan

tanggungjawab kita bersama. Dengan menjaga keselamatan di jalan raya,

kemalangan di jalan raya dapat dielakkan. Kita juga tidak akan kehilangan

orang yang tersayang.

Anda mungkin juga menyukai