Anda di halaman 1dari 2

Cara-cara menjaga keselamatan di jalan raya.

Hampir setiap hari berita mengenai kemalangan ngeri yang


menyebabkan kecederaan parah, kehilangan nyawa dan kerugian
benda disiarkan melalui media massa. Keadaan ini menunjukkan
bahawa kemalangan jalan raya adalah satu masalah serius yang sering
berlaku di negara kita. Banyak factor yang menyebabkan berlakunya
kemalangan jalan raya.
Antaranya, kita harus mematuhi undang-undang di jalan raya.
Contohnya menggunakan jejantas semasa menyeberangi jalan raya
yang sibuk. Dengan ini, kita dapat menjamin keselamatan diri.
Selain itu, kita patut memastikan keadaan kenderaan dalam
keadaan yang baik. Komponen-komponen seperti brek dan tayar perlu
berfungsi dengan baik. Oleh itu, kemalangan jalan raya tidak akan
berlaku dan kita dapat menjaga keselamatan diri di jalan raya.
Di samping itu, kita hendaklah mengelakkan diri kita daripada
perbuatan berbahaya. Contohnya bermain bola di tepi jalan dan
menunggang basikal dengan laju. Hal ini demikian supaya kita tidak
akan dilanggar oleh kenderaan lain.
Akhir sekali, kita harus memakai tali pinggang keledar. Pemandu
kenderean perlulah memakai tali pinggang keledar supaya dapat
mengurangkan risiko kematian semasa berlaju kemalangan.
Penunggang motosikal juga haruslah memakai topi keledar untuk
menjaga keselamatan diri. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan
berlakunya kemalangan jalan raya.
Kesimpulannya, semua pihak perlulah berkerjasama bagai
aur dengan tebing bagi menangani isu kemalangan jalan raya. Segala
usaha yang dilaksanakan harus berterusan dan bukannya
hangat-hangat tahi ayam 三 分 钟 热 度 .
Berhati-hati semasa memandu, ingatlah orang tersayang.

Anda mungkin juga menyukai