Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan Menyambut Hari Kemerdekaan

Tanah air kita merupakan salah sebuah negara yang kian pesat membangun di
rantau Asia. Pembangunan dari aspek ekonomi, politik dan sosial telah mula
bercambah sejak sebelum mencapai kemerdekaan lagi. Segala-galanya bermula
daripada pengorbanan para pejuang negara yang sanggup bermati-matian demi
mencapai kemerdekaan untuk nusa tercinta. Pengorbanan mereka mestilah
dikenang dan dihargai oleh generasi masa ini. Saban tahun, pihak kerajaan
mengeluarkan sejumlah besar wang sebagai persiapan menyambut hari
kemerdekaan. Persoalannya, apakah kepentingan menyambut hari kemerdekaan di
negara kita?
Salah satu kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita ialah
kita dapat mengenang jasa tokoh yang telah berkorban demi mencapai
kemerdekaan untuk tanah air. Antara tokoh yang begitu berjasa kepada negara
ialah Tunku Abdul Rahman, Rosli Dhobi, Rentap, Kanang dan sebagainya. Mereka
rela berputih tulang daripada berputih mata melihat tanah air tempat tumpah darah
mereka dijajah oleh kuasa asing sepertti British dan Jepun. Mereka juga sanggup
menggadai nyawa demi membayar harga sebuah kemerdekaan. Jelaslah di sini
bahawa kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita adalah untuk
mengenang jasa tokoh.
Selain itu, menyambut hari kemerdekaan adalah penting agar kita dapat
mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia. Sejak akhir-akhir ini, generasi muda masa
ini, terutamanya remaja semakin hilang jati diri. Mereka lebih gemar mengagungagungkan budaya Barat yang amat bertentangan sekali dengan norma masyarakat
Timur. Lebih menyedihkan, ada antara kita yang sanggup memburukkan nama
Malaysia di mata dunia. Jika diimbas kembali sejarah yang lepas, rakyat Indonesia
telah memburukkan nama Malaysia di negara Asia dan negara Dunia Ketiga
lantaran tidak berpuas hati apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan
Malaysia pada tahun 1965. Kini, rakyat negara kita pula mencemarkan nama
negara di persada dunia. Ke manakah hilangnya jati diri sebagai rakyat Malaysia?
Tepuk dada tanya selera. Sudah terang lagi bersuluh bahawa menyambut hari
kemerdekaan merupakan salah satu medium untuk mengukuhkan jati diri.
Seterusnya melalui sambutan hari kemerdekaan, kita dapat mengekalkan
perpaduan antara kaum di negara kita. Umum mengetahui bahawa Melayu, Cina
dan India merupakan kaum majoriti di negara kita selain kaum Dusun, Kadazan,
Bidayuh, Melanau yang menjadi kaum minoriti. Negara yang harmoni dan sejahtera
hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat bersatu padu, bekerjasama
dan bertoleransi. Melalui sambutan hari kemerdekaan, semua kaum dapat
berkumpul bagi meraikan hari kemerdekaan negara yang kita cintai ini. Masyarakat
berbilang kaum yang saling menyayangi, saling menghormati dan saling
bekerjasama merupakan pemandangan paling indah untuk dipertontonkan kepada
masyarakat di luar negara. Jelaslah di sini bahawa sambutan hari kemerdekaan
dapat mengekalkan perpaduan antara kaum.
Di samping itu, melalui sambutan hari kemerdekaan, imej negara kita akan
turut meningkat. Negara-negara asing akan mengenali Malaysia sebagai sebuah
negara yang aman, harmoni dan sejahtera, Secara tidak langsung, lebih ramai
pelancong asing ingin berkunjung ke negara kita serta lebih ramai pelabur asing
ingin melabur di negara kita. Hal ini dapat membantu meningkatkan sumber
pendapatan negara sekaligus menjana ekonomi negara.

Konklusinya, sebagai rakyat Malaysia yang amat sayang akan negara, kit
perlulah bersungguh-sungguh meraikan hari kemerdekaan di negara. Jadikanlah
perak saudara, pergolakan, dan peperangan yang berlaku di sesetengah negara
sebagai pengajaran. Tokoh sejarah terkenal, George Santayana pernah berkata,
sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula, Oleh itu, kita
sebagai rakyat Malaysia perlulah menghargai nikmat kemerdekaan yang kita kecapi
ini.

Anda mungkin juga menyukai